Cari Artikel

Wednesday, September 25, 2013

Kekasih baru Nabila?


Kekasih baru Nabila?
Nabila Huda dan ....?

Kekasih baru Nabila?


SEJAK kebelakangan ini, aktres popular, Nabila Huda, muncul dengan pelbagai kisah sensasi.

Selain kisah cinta, kemalangan, serta hubungan dingin dengan bekas suami serta bapanya sendiri, pelakon Julia dan Teduhan Kasih ini kembali memanaskan atmosfera seni apabila gambar mesranya bersama seorang jejaka tersebar.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nas T dan dia juga dikaitkan dengan beberapa pelakon lain seperti Johan Ashari dan Syazwan Zulkifli, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini, dilihat mudah mencari penggantinya.

Jika dihitung, hubungannya dengan Nas T baru saja berakhir tiga bulan lalu. Tetapi sudah muncul gambar mesranya bersama jejaka yang didakwa berasal dari Singapura. Ini  pastinya mengejutkan ramai peminat.

Nabila yang dihubungi Zass, mengaku dirinya sudah penat untuk melayani setiap kontroversi yang datang.  

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Cukuplah saya dah penat. Lagipun sekarang saya nak tumpu pada penggambaran," ujar Nabila yang kini sedang menjalani penggambaran Dia Suamiku.

Sementara itu, Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ini turut memberi respons menerusi Twiterr mengenai laporan sebuah blog bahawa kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripadanya lantaran perubahannya itu.  

“Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauh itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

“Jadi, tolong berhenti bercakap benda salah itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

“Saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis,” kata Nabila dalam laman Twitter miliknya.

iskandarX: oooooohhhhh NAbilaaaaaaaaaaa,.......

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan


Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan


TIGA artis telah dikhabarkan muflis. Namun sehingga kini hanya Aweera tampil mengakui perkara itu manakala Farah AF masih berdiam diri sementara penyanyi rock,  Amy Search pula menafikannya.

Mengakui isu muflis suatu perkara berat, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, dia akan cuba membantu tiga artis terbabit dengan bekerjasama dengan badan tertentu bagi mengatasi masalah ini.

"Ia bukan satu jaminan, sebaliknya pihak Seniman akan cuba bekerjasama dengan mana-mana badan tertentu dan bertemu dengan tiga artis  bermasalah ini.

"Kemudian kita akan lihat bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi ingin saya tegaskan, ini bukan jaminan dari Seniman, saya tidak mahu akhirnya kelak, pihak Seniman pula dipersalahkan," ujarnya kepada Zass.

Menurut Zed, demi perancangan jangka panjang, dia kini sudah merancang untuk membuat satu seminar bersama ahli-ahli Seniman mengenai cara menjaga kewangan yang betul.

Katanya, dia akan memanggil pakar dengan situasi sebegini yang akan mengajar mereka mengenai tindakan sewajarnya yang perlu mereka lakukan jika berhutang.

"Apa yang kita sedia maklum, golongan karyawan atau artis tidak mempunyai gaji tetap apatah lagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk jaminan masa depan.

"Gaji mereka hanya bergantung kepada apa projek yang mereka perolehi. Jadi amatlah penting bagi mereka mengetahui cara menguruskan kewangan yang betul.

"Mereka juga perlu sentiasa diingatkan bahaya muflis dan kita perlu tahu biasanya ada tiga jenis muflis iaitu melalui pinjaman, akibat saman dan juga menjadi penjamin. Jadi semua ini kita akan beritahu dalam seminar kelak," jelasnya.

Kad diskaun buat Seniman


Dalam pada itu, Zed turut menyampaikan berita gembira buat 5,000 ahli Seniman yang berdaftar untuk mendapatkan kad Skuan 1Pengguna atau ringkasannya kad diskaun.

Jelas Zed, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah bersetuju dengan usul Zed untuk memberikan kad diskaun kepada selebriti bagi kegunaan mereka.

"5,000 ahli Seniman sudah boleh mengambil kad ini di pejabat Seniman pada bila-bila masa dan satu taklimat akan diberikan mengenai penggunaan kad itu.

"Kad ini telah diperoleh dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kemudahan karyawan," katanya.


APA KATA ARTIS?

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan

Ahmad Idham
“Bagi mengelakkan perkara sebegini individu tersebut perlulah mempunyai ilmu tentang pengawasan kewangan yang lebih arif mengenai pengurusan kewangan. Punca utama muflis biasanya dikaitkan dengan perniagaan dan setiap perniagaan pastinya mempunyai risiko tersendiri. Selain dari membuat pinjaman, cuba dapatkan rakan niaga untuk bersama-sama memulakan  perniagaan. Ia dapat mengelakkan kita dari meminjam wang terlalu tinggi, '

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan

Kamal Adli
“Walaupun kita meminjam dengan jumlah sedikit sekalipun kita perlu mempunyai penasihat kewangan agar dapat mengelakkan nama dari disenarai hitam. Saya sendiri, tak berani membuat pinjaman wang yang banyak. Lagipun saya tidak mahu ambil risiko. Kalau untuk memulakan perniagaan saya akan mencari rakan kongsi bagi mengelakkan pinjaman yang terlalu tinggi,”

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan

Darling Ngasri

“Perkara sebegini perlu dipandang serius. Sebagai persiapan, kita seharusnya banyak membaca buku cara pengurusan wang yang betul. Setiap individu boleh berbelanja tapi harus mengawal wang tersebut. Harus berhati-hati, komitmen dan ikut pada kemampuan. Dari segi kos produksi, saya akan membuat kiraan wang masuk dan keluar bagi memudahkan ia dilakukan dengan baik,”

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan

Faizal Ismail
“Apa jua pinjaman kita perlu selidik dahulu kemampuan, sama ada ianya mampu atau tidak. Hal ini sangat penting kerana ia dapat mengelakkan kita dari buat pinjaman terlalu tinggi. Kita juga perlu tahu jumlah pendapatan kita setiap bulan. Bagi golongan selebriti yang tidak mempunyai pendapatan tetap, harus lebih berhati-hati,”

Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan

Lan Kristal
“Saya cuba elak dari berhutang. Untuk menubuhkan studio misalnya, saya guna wang simpanan dan berkongsi dengan rakan niaga. Tetapi sekiranya, kita sudah tahu nama akan di senarai hitamkan, kita harus segera merujuk kepada badan yang boleh membantu. Jangan lari!”

Anuar Zain fobia


Anuar Zain fobia
Anuar Zain

Anuar Zain fobia


Anuar Zain fobia
Anuar Zain


KINI,  ramai artis berlumba-lumba memuat naik status terbaru mereka melalui media sosial seperti Twitter, Instagram, Keek atau Facebook, tetapi berbeza dengan penyanyi lelaki versatil, Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43.

Bagi Anuar, disebabkan banyak keburukan dari kebaikan, dia tidak berminat menjadikan media sosial sebagai medium untuk bersosial.

Mengakui dirinya sering dilihat di tempat awam, Anuar merasakan perkara itu sudah memadai kerana tiada perkara yang diselindung daripada peminat yang rata-ratanya sudah mengetahui rutin kehidupannya.

“Saya rasa, tidak perlulah mempunyai laman sosial kerana saya sudah terlebih berkongsi bersama peminat.

“Dari dulu, saya tidak menyembunyikan aktiviti saya. Malah, peminat juga tahu di mana saya selalu ada, di kedai mana saya selalu habiskan masa lapang saya dan bagi saya, semua aktiviti saya mereka dah tahu.

“Saya rasa sudah terlalu menonjolkan rutin harian saya. Peminat sudah terlalu dekat dengan saya,” katanya yang juga bimbang aspek keselamatan sekiranya terlalu menonjolkan diri.

Dia yang popular dengan lagu Lelaki Ini, turut meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan individu yang sengaja mencuri dan merakam gambarnya sewaktu keluar di tempat awam dan mengutuknya di Twitter.

“Memandangkan saya tiada laman sosial, saya mendapat tahu beberapa individu yang tidak puas hati (mengambil foto tanpa izin) dan mengutuk saya di Twitter.

“Kutukan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Sedangkan saya tidak pernah melukai hati sesiapapun, mengapa ada saja pihak mempunyai persepsi negatif terhadap saya.

“Saya merasakan laman sosial itu tiada kepentingan dan kebaikan selain hanya menimbulkan perkara tidak baik,” katanya yang mengaku fobia dengan perkara sedemikian.

Malah disebabkan perkara itu, dia memutuskan tidak memiliki akaun laman sosial sendiri sebaliknya hanya memiliki  akaun Facebook Anuar Zain Network yang diselia pihak pengurusannya.

Bantu rumah kebajikan


Anuar yang hadir pada majlis sidang media Eksklusif sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung itu turut menjelaskan mengenai acara Malam Jalinan Mesra 2013.

Majlis berkenaan bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baru.

Katanya, majlis dengan kerjasama Sutera Qaseh Resources itu diadakan bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan melalui tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).

“Hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada rumah kebajikan.

“Pada hari itu nanti saya akan nyanyikan lima buah lagu dengan diselangi acara santai, ” katanya yang turut memaklumkan tiket bagi majlis itu dijual dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja.

Beralih mengenai albumnya, Anuar berkata, pemilihan lagu amat susah dibuat memandangkan ia dipilih mengikut ‘range’ suaranya yang sukar dipadankan dengan sebarang lagu.

“Setakat ini, saya telah merakamkan hampir tiga  dan masih buat pemilihan lagu yang sesuai dengan suara saya.

“Kemungkinan saya akan bekerjasama dengan pemuzik Indonesia dan setengah daripada lagu saya juga mungkin dirakam di negara seberang itu,” akhirinya.

Usia 40 tahun, Jasmin Hamid awet muda


Usia 40 tahun, Jasmin Hamid awet muda
Jasmin Hamid

Usia 40 tahun, Jasmin Hamid awet muda


BILA sebut nama Jasmiah Abdul Hamid barangkali ada tertanya-tanya siapakah pemilik nama tersebut. Namun jika menyebut Jasmin Hamid pasti anda akan teringat pada susuk badan gebu yang boleh membawa apa sahaja watak.

Bakat Jasmin mula menyinar selepas membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak  17 tahun ketika itu. Seterusnya Jasmin terus menyerlah dengan filem dan drama antaranya Minah Senget pada awal 90an, diikuti watak Maria Mercedes yang dipegangnya dalam siri TV Seri Pengantin pada awal 2000.

Malah Jasmin juga berjaya menghiburkan penonton dengan watak Datin Wan Abe menerusi siri komedi tajuk serupa.

Istimewanya Jasmin, biarpun sudah menginjak ke usia 40 tahun, namun dia masih lagi mengekalkan kecantikan sama seperti ketika dia menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91.

Malah tidak keterlaluan mengatakan, ibu kepada Rohana, 25, Luqman Hakim, 19, dan Ian Haziq, 12, ini mampu menandingi wanita berusia lewat 20-an sehingga menarik perhatian Zass untuk mencungkil rahsia awet mudanya.


Apakah pengertian cantik bagi anda?

Bagi saya kecantikan itu datangnya dari peribadi, kalau peribadi kita cantik secara tidak langsung akan kelihatan pada wajah kita. Tapi jika muka kita cantik, peribadi tak cantik, tatasusila tak cantik, lama kelamaan kecantikan pada wajah kita akan pudar.


Dalam usia 40 tahun, anda masih kelihatan cantik seperti dulu, apa rahsianya?

Alhamdulillah, bagi saya ia satu pujian untuk saya tetapi saya tidak amalkan apa-apa rahsia cuma menjaga pemakanan dan kerap melakukan senaman untuk mengekalkan kelangsingan tubuh badan. Apatah lagi bila usia semakin meningkat, metabolisme kita semakin menurun.


Pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

Tentu sekali, selepas bersalin anak ketiga pada 2001, saya ambil masa setahun untuk mendapatkan kembali berat badan ideal saya.


Bagaimana cara anda mengatasi masalah tersebut?

Saya bukan hanya mengamalkan diet, tetapi saya juga mengamalkan senaman seiring dengan diet. Apatah lagi, bila kita bersalin, metabolisme kita tidak sama ketika kita masih anak dara. Jadi perlukan usaha yang berganda untuk mendapatkan kembali berat ideal.


Boleh anda kongsikan rutin pemakanan kini?

Jika sesetengah wanita tidak mengambil nasi untuk kekal langsing, berbeza pula dengan saya yang perlu makan nasi. Tapi saya ambil dalam kuantiti yang sedikit dan saya hanya makan nasi sekali sehari. Pernah saya tidak makan nasi, akhirnya badan saya menggigil.


Dalam seminggu berapa kali anda akan bersenam?

Biasanya saya akan bersenam tiga kali seminggu dan akan memperuntukkan dua jam untuk bersenam. Jika saya ada masa, saya biasanya akan ke gimnasium untuk bersenam. Jika tidak saya akan bersenam di rumah sahaja, lagipun jika kita bersenam di rumah, kita tahu apa kelemahan atau bahagian mana yang perlu kita turunkan.


Ada sesetengah artis gemar melakukan suntikan untuk kekal cantik, anda bagaimana?

Hal-hal suntikan agak peribadi untuk saya kongsikan tetapi saya amat menitik beratkan penggunaan produk pada muka. Selain itu saya akan makan vitamin, jamu dan herba untuk memastikan kulit saya kekal cantik dan halus.


Adakah anda gemar melakukan facial?

Saya jarang melakukan facial apatah lagi saya memiliki kulit yang sensitif. Jadi bila betul-betul perlu baru saya buat.


Bagaimana pula dengan spa dan salun?

Saya memang gemar ke spa kerana saya suka lakukan lulur badan akupunktur tapi ia juga bergantung kepada masa saya. Jika ada masa barulah saya ke spa. Salun pula, pasti tiga kali seminggu. Ini kerana bila saya ada penggambaran, rambut selalu di 'blow' dan ada ketikanya perlu mewarnakan rambut. Jadi saya akan selalu ke salun untuk memastikan rambut saya terhindar daripada sebarang masalah.


Dalam sebulan, berapa kos yang anda peruntukan untuk penjagaan wajah dan badan?

Kos tersebut bergantung kepada keadaan dan seberapa kerap saya ke spa, salun dalam bulan itu. Tapi selalunya saya akan belanjakan RM1,000 untuk membeli produk penjagaan wajah, vitamin dan suplemen.


Setiap orang pasti mengalami tekanan, bagaimana cara anda mengatasi tekanan?

Biasanya saya akan cari sahabat untuk saya luahkan segalanya. Kemudian saya akan ke gimnasium, bila kita banyak bersenam dan angkat alatan yang berat, secara automatik tekanan itu atau rasa marah itu akan reda dengan sendirinya. Selain terapi yang sihat, ia juga akan membuatkan tubuh kita lebih sihat.


Pada masa lapang, apa yang anda gemar lakukan?

Memandangkan waktu kerja saya tidak menentu, jadi jika ada masa terluang, saya gemar meluangkan masa bersama anak-anak, masak untuk mereka, bawa mereka berjalan-jalan dan makan.

Apa perkembangan terkini anda?

Saya kini sedang menjalani penggambaran Mr. Perfect 10 bersama Global Station. Itu sahaja.


PROFIL
NAMA SEBENAR : Jasmiah Abdul Hamid
LAHIR : 8 Disember 1972
ASAL : Kuala Lumpur
STATUS : Ibu tunggal
ANAK : Rohana, 25, Luqman Hakim, 19, dan Ian Haziq, 12. (Rohana dan Luqman adalah anak angkat yang dibela sejak Jasmin berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung hasil perkongsian hidup bersama Ian Rashid.)
DRAMA : Antaranya - Wardah (1993), Egois (1996), Cameleon (1997), Cinderella (1998), Maksimum (1999), Harlina (2002), Dilema Wanita (2006), Mya Zara (2006), Simbiosis (2006), Bicara Aur dan Tebing (2007), Datin Diaries (2007), Marikas (2007), Spa Q 2 (2008-2009), Aliff Firdaus (2009), Na O Mei (2010), Dia Atilia (2011), Ameera (2012).
FILEM : Antaranya - Boss (1990), Kanta Serigala (1991), Sama Tak Serupa (1995), Amelia (1996), Anaknya Sazali (2000), Cinta Tiada Restu (2001), Cinta Luar Biasa (2004), Budak Lapok (2007).
PENCAPAIAN : 2013-Anugerah Lawak Warna : Pelakon Wanita Komedi (TV), Anugerah Skrin 1997 : Pelakon Drama Terbaik.

Nabila: Siapa kawan saya yang jauhkan diri?


Nabila: Siapa kawan saya yang jauhkan diri?
Nabila Huda

Nabila: Siapa kawan saya yang jauhkan diri?


SEJAK dirinya terlibat dalam kemalangan bersama anak dan seorang rakan selebriti, pelbagai kisah mula timbul mengaitkan aktres popular ini.

Bukan sahaja dimarahi bekas suami di atas kecuaian rakannya memandu sehingga mengakibatkan kecederaan kepada anak mereka, Keisha Laila, 4, Nabila Huda turut dihunus pelbagai persoalan mengenai kenyataan bapanya, Amy Search, yang memberitahu pelakon Jodoh Itu Milik Kita ini tidak balik beraya.

Tidak terhenti di situ, Nabila sekali lagi dihimpit kontroversi apabila hari ini timbul gosip mengatakan kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripada terus bergaul dengan pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah daripada yang dikenali dahulu.

Nabila yang terkejut dengan dakwaan itu telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pihak yang menulis artikel tersebut.

Mengakui tidak marah dengan apa yang didakwakan itu, namun apa yang dikesali Nabila adalah pihak terbabit hanya menulis tanpa bertanya terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.

"Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauhkan itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

"Jadi, tolong berhenti bercakap benda yang salah info itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

"Dan saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis simple," kata Nabila di laman Twitternya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa kawan rapat Nabila kini sudah menjauhkan diri dari pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah.

Portal tersebut turut menulis yang insiden Nabila tidak pulang beraya baru baru ini adalah kerana menghabiskan masa beraya bersama keluarga teman lelaki barunya ini di Singapura dan hubungan mereka sudah berlangsung empat bulan.

Nabila yang merupakan pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular 2012, anugerah kendalian akhbar tempatan enggan mengambil pusing apa yang diperkatakan malah memberitahu beliau sudah lali untuk melayan kontroversi yang menimpa dirinya.

"Terpulanglah kamu mahu tulis apa atau fitnah saya, saya tidak akan memberi apa-apa (reaksi), sejujurnya apa yang kamu tulis ini sikit pun saya tidak fikir untuk menjatuhkan saya. Cuma saya pelik kenapa kerana saya tidak dapat apa-apa pun. Mungkin kamu akan dapat gaji lebih untuk cerita lebih panas.

"Apa pun, Setiap tulisan kamu yang memburukkan saya, saya sentiasa memaafkan, tapi seburuk-buruk saya, saya tidak pernah untuk menfitnah orang," jelas Nabila.

Meditasi berwajah baru!


Meditasi berwajah baru!
Ahli kumpulan Meditasi.

Meditasi berwajah baru!


Biar Pedih Kasih Memanjang dan Demi Rindu Kita merupakan lagu hits kumpulan Meditasi yang cukup popular pada era 90-an.

Namun setelah menyepi selama 18 tahun, Meditasi kini kembali dengan ahli baru Raof (Keyboard), Mohd Yusof (Gitar kedua), Black (Bassist), J Roy (Dummer), selain  mengekalkan dua anggota asal, Bakaruddin (Burn) selaku vokalis dan Rosli Ahmad (Liey) sebagai gitaris utama.

Yakin masih mempunyai pengikut tersendiri, maka kerana itulah Meditasi kembali memperjuangkan muzik mereka. Malah bagi ketua kumpulan Meditasi, Burn, ia merupakan percaturan yang besar untuk Meditasi terus bertahan dalam seni muzik tanah air.

"Saya akui, bukan mudah untuk menubuhkan kembali kumpulan yang  telah lama menyepi, tapi kami yakin dengan semangat setiap anggota Meditasi mampu memberi nafas baru terhadap kumpulan ini dan juga muzik rock yang kami perjuangkan," katanya.

Di samping itu ujarnya, bukan  mudah untuk memilih anggota baru.

"Untuk mencari ahli baru juga sukar kerana kami perlu pemuzik berpotensi tinggi.

"Tetapi kami percaya dengan bakat yang mereka ada, ia mampu memberi pembaharuan kepada Meditasi untuk menarik perhatian peminat generasi muda terhadap muzik rock," katanya.  

Kekalkan muzik rock


Kehadiran ramai bakat baru serta pasaran muzik tidak menentu, bukanlah menjadi titik penghalang kepada Meditasi untuk kembali mempertaruhkan karya baru mereka. Justeru, dengan mengekalkan muzik rock, Meditasi tetap menampilkan kelainan demi mengikuti peredaran zaman yang  bersesuaian dengan selera peminat masa kini.

"Kalau dilihat dalam industri,  sekarang ada segelintir lagu lama yang diberi nafas baru dari segi melodi dan sebagainya.

"Tapi bagi lagu Meditasi sendiri,  kami masih kekalkan lagu lama. Cuma segi rentak muzik ianya berlainan, kerana anggota baru juga masih muda jadi dari soal tenaga mereka juga berlainan dari ahli Meditasi yang sebelumnya," katanya.  
1

Pertaruh album baru


Namun, Meditasi tidak hanya menyanyikan semula lagu-lagu hits mereka. Sebaliknya merancang untuk tampil dengan album sendiri.

Menurut Burn, album tersebut bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan sebagai permulaan mereka akan  tampil dengan tiga single terbaru seperti Air Mata Benci, Laskar Batu dan Rempit.

"Semua lagu itu akan diselitkan dalam album terbaru yang bakal menyusul tidak lama lagi.

"Banyak juga lagu yang telah dicipta, tapi belum dirakam lagi, Insya-ALLAH jika segalanya siap sepenuhnya kami akan keluarkan album secepat  mungkin," katanya.

Dalam pada itu, Meditasi turut merancang untuk tampil dengan album karaoke.

Ashraf Muslim teruja jadi bapa!


Ashraf Muslim teruja jadi bapa!
Ashraf Muslim

Ashraf Muslim teruja jadi bapa!


Pelakon, Ashraf Muslim, 32, mengakui teruja untuk bergelar bapa setelah isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, disahkan hamil enam minggu.

“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.

Sebelum ini yakni kira-kira dua minggu lalu, dia pernah menafikan Sakinah hamil dan mengatakan masih belum mendapat rezeki.

Bagaimanapun tindakan Sakinah memuat naik gambar beberapa ubat kembali menimbulkan spekulasi bahawa dia kini sudah hamil.

Setelah berdolak dalih, akhirnya sumber terdekat Sakinah memberi khabar bahawa wanita itu sebenarnya sudah hamil.

Pasangan yang berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu telah menarik perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Sejak disahkan mengandung, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tak lalu makan malah dia tidak boleh jamah makanan barat seperti burger.

Khabarnya mencium baunya sahaja, Sakinah akan loya.

Sherry kini bergelar penyanyi


Sherry kini bergelar penyanyi
Sherry Ibrahim

Sherry kini bergelar penyanyi


Kehadiran Sherry Ibrahim dalam bidang lakonan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Biarpun pernah 'menghilang' seketika daripada pentas lakonan, namun setelah muncul semula, nama Sherry terus melonjak tinggi.

Tidak mahu berada dalam satu bidang sahaja, kini Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, beralih arah ke bidang seni suara pula.

Menurut Sherry sebagai permulaan, dia baru sahaja merakamkan tiga buah lagu bersama artis baru Indonesia, Gusti Aria.

"Dalam single terbaru ini, saya merakamkan dua lagu duet bersama dengan Gusti dan sebuah lagi saya nyanyikan secara solo.

"Sekiranya lagu tersebut mendapat sambutan tinggi, saya ingin mengetengahkan lagu tersebut untuk dijadikan lagu tema sebuah drama," katanya kepada Zass.

Bernaung di bawah syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertainment milik Dafi, Sherry berkata buat masa ini dia belum dapat memberikan tajuk lagu tersebut.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan merakamkan dua buah lagu lagi di Indonesia dalam hujung tahun ini," katanya yang kini mengikuti kelas vokal.

Berkongsi perkembangan karier lakonannya pula, bekas pramugari berusia 30 tahun ini berkata, impak dari lakonannya dalam drama Teduhan Kasih, dia mula menerima banyak tawaran lakonan sehingga kini.

"Alhamdulillah saya kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama, tajuk drama tersebut buat masa ini masih dirahsiakan.

"Saya bersyukur, kepada ALLAH SWT rezeki dalam bidang seni ini tidak pernah putus," katanya yang baru sahaja pulang dari bercuti di Abu Dhabi.

Ditanya mengenai tawaran berlakon filem, Sherry berkata, dia tidak akan menolak jika diberi tawaran berlakon filem.

"Siapa yang tidak teringin untuk berlakon filem, tapi buat masa ini belum ada rezeki, saya tidak menolak jika diberi tawaran tersebut," katanya.


Bahagia bersama si dia


Dalam pada itu, ketika ditebak mengenai hubungannya dengan seorang jejaka dari Mauritius, Sherry berkata, mereka masih dalam proses mengenali hati budi dan hubungan tersebut baru setahun terjalin.

"Sepanjang setahun bersama, saya cukup senang dengan kehadirannya, dia baik, bertanggungjawab, penyayang dan apa yang paling penting saya selesa dan bahagia bersama si dia.

"Dengan usia yang semakin meningkat, bohonglah saya kata saya tidak pernah memikirkan soal perkahwinan. Namun saya serahkan segalanya kepada Allah SWT, jika jodoh saya sudah sampai, saya terima.

"Namun buat masa ini, tumpuan utama saya adalah kepada karier. Apatah lagi, pengalaman percintaan sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup," ujarnya yang enggan dikaitkan dengan Ashraf Muslim.

Amy Search nafi muflis


Amy Search nafi muflis
Amy Search

Amy Search nafi muflis


Amy Search nafi muflis


“Tak, tak,” ujar Amy Search sebelum segera meletakkan panggilan telefon ketika ditanya mengenai khabar bahawa dia  sudah diisytihar muflis.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai apabila sebelum ini, dua penyanyi- Aweera dan Farah Diana Anuar turut dikatakan muflis, namun Farah sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah portal hiburan yang difahamkan mendapat salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.

Apatah lagi, ia turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Menurut beberapa sumber, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis. Namun sejauh mana kebenaran berita ini, hanya dapat disahkan oleh Amy sendiri.

Hanez Suraya temui pengganti?


Hanez Suraya temui pengganti?,Hanez Suraya bogel,Hanez Suraya telanjang,Hanez Suraya seks,Hanez Suraya hot,Hanez Suraya seksi,Hanez Suraya sexy,Hanez Suraya lancap,Hanez Suraya melancap,Hanez Suraya tetak,Hanez Suraya cantik,Hanez Suraya isap,Hanez Suraya isap batang,Hanez Suraya isap batang kote,Hanez Suraya suka hisap batang
Hanez Suraya

Hanez Suraya temui pengganti?

Hanez Suraya temui pengganti?,Hanez Suraya bogel,Hanez Suraya telanjang,Hanez Suraya seks,Hanez Suraya hot,Hanez Suraya seksi,Hanez Suraya sexy,Hanez Suraya lancap,Hanez Suraya melancap,Hanez Suraya tetak,Hanez Suraya cantik,Hanez Suraya isap,Hanez Suraya isap batang,Hanez Suraya isap batang kote,Hanez Suraya suka hisap batang


PERPISAHAN Awi Rafael dan Hanez Suraya menjadi antara cerita yang mengejutkan ramai sebelum ini.

Selepas itu, keduanya membawa haluan masing-masing secara baik dan Awi juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Shasha Saidin.

Bagaimanapun kedua-dua menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka bercinta dan sebaliknya hanya berkawan baik.

Baru sahaja reda khabar angin kisah cinta Awi dan Shasha, kini tersebar pula gambar mesra Hanez dengan seorang lelaki di beberapa portal hiburan.

Gambar yang berlatar belakangkan kawasan pantai peranginan, dipercayai Pulau Tioman menunjukkan Hanez di peluk mesra seorang lelaki.

Namun usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan mengenai siapakah lelaki di sisi Hanez itu tidak berjaya apabila telefon bimbit Hanez ditutup.

Fouziah Gous terima banyak tajaan


Fouziah Gous terima banyak tajaan
Fouziah Gous

Fouziah Gous terima banyak tajaan


AKTRES Fouziah Gous, 30, mengakui menerima banyak tajaan sempena majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung 21 September ini.

Bagaimanapun jelas Fouziah, ada di antara tajaan itu terpaksa ditolaknya.

“Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.

“Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya. Namun ada beberapa tajaan sahaja yang saya terima,” katanya.

Menurut Fouziah, antara tajaan yang diterima adalah daripada pihak Adabi dan Alaisyah.

"Walaupun saya bukan lagi duta produk kecantikan itu lagi, namun mereka sudi menyediakan 1000 cenderahati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir bagi majlis saya.

"Manakala pihak lelaki pula menerima tajaan Adabi. Selain itu, kami juga akan menyediakan cenderahati daripada produk sendiri iaitu sarang burung walit," katanya.

Bukan sahaja menerima tajaan daripada syarikat besar, Fouziah mendedahkan, dia juga menerima hadiah percutian di Gold Coast, Sepang, daripada seorang peminatnya.

"Kami sangat menghargai hadiah ini. Terima kasih buat peminat dan ia merupakan hadiah istimewa buat kami.

"Mungkin kami akan berbulan madu di sana. Rehat sekejap di sana, kemudian kami akan putuskan bercuti ke mana," kata Fouziah yang menggunakan khidmat perunding perkahwinan iaitu Nas Great Idea Sdn Bhd untuk majlis nikah dan sanding nanti.

Terus aktif


Di tebak mengenai perjalanan kariernya selepas ini, pelakon yang kini membintangi drama Alam Maya mengakui tunangnya, Md Zhafran (Zhaf) tidak menghalangnya untuk terus aktif.

"Alhamdulillah, syukur kerana Zhaf seorang memahami kerja saya macam mana.

"Lagipun waktu kerja saya sangat fleksibel, keluar petang pagi keesokannya baru balik rumah," katanya.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tindakan Zhaf yang melenting selepas dia dihentam baru-baru ini, Fouziah berkata, kadang kala Zhaf bersikap lurus apabila ada peminat yang beri tanggapan negatif kepada mereka.

"Dia rajin melihat media sosial saya seperti Instagram kerana mahu lihat komen-komen peminat.

"Saya selalu menegahnya, lagipun ia perkara biasa dalam dunia artis dan jangan ambil pusing dengan perkara tersebut," katanya.

Tuah Izzue, Zizan dan Johan


Tuah Izzue, Zizan dan Johan
Izzue, Zizan dan Johan

Tuah Izzue, Zizan dan Johan


DEK kerana populariti yang dikecapi, tiga jejaka yang kian meningkat naik iaitu Izzue Islam, Zizan Razak dan Johan Asaari bakal menjelajah ke negara luar bersama peminat masing-masing.

Apatah lagi, ketiga mereka mengambil peluang itu untuk mengenali peminat dengan lebih dekat dalam suasana lebih santai.

Dilantik sebagai duta syarikat pelancongan Safir Go Travel,  bakal terbang ke Zizan dan Johan akan menghiburkan bersama peminat melancong ke Abu Dhabi dan Dubai.

Sementara itu, Izzue Islam pula terbang ke Disneyland, Hong Kong dan Macau.

Ketika ditemui, masing-masing sudah tidak sabar untuk bercuti bersama peminat apatah lagi mereka mempunyai jadual kerja yang agak padat.

Menurut Izzue, percutian selama 6 hari 5 malam ini akan diadakan pada 15 hingga 20 Disember 2013.

“Ini kali pertama saya ikuti percutian seperti ini. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya untuk mengenali peminat saya dengan lebih dekat.

“Selain daripada itu, saya juga berpeluang melawat destinasi yang sebelum ini saya belum pernah pergi. Pelbagai aktiviti telah diatur dan saya amat teruja untuk ke sana,” katanya.

Dalam pada itu, mari kita ikuti cerita tiga bintang yang semakin berkilauan ini.


Izzue perluas bakat


Buat kali pertama, teraju utama Bunga Merah Punya, Izzue Islam bakal terjun ke dunia teater yang akan dipentaskan pada hujung September ini.

Izzue yang memegang watak utama dalam teater Maduku...Kalut mengakui penglibatannya kali ini secara tidak langsung dapat mencuba bidang baru.

"Agak seronok dan gementar. Lagipun ia percubaan pertama saya, risau dengan penerimaan penonton.

"Insya-Allah, saya akan buat sebaiknya kerana banyak perbezaan berlakon teater dengan drama," katanya.

Selain itu, Izzue bakal muncul dengan beberapa filem seperti Hantu Tok Mudim, Ular dan Kami Histeria. Manakala April tahun depan, dia bakal muncul dengan filem Suamiku Ustaz.

"Satu lagi drama, Sahabat yang bersiaran pada 16 September lalu. Buat masa sekarang saya tumpukan perhatian lebih kepada teater.

"Sementara itu, Forteen akan keluar dengan album sulung tapi masih belum ada tajuk lagi," kata Izzue.

Menurutnya, album tersebut mengandungi tujuh hingga lapan buah lagu dan empat lagu baru.

Antara lagu yang terkandung dalam album itu adalah Kita, Seperti Dulu dan Berdua Bersatu.

Hidup lebih terurus


Baru mendirikan rumah tangga empat bulan lepas dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin, pelakon dan penyanyi berusia 23 itu akui semakin bahagia.

Jelas Izzue, kehidupannya sebelum dan selepas berkahwin sangat berbeza apatah lagi urusan hariannya lebih terurus.

"Jika dahulu semuanya saya lakukan sendiri, kini isteri banyak membantu menguruskan jadual kerja saya.

"Saya rasakan lebih matang dan berdisiplin hal berkaitan dengan kerja," ujarnya.

Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui perwatakannya, Izzue berkata dia lebih bersikap terbuka dengan semua orang dan perubahan itu turut dirasai orang sekeliling.

"Mungkin hidup semakin teratur dan tidur pun sudah mengikut masa selepas bergelar suami.

"Alhamdulillah sakit pening kita sudah ada orang jaga, tidak seperti dulu," jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya apabila Izzue dikerumuni peminatnya, dia berkata Awin bukan jenis yang mudah melatah atau cepat cemburu dengan situasi tersebut.

Tambahnya, begitu juga sebaliknya kerana peminat menghormati perasaan isterinya ketika mereka keluar makan berdua.

"Apabila peminat ingin bergambar, isteri memahami perkara ini dan sentiasa menyokong kerjaya saya," katanya yang cukup bertuah dikurniakan isteri seperti Awin.

Menyentuh soal anak pula, Izzue menyerah semuanya kepada ALLAH SWT sama ada cepat atau lambat menimang cahaya mata.

"Buat masa sekarang ini, isteri belum ada lagi petanda mengandung. Namun saya sudah bersedia bergelar bapa dalam masa terdekat.

"Lagipun keluarga saya sendiri memang agak besar dan saya memang sukakan kanak-kanak," jelas anak kelahiran, Kota Bharu, Kelantan itu.

Zizan semakin sibuk


Sementara itu, bagi pelakon dan pelawak, Zizan Razak kini baru sahaja tamat penggambaran untuk telemovie terbaru bersama Izara Aishah dan Ghaz Abu Bakar iaitu Namaku Ben bagi Astro Ria saluran 104.

Memegang watak sebagai Kamal, dia berkata jalan cerita agak berlainan dengan telemovie yang pernah dia lakonkan sebelum ini.

"Ia mengenai kisah percintaan pelajar kolej sehinggalah dalam satu kejadian, ada benda menghantui mereka. Apa yang menarik, ia menggabungkan unsur komedi dan seram," kata Zizan.

Walaupun ia merupakan kali kedua bekerjasama dengan pelakon Vanilla Coklat itu, dia mengakui menyenangi cara kerja Izara.

"Izara seorang yang open minded dan suka berkongsi cerita. Dia juga bukan seorang yang sombong atau kedekut ilmu.

"Lagipun dia pelajar jurusan seni lakonan, lagi mudah untuk bekerjasama," katanya yang pernah berlakon bersama dalam filem, KL Zombie.

Berbalik kepada cerita kebocoran filem KL Gangster 2 di internet, Zizan ternyata kecewa dengan pihak terbabit apatah lagi filem itu mengambil masa agak lama untuk disiapkan.

"Namun saya percaya rakyat Malaysia akan menyokong dan menonton filem ini di pawagam.

"Sejak filem pertama mendapat sambutan luar biasa, saya yakin filem kedua ini juga menerima maklum balas yang sama," katanya.

Bercinta dengan Emma?


Jika sebelum ini, jejaka kelahiran Terengganu itu menafikan hubungan cinta dengan aktres jelita, Juliana Evans namun gosip itu terhenti apabila Juliana melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dalam masa yang sama, sekali lagi Zizan dikaitkan bercinta dengan pelakon berwajah Pan Asia, Emma Maembong yang hangat diperkatakan di media sosial.

Walau bagaimanapun, dia menafikan perkara tersebut kerana hubungan mereka berdua tidak lebih daripada sekadar teman rapat.

Tanpa berselindung, Zizan juga mengakui bahawa dia turut bertemu Emma ketika Hari Raya Aidilfitri bulan lepas.

"Ya, saya ada jumpa Emma di Terengganu. Kami beraya bersama tetapi bersama teman lain.

"Lagipun ia bukan perkara besar kerana kami tinggal berdekatan. Tiada salah salahnya mengunjungi teman dari satu negeri," katanya. Tambah Zizan, dia suka berkawan dengan pelakon Kau Yang Terindah yang itu bersikap matang dan mudah didekati.

"Saya tidak mahu fikir soal kahwin lagi, sebaliknya ingin tumpu pada kerjaya dan keluarga dahulu.

"Soal jodoh pula, saya masih mencari dan belum ada calon sesuai buat masa ini," ujar Zizan.


Johan semakin laris


Semakin rancak menerima tawaran lakonan, pelakon dikenali dengan watak Botak menerusi drama Juvana itu kian laku di layar perak.

Bakal muncul dengan filem seram bertajuk Paku arahan P.Ramesh yang bakal ditayangkan pada Disember depan diterbitkan NSK Produsction Sdn Bhd.

Berganding dengan pelakon baru, Aisha Ilyas, Johan berkata dia telah meletakkan usaha yang maksima bagi menjiwai watak suami kepada pontianak.

"Paku agak berbeza berbanding filem genre seram yang lain dari segi CGI dan sinematografi.

"Malah ia menggunakan helikopter untuk mengambil shoot dari udara seolah-olahnya kita jatuh dari bangunan tinggi," katanya yang juga berlakon dalam filem Tongkai dan Tujuh.

Selain itu, dia juga turut berlakon dalam filem Balada Pencinta yang akan ditayangkan bulan hadapan arahan Khir Rahman dan diterbitkan oleh Grand Briliance Sdn Bhd.

"Berpeluang berganding dengan nama-nama besar dalam industri perfileman seperti Wan Hanafi Su, Faizal Hussein dan Siti Saleha satu pengalaman berharga.

"Saya rasa cukup bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pengarah tersohor tempatan," katanya turut menerima tawaran berlakon di bawah pengarah yang bagus seperti Rashid Sibir, Kabir Bhatia dan Raja Mukhriz.

Serah jodoh pada ALLAH


Sering dihambat dengan kisah percintaan bersama pelakon wanita, nama Johan sering menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan beberapa artis wanita popular tempatan seperti Fasha Sandha dan Nabila Huda.

Baru-baru ini, nama Johan sekali lagi dikaitkan dengan penyanyi lagu Patah Seribu, Shila Amzah yang dikatakan menjalin hubungan cinta.

Namun Johan menolak kemungkinan tersebut kerana hubungan antara mereka sekadar kawan rapat sahaja.

"Saya akui hubungan kami agak baik sebagai sahabat apatah lagi keluarga kami saling mengenali.

"Dia ada ciri-ciri wanita idaman seorang lelaki namun hubungan kamu belum sampai ke tahap serius," ujarnya.

Berpegang kepada ketentuan Ilahi, Johan berkata dia menyerah soal jodohnya kepada qada dan qadar.

"Saya percaya setiap pertemuan dan perpisahan di tangan ALLAH SWT.

"Lelaki baik akan dipasangkan dengan wanita yang baik dan setiap manusia dilahirkan berpasangan.

"Siapa sahaja jodoh saya, insya-Allah saya akan menerimanya dengan hati terbuka," tegasnya.

Model tudung Fareeda pilihan Fizo


Model tudung Fareeda pilihan Fizo
Fizo Omar

Model tudung Fareeda pilihan Fizo


SHAH ALAM - Pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik, Fizo Omar bakal mengikat tali pertunangan Oktober ini.

Mawar Abdul Karim
Mawar Abdul Karim
Beliau (Fizo Omar) dilaporkan telah memilih Mawar Abdul Karim, seorang model tudung jenama terkenal tanah Air.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang menyatakan seorang model tudung jenama Fareeda menjadi pilihan jejaka kacak itu.

Bagi mengesahkan khabar angin itu, ibu Mawar yang juga pengasas tudung Fareeda, Faridah Zakaria menyatakan anaknya itu telah dirisik keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu.

"Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini.

"Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu," katanya.

Wan Sakinah sah hamil 6 minggu


Gambar perkahwinan kedua Ashraf yang tersebar.

Wan Sakinah sah hamil 6 minggu


SHAH ALAM - Sebelum ini khabar angin yang bertiup kencang di laman-laman sosial mengenai isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi yang sudah hamil, nyata benar.

Sebuah portal hiburan telah memaparkan gambar asid folik yang dipetik daripada akaun Instagram isteri pelakon itu.

Gambar tersebut, menimbulkan persepsi tentang status kehamilan beliau.

Bagaimanapun, semalam satu laporan akhbar tempatan telah melaporkan kehamilan Wan Sakinah telah mencecah enam minggu.

Melalui laporan itu juga, Wan Sakinah mengalami alahan yang teruk termasuk sakit kepala, muntah dan hilang selera makan.

Cetak rompak makin 'menggila'!


Cetak rompak makin 'menggila'!

Cetak rompak makin 'menggila'!


ISU cetak rompak bukanlah fenomena baru dalam industri perfileman tempatan. Bukan tiada tindakan ataupun serbuan yang dilakukan pihak berkuasa, namun 'perompak karya' ini tanpa rasa gundah seakan tegar melakukan perkara yang sama.

Malah, ada juga yang tidak serik mencuri karya orang lain dan menjualnya secara terang-terangan di pasaran dengan harga serendah RM5. Lebih memilukan, filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2, telah pun memenuhi pasaran gelap walaupun filem ini bakal ditayangkan pada 3 Oktober depan di pawagam.

Bermula dengan penyebaran di internet, filem yang menelan kos kira-kira RM4.5 juta itu kini berada di meja-meja pasar malam dan kedai-kedai cakera padat (CD). Pun begitu, tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam usaha menangani situasi ini wajar diberikan pujian.

Sepanjang minggu lalu, Operasi (Ops) Banteras yang dilancarkan Finas di beberapa lokasi di seluruh negeri berjaya merampas lebih 5,000 cakera video digital (DVD) rompak serta peralatan audio visual bernilai lebih RM40,000.

Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas, Mohd Fazli Abdul Aziz berkata, pihaknya berjaya merampas 200 keping DVD cetak rompak, KL Gangster 2 di Pulau Pinang dan Johor.

Turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa syarikat produksi, Skop Production Sdn Bhd, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), tampil memberi sokongan. Selain dari itu, PFM juga turut memberi cadangan dan desakan kepada pihak yang berkenaan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Ikuti pandangan dan penjelasan lanjut daripada Setiausaha Kehormat PFM, Zahrin Aris, mengenai isu yang mampu memusnahkan industri seni tempatan ini.

Melihat kepada isu cetak rompak yang kian berleluasa, apa reaksi anda sebagai badan/persatuan yang memayungi golongan penerbit filem tempatan?

Sejujurnya, perkara ini amat mengecewakan. Gejala cetak rompak filem tempatan yang sudah bertahun-tahun bermaharajalela dan sehingga kini masih belum selesai. Malah, gejala ini semakin parah dan secara senyap, ia boleh jadi 'pembunuh' utama para pengkarya dan industri.

Adakah ini luahan anda berhubung kes penyebaran filem, KL Gangster 2?

Kami bersimpati dengan nasib yang menimpa penerbit, Datuk Yusof Haslam. Walaupun isu cetak rompak dah lama berlaku, namun perkara sebegini adalah pertama kali berlaku dalam sejarah perfileman di mana ianya bocor sebelum ditayangkan.

Kini, perompak lebih agresif dan berani mengeluarkan cetak rompak filem yang masih belum ditayangkan di panggung seperti KL Ganster 2. Persoalannya, dari mana mereka mendapatkan salinan asal filem itu? Semasa tayangan mendapatkan kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau semasa tayangan Wajib Tayang, Finas? PFM sendiri buntu memikirkan perkara itu dan semestinya kami gusar akan situasi yang kian parah ini.

Pada pandangan anda, siapakah yang perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan?

Ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK). Namun, apa yang saya lihat, KPDNKK kurang memainkan peranan malah mereka seperti sudah habis cara untuk memantau cetak rompak filem tempatan daripada penjualan DVD haram mahupun cetak rompak Internet.


Perkara ini dilihat seperti sudah tidak ada lagi Undang-Undang Hak Cipta di Malaysia. Secara keseluruhan, gejala cetak rompak ini adalah faktor utama penurunan jumlah penonton ke pawagam. Peminat semakin tidak berminat untuk ke pawagam kerana secara langsung diajar untuk menonton secara haram seperti mendapatkan VCD atau muat turun dari Internet secara percuma.

Adakah ianya menunjukkan tiada penyelarasan kuasa pemantauan dari pihak berkuasa?

PFM berpendapat, penyelarasan kuasa antara KPDNKK bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu diperkemaskan lagi. Kami perhatikan, masing-masing mengamalkan sikap menunggu tindakan di antara satu sama lain.

Tindakan sebegini akan mengakibatkan isu yang remeh pun sukar untuk diselesaikan. Pada dasarnya cetak rompak internet bukannya perkara baru dan halaman web dan blog membuktikan perompak ini sudah tidak takut lagi pada undang-undang kerajaan yang tidak konsisten dalam bertindak.

Bukan sahaja filem tempatan, malah saluran televisyen seperti TV1, TV2, TV3, dan Astro juga telah dimuat naik menggunakan format streaming oleh perompak internet ke blog-blog dengan tujuan melariskan proses penjualan iklan mereka.

ni adalah satu tanda bermulanya kejatuhan industri kandungan kreatif Malaysia. Jika tidak dipantau secukupnya, ia akan membahayakan industri.

Akhir sekali, apakah harapan anda sebagai badan yang bertanggungjawab membela penerbit filem tempatan?

PFM berharap agar pihak kerajaan mengambil perhatian serius serta tindakan segera terhadap pemantauan cetak rompak. Ia bukanlah isu yang remeh kerana melibatkan harta intelek pengkarya khususnya kepada penerbit yang telah mengeluarkan jutaan modal.

Bukan itu sahaja, penerbit juga membuka lebih ramai peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, PFM memandang serius mengenai masalah ini. Sekiranya kerajaan gagal memainkan peranan, PFM akan membuat sidang akhbar untuk memaparkan halaman cetak rompak secara terbuka.

Yusry idam filem perang


Yusry idam filem perang
KRU

Yusry idam filem perang


FILEM berunsur imej janaan komputer (CGI) sememangnya bukan baru di negara kita. Sekitar tahun 90-an, Aziz M Osman sendiri telah memasukkan sedikit kesan CGI dalam filem sains fiksyennya.

Namun hari ini, jika kita bercakap mengenai filem CGI, pasti kita akan terfikirkan karya-karya menakjubkan terbitan KRU Studios seperti Cicakman, Magika, 29 Februari, Hikayat Merong Mahawangsa dan Vikingdom.

Justeru tentulah individu yang begitu penting di sebalik pembikinan filem yang menyelitkan CGI ini adalah Yusry Abdul Halim. Malah tidak keterlaluan untuk melabelkan penyanyi, pelakon dan pengarah berusia 38 tahun ini sebagai pelopor filem CGI di negara kita.

Apatah lagi, hasil kerja suami kepada aktres Lisa Surihani bukannya sekadar hasil tangkap muat atau murahan, sebaliknya hasil kerjanya seperti filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Vikingdom sudah diiktiraf setaraf dengan filem antarabangsa.

Tidak pernah menepuk dada dengan kepakaran yang dimiliki, Yusry sebelum ini pernah mengharapkan agar lebih baik filem yang menyelitkan elemen CGI dapat dibuat untuk filem terbitan KRU Studios selepas ini.

"KRU Studios memang berharap untuk memberi kelainan dengan menyelitkan elemen CGI dalam filem-filem terbitannya. Jadi kami berharap untuk memperoleh lebih banyak pakar yang dapat menghasilkan filem CGI selepas ini," ujarnya.

Ditebak apakah perancangannya selepas Vikingdom, Yusry berkata, dia selepas ini akan kembali mengarahkan filem Melayu, namun dalam masa yang sama mengimpikan untuk mengarahkan filem perang Islam yang boleh diangkat ke persada antarabangsa.

"Biarpun kami kini menuju ke persada antarabangsa, namun ada ketikanya kita perlu patah balik dan mengarah filem Melayu untuk pasaran tempatan juga. Jika kita sentiasa ke depan, bimbang nanti bila kita patah balik, orang sudah tidak boleh terima dan berfikiran negatif.

"Jadi selepas ini saya akan buat filem Melayu dan projek terdekat saya adalah Cicakman 3 yang akan memulakan penggambaran Januari depan. Namun dalam masa yang sama, saya sudah mengimpikan untuk mengarahkan sebuah filem perang Islam, namun belum ada sebarang perancangan lanjut atau jaminan bahawa filem itu akan diterbitkan kelak.

"Apatah lagi, saya tidak fikir apabila filem seumpama ini dibawa ke peringkat antarabangsa, ia akan disukai dan diterima. Tapi perancangan itu tetap ada, apatah lagi, tidak banyak filem perang Islam yang pernah kita lihat sekarang," ujarnya yang masih belum memikirkan untuk melakukan sekuel Vikingdom selepas ini.

Sambutan menggalakkan


Ditanya mengenai perkembangan sambutan filem Vikingdom buat masa ini, abangnya, Norman Abdul Halim ada memaklumkannya filem lakonan Dominic Purcell, Natassia Malthe, John Foo, Craig Fairbras dan Conan Stevens, setakat ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Yusry berkata, dia tidak mengetahui berapa kutipan yang sudah diperoleh (setakat Sabtu lalu), namun berharap kutipan akan terus meningkat apatah lagi kebanyakan rakyat Malaysia bercuti sehingga hari ini.

"Saya harap masyarakat Malaysia dapat menerima filem ini, namun saya juga berharap mereka tidak membandingkan Vikingdom dengan filem-filem Hollywood sebelum ini.

"Filem ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana filem epik atau sejarah yang benar-benar berlaku. Setiap watak dalam filem ini adalah mengikut skrip asal dan diubahsuai mengikut apa yang saya fikirkan sesuai," katanya.

Yusry berkata, bagi mereka yang mempunyai mentaliti bahawa Vikingdom mempunyai persamaan dengan Hikayat Merong Mahawangsa pula, Yusry berkata, ia hanya sama dari segi genre filem iaitu epik, namun mempunyai jalan cerita yang berlainan.

"Merong adalah sebuah filem fantasi yang saya jadikan bak sebuah filem sejarah. Tetapi Vikingdom adalah sebuah filem dari sejarah yang saya ciptakan seperti filem fantasi dan ia sangat berlainan," jelasnya.

Cabaran babak akhir


Berkongsi pengalamannya semasa pembikinan filem Vikingdom, Yusry berkata, cabaran utama yang ditempuh sepanjang 60 hari penggambaran itu adalah untuk mereka set sama seperti keadaan di luar negara.

"Penggambaran dilakukan 100 peratus di Malaysia dan cabaran utamanya adalah kami perlu mencari kawasan yang hampir sama dengan luar negara.

"Alhamdulillah, kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Bagaimanapun ia tidak semudah disangka kerana kami perlu berhadapan dengan cuaca yang terlalu panas sepanjang penggambaran.

"Malah kami juga terpaksa membina bangsal berhawa dingin untuk kuda dan penggambaran juga terpaksa direhatkan setiap 30 minit kerana kuda yang digunakan adalah kuda polo dan mereka tidak boleh terlalu lasak.

"Selain itu, kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie’s Castle di Perak serta di Filem Negara,” katanya.

Tambah Yusry, filem yang menelan belanja hampir RM20 juta itu menjalani proses penggambaran dan penyuntingan dengan perancangan teliti.

"Kita bukan buat penggambaran ikut suka hati, kita sudah buat perancangan yang sangat teliti. Bagi penggambaran sahaja ia ambil masa hampir 60 hari manakala penyuntingan mengambil masa hampir setahun.

"Segala peralatan, kostum atau pelakon aksi ngeri perlu disediakan awal sebelum pelakon-pelakon utama di bawa ke Malaysia. Pihak kami cuma ada masa dua minggu sahaja untuk penggambaran bersama pelakon-pelakon utama,” ujarnya.

Selain itu, katanya, pencarian pelakon tambahan berbangsa asing, set penggambaran yang direka khas dan kostum juga menjadi cabaran penting dalam proses pembikinan filem tersebut.

Kembali menyanyi?


Sementara itu, ditebak mengenai karier nyanyiannya, Yusry sambil ketawa berkata, dia dan KRU tidak mungkin akan kembali membuat persembahan di pentas nyanyian, namun tetap akan mengeluarkan single baru bagi mengubati rindu peminat setia mereka.

Katanya, kekangan masa antara Norman, Edry dan dia sendiri membuatkan mereka sukar untuk melakukan sesi latihan dan sesi rakaman pula sering diadakan secara berasingan.

"Kalau secara berkumpulan kami memang ada sasaran untuk mengeluarkan single dalam tempoh tertentu. Tapi untuk menyanyi secara single pula, saya tidak boleh beri sebarang jaminan.

"Buat masa ini saya memang ada beberapa material, tetapi ia berbalik kepada masa. Jika masa mengizinkan, mungkin ada single terbaru nanti. Kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Bront Palarae batalkan majlis resepsi di ibu kota


Bront Palarae batalkan majlis resepsi di ibu kota
Bront dan Liyana Jasmay dalam ‘New York Cinta’


Bront Palarae batalkan majlis resepsi di ibu kota


Bront Palarae batalkan majlis resepsi di ibu kota
Bront Palarae


"KENAPA nak rahsia? Siapa wanita itu dan mengapalah berita baik seperti ini tidak mahu dikongsi bersama masyarakat, terutamanya peminat yang selama ini menyokongnya?"

Itulah soalan demi soalan yang sentiasa bermain di fikiran kebanyakan pihak setelah aktor berbakat besar, Bront Palarae, membuat keputusan untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada 31 Ogos lalu.

Meskipun pada awalnya dia berdolak-dalik mengenai berita baik itu, aktor KL Gangster ini akhirnya terpaksa akur setelah perkahwinannya itu berjaya dihidu pihak media.

Akui tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, sehingga kini bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi mengenai perihal perkahwinannya.

“Saya mahu tegaskan, ini ialah hal peribadi dan saya tidak perlu berkongsi cerita dengan peminat melainkan kerja  (lakonan) sahaja.

“Pernikahan saya itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak tanpa diketahui kawan-kawan saya sendiri dan rakan media.

“Lagipun, saya ada kawan dan rakan media yang ramai. Jadi, tidak mungkin saya boleh penuhi kemahuan mereka semua kerana ini ialah hal keluarga saya,” jelasnya ketika ditemui selepas pelancaran supertelefilem New York Cinta, di Subang Jaya, Khamis lalu.

Tidak mahu isu perkahwinannya terus menjadi perhatian, Bront Palarae turut mengambil keputusan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di kampung ibunya, Hatyai, Thailand,

“Pada awalnya saya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dan mahu menjemput kawan-kawan lain. Malah, ada kawan-kawan yang merajuk dan kecil hati bila hanya dapat tahu saya kahwin daripada media.

“Tetapi, apabila hal ini telah menjadi kecoh, tidak mungkin saya akan buat resepsi di Kuala Lumpur sebaliknya hanya di Hatyai hujung tahun ini.

“Jika ada yang masih ingin mencari berita tentang saya, jemputlah datang ke majlis saya di sana,” katanya.

Memandangkan dia terlalu berahsia mengenai kehidupan peribadinya, Bront turut diminta mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia pernah berkahwin sebelum ini.

“Saya hanya pernah berkahwin di dalam filem. Kalau ada yang cakap saya pernah kahwin sebelum ni, bolehlah semak di pejabat agama. Tapi, ini adalah kali pertama saya bernikah,” tegasnya.

Tertarik sikap sederhana isteri


Melangsungkan pernikahan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Bront juga tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan identiti sebenar isterinya itu.

“Isteri saya orang biasa saja. Dia bukanlah selebriti tetapi bekerja dalam bidang periklanan. Saya kenal dia sejak zaman sekolah lagi. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Itu saja yang saya boleh beritahu," katanya.

Di usik pertanyaan mengenai keistimewaan isterinya itu, Bront berkata, sikap sederhana serta mampu menjadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anaknya, membuatkan dia tidak teragak-agak memperisteri wanita itu. 

Ketika ditanya mengenai reaksi isterinya terhadap kontroversi perkahwinan mereka yang kian menjadi perhatian, Bront berkata, isterinya sangat memahami situasi itu.

“Sejujurnya, apabila membaca pelbagai berita tentang perkahwinan kami, ia membuatkan kami tergelak tetapi dalam keadaan yang serius," katanya yang tidak menyangka berita mengenai perkahwinan itu mendapat perhatian ramai.

Sedia bergelar bapa


Berkongsi kehidupannya selepas bergelar suami, Bront berkata, dia masih dalam proses pembelajaran untuk mendalami  selok-belok rumah tangga

“Menjalani kehidupan berumah tangga sama sahaja. Cuma sedikit janggal kerana sebelum ini berkahwin dengan hati, tetapi sekarang sudah tinggal bersama.

“Sebelum ini saya dan isteri sudah lama berkawan dan apabila bergelar suami isteri, perasaan pelik itu sedikit timbul.

“Mungkin rasa tanggungjawab sebagai suami itu sudah ada selain perkahwinan ini sekali gus membuatkan saya rasa lebih matang,” katanya.

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, pastinya mengidamkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Malah Bront juga akur dengan situasi itu.

"Saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah pula. Jadi, doa-doakanlah kami agar cepat dapat cahaya mata,” katanya yang masih belum mempunyai perancangan berbulan madu kerana terikat dengan komitmen kerja.

Dalam perkembangan lain, mulai 12 September lalu, lakonan Bront menerusi supertelefilem 'New York Cinta' bersama Liyana Jasmay,  dapat disaksikan secara eksklusif di Astro First.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan