Cari Artikel

Saturday, August 24, 2013

Aril, Shac ERA fm Akan Webchat Bersama Murai Isnin Ini


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aril, Shac ERA fm, Akan, Webchat, Bersama, Murai, Isnin, Ini
Aril, Shac ERA fm Akan Webchat Bersama Murai Isnin Ini

Aril, Shac ERA fm Akan Webchat Bersama Murai Isnin Ini


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Stesen radio No. 1 negara, ERA fm baru sahaja menyambut ulang tahun mereka yang ke-15 baru-baru ini, dan untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun mereka bersama dengan bulan kemerdekaan dan perayaan Aidilfitri tahun ini, ERA fm akan menganjurkan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA di Stadium Hang Jebat, 31 Ogos ini.

Istimewa pada hari tersebut, satu perlawanan bola sepak persahabatan akan diadakan di antara ERA FC berentap dengan Arena All Stars FC di mana ERA FC akan dibarisi Adifashla, Zahid, Aril, Ray, Johan, serta barisan selebriti seperti Firman, W.A.R.I.S, Nomad, Shae, Soo Winci, Black dan Fiq dan beberapa pemain Harimau Muda.

Manakala barisan Arena All Stars FC pula akan dibarisi Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azman Adnan dan barisan penyampai Astro Arena.

Turut diadakan, konsert Eravanganza akan diadakan pada sebelah malam yang man ianya akan dihangatkan oleh barisan penyanyi popular seperti Faizal Tahir, Forteen, Black, Najwa Latiff, W.A.R.I.S, Shae dan Firman.

Demi menghangatkan lagi perlawanan persahabatan tersebut dan sambutan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA itu sendiri, ndua penyampai ERA fm iaitu Aril dan Shac akan muncul dalam sesi webchat bersama Murai pada hari Isnin ini, 26 Ogos bermula jam 1 hingga 2 petang.

Portal Murai memberikan peluang kepada anda selama sejam untuk mendekati kedua-dua penyampai radio ini untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada mereka. Anda boleh bertanyakan soalan tentang perkembangan terbaru, ucapan raya atau pun peluang mereka untuk menentang barisan Arena All Stars FC dalam perlawanan yang diadakan pada 31 Ogos nanti.

Anda juga berkesempatan mendengar sendiri suara Aril dan Shac yang mungkin ada ucapan istimewa untuk anda semua.

Nantikan kemunculan mereka berdua Isnin ini.

Vokalis Exist, Ezad Lazim Bakal Bergelar Bapa


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Vokalis, Exist, Ezad Lazim, Bakal, Bergelar, Bapa
Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana Ramli

Vokalis Exist, Ezad Lazim Bakal Bergelar Bapa


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Aturan keluarga untuk menjodohkan Ezad Lazim yang pernah menganggotai kumpulan Exists dengan Nor Azeana Ramli ternyata menjadi apabila mereka telah pun bergelar suami isteri yang sah pada 29 Mac lalu.

Malah, isterinya yang juga berusia 34 tahun itu kini sudah hamil empat bulan menandakan Ezad bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

"Seperti tak percaya apabila Aidilfitri tahun ini disambut bersama isteri. Memang tak sangka saya akhirnya akan bertemu jodoh. Selepas putus tunang, saya seperti malas nak fikir mengenai teman wanita dan isteri.

Bagaimanapun keluarga mengatur segala-galanya dan sudah jodoh saya untuk berkahwin dengan Zeana," kata Ezad.

Nampaknya, lebaran kali ini memberi seribu makna kepada Ezad kerana dapat menyambut hari raya bersama isteri tercinta namun Ezad memilih untuk beraya secara sederhana bagi membuat persediaan kepada anak yang bakal lahir nanti.

"Kami perlu lebih utamakan anak kami. Persiapan Aidilfitri beberapa hari lalu hanya sederhana kerana kami lebih menyimpan wang untuk kegunaan anak. Alhamdulillah, saya masih lagi menerima tawaran untuk menyanyi. Boleh dikatakan rezeki saya untuk keluarga tetap ada," kata Ezad yang berasal dari negeri yang sama dengan Zeana iaitu Kedah.

Ezad yang pernah muncul dalam filem seperti "Mami Jarum" dan "Mistik" mengaku dia perlu bekerja keras untuk keluarganya dan berhasrat mahu mempromosikan single terbarunya yang berjudul "Karena Kamu" tidak lama lagi.

Sewaktu ditanya mengenai hubungannya dengan anggota kumpulan Exists yang lain, Ezad menyatakan dia sudah lama tidak berhubung dengan mereka tetapi percaya mereka perlu duduk berbincang mengenai hasil karya Exists satu hari nanti.

Zarina Zainuddin Akui Pernah Serang Follower Di Instagram!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Zarina Zainuddin, Akui, Pernah, Serang, Follower, Di, Instagram
Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin Akui Pernah Serang Follower Di Instagram!


KUALA LUMPUR, 23 OGOS 2013: Pelakon Zarina Zainuddin, 43, akui pernah menyerang seorang pengikutnya di laman sosial Instagram miliknya selepas berang dengan tindakan wanita itu yang cuba memalukannya dengan memberi komen yang negatif terhadap sekeping foto yang dimuat naiknya sendiri.

Zarina Zainuddin berkata dia menyerang dengan cara baik selepas cuba menasihati kembali cara seorang pengikutnya atau follower itu yang dikatakan memberi komen yang agak kasar kepadanya.

"Sebenarnya, Instagram ibarat diari saya. Dari situlah saya kongsi segala aktiviti harian saya, sama ada ketika mengikuti sesi penggambaran mahupun ketika bersama keluarga.

"Saya seorang yang mesra dan gemar melayan komen daripada follower saya. Cuma baru-baru ini saya terima komen daripada seorang peminat yang telah menegur dan melemparkan kata-kata yang kurang elok kepada saya.

"Ianya berpunca daripada saya berkongsi foto memakai telekung selepas selesai menunaikan solat yang menampaknya wajah penuh mekap di muka . Ketika itu saya berada di set penggambaran. Maklumlah masa itu tengah sibuk nak kejar perkara wajib (solat) dan kerja, jadi tak sempatlah nak bersihkan mekap di muka dengan betul. Tapi sebenarnya saya sudah ada air sembahnya sebelum mengenakan solekan.

"Follower itu sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan saya yang memakai mekap ketika solat dan terus melemparkan komen yang agak kasar. Lepas baca komen daripada follower tersebut, saya pun pergi ke akaun Instagram dia dan saya lihat dia pun bukanlah seorang yang alim ulama.

"Jadi, saya pun balas balik dengan memberi komen kepadanya, kalau nak komen orang lain, lihat diri kita dulu macam mana. Kita manusia biasa, tak ada siapa yang sempurna," katanya kepada murai.com.my

Sejak daripada itu, pelakon yang sebelum ini popular menerusi drama Teduhan Kasih itu memberitahu dia telah pun 'blocked' pengikutnya itu supaya perbalahan tersebut tidak akan berpanjangan.

"Lanjutan daripada insiden itu, dia juga terus blocked saya dan saya pun buat perkara yang sama. Senang, tak payah nak panjang-panjangkan cerita. Saya tak kisah kalau peminat nak tegur, tapi biarlah dengan bahasa dan cara yang baik.

"Terus-terang, segala video ataupun gambar yang saya kongsikan di Instagram adalah sememangnya menunjukkan diri saya yang sebenar. Saya tak suka nak bersikap hipokrit dan bagi saya tak salah untuk kongsikan segala aktiviti harian dengan peminat sebab sharing is caring," luahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru, Zarina bakal memulakan penggambaran drama bersiri Janji Adam untuk siaran TV3 pada 26 Ogos ini bersama pelakon-pelakon seperti Zul Ariffin, Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

iskandarX: Serang je dia mummy melampau kalau memang patut kena punya.

Suki: Galaxy Music Tak Bayar Hutang, Isytihar Muflis


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Suki, Galaxy Music, Tak, Bayar, Hutang, Isytihar, Muflis, Suki Low, One In A Million
Suki Low

Suki: Galaxy Music Tak Bayar Hutang, Isytihar Muflis


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Biarpun kes saman yang melibatkan Suki Low dengan syarikat pengurusan Galaxy Music telah memihak kepadanya, namun ianya masih lagi belum menemukan keadilan buat penyanyi tersebut.

Kini, Juara One In A Million itu yang sebelum ini pernah mengarahkan mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap kepada Galaxy Music telah menemui jalan buntu apabila syarikat itu khabarnya telah diisyhtiharkan sebagai muflis.

Suki bagaimanapun tetap akan mencari keadilan serta menggesa syarikat yang kini bertukar nama kepada Galaxy Group itu untuk melunaskan tuntutan tersebut, malah dia tidak akan membiarkan syarikat yang terkenal dengan penganjuran konsert antarabangsa itu untuk terlepas dengan begitu sahaja.

Dalam pada masih lagi belum mendapat tuntutan sebanyak RM367,000 ribu itu, Suki mendakwa mereka pula yang meminta bayaran sebanyak RM200,00o ribu daripadanya untuk membatalkan kontrak selama 4 tahun itu kerana masih berbaki 2 tahun.

"Saya sudah beberapa kali naik turun mahkamah namun pihak Galaxy Music masih belum memberikan respon mengenai perkara ini serta tidak membuat sebarang pembayaran yang dituntut. Saya meminta mereka kembalikan saja wang saya yang diambil mereka setelah saya tidak dapat apa-apa yang dijanjikan oleh mereka. Tetapi saya pula diminta untuk membayar jika mahu membatalkan kontrak 4 tahun itu.

"Yang terbaru selepas dua kali tidak muncul di mahkamah setelah diperintahkan berbuat demikian, mereka telah diisytiharkan muflis dengan semua entiti mereka telah berpindah kepada nama baru iaitu Galaxy Group.

"Saya tahu mereka mencari jalan mudah untuk lari dengan status syarikat mereka yang muflis. Tetapi di bawah syarikat baru mereka membawa masuk artis-artis antarabangsa mengadakan konsert disini seperti yang terbaru Metallica.

"Saya tidak akan berdiam diri dan akan mencari jalan untuk mendapatkan semula kesemua hak saya walaupun terpaksa menanggung kos guaman dan sebagainya,"ujarnya dalam nada kesal mengenangkan wang kemenangannya ketika menjadi juara One In A Million itu lebur begitu saja.

Penyanyi ini telah ditemui pada sidang media 1Love Playing For Change Day Malaysia dimana Suki terlibat dalam acara amal tersebut yang menjadikan muzik medium menyampaikan mesej keamanan dan ia turut diadakan di seluruh dunia pada 21 September depan.

iskandarX: Hutang kena lah bayar sebab hutang emas di bawa berlayar htang budi di bawa mati.

Pekin Mula Buat Persiapan Kahwin Island Wedding!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pekin, Mula, Buat, Persiapan, Kahwin, Island Wedding
Pekin Ibrahim dan Uqasha Sensrose

Pekin Mula Buat Persiapan Kahwin Island Wedding!


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Pelakon Pekin Ibrahim akui bakal menikahi kekasihnya, Uqasha Sensrose dalam tempoh tidak lebih setahun selepas tarikh dia merisik dramatis itu dilakukan pada 6 Julai lalu.

Malah, Pekin memberitahu dia kini sudah mula membuat persiapan kahwin dan dalam perancangan untuk mengadakan perkahwinan bertemakan taman atau pun pulau.

"Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Namun mengikut perjanjian merisik hari itu, kami akan akad nikah paling lama setahun dan Insya Allah tidak lebih dari jangka masa itu. Namun kedua-dua belah pihak belum tetapkan tarikh untuk kami bernikah.

"Kalau boleh, saya tak mahu buat majlis tunang secara besar-besaran. Cukuplah dengan mengadakan majlis merisik pada Julai lalu. Kami ada pun majlis tunang, ia akan dilakukan pada waktu pagi, diikuti dengan majlis perkahwinan pada sebelah petang.

"Sekarang ni, kami sudah mula buat persiapan kahwin apa yang patut. Mengenai tema perkahwinan saya sedang fikirkan sama ada nak buat Garden Wedding atau Island Wedding kerana kami sama-sama suka dengan tema tersebut," katanya kepada murai.com.my ketika majlis tayangan media filem Paku Pontianak di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu. Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar luas di internet beberapa bulan lepas.

Sementara itu, Uqasha yang ditemui yang turut membintangi filem Paku Pontianak memberitahu keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu.

"Bagi saya, dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah. Malah, dia juga rapat dengan keluarga saya," jelasnya.

Pasangan ini bakal muncul dalam filem terbitan Metrowealth (MIG) Paku Pontianak yang akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 22 Ogos ini. Filem yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim itu turut dibintangi Adiba Yunos, Along Eyzendy dan Hidayah Samsudin.

Debaran Paku Pontianak


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Debaran, Paku Pontianak
Barisan pelakon Paku Pontianak.

Debaran Paku Pontianak


BIARPUN industri perfileman tidak pernah suram dengan filem bergenre seram, namun ia bukan halangan buat penerbit termasuk Mejar David Teo memberhentikan pengeluaran cerita bergenre sama.

Selepas berjaya membuatkan penonton berdebar dan menjerit ketakutan menerusi filem Minyak Dagu awal tahun lalu, kali ini, Metrowealth (MIG) tampil dengan filem ke-80 mereka, Paku Pontianak.

Filem arahan Ismail Bob Hashim ini melihatkan gandingan pertama kali Pekin Ibrahim bersama Uqasha Senrose di samping Hidayah Samsudin dan Along Eyzendy.

Paku Pontianak berkisarkan Adam dan keluarganya menyuruh Melati tinggal bersama mereka selepas Melati dilanggar dalam satu kemalangan. Gadis yang bernama Melati itu menghidap amnesia dan lupa ingatan.

Namun, kedatangannya di situ telah menyebabkan pelbagai kejadian misteri berlaku. Mungkin juga kisah silam Melati menghantui hidupnya.

Biarpun perjalanan cerita bermula sedikit perlahan, namun ia tidak membosankan penonton yang mula mengikut momentum jalan cerita sehingga akhir.

Apatah lagi, tatkala segala kejadian misteri yang berlaku membuatkan penonton mula terkejut dan terjerit ketakutan.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Debaran, Paku Pontianak
Antara babak dalam Paku Pontianak.

'Makanan' Bob


Ternyata sentuhan Bob pada filem seram masih berbisa, apatah lagi Bob sebelum ini lebih banyak menghasilkan filem komedi dan kali terakhir mengarahkan filem seram menerusi Sumpahan Kum Kum.

Permainan sudut kamera, pencahayaan yang suram bersama muzik latar yang cukup mendebarkan sudah cukup membuatkan penonton seperti sama-sama berada di dalam filem.

Apatah lagi, Bob yang lebih banyak menggunakan latar hutan pada waktu malam sudah cukup meletakkan rasa seram sejuk pada penonton dan membuatkan bulu roma tegak berdiri.

Biarpun beberapa babak seperti hantu terbang sudah biasa dilihat dalam filem Melayu, namun tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa ada kalanya penonton seolah-olah sedang menonton filem seram  Thailand.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Debaran, Paku Pontianak
Poster filem Paku Pontianak

Pekin menyerlah, Uqasha tenggelam


Menyentuh lakonan pelakon utamanya pula, bagi penulis tiada apa yang perlu disentuh mengenai lakonan Pekin kerana sebagai pelakon yang berpengalaman, Pekin sudah meletakkan lakonannya di tahap tersendiri.

Bagaimanapun tidak bagi kekasih hatinya, Uqasha, mungkin kerana masih baru lakonannya masih dilihat agak kaku.

Namun Uqasha berjaya membuatkan penonton terasa debarannya apabila dia membawakan watak hantu, terutama sekali apabila melihat dia menari.

Secara keseluruhan, bagi anda yang rindukan sebuah filem seram setanding filem Thailand, jangan lupa saksikan filem Paku Pontianak di pawagam berdekatan anda.

Tiga 'Inspirer' nadi utama AF2013


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Inspirer, nadi, utama, AF2013, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, dan, Melly Goeslow
Tiga 'Inspirer' nadi utama AF2013

Tiga 'Inspirer' nadi utama AF2013


SETELAH pengumuman program realiti Akademi Fantasia (AF) bakal kembali, pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan ianya berlangsung.

Tambahan pula kembalinya AF kali ini bakal memberi kelainan dengan format yang berbeza dan elemen kejutan yang mungkin bakal menjadi tarikan buat penonton di rumah.

Menariknya, program AF yang bakal bersiaran September depan di saluran Astro Ria ini turut menampilkan nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslow sebagai barisan tenaga pengajar atau dikenali sebagai ‘Inspirer’.

Selain itu, AF 2013 kali ini juga bakal menyaksikan seorang bekas pengajar, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi sebagai guru vokal, dan 3 pengajar baru iaitu Alam Wakaka, dan Suhaili sebagai Koreografi dan pelakon, Fiz Fairuz sebagai guru seni persembahan.

Menurut Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pelbagai perancangan dan aktiviti telah dirangka bagi memastikan AF 2013 ini dipenuhi dengan pengisian yang lebih segar.

"Berdasarkan pengalaman luas kami menerbitkan program-program berkonsepkan realiti, soal pemilihan barisan tenaga pengajar adalah antara proses yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya amat mendalam.

"Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing kami percaya ilmu tersebut memberi manfaat dan juga bukan sahaja dapat dikongsikan bersama pelajar tetapi turut dikongsi bersama penonton di rumah," katanya.

Tambahnya lagi, pihak Astro amat mengalu-alukan kedatangan kesemua tenaga pengajar keluarga AF kali ini untuk sama-sama berkongsi kepakaran dan menyumbang kepada kejayaan pada musim ini.

"Mereka umpama nadi utama untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekali gus memberikan saingan
kepada penghibur yang telah sedia ada," ujarnya.
\
Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Inspirer, nadi, utama, AF2013, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, dan, Melly Goeslow
Siti Nurhaliza - Foto Sinar Harian oleh FAISOL MUSTAFA

Siti curah 18 tahun pengalaman


18 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian bukanlah satu masa yang singkat malah banyak pengalaman yang dimiliki penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Siti, berdasarkan pengalaman itu jugalah, dia akan gunakan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dalam program tersebut.

"Memang tanggungjawab yang diberikan agak berat, namun bila difikirkan semula kenapa tidak saya kongsikan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang artis yang berjaya.

"Biarpun AF2013 ini adalah satu tempah masa yang singkat untuk peserta belajar dari input yang diberikan oleh 3 'Inpirer', tapi bagi saya mereka amat bertuah kerana berpeluang berkongsi pengalaman seperti ini," katanya.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Inspirer, nadi, utama, AF2013, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, dan, Melly Goeslow
Melly Goeslow - Foto Sinar Harian oleh FAISOL MUSTAFA

Melly: Lahir bintang bukan klon


Tertarik dengan kerjasama antara tiga 'Inspirer' yang berlainan latar belakang adalah antara faktor penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow ini bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AF2013 kali ini.

Menurutnya, dengan kerjasama seperti itu, dia yakin pelajar yang akan dilahirkan menerusi program itu bakal menjadi seorang bintang yang memiliki karakter yang tersendiri.

"Ke tiga-tiga kami memiliki karakter yang berbeza, dan dengan pengalaman yang berbeza ini saya yakin pelajar dapat gunakannya dengan sebaik mungkin untuk menjadi bintang yang memiliki keperibadian yang tersendiri.

"Selaras dengan tujuan utama program ini dijalankan, kami mahu lahirkan bintang yang berbakat yang memiliki karakter tersendiri bukannya klon daripada mana-mana penyanyi ataupun tenaga pengajar sendiri," jelasnya.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Inspirer, nadi, utama, AF2013, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, dan, Melly Goeslow
Faizal Tahir - Foto Sinar Harian oleh FAISOL MUSTAFA

Faizal Tahir optimis


Diganding bersama dua 'Inpirer' yang bukan calang-calang, penyanyi Faizal Tahir tidak memikirkan ianya sebagai satu cabaran malah menganggap perkara itu sebagai kombinasi yang baik untuk melahirkan bintang yang berbakat.

Katanya, kehadirannya dalam keluarga AF2013 kali ini adalah untuk memastikan setiap pelajar yang terpilih menghargai kedudukan mereka dalam program itu.

"Bagi saya gandingan 3 'Inpirer' bukanlah satu cabaran bagi saya dan apa yang penting adalah input kami yang akan dikongsikan kepada pelajar kerana berdasarkan itulah mereka akan teruskan perjuangan untuk menjadi
seorang bintang.

"Siapa yang sanggup dan berjaya mengharungi setiap cabaran dalam program ini, dialah akan bergelar bintang dan apa yang boleh saya katakan untuk mendapatkan gelaran itu bukanlah sesuatu yang mudah," ujarnya.

Super Spontan: Persaingan lebih sengit!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Super Spontan, Persaingan, lebih, sengit
Barisan peserta yang bakal berentap dalam SS2

Super Spontan: Persaingan lebih sengit!


UMUM mengetahui, pengacara dan pelawak terkenal, Zizan Razak telah dinobatkan sebagai juara program realiti bercorak permainan komedi, Super Spontan pada musim lalu.

Pada tahun ini, Super Spontan 2 (SS2) akan kembali menghangatkan lagi industri komedi sekali gus menghiburkan penonton di Astro Warna.

Jika tahun lalu, Astro membariskan pelawak terkenal yang tidak asing lagi termasuk Johan, Tauke Jambu, Rahim R2, Bell Ngasri, Ropi, Yasmin Hani dan Suhaimi Yusof, SS2 kali ini dilihat lebih terbuka kepada muka-muka baru.

Antara peserta yang bakal berentap dalam SS2 ialah, Along Raja Lawak, Nabil Ahmad, Shuib Sepahtu, Jep Sepahtu, Munir, Eko SayWho, Ajak Shiro dan Yus Jambu selain mengekalkan tiga peserta musim lalu, Tauke Jambu, Rahim R2 serta Suhaimi Yusof.

Selain itu, SS2 juga turut menampilkan dua peserta wanita yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Almy Nadia dan Noorkhiriah.

Selaku penerbit SS2, pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menjangkakan cabaran yang lebih besar untuk musim kedua ini.

“Saya yakin, selebriti yang dipilih ini mampu menyahut cabaran dalam SS2. Untuk pengetahuan, kami sengaja memilih muka baru dan lama untuk digabungkan. Malah, kami yakin, dengan cara ini, cabaran dan persaingan akan lebih sengit lagi,” katanya yang turut mengakui bukan mudah untuk memilih dan memanggil selebriti menyertai program ini.


Noorkhiriah, Amly Nadia beri saingan


Bertanya mengenai pemilihan dua peserta wanita pula, Afdlin mengakui kredibiliti yang ada pada Noorkhiriah dan Almy Nadia tidak boleh dipandang enteng oleh peserta lelaki.

“Mungkin ramai tidak menyangka Almy Nadia juga turut mempunyai bakat dalam komedi. Malah, sebelum ini juga Almy banyak terlibat dalam rancangan berbentuk komedi.

“Noorkhiriah pula tidak perlu disangkal lagi kemampuannya kerana pelakon ini pernah merangkul anugerah sebagai pelawak wanita.

“Tidak ramai pelawak wanita yang boleh melakukannya dan sehingga kini hanya dua peserta ini saja yang berani menyahut cabaran di SS2,” katanya.

SS2 turut menampilkan penyampai radio EraFM, Haniff dan Ray sebagai pengacara.

SS2 bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika, setiap Jumaat bermula 30 Ogos ini, jam 10 malam. Rancangan ini juga ditayangkan secara serentak di Mustika HD (saluran 134).

Juara SS2 akan bawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Kemenangan Lisa Surihani dipertikai?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kemenangan, Lisa Surihani, dipertikai
Lisa Surihani

Kemenangan Lisa Surihani dipertikai?


PELAKON popular, Lisa Surihani bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan.

Bukan sahaja memiliki personaliti menarik, malah isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim ini juga hebat di skrin.

Kemenangannya di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) pada 2008 menerusi anugerah Pelakon Harapan Wanita membuktikan kredibiliti aktres, I'm Not Single ini bukanlah omongan kosong.

Malah pada 2010, Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed, 27, mengulangi kemenangan di FFM23, menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP).

Turut merangkul kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin pada tahun lalu, Lisa kini berjaya menambah koleksi trofinya di Anugerah Lawak Warna (ALW) menerusi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Yana Shamsudin, Intan Ladyana, Sharifah Amani dan Sharifah Shahira, akui Lisa, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangan itu.

Pun begitu, sebagai selebriti, Lisa Surihani tidak terlepas daripada suara-suara liar  mempertikaikan kemenangannya itu.

Malah, kemenangannya itu turut mendapat reaksi di kalangan peminat yang merasakan kemampuan Lisa dalam arena komedi tidak setanding calon lain.

Enggan mengambil pusing mengenai kritikan mengenai kemenangannya itu, Lisa lebih selesa berfikiran positif.

Katanya, dia juga turut berharap agar tiada pihak yang cuba mempertikaikan kemenangan ini.

"Saya tak mahu didik diri saya untuk fikir perkara yang negatif walaupun saya tidak boleh nafikan, mungkin ada segelintir pihak kurang berpuas hati.

"Namun, saya harap, tak adalah yang berfikiran sebegitu kerana bagi saya, kategori itu bukan sahaja menekankan pelawak, ia lebih kepada pelakon.

"Malah, dalam kategori itu, bukan saya seorang sahaja pelakon yang dicalonkan. Kalau nak fikirkan layak, memang saya tak layak kerana mereka lebih bagus.

"Sebelum ini, dalam mana-mana kategori dipertandingkan sekali pun, saya tidak pernah membawa seribu harapan untuk menang. Jadi, pertikaian mengenai kemenangan tidak perlu dijadikan isu besar," katanya.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Kemenangan, Lisa Surihani, dipertikai
Lisa Surihani

Lebih kepada penghargaan


Bersyukur di atas kemenangannya di anugerah  julung kali diadakan itu, Lisa berkata, ianya lebih kepada penghargaan kepada krew dan produksi yang menjayakan filem tersebut.

"Alhamdulillah, syukur di atas kemenangan ini. Sejujurnya saya tak tahu yang nama saya turut dicalonkan. Saya diberitahu sehari sebelum majlis dan saya sendiri hairan kenapa nama saya dicalonkan dalam kategori itu.

"Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana saya tahu, bidang lawak dan komedi bukanlah bidang saya.

"Lagipun, pencabar saya bukan calang-calang orang. Namun, bila diumum sebagai pemenang, tentunya saya gembira dan ia penghargaan kepada saya dan 'team' produksi.

"Kemenangan ini adalah titik peluh pengarah filem, Istanbul Aku Datang, Bernard Chauly, yang banyak membimbing saya untuk menjiwai watak Dian. Begitu juga dengan krew produksi yang bertungkus-lumus menjayakan filem
itu," katanya yang turut menghadiri bengkel lakonan untuk menjayakan watak Dian.

Selain kemenangan Lisa, filem itu juga turut merangkul tiga kategori lain termasuk Filem Terbaik, Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik.

Tetap sahut cabaran


Menurut pelakon filem Ombak Rindu ini, walaupun belum bersedia bergelar pelawak, namun dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menjayakan karya bercorak komedi.

"Sebenarnya, watak Dian dalam Istanbul Aku Datang, bukanlah watak komedi. Namun, setelah digarap, ia menghasilkan watak yang sebegitu.

"Walaupun saya belum layak digelar pelawak atau pelakon komedi, namun saya tetap menyahut cabaran sekiranya ada tawaran. Mungkin, kalau ada tawaran, saya akan cuba menjayakannya. Namun, bergantung kepada skrip juga," katanya yang bakal terlibat dalam filem  Cicakman 3.

Diganggu makhluk halus!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Diganggu, makhluk halus, Paku Pontianak
Barisan pelakon filem Paku Pontianak

Diganggu makhluk halus!


MEMILIH lokasi penggambaran jauh di dalam hutan, Ismail Bob Hasim berkata, filem seram terbarunya, Paku Pontianak memberikan cabaran besar buat dia dan seluruh krew produksi.

"Kami terpaksa meredah jalan kampung hampir dua jam untuk sampai ke lokasi. Di sekeliling kami pula hanya ada hutan tebal dan ladang getah kerana ia betul-betul di penghujung kampung," katanya yang menjalani seluruh penggambaran di Kuala Kangsar, Perak.

Akui Bob, kadang kala mereka merasai kehadiran 'sesuatu' namun membiarkan perkara itu sehingga ia hilang dengan sendiri.

"Mujur sepanjang penggambaran, gangguan-gangguan itu masih dalam kawalan. Adatlah di tempat-tempat sebegitu ada 'penghuninya' dan kami pula bekerja hingga lewat malam," kata Bob.

Demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, Bob turut mendapat khidmat krew yang pakar 'memagar' kawasan tersebut.

"Mujurlah ada seorang kru kami yang tahu selok-belok untuk 'memagar' kawasan tersebut. Alhamdulillah dengan izin Tuhan, kami dapat menyempurnakan penggambaran," katanya yang bukan kali pertama mengarahkan filem seram.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Diganggu, makhluk halus, Paku Pontianak
Ismail Bob Hasim

Inspirasi daripada Nang Nak


Mengisahkan percintaan manusia dan puntianak, Bob mengakui dia banyak menjadikan filem seram dari Thailand, Nang Nak sebagai rujukan.

“Filem ini bukan filem seram yang hanya melibatkan dendam dan ilmu hitam semata-mata. Tetapi ia lebih berkisar mengenai cinta antara manusia dan puntianak. Dan itulah kelebihan filem ini," kata Bob.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Bob berkata, dia sangat berpuas hati dengan lakonan Pekin Ibrahim (Adam) dan Uqasha Senrose (Melati) sebagai teraju utama Paku Pontianak.

Malah penampilan dua pelakon veteran, Ruminah Sidek dan Sidek Husin yang sangat sinonim dengan filem seram, memberikan impak yang lebih besar terhadap filem terbitan MIG itu.

"Pekin sememangnya pelakon yang berpengalaman. Sementara Uqasha pula pendatang baru yang sangat berpotensi.

"Dia (Uqasha) pernah tertekan dengan wataknya, namun akhirnya dia mampu melaksanakannya dengan baik," katanya.

Teater Mek Mulung angkat tradisi Kedah


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Teater, Mek Mulung, angkat, tradisi, Kedah
Salah satu babak dalam Putera Cahaya Bulan. - Foto ihsan produksi

Teater Mek Mulung angkat tradisi Kedah


JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan mengadakan pementasan teater Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan di Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan, pada 7 dan 8 September ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Teater, Mek Mulung, angkat, tradisi, Kedah


Ia bersempena dengan pelaksanaan Program Panggung Seni Tradisional 2013 iaitu lanjutan daripada Program Pementasan Siri Teater Tradisional yang dijalankan sejak 2007.

Program tersebut bertujuan untuk memartabatkan warisan seni persembahan tradisional rakyat yang autentik dan klasik.

Mek Mulung merupakan sebuah teater tradisional Melayu yagn berasal dari Kedah.

Pementasan ini mempunyai adunan kesenian yang telah digabungkan menjadi sebuah persembahan yang terdiri daripada lakonan, nyanyian, tarian dan muzik.

Mek Mulung‘Putera Cahaya Bulan’ mengisahkan tentang Putera Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan mempunyai firasat bahawa Permasurinya, Puteri Nang Mara bakal dilarikan raja yang memerintah Benua Pakkian, Raja Gergasi.

Putera Cahaya menitahkan agar rakyatnya berjaga selama tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan niat Raja Gergasi.

Saksikan kisah Putera Cahaya Bulan melalui pementasan teater Mek Mulung yang dipentaskan oleh Kumpulan Seri Mahawangsa JKKN Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan