Cari Artikel

Thursday, August 22, 2013

Format Baru AF2013 Tiada Pengetua, Masih Rahsia Hos Utama!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Format Baru AF 2013, Tiada, Pengetua, Masih, Rahsia, Hos Utama


Format Baru AF2013 Tiada Pengetua, Masih Rahsia Hos Utama!


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Pengumuman nama pelajar, individu yang bakal dilantik menjadi pengetua serta hos utama konsert adalah menjadi satu perkara yang cukup dinanti-nantikan peminat setia program Akademi Fantasia (AF) setiap kali program realiti hiburan nombor satu ini muncul dengan musim terbarunya.

Fenomena ini tercetus kerana kewujudan pengetua telah disifatkan sebagai penentu hala tuju arah muzik dan identiti juara untuk musim baru AF. Namun, ianya tidak pula terjadi bagi penganjuran Akademi Fantasia 2013 (#AF2013).

Malah, jawatan pengetua telah dimansuhkan mewujudkan jawatan baru iaitu inspirer yang terdiri daripada tiga artis hebat iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin #SitiNurhaliza, Melly Goeslow (#Melly Goeslow) dan Faizal Tahir (#Faizal Tahir).

"Inspirer bukanlah pengetua. Tugas inspirer adalah memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman kepada pelajar-pelajar #AF2013 dalam mempersiapkan diri sebagai bintang pada masa depan.

"Inspirer juga diberi amanah untuk menguatkan jiwa pelajar-pelajar untuk terus cekal bergelar bintang. #FaizalTahir bakal memulakan tugas pada tiga minggu yang pertama dan disusuli oleh #MellyGoeslow pada 3 minggu yang selanjut.

"Selepas #MellyGoeslow, #SitiNurhaliza akan menutup tirai tugas #inspirer dengan menjalankan tugas pada 3 minggu sebelum menjelang konsert final #AF2013," kata Raqim Ahmad selaku pengurus saluran Astro Ria.

Selain memperkenalkan jawatan #Inspirer, #AF2013 yang mendapat tajaan utama dari Samsung turut memperkenalkan tiga program baru iaitu Galaxy AF, AF Buzz dan TGI AF (Terus Gempak...Inilah AF2013) dengan mengekalkan konsert prelude, Diari AF dan Konsert AF.

"Hos untuk konsert bakal kami umumkan pada Sabtu depan. Untuk program Diari AF kami telah melantik Hefny sebagai pengacara. Hanis Zalikha pula akan menjadi pengacara untuk program TGI AF bersama Najip Ali dan seorang lagi pengacara.

"Hanis juga menjadi pengacara untuk program AF Buzz bersama Syafinaz Selamat dan seorang lagi pengacara yang masih lagi dirahsiakan identitinya. Pelajar untuk musim kali ini masih lagi ditempatkan dalam akademi. Namun, mereka masih lagi boleh menghubungi pihak luar menerusi laman sosial seperti twitter dan instagram menerusi program AF Buzz," jelas Raqim.

AF 2013 Perkenal DCT, FT, Melly Sebagai Inspirer!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, AF 2013, Perkenal, DCT, FT, Melly Sebagai, Inspirer


AF 2013 Perkenal DCT, FT, Melly Sebagai Inspirer!


Kuala Lumpur, 21 Ogos 2013: Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia, AF 2013 (#AF2013) bakal membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato' Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) untuk menerajui barisan tenaga pengajar sebagai Inspirer (#Inspirer).

Kehadiran ketiga-tiga ikon yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan ini bukan sahaja untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah untuk memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Cukup sinonim dengan pembabitan beliau dalam keluarga AF untuk musim-musim sudah, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) turut dibawa masuk menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal untuk AF 2013.

Di samping itu, AF 2013 juga menyaksikan tiga orang tenaga pengajar baru yang dibawa masuk ke dalam keluarga AF untuk sama-sama menjayakan musim terbaru ini. Dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, berdasarkan pengalaman luas pihak Astro menerbitkan program-program berkonsepkan realiti sebegini terutamanya AF, tidak dapat disangkal lagi bahawa soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam.

"Mereka umpama nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada para pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekaligus memberikan saingan kepada penghibur sedia ada.

"Pada musim ini, AF 2013 amat berbesar hati apabila dapat mengumpulkan bekas tenaga pengajar yang pernah mewarnai Akademi Fantasia di samping wajah-wajah baru yang akan berganding tenaga dalam memberikan impak yang paling maksima buat para pelajar untuk musim ini.

"Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka," ujar Khairul ringkas.

Selain Konsert Prelude AF (#KonsertPreludeAF), Diari AF (#DiariAF) dan Konsert Mingguan AF (#KonsertAF), tiga buah rangkaian program baru turut diperkenalkan bagi menghiasi sepanjang musim AF 2013 kelak iaitu Galaxy AF, AF Buzz (#AFBuzz) dan TGIAF - Terus Gempak....Inilah AF 2013 (#TGIAF).

Rangkaian program-program AF 2013 akan mula bersiaran melalui program Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Pada masa yang sama, AF 2013 juga turut melancarkan perkhidmatan interaktif yang mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui akaun Apps Store dan Play Store.


Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak

Program AF Buzz pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta. Selain itu, para penonton juga boleh menyaksikan apa yang terjadi di belakang tabir sewaktu konsert mingguan.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Sedikit berbeza dengan format musim-musim sudah, pengisian Diari AF musim ini adalah lebih fokus dan terperinci iaitu Diari AF (Pemberian Tugas) pada setiap hari Selasa, Diari AF (Cabaran) pada setiap hari Rabu dan Diari AF (Ikon) pada setiap hari Khamis.

Manakala pada setiap hari Jumaat pula para penonton boleh menyaksikan program TGIAF (Terus Gempak....Inilah AF 2013) yang akan bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta.
Konsert AF pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

AF 2013 juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI yang mana pelajar dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Istimewa lagi, buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, para peminat kini boleh berinteraksi secara online menerusi perkhidmatan twitter, instagram dan facebook bersama bintang-bintang AF 2013.

Informasi terkini seperti informasi lengkap AF 2013, berita-berita terkini, diari dan aktiviti pelajar, video eksklusif serta rangkaian muat turun menarik boleh didapati melalui laman web rasmi.

Maklumat tentang acara jelajah seperti AF Busking dan AF Jukebox juga boleh didapati di sana. Selain itu, Astro juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan-perkhidmatan interaktif sepanjang musim ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.af.com.my

ERA fm Anjur Fiesta Muzik & Bola ERAVANGANZA 31 Ogos Ini!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, ERA fm, Anjur, Fiesta Muzik & Bola, ERAVANGANZA, 31 Ogos Ini!


ERA fm Anjur Fiesta Muzik & Bola ERAVANGANZA 31 Ogos Ini!


KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2013: Pada saat negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos 2013 nanti, ERA fm pula akan meraikan hari ulang tahun ke-15 mereka dengan menganjurkan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA di Stadium Hang Jebat, bermula jam 3 petang.

Pasti, ia merupakan acara yang dinanti-nantikan, apatah lagi bila ia melibatkan ramai selebriti, artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair yang bakal beraksi di gelangang ERAVANGANZa dalam satu perlawanan bersejarah melibatkan pasukan ERA FC dan Arena All Stars FC di pada tarikh yang penuh keramat itu.

Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai - penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen , Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti!

Pada hari tersebut juga, ERA fm turut membawakan muzik - muzik terbaik secara langsung dan percuma buat para penonton yang hadir pada malam itu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black.

Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung jam 8.30 malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat.

Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm!

Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran sewaktu melancarkan di Fiesta Muzik & Bola Eravanganza sempena Majlis Berbuka Puasa Era di Hostel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu berkata, pihaknya percaya acara Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA akan mencetuskan sejarahnya yang tersendiri buat pendengar Era, peminat muzik mahupun peminat bola sepak tanah air secara khususnya.

"Apa yang pasti, ia akan memberikan pengalaman cukup manis buat semua yang hadir dan datang menonton nanti. Lebih-lebih lagi apabila ERA FC yang dibarisi beberapa penyampai radio Era, rakan selebriti, pendengar Era dan beberapa pemain Harimau Muda akan menentang pemain-pemain bola sepak lagenda tanah air yang memang sudah diketahui akan kehebatan mereka.

Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm!

"Kito monang yooo..kito monang yoooo" , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal dianjurkan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos 2013 i, bermula jam 3 petang. Jangan lupa datang ya!

Corat-Coret Menarik Anugerah Lawak Warna 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Corat-Coret, Menarik, Anugerah Lawak Warna 2013


Corat-Coret Menarik Anugerah Lawak Warna 2013


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Penganjuran kali pertama Anugerah Lawak Warna sudah pun melabuh tirai dengan jayanya. Secara keseluruhan, ramai bersetuju dengan keputusan pada malam tersebut. Bagaimanapun, adakah anda tahu cerita di sebalik tabir dari mula anugerah ini berlangsung sehingga tamat?

Istimewa untuk anda, portal murai.com.my menyampaikan cerita menarik yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

1. Gandingan Dato' Ac Mizal dan Neelofa sebagai pengacara majlis Anugerah Lawak Warna boleh dibanggakan dan menghiburkan terutamanya apabila Dato' Ac Mizal mengusik Neelofa dengan teman lelakinya, Hans Isaac. Namun, adakala Neelofa kelihatan bercakap dengan terjerit-jerit, mungkin terlalu teruja atau gemuruh.

2. Sepanjang mengacara anugerah ini, AC Mizal sering saja mengacau dan menyebut nama Amir Raja Lawak. Setiap kali AC Mizal menyebut nama Amir, figura kecil ini akan bangun dan menjerit memberikan reaksi atau pun jawab balas kepada AC Mizal.

3. Sebelum acara bermula, Amir Raja Lawak dan Bell Ngasri diminta untuk berpindah tempat duduknya ke bahagian depan dewan. Bagaimanapun, kedua-dua pelawak ini menolaknya dan lebih selesa duduk di belakang.

4. Sepanjang acara berlangsung, pelawak Ahmad Busu menerima bantuan dari orang lain untuk membantunya berjalan. Bermula dari acara karpet merah sehinggalah ke dalam dewan. Portal murai.com.my kagum dengan semangat Ahmad Busu kerana sanggup memeriahkan penganjuran kali pertama anugerah yang memartabatkan artis komedi tempatan.

5. Pada malam itu, ramai menyangka Azizi Chunk seperti adik-beradik kembar kepada pengarah glamor Mamat Khalid. Ini kerana, Azizi telah mengenakan mafla yang sinonim dengan gaya Mamat Khalid.

6. Persembahan sketsa antara Rahim R2, Jep dan Shuib Sepahtu merupakan antara persembahan sketsa yang sangat lucu dan pecah perut dengan lakonan semula adegan Hang Jebat kembali bertemu Hang Tuah selepas didakwa dibunuh. Jepp berjaya membawakan watak sebagai Hang Lekiu dengan baik sekali dan sememangnya lawak diumum sebagai 'Artis Lawak Lelaki Paling Popular'.

7. Mungkin ramai tidak tahu, persembahan yang melibatkan Rahim, Jep dan Shuib adalah idea daripada Jep sendiri.

8. Persembahan Que Haidar dan Khir Rahman menerusi lagu 'Teratai' berjaya mengingatkan semula adegan-adegan menarik dalam filem 'Rock Oo'. Khir Rahman seperti biasa akan menyebut perkataan popular 'An an an'. Dengan persembahan mantap mereka yang terapung di atas pentas serta kehadiran pengarah filem Rock Oo, Mamat Khalid sememangnya memukau hadirin dan para penonton yang menyaksikan Anugerah Lawak Warna.

9. Berbanding persembahan yang lain, persembahan filem Rock Oo hanya menggunakan masa selama sehari saja untuk berlatih. Pun begitu, persembahan tersebut mampu membuatkan penonton gelak dan kagum dengan persembahan nyanyian dari Que Haidar dan Khir Rahman.

10.Jika anda menonton Anugerah Blokbuster 2011, pasti teringat Afdlin Shauki yang geram apabila dia ditugaskan untuk menjadi hos atau ditugaskan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang sedangkan filem atau lakonannya turut tercalon. Dalam Anugerah Lawak Warna 2013, sekali lagi Afdlin menjadi penyampai trofi dan dengan nada bergurau, Afdlin percaya dia sememangnya tidak menang dan menjadi penyampai trofi adalah "game" pihak Astro terhadap dirinya.

Shuhaimi Baba Marah Tanda Putera Dituduh Filem Rasis


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Shuhaimi Baba, Marah, Tanda Putera, Dituduh, Filem, Rasis
Shuhaimi Baba

Shuhaimi Baba Marah Tanda Putera Dituduh Filem Rasis


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Selepas setahun ditangguh dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui, akhirnya filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini dan semalam telah berlangsungnya malam gala tayangan filem itu di GSC Premiere, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Filem ini pada mulanya diselubungi dengan pelbagai kritikan dan dikatakan menyentuh pelbagai sensitiviti terutamanya kaum kerana latarbelakang perjalanan kisah benar ini berlaku sekitar era pemerintahan Tun Abdul Razak dan kejadian 13 Mei 1969.

Bercakap kepada media di sidang akhbar usai tamatnya tayangan perdana Tanda Putera, pengarahnya menegaskan serta menyeru supaya orang ramai yang merasakan filem ini telah menyentuh sensiviti kaum dan sebagainya supaya datang untuk menonton sendiri kerana ia kini sudah boleh ditayangkan kepada umum.

"Kepada sesiapa yang mengatakan filem saya ini filem rasis, para pelakon yang berlakon juga rasis, anda boleh datang dan nilai sendiri sejauh mana kebenaran dakwaan anda tersebut. Walhal semua yang terlibat bukannya terdiri daripada satu kaum sahaja, tetapi kami tahu tujuan sebenar tanda Putera dihasilkan.

"Saya memang marah dan kesal apabila Tanda Putera dipolitikkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Cuba mereka ini tunjukkan kepada saya atau jelaskan di mana rasisnya kerana ia sebenarnya mengisahkan tentang negarawan kita yang menjadi jaguh menyelamatkan negara kita.

"Ia mengambil latar belakang kejadian berdarah 13 Mei 1969 kerana negara sedang berada dalam keadaan yang paling rapuh. Gambaran kami hanya untuk menceritakan bagaimana kisah hitam ini berjaya ditangani oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, 2 negarawan kita yang berjasa walaupun masing-masing berjuang menentang masalah kesihatan yang kronik,"tegas Datin Paduka Shuhaimi Baba mengenai pemahaman yang sebenar filem kontroversi ini.

Filem Tanda Putera ini mengisahkan tentang dua pemimipin negara yang berjuang berhabisan untuk mencapai kemakmuran negara Malaysia sampai ke hari ini. Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail jelas mempunyai semangat dan berdedikasi dimana negara kita mulai bangkit daripada penjajahan serta cekaman komunis yang menjadi duri dalam daging ketika itu.

Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan Nin, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Linda Abd Rahman, Razif Salleh, Kuza, Riezman Khuzaimi, Alan Yun, Kavita Sidhu dan beberapa lagi pelakon, Tanda Putera akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini sempena bulan kemerdekaan..

iskandarX: Adakah salah walaupun Filem tanda Putera ini grene Rasis sekalipun? Sebab itu adalah kenyataan dan kebenaran yang terselindung.

Adira-Shahrul Masih Dalam Proses Kenal Hati Budi


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Adira, Shahrul, Masih, Dalam, Proses, Kenal, Hati, Budi
 Shahrul Nasrun Kamarudin dan Adira

Adira-Shahrul Masih Dalam Proses Kenal Hati Budi


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Presiden Gerakan Belia 1Malaysia dan Suara Generasiku, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata dia masih dalam proses mengenal hati budi penyanyi dari Sabah, Adira dan setakat ini enggan mengakui yang mereka sudah pun menjalin hubungan cinta.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Shahrul Nasrun, 27, akui yang dia bagaimanapun selesa berkawan dengan bekas naib juara AF8 itu meskipun karekter mereka bertentangan. Malah dia tidak menolak sekiranya dia dan Adira ditakdirkan bersama.

"Jika kami keluar makan, Adira lebih menyukai gaya santai dengan memakai jean dan T-Shirt manakala saya pula lebih selesa berpakaian kemas. Adira sendiri tidak banyak kerenah, sempoi dan bersahaja. Itulah yang membuatkan dia unik di mata saya", katanya kepada Harian Metro.

Shahrul juga berjanji untuk mengadakan sidang media sekiranya mereka berdua sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya (berkahwin) kerana perkara baik sebegitu tidak elok disembunyikan.

Tambah Shahrul lagi, keserasian adalah elemen penting bagi setiap pasangan untuk mendirikan rumahtangga dan itu menyebabkan dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

Dunia hiburan sebelum ini panas dengan cerita Shahrul dan Adira yang dikatakan bercinta dan akan berkahwin dalam waktu terdekat. Ini ditambah lagi dengan foto di laman Instagram milik pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail yang menyaksikan dia sedang mengukur badan Shahrul dan Adira.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan kedua-dua mereka dan urusan ukuran baju itu hanyalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Ezuwan di Kelantan.

Duit RM5,000 Ajieb Rosdi Tiba-Tiba Lesap Dalam Bank!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Duit, RM5,000, Ajieb Rosdi, Tiba-Tiba, Lesap, Dalam, Bank
Ajieb Rosdi

Duit RM5,000 Ajieb Rosdi Tiba-Tiba Lesap Dalam Bank!


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Setelah pulang ke Malaysia untuk cuti menyambut AIdilfitri, Ajieb Rosdi yang telah berpuasa selama sebulan di Seoul, Korea Selatan dilaporkan telah kehilangan wang berjumlah RM5,000 dalam akaun banknya.

Perkara ini disahkan Ajieb Rosdi menerusi laman twitter peribadinya yang tertulis,
@AjiebRosdi: duit sy RM5,000 #lesap dalam bank. Diharap pihak @maybank2u @MaybankCard dapat selesaikan dgn segera. Terima kasih

Bercakap kepada portal Murai, Ajieb Rosdi telah mengesahkan lebih lanjut tentang kehilangan wang tersebut.

"Saya menyedari wang saya ini lesap ketika saya berada di Korea Selatan lagi. Itupun selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan saya bahawa duit yang saya transfer itu tidak diterima.

"Setelah ketahui akan perkara tersebut, saya telah cuba menghubungi pihak bank untuk melaporkan perkara tersebut. Kalau tidak silap, saya telah melaporkan perkara ini seminggu sebelum sambutan Aidilfitri," katanya kepada murai.com.my dalam nada kerisauan.

Ditanya adakah dia sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis, Ajieb berkata, dia ini sedang menanti maklum balas dari pihak bank.

"Saya masih belum laporkan kepada pihak polis. Setakat ini, saya tidak tahu apa punca duit saya lesap. Sama ada digodam atau apa, saya pun tak tahu. Saya sedang menanti pihak bank untuk menyelesaikan perkara ini. Namun, sampai sekarang saya masih belum terima maklum balas apa-apa.

"Saya harap pihak tertentu dapat membantu saya selesaikan masalah ini. Ini kerana wang tersebut melibatkan urusniaga antara pihak Malaysia dan Korea Selatan," jelasnya.

Di samping itu, Ajieb bakal mengadakan sesi pra-dengar lagu single K-Pop pertama pada 24 Ogos ini, Sabtu bertempat di Karaoke Red Box, IOI Mall, Puchong. Selain sesi pradengar, kelab peminat Ajieb bakal melancarkan kelab peminat tersebut iaitu BFA (Best Friend Ajieb) secara sah pada hari berkenaan.

Ayahanda Penyanyi Black Kecewa, Marah Dengan Siapa?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ayahanda, Penyanyi, Black, Kecewa,, Marah, Dengan, Siapa
Black Dan Ibubapanya

Ayahanda Penyanyi Black Kecewa, Marah Dengan Siapa?


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Ayahanda kepada Black, Md Hanafiah Che Din, 59, telah melahirkan rasa marah dan kecewa pada majlis pengumuman tarikh pernikahan pelantun lagu Teman Pengganti di Zebra Square, Ampang, petang semalam.

Bagaimanapun, luahan rasa tersebut bukanlah ditujukan buat anaknya Black. Sebaliknya, rasa kekecewaan itu terbit apabila sebaik saja dia memperkatakan tentang isu wang anaknya yang berjumlah RM30,000 telah dilesapkan oleh seorang perancang perkahwinan pada saat anaknya itu bakal menikahi tunangnya iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 13 September ini.

"Bohonglah kalau sebagai bapa, saya tidak marah. Sejujurnya, saya memang marah dan kecewa dengan kes penipuan tersebut. Sungguhpun begitu, saya tidaklah berikan hak sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan perkahwinan anak saya.

"Saya masih lagi mengambil berat tentang majlis penting buat anak saya. Pembohonglah kalau kata saya tak marah. Saya memang sangat kecewa," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai isu penipuan tersebut, selaku ayah, Hanafiah sering menasihati anaknya.

"Saya selalu nasihat kepadanya. Alhamdulillah, Black seorang anak yang dengar kata. Dia selalu mengikut nasihat saya. Mungkin apa yang berlaku adalah disebabkan isu terlepas pandang. Kalau boleh saya tidak mahu hal seumpama ini berlaku lagi.

"Saya mahukan yang terbaik untuk anak saya," katanya.

Dalam pada itu, Hanafiah tidak menyorok rasa gembira sebaik saja anaknya itu ingin menamatkan zaman bujangnya dalam tahun ini.

"Saya seronok mendengarnya anak saya mahu kahwin. Kalau dia terus membujang pun, akan ada masalah juga. Jadi, saya senang hati dengan keputusan ini. Sejujurnya, saya lebih suka menguruskan sendiri majlis perkahwinan Black. Sebabnya saya ini orang kampung. Sebab itu kami akan buat majlis untuk orang kampung pada 15 September di Padang PPR Kerinchi.

"Oleh sebab anak saya telah dijaga oleh pihak pengurusan, saya ikut saja mana yang baik untuk anak saya. Untuk majlis di rumah kami, saya anggarkan jemputan sebanyak 10,000 orang," jelasnya.

Black Nikah 13 September Ini, Resepsi Keesokan Harinya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Black, Nikah, 13 September, Ini, Resepsi, Keesokan, Harinya
Hanifah Md Hanafiah a.k.a Black

Black Nikah 13 September Ini, Resepsi Keesokan Harinya


KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2013: Penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah telah mengesahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dengan menikahi gadis pilihannya, Naquia Yasirah Mohd Khairi di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 13 September ini.

Manakala majlis resepsinya pula akan diadakan pada keesokan harinya (14 September) di lokasi yang sama bermula pada jam 8 malam.

Black, 26 dan pasangannya Naquia Yasirah, 28, yang berasal dari Penang juga akan turut mengadakan jamuan keramaian di Padang PPR Kerinchi pada 15 September bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang.

Portal Murai mengucapkan tahniah kepada Black dan pasangannya. Selamat menjalani fasa baru dalam hidup mereka!

Dakwah Almawlid Terus Berkembang Mekar


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Dakwah, Almawlid, Terus, Berkembang, Mekar
Almawlid

Dakwah Almawlid Terus Berkembang Mekar


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Sejak ditubuhkan pada 2010, kumpulan nasyid Almawlid yang dianggotai tiga kumpulan iaitu Innuendo, Ruffedge dan V.E semakin aktif mengembangkan perjalanan dakwah mereka meskipun tidak lagi muncul di dalam kebanyakan arus media perdana.

Tumpuan mereka kini bukan lagi di kaca TV, radio mahupun dada akhbar, sebaliknya lebih menyeluruh di universiti, sekolah, masjid mahupun tempat ibadat, bagi memudahkan kembara dakwah mereka disebarkan dengan saluran yang betul.

Salah seorang anggota kumpulan Almawlid, Saifulamer Abdul Wahab,42 atau Pot yang merupakan bekas kumpulan Innuendo berkata, dia bersama kumpulannya sering menjalani aktiviti dakwah dari majlis ke masjid seluruh ibu negara.

Malah dia juga bersyukur kerana kelahiran album Almawlid yang telah dilancarkan Ramadhan tahun lalu telah menjadi batu loncatan untuk kumpulan ini lebih dikenali sebagai satu lagi kumpulan nasyid yang membawa mesej kerohanian.

"Alhamdulillah, sejak dilancarkan tahun lalu, album pertama kami telahpun terjual lebih 8,000 unit. Tapi bukan nilai jualan yang kami cari sebaliknya mesej dakwah supaya ianya dapat disebarkan atau disampaikan kepada semua secara positif.

"Kami juga bersyukur, di awal penubuhan kumpulan ini, Almawlid telah mendapat sokongan daripada stesen TV Al-Hijrah yang kebetulan lahir pada tarikh yang sama," katanya yang kini bersyukur dengan nikmat diberikan.

Almawlid disertai Amer Munawer Yusoff sebagai ketua kumpulan, Zaf, Saifulamer , Azan Addin, Lah Ahmad, Adib dan Ustaz Khyrel yang ditubuhkan selepas mereka memilih untuk berhijrah ke jalan yang diredhai.

Bercerita mengenai perkembangan terkini kumpulan itu, Saifulamer berkata selain sering menghadiri kelas ceramah agama di beberapa masjid di seluruh ibu kota, mereka juga bercadang untuk mengadakan program Malaysia Berselawat pada tahun depan.

Katanya, Malaysia Berselawat merupakan kesinambungan daripada program KL Berselawat yang pernah diperkenalkannya di stesen TV Al-HIjrah tidak lama dulu, bagaimanapun kali ini mendapat kerjasama padu daripada banyak pihak.

"Insya Allah, program ini adalah dalam usaha kami menggalakan orang ramai untuk memperbanyakan selawat kepada Rasulullah sepanjang setahun.

"Program ini akan mendapat sokongan daripada rakan-rakan kami di Singapura, Indonesia dan juga Brunei. Diharap kita sama-sama akan berselewat terhadap Rasulullah tanpa henti dalam apa cara sekalipun," katanya.

Selain itu kata Saifulamer, kumpulan Almawlid sering mengikuti majlis Ta'lim Darul Murtadza yang diadakan di masjid Setiawangsa pada setiap Jumaat selepas solat Isyak yang sering dihadiri ramai rakan selebriti tanah air.

Mereka juga berharap supaya lebih banyak pihak dapat mendekati kumpulan berkenaan agar mesej dakwah yang ingin ditengahkan dapat disampaikan dengan lebih efektif. Kepada mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti dan perjalanan dakwah Almawlid boleh selusuri mereka di laman Facebook rasmi kumpulan berkenaan www.facebook.com/almawlid.

Legasi 3R Diteruskan Melalui Pencarian Projek 3R


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Legasi 3R, Diteruskan, Melalui, Pencarian Projek 3R


Legasi 3R Diteruskan Melalui Pencarian Projek 3R


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Respek, Rileks dan Respon adalah tiga sifat serta komponen yang cukup signifikan dengan program televisyen yang memperbincangkan hal-hal wanita iaitu 3R dan ianya bakal kembali menemui peminat mereka setelah hampir 3 tahun berehat.

Permulaan bagi kemunculan semula 3R ini bakal menyaksikan sebuah rancangan realiti pencarian hos iaitu Projek 3R dengan 12 finalis terakhir yang akan berentap mendapatkan 3 kekosongan yang ditinggalkan senior mereka yang telah mencipta nama melalui 3R iaitu Rafidah Abdullah, Azah Yasmin Yusof, Kartini Ariffin, Low Ngai Yuen dan Celina Khor.

Terbitan Red Communications Sdn Bhd, pencarian hos 3R baru iaitu Projek 3R telah pun diadakan dan sesi prebiu untuk episod pertamanya telah pun dipertontonkan di Sri Pentas, semalam. Program realiti ini bakal menemui peminat dan penonton TV3 pada setiap Sabtu, bermula 24 Ogos ini pada jam 6.00 petang.

Menurut penerbit eksekutif bersamanya, Lina Tan, daripada 1000 penyertaan yang diterima mereka, 12 finalis terpilih ini adalah terbaik daripada yang terbaik. Menariknya, semua calon-calon ini mempunyai kelebihan tersendiri serta hadir daripada pelbagai latarbelakang.

"Untuk hari ini majlis kita sebenarnya diadakan untuk tayangan ekslusif episod pertama progrm realiti pencarian hos 3R iaitu Projek 3R. Bakal bersiaran selama 6 minggu, 3 pemenang Projek 3R akan ditampilkan sebagai hos 3R 2013 secara rasminya dalam pogram 3R sendiri dijadualkan akan mual ditayangkan pada Oktober depan.

"Bagi setiap minggu, finalis ini akan menjalani pelbagai cabaran dan aktiviti ala boot camp untuk mendapatkan 3 yang terbaik bagi meneruskan legasi 3R yang mempunyai pengikut dan kekuatan label tersendiri.

"Pengendalian bagi program latihan ala boot camp ini telah dibarisi oleh senior mereka iaitu bekas-bekas pengacara 3R terdahulu sebagai tenaga pengajar. Ia penting untuk hos baru mempelajari serta mendapatkan tips-tips untuk menjadi hos yang bijak dan bukan sekadar cantik semata-mata,"ujar Penerbit Eksekutif Bersama, Red Communications Sdn Bhd, Lina Tan di prebiu yang berlangsung pada Isnin, semalam.

12 finalis bagi pencarian Projek 3R terdiri daripada Jasmine (Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 23, Selangor), Dayah (Nur Hidayah Abu Bakar, 24, Kuala Lumpur), Puteri (Puteri Zulaiqha Mohd Arif, 23, Kuala Lumpur), Amirah (Siti Nor Amirah Mohamad Azmi, 22, Putrajaya), Nora (Nora Shikeen Abdul Rahim, 21, Kuala Lumpur),Zetty (Zetty Nabila Muhamad Ghazali, 22, Kuala Lumpur), Yvonne (Lee Yvonne, 24, Selangor), Fiona (Fiona Cheong, 22, Selangor), Tamila (Tamilarasi, A/P Manium, 21, Perak), Sara Z (Sara Nadzirah Zulkifli, 22, Selangor), Sarah Lois (Sarah Lois Dorai, 21, Sarawak) dan Zeek (Haziqah Azemi, 21, Kuala Lumpur).

Projek 3R akan mula bersiaran pada hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013 manakala musim baru 3R yang akan dikendalikan wajah baru melalui pencarian di Projek 3R akan mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30malam.

Foto Menarik Sekitar Persandingan Nur Fatimah-Jeffrey


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Foto, Menarik, Sekitar, Persandingan Nur Fatimah Jeffrey,
Persandingan Nur Fatimah-Jeffrey

Foto Menarik Sekitar Persandingan Nur Fatimah-Jeffrey


KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2013: Tahniah kepada pasangan penyanyi Nur Fatimah dan suaminya, Muhammad Jeffrey yang telah melangsungkan majlis persandingan mereka di Bora Ombak, Ampang, Ahad lalu.

Meskipun tempoh pengenalan mereka agak singkat, namun iany tidak menghalang pasangan ini dari mengikat tali perkahwinan yang sah pada 10 Mei yang lalu.

Mereka buat pertama kalinya telah dipertemukan pada Ogos tahun lalu di sebuah restoran Thai di Australia dalam situasi yang cukup romantis, di mana Muhammad Jeffrey telah menyapa penyanyi berkenaan untuk berkenalan.

Nur Fatimah berkata dia akan menetap di Belconnen, Canberra Australia sehingga mendapat hak kerakyatan serta kerja yang sesuai untuk tinggal sehidup semati dengan suami tercinta.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto menarik majlis persandingan mereka, Ahad lalu.














Soo Wincci Dah `Gila` Main Bola Sepak Pulak?


Soo Wincci

Soo Wincci Dah `Gila` Main Bola Sepak Pulak?


KL, 21 OGOS 2013: Lain padang, lain belalang. Lain lubuk, lain ikannya. Ha..Sesuai sangatlah peribahasa Murai Batu untuk menggambarkan tentang perkembangan terbaru mengenai bekas ratu cantik Malaysia, Soo Wincci yang bukan saja pernah mencabar dirinya untuk menyertai program realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 tetapi juga sudah menceburkan diri menjadi seorang pereka fesyen kasut serta penyanyi.

Terbaru, Murai Batu dengar Soo Wincci dah minat pulak nak mian bola sepak. Dah sudah...Takkan Soo Winci dah berjangkit dengan demam Piala Liga Inggeris yang sudah pun mula berlangsung dalam tempoh seminggu ni kot?

Tapi, apa yang pasti, Murai Batu bukan propah macam si Miss Propa tu ya. Sebab, apa yang Murai Batu kasitau korang ni memang cerita betul. Malah, So Wincci khabarnya dah tak sabar nak pakai but dan tendang bola. Hai! Macamalah agaknya rupa bekas ratu cantik kita tu bila main bola kat atas padang ya. Kalau futsal tu, Murai Batu masih dapatlah bayangkanlah. Tapi, kalau game bola sepak atas padang yang betul tu memang susah.

Apapun, kalau korang nak tengok macam mana Soo Wincci beraksi sebagai pemain bola sepak, korang kenalah datang ke Stadiun Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos 2013 ni.

Sebab, Soo Wincci bakal mewakil pasukan ERA FC dalam perlawanan bola sepak menentang Arena All Stars FC. Selain Soo Wincci, pasukan ERA FC akan turut diwakili beberapa artis terkemuka lain termasuklah penyampai radio ERA fm sendiri, krew ERA fm serta pemain skuad Harimau Muda. datang tau!

Nafi Berkasih, Halim Othman Bakal Tinggalkan Konti Suria FM?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Nafi, Berkasih, Halim Othman, Bakal, Tinggalkan, Konti, Suria FM
Halim Othman

Nafi Berkasih, Halim Othman Bakal Tinggalkan Konti Suria FM?


KL, 21 OGOS 2013: Menerusi laporan akhbar Harian Metro kelmarin, penyampai Suria FM iaitu Halim Othman sekeras-kerasnya telah menafikan wanita yang bergambar dengannya itu bukanlah kekasih hatinya.

Sebalik, Halim Othman memberitahu wanita dalam gambar yang tersebar dalam laman sesawang itu adalah peminat. Yang penting, Halim mengakui dia rasa terkejut setelah mendapat tahu hal tersebut dari rakannya.

Apapun, Murai Batu dimaklumkan, Halim Othman merasakan apa yang berlaku terhadapnya itu seolah-olah seperti individu tersebut mahu meraih publisiti. Dek kerana itu, Halim menegaskan bahawa dia masih lagi belum punya teman istimewa.

Dalam perkembangan lain, sumber lain memberitahu Murai Batu, Halim yang kini semakin umph dengan pasangannya iaitu Adibah Noor dikatakan dalam tempoh mengakhiri masa sebagai penyampai radio.

Dengarnya, Halim bakal ditukarkan jabatan dari penyampai radio kepada jabatan pengurusan. Dalam erti kata lain, Halim tidak lagi jadi penyampai tapi pengurus untuk sebuah jabatan di Suria FM.

Apa kes pun, Murai Batu tidak tahulah sama ada cerita ini benar atau propa saja. Setahu Murai Batu, setiap kali survey, Suria FM akan menukar strategi dan kempen. Yang pasti, Murai Batu dengar dua individu yang sangat dikenali dalam bidang penyiaran radio iaitu Kudsia Kahar dan Nila Kurnia sudah pun bertugas di Suria FM.

Aiman Serius, Sudah Beberapa Kali Jumpa Keluarga Fathia!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aiman Serius, Sudah, Beberapa, Kali, Jumpa, Keluarga, Fathia
Aiman Hakim Redza dan Fathia

Aiman Serius, Sudah Beberapa Kali Jumpa Keluarga Fathia!


KL, 22 OGOS 2013: Meskipun sudah banyak gosip berterbangan yang mengatakan pasangan pelakon Aiman Hakim Redza dan Fathia ini sedang hangat bercinta namun Murai Batu perasan belum sekali pun lagi mereka berdua ini mengaku yang mereka benar-benar sudah menjalinkan hubungan cinta.

Malah, Murai Batu tengok mereka ini seperti mahu berselindung dan asyik enggan memberi komen mengenai hubungan cinta mereka kepada media atau umum. Sedangkan, Murai Batu lihat sudah banyak gosip yang mengatakan sudah ternampak mereka berdua bermesraan di khalayak. Apa sebenarnya tujuan mereka berselindung?

Namun, persoalan Murai Batu selama ini terjawab apabila ada seorang sumber terdekat datang bercerita dengan Murai Batu yang mereka ini sebenarnya memang serius dalam hubungan cinta mereka.

Malah, Aiman sudah beberapa kali berjumpa dengan keluarga Fathia sendiri. Bukan sahaja keluarga terdekat, bahkan sudah cuba mengenali keluarga besar Fathia di kampong sebelum menjelang hari raya hari tu.

Sehinggakan, Murai Batu diberitahu Aiman telah pun memberanikan diri pergi ke majlis nikah saudara Fathia yang dihadiri ramai keluarga besar Fathia. Murai Batu dengar Aiman siap kena interview oleh makcik pakcik serta atok Fathia di sana. Nervous ke tidak? hahaha

Amboi, kalau dah berani jumpa keluarga besar tu, maknanya seriuslah kan? Ala, apa nak sorok-sorok lagi. Peminat mesti suka. Lagipun Murai Batu tengok mereka ni sepadan sahaja, sama cantik dan sama kacak gitewww!

Apa-apa pun, Murai Batu harap, Aiman dan Fathia selepas ini tak perlulah berselindung lagi kerana peminat sekarang sudah terbuka dan pasti akan menerima berita ini dengan baik.

Didie Alias Akui Sudah Insaf Dalam MeleTOP?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Didie Alias, Akui, Sudah, Insaf, Dalam, MeleTOP
Didie Alias

Didie Alias Akui Sudah Insaf Dalam MeleTOP?


KL, 20 OGOS 2013: Sebelum apa-apa Murai Batu nak ucapkan tahniah buat pelakon, pelawak dan pengacara Didie Alias di atas kemenangannya dalam Anugerah Lawak Warna 2013 yang telah pun berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya pada malam Jumaat lalu.

Didie Alias meraih kemenangan setelah dinobatkan sebagai Artis Lawak Wanita Popular bagi kategori popular yang memerlukan undian daripada peminat. Dalam kategori tersebut, Didie Alias telah berjaya mengenepikan saingannya seperti Jihan Musa, Noorkhiriah, Sharifah Shahirah dan Scha Al Yahya yang tidak kurang hebatnya.

Tahniah sekali lagi buat Didie Alias. Dengar cerita, rumah terbuka hari rayanya yang diadakan baru-baru ini juag meriah dengan kehadiran ramai tetamu, peminat dan rakan seperjuangan. Kelas kau Didie.

Apapun sempena kemenangannya itu, Didie Alias bakal muncul dalam program MeleTOP yang dikendalikan oleh dua pengacara yang sinonim iaitu Neelofa serta Ahmad Nabil. Selain memperkatakan tentang kemenangannya itu, Didie Alias juga khabarnya bakal membuat pengakuan yang dia sudah pun insaf. Eh! Insaf pasal apa ek?

Mamat Sepah Serius Mahu Memperisterikan Syafiqa


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mamat Sepah, Serius, Mahu, Memperisterikan, Syafiqa
mamat Sepah dan Nurul Syafiqa Zakaria

Mamat Sepah Serius Mahu Memperisterikan Syafiqa


KL, 20 OGOS 2013: Rasanya korang semua pun dah tahukan yang Mamat Sepah dulu pernah bercinta dengan pengacara, pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida). Tapi, percintaan mereka nampaknya telah putus di tengah jalan dan selepas itu baik Mamat mahu pun Fida, mereka telah membawa haluan masing-masing.

Pun begitu, Mamat kini sudah pun menemui pengganti baru untuk mengisi kekosongan hatinya. Nama gadis yang bertuah itu adalah Nurul Syafiqa Zakaria. Berusia 23 tahun, Nurul Syafiqa Zakaria adalah seorang pelajar yang sedang menuntut di Management and Sciense University (MSU).

Sejauh mana seriusnya hubungan Mamat dengan Syafiqa? Nampaknya serius sungguh sebab Mamat sudah nyata kesediannya untuk mengahwini gadis yang cukup istimewa di hatinya itu.

Tiga bintang cetus revolusi baru AF 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, bintang, cetus, revolusi, baru, AF 2013, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, dan, Melly Goeslow, Shafizawati Sharif, atau, Cikgu Shafi
Khairul Anwar (dua, kiri) bersama barisan tenaga pengajar AF 2013 (dari kanan) Faizal, Melly dan Siti Nurhaliza.

Tiga bintang cetus revolusi baru AF 2013


BUAT pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia 2013, bakal menampilkan tiga penyanyi hebat iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslow sebagai barisan tenaga pengajar atau dikenali sebagai ‘inspirer’.

Selain itu, AF 2013 kali ini juga bakal menyaksikan seorang bekas pengajar, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi sebagai guru vokal, dan tiga pengajar baru iai

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, ketiga-tiga ikon ini bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah turut memberi inspirasi kepada pelajar yang menyertai program ini.

“Soal pemilihan barisan tenaga pengajar adalah satu proses penting yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia bakal memberi impak yang mendalam.

“Pada musim ini kami berbesar hati mengumpulkan barisan pengajar yang berpengalaman buat pelajar musim ini,” katanya.

Elly Mazlein utamakan senaman


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Elly Mazlein, utamakan, senaman, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
Elly Mazlein

Elly Mazlein utamakan senaman


NAMA Elly Mazlein sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni negara. Biarpun ada ketikanya namanya tenggelam timbul dengan lambakan bakat baru, namun Elly membuktikan tapaknya dalam industri masih kukuh sama seperti 16 tahun lalu.

Tidak hanya berbakat dalam arena seni suara, Elly juga sudah membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan. Malah biarpun sibuk dengan kerjaya seni, wanita berusia 31 tahun ini tidak pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan diri. Jom kita lihat bagaimana Elly menjaga tubuh dan kulit agar sentiasa cantik dan sihat.


Apakah definisi kecantikan buat Elly?

ELLY: Pada Elly, kecantikan itu adalah sesuatu yang penting untuk semua wanita, apatah lagi golongan Hawa sangat suka kelihatan cantik dan kemas sentiasa. Malah Elly sendiri akan pastikan ke spa untuk memanjakan diri setelah penat bekerja dan paling tidak pun sebulan sekali.


Adakah Elly amat menitikberatkan kesihatan?

ELLY: Ya! Elly sangat menitikberatkan kesihatan kerana bagi Elly, gaya hidup yang sihat sangat penting. Barulah hidup kita lebih berkualiti. Tidak susah sebenarnya untuk menjaga kesihatan kerana apa yang penting adalah disiplin yang tinggi.


Elly berdiet?

ELLY: Ya tetapi tidaklah secara berlebihan. Elly cuma menjaga pemakanan supaya badan tidak letih. Setiap pagi Elly akan minum coklat panas untuk tenaga. Elly juga banyak amalkan daging putih dan sayur-sayuran, selain itu Elly tidak ambil minuman bergas kerana kandungan gula yang tinggi.

Elly tidak makan malam, biasanya Elly hanya makan buah epal sahaja.


Bagaimana Elly menjaga tubuh agar sentiasa cergas?
ELLY: Elly sangat suka berjoging dan itu adalah aktiviti wajib Elly dalam menjaga kecergasan badan. Selain berjoging, Elly akan cari masa untuk pergi berenang. Jika hari hujan pula, Elly akan naik turun tangga rumah.
Bagi Elly aktiviti seperti inilah yang membuatkan badan kita sentiasa cergas untuk bekerja. Kadangkala bila jarang bersenam, memang terasa malas dan berat untuk bersenam. Tetapi selepas 15 minit bersenam, kita akan mula rasa puas, apatah lagi peluh mula keluar.


Bagaimana pula Elly berdepan dengan tekanan?

ELLY: Elly tidak akan bekerja jika berada dalam keadaan tertekan. Mula-mula sekali Elly akan kumpul tenaga atau 'recharge' dengan tidur terlebih dahulu. Biasanya Elly akan ambil cuti, paling lama pun seminggu untuk berehat sepuas-puasnya, atau pun meluangkan masa bersama keluarga.

PROFIL Elly Mazlein


NAMA: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
PANGGILAN KOMERSIAL: Elly Mazlein
USIA: 31 tahun
TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
KELUARGA: Anak bongsu dari tiga beradik
STATUS: Bujang
FILEM: Janji Diana, Tangkai Jering, Gerak Khas 3 The Movie dan Awan Dania The Movie
DRAMA: Lebih puluhan drama, antaranya Bulan Yang Pertama, Gerak Khas, Sembilu Kasih, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Cinta Batu Belah, Cinta Seorang Penoreh Getah, Kasih Berbunga Lalang, Keliwon, Semanis Janji, Ulek Mayang.
TEATER: Teater Muzikal Sri Mersing, Tun Dr Mahathir 2.
ALBUM: Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV Karaoke Elly Mazlein (2001), Best Of Elly Mazlein (2002) dan Atas Nama Cinta (2005)

Pekin-Uqasha kahwin tahun depan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pekin, Uqasha, kahwin, tahun, depan
Pekin dan Uqasha


Pekin-Uqasha kahwin tahun depan


“KALAU diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan Uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin,” ujar Pekin, sebaik sahaja diajukan mengenai hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose.

Tegas Pekin, dia sangat yakin kakak kepada pelakon Nellydia Senrose itu adalah jodohnya. Sejak bertemu Uqasha, hatinya terus terpaut dan terbuka untuk berkahwin.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha (gelaran Uqasha) di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri yang terbaik untuk saya," katanya.

Semakin terbuka berbicara mengenai hubungan mereka, Pekin memberitahu, dia dan Uqasha sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu. Setelah mengenali hati budi masing-masing, mereka nekad untuk ke fasa yang lebih serius.

"Julai lalu, saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi.

"Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun lagi," katanya yang lebih suka melangsungkan  pertunangan dan pernikahan dalam satu majlis yang sama.


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pekin, Uqasha, kahwin, tahun, depan


Dapat restu orang tua

Menurut Pekin, hubungan mereka turut mendapat restu dari keluarga masing-masing. Tambahan pula dia kini semakin kerap menghabiskan masa bersama keluarga Uqasha jika mempunyai kelapangan.

"Hari raya lepas saya ada bertandang ke rumah Uqasha. Malah kami berdua turut berpakaian sedondon berwarna kuning.

"Alhamdulillah, keluarga Uqasha sangat baik dan menerima saya seadanya," kata Pekin yang turut mengakui pernah bercuti dengan mereka sekeluarga.

Berkongsi detik perkenalan mereka, kata Pekin, dia sebenarnya sudah lama mengenali Uqasha. Namun ketika itu mereka tidak pernah bertegur sapa sehinggalah bertemu semula di set penggambaran Paku Pontianak.

"Kami pernah tinggal berjiran di Subang Jaya sebelum ini, namun hanya sekadar melemparkan senyuman.

"Lagipun, ketika itu saya masih lagi menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih (Ayu Raudhah)," ujar Pekin yang ditemui di majlis pra-tonton filem MIG, di Sunway Pyramid, semalam.

Pekin berkata, ketika awal penggambaran Paku Pontianak, mereka masih berasa agak segan dan kekok antara satu sama lain. Namun siapa sangka penggambaran selama hampir dua bulan di sekitar Februari lalu itu berjaya menyatukan hati mereka.

"Kebetulan kami bawa watak utama, iaitu sebagai Adam dan Melati. Dalam filem ini kami jadi pasangan suami isteri dan secara tidak langsung ia benar-benar mengusik hati kami.

"Sejak itu, hubungan kami semakin rapat dan sehinggalah hari ini," kata Pekin.


Tertarik dengan kejujuran Pekin

Berbalik kepada Uqasha pula, hubungan singkat antara dia dan Pekin bukan ukuran menentukan kebahagiaan mereka selepas berumahtangga kelak.

Baginya, sikap Pekin yang bertanggungjawab dan menghormati orang tua berjaya memikat hatinya untuk serius dalam hubungan itu.

"Dia seorang yang berterus-terang dan jujur. Malah ketika dia mula-mula melamar dulu, saya sangat terkejut dengan tindakannya itu.

"Namun, kesungguhannya itu berjaya membuka hati saya menerimanya," ujarnya yang sangat tertarik dengan sikap Pekin yang sangat memahami dirinya.

Turut mengesahkan hubungan mereka telah mendapat restu daripada kedua belah keluarga, Uqasha berkata, dia menyambut baik hasrat Pekin untuk berkahwin dalam tempoh setahun lagi.

"Sepanjang itu, saya bercadang untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan majlis kahwin kami nanti," kata Uqasha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan