Cari Artikel

Sunday, August 18, 2013

Berkenalan Lebih Setahun, Mamat Akhirnya Perkenal Kekasih


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah
Mamat dengan kekasihnya, Nurul Syafiqah Zakaria

Berkenalan Lebih Setahun, Mamat Akhirnya Perkenal Kekasih


Selepas berpecah dari Kumpulan Sepah, Mamat kini lebih selesa bergerak sendiri. bagi Mamat, apa yang berlaku antara dia dan kumpulan Sepah ada hikmahnya. Jelas Mamat dia sekarang lebih matang dan kuat untuk berdepan dengan apa jua jenis dugaan dihadapannya.

Melihat kejayaan dua rakannya sekarang, Mamat tidak langsung menyimpan dendam malah bersyukur dan gembira melihat kejayaan dua rakannya bersama Sepahtu yang jelasnya idea asal Sepah adalah datangnya daripada dia sendiri.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah


Hubungan mereka bertiga masih baik sehingga ke hari ini. Jika balik ke kampung, mereka akan berjumpa dan masih meluangkan masa bersama.

Satu majlis Anugerah Lawak Warna anjuran Astro yang telah berlangsung secara live di Istana Budaya. Mamat turut dilihat hadir ke majlis tersebut. Kedatangan Mamat yang didampingi seorang gadis cantik, mencuri lensa mata tetamu yang hadir. tidak melepaskan peluang yang ada, lantas Mamat didekati untuk merisik gerangan gadis.

Selepas dirisik, Mamat mengaku gadis tersebut merupakan tetamu istimewa hatinya sekarang. Lebih ringkas, kekasihnya sekarang selepas putus bersama Fida kira-kira 2 tahun lalu.

Gadis cantik manis yang mengenakan kurung peplum bewarna peach itu memperkenalkan dirinya sebagai Nurul Syafiqah Zakaria.

Ditanya sejauh mana seriusnya hubungan percintaan mereka, jelas Mamat dia mahu Syafiqah menumpukan pada pengajiannya terlebih dahulu.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah


“Saya nak dia (Syafiqah) habiskan study dia dulu. saya tak mahu nanti menggangu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana agenda seterusnya. Kalau nak kawin nanti, pasti saya umumkan.”

“Mula-mula kami tak terfikir nak serius pun. Lama kelamaan makin rapat dan terbit keserasian antara kami.”

“Dia jugalah menjadi tulang belakang saya sekarang selepas keluarga saya. Masa saya tengah ditimpa banyak gosip berat, dia sentiasa ada dengan saya.”

Mengenali Syafiqah lebih setahun lalu. Gadis berusia 23 tahun itu kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di MSU Shah Alam.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berkenalan, Lebih, Setahun, Mamat, Akhirnya, Perkenal, Kekasih, Kumpulan Sepah, Mamat Sepah


Di dalam perkembangan terbaharu, Mamat bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, KUCAI.

Neelofa Bakal Ke Hollywood Tahun Hadapan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Bakal, Ke, Hollywood, Tahun, Hadapan


Neelofa Bakal Ke Hollywood Tahun Hadapan


Mesti ada peminat Neelofa yang teruja mendengar pelakon filem Lemak Kampung Santan ini bakal ke Hollywood. Neelofa bukannya pergi untuk membintangi mana mana filem terbitan dari sana.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Bakal, Ke, Hollywood, Tahun, Hadapan


Neelofa berkata beliau akan menjalani kursus selama dua bulan bagi meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Bakal, Ke, Hollywood, Tahun, Hadapan


“Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA. Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan”

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Bakal, Ke, Hollywood, Tahun, Hadapan


“Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal,” ujarnya yang pernah berputus ada dalam lakonan.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Bakal, Ke, Hollywood, Tahun, Hadapan


“Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali).

“Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja”.

iskandarX: Balik Malaysia jangan jadi Mat Salleh sudah.

Elak Jadi Bahan Ketawa, Maya Karin Tolak Cinta Sesama Artis


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Elak, Jadi, Bahan Ketawa, Maya Karin, Tolak, Cinta, Sesama, Artis

Elak Jadi Bahan Ketawa, Maya Karin Tolak Cinta Sesama Artis


Pelakon yang popular menerusi filem box-office Ombak Rindu, Maya Karin menegaskan bahawa dia tidak mahu bercinta sesama rakan artis ketika bertemunya semasa majlis sidang media Dialog Inspirasi Kepada Wanita, L’oréal semalam. Jelasnya dia lebih selesa untuk berkasih atau bercinta dengan seseorang lelaki yang luar dari bidang hiburan ini.

“Saya lebih berminat atau seboleh-bolehnya mengelak untuk bercinta sesama artis kerana industri kita kecil dan apabila kita putus ianya akan menjadi satu bahan ketawa orang dan saya juga terfikir apabila terserempak di mana-mana acara anugerah dan juga apabila digandingkan untuk photoshoot dan juga dalam lakonan, kalau boleh saya memang tidak mahu untuk bercinta sesama artis dalam industri ini,” ujarnya bersungguh.

Maya juga turut diasak dengan soalan seperti adakah dia sudah jelak dengan pertanyaan orang ramai apabila asyik bertanyakan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, dan dengan pantas dia memberitahu bahawa dia seperti biasa menjelaskan bahawa dia lebih selesa menjalankan kehidupan solonya dan baginya ini membuatkan dia lebih berhati-hati untuk berumah tangga pada masa depan.

“Tidak saya tidak pernah berasa bosan apabila soalan ini dikemukakan kerana sememangnya jelas orang akan bertanyakan soalan ini, dan pada hari ini sekali lagi saya ingin mengatakan bahawa setiap orang mempunyai persepsi atau tanggapan berbeza apabila menyentuh soal perkahwinan, ada yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai anak maka lengkaplah kehidupan wanita itu, tetapi tidak bagi saya kerana sekiranya seseorang itu tidak bahagia, tidak ada gunanya juga, dan buat masa sekarang saya memilih untuk menjalani kehidupan solo, kerana banyak yang perlu saya bermuhasabah, berfalsafah dan tidak perlu untuk saya berfikir secara terburu-buru walaupun umur saya sudah memasuki 33 tahun,” ujarnya panjang lebar.



















Hanya Bermesra, Zul Ariffin Nafi Sedang Bercinta Dengan Nasha Aziz


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Hanya, Bermesra, Zul Ariffin, Nafi, Sedang, Bercinta, Dengan, Nasha Aziz


Hanya Bermesra, Zul Ariffin Nafi Sedang Bercinta Dengan Nasha Aziz


Baru baru ini ada timbul satu gossip mengatakan seorang pelakon lelaki muda yang sering berpacaran dengan wanita berusia & kini sudah punyai kekasih ada jalinkan hubungan cinta di lokasi.

Walaupun gossip itu tidak menyertakan nama, peminat dunia hiburan mula berspekulasi yang pelakon lelaki tersebut adalah Zul Ariffin dan khabarnya telah jatuh cinta dengan Nasha Aziz ketika bekerja sama.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Zul Ariffin tidak menafikan yang dirinya mesra dengan Nasha Aziz di lokasi penggambaran Kasih Bersulam Daun Palas tetapi tidak lebih dari sekadar mencari keserasian.

“Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengan Nasha bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius”

“Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain”

“Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut,” jelas Zul Ariffin yang turut berkata hubungan dengan kekasihnya Gayatri masih seperti biasa tetapi perkahwinan masih belum di’putuskan.

iskandarX: Nak cakap nak, jangan main-main brother, bahaya.

Yazid Masuk Hospital, Kecewa Tiada Ahli Kumpulan Search Datang Melawat


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Yazid, Masuk, Hospital, Kecewa, Tiada, Ahli, Kumpulan Search, Datang, Melawat


Yazid Masuk Hospital, Kecewa Tiada Ahli Kumpulan Search Datang Melawat

Pemain drum kumpulan Search, Yazid yang kini menerima rawatan di Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 11 Ogos lalu dan sedang menantikan penderma buah pinggang yang sesuai.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Yazid, Masuk, Hospital, Kecewa, Tiada, Ahli, Kumpulan Search, Datang, Melawat


“Dua-dua buah pinggang saya dah rosak. Sekarang ni saya kena menjalani rawatan dan sedang menunggu penderma buah pinggang yang sesuai. Kalau ada, saya mungkin akan segera jalani pembedahan”

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Yazid luahkan perasaan kecewa beliau kerana tiada seorang pun ahli kumpulan Search yang datang melawatnya sejak di’masukkan ke hospital.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Yazid, Masuk, Hospital, Kecewa, Tiada, Ahli, Kumpulan Search, Datang, Melawat


“Ketika saya bertenaga, khidmat saya diperlukan tetapi apabila sakit, saya seperti dibuang ke tepi longkang,” luah hati Yazid yang turut berkata keadaan’nya ketika ini semakin kronik.

“Ketika masuk ke hospital, saya ada menghubungi mereka memaklumkan keadaan saya, tetapi masing-masing menyatakan mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti. Masalah peribadi mereka tiada kesudahan”

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Yazid, Masuk, Hospital, Kecewa, Tiada, Ahli, Kumpulan Search, Datang, Melawat


Yazid juga menyatakan yang beliau tidak berkesempatan bertemu dengan anggota Search sejak Ramadan lalu kerana tahap kesihatannya yang memerlukan beliau untuk banyak berehat di rumah.

Nora Danish & Nedim Nazri Cuti Bersama Ke Bali


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali


Nora Danish & Nedim Nazri Cuti Bersama Ke Bali


Nampaknya mereka berdua kini agak terbuka dengan hubungan yang terjalin. Selepas Nora Danish kongsikan gambar mereka bersama ketika di Danok, Thailand kini mereka berada di Bali, Indonesia untuk bercuti.

Jika sebelum ini hanya gambar mereka bersama rakan rakan di’kongsikan, Nora Danish melalui akaun Instagram beliau kini lebih berani menyiarkan gambar mereka berdua sahaja dalam setting penuh romantik.

Pasangan ini bagaimana pun di’fahamkan tidak pergi berdua sahaja ke Bali. Percutian kali ini turut di’sertai oleh anak Nora Danish, Rayqal dan beberapa orang ahli keluarga juga rakan rapat.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nora Danish ada menyebut yang beliau dan jejaka bergelar anak menteri itu hanya kenalan biasa dan mereka sudah berkawan selama tujuh tahun — gossip bercinta tidak benar.

Namun dengan perkembangan sebegini, nampaknya kita semua boleh menjangkakan yang hubungan Nora Danish & Nedim Nazri ini kini sudah lebih dari sekadar kawan. Kenapa tidak ‘kan?

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Gambar, Nora Danish, dan, Nedim Nazri, Cuti, Bersama, Ke, Bali,

Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Cermin, diri, dulu, Rita, kata, Zaquan, Rita Rudaini Mokhtar, Zaquan Adha
Rita Rudaini, Gambar kecil Zaquan Adha

Cermin diri dulu Rita, kata Zaquan


MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. 

Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Che Ta beri penjelasan sorok pertunangan?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Che Ta, beri, penjelasan, sorok, pertunangan, Rozita Che Wan,
Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Che Ta beri penjelasan sorok pertunangan?


DI saat seluruh umat Islam meraikan kedatangan Aidilfitri, pasangan popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, berdepan pula dengan kontroversi baru.

Tidak pernah terlepas dari kontroversi liar mengenai hubungan mereka, kini timbul pula kisah pasangan ini mengadakan majlis pertunangan pada 3 Syawal lalu.

Perkara ini mula menjadi perbualan hangat apabila seorang daripada peminatnya yang menghadiri majlis rumah terbuka pelakon itu di Alor Setar, menyebarkan cerita mengenai majlis pertunangan mereka.

Terkejut dengan tindakan peminatnya itu, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40, tampil menafikan dakwaan mengenai pertunangannya tu.

"Memang dari awal lagi, saya sudah perasan kehadirannya. Malah, dia menjadi tetamu yang paling lama berada di rumah saya.

"Saya mula rasa pelik apabila dia banyak sangat mengambil gambar saya, Zain dan adik saya, Ayu Raudhah.

Namun, kerana menghormati peminat, kami menurut saja. "Saya sendiri tak tahu apa motif dia, mungkin sekadar bergurau ataupun tujuan lain. Saya tak marah, mungkin dia sendiri tak tahu yang majlis itu hanyalah majlis rumah terbuka.

"Mungkin dia keliru kerana saya dan Zain berpakaian sedondon berwarna hijau. Jadi, dia ingat itu adalah majlis kami," katanya sambil tergelak kecil.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Che Ta, beri, penjelasan, sorok, pertunangan, Rozita Che Wan,
Rozita Che Wan
Belum pilih tarikh

Sebelum ini, Che Ta, pernah memberitahu bahawa mereka akan mengumumkan tarikh perkahwinan selepas sambutan Aidilfitri.

Namun, ketika ditanya lagi, Che Ta berkata, sehingga kini masih tiada pemilihan tarikh yang dibuat. "Saya dan Zain memang dah sepakat untuk tidak mengadakan majlis pertunangan. Kami akan terus berkahwin kerana saya sendiri takut nak bertunang ni.

Orang kata, sepanjang tempoh bertunang tu, banyak sangat dugaan. "Mengenai tarikh, kami masih belum pilih kerana masing-masing sedang sibuk lagi. Tambahan pula, pengurus saya kini sedang bercuti di Bali.

"Saya pula akan kembali sibuk dengan penggambaran drama dan rancangan realiti, Pencarian Ratu Rania. Zain pula sudah kembali ke set penggambaran. Jadi, memang tak sempat nak bincang lagi.

"Insya-ALLAH, kalau tiada aral melintang, kami akan berkahwin pada tahun ini juga. Bila dah pilih tarikh nanti, kami akan umumkan kepada semua," katanya yang mengimpikan perkahwinan sederhana berkonsepkan taman.

Jual biskut tampung majlis?

Bertanya mengenai cemuhan peminat mengenai tindakan kekasihnya yang mempromosikan biskut raya secara peraduan itu, Che Ta, enggan berbicara dengan lebih serius kerana ianya hanyalah perkara remeh.

Menurut Che Ta, dia sendiri sudah lali dengan persekitaran itu malah, lumrah sebagai artis, apa sahaja yang dilakukan, pasti dilihat 'sumbing'.

Tegasnya, mereka tidak pernah terdesak untuk melakukan pelbagai cara mendapatkan perbelanjaan bagi menampung kos perkahwinan.

"Kadang-kadang, kelakar juga mereka yang bercakap ni. Takkanlah kami terdesak nak jual biskut raya semata-mata nak cari duit lebih untuk kahwin.

"Malah, sehingga kini, sudah ada pihak yang sudi menaja perkahwinan kami. Istilah terdesak itu tidak perlu timbul. "Nampaknya, cara Zain untuk memberi penghargaan kepada peminat telah disalah ertikan.

Saya tidak nampak sebarang kecacatan dalam usaha Zain untuk mempromosikan perniagaannya. Ia lebih kepada penghargaan.

"Saya pun ada buat perniagaan tudung dan hamper juga di bulan Ramadan. Tapi, apa nak buat, masyarakat kita suka melihat dari sudut negatif. Saya tak kisah, asalkan kami tahu apa yang kami buat," katanya.

Jangan dibangkitkan kontroversi!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Jangan, dibangkitkan, kontroversi, Tanda Putera

Jangan dibangkitkan kontroversi!


RUPA bukanlah antara tiket utama buat seseorang pelakon berjaya dalam karier malah tanpa bakat yang baik, mungkin nama mereka tidak akan bertahan lama dalam industri ini.

Seperti tiga pelakon hebat, Rusdi Ramli, Zizan Nin dan Linda Hashim, bakat lakonan mereka bukanlah calang-calang tambahan pula pengalaman lakonan yang mereka miliki dalam industri lakonan tempatan sememangnya diakui.

Tawarkan apa sahaja watak kepada ke tiga pelakon ini, pasti hasilnya tidak menghampakan dan tidak hairanlah mereka diberi kepercayaan untuk membintangi filem sejarah yang mengisahkan peristiwa tragedi 13 Mei 1969, 'Tanda Putera'.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang pernah mencetuskan kontroversi sehingga terpaksa di tundakan tarikh penayangannya tahun lalu akhirnya bakal ditayangkan bermula 29 Ogos ini.

Jom kita tinjau apa kata mereka mengenai pengalaman mereka menjalani penggambaran filem ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Jangan, dibangkitkan, kontroversi, Tanda Putera


Bukan isu politik- Rusdi


Biarpun telah berpengalaman membawa watak-watak yang berbeza, namun pelakon Rusdi Ramli akui watak yang dipegang sebagai Tun Abdul Razak Hussein memiliki cabarannya yang tersendiri.

Menurutnya, filem sejarah itu banyak menguji kemampuan lakonannya memandangkan watak yang dipegang adalah berkaitan sejarah.

"Bagi saya, filem ini memang luar biasa dan secara jujurnya saya amat kagum dengan kebolehan pengarah dan penerbit yang sanggup untuk ketengahkan kisah ini.

"Memang ia bukan mudah namun sebagai seorang pelakon, inilah peluang saya untuk tampil dengan sesuatu yang berlainan," katanya.

Ditanya mengenai kontroversi yang melanda filem ini tahun lalu, Rusdi berpendapat perkara itu tidak seharusnya dibangkitkan memandangkan filem itu bukanlah mengisahkan isu politik semata-mata.

"Sebenarnya susah bagi saya untuk berkata apa-apa mengenai isu ini. Apa yang boleh saya katakan, filem ini mengisahkan tentang sejarah yang benar-benar berlaku.

"Ia bukanlah cerita politik semata-mata, tapi ada diselitkan elemen kemanusiaan di antara persahabatan Tun Razak dan Tun Dr Ismail," jelasnya.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Jangan, dibangkitkan, kontroversi, Tanda Putera


Cabaran terbesar Zizan

Bagi Zizan, tawaran yang datang tidak disia-siakan begitu sahaja malah dia bertekad lakukan sebaik mungkin untuk hasil yang terbaik.

Kata Zizan, pada awalnya dia akui agak gugup membawakan watak yang diberikan sebagai Tun Dr Ismail memandangkan sebelum ini dia memang tidak mengetahui karakter dan peribadi sebenar pemimpin itu.

"Sebelum ini memang saya tidak tahu bagaimana keperibadiannya dan bagi saya itu adalah antara cabaran terbesar buat saya untuk menghidupkan watak ini.

"Selain daripada itu, banyak perkara saya belajar untuk bawa watak ini seperti mendalami ilmu pentadbiran negara dan senario politik yang berlaku di waktu itu.

"Berlakon filem biografi tidak sama dengan berlakon filem atau drama cinta dan kisah kehidupan yang biasa kita saksikan di kaca televisyen,"jelasnya.

Tambah Zizan, faktor utama dia menerima tawaran lakonan filem ini adalah kerana baginya filem ini mampu memberi impak kepada karier lakonannya.

"Tawaran hanya datang sekali, rugi jika saya tolak tawaran ini. Lagi pun ini satu peluang untuk saya mempamerkan bakat lakonan saya dalam genre sejarah dan berasaskan fakta.

"Apa yang saya harapkan agar filem yang dikontroversikan ini mendapat perhatian semua pihak dari generasi sekolah hinggalah golongan senior," ujarnya.

Linda buat kajian

Walaupun sesi penggambaran telah lama berakhir namun Linda akui cabaran memegang watak sebagai Toh Puan Norasyikin iaitu isteri kepada Tun Dr Ismail masih dirasai sehingga ke hari ini.

Menurutnya, membawa watak yang benar-benar wujud bukanlah mudah buat dirinya tambahan pula ia juga adalah peristiwa berkaitan sejarah dan fakta.

"Walaupun ia satu peluang yang baik buat saya namun saya tidak nafikan kesukaran untuk bawa watak ini.

"Tunjuk ajar pengarah dan kajian yang saya lakukan sedikit sebanyak membantu saya untuk jayakan watak ini," katanya.

Menyentuh mengenai keserasiannya bersama pasangannya menerusi filem ini iaitu Zizan, bagi Linda itu bukanlah masalah besar buat dirinya.

"Alhamdulillah, kami tidak susah untuk dapatkan keserasian bersama sebagai suami isteri dalam filem ini.

"Ini bukanlah kali pertama kami digandingkan bersama. Zizan banyak bantu saya dan saya selesa bekerja dengannya," jelasnya.

Tanda Putera

Genre - Drama, suspens, aksi (berlatarkan tahun 70 an)
Tarikh Tayangan - 29 Ogos 2013
Pengarah & Penerbit - Datin Paduka Shuhaimi Baba
Penasihat - Datuk Mohd Mahyidin Mustakim
Pelakon - Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak Hussein), Zizan Nin (Tun Dr Ismail Abd Rahman), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kavita Sidhu (Kara), Kuza (Maimon) dan ramai lagi.

Sinopsis

Mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara.

Mereka berdua berkongsi doktor dan bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia mereka dan ketika itu keduanya dirawat oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga.

Walaupun mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan cuma ada masa dua tahun lagi untuk hidup, Tun Razak  masih bersyukur kerana teman baiknya Tun Ismail masih dapat meneruskan perancangannya bagi pembangunan negara.

Namun pemergian Tun Dr Ismail terlebih dahulu akibat serangan jantung menjadi kejutan besar buat Tun Razak dan hampir memudaratkan kesihatannya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan