Cari Artikel

Wednesday, August 21, 2013

Foto-Foto Menarik Sekitar Anugerah Lawak Warna


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Foto-Foto, Menarik, Sekitar, Anugerah Lawak Warna


Foto-Foto Menarik Sekitar Anugerah Lawak Warna


KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2013: Penganjuran Anugerah Lawak Warna yang diadakan pada Jumaat lalu telah pun berlangsung dengan jayanya di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Anugerah yang pertama kali dianjurkan itu telah menyaksikan filem Istanbul Aku Datang membolot 4 anugerah dari 15 kategori terbaik yang dipertandingkan.

Malam tersebut juga menyaksikan Jep dari kumpulan Sepahtu membuat kejutan apabila meraih kemenangan dalam kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular dengan menewaskan Zizan, Johan, Dato' AC Mizal dan Yus Jambu.

Majlis ini bertambah meriah dengan persembahan sketsa dari Jep, Shuib, Rahim, Os, Abon, Sabri Yunus, Jambu dan Ebi Yus. Selain sketsa, penonton turut dihiburkan persembahan dari Aizat, Noh Hujan, Amir Jahari , Que Haidar dan Khir Rahman.

Berikut adalah sebahagian dari foto menarik penganjuran Anugerah Lawak Warna pada malam tersebut.












Jep Sudah Terima Petanda Kecil Mampu Kalahkan Jozan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Jep, Sudah, Terima, Petanda, Kecil, Mampu, Kalahkan, Jozan
Mohd Nadzri Zainal Abidin a.k.a  Jep

Jep Sudah Terima Petanda Kecil Mampu Kalahkan Jozan


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Kemenangan ahli Sepahtu, Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Jep menewaskan Johan, Zizan, Dato' AC Mizal dan Yus Jambu dalam kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular pada Anugerah Lawak Warna 2013 benar-benar telah mengejutkan ramai peminat industri komedi tempatan.

Malah, Jep yang ditemani kawan baiknya, Shuib pada malam itu mengakui turut terkejut dengan kemenangan itu. Pun begitu, sebelum namanya diumumkan sebagai pemenang, Jep sudah menerima petanda kecil bahawa dia akan meraih anugerah berkenaan.

"Saya sama sekali tidak menyangka, saya akan menang pada malam ini. Namun, saya sudah dapat petanda kecil bahawa saya akan menang. Sebenarnya, saya mahu terus pulang selepas saya buat persembahan pertama tadi kerana saya kurang sihat.

"Namun, pihak produksi telah menghalang saya berbuat demikian dengan memberikan pelbagai helah supaya saya terus kekal di situ dan tidak pulang. Setelah diumumkan, barulah saya tahu kenapa mereka halang saya dan saya betul-betul terperanjat.

"Anugerah ini memang saya tujukan buat orang yang selalu percayai bakat saya iaitu Bob Azrai dan Hussein.Tidak lupa juga, buat sahabat baik saya, Shuib yang selalu bersama saya dan faham kerenah saya. Dia adalah sahabat saya yang paling sempurna," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Jep menafikan bahawa kemenangannya pada malam itu adalah sebagai satu gelanggang untuk dia bersaing dengan Jozan yang sememangnya diketahui sedang lebih popular di mata masyarakat pada saat ini.

"Semuanya terpulang kepada masyarakat. Saya memang kagum dengan bakat yang ada pada Jozan. Terutama sekali Johan. Saya tidak merasakan saya berlawan dengan Johan mahu pun Zizan.

"Kita orang dah macam adik-beradik. Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen lebih mengenai persoalan tentang saya kalahkan Jozan. Apa yang boleh saya katakan, kami saling menasihati dan saling memerlukan," katanya lagi.

iskandarX: nama punya indah jadi Jep pulak dah isk isk isk, kalahkan je Jozan tu.

Lagi Keek kontroversi Sakinah


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Lagi, Keek, kontroversi, Sakinah,terima kasih, kerana, menasihat, ya, ahli, syurga


Lagi Keek kontroversi Sakinah


SELEPAS bikin kontroversi demi kontroversi menerusi video Keek, Sakinah sekali lagi membiarkan dirinya menjadi kritikan peminat.

Biarpun terkenal dengan sikapnya yang 'gila-gila', ramai yang menganggap tindakan adik kepada pengacara terkenal, Sharifah Shahira itu agak keterlaluan.

Selepas menjadikan isu 'seluar dalam' Zizan Razak dan Micheal Ang sebagai bahan lawak untuk video Keek terbarunya, Sakinah kini tampil dengan video berjudul, Terima Kasih Kerana Menasihat Ya Ahli Syurga, sebagai reaksi terhadap segala teguran yang ditujukan kepada dirinya.

Menerusi rakaman berdurasi 36 saat itu, Sakinah menjelaskan video itu hanya sekadar gurauan sambil beberapa kali menggelar mereka yang memberi komen terhadap videonya itu sebagai 'ahli syurga'.

iskandarX: Sememangnya bila kita mati, kubur adalah berasingan, dan soal jawab oleh Mungkar dan Nangkir hanya menyoalkan individu punya kesalahan shaja, tapi antara lian-lain kuburan itu, alam barzakh adalah sama walaupun Islam mahupun kafir berkongsi alam yang sama, so kalau sapa kena siksa semua ahli barzakh leh dengar, bising nak tido susah maaa. Ahli syurga nasihat sebab tak mau dengar bising-bising masa di alam barzakh ok?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan