Cari Artikel

Sunday, November 17, 2013

Marsha Milan Londoh - Babak Ranjang Dalam Laga


Marsha Milan Londoh -  Babak Ranjang Dalam Laga
Marsha Milan Londoh

Marsha Milan Londoh -  Babak Ranjang Dalam Laga


BUKAN mudah bertapak dalam lapangan seni, resam menjadi artis seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dan jika tersilap langkah pasti tohmahan akan dilemparkan.

Begitulah yang dilalui oleh penyanyi yang juga pelakon, Marsha Milan Londoh apabila adegan ‘panas’ melibatkan dia dan Wan Hanafi Su dalam filem Laga, arahan Ismail Yaacob  menimbulkan kontroversi. Ini kerana Marsha dikatakan sangat berani mendedahkan sebahagian dadanya dan menjayakan adegan ranjang.

Ramai yang berpendapat pelakon muda itu sanggup berbuat demikian kerana terdesak ingin mengecap populariti kembali seperti dulu sekali gus mahu penerbit lain melihat potensi dan keberanian yang ditunjukkannya.

Marsha Milan Londoh -  Babak Ranjang Dalam Laga

Bagaimanapun, aktres kelahiran borneo ini menyangkal kenyataan itu.

Katanya, tidak timbul soal ingin populariti kembali seperti dulu, atau dia terdesak berbuat begitu semata-mata ingin  penerbit lain mengambilnya untuk berlakon selepas ini.

“Saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi kolot sesetengah orang. Bagi saya, lakonan itu mempunyai seni tersendiri yang tidak mampu ditafsirkan dengan mudah atau dilihat dengan mata kasar.

“Pada dasarnya, saya sudah diberitahu oleh pengarah Laga, tentang adegan ini. Awal-awal lagi saya sudah berbincang tentang teknik pengarahan untuk babak ini.

"Sebenarnya, babak ini dihasilkan berpaksikan kepada jalan cerita. Bukan sengaja diwujudkan bagi mempopularkan filem ini bagi meraih ‘box-office’ atau sebagainya,” katanya pelakon yang pernah popular dengan drama televisyen internet Kerana Karina ini.

Menurutnya, jika sesiapa sahaja yang menonton filem ini dan memahami plot keseluruhan cerita, maka baru akan tahu mengapa perlu dan pentingnya adegan ini.

Pelakon berketurunan Kadazan-Dusun meminta orang ramai tidak melatah atau membuat andaian sendiri hanya kerana babak ini.

“Sebagai pelakon, saya puas dapat merealisasikan watak ini seperti yang dikehendaki oleh pengarah. Saya tidak mahu memandang hal ini sebagai satu tembok untuk saya memperbaiki mutu lakonan saya.

“Yang pasti, peluang berlakon dan bekerjasama dengan aktor-aktor seperti Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Eman Manan sudah dianggap satu penghormatan kepada orang seperti saya yang ingin meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa,” katanya yang tidak nampak adegan itu sebagai kesalahan besar kerana mengikut prosedur lakonan.

Marsha Milan Londoh -  Babak Ranjang Dalam Laga

Sorok identiti kekasih

Dalam pada itu, kisah percintaan Marsha kembali menjadi perhatian apabila bekas kekasih Kefli AF ini sekali lagi memilih jejaka Melayu sebagai pasangan.

Biarpun berusia dua tahun lebih muda darinya, namun Marsha tidak menganggap ia sebagai satu halangan mereka menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Saya suka lelaki yang matang dan bersifat pelindung kepada pasangannya. Saya kenal dia pun dah lama, lebih kurang tujuh tahun. Tapi baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Bagaimanapun atas pengalaman lalu, saya tidak mahu dedahkab identitinya sehinggalah hubungan kami benar-benar pasti. Maksud saya ke alam perkahwinan, “ katanya.

Di tebak bilakah dia mahu menamatkan zaman bujang memandangkan akan menginjak ke usia 28, tahun depan, Marsha berkata dia tidak mempunyai sebarang sasaran ke arah itu.

“Dulu saya sasar nak kahwin pada usia 25 tahun tapi tak tercapai.  Jadi kini saya tak mahu letak sebarang sasaran. Bimbang bila dah sampai target, saya tak kahwin, ia akan menjadi tekanan kepada saya,” jelasnya.

Marsha Milan Londoh -  Babak Ranjang Dalam Laga

Masih menyanyi

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Marsha berkata, dia baru saja muncul dengan single terbaru, Jujur Bilang Cinta yang juga hasil ciptaannya sepenuhnya.

Menurut Finalis Akedemi Fantasia musim ketiga ini, dia akan terus mempromosikan Jujur Bilang Cinta dan sebuah lagi singlenya yang berjudul Bebaskan.

Katanya, walaupun dia banyak terlibat dalam dunia lakonan, namun, nyanyian adalah merupakan prioritinya.

“Saya tidak mahu mensia-siakan kebolehan bermain piano dengan menghasilkan lagu dan lirik sebagai kelangsungan saya sebagai anak seni.

“Saya juga sering diundang menjayakan persembahan korporat yang tidak mendapat liputan media. Mungkin kerana itu, ramai menganggap saya sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian, sedangkan hakikatnya saya mempunyai minat yang mendalam untuk merancang kerjaya nyanyian saya.

“Saya juga sedang berjinak-jinak dengan dunia penggubahan lagu sekarang dengan menghasilkan beberapa buah lagu untuk dinyanyikan sendiri atau diberikan kepada penyanyi lain yang berminat. Saya akan merakam lagu ciptaan saya hujung bulan ini di Jakarta dengan Randy Pangalila bertanggungjawab sebagai pengubah muzik ,” katanya yang sangat meminati dunia nyanyian.

Marsha Milan Londoh -  Babak Ranjang Dalam Laga

Selain itu, Marsha terlibat dalam filem animasi terbitan Walt Disney Studios bertajuk Frozen: Anna & Permaisuri Salji yang mana suaranya digunakan untuk watak Elsa.

“Menariknya, saya diberi peluang keemasan untuk menyanyikan lagu tema filem ini yang alih bahasa Melayu, Bebaskan. Dalam versi Inggeris, lagu ini dinyanyikan oleh Demi Lovato berjudul Let It Go,” katanya.

Sementara itu, filem lakonannya, Laga bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 nanti. Selain tiga lagi filemnya bakal ditayangkan pada tahun sama iaitu 7UJUH, Juanita dan Pak Pong.

Marsha juga mahu menceburi bidang perniagaan. Katanya, dia bersama seorang teman baiknya yang sudah memulakan rancangan menghasilkan t-shirt sendiri. Dimana t-shirt itu yang menampilkan variasi corak menarik yang tidak seperti t-shirt biasa yang dijual di pasaran.

Katanya, setiap corak yang dihasilkan adalah hasil idea perkongsian bersama dan rakan baiknya.

“Kalau tiada aral, tahun depan rasanya perniagaan menjual t-shirt ini akan direalisasikan. Dan saya akan menjualnya secara online saja,” katanya yang turut merancang untuk membuka sebuah kafe bersama keluarganya di Sabah tidak lama lagi.

Taleeb Mizad bakat dari Youtube


Taleeb Mizad bakat dari Youtube
Taleeb Mizad

Taleeb Mizad bakat dari Youtube


SELALUNYA, penyanyi kelahiran Youtube terdiri daripada wanita. Lihat saja Ana Raffali, Zee Avi, Yuna dan Melda Ahmad.

Namun kini, tibalah giliran Taleeb Mizad atau nama sebenarnya Abdul Muttaleeb Mizad mencuba nasib.

Taleeb sebelum ini hanyalah dikenali oleh penggemar Youtube kerana sering memuat naik video ‘cover’ lagu-lagu popular seperti Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Ombak Rindu dan I’m Yours dan dari situlah dia mula mengumpul peminat setia yang menyukai alunan suaranya.

Walaupun dia masih lagi mengekalkan gaya yang sama iaitu menyanyi sambil bertemankan gitar sehinggakan ada sebilangan yang menganggapnya sebagai klon Ainan Tasneem dan Najwa Latif versi lelaki. Bagaimanapun, itu bukanlah menjadi persoalannya.

Bakat pada anak muda ini memang tidak boleh dipandang enteng sementelah apabila dia berjaya memenangi kategori Nova Media Baru semasa Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 di Singapura.

“Pemenang bagi kategori ini dibuat berdasarkan undian orang ramai bagi Youtubers di peringkat antarabangsa dan saya sendiri tidak menyangka akan menang.

“Tak sangka pula ramai yang mengundi lagu itu hingga melayakkan saya menjadi pilihan dalam kategori tersebut,” katanya pada Zass.

Susulan kemenangan itu, anak muda yang berasal dari Johor Bharu ini mengakui menerima pelbagai tawaran daripada beberapa syarikat rakaman tempatan dan juga dari Singapura serta Indonesia yang berminat dengan bakatnya.

Namun begitu, setelah berfikir dengan begitu mendalam, dia akhirnya nekad untuk bernaung di bawah Hijjaz Records, yang lebih kepada genre nasyid.

“Kalau diikutkan genre saya lebih kepada ‘ala-ala Indonesia’ kerana susunan muziknya yang amat mendamaikan.

“Genre nasyid pula adalah sesuatu yang baru bagi saya, namun genre tersebut telah diubahsuaikan agar lebih moden dan saya suka mencubanya,” katanya.

Taleeb Mizad bakat dari Youtube
Taleeb Mizad

Istikharah demi karier

Nama Taleeb mungkin belum rancak diperbualkan dalam industri, namun bakat besar yang ada pada lelaki ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Dia sebenarnya punya pengalaman bermain muzik sejak di bangku sekolah lagi.

Bakatnya itu mula dikesan apabila dia terlibat dalam Simfoni Orkestra ketika belajar di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban yang membawanya mengembara bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya sukakan muzik, malah sejak umur 13 tahun lagi, saya sudah terlibat dalam kumpulan orkestra,” kata anak keempat dari lima beradik ini.

Selain itu, Taleeb bukan sahaja berbakat dalam penciptaan lagu, malah dia juga boleh bermain beberapa alat muzik dan pakar bermain seruling.

Begitu pun, disebabkan minat mendalamnya terhadap muzik, telah membawa Taleeb menyertai Uji Bakat Pencarian Artis Baru Hijjaz Records dan terus diikat syarikat rakaman itu.

“Sebelum mengikat janji dengan Hijjaz Records, saya buat istikharah dan berbincang dahulu dengan keluarga, kerana bukan mudah untuk membuat keputusan dan memilih syarikat rakaman.

“Alhamdulillah, keluarga bersetuju dan saya pula ingin terus berdakwah melalui lagi-lagu dan saya percaya Hijjaz Records adalah yang terbaik,” katanya.

Malah, katanya, Hijjaz Records juga dipilih adalah kerana dia tidak mahu tersasar dari matlamat asalnya dalam bidang nyanyian.

“Saya tak mahu lari daripada perjuangan asal. Kalau menyertai syarikat lain mungkin mereka akan menyarankan saya cuba genre lain yang lebih popular dan mengikut kehendak semasa.

"Tapi saya lebih rela memilih jalan ini kerana mahu berdakwah kepada pendengar.

"Berdakwah menerusi lagu tidak bermaksud mesti menyanyikan lagu nasyid tapi juga boleh dimodenkan mengikut peredaran masa," katanya.

 'Syukur Alhamdulillah'

Setelah lebih 10 bulan bernaung di bawah Hijjaz Records, Taleeb akhirnya nekad untuk memasarkan album pertamanya, Syukur Alhamdulillah pada Oktober lalu.

Walaupun menyedari namanya masih belum popular, namun keberaniannya untuk mengeluarkan album wajar dipuji.

Album Syukur Alhamdulillah mengandungi enam lagu iaitu Ku Bersyukur, Akulah HambaMu, Restu Cinta, Setiaku Disini, Perutusan Rinduku dan Cinta Dalam Hati.

“Semuanya telah dipersetujui oleh pihak saya dan syarikat rakaman sejak awal kerjasama kami dulu. Lagu-lagu yang  dimuatkan tidak terlalu rigid dan semasa.

“Sebab itu, album ini menggunakan ramai pemuzik berbakat seperti Sham Kamikaze dan Eddie Marzuki selain mendapatkan khidmat dari ahli-ahli kumpulan Hijjaz sendiri iaitu Muniff, Faizal dan Isman bagi menyempurnakan album ini.

“Ini pengalaman baru buat saya. Sudah pasti saya mengharapkan peminat akan mendengar dan menilai lagu-lagu ini,” katanya.

Tambahnya lagi, lagu Restu Cinta adalah ciptaannya sendiri dan dia mendapat inspirasi daripada lagu Maher Zain, iaitu For The Rest Of My Life.

"Restu Cinta bergenre pop ketuhanan dan ia mengisahkan sepasang suami isteri yang memilih jalan yang benar dan mengharapkan redha ALLAH SWT," katanya.

Selain itu, katanya dia bukanlah menyanyikan lagu yang berunsur kepada nasyid semata-mata, tetapi lagu itu telah diubahsuai mengikut melodi yang bersesuaian.

“Seperti lagu Ku Bersyukur dan Restu Cinta misalnya, lagu tersebut lebih kepada lagu pop ketuhanan tetapi masih lagi menyelitkan unsur dakwah.

“Ini yang saya impikan sejak dulu. Insya-ALLAH selain dapat berhibur lagu-lagu ini juga boleh mendekatkan kita dengan pencipta,” katanya yang teringin bekerjasama dengan Hafiz AF dan Pasha Ungu suatu hari nanti.

Jelasnya lagi, lagu-lagunya dalam album ini bersifat universal dan semua golongan boleh mendengar sekali gus diharapkan dapat memberi suntikan semangat serta nasihat berguna buat mereka yang mendengar.

"Setakat ini, maklum balas yang saya terima semuanya positif dan jualannya turut memberangsangkan," katanya lagi.

Jadi arkitek?

Jangan tidak tahu, selain minat dengan muzik, Taleeb juga minat melukis.

Justeru, tidak hairanlah apabila dia memilih jurusan seni bina dan kini masih lagi bergelar mahasiswa tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

“Saya suka lukisan dan saya memang minat dengan bidang arkitek.

“Impian saya adalah untuk membina bangunan yang dapat memberi manfaat kepada orang ramai,” jelasnya yang kagum pada binaan bangunan Piramid, Menara Eiffel dan Galeri Glulam Johor Bharu.

Ekoran minatnya yang mendalam pada kerjaya arkitek, Taleeb tidak teragak-agak untuk terus fokus dalam bidang ini suatu hari nanti.

“Fokus saya tetap pada kerjaya arkitek manakala dunia seni suara hanyalah sampingan. Kerjaya ini juga adalah fleksibel, jadi saya cuba untuk membahagikan masa di antara kedua-duanya.

“Tetapi, jika rezeki saya lebih pada nyanyian, maka saya akan terima,” katanya.

Siapa juara Ratu Rania?


Siapa juara Ratu Rania?
Dua finalis itu ialah, Aida atau nama sebenarnya, Normazuraida Zakaria (kanan), 34, dan Watie (Rosnawati Bachok) (kiri), 37. -Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki

Siapa juara Ratu Rania?


SETELAH bersiaran selama sembilan minggu, dua peserta program realiti, Ratu Rania, berjaya mara ke pentas akhir untuk berentap meraih gelaran juara.

Dua finalis itu ialah, Aida atau nama sebenarnya, Normazuraida Zakaria, 34, dan Watie (Rosnawati Bachok), 37.

Berjaya menewaskan lapan peserta lain, baik Aida mahupun Watie, cabaran yang menunggu di pentas akhir sememangnya lebih sengit berbanding sebelum ini.

Menurut Aida, jika sebelum ini dia perlu bersaing dengan beberapa peserta lain, kini dia perlu berentap dengan Watie yang tidak kurang hebat.

"Sejujurnya, Watie bukanlah calang-calang peserta. Dia memiliki personaliti yang menarik dan bidang peragaan merupakan 'makanan'nya.

"Dari segi kekuatan, mungkin Watie lebih bijak dalam gaya 'posing' kerana dia adalah model. Namun, Insya-Allah, saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk merangkul kemenangan itu.

"Namun, saya yakin, kelebihan yang ada pada diri saya dalam segi bicara dan kupasan idea mampu menandingi Watie," katanya yang berkhidmat sebagai Pegawai Staf Tadbir, di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Sementara itu, Watie juga turut mengakui kelebihan yang ada pada Aida yang dilihat mampu menandingi dirinya.

"Aida bukan sahaja cantik, tapi pandai bergaya. Namun, tidak semestinya saya perlu berundur selangkah daripadanya.

"Ketika menyertai Ratu Rania, saya memang tak sangka akan berada sehingga ke tahap ini. Peluang yang ada saya gunakan untuk membuat persiapan dari segi ilmu, penjagaan diri dan  kesihatan.

"Bila dah sampai di tahap ini, saya memang teringin untuk bergelar juara dan membuktikan kemampuan saya," katanya yang bekerja sebagai pegawai tadbir dan model sambilan.

Pentas akhir Ratu Rania akan bersiaran pada 20 November ini, jam 9.30 malam menerusi saluran Astro Prima (105).

Juara Ratu Rania bakal membawa pulang hadiah utama bernilai, RM50,000 termasuk wang tunai sebanyak RM25,000 berserta kontrak selama setahun untuk iklan cetak dan elektronik Kempen Safi dan barangan produk Safi Rania bernilai RM3,000.

Finalis ini akan dinilai berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus pihak juri mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, pengetahuan dan personaliti.

Rai anak-anak yatim

Menurut Watie, sekiranya rezeki berpihak kepadanya, ibu kepada tiga cahaya mata ini merancang untuk menggunakan wang tunai yang dimenangi ke arah kebaikan.

Menurut ibu kepada, Puteri Ameyra Syuhada, 16, Puteri Amesya Natrah, 11, dan Puteri Ailhanna Najeehah, 9, ini, dia membuat empat perancangan.

"Sebenarnya, ibu bapa mertua saya sedang sakit. Jadi, saya berhasrat untuk gunakan duit itu untuk membantu meringankan beban mereka.

"Selain itu, saya ingin mengadakan majlis kesyukuran dan menziarahi adik-adik di Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah.

"Selain itu, saya juga ingin membawa anak dan suami bercuti," katanya yang terpaksa ulang alik setiap minggu dari ibu kota ke rumahnya, di Johor Bahru.

Tambah Watie, sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami dan anak-anak merupakan kekuatannya untuk terus berjaya.

"Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan anak-anak juga merupakan tulang belakang saya. Malah, mereka merupakan pengkritik saya sepanjang berada di pentas ini.

"Sepanjang menyertai Ratu Rania, suami saya yang bekerja sebagai guru terpaksa mengambil alih kerja saya di rumah termasuk mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah," katanya yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik anjuran negeri Johor.

Cabaran ibu tunggal

Sementara itu, Aida yang juga ibu kepada putera tunggalnya, Danish Izwan, 8, turut mempunyai perancangan sendiri termasuk menziarahi anak-anak yatim di tempat yang sama.

"Memandangkan rumah anak-anak yatim itu merupakan salah satu lokasi dalam cabaran episod Ratu Rania, saya juga ingin meraikan mereka.

"Selain itu, saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran meraikan kemenangan itu. Saya juga akan membawa anak saya bercuti.

Tidak kira menang atau tidak, saya akan bawa anak bercuti. Cuma, jika menang, lokasinya mungkin jauh sedikit," katanya yang bergelar ibu tunggal hampir enam tahun.

Walaupun terlibat dalam rancangan realiti ini, Aida tetap menguruskan anak dan kerjaya seperti biasa.

"Saya tetap bekerja seperti biasa dan tugas menghantar dan mengambil anak pulang dari sekolah tetap saya lakukan sendiri.

"Saya tidak selesa membiarkan anak pergi ke sekolah sendiri kerana waktu yang ada akan digunakan sebaik mungkin bersama.

"Dalam segi kerja pula, saya memang menerapkan nilai disiplin dan personaliti saya berubah mengikut persekitaran. Paling terharu, staf saya juga turut memberi sokongan dalam Ratu Rania dan menonton episod demi episod," katanya yang baru sahaja
ditukarkan berkhidmat di Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) pada tahun lalu dan sebelum ini, di Lumut, Perak.

Zul Ariffin, Gayatri rancang kahwin


Zul Ariffin, Gayatri rancang kahwin
Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Zul Ariffin, Gayatri rancang kahwin


PELAKON, Zul Ariffin dikhabarkan sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dengan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai, 38.

Namun, Zul akui masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara tersebut secara mendalam kerana ia masih lagi dalam perancangan.

"Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang.

"Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu," katanya yang dipetik dari mStar Online.

Aktor itu mengakui bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar tiada pihak cuba membangkitkan isu jarak umur antara mereka kerana keputusan untuk menjalin hubungan dengan Gayatri tiada kena mengena dengan status atau usia wanita itu yang lebih tua daripadanya.

Zain Saidin - 'Persiapan hampir siap, tarikh belum ada!'


Zain Saidin - 'Persiapan hampir siap, tarikh belum ada!'
Zain Saidin

Zain Saidin - 'Persiapan hampir siap, tarikh belum ada!'


‘SAYA berdebar dan agak cemas. Pelbagai perasaan timbul. Namun, saya sudah sedia kahwini Rozita,” begitulah luahan Zain Saidin apabila ditanya mengenai perasaannya yang bakal melangsungkan hari bahagia bersama aktres jelita, Rozita Che Wan (Che Ta), tidak lama lagi.  

Ramai yang sudah maklum, pasangan popular ini sedang melakukan persiapan perkahwinan dan sudah pun banyak berhabis di kota London bagi membuat persiapan perkahwinan mereka.

Menurut pelakon Oh My English ini, persiapan perkahwinan mereka hanya tinggal 30 peratus sahaja lagi untuk siap sepenuhnya.

“Saya dan Rozita sudah belanja lebih RM200,000 untuk majlis kami ini. Setakat ini, saya dan dia mengeluarkan RM100,000 setiap seorang,” katanya yang ditemui sebelum tayangan telemovie Oh My Ganu!, malam kelmarin.

Meskipun persiapan sudah banyak dilakukan, namun sehingga kini pasangan ini masih belum mendedahkan tarikh hari bahagia mereka itu.

Bukan mahu berahsia, namun menurut Zain, mereka masih belum mendapat tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

“Kami masih tidak dapat tarikh dan lokasi yang sesuai lagi, sebab sekarang, musim cuti sekolah.

“Jadi kebanyakan keluarga dan kawan-kawan kami bercuti ke luar negara, jadi ia akan menyukarkan mereka untuk hadir ke majlis perkahwinan kami,” katanya yang bimbang sekiranya majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri keluarga dan teman rapat.

Dalam pada itu, Zain turut menegaskan bahawa dia kini sedang berusaha mencari lokasi yang sesuai sekali gus mahu memberikan ruang keselesaan kepada keluarga dan teman rapat yang menghadiri majlis perkahwinan mereka.

“Kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar supaya tempat itu mampu menampung lebih ramai orang yang datang ke majlis kami

“Saya juga akan menjemput semua media untuk datang ke majlis perkahwinan kami. Namun kami akan sediakan jurukamera rasmi pada majlis yang akan berlangsung nanti,” ujarnya.

Lagu 'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014


Lagu 'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014
Altimet dan Awi Rafael

Lagu 'Kalau Aku Kaya' bukan sindiran Bajet 2014


JIKA di Indonesia kita tidak melihat kebanjiran penyanyi rap atau ‘rapper’ di sana, namun di Malaysia pula sebaliknya.

Memandangkan irama ‘hip-hop’ kini kembali menjadi pilihan utama pendengar, kebanyakan kumpulan rapper di Malaysia seperti Malique, Joe Flizzow, Altimet, Ahli Fiqir, Sleeq berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu yang dapat memberi mesej kepada masyarakat.

Begitu juga dengan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ nyanyian Awi Rafael,  yang kini semakin popular di corong radio. Sarat dengan sindiran dan mesej, lagu ciptaan Altimet itu nyata berjaya memberi kelainan kepada peminat muzik di negara ini.

Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 35, berkata, bukan mudah untuk menghasilkan lagu tersebut. Katanya, untuk mendapatkan 'nilai' dalam lagu tersebut, dia telah membuat tinjauan terhadap lebih 40 responden sekiranya mereka diberi peluang menjadi jutawan.

Jelas Altimet lagi, lagu tersebut bukan sekadar rekaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan 'suara rakyat' di negara ini.

“Ketika menulis lagu ini saya banyak bertanya kepada orang ramai tentang apa tafsiran mereka mengenai kaya dan apa yang mereka mahu lakukan sekiranya menjadi seorang jutawan.

“Saya telah mendengar dan menerima pelbagai jenis pandangan dari mereka. Ia adalah merupakan suara hati mereka dan mengenai impian sekiranya mereka menjadi kaya,” katanya ketika ditemui sebelum ini.

Bagaimanapun, Altimet menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan segelintir pihak bawa lagu tersebut dicipta sempena pembentangan Bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak, baru-baru ini.

"Lagu ini dah lama saya hasilkan dan ia memang tak ada kena-mengena langsung dengan pembentangan bajet 2014.

"Malah lagu ini juga bukan dicipta untuk menyindir sesiapa.

"Hayatilah lirik-lirik lagu ini, ia mempunyai pengertian dan mesej tersendiri," katanya.

Pernah tak dipandang

Mengulas mengenai lagu tersebut, kata Altimet, Kalau Aku Kaya, pernah diberikan kepada sebuah kumpulan rap, namun ia di biar terperap begitu saja.

Akui terkilan dengan situasi itu, Altimet bagaimanapun mengambil semua lagu tersebut dan kini bersyukur kerana lagu ciptaannya bersama komposer Omar K, itu akhirnya menjadi hit dan menduduki carta tertinggi di semua stesen radio tempatan.

“Alhamdulillah, semua orang meminati lagu tersebut dan Insya-ALLAH, saya akan memperbanyakkan lagi karya-karya seperti ini," ujarnya.

Berkongsi di sebalik penggambaran muzik video lagu tersebut, Altimet memberitahu, dia sangat berpuas hati dengan hasil yang dilakukan oleh pengarah, Ravi. Menjalani penggambaran di Gerik, Perak, muzik video ini turut menggunakan peralatan dan prop yang mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

“Harapan saya dan Awi untuk menghasilkan video yang menunjukkan 'nilai harga' terhasil dan saya amat berpuas hati dengan video ini.

“Walaupun kita tidak mengeluarkan kos yang terlalu mahal, cukup sekadar apa yang kita terjemahkan berjaya disampaikan kepada orang yang menontonnya,” katanya yang tidak sabar menunggu sambutan dan pendapat orang ramai tentang video muzik tersebut.

Selain itu, Awi Rafael yang turut ditemui juga sangat teruja setelah lagu tersebut menjadi siulan malah penerimaan kanak- kanak juga begitu menggalakkan.

Katanya, lagu tersebut memberikan inspirasi dan mudah diterima oleh semua peringkat umur.

“Saya lihat ramai juga kanak-kanak sudah menghafal lagu ini.

“Saya berterima kasih kepada Altimet kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya menyanyikan lagu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Altimet, bakal muncul dengan dua buah album iaitu solo dan duet bersama DJ Fuzz dalam masa terdekat.

Syanie kahwin 1 Mac


Syanie kahwin 1 Mac
Syanie

Syanie kahwin 1 Mac


PELAKON, Syanie dikhabarkan memilih 1 Mac akan datang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangya, Nadi Putera Mohd Zainol.

Pasangan ini bertunang pada hari raya Aidilfitri lalu.

"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014.

“Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa  tarikh itu adalah sangat sesuai," kata Syanie yang dipetik sebuah portal hiburan.

Syanie menegaskan tidak berniat untuk mencari suami yang lebih muda daripadanya.

"Umur kami berbeza 12 tahun. Saya tak ada niat langsung pun mahu mencari suami yang lebih muda dari saya.

“Saya senang bersembang dengan Putera, malah komunikasi antara kami berjalan dengan baik. Putera senang dibawa berbincang," katanya.

Perkahwinan ini menjadi perkahwinan kedua bagi Syanie dan Putera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan