Cari Artikel

Saturday, November 23, 2013

Zed Zaidi Digugurkan Dari Jawatan Presiden Seniman


Zed Zaidi Digugurkan Dari Jawatan Presiden Seniman
Zed Zaidi Digugurkan Dari Jawatan Presiden Seniman

Zed Zaidi Digugurkan Dari Jawatan Presiden Seniman


Mahkamah Tinggi pada Khamis telah memutuskan Mesyurat Agung Seniman Kali ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diadakan pada 25 Mei 2012 adalah tidak sah dan telah terbatal.

Keputusan itu secara automatiknya menyebabkan jawatan Presiden yang disandang Roszaidi Jamil atau Zed Zaidi gugur.

Laporan dari mStar Online, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan, Mesyuarat Agung yang diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh semalam (21 November 2015) yang akan dikendalikan Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Keputusan itu merupakan susulan saman yang telah difailkan pada 25 Januari lalu oleh plaintif Abu Bakar Omar, S.Sahlan, Libnda Buang, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani yang menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.

Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) pula disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan dan mereka diwakili peguam Mohd Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.

Rosilah turut memerintahkan agar kos perbicaraan RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan.

Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas sebanyak RM56,000 kepada plaintif.

Setakat ini belum ada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi berhubung perkara itu.

Wakil Murai akan cuba menghubungi Zed Zaidi untuk mendapatkan kenyataan balas.

Ella Sahkan Tidak Hamil Tapi Hidap Apendiks


Ella Sahkan Tidak Hamil Tapi Hidap Apendiks
Ella Sahkan Tidak Hamil Tapi Hidap Apendiks

Ella Sahkan Tidak Hamil Tapi Hidap Apendiks


Kebelakangan ini khabar angin mengenai Ratu Rock negara, Ella berbadan dua telah mula bertebaran di sana-sini.

Ramai yang tertanya-tanya tentang kesahihan berita tersebut, bukan sahaja peminat malah dikalangan media sendiri turut bertanyakan status sebenar isteri kepada juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar itu.

Penyanyi rock itu bagaimanapun telah menafikan berita tersebut ketika ditemui Murai selepas pertandingan akhir Ratu Rania pada Rabu.

“Ya, Ella ada dengar mengenai perkara itu. Alhamdulillah para peminat mendoakan Ella. Harap-harap ada rezeki Ella nanti.

“Ella mengaku memang ada menjalani pemeriksaan perut di hospital Ampang Puteri, tetapi bukan kerana hamil tetapi disebabkan penyakit Apendiks,” katanya.

Menurut Ella lagi, dia dan suaminya Azhar pergi bertemu doktor selepas mengalami sakit perut luar biasa.

Kejadian bermula pada satu malam apabila Ella mengakui tidak sedap badan. Dan dia mula terasa sakit perut apabila terlebih makan. Ella kemudiannya memberitahu suaminya dan lantasa Azhar terus mengajak berjumpa doktor.

“Apabila bertemu doktor, beliau menasihatkan supaya Apendiks ini dikeluarkan sebelum ia pecah, atau akan mengganggu kandungan jika Ella hamil,” ujarnya.

Tambah Ella lagi, proses penyembuhan mengambil masa selama tiga bulan, dan kini sedang menjalani rawatan susulan.

Selain itu Ella turut memberitahu sedang sibuk dengan projek album terbarunya yang dijangka akan berada di pasaran Januari 2014.

Watie Tewaskan Aida, Juarai Ratu Rania Musim Pertama


Watie Tewaskan Aida, Juarai Ratu Rania Musim Pertama
Watie Tewaskan Aida, Juarai Ratu Rania Musim Pertama

Watie Tewaskan Aida, Juarai Ratu Rania Musim Pertama


Tamat sudah debaran dan keputusan telah memihak kepada peserta kelahiran Johor, Watie atau nama sebenarnya Rosnawati Bachok, 37 apabila diumumkan sebagai juara program realiti Ratu Rania yang berlangsung di Studio 2, Astro Bukit Jalil di sini pada malam Rabu.

Kemenangan itu sekaligus menjadikan Watie sebagai Ratu Rania pertama dan telah membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 keseluruhannya iaitu wang tunai RM25,000 beserta kontrak setahun iklan cetak dan elektronik Kempen Safi bernilai RM24,000 , barangan produk Safi Rania bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.

“Daripada awal lagi saya sudah tanam cita-cita untuk bergelar juara. Alhamdulillah dengan semangat dan keyakinan diri yang tinggi saya berjaya merealisasikan impian itu.

“Saya merasakan kemenangan ini berbaloi buat saya kerana segala kerja keras selama ini berbalas.

“Saya juga sudah merancang untuk memberi sejumlah wang kemenangan ini kepada ibu dan bapa mertua yang kurang sihat, mengadakan kenduri kesyukuran, mengadakan lawatan ke rumah anak yatim dan membawa keluarga bercuti,” katanya yang ditemui selepas pertandingan akhir Ratu Rania.

Sementara itu, naib juara Aida atau Normazuraida Zakaria, 34, memenangi wang tunai RM5,000, kontrak setahun iklan cetak dan eletronik Kempen Safi bernilai RM9,000 dan barangan Safi Rania bernilai RM1,000.

Manakala hadiah sagu hati (bagi lapan peserta tersingkir) pula menerima wang tunai sebanyak RM1,000 berserta barangan produk Safi bernilai RM 800 dan cenderahati Ratu Rania.

Program Ratu Rania dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar.

Juri program tersebut, Ziana Zain berkata, Watie mampu mengembangkan bakatnya di bidang pengacaraan memandangkan wanita tersebut mempunyai keyakinan diri yang sangat bagus selain seorang wanita yang bijak mengenai pengetahuan am.

"Watie tahu apa yang ingin dilakukannya dan bagi saya, pemilihannya sebagai juara adalah sangat tepat," ujarnya.

Selain Ziana, juri yang terlibat ialah Rozita Che Wan dan Rizalman Ibrahim.

Pemarkahan peserta dilakukan 100 peratus oleh pihak juri.

Layari www.astrogempak.com.my.raturania.aspx

Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Afgan, Dayang Jayakan Konsert Destini


Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Afgan, Dayang Jayakan Konsert Destini
Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Afgan, Dayang Jayakan Konsert Destini

Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Afgan, Dayang Jayakan Konsert Destini


Seramai Sembilan Orang penyanyi terkenal Tanah Air Bakal menjayakan Konsert Destini Destini Anak Bangsa anjuran Yayasan (YDAB) Yang Akan diadakan di di Dewan Universiti Teknologi Agung Tuanku Canselor Mara (UiTM) di SINI Pada 20 Dan 21 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, semua hasil penjualan tiket bagi 2 hari konsert tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin.

"Kami bersyukur kerana ramai penyanyi terkenal tanah air kita perihatin dan sudi menjayakan konsert ini. Kami menyasarkan kutipan dana atau penjualan tiket itu nanti sebanyak RM2 juta.

"Selain penuntut UiTM dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada murai.com.my yang ditemui di sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave , semalam.

Sembilan orang penyanyi yang akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Pasha Ungu, Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.

Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Dalam pada itu, Mohd Aizuddin memberitahu, setakat ini tiket berharga RM1, 000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.

"Sebenarnya dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari untuk penyanyi yang sama," jelasnya.

Setiap penyanyi akan menyampaikan dua buah lagu, namun hanya Siti Nurhaliza dan Amy akan mendendangkan tiga buah lagu.

Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.

Selain berharga RM1, 000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186.

Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!


Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!
Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!

Tiada Persembahan Artis Baru, Aim 20 Tampilkan Artis Terkenal Tanah Air!


Tidak seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) terdahulu, AIM musim ke 20 yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 14 Disember ini akan tampil dengan konsep persembahan yang berbeza di mana tiada segmen khusus persembahan artis baru.

Malah, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM20, Rosmin Hashim, berkata tahun ini AIM 20 akan tampil dengan konsep yang berbeza dan istimewa, di mana meskipun masih menampilkan artis baru untuk membuat persembahan , namun penampilan artis-artis popular tanah air adalah lebih ramai.

“AIM kali ini, pihak kami sengaja menggunakan pendekatan berbeza di mana jika tahun lalu terdapat segmen artis baru dalam persembahan, tapi kali ini segmen itu ditiadakan.

“Namun tidak bermakna kami tidak menjemput langsung artis baru untuk persembahan, sebaliknya kami tampilkan dalam bentuk yang berbeza. Nak tahu perbezaanya itu bagaimana, penonton perlu nantikannya pada malam kemuncak kelak.

“Lagipun, pihak penganjur dan rakan-rakan rasmi majlis ini mahu memastikan malam AIM 20 menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua tetamu, bukan hanya golongan pemenang anugerah tetapi juga penonton di stadium, televisyen dan peminat-peminat muzik di Negara ini,” katanya selepas sidang media AIM 20, di Hotel Istana, kelmarin.

Bertemakan Black Tie, seramai 13 orang penyanyi yang akan terlibat dalam persembahan AIM 20 termasuklah Dato` Siti Nurhaliza, Hafiz, Ning Baizura, Shila Amzah, Spider, Najwa Latif, Aizat, Afgan dan Dato` Rossa.
Rosmin Hashim memberitahu, penghibur yang akan membuat persembahan kali ini dipilih dengan teliti supaya malam kemuncak AIM 20 dapat diraikan dalam keadaan yang penuh meriah.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-20 AIM, barisan penghibur dan penyampai tahun ini telah dipilih dengan cukup teliti oleh jawatankuasa penganjur dan ianya terdiri daripada kalangan nama-nama besar di dalam industri muzik tanah air.

“Kami amat berbesar hati dengan kesudian artis-artis terkemuka ini untuk mempersembahkan bakat-bakat hebat mereka di atas pentas AIM 20 nanti,” jelasnya lagi.

AIM 20 bakal bersiaran langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135) dari Stadium Bukit Jalil, hari Sabtu pada 14 Disember ini.

Bermula dengan acara Karpet Glamor AIM20 pada jam 8.30 dan disusuli acara kemuncak pada jam 9 malam.

Teruja Album Ketiga Dilancarkan Tapi Alif Satar Frust Giler!


Teruja Album Ketiga Dilancarkan Tapi Alif Satar Frust Giler!
Teruja Album Ketiga Dilancarkan Tapi Alif Satar Frust Giler!


Teruja Album Ketiga Dilancarkan Tapi Alif Satar Frust Giler!


Dalam pada teruja untuk menantikan respon peminat terhadap album ketiganya berjudul Definisi, Alif Satar mengakui sangat kecewa apabila lagunya Akhiri Penantianku masih tidak lagi dimainkan walaupun sudah lebih dua bulan dipromosikan.

“Saya memang frust gile dengan beberapa stesen radio tempatan. Saya tidak tahu, kenapa sampai sekarang radio swasta masih lagi tidak memainkan lagu saya. Namun, saya tidak mahu salahkan mereka 100%. Mungkin mereka ada sebab yang saya tidak tahu.

“Sebab itulah, saya mengambil inisiatif sendiri dengan mempromosikan lagu berkenaan di laman sosial. Syukur Alhamdulillah ia mendapat respon yang baik.

“Saya juga bersyukur lagu saya kini menjadi antara lagu pilihan di stesen radio milik kerajaan,” katanya selepas majlis pelancaran album dan showcase yang diadakan Black Box, Damansara.

Bercerita mengenai pemilihan tajuk untuk album ini, Alif yang kini semakin aktif sebagai pengacara TV ada alasan sendiri memilih nama Definisi.

“Tajuk Definisi dipilih atas sebab lagu-lagu yang ada dalam album ini merupakan lagu-lagu pilihan saya sendiri. Namun, ia tidak ada lagu yang dicipta oleh saya sendiri. Mulanya saya dan pihak pengurusan banyak berbincang dan mengambil tajuk lagu seperti sudah kebiasaan.

“Saya memang ada mencipta lagu sendiri. Namun, yang kelakarnya lagu ciptaan saya tidak dipilih dan disenaraikan dalam album ini.Apapun, bagi saya, lagu yang saya cipta lebih sesuai untuk dinyanyikan oleh saya sendiri untuk diri sendiri,” jelasnya.

Menariknya, sebuah lagu English yang berjudung Sliding Door dicipta oleh komposer yang pernah melibatkan diri dalam album One Direction. Album Definisi yang menampilkan kematangan Alif Satar ini mengandungi lapan buah lagu baru. Antara nama produser dan komposer yang terlibat adalah Azlan Abu Hassan, Panji Sakti, Alfa Booty, Zimi Sofarz,  Lee Nai Kong dan Conrad.





Pak Nil Minta Kru Music Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak


Pak Nil Minta Kru Music Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak
Pak Nil Minta Kru Music Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak


Pak Nil Minta Kru Music Siasat Lagu Profesor Klon Diciplak


Bekas pengacara program Akademi Fantasia, Datuk Aznil Hj Nawawi meminta KRU Music Group agar segera menyiasat dan mengambil tindakan jika benar lagu nyanyiannya, Profesor Klon diciplak dan dijadikan lagu tema sebuah drama Sepanyol berjudul Pobre Rico.

Aznil berkata, tindakan itu perlu kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan nama baik syarikat rakaman berkenaan memandangkan sudah ada pihak yang menuduh komposernya iaitu Edry Abdul Halim telah menciplak lagu tersebut.

Pengacara yang turut mesra disapa Pak Nil itu berkata, dia setakat ini tidak tahu siapa yang menciplak siapa, tetapi berharap sekiranya Profesor Klon adalah karya asli yang diciplak, pihak KRU harus mengambil tindakan dengan segera kerana ia telah menjejaskan nama anak seni tempatan.

Laporan mStar Online hari ini juga menulis, Pak Nil yang ditemui berkata walaupun lagu itu bukan hasil karyanya sendiri, namun ia tetap menjejaskan namanya sendiri kerana dia adalah penyanyi yang membawakan lagu tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan komen-komen di Twitter apabila ada segelintir pihak yang mula membabitkan Pak Nil dalam isu ciplak ini.

Lagu Profesor Klon yang dinyanyikan Datuk Aznil dan merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Edry bagi dimuatkan dalam runut bunyi (soundtrack) filem Cicakman pada tahun 2007.

Bagaimanapun, baru-baru ini isu ciplak mula tercetus apabila lagu tersebut (menggunakan bahasa Sepanyol) telah digunakan bagi drama Pobre Rico dan ia menimbulkan persoalan siapakah pihak yang menciplak karya berkenaan.

Tambah Pak Nil, tindakan tegas yang diambil pihak KRU juga sekali gus akan membuka mata pihak luar bahawa anak seni tempatan sememangnya bersikap tegas dalam isu-isu sedemikian.

Apatah lagi kata Pak Nil, pencipta lagu negara ini sering dituduh gemar menciplak muzik negara luar.

Sementara itu, Edry yang dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengenai penerbitan lagu tersebut di Sepanyol dan akan memastikan setiap lagu yang dicipta di bawah syarikat KRU akan di lindungi karyanya.

"Pihak kami akan membuat siasatan berhubung perkara ini. Setiap lagu yang dihasilkan di bawah penerbitan KRU adalah hak cipta terpelihara," tegas anggota kumpulan KRU itu lagi.






Amy Search Sahkan Dirinya Muflis Kerana Dianiaya


Amy Search Sahkan Dirinya Muflis Kerana Dianiaya
Amy Search Sahkan Dirinya Muflis Kerana Dianiaya

Amy Search Sahkan Dirinya Muflis Kerana Dianiaya


Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya penyanyi lagenda rock negara, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, tampil dan mengesahkan kontroversi kononnya dia sudah disahkan muflis.

Amy Search mendedahkan dia jatuh muflis setelah dianiaya oleh sahabatnya sendiri. Namun tidak dapat mengulas lanjut kerana sudah menyerahkan kes itu kepada mahkamah untuk tindakan seterusnya.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Salah saya juga kerana terlalu percayakan kawan.

"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada murai.com.my ketika ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave, semalam.

Pun begitu, Amy akui sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.

Dalam laporan sebelum ini, Amy dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy diisytihar sebagai muflis.

Semalam, Amy telah meluahkan dan mendedahkan mengenai kisah bagaimana dia ditipu dan dianiaya sehingga muflis di laman sosialnya iaitu Facebook.

Amy menjelaskan, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga boleh menimbulkan fitnah.

"Ya, apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.

"Sebenarnya, luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya jelaskan," jelasnya.

Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ianya adalah satu dugaan.

Malah Amy memberitahu dia tenang sahaja menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Ini baru dugaan di dunia. Alhamdulillah terus-terang saya dapat menghadapinya dengan tenang dan tidak terlalu memikirkannya.

"Malah saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat sepasang tangan dan sepasang kaki serta masih dikurniakan suara yang baik untuk terus bekerja dan menampung keluarga saya selepas ini," katanya.

Amy bakal muncul dalam Konsert Destini bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB). Konsert yang bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan turut menampilkan barisan artis lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan