Cari Artikel

Wednesday, November 13, 2013

Yasmin Hani selamat melahirkan anak lelaki


Yasmin Hani selamat melahirkan anak lelaki
Yasmin Hani selamat melahirkan anak lelaki

Yasmin Hani selamat melahirkan anak lelaki


TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam.

Berita gembira ini disampaikan Hani menerusi akaun Instagramnya lewat malam tadi;

"Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy."

Untuk rekod, Hani dan suami, Shahrin Razali telah melangsungkan perkahwinan pada penghujung Oktober 2011. Media Hiburan Online mendoakan agar bayi comel ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Dato' Jamal Abdillah: Saya tiada hubungan dengan Nas Adila


Dato' Jamal Abdillah: Saya tiada hubungan dengan Nas Adila
Dato' Jamal Abdillah: Saya tiada hubungan dengan Nas Adila

Dato' Jamal Abdillah: Saya tiada hubungan dengan Nas Adila


SELEPAS khabar angin mengenai Dato' Jamal Abdillah yang dikatakan akan merisik penyanyi Nas Adila menjadi bualan ramai, pelantun lagu 'Kekasih Awal Dan Akhir' pantas menafikan hal tersebut.

"Saya ingin menafikan dan bersumpah dengan nama Allah, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tambahan, tentang bertunang dan merisik semuanya tiada," ujar Jamal yang dipetik menerusi laporan sebuah akhbar.

Sebelum ini, Nas Adila ada mengeluarkan kenyatan bahawa dia selesa menjadi rakan kepada Jamal. Namun mengambil langkah berdiam diri daripada memberi sebarang komen agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Kim Bum-Geun-Young bercinta?


Kim Bum-Geun-Young bercinta?
Kim Bum-Geun-Young bercinta?

Kim Bum-Geun-Young bercinta?


BERITA mengenai percintaan antara aktor Kim Bum dan aktres Moon Geun-Young, mula menjadi perhatian ramai dan barangkali akan membuatkan beberapa peminat setia aktor itu kecewa.

Bagaimanapun berita itu bukan khabar angin lagi kerana wakil agensi naungan Guen-Young mengesahkan kedua-dua pelakon  yang membintangi drama Goddess Of Fire, Jeongi ini sedang melalui fasa percintaan sejak sebulan yang lalu.

“Geun-Young dan Kim Bum mula jatuh cinta ketika berlakon bersama. Mereka baru saja bercinta dan sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” ujar wakil Namoo Actors.

Perkara ini juga turut diakui syarikat pengurusan Kim Bum, King Kong Entertainment.

Kisah percintaan mereka mula dihidu media dan peminat selepas kedua-duanya dikatakan bercuti di Eropah bersama selepas tamatnya penggambaran drama tersebut.

MTV EMA - Iggy Azalea - cari publisiti murah


MTV EMA - Iggy Azalea - cari publisiti murah
Iggy Azalea

MTV EMA - Iggy Azalea - cari publisiti murah


KEHADIRAN bintang yang sedang meningkat naik, Iggy Azalea menarik perhatian ramai pada acara karpet merah MTV EMA, kelmarin.

Bagaimanapun dia menarik perhatian ramai bukan kerana kecantikan atau pesonanya pada malam itu, sebaliknya kerana gaun yang digayakannya terlalu seksi sehingga Azalea secara tidak sengaja memperlihatkan bahagian sulitnya.

Seperti dilaporkan oleh E! Online, rapper yang berasal dari Australia ini mengenakan gaun hitam dengan belahan kaki yang tinggi sehingga mencapai pinggang.

Namun Azalea yang berusia 23 tahun membantah dakwaan sesetengah media yang mengatakan dia mengalami masalah ‘wardrobe malfunction’ dan sengaja mencari publisiti murahan.

“Itu bukan bahagian peribadi saya! Saya telah memakai seluar dalam yang ditampal dan saya tidak sebodoh itu untuk menunjukkan bahagian yang tidak sepatutnya, sewenang-wenangnya,” jelasnya menerusi laman sosial Twitter.

Eva Longoria tinggal karier demi politik?


Eva Longoria tinggal karier demi politik?
Eva Longoria

Eva Longoria tinggal karier demi politik?


PELAKON Eva Longoria dikhabarkan bakal meninggalkan industri seni selepas meluahkan hasrat bergiat aktif dalam bidang politik.

Malah, perkara itu bukan rancangan kosong sebaliknya, Longoria dikatakan sedang mengintai peluang dan seterusnya bertanding untuk menjadi Datuk Bandar di Texas, Amerika Syarikat.

Demi mendapatkan sokongan dan berkongsi perancangannya itu, Longoria, 38, dikatakan berjumpa dengan rakannya George Clooney berkenaan hasratnya menyertai bidang itu.

"Eva tidak mahu terburu-buru dan akan memulakan kerjaya politiknya secara perlahan-lahan dan daripada peringkat bawah terlebih dahulu,” kata sumber terdekat pelakon itu.

Bidang politik sebenarnya bukanlah perkara baharu buat Longoria kerana pelakon itu sebelum ini banyak terlibat dalam kempen demokrasi di Amerika dan menjadi tunjang utama kepada penyokong kaum Latin semasa pemilihan presiden Barack Obama pada September 2012.

Fatin Shahira Nazrimi - Ke mana tumpahnya kuah...


Fatin Shahira Nazrimi - Ke mana tumpahnya kuah...
Ayie dan anaknya Shahira.

Fatin Shahira Nazrimi - Ke mana tumpahnya kuah...


DUNIA muzik rock tempatan tidak pernah tenggelam dengan kehadiran penyanyi baharu dengan pelbagai genre berbeza. Sebut saja aliran muzik jazz, pop, blues, dan moden kontemporari, bahkan irama muzik tanah seberang, namun, muzik rock tetap menjadi pilihan hiburan sebilangan besar masyarakat.

Puluhan tahun berlalu, rock tetap tegar dengan pengikutnya dan suatu ketika kehadiran penyanyi berkumpulan bernama Leon pernah menghangatkan industri hiburan tanah air.

Kini bergerak secara solo, Ayie yang pernah menjadi vokalis kumpulan itu pada 1997 dilihat lebih terbuka mengetengahkan anak sulung, Fatin Shahira Nazrimi, 20, (Shahira) dalam persembahan dilakukannya.

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Saya tidak menghalang Shahira untuk menempa nama di bidang nyanyian. Sebagai papa, saya akan menyokong segala usahanya agar tidak sia-sia,” kata bapa enam anak ini.

Fatin Shahira Nazrimi - Ke mana tumpahnya kuah...
Ayie

Tetap menyengat

Kehadiran Ayie di beberapa siri jelajah karnival di Pahang baru-baru ini menggamatkan suasana. Lebih 500 peminat Leon berkumpul menantikan persembahan Ayie meski pun pada awalnya hujan turun renyai.

Ternyata, penangan Ayie tetap berbisa. Kekal menampilkan genre rock Melayu, Ayie dalam proses mengumpul material untuk merakamkan album solo buat dirinya dan single buat Shahira.

“Dalam perancangan ini, kami akan menggabungkan tiga kumpulan iaitu Scan, saya dan Sweetchild. Tinggal nak tanda tangan kontrak sahaja lagi. Dari segi bahan dan konsep sudah di peringkat akhir perbincangan.

“Doakan cepat-cepat selesai. Tak sabar nak buat comeback,” katanya yang kini lebih menumpukan perhatian terhadap persembahan jelajah karnival dan ekspo.

Bagi Ayie, meskipun dia tidak lagi mendapat hebahan dan publisiti meluas kerana kurang menonjolkan diri di media massa, dia masih bersyukur dengan peminatnya yang setia.

“Setiap kali buat persembahan, bagai nak menitis air mata lihat penonton yang ramai. Saya tahu sebilangan mereka bukan lahir pada zaman saya, tapi saya bangga mereka tahu lagu-lagu saya. Kalau panggil ke pentas, budak-budak muda pun pandai nyanyi lagu saya,” katanya.

Sudah lebih 23 tahun dalam industri, Ayie merupakan penyanyi asal kumpulan Umbrella. Dia kemudian membawa diri keluar dari Umbrella lalu menyertai Leon yang mana tempatnya digantikan Zarul selaku vokalis baru Umbrella.

Album ke-3 Leon Silauan Mengilau ‘97 - (1997) yang menyenaraikan lagu-lagu popular seperti; Kita Saling Memerlukan, Bila Bunga Dilaman Orang, Kau Tetap Di Ingatan Ku dan Balasan Janji Palsu Mu menaikkan nama Ayie di persada dunia hiburan.


Pertaruh Kemelut

Tidak menyepikan diri dari industri seni yang semakin sengit, Ayie sama sekali menafikan dia merajuk dengan situasi.

“Ayie masih wujud, cuma kini secara solo. Tak keluar TV bukan bererti saya tidak kerja. Tawaran menyanyi masih banyak tetapi saya ambil pendekatan lebih selektif. Saya serik kena tipu. Buat show sungguh-sungguh tapi akhirnya kita ditipu. Macam sekarang menyanyi di karnival atau event persendirian buat saya lebih dekat dengan peminat,” terangnya.

Berkongsi cerita, Ayie mengumumkan single yang merupakan sekuel lagu popular kumpulan Leon, Balasan Janji Palsu bertajuk Kemelut; bakal diterbitkan tidak lama lagi.

“Mama Juwie banyak membantu dalam single ini. Saya tak boleh cerita panjang tapi InsyaALLAH, bakal keluar dalam masa terdekat,” kata pelantun lagu Soundtrack filem filem Rasuk dan Adik Manja Return ini.

Supermokh terbaik!


Supermokh terbaik!
Antara babak dalam pementasan Supermokh Sebuah Muzikal teater di Panggung Sari, Istana Budaya. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

Supermokh terbaik!


ITULAH gambaran yang paling tepat buat pementasan Supermokh Sebuah Muzikal teater yang mengangkat kisah hidup legenda bola sepak tanah air terkenal, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, yang mula dipentaskan 6 sehingga 18 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Menampilkan Awie sebagai teraju utama, teater arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar ini turut membariskan pelakon popular seperti Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Menariknya mengenai teater ini, penonton bukan sahaja dapat mengimbau kejayaan dan kehebatan Mokhtar sebagai bintang tersohor bola sepak negara, bahkan turut dapat melihat sisi berbeza kehidupannya yang mungkin tidak ramai mengetahuinya sebelum ini.

Siapa sangka dalam kesibukan kariernya, Mokhtar merupakan seorang suami yang sangat romantis dan gemar menyanyi untuk isterinya.

Selain seorang bapa yang penyayang, beliau juga mempunyai sifat setia kawan yang tinggi apabila sering menjadi pembakar semangat setiap kali perlawanan berlangsung.

Supermokh terbaik!
Antara babak dalam pementasan Supermokh Sebuah Muzikal teater di Panggung Sari, Istana Budaya. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

Bagaimanapun, beliau perahsia orangnya.

Sekiranya dilanda masalah, beliau lebih suka menyendiri, sehinggalah dugaan besar yang melanda kehidupannya dan terpaksa berundur dari arena bola sepak.

Ternyata kisah peribadi bapa kepada tiga cahaya mata itu banyak menarik perhatian penonton untuk mengenali bintang ini dengan lebih dekat.

Tidak tertumpu pada karakter Supermokh semata-mata, teater yang mengambil masa hampir tiga jam ini turut diserikan dengan kehadiran pelawak, Douglas Lim. Membawa watak sebagai Kevin, penampilan Douglas nyata memenuhi kehendak Hans yang ingin menceriakan lagi pementasan ini.

Menepati setiap pementasan muzikal, Supermokh turut diselitkan dengan 18 buah lagu dengan pelbagai rasa dan emosi.

Lebih menarik, apabila persembahan itu turut dihiasi pelbagai set, latar serta penggunaan teknologi seperti lampu LED bagi memberikan lebih kesan di hati penonton.

Selain itu, tayangan visual sepanjang penglibatan Mokhtar dalam arena bola sepak turut ditayangkan bagi menghormati jasa beliau mengharumkan nama negara di persada dunia.

Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran untuknya ketika berada di padang...

Supermokh terbaik!
Antara babak dalam pementasan Supermokh Sebuah Muzikal teater di Panggung Sari, Istana Budaya. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

Paling mencabar! - Awie

Memegang watak sebagai Mokhtar Dahari, Awie berkata ia merupakan watak yang paling mencabar sepanjang penglibatannya dalam sebagai pelakon.

Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 45, berkata, biarpun menjalani latihan hampir dua bulan namun, dia masih belum mempunyai keyakinan untuk membawakan watak tersebut.

“Mokhtar Dahari merupakan satu nama besar dalam negara kita. Sudah tentu penonton yang hadir mahukan satu kelainan.

“Jujur saya akui selepas pementasan malam ini, saya masih gementar dan takut,” katanya ketika ditemui selepas berakhir pementasan pertama teater tersebut, Rabu lalu.

Awie memberitahu, dia juga berdepan kesukaran untuk mengenali dan menghayati karakter Mokhtar, memandangkan Allahyarham sudah lama meninggal dunia.

“Saya tak pernah mengenali beliau secara dekat. Hanya bersandarkan rujukan daripada orang yang paling dekat dengan arwah seperti keluarga, rakan dan pasukan beliau sahaja.

"Sepanjang hayat, beliau juga jarang muncul di kaca TV, jadi amatlah sukar untuk saya mengenal dan menjadi 'dirinya'” kata Awie.

Supermokh terbaik!
Antara babak dalam pementasan Supermokh Sebuah Muzikal teater di Panggung Sari, Istana Budaya. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

Kenang jasa Mokhtar Dahari

Dalam pada itu, penerbit dan pengarah Supermokh, Hans Isaac, mengakui sangat berpuas hati dengan pementasan tersebut.

Walaupun berhadapan dengan masa yang singkat namun, dia gembira setelah menonton hasilnya pada malam previu teater itu.

“Tidak dinafikan mulanya saya agak risau dengan tempoh latihan yang agak pendek. Kami juga berlatih siang dan malam agar pementasan ini berjalan dengan lancar.

“Waktu petang kami adakan latihan bola sepak dan malam latihan teater. Saya takut pelakon akan pengsan atau sakit menjelang pementasan. Tapi syukur mereka bersemangat melakukan persembahan ini,” katanya.

Tambah Hans, pementasan teater itu bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat mengenai jasa dan pengorbanannya yang membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

“Sebelum ini kita hanya mengenali beliau melalui artikel tapi kali ini saya ingin mereka di luar sana dapat mengingati jasa beliau.

“Bukan kecil peranan beliau kepada negara dan kita harus menghargai sumbangannya.

“Melalui teater ini, kita dapat mengenali siapa Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dengan lebih dekat dan juga bagaimana beliau melalui kehidupan sehariannya selain daripada bola sepak,” kata Hans.

Tegas Hans, Mokhtar Dahari adalah satu nama yang besar di Malaysia dan tidak ramai yang mengetahui perkara di sebalik kehebatan beliau di padang.

“Peminat legenda ini akan dapat mengenali beliau dengan lebih dekat selain turut berhibur kerana ia berbentuk muzikal.

“Kami juga selitkan kisah peribadi beliau bersama isterinya (Tengku Zarina Tengku Ibrahim yang dilakonkan Maya Karin) seperti pertunangan dan pergolakan emosi Mokhtar ketika mahu kembali bermain bola sepak,” katanya.

Sanggul Beracun terima pengiktirafan luar


Sanggul Beracun terima pengiktirafan luar
Sanggul Beracun

Sanggul Beracun terima pengiktirafan luar


TELEFILEM Sanggul Beracun, arahan Sabri Yunus,  menerima pencalonan untuk Sichuan TV Festival Gold Panda Awards 2013 bagi kategori Fotografi Terbaik, yang bakal berlangsung di Chengdu, Sichuan, China pada 16 - 18 November ini.

Telefilem berdurasi 90 minit ini, yang telah dipertontonkan di saluran Astro Citra buat pertama kali pada 15 Mei 2011, memaparkan kisah Siti (Erra Fazira), yang membuat perjanjian dengan roh jahat untuk kelihatan cantik. 

Bagi memenuhi perjanjian itu, dia perlu berkahwin dan mencari mangsa dalam masa tiga bulan. Jika dia gagal, dia akan kembali hodoh.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pencalonan Sanggul Beracun dalam sebuah acara anugerah bertaraf antarabangsa itu adalah sesuatu yang amat membanggakan.

"Pastinya, pengiktirafan ini menjadi perangsang untuk Astro menghasilkan lebih banyak lagi drama dan telefilem yang berkualiti pada masa akan datang untuk  bersaing dengan produksi-produksi antarabangsa sekali gus membuka lebih banyak ruang bagi karya-karya tanah air untuk menembusi pasaran luar, "ujar Khairul.

Sempena pencalonan itu, Sanggul Beracun turut dialih bahasa Inggeris dengan judul, Poisonous Coiffure.

Shah Jaszle tidak mengaku khalwat


Shah Jaszle tidak mengaku khalwat
Kelihatan Shah Jaszle berbincang sesuatu bersama peguamnya
di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari,
Daerah Petaling Jaya, hari ini. Gambar kecil: Farah.
- Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

Shah Jaszle tidak mengaku khalwat


SUBANG BESTARI - Pelakon lelaki popular, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di mahkamah rendah syariah di sini, hari ini, terhadap tuduhan khalwat dengan seorang bekas pekerja bank, Mei lalu.

Shah Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25, didakwa berada bersama Farrah Nurizzati Salleh, 21, dalam keadaan menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral, di dalam bilik sebuah rumah di Taman Sri Subang, Petaling Jaya, kira-kira jam 3.50 pagi, 16 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Shah Jaszle yang diwakili Peguam Ashraf Ranee memohon satu tarikh sebutan singkat bagi proses representasi kepada pihak pendakwa.

Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes itu.

Bagaimanapun, Farah Nurizzati mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pelakon utama filem Azura 2012 itu dan hakim mengenakan denda RM3,000 atau penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Farah Nurizzati memohon denda dikurangkan kerana dia telah kehilangan kerja dalam tempoh 24 jam selepas berita penangkapan mereka.

Berdasarkan fakta kes, pasangan itu ditahan unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) selepas mendapat maklumat orang ramai.

Selepas memberi salam kira-kira lima minit kemudian, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek kemudiannya membuka pintu.

Hasil pemeriksaan di bilik tidur kedua mendapati Nurizzati yang hanya bersinglet dan berseluar pendek manakala Shah Jaszle sedang tidur sambil berselimut dan hanya memakai boxer kelabu.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli memohon hukuman berbentuk pengajaran diberikan kepada tertuduh, agar kes seperti itu menjadi tauladan kepada masyarakat sekeliling.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan