Cari Artikel

Tuesday, December 10, 2013

Mv Ost Papadom 2 Pertaruhkan Artis-artis Popular


Mv Ost Papadom 2 Pertaruhkan Artis-artis Popular



Mv Ost Papadom 2 Pertaruhkan Artis-artis Popular
Mv Ost Papadom 2 Pertaruhkan Artis-artis Popular

Bagi mempromosikan filem Papadom 2 yang akan ditayangkan pada 12 Disember 2013, Astro Shaw Sdn Bhd tampil dengan lagu runut bunyi (OST) dan muzik video (MV) berjudul, Abadi nyanyian penyanyi baru iaitu Shahmeen Shah.

Penerbit filem Astro Shaw Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, berkata muzik video itu bakal menjadi muzik video yang evergreen kerana ia berkonsepkan kasih sayang bersama bapa. Malah menariknya menampilkan beberapa selebriti seperti Sharifah Amani, Dina Nazir, Faizal Hussien dan Aziz M. Osman bersama bapa atau anak-anak mereka.

“Saya percaya lagu OST dan muzik video yang bagus mampu memberi kesan kepada penonton sekaligus sebagai kaedah publisiti terhadap filem berkenaan.

“Malah saya rasa muzik video ini boleh makan jangka hayat yang lama dan tidak bermusim kerana ianya mengisahkan mengenai kekeluargaan dan pasti akan menyentuh hati sesiapa.

“Selain menampilkan pelakon utamanya Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay, istimewanya dalam muzik video ini kita tampilkan selebriti terkenal tanah air bersama bapa atau anak mereka,” katanya kepada murai.com.my.

Tidak seperti kebiasaan lagu OST yang lain, Abadi menampilkan penyanyi baru yang juga merupakan bekas peserta program One In A Million (OIAM) musim pertama iaitu Shahmeen Shah untuk menyanyikannya.

Gayatri memberitahu tidak salah jika bakat baru diketengahkan supaya industri seni boleh berkembang dengan sihat.

“Pada saya tidak salah, terus-terang walaupun dia belum pernah menerbitkan album tetapi dia seroang penyanyi yang berbakat besar. Apa yang penting suara dan cara nyanyiannya sesuai dan sampai dengan matlamat kami,” jelasnya lagi.

Lagu Abadi dicipta oleh Azman Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Johana Johari dan muzik videonya diarahkan oleh Esham Shalin.

Web Hosting Best Sites

Sm*sh & Stacy Bergabung Dalam Lagu Berjudul Hello


Sm*sh & Stacy Bergabung Dalam Lagu Berjudul Hello


Sm*sh & Stacy Bergabung Dalam Lagu Berjudul Hello
Sm*sh & Stacy Bergabung Dalam Lagu Berjudul Hello

Hello buat semua fans tegar SM*SH & Stacy! Hasrat dan permintaan anda semua untuk melihat boy band Indonesia ini bersama Malaysia Dancing Queen beraksi nampaknya telah menjadi kenyataan semula.

Sebuah single berjudul Hello hasil komposisi hebat Audi Mok dan lirik oleh Inu Numata bakal menjadi taruhan mereka. Menariknya, lagu “HELLO” ini merupakan sebuah lagu mimpi fantasi perasaan seseorang yang tidak berdaya oleh cinta.

Lagu Hello ini juga telah dirilis di seluruh radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat mereka untuk dimainkan di radio. Malah, ia juga merupakan jambatan bagi generasi muda Indonesia dan Malaysia untuk tetap berkarya bersama dan menghasilkan karya-karya yang hebat di masa akan datang.

Khas buat peminat SM*SH dan STACY, mari jadikan “HELLO” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*335791# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*201743# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, sms CT 0408708 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila sms CT 500240 dan hantar ke 28118 ataupun layari http://www.u.com.my.

Anda juag berpeluang untuk melihat muzik video menerusi pautan di bawah ini. Hello nyanyian SM*SH dan STACY ini merupakan satu lagi usahasama Astro Entertainment Sdn Bhd, Warner Music (M) Sdn Bhd dan juga Pt Omega Pacific Indonesia.

Ini merupakan pautan untuk muzik video “HELLO” yang penuh bertenaga persembahan dari SMA*SH dan juga STACY http://www.youtube.com/watch?v=P7cyGWs08gs

Siapa Stacy?

Stracie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti “Aku Stacy”, “Gagap” dan “Bosan”. Stacy yang amat popular dengan lagu-lagunya yang berentak ‘fast beat’ kini muncul dengan lagu terbaru hasil kolaborasi bersama kumpulan top daripada Indonesia iaitu SM*SH. Imej Stacy yang sentiasa mengikut fesyen terkini dan mempunyai stail rambut ala-ala Miley Cyrus ini mempunyai karakter yang amat bertenaga dan merupakan penyanyi yang paling sesuai untuk digandingkan bersama SM*SH kerana mereka berdua membawa perwatakan atau imej yang sama semasa persembahan iaitu hebat dengan tarian yang bertenaga. Tidak boleh disangkal, ‘muzik dance’ merupakan kepakaran Stacy yang amat lincah dan bertenaga dalam membawakan sesebuah lagu.

Siapa SM*SH?

SM*SH pula merupakan sebuah kumpulan Indo Pop yang sangat terkenal, yang telah memulakan fenomena ‘boy band’ dalam industri muzik Indonesia, dan telah membawa 'boy band scene' kembali ke Indonesia pada tahun 2011. Jakarta Globe mendakwa bahawa SM*SH amat hebat dalam menambat hati berjuta-juta remaja perempuan di seluruh Indonesia kerana dalam masa yang agak singkat, SM*SH telah mendapat peminat dari Aceh dan terus ke Papua, dan juga lebih daripada 400,000 pengikut di Twitter. Terbukti betapa besar pengaruh yang telah SM*SH wujudkan.

Setelah tiga tahun SM*SH berjuang dalam dunia muzik hiburan dan mendapat penghargaan dari beberapa anugerah besar di Indonesia, SM*SH tidak berhenti untuk berkarya dan menghiburkan peminat tercinta atau sering disebut sebagai SM*SHBLAST.




Filem Nam Ron, Jalan Pintas Terpilih Ke Festival Filem Asia Jogja-netpac Ke- 8


Filem Nam Ron, Jalan Pintas Terpilih Ke Festival Filem Asia Jogja-netpac Ke- 8


Filem Nam Ron, Jalan Pintas Terpilih Ke Festival Filem Asia Jogja-netpac Ke- 8
Filem Nam Ron, Jalan Pintas Terpilih Ke Festival Filem Asia Jogja-netpac Ke- 8

Filem drama kehidupan sosial, JALAN PINTAS telah dijemput untuk ditayangkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC ke 8 pada 29 November hingga 7 Disember 2013. JALAN PINTAS merupakan satu-satunya filem yang dipilih manakala filem Hanyut arahan U-Wei Haji Saari dipilih sebagai filem pembukaan.

JALAN PINTAS tidak dipertandingkan dalam festival tersebut kerana melangkaui pembikinan filem tersebut yang dibuat pada 2009 dan pernah ditayangkan sebagai filem perdana Malaysia di 9th Freedom Film Fest pada tahun 2011 dan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (PIFAN) ke 16 pada 19 hingga 29 Julai 2012.

Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) merupakan festival filem Asia terulung di Indonesia yang memfokuskan kepada pembangunan wayang di Asia. JAFF bekerjasama dengan NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema), sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai 30 negara. Badan yang berpengkalan di Colombo Srilanka, NETPAC ialah sebuah organisasi filem dan budaya pan-Asian yang meliputi kritik, pembikin filem, penganjur festival filem dan curator, pengedar dan pempamer serta para penyelidik. Ia merupakan peneraju wayang seluruh Asia.

JALAN PINTAS akan diwakili penerbitnya, Faisal Mustaffa dan bakal ditayangkan di Taman Budaya Yogyakarta dan Empire XXI Cineplex pada 7 Disember 2013.

JALAN PINTAS, ditulis Ayam Fared dan diarahkan oleh Nam Ron dipaparkan di dalam seksyen non-competition feature film disamping filem-filem dari Negara Filipina, Singapura, Jepun, Iran, Thailand, China dan India.

Nam Ron berkata, “Inilah filem yang menampilkan kehidupan sebenar berdasarkan realisme. Projek filem ini menyerlahkan bakat bintang filem tempatan yang sukar untuk mereka perolehi di filem-filem arus perdana.”

Sementara itu, Faisal Mustaffa selaku penerbit berkata, “Saya bersyukur kerana filem ini diterima di peringkat antarabangsa sungguhpun ia merupakan filem pertama terbitan saya dan Rumah Anak Teater.”

Tambahnya lagi, “Sebagai pembikin filem, impian saya agar ianya dapat ditayangkan di pawagam di negara sendiri tetapi malangnya FINAS telah membuat 19 potongan kepada filem tersebut dan ianya mencacatkan keseluruhan penceritaan. Mujur JALAN PINTAS diterima baik di negara luar.”

JALAN PINTAS merupakan sebuah cereka yang berkisar mengenai watak Bakar – seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan, juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga – ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui JALAN PINTAS, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita temui di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

JALAN PINTAS dibintangi oleh Auf Razak, Sharifah Amani, Beto Kusyairy dan Bront Palarae dan ramai lagi.

Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja


Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja


Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja
Che Ta, Zain Terima Tajaan Perkahwinan Bernilai Rm13 Juta Dari 28 Penaja

Pasangan selebriti, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, mengesahkan telah menerima menerima kira-kira RM13 Juta tajaan untuk perkahwinan mereka daripada 28 penaja untuk 3 majlis iaitu majlis berinai, majlis nikah dan majlis bersanding.

Dua puluh lapan penaja itu termasuklah tiga penaja utama iaitu Habib Jewels yang menaja barang kemas pengantin perempuan, Setia City Convention Centre sebagai penaja lokasi perkahwinan dan penaja makanan, Kumpulan Segi Seri.

Rozita Che Wan berkata dia tidak menyangka ramai penaja yang datang dan ingin menaja perkahwinannnya itu dan dia menganggap ianya rezeki berkahwin.

"Terus-terang saya sendiri tidak menyangka ramai pula pihak yang hendak menaja perkahwinan kami. Pada kami mungkin ini rezeki orang berkahwin.

"Bagaimana pun, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang sudi menaja. Orang kata kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.

"Sebenarnya kami tak mengharapkan penaja kerana pada asalnya memang kami ingin buat majlis nikah sahaja tetapi bila saya fikir ini perkahwinan pertama Zain. Jadi saya rasa apa salahnya bagi dia merasa semua,"katanya ketika sidang media pengumuman majlis pernikahannya di Setia City Convention Centre, petang tadi.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengambil keputusan untuk menyatukan ikatan cinta yang sah mereka di Gazebo Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini.

Majlis nikah tersebut akan diadakan selepas solat Magrib kira-kira jam 7.30 malam

Pasangan ini kemudian bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam.

Sebelum itu, pasangan selebriti ini bakal mengadakan majlis berinai di Ndah Mahligai, Shah Alam sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 10 Disember ini.

Pun begitu, Rozita Che Wan atau Che Ta beritahu masih ramai lagi penaja yang ingin menajanya namun dia terpaksa menolaknya selepas mendapati sudah menerima tajaan lebih daripada yang sepatutnya.

"Sebenarnya saya tolak banyak juga tajaan daripada pihak lain kerana tajaan yang diberikan kebanyakannya bertindih atau sama dengan tajaan yang sudah kami dapat seperti lokasi dan sebagainya,"jelasnya lagi.

Sementara itu, Zain memberitahu hanya majlis perkahwinan mereka yang akan ditaja tetapi barang hantaran perkahwinan, wang hantaran, mas kahwin serta cincin membatalkan air sembahyang kepada Che Ta semuanya merupakan perbelanjaannya sendiri.

"Kami bakal berbalas hantaran dengan jumlah hantaran yang sama iaitu sebanyak 9 dulang. Barang-barang hantaran ini semuanya saya beli menggunakan duit saya.

"Selain hantaran, saya akan memberikan wang hantaran sebanyak RM23 200 kepada Che Ta sempena tarikh hari lahir saya yang jatuh pada 23 Ferbruari.

"Manakala mas kahwin pula saya akan berikan sebanyak RM9 300, juga sempena tarikh lahir Che Ta. Saya memilih simbolik tarikh ini supaya senang hendak ingat tarikh-tarikh penting ini.

"Selain itu, cincin bertahta berlian yang diberikan kepada bakal isterinya juga bernilai sempena tarikh lahir Che Ta iaitu RM93 000," jelasnya lagi.

Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu.

Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan mereka.

Program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan disiarkan di Astro Ria itu akan merungkai kisah percintaan mereka sehinggalah ke majlis resepsi mereka. Ia akan bersiaran pada bermula 7 Disember ini untuk episod pertama bagi Majlis Merisik pada jam 10 malam.

Diikuti episod kedua yang memaparkan Majlis Akad Nikah pada 13 Disember 2013, jam 9 malam serta episod akhir iaitu rakaman Majlis Resepsi mereka pada 21 Disember 2013, jam 10 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan