Cari Artikel

Sunday, October 27, 2013

Pengacara 3R beri inspirasi baharu


Pengacara 3R beri inspirasi baharu
Pengacara 3R beri inspirasi baharu

Pengacara 3R beri inspirasi baharu


SETELAH hampir empat tahun program televisyen 3R (Respek, Relaks, Respon) tidak berlangsung, kali ini program itu bakal menampilkan pengacara baharu dengan membawa semangat yang mampu memberi inspirasi kepada golongan wanita khususnya remaja.

Penampilan musim baharu akhirnya memperkenalkan tiga hos iaitu Nurhidayah Abu Bakar atau Dayah, Amirah Azmi dan Yvonne Lee yang dipilih melalui program realiti Projek 3R.

Pengurus Besar, Kumpulan Jenama, TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, berkata,  tiga pengacara ini dipilih daripada program realiti Projek 3R, yang  memaparkan persaingan 12 finalis menghadapi pelbagai cabaran dan latihan sebelum bergelar sebagai pengacara 3R.

"Penonton yang menyaksikan rancangan musim baru 3R ini, akan lebih proaktif dalam memberi respons kepada isu yang 3R ketengahkan oleh mereka, selain melibatkan diri dalam perbincangan di laman sosial 3R.

"Selain itu, pelbagai isu semasa berkenaan wanita yang lebih segar dan relevan akan dikupas dan dikongsi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan remaja," katanya.

Tambahnya lagi, dia yakin dengan semangat baru yang diberikan oleh mereka bertiga, 3R dapat menepati cita rasa dan kehendak golongan muda pada zaman yang kian moden ini.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Bersama, Red Communication, Lina Tan berkata, dia yakin dengan semangat yang ada dalam tiga pengacara baharu ini mampu memberi kelainan dan tarikan kepada penonton.

"Saya juga melihat mereka bertiga mempunyai keserasian dalam mengendalikan tugasan yang diberikan oleh Projek 3R.

"Walaupun masih baru, ketiga mereka menunjukkan  komitmen yang tinggi dalam bidang ini," katanya.

Dayah teruja

Bagi Dayah, 24, dia begitu teruja apabila terpilih bagi mengacarakan program realiti Projek 3R.

Menurut Dayah, pengalaman mengendalikan rancangan Hijabista sebelum ini memberi sedikit sebanyak ilmu sebagai pengacara.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila dipilih menjadi sebahagian daripada 3R, terasa seperti bermimpi tapi ini telah terbukti dengan apa yang diingini Insya-ALLAH mimpi akan menjadi
realiti," katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai karier selain pengacara, Dayah memberitahu, dia juga memiliki rangkaian fesyen online sendiri iaitu FashionCents.

"Saya memang terlalu meminati pelbagai jenis fesyen, atas sebab itu juga saya menceburi bidang fesyen secara online agar ia dapat dikongsi bersama.

"Bukan itu saya saya juga gemar menulis lirik lagu, bagi saya dalam kehidupan kita ini, kita perlu mempelajari pelbagai ilmu," katanya.

Impian sejak kecil

Sementara, bagi Amirah, 22, peluang yang diberikan untuk mengendalikan program itu tidak akan disia-siakan.

“Ini adalah impian saya sejak kecil dan saya membesar dengan program tersebut jadi saya tidak akan sia-sia peluang yang diberikan ini.

"Walaupun belajar dalam bidang perakaunan yang berlainan dalam pengacara, tapi saya yakin dengan keazaman yang kuat saya mampu mengorak langkah untuk lakukan yang terbaik
dalam bidang ini," katanya.

Tambah Amirah lagi, dia merupakan seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mencuba dengan cabaran yang baru.

"Saya rasa bertuah apabila  dipilih menjadi pengacara 3R kepada program yang disayangi ramai.

"Inspirasi saya sebagai hos 3R generasi baru ini, adalah untuk menarik perhatian gadis remaja zaman ini kerana dunia yang kita harungi setiap hari sentiasa memberi cabaran secara
mengejut dan adakala kita tidak sedia menghadapinya," katanya.

Yvonne terima kritikan

Yvonne Lee, yang belajar dalam jurusan komunikasi media memberitahu, walaupun masih baharu  dalam bidang ini, namun dia tidak menafikan akan menerima kritikan daripada penonton.

"Walaupun masih baharu, saya tidak menolak kemungkinan ada yang suka ataupun tidak, tapi bagi saya ia  bukan halangan untuk kami melakukan yang terbaik bagi mengacarakan program ini.

"Kami juga akan jadikan setiap kritikan yang diterima sebagai motivasi hidup ini untuk terus melakukan yang terbaik," katanya.

Pasangan Azhael bangkit


Pasangan Azhael bangkit
Pasangan Azhael bangkit

Pasangan Azhael bangkit


KONSERT Akademi Fantasi (AF2013) minggu keenam, menyaksikan pasangan duo lelaki, Azhael mengungguli carta dengan undian 17.8 peratus sekali gus menyaksikan peningkatan daripada dua pelajar tersebut.

Azhael yang terdiri daripada Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi mengakui kritikan yang diterima mereka pada dua minggu berturut-turut oleh juri tetap, iaitu Roslan Aziz, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, menjadi peniup semangat untuk mereka bangkit semula pada konsert kali ini.

“Alhamdulillah, kami dapat memberikan kelainan kali ini setelah mendapat kritikan hebat pada dua konsert sebelum ini. Tambahan lagi, Edry adalah pencipta lagu Kita, yang kami bawakan minggu ini. Jadi kami telah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik.

“Berbaloilah usaha kami walaupun salah seorang daripada kami iaitu Azhar mempunyai masalah suara serak dan sakit tekak semasa sesi latihan kami.

“Tapi kami ralat apabila Roslan Aziz tiada untuk melihat persembahan ini. Kami tak tahu apa kritikan membina yang bakal kami terima untuk konsert kali ini. Bagaimanapun, pujian daripada juri tidak akan membuatkan kami selesa dan akan memberikan yang terbaik selepas ini,” kata Hael.

Menurutnya, dengan kritikan juri itu menguatkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha dan mara ke pusingan final nanti.

Pasangan Irmisa tersingkir
Pasangan Irmisa tersingkir

Masih hambar?


Biarpun sudah memasuki minggu keenam, namun rata-rata pelajar masih menerima kritikan dari pengkritik tetap, Edry dan Sharifah Amani.

“Konsert keenam ini bagi saya masih hambar, namun saya lihat ada dua karakter yang ada peningkatan dan dapat melakukan persembahan mereka dengan baik pada malam ini,” begitulah luahan Sharifah Amani ketika ditemui selesai persembahan konsert tersebut.

Katanya, kebanyakan pelajar boleh menyanyi, namun perlulah menunjukkan sesuatu kelebihan yang ada dalam diri mereka.

“Tetapi ada dua orang malam ini yang saya lihat ada pembawaan karakter dan cara tersendiri yang ditunjukkan oleh mereka sehingga membuatkan kita terhibur dengan persembahan mereka.

Antaranya Azhael dan Faizul yang dapat menghiburkan penonton dengan kebolehan dan karakter yang ada pada mereka,” katanya.

Sementara itu, konsert keenam menjadi konsert terakhir bagi Inspirer, Melly dan penyanyi dari Indonesia itu turut mengakui masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.Melly yang
menyerahkan tanggungjawab kepada Inspirer terakhir, Datuk Siti Nurhaliza selepas ini berharap mereka lebih bersedia pada konsert akan datang.

“Secara jujurnya, dengan masa yang singkat untuk memberikan tunjuk ajar, saya melihat pelajar masih lagi ada banyak kelemahan dan ia perlu diperbaiki.

“Namun saya yakin, kami sebagai Inspirer mahu melihat mereka berusaha maju ke hadapan, dan memberikan apa yang kami ada kepada mereka,” katanya.

Irmisa tersingkir

Pasangan duo adik beradik iaitu Irmisa akhirnya tersingkir setelah beberapa kali mendapat undian terendah sebelum ini.

Irmisa yang dianggotai Irsa dan Irmiza Sahabuddin menyampaikan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian asal kumpulan Ratu dari Indonesia.

Bagaimanapun, pengkritik menyifatkan mereka tidak konsisten dan tidak dapat membawakan lagu ini dengan baik.

“Alhamdulillah setelah enam musim AF sebelum ini, tidak dapat diserap masuk, namun untuk AF kali ini, kami berdua dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan.

“Walaupun kami tersingkir malam ini, perjuangan akan diteruskan memandangkan minat kami yang mendalam dalam bidang seni, " katanya.

Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?


Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?


Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?


KISAH perkahwinan golongan selebriti sememangnya sering menjadi perhatian, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara barat.

Namun,  tidak semua selebriti memilih untuk berkongsi hari bahagianya dengan peminat dan media, sebaliknya lebih selesa mengadakan perkahwinan secara tertutup dan majlis hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Antara artis Hollywood yang memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinan atau mengadakan secara tertutup adalah Justin Timberlake-Jessica Biel, Blake Lively-Ryan Reynolds, Adele, Kate Winslet-Ned RocknRoll, dan ramai lagi.

Manakala artis tempatan yang memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka adalah Ashraf Muslim (perkahwinan kedua), Abby Abadi (perkahwinan kedua) Bront Palarae dan terbaru, Wawa Zainal dan Aeril Zafril.

Ada antara selebriti berpendapat, soal perkahwinan adalah hal peribadi yang perlu dirahsiakan tetapi ada pula berpendapat, artis adalah hak milik masyarakat, maka segala perkara perlu dikongsi bersama.

Justeru Zass mengambil pandangan beberapa selebriti mengenai isu yang diperkatakan mari kita lihat apa kata mereka.

"Saya rasa tiada sebab untuk seseorang itu menyembunyikan perkahwinan mereka, mungkin ada sebab tertentu setiap pasangan melakukan sedemikian.

Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang berlangsung secara meriah. Tapi dalam hal ini jika perkahwinan itu sah dari segi agama Islam kenapa perlu takut. Saya tidak rasa selebriti tersebut gembira dengan apa yang dilakukan mereka tapi sebagai insan biasa kita hanya perlu mendoakan yang terbaik untuk mereka." -  Jehan Miskin

"Semua orang mempunyai alasan tersendiri tidak tahu sebab berlakunya perkara sedemikian, mungkin halangan dari keluarga atau kehendak individu itu sendiri.

Tetapi dari segi moral sebenarnya jangan sembunyikan perkara yang baik, walaupun pelbagai alasan yang diberikan lambat laun akan diketahui juga.

Bila kita sembunyikan perkara sebegini ini akan menjadi satu penipuan banyak pihak akan sakit hati, jangan jadikan perkara ini khuatir pasal populariti berkurangan rasanya tidak sesuai, kerana apa yang boleh saya kongsi apabila berkahwin ALLAH SWT akan murahkan rezeki seseorang itu." -  Kamal Adli


"Pada pendapat saya, mungkin ada alasan atas sebab apa pasangan tersebut melakukan begitu, bagi saya ia terpulang kepada individu tersebut untuk memberitahu apa tidak, mungkin itu adalah rahsia peribadi mereka yang tidak boleh dikongsi bersama peminat.

Dalam perkara ini juga kita perlu pandang pada sudut positif asalkan mereka telah bernikah dengan cara yang baik. ikut pada agama hindari dari berlakunya maksiat." - Bienda

"Setiap pasangan pastinya menginginkan kehidupan bahagia dengan  mendirikan rumah tangga begitu juga bagi selebriti, mungkin apa yang kita dapat lihat pasangan yang cuba sembunyikan tersebut mereka mempunyai alasan tersendiri melakukan sedemikian, bukan bermaksud untuk melukakan hati sesiapa tapi mungkin itu adalah soal peribadi mereka.

Bagi saya kita hanya insan biasa jangan mudah melontarkan kritikan kepada mereka tanpa mengetahui perkara yang sebenar." - Raja Farah

"Pada pandangan saya dalam Islam sebuah perkahwinan itu sepatutnya di uar-uarkan.

Tujuan majlis kenduri adalah supaya belum menimbulkan fitnah, akan tetapi sembunyikan perkahwinan boleh dilakukan asalkan mempunyai alasan yang sewajarnya.

Tapi apa yang boleh saya kongsian perkara tersebut sepatutnya tidak patut berlaku, tambahan pula selebriti sering menjadi perhatian masyarakat mahupun peminat." -  Fizo Omar


"Kita tidak tahu alasan kenapa mereka melakukan begitu, kita juga tidak perlu tahu kenapa pasangan tersebut melakukan sedemikian.

Saya akui, sepatutnya perlu diberitahu kepada umum atas sebab mengelakkan fitnah. Tapi ia bergantung kepada hak masing-masing yang penting pasangan ini tidak melakukan kesalahan yang berlandaskan hukum Islam." -  Siti Nordiana

Aeril Zafril dan Wawa Zainal, 'Tolong hentikan!'


Aeril Zafril dan Wawa Zainal, 'Tolong hentikan!'

Aeril Zafril dan Wawa Zainal, 'Tolong hentikan!'


NAMA Aeril Zafril dan Wawa Zainal terus menjadi perhatian media dan masyarakat setelah berita perkahwinan mereka dibongkar sebuah akhbar awal bulan lalu.

Biarpun mengakui sudah bernikah dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Fakharuddin Attar, yang kini berusia dua bulan, isu perkahwinan mereka bagai belum berakhir.

Terbaru, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikatakan akan memanggil Aeril dan Wawa selepas mereka mengaku bernikah dua kali apabila pernikahan kali pertama tidak disusuli dengan dokumen nikah yang sah.

Mereka membuat keputusan untuk menikah kali kedua pada 4 Februari tahun ini di sebuah masjid yang terletak di Petaling Jaya.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil Jais). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan.

"Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan," ujar Aeril kepada Zass.

Menurut Aeril, selepas berita perkahwinannya terbongkar, sudah banyak beban yang terpaksa dipikul dan isu tersebut bagai belum lagi berhenti.

"Bila saya beri kenyataan, orang jadikan ia sebagai bahan untuk balas balik. Contoh macam kenyataan Wawa mengenai pemakaian tudung sebelum ini.

"Jadi tak gunalah saya bersuara kerana ia bukan meredakan keadaan, tetapi membuatkan keadaan lagi bertambah buruk.

"Cuma apa yang saya harapkan isu ini akan reda dalam masa yang singkat. Saya bukannya ditangkap basah. Saya hanya berkahwin dan merahsiakan perkahwinan saya. Salah ke saya mahu mendirikan rumah tangga?" katanya dalam nada kesal.

Aeril berkata, dia percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia bersyukur karier seninya tidak terjejas dengan kontroversi ini.

"Alhamdulillah, karier saya masih berjalan seperti biasa, tawaran masih ada seperti biasa. Macam saya cakap tadi, saya bukannya terlibat dengan kes yang tidak elok.

"Saya percaya, apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya dan saya akan harunginya dengan tabah," ujarnya.

Ditembak mengenai isu kontrak yang kini menjadi perdebatan antara David Teo dan Zed Zaidi, Aeril menjelaskan : "Saya adalah ahli Seniman, bila terlibat dengan masalah seperti ini, salah ke saya merujuk kepada ketua saya?," katanya yang enggan mengulas lanjut sama ada Wawa akan berjumpa dengan David dalam masa terdekat ini atau tidak.

Sudah rezeki Pasukan OMG


Sudah rezeki Pasukan OMG
Barisan para juri

Sudah rezeki Pasukan OMG


PASUKAN OMG berjaya mengumpulkan markah tertinggi iaitu sebanyak 74 markah pada minggu pertama untuk kumpulan B Liga Lawak Superstar (LLS) pada malam Ahad di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

OMG diwakili oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan Sathia mengalahkan saingan terdekat mereka iaitu Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) yang mengumpulkan 53 markah, Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie) sebanyak 46 markah dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) mendapat 39 markah.

Walaupun ada kalanya prestasi kumpulan itu ada pasang surutnya namun mereka tetap menerima sorakan paling gemuruh daripada penonton.

Mewakili OMG, Akim berkata, mereka tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya.

“Jika dilihat Aku Diandra lebih menonjol daripada kami. Namun rezeki menyebelahi kami sehingga berjaya bergelar juara minggu ini,” katanya.

Pun begitu, Akim menyatakan permainan paling sukar untuk mereka ketika sketsa Apa Ke Benda.

“Kami tidak mengetahui apa objek yang perlu kami bermain dan semuanya perlu dilakukan secara spontan.

“Alhamdulillah, kami berjaya melakukannya berdasarkan tip yang diberikan oleh sifu kami, Afdlin Shauki,” ujarnya.

Liga Lawak Super Star (LLS), program realiti TV3 terbaru yang menampilkan 8 komedian dan 16 artis tanah air popular dalam menggilap bakat serta kreativiti mereka dalam bidang sketsa komedi telah memulakan pertarungan pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Sudah rezeki Pasukan OMG
Barisan para peserta

SH : Studio hangat


LLS yang bertemakan sarkas menguji kemahiran improvisasi pesertanya melalui tugasan-tugasan yang diberikan.

Pusingan pertama menampilkan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie) dan Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) beraksi dalam permainan ‘Pemberita Pelik’. Pasukan mana yang kreatif dan memberikan sesuatu yang di luar jangkaan.

Seterusnya, OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) diberikan tugasan ‘Bonekarama’.

Suasana studio terus dihangatkan dengan gelagat lucu Asmara Luna dan Aku Diandra dalam cabaran ‘Sketsa Mendahi’. Selepas itu, kehebatan OMG dan Ayoub Lasak yang berusaha untuk menjayakan “Apa Ke Benda”.

Sepanjang 10 episod, Liga Lawak Superstar menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli sebagai juri tetap untuk program in

Kumpulan B terdiri daripada Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie), OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia), Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) bakal dicabar dan diuji dengan 5 cabaran atau permainan iaitu “Pemberita Pelik”, “Bonekarama”, “Apa Ke Benda”, “Sketsa Mendahi”, dan “Karaoke Uncle Helium”.

Kumpulan A pula terdiri daripada Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan, Aman Nassim), Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail, Hairi Safwan), Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli, Fizz Fairuz) dan Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek, Syafiq Kyle) telah beraksi pada minggu lalu.

Sudah rezeki Pasukan OMG

H : Juri puji Aku Diandra

Biarpun tidak mendapat tempat pertama, namun persembahan kumpulan Aku Diandra di atas pentas menerima pujian positif daripada juri tetap iaitu Adlin Aman Ramli (Ketua), Vanida Imran dan Ida Nerina.

Menurut Adlin, persembahan yang menarik berjaya ditonjolkan Aku Diandra sepanjang lima permainan yang peserta perlu jalani.

“Saya pilih Aku Diandra kerana pemilihan lagu Pada Syurga Di Wajahmu sangat tepat dengan suara yang dimiliki ahli kumpulan.

“Begitu juga dengan OMG, walaupun Sathia tidak pandai menyanyi namun gelagatnya yang sangat kelakar sedikit sebanyak membantu kumpulan ini dengan caranya tersendiri.

“Malah mereka berjaya menyanyi dengan bagus di awalnya kerana Akim dan Anas sendiri merupakan penyanyi,” katanya.

Bagi Vanida pula, prinsip yang dipegang kumpulan Aku Diandra harus dipuji kerana unsur kerjasama dapat dilihat melalui keserasian setiap ahli.

“Mereka telah berjaya menyanyi sambil berlawak. Mereka juga ada tenaga dan semangat yang bagus terutamanya kerjasama kumpulan,” ujar Vanida.


H : Rebut hadiah utama RM250,000

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, selepas pertarungan pertama oleh Kumpulan A dan B, potensi setiap kumpulan sudah jelas dipamerkan.

“Namun, ia masih lagi awal untuk kami membuat ramalan. Masing-masing perlu memperbaiki kelemahan dan mengemaskan lagi persembahan mereka dari masa ke semasa kerana masih mempunyai tiga pusingan sebelum sesi penyingkiran.

“Kami berharap agar kesemua pasukan dapat mengekalkan momentum dan terus memberikan persaingan dalam minggu seterusnya,” katanya.

Tambahnya, LLS menampilkan lapan komedian dan 16 pelakon yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B.

Setiap kumpulan daripada empat pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan dua pelakon dalam setiap pasukan.

“Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas LLS secara selang seli pada setiap minggu.

“Selepas empat pertarungan, dua kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir,” katanya.

Jelas Nurlisia, hanya dua pasukan yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak SuperStar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.

Isteri Adi Putra, Aida Yusof mohon semua pihak bersabar


Isteri Adi Putra, Aida Yusof mohon semua pihak bersabar
Adi Putra dan isteri, Aida Yusof

Isteri Adi Putra, Aida Yusof mohon semua pihak bersabar


BARU sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.

Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.

Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.

"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.

"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.

"Namun,  ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.

Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.

"Saya tahu perkara itu  dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.

Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan  kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.

Iqram Dinzly impi tamat zaman bujang


Iqram Dinzly impi tamat zaman bujang
Iqram Dinzly

Iqram Dinzly impi tamat zaman bujang


MUHAMMAD Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin’ atau lebih dikenali sebagai Iqram Dinzly.

Berumur 32 tahun merupakan anak kelahiran Perak Darul Ridzuan, dilahirkan pada 29 September 1981.

Menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Iqram Dinzly mula menjadi perhatian dan hangat diperkatakan sejak mengacarakan rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM),

Gemar bercinta dengan wanita berusia dengan menganggap mereka lebih memahami.

Suka memasak.


Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Fouziah Gous.

Iqram dan Fasha Sandha pernah 'berperang' di laman sosial Twitter kerana Fasha tidak berpuas hati dengan Iqram.

Mengakui kesal kerana tidak berkahwin pada usia muda.

Impian ingin menjadi jutawan yang berilmu dan beriman.

Tiada istilah ‘paksa’


Tiada istilah ‘paksa’

Tiada istilah ‘paksa’


ISU kontrak artis nampaknya semakin menjadi perbincangan serius dalam industri tempatan.

Isu ini mula menjadi perhatian ekoran kisah pernikahan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dilakukan secara rahsia demi menghormati kontrak bersama syarikat produksi.

Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), tampil mendedahkan kontrak yang ditandatangani Wawa, namun Presiden Seniman tetap bertegas dengan pendiriannya.

Tetap menggesa MIG agar memansuhkan isi kandungan kontrak di klausa 4.3, Zed turut bertegas untuk membawa perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menurut Zed, undang-undang seperti itu tidak perlu disertakan dalam kontrak kerana ianya boleh mengundang perkara yang sama berulang sekali gus mencabul hak asasi manusia.

Selain itu, Zed juga turut merancang untuk membawa perkara ini dalam mesyuarat bersama Persatuan Gabungan Karyawan Malaysia (Gafim) apabila dia mendakwa kontrak yang dibuat lebih memihak kepada golongan penerbit dan produksi manakala artis pula terus dimanipulasikan.

Bagaimanapun, tindakan Zed itu mendapat reaksi dari beberapa penggiat seni yang juga pemilik produksi tempatan.

Menurut pemilik syarikat produksi terkenal, KRU Studio, Edry Abdul Halim, menyifatkan kontrak yang dibuat adalah perjanjian dan persetujuan dua belah pihak.

Katanya, apa jua isi kontrak itu, ia bergantung kepada produksi tersebut yang merupakan ‘pelabur’ dan pengeluar modal.

“Konsepnya sama seperti urusan pinjaman bank. Adakah pemiutang itu yang perlu menetapkan isi perjanjian?

“Semuanya bergantung kepada produksi kerana syarikat yang keluarkan modal untuk artis. Perkara sebegini tidak perlu ditimbulkan kerana artis tidak dipaksa untuk menandatangani kontrak.

“Jika mereka tidak setuju, mereka tidak perlu tandatangan. Kalau bawa ke muka pengadilan sekalipun, mereka tidak boleh mempertikaikan isi kontrak kerana ia adalah persetujuan bersama,” katanya yang mengakui campur tangan banyak pihak boleh menimbulkan kerumitan.

Tambah Edry, walaupun 99 peratus kontrak berpihak kepada syarikat, artis baru tidak boleh bertindak sedemikian setelah berjaya mencipta nama.

“Saya sarankan, sebelum tandatangan kontrak, rujuk dahulu kepada mereka yang berpengalaman. Jangan terus tandatangan sahaja.

“Mereka perlu membaca kesemua isi kandungan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari seperti ini.

“Sebaiknya, artis baru itu jangan tandatangan kontrak dalam jangka masa yang panjang. Tandatangan untuk setahun dahulu, jika serasi dengan produksi itu, mereka boleh sambung dan sambung lagi,” katanya yang enggan mendedahkan kontrak syarikatnya.

Pun begitu, Edry memberitahu dalam kontrak KRU Studio, soal disiplin dan tingkah laku artis juga turut diambil kira dan perlu dipatuhi dalam kontrak.

Itu hak penerbit: Ahmad Idham

“ Apa jua isi kontrak itu, ia adalah hak penerbit!,” tegas pemilik syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung isu kontrak ini.

Menurut Idham, sepanjang tempoh bekerjasama dengan artis dalam industri, dia tidak pernah merasakan kontrak yang dibuat bersifat berat sebelah.

“Tak ada kontrak yang tak adil. Walaupun tak semua penerbit menyediakan kontrak yang selaras, namun ianya lebih kurang sama.

“Pun begitu, kontrak bukanlah Al-Quran yang tidak boleh diubah. Sekiranya artis itu tidak bersetuju dengan kontrak yang ada, mereka boleh berbincang mengenai perkara itu.

“Artis juga kena baca dan fahami isi kandungan kontrak. Mereka boleh tandatangan kontrak itu asalkan ia tidak melanggar hak asasi manusia,” katanya .

Tak larang hubungan: Datin Zaiton Mohd Jiwa

Menurut pemilik syarikat produksi, Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa, dia tidak pernah memaksa golongan artis menandatangani kontrak yang dibuat.

Katanya, sebelum menandatangani kontrak, Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Ton ini memberitahu artis perlu mengkaji dan selidik isi kontrak terlebih dahulu.

“Kak Ton tak pernah paksa artis bersetuju dengan kontrak yang disediakan. Sekiranya ada terma yang tidak dipersetujui, kita boleh berbincang.

“Sekiranya perkara itu boleh diubah, Kak Ton akan pertimbangkan. Namun, dalam kontrak Kak Ton, tak ada larangan dalam perhubungan setiap artis.

“Lagipun, Kak Ton tak pernah terfikir nak masukkan perkara sebegini dalam kontrak.

Pun begitu, setiap produksi berlainan cara dan kontrak juga berbeza,” katanya yang berkali-kali berpesan kepada artis baru agar membaca dan memahami isi kontrak terlebih dahulu.

Tambah Kak Ton, sepanjang berada dalam industri, dia telah melalui perkara yang melibatkan disiplin artis.

“Kalau boleh, Kak Ton cuba untuk elak daripada memikirkan disiplin artis dan artis bermasalah.

“Ia boleh mengganggu perjalanan produksi dan tak bagus untuk ‘teamwork’,” katanya.

Balada Pencinta: Titik pertemuan Johan & Saleha


Balada Pencinta: Titik pertemuan Johan & Saleha
Siti Saleha dan Johan As'ari

Balada Pencinta: Titik pertemuan Johan & Saleha


DEK kerana merindui bekas kekasih yang telah lama pergi, Siti Saleha tidak menyangka pertemuan pertamanya dengan Johan As'ari di Pasar Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan rasa cinta di hati.

Namun baru sahaja membenih rasa cinta di hati, Saleha terpaksa memilih untuk berpisah kerana cinta itu tidak mendapat restu keluarganya.

Bagaimanapun semua itu bukan benar-benar terjadi sebaliknya ia adalah sebahagian dari perjalanan cerita mereka dalam filem Balada Pencinta.

Menurut Saleha, biarpun pertama kali digandingkan dalam filem arahan Khir Rahman itu, namun dia cukup selesa dengan karakter Johan yang banyak membantunya.

“Biarpun pertama kali digandingkan dengan Johan, tetap tidak susah buat saya mencari keserasian apatah lagi sebelum memulakan penggambaran, kami akan melakukan sesi latihan terlebih dahulu untuk mendapatkan keserasian itu.

“Johan juga banyak memberi dan memberikan komitmen penuh terhadap wataknya sebagai Amir. Dia juga pelakon yang sangat disiplin, tenang dan tidak buat hal sendiri di lokasi.

Jadi saya amat selesa apabila digandingkan dengan dia,” ujar Saleha ketika ditemui selepas tayangan Balada Pencinta di Cathay Cinneplex, e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Saleha berkata, dia membawakan watak sebagai Saleha yang sudah kematian bekas kekasih yang mempunyai wajah dan perangai sama seperti Johan. Namun dia sudah ditunangkan dengan pilihan keluarga dan sering dikongkong keluarganya yang juga orang berada.

“Pertama kali bekerja dengan abang Khir memberikan pengalaman yang cukup manis buat saya. Abang Khir banyak membantu dan memberi kebebasan, bagaimana cara saya mahu sampaikan watak Aisyah.

“Cuma Aisyah banyak bermain dengan emosi kerana dia sering dikongkong keluarga terutama ibunya dan Alhamdulillah saya dapat menghayati perwatakan Aisyah,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata, dia amat mengagumi bakat lakonan Saleha kerana gadis berwajah Pan Asia itu sangat pandai menghayati wataknya.

“Ini merupakan filem pertama gandingan dengan Saleha tetapi selepas itu saya digandingkan dengan Saleha dalam filem TUjuh. Pada pengamatan saya, Saleha cukup pandai menghayati wataknya dan saya sendiri nampak kelainan antara wataknya dalam filem ini dan filem Tujuh.


“Dalam filem ini kami ada menjayakan beberapa babak bercinta, tetapi ada batasnya kerana dalam filem ini Saleha memakai tudung. Tapi tidak susah untuk kami lakukan, apatah lagi sebelum masuk ke set, kami akan berbincang terlebih dahulu apa yang akan kami buat untuk babak seterusnya,” katanya.

Selain Johan dan Saleha antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem terbitan Grand Brilliance adalah Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein. Balada Pencinta akan ditayangkan mulai 24 Oktober ini.

Beli gitar kerana Amir


Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya dalam filem ini, Johan berkata kerana mahu mendalami wataknya sebagai Amir (seorang busker jalanan, yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster), dia sanggup mencari gitar yang sudah berusia 10 tahun.

“Memandangkan Amir di dalam filem ini digambarkan tidak mempunyai apa-apa selain gitar yang sudah berusia 10 tahun yang di pinjam dari kawannya untuk memulakan hidup baru, maka saya mencari sebuah gitar yang sudah berusia 10 tahun untuk dijadikan sebagai prop saya di dalam filem ini.

“Alhamdulillah mungkin kerana rezeki, saya jumpa gitar akustik itu di Melaka dan saya terus beli dengan harga RM2000. Gitar itu saya gunakan dalam filem ini dan saya simpan sebagai kenangan.

“Biarpun dalam filem ini saya membawakan watak seorang busker, tetapi saya tidak menyanyi kerana saya rasa suara abang Khir lebih sedap dan biarlah dia sahaja yang menyanyi. Jadi saya hanya bermain gitar dan berlakon sahaja kerana bukan senang untuk berlakon sambil bermain gitar,” jelasnya.

Shila istimewa?

Tidak lengkap andai tidak berbicara mengenai penyanyi Shila Amzah apabila bertemu Johan kini, namun pelakon yang semakin terkenal berusia 26 tahun ini menegaskan dia hanya berkawan rapat dengan Shila.

“Jujur, saya dengan Shila memang kami rapat. Hanya kawan rapat. Sebelum ini pun saya tak pernah meletak janji pada mana-mana wanita dan saya juga bukan kaki perempuan. Saya pun tak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ini.

“Kalau boleh, saya nak jujur dengan semua orang. Bila ada spekulasi yang timbul tentang kami, saya rasa syukur sebab ramai yang nak ambil tahu tentang kami. Saya bersyukur dapat kenal Shila. Dia cantik dan baik,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya yang meletakkan sasaran untuk bertunang sebelum penghujung tahun ni, Johan berkata buat masa ini belum ada sebarang persiapan untuk proses tersebut dan hanya mampu menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.

“Kita hanya mampu merancang. Saya dah cuba sedaya upaya untuk meletakkan azam untuk bertunang pada penghujung tahun ini. Tapi jika jodoh itu belum sampai, saya terima,” jelasnya.

Saleha mahu lebih versatil

Selepas itu, kehadiran gadis berusia 23 tahun ini dalam drama atau filem hanya bersandarkan watak lemah lembut atau gadis yang baik.

Mengakui dia mengimpikan untuk melakonkan banyak watak, ujar adik kepada Sam Bunkface ini dia sebenarnya mahu menjadi pelakon yang versatil.

“Saya memang mahukan kelainan dalam setiap watak yang saya bawakan kerana ingin menjadi pelakon yang versatil sekali gus mampu mempelbagaikan watak dalam drama atau filem yang dilakonkan.

“Sehingga kini saya masih berasa tidak puas dan mahu memberikan mutu lakonan yang terbaik bagi mengembangkan lagi bakat seni yang ada,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saleha berkata, dia baru sahaja selesai menjalani dua telefilem iaitu Cerita Sebenar Mengenai Bibah dan Dari Sinar Mata yang akan ditayangkan di TV9.

Selain itu, filem-filem lakonannya seperti Mamak Cupcake, Aku Abang Long Rajawali akan ditayangkan tahun depan.

Erra, Umie & Nora punya aura luar biasa


Erra, Umie & Nora punya aura luar biasa

Erra, Umie & Nora punya aura luar biasa



Erra, Umie & Nora punya aura luar biasa
Erra, Umie, Nora, Zizan bergabung menerusi teater muzikal Bahayanya Wanita


DALAM industri seni tanah air, nama  Erra Fazira,  Datin Umie Aida, dan Nora Danish barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi.

Walaupun masih mampu bertahan sehingga hari ini, namun lumrah sebagai seorang anak seni, pasti ia tidak lekang dengan kisah-kisah ‘panas’ yang sering menghimpit kehidupan peribadi mereka.

Punya pendirian tersendiri, baik Erra, Umie mahupun Nora tetap memandang positif dengan apa saja yang melanda mereka bagi memastikan karier seni  tetap berjalan lancar.

Masih punya aura luar biasa, tiga aktres jelita  ini masih menjadi buruan pengarah dan penerbit tempatan. Terbaru mereka akan digandingkan bersama menerusi teater muzikal Bahayanya Wanita,  di Istana Budaya.

Teater arahan Zamberi Shari atau Bombay yang akan dipentaskan mulai 20 November hingga 31 Disember  itu, turut menampilkan Zizan Razak dan Johan As’ari.

Nora rahsia hubungan kerana David?

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai keakraban yang terjalin di antara aktres seksi ini dengan Nadeem Mohamed Nazri, iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mengakui Nadeem sebagai teman rapatnya, Nora bagaimanapun  menafikan anggapan segelintir pihak bahawa dia sengaja menyembunyikan percintaannya kerana ‘takut’ dengan David Teo.

“Walaupun saya baru dua tahun dalam MIG tapi saya mengenali hati bos saya (David). Dia seorang baik hati dan sangat terbuka.

“Cuma dia beri nasihat jika boleh, elakkan daripada bercinta di kalangan artis dan krew supaya tidak mengganggu kerjaya masing-masing. Tapi, itu terpulang juga pada artis,”  katanya.

Ditanya mengenai  hubungannya dengan Nadeem, Nora berkata, dia masih belum mempunyai  perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

“Kami lebih selesa dengan hubungan yang kami jalani sekarang. Malah, saya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan. Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Jadi, jika berkahwin sekali lagi, biarlah ia akan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Kekasih dicop ‘bad boy’?

Ketika ditanya adakah Nadeem menepati ciri-ciri sebagai seorang lelaki yang boleh membimbingnya agar menjadi isteri yang baik, Nora punya jawapannya sendiri.

“Saya tidak meletakkan ciri-ciri seorang lelaki yang bagaimana untuk menjadi suami saya.

“Tetapi, Nadeem ada sifat mulianya yang tersendiri yang orang tidak nampak sebelum ini seperti suka menderma dan memiliki sifat kebapaan,” jelasnya.

Malah, pelakon Bencinta ini juga mengakui bahawa dia tidak terganggu dengan gelaran ‘Bad Boys’ pada buah hatinya itu.

“Saya bukanlah seorang yang suka menghakimi orang lain. Kalau bercakap mengenai kisah silam, semua orang ada kisah silam masing-masing.

“Malah, saya juga punya kisah silam. Lebih-lebih lagi saya adalah seorang janda beranak satu,” katanya.

Pertama kali berlakon teater

Dalam pada itu, Nora yang sudah 10 tahun berlakon drama dan filem, mengambil keputusan untuk terlibat dalam pementasan teater Bahayanya Wanita buat pertama kalinya.

“Saya menerima tawaran berlakon dalam teater itu dua bulan lepas daripada Eirma Fatima dan memegang watak sebagai isteri ketiga yang psiko, Farhana.

“Sesi latihan akan bermula pada 20 November ini. Selain berlakon saya juga perlu menari dan menyanyi dalam pementasan itu.

“Saya amat teruja kerana baru sekarang dapat tawaran berlakon teater dan saya pula sudah bersedia untuk berdepan dengan kritikan,” katanya yang bakal muncul dalam filem seram, Pengantin Malam.

Erra kembali bersama Awie?

Menjadi selebriti terkenal seperti Erra Fazira memang ada banyak ‘bayaran’ yang perlu dibuat olehnya.

Lupakan tentang isu keretakan rumah tangganya bersama Engku Emran yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini,  aktres jelita ini turut kembali dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Awie.

Bukan kembali bercinta, namun sebaliknya mereka akan kembali digandingkan sempena kegemilangan filem Sembilu dengan konsert  khas, Suara Kita, di Istana Budaya pada Mac tahun depan.

“Berkenaan konsert tersebut, pihak pengurusan saya telah pun berjumpa dengan produksi Awie.

“Bagi pihak saya sendiri, saya tiada masalah mengenainya. Ia adalah sesuatu yang ‘sweet’ kerana gabungan Sembilu itu kembali lagi selepas hampir 20 tahun,” katanya.

Menyifatkan  gandingan tersebut atas dasar profesional, Erra bagaimanapun tidak kisah jika ada peminat yang masih ingin membuka kisah lama mereka.

“Itu hak masing-masing nak kenangkan nostalgia lama. Tetapi bagi saya, dah lama ia dilupakan. Lagipun, masing-masing dah ada kehidupan masing-masing,” katanya yang menerima tawaran itu daripada Awie sendiri, setelah hadir dalam program Tunggu Sekejap.

Jadi isteri kedua

Mengulas mengenai penglibatannya dalam teater Bahayanya Wanita, Ratu Cantik Malaysia 1992, berkata dia akan memegang watak sebagai isteri kedua yang bernama Kamelia.

“Kamelia adalah seorang isteri yang berusaha hendak memberi yang terbaik pada suaminya tetapi tanpa disedari perbuatannya itu telah merimaskan suaminya itu.

“Harapan saya agar semua penonton berasa terhibur,” katanya yang juga bertindak sebagai penerbit melalui syarikatnya dan Umie Aida, Frensis Sdn Bhd (Frensis).


 Umie nanti zuriat sendiri

Isu anak kerap kali ditujukan kepada pelakon berbakat besar ini, sementelah lagi perkahwinannya bersama usahawan terkemuka Datuk Khairuddin Abu Hassan, sudah mencecah usia tiga tahun.

Tetap memandangnya secara positif,  Umie berkata, dia menyerahkan urusan  itu kepada Ilahi dan tak akan berputus asa untuk mendapatkan zuriat sendiri.

“Saya suka budak-budak. Cuma ALLAH SWT tidak bagi rezeki anak pada kami.

“Kalau saya tengok anak orang lain, rasa macam nak bawa balik saja. Tapi kita kena redhalah kan.

“Lagipun, siapa yang suruh kahwin lambat,” selorohnya.

Bagaimanapun, sebelum ini, Umie yang pernah mengambil dua anak angkat yang kini semakin meningkat remaja dan akan menyambung pengajian ke universiti pilihan masing-masing, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.

Dalam perkembangan lain, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 ini bakal muncul dalam drama terbarunya di bawah arahan pengarah terkenal, Isma Yusof.

 Penat bawa watak emosi

Terkenal sebagai ‘pelakon air mata’,  siapa sangka aktres ini sebenarnya  penat apabila sering diberi watak yang menuntutnya untuk bermain dengan emosi yang berat.

“Dalam setahun saya hanya menerima satu atau dua watak sebegitu. Ia sebagai lepas gian kepada watak berkenaan.

“Tapi buat masa ini, cukuplah dengan watak-watak sebegitu,” katanya yang akan membawakan watak Sharifah Fatima Maruka dalam teater muzikal Bahayanya Wanita.

Saya restu dia..David Teo


Saya restu dia..David Teo

Saya restu dia..David Teo


“INILAH contoh yang baik, kerana minta restu ‘bapa’,” begitulah luahan Penerbit Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo apabila seorang daripada artisnya, Diana Amir, ingin menamatkan zaman bujang.

David, yang menemani Diana pada majlis sidang media pengumuman pernikahan pelakon itu di pejabat Metrowealth International Group (MIG) di sini pada petang Jumaat lalu, berkata, pengumuman ini adalah bertepatan memandangkan Diana sebelum ini ingin melangsungkan perkahwinannya pada tahun ini selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

Katanya, dia dan pihak pengurusan MIG, bertungkus-lumus ingin merealisasikan impian Diana dan tunangnya, Mohd Habib untuk menjadi ‘Raja Sehari’, walaupun pelakon itu hanya menyatakan hasratnya dalam masa yang singkat, iaitu bulan lalu.

“Saya mahu Diana bahagia. Saya restu hubungannya sebelum ini. Diana adalah talent dan anak angkat saya yang baik. Walaupun dia juga pernah ditegur, tapi dia jadikan teguran saya sesuatu yang membina.

“Saya dengan talent semua sudah macam bapa angkat mereka, jadi kita akan menasihati dan membantu memberikan kerjasama terbaik untuk kebaikan mereka.

“Saya lihat, Diana tiada masalah apabila dia memilih orang yang sepadan, baik dan beriman dan tidak menjalinkan hubungan cinta lokasi,” katanya yang bukan saja bertindak sebagai majikan, bahkan sebagai ‘bapa’ kepada semua artis di bawah naungan syarikatnya itu.

Tambah David, dia juga kagum dengan sikap Diana yang sering meminta nasihat dan berbincang dengannya mengenai kehidupan peribadi.  Sikap Diana yang  jujur dan tidak pernah membelakanginya itu membuatkan dia lebih terbuka dan ingin membantu artisnya itu.

Diana pilih konsep Islamik ‘Crystal Garden’

Sementara itu, Diana Amir, 27, yang mengumumkan pernikahan dengan tunangnya, seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Habibbullah A Rahman, 26, pada 25 Oktober ini sangat bersyukur apabila pihak pengurusan MIG sanggup membantunya melaksanakan detik bersejarah dalam hidupnya.

Diana berterima kasih kepada pihak MIG yang sentiasa menyokong dan membantunya dari awal kemunculannya sehingga kini.

“Alhamdulillah saya mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan untuk pengumuman majlis pernikahan saya.

“Pengurusan yang banyak membantu untuk menjayakan majlis ijab kabul saya. Walaupun jadual saya yang padat, pihak pengurusan berusaha memastikan saya menyempurnakan pernikahan saya pada tahun ini,” katanya pada sidang media itu.

Pelakon Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, majlis akad nikahnya akan berlangsung di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam.

Memilih konsep Crystal Garden, Diana berkata,  dia mahu majlis pernikahan itu berlangsung mengikut  cara Islam dengan turut mendapatkan bantuan  beberapa ustaz dari persatuan Usrah Fitrah yang disertainya.

“Saya tak mahu ia dilihat kebaratan . Saya mahu tonjolkan konsep Islam sebenar dalam sesebuah acara pernikahan,” ujarnya yang melangsungkan pertunangan bersama Habibbullah pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarganya.

Menurut Diana , majlis pernikahannya itu juga akan diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan dia dan bakal suami.

“Saya tidak mahu meminta lebih kepada suami contohnya untuk dulang hantaran beg berjenama, kasut mahal dan sebagainya, cukup sekadar senaskhah al-Quran, mas kahwin dan cincin pernikahan kami.

“Buat masa ini, saya masih lagi meneruskan persiapan akhir, walaupun pernikahan hanya tinggal seminggu saja lagi, Insya-ALLAH, segalanya  akan dipermudahkan,” katanya yang  enggan mendedahkan lagi jumlah wang wang hantaran yang bakal diterima.

Dalam pada itu, majlis pernikahan Diana turut mendapat beberapa tajaan dari kenalannya. Antara yang terlibat ialah pereka fesyen Ezuwan Ismail, Fatimah Shaari Creation, Saiful Sin, Yakult, Shutterplace,  Samsultahir, Lea Henna Artist, dan Sri Gading Catering.


Diana penyayang - Mohd Habib

Sementara itu, Mohd Habib yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, dia sangat berbangga kerana  bakal memperisterikan seorang wanita penyayang.

“ Sebelum ini saya memang mencari wanita yang dapat menyayangi keluarga saya dan saya lihat ciri-ciri itu ada pada Diana.

“Selepas dua kali kami bertemu, dia sangat mesra dengan keluarga saya. Selepas itulah saya terus minta keluarga meminangnya,” ujarnya.

Mohd Habib juga mengakui berdebar-debar menanti majlis pernikahan mereka dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Sememangnya saya berdebar untuk memperisterikan Diana dan saya sangat berdebar untuk memegang status suami selepas ini. Namun saya harap segalanya berjalan dengan baik dan doalah yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Aeril Zafrel, Wawa Zainal minta campur tangan Seniman


Aeril Zafrel, Wawa Zainal minta campur tangan Seniman
Zed Zaidi

Aeril Zafrel, Wawa Zainal minta campur tangan Seniman


"SAYA keluarkan kenyataan setelah mendapat aduan daripada Aeril dan Wawa berhubung kontrak tersebut!" kata Presiden Seniman, Zed Zaidi berhubung tindakannya menyelar isi kandungan kontrak syarikat produksi, Metrowealth International Group (MIG).

Menurut Zed, sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut, pihak Seniman menerusi Biro Aduan telah menerima laporan daripada pasangan suami isteri itu berhubung kontrak yang ditandatangani Wawa Zainal sepanjang bergelar artis residen MIG.

"Baru-baru ini, Wawa dan Aeril datang berjumpa saya untuk membuat laporan mengenai kontrak tersebut. Malah, saya dimaklumkan, kontrak yang ditandatangani Wawa masih berada dalam simpanan MIG.

"Saya pelik, kenapa MIG tidak memberi salinan kontrak kepada artis yang bernaung di bawah syarikatnya? Ada juga dalam kalangan artis yang tidak pernah diberi kontrak sehingga tamat kontrak mereka. Ia adalah hak artis! Bila dah timbul kes begini, mulalah bertindak mendedahkan kontrak.

"Saya tidak bertindak terburu-buru apatah lagi berada dalam keadaan tidak waras kerana saya telah mengkaji kesemua bukti yang ada terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata," katanya yang turut menghantar surat rasmi kepada MIG untuk berbincang mengenai perkara ini.

Zed juga berharap pihak MIG segera memberi tarikh untuk perbincangan itu agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya berharap, Seniman dan MIG dapat bertemu mata pada minggu hadapan. Sebagai Presiden, saya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada ahli Seniman.

"Pertemuan itu akan membincangkan mengenai kontrak, kandungan perjanjian di klausa 4.3 dan memohon agar salinan kontrak artis diberi ketika proses tandatangan.

"Saya dimaklumkan kebanyakan artis tidak diberi salinan kontrak ketika proses menandatangani kontrak dibuat. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau isi kandungan itu diubah, ada baiknya kontrak itu diserahkan secepat mungkin," katanya yang

Lapor Suhakam

Serius dalam perkara ini, Zed turut memberitahu tindakan seterusnya akan dilakukan sekiranya MIG gagal menyelesaikan perkara ini dengan lebih berhemah.

Katanya, sekiranya perbincangan bersama MIG gagal mencapai kata putus, Seniman akan membawa perkara ini ke muka pengadilan dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Saya mahu MIG memansuhkan undang-undang di klausa 4.3 yang membawa maksud di mana artis di bawah label MIG tidak dibenarkan bercinta. Ia sama seperti mencabul hak asasi manusia dalam soal peribadi.

"Sepatutnya, undang-undang sebegitu tidak perlu ada kerana ia adalah soal peribadi dan tidak boleh di campur adukkan dalam soal kerja. Soal jodoh, maut dan rezeki, semuanya di tangan Tuhan.

"Walaupun dalam kontrak tidak di hurai secara spesifik, namun ia lebih kurang sama maksudnya seperti itu. Ini adalah pengajaran kepada artis-artis baru di mana mereka perlu meneliti kontrak sebelum menandatangani," katanya yang memberitahu kontrak yang dibuat lebih menguntungkan syarikat.


Artis dimanipulasi

Memandang serius berhubung perkara ini, Zed berkata, Seniman juga bakal mengadakan mesyuarat bersama Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) untuk membincangkan lebih lanjut berhubung isu kontrak artis.

Katanya, bukan sahaja MIG, malah hampir kesemua syarikat produksi tempatan 'mengikat' artis dengan kontrak yang mengarut.

"Saya pernah bergelar artis dan saya pernah melalui perkara ini. Satu ketika dahulu, saya ada menerima kontrak daripada produksi. Namun, dalam kontrak itu ada menyebut, sekiranya artis itu mempunyai masalah disiplin seperti lewat tiba di lokasi, produksi akan memotong gaji serta bayaran yang diterima.

"Tapi, bila saya mempersoalkannya, produksi itu gagal memberikan jawapan yang bernas. Jadi, saya tidak tandatangan kontrak itu. Saya lihat, kontrak yang dibuat lebih memihak kepada produksi sahaja sedangkan artis terus-menerus dimanipulasi.

"Saya tidak boleh membiarkan perkara ini dari terus berleluasa sehingga menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari. Malah, artis juga paranoid dengan kontrak mereka sendiri," katanya lagi.

Tony Jaa cipta nama selepas kejayaan Ong Bak - Kembali Dengan Tom Yum Goong 2 - iskandarX Society Xclusive


Tony Jaa cipta nama selepas kejayaan Ong Bak - Kembali Dengan Tom Yum Goong 2 - iskandarX Society Xclusive
Tony Jaa

Tony Jaa cipta nama selepas kejayaan Ong Bak


KEJAYAAN filem aksi Ong Bak pada 2003 bukan hanya di Thailand tetapi menjadi satu fenomena ke seluruh dunia.

Tiang utama kejayaan filem itu adalah  seni mempertahankan diri yang tertua di Thailand, Muay Thai atau tomoi.

Bahkan, filem ini tidak sedikit pun dibantu oleh kecanggihan komputer sebaliknya menampilkan ‘aksi sebenar’ pelakon utamanya, Tony Jaa.

Ternyata, filem arahan Prachya Pinkaew ini, berjaya melahirkan seorang lagi pelakon aksi negara Asia yang disegani.

Pengalaman Tony yang semenjak kecil lagi sudah mendalami seni tomoi atau Muay Thai selain pakar bermain pedang, gimnastik dan tekwando, digunakan sepenuhnya membantu penampilannya dalam filem ini.

Malah, setiap aksi dipersembahkan Tony mendapat bantuan penuh daripada pakar tomoi popular Thailand, Phanna Rithikrai yang juga dikenali sebagai Bruce Lee di negara gajah putih itu.

Filem itu juga memenangi anugerah Filem Aksi Asia di Festival Filem Asia di Deauville, Perancis selain turut tercalon sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Catalonia, Sepanyol.

Kesan meluas filem itu juga  mengiktiraf Tony dan negaranya di peringkat antarabangsa seperti di Perancis, lebih 70 kelab tomoi dibuka gara-gara kegilaan filem ini.

Bukan itu saja, populariti Tony juga naik mendadak walaupun sebelum itu dia telah membintangi Spirited Killer pada 1994, Hard Gun (1996), Mission Hunter 2 (1996) dan Nuk Leng Klong Yao (2001).

Malah filem-filem Tony seterusnya seperti The Bodyguard (2004), Tom Yum Goong (2005), The Bodyguard 2 (2007), Ong Bak 2 (2008) dan Ong Bak 3 (2010) juga mampu menarik ramai penonton ke pawagam.

Kini, Tony juga mampu berdiri seperti mana aktor aksi sedia ada di Asia seperti Jet Li dan Jackie Chan.

Tony Jaa cipta nama selepas kejayaan Ong Bak - Kembali Dengan Tom Yum Goong 2 - iskandarX Society Xclusive
Tony Jaa dalam Ong Bak 2

Bintangi Fast and Furious 7


Inspirasi Tony untuk belajar seni mempertahankan diri adalah kerana dia banyak menonton filem-filem dari pelakon aksi tersohor Hong Kong seperti Bruce Lee, Jackie Chan, Vince Lam dan Jet Li.

Malah ketika berumur 10 tahun dia pernah mengugut bapanya untuk membunuh diri sekiranya dia tidak dibenarkan untuk belajar tomoi atau Muay Thai.

“Saya amalkannya sehingga saya benar-benar boleh melakukannya,” katanya yang juga mahir dalam Aikido dan atlet lompat tinggi yang berjaya di universiti.

Kemahiran Tony itu, akhirnya dipandang Hollywood apabila dia ditawarkan untuk berlakon dalam filem Fast and Furious 7 di samping Vin Diesel dan Paul Walker.

“Saya adalah peminat fanatik filem ini.  Ia cukup menyeronokkan dan saya benar-benar menghargai tawaran itu.

“Tiada filem yang terbaik untuk saya terlibat bagi penampilan pertama dalam produksi Amerika Syarikat,” katanya.

Fast and Furious 7  diarahkan oleh pengarah kelahiran Kuching, Sarawak, James Wan dan bakal ditayangkan pada Julai 2014.

Tony Jaa cipta nama selepas kejayaan Ong Bak - Kembali Dengan Tom Yum Goong 2 - iskandarX Society Xclusive
Tony Jaa, Tom Yum Goong 2

Tom Yum Goong 2


Kesinambungan daripada filem yang terdahulu, Tom Yum Goong 2,  lebih banyak memaparkan aksi-aksi pertarungan yang cukup mendebarkan.

Tony membawakan watak Kham iaitu pengawal yang menjaga gajah perang milik Raja Thai. Filem  arahan Prachya Pinkaew itu turut dihasilkan dalam bentuk 3D.

Jika sebelum ini, Tony melakukan sendiri aksinya, namun kini dia  tampil dengan bantuan rigging dan teknik CGI.

Malah, pengarah aksinya, Panna Rittikrai terpaksa bekerja keras untuk memberikan lebih impak.

Filem ini turut dibintangi  oleh barisan pelakon seni bela diri Thailand,  Yanin Vismitananda, Dan Chupong, Kazu Tang, Petchai Wongkamlao dan juga pelakon khas dari  Amerika Syarikat, Marrese Crump yang pernah membintangi filem The Protector 2.

Tom Yum Goong 2 bakal menjengah pawagam berdekatan di seluruh negara mulai 24 Oktober ini.

TOM YUM GOONG 2


PENGARAH: Prachya Pinkaew
PELAKON: Tony Jaa, Yanin Vismitananda, Dan Chupong, Kazu Tang, Petchai Wongkamlao dan Marrese Crump
GENRE: Aksi
TARIKH TAYANGAN: 24 Oktober 2013

Taruhan terbaru Khir Rahman


Taruhan terbaru Khir Rahman
Balada Pencinta

Taruhan terbaru Khir Rahman


SELEPAS mencipta kontroversi menerusi filem arahan pertamanya ... Dalam Botol, Khir Rahman kembali mengarah dalam filem keduanya, Balada Pencinta yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini.

Berbanding dengan ... Dalam Botol yang agak sarat dengan bahasa filem dan falsafahnya yang tersendiri, filem Balada Pencinta ini lebih bersifat komersial.

Mengakui akan hal itu, pengarah prolifik itu menyifatkan Balada Pencinta, bakal dikritik oleh semua pengkritik filem kerana filem ini bukan filem seni yang ada bahasa filem.

“Ia merupakan karya komersial yang sememangnya menjadi makanan penting dalam industri filem tempatan. Tetapi, kualiti filem dan ceritanya masih lagi menjadi keutamaan,” katanya.

Filem ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, dibarisi beberapa nama besar dalam dunia lakonan, seperti Johan As’ari, Siti Saleha, Faizal Hussein, Dian P.Ramlee, Sein Ruffedge dan Miera Liyana

Balada pencinta mengisahkan cinta terlarang di antara bekas ahli kumpulan mafia bernama Amir dan seorang pelajar seni, Aisyah.  Amir yang mahu memulakan hidup baru sebagai pemuzik jalanan telah bertemu dengan Aisyah yang berasal dari keluarga kaya. Ibu bapa Aisyah telah mengaturkan perkahwinannya dengan Boy, anak seorang ahli perniagaan yang kaya, dengan harapan perkahwinan mereka membolehkan kedua-dua perniagaan keluarga itu berkembang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan