Cari Artikel

Tuesday, November 19, 2013

Finalis AF2013 Kini Bersedia Untuk Webchat Dengan Anda


Finalis AF2013 Kini Bersedia Untuk Webchat Dengan Anda
Finalis AF2013 Kini Bersedia Untuk Webchat Dengan Anda


Finalis AF2013 Kini Bersedia Untuk Webchat Dengan Anda


Seperti yang dijanjikan, kesemua enam finalis Akademi Fantasia 2013 (AF2013) kini berada di pejabat Murai untuk sesi ArtisChatz@Murai yang akan berlangsung sekarang hingga jam 5 petang.

Inilah peluang untuk anda semua pembaca Murai untuk beramah mesra dengan Aisyah, Nabila, Indag, Amira, Azhael dan juara AF2013 itu sendiri, Faizul. Keenam-enam mereka akan melayan sebarang pertanyaan dan ucapan dari anda selama 2 jam.

Untuk segmen pertama yang akan bermula dari jam 3 hingga 4 petang, Faizul, Amira dan Aisyah akan memulakan sesi ini manakala dari jam 4 hingga 5 petang pula adalah giliran Azhael, Indah dan juga Nabila.

Menerusi segmen webchat ini, anda boleh bertanyakan apa jua soalan untuk mengetahui perkembangan terbaru mereka, namun pihak murai.com.my akan menapis persoalan yang berbaur lucah atau pun ugutan.

Jadi, apa tunggu lagi, dekatilah bintang-bintang finalis #AF2013 sekarang.

Klik di sini untuk webchat




Streaming by Ustream





Selepas 11 Tahun Menjanda, Syani Cuak Kahwin Kali Kedua


Selepas 11 Tahun Menjanda, Syani Cuak Kahwin Kali Kedua
Selepas 11 Tahun Menjanda, Syani Cuak Kahwin Kali Kedua

Selepas 11 Tahun Menjanda, Syani Cuak Kahwin Kali Kedua


 “11 tahun saya hidup bersendirian... Sudah tentu saya rasa sangat takut untuk kembali mendirIkan rumah tangga, tapi apa-apa pun saya harap kali ini perjalanan akan menjadi lebih mudah.”

Itu kata Syanie ketika ditanya mengenai perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 1 Mac 2014 ini dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Nadi Putera Mohd Zainol.

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu selepas 11 tahun memegang gelaran janda, sudah tentu kali ini dia melihat institusi perkahwinan itu sebagai sesuatu yang lebih berbeza daripada sebelum ini.

“Kegagalan rumah tangga yang dibina pada tahun 2002 lalu, tak patahkan semangat Syanie untuk berkahwin lagi.

“Dalam masa 11 tahun menjanda, Syanie ada juga berkawan dan kenal dengan beberapa orang lelaki, tapi ternyata mereka bukan jodoh sayA. Saya sendiri tak sangka, akan bertemu jodoh dengan orang ‘di depan mata’.

“Saya pernah berkawan rapat dengan Putera 7 tahun lalu, tapi ketika itu kami sekadar teman biasa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Masterchef Malaysia All Stars di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Syanie lagi, dia sendiri tidak menyangka akan bertemu kembali dengan Putera dan terus memutuskan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

Syanie dan Nadi Putera telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis ringkas di Petaling Jaya, Selangor, yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada 10 Ogos lalu.

Tambah Syanie, cintanya dengan Putera kembali bertaut ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang teman mereka beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu Syanie memberi- tahu, majlis resepsi akan berlangsung di Pantai Chenang, Pulau Langkawi, Kedah bertemakan ‘beach wedding’.

“Saya sudah lama mengimpikan perkahwinan tepi pantai dan insya-Allah bakal direalisasikan kali ini. Saya mahukan majlis yang ringkas dan akan mengeratkan hubungan antara keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya yang kini telah mendapat tajaan busana resepsi dan malam berinai serta bunga telur.

Syanie merupakan salah seorang selebiriti g bakal berentap dalam MasterChef Selebriti All Stars Malaysia (MCMAS) yang bakal bersiaran pada 23 November ini.

Kepada anda semua, kalau nak tengok Syanie beraksi dengan 19 selebiriti masterchef lain, jangan lupa tonton MCMAS pada setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Mahu menonton MCMAS tetapi masih belum memiliki Astro di rumah? Mudah sahaja layari laman web www.astro.com.my/shop atau hubungi 1300 82 3838 untuk melanggan.

Hanez Suraya Failkan Saman Terhadap Pa Kerana Mengaibkannya!


Hanez Suraya Failkan Saman Terhadap Pa Kerana Mengaibkannya!
Hanez Suraya Failkan Saman Terhadap Pa Kerana Mengaibkannya!

Hanez Suraya Failkan Saman Terhadap Pa Kerana Mengaibkannya!


Pelakon, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Hanez Suraya memberitahu portal Gua, dia memfailkan saman kerana Mohd Fairus telah memfitnah dan mengaibkan dirinya di laman sosial serta kepada rakan-rakan artis.

“Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’.

“Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” jelas Hanez.Bagaimana pun, Mohd Fairus tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, pada hari ini.

Pelakon drama bersiri popular Mr. Arrogant itu memberitahu pada mulanya dia hanya mendiamkan diri tetapi apabila keadaan menjadi semakin teruk, Hanez mengambil tindakan.

Hanez menganggap perkara ini sangat serius kerana ianya membabitkan nama dan reputasinya sebagai seorang pelakon.

Oh My Ganu!: Izzue Islam Kurang Fokus Kerana Zizan Razak


Oh My Ganu!: Izzue Islam Kurang Fokus Kerana Zizan Razak
Oh My Ganu!: Izzue Islam Kurang Fokus Kerana Zizan Razak

Oh My Ganu!: Izzue Islam Kurang Fokus Kerana Zizan Razak


Ahli kumpulan Forteen yang kini meletup-letup sebagai pelakon, Izzue Islam mengakui pelawak Zizan Razak banyak mengganggu konsentrasinya dalam lakonan.

Bagaimanapun, pengakuan tersebut hanya dibuat selepas menceritakan pengalaman berlakon bersama Zizan dalam telefilem Oh My Ganu!

“Memang saya banyak tergelak dan sukar untuk berlakon dengan Zizan. Bila dengar suara dia je, saya dah tak tahan nak ketawa. Dia memang kelakar. Pengalaman berlakon dengan Zizan memang best,” ujarnya.

Dalam pada itu, Izzue yang memegang watak sebagai adik kepada Tiz Zaqyah menolak dakwaan yang mengatakan lakonannya dalam telefilem ini lebih menonjol berbanding Zizan dari segi penggunaaan loghat Terengganu.

“Mana ada. Longhat saya lebih kepada loghat Kelantan. Saya pun orang Kelantan.

"Saya rasa Zizan punya loghat lebih kepada Loghat Terengganu. Dia pun berasal dari Ganu. Cuma mungkin stail dia cakap dah ke arah loghat Ganu moden sikit,” katanya.

Dalam episod kemuncak Oh My English! Musim kedua, status percintaan Cikgu Middleton (Zain Saidin) bersama Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) masih lagi tergantung.

Bagaimanapun, penonton setia drama ini boleh mengetahui jawapan berkenaan dengan menonton telefilem istimewa Oh My Ganu! yang disiarkan di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Maya HD (Saluran 135) pada 27 November ini.

Sorotan Citra Dua Dekad Ning Baizura Dalam Konsert Pelangi Untukmu


Sorotan Citra Dua Dekad Ning Baizura Dalam Konsert Pelangi Untukmu
Sorotan Citra Dua Dekad Ning Baizura Dalam Konsert Pelangi Untukmu

Sorotan Citra Dua Dekad Ning Baizura Dalam Konsert Pelangi Untukmu


Telah hampir dua dekad penyanyi bervokal unik, Ning Baizura Hamzah atau Ning menyulam cinta kepada bidang seni nyanyian yang terus menerus memberikan penyanyi ini kepuasan tanpa jemu.

Dalam pada dia meraikan karier nyanyiannya yang bermula sejak 1993 itu, Ning bersama-sama peminatnya yang telah meraikan kembara dua dekadnya dalam bidang seni menerusi konsert istimewa Pelangi Untukmu.

Bukan sahaja seleksi lagu-lagu hebat dan hits daripada penyanyi ini, Ning turut membawa para hadirin menyusuri kisah hidupnya melalui setiap bait-bait lirik yang terkandung dalam setiap lagu yang didendangkannya. Begitulah istimewanya persembahan memukau ibu kepada Ryan Sky Dalton hinggakan ia tamat hampir jam 12 tengah malam.

Dewan Kristal di TM Convention Centre mulai dipenuhi sekitar jam 9 malam, hos Linda Onn tampil ke pentas dengan memberikan sedikit intro mengenai persembahan yang bakal dijanjikan dalam konsert Pelangi Untukmu. Di bawah pimpinan Alwyin Santiago, Ning mula melontarkan vokalnya dengan lagu pembukaan Asmara diikuti Kau Dan Aku yang mendapat sentuhan baru.

Sempat memberikan salam dan intro kepada hadirin, dia menyambung semula menghangatkan pentas dengan seleksi lagu-lagu cinta dengan Teguh, Kembali dan berhenti seketika untuk memberikan intro tentang lagu seterusnya yang ditulis oleh teman baiknya, Nurul Wahab. Selagi Ada dialunkan dengan begitu penghayatan dan mengimbau kembali saat penyanyi itu popular dengan lagu tersebut.

Meninggalkan lagu yang dinobatkan Lagu Terbaik pada AIM 2004 tersebut, Ning memilih Mama Papa yang lebih rancak sebelum menyanyikan lagu Bukan Sebarangan yang memperjuangkan hak wanita. Embunan Bersinar secara ekslusifnya bergema di dalam dewan itu dan ia merupakan salah satu single terbaru Ning sebelum memasuki segmen yang menampilkan lagu-lagu khas berkisarkan tentang ibu.

A Mother’s Prayer membuka tirai segmen tersebut diikuti lagu Ibu dan seterusnya lagu khas yang ditulis Ning untuk anak tersayang iaitu Pelangi Untukmu yang meminjam melodi Somewhere Over The Rainbow. Ia disempurnakan dengan mengakhiri segmen itu dengan seleksi daripada lagu P. Ramlee, Dimana Kan Ku Cari Ganti.

Kekal bertenaga di pentas yang memerlukan Ning bergerak untuk berinteraksi dengan semua hadirin, lagu yang asalnya duet bersama Jay Jay, Erti Pertemuan dinyanyikan Ning bersendiri sebelum dia meneruskan persembahan pada malam itu dengan dendangan killer song Curiga diikuti Pasti, Ke Sayup Bintang berentak rancak lalu Bila dan Penjara Kasih.

Sebelum menyanyikan Dugaanku, Ning sempat bercerita mengenai kisah disebalik lagu yang memberikannya kekuatan itu saat dia dilanda dugaan dan cabaran. Sebuah lagi lagu berbahasa Inggeris, In Another Life disampaikannya sebelum mengundang Russell Curtis untuk berduet bersamanya bagi lagu Antara Kita.

Lagu yang dinantikan iaitu Awan Yang Terpilu tib gilirannya menjadi sebahagian daripada penutup yang didendangkan Ning sebelum single Bukan Wanita Sempurna yang secara eksklusif diperdengarkan kepada semua hadirin sebelum konsert Pelangi Untukmu melabuhkan tirainya.

Ning bijak berinteraksi bersama penonton serta lincah disamping menyusun bicara agar tidak ada saat yang membosankan. Susunan lagu juga faktor konsert tersebut dirasakan amat berjaya dan vokal Ning yang benar-benar bertenaga memberikan kepuasan kepada 1500 hadirin yang hadir memenuhi TM Convention Centre pada malam itu.

Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang


Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang
Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang

Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang


Bagaimana personaliti yang bergelar penyanyi nombor satu negara ini mengekalkan populariti yang dimilikinya? Jawapannya adalah Dato’ Siti Nurhaliza tidak pernah lupa untuk menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara.

Biarpun sudah sekian lama dia berada di dalam industri, nama anak jati Kuala Lipis, Pahang ini sentiasa meniti dibibir peminat yang datang daripada pelbagai peringkat umur dek kerana kemesraan dan keramahan Dato’ Siti Nurhaliza bersama peminatnya.

Pada penghujung minggu lalu, walaupun sibuk menjadi Inspirer untuk program Akademi Fantasia 2013, Dato’ Siti Nurhaliza sempat meluangkan masa bersama peminat di acara Santai @Dataran Gemilang, Putrajaya.

Dia yang tiba berpakaian santai rona ungu itu menjadi tetamu yang paling dinantikan oleh semua pengunjung bazar di Santai @Dataran Gemilang Putrajaya tersebut. selain beramah mesra, Dato’ Siti hadir bagi memeriahkan acara treasure hunt melibatkan kelab peminatnya Siti Zoners.

Sementara menanti perlumbaan treasure hunt melibatkan SitiZoners berakhir, dia sempat melakukan aktiviti diatas pentas tersebut dengan peminat bertuah pada petang itu. Antaranya membuat atau mengelim karipap, menari, boling buah kelapa dan pelbagai lagi selain menyanyikan beberapa buah lagu.

Acara Santai @Dataran Gemilang tersebut adalah acara mingguan dan seringkali menjadi tumpuan pengunjung kerana kemeriahannya dan pada hari tersebut mereka yang hadir beruntung kerana menerima Dato’ Siti Nurhaliza sebagai tetamu jemputan di acara yang dihoskan oleh Ali Anugerah dari Singapura.

Antara pesanannya kepada pengunjung adalah untuk terus menyokong acara riadah dan santai seperti yang giat dilakukakan di Santai @Dataran Gemilang oleh pihak Perbadanan Putrajaya.

Sebaik sahaja Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan hadiah untuk acara mewarna dan treasure hunt, dia tidak lupa untuk mendendangkan lagu terbaru daripadanya iaitu Lebih Indah yang turut dinyanyikan beramai-ramai oleh peminat yang dijemput naik ke atas pentas.

Sekitar hampir jam 7 malam inspirer bagi Akademi Fantasia 2013 itu diasak tetamu yang hadir ketika ikon tersebut mahu beredar untuk ke konsert Akademi Fantasia untuk bertemu dan bergambar bersama penyanyi pujaan mereka itu.

LIGA Lawak Superstar - Empat peserta berentap!


LIGA Lawak Superstar - Empat peserta berentap!
LIGA Lawak Superstar - Empat peserta berentap!

LIGA Lawak Superstar - Empat peserta berentap!


LIGA Lawak Superstar (LLS) malam kelmarin menyaksikan dua lagi peserta kumpulan B, OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia) dan Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) mara ke peringkat akhir.

Berjaya mengalahkan  Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) dalam pusingan separuh akhir, OMG dan Aku Diandra bakal bertemu dengan dua peserta dari Kumpulan A, iaitu Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli, Fizz Fairuz) dan Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail, Hairi Safwan)

Persaingan sengit mereka dapat disaksikan pada malam Ahad ini (24 November), di Studio Finas, Ulu Kelang.

Di pusingan separuh akhir itu, mereka bakal berhadapan dengan lima cabaran permainan seperti Apa Maksud Kau, Jampi, Pentiru Besar, Bilik Soal Siasat dan Karaoke Uncle Spa.

Jika diukur prestasi dari kumpulan B, OMG sering mendahului rakan seperjuangan mereka dengan aksi yang mantap.

Tidak kurang hebatnya, Apa Kasih Toq dari Kumpulan A, yang sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang walaupun pada mulanya agak kurang menyerlah.

Hanya dua pasukan terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak Superstar musim pertama.

Siapakah yang bakal menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang kemenangan bernilai RM 250,000? Saksikan dua lagi pusingan penentu!

Laga - Adegan Ranjang - 'Simbolik kasih sayang!'


Laga - Adegan Ranjang - 'Simbolik kasih sayang!'

Laga - Adegan Ranjang - 'Simbolik kasih sayang!'


SEJAK kebelakangan ini, selitan adegan ranjang atau babak intim bagai menjadi satu trend dalam pembikinan filem Melayu.

Biarpun tidak melampaui batas pada mata sesetengah pihak, namun adegan sebegini tetap mengundang sensitiviti bagi orang Islam apatah lagi pelakunya bukanlah muhrim.

Terbaru, adegan ranjang dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob yang melibatkan pelakon veteran, Wan Hanafi Su dan Marsha Milan Londoh turut menjadi serangan ramai pihak yang beranggapan pengarah itu cuba menjual babak tersebut untuk melariskan filem.

Bagaimanapun Ismail yang ditemui semasa pelancaran filem itu punya jawapan tersendiri di sebalik pembikinan babak panas itu.

“Babak itu sebenarnya mengajar teknik mengurut untuk mendapatkan zuriat. Saya mahu tunjukkan keintiman seorang suami terhadap isterinya yang jauh lebih muda.

“Saya tahu mungkin ramai yang menganggap ia adalah adegan panas, tapi ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri,” jelasnya.

 Bagaimanapun Ismail berkata, adegan itu disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

 “Kalau nak ikutkan babak itu lagi panas tapi saya hanya tonjolkan yang sepatutnya saja. Malah pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF.

“Namun, selepas kami buat satu laporan yang menyatakan sebab-sebab saya perlu kekalkan babak, akhirnya LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula,” katanya.

Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

Pada majlis itu pihak media diperdengarkan dengan dua buah lagu iaitu Kayangan nyanyian kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar, yang dijadikan sebagai lagu tema filem itu.

iskandarX: Simbolik kasih sayang yerr??? is pun nak tunjuk gak kasih sayang is, Marsha tu beb, apasal veteran yang dapat tunjuk kasih dan sayang pulak?

Fasha Sandha 'jaga pantang'


Fasha Sandha 'jaga pantang'
Fasha Sandha 'jaga pantang'

Fasha Sandha 'jaga pantang'


PELAKON cantik, Fasha Sandha mendedahkan dia mengamalkan nasihat dan pantang larang yang diberikan ibunya, tatkala terlibat dengan penggambaran di kawasan hutan atau di rumah kosong.

Dek kerana menjaga pantang atau menjaga tatatertib, akui Fasha Sandha dia bersyukur kerana tidak pernah mengalami apa-apa gangguan pelik atau gangguan makhluk halus dari mula penggambaran hingga akhir.

“Penanggal adalah filem seram kedua saya selepas Gong. Alhamdulillah dari Gong sehingga ke Penanggal saya tidak pernah mengalami peristiwa misteri atau mistik.

“Ini kerana saya mengikut pesanan mak saya iaitu minta izin dan jaga tatatertib. Jadi bila sepanjang di dalam hutan, apa saja yang saya buat saya akan minta izin kerana kita pergi ke tempat orang.

“Dalam hutan, pokok-pokok semuanya hidup, tanah pun hidup. Biasanya saya akan cakap:  ‘Saya minta izin. Saya datang sini nak bekerja. Tolong jangan ganggu saya.’ Saya pastikan, tisu pun saya tak buang merata-rata,”  katanya ketika ditemui pada malam previu Penanggal, di e@Curve, baru-baru ini.

Penggambaran Penanggal dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak pada Disember 2011. Ketika itu hanya beberapa bulan saja lagi sebelum Fasha berkahwin dengan Rizal Ashram (Jejai).

Fasha Sandha Belajar bahasa Arab


 Berkongsi mengenai karakternya dalam filem sulung arahan Ellie Suriaty itu, Fasha yang memegang watak Sharifah Zahrah berkata, cabaran paling besarnya apabila dia perlu melakonkan karakter gadis berketurunan Arab.

“Kalau nak bercakap dalam bahasa Arab ikut skrip, semua orang boleh. Tapi disebabkan saya bukan datang dari keluarga berdarah Arab, jadi saya tak fasih dengan sebutan-sebutan perkataannya.

“Jadi saya kenalah usaha lebih sikit, saya ambil inisiatif ikuti kelas bahasa Arab selama lebih kurang dua bulan, " katanya.

Meskipun bukan seorang penggemar filem seram namun, Fasha sambil turut meluahkan rasa bangga dan teruja apabila diberi kepercayaan oleh Ellie menjadi sebahagian filem tersebut.

Malah, dia cukup mengagumi kesungguhan Ellie sepanjang penggambaran walaupun pengarahnya itu sedang hamil.

“Disebabkan dia juga seorang pelakon, jadi dia tahu naluri berlakon tu bagaimana. Dia seorang yang banyak idea, sangat teliti dan menjaga setiap inci lakonan saya,”  katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran telemovie Racun Ibu.

Selain Fasha, Penanggal dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Ummi Nazeera, Normah Damanhuri, Syed Yusof, Zul Ariffin, Nadia Mustafa, Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Kuswadinata dan ramai lagi.

 Filem seram klasik terbitan Tayangan Unggul dengan kerjasama Grand Brilliace ini akan mula ditayangkan dipawagam pada 28 November 2013.

Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul - Tuah lagu 'Sahabat'


Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul - Tuah lagu 'Sahabat'
Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul - Tuah lagu 'Sahabat'

Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul - Tuah lagu 'Sahabat'


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau. Itulah ungkapan yang sesuai untuk lagu Sahabat yang dinyanyikan oleh tiga kolaborasi muda iaitu Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul, apabila berjaya dalam pusing kedua separuh akhir Muzik-muzik 28.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, rancangan yang dihoskan oleh AG dan Scha Al-Yahya menyaksikan 30 buah lagu dipertandingkan dalam 3 pusingan yang berlangsung pada 8 November 2013 (11 lagu), 9 November 2013 (11 lagu) dan 22 November 2013 (8 lagu) bermula jam 9 malam hingga 10.30 malam.

Selain lagu Sahabat, lagu Kalau Aku Kaya (Awi Rafael dan Altimet), Kau Yang Terindah (Alyah), Tanda Tanya (Azlan dan The Typewriter), Hanya Aku (Hyper Act) dan Aku Pelat (Salam Musik) juga layak ke peringkat akhir dalam saringan kedua.

Manakala dalam saringan pertama pula, lagu In Love With You (Aizat ft Noh Hujan), Penglipurlara (Hazama), Jangan Pergi (Loka), Agenda Jahiliah (Bunkface), Takkan Terpisah (Black) dan Permata (Alyah ft Ben) sebagai ‘Top 6’ berdasarkan kutipan mendapat markah tertinggi.

Namun, itu belum menjamin tempat mereka di Anugerah Juara Lagu kerana hanya 12 buah lagu sahaja yang akan berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-28.

Keputusan hanya akan diketahui selepas berakhirnya pusingan separuh akhir pusingan ke-3 nanti Jumaat ini.

Najwa Latif, SleeQ dan Syamkamarul - Tuah lagu 'Sahabat'

Najwa ulangi sejarah


Dua tahun lalu, Najwa Latif, 18, menjadi bualan hangat apabila mencipta kejutan pada separuh akhir Muzik-Muzik 26 setelah lagu ciptaannya, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 26.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan terhadap pencalonannya itu, Najwa tabah meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik.

Enggan mengungkit kisah lalu, sekali lagi pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif berjaya meletakkan namanya sebaris dengan ramai penyanyi hebat dalam AJL nanti.

"Ketika lagu Sahabat diumumkan ke final, saya terkejut dan tidak menyangka layak ke peringkat akhir sekali lagi.

"Mungkin sudah rezeki saya, InsyaALLAH di final nanti saya akan lakukan yang terbaik untuk peminat dan penyokong saya selama ini," katanya.

Sedikit mengenai anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini, dia mula mencipta nama menerusi laman Youtube apabila lagu berhantunya 'Cinta Muka Buku' mendapat perhatian ramai terutamanya golongan muda.

Dari situ, Najwa mula mengembangkan bakatnya nyanyian dan mencipta lagu seperti Carta Hati, Kosong, Untuk Dia (ft Sleeq), Adamu dan Sahabat sering diputarkan di radio Era dan Hot.fm.

Malah,  dia juga berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa Latif.

Menurut Najwa, kejayaannya hari ini merupakan berkat usahanya bersama kakaknya, Ika Latif yang banyak membantu menaikkan namanya ke tahap yang dicapai hari ini.

"Buat masa sekarang, saya ingin tumpukan sepenuh perhatian kepada AJL 26. Persiapan awal dan latihan secukupnya penting kerana empat orang bergabung bukan perkara yang mudah," katanya.

SleeQ sudah jangka


Sementara itu, SleeQ yang dianggotai Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph), 23, merupakan kumpulan duo dari Singapura.

Nama kedua anak muda ini mula meniti di industri muzik tempatan setelah lagu kolaborasi bersama Najwa Latif, Untuk Dia mendapat perhatian.

Lagu Untuk Dia merupakan single pertama SleeQ bagi album ketiga yang dihasilkan Alyph, Ika Latif dan Zulkarnain Aziz bagi album ketiga SleeQ yang diterbitkan oleh Aaron Aziz Productions.

Bukan itu sahaja, lagu dan album mereka juga mendapat sambutan menggalakkan peminat di Malaysia dan Singapura menerusi beberapa lagu seperti Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.

Berkongsi rasa gembira lagu Sahabat berjaya ke peringkat akhir, Alyph berkata mereka sudah menjangkakan lagu tersebut mampu bergerak lebih jauh.

"Ia lagu santai dan gembira setelah kita mendengarnya. Jadi saya yakin 100 peratus lagu ini berjaya ke final dan ia terbukti pada malam ini (Jumaat lalu).

"Bagaimanapun, kami tidak mahu meletak harapan yang tinggi di AJL 26 nanti. Dapat ke final pun sudah cukup bagus dan ia menjadi bukti bahawa kami sangat serius dalam muzik.

"Kami akan lakukan yang terbaik untuk final nanti (AJL 26)," katanya yang turut mengakui berdebar untuk melakukan persembahan di malam kemuncak itu nanti.

Tambah Alyph, pada penghujung tahun ini mereka bakal melancarkan single terbaru SleeQ yang bertajuk Tepi Sikit dan ia merupakan single pertama mereka di negara ini.

Pengiktirafan besar -Syamkamarul


Bagi artis baharu, Syamkamarul, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Hisyam Kamarulzaman, yang mula dikenali melalui laman sesawang Youtube, ia merupakan pengiktirafan yang besar buat dirinya.

"Alhamdulillah... saya tidak menjangka lagu Sahabat mampu ke final kerana kami hanya sempat berlatih beberapa jam sahaja.

"Lagipun kami berhadapan dengan kekangan masa dan tidak percaya kolaborasi ini mampu sukses," katanya yang sanggup terbang dari Indonesia demi memenuhi kolaborasi itu.

Sedikit mengenai anak jati Kuala Lumpur ini, Syamkamarul bermula dengan hobi memuat naik lagu-lagu cover di Youtube. Sejak itu ramai tertarik dengan vokalnya yang sangat unik.

Turut menyimpan hasrat untuk mengebangkan kariernya di sini, bakat dari Youtube ini bagaimanapun berdepan dengan kekangannya sebagai pelajar dalam bidang perubatan di Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA) Jakarta, Indonesia.

"Saya terpaksa mengambil cuti sehari untuk pulang ke Malaysia dan ternyata ia sangat berbaloi apabila lagu ini terpilih untuk ke final AJL nanti.

"Buat masa ini, saya tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan saya lebih selesa bergerak sendiri. Dapat bekerjasama dengan Najwa dan Sleeq sudah cukup bagus untuk saya ketengahkan bakat yang ada," katanya yang masih berkesempatan menulis lagu meskipun jadual kampusnya sangat padat.

AF masih relevan!


AF masih relevan!
AF masih relevan!

AF masih relevan!


KONSERT Akhir AF2013 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Negara, malam kelmarin, menyaksikan Faizul dinobatkan sebagai juara AF2013 sekali gus menewaskan peserta pilihan ramai, iaitu pasangan duo Azhael.

Keputusan itu nyata di luar jangkaan, memandangkan sebelum ini duo terkenal Azhael itu sering mengungguli undian teratas, sekali gus disebut-sebut sebagai peserta yang akan meraih gelaran juara dalam program realiti popular ini.

Bagaimanapun, siapa sangka, akhirnya Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, berjaya dinobatkan sebagai juara setelah mendapat jumlah undian tertinggi sebanyak 23.85 peratus dan turut menewaskan empat lagi pencabar lain, Amira, Indah, Aishah dan Nabila.

Kemenangan itu turut menyaksikan Faizul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 bersama sebuah trofi selain mendapat kontrak rakaman bernilai RM100,000.

“Sejujurnya, saya tak sangka dengan kemenangan ini kerana Azhael lebih menonjol setiap kali persembahan.

“Apa pun, saya bersyukur dan akan berusaha lebih keras selepas ini,” katanya yang memberikan persembahan yang cukup bertenaga menerusi dua buah lagu, Hanyut nyanyian asal Faizal Tahir dan singlenya yang berjudul Sepasang Sayap ciptaan Amir Jahari.

Sementara itu, tiga pengkritik tetap AF2013,  Edry Abd Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz,  turut memuji persembahan Faizul dan menyifatkan pelajar kelahiran Tawau, Sabah itu layak dinobatkan sebagai juara.

Selain memiliki vokal dan personaliti yang tersendiri, mereka juga yakin anak muda itu mampu pergi lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.

Azhael terpaksa akur


Akur dengan kedudukan mereka di tangga kedua, satu-satunya pasangan duo AF2013 yang berjaya kembali ke pentas melalui AFMasuk ini tetap bersyukur dengan kemenangan mereka sebagai naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.

Azhael yang dianggotai Mohd Azhar Othman dan Hal Husaini Razmi, turut memuji persembahan Faizul dan berharap minat mereka dalam bidang nyanyian dapat diteruskan lagi.

“Inilah namanya rezeki dan Faizul layak terima kemenangan ini. Kami sudah melakukan yang terbaik dan tetap berpus hati dengan kedudukan ini,” kata Azhael.

Mendendangkan lagu Penglipur Lara nyanyian asal oleh Hazama dan Hentian Terakhir yang merupakan lagu single mereka, Azhael turut dipilih sebagai pemenang 'Anugerah AF Buzz' yang mana ia diberikan kepada pelajar yang mempunyai pengikut paling ramai dalam laman sosial mereka.

Tuah Amira


Tuah turut menyebelahi pelajar wanita bertudung, Amira, apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama sebuah trofi.

Dua lagu dendangannya, Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan lagu sendiri, Sesaat Untukku, nyata mendapat pujian juri dan juga peminatnya.

“Saya tetap bersyukur. Pada saya AF2013 adalah satu platform yang sangat bermakna untuk saya. Di sinilah saya banyak melalui proses pembelajaran untuk bergelar penyanyi dan inilah juga permulaan untuk saya menempa kejayaan yang seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Indah, Nabila dan Aisyah turut akur dengan keputusan malam final itu. Masing-masing, tidak akan mengalah untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian.

Berada di tempat keempat, Indah yang mendendangkan lagu Jagalah Diri nyanyian asal Jaclyn Victor dan singlenya  Percayalah hasil ciptaannya sendiri itu turut membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi.

Nabila (tempat kelima) pula membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi serta Aisyah turut menerima trofi penghargaan.

Park Min Young beralih arah


Park Min Young beralih arah
Park Min Young

Park Min Young beralih arah


AKTRES yang terkenal dengan lakonan menerusi drama City Hunter, Park Min Young dikhabarkan bertukar syarikat pengurusan baharu, Culture Depot.

Walaupun pelakon jelita itu belum menandatangani kontrak perpindahan namun perkara tersebut telah disahkan oleh sumber syarikat itu.

"Kami memilih Min Young kerana potensinya yang bagus setelah membintangi beberapa drama tahun lalu.

"Lagipun dia kini sedang berehat selama setahun, kami percaya dia adalah yang terbaik untuk syarikat," kata sumber.

Aktres itu tersebut telah tamat kontrak bersama syarikat terdahulu, King Kong Entertainment dan diuruskan agensi bebas selama enam bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan