Cari Artikel

Monday, December 2, 2013

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013!


Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013!
Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013!


Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013!


Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, mengambil keputusan untuk menyatukan ikatan yang sah mereka di Gazebo Setia City Convention Centre pada 11 Disember ini.

Majlis nikah tersebut akan diadakan selepas solat Maghrib kira-kira jam 7.30 malam

Pasangan ini kemudian bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 13 Disember ini jam 8.00 malam.

Sebelum itu, pasangan selebriti ini bakal mengadakan majlis berinai di Ndah Mahligai, Shah Alam seharai sebelum majlis nikah iaitu pada 10 Disember ini.

Terdahulu, pasangan ini telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lalu. 
Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan mereka.

Program Walimatulurus Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan disiarkan di Astro Ria akan merungkai kisah percintaan mereka sehinggalah ke majlis resepsi mereka. Ia akan bersiaran pada bermula 7 Disember ini untuk episod pertama bagi Majlis Merisik pada jam 10 malam.

Diikuti episod kedua yang memaparkan Majlis Akad Nikah pada 13 Disember 2013, jam 9 malam serta episod akhir iaitu rakamn Majlis Resepsi mereka pada 21 Disember 2013, jam 10 malam.


http://www.hotweburls.com/

Liyana Jasmay Mahu Cipta Lagu Buat Anak


Liyana Jasmay Mahu Cipta Lagu Buat Anak
Liyana Jasmay Mahu Cipta Lagu Buat Anak


Liyana Jasmay Mahu Cipta Lagu Buat Anak


Meskipun baru empat bulan bulan hamil akan bayi sulungnya, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akui sudah berhasrat untuk mencipta lagu buat anaknya yang bakal lahir pada pertengahan tahun hadapan itu.

Liyana berkata dia gemar mencipta lagu untuk orang yang disayangi seperti sebelum ini dia telah pun mencipta lagu khas buat suaminya, Fathuddin Mazlan yang berjudul Cinta Bersatu.

“Jika sebelum ini saya pernah mencipta lagu untuk suami, mengapa tidak saya mencipta untuk anak saya yang bakal lahir ini. Sebenarnya, saya baru sahaja terfikir untuk mencipta lagu buat anak saya nanti.

“Namun ia masih dalam perancangan. Mungkin juga lagu khas untuk anak saya ini akan dimuatkan dalam album kedua saya yang kini sedang dalam proses rakaman,” katanya kepada murai.com.my selepas majlis pelancaran lagu OST Papadom 2, baru-baru ini.

Sementara itu, Liyana memberitahu, dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kandungannya namun keadaan itu sudah beransur pulih.

Namun, jelas Liyana, dia dapat merasakan dialah orang yang paling beruntung ketika ini apabila mendapat perhatian yang lebih dari suaminya.

“Terus-terang saya beruntung ada suami macam Fathuddin kerana dia prihatin tentang saya dan melayan saya bagaikan seorang puteri.

“Biarpun dia bekerja jauh di Sabah, namun dia tetap akan pulang setiap hari minggu ke Kuala Lumpur untuk bersama saya. Malah, jika dia terlalu risaukan saya, dia akan segera pulang tak kira masa,” jelasnya.

Liyana dan Fathuddin Mazlan mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Twitter Success

Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang


Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang
Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang


Hantu Tok Mudim Ada Unsur Komedi Zombie Kampung Pisang


Penerbit :Showbiz Productions Sdn Bhd

Pengarah : Waan Hafiz

Penulis : Nurulsyahida Fadzil

Pelakon :Izzue Islam, Soffi Jikan, AR Badul, Harun Salim Bachik, Adrea Abdullah

Tarikh Tayangan : 21 November 2013

Logline: Kampung Seri Menawan gempar apabila diserang kebangkitanHantu Tok Mudim.

Ulasan Penulis:

Melihat dari sudut sinematografi dan jalan cerita, filem Hantu Tok Mudim ini boleh disifatkan lebih ke arah kejayaan filem komedi Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Malah, banyak babak dalam filem ini mengingatkan penonton kepada filem Zombie Kampung Pisang.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pihak produksi dengan menampilkan interaksi bersama peminat yang banyak melibatkan pelakon bersama penonton filem ini.

Menyentuh dari segi lakonan, penulis tidak hairan dengan lakonan yang dipamerkan oleh AR Badul, Harun Salim Bachik dan Soffi Jikan. Sungguhpun lakonan mereka dalam filem sebelum ini amat bagus tetapi tidak bagi filem Hantu Tok Mudim.

Mungkin itu yang diinginkan pengarah filem. Bagi penulis, adakala lakonan lawak yang dipamerkan seperti tidak natural dan dibuat-buat saja.

Masalah ini jelas kelihatan pada lakonan Izzue Islam dan Adrea Abdullah. Pun begitu, pada keseluruhannya, lakonan Izzue dan Adrea boleh dikategorikan sebagai memuaskan saja dan perlu tingkatkan lebih banyak peningkatan.

Mungkin Izzue lebih sesuai jadi hero romantis berbanding hero komedi. Adrea pula lebih seseuai watak antogonis berbanding perempuan gedik yang tidak sebati dengan dirinya.

Apa sekalipun, filem ini amat sesuai ditonton untuk melepaskan tekanan. Dalam masa yang sama, penonton boleh ketahui info adat berkhatan yang dilakukan di kampung.

Sinopsis:

Tok Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang memiliki rahsia peribadi.

Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Tok Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang mencemburui Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang sabotaj untuk operasi malam tersebut.

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam itu, mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu TokMudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut

http://boingboing.net/

Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!


Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!
Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!


Izzue Jawab Isu Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi!


Pasangan hero dan heroin filem Hantu Mok Mudim iaitu Izzue Islam dan Adrea Abdullah sempat meluangkan masa seketika untuk menjawab pelbagai isu berkaitan diri mereka menerusi ruangan Murai TV.

Apa yang pasti, Izzue agak terkejut apabila dicop sebagai suami yang dikawal isteri atau queen control disebabkan isterinya iaitu Awin adalah pengurus peribadinya.

Malah, Izzue juga telah menjelaskan lebih terperinci tentang status dirinya dalam kumpulan Forteen yang dianggap sebagai hanya tempelan saja.

Dalam pada itu, Adrea yang sudah hampir 10 tahun dalam industri hiburan menyangkal dakwaan bahawa dia suka mencari publisiti murahan dengan sentiasa berpakaian seksi setiap kali berada dalam majlis hiburan.

Tambah menarik, Adrea tidak sorok dengan status dirinya yang sudah lama bergelar janda anak satu.

Selain daripada isu panas ini, Izzue dan Adrea turut berkongsi pengalaman menarik sepanjang penglibatan dalam penggambaran filem Hantu Tok Mudim yang mula ditayangkan di pawagam pada 21 November lalu.

Ketahui segala jawapan eksklusif kedua figura cantik ini dengan menonton video Murai TV sekarang bersama Ajieb Rosdi.


MURAI TV: Izzue Mangsa Queen Control, Adrea Pula Nafi Gila Seksi?







http://www.visitorsdetails.com/blogscounter.html

Senarai 12 Lagu Layak Ke Ajl28, Januari Depan


Senarai 12 Lagu Layak Ke Ajl28, Januari Depan
Senarai 12 Lagu Layak Ke Ajl28, Januari Depan


Senarai 12 Lagu Layak Ke Ajl28, Januari Depan


Sebanyak 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Jumaat lalu.

Pengumuman senarai lagu-lagu ini telah dilakukan pada pertandingan separuh akhir minggu ketiga yang telah bermula sejak 8 November lalu dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013.

Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.

Berikut ialah senarai 12 lagu tersebut yang akan bersaing pada AJL28, 26 Januari tahun hadapan:

1. In Love With You - Aizat Amdan & Noh

2. Penglipurlara - Hazama & The Penglipurlara

3. Takkan Terpisah - Black

4. Kalau Aku Kaya - Awi Rafael & Altimet

5. Kau Yang Terindah - Alyah

6. Sahabat - Najwa Latif Feat. Sleeq & Shamkamarul

7. Tanda Tanya - Azlan & The Typewriter

8. Hanya Aku - Hyper Act

9. Salam Musik -Salam Musik

10. Bahagiamu Deritaku - Hafiz

11. Ikut Rentakku - Jaclyn Victor

12. Bosan - Stacy


http://www.hotweburls.com/

Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua


Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua
Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua


Mlm 2013: Perjuangan Tulang Hanya Sampai Di Minggu Kedua


Selepas penyingkiran kumpulan Gerak minggu lalu, minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) malam tadi menyaksikan kumpulan Tulang pula terpaksa meninggal Gelanggang MLM 2013 apabila mereka diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir.

Kumpulang Tulang yang dianggotai oleh Along, Didie Alias dan Soya terpaksa meninggalkan MLM 2013 selepas mendapat markah terendah berbanding 14 peserta lain yang turut bersaing. Penyingkiran Tulang diumumkan oleh salah seorang juri tetap MLM 2013 iaitu Luna Maya.

Selain Tulang, turut mendapat markah terendah pada malam tadi ialah kumpulan Mamu dan kumpulan Kucai. MLM 2013 minggu menyaksikan para peserta membawakan persembahan lawak yang bertemakan cerita rakyat.

Sepahtu, Nabil dan Jambu nampaknya terus menjadi peserta favourite pada malam tadi berdasarkan komen juri dan sambutan dari penonton.

MLM 2013 minggu kedua telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi, Dato` AC Mizal.

Selain bintang Indonesia, Luna Maya sebagai juri, turut bertindak selaku juri pada malam itu juga ialah Datuk Yusof Haslam, artis dari Singapura iaitu Sheikh Haikel, dan aktres comel, Nora Danish.

Sebanyak 15 peserta telah membuat persembahan pada malam tadi dan selain Tulang yang tersingkir, turut bersaing ialah Mamu, Zero, Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu ketiga pada minggu hadapan.


Blogging Fusion Blog Directory

Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya


Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya
Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya

Ruri Repvblik Dedahkan Sandiwara Cinta Adalah Kisah Benar Peribadinya


Vokalis Band Indonesia, Repvblik iaitu Ruri mendedahkan yang lagu kumpulannya yang semakin popular di Malaysia iaitu Sandiwara Cinta merupakan lagu yang mengisahkan pengalaman cinta peribadinya.

Ruri atau nama sebenarnya Ruri Herdian Wantogio adalah pencipta sepenuhnya lagu ini dan dia mencipta lagu tersebut sebaik sahaja hubungan cintanya dengan bekas kekasih berakhir pada tahun 2011.

"Sebenarnya lagu ini merupakan kisah cinta saya yang berakhir pada tahun 2011. Saya baru dapat tahu kekasih saya sebenarnya sudah mula curang sejak kami bersama 2 tahun lalu.

"Saya kemudian mengambil keputusan untuk memutuskannya kerana tidak sanggup hendak melihat sandiwaranya lagi. Hubungan kami berakhir begitu sahaja walaupun bekas kekasih saya ada menghubungi saya selepaa itu untuk berkawan kembali.

"Idea datang mencurah-curah selepas saya dan dia berpisah. Saya dapat rasa saya lebih mudah berkarya selepas putus cinta.

"Saya rakamkan kisah ini dalam bentuk lagu kerana bagi saya lagu-lagu sebegini lebih mudah dan dekat dengan hati sesiapa sahaja yang bercinta," katanya kepada murai.com.my selepas showcase dan pelancaran single terbarunya itu di Hotel Royale Chulan, semalam.

Repvblik yang ditubuhkan pada 24 Mac 2004 telah dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Hexa (gitar) , Lafi (bass), Tyar (keybord, drum) , Ei (gitar utama) dan termasuk vokalisnya Ruri.

Ruri memberitahu lagi Repvblik pernah mengunjungi Malaysia dan mempromosikan single Hanya Ingin Kau Tahu pada tahun 2008, namun kehadirannya waktu itu kurang mendapat sambutan seperti lagu Sandiwara Cinta.

"Kami tak sangka lagu Sandiwara Cinta boleh mendapat sambutan yang begitu menggalakan. Malah kumpulan kami lebih dikenali berbanding pada pertama kali kami ke sini.

"Saya harap kami terus mendapat sokongan peminat di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk album kami seterusnya yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan,"jelasnya lagi.

Repvblik yang bernanung di bawah MVM Productions itu telah melahirkan 4 album iaitu Punya Arti, Hidupku Dijalanmu, Aku Dan Perasaan Ini dan Transisi.

Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?


Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?
Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?

Kenapa Oh My Ganu! Pilih Zizan Dan Dialek Terengganu?


Kemunculan pelawak Zizan Razak dalam telefilem Oh My Ganu! mengundang spekulasi bahawa pihak penerbitan sengaja ingin mengunakan populariti yang dimiliki oleh pengacara #AF2013 ini.

Malah, ramai yang kurang senang dengan pemilihan dialek Terengganu yang dipilih pihak produksi Oh My English (OME) bagi menjawab tanda tanya yang dibangkitkan dalam episod kemuncak OME musim yang kedua.

Menjawab spekulasi ini, Naib Presiden Bahagian Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin menafikan dakwaan tersebut sebaliknyamempunyai alasan kukuh dengan pemilihan Zizan dan dialek Terengganu.

“Sebaik saja tamat episod kemuncak itu, kami ada menjalankan kajian di internet. Kami membuat survey kepada penonton setia OME siap ayang mereka mahu Mr Middleton pilih untuk bercinta.

“Dari keputusan survey itu, ramai memilih Cikgu Ayu.  Oleh itu, Dialek Terengganu dan Zizan pula dipilih sebab Cikgu Ayu lakonan Tiz Zaqyah berasal dari Terengganu,” jelasnya.

Apa yang pasti, kesemua pelakon telefilem ini agak sedikit kekok kerana membuat penggambaran luar studio dan tidak seperti OME yang membuat rakaman dalam studio.

Bagaimanapun, Oh My Ganu! ternyata menghiburkan dengan memaparkan hampir keseluruhan lokasi dibuat di Terengganu.

Oh My Ganu!, menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (TizZaqyah) di kampung halaman.

Mr. Middleton dihalang ketika cuba memikat hati Cikgu Ayu semasa dia bertemu seorang jutawan kampung, Zizang dan Aiman (Izzue Islam). Berjayakah Mr. Middleton dan para pelajar kelas 3 Merah?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem khas kesinambungan daripada siri Oh My English! ini yang bakal disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).

Telefilem ini juga boleh ditonton oleh pelanggan NJOI, menerusi Astro Prima (Saluran 105) pada jam 9.30malam pada hari yang sama.

Layari laman rasmi Oh My English! diwww.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.

Hati Konfius, Faizul Guna Buluh Perindu Untuk Suara Sedap?


Hati Konfius, Faizul Guna Buluh Perindu Untuk Suara Sedap?
Hati Konfius, Faizul Guna Buluh Perindu Untuk Suara Sedap?

Hati Konfius, Faizul Guna Buluh Perindu Untuk Suara Sedap?


Mengaku hatinya sudah dicuri sebelum menyertai #AF2013, Faizul yang dinobatkan sebagai juara #AF2013 menyatakan bahawa konfius dengan cinta yang dimilikinya.

Atas dasar itu juga, Faizul fobia untuk bercinta dan jujur menjelaskan dirinya seorang yang takut kepada komitmen.

Apa yang pasti, menerusi program Apa Kata M? (#AKMAF2013) Faizul menepis tuduhan yang mengatakan dia menggunakan ilmu hitam atau buluh perindu untuk menjadikan suaranya sedap.

Lebih menarik, Faizul yang menyanyikan lagu ciptaan dariAmir Jahari tidak segan mengatakan ada meniru stail nyanyian Amir.

Tambah panas, Faizul turut menjelaskan mengenai sikap hipokrit yang dilontarkan kepadanya. Malah, Faizul menyifatkan tuduhan ini bangkit dek kerana dirinya sering tidakdiberi peluang.

Jangan lupa untuk mendengar jawapan Faizul dalam episod terakhir #AKMAF2013 serta pengumuman mengenai program baru di murai.com.my.

Apa Kata M? (EP 8) Bhgn 7 – Faizul Konfius, Jelas Hal Berkaitan Hipokrit Dan Amir Jahari





Amira Suka Kematangan Azhar, Tertarik Nama Azmira


Amira Suka Kematangan Azhar, Tertarik Nama Azmira
Amira Suka Kematangan Azhar, Tertarik Nama Azmira

Amira Suka Kematangan Azhar, Tertarik Nama Azmira


Pemenang tempat ketiga #AF2013, Amira yang berasaldari Johor Bahru tidak menolak dakwaan yang mengatakan dia suka ahli duoAzhael, Azhar.

Malah, Amira yang memberitahu pengacara Apa Kata M? (#AKMAF2013), Ajieb Rosdibahawa gemar dengan sikap matang yang dimiliki Azhar.

Pun begitu, Amira menyangkal spekulasi segelintir pihak yang menyifatkan dia diminati kerana kejelitaan yang dimilikinya.

Sementara itu,Amira yang tidak berahsia mengenai statusnya yang masih single itu amat menyukai gelaran Azmira yang diberikan peminat untuk dia dan Azhar.

Ketahui segala pengakuan eksklusif AMira dengan menonton #AKMAF2013 sekarang. Mungkin anda akan terkejut mendengar pengakuan berkenaan.

Apa Kata M? (EP 8) Bhgn 6 – Berkenan Nama Azmira, Amira Suka Kematangan Azhar




Azhael Jawab Isu Hubungan Songsang, Mahu Contohi Jozan


Azhael Jawab Isu Hubungan Songsang, Mahu Contohi Jozan
Azhael Jawab Isu Hubungan Songsang, Mahu Contohi Jozan

Azhael Jawab Isu Hubungan Songsang, Mahu Contohi Jozan


Sebelum menyertai #AF2013 lagi, pasangan duo Azhael yang dianggotai Azhar dan Hael sudah bersedia untuk menjawab mengenai tuduhan hubungan songsang.

Apapun, Azhael dengan tenang menjelaskan perkara tersebut dalam program Apa Kata M?(#AKMAF2013) dengan menyifatkan perkara berkenaan satu perkara yang tidak dapat dielakkan kerana mereka tidak boleh menghalang masyarakat untuk berkata mengenai mereka.

Malah, mereka ingin menjadi seperti duo Jozan iaitu Johan dan Zizan yang digemari semua pihak.

Dalam masa yang sama, Azhael turut memberi pesanan buat peminat yang tidak puas hati dengan keputusan #AF2013 yang tidak menyebelahi mereka untuk bergelar juara.

Sementara itu, Azhael juga tidak melenting dengan komen Roslan Aziz yang mengkategorikan lagu baru nyanyian sebagai lagu yang tidak sesuai dengan kreadibiliti mereka.

Pastikan anda tidak terlepas untuk ketahui komen Azhael menerusi episod terakhir #AKMAF2013 sekarang.

Apa Kata M? (EP 8) Bhgn 4 – Azhar Dituduh Cinta Songsang, Mahu Jadi Seperti Jozan





Cuak Semuka Awek Suhada, Aisyah Salahkah Azhael Sebab Kalah?


Cuak Semuka Awek Suhada, Aisyah Salahkah Azhael Sebab Kalah?
Cuak Semuka Awek Suhada, Aisyah Salahkah Azhael Sebab Kalah?

Cuak Semuka Awek Suhada, Aisyah Salahkah Azhael Sebab Kalah?


Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah yang mendapat tempat ke-6 dalam #AF2013 mengakui ada rasa mahu menyalahkan pasangan duo Azhael  dengan kekalahannya itu.

Dalam pada itu, Aisyah menerusi program Apa Kata M?(#AKMAF2013) turut memberitahu Aliff Aziz banyak membantu dirinya untuk terus maju dalam #AF2013. Pun begitu, dia tidak mahu terus dikenali bersandarkan populariti abangnya itu.

Sementara itu, Aisyah tidak merasakan dirinya bersalah untuk berkawan rapat dengan Suhada yang sudah mempunyai teman wanita. Bagaimanapun, Aisyah sedikit gementar untuk bersemuka dengan awek Suhada selepas banyak insiden berlaku melibatkan dirinya dan Suhada.

Mengulas mengenai lagu barunya pula, Aisyah memberitahu mengenai persamaan suara dan cara nyanyian yang sama dengan Yuna. Apapun, istimewa untuk penonton #AKMAF2013, Aisyah telah menyanyikan lagu popular abangnya berjudul, Sayang-Sayang.

Apa Kata M? (EP 8) Bhgn 5 – Aisyah Cuak Dengan Awek Suhada, Kalah Sebab Azhael



Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden


Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden
Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden

Pencetus Ummah Cungkil Pendakwah Moden


Tidak dinafikan dewasa ini program-program berbentuk ceramah agama sering menjadi tumpuan umat Islam lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan penceramah-penceramah bebas yang hebat seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan sebagainya.

Oleh itu, pihak Astro Oasis telah mengambil inisiatif menyiarkan sebuah program berjudul Pencetus Ummah yang membawakan penonton merasai pengalman menonton 12 peserta yang menggunakan pelbagai cara kreatif dalam menyampaikan dakwah.

Ianya merupakan sebuah program realiti Islamik terbaru yang bertemakan ‘Duniaku Dakwahku’ dengan pelbagai cara kreatif yang tidak disangka boleh disimbolkan sebagai duniaku di mana para peserta program berusaha menggunakan pelbagai platform yang wujud dalam dunia untuk membawa mesej Islam dalam dakwah kepada manusia sejagat.

Minggu pertama Pencetus Ummah menyaksikan 12 peserta diberikan tema ‘Lagu’ untuk menguji kemampuan mereka mengulas lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan muzik dan lagu mengikut hukum agama dan syarak.

Mengikut teguran yang diberikan oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Datuk Hassan Mahmood, Ustaz Kazim Elias dan Abby Fana rata-rata menekankan gaya persembahan dan penggunakan hadith-hadith Al-Quran perlu bertepatan dengan apa yang sedia ada supaya ianya tidak mengelirukan para penonton.

Beberapa peserta seperti PU Fakhrul, PU Razi, PU Shahrul dan PU Yeop menampakkan kematangan dan keyakinan yang tinggi dalam menyampai dakwah mereka dengan jelas dan mudah. Malah gaya percakapan dan interaksi bersama para penonton yang bagus memberi kelebihan buat mereka berempat untuk menerima pujian daripada tiga juri utama.

Nasib tidak menyebelahi PU Salman, PU Fidz dan PU Izzat yang terpilih sebagai antara tiga peserta yang mendapat undian terendah di minggu pertama Pencetus Ummah. Tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu pertama sebaliknya minggu kedua Pencetus Ummah menyaksikan salah seorang daripada tiga mereka ini bakal meninggalkan terus 11 peserta yang lain.

Siapakah yang bakal tersingkir pada minggu hadapan? Jangan lupa untuk terus menyokong dan menonton program Pencetus Ummah ‘ Duniaku Dakwahku’ dengan tema ‘Keratan Akhbar’ di minggu kedua bermula jam 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan