Cari Artikel

Thursday, September 26, 2013

Fouziah Gous, Md Zhafran selamat diijabkabul


Fouziah Gous, Md Zhafran selamat diijabkabul
Fouziah Gous, Md Zhafran

Fouziah Gous, Md Zhafran selamat diijabkabul


PELAKON terkenal, Fouziah Gous selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Md Zhafran Md Yusof dengan sekali lafaz tepat jam 9.42 malam tadi.

Fouziah Gous dan Md Zhafran dinikahkan di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhd Sujak Mohd Dasuki dengan mas kahwin RM1,112 beserta hantaran berjumlah RM50,000.

Fouziah menerima tujuh dulang hantaran yang berbalas sembilan.

Pasangan ini bertunang Mei lalu.


Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.

Dampak selongkar kisah kongsi gelap


Dampak selongkar kisah kongsi gelap
Poster Filem Dampak



Dampak selongkar kisah kongsi gelap


Jika sebelum ini filem seram dan komedi lebih kerap memonopoli tayangan, kali ini, kebanyakan penerbit sudah beralih kepada filem bergenre aksi.

Biarpun ada di antara pihak yang menyalahkan filem aksi terutamanya yang mengangkat kisah kongsi gelap dan gangster, namun pengarah filem ini, Lai Yuk Long berasakan sebaliknya.


“Saya akui agak bimbang jika filem ini mendapat reaksi negatif daripada penonton ekoran paparan kisah kumpulan kongsi gelap yang ditonjolkan.



“Walaupun kegiatan kongsi gelap menjadi isu ketika ini, namun sebenarnya filem ini bukanlah berniat mempromosikan budaya buruk berkenaan sebaliknya memaparkan sebuah kisah fiksyen yang sarat dengan adegan aksi” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.


Jelas Lai, filem Dampak secara keseluruhannya membawa tema persahabatan, kekeluargaan dan banyak memaparkan pengajaran sekiranya tidak memilih jalan benar dalam hidup.

Dampak mengisahkan pengembaraan lima beradik yang bermula apabila salah seorang adik mereka iaitu Afran hilang selain masing-masing berusaha mencari punca kecacatan dan parut pada muka ayah angkat mereka yang dipanggil Tok Long.

Tatu merah yang ada pada pergelangan tangan Tok Long juga membuatkan niat mereka untuk membalas dendam terus membara, tambahan pula dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki masing-masing menguatkan lagi semangat mereka.

Pertembungan dengan Botak adalah titik permulaan dalam melaksanakan misi mereka. Idrus, Giran, Hana dan Qyra mula menjumpai tanda-tanda untuk mereka mendapatkan bukti mengenai misi yang sedang dilakukan apatah lagi kehilangan Afran juga turut mengaitkan dengan hubungan di antara Tok Long, Tiger Lang dan Joni Hitam.


Dampak selongkar kisah kongsi gelap



Pelakon kelas A


Istimewanya filem terbitan  Apes Haus dan Ops Picture Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon hebat Malaysia seperti Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya.

Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin.

Justeru, secara ringkasnya, apabila menampilkan barisan pelakon yang hebat, ia secara tidak langsung memberikan sebuah lakonan yang mantap dan komitmen yang cukup tinggi.

Malah penonton pasti tidak merasa lakonan yang terasa di buat-buat dengan barisan pelakon yang sedia ada.

Begitu juga dengan gandingan seperti Farid dan Intan yang nampak cukup baik sepanjang perjalanan cerita ini. Apatah lagi, Lai berjaya menonjolkan setiap pelakon tanpa melebihi pelakon yang lain.


Dampak selongkar kisah kongsi gelap



Aksi realistik


Biarpun agak berat dari segi paparan babak aksi - di mana 90 peratus babak dalam filem ini memaparkan aksi pertarungan, bunuh, namun bagi penulis ia memberikan kepuasan tersendiri kepada pecinta filem aksi.

Menariknya, apabila sudah menggunakan pelakon hebat, maka secara tidak langsung ia memberi aksi pertarungan lebih realistik terutamanya daripada Aaron dan Farid.

Jelas Lai, dia sangat menekankan tumpuan kepada babak aksi dan banyak mengaplikasikan konsep grafik berbentuk novel bagi memberikan impak seni kepada filem itu.

“Kami bukan saja mahu menonjolkan babak pergaduhan itu, tetapi ingin menterjemahkan dalam bentuk seni supaya dapat memberi kesan segar kepada penonton,” jelasnya.

Lebih bangga, jika selama ini kita sering melihat babak pertarungan antara pelakon lelaki, namun menerusi Dampak, penonton akan dapat melihat 'aksi sebenar' Intan dan Juliana yang nampak cukup hebat menjayakan filem aksi.

Manakala dari plot penceritaan pula, biarpun ada turun dan naiknya, namun penonton masih dapat memahami keseluruhan jalan cerita.

Begitu juga dengan babak aksi, kerana penonton juga harus melihat di sebalik babak aksi, apa yang cuba disampaikan oleh pengarah ini adalah nilai kekeluargaan yang tidak patut diketepikan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Taruhan babak ranjang?

Bagai satu ikutan apabila ada pengarah menyelitkan babak ranjang sebagai tarikan untuk penonton ke panggung, namun jelas Lai, babak antara Intan dan Farid itu bukan satu taruhan.

Biarpun dilihat agak mesra, namun dalam masa mengerikan apabila Farid yang ketika itu tercedera masih sanggup untuk berasmara.

Jelas Intan Ladyana, babak tersebut sememangnya sukar dibawakan, namun sebagai pelakon dia menganggap babak berkenaan sebagai satu cabaran.

“Saya tiada masalah jika babak berkenaan menjadi bualan dan mendapat kritikan daripada peminat kerana itu sebahagian daripada jalan cerita filem dan ia hanya lakonan.

“Walaupun tidak mudah untuk saya lakukan aksi berkenaan, tetapi sebagai pelakon itu adalah cabaran untuk saya,” katanya.

Bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita dan melihat sendiri kehebatan aksi filem ini serta mengetahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan filem Dampak yang sudah menemui penonton di seluruh pawagam tanah air sejak 19 September lalu.





































Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak


Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak

Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak


SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, memfailkan pindaan terhadap tuntutan hak penjagaan anak-anaknya yang dibuat sebelum ini semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, dekat sini, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie, yang mewakili Mohd Aidil selaku plaintif dalam proses tuntutan hak penjagaan Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, selepas pasangantersebut bercerai 5 September lalu.

Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak
Rita Rudaini Mokhtar

Plaintif turut mengemukakan surat cadangan penyelesaian secara baik kepada Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.

Rita Rudaini, yang diwakili peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memohon satu tarikh sebutan baru bagi membolehkan pihaknya meneliti tuntutan dan surat terbabit sebagai persediaan pembelaan.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, menetapkan 13 November 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Mohd Aidil tidak hadir kerana ada komitmen kerja di Pahang.


'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti


'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti


'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti


MENYUSUL selepas ‘Hujan’, sebuah lagi drama hebat, ‘Derhaka Seorang Madu’ hasil garapan sutradara Azhari Zain, kini menghiasi slot Azalea.   

Mula ditayangkan pada 19 Ogos lalu, drama 20 episod ini dibintangi Lisdawati, Faradhiya, Lufya, Aman Nassim, Farisha Crosly dan Norlia Ghani.

Mengangkat kisah kehidupan bermadu, drama ini berkisar mengenai pasangan suami isteri, Kamal dan Hawa, yang hidup bahagia bersama dua anak mereka, Muaz dan Malissa.

Namun konflik rumah tangga mereka bermula apabila Hawa membenarkan sahabatnya, Rozita dan anak perempuannya, Icha tinggal bersama di rumah mereka.

Dalam diam, Kamal ingin mengahwini Rozita dan sanggup menipu isterinya sendiri.

'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti


Bukan hanya memaparkan kisah kehidupan bermadu semata-mata, pengarahnya, Azhari berkata, drama ini sarat dengan mesej serta pengajaran buat kaum wanita.

"Apa yang ingin saya sampaikan dalam drama ini dapat  dijadikan sebagai panduan kepada wanita di luar sana.

"Mereka seharusnya bersikap lebih tegas jika menghadapi situasi seperti ini.

"Jangan jadi mangsa, sebaliknya harus cari kaedah yang sesuai daripada terus tertindas," katanya.

'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti


Kerap ubah skrip


Bercerita mengenai cabarannya mengarahkan drama ini, Azhari berkata, dia terpaksa beberapa kali mengubah skrip supaya ia menjadi lebih realistik di mata penonton.

Malah dia juga amat teliti dengan setiap dialog mahupun babak yang bagi mengelak sensitiviti masyarakat.

"Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan supaya ia sesuai dipertontonkan.

"Bukan senang untuk kita menghasilkan drama sebegini lebih-lebih lagi ia berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam masyakat kita.

'Derhaka Seorang Madu' daripada kisah realiti


"Jika tersilap langkah, ia boleh menimbulkan kemarahan penonton," katanya.  

Daripada segi pemilihan pelakon, Azhari berkata, pihak produksi telah memilih pelakon yang dirasakan benar-benar layak untuk mendukung setiap watak. Malah dia sangat kagum dengan kerjasama yang diberikan kesemua pelakon.

"Lisdawati sangat terkenal dengan watak-watak berair mata serta beremosi, maka dia sangat sesuai membawa watak Hawa. Sementara Faradhiya pula, sangat terkenal dengan watak antagonis dan penggoda.

"Azhan juga tak kurang hebatnya. Dia berjaya membawa wataknya dengan baik. Walaupun jadi suami yang pemarah, namun dia berjaya menonjolkan sisi bapa penyayang," katanya.


Yasmin Hani: Bukan sengaja tayang perut


Yasmin Hani: Bukan sengaja tayang perut
Yasmin Hani


Yasmin Hani: Bukan sengaja tayang perut


BEBERAPA bulan lalu, pelakon dan pengacara, Yasmin Hani pernah dikecam gara-gara beberapa keping gambar suaminya, Sha'arin Razali melukis inai di lengan ketika bercuti ke Bali.

Pun begitu, isu itu kembali reda setelah Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson, 34, memohon maaf di atas kesilapannya itu.

Namun, beberapa hari lalu, gambar perut Yasmin Hani yang dilukis cantik menjadi tatapan di laman sosial setelah gambar itu tersebar.

Gambar yang menampakkan bahagian perut Yasmin Hani dilukis dengan simbol dedaun dan pokok itu mendapat kritikan daripada peminat yang mempersoalkan tindakan pelakon itu.

Ketika dihubungi Zass, Yasmin Hani mengakui gambar itu bukanlah untuk tatapan umum.

“Sebenarnya, gambar itu adalah koleksi peribadi saya dan saya tidak pernah memuat naik gambar itu di laman sosial.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar dan menjadi tatapan umum di internet.

“Saya lakukannya untuk tujuan suka-suka sahaja dan lukisan itu dihasilkan oleh anak saudara perempuan saya,” katanya yang kini sedang hamil 32 minggu.

Akui tertekan dengan situasi yang berlaku, Hani berkata, dia sendiri merasa terganggu dengan perkara ini.

“Saya sangat tertekan dengan perkara ini, maklumlah saya kini sedang hamil dan bakal bersalin tidak lama lagi.

“Saya berharap agar peminat dan masyarakat di luar tidak terus menyalahkan saya dalam hal ini.

“Saya malas nak ambil pusing mengenainya kerana ia akan memberi kesan buruk kepada saya dan kandungan,” katanya sedih.

Yasmin Hani: Bukan sengaja tayang perut
Yasmin Hani

Rahsia jantina anak


Kini, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk Hani dan Sha'arin menyambut kehadiran orang baru.

Di usia 32 minggu, Hani memberitahu, dia telah pun menyediakan beberapa kelengkapan untuk cahaya mata pertamanya itu.

“Kami sudah pun menyediakan kelengkapan bayi memandangkan masanya semakin tiba.

“Dalam pada itu, saya telah menjalani ujian imbasan untuk mengetahui jantina dan keadaan bayi di dalam kandungan.

“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja dan saya telah mengetahui jantina. Namun, buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia.

“Apa yang penting, bayi saya sihat dan dalam keadaan yang baik,” katanya.


Bienda belum menyepi


Bienda belum menyepi
Bienda

Bienda belum menyepi


SEJAK dikurniakan puteri sulung, Lavienda Namiraz yang kini genap usia setahun, dramatis berasal dari Kelantan ini agak menyepi dalam bidang seni. 

Masih rindu dengan dunia lakonan, Nor Razlinda Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda, 28, mengakui semakin kurang menerima tawaran.

"Kali terakhir saya berlakon dalam drama bersiri 26 episod, Sebumbung yang disiarkan di saluran RTM, pada 2011 lalu.

"Sejak itu tawaran semakin kurang. Saya sedar, saban hari saya terpaksa bersaing dengan pelakon baru yang semakin ramai. "Pun begitu saya harus akur dengan situasi itu dan percaya rezeki itu datangnya dari ALLAH SWT," ujar Bienda.

Meskipun tidak terlalu menonjol dalam bidang seni, Bienda bersyukur kerana perniagaan tudung jenama dan rekaannya sendiri, Bienda Lavienda semakin mendapat sambutan.

"Dengan adanya perniagaan ini, sedikit sebanyak ia dapat menambah pendapat saya sekeluarga, Jika dulu saya selalu memberikan cadangan untuk rakan-rakan membuka jenis perniagaan ini, sekarang giliran saya pula.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan saya bersyukur dengan rezeki yang ada. Bagi mengembangkan perniagaan, saya turut membuka jualan menerusi online," kata Bienda.

Tidak pernah lupa dalam bidang nyanyian, Bienda yang sebelum ini popular menerusi lagu Penantian, memberitahu dia bakal menampilkan dua single terbarunya dalam tahun ini.

"Lagu berjudul Permata yang cipta oleh Edry Abdul Halim telah siap dirakam, kini tinggal lagu diciptakan vokalis daripada band Pesawat iaitu Jipie masih dalam proses.

"Lagu tersebut akan siapkan pada tahun ini, buat masa ini saya mengeluarkan single dahulu," katanya yang turut memasang impian untuk memiliki album sendiri.


Hans Isaac kembali mengarah filem


Hans Isaac kembali mengarah filem
Hans Isaac

Hans Isaac kembali mengarah filem


KEGAGALAN filem Lemak Kampung Santan hampir membuatkan pengarah, penerbit dan pelakon terkenal ini berputus asa. 

Bagaimanapun rasa cinta yang mendalam di layar perak membuatkan aktor kacak ini kembali bangkit untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang seni.

Kembali dengan filem terbarunya, Carmina, pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, ini bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi mencuba nasib di pasaran filem sendiri.

Menurut Hans Isaac, urusan penerbitan dan penggambaran filem itu akan dilakukan di Singapura bermula tahun hadapan.

"Filem ini menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Ia bukan untuk industri di Malaysia, sebaliknya lebih fokus untuk industri antarabangsa.

"Buat masa ini, ia masih dalam proses mencari pelakon," kata Hans.

Mengulas lanjut mengenai filem terbarunya itu, Hans memberitahu, ia mengisahkan tentang perjalanan hidup ibunya sendiri. Malah judul filem itu turut diambil sempena nama mendiang ibunya, Carmina.

“Filem ini begitu istimewa buat saya. Ia dihasilkan bagi memperingati pengorbanan ibu saya sebelum beliau meninggal dunia.

"Keseluruhan filem ini adalah kisah benar yang berlaku ketika beliau bertarung nyawa menghadapi penyakit kanser.

"Saya yakin ia akan meninggalkan kesan mendalam buat sesiapa saja yang menontonnya," katanya.

Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam filem itu, Hans memberitahu, dia hanya akan bertindak sebagai pengarah dan tidak akan berlakon sama kerana khuatir ia akan mengganggu emosinya.

"Sekarang saya lebih fokus untuk mencari siapa pelakon yang layak untuk memegang watak sebagai ibu saya.

"Kalau boleh saya nak cari pelakon yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti ibu saya," katanya yang ditemui ketika sidang media Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, kelmarin.


Lawak Ke Der 3 ditunda


Mengulas mengenai penangguhan pementasan Lawak Ke Der 3 (LKD3), Hans berkata, pihaknya terpaksa akur demi memberi laluan kepada acara rasmi negara yang bakal diadakan di Istana Budaya (IB) sempena lawatan Presiden China ke Malaysia pada 4 Oktober depan.

Pementasan LKD3 yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober itu, ditunda pada 4 Disember.

“Pada mulanya memang saya terkejut dengan penundaan ini. Tapi bila difikirkan, kami perlu dahulukan perkara lebih penting.

“Bagi peminat yang sudah beli tiket, ia masih boleh digunakan mengikut tarikh baru. Hari persembahan dan tempat duduk dikekalkan seperti biasa,” katanya.  

Selain masih mengekalkan Nabil dan Harith Iskander, LKD3 turut menampilkan Douglas Lim dan kumpulan Jambu.

Hans berkata, pementasan kali ini akan memberi lebih kelainan dari segi persembahan. Jelasnya, pada 6 Disember, keseluruhan persembahan akan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

"Saya lihat ada hikmahnya terhadap penundaan ini. Tarikh baru jatuh pada cuti sekolah dan ia pasti akan menarik lebih ramai penonton," katanya.

Tiket-tiket pementasan boleh didapati dengan harga RM46, RM96, RM126, RM176, RM196 dan RM356.


Rozita Che Wan: Mereka semua dengki!


Rozita Che Wan: Mereka semua dengki!
Rozita Che Wan

Rozita Che Wan: Mereka semua dengki!


MUNGKIN rata-rata masyarakat dan peminat sudah tidak sabar menyaksikan detik bahagia pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, diijabkabulkan.

Memilih Disember tahun ini sebagai tarikh untuk disatukan, baik Zain mahupun Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, masing-masing inginkan persiapan yang terbaik untuk majlis itu.

Pun begitu, sebagai selebriti terkenal, mereka tidak terlepas daripada sebarang dugaan mahupun kata-kata orang yang tidak merestui hubungan mereka.

Malah sebelum ini, Zain, 29, pernah didatangi individu yang terang-terangan membuka aib Che Ta dan menceritakan keburukan aktres itu untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Bertanya kepada Che Ta mengenai perkara itu, pelakon Kiah Pekasam ini tidak cepat melatah, malah seakan sudah lali dengan kontroversi yang menimpa dirinya.

"Sebenarnya, mereka semua tu dengki. Saya (Rozita Che Wan) sendiri tak tahu apa motif dia untuk memburukkan saya kepada Zain.

"Apa yang penting, semua itu tak pernah menjadi 'kudis' buat kami. Malah, saya percaya, kesetiaan dan kepercayaan Zain pada saya tidak pernah berubah.

"Kami dah letih nak layan karenah manusia yang macam ni. Tak boleh lihat orang lain bahagia. Namun, apa nak buat, manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain," katanya.


Hak berfesyen


Bukan sahaja sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, malah Che Ta juga turut dilabel sebagai selebriti yang sering menggayakan pakaian sendat dan seksi.

Tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara itu, Che Ta menganggap ianya sebagai lumrah dunia selebriti yang sentiasa dilihat dari sudut negatif.

"Biarlah apa orang kata pasal saya, saya malas nak komen banyak-banyak. Yang penting saya tahu apa yang saya buat.

"Ini adalah hak masing-masing dalam berfesyen. Saya akui, memang saya sering menggayakan pakaian sendat tapi bersebab.

"Menerusi baju yang saya pakai, saya dapat monitor diri saya sama ada berat saya naik, ideal atau makin kurus. Kalau saya rasa ketat, maknanya saya semakin gemuk dan perlu menurunkan berat badan asal.

"Lebih-lebih lagi, rumah saya tak ada penimbang, jadi dengan cara inilah saya boleh tahu mengenai perubahan bentuk badan saya," katanya yang begitu teliti mengenai penjagaan badan dan kesihatan.

Bertanya mengenai persiapan perkahwinan, akui Che Ta, masing-masing belum berkesempatan untuk meluangkan masa bersama untuk berbincang mengenai perkara ini.
"Buat masa ini, memang kami tak sempat nak berbincang lagi. Masing-masing sibuk dengan penggambaran.

"Saya serahkan semua tugas-tugas dan kerja perkahwinan ini kepada pengurus saya. Mungkin kami akan curi-curi masa yang ada untuk duduk berbincang
memandangkan masa yang ada tinggal beberapa bulan lagi," katanya yang bakal menunaikan umrah di Makkah bersama Zain selepas berkahwin nanti.

Nelydia Senrose ke luar negara?


Nelydia Senrose ke luar negara?
Nelydia Senrose


Nelydia Senrose ke luar negara?


Nelydia Senrose ke luar negara?


HUBUNGAN cinta Nelydia Senrose, 19, dengan pengacara popular, Qi Razali bukan lagi rahsia. Terbaru, pelakon Cinta Jannah ini dikatakan sanggup ke Argentina untuk bertemu Qi yang masih dalam urusan kerja di sana.

Spekulasi ini tercetus apabila gambarnya yang berlatar suasana luar negara dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Meskipun Nellydia masih berdiam diri, namun kakaknya, Uqasha Senrose tampil memberi penjelasan.

“Nelydia masih di sini. Dia tidak ke mana-mana pun," kata kekasih Pekin ini.

Ketika ditanya mengenai hasrat adiknya untuk menyambung pelajaran di luar negara, Uqasha berkata, dia dan keluarga tidak pernah menghalang keputusan itu. 

“Dia memang ada beritahu mahu sambung belajar. Tetapi, buat masa ini keadaan tidak mengizinkan.

“Dia sangat sibuk dengan kerjayanya sekarang,” jelas Uqasha.

Sebelum ini, Qi Razali atau nama sebenarnya, Qushairi Razali, 35, membuat pengakuan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Nelydia walaupun pernah menafikan perkara itu.

Akui masih mengenali hati budi masing-masing, Qi turut memberikan hadiah sebentuk cincin kepada buah hatinya sebagai hadiah hari jadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan