Cari Artikel

Monday, October 14, 2013

Ashraf, Wan Sakinah rancang majlis sanding?



Ashraf, Wan Sakinah rancang majlis sanding?
Ashraf Muslim

Ashraf, Wan Sakinah rancang majlis sanding?


SELEBRITI terkenal, Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi dilaporkan sedang merancang untuk mengadakan sebuah majlis persandingan November ini.

Pasangan terbabit bernikah di Thailand 7 Julai lalu dan kini Wan Sakinah sudah pun berbadan dua.

Ashraf sebelum ini menafikan Wan Sakinah hamil, namun kemudian mengakui isteri keduanya itu mengandung setelah Wan Sakinah memuatnaik gambar ubatan untuk bakal ibu di laman Intagram.

Ashraf sangat gembira sehingga khabarnya tidak sabar untuk pulang ke Kuala lumpur semasa sedang berbulan madu dengan isteri pertama di Sabah.



Tiada lagi konfrontasi!


Tiada lagi konfrontasi!

Tiada lagi konfrontasi!


SEBELUM  ini, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dilihat sebagai persatuan gabungan yang lantang  bersuara dalam urusan industri yang berkaitan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Bukan sekali dua Gafim bersuara, sehinggakan tercetus kontroversi demi kontroversi apabila Finas hanya diam seribu bahasa.

Usaha tanpa henti Gafim dalam memastikan Finas lebih agresif dan bertindak sesuatu untuk industri akhirnya tercapai apabila Finas sudi mengadakan pertemuan.

Bertempat di pejabat cawangan Finas, di Petaling Jaya, selain Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli, mesyuarat tertutup itu turut dihadiri wakil dari persatuan lain di bawah naungan Gafim.

Antaranya termasuk Presiden Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima), Kapten Khir Mohd Noor, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Othman Hafsham, Presiden Seniman, Zed Zaidi, Presiden Persatuan Penulis Skrip Malaysia (Swam), Ismail Ahmad dan Produser Skop Production, Datuk Yusof Haslam.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri Ketua Pengarah (KP) Finas, Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, itu akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan masalah dengan lebih berhemah.

Menurut Jurey yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), pertemuan yang ditunggu-tunggu itu akhirnya dapat menghapuskan segala kekeruhan dan kontroversi sebelum ini.

Berkongsi intipati daripada mesyuarat itu, Jurey memberitahu beberapa perkara telah dibangkitkan termasuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26), hala tuju industri, peruntukan dana, cetak rompak, sabotaj filem dan Skim Wajib Tayang.

“Menurut KP, Gafim akan terlibat secara langsung dalam penganjuran FFM26. Buat masa ini, Finas sedang membincangkan mengenai penganjuran FFM26 dan tidak lama lagi pengumuman akan dibuat.

“Selain itu, kami juga dimaklumkan mengenai peruntukan dana untuk Gafim dan persatuan dalam menjalankan aktiviti masing-masing.

“Mengenai masalah cetak rompak pula, Finas akan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk membendung gejala ini, termasuklah isu sabotaj filem,” katanya yang turut dimaklumkan mengenai beberapa akta telah dipinda setelah Finas bergabung dengan Filem Negara Malaysia (FNM).

Hasil daripada pertemuan itu, rata-rata wakil yang hadir berpuas hati dengan keterbukaan Finas dalam berganding bahu menyelesaikan masalah industri tempatan.

Kapten Khir Mohd Noor: Wujudkan semula wakil industri


Selain itu, Presiden Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (Profima), Kapten Khir Mohd Noor, turut melontarkan cadangan agar kerjasama antara industri dan Finas terjalin dengan lebih erat lagi.

Menurutnya, dia mencadangkan agar diwujudkan semula wakil dari industri di pentadbiran Finas.

“Sebelum ini, pernah ada jawatan Timbalan Pengerusi yang diisi wakil industri. Namun, tidak lama kemudian, jawatan itu diisi wakil Finas sendiri.

“Bukan apa, kami bukan mengejar apa-apa gaji atau bayaran, namun jika ada wakil industri dalam Finas, kita boleh tahu apa yang Finas lakukan untuk industri.

“Jawatan ini sepatutnya diberikan kepada Presiden Gafim dan ia juga adalah usaha untuk mendekatkan hubungan industri dan Finas. Lagipun, orang industri lebih faham masalah industri,” katanya.

 Datuk Yusof Haslam: Pilih produk berkualiti

Mendesak agar Finas lebih bertegas mengenai Skim Wajib Tayang, pemilik syarikat produksi, Skop Production Sdn Bhd, ini memohon agar Finas lebih berkeras untuk meluluskan produk yang berkualiti.

Tegas Datuk Yusof Haslam, karya yang tidak berkualiti tidak perlu diluluskan sebagai filem dan ditayangkan di pawagam.

“Saya mohon agar Finas lebih tegas dalam perkara itu. Ia adalah penyebab terjadinya kemerosotan filem dan boleh menjejaskan industri.

“Sekiranya karya itu kurang berkualiti dan tidak mempunyai jalan cerita yang kuat, ianya boleh ditayangkan sebagai drama ataupun telemovie sahaja.

“Kami memerlukan Finas untuk bertindak. Begitu juga dengan masalah cetak rompak yang turut berlaku kepada filem saya. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Tujuan kami bukan untuk berkonfrontasi, kami tetap menghormati Finas dan memerlukan badan ini untuk membantu memajukan industri perfileman tempatan,” katanya.

Othman Hafsham: Masa untuk bertindak!

Menjadi pemerhati sejak sekian lama, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Othman Hafsham, merasakan inilah masanya untuk Finas bertindak.

Katanya, melihat kepada permasalahan industri kini, Finas tidak boleh berpeluk tubuh atau sekadar berkata-kata sahaja.

“Ini bukan masanya untuk berkata-kata, ini masanya untuk bertindak! Kita tidak boleh menunggu untuk berdepan dengan masalah yang akan datang.

“Namun, bertindak dalam menyelesaikan masalah yang bertimbun dengan lebih agresif. Pun begitu, saya berterima kasih dengan Finas kerana memberi jaminan untuk berjumpa lagi.

“Selama ini, saya sendiri merasakan Finas semakin menjauhi dan meminggirkan persatuan. Sudah tentu, kami perlukan kerjasama Finas dan kita akan bekerjasama demi industri,” katanya.


Shahz Jaszle kumpul duit kahwin


Shahz Jaszle kumpul duit kahwin
Shahz Jaszle

Shahz Jaszle kumpul duit kahwin


SETELAH mengemparkan industri hiburan dengan kes khalwatnya bersama seorang gadis bernama Farah, pelakon Tari Tirana, Shahz Jaszle, tampil membuat pengakuan bahawa hubungannya dengan tunang, Redzwani Puteri, kini semakin pulih.

Pernah mendapat tentangan dari keluarga Redzwani, aktor yang pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Marina Farida dan Miera Liyana ini, bagaimanapun mengakui hubungan mereka kembali mendapat restu keluarga.

Malah aktor ini turut memberitahu, dia kini sedang giat mengumpul wang untuk mengahwini tunangnya itu.

Jika benar niatnya itu, Zass mendoakan agar hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.


Shila diarah 'tutup mulut'


Shila diarah 'tutup mulut'
Shila Amzah

Shila diarah 'tutup mulut'


"SHILA tak akan bagi apa-apa kenyataan berhubung perkara itu!," tegas ibu kepada penyanyi cantik, Shila Amzah, ketika ditanya mengenai kenyataan balas bekas kekasih penyanyi itu.

Menurut ibu Shila, Fauziah Sarman, anak perempuannya itu tidak mahu memanjangkan isu itu lagi sehingga memburukkan keadaan.

"Minta maaf, Shila tidak mahu bercakap mengenai perkara itu lagi. Biarlah dia (Sharnaaz) seorang sahaja yang keluarkan kenyataan.

"Lagipun, ayah Shila tak benarkan untuk membuat kenyataan balas mengenai perkara ini dan tidak mahu memanjangkannya," katanya mewakili bagi pihak Shila.

Kontroversi ini tercetus apabila Shila, menerusi laman Twitternya menulis pendapat mengenai filem, Bencinta yang sedang ditayangkan di pawagam.

Dalam tulisannya, Shila turut menyatakan rasa takut untuk menonton filem yang berkisarkan mengenai penderaan terhadap wanita, seolah-olah pernah melalui perkara yang sama dalam kehidupannya.

Tulisan itu mendapat respons daripada bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Malah, Sharnaaz juga turut menyatakan kesudiannya untuk bersemuka dengan bekas kekasihnya itu.

Walaupun enggan mengulas dengan lebih lanjut, Shila sempat menulis di Twitternya dan menafikan tulisan sebelum ini bukanlah mengaitkan bekas kekasihnya itu.

"Saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun.. So please, takyah kaitkan la..!"

Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'


Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'
Chacha Maembong

Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'


POPULARITI yang diraihnya agak lewat sedikit daripada kakak kandungnya, Emma Maembong. Bagaimanapun, namanya melonjak dalam waktu yang cukup sekejap.

Sungguhpun memasuki dunia hiburan ketika dia hanya berumur 16 tahun namun dia tidak terlepas dari kisah panas yang berlegar.

Pernah dikaitkan dengan pelakon dari Singapura, Shah Iskandar, beralih pula kepada penyanyi dari kumpulan AXL, Ally dan terbaru dikatakan menjalinkan hubungan cinta bersama dengan penyanyi yang tidak begitu dikenali, Iqwal Hafiz.

Namun, semua ‘hubungan cintanya'  itu hanyalah gosip semata-mata malah Chacha Maembong mengaku masih lagi belum mempunyai teman istimewa.

Tidak melatah dengan segala cerita yang timbul, Chacha bagaimanapun mengakui dia agak sedih kerana lebih banyak kisah cinta dari kariernya yang  bermain di media.

“Saya agak sedih dengan gosip-gosip ini. Balik-balik mengenai gosip saya dengan lelaki sahaja,” ceritanya pada media ketika ditemui selepas pratonton Designer Didie Naik Haji.

Gosip itu menyebabkan Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Maembong, 17,  takut dirinya dilabel sebagai ‘playgirl’ oleh peminat.

“Itulah yang saya takutkan sebenarnya. Asalkan saya keluar dengan mana-mana artis lelaki saja mesti ada gosip.

“Padahal, kami hanyalah berkawan. Tidak lebih dari itu. Tapi, saya pun tak tahu kenapa?.

“Pada saya, saya buat tak layan saja. Lagipun, semua artis ada gosip, semua artis ada kisah cintanya tetapi kisah cinta saya itu tidak benar,” tegasnya lagi.

Chacha Maembong takut dilabel 'playgirl'
Chacha Maembong dan kakaknya Emma Maembong

Bukan cinta lokasi


Menjelaskan hubungannya dengan pelakon Teduhan Kasih, Shah Iskandar, Chacha, memberitahu dia mula rapat dengan  aktor kelahiran Singapura itu setelah bergandingan untuk drama Pengantin Lari.

“Kadang-kadang selepas penggambaran, kami keluar lepak dan minum beramai-ramai.

“Tapi sekarang ini, sejak penggambaran tamat, kami dah lama tak jumpa malah saya sudah lama tidak berhubung dengannya,” katanya sambil memberitahu penggambaran telemovie itu bermula sejak sebelum Ramadan.

Tambah Chacha lagi, hubungannya dengan Ally juga begitu. Sekadar kawan biasa.

“Bagi saya, sebagai seorang artis memang kami tidak boleh lari dengan gosip dan kami juga tidak boleh cepat melenting. Kita perlu bersikap profesional.

“Sebab itu, apa yang orang cakap, saya hanyalah berdiam diri. Jika saya cepat marah, isu ini tidak akan habis malah akan menjadi semakin melarat.

“Jadi,  biarlah benda ini menjadi reda dulu. Lagipun orang yang kenal dengan saya, mereka tahu perangai saya macam mana,” katanya lagi.

Kenal hati budi Iqwal

Sementara itu, Chacha mengakui dia kini berkawan rapat dengan penyanyi, Iqwal Hafiz.

Kata adik Emma Maembong ini lagi, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

Tambahan pula, ibu bapa Iqwal rapat dengan Chacha dan dia sudah menganggap ibu Iqwal sebagai mak angkatnya.

“Saya baru kenal dia. Adalah dalam tiga bulan. Sebenarnya, kawan baik saya yang kenalkan. Sebab dia pun berkawan baik dengan kawan baik saya itu.

“Kami mula rapat pun sejak dia melawat saya di hospital kerana menjalani pembedahan membuang apendiks bulan lalu.

“Tapi setakat ini, kami belum pernah lagi keluar berdua. Kalau keluar, kami mesti bertiga dia, saya dan kawan baik saya,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon Setia Hujung Nyawa itu tidak menafikan bahawa dia dalam proses mengenal hati budi Iqwal.

“Kami masih sangat baru berkenalan. Sekarang ini pun masih lagi dalam proses kenal hati budi masing-masing. Baru kenalkan, tak akan nak terus bercinta?,” gelaknya.

Dalam pada itu, Chacha turut menolak anggapan bahawa Iqwal ingin menumpang popularitinya.

“Bukan nak tumpang populariti. Saya rasa dia lebih hebat dari saya kerana bakat yang ada padanya.

“Malah, orang dalam industri juga turut mengenalinya cuma belum begitu popular di kalangan orang ramai,” katanya.

Belum masa sambung belajar

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pengajiannya, Chacha mempunyai jawapannya tersendiri.

“Saya mengaku saya agak tertinggal dari segi itu. Saya tahu, pelajaran memang penting dalam hidup. Tapi, jika sudah tiada rezeki dalam hal itu, maka saya akan buat mengikut kemampuan saya.

“Saya suka berlakon dan minat berlakon.

“Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak mengalami sebarang masalah ketika membaca skrip atau berlakon dan saya tahu proses pembelajaran itu berlangsung setiap masa dan di mana sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran cerekarama berjudul Karma Abah di samping pelakon hebat Faizal Hussein, Eja dan Aedy Ashraf,” katanya.

Didie Alias belum sedia 'berhijrah'


Didie Alias belum sedia 'berhijrah'
Didie Alias

Didie Alias belum sedia 'berhijrah'


PELAKON dan pelawak, Didie Alias belum bersedia untuk berhijrah walaupun empat anak perempuannya kini sudah pun bertudung.

Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini.

"Cita-cita untuk berhijrah itu sudah ada. Cuma, belum sampai masanya lagi. Lagipun, ini bukanlah kuasa kita.

“Insya-ALLAH, jika sudah sampai hidayah untuk saya bertudung, maka saya akan pakai. Tetapi jika dah mula pakai, biarlah ia kekal sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas pra tonton Designer Didie Naik Haji.

Menurutnya, walaupun dia masih lagi mengekalkan imej peliknya itu, anaknya tiada masalah akan keadaan itu.

“Anak-anak tiada masalah. Mereka memahami saya. Tahun ini, anak-anak saya akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Didie mempunyai lima anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

Dalam pada itu, Didie akan muncul dalam telemovie Designer Didie Naik Haji yang bakal disiarkan pada  15 Oktober ini, jam 10 malam di TV1.

Telemovie ini adalah lakonan pertama Didie Alias bersama produksi terbitan RTM biarpun sudah lama berada dalam industri seni tanah air.

“Saya teruja kerana  dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kalinya walaupun sudah lama bergelar pelakon.

“Sebelum ini, memang  ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain.

"Namun begitu, saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM,” katanya.

Designer Didie Naik Haji mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga.

Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad.

Nurul selamat lahirkan bayi 'Z'


Penyanyi, Nurul a.k.a Nurul Huda Abdul Wahab

Nurul selamat lahirkan bayi 'Z'


TAHNIAH! Penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Nurul Huda Abdul Wahab atau Nurul, 31 telah selamat melahirkan bayi  lelaki yang digelarnya sebagai "Z" pada jam 10.28 pagi, hari ini.

Nurul yang dipetik di laman blognya, menyatakan bayinya itu dilahirkan secara normal dan seberat 3.03 kilogram.

Menurutnya, yang telah menjadi isteri kepada Eric Daniel Depp pada Jun tahun lalu, pengalaman kedua melahirkan bayi itu terasa mudah.

"Syukur Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan bayi ‘Z’ jam 10.28 pagi tadi.

"Bayi sihat dan begitu juga aku. "... Aku sakit tak lama, bermula jam 10.30 malam, semalam, 1 jam sekali sakitnya, jam 3 pagi langsung ke hospital.

"Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku," katanya yang sempat menulis berita itu, selepas melahirkan bayinya pagi tadi.

Bagaimanapun buat masa ini Nurul masih belum ingin mengumumkan siapakah nama sebenar bayi lelakinya.

Untuk makluman, bayi ini merupakan anak pertama hasil daripada perkahwinan Nurul dan Eric Deep.

Sebelum ini, Nurul pernah mempunyai seorang anak, Ayu Nazirah, 15, bersama hasil perkahwinannya dengan Mohd Faizal Maas atau Ajai.


Hari pertama KL Gangster 2 kutip RM200,000


Hari pertama KL Gangster 2 kutip RM200,000
Syamsul Yusof

Hari pertama KL Gangster 2 kutip RM200,000


SHAH ALAM -  Filem KL Gangster 2 yang sempat dipalit kontroversi sebelum penayangannya dikhabarkan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada segi hasil kutipan pada hari pertama tayangan, malam tadi.

Tayangan pertama yang bermula malam tadi berjaya mengutip RM200,000 dan tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu berjaya mengumpul RM500,000.

Filem yang menelan kos RM4.4 juta itu mendapat perhatian umum apabila filem tersebut tersebar di laman internet sebelum ditayangkan di pawagam.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada Syamsul akui yakin filem tersebut tetap mendapat tempat di hati penonton meskipun menjadi mangsa sabotaj.

“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul,” katanya dipetik mStar Online, hari ini.

Filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.

Kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.

“Alhamdulillah. Saya dapat lihat momentum yang baik terhadap filem ini walaupun karya saya sudah dicetak rompak,” katanya.

Ketika ditanya tentang keadaan Syamsul, beliau akui Syamsul masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj.

Katanya, Syamsul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan.

“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat,” katanya.


Raja Azmi Nikah 13 Oktober?


Raja Azmi Nikah 13 Oktober?
Raja Azmi

Raja Azmi Nikah 13 Oktober?


PRODUSER penuh kontroversi, Raja Azmi khabarnya akan melangsungkan majlis pernikahan bersama tunangnya, Mohd Eddie Ghazali pada 13 Oktober 2013.

Difahamkan majlis pernikahan dan persandingan mereka akan diadakan di Laman Santai, Istana Budaya pada jam 7.30 malam.

Berikut Media Hiburan Online paparkan kad undangan majlis ini yang dikongsikan oleh pereka muda, Kos Serani di laman Facebooknya, Kos Kose.


Rahsia kecantikan Nad Zainal


Rahsia kecantikan Nad Zainal
Nad Zainal

Rahsia kecantikan Nad Zainal



Kehadiran figura bernama Nad Zainal dalam lapangan seni barang kali tidak perlu diperkenalkan lagi.


Biarpun menceburi bidang seni pada tahun 2007, namun bakat lakonan Nad mula mendapat perhatian selepas membintangi drama bersiri Bukan Bidadari  di samping Sharnaaz dan Azlee Khairi tahun lalu.

Bagaimanapun apabila bergelar pelakon, bukan sahaja bakat lakonannya yang menjadi perhatian, bahkan setiap gerak geri, cara berpakaian dan penjagaan diri juga turut menjadi perhatian dan ikutan.

Menyedari perkara itu, jelas gadis bermata bundar berusia 23 tahun ini, dia tidak mengamalkan rahsia khusus untuk menjaga penampilan dan kecantikan. Ikuti cerita Nad Zainal mengenai penjagaan kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya.


Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagaimana dengan anda?

Bagi saya cantik itu adalah satu perkara yang universal. Namun apa yang penting kita perlulah sentiasa nampak kemas, bersih dan mempunyai hati yang baik. Secara tidak langsung ia akan menampakkan kecantikan kita secara semula jadi. Kalau cantik muka sahaja tidak guna juga jika dalaman tidak cantik.


Sebagai selebriti pastinya anda sentiasa menjadi perhatian, jadi bagaimana anda menjaga kecantikan dan penampilan supaya sentiasa kelihatan menarik?

Sejujurnya saya tiada rahsia khusus untuk menjaga kecantikan tetapi saya amalkan tidur yang cukup untuk diri sendiri. Kalau tidur tak cukup, mata kita akan sembap dan ia akan menampakkan kita tua sebelum umur. Selain itu pemakanan yang seimbang juga amat penting, jika anda sedang berdiet pastikan berdisiplin dan jangan diet seperti yo-yo (ada naik dan turun). Tentang penampilan pula, saya tak suka terlalu menonjol. Biarlah ringkas dan kemas.


Pernah alami masalah berat badan?

Ya, pernah. Ketika saya berumur 17 tahun, berat saya naik sehingga 55 kilogram (kg) kerana selepas sekolah saya tidak buat banyak aktiviti. Memandangkan saya rendah, jadi memang tidak sesuai berat tersebut dengan tubuh saya. Sehinggalah saya berusia 19 tahun, saya nekad untuk mengurangkan berat badan saya sebanyak 15 kg dan kini saya masih mengekalkan berat badan ideal saya.


Bagaimanakah cara anda mengatasi masalah itu?

Saya tinggalkan nasi untuk seketika tetapi selalunya saya akan ambil makanan yang berat pada waktu tengah hari. Kebetulan ketika itu saya sibuk dengan pementasan teater, dan sebelum sesi latihan kami akan buat senaman ringan dan ia banyak membantu mengurangkan berat badan saya. Sekarang pun, kalau ada masa saya akan cuba luangkan masa untuk berjoging. Tapi saya jarang ke gimnasium kerana kekangan masa bekerja.


Bagaimana pula dengan penjagaan wajah?

Saya ada cara yang kurang betul menjaga wajah dan kalau boleh jangan ikutlah (ketawa). Kulit muka saya sangat sensitif dan saya tak boleh guna produk yang mahal. Jadi semua produk saya cuba kerana saya mahu lihat ia sesuai dengan kulit saya atau tidak.


Jika ramai selebriti gemar mengunjungi spa dan salun, anda pula bagaimana ?

Saya lebih gemar urut badan. Jadi dalam sebulan saya akan ke spa untuk urut dan rehatkan badan. Saya juga kerap ke salun untuk memastikan rambut saya sihat selepas menjalani banyak dandanan rambut ketika dalam penggambaran.

Namun saya tak suka melakukan facial kerana wajah saya sangat sensitif. Pernah cuba sekali dan sampai sekarang saya tak percaya dengan rawatan tersebut.


Berapa pula kos yang anda peruntukan untuk penjagaan tubuh dan wajah dalam sebulan?

Saya hanya belanjakan RM500-RM700 sebulan untuk produk wajah, rambut dan beberapa suplemen untuk penjagaan dalaman.


Jika berhadapan dengan tekanan, bagaimana anda mengatasinya?

Bila saya tertekan, saya akan pergi buat sesuatu yang saya suka seperti menonton wayang, pergi ke salun dan makan makanan manis seperti aiskrim dan 'ice blended'. Selain itu saya juga gemar melayari Internet dan meluangkan masa bermain dengan kucing dan biasanya selepas itu tekanan saya akan reda sedikit demi sedikit.


Akhir sekali, apa perkembangan anda sekarang?

Saya baru sahaja selesai menjalani pementasan Maduku.. Kalut. Selepas ini saya akan berehat seketika sebelum menerima apa-apa tawaran. Saya ini jenis fokus pada satu kerja pada satu masa sahaja.


5 PERKARA MENGENAI NAD ZAINAL

1. Peminat setia Shahrukh Khan.
2. Membela lima ekor kucing.
3. Ketinggian Nad hanya 155cm.
4. Anak tunggal.

5. Mengimpikan ke New York untuk membeli-belah.

Masa untuk berubah Iqram Dinzly


Masa untuk berubah Iqram Dinzly
Iqram Dinzly atau nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin

Masa untuk berubah Iqram Dinzly


SEMPENA menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-32, pelakon, model dan pengacara, Iqram Dinzly atau nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, berazam melakukan perubahan pada diri khasnya dari sudut lakonan.

Walaupun sudah berada dalam kelasnya sendiri, namun pelakon Dunia Baru dan Cinta Medik ini nekad menggilap lagi mutu lakonan agar sebaris bintang handalan seperti Eman Manan, Rosyam Nor dan Faizal Hussien.

“Sempena hari kelahiran, banyak perubahan yang mahu dilakukan, terutama yang melibatkan lakonan saya.

“Saya kosong dari segi pengisian. Namun, saya dapat satu kesedaran dan saya melihat dengan permulaan ini ia merupakan satu langkah kematangan saya," katanya.

Menurut Iqram, dia kini tidak mahu lagi terikat dengan watak kebiasaan dengan meneliti setiap tawaran lakonan yang mampu memberikan kepuasan untuknya. Dulu saya agak takut untuk menerima watak-watak antagonis, namun, sejak genap usia 32 tahun ini, saya sudah bersedia mencabar diri untuk menerima watak antagonis.

“Watak sedemikian akan menjadikan saya sebagai seorang artis yang versatil,” ujarnya yang sudah tujuh tahun bergiat dalam bidang lakonan.

Menurut Iqram, dia kini sedang menghayati naskhah terbaik dan bakal muncul melalui drama terbaru yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Sekarang, saya sedang dalam ‘mood’ menghayati watak dari naskhah yang diberi. Tunggu sahaja apa yang bakal saya lakukan.Saya berharap peminat dapat menerima dan berpuas hati dengan hasil kerja keras saya.

"Sudah tiba masanya pelakon senior seperti saya membawa karakter yang berbeza untuk kekal dalam dunia seni,” katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 13 episod iaitu ‘Lara Ameera’ arahan Nurhalim.

Tunggu calon sesuai


Mengulas mengenai hal percintaannya, Iqram mengakui sejak beberapa bulan lalu dia menyendiri dan menegaskan dia kini lebih berhati-hati dalam perkara itu.

“Jika tanya saya dengan siapa saya berkawan, saya hanya dapat menjawab saya berkawan dengan ramai orang. Tapi belum ada yang dapat membuka pintu hati saya,” ujar pelakon yang pernah dikaitkan dengan Fouziah Gous ini.

Katanya, sekiranya sudah bertemu calon yang sesuai, dia tidak menolak bahkan mahu terus mengahwini gadis yang berjaya menawan hatinya.


Jangan buat fitnah! - Sharnaaz Ahmad


Jangan buat fitnah! - Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah

Sharnaaz Ahmad


DEMIKIAN reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad, ketika diminta mengulas status Twitter bekas kekasihnya, Shila Amzah, yang dikemas kini oleh penyanyi berkenaan pada 29 September lalu.

Tweet yang berbunyi, ‘Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora berlakon macam tu. Takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri..’ oleh Shila di laman Twitternya itu ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya apatah lagi dia turut mengakui pernah mengalami situasi seperti dalam filem berkenaan dan masih trauma dengan keadaan tersebut.

Jangan buat fitnah! - Sharnaaz Ahmad


Pengakuan anak dara ND Lala itu secara tidak langsung mengheret sama nama bekas kekasihnya, Sharnaaz yang sememangnya dikenali dengan sikap baran itu.

Enggan dikaitkan lagi dengan penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz, 28, bagaimanapun menyuarakan kekesalannya dan menyifatkan Shila cuba memfitnahnya.

“Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri,” tegasnya.

Meskipun hubungannya dengan Shila tidak kesampaian, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkata, dia sebenarnya sudah pun memaafkan bekas kekasihnya itu atas kemelut yang dialami mereka sebelum ini. Tegas Sharnaaz, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Shila mahupun pada seluruh keluarganya.

“Saya dah lama memaafkan 'mereka'. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, pelakon Juvana ini sempat memberikan kata nasihat khas buat bekas kekasihnya itu.
“Let’s the moon judge. Saya pasti dia akan faham,” kata Sharnaaz.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang sering memainkan watak antagonis dalam setiap lakonannya, kini sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, Baby Yana untuk tayangan RTM. Selain itu dia turut membintangi filem Dollah Superstar di samping Awie dan Fizz Fairuz.

"Selain kerja, saya juga kini bergiat aktif dengan kumpulan permotoran MSS Motorspot dan akan mula ke arena perlumbaan di Sepang pada 11 hingga 13 Oktober nanti," akhirinya.

iskandarX: Tak payah la nak tunjuk sikap baran tu kat orang walaupun nak nafikan sesuatu, ada lagi yang lebih baran kat luar sana. Jaga imej lagi bagus.

Shila: Kenyataan tidak bertanggungjawab


Shila: Kenyataan tidak bertanggungjawab
Shila Amzah
Shila: Kenyataan tidak bertanggungjawab

PENYANYI popular, Shila Amzah menafikan dakwaan blog tempatan yang mengaitkan perasaan traumanya terhadap keganasan lelaki kepada wanita kerana disebabkan perbuatan bekas kekasihnya kepada beliau sebelum ini.

Beliau yang kecewa dengan dakwaan tersebut menyifatkan kenyataan ditulis oleh sebuah blog itu sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya langsung tak kaitkan cerita saya dengan sesiapa pun. Jadi tolong takyah kaitkan la.. Siapa yang tulis itu memang tak bertanggungjawab la.

"Tolong lah blog yang tak bertanggungjawab ini. Maaf cakap tapi kalian tak jaga langsung sensitivity orang lain. Tulis ikut sedap sahaja," katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menimbulkan kontrovesi bahawa situasi dialami penyanyi ini terhadap keganasan lelaki melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.

Dalam blog serta portal hiburan hari ini membuat spekulasi bahawa status Shila di akaun Twitter yang takut untuk menonton filem Bencinta mengundang persoalan sama ada benar penyanyi ini pernah di kasari oleh individu yang pernah rapat dengan dirinya dahulu.

“Takut nak tengok Bencinta. Tapi teringin nak tengok Kak Nora (Danish) berlakon macam tu — takut terbayang-bayang. Been there. Esoklah gagahkan diri,” tulis Shila Amzah.

Shila yang dihubungi portal Gua baru - baru ini mengakui yang beliau pernah menjalani situasi seperti jalan cerita filem Bencinta di mana watak Nora Danish menjadi mangsa keganasan seorang suami lakonan Farid Kamil.

“Saya kemaskini status demikian kerana saya pernah mengalami situasi tersebut. Saya masih trauma dengan keadaan itu,” jelas beliau tentang status tersebut.

Dek kerana Shila Amzah tidak pernah berkahwin, ramai peminat mula berspekulasi yang situasi yang pernah dialami penyanyi ini melibatkan kekasih lamanya yang mana perpisahan mereka menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.


Konsert hitz.fm meriah


Konsert hitz.fm meriah

Konsert hitz.fm meriah


SAMBUTAN ulang tahun hitz.fm, berlangsung dengan jayanya apabila konsert di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, pada Sabtu lalu menerima kunjungan ramai peminat.

‘Hitz.fm Birthday Invasion LIVE Concert’ dengan kerjasama Ford Fiesta itu, menampilkan barisan artis popular tempatan dan juga antarabangsa seperti Chester See yang cukup terkenal menerusi Youtube, selain beberapa artis tanah air yang tersohor seperti Mizz Nina, Joe Flizzow, kumpulan Estranged , Pop Shuvit dan ramai lagi.

Acara yang bermula seawal jam 6 petang itu diiringi dengan pelbagai rentak lagu yang menarik khas untuk menghiburkan penonton sementara menunggu persembahan sebenar artis–artis yang terlibat.

Persembahan dimulakan dengan The Biggest Lies dan disertai nyanyian mantap dari kumpulan Estranged.

Suasana dimeriahkan lagi dengan persembahan artis penuh berbakat, James Baum dan penampilan khas watak Minons yang melakukan pelbagai  aksi lucu di atas pentas.

Konsert hitz.fm meriah


Kemunculan They Will Kill Us Al, Joe Flizzow dan Noh menggamatkan lagi pentas nyanyian dengan lagu-lagu hit mereka. Turut menjadi tumpuan penonton, apabila Mizz Nina membuat pengawalan pentas dengan tarian yang sangat mantap.

Tidak terkecuali, satu-satunya artis antarabangsa, Chester See, yang tampil memukau dengan empat lagu cinta, Nice Guy, Who Am I To Stand In Your Way, Where Are You Now dan God Damn Your Beautiful.

Persembahan bertenaga dari Project EAR & Pop Shuvit, Jakeman & Skeletor, juga tidak kurang hebatnya apabila mereka berjaya mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu turut di serikan oleh penyampai hitz.fm seperti Ean, Jinny Boy, Natalie , Arnold , RD, Ryan dan Denise.


Sharad Sharan Demam adaptasi novel!


Sharad Sharan Demam adaptasi novel!
Love You Mr Arrogant

Sharad Sharan Demam adaptasi novel!


ADAPTASI novel ke layar perak (filem) atau kaca televisyen (drama) bukan lagi fenomena baru dalam industri tempatan.

Gaya kerja adaptasi ini sudah mula dipraktikkan sejak 1958, menerusi karya Harun Aminurashid, Cinta Gadis Rimba (Virgin of Borneo).

Bermula dari percaturan itu, lapan karya adaptasi novel ke filem mula diperkenalkan sehingga tahun 2007.

Ianya termasuk Rumah Itu Duniaku (1964) karya Hamzah Hussein, Bukan Salah Ibu Mengandung (1969) judul asal Memang Nasib Celaka Badan, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971) (Harun Hassan), Langit Petang (1982) (A Samad Said), Ranjau Sepanjang Jalan (1983) (Shahnon Ahmad), Mira Edora (1990) (Khadijah Hashim), Black Widow Wajah Ayu (1994) (Raja Azmi) dan Jogho (1997) (S Othman Kelantan).

Dalam tempoh itu, mungkin konsep ini dilihat tidak terlalu agresif jika dibandingkan dengan senario kini.

Baik di layar perak mahupun kaca televisyen, rata-rata daripadanya memilih karya daripada novel.

Kembali membuka lembaran adaptasi pada 2010, filem arahan, Sharad Sharan menerusi karya nukilan, Ahadiat Akashah, Lagenda Budak Setan, ini berjaya mengangkat kisah cinta antara Kasyah dan Ayu.

Malah, kejayaan filem ini dibuktikan dengan catatan kutipan sehingga RM4.3 juta sepanjang tempoh tayangan.

Paling berjaya, percaturan pengarah, Osman Ali dalam menjayakan novel nukilan, Fauziah Ashaari, Ombak Rindu, ke bentuk layar perak berjaya menempatkan filem ini sebagai filem box office dan mengutip hampir RM11 juta.

Selain itu, filem hebat gandingan Aaron Aziz dan Maya Karin ini turut diberi pengiktirafan oleh Astro menerusi Anugerah Blockbuster dalam kategori Anugerah Astro First Terhebat.

Menjadikan Ombak Rindu sebagai pembakar semangat, ramai dalam kalangan produksi mula berhempas pulas memilih karya hebat untuk dijadikan bahan adaptasi.

Tidak kira dalam bentuk filem mahupun drama, karya yang diterjemahkan mampu menarik minat sang pencinta novel dan penonton.

Antara karya yang dipilih untuk diangkat sebagai drama bersiri termasuk Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa, Bicara Hati, Sehangat Asmara, Gemersik Kalbu, Jauh, Jendela Hati, Trilogi Cinta, Kasih Yang Suci, Tangisan Bulan Madu, Teduhan Kasih dan Stanza Cinta.

Tidak terhenti di situ, kebanyakan karya yang menghiasi televisyen lebih kepada adaptasi novel termasuklah drama bersiri, Kampung Girl, Jodoh Itu Milik Kita dan Love You Mr Arrogant.

Mencipta rating dan peminat tersendiri, ramai di kalangan pengarah dan penerbit mula tertarik dengan konsep ini dan ia terbukti dengan beberapa novel yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Antaranya termasuk Suami Aku Ustaz, Suami Yang Ku Benci, Manisnya Cinta, Perempuan Lindungan Kaabah, Lelaki Eksklusif, Projek Memikat Suami, One Day You'll Be Mine, Suamiku Encik Perfect 10 dan The Wedding Breaker.

Manakala, novel Buku Prima yang bakal diadaptasi seperti Dulu Benci Sekarang Suka, Aku Benci Kau, Saya Tetap Nak Awak, Ops! Zulaikha, I Love You Cikgu, Pengantin Express, Pudina Cinta, Kata Tak Rindu, Dia Tunang Aku, Suamiku Encik Sotong.

Sehingga kini, karya terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, yang telah dipilih syarikat produksi untuk diangkat sebagai filem mahupun drama adalah sebanyak 92 naskhah.

Sharad Sharan Demam adaptasi novel!


Kampung Girl


Mula ditayangkan pada 12 Julai lalu, menerusi slot Zehra TV3, jam 9 malam, drama bersiri, Kampung Girl, merupakan karya adaptasi novelis, Umi Kalsom, keluaran Karya Seni.

Mempertaruhkan gandingan antara pelakon hebat, Nad Zainal dan Akim Ahmad, drama ini semakin meniti di bibir peminat.

Kredibiliti Nad tidak perlu dipersoalkan lagi kerana pelakon ini sememangnya hebat dalam membawa kepelbagaian watak.

Drama ini mengisahkan mengenai Ashraf Khairi, anak bongsu pasangan ahli perniagaan cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi.

Ainnur menerima lamaran daripada keluarga Ashraf kerana tercabar dengan ejekan Ashraf dan dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Namun, lama kelamaan, rasa cinta itu merubah segalanya dan Ainnur membuktikan dirinya bukanlah seperti yang dianggap.

Love You Mr Arrogant

Drama bersiri di slot Akasia TV3, Love You Mr Arrogant, yang ditayangkan pada jam 7 petang, ini juga merupakan karya keluaran Karya Seni.

Mula ditayangkan pada 25 September lalu, karya nukilan Aliesha Kirana, ini dibintangi Azlee Khairi dan Zara Zya, selaku tonggak utama.

Drama 26 episod ini juga turut membariskan pelakon hebat seperti Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz dan Aishah Illias.

Drama ini mengisahkan Zaara Amirah yang terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari Zafriel Irham.

Namun keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

Jodoh Itu Milik Kita

Sebelum ini, nama pelakon hebat, Farid Kamil, lebih tertumpu pada lakonan filem.

Namun, menerusi karya adaptasi, Jodoh Itu Milik Kita, Farid digandingkan bersama Tiz Zaqyah dalam drama rantaian.

Merupakan gandingan pertama, baik Farid mahupun Tiz, masing-masing berjaya menterjemahkan watak Aariz Danial dan Dahlia Darius dengan baik.

Mula bersiaran pada 19 Ogos lalu menerusi saluran Astro, Mustika HD (134), setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam, drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd ini mendapat sentuhan daripada pengarah, Jamal Khan.

Walaupun ianya merupakan novel pertama nukilan novelis, Sara Aisha, namun karya keluaran Karya Seni ini mempunyai jalan cerita yang menarik.

Mengisahkan mengenai Dahlia yang terhutang budi kepada keluarga Syafiq dan bersetuju untuk berkahwin.

Namun, pada hari pernikahan mereka, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima pilihan keluarga.

Ketika itu, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru pulang dari Melbourne dipaksa menggantikan adiknya sebagai pengantin lelaki.

Drama hebat ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, dan Lana Nordin.

Syurga Di Wajahmu

Bakal menemui penonton di saluran RTM tidak lama lagi, karya nukilan, Laila Hanni, Syurga Di Wajahmu, dipilih untuk diangkat sebagai drama bersiri.

Karya terbitan Kaki Novel ini menampilkan pelakon, Dazrin Kamaruddin dan Ana Dahlia sebagai teraju utama.

Memilih lokasi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan, drama ini mengisahkan mengenai cinta antara Engku Lokman dan gadis kampung, Idayu.

Pertemuannya dengan Engku Lokman, membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari Idayu selama ini, memandangkan Engku Lokman mempunyai gaya hidup bebas dan liar.

Gaya hidup Engku Lokman yang gemar bersosial itu turut memberi padah buat Idayu apabila dia diperkosa ketika sedang tidur.

Bapanya memaksa mengahwini Idayu dan Engku Lokman menetapkan tempoh tiga bulan sahaja untuk bergelar suami.

Suami Aku Ustaz

Bakal diadaptasi ke layar perak, karya nukilan Hannah Dhaniyah ini mengisahkan mengenai Alisa yang dipaksa berkahwin pada usia 17 tahun.

Alisa dipaksa berkahwin dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.

Dilema bermula apabila Alisa, menyembunyikan identitinya sebagai pelajar sekolah.

Filem terbitan syarikat produksi, Nur ADP Sdn Bhd, milik pelakon kacak, Adi Putra, itu bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Memilih pelakon cantik, Nora Danish sebagai tonggak utama filem sebagai Alisa, Adi turut berperanan sebagai Ustaz Hafiz.

Filem ini menjadi karya yang ditunggu-tunggu penggemar novel memandangkan novel tersebut merupakan novel terlaris pada tahun lalu, terbitan Karya Seni.

Seakan ingin mengulangi kejayaan drama bersiri, Tentang Dhia, yang menggandingkan Nora dan Adi, filem ini dijangka memberi saingan sengit kepada filem adaptasi lain yang bakal ditayangkan.

Manisnya Cinta

Mempertaruhkan pelakon cantik, Fazura dan pelakon hebat, Shaheizy Sam, sebagai tonggak utama, filem, Manisnya Cinta, ini bakal menemui penonton pada tahun hadapan.

Filem  diadaptasi dari karya novelis, Anis Ayuni ini diterbitkan syarikat terkenal, Global Stations dan mendapat suntingan pengarah, Bernard Chauly.

Selain Sam dan Fazura, filem yang turut menjalani penggambaran di Turki ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatima, Faizal Hussein dan Josiah Hogan.

Secara dasarnya, karya terbitan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, ini menceritakan  kehidupan gadis, Ifti Liyana yang tidak pernah mendambakan kasih sayang Fredo.

Namun, setelah Fredo menikahi gadis lain, tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Pertemuan pertama dengan Nazmi  mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Namun, Ifti Liyana yakin, Nazmi adalah insan yang tercipta untuknya.

92 novel terpilih

Selaku Pengurus Besar Penerbitan, Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin turut menyatakan pandangan positifnya dalam perkembangan senario adaptasi ini.

Menurut Sri Diah, sehingga kini, sebanyak 92 karya novel telah dilamar pihak produksi untuk diangkat sebagai filem, telemovie dan drama bersiri.

"Alhamdulillah, bilangan ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Malah, ia menunjukkan perkembangan positif dan pastinya kejayaan buat penulis di bawah naungan Karangkraf.

"Setiap karya yang diberi mandat untuk diadaptasi akan dikenakan bayaran sebanyak RM10,000.

Dengan jumlah ini, kami akan memberikan 40 peratus kepada penulis. "60 peratus lagi kami akan gunakan untuk tujuan promosi, iklan serta majlis ramah mesra bersama penulis dan pelakon.

"Kami sememangnya bertungkus lumus membantu dalam membuat promosi besar-besaran untuk karya yang dipilih. Malah, kami turut menggunakan beberapa medium untuk memberi hebahan kepada penonton dan peminat," katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan novel yang diadaptasi memberi pulangan yang banyak buat novelis apabila novel mereka berjaya diulang cetak beberapa kali.

"Selain daripada RM4,000 yang diterima sebagai wang sagu hati, penulis juga akan meraih keuntungan apabila novel itu dicari pembaca.

"Sehingga kini, novel Ombak Rindu merupakan karya yang paling banyak diulang cetak. Selain itu, ada beberapa novel lagi termasuk Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa dan Adam & Hawa, berjaya meraih keuntungan besar," katanya lagi.


Cinta baru Awi Rafael?


Cinta baru Awi Rafael?
Awi Rafael

Cinta baru Awi Rafael?


PERNAH dikaitkan dengan Shasha Elite, pelantun Pulanglah ini kembali menjadi perhatian setelah gambar mesranya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Anne, sengaja dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Menafikan hubungan cinta yang terjalin, Awi Rafeal berkata, hubungan mereka tak lebih dari rakan kerja.

“Mana ada kami bercinta. Lagipun, dia kawan biasa sahaja. Sebenarnya, tiada apa-apa hubungan istimewa di antara saya dengan dia. Hubungan kami hanyalah pada urusan kerja semata-mata,” tegasnya.

Mengulas lanjut mengenai wanita itu, Awi memberitahu, Sarah adalah seorang artis baru untuk sebuah band dan dia hanya bertindak sebagai penulis lagu kepada band berkenaan.

“Pihak pengurusan band itu melantik saya untuk menulis lagu kepada mereka.

"Jadi, saya rapat dengannya adalah kerana perkara itu," katanya lagi.

Di tebak pertanyaan mengenai wajah Sarah yang mempunyai iras seperti Hanez Suraya, penyanyi kelahiran Singapura ini terus menepis dakwaan itu.

“Tak ada lah. Sepanjang saya berkawan dengan dia, Awi tak pernah terfikir akan perkara itu,” katanya yang pernah menjalinkan hubungan serius bersama Hanez.

Fokus kerja


Dalam pada itu, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, yang juga komposer berkata, dia ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang nyanyian dan lakonan.

“Fokus saya hanyalah pada kerja!. Malah, video klip lagu Kalau Aku Kaya duet bersama Altimet mendapat dua juta ‘view’ di Youtube.


Shae cari calon di Malaysia?


Shae cari calon di Malaysia?
Shae a.k.a Sheryl Gething

Shae cari calon di Malaysia?


SEJAK muncul dengan lagu 'Sayang', Shae atau nama sebenarnya, Sheryl Gething, 19, semakin meniti di bibir peminat.

Selain banyak menerima tawaran nyanyian, penyanyi yang berasal dari Indonesia ini turut menerima undangan sebagai penampilan khas untuk drama dan program televisyen di negara ini.

Bagaimanapun, siapa sangka penyanyi berdarah kacukan Australia ini sebenarnya masih kurang popular di negara sendiri. Malah hal itu diakui sendiri oleh Shae, ketika menjalani sesi fotografi bersama Zass baru-baru ini.

"Walaupun saya kurang menyerlah di Indonesia tetapi ia tidak menjadi masalah bagi saya dalam mengembangkan karier saya dalam bidang nyanyian.

"Ternyata walaupun tidak diterima baik di sana, namun saya diterima baik di Malaysia.

"Saya sangat gembira dengan penerimaan peminat di Malaysia. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk berusaha lebih keras dalam karier nyanyian," kata Shae yang turut mengakui sukar mendapat tawaran nyanyian di negara kelahirannya sendiri.

Nekad meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian, Shae berkata, apa yang penting dia sedang berusaha memberikan yang terbaik untuk peminatnya di sini dan dia sangat gembira dengan sokongan yang diterima.

"Bagi saya soal populariti itu tidak penting, apa yang menjadi fokus utama saya adalah bagi memastikan peminat menerima setiap lagu yang saya bawa.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak dan juga syarikat Warner Music yang telah memberi ruang untuk saya mempromosikan lagu saya sehingga dikenali di sini," katanya.

Promosi single terbaru


Kembali dengan single terbaru, 'Cintaku Telah Mati Untukmu' dan 'Hangat Hangat Kuku', ciptaan komposer, Posan Tobing,  penyanyi berambut perang ini mengharapkan ia turut mendapat sambutan seperti mana lagunya
sebelum ini.

Menurut Shae, seperti Sayang, kedua-dua single itu masih mengekalkan muzik 'cathcy' dan turut diberi sentuhan yang lebih segar untuk selera peminat masa kini.

"Saya percaya dan yakin peminat akan menerima dan terhibur dengan lagu tersebut.

"Saya juga dalam perancangan untuk mengadakan mini konsert bagi single terbaru ini dan berharap konsert tersebut mendapat sambutan ramai," katanya yang bakal tampil dengan mini album.

Turut mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan, Shae berkata, ia juga merupakan sebahagian dari minatnya sejak berkecimpung dalam bidang seni.

"Saya bersyukur, sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Saya begitu gembira dapat menceburi bidang lakonan dan berharap dapat membawa setiap watak yang diberikan dengan baik.

"Jika diberi peluang untuk memilih watak, saya lebih gemar melakukan watak aksi," katanya yang pernah membuat penampilan khas menerusi drama bersiri Strawberi & Karipap di Astro Ceria.

Calon suami di Malaysia?

Melihat pakej lengkap yang dimilikinya, mustahil orang secantiknya masih belum berpunya. Diajukan mengenai perkara itu, Shae berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta. Namun sekiranya ada jodoh, dia tidak akan menolaknya. Malah kata Shae dia juga sedia menerima calon dari negara ini.

"Pengalaman bercinta sebelum ini, membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup, namun saya tidak menolak sekiranya ada jodoh.

"Saya percaya kepada takdir. Jadi, apabila jodoh sudah sampai, pastinya saya akan terima seadanya," katanya yang kini mahu memberi tumpuan terhadap karier.


Aurora Salwa ditaja 'Datuk'?


Aurora Salwa ditaja 'Datuk'?
Aurora Salwa

Aurora Salwa ditaja 'Datuk'?


Tampil dengan imej baru, penyanyi lagu Ahmad, Aurora Salwa yang kini dikenali dengan nama Salwa Razak, pernah menghangatkan industri hiburan tempatan dengan kisahnya yang dikatakan melakukan perkara syirik untuk menaikkan namanya dalam bidang seni.

Menutup cerita lama, penyanyi dan pelakon ini  mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai kisah panas itu lagi.

Ketika ditemui Zass baru-baru ini, pelakon ini juga  enggan melayan gosip dan fitnah yang dilemparkan kepadanya apabila dia dikatakan ditaja seorang Datuk.

"Apa yang pastinya, saya tak berbuat demikian, tetapi kerana ada penganiayaan daripada orang yang tidak bertanggungjawab itu maka timbullah cerita sebegini.

“Orang ini tidak senang melihat saya berjaya dan mahu menghancurkan kerjaya seni saya dan saya tahu siapa yang melakukan kerja ini tetapi saya tak mahu dedahkan. Yang pastinya, sekarang dia sedang melakukan perkara yang sama kepada seorang lagi artis baru di bawah syarikat yang saya bernaung sebelum ini.

“Biarlah. Saya hanya mahu kisah lama saya berkubur dan mulakan kehidupan baru dan ia lebih kepada karier berbanding kisah peribadi,” katanya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi).

Nama, imej baru


Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan, Salwa bangkit dari tragedi hitam yang menimpa dirinya. Enggan melayan sebarang cerita atau kontroversi murahan berkaitan dirinya, penyanyi tinggi lampai ini mahu memberi perhatian terhadap karier seninya dengan nama yang baru.

“Salwa Razak merupakan panggilan baru dan saya amat selesa menggunakannya.

“Panggilan ini sebagai lembaran baru untuk saya lupakan sejarah bersama nama Aurora Salwa.

Turut tampil dengan imej baru, Salwa kelihatan lebih manis membawakan imej yang lebih trendy dan santai.

“Saya lebih selesa tampil ringkas, kemas begini. Tapi ia akan ikut acaralah,” katanya yang kini membuka lembaran baru dan bersyukur telah menyiapkan klip video dan single terbaru iaitu Hidup Baru dan Takdir Dan Masa di bawah label JJ Solution Sdn. Bhd.

Kedua-dua single itu ditulis oleh komposer, Kunci Demak yang kini sudah pun diputarkan di beberapa buah radio.

Menurut Salwa, single dengan tajuk Hidup Baru itu merupakan buah tangannya untuk peminat apabila lagu itu merupakan sentuhan peribadinya bersama Kunci Demak.

“Saya yang memilih sendiri genre lagu balada ini untuk disesuaikan bersama vokal saya. Nampaknya, seiring dengan umur saya, saya mahu buat perubahan muzik ke arah kematangan saya.

“Saya suka bekerjasama dengan Kunci Demak,” katanya yang mahu mengetengahkan genre muzik itu berbanding muzik ‘catchy’ seperti sebelum ini.

Menurutnya, pada bulan ini dia akan jelajah di stesen-stesen radio untuk mempromosikan singlenya dan berharap lagu itu turut popular seperti 'Ahmad'.

Lakonan, nyanyian seiring

Kekal positif dan lebih terbuka  menceburi pelbagai bidang, nampaknya, tawaran lakonan berpihak kepada bekas anggota polis ini.

Meninggalkan karier lamanya sebagai anggota polis, penyanyi ini mendapat tawaran melakonkan watak aksi di dalam drama D7 sebanyak 13 episod.

Nekad dan yakin dengan bakat yang ada dalam dirinya dia juga kini terlibat dengan sebuah drama yang bertajuk Misteri X.

Menurut Salwa, dia berharap kedua-dua kariernya itu akan berjalan seiring.

“Alhamdulillah, peluang itu datang seiring dan tawaran yang saya terima juga adalah jenis watak yang penuh aksi.

Sekiranya saya mendapat tawaran perempuan Melayu terakhir, saya pasti tidak dapat lakukannya.

“Ini kerana saya seorang yang lasak, jadi saya tak suka watak lemah lembut. Saya yakin, saya tak dapat buat watak itu,” akhirinya yang juga pernah berlakon sebagai pegawai polis dalam filem pertamanya, Kerat 14.


Wan Maimunah: Ibu dah lama tak dapat 'job'


Wan Maimunah: Ibu dah lama tak dapat 'job'
Wan Maimunah

Wan Maimunah: Ibu dah lama tak dapat 'job'


“IBU dah lama tak dapat 'job'. Orang dah tak panggil ibu lagi...,” itulah luahan pelakon serba boleh yang terkenal dengan watak air mata, Wan Maimunah.

Menurut Wan Maimunah atau nama sebenarnya, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, dia sendiri tidak mengingati drama terakhirnya kerana sudah lama tidak dipanggil ke lokasi penggambaran.

“Ibu tak ingat drama terakhir ibu, tapi seingat ibu, memang dah lama lah tak berlakon.

“Ibu pun pelik, kenapa ibu tak dipanggil lagi. Mungkin produksi dah tak mahu khidmat ibu dan mungkin sudah ada pengganti.

“Ibu teringin nak berlakon lagi lagipun ibu masih boleh bekerja. Ibu masih boleh hafal skrip dan beraksi dengan jiwa seperti dahulu,” katanya yang pernah memenangi trofi, Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) untuk lima tahun berturut-turut pada 1992 hingga 1996.

Enggan bergantung hidup kepada anak-anak, Wan Maimunah cuba mencari pendapatan sendiri dengan menjual pakaian wanita.

“Ibu sekarang ada buat perniagaan kecil-kecilan jual barang-barang wanita termasuk baju dan tudung.

“Nak jual kat pasar malam dan buka kedai, ibu tak mampu nak sediakan modal besar-besar. Jadi, ibu nak buka gerai depan rumah ibu saja.

“Bukan apa, meniaga ni, untuk sara makan minum ibu saja. Cukuplah sekadar ibu tak menyusahkan sesiapa,” katanya sebak.

Mengimbau kerjaya seni Wan Maimunah, pelakon ini mula menceburi bidang lakonan secara serius pada 1972.

Sepanjang penglibatannya, dia pernah membintangi beberapa filem termasuk, Gentayangan, Puaka Tebing Biru, Cinta Luar Biasa, Soalnya Siapa, Anak Mami The Movie, Putih, Jimi Asmara, Interlud dan Wanita Bertudung Hitam.

Selain di pentas ABP, Wan Maimunah juga pernah menjulang trofi di Anugerah Skrin 2002 bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi dramanya, Rumah di Tengah Sawah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan