Cari Artikel

Tuesday, November 12, 2013

NTV7, 'Hopes' - Ikon wanita dicari!


NTV7, 'Hopes' - Ikon wanita dicari!

NTV7, 'Hopes' - Ikon wanita dicari!


MENERUSKAN misi untuk memartabatkan golongan wanita, ntv7 muncul lagi dengan program ‘Hopes’ bagi mencari wanita yang  mampu memberikan inspirasi kepada lebih ramai penonton di luar sana.

Bakal bersiaran pada Februari tahun hadapan, program ini dijangka mendapat sambutan sehebat Bella Awards dan Bella Bundle of Joy yang berjaya mencipta sejarah di dalam 'Malaysia Book of Records'. 

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, berkata, menerusi Hopes pihaknya ingin mencari 'hero wanita' yang kurang diberi tumpuan menerusi lensa media.

"Kami percaya, ramai wanita di luar sana yang mempunyai kisah kejayaan sendiri. Mungkin mereka tidak dikenali, tetapi dengan adanya program ini, kami ingin kongsikan kisah-kisah hebat mereka bersama penonton.

"Oleh kerana itu kami berharap orang ramai akan membantu kami untuk menemui wanita di luar sana yang mereka rasakan harus dipaparkan di dalam rancangan ini.

“Seiring gelaran Saluran Ceria Anda, ntv7 juga berharap bahawa rancangan ini bakal membuka mata mereka bahawa setiap individu mampu membuat perubahan bukan sahaja kepada masyarakat malah menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi cadangan kepada ntv7 tentang kisah ‘heroin’ yang anda rasakan wajar dipaparkan atau mengenali sebarang wanita yang memiliki kisah penuh inspirasi yang masih kurang didengari boleh menghantar butiran secara online di http://apps.ntv7.com.my/hopes/ .

Hantarkan cadangan dan penyertaan anda sebelum 30 November 2013.

Miley Cyrus buat kejutan


Miley Cyrus buat kejutan
Miley Cyrus

Miley Cyrus buat kejutan


BAKAL menginjak usia matang pada 23 November ini, bintang popular, Miley Cyrus, merancang untuk mengadakan majlis ulang tahunnya secara secara besar-besaran.

Menurut Cyrus, 21, majlis itu bukan hanya majlis sambutan biasa kerana ia turut disertakan dengan beberapa kejutan.

"Majlis hari jadi saya itu akan ada beberapa kejutan dan pengalaman baharu dalam hidup saya mengikut kematangan saya.

"Inilah usia yang saya tunggu selama ini. Saya tidak sabar untuk meraikan usia matang saya dan mengubah persepsi ramai pihak mengenai diri saya.

"Usia ini menunjukkan saya bakal melalui satu lagi fasa dalam kehidupan saya seperti wanita lain. Ia sangat mengujakan dan banyak perkara menarik yang menunggu saya di hadapan!," kata bekas tunang Liam Hemsworth ini.

Ailee (Amy Lee) - Gambar bogel tersebar?


Ailee (Amy Lee) - Gambar bogel tersebar?
Ailee a.k.a Amy Lee

Ailee (Amy Lee) - Gambar bogel tersebar?


SEBELUM ini, nama bintang solo, Ailee, tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan kariernya.

Namun, baru-baru ini, media melaporkan, foto bogel mirip Ailee tersebar di Internet.

Bukan hanya satu, malah lebih daripada lima gambar pelantun lagu, I Will Show You, menjadi tatapan peminat.

Walaupun Ailee belum tampil dengan sebarang penjelasan, namun, pihak pengurusannya, YMC Entertainment bagaimanapun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Kami akan mencari kesahihan berita ini adakah betul atau palsu," katanya.





Ayu Ting Ting bercerai?


Ayu Ting Ting bercerai?
Ayu Ting Ting

Ayu Ting Ting bercerai?


KURANG empat bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting dilaporkan sudah bercerai sebanyak dua kali.

Menurut Ayu, suaminya, Henry B. Hendarso atau Enji, telah melafazkan talak sebanyak dua kali iaitu pada 24 Julai dan 17 Ogos lalu.

"Hubungan kami mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Ia menunjukkan keretakan sejak awal pernikahan lagi memandangkan Enji dan keluarganya tidak mahu mengadakan majlis resepsi kami.

"Oleh itu, saya membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapa dan meninggalkan Enji," katanya.

Namun, isu ini menjadi rumit apabila Enji menafikan perkara itu dan mengaku tidak pernah memberi talak kepada isterinya itu.

Lana Nordin beri penjelasan


Lana Nordin beri penjelasan
Lana Nordin

Lana Nordin beri penjelasan


BAGI sesiapa yang mengikuti perkembangan aktres Lana Nordin di laman Instagramnya pasti sudah maklum dengan beberapa siri 'peperangan' antara Lana dengan pengikutnya.

Dek kerana kelantangannya bersuara, ramai beranggapan Lana tidak menghargai peminat dan bermulut laser.

Justeru, kesempatan bertemu Lana pada majlis Shout! Award baru-baru ini dimanfaatkan media untuk bertanyakan sebab Lana bertindak sedemikian pada peminatnya.

"Saya sejujurnya tidak kisah apabila ada pengikut di laman Instagram memberi komen atau menegur saya tetapi saya tidak boleh terima jika komen tersebut bersifat kurang ajar dan ada antaranya menyelitkan ayat-ayat lucah.

"Instagram adalah laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.

"Kebanyakan yang mengeluarkan kata-kata lucah adalah budak-budak. Tetapi bila saya diam makin menjadi-jadi pula. Bila saya privasi akaun saya, mereka kata saya sombong, bila saya buka, lain pula yang jadi," jelasnya.

Menurut Lana, dia sememangnya seorang yang gemar bercakap berterus-terang tetapi itu tidak bermakna dia tidak boleh menerima langsung sebarang teguran.

"Nak tegur boleh, tetapi janganlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa saya kalau nak tegur saya, mereka akan panggil saya dan tidak terus tegur di depan adik beradik kerana mereka mahu jaga air muka kami bila depan adik-beradik yang lain.

"Mereka selalu kata artis tidak boleh terima teguran, tetapi bila saya tegur atau balas balik apa yang mereka kata, mereka juga melenting dan kata macam-macam.

"Tapi saya cuma nak tunjuk, selebriti juga manusia, ada hati dan perasaan. Jika anda tidak suka ditegur secara terbuka, kami juga begitu," ujarnya.

Lana berkata, jika ada masa terluang, dia akan membuang mana-mana pengikut yang dirasakan tidak perlu dan mengakui sudah membuang lebih 10, 000 orang.

"Ada yang jadi pengikut saya kata berdosa tengok saya. Ada yang kata sakit mata. Jawapan saya senang saja, jika rasa berdosa, sakit mata, tak payah ikut. Saya juga tidak pernah paksa mereka jadi pengikut saya di laman Instagram.

"Sebab itu sudah lebih 10, 000 pengikut saya buang atau 'block'. Saya mahu yang ikut saya benar-benar mengikuti perkembangan saya. Bukannya seperti satu kumpulan ini, mereka ikut saya dan sengaja mahu memprovokasi saya sehingga saya marah. Pendek kata, mereka memang sengaja buat saya marah.

"Apatah lagi medium sosial saya dengan peminat hanyalah laman Instagram dan saya tidak aktif di tempat lain termasuk laman Facebook dan saya lihat ada beberapa profil palsu saya di Facebook yang menyamar menjadi diri saya," katanya.

Dalam pada itu, Lana baharu sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Lara Cinta Kasih yang bakal digandingkan dengan aktor terkenal, Hairul Azreen.

Ujar Lana dalam telefilem itu, dia akan membawakan watak wanita bertudung dan mengakui teruja untuk menjayakannya.

AF2013 - Pasangan Azhael Bakal kembali?


AF2013 - Pasangan Azhael Bakal kembali?

AF2013 - Pasangan Azhael Bakal kembali?


RATA-rata peminat terkejut dengan penyingkiran Azhael, pasangan duo yang dianggotai Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi melalui konsert separuh akhir yang berlangsung di stadium Bukit Jalil, malam kelmarin.

Azhael yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Lelaki Ini nyanyian asal oleh Anuar Zain dan Kembali Merindu nyanyian asal oleh Slam itu tersingkir selepas mendapat undian terendah sebanyak 15.83 peratus.

Pengkritik tetap, Roslan Aziz, Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Inspirer, Datuk Siti Nurhaliza  juga tidak menyangka apabila nama pasangan duo itu tidak disenaraikan sebagai pelajar ke konsert akhir, kerana merasakan pelajar itu sering memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.

Menurut Siti, kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan pengundi Azhael berasa selesa dengan kedudukan undian Azhael yang sebelum ini sentiasa berada di kedudukan yang tertinggi hingga menyebabkan mereka tidak berusaha untuk mengundi pasangan duo itu.

“Saya memang terkejut kerana Azhael merupakan pelajar kegemaran saya. Namun saya yakin, sudah ada tempat untuk mereka di luar sana, memandangkan mereka adalah antara pelajar terbaik AF2013," katanya yang terkilan dengan penyingkiran Azhael.

Bagaimanapun, tidak mustahil jika sistem undi masuk semula pelajar yang tersingkir akan dilakukan akademi ini untuk meneruskan konsert akhir seperti mana musim terdahulu.

Bahkan ia turut diakui oleh, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, yang menyifatkan AF terlalu banyak kejutan.

“Pelbagai kejutan boleh berlaku termasuklah menyerap semula pelajar yang tersingkir.

“Kita lihat saja sama ada kejutan ini ada ataupun tidak melalui interaksi dan reaksi penonton dengan peserta AF menerusi Twitter,” katanya yang sebelum ini turut menyerap masuk Amira untuk ke konsert separuh akhir AF2013.

Katanya, kemungkinan akan ada undi masuk dan peratusan undian akan dinilai sebaik sahaja  informasi terkini diberikan menerusi program seperti AF Buzz yang ke udara setiap Isnin, Diari AF pada Selasa hingga Khamis dan Terus Gempak, Inilah AF (TGI AF) pada hari Jumaat.

AF2013 - Pasangan Azhael Bakal kembali?

Ingin mara ke Final

Terpaksa akur dengan keputusan itu, Azhael yang ditemui selepas konsert separuh akhir itu bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka.

"Memang kami terkilan, tapi kami bersyukur kerana dapat bertahan hingga ke peringkat ini.

"Kami sudah cuba melakukan yang terbaik dan kami membuktikan bahawa duo seperti kami juga dapat diterima peminat," kata Azhael.

Tipulah sekiranya mereka tidak ingin beraksi lagi di konsert akhir AF2013. Malah dua anak muda ini sangat berharap sekiranya undi masuk dapat dibuka untuk mereka bertanding bersama pelajar lain.

“Sememangnya kami berharap akan diterima masuk semula sekiranya kami ada peluang melayakkan diri ke peringkat akhir.

“Moga ada keajaiban nanti, kerana kami mahu berjuang bersama mereka yang telah melayakkan diri ke peringkat akhir,” kata mereka.

Selain Azhael, Indah merupakan pelajar kedua dengan peratusan terendah iaitu sebanyak 15.85 peratus, manakala undian tertinggi pula adalah milik Faizul, 18.17 peratus, diikuti dengan Amira, 17.30 peratus, Nabila, 16.86 peratus, dan Aisyah, 16 peratus.

Dengan penyingkiran Azhael itu, kini tinggal lima bintang AF2013 yang akan meneruskan perjuangan mereka untuk merebut gelaran juara.

Sementara itu, Siti turut mengulas mengenai isu pemilihan lagu yang dikatakan menjadi punca penyingkiran Azhael.

“Isu pemilihan lagu ini memang selalunya dibangkitkan, malah pemilihan lagu Malaysia saja disarankan kepada pelajar.

“Bagi saya tidak salah memilih lagu Indonesia, Inggeris atau apa pun, asalkan ia lagu hits,” katanya yang turut mengakui berdepan kesukaran untuk memilih lagu.

Empat pelajar dapat pujian

Konsert kali ini menyaksikan Faizul, Aishah, Amira dan Indah mendapat pujian daripada pengkritik tetap.

Percaturan terbaru dalam membawakan irama pop rock dan rock itu berjaya menyerlah vokal masingmasing.

Faizul yang menyampaikan lagu Bayangan Gurauan (Mega) dan Hilang Naluri dendangan Once, turut menerima kejutan dengan kehadiran aktres jelita, Nora Danish.

“Saya cuba mengambil ilmu yang diturunkan oleh Datuk Siti dan saya telah berusaha melakukan yang terbaik.

“Saya akui sangat selesa dengan genre ini. Tetapi tidak semestinya saya tidak mahu menyahut cabaran membawakan genre lain pada konsert akhir,” kata pelajar dari Tawau, Sabah ini.

Dua lagi peserta solo yang dilihat akan memberikan persaingan sengit dalam AF 2013 ialah adik kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Aishah atau Nur Aishah Aziz, 19, yang berjaya memukau juri dengan nyanyian tersendiri menerusi lagu Matahariku dendangan Agnes Monika dan Suci dalam debu nyanyian Iklim.

Tidak kurang hebatnya dengan persembahan Indah (Siti Ruhailah Hussein, 23,) dan Amira (Nadia Amira Othman, 20) menerusi lagu dendangan masing-masing.

AF2013 - Pasangan Azhael Bakal kembali?

Nabila masih terselamat

Sementara itu, minggu ini masih menyaksikan Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, terselamat dan terus mara ke peringkat akhir meskipun sering mendapat kritikan pedas dari setiap juri.

Membawakan lagu Tentang Rasa nyanyian asal Astrid dan Permata Biru nyanyian ratu rock negara, Ella, anak jati Kuala Lumpur ini berjaya meraih undian tertinggi untuk tiga minggu berturut-turut.

“Saya terima kritikan dengan hati terbuka walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki untuk persaingan dalam final nanti.

“Ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang dalam meraih tempat dalam industri ini.

“Saya percaya, saya akan berjaya ke AF2013 ini sebab bakat saya dan juga peminat yang sentiasa menyokong kehadiran saya di pentas AF,” katanya.

Matt Damon terima bayaran RM9.6 juta untuk iklan 20 saat!


Matt Damon terima bayaran RM9.6 juta untuk iklan 20 saat!
Matt Damon


Matt Damon terima bayaran RM9.6 juta untuk iklan 20 saat!


BINTANG terkenal, Matt Damon, merupakan antara aktor antarabangsa yang menerima bayaran yang cukup mahal.

Seiring dengan popularitinya, terbaru, Matt Damon memperoleh bayaran sebanyak RM9.6 juta untuk tampil dalam iklan produk minuman kopi dari Nestle, Nespresso.

Walaupun iklan itu hanya sekitar 20 saat, namun penampilan Damon bersama duta Nestle, George Clooney merupakan gandingan yang menarik.

"Saya teruja untuk bersama George Clooney menjayakan iklan produk minuman ini kerana dia adalah duta Nestle sejak 2006 lagi. Ia adalah satu penghargaan buat saya.

"Pun begitu, iklan ini hanyalah untuk pasaran Hollywood sahaja dan disunting pengarah terkenal, Grant Heslov," katanya yang bakal muncul dalam filem terbaru, The Monumen Men.



Liga Lawak Superstar Penyingkiran dua pasukan


Liga Lawak Superstar Penyingkiran dua pasukan
Spy Kampung dan Derhaka Seorang Cinderella

Liga Lawak Superstar Penyingkiran dua pasukan

Liga Lawak Superstar Penyingkiran dua pasukan
Kumpulan Aku meraih 177 markah dan berjaya ke pusingan separuh akhir.


IMPIAN Spy Kampung dan Derhaka Seorang Cinderella untuk meneruskan perjalanan di dalam Liga Lawak Superstar (LLS) bagi kumpulan A tidak menjadi kenyataan apabila diumumkan sebagai kumpulan pertama yang tersingkir daripada program realiti yang berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang, kelmarin.

Sementara itu, 'Apa Kasih Toq' yang mengumpul markah tertinggi sebanyak 184 markah  dan 'Aku' yang meraih 177 markah berjaya mara ke pusingan separuh akhir LLS bagi mewakili kumpulan A itu.

Sedikit mengenai pusingan kelmarin, LLS yang bertemakan 'sarkas' menyaksikan persaingan sengit terhadap kesemua peserta termasuk  Spy Kampung yang dianggotai Farouk Hussien, Zalif Sidek dan Syafiq Kyle serta Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan dan Aman Nassim), meskipun nasib tidak menyebelahi mereka.

Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli, Fizz Fairuz) dan Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail, Hairi Safwan) bagaimanapun berjaya menunjukkan kehebatan mereka dalam lima pusingan iaitu
Lawatan Galeri Seni, Bonekarama, Debat Lebat Hebat, Mendahi dan Karaoke Uncle Helium selama tiga minit tanpa menggunakan skrip dalam rancangan ini.

Bagi pusingan pertama, menyaksikan gandingan dua kumpulan iaitu Spy Kampung dan Apa Kasih Toq beraksi dalam cabaran ‘Lawatan Galeri Seni’.

Padat dengan aksi lucu yang mencuit hati penonton, dua lagi kumpulan iaitu Aku dan Derhaka Seorang Cinderella menyusul dengan persembahan mereka di tahap yang terbaik menerusi cabaran Bonekarama.

Pentas Liga Lawak Superstar dihangatkan lagi dengan gelagat penampilan kali kedua oleh kumpulan Spy Kampung dan kumpulan Apa Kasih Toq menerusi sketsa ‘Debat Lebat Hebat’.

Kumpulan Aku dan Derhaka Seorang Cinderella pula bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu ‘Mendahi’.

Sebelum melabuhkan tirai persaingan minggu ini kesemua kumpulan menggegarkan studio Finas dalam cabaran terakhir iaitu  ‘Karaoke Uncle Helium’.

Gimik LLS?

Meskipun sudah memberikan yang terbaik, namun penyingkiran dua kumpulan Spy Kampung dan Derhaka Seorang Cinderella secara serentak dilihat sebagai gimik dan strategi pihak pengurusan bagi menarik perhatian penonton.

Pengurus Besar Penjenamaan TV3 Siti Nurlisia Mohd Nadzri, bagaimanapun berkata, keputusan menyingkirkan dua kumpulan itu hanya dilakukan selepas perbincangan dengan pihak pengurusan.

“Pada minggu ini, kami memang sudah memutuskan untuk menyingkir dua peserta secara serentak.

“Keputusan untuk membuat dua penyingkiran secara serentak pada minggu ini diambil memandangkan tiada penyingkiran berlaku selama empat minggu.

“Jika mengikut perancangan awal, perkara ini telah ditetapkan mengikut format sebelum pertandingan bermula lagi bagi musim ini,” katanya.

Menurutnya, format baru ini memberi peluang kepada para peserta selama empat minggu untuk menunjukkan prestasi masing-masing.

Tegasnya, dua minggu beraksi di pentas Liga Lawak Superstar mungkin tidak cukup tetapi realitinya perkara tersebut perlu ditempuhi dua kumpulan yang tersingkir minggu ini.

Giliran kumpulan B

Selepas dua kumpulan daripada Pasukan A tersingkir, minggu hadapan pula bakal menyaksikan dua lagi kumpulan B terpaksa meninggalkan pentas LLS.

Pasukan B yang terdiri daripada kumpulan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie), OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia), Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman).

Siapakah yang bakal tersingkir dan pasukan mana yang akan mara ke separuh akhir bakal terjawab minggu depan.

Setelah dua minggu Pasukan B berentap pada minggu pertama dan ketiga, pasukan OMG dan Aku Diandra mendahului dua pasukan lain setiap minggu.

Mungkinkah OMG dan Aku Diandra layak ke pusingan separuh akhir untuk bertanding di peringkat akhir?

Walaupun kumpulan Ayoub Lasak dan Asmara Luna sering berada di kedudukan tercorot, mungkin minggu ini mereka akan mencipta kejutan.

Semuanya bakal terjawab pada minggu hadapan.

Sepanjang 10 episod, LLS menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie sebagai juri tetap untuk program ini.

Hanya 2 pasukan yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara LLS dan juara akan membawa pulang RM250,000!

‘Perang’ Rabecca Nur Al-Islam-Eirma Fatima belum berakhir?


‘Perang’ Rabecca Nur Al-Islam-Eirma Fatima belum berakhir?
Rabecca Nur Al-Islam

‘Perang’ Rabecca Nur Al-Islam-Eirma Fatima belum berakhir?


‘Perang’ Rabecca Nur Al-Islam-Eirma Fatima belum berakhir?
Eirma Fatima


“SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Terimalah qada dan dadar ALLAH SWT. Itu adalah ketentuan Tuhan!,” tegas Rabecca Nur Al-Islam Ahmad bagi mengulas kenyataan Eirma Fatima yang bercadang membawa kes saman itu ke mahkamah tinggi.

Jelas Rabecca, dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan setelah lebih lima bulan turun naik mahkamah.

"Itu hak dia. Sebelum ini pun, mahkamah dah tentukan saya berada di pihak yang benar. Jadi, kita tunggu sajalah,” katanya pada Zass.

Bagaimanapun, Rabecca kesal dengan beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh pemilik  Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd itu menerusi sebuah akhbar tempatan semalam.

Rabecca berkata, isu kontrak tidak sepatutnya dipersoalkan lagi memandangkan ia sudah ditandatangani atas persetujuan bersama sebelum ini.

“Dalam perjanjian itu, saya dimaklumkan akan berlakon sehingga 28 episod. Tetapi, di saat-saat akhir, saya disingkirkan atas alasan yang tak munasabah.

“Memang itu hak dia untuk singkirkan saya. Tapi sebagai pelakon, hak saya telah diketepikan  kerana tidak dimaklumkan!.

“Lebih teruk lagi, saya pula dituduh tak berdisiplin. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya sebab produksi lain takut nak ambil saya berlakon,” katanya.

Rabecca berkata, meskipun dia berlakon untuk 19 episod namun, ia cuma menerima bayaran sehingga 17 episod sahaja. Malah, tuntutan baki bayaran untuk 11 episod yang selebihnya dilakukan demi memenuhi haknya ke atas kontrak asal.

“Saya terkilan kerana dia (Eirma) menuduh saya tidak membawa berbincang perkara ini terlebih dahulu.

“Sedangkan, sebelum saya mengeluarkan surat saman, saya berkali-kali menghubunginya sama ada melalui panggilan, SMS atau BBM. Tapi, dia langsung tidak melayaninya,” katanya.

Dalam pada itu, Rabecca memberitahu dia akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Rabecca memenangi kes saman ke atas penerbit itu kerana gagal melunaskan baki 40 peratus bayaran lakonannya untuk drama berjudul Dejavu di Kinabalu yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, tahun lalu.

Dia memfailkan saman itu di mahkamah majistret sivil dua tahun lalu, di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan