Cari Artikel

Saturday, November 2, 2013

Malam Penuh Bermisteri


Malam Penuh Bermisteri
Malam Penuh Bermisteri

Malam Penuh Bermisteri


BIARPUN baru pertama kali mengarah filem cereka, pelakon filem Tamil, Shasha Omar tetap menampilkan kelainan menerusi filem terbarunya, Malam Penuh Bermisteri yang akan menjengah pawagam pada 7 November nanti.

Filem ini menampilkan gandingan hebat pelakon berpengalaman seperti Datuk Rahim Razali, Azri Iskandar dan Bell Ngasri, berdasarkan sambutan peminat filem Tamil terhadap jalan cerita filem ini yang pernah dipaparkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, filem Tamil itu tidak mempunyai sebarang penggunaan teknologi seperti gabungan elemen 3G dan animasi.

“Sebenarnya, sebelum Malam Penuh Bermisteri dihasilkan saya telah menerbitkan sebuah filem Tamil yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama bertajuk Atenga kira-kira lapan tahun lepas.

“Tetapi filem itu tidak ada elemen-elemen seperti animasi dan 3G dan ini lebih baik lagi,” katanya.

Malah, dia yang turut berlakon dalam filem ini memberi penghayatan yang cukup berkesan sekali gus tidak menggambarkan dia seorang yang bukan Melayu.

Filem kisah benar ini menceritakan kisah ngeri tentang sekumpulan manusia yang telah diganggu dan dirasuk oleh hantu. Hanya seorang wanita sahaja boleh menyelesaikan misteri tersebut dan menghentikannya.

Hazama mahu karya diiktiraf di persada dunia


Hazama mahu karya diiktiraf di persada dunia
Hazama

Hazama mahu karya diiktiraf di persada dunia


PENYANYI kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi mahu muziknya mencerminkan identiti Melayu dan dapat diangkat di persada antarabangsa.

Katanya, ia sebagai tanda muzik kita dikenali dan terus menjadi tanda dengan mempopularkan muzik gabungan elemen-elemen tradisi Melayu.

“Saya berharap lagu kita dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa supaya orang luar dapat menilai identiti kita.

“Dengan alunan muzik dan suntikan berunsur jawa dan beberapa elemen, muzik yang diperjuangkan dapat diangkat menjadi warisan budaya Melayu di peringkat antarabangsa,” katanya.

Hazama yang kini sedang dalam mempromosikan single berjudul Penglipur Lara yang dimuatkan dalam album pertamanya, juga berjudul sama turut menegaskan dia mencari sesuatu kelainan dalam menghasilkan sesebuah karya.

Katanya, dengan mengetengahkan muzik moderate pop dan menyuntik unsur jawa dalam albumnya itu dapat memberikan idea segar kepada rakan artis yang lain untuk turut menyuntik elemen kemelayuan dalam karya masing-masing.

“Saya masih lagi dalam rangka promosi album ini dan berharap peminat dapat menerimanya. Setakat ini, saya lihat peminat sudah mula menerima muzik yang cuba saya perjuangkan,” katanya yang mengambil masa hampir setahun menyiapkan album ini sepenuhnya.

 Hazama juga berharap sebuah lagu ciptaannya bersama Omar K, yang berjudul Dengarlah mendapat sambutan.

Turut memuatkan sembilan buah lagu, yang mana enam darinya lagu baharu dan tiga lagi merupakan lagu bonus, Hazama berkata, ia merupakan buah tangan yang sangat bermakna untuk peminat setianya.

“Album pertama ini menampilkan sisi berbeza saya kerana sebelum ini peminat mengenali dan mahu saya menyanyikan lagu bergenre rock, tetapi saya menyuntik elemen pop dan saya akui kebanyakan lagu yang dihasilkan menerusi album ini mempunyai kelebihan tersendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hazama yang  dicalonkan dalam empat kategori Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) akan bertanding untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Kulit Album Terbaik, Album Terbaik, Lagu Rock Terbaik dan Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di dalam Lagu bersama kumpulan SleeQ.

Tumpu promosi

Menurut Hazama, keutamaannya kini lebih pada nyanyian dan dia terpaksa berehat dari lakonan demi mempromosikan album tersebut.  

“Minat saya lebih kepada bidang nyanyian. Namun, saya tetap akan terima  tawaran lakonan asalkan watak diberikan bersesuaian dan mudah  saya lakonkan,” katanya yang pernah membintangi filem Lari arahan Ahmad Idham.
Ditanya mengenai bila lagi dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya yang bernama Genervia, Hazama berkata, dia enggan terburu-buru.

“Kami baru berkenalan dan saya berserah kepada ALLAH SWT. Kalau sudah sampai jodoh, saya terima," katanya yang mengakui semakin serasi dengan wanita itu.

Showbiz sasar enam filem tahun depan


Showbiz sasar enam filem tahun depan
Showbiz

Showbiz sasar enam filem tahun depan


SELEPAS berjaya mengutip tayangan memberangsangkan menerusi filem Hantu Kapcai dan Kahwin 5, tahun lalu, Showbiz Productions Sdn Bhd kini menyasarkan untuk menerbitkan sebanyak enam buah filem bagi 2014.

Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman berkata, anak syarikat KRU Studios ini akan menerbitkan menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem terbitan KRU Studios.

“Fokus penerbitan kami dalam syarikat ini adalah bagi filem yang pembikinannya di bawah nilai RM1.5 juta.

“Kami juga lebih memberi tumpuan kepada penonton yang bukan mahu menonton filem berat seperti Merong Mahawangsa atau Vikingdom,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran tiga filem baharu syarikat tersebut iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikaro.

Menurut Zarina, biarpun filem keluaran Showbiz tidak mengeluarkan bajet yang tinggi, namun pihaknya masih mengutamakan penjagaan kualiti bagi sesebuah filem yang diterbitkan.

Katanya, antara filem yang bakal ditayangkan pada tahun depan adalah filem Mat Tudung.

“Jika dilihat pada statistik penghasilan filem, banyak filem yang dibuat dengan kos tinggi tidak mendapat pulangan atau kutipan yang memberangsangkan.

“Biarpun kami menerbitkan filem dengan bajet yang rendah tetapi pembikinannya masih berkualiti tinggi bagi memenuhi kepuasan penonton,” katanya.

Sementara itu, antara filem Showbiz yang akan menemui penonton pada tahun ini adalah Hantu Tok Mudim pada 21 November ini diikuti Ular (5 Disember 2013) dan Chikaro (26 Disember 2013).

Era FM kekal nombor satu


Era FM kekal nombor satu
Era FM

Era FM kekal nombor satu


ASTRO Radio masih mengekalkan kedudukan sebagai radio nombor satu Malaysia dengan lebih 12.2 juta pendengar setiap minggu,  berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2 , 2013 pada minggu ini.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahkan bahawa Astro Radio terus mendominasi gelombang radio sekali gus dinobatkan sebagai ‘Raja Radio’ dengan menguasai kedudukan nombor satu untuk radio Era fm,  THR (Raaga & Gegar) di tangga ke 2, dan Sinar FM fm menyusuli di kedudukan nombor tiga.

Walaupun mengalami penurunan dari sudut jangkauan pendengar bagi keseluruhan segmen radio berbahasa Inggeris,  radio- bahasa Inggeris di bawah naungan Astro Radio (hitz.fm, MIX fm dan Lite FM) masih mengekalkan kekuatan tersendiri dengan memperoleh 79 peratus perkongsian dalam pasaran Inggeris.

Manakala, stesen-stesen lain di bawah payung Astro Radio seperti Era fm, hitz.fm, MY FM dan THR Raaga terus menguasai takhta bergelar stesen radio  nombor satu dalam kategori bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Seterusnya, THR Gegar juga turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu di sekitar Pantai Timur, termasuklah di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sementara itu, hasil kajian tersebut memperlihatkan Astro Radio mengekalkan kedudukan sebagai 3 stesen radio teratas dalam posisi radio di Malaysia termasuklah  Era fm sebagai  radio  nombor satu, THR (Raaga & Gegar) di nombor dua dan Sinar fm di tangga ke tiga. Kedua-dua stesen, Era fm dan THR (Raaga & Gegar) di laporkan mempunyai  peningkatan pendengar  setiap minggu masing-masing dengan jumlah 4.7 juta dan 3.7 juta .

Dalam masa sama, stesen baharu berbahasa Cina di bawah naungan Astro Radio, Melody FM, mengalami peningkatan pendengar sehingga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 196 peratus dengan adanya peningkatan pendengar daripada 134,000 kepada 397,000 berbanding keputusan pada Ogos 2012. 

Selain itu, pendengar eksklusif Melody FM juga mengalami peningkatan 219 peratus  dalam masa seminggu pada tempoh sama
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Dr Jake Abdullah, berkata, kejayaan ini juga merupakan hadiah kepada pendengar setia yang tidak henti-henti memberikan sokongan selama lebih 16 tahun.

“Pasaran kini menjadi semakin mencabar dengan adanya penggunaan pelbagai cabang media dan teknologi yang semakin berkembang. Kunci yang ada pada Astro Radio pada hari ini adalah sentiasa meletakkan pendengar kami sebagai teras utama untuk kejayaan kami.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak penaja, syarikat- syarikat pengiklanan dan rakan-rakan kongsi di atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap Astro Radio, " katanya.

Izzue Islam masih 'laku'


Izzue Islam masih 'laku'
Izzue Islam

Izzue Islam masih 'laku'


BIARPUN menjadi salah seorang ahli dalam anggota kumpulan Forteen, namun nasib dan tuah Izzue Islam dalam bidang lakonan ternyata lebih menyerlah.

Selepas berjaya menggondol anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, Izzue mencipta kemenangan menerusi anugerah Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2, baru-baru ini.

Malah selepas memegang watak sebagai Firash Arshad dalam drama bersiri, Sebenarnya, Saya Isteri Dia, nama anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini terus menyinar.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin pada 2 Jun 2013, ternyata populariti Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan masih belum malap.

Akui Izzue, selepas mendirikan rumah tangga, kerjaya seninya makin baik dan tawaran lakonan juga tidak putus diterima.

“Tawaran lakonan itu sentiasa ada dan Awin juga masih melihat mana slot jadual yang sesuai untuk menerima tawaran lakonan.

“Cuma sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa penggambaran kerana mahu beri perhatian pada pelancaran album Forteen pada 27 November ini dan sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Tak Pernah Berjumpa.

“Saya juga baru sahaja pulang dari Cape Town, Afrika kerana menjalani penggambaran Fear Factor musim terbaru dan tiga filem lakonan saya bersama Showbiz Productions bakal ditayangkan iaitu Hantu Tok Mudim (21 November), Ular (5 Disember) dan Chikaro (26 Disember),” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata, semenjak mendirikan rumah tangga hampir lima bulan, dia dan isterinya masih belum sempat untuk berbulan madu kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Malah dek kerana kekangan masa bersama isterinya menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

“Alhamdulillah kami sama seperti pasangan berkahwin yang lain, hidup bahagia. Malah sebelum atau selepas berkahwin tidak banyak bezanya. Hanya dulu kami tinggal berasingan dan kini bersama, jadi pengurusan lebih teratur,” katanya.

Zain Saidin - 'Tunggulah sidang media!'


Zain Saidin - 'Tunggulah sidang media!'
Zain Saidin, Che Ta

Zain Saidin - 'Tunggulah sidang media!'


"KAMI tak pernah beritahu sesiapa untuk bernikah pada tarikh itu!," tegas pelakon Oh! My English, mengenai dakwaan bakal berkahwin pada tarikh keramat, 11 Disember depan.

Menurut Zain Saidin, 29, perkara ini hanyalah andaian daripada segelintir pihak setelah  pelakon ini dan pasangannya, Rozita Che Wan sepakat memilih Disember sebagai bulan perkahwinan mereka.

"Memang kami pilih Disember, namun tidak semestinya tarikh itu. Malah, kami tidak pernah terlintas untuk memilih tarikh itu kerana pasti banyak majlis yang diadakan pada tarikh popular itu.

"Kami akan membuat sidang media untuk mengumumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat ini. Segalanya akan terjawab dalam sidang media itu.

"Sidang media itu akan dibuat setelah saya selesai menjalani penggambaran telefilem, Oh! My English, di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini," katanya yang mengadakan majlis merisik pada 29 September lalu di Carcosa Seri Negara secara tertutup.

iskandarX: Tak habis-habis cerita keliru dua orang artis nie. Kawin la cepat-cepat sikit.

Rahim Razali selamat jalani pembedahan


Rahim Razali selamat jalani pembedahan
Rahim Razali

Rahim Razali selamat jalani pembedahan


SHAH ALAM - Pelakon dan pengarah, Datuk Rahim Razali yang dimasukkan ke hospital akibat pendarahan di otaknya selamat menjalani pembedahan.

Difahamkan beliau menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 pagi tadi di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya.

"Alhamdulillah, ayah telah selamat menjalani pembedahan dan ia mengambil proses selama sejam lebih. Dia kini ditempatkan di High Dependency Unit (HDU)," ujar anak kepada pengarah filem 'Abang' ini, Nadia, seperti yang dipetik daripada sebuah portal berita.

Sebelum ini, Rahim telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala ketika menjalani penggambaran rancangan sukan terbitan Astro Arena di Kuantan, Pahang.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan pembuluh darah di bahagian kepalanya pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak.

Mizz Nina kini berhijab


Mizz Nina kini berhijab
Mizz Nina

Mizz Nina kini berhijab


PENYANYI, Mizz Nina dikatakan sudah mengenakan hijab sekembalinya daripada menunaikan haji bersama suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan pegawai perhubungan awamnya, Joe Saiful kepada Mstar Online.

Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu.

"Buat masa ini, Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.

"Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya.

Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak.

"Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," kata Joe

Zarina Zainuddin amal jamu buatan emak


Zarina Zainuddin amal jamu buatan emak
Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin amal jamu buatan emak


SEGELINTIR orang berpendapat, kecantikan sebenar lahir dari sifat dalaman dan ada beranggapan kecantikan itu rupa luaran seseorang wanita.

Kita sering melihat wanita yang sudah berkahwin, atau menginjak ke usia 40-an nampak lebih tua dari usia sebenar kerana penampilan dan bentuk tubuh badan yang berisi.

Namun tidak bagi sesiapa yang  mengenali pelakon manis, Zarina Zainuddin. Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangannya, tentu perasan susuk tubuh genit milik wanita berkulit hitam manis ini tidak banyak berubah dengan waktu dia mula-mula melangkah dalam bidang seni 22 tahun lalu.

Dengan usia  sudah menginjak 43 tahun, kecantikan Zarina masih menyerlah. Tubuh ibu kepada Muhammad Razil Azrai,  Muhammad Raizal Azrai, 17,  Muhammad Naim Azrai, 10 dan Muhammad Adam Azrai, 7, ini persis anak dara.

Ternyata Zarina mampu mengekalkan kelangsingan dan kecantikan dimilikinya. Ikuti rahsia Zarina dalam menjaga kecantikan kulit dan kelangsingan tubuh.

Sebagai selebriti apakah pengertian cantik dan sihat bagi anda?

ZARINA : Bagi saya kecantikan bukan lahir dari luaran, tapi dalaman. Sebenarnya bila kita yakin, rajin menjaga diri, kemas, bersih dan boleh atur diri kita dengan baik, secara tidak langsung kita akan nampak cantik.
Selain itu, amat penting untuk kita menjaga pemakanan barulah kita akan sentiasa sihat dan cergas setiap hari.

Dalam usia mencecah 43 tahun, anda masih kelihatan cantik dan langsing, apa rahsianya?

ZARINA : Tidak ada rahsia khusus sebenarnya tetapi saya mengamalkan pemakanan sihat. Banyak minum air suam, dan makan jamu yang emak saya sediakan. Selain itu, kita perlulah sentiasa rasa yakin, tersenyum, barulah kita nampak cantik. Cantik itu tidak semestinya kerana solekan.

Selain jamu, adakah anda ada ambil sebarang produk penjagaan kulit?

ZARINA : Tentu sekali, saya ada juga pakai produk penjagaan kulit, krim siang, malam, dan pakai 'mask' dua kali seminggu untuk pastikan kulit sentiasa halus. Untuk badan termasuk kaki dan tangan pula, saya pakai losen sebelum tidur.

Bagaimanapun ada sesetengah selebriti gemar mengambil suntikan untuk menjaga kecantikan kulit, adakah anda juga sama?

ZARINA : Saya tidak ambil semua itu. Mungkin bagi mereka yang tua atau betul-betul dah berkedut, sesuai untuk ambil suntikan kurangkan kedut pada muka. Tapi bagi yang muda, saya rasa tidak sesuai, apatah lagi muka kita sebenarnya mempunyai seri dan kemanisan kurniaan Allah SWT. Jadi bila kita suntik, keaslian kecantikan kita atau seri itu akan hilang dan memang muka kita tidak lagi nampak asli. Senyuman pun kaku.

Ketika keluar, adakah anda gemar bersolek?

ZARINA : Bergantung pada keadaan, jika ada majlis, saya akan bersolek, jika tidak, saya akan pakai bedak dan lipstik sahaja. Biar berpada-pada kerana solek tebal sangat pun tak cantik.

Selain masih cantik, tubuh anda juga masih langsing, ada sebarang rahsia?

ZARINA : Sama seperti penjagaan kulit, saya juga tiada sebarang rahsia menjaga kelangsingan badan. Saya memang banyak makan jamu yang disediakan emak saya. Selain itu saya memang amalkan bangun seawal jam 6 pagi. Jadi kita akan sempat melakukan banyak aktiviti berfaedah, beriadah. Malah anak-anak juga saya galakkan bangun pagi, walaupun ketika cuti sekolah.

Bagaimana pula dengan rutin pemakanan anda?

ZARINA : Untuk pengetahuan semua, saya suka memasak dan makan, begitu juga dengan anak-anak. Saya suka masakan kampung seperti gulai lemak cili api, kari, asam pedas, dan saya makan nasi setiap hari. Cuma, saya hadkan makan nasi sekali sehari dan saya tidak ambil makanan berat pada sebelah malam. Selain itu, saya suka buat pastri dan kek, tapi ada had memakannya. Saya banyak minum 'natural tea' untuk mencuci perut dan kurangkan makanan berminyak.

Pernahkah anda mengalami masalah berat badan dan bagaimana anda mengatasinya?

ZARINA : Pernah ketika saya mengandung, terutama ketika mengandung anak kembar. Berat saya naik hingga 32 kilogram, tapi saya kawal pemakanan, berbengkung sehingga mendapat berat badan asal. Sekarang pun bila makan banyak, berat badan akan naik sikit. Biasanya saya makan jamu, atau pun saya akan berpuasa sunat untuk mengurangkan berat.

Sehingga kini, adakah anda masih amalkan diet?

ZARINA : Tidak....Tetapi mengikut masa tertentu. Sebenarnya perempuan kurus sangat tak cantik, gemuk sangat pun tak cantik. Maksud saya bila terlalu kurus, kulit kita akan nampak berkedut dan bila gemuk, nampak lebihan lemak. Jadi sebagai wanita, kita kena pandai jaga badan.

Adakah anda gemar mengunjungi spa, salun atau pusat rawatan kecantikan?

ZARINA : Tentu sekali, jika ada masa saya akan pergi mengurut badan, kepala, buat rawatan kuku, buat rawatan rambut. Tetapi tidak kerap.

Berapa yang anda peruntukan untuk menjaga kecantikan dan kelangsingan?

ZARINA : Secara jujur sebagai wanita, dari hujung rambut sampai hujung kaki memerlukan duit. Saya tidak pernah letak satu jumlah untuk saya belanjakan setiap bulan. Apa yang penting kita perlu pandai berbelanja dan menyimpan serta tidak membazir.

Tekanan dan manusia sememangnya tidak dapat dipisahkan, bagaimana cara anda menghindar tekanan?

ZARINA : Saya akan kembali kepada Pencipta, solat, mengadu pada-Nya, Insya - ALLAH, hati lebih tenang.

Apa perkembangan terkini anda?

ZARINA : Saya sedang sibuk menjalani penggambaran Dendam Lima Beradik untuk siaran Astro Mustika HD, selain itu saya baru selesai menjalani penggambaran Janji Adam yang masih disiarkan di TV3 serta terlibat dalam beberapa drama dan program.

Faizal Ismail: Bukan kerana tawaran lumayan


Faizal Ismail: Bukan kerana tawaran lumayan
Faizal Ismail

Faizal Ismail: Bukan kerana tawaran lumayan


"SAYA letak jawatan bukan kerana tawaran lumayan daripada stesen radio lain!" tegas penyampai radio popular, Hot FM, Faizal Ismail, berhubung isu letak jawatan pada 24 Oktober lalu, menerusi laman sosial miliknya.

Menerusi sidang media semalam, di Restaurant Marche, The Curve, Faizal yang lebih mesra dengan panggilan FBI tampil merungkai spekulasi mengenai tindakannya itu.

"Tindakan ini dibuat bukan kerana saya lebih tertarik dengan tawaran stesen radio lain atau mempunyai masalah dengan Hot FM.

"Dalam masa terdekat ini, saya tidak akan terima sebarang tawaran bekerja dengan stesen radio lain. Jadi, spekulasi mengenai peletakan jawatan saya kerana ingin beralih angin adalah tidak benar.

"Saya berhenti kerana ingin urus perniagaan sendiri. Malah, perkara ini telah saya bincang bersama isteri yang juga penasihat saya sejak dua tahun lalu," katanya yang masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini.

Tambah Faizal, selepas tarikh itu, dia masih lagi bersama radio tersebut secara sambilan menerusi segmen khas.

"Saya masih lagi bersama Hot FM sehingga 15 November ini. Selepas itu, saya akan sambung secara 'part time' sahaja, mungkin di segmen hujung minggu, Sabtu atau Ahad.

"Pada 24 Oktober lalu,  notis peletakan jawatan itu, namun saya perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh stesen radio.

"Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, mereka menerima permohonan saya," katanya yang menggalas tugas sebagai penyampai radio berkenaan hampir tujuh tahun.

 Sukar urus masa

Baru sahaja menubuhkan syarikat miliknya, FBI Entertainment Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu, akui Faizal, agak sukar untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa.

"Pada awalnya, saya cuba untuk bahagi masa sebaik mungkin untuk urus syarikat dan kerjaya. Namun, saya gagal beri komitmen yang baik untuk kedua-duanya.

"Jadi, saya perlu korbankan karier saya. Walaupun berat hati, saya terpaksa demi masa depan keluarga. Sejujurnya, saya memang sayangkan karier ini kerana saya bermula dari bawah dan melalui peringkat demi peringkat sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

"Namun, sampai bila saya mahu berada di konti? Saya percaya, populariti kini tidak jamin (kekal populariti) untuk lima tahun yang akan datang. Saya tidak mahu terus terperangkap dalam kepompong ini sehingga sukar untuk pilih cabang lain," katanya yang menghargai setiap pengalaman yang diperoleh bersama radio itu.

Katanya, selama 15 tahun dalam bidang ini, dia berhasrat untuk melakukan perubahan dalam perjalanan kariernya.

"Saya tidak boleh sentiasa berada di zon selesa kerana sampai pada satu tahap, kita memerlukan pembaharuan.

"Saya perlu cuba bidang lain dan mencabar diri saya untuk urus perniagaan," katanya yang pernah memenangi Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP).

Tambah Faizal, walaupun syarikatnya masih baru, tetapi ia menunjukkan perkembangan membanggakan.

"Alhamdulillah, ada dalam kalangan rakan saya bersedia untuk bekerja bersama dan mereka menunjukkan komitmen yang baik.

"Menerusi syarikat itu, kami akan terlibat dalam pengurusan majlis, produksi televisyen. Malah, saya juga berhasrat untuk kembangkannya sebagai platform untuk penghasilan drama," katanya yang masih lagi terlibat dengan program pengacaraan televisyen.

Tiada pengganti?

Menurut Pengarah Rangkaian Hot FM, Seelan Paul, mengakui peletakan jawatan Faizal adalah satu kehilangan besar buat radio itu.

Katanya, populariti Faizal sepanjang berada di radio itu banyak memberi keuntungan dan kepentingan kepada syarikat.

"Faizal adalah salah seorang penyampai radio yang memainkan peranan penting dalam peningkatan rating pendengar. Malah, ia adalah satu kehilangan besar buat kami.

"Mana tidaknya, sehingga kini, dia mempunyai kelompok peminat tersendiri termasuk 500,000 pengikut di laman sosial.

"Malah, sehingga kini, kami masih tidak jumpa pengganti yang layak untuk menggantikan Faizal. Mungkin kami akan ambil masa selama sebulan dua untuk mencarinya. Sepanjang ketiadaan Faizal, AG dan Fara Fauzana akan menggantikannya," katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan