Cari Artikel

Thursday, August 29, 2013

Shuhaimi Baba Bukan penamat berkarya


Shuhaimi Baba Bukan penamat berkarya
Shuhaimi Baba: Bukan penamat berkarya

Shuhaimi Baba Bukan penamat berkarya


KATA orang penantian satu penyeksaan dan begitulah yang dirasai oleh penerbit dan pengarah filem terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba sejak setahun lalu.

Mengakui kesal dengan provokasi sesetengah pihak yang melakukan tekanan agar hasil karya Tanda Putera ditangguhkan tayangan atas alasan politik serta dikatakan bakal mencetuskan ketegangan kaum, Shuhaimi atau mesra disapa Shumi kini boleh melepaskan satu lelah.

Tidak menafikan ini adalah dugaan terbesarnya sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam bidang pengarahan, Shuhaimi berkata dia hampir saja mengalah dengan sikap sesetengah pihak yang lebih suka mengkritik berbanding memberi sokongan kepadanya.

“Ada yang berkata kepada saya, daripada saya menghadapi kontroversi sebegini lebih baik saya buat filem hantu atau filem bergenre lain. Ada juga yang mula ‘merajuk’ dan mengakui tak mahu terlibat lagi dengan pembikinan filem saya.

“Malah saya sendiri hampir mogok dan enggan meneruskan lagi tugas penerbitan dan pengarahan kerana kecewa dengan provokasi remeh yang dimainkan sesetengah pihak.

“Ia seolah-olah saya dijatuhkan hukuman tanpa dibicarakan. Namun selepas tayangan Tanda Putera malam Selasa minggu lalu, ramai yang tampil memberi sokongan kepada saya dan secara tidak langsung ia mengembalikan semangat saya untuk terus berkarya,” jelasnya.

Biarpun Tanda Putera hanya akan menemui penonton Khamis ini, akui Shuhaimi dia sudah mempunyai beberapa naskhah yang masih lagi dalam pertimbangan untuk diterbit dan diarahkan.

“Ya, memang sudah ada beberapa projek. Bagaimanapun buat masa ini saya lebih selesa untuk berehat terlebih dahulu dan melihat sambutan dan perkembangan Tanda Putera,” katanya.

Ditebak adakah Tanda Putera bakal menjadi filem sejarah terakhir arahannya, Shuhaimi berkata, biarpun kecewa dengan kontroversi yang berlaku, namun ia tidak sedikit pun menjadi penghalang buatnya menghasilkan sebuah filem seperti ini lagi.

“Sebagai pembikinan filem saya tidak boleh elak daripada menghasilkan sebuah karya yang boleh memberikan kesedaran kepada semua. Namun buat masa ini saya masih belum memikirkan siapa lagi tokoh negarawan yang mahu diangkat ke layar perak,” katanya.

Semangat luntur

Penangguhan tayangan filem sejarah itu sebanyak beberapa kali, sehingga berlanjutan lebih setahun, menyebabkan Pesona Pictures terpaksa menanggung kerugian bukan sahaja wang ringgit bahkan semangat pasukan untuk melihat Tanda Putera dilayarkan di pawagam.

“Selepas segala kontroversi ini, bukan semangat saya saja yang luntur, bahkan seluruh tenaga produksi merasa tekanannya. Berbulan kami bersengkang mata menyiapkan penggambaran, malah saya sendiri bersama beberapa individu penting mengambil masa setahun untuk melakukan penyelidikan.

“Sebab itu jika ditanya mengenai kerugian akibat penangguhan filem ini, saya tiada jawapan. Kerugiannya terlalu besar, ia tidak boleh dihitung dengan wang ringgit semata-mata, tetapi ia turut merangkumi maruah, semangat dan juga kepercayaan,” katanya.

Harap sokongan semua

Menurut Shuhaimi, sehingga kini dia masih terasa debarannya dan berharap semua pihak dapat memberi sokongan bukan sahaja terhadap filem Tanda Putera bahkan kepada seluruh filem tempatan.

Beliau juga memohon kepada segelintir masyarakat yang membuat kritikan yang tidak adil, juga kepada sesiapa yang melabelkan filem ini sebagai filem berbaur perkauman dan propaganda agar menonton dan menilai filem ini di pawagam sendiri sebelum membuat pelbagai andaian melulu dan tidak berasas.

“Jika dilihat semula, filem ini sangat berbeza kerana filem ini memaparkan dua orang tokoh yang menghadapi tempoh paling getir dalam sejarah Malaysia dan mereka juga berhadapan dengan penyakit yang kritikal, sesuatu yang sangat jarang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara lain.

“Saya harap rakyat Malaysia terus beri kami peluang untuk berkarya dan sokonganlah kami. Tanpa sokongan mereka, industri kita akan terus mati begitu sahaja,” ujarnya yang pernah mengarahkan filem ‘1957 Hati Malaya’ ini.

Dua tokoh berwibawa

Tanda Putera membawa penonton melayari kisah perbalahan antara orang Melayu dan Cina yang berlaku pada 13 Mei 1969, isu yang kononnya dikatakan boleh membangkitkan kembali kemarahan kedua-dua kaum itu tidaklah seteruk yang disangka.

Apatah lagi adegan terbabit hanya dipaparkan pada awal cerit dan selebihnya adalah kisah persahabatan dua tokoh berwibawa iaitu Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail.

Akui Shuhaimi, rata-rata tetamu yang hadir pada malam gala Tanda Putera mengakui sendiri kepadanya bahawa mereka tidak nampak apakah elemen sensitif filem ini sehingga ia menjadi judul kontroversi.

“Ramai yang mengakui tersentuh dengan pengorbanan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. Mereka juga tertanya-tanya apakah perkara isu yang disensasikan oleh pihak tertentu yang mengatakan filem ini boleh mencetuskan ketegangan kaum.

“Selepas ini jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan filem mini dan mahu berjumpa saya, saya sedia bertemu. Atau pun jika ada yang mahu mengkritik, saya bersedia menerima kritikan daripada mereka,” katanya.

Zed Zaidi 'Saya bukan gila kuasa'!


Zed Zaidi 'Saya bukan gila kuasa'!
Zed Zaidi

Zed Zaidi 'Saya bukan gila kuasa'!


LEBIH  setahun diberi kepercayaan memimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berjaya membuktikan kredibilitinya dalam menguruskan persatuan itu selaku pucuk pimpinan.

Malah, beberapa pencapaian besar berjaya dicapai Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, sepanjang tempoh pelantikan itu.

Bukan sahaja semakin agresif, malah suara Seniman juga turut menjadi perhatian kerajaan serta kementerian.

Semangat dan perjuangan Zed dalam membawa industri seni ke tahap yang lebih tinggi wajar diberi pujian walaupun sebelum ini dia tidak terlepas daripada kata-kata sinis dan cemuhan.

Pun begitu, keberanian Zed telah menghapuskan segala kritikan dan cemuhan yang dilempar padanya setelah melihat kejayaan demi kejayaan yang diraih persatuan itu.

Dalam kerancakan Seniman menyusun usul lain, Zed mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan dia akan bertanding jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu pada Oktober depan.

Namun, ramai yang berteka-teki, adakah Zed akan meninggalkan Seniman untuk jawatan yang lebih besar atau tetap meneruskan perjuangannya demi kebajikan artis-artis tempatan.

Untuk mendapat kepastian, Zass menyusun satu temu bual eksklusif bersama Zed Zaidi untuk berbicara lebih lanjut mengenai perkara itu.


Anda memilih untuk bertanding jawatan dalam parti. Bagaimana pula nasib Seniman? Adakah anda akan bersara?

Saya menerajui Seniman bukan kerana mahukan 'jalan alternatif' semata-mata untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi. Namun, saya tidak nafikan jawatan sebagai Presiden Seniman banyak membantu dalam mencapai perjuangan saya demi membantu golongan seni. Kenapa saya perlu bersara sekiranya saya berpeluang memegang jawatan Exco Pemuda? Malah, hasrat saya adalah untuk membawa Seniman ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ia merupakan 'batu loncatan' untuk saya membawa usul Seniman ke atas. Bagi saya, tiada masalah untuk memegang lebih daripada satu jawatan kerana Seniman adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Exco Pemuda adalah parti. Ia adalah jawatan yang berbeza dan tiada undang-undang yang menghalang seseorang itu untuk memegang jawatan lebih daripada satu jawatan, malah ramai individu yang diberi peluang itu. Lainlah kalau ianya berkaitan dengan kerajaan atau kementerian.


Apa pandangan anda jika ada segelintir pihak yang menganggap anda gila kuasa?

Saya dilantik sebagai Presiden bukan atas dasar paksaan atau pilihan sendiri. Saya melalui proses undian dan ia ternyata berpihak kepada saya. Tidak perlu timbul istilah gila kuasa kerana ini adalah perjuangan saya dalam Seniman. Saya tidak kisah apa yang orang kata kerana sebelum ini pun saya telah melaluinya. Saya lebih selesa menganggap kritikan dan cemuhan itu sebagai pembakar semangat untuk saya terus berjuang. Namun, saya tidak keberatan untuk melepaskan jawatan ini sekiranya ada individu yang layak memimpin persatuan serta memperjuangkan matlamat Seniman.


Lebih setahun menguruskan Seniman, adakah anda berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai?

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana memudahkan urusan saya dalam usaha membantu ahli persatuan untuk mendapatkan hak mereka. Walaupun tidak kesemua usul berjaya di selesaikan buat masa ini, namun saya berpuas hati kerana kebanyakannya mendapat perhatian pihak atasan termasuk kerajaan dan kementerian. Bagi usul yang masih belum berjaya dilaksanakan, saya akan tetap mengemukakannya di masa yang akan datang.


Memegang dua jawatan dalam satu masa, tidakkah anda akan berdepan dengan kekangan masa?

Saya rasa, tidak akan timbul isu kekangan masa kerana tidak kira di peringkat persatuan mahupun parti, saya tetap memperjuangkan isu yang sama menerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian. Saya akan tetap membawa usul masalah industri dan pengamal seni walaupun di peringkat parti. Buat masa ini, saya hanya menggalas jawatan Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian sahaja. Ini juga adalah satu persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.


Adakah ini merupakan satu langkah untuk membawa golongan artis kepada penglibatan politik?

Ya, saya tak nafikan perkara itu kerana saya tahu, pengaruh artis dalam politik cukup besar. Pada PRU13 yang lalu, golongan pembangkang telah menggunakan cara ini untuk kepentingan politik mereka. Namun, tidak salah untuk kita cuba memulihkan imej parti dengan cara yang sama. Saya menggunakan kaedah ini untuk membawa Seniman dan ahli persatuan untuk mencabar artis dari pembangkang. Sekurang-kurangnya, penglibatan artis dalam Umno secara serius dapat menggugat kedudukan artis pembangkang yang tampil mengecam parti pemerintah. Penglibatan penggiat seni dalam parti dilihat mampu menaikkan imej Umno dan membuka mata masyarakat.


Apakah dorongan utama yang membuatkan anda tampil untuk bertanding?

Sokongan padu daripada ahli di 191 bahagian pergerakan di seluruh negara adalah faktor utama untuk saya tampil bertanding. Daripada awal lagi, mereka menyokong saya untuk bertanding khususnya bagi jawatan Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan. Walaupun bukan semua yang menyokong, namun saya yakin, ramai di kalangan mereka yang menyokong perjuangan saya.


Adakah anda yakin akan menang?

Itu semua rezeki ALLAH SWT. Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana ramai di kalangan rakan-rakan yang berkredibiliti juga turut bertanding. Bukan seorang dua yang turut bertanding, malah saya difahamkan setiap bahagian menghantar borang pemilihan. Namun, wakil daripada artis, hanya saya seorang sahaja. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki, saya bersyukur. Ini semua adalah perjuangan saya demi industri.

Jovian, Sabrina bakal bersatu


Jovian, Sabrina

Jovian, Sabrina bakal bersatu


NAMPAKNYA  pasangan yang hangat bercinta, Jovian Mandagie dan kakak kepada Dafi iaitu Sabrina, bakal disatukan pada 11 Disember ini.

Percintaan antara pereka fesyen terkenal dengan anak menteri itu bukanlah perkara rahsia kerana kedua-duanya lebih bersikap terbuka dalam hubungan.

Walaupun sebelum ini mereka pernah menangguhkan perkahwinan kerana tuntutan kerja, namun akhirnya mereka akan bersatu juga selepas dua tahun menjalinkan hubungan.

Apatah lagi, keluarga mereka turut merestui percintaan itu.

Isu lambang salib Jehan mahu peminat rasional


Isu lambang salib Jehan mahu peminat rasional
Jehan Miskin

Isu lambang salib Jehan mahu peminat rasional


“SECARA  jujurnya saya sedih sebab ada lagi orang-orang yang terlalu sensitif dan cepat melenting dengan perkara yang tidak sepatutnya.”

Itulah antara penjelasan yang diberikan oleh pengarah dan pelakon, Jehan Miskin berkaitan isu memakai salib yang menimpanya, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Jehan memberitahu, dia yang dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam sememangnya tidak logik untuk memakai lambang salib seperti yang dikatakan.

“Pada mulanya saya faham situasi beberapa pengikut Instagram yang nampak loket yang saya pakai itu sebagai lambang salib memandangkan saiznya kecil dan tidak jelas.

“Tapi saya mula tidak faham mengapa setelah saya jelaskan perkara sebenar, mereka masih mahu katakan perkara yang sama.

Sebagai orang Islam, tidak masuk akal saya mahu pakai lambang salib.

“Kalau pakai pun mungkin sebab tidak perasan, tapi dalam hal ini saya memang pakai loket itu sebab mahu kongsikan gambar dengan para peminat saya.

Loket tu adalah lambang pengakap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama,” jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Media Prima, kelmarin.

Tambah pengarah drama siri What If ini lagi, bila seseorang sudah menetapkan pemikiran yang negatif, apa sekalipun penjelasan yang diberikan akan tetap dipandang negatif.

“Dalam perkara ini mereka perlu lebih rasional dan saya sendiri cuba untuk bercakap dengan cara yang sama di Facebook, tapi bila masih ada mahu mempertikaikan, saya jadi buntu.

“Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas.

Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?,” katanya dengan panjang lebar.

Isu lambang salib Jehan mahu peminat rasional
Jehan Miskin Pakai Emblem Fleur-De-Lis


Kesal dengan kata-kata kesat

Tidak mahu perkara menjadi lebih serius, Jehan memberitahu dia terpaksa memadam beberapa komen keterlaluan yang dilemparkan kepadanya dalam laman Facebook miliknya.

Menurut Jehan, bila ada peminat yang menyebelahi dirinya, terdapat beberapa pengkritik sanggup melemparkan kata-kata yang kesat kepada peminatnya pula.

“Saya tidak mahu Facebook saya jadi medan pergaduhan mereka dan sebab itulah ada beberapa komen yang terpaksa saya padam.

Sekarang saya sendiri sudah malas untuk layan komen-komen itu semua,” katanya.

Difahamkan, aksesori itu tajaan Thomas Sabo dan tujuannya memuat naik gambar tersebut sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu.

iskandarX: Fleur-De-Lis adalah emblem yang di gunakan oleh King Scotland yang di bermaksud bunga teratai dan juga symbol kepada kerajaan jajahan Kristian. Lain kali mengaji dulu sebelum nak bergaya, jangan cuba tegakkan benang yang basah. Symbol kristian tak semestinya berbentuk salib kerana mereka ada 1 juta macam jenis logo serta emblem yang di gunakan untuk menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat setempat.

Hanez Suraya popular kerana kontroversi?


Hanez Suraya popular kerana kontroversi?
Hanez Suraya

Hanez Suraya popular kerana kontroversi?


SEJAK akhir-akhir ini, penggunaan medium media sosial yang digunakan beberapa orang artis sering mengundang kontroversi.

Terbaru, pelakon tinggi lampai, Hanez Suraya turut tidak terkecuali mengalami perkara yang sama apabila salah seorang peminat menghentamnya gara-gara tidak membalas komennya di Twitter.

Bertanyakan pada tuan badan sendiri, Hanez memberitahu apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang besar cuma atas sebab tidak cemburu dan tidak berpuas hati perkara itu menjadi semakin besar.

"Sebenarnya Hanez seorang yang suka 'reply' dan 'retweet' semula komen-komen peminat di Twitter kalau Hanez ada masa yang lapang.

"Tapi hari itu, kebetulan, tweet yang datang dari peminat terlalu banyak. Masa itu Hanez memang tidak boleh balas semuanya jadi Hanez dahulukan 'tweet' yang mana penting dari teman-teman rapat dan pihak media.

"Tidak sangka pula ada peminat yang marah dan tanpa usul periksa dia kata Henez hanya balas 'tweet' pada peminat lelaki sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima, kelmarin.

Biarpun pelbagai kata cacian dilemparkan kepadanya, namun pelakon drama Autumn Dihatiku ini tidak melenting malah menghadapi situasi tersebut dengan tenang.

"Sejujurnya memang Hanez kecewa perkara seperti ini berlaku. Tapi saya kena terima sebab inilah lumrah buat seseorang artis.

"Sekarang ini Hanez memang tidak layan 'tweet' darinya sebab bila dilayan mungkin keadaan akan bertambah teruk. Bagi saya orang seperti itu hanya mahukan perhatian," jelasnya.


Kontroversi membantu

Mengakui kehadiran kontroversi sedikit sebanyak membantu kerjanya sebagai seorang pelakon semakin bertambah baik, Hanez bagaimanapun masih menitik beratkan bakat untuk terus bertahan dalam industri hiburan ini.

Katanya, jika dilihat perkembangan karier lakonannya tahun ini, memang ada peningkatan kerana banyak tawaran lakonan yang diterima dan dalam masa yang sama ada juga beberapa kontroversi menimpa dirinya.

"Sebenarnya memang kontroversi membantu tapi yang mana boleh tepis, Hanez akan tepis sebab saya juga tidak mahu dilabel sebagai artis kontroversi.

"Tapi boleh dikatakan semua kontroversi yang menimpa Hanez tidaklah serius mana cuma ianya dibesar-besarkan oleh mereka yang tertentu sahaja.

Apabila diminta penjelasan bahawa kontroversi hanya datang kepadanya setelah hubungan percintaan bersama penyanyi, Awi Rafael tamat, Hanez bagaimanapun menafikannya.

"Kalau diikutkan masa saya masih bersama Awi ada juga kontroversi yang timbul cuma ketika itu saya lebih berhati-hati kerana Hanez tidak mahu Awi juga turut terlibat.

"Tapi sekarang Hanez solo, dan semua itu memang Hanez perlu balas dan jelaskan. Tapi itu tidak bermakna Hanez melawan dan melayan cuma balas kenyataan buat mereka faham," jelasnya.


Masih sendiri

Apabila ditanya dirinya sudah memiliki pengganti, Hanez bagaimanapun memberitahu buat masa ini tumpuannya hanyalah pada kerjaya.

"Alhamdulillah, kehidupan saya kini lebih selesa. Bila sudah solo, senang untuk saya beri tumpuan sepenuhnya pada kerjaya.

"Mahu bergerak ke mana-mana pun tidak ada halangan dan saya syukur masih boleh hidup sendiri," ujarnya.

Tambah Hanez lagi, dalam masa yang terdekat ini dia tidak ada perancangan untuk mengisik kekosongan hatinya.

"Mungkin terlalu cepat untuk buat semua itu. Sekarang ini Hanez lebih selesa berkawan dengan semua orang.

"Memang ada yang cuba untuk mendekati, tapi Hanez boleh berkawan biasa sahaja dan bila sudah bersedia barulah Hanez akan fikirkan semua itu," katanya yang tidak meletakkan sasaran tertentu untuk menamatkan zaman bujangnya.

Editor Media Hiburan tamatkan zaman bujang


Editor Media Hiburan tamatkan zaman bujang
Meen Tahrin bersama isteri tercinta, Yusrinawati.

Editor Media Hiburan tamatkan zaman bujang


EDITOR majalah Media Hiburan terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Meen Tahrin atau nama sebenarnya, Abdul Razak Tahrin, 37, selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Yusrinawati Hamzah, 37, dengan sekali lafaz sekitar jam 5.30 petang, Jumaat lalu.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah dan Pegawai Khidmat Nasihat, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Shah Alam, Rematola Abdul Sathor.

Majlis resepsi berlangsung semalam, di rumah pengantin perempuan di Kampung Seri Aman Berkat, Puchong.

Ketika majlis pernikahan kelmarin, pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas sebelas kepada pihak lelaki dengan mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM10,000 berserta seutas rantai tangan emas.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki diadakan di Restoran Warisan, Kuala Lumpur, hari ini.

Black 'Sila tunjuk resit!'


Black 'Sila tunjuk resit!'


Black 'Sila tunjuk resit!'


"Jika benar dia sudah menghabiskan duit tersebut untuk urusan perkahwinan saya, sila tunjuk bukti resit dan bukti kerja yang pernah dilakukan!" tegas Black mengenai kenyataan yang dikeluarkan perancang perkahwinannya itu.

Black yang dihubungi Zass menegaskan dia juga tidak menganiaya sesiapa pun dan yakin dirinya yang menjadi mangsa.

Katanya, yakin dirinya ditipu, Black berkata, dia menamatkan perkhidmatan perancang perkahwinan tersebut setelah tiada hasil yang diperolehi biarpun hanya tinggal dua bulan sebelum majlis berlangsung.

"Saya tidak akan memberhentikan dia tanpa sebab jika dia buat kerja betul-betul. Selepas memasukkan duit sebanyak dua kali pada bulan April dan Jun, saya tidak menerima sebarang hasil atau perkembangan daripada dia.

"Malah, menerusi beberapa siri perjumpaan, dia tidak menunjukkan pembentangan dengan kertas kerja sebaliknya hanya menulis di papan putih. Justeru menerusi pertemuan terakhir pada 3 Julai, beberapa pihak lain yang hadir ketika itu seperti tercengang kerana masih tidak mengetahui apa-apa. Ini menyebabkan saya nekad untuk memberhentikannya.

"Lebih saya kesal, apabila dia menempah pihak katering tanpa membawa saya merasai sesi 'food testing' walaupun dia sebelum itu berjanji untuk membawa saya dan keluarga," jelasnya.

Black berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk membawa perkara ini ke mahkamah.

"Saya enggan memanjangkan lagi perkara ini dan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan," katanya.

iskandarX: is nampak macam salah faham je kes nie, sebab pihak perancang Majlis perkahwinan tak tunjuk resit bukti semasa Black buat Audit. Dan membuat beberapa demo perkhidmatan macam food testing. Tapi bagi is lah kan yang lengkap macam tu selalunya perkhidmatan nie lebih dari bujet rm 100K. Maybe perancang Majlis Perkahwinan tu low own bujet kowt, "maybe". Biasalah orang kita kalau business bukan semua ada modal panjang sangat, paham2sikit, kita tengok je keputusan di mahkamah nanti.

Kesal tuduhan Black 'Saya teraniaya'


Kesal tuduhan Black 'Saya teraniaya'
Perancang perkahwinan kesal tuduhan Black

Kesal tuduhan Black 'Saya teraniaya'


Dalam keterujaan melangkah ke alam perkahwinan bulan depan, juara Mentor musim ketiga ini dan tunangnya berdepan dengan cabaran yang tidak disangka.

Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 26, dia berasa ditipu oleh perancang perkahwinan yang dilantiknya setelah tiada perkembangan walaupun sudah membayar RM30,000 menerusi dua transaksi iaitu RM18,000 pada bulan April dan RM12,000 pada bulan Jun.

Justeru demi memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar, Black mengambil keputusan untuk memberhentikan khidmat perancang perkahwinan tersebut dan menyerahkan tugas persiapan perkahwinannya kepada pihak pengurusan.

Tidak berakhir setakat itu, usaha Black untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar menemui jalan buntu apabila perancang perkahwinan tersebut dikatakan hanya berdiam diri.

Bagi memastikan nasibnya mendapat pembelaan sewajarnya, Black telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan juga bakal membawa isu ini ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Jika sebelum ini kita sering mendengar kenyataan Black, perancang perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Puan WP (Wedding Planner) tampil memberi penjelasan secara eksklusif kepada Zass.


Ikuti temu bual berikut:

Setelah lama isu ini menjadi sebutan, apakah yang membuatkan anda tampil untuk memberi kenyataan?

Puan WP: Tujuan saya tampil memberi kenyataan ini bukan mahu memburukkan sesiapa atau cuba untuk mencari gaduh.

Saya hanya mahu membersihkan nama saya dan ingin menegaskan saya tidak melesapkan duit Black seperti didakwanya. Lagipun, ini bukan pertama kali saya menguruskan majlis perkahwinan artis dan selama ini tidak pernah ada masalah yang berbangkit.

Boleh anda jelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu ini?

Puan WP: Saya berjumpa Black dalam satu majlis awal tahun ini dan Black telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan saya. Menerusi beberapa perjumpaan dan perbincangan, Black setuju untuk mengadakan majlis perkahwinannya di satu lokasi di Kuala Lumpur (nama lokasi dirahsiakan).

Selepas melakukan beberapa sesi rundingan, pihak lokasi perkahwinan tersebut bersetuju memberi potongan separuh harga daripada RM72,000 kepada RM36,000 dan saya telah membayar RM15,000 sebagai pendahuluan.

Kemudian saya juga sudah membayar RM7,000 kepada pihak katering. Selebihnya RM5,000 adalah bayaran untuk saya dan baki RM3,000 untuk saya uruskan mengenai perkara lain. Segala urusan tersebut bersama bukti resit dan e-mel daripada pihak berkenaan mengenai perbincangan kami.

Bagaimana pula dengan kenyataan Black bahawa anda sudah membayar sebahagian daripada wang tersebut?

Puan WP: Selepas perkhidmatan saya ditamatkan saya tidak ada berjumpa dengan Black, apatah lagi memulangkan duit kepadanya.

Namun setahu saya pihak katering telah memulangkan duit tersebut kepada Black dan saya tidak bercadang untuk memulangkan duit Black kerana ingin saya tegaskan di sini, saya sudah teraniaya dan saya tidak bersalah!

Jadi, bagaimana boleh timbul isu 'melesapkan' duit Black?

Puan WP: Sekali lagi saya tegaskan saya tidak pernah melesapkan duitnya dan saya sebenarnya adalah orang yang teraniaya. Tiga bulan sebelum majlis Black, saya diberhentikan tanpa sebab dan Black bersama pihak pengurusan memaksa saya memulangkan semula wang tersebut.

Bagaimana saya mahu memulangkan wang tersebut sedangkan ia sudah dibayar kepada mereka yang terlibat. Saya juga kesal dengan pihak pengurusan Black tidak cuba menasihatkan Black dan saya rasa Black dipengaruhi oleh yang tidak profesional semasa membuat keputusan itu.

Mengapa pula anda rasa teraniaya?

Puan WP: Ya saya memang teraniaya kerana sejak awal lagi Black tidak mahu menandatangani kontrak yang sudah diberikan kepadanya. Oleh kerana itu, ia memudahkan Black untuk menamatkan perkhidmatan saya sesuka hati dan menuntut kembali wang daripada saya walaupun wang tersebut telah digunakan dalam urusan persiapannya.

Pernahkah anda berselisih faham dengan Black sebelum ini?

Puan WP: Saya tidak ada berselisih faham dengannya sebelum ini. Bayangkan ketika bapa saya tenat, saya dihubungi bertalu-talu daripada pihak Black, sehinggakan bapa saya meninggal dan ketika urusan pengebumian mereka masih menghubungi saya.

Tiga hari kemudian saya datang untuk berbincang bersama Black dan pihak pengurusan. Ketika itu mereka layan saya seperti sampah dan saya sudah dapat merasakan perkhidmatan saya akan ditamatkan.

Black bercadang membawa perkara ini ke mahkamah. Bagaimana pula dengan anda?

Puan WP: Saya sudah mendapat nasihat daripada peguam saya, jika dia mahu membawa perkara ini ke mahkamah saya sedia berhadapan dengannya kerana saya ada segala bukti.

Selepas perkara ini berlaku, adakah perniagaan dan reputasi anda terjejas?

Puan WP: Alhamdulillah rezeki saya tidak pernah putus dan perniagaan serta reputasi saya tidak pernah terjejas dengan isu ini. Saya tidak bersalah dan bila pelanggan tanya saya sudah jelaskan. Malah mereka juga faham dan mempercayai saya.

Apa nasihat anda untuk Black?

Puan WP: Nasihat saya, sudah-sudahlah membuat cerita buruk mengenai orang lain. Lagi banyak kita bercerita ia seolah-olah membuka pekung di dada. Saya harap Black fikirkan perkara yang positif dan tumpu pada perkahwinannya. Dia pun mahu mendirikan masjid.

Hasilkan filem sejarah, pupuk semangat patriotik


Hasilkan filem sejarah, pupuk semangat patriotik
Tanda Putera

Hasilkan filem sejarah, pupuk semangat patriotik


KEMAMAN - Pengarah filem Tanda Putera Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak serik menghasilkan filem sejarah berkaitan kemerdekaan negara bagi memupuk semangat patriotik serta memberi kesedaran, terutama kepada generasi baru.

Beliau berkata, filem merupakan satu daripada cabang bagi mewujudkan semangat patriotik dan kesedaran untuk cintakan negara.

"Kita tidak perlu guna cara paksa agar mereka mempunyai semangat patriotik ... kita gunakan filem untuk memujuk mereka, dan setiap negeri harus terlibat dan mengeluarkan filem bersejarah ini," katanya kepada pemberita pada majlis pratonton Tanda Putera di sini hari ini.

Turut hadir bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Universiti Malaysia Perlis Profesor Datin Paduka Dr Ramlah Adam.

Filem berdurasi dua jam itu, yang diteraju dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail serta menelan belanja kira-kira RM5 juta, akan ditayang serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos ini. - Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan