Cari Artikel

Friday, October 25, 2013

Aeril kesal anaknya dilabel anak haram


Aeril kesal anaknya dilabel anak haram
Aeril Zafril

Aeril kesal anaknya dilabel anak haram


SHAH ALAM - Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.


Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

Aeril Aeril Zafrel, Wawa Zainal 'Kami dah nikah dua kali'


Aeril Aeril Zafrel, Wawa Zainal 'Kami dah nikah dua kali'
Aeril Aeril Zafrel, Wawa Zainal

Aeril Aeril Zafrel, Wawa Zainal 'Kami dah nikah dua kali'


SHAH ALAM - Setelah puas berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya pelakon, Aeril Zafrel, mengakui telah menikahi aktres, Wawa Zainal, 22.

Bagaimanapun Aeril, nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, menjelaskan mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 mengikut undang-undang Islam.

Namun setelah Wawa disahkan hamil Disember tahun sama, mereka bernikah sekali lagi pada 5 Februari atas permintaan keluarga pihak perempuan.

"Ya, kami sudah bernikah di Taman Datuk Haron, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu. Namun, perkahwinan itu hanyalah satu akad yang menghalalkan hubungan sahaja. Kami tidak mendaftarkan pernikahan itu di pejabat agama.

"Bila Wawa disahkan hamil pada Disember lalu, kami dinasihatkan untuk berkahwin sekali lagi apabila perkahwinan terdahulu tidak sah di sisi undang-undang Malaysia.

"Jadi, kami bernikah sekali lagi pada 5 Februari tahun ini di Masjid Taman Datuk Haron. Jika kami tidak berbuat demikian, anak kami tidak dapat didaftarkan atas nama saya sebagai bapa," katanya ketika sidang media yang berlangsung di restoran Western 114, Neo Damansara.

Tambah Aeril, hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Mohd Fakharuddin Attar, pada 24 Ogos lalu.

Dalam sidang media itu, Aeril dan Wawa diasak pelbagai soalan daripada media secara 'keras' kerana tindakan mereka yang sering menafikan hubungan tersebut.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, mereka menyembunyikan perkahwinan itu adalah kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth, Mejar K David Teo, yang tidak menyenangi hubungan itu.

Pusara P Ramlee, Saloma siap dibaiki


Pusara P Ramlee, Saloma siap dibaiki
Pengerusi Finas, Datuk Affendi Hamdan (dua, kiri) bersama para hadirin membantu meletakkan batu nisan di pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee selepas majlis tahlil dan perletakan batu nisan seniman dan seniwati Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, hari ini.- Foto Bernama

Pusara P Ramlee, Saloma siap dibaiki


PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengadakan majlis tahlil untuk menyempurnakan peletakan batu nisan pusara seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan seniwati negara Allahyarham Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini hari ini.
 
Kedua-dua pusara itu dibaik pulih menggunakan batu marmar dari Itali, dengan kos berjumlah RM25,000, yang ditanggung bersama oleh Finas dan Astro.
 
Pada Ogos lepas, Finas mengumumkan keputusan untuk membaik pulih pusara Allahyarham berdua yang rosak akibat dihempap pokok semasa hujan lebat pada Mac lepas.
 
Pengerusi Finas Datuk Md Afendi Hamdan berkata, sebagai agensi bagi membantu para seniman, usaha itu akan diteruskan selain Finas merancang gotong-royong bersama Persatuan Seniman dan persatuan berkaitan bagi membersihkan kawasan pusara seniman lain.
 
"Kalau kita hendak nilaikan perjuangan P  Ramlee dan Saloma dengan kos pemulihan ini, sememangnya tidak ternilai. Bukanlah kita nak riak cuma kita mahu mengembalikan keadaan yang asal tanpa berlebih-lebihan. Yang paling baik kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Turut hadir anggota keluarga seniman dan seniwati agung itu termasuk kakak Saloma yang juga pelakon veteran Mariani Ismail, adik Saloma, Mimi Loma serta balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar.
 
Anggota Perbadanan Finas dan pelakon veteran Datuk Mustapha Ma'arof, Naib Presiden Bahagian Melayu Astro Khairul Anwar Salleh dan Presiden Seniman Jurey Latif turut menghadiri majlis itu.
 
P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 dan kembali ke rahmahtullah pada 29 Mei 1973 manakala Saloma atau nama sebenarnya Salmah Ismail dilahirkan pada 22 Januari 1935 dan meninggal dunia pada 25 April 1983.  - Bernama

Lisdawati tetap pertahan suami


Lisdawati tetap pertahan suami
Lisdawati dan Fauzi Nawawi


Lisdawati tetap pertahan suami


“ITU semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini,” ujar Lisdawati berhubung dakwaan kisah skandal yang tersebar antara suaminya, Fauzi Nawawi dan bintang realiti Noni AF5.

Hakikatnya, bukan sekali Fauzi dikaitkan dengan skandal bersama wanita lain kerana selain aktres seksi, Zarina Anjoulie Lavocah, pelakon 'Orang Minyak' ini pernah mengejutkan dunia siber setelah hubungannya bersama seorang wanita tersebar menerusi sebuah blog hiburan.

Bagaimanapun sebagai isteri, Lisdawati, tidak mudah melatah. Masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu, pelakon KL Menjerit ini menganggap ianya sebahagian dari lumrah bergelar selebriti. Malah tetap  mempercayai Fauzi.

“Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan  pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah.

“Bagi saya, selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku.

“Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul,” katanya.

Memandang perkara itu secara positif, pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin ini, mengakui suaminya itu memang pernah bekerjasama dengan Noni dan dia menganggap hubungan mereka sekadar rakan sekerja sahaja.

“Saya tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh timbul.

“Mungkin kemesraan mereka itu disalah anggap oleh orang sekeliling,” katanya.

Sementara itu, menerusi sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, menafikan hubungan yang terjalin antara dia dan Fauzi.

Menurut Noni, dia mula mengenali aktor itu secara rapat setelah diajak menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia dan hubungan mereka tidak lebih dari rakan kerja.

Penampilan pertama Didie Alias


Penampilan pertama Didie Alias

Penampilan pertama Didie Alias


SEMPENA ketibaan Aidiladha, RTM menyediakan sebuah telemovie khas, Designer DD Naik Haji.

Telemovie arahan Fahmi Sarindi ini mengisahkan seorang pereka fesyen terkenal yang mendapat hidayah untuk menunaikan fardu Haji. Ironinya dia tiada persediaan ilmu, iman dan amalan kerana  terlalu sibuk mengejar kemegahan duniawi.

Selain menampilkan Didie Alias sebagai peneraju utama, ia juga dbintangi pelakon semakin meningkat naik seperti Amar Asyraf dan Cha Cha Maembong.

Menariknya, telemovie ini merupakan lakonan pertama pelakon dan pelawak popular itu dengan produksi terbitan RTM.
Penampilan pertama Didie Alias

Menurut Penerbit Eksekutif RTM, Ibrahim Ismail, pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Didie. Malah katanya, tiada pelakon lain yang sesuai membintangi watak tersebut, melainkan aktres itu.

“Sebelum ini,  nama Didie tidak pernah tersenarai untuk berlakon di bawah RTM.

“Mungkin kerana tiada watak sesuai,” katanya pada sidang media telemovie itu, baru-baru ini.
Penampilan pertama Didie Alias

Tambahnya lagi, pemilihan Didie sebagai pemegang watak utama juga kebetulan yang mana dia lebih dikenali dengan karakter sebagai Lady Gaga Malaysia.

“Kami mencari seorang berkarakter seperti Lady Gaga dan hanya seorang sahaja di Malaysia iaitu Didie dan kami juga menggunakan nama asalnya sebagai tajuk drama ini.

“Alhamdulillah dia terima tawaran ini dan menjayakannya dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pengarahnya, Fahmi  memberitahu, sebelum ini, dia lebih menjurus kepada drama yang mempunyai isu berat atau kritik sosial dan genre komedi yang dipilih kali ini pastinya memberikan cabaran besar buatnya.

“Drama komedi terakhir saya adalah pada 2007. Jadi, ini adalah cubaan kedua saya selepas itu. Lagipun, bukan mudah untuk membuat orang ketawa,”  katanya.
Penampilan pertama Didie Alias

Menurutnya, walaupun telemovie ini berunsur komedi, tetapi ia bukanlah komedi kosong sebaliknya mempunyai makna tersirat.

“Walaupun komedi, biarlah ia jenaka yang berpengajaran dan saya percaya ini adalah naskhah yang cukup baik dari saya. Saya harap penonton menilainya sendiri,” katanya.

Telemovie Designer DD Naik Haji bakal bersiaran pada 15 Oktober ini, jam 10 malam di TV1.

Alyah serik bicara soal cinta!


Alyah serik bicara soal cinta!
Alyah a.k.a Noor Hasliah Abu Hasan, 32

Alyah serik bicara soal cinta!


PERJALANAN seni pelantun Kisah Hati ini bukanlah seindah yang disangka. Sejak awal penglibatannya, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, mencetuskan kontroversi apabila menukarkan imejnya dari seorang 'wanita ayu' kepada imej gothic yang tak ubah seperti Lady Gaga.

Tidak cukup dengan itu, kisahnya yang sering bertukar pengurus dan pembantu peribadi turut mencalar imejnya.Paling ketara, apabila kisah cintanya bersama komposer tersohor, Datuk Ramli MS, mula mendapat perhatian media dan telah mengatasi karier seninya.

Bukan saja pernah dikatakan berkahwin secara rahsia dengan duda anak dua itu, Alyah juga dikatakan sanggup memboikot media hanya kerana tidak puas hati dengan pihak media yang menyebarkan berita tentang hasratnya ingin berkahwin dengan bekas pengetua Akademi Fantasia (AF) itu.

Bagaimanapun itu kisah dulu! Bagi penyanyi yang juga popular dengan lagu Kau Yang Terindah ini, keutamaannya kini terhadap karier seni.

Enggan lagi membicarakan soal cinta mahupun jodoh, Alyah bagaimanapun tidak menafikan hasratnya yang ingin berumah tangga seperti orang lain.

“Saya tak mahu lagi ulas tentang soal kahwin. Kalau ada jodoh saya memang nak kahwin,” tegas Alyah yang enggan lagi dikaitkan dengan Ramli MS.


Jadi Komposer

Muncul sebagai komposer sekali gus mengubah tanggapan negatif bahawa penyanyi ini menyepi seketika dari dunia hiburan. Malah ia merupakan percaturan baru Alyah untuk terus berada dalam industri.

“Saya tidak menyepi dari dunia hiburan, Insya-ALLAH, selepas ini saya akan belajar untuk mencipta lagu dengan baik,” katanya selepas pelancaran single kumpulan baru, Tiga di Hard Rock Café baru-baru ini.

Mempertaruh lagu 'Pengakuan', Alyah berkata, dia sangat bangga dapat bekerjasama dengan kumpulan Tiga yang diterajui tiga anak muda berbakat besar, Arween (Mohd Khairul Iqhssan,28) Alfie (Syed Alfrizal, 26) dan Maya (Maya Hariyanto, 21).

"Walaupun dah lama lagu ini terperap, namun dengan nafas baru, saya bersyukur lagu itu sesuai dengan mereka dan sesuai dengan aliran muzik terkini.

“Pada mulanya saya tak rasa lagu ini boleh disuntik kembali dengan mode yang lebih segar, kerana lagu ‘Pengakuan’ yang saya cipta lebih kepada genre ‘pop balad’.

"Namun, bila dinyanyikan secara harmoni melalui kombinasi empat suara ini maka terciptalah nafas baru bagi lagu ini,” katanya yang bersedia untuk berduet dengan kumpulan itu.


Sebalik ‘Pengakuan’

Berkongsi kisah di sebalik penghasilan lagu tersebut, kata Alyah, lagu tersebut diilhamkan sekitar 2005 dan ketika itu dia dan Alfie (salah seorang anggota Tiga) pernah merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik.

"Selain Alfie, ada dua lagi ahli kumpulan dari Indonesia, menyertai pertandingan Gangstarz di TV3. Tapi nak dijadikan cerita, hasrat kami tak kesampaian apabila saya seorang saja yang berjaya mara dalam pertandingan itu.

“Ketika itu, saya diserap untuk menyertai One Nation Emcees yang turut bersaing dalam pertandingan itu,” katanya yang telah lama mengenali Alfie.

Kata Alyah, selepas itu dia mula berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu dan tidak menyangka Alfie datang bertemunya untuk mencipta lagu buat mereka.

“Saya masih baru dalam bidang ini dan lagu ini adalah percubaan pertama saya. Ia mungkin tidak sempurna atau sehebat mana, namun ia memberi makna sangat mendalam kepada saya.

"Insya-ALLAH saya akan cuba menghasilkan lagu lebih baik selepas ini,” kata Alyah yang pernah popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang.

Turut memuji bakat dan usaha kumpulan Tiga, Alyah berkata, dia yakin kumpulan itu mampu pergi lebih jauh.

“Melihat semangat mereka, saya yakin mereka bukan saja akan memeriahkan industri muzik tanah air, tetapi juga akan membawa kelainan buat peminat,” katanya yang turut yakin lagu 'Pengakuan' itu akan membawa tuah buat kumpulan ini.


Kaji fesyen tudung

Ramai dalam kalangan selebriti tempatan mula mencebur diri dalam pelbagai bidang perniagaan.

Tidak terkecuali, Alyah yang kini bergelar usahawan dan telah memperkenal jenama pakaian dan ‘turbannya' sendiri iaitu, Gaya Elliya.

Pada masa sama, Alyah kini sedang menyiapkan rekaan beberapa turbannya sekali gus ingin merancang meluaskan pasaran perniagaannya ke beberapa tempat sekitar ibu kota.

“Saya suka fesyen tudung ‘turban’, kerana mudah dipakai. Sekarang, saya sedang buat rekaan ‘turban’ yang lebih senang untuk disauk dan tidak mengambil masa bagi sesetengah wanita di luar sana untuk mencuba gaya yang menawan tanpa ambil masa lama atau rumit memakainya.

“Saya banyak buat kajian dan fikir fesyen bertudung yang sesuai untuk dipakai oleh saya sendiri dan untuk orang ramai,” katanya.

10 penerbit bergabung bantu KL Gangster 2


10 penerbit bergabung bantu KL Gangster 2

10 penerbit bergabung bantu KL Gangster 2


EKORAN isu kebocoran filem KL Gangster 2, ramai yang bersimpati dengan nasib pengarah berbakat, Syamsul Yusof yang mengalami kerugian besar akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi, penyebaran CD dan DVD cetak rompak yang dijual di seluruh negara membuatkan ramai penggiat seni bangkit untuk berbincang secara mendalam perkara tersebut.

Demi menyokong industri perfileman, seramai 10 penerbit tempatan bersetuju menyumbang sebanyak 5,000 tiket kepada penonton secara percuma bermula hari ini (10 Oktober).

Antara 10 syarikat produksi yang bersatu ialah Suhan Movies, Global Station, Bright Network, KRU Studios, Lineclear Productions, Rumah Karya Cipta, Nusan Bakti, Ace Motion Pictures, Vision Networks dan Pesona Pictures.

Mewakili kesemua penerbit itu, Pengarah Urusan Nusan Bakti, Ismaliza Ismail atau Isma AF7 berkata, tiket-tiket tersebut akan diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay seluruh negara, bermula hari ini.

"Ia akan diberikan secara percuma kepada pembeli tiket bertuah setelah berbincang dengan pihak panggung. Ia sebagai sokongan kami untuk membantu menaikkan semangat Syamsul untuk berkarya semula," katanya ketika ditemui di majlis sidang media ‘Sokongan Penerbit Bumiputera Terhadap Isu KL Gangster 2’ di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, yang turut hadir dalam majlis sidang media itu meluahkan rasa terharu atas sokongan diterima.

"Saya mewakili Syamsul ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang sudi memberikan sokongan dan kata-kata semangat tatkala kami menghadapi masalah.

Rahsia awet muda Che Ta


Rahsia awet muda Che Ta
Che Ta

Rahsia awet muda Che Ta


KECANTIKAN dan kesihatan adalah satu perkara yang subjektif untuk diulas. Ada sesetengah pihak berpendapat, kecantikan sangat berkait rapat dengan kesihatan dalam seseorang itu.

Bagi kaum wanita pula, biasanya apabila usia mula mencecah 40-an, kecantikan mula diketepikan dan hal-hal ehwal keluarga pula mula diberi perhatian.

Malah ada ketikanya, ada wanita berpendapat, pada usia 40-an, tidak sesuai lagi buat seseorang wanita itu bergaya cantik.

Namun berbeza bagi dramatis terkenal, Rozita Che Wan, biarpun usianya sudah menginjak ke 40 tahun Mac lalu, namun dia masih kelihatan cantik dan ramping bak wanita berusia awal 20-an.

Tidak hanya dengan bentuk tubuh yang ramping dan kulit yang halus, Rozita atau mesra di sapa Che Ta pula masih mengekalkan gaya muda yang menyebabkan dia nampak jauh lebih muda dari usia sebenar.

Mari ikuti rahsia dan cara Che Ta menjaga kecantikan kulit dan tubuh badan.


Sebagai selebriti apa definisi cantik dan sihat bagi anda?

ROZITA : Bagi saya kecantikan itu adalah sesuatu perkara yang universal. Jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.


Pada usia mencecah 40 tahun, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?

ROZITA : Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa 'happy go lucky'.


Bagaimana cara anda menjaga kecantikan kulit dan wajah?

ROZITA : Sama seperti orang lain, saya selalu mencuci wajah, pakai krim, toner dan sebagainya. Pada masa lapang pula saya akan memakai mask (topeng) bagi memastikan kulit sentiasa segar. Cuma pada waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.


Ada sesetengah artis mengambil suntikan untuk mengekalkan kecantikan, anda bagaimana?

ROZITA : Setakat ini saya belum terfikir lagi untuk mengambil suntikan kerana Alhamdulillah kulit saya tidak mengalami sebarang masalah. Malah saya juga tidak pernah melakukan facial di pusat kecantikan sebaliknya hanya melakukan perkara asas di rumah sahaja.


Ramai orang mengenali Che Ta dengan tubuh yang langsing, tetapi pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

ROZITA : Pernah tetapi ketika saya mengandung dulu, berat saya daripada 45 kilogram (kg) naik sehingga 90 kilogram. Tetapi biasalah mengandung, kemudian saya berjaya turunkan berat semula. Sekarang kalau badan naik pun hanya dua atau tiga kilogram, bila rasa badan naik, saya akan mula jaga pemakanan. Berat saya sekarang 50kg.


Bagaimana rutin pemakanan harian anda?

ROZITA : Saya seorang yang mengambil berat tentang bentuk tubuh saya tetapi itu tidak bermakna saya mengamalkan diet yang ketat sehingga jadi macam kucing, makan ikan sahaja 24 jam (ketawa).

Saya masih mengambil nasi dua kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tak ambil makanan segera dan makanan ringan. Tetapi sayur hijau dan ikan adalah makanan kegemaran saya.


Ada ambil suplemen?

ROZITA : Saya hanya ambil suplemen dari Rich Beauty dan tidak ambil apa-apa suplemen tambahan lain.


Dengan jadual seni yang padat, sempatkah anda luangkan masa untuk bersenam?

ROZITA : Secara jujurnya, tidak. Tetapi saya bersenam dengan cara lain seperti kemas rumah, cuci bilik air kerana apabila kita bersenam, secara tidak langsung, pori-pori di muka akan menjadi kecil. Jadi bukan sahaja badan sihat, tetapi wajah kita pun akan jadi cantik.


Adakah anda gemar manjakan diri di spa dan salun?

ROZITA : Tidak. Jika ada masa terluang, saya lebih gemar duduk di rumah, mengemas rumah, memasak, menjahit. Jadi untuk kecantikan diri sendiri, saya lebih gemar beli lulur, mask serta serum untuk rambut dan buat sendiri di rumah.


Berapa kos yang anda peruntukan untuk penjagaan wajah dan tubuh?

ROZITA : Saya rasa tak sampai RM100 sebab produk Safi Rania saya dapat percuma, jadi saya cuma perlu perlu mask, serum dan yang sampingan lain sahaja.

Jadi sekarang siapa kata saya 'high-maintenance' (ketawa)? Cuma saya banyak lebihkan duit saya pada baju, kasut, beg kerana bila kita pakai cantik, secara tidak langsung kita akan nampak cantik.


Jika tertekan, apa yang gemar anda lakukan?

ROZITA : Kalau saya tertekan, saya suka pergi membeli-belah, tapi lepas itu tertekan sebab duit banyak habis pula (ketawa). Tidaklah. Saya tak pernah rasa tertekan.

Kalau ada masalah, saya tidak pernah fikir dan biar ia selesai sendiri, kalau asyik fikir pun, akhirnya pada wajah banyak kedut-kedut sebab banyak sangat nak difikirkan. Sebenarnya hidup kita tidak rumit cuma kita merumitkan.


Apa perkembangan terkini anda sekarang?

ROZITA : Saya dah mula memperlahankan karier seni saya dan tidak lagi menerima tawaran drama kerana mahu memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinan.

Cuma saya masih terlibat dengan program Primadona dan Ratu Rania. Saya akan cuti sehingga Januari 2014 dan selepas itu baru saya akan kembali berlakon. Buat masa ini, telefilem lakonan saya, Kalung Kak Dara akan disiarkan di TV3, Sabtu ini.

5 PERKARA MENGENAI CHE TA

1. Seorang yang 'happy go lucky'.
2. Mudah lupa.
3. Bukan pencinta gajet dan Che Ta tidak pandai dengan IT.
4. Gemar duduk di rumah.
5. Tidak suka fikir masalah.

Syamsul Yusof bengang, Sharifah Amani minta maaf


Syamsul Yusof bengang, Sharifah Amani minta maaf

Syamsul Yusof bengang, Sharifah Amani minta maaf


PENGARAH terkenal, Syamsul Yusof bengang dengan pelakon, Sharifah Amani apabila pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghentam filem terbarunya, KL Gangster 2 di laman mikro Twitter.

Amani mempertikaikan soal klasifikasi filem yang mendapat kelulusan P13 sedangkan mempunyai pelbagai unsur seperti pukul, dadah, rogol dan kata-kata kesat.

Kenyataan Amani itu disifatkan biadab oleh Syamsul.

“...tapi dari mana aku datang, ‘tweet’ itu biadab. Jika nak bersuara pun ada caranya. Lain kali beradab @sharifahamani,” tulisnya awal pagi tadi.

Sebelum itu, Syamsul menulis, “Anak @fatibee ini tak puas hati ke apa? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jangan biadab bila bicara. Jangan lupa budi bicara.”

Dalam ‘tweet’ Ahad lalu, Amani menyebut, “filem gua ada darah sedikit dapat P18. Filem lu dadah, pukul, rogol, carut semua lengkap dapat PG13 #LuMemangTailongBesar.”

Dalam interaksi di Twitter, Amani menafikan kata-katanya itu berbaur peribadi.

“Saya cuma terganggu dengan ‘double standard’ yang jelas. Bukan salah awak dan saya tak mempertikaikan rezeki awak,” tulisnya.

Kemudian, Amani meminta maaf kepada Syamsul jika katanya-katanya menyinggung Syamsul.

“Awak dan adik awak melakukan kerja yang berani. Kerana itu anda berdua mendapat sokongan saya. Tak ada maksud buruk. Maaf kalau tersinggung,” tulisnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan