Cari Artikel

Tuesday, August 20, 2013

Black (Mentor) Umum Bakal Nikah Pada 13 September 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Black Menter, Hanifah Md. Hanafiah, Umum, Bakal, Nikah, Pada, 13, September, 2013
Black (Mentor)

Black (Mentor) Umum Bakal Nikah Pada 13 September 2013





Selepas pelbagai dugaan sepanjang pertunangan akhirnya juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah bakal bernikah pada 13 September di Zebra Square, Kampung Pandan, KL.




Black bertunang dengan gadis pilihan yang dikenali lebih kurang dua bulan dan menganggap ianya sebagai jodoh dikenali sebagai Chira Khairi atau nama sebenarnya Naquira Yasira, 28, pada 26 Januari yang lalu .




Persandingan bakal diadakan di tempat yang sama pada 14 September bertemakan English Garden manakala persandingan yang ketiga bakal diadakan di rumah keluarga sebelah lelaki di Flat PPR, Kerinchi.




Jika sebelum ini dia memilih untuk tidak menghebohkan identiti sebenar bakal isterinya untuk menjaga hati ramai pihak kini Black lebih terbuka selepas mengumumkan tarikh pernikahannya siang tadi.




“Saya mengenali dia menerusi seorang kawan dan perjumpaan pertama kami adalah di Dataran Merdeka ketika itu saya ada buat persembahan di sama. Nak dijadikan cerita, dia adalah jodoh saya dan tidak sampai tiga bulan kami merancang untuk bertunang terus.”




Tambahnya lagi, dia tidak merasakan status tunangnya orang biasa itu satu masalah kerana dia merasakan Chira sendiri sudah dapat contoh terbaik apabila bapa saudaranya juga suami kepada selebriti terkenal, Datin Paduka Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan.




Tunangnya itu turut difahamkan berasal dari Pulau Pinang dan pernah belajar di Melbourne, Australia.




Semoga segalanya berjalan dengan lancar sehingga ke tarikh pernikahan nanti!

iskandarX: Alhamdulillah, sampailah sudah untuk menaggung tanggungjawap yang lebih besar.

Aaron Aziz Dan Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aaron Aziz, Dan, Isteri, Sambut, Ulangtahun, Perkahwinan, Ke-10, Di, Maldives
Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik

Aaron Aziz Dan Isteri Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Di Maldives


Sedar tidak sedar, perkahwinan Aaron Aziz dan isterinya Diyana Halik kini sudah mencecah usia 10 tahun dan untuk meraikan ulangtahun penuh bermakna ini pastinya percutian indah menjadi pilihan mereka.

Aaron Aziz & isteri kini berada di kepulauan Maldives untuk menikmati percutian mereka dan menyambut ulangtahun perkahwinan ke-10.

Mereka di’fahamkan menginap di Conrad Maldives Hotel & percutian kali ini tidak di’sertai oleh anak anak namun melalui tulisan di Instagram, Aaron Aziz ada berjanji akan membawa mereka bersama di masa hadapan.

Aaron Aziz & Diyana Halik bernikah pada 3 Ogos 2003. Semoga keluarga yang di’bina & perkahwinan mereka ini kekal selamanya.













Rangkul Anugerah, Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Rangkul, Anugerah, Lisa Surihani, Rasa, Tidak, Layak, Digelar, Pelawak


Rangkul Anugerah, Lisa Surihani Rasa Tidak Layak Digelar Pelawak


Meski berjaya menggondoli trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) dengan menewaskan nama nama besar lain seperti Yana Samsudin pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya Jumaat lalu, Lisa Surihani tidak menganggap dirinya layak digelar pelawak.



Jelas Lisa dia hanya mengetahui namanya turut tercalon dalam kategori tersebut sehari sebelum anugerah itu berlangsung.



Ujar Lisa dia langsung tidak meletak sebarang harapan sejurus mengetahui namanya tercalon. Dia sendiri sedar dia hanya mampu melawak ketika bersama ahli keluarga dan teman rapat sahaja.



“Bayangkan Lisa sendiri baru tahu Lisa bertanding semalam. Ingatkan Lisa kena sampaikan anugerah buat pemenang sahaja. Sampaikan ucapan Lisa pun entah apa-apa je tadi”



“Lisa sememangnya hendak mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Bernard Chauly kerana dia yang bertanggungjawab menonjolkan sisi lain dalam diri Lisa”



“Pada Lisa, kalau selepas ni ada yang menawarkan watak komedi, Lisa akan terima tapi nak menjadikan komedi sebagai Lisa punya keutamaan, belum mampu lagi agaknya,” ujar Lisa Surihani tersenyum penuh makna.



Pada malam Anugerah Lawak Warna, filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly telah menggondol empat anugerah utama selain di’angkat sebagai penerima anugerah Filem Komedi Terbaik.



Filem yang dibintangi Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu berjaya memenangi kategori Filem Komedi Terbaik, Pengarah Filem Komedi Terbaik, Filem dan Lakon Layar Komedi Terbaik dan Pelakon Komedi Wanita Terbaik.



Pada perkembangan lain, Lisa Surihani bakal menjadi hos untuk sebuah program berbentuk hiburan berkerjasama dengan RTM bermula pada bulan hadapan.


Rasa Terkilan, Ahmad Idham Cabar Wartawan Untuk Duduk Bersemuka


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Rasa Terkilan, Ahmad Idham, Cabar, Wartawan, Untuk, Duduk, Bersemuka
Ahmad Idham

Rasa Terkilan, Ahmad Idham Cabar Wartawan Untuk Duduk Bersemuka


Hujung minggu lalu menerusi ruangan gossip, wartawan dengan nama samaran Kak Pora menulis akan satu kenyataan Ahmad Idham yang mahu badan berwajib melihat industri perfileman yang semakin tenat.

Menjawab tulisan Kak Pora, Ahmad Idham berkata tulisan wartawan itu lebih sebagai satu serangan balas peribadi dan menyalahkan pengarah itu selain menyifatkan ianya sebagai pendek akal.

“Saya cukup kesal dengan apa yang ditulis oleh wartawan terbabit. Isu seperti ini, bukanlah seperti kisah peribadi artis yang boleh diletakkan dalam ruangan gosip”

“Ini merupakan isu industri yang sepatutnya dibincangkan bersama secara terbuka. Bukannya baling batu sembunyi tangan,” jelas Ahmad Idham dalam satu kenyataan media hari ini.

“Bagi saya, tindakan yang dilakukan oleh wartawan tersebut, dilihat cukup ‘pendek akal.’ Apa yang ditulisnya, lebih bersifat peribadi”

“Dalam saya meluahkan kegusaran apabila melihat masalah serius yang berlaku dalam industri filem, dia (wartawan terbabit) dilihat lebih seronok menyalahkan saya, sepatutnya dia berusaha untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi”

“Saya mencabar wartawan ini. Kalau dia berani, jom kita jumpa dan bersemuka. Kalau dia tidak sahut cabaran ni, saya tahulah yang dia tidak cukup pandai dan sampai bila-bila sekadar duduk dan bersembunyi di belakang ruangan gosip seperti Kak Pora”

Di tanya kewajaran cabaran ini, Idham menambah “Dengan tindakan itu juga, massa lebih percaya kredibiliti wartawan tersebut, begitu juga pengiat bidang perfileman kita”

“Saya tidak marah, tetapi dalam keadaan sekarang di mana para wartawan mempunyai tahap pendidikan dan intelek yang tinggi, masih ada wartawan seperti ini yang menjadi ‘parasit’ merosakkan industri,” jawab Ahmad Idham ditanya mengenai perasaannya.

Industri perfileman tempatan mengalami kemerosotan dari segi kutipan di pawagam dengan jumlah kutipan kasar tiket pada tahun 2012 sekadar RM97.29 juta (76 filem), berbanding RM126.49 juta (49 filem) pada tahun 2011.

Lima bulan pertama 2013, menyaksikan penyusutan lebih kritikal apabila kutipan kasar filem filem tempatan di pawagam seluruh Malaysia sekadar RM40.39 juta sahaja.

Perang Status Di Twitter — Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Preang, Status, Di, Twitter, Zaquan Adha, Bidas, Kenyataan, Rita Rudaini
Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini

Perang Status Di Twitter — Zaquan Adha Bidas Kenyataan Rita Rudaini


Sebelum ini Rita Rudaini ada keluarkan kenyataan di media akan keputusan Aidil Zafuan menceraikannya melalui SMS pada Ramadan lalu seperti tidak menghormati agama dan disebabkan itu juga dia dan juga keluarganya telah digelar cetek agama.

Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdiam diri dan menulis status di laman Twitter yang seakan ditujukan kepada Rita Rudaini.

Zaquan Adha turut mengajak Rita untuk bersemuka kerana di dalam kenyataan Rita sebelum ini, dia telah mengaitkan keluarganya yang turut dituduh cetek agama.

Tambah Zaquan yang juga merupakan suami kepada aktres terkenal, Ayu Raudhah meminta Rita supaya berhenti menagih simpati dan jangan cuba mengheret nama keluarganya pula ke dalam masalah rumah tangga mereka berdua yang tidak berkesudahan itu.

Rita Rudaini dalam masa yang sama menulis melalui akaun Twitter beliau membalas kembali kenyataan Zaquan Adha mendakwa pemain bola sepak itu sengaja mencari publisiti murahan & enggan melayan.






Aidil Zafuan - Rita Rudaini Tipu Media Untuk Burukkan Saya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aidil Zafuan, Rita Rudaini, Tipu, Media, Untuk, Burukkan, Saya
Aidil Zafuan 

Aidil Zafuan - Rita Rudaini Tipu Media Untuk Burukkan Saya


Kalau di’perhatikan, Aidil Zafuan memang jarang memberikan kenyataan kepada media tentang isu rumah tangga beliau bersama Rita Rudaini dan jika ada pun ianya lebih bersifat neutral.

Hari ini melalui Berita Harian, Aidil Zafuan yang di’hubungi wartawan meluahkan perasaan beliau selepas berkali kali menerima ‘serangan’ dari Rita Rudaini menerusi media massa sebelum ini.

Aidil Zafuan berkata yang Rita Rudaini tidak menceritakan perkara sebenar kepada media lebih lebih lagi soal pemberian nafkah anak kerana beliau mempunyai bukti yang boleh di’kemukakan.

“Saya tidka pernah gagal memberikan nafkah kepada anak setiap bulan. Semua bukti pemberian nafkah anak ada saya simpan. Sebelum ini, dalam perbicaraan mahkamah, hakim ada tanya dia, adakah saya memberikan nafkah kepada anak anak”

“Rita jawab ada tetapi apabila memberikan kenyataan kepada media, dia tidak menyatakan perkara sebenar,” jelas Aidil Zafuan.

“Apabila sudah menyediakan nafkah untuk anak anak, jangan kata nak ucapkan terima kasih, dia boleh pula beritahu nafkah saya beri tidak cukup — berapa banyak yang dia hendak sebenarnya?”

Dalam laporan yang sama, Aidil Zafuan tetap tidak mengiyakan atau menidakkan tindakan beliau menghantar SMS untuk menceraikan Rita Rudaini tetapi “.. apa yang boleh saya katakan, saya sudah hilang sabar dengan tindakan Rita selama ini — kesabaran saya ada hadnya”

Gambar Selebriti Di Sekitar Karpet Merah Anugerah Lawak Warna, Istana Budaya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Selebriti, Di, Sekitar, Karpet Merah, Anugerah Lawak Warna,, Istana Budaya


Gambar Selebriti Di Sekitar Karpet Merah Anugerah Lawak Warna, Istana Budaya


Mungkin sedikit terlambat kami paparkan acara karpet merah untuk majlis anugerah terbaru di Malaysia ini, tetapi pastinya anda tetap ingin menatap fesyen para pelawak & selebriti kita sebagai inspirasi. ‘Kan?

Bersiaran secara langsung pada Jumaat lalu menerusi Astro Warna juga Mustika HD, Anugerah Lawak Warna menyaksikan AC Mizal & Neelofa bertindak sebagai pengacara.

Barisan penyampai anugerah turut menceriakan lagi majlis seperti Eby Yus, Rozita Che Wan, Hans Isaac, Tasha Shila, Faizal Hussein, Ifa raziah, Sharifah Sakinah, Boboi dan ramai lagi.

Penonton juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Que Haidar dan Khir Rahman dengan lagu Teratai, Aizat, Noh (Hujan), Man Kidal, Amir Jahari dan Waris. Memang gempak!

Malam itu juga menyaksikan penguasaan filem romantik komedi Istanbul Aku Datang yang membawa pulang empat anugerah utama iaitu Filem Komedi Terbaik, Pengarah Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) dan Lakon Layar Komedi Terbaik.













































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan