Cari Artikel

Saturday, November 9, 2013

KERUSI PANAS MLM 2013: MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH


KERUSI PANAS MLM 2013: MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH
MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH

KERUSI PANAS MLM 2013:
MAMU, ZERO DAN GERAK TERPILIH


Teka-teki tentang kumpulan pelawak mana yang akan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) atas tiket kerusi panas terjawab malam tadi apabila kumpulan Mamu, Zero dan Gerak menjadi pilihan juri untuk menyertai 13 peserta lain dalam MLM 2013 tahun ini.

Ketiga-tiga mereka telah telah menewaskan lapan peserta lain yang turut bersaing merebut tempat tiga slot terakhir dalam MLM 2013. Pemilihan mereka adalah menerusi markah yang diberikan oleh barisan juri yang terdiri dari Datuk Aznil Hj Nawawi, Azwan Ali dan Dato` Hattan.

Lapan peserta yang tidak terpilih itu ialah Shake, Glory, Santan, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol dan Keross.

Terdahulu, sebanyak 13 peserta telah pun menempah tempat secara automatik ke gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.

Ini menjadikan sebanyak 16 peserta bakal bertanding merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Pertandingan kerusi panas MLM 2013 malam tadi telah berlangsung dari Dewan MBSA, Shah Alam dan seperti biasa, Dato` AC Mizal kekal sebagai hos program ini. MLM 2013 boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD 134) serta aplikasi Astro On-The-Go.

Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!

LEPASKAN RINDU BERSAMA ZIANA ZAIN, ELLA HARI INI DI PLANET GEMPAK!


LEPASKAN RINDU BERSAMA ZIANA ZAIN, ELLA HARI INI DI PLANET GEMPAK!
ZIANA ZAIN DAN ELLA

LEPASKAN RINDU BERSAMA ZIANA ZAIN,
ELLA HARI INI DI PLANET GEMPAK!


Agak lama tidak menyaksikan persembahan penyanyi kening terangkat, Ziana Zain secara langsung.

Namun, peminat penyanyi ini dapat mengubat rindu terhadap beliau dengan menyaksikan aksi beliau dalam program Ratu Rania di saluran Astro Prima saluran 105 yang melantiknya sebagai juri profesional.

Apa yang pasti, pada kemuncak Karnival Planet Gempak yang diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 9 dan 10 November ini, Ziana bakal beraksi sebagai penghibur.

Selain Ziana, Ratu Rock Ella juga turut sama bakal menghiburkan pengunjung Planet Gempak. Antara nama lain yang akan mengadakan persembahan pada konsert tersebut ialah Kumpulan May, Kumpulan Hyper Act, Shahir, Hazama, Ainan Tasnim, Nomad, Raja Azura dan adik-adik dari program Superstar.

Sebelum berhibur dengan persembahan menarik dari barisan artis ini, pengunjung juga boleh berjumpa selebriti lain di karnival Planet Gempak yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam.

Antara selebriti popular yang menunggu anda di karnival ini adalah Datuk Aznil Hj Nawawi, Dato’ Fazley, Dato’ AC Mizal, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Lebih istimewa, pengunjung cilik juga boleh berhibur bersama maskot Upin dan Upin serta maskot lain yang menghiasi pelbagai program TV di saluran Astro.

Apa yang pasti, karnival yang dianjurkan selama dua hari berturut-turut ini akan mengadakan konsert separuh akhir #AF2013 yang diadakan secara langsung di situ. Jadi, jangan lupa temu janji anda bersama selebriti popular tempatan yang menanti anda di karnival Planet Gempak.

CABARAN MINGGU ROCK BUAT BINTANG AF2013 DI PERINGKAT SEMI FINAL


CABARAN MINGGU ROCK BUAT BINTANG AF2013 DI PERINGKAT SEMI FINAL

CABARAN MINGGU ROCK BUAT BINTANG AF2013 DI PERINGKAT SEMI FINAL


Minggu kesembilan Akademi Fantasia 2013 (AF2013) bakal menyaksikan persaingan sengit dikalangan enam bintang AF2013 yang tinggal apabila mereka masing-masing akan menyampaikan dua buah lagu pada minggu ini.

Minggu yang kesembilan ini yang juga digelar sebagai semi final hadir dengan bertemakan rock, dan setiap bintang akan diberikan satu lagu solo dari pelbagai genre manakala lagu kedua mereka adalah bergenre rock. Pastinya ia sesuatu yang menarik untuk melihat kemampuan vokal dan gaya dari setiap bintang yang masih kekal ini.

Amira akan muncul di atas pentas dengan lagunya Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian asal Alyah dan lagu rock untuknya ialah Opera Hidup dari Wings. Bintang kontroversi, Nabila pula akan menyampaikan lagu Tentang Rasa dari Astrid dan Permata Biru nyanyian asal ratu rock Negara, Ella.

Peserta lelaki solo yang tinggal, Faizul akan mempersembahkan lagu Hilang Naluri dari Once dan Bayangan Gurauan persembahan asal kumpulan Mega. Indah pula akan menyahut cabaran dari pengkritik tetap, Roslan Aziz yang mahukan dia menyampaikan lagu Fireworks dari Katy Pery dan lagu rock untuknya pula ialah Segalanya Ku Terima dari Ilusi.

Gandingan duo yang masih kekal, Azhael bakal menguji kemampuan mereka denga n lagu Lelaki Ini dari Anuar Zain dan Kembali Merindu dari Slam. Dan bintang termuda, Aisyah akan menyampaikan lagu Matahariku dari Agnes Monica dan Suci Dalam Debu dari Iklim.

Bukan mudah bagi mereka untuk mencapai ke tahap semi final tanpa dorongan inspirer mereka Dato’Siti Nurhaliza dan tenaga pengajar yang lain.

Siapakah yang akan ke ‘Top 5’? Mungkinkah 6 bintang AF2013 ini dikekalkan ataupun disingkirkan? Sama-sama kita saksikan konsert AF2013 yang akan berlangsung di Bukit Jalil Ahad ini dan dimeriahkan lagi dengan Planet Gempak. Datang beramai-ramai. Jangan lupa untuk mengundi juga.

NOCTURNAL GAMBARAN YUNA TENTANG PERSONALITINYA


NOCTURNAL GAMBARAN YUNA TENTANG PERSONALITINYA
Yuna

NOCTURNAL GAMBARAN YUNA
TENTANG PERSONALITINYA


Mencipta sensasi tersendiri di lapangan arena muzik antarabangsa, Yuna terus memacu langkah menyusuri impiannya untuk menakluk dunia dengan kelebihan yang dimiliki.

Nocturnal, album pertama Yuna bersama Verve Music Group adalah bukti bahawa Yuna bukan sekadar penyanyi berbakat malah mempunyai citarasa tersendiri yang pastinya akan membawanya pergi lebih jauh dalam arena muzik antarabangsa.

Setelah dilancarkan pada 29 Oktober yang lalu di Amerika Syarikat, Nocturnal telah membawa Yuna terbang pulang ke Kuala Lumpur untuk berkongsi dengan peminat dan media di sini kejayaannya buat sekian kalinya.

Google Malaysia sebagai hos telah memilih pejabatnya yang terletak di Quill 7 KL Sentral, untuk sesi ‘listening party’ bagi album Nocturnal. Acara ini dipancarkan terus secara live-stream bersama sesi live chat yang dibawakan oleh Malaysia Airlines untuk #MHmoments with Yuna di mana Yuna merupakan duta media sosial syarikat penerbangan itu.

Menjawab pertanyaan media mengenai kejayaan album pertamanya bersama Verve Music Group dan Universal Music itu, Yuna memberitahu bahawa pembikinan Nocturnal adalah satu projek yang lebih relaks berbanding sebelumnya.

“Kalau cakap pasal cabaran dalam menyiapkan Nocturnal sepenuhnya, saya boleh katakan album ini paling kurang cabaran. Jika dahulu saya harus terbang dari satu lokasi ke lokasi lain untuk proses recording dan terbang ke lokasi lain untuk bertemu pengarah muzik dan sebagainya, Nocturnal tidak menyukarkan dari segi itu.

“Cabaran mungkin akan datang bila saya harus mempersembahkan lagu-lagu di dalam Nocturnal secara live kerana tanpa latihan yang cukup kesukaran akan timbul untuk saya mencecah not tertentu dengan baik.

“Semua ini dapat dicapai dengan sokongan daripada keluarga, rakan pemuzik, peminat dan semua individu yang sering menyokong karier saya selama ini,”ujar Yuna ketika ditemui setelah tamat acara listening party untuk album terbarunya Nocturnal di pejabat Google Malaysia, semalam.

AMIRA TOLAK CINTA AZHAR AZHAEL #AF2013


AMIRA TOLAK CINTA AZHAR AZHAEL #AF2013

AMIRA TOLAK CINTAAZHAR AZHAEL #AF2013


Sebelum bintang #AF2013, Suhada tersingkir, Murai Batu dengar cerita jejaka tinggi lampai ini ada pendam perasaan dengan adik penyanyi Aliff Aziz iaitu Aisyah #AF2013.

Bagaimanapun, Suhada telah menjelaskan dalam program Apa Kata M? (#AKMAF2013) bahawa dia tidak bercinta sebaliknya hanya berkawan rapat saja. Namun, dia tidak menolak seandainya jodoh bersama dengan Aisyah.

Selepas hubungan pasangan ini berakhir dalam #AF2013, Amira pula digembar-gemburkan sedang bermain cinta pula dengan duo Azhael iaitu Azhar.

Mendengar kisah hubungan mereka, Murai Batu dapat tahu, Azhar yang betul-betul syok giler dengan Amira yang disifatkan paling sopan santun dan cantik di #AF2013.

Pun begitu, cinta Azhar terhadap Amira dikhabarkan tidak diterima segelintir peminat. Malah, paling mengejutkan Murai Batu, Amira terang-terangan telah menolak cinta Azhar.

Difahamkan, Amira telah menolak cinta tersebut kerana dia sudah pun mempunyai teman lelaki yang disifatkan jauh lebih tampan dari Azhar.

Bagaimanapun, Murai Batu sebenarnya kurang pasti adakah hubungan mereka ini benar-benar menjadi atau pun tidak. Kalau melihat dari segi paras rupa, Azhar dan Amira memang nampak serasi bersama.

Sebab itulah juga, kamera #AF2013 sangat mesra merakam keserasian mereka berdua. Entah-entah lepas ni duo Azhael bertukar jadi duo Azmira. Sedang juga nama tu kan. Macam nama baby baru pulak.

MURAI BATU: Jangan mulakan hubungan dengan benci kerana ia pasti bakal berakhir dengan cinta sejati.

NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAM MENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH


NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAM MENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH
Nas Adila Dan Dato' Jamal Abdillah

NAS ADILA SEDIA JADI DATIN DALAMMENANTI LAMARAN DATO’ JAMAL ABDILLAH


Selepas terkejut dengan berita peminangannya oleh Dato` Jamal Abdillah yang kemudiannya dapat dihidu pihak media, penyanyi Nas Adila Md Dan menjelaskan bahawa mereka bukanlah pasangan bercinta.

“Terus-terang, baik saya dan abang Jamal, kami tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh diketahui pihak media. Sejujurnya, kami belum bercinta lagi dan belum ada apa-apa hubungan istimewa,” ujar Adila kepada murai.com.my.

Pun begitu, bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) ini akui ramai bertanya mengenai hubungan mereka yang kerap bergandingan bersama dalam persembahan dan konsert.

“Disebabkan saya selalu jadi pasangan duet abang Jamal,  banyak orang usik hubungan kami berdua. Antara mereka yang mengusik kami adalah kenalan rapat kami.

“Kali pertama kami bertemu dan bergandingan di konsert yang berlangsung di Seremban. Selepas itu, kami selalu digandingkan. Sejak itulah juga kami sering diusik dan makin lama semakin ramai yang bertanya hubungan kami serius atau pun tidak.

“Disebabkan perkara ini sudah diketahui media, saya hanya berserah dan menanti saja adakah ia benar atau pun tidak. Saya sendiri tidak tahu atau tidak pasti bila tarikh abang Jamal bakal datang melamar saya sebagai isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Adila tidak peduli dengan pandangan orang yang mengatakan dia hanya mahu gelaran Datin yang bakal diperolehinya selepas berkahwin dengan Jamal yang baru saja menerima gelaran Dato’.

“Saya tidak minta gelaran Datin. Saya tidak mahu runsing dengan pandangan orang lain mengenainya. Soal gelaran ini akan datang sendiri. Saya tidak mencari gelaran itu demi kesenangan,.

“Saya hanya redha seandainya itu sah menjadi milik saya. Kalau sudah tertulis jodoh saya dengan abang Jamal, saya terima. Apapun, saya rasa abang Jamal lebih matang berbanding dengan bekas kekasih saya yang lain.

“Maafkan saya, saya tidak boleh komen sama ada saya sudah jatuh cinta dengan dia atau pun tidak. Biarlah perkara ini sah baru saya jelaskannya. Tidak manis dan saya tidak mahu terlebih kata,” jelasnya.

Sebelum digemparkan bakal menjadi isteri Jamal Abdillah, Adila pernah bertunang dengan jejaka berstatus kerabat di raja.  Kemudian, dia bercinta pula dengan pengurus peribadinya. Selepas itu, dia bercinta pula dengan bintang AF6 iaitu Alif.

HAIRI ANAK WAYANG PERSIAPKAN DIRI SEBELUM KAHWIN MAC 2014


HAIRI ANAK WAYANG PERSIAPKAN DIRI SEBELUM KAHWIN MAC 2014
Hairi Anak Wayang a.k.a Mohd Hairi Safwan Aznan dan tunangnya Fara Afiza Azman

HAIRI ANAK WAYANG PERSIAPKAN DIRISEBELUM KAHWIN MAC 2014


Pelakon, Hairi atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan, 25, mengesahkan bakal menikahi tunangnya, Fara Afiza Azman, 23, di rumah pihak perempuan di Pulau Pinang pada Mac tahun depan.

Hairi yang merupakan pelakon kelahiran program realiti Anak Wayang berkata buat masa ini persiapan perkahwinan sedang dijalankan oleh pihak keluarga dan tunangnya.

"Alhamdulilah, setakat ni persiapan sudah pun kami lakukan sedikit demi sedikit. Namun dari segi konsep dan keputusan dalam perkahwinan ini saya banyak serahkan pada tunang saya sebab biasalah orang perempuan ni lebih tahu dan suka buat kerja-kerja macam tu," katanya kepada murai.com.my di lokasi penggambaran telemovie Si Wayar Putus di Rumah Seri Kenangan Cheras, petang tadi.

Tunangnya merupakan pelajar tahun akhir di Institusi Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah.

Hairi memberitahu walaupun kini masih sibuk menjalani penggambaran iaitu kerjayanya sebagai pelakon, namun dia akui gentar untuk melangkah ke alam perkahwinan dan sedang mempersiapkan diri untuk ke peringkat itu.

"Bagi saya tanggungjawab sebagai seorang suami ni berat dan jika saya tidak kuat dari segi iman dan sebagainya bagaimana saya hendak membimbing isteri dan bakal keluarga saya nanti.

"Jadi, sekarang saya sedang pelajari dan memantapkan diri dari segi iman untuk melangkap ke alam perkahwinan nanti, insyaAllah,"jelasnya lagi.

Hairi turut memberitahu Fara merupakan wanita yang telah banyak mengubah dirinya supaya menjadi lebih baik sejak mereka berkenalan.

"Fara seorang bermotivasi, sejak saya kenal dengan dia perubahan besar yang saya sedari pada diri saya adalah saya sudah pandai jaga kata-kata saya supaya lebih menjaga hati orang berbeza dengan dulu. Malah saya berfikiran terbuka menerima pandangannya walaupun dia lebih muda dari saya,"luahnya lagi.

Hairi membawa watak utama sebagai Kahel dalam telemovie Si Wayar Putus yang akan ditayangkan di TV9 pada Januari tahun depan.

Yuna selesa di Amerika


Yuna selesa di Amerika
Yuna

Yuna selesa di Amerika


MESKIPUN terpaksa berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan, penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna bertekad meneruskan usaha mengembangkan kariernya ke bumi asing, Amerika Syarikat.

Akui selesa bekerja di sana, Yuna tidak lupakan tanah air sendiri.

“Dari segi kerja, saya agak selesa bekerja di luar sana. Tak ada kelebihan ataupun kekurangan.

“Di sini pun saya ‘enjoy’ bekerja. Di sini ada kawan-kawan saya tapi di luar sana pengalamannya lain sedikit,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis Yuna-'Nocturnal' Listening Party yang berlangsung di Google Malaysia, semalam.

Yuna menyampaikan tiga buah lagu baru daripada album Nocturnal, Rescue, Falling dan I Want You Back.

Menurutnya, pengalaman bekerja dengan produser asing di sana menyeronokkan meskipun pertama kali berjumpa.

“Saya bekerja dengan ramai orang dan produser-produser yang saya akan berjumpa buat kali pertama. Kemudian saya kena bekerja dengan mereka.

“Tapi perkara seperti itu kadang-kadang ianya ‘best’ juga. Sebab kita dapat pengalaman dan belajar benda baru daripada orang yang sangat kreatif. Bagi saya, dua-dua tempat pun ada keistimewaan,” katanya.

Dirisik Jamal Abdillah: Nas Adila tutup mulut


Dirisik Jamal Abdillah: Nas Adila tutup mulut
Jamal Abdillah Risik Nas Adila

Dirisik Jamal Abdillah: Nas Adila tutup mulut


KHABAR angin mengatakan Datuk Jamal Abdillah bakal merisik penyanyi Nas Adila semakin hangat diperkatakan.

Namun, kedua-dua pihak belum lagi mengesahkan berita ini.

Terkini, Nas yang dipetik daripada sebuah portal berita mengambil langkah berdiam diri daripada memberi sebarang komen agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen. Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," ujar Nas.

Sementara itu, Nas juga mendedahkan hubungan mereka semakin rapat selepas Jamal mengundangnya menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.

Malah, Nas mengakui selesa menjadi rakan duet Jamal sehingga diundang untuk mengadakan persembahan bersamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan