Cari Artikel

Thursday, November 21, 2013

Noniswara amal kehidupan lebih sihat


Noniswara amal kehidupan lebih sihat
Noniswara amal kehidupan lebih sihat

Noniswara amal kehidupan lebih sihat


KECANTIKAN dan kaum hawa sememangnya tidak boleh dipisahkan. Kerana mengejar kecantikan luaran, ramai yang sanggup berbelanja besar untuk memastikan diri mereka nampak cantik seperti yang diimpikan.

Justeru ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk kelihatan lebih cantik biarpun terpaksa melalui kesakitan dalam tempoh masa yang lama.

Bagi sesetengah orang pula, suntikan menjadi pilihan untuk memastikan kulit sentiasa cantik dan wajah sentiasa tegang.

Bagaimanapun, bagi mereka yang kurang bernasib baik, pembedahan dan suntikan yang di buat akan memakan diri dan kadang kala rupa paras akan kelihatan lebih teruk berbanding yang asli.

Namun bagi sesetengah wanita, mereka lebih gemar menggunakan cara yang lebih semula jadi bagi menggelakkan kesan jangka panjang yang akan dialami selepas ini.

Antara selebriti yang mengamalkan cara hidup yang sihat adalah aktres cantik, Noniswara Baharuddin, 44 tahun.

Pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya ini mengakui tidak lagi mengambil suntikan dan mengamalkan pengambilan suplemen untuk penjagaan kulit dan tubuh.

Ikuti cerita lanjut mengenai penjagaan kecantikan dan kesihatan Noniswara.

Apa pengertian cantik dan sihat bagi anda?

Bagi saya cantik dan sihat itu adalah perkara yang saling berkaitan, kalau kita tidak sihat, secara tidak langsung kita tidak akan kelihatan cantik. Kecantikan ini juga meliputi disiplin diri, kebersihan diri. Disiplin ini pula bukan pada luaran sahaja tetapi meliputi dalaman juga.

Peribadi juga memainkan peranan yang penting dan bagi saya perempuan zaman kini, biarpun terdedah bagaimanapun kita dalam zaman teknologi ini, jangan hilang kelembutan dan tatasusila.

Dalam usia 44 tahun, anda masih kelihatan cantik dan langsing, apa rahsianya?

Tiada apa rahsia yang saya amalkan dan macam saya kata tadi, disiplin menjadi kunci yang penting. Contoh jika kita mahu berdiet, tidak ada istilah esok, minggu depan atau bulan depan. Macam kita nak ada peperiksaan penting, bukan bermakna kita ada peperiksaan bulan November, bulan November baru nak belajar. Ia kena bermula dari awal.

Macam saya, saya tidaklah terlalu prihatin soal kecantikan dan kelangsingan cuma bila dah 'rosak' susah untuk kita jaga. Jadi baik kita jaga dari awal.

Ada sesetengah selebriti gemar mengambil suntikan untuk kelihatan cantik, anda bagaimana?

Saya pernah juga mencuba mengambil suntikan tetapi itu kira-kira lima tahun lalu. Tetapi doktor nasihatkan saya tidak terus ambil suntikan kerana ia tidak elok untuk urat kita. Jadi saya beralih kepada penjagaan yang lebih sihat dan mengamalkan penjagaan dengan cara natural. Saya amalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya percaya kecantikan bukan semata-mata pada kulit yang putih atau tegang sahaja.

Adakah anda membuat perawatan seperti facial dan sebagainya?

Biasanya saya akan buat facial sebulan sekali atau jika tiada masa lapang dua atau tiga bulan sekali. Tapi apa yang penting adalah penjagaan asas iaitu kita perlu pastikan muka sentiasa bersih. Selain itu saya juga suka berurut kerana berurut elok untuk pelancaran darah dalam badan dan ia mungkin menjadi salah satu sebab saya berjaya menjaga berat badan. Jika ada masa terluang juga, saya gemar membuat refleksologi kerana ia baik untuk saraf di bahagian kaki.

Selain penjagaan asas, adakah anda mengambil suplemen?

Ya ada. Tetapi tidaklah banyak, ia hanya vitamin C untuk penjagaan dalaman dan luaran.

Bagaimana rutin harian anda?

Macam biasa, bangun tidur dan seterusnya solat subuh tetapi biasanya lepas terjaga, saya tidak terus bangun, sebaliknya rasa bertenang, duduk dan lakukan sedikit regangan, kemudian saya akan minum air mineral dan seterusnya baru mandi serta solat. Selepas itu barulah menggerakkan aktiviti seterusnya seperti masak, mengemas dan keluar untuk kerja atau penggambaran. Saya juga akan pastikan tidak mandi air yang sejuk kerana ia tidak sihat untuk jantung.

Pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami masalah berat badan dan pada pandangan saya, bila ada yang kata gemuk kerana keturunan, saya rasa kurang setuju. Saya pun ada juga salasilah keluarga berbadan besar, tetapi macam yang saya kata tadi disiplin itu penting. Cara pemakanan kita juga sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga berat badan.

Bagaimana rutin pemakanan anda?

Ada orang kata, nasi menggemukkan, tapi jika kita ambil dengan kuantiti yang sedikit, ia tidak akan menggemukkan kerana macam kita orang Melayu, nasi sudah sebati dalam diri kita. Biasanya saya hadkan pengambilan nasi secawan atau dua senduk sehari.

Tekanan sering dikaitkan dengan kesihatan dan kecantikan, bagaimana cara anda mengatasi tekanan?

Saya akui tekanan sememangnya tidak elok untuk kesihatan dan ada yang pernah mengatakan kepada saya, kanser sebenarnya berpunca dari tekanan. Jadi jika saya tertekan, saya pastikan akan buat perkara yang saya suka, keluar dengan anak dan kawan-kawan. Saya juga tidak akan terlalu memikirkan sesuatu tekanan dan pada wanita di luar sana, pastikan ada sentiasa berasa tenang dan cool serta elakkan sikap panas baran.

Perkembangan terkini anda?

Buat masa ini saya tidak terlibat dengan apa-apa penggambaran kerana memberi tumpuan terhadap anak saya yang mengambil peperiksaan baru-baru ini. Namun sebelum itu saya baru sahaja menyelesaikan penggambaran telefilem Ibu, Mummy dan Mama terbitan Suhan Movie.  Dalam masa yang sama, saya juga menjadi Penasihat Kewangan kepada beberapa pihak.

Nasihat untuk gadis/wanita lain?

Sebagai wanita, yang mempunyai suami dan anak, pastikan akan ada tekanan yang datang. Jadi cuba elakkan hidup dalam keadaan tekanan dan hadapi dengan tenang. Selain itu, sebagai kaum hawa, amatlah penting untuk kita menjaga kecantikan dan kesihatan kita.

'Oh My Ganu!' lebih kecoh


'Oh My Ganu!' lebih kecoh
'Oh My Ganu!' lebih kecoh

'Oh My Ganu!' lebih kecoh


BERIKUTAN kejayaan siri Oh My English! Rancangan ini tampil dengan telefilem khas berjudul Oh My Ganu! yang akan bersiaran pada 27 November ini.

Menurut Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, Oh My English! merupakan komedi pendidikan bersiri musim kedua berjaya menarik perhatian seramai 5.2 juta penonton di TV, 11.6 juta tontonan Youtube dan 525,000 peminat di laman sosial Facebook dan menguasai tangga teratas laman mikro Twitter.

“Pada penghujung rancangan Oh My English! penonton diberi peluang untuk membantu Mr Middleton (Zain Saidin) memilih antara Sara Jane(Gabriella Robinson)  atau cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) yang akan pulang ke Terengganu melalui undian dalam talian menerusi media sosial. Dan ternyata, sebanyak 50,000 undian penonton telah diterima dan hasilnya 89 peratus undian menyebelahi cikgu Ayu. Keputusan inilah yang telah membentuk jalan cerita telefilem Oh My Ganu!.

“Ia merupakan kesinambungan episod kemuncak Oh My English! Musim kedua. Telefilem bercorak komedi ini merupakan satu penghargaan daripada kami khas buat peminat setia Oh My English! yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada program ini,” katanya.

Putri Yasmin berkata, Oh My Ganu! menjanjikan kelainan dengan kehadiran watak baru yang dihidupkan oleh Izzue Islam dan Zizan Raja Lawak.

“Oh My Ganu! dihasilkan dengan kualiti penggambaran yang tinggi seperti penerbitan filem. Dan kami telah kerjasama dengan Red Communications yang mengetengahkan pengarah fotografi terkenal seperti Haris Hue Abdullah, penata Muzik, Mohsin Othman dan pengarah, Umi Salwana Omar.

“Saya berharap semoga telefilem Oh My Ganu! yang menggabungkan komedi dan kandungan ilmiah serta diterbitkan dengan kualiti produksi setaraf dengan filem pawagam, mendapat sambutan positif dari penonton daripada semua peringkat usia, ” katanya yang mengakui sepanjang penggambaran ini juga banyak adegan lucu di luar jangkaan.

Dalam pada itu, selain barisan pelakon asal seperti Zain Saidin, Harun Salim Bachik, Tiz Zaqyah, Izara Aishah, Akhmal Nazri, Addy Ashraf, Syafie Naswip Roax Tan, Amer Shariff dan Kameesha, beberapa pelakon hebat turut ditampilkan buat pertama kalinya, iaitu Zizan Razak dan Izzue Islam.

Melalui telefilem Oh my Ganu! yang berlatar belakangkan  sebuah kampung di pantai timur, penonton juga dapat menyaksikan adegan mencuit hati apabila pelajar 3 Merah dan guru kesayangan mereka Mr Middleton (Zain Saidin) pergi mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halamannya.

Namun, Mr Middleton terpaksa berhadapan dengan Zizang (Zizan Razak), seorang jutawan kampung yang turut menaruh hati terhadap Cikgu Ayu.

Drama Terukir Di Bintang sarat mainan emosi


Drama Terukir Di Bintang sarat mainan emosi
Tasha Shila Dalam Drama Terukir Di Bintang

Drama Terukir Di Bintang sarat mainan emosi


KISAH cinta tiga segi nampaknya masih menjadi pilihan penonton sehingga hari ini.  Terbaru, drama Terukir Di Bintang, yang dibintangi pelakon hebat Tasha Shilla, Wan Elyas, Shiha Mentor, Kamal Adli dan Talha Harith mula menjadi sebutan ramai.

Bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di slot Samarinda TV3, drama 15 episod ini mendapat sentuhan Jamal Khan sebagai pengarah dan skrip oleh Sofea J Rhyland.

Menurut Jamal, Terukir Di Bintang, sarat dengan drama dan emosi. Tidak terikat dengan kisah cinta semata-mata, kata Jamal, drama itu turut menyelitkan isu kekeluargaan yang banyak berlaku di kalangan masyarakat zaman sekarang.

"Plot utama drama ini memanglah mengisahkan percintaan anak muda, namun masih ada elemen lain yang ditonjolkan agar penonton tidak bosan dengan kisah cinta mereka.

"Saya tidak mahu setiap drama arahan terikat dengan satu elemen sahaja tetapi ia harus dipenuhi dengan pelbagai rencah," katanya yang menjalani 70 peratus penggambaran di pusat peranginan terkemuka, Cameron Highlands, Pahang dan selebihnya di ibu kota selama 38 hari.

Tukar pelakon saat akhir

Dalam setiap penggambaran pasti ada kekangan, begitu juga dengan drama ini yang menghadapi beberapa masalah termasuk pelakon dan cuaca yang tidak menentu.

Jamal berkata, mulanya watak utama (Adam) diterajui pelakon kian naik iaitu Syazwan Zulkifly tetapi diganti pada saat akhir dengan Wan Elyas.

"Kami terpaksa mengganti pelakon kerana Syazwan berhadapan masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Walaupun Elyas pelakon lama tapi dia kurang bersedia dari segi mental dan masa yang singkat. Ada watak Adam yang dia kurang fahami, kami terpaksa menangguhkan sesetengah babak untuk beri masa kepada Elyas  menghayatinya," katanya.

Tambahnya, dia belum pernah bekerjasama dengan Elyas sebelum ini, begitu juga dengan pendatang baharu lakonan, Shiha Mentor.

Jamal berkata, cuaca di Tanah Tinggi yang tidak menentu itu juga menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan penggambaran untuk seketika.

"Kebetulan ketika itu cuaca sejuk dan hujan melanda di lokasi penggambaran Satu babak yang sepatutnya dilakukan di sana ditukar ke Kuala Lumpur kerana faktor cuaca," katanya.

Farid Kamil - Majlis Khatam Al-Quran Tunggu waktu sesuai


Farid Kamil - Majlis Khatam Al-Quran Tunggu waktu sesuai

Farid Kamil - Majlis Khatam Al-Quran Tunggu waktu sesuai


PELAKON dan juga pengarah, Farid Kamil Zahari, 32, berkata dia tidak bercadang mengadakan majlis cukur jambul buat anaknya, dan majlis itu akan digantikan dengan majlis khatam al-Quran oleh isterinya, Diana Danielle.

Farid berkata, dalam majlis tersebut, dia juga akan memperkenalkan anaknya yang dikenali dengan nama Muhammad kepada umum.

Bagaimanapun jelas Farid, dia masih menunggu waktu yang sesuai untuk membuat majlis tersebut kerana Diana masih lagi dalam proses menghabiskan beberapa juzuk al-Quran.

“Ia memakan sedikit masa untuk Diana belajar disebabkan dia sedang mempelajari bacaan al-Quran.

“Jadi majlis tersebut mungkin tidak diadakan dalam waktu terdekat ini.

"Untuk Muhammad pula tiada majlis cukur jambul, tetapi akan diadakan majlis akikah buatnya. Kiranya dua majlis dalam satu masa,” katanya.

Farid berkata, dia tidak mahu memaksa isterinya mempercepatkan proses itu, bagi memastikan perjalanan majlis itu akan sempurna seperti yang dirancang.

“Saya tidak mahu memaksanya, cukup dia teruskan niat untuk belajar dan khatam al-Quran itu sudah cukup baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farid mengakui teruja melihat anak mereka membesar di depan mata dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada zuriat itu walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

Dalam pada itu, tambah Farid dan Diana, tidak kisah untuk mempunyai berapa orang anak selepas ini memandangkan kehadiran anak sulungnya telah memberikan banyak perubahan pada dirinya termasuklah perubahan sikap.

“Anak anugerah ALLAH SWT dan saya terima sekiranya Diana sanggup untuk melahirkan anak dalam masa terdekat,” katanya, sewaktu ditemui ketika majlis tontonan episod akhir drama Jodoh Itu Milik Kita di restoran Rasta TTDI, Isnin lalu.

Usaha berbaik

Selain itu, ditanya mengenai krisisnya dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli, Farid mengakui hubungannya masih belum pulih.

Namun, dia juga berharap krisis ini cepat berakhir dan dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya tak dapat cakap apa-apa tentang perkara ini, namun saya akan fikirkan jalan baik untuk selesaikannya,” katanya.

Sebelum ini, rata-rata menyifatkan perbuatan Farid Kamil menghalang ibu mertuanya, melawat Diana selepas melahirkan anak mereka dikatakan sebagai satu tindakan yang kurang wajar.

Dalam perkembangan terbaru, Farid kini sibuk di set penggambaran bagi menjayakan filem Kitai, arahan Amiro Ghozali bersama barisan pelakon hebat iaitu Shaheizy Sam dan Fezrul Khan.

“Buat masa ini saya fokus untuk filem Kitai dahulu dan kemudian pihak Metrowealth International Group (MIG) akan menerbitkan sebuah projek filem yang berbajet besar,” ujarnya.

Enggan mengulas lanjut mengenai filem itu, Farid meminta semua pihak menunggu sahaja majlis pelancaran filem itu nanti.

Che Ta dan Zain Saidin - Umum tarikh kahwin?


Che Ta dan Zain Saidin - Umum tarikh kahwin?
Che Ta dan Zain Saidin - Umum tarikh kahwin?

Che Ta dan Zain Saidin - Umum tarikh kahwin?


TEKA-teki mengenai majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal terjawab dan pasangan ini sudah bersedia untuk mendedahkan tarikh perkahwinan mereka pada umum.

Akui Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, pengumuman tarikh perkahwinan itu akan dilakukan dalam satu sidang media pada 25 November ini di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam.

“Sidang media itu dibuat bagi mengumumkan hari bahagia saya yang selama ini dinanti-nantikan.

“Malah, ia juga dibuat bagi menjelaskan mengenai semua perkara yang melibatkan hari bahagia saya termasuklah berkaitan penajaan.

"Pada hari itu nanti, tanyalah semuanya, kami akan menjawabnya,” katanya ketika dihubungi Zass.

Mengimbas kembali detik hubungan cinta mereka, kedua-duanya lebih gemar bermain tarik tali pada awalnya, namun mereka dilihat semakin intim menjelang awal tahun ini.

Malah, satu majlis merisik telah diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu yang mana Che Ta telah menerima sebentuk cincin berlian dan sirih junjung dari Zain.

Kini, pasangan popular itu sibuk melakukan persiapan perkahwinan dan sehingga kini sudah berhabis lebih RM200,000 termasuklah mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan di Bali, Indonesia dan London, United Kingdom.

Perkahwinan ini adalah kali kedua buat Che Ta. Sebelum ini, pelakon Kiah Pekasam itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang MAS pada 2003.

Hasil perkahwinan itu, pelakon kelahiran Kedah ini telah dikurniakan dua orang putera, Ammar Effendi dan Aniq Ezzra.

Sheikh Muszaphar tidak minat berlakon


Sheikh Muszaphar tidak minat berlakon
Sheikh Muszaphar tidak minat berlakon

Sheikh Muszaphar tidak minat berlakon


ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberitahu filem yang menceritakan mengenai pengalaman dirinya ke angkasa lepas yang sepatutnya menemui peminat pada tahun ini masih lagi dalam proses pembikinan.

Katanya, genre filem yang berjudul ‘No.1 - 10 Hari:21 Jam 14 Minit Di Pintu Ajal’ tersebut bakal diubah kepada drama dan pihaknya masih belum menentukan pelakon bagi membawakan watak dirinya.

“Kami sudah meneliti dan ingin menukar temanya, daripada dokumentari kepada drama. Tema filem yang berbentuk dokumentari mungkin akan membuatkan orang bosan, jadi temanya akan bertukar kepada drama.

“Mungkin akan ada pelakon membawakan watak saya tetapi pelakonnya sendiri masih belum ditentukan lagi,” katanya yang dipetik dari portal Gua.

Dr Muszaphar akui tidak berminat menceburi bidang lakonan ataupun terlibat dalam terlalu banyak cabang kerjaya.

“Saya tidak berminat untuk menceburi bidang lakonan. Saya mahu lebih kepada memberi inspirasi kepada anak muda tempatan yang mahu menceburkan diri dalam bidang sains angkasa.

“Saya tidak mahu terlibat dalam terlalu banyak cabang kerjaya,” katanya.

Nadiya Nisaa enggan komen Isu tatu 'suami'


Nadiya Nisaa enggan komen Isu tatoo 'suami'
Nadiya Nisaa enggan komen Isu tatoo 'suami'

Nadiya Nisaa enggan komen Isu tatu 'suami'


PELAKON popular menerusi siri televisyen Adam dan Hawa, Nadiya Nisaa enggan mengulas berhubung dua keping gambar yang merakamkan imej seorang lelaki bertatu, yang didakwa suaminya.

Hujung minggu lalu, kisah sensasi ini mendapat perhatian wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus.

“Saya tak mahu komen mengenai gambar itu. Saya juga tidak mahu berikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan. Saya tidak mahu sebarang kenyataan daripada saya boleh mengguris hati dan perasaan banyak pihak, lebih lebih lagi keluarga mentua.

“Lagipun apa yang mejadi pertikaian sekarang ialah suami, bukan diri saya. Hubungan saya dan suami elok, saya tak mahu timbul sebarang isu gara gara gosip yang diperkatakan ketika ini," katanya dipetik Berita Harian.

“Saya harap perkara ini tidak berpanjangan. Yang berlakon, yang bergelar artis adalah diri saya, bukannya suami saya saya tak mahu gosip seumpama ini boleh mengeruhkan keadaan kami sekeluarga,” ujar Nadiya Nisaa sebagai respons.

Nadiya Nisaa turut meminta semua pihak supaya memberi perhatian terhadap perjalanan kariernya dan bukan isu peribadi serta keluarga.

Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun


Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun
Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun

Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun


SETELAH 14 tahun tidak terlibat dengan projek drama televisyen, pelakon jelita, Jun Ji-hyun bakal membintangi drama terbaru, Man From The Stars.

Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun


Ji-hyun dikhabarkan sudah pun memulakan penggambaran untuk drama tersebut yang turut menampilkan bintang Kim Soo-hyun.

Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun


“Saya amat gementar kerana ini merupakan drama pertama saya selepas 14 tahun. Saya amat teruja untuk bekerjasama dengan semua krew dalam produksi ini," katanya.

Jun Ji-hyun Kembali selepas 14 tahun


Man From The Stars merupakan drama arahan Jang Tae-yoo (Deep-rooted Tree) dan penulis skrip Park Ji-Eun (You Who Rolled in Unexpectedly), bakal ditayangkan Disember ini.

Ia berkisar tentang makhluk asing Do Min-jun (Kim Soo-hyun) yang sudah tinggal di planet Bumi sejak era Dinasti Josun lagi. Min-jun akhirnya jatuh cinta dengan seorang pelakon wanita zaman ini yang bernama Shun Song-yi (Jun Ji-hyun).




ASK 2013: Bukan medan pertempuran


ASK 2013: Bukan medan pertempuran
ASK 2013: Bukan medan pertempuran

ASK 2013: Bukan medan pertempuran


MULA diperkenalkan pada 1994, Anugerah Skrin (ASK) merupakan antara majlis anugerah berprestij dalam industri tempatan.

Pada mulanya, ASK hanya membuka pencalonan bagi kategori yang melibatkan terbitan televisyen dan rancangan yang disiarkan di saluran TV3 sahaja.

Bermula pada 2006, penganjur memutuskan untuk membuka peluang kepada bahan siaran RTM, TV Alhijrah dan Astro serta empat stesen televisyen di bawah naungan Media Prima, iaitu, TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Hampir dua dekad penganjuran, pasti ada pahit manis yang tercatat di sepanjang perjalanan majlis yang memberi pengiktirafan kepada pelakon, personaliti, rancangan televisyen dan filem tempatan ini.

Malah, kemeriahan ASK diteruskan lagi pada tahun ini apabila kurang dua minggu lagi, ASK 2013 bakal membuka tirai dan turut menjangkakan kehangatan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Seiring dengan penghasilan karya-karya televisyen yang menarik di sepanjang tahun ini, pasti menampilkan saingan lebih hebat di pentas ASK 2013.

Bakal berlangsung pada 29 November ini dan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam, majlis anugerah yang mengiktiraf hasil kerja anak seni di sepanjang tahun ini turut mencipta kelainan.

Berkongsi kemeriahan dan debaran ASK 2013, Zass mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, untuk bercerita lebih lanjut mengenai penganjuran pada tahun ini.

ASK 2013: Bukan medan pertempuran
ASK 2013: Bukan medan pertempuran


Boleh anda ceritakan serba sedikit mengenai ASK 2013?

Sejak 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni serta karyawan tempatan.

Menariknya, pada tahun ini, ASK 2013 memasuki musim yang ke-15 dan pastinya banyak kelainan bakal diperkenalkan kepada penonton.

ASK 2013 menggandingkan dua personaliti popular, Awal Ashaari dan Faizal Ismail serta pelakon wanita, Nad Zainal sebagai pengacara majlis.

Selain itu, Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly dipilih untuk mengemudikan acara karpet merah bersama dua pemenang dari Pertandingan Pantene Star Search.

Antara artis yang terlibat dalam persembahan pada malam itu termasuk Datuk Jamal Abdillah, Hazama, Amir Jahari, Waris, Azlan & The Typewriter, Waris, Hafiz dan Adira.

Apa pula tema yang dipilih pada tahun ini?

ASK 2013 telah memilih ‘glass’  ataupun kaca sebagai konsep kerana drama dan filem merupakan refleksi kisah sebenar dan realiti hidup manusia.

Dari segi produksi ASK 2013, elemen kaca ini akan diserapkan sepenuhnya pada malam anugerah menerusi set pentas, dekorasi keseluruhan serta pakaian dan tata rias untuk menghidupkan suasana glamor.

ASK 2013 memasuki tempoh usia matang dan ia disenaraikan sebagai anugerah yang memberi impak besar kepada penggiat seni.

ASK bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah ia juga menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.

Mengapakan ASK 2013 memilih untuk membuat pengumuman pencalonan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini?

ASK 2013 memecah tradisi dengan membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan, Debaran Anugerah Skrin 2013, pada 1 November lalu.

Selain mencetuskan debaran dalam kalangan finalis yang bertanding sebulan sebelum acara berlangsung, penganjur juga ingin meraikan kesemua finalis yang tersenarai kerana mereka sudah layak bergelar pemenang berdasarkan kualiti kerja yang dipersembahkan.

Apa pula kriteria yang perlu ada pada sesebuah karya untuk layak dinobatkan sebagai karya terbaik?

ASK memberi pengiktirafan kepada pengeluar drama, filem dan produksi tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan ialah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.

Antara kriteria karya yang perlu ada ialah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap, mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2012 hingga 30 Jun lalu. Semua pencalonan dinilai panel juri profesional yang dipilih.

Secara keseluruhan, ASK 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal.

Adakah penganjuran ASK masih relevan?

Tidak dinafikan, media digital lebih mendominasi pada masa kini. Namun, fenomena ini tidak bermaksud industri penyiar televisyen dan filem akan disingkirkan.

Penggiat seni dan karyawan tanah air harus sentiasa bersikap optimis dan menggunakan semua platform media yang ada untuk terus berkarya. Semangat itulah yang terus menggerakkan industri penyiaran.

Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelak dari terjadinya sebarang kontroversi di ASK 2013?

Bagi keputusan ASK 2013, kami meletakkan sepenuhnya di tangan barisan juri profesional dan berkaliber.

Seperti yang kami tegaskan sebelum ini, ASK bukan persaingan antara stesen televisyen semata-mata tetapi karya bermutu yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Maka, saya tidak melihat sebarang kontroversi akan berlaku di ASK 2013.

Adakah ASK 2013 hanya disiarkan secara langsung di saluran TV3 sahaja?

Selain menonton secara siaran langsung di TV3, ASK 2013 juga dapat disaksikan penonton di Singapura menerusi Singtel.

Siaran langsung keseluruhan acara yang bermula dengan karpet merah pada jam 7.30 malam juga boleh dilayari secara global melalui komputer, tablet dan telefon pintar di laman web rasmi www.anugerahskrin.com.

Selain itu, acara karpet merah juga boleh ditonton di TV9 menerusi program, HIP TV pada 8.30 malam. ASK 2013 juga turut dihangatkan stesen radio Hot FM.

Apa harapan anda untuk ASK 2013?

Pengumuman Top 5 sebulan lebih awal itu diharapkan supaya kesemua finalis dapat meluangkan masa meraikan detik kejayaan apabila nama pemenang diumumkan bagi setiap kategori.

Tambahan pula, penganjuran ASK ialah untuk meraikan semua penggiat seni tanah air sama ada yang berlakon ataupun yang bekerja di sebalik tabir.

1994-1999

Anak Angkat, juara pertama ASK

ASK 1994, menyaksikan drama pertama arahan, Aziz M Osman, dinobatkan sebagai, Drama Terbaik dan berjaya menggondol lapan daripada sembilan kategori yang dipertandingkan,  termasuk Pengarah Terbaik, Aktor Terbaik, Aktres Terbaik, Aktor Pembantu Terbaik, Aktres Pembantu Terbaik, Suntingan Terbaik dan Videografi Terbaik.

Pada penganjuran kedua, ASK menambah bilangan kategori yang dipertandingkan sebanyak 19 kategori termasuk Anugerah Penerbitan Khas TV3, Jingle Terbaik, Penerbitan Rancangan Hiburan TV3 Terbaik dan Montaj Terbaik.

ASK 1995 turut menobatkan drama arahan, Eirma Fatima, Ratu Jamu, sebagai Drama Terbaik dan meriah tiga anugerah dari kategori lain. ASK 1996 tampil memperkenalkan kategori anugerah untuk filem tempatan termasuk pelakon dan kru produksi filem di samping anugerah yang sedia ada.

Filem pertama diangkat sebagai Filem Terbaik ialah, Sayang Salmah, suntingan pengarah, Sidi Oraza, manakala Awie diangkat sebagai Aktor Terbaik di samping Maizurah Hamzah sebagai  Aktres Terbaik.

Pada penganjuran ASK 1997, ia memberi pulangan kepada drama, Jutawan Segera, arahan, Zulkifli M Osman dan turut memenangi tiga kategori termasuk Drama Terbaik, Aktres Terbaik dan Videografi Terbaik manakala filem, Merah pula berjaya meriah trofi, Filem Terbaik.

Pengarah, Aziz M Osman, mengulangi sejarah kemenangannya apabila, filem, Baginda, berjaya diangkat sebagai Filem Terbaik di ASK 1998 dan drama, Air Mata Ibu dipilih sebagai Drama Terbaik.

Penganjuran keenam, ASK 1999, menyaksikan kelainan apabila turut memperkenalkan kategori khusus untuk drama tempaan berbahasa Cina, Silk Theatre. Namun, ia hanya dipraktikkan pada tahun itu sahaja apabila kategori ini dilupuskan.

ASK 1999 mengangkat drama arahan Sidi Oraza, Surah Terakhir sebagai Drama Terbaik dan filem, Jogho, suntingan U Wei Saari sebagai Filem Terbaik.

2000-2009

Baiki kelemahan

Penganjuran ketujuh menyaksikan drama arahan, Mamat Khalid, Piang Durian merangkul anugerah Drama Terbaik dan meraih tiga anugerah lain.

Penganjuran kelapan lebih memihak kepada karya filem arahan, Eirma Fatima, Embun, manakala Aduhai Esah, dipilih sebagai Carekarama Terbaik.

Penganjuran kesembilan diadakan pada 14 Disember 2007, namun dilihat kurang berjaya apatah lagi, bilangan kategori yang dipertandingkan turut dikurangkan.

Drama Terbaik dimenangi, drama terbitan TV3, Sebuah Ijtihad manakala, Filem Terbaik diraih filem, Cinta. Namun, pada penganjuran ke-10, ASK 2008, tampil dengan 22 kategori anugerah termasuk dua anugerah khas.

Drama, Suara Saleha, diangkat sebagai Drama Terbaik manakala filem arahan Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang, sebagai Filem Terbaik.

Semakin memperbaiki kelemahan, ASK 2009, dilihat lebih konsisten berbanding penganjuran sebelum ini dan drama, Tersasar di Jalanmu, dipilih sebagai Drama Terbaik dan filem, Wayang, diangkat sebagai Filem Terbaik.

2010-2013

Fesyen artis jadi teguran

Sebagai pembuka tirai di era 2010, ASK turut mencipta sejarah pertama kontroversi yang melibatkan selebriti.

Pelakon kecil molek, Syarifah Amani 'ditegur' mengenai etika pemakaian ketika naik ke pentas untuk menerima anugerah, Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Bukan sahaja mendapat sindiran daripada penyampai anugerah, Seniman Datuk Aziz Sattar, aktres, Erra Fazira dan Eja, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Tan Sri Dr Rais Yatim, turut menegur cara berpakaian setiap artis yang hadir.

Sehubungan itu, Kumpulan Media Prima Berhad, digesa supaya membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai pemakaian artis wanita.

Namun, Amani muncul cemerlang apabila dua produksi lakonannya, filem Muallaf dan drama, Antara Garisan meraih anugerah Filem Terbaik dan Drama Terbaik.

Kemenangan luar jangkaan Pada ASK 2011 pula, pelakon dan pelawak, Sabri Yunus, merangkul kejayaan besar apabila, drama pertama arahannya, Sanggul Beracun, menerima empat anugerah termasuk kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Menurut pelakon yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, itu, dia tidak menyangka percubaan pertama mengarah dan menulis sendiri skrip drama tersebut membawa tuah kepadanya.

Selain anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik, Sanggul Beracun turut membawa pulang anugerah Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Selain itu, ASK 2011 turut mengangkat filem terbitan KRU Studios, Magika sebagai Filem Terbaik sekali gus mengalahkan empat filem lain iaitu, Cun!, Aku Tak Bodoh, Janin dan Dilarang Masuk.

ASK 2012, membosankan?

Mengangkat tema alam fantasi, ASK 2012 lebih menarik dari segi latar malah, namun, ia membosankan dan hanya tertumpu kepada lakonan di pentas oleh penyampai sahaja.

Tidak terkecuali, ASK 2012, turut terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk kata-kata pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor.

Selain itu, pemakaian artis  wanita juga turut menjadi pertikaian apabila fesyen pelakon cantik, Tasha Shila, turut menjadi kritikan kerana dikatakan berbentuk salib.

Namun, malam penganugerahan itu berlangsung  dengan jayanya dan ASK 2012 menobatkan drama terbitan, Filmscape Sdn Bhd, Di Telapak Kaki Bonda, sebagai Drama Terbaik dan filem arahan Dain Said, Bunohan sebagai Filem Terbaik.

Datuk Yusof Haslam Jawab Isu 'tutup mata'?


Datuk Yusof Haslam Jawab Isu 'tutup mata'?
Datuk Yusof Haslam Jawab Isu 'tutup mata'?

Datuk Yusof Haslam Jawab Isu 'tutup mata'?


ISU kebocoran filem KL Gangster 2 sekali lagi menjadi perhatian apabila Produser Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam dikatakan sudah mengetahui dalang di sebalik penyebaran itu.

Apa yang mengejutkan, bapa kepada pengarah filem itu dikatakan sudah mengetahui siapakah dalang di sebalik penyebaran tersebut, namun hanya mahu 'tutup mata' dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap isu tersebut.

Bagaimanapun, Yusof tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa dia belum menerima apa-apa maklumat daripada pihak berkuasa.

"Siapa pula yang sebar perkara ini? Semuanya spekulasi semata-mata.

"Walaupun sudah sebulan ia berlalu, saya masih menunggu maklum balas daripada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Buat masa sekarang, saya hanya mampu berdoa agar segalanya berakhir dengan baik," ujarnya.

Tegasnya, dia tidak mahu mengganggu urusan pihak berkuasa dan menunggu keputusan dengan sabar.

"Lagipun saya hanya orang industri dan tidak mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana pihak yang terlibat.

"Saya serahkan semuanya kepada mereka menyiasat perkara ini dengan teliti," katanya.

Untuk pengetahuan, filem yang menelan belanja RM4.5 juta ini berjaya juga berjaya mengutip RM4.5 juta selama dua minggu tayangan.

"Mungkin kami berjaya mengutip nilai kutipan yang sama dengan kos perbelanjaan tapi dalam masa yang sama kami juga kerugian.

"Namun saya bersyukur, masyarakat tidak putus beri semangat dan sokongan terhadap filem ini," katanya.

Azean Irdawaty masuk hospital lagi


Azean Irdawaty masuk hospital lagi
Azean Irdawaty masuk hospital lagi

Azean Irdawaty masuk hospital lagi


PELAKON veteran, Azean Irdawaty, 63, sekali lagi dimasukkan ke hospital jam 11 malam Isnin lalu.

Sebuah portal yang memetik anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sebagai berkata, keadaan ibunya tidak membimbangkan.

"Keadaaan mama stabil dan masih mendapat ratawan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Benjy mengharapkan semua yang mengenali ibunya mendoakan kesihatan aktres itu dan boleh pulang segera ke rumah.

Azean sering keluar masuk hospital ekoran penyakit tumor yang dihadapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan