Cari Artikel

Monday, November 18, 2013

Faizul Tewaskan Azhael, Muncul Juara AF2013


Faizul Tewaskan Azhael, Muncul Juara AF2013
Faizul Tewaskan Azhael, Muncul Juara AF2013

Faizul Tewaskan Azhael, Muncul Juara AF2013


Selepas 10 minggu bersaing bersama 11 pencabar lain dalam Akademi Fantasia 2013 (AF2013), akhirnya Faizul telah diisytiharkan sebagai juara sebentar tadi dalam Konsert Akhir AF2013.

Kemenangan Faizul itu diumumkan oleh hos AF2013, Zizan Razak bersama hos diari AF2013 Hefny Sahad selepas Faizul mendapat undian SMS tertinggi berbanding lima finalis lain yang turut bersaing dengannya pada malam final itu.

Dengan kemenangan ini, Faizul atau Mohd Faizul Sani, 28, telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 bersama sebuah trofi selain mendapat kontrak rakaman bernilai RM100,000. Dalam konsert final ini Faizul telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Hanyut nyanyian asal Inspirer pertama AF2013, Faizal Tahir serta sebuah lagu baru yang dicipta untuknya sendiri bertajuk Sepasang Sayap.

Saingan terdekat Faizul pula ialah Azhael, duo yang dimasukan kembali atas undian AFMASUK. Mereka telah merangkul gelaran naib juara dan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 bersama sebuah trofi. Dua lagu yang dipersembahkan oleh Azhael Ialah Penglipur Lara dari Hazama dan lagu sendiri bertajuk Hentian Terakhir.

Pemenang tempat ketiga AF2013 ialah Amira dan dengan gelaran itu dia telah membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama sebuah trofi. Dua lagunya ialah Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan lagu sendiri, Sesaat Untukku.

Indah adalah pemenang tempat keempat dan tidak mengecewakan dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi. Lagu Indah pada malam tadi ialah Jagalah Diri nyanyian asal Jaclyn Victor dan Percayalah yang merupakan lagu sendiri.

Tempat kelima dan keenam pula menjadi milik Nabila dan Aisyah. Nabila selaku pemenang tempat kelima juga berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Inspirer terakhir AF2013 iaitu Dato` Siti Nurhaliza yang juga turut membuat persembahan dengan lagu Seindah Biasa.

Tiga pengkritik tetap yang terus setia sehingga ke konsert akhir AF2013 ini ialah Edry Abd Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.

Konsert Akhir AF2013 telah bersiaran secara langsung dari Stadium Negara, Kuala Lumpur dan ditayangkan di Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Shaheizy Sam Cerita Pengalaman Kena Kambus Dalam Kubur!


Shaheizy Sam Cerita Pengalaman Kena Kambus Dalam Kubur!
Shaheizy Sam

Shaheizy Sam Cerita Pengalaman Kena Kambus Dalam Kubur!


Aktor, Shaheizy Sam akui gentar apabila terpaksa melakukan babak dikambus dalam liang lahad di sebuah kawasan kubur ketika penggambaran filem terbarunya Kisah Paling Gangster.

Shaheizy Sam berkata babak itu merupakan babak yang paling mencabar kerana ianya amat menguji mental dan fizikalnya.

“Babak ini adalah babak di mana saya sepatutnya ditanam hidup-hidup oleh pesaing kongsi gelap yang telah berdendam dengan saya dan ketua kumpulan saya.

“Ianya agak menyeramkan juga kerana babak ini dilakukan pada waktu lewat malam di kawasan kubur. Ianya benar-benar menguji mental saya kerana macam-macam yang saya fikirkan seperti adakah selamat untuk saya pulang nanti tanpa anda gangguan.

“Malah, ianya agak menguji fizikal saya kerana ketika babak ini ia disertakan dengan hujan bomba. Jadi bayangkanlah, saya dengan basah berlumpur lagi ketika ditimbus dengan tanah. Masa tu, rasa sangat rimas dan tak sabar nak selesaikan babak itu. Tapi saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada murai.com.my selepas tayangan media filem Kisah Paling Gangster, di GSC One Utama Damansara, minggu lalu.

Selain Shaheizy Sam, filem bergenre aksi itu turut dibintangi oleh Zul Suphian, Huang Qi Ming, Wan Hanafisu, Epy Raja Lawak, Wawa Zainal, Paduka Master Rock, Mikail Andre dan ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai filem itu Sam memberitahu dia kagum dengan pelakon-pelakon dalam Kisah Paling Gangster kerana masing-masing tidak mengguna pelakon stunt sebaliknya guna stail berlawan tersendiri.

“Menariknya dalam filem ini, kami semua tidak menggunakan pelakon stunt pun untuk menggantikan aksi kami dalam penggambaran ini. Malah masing-miasng guna skill berlawan sendiri yang ada untuk apply dalam filem ini,” jelasnya.

Filem terbaru arahan, Brando Lee ini bakal mula berada di pawagam pada 21 November ini.

Betty Banafe Gembira Dengan Tema Princes Untuk Baby Shower


Betty Banafe Gembira Dengan Tema Princes Untuk Baby Shower

Betty Banafe Gembira Dengan Tema Princes Untuk Baby Shower


Pelakon, Betty Benafe akui gembira apabila parti Baby Shower yang bertemakan Princes (puteri) di Carcosa Seri Negara, semalam, berjalan seperti yang dirancang.

Betty Benafe yang kini hamil 8 bulan berkata dia telah memilih tema itu sempena parti tersebut adalah sesuai dengan jantina bayi dalam kandungannya iaitu perempuan.

“Alhamduilah, majlis itu berjalan dengan lancar dengan kehadiran ramai keluarga serta rakan-rakan saya yang turut hadir dan memberikan sokongan.

“Saya sangat gembira apabila majlis ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan yang seronok melihat rakan-rakan hadir dengan dress up mengikut tema Princes.

“Sebenarnya idea tema ini datang dari rakan saya iaitu Zahida Rafik sendiri kerana dia kata memandangkan saya hamil bayi perempuan. Jadi tema itu amat sesuai dengan kehamilan saya. Saya pun setuju kerana ianya sangat membuat saya teruja,” katanya ketika dihubungi murai.com.my

Pada majlis tersebut, Betty telah mengenakan gaun ala princess berona unggu rekaan Rizman Ruzaini dan satu lagi gaun berona hitam untuk sesi fotografi bersama suaminya, Bruce Dargus

Beety yang berkahwin pada 12 Disember 2012 dijangka akan melahirkan bayi sulungnya pada 22 Disember ini.
Pelakon kacukan Melayu-Arab-Jawa ini berkata dia kini gementar untuk menunggu kelahiran anak pertamanya dan akui masih lagi mempertimbangkan beberapa cara untuk melahirkan bayi itu nanti.

“Kalau boleh saya mahu bersalin normal daripada pembedahan. Tapi tak tahu lagi bagaimana kerana sekarang ni saya dan suami tengah survey beberapa cara bersalin yang berbeza untuk bersalin cara normal termasuk juga cara bersalin dalam air dan sebagainya.

“Sebenarnya, saya takut dan gementar untuk menunggu hari bersalin ni tetapi harapnya semuanya akan selamat,” luahnya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Betty bakal muncul dalam program reality kehamilan itu Baby Boo di saluran Astro Ria dan Maya HD pada 22 Disember ini.

Tangisan Pasir Salak - Bila lagi mahu tayang?


Tangisan Pasir Salak - Bila lagi mahu tayang?

Tangisan Pasir Salak - Bila lagi mahu tayang?


NAMA, Jamal Lulkhir Jaludin, mungkin agak kurang dikenali dalam arena pengarahan televisyen mahupun layar perak.

Jamal yang juga pemilik syarikat produksi, Kay Broadcasting (M) Sdn Bhd, ini lebih sinonim dalam penghasilan dan pengarahan iklan.

Tampil mencabar diri dalam penghasilan dokumentari sejarah, Tangisan Pasir Salak, merupakan naskhah pertamanya.

Walaupun ia adalah cubaan pertama, dokumentari sejarah berdurasi 23 minit itu berjaya membawa kita dalam memahami penderitaan yang pernah dialami rakyat di daerah Pasir Salak, ketika zaman sebelum merdeka.

Tangisan Pasir Salak - Bila lagi mahu tayang?


Menerusi majlis pratonton yang diadakan pada Jumaat lalu, bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya, dokumentari itu ditayangkan secara eksklusif kepada media yang terpilih.

Dalam pada itu, Jamal juga turut berkongsi pengalaman dan beberapa perkara mengenai naskhahnya itu.

Selain kru produksi yang terlibat, majlis itu turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Ikuti temu bual yang disusun bersama Zass.

Memandangkan ianya adalah naskhah pertama, adakah anda berpuas hati dengan penghasilan dokumentari ini?

Sejujurnya, saya berpuas hati dengan penghasilan dokumentari ini. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mudah, namun penat lelah saya berbaloi setelah melihat karya ini yang turut dibantu beberapa rakan-rakan terdekat.

Boleh anda ceritakan sedikit mengenai karya ini?

Sebelum ini, saya tidak pernah terdetik untuk menghasilkan dokumentari sehinggalah beberapa rakan mencadangkan agar saya membongkar kisah-kisah yang kebanyakan generasi kini tidak tahu. Sebagai anak jati Pasir Salak, saya terpanggil untuk menghasilkannya. Ianya adalah kisah zaman penjajahan James WW Birch, yang turut mengorbankan tiga pahlawan Pasir Salak termasuk Datuk Maharajalela.

Dokumentari ini diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak.

Bagaimana pula dengan kos keseluruhan?

Memandangkan penghasilan dokumentari turut melibatkan kos yang tinggi, saya turut mendapatkan bantuan dana daripada Finas, sebanyak RM100,000 dan beberapa individu serta badan korporat lain. Ianya menelan kos hampir RM250,000 dan saya perlu menggunakan duit sendiri sebanyak RM50,000 untuk menampung jumlah yang ada.

Berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan dokumentari ini?

Saya mula membuat kajian pada 2010. Bermula tarikh itu, saya banyak menggunakan masa yang ada untuk mengkaji sejarah daerah ini serta mencari waris-waris yang ada. Pada mulanya, saya terfikir waris itu hanya berada di sekitar Perak sahaja, namun apa yang saya dapati, mereka turut berada di Johor dan negeri lain. Hampir dua tahun saya membuat kaji selidik dan pada 2012, barulah saya menjalani penggambaran. Selama dua minggu penggambaran, saya menyerahkan karya ini kepada Finas pada Jun lalu.

Bilakah dokumentari ini akan ditayangkan?

Saya tidak dimaklumkan mengenai tarikh tayangan kerana ianya bergantung kepada Finas. Namun, setelah menyerahkan karya ini pada Jun lalu, saya berharap agar Finas menayangkannya pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu. Namun, sehingga kini, ianya masih ‘diperam’ tanpa saya ketahui sebabnya. Sebenarnya, segala urusan mengenai dokumentari ini dilakukan ketika pimpinan bekas Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak. Namun, setelah pertukaran jawatan ini berlaku, saya sendiri tidak tahu apa status dokumentari ini.

Bagaimana sekiranya dokumentari ini tidak akan ditayangkan dalam waktu terdekat?

Saya tiada hak untuk berbuat apa-apa kerana karya itu diserahkan kepada Finas dan hanya badan kerajaan ini yang berhak menentukan tayangannya. Mungkin karya lain lebih hebat daripada karya saya. Namun, saya agak kecewa sekiranya Finas memilih untuk ‘peram’ sahaja karya itu kerana ia sangat bermakna buat saya. Saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Jadi, segala penat lelah saya tidak terbalas sekiranya dokumentari ini sekadar di pandang sepi dan hanya mengisi arkib Finas sahaja.

Melihat pada waktu durasi yang singkat (23 minit) ,mungkinkah ia turut mempengaruhi keputusan Finas untuk tidak menayangkannya?

Sebenarnya, saya boleh menghasilkan dokumentari ini ke durasi 45 minit atau sejam. Banyak maklumat dan kaji selidik yang saya buat untuk menghasilkan karya yang terbaik. Namun, ketika perbincangan bersama Finas, mereka hanya mahukan durasi ini 23 minit sahaja. Saya memang terkilan dan kurang berpuas hati dengan keputusan itu dan saya terpaksa membuang banyak babak yang penting.

Akhir sekali, apakah harapan anda untuk dokumentari ini?

Saya berharap agar Finas memahami situasi saya dan cuba untuk menayangkannya. Saya menghormati Finas dan pimpinan baru mungkin berhadapan dengan kesukaran untuk memenuhi tuntutan pimpinan terdahulu. Menghasilkan dokumentari sejarah bukanlah sesuatu yang mudah dan saya berharap agar usaha ini mendapat sokongan daripada badan kerajaan.

FBI: Daripada DJ kepada konsultan?


FBI: Daripada DJ kepada konsultan?
F.B.I a.k.a Faizal Bin Ismail

FBI: Daripada DJ kepada konsultan?


PENYAMPAI radio popular, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI tidak menolak sekiranya ditawarkan bekerja dengan mana-mana stesen radio dengan syarat bukan sebagai penyampai.

Selepas lapan tahun, FBI akhirnya meninggalkan stesen radio Hot FM, Jumaat lalu.

Hari ini hari pertama peminat segmen Am Krew yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat tidak dapat lagi mendengar gabungan tiga suara penyampainya, FaFau, AG dan FBI.

Ketiadaan FBI disifatkan satu kehilangan besar buat stesen radio berkenaan.

“Untuk menjadi penyampai, saya tak nak. Saya tak mahu kembali ke mana-mana stesen radio sebagai penyampai.

“Tetapi seandainya ditawarkan untuk sesuatu yang berbeza daripada apa yang saya buat, itu mungkin akan dipertimbangkan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut berkenaan perkara itu, FBI berkata bakal mempertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana stesen radio jika ditawarkan sebagai konsultan.

“Saya berminat untuk... ada kawan saya yang buat konsultan untuk radio. Perkara seperti itu saya suka. Dia buat sampai ke radio di Indonesia.

“Kalau ada tawaran seperti itu, mungkinlah,” katanya yang memilih untuk berhenti daripada menjadi penyampai radio demi memberi fokus kepada perniagaan baru yang diceburinya.

Meskipun sudah berhenti daripada Hot FM, FBI akan menjadi penyampai sambilan pada setiap hujung minggu bersama stesen radio yang pernah mengangkat namanya itu.

“Saya memang tak nak terima mana-mana tawaran stesen radio sebagai penyampai pun tapi lepas saya maklumkan kepada pihak pengurusan tentang keputusan saya, kami berbincang. Mereka meminta supaya saya akan terus bersama Hot FM walaupun pada hujung minggu.

“Itu permintaan pihak pengurusan dan saya menghormati keputusan mereka. Saya anggap ini adalah salah satu cara untuk saya membalas jasa mereka selama ini. Bermakna, dari sudut positifnya, saya dapat menghilangkan rasa rindu saya untuk berada di konti. Tapi semua tertakluk kepada jadual saya juga,” katanya.

FBI turut berkongsi jadualnya agak padat sehingga Jun tahun depan apabila dilamar untuk terlibat dalam sebuah program TV siri kedua.

“Saya masih buat pengacaraan TV. Saya akan buat program yang berlainan jadi, ia tidak akan menjadi rutin saya. Saya dah tengok perjalanan saya kali ini ini. Insya-ALLAH sehingga bulan Jun jadual saya padat.

“Untuk lakonan, kemungkinan saya sudah boleh menerima tawaran-tawaran yang bersesuaian,” katanya.

Akan datang, FBI bakal mengacarakan program Anugerah Skrin (ASK) bersama Nad Zainal dan Awal Ashaari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan