Cari Artikel

Saturday, August 17, 2013

Hans Isaac: Saya Tanggung Kerugian, Buat Apa Teruskan?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Hans Isaac, Saya, Tanggung, Kerugian, Buat, Apa, Teruskan
Hans Isaac dan Neelofa

Hans Isaac: Saya Tanggung Kerugian, Buat Apa Teruskan?


KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013: Tindakan pengarah, pelakon dan penerbit, Hans Isaac, memuatnaik status berkenaan filem terbitannya, Lemak Kampung Santan di Twitter telah disalahertikan oleh umum. Malah, ada dakwaan yang mengatakan dia merajuk dan kecewa kerana filemnya tak laku seperti yang terpapar di rata-rata saluran media.

Sebagai pengarah filem, penglibatannya di dalam industri ini bukanlah baru dan dia tahu apa yang perlu untuk menghasilkan filem yang berkualiti. Tiada sebab untuk dia kecewa kerana dia bukannya menghasilkan filemnya secara cincai, tetapi dalam dalam soal ini dia bercakap dari segi keuntungan dalam perniagaan sebagai pembikin filem.

Yang mana, isu yang cuba diketengahkan Hans Isaac ketika ini adalah kualiti bukan lagi apa yang penonton inginkan dan dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya penonton mahukan dan hal itu jelas dapat dilihat menerusi kutipan filemnya.

Namun, ia juga barangkali bukan disebabkan penonton tidak datang untuk menyaksikan filem, tapi mungkin ia bertitik tolak kepada sebab-sebab yang lain yang sebelum ini pernah dibangkitkan oleh produser-produser filem lain. Misalnya, waktu tayangan yang mungkin tidak menepati waktu penonton.

Apapun ketika dihubungi, Hans Isaac sekali lagi menegaskan yang tidak akan membuat filem lagi setelah apa yang berlaku kepada Lemak Kampung Santan.

"Saya bukan tidak mahu buat filem kerana tidak laku. Tetapi kalau situasi begini masih lagi sama, untuk apa saya terus bikin filem ini. Mungkin ramai salah faham kata saya merajuk sebab orang tak tengok Lemak Kampung Santan.

"Kalau cakap pasal kualiti filem saya tahu semua apa yang perlu saya buat, tetapi hak menonton saya tidak ada kuasa untuk paksa orang kerana itu perkara yang subjektif. Ada orang suka ada yang tidak.

"Saya cakap sekarang soal business in film making. Kalau situasi dan permainan industri perfileman kita masih kekal macam sekarang, saya memang tidak akan ambil risiko untuk terus rugi kerana saya tahu apa yang berlaku. Lebih baik saya buat benda lain yang mampu menjanjikan pulangan yang lebih menguntungkan.,"tegasnya yang nyata kecewa apabila ada pihak yang kurang arif mentafsir apa yang cuba disampaikan Hans Isaac didalam Twitternya itu

Namun bidang pengarahan tetap diteruskan di lapangan teater dan dia akan muncul dengan sebuah karya bercirikan autobiografi mengenai pemain bola handalan negara, Mokhtar Dahari , berjudul SuperMokh The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.

Tambahnya, produksi teater melibatkan kawalan penuh daripada production house dan perkara ini berbeza dengan penerbitan filem. Penerbit filem hanya menghasilkan filem tetapi hak dan jadual tayangan serta pemasaran bukan lagi berada didalam bidang kuasa penerbit.

"Kalau bikin teater, semua perkara kita yang tentukan. Maksudnya bagaimana kita nak merancang strategi dan sebagainya untuk menarik orang datang. Tetapi untuk filem, selepas kita hasilkan sesebuah filem, saya bukan boleh suka-suka nak pilih tarikh, tentukan waktu tayangan kerana ia bukan kuasa saya berbuat demikian.

"Itu sahaja yang cuba saya persoalkan disini, bukan masalah filem saya mendapat kutipan sedikit tetapi ketelusan pihak tertentu dalam mengendalikan kerja mereka. Tak perlu saya sebut siapa tetapi jika ia masih sama memang saya tidak mahu ambil risiko rugi lagi,"tambahnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tengku Irfan Meriahkan Anniversari Konsert MPO Ke-15


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tengku Irfan, Meriahkan, Anniversari, Konsert MPO Ke-15


Tengku Irfan Meriahkan Anniversari Konsert MPO Ke-15


KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013: Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) melangkah penuh gaya untuk sambutan musim konsert 2013/2014 dengan sebuah Konsert Gala yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada esok hari bersamaan 17 Ogos 2013, bermula jam 8.30 malam.

Konsert ini diadakan bersempena meraikan ulangtahun ke- 15 tahun MPO; konsert MPO yang pertama telah berlangsung pada 17 Ogos 1998 disaksikan oleh Penaung MPO, YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Haji Ali dan YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk konsert kali ini, MPO di bawah pimpinan Pengarah Muzik Claus Peter Flo bakal mengimbau detik bersejarah itu melalui sebuah kolaborasi dengan pemain piano tempatan Tengku Ahmad Irfan.

Ini merupakan gandingan mereka buat kali keempat setelah berkolaborasi untuk Konsert Gala pada tahun2009 dan 2011, dan sebuah konsert pada Januari 2011.

Apa yang membuatkan konsert ini lebih istimewa ialah Irfan bakal mempersembahkan komposisi beliau yang dicipta khas untuk konsert ini berjudul Sahibul Hikayat Fantasy Overture.

Karya ini menyerlahkan beberapa elemen muzik tradisional Melayu bagi mencetuskan suasana fantasi dan misteri. Beliau juga bakal mempamerkan bakatnya yang hebat melalui karya ciptaan Prokofiev berjudul Concerto for Piano No.2, salah sebuah simfoni yang paling sukar dalam repertoire piano.

MPO juga bakal mempersembahkan karya-karya seperti We Are One (ciptaan Dato' Mokhzani Ismail) dan Rosenkavalier Waltzes (ciptaan Strauss), sekaligus menghangatkan lagi keraian malam itu nanti.

Berusia 15 tahun, Tengku Ahmad Irfan mula belajar bermain piano pada usia 7 tahun. Antara kolaborasinya yang hebat ialah bersama konduktor Neeme Järvi (di Estonia), konduktor Darius Mikulski dan Thailand Philharmonic Orchestra (di Bangkok), dan pemain piano Yoheved Kaplinsky di Aspen Music Festival pada tahun 2012.

Beliau telah memenangi ASCAP Morton Gould Young Composers Award dan Charlotte Bergen Award pada tahun 2012 untuk karya ciptaannya String Quartet No.1.

Beliau juga telah memenangi tempat pertama di Prokofiev Piano Concerto No.2 Competition di Aspen Music Festival 2013. Karya beliau baru sahaja dipersembahkan oleh New York Philharmonic. Kini, beliau sedang menuntut dalam bidang khusus 'piano and composition', dan juga 'conducting' di Juilliard Pre-College, New York.

Saksikan muzik ekstravaganza ini apabila MPO meraikan kedatangan musim konsert terbaru, hanya di DFP! Konsert pada hari esok diadakan khusus untuk tetamu jemputan sahaja. Untuk tontonan awan, anda boleh membeli tiket dan menyaksikannya di DFP pada hari Ahad (18 Ogos 2013), bermula jam 3.00 petang.


Harga Tiket adalah RM250 (premium),RM180 (A Reserve), RM130 (B Resever) dan RM90 (C Reserve). Tiket boleh dibeli di Box Office pada
hari Selasa ke Sabtu (jam 10.30 pagi - 6.30 petang dan 9.00 malam pada hari persembahan) serta pada Ahad (12.00 tengahari ke waktu persembahan).

Tempahan boleh dibuat menerusi talian: 03-2051 7007, Fax: 03-2051 7077 atau emel: dfp_boxoffice@petronas.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Web MPO/DFP: www.mpo.com.my.

Dua Gadis M2 Seronok Dapat Mutiara Rafflesia


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Dua, Gadis, M2, Seronok, Dapat, Mutiara Rafflesia
Sara, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand dan She, Siti Nursyahira Nabila Mohd Jamil

Dua Gadis M2 Seronok Dapat Mutiara Rafflesia


KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2013: Dua pemenang pertandingan pencarian selebriti Gadis M2, Sara dan She teruja apabila impian mereka untuk bergaya mewah dengan perhiasan mutiara jenama Rafflesia, akhirnya telah menjadi kenyataan.

Mereka telah dihadiahkan dengan barangan perhiasan diri mutiara putih laut selatan selepas kejayaan mereka menerusi program realiti Gadis M2 yang telahpun berakhir Julai lalu.

Sara atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand,23 yang merupakan juara pertandingan berkenaan telah menerima kalungan rantai, subang dan gelang tangan mutiara daripada Rafflesia bernilai RM30,000.

Manakala pemenang tempat kedua Gadis M2, She atau nama sebenarnya Siti Nursyahira Nabila Mohd Jamil,24 telah memenangi kalungan rantai mutiara putih Rafflesia bernilai RM20,000.

Majlis penyampaian hadiah sumbangan Rafflesia Pearl Centre itu telah diadakan di butik jenama perhiasan itu sendiri di Hotel Park Royal, di sini petang semalam.

Acara telah disempurnakan sendiri oleh pengasas Rafflesia, Winnie Sin dan turut disaksikan Penerbit Eksekutif I Like Entertaiment Sdn Bhd, Qaseh Anita Abd Shukor.

Ditanya portal murai.com.my tentang perasaannya memenangi hadiah mewah berkenaan, Sarah berkata sebagai seorang wanita, mutiara merupakan perhiasan yang digemarinya sejak dari kecil lagi.

"Ketika saya kecil dulu, saya pernah di bawa ke gerai menjual mutiara semasa berkunjung ke Disney World dan sejak itu saya mula jatuh cinta dengan keindahan mutiara.

"Tak sangka pula sekarang saya telah dihadiahkan dengan set mutiara bernilai RM30,000 ini. Apa yang pasti saya akan menggayakannya mengikut kesesuaian acara dan pakaian," katanya yang akan meraikan ulang tahun kelahirannya pada Ahad ini.

Selain set mutiara Rafflesia, gadis kacukan Melayu dan Amerika Syarikat itu turut menerima kontrak bernilai RM100,000 daripada Astro, biasiswa kecantikan bernilai RM20,000 daripada Snips, sepuluh lembaran fesyen di majalah InTrend dan tidak ketinggalan percutian ke Paris.

Sementara itu Qaseh Anita berkata, pihaknya telah merencakan beberapa projek untuk kedua-dua pemenang Gadis M2 berkenaan sebagai satu usaha mengembangkan bakat mereka dalam bidang hiburan tanah air.

"InsyaAllah, selepas Sarah pulang daripada bercuti di Paris, dia akan terbabit dengan penggambaran drama bersiri. Di mana dia akan memegang watak pelakon pembantu dan kita harap dia akan menyinar.

"Malah She telah pun menghadiri bengkel pengacaraan anjuran Dato Aznil baru-baru ini kerana minatnya yang cukup mendalam dalam bidang pengacaraan. Kita lihat saja sama ada dia akan terus diserapkan dalam kelas anjuran Dato' Aznil itu nanti," katanya.

Siapa Kasi Shila Amzah Teddy Bear Besar?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Siapa, Kasi, Shila Amzah, Teddy Bear, Besar
Shila Amza

Siapa Kasi Shila Amzah Teddy Bear Besar?


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2013: Tanggal 13 Ogos lepas, penyanyi Shila Amzah telah menyambut hari kelahirannya yang ke-23 tahun. Pun begitu, Shila yang bakal berangkat pulang ke Shanghai pada 16 Ogos ini merasakan sambutan hari lahirnya sama seperti sambutan sebelum ini.

"Birthday tahun ni macam biasa saja. Saya cuma keluar hang out dengan kawan-kawan. Saya juga luangkan masa dengan orang-orang yang rapat dengan saya.

"Program main bowling tu pula bukanlah program bersama Shilalas (Kelab peminat). Sebaliknya, ia lebih kepada bermain bersama peminat dan sahabat handai yang sudah terdiri daripada keluarga besar Shila.

"Actually, Shila tak tahu pasal program tu. Semuanya diuruskan oleh Mak dan Abah. Pada sebelah malam pula, mereka adakan sesi karaoke," katanya.

Menjelaskan hadiah yang diterimanya itu, Shila mengatakan tiada hadiah yang paling istimewa. Sebaliknya, semua berharga buat Shila.

"Shila terima hadiah berupa Teddy Bear besar dari sepupu. Shila pun dah besarlah. Shila tidak mengharapkan apa-apa hadiah istimewa. Setakat ini, Shila masih belum terima hadiah apa-apa dari peminat di Shanghai.

"Terus-terang, Shila tak sangka ada sambutan hari jadi sebegini. Pada 12 tengah malam 13 Ogos, Mak, Adik dan Abah telah sediakan kek untuk Shila. Kami hanya menyambutnya dengan makan kek tersebut.

"Shila juga banyak terima ucapan dari peminat menerusi laman twitter dan instagram. Antara artis yang awal-awal wished birthday Shila adalah Jihan Musa, Dafi, Adibah Noor dan Catriona Ross," ujarnya.

Mengakhiri perbualan, genapnya umur 23 tahun, Shila lebih gemar berbicara mengenai karier dan tidak mahu menyentuh ceritera tentang cinta lagi.

Yazid Sempat Ziarah Pusara Ibubapa Sebelum Jatuh Sakit


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Yazid, Sempat, Ziarah, Pusara, Ibubapa, Sebelum, Jatuh, Sakit
Yazid Search, Pemain Drum Kumpulan Rock Tanahair Search

Yazid Sempat Ziarah Pusara Ibubapa Sebelum Jatuh Sakit


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2013: Kemeriahan Syawal buat pemain dram kumpulan rock Search, Yazid Ahmad seakan terhenti saat dia mula mengadu sakit pada hari ketiga Syawal yang disambutnya sekeluarga di kampung halaman yang terletak di Johor Bahru.

Walaupun ada beberapa ujian yang terpaksa dilalui oleh Yazid sekeluarga ketika pulang berhari raya minggu lalu, niat pemuzik terkenal itu untuk menziarahi pusara kedua ibu bapanya tertunai juga sebelum dia diuji dengan ujian yang lebih besar pada hari yang sama 10 Ogos lalu.

Bermula dengan kunjungan ke klinik yang memberi kebarangkalian dia menghidap penyakit jantung, Yazid yang kini menderita sakit buah pinggang itu telah dihantar ke dua hospital di Johor tetapi akhirnya dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ahad lepas.

"Ketika sampai di Johor Bahru memang kami sekeluarga diuji bila tiada bilik hotel yang kosong dan selepas menunggu lama baru ada teman yang bantu carikan tempat saya sekeluarga bermalam. Niat saya setiap kali balik raya untuk ziarah kubur mak dan ayah serta berjumpa kawan-kawan lama.

"Jadi pada pagi raya ketiga, dapatlah saya tunaikan hajat untuk menziarahi pusara kedua orangtua sebelum pergi beraya di rumah adik saya di bandar Johor Bahru. Selepas makan tengahari saya mula rasa tidak selesa dan sukar bernafas.

"Mulanya saya ingatkan asma tetapi doktor di klinik mengatakan kebarangkalian jantung membuatkan saya agak terkejut dan terus dirujuk di Hospital Sultanah Aminah. Sepatutnya saya harus ditahan untuk pemeriksaan lanjut tetapi kerana tiada kekosongan, saya diminta pergi ke Hospital Kluang.

"Situasi yang sama di Hospital Kluang, kami memutuskan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dengan kenderaan sendiri anak saya memandu dan saya cuba bertahan sehingga tiba di HKL,"cerita Yazid tentang bagaimana dia diuji sebelum dapat sampai ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.

Semalam juga Yazid menerima kunjungan daripada Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave yang turut menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang tunai. Ianya telah disampaikan sendiri oleh Datuk DJ Dave kepada Yazid yang terlantar di wad Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Antara teman seperjuangan yang turut hadir seperti Nash daripada Lefthanded, Mas Omar, Aznan Ismail dan rakan pemuzik lain.

Nam Ron - Psiko Pencuri Hati Bukan Filem Klise


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Nam Ron, Psiko Pencuri Hati, Bukan, Filem, Klise
Nam Ron - Psiko Pencuri Hati

Nam Ron - Psiko Pencuri Hati Bukan Filem Klise


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2013: Mendengar nama tajuk filem Psiko Pencuri Hati, ia secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai apa sebenarnya genre filem mainstream pertama arahan Nam Ron yang bakal menemui penonton di pawagam pada 5 September depan.

Ilham daripada seorang pelakon berkarektor terkenal serta mempunyai latarbelakang yang kuat dalam bidang pengarahan menuntut Nam Ron memberikan penekanan pada aspek kualiti terutamanya mutu lakonan, sinematografi serta jalan cerita Psiko Pencuri Hati yang dijanjikan tidak klise.

Tambah Nam Ron yang juga seorang penggiat teater tempatan, elemen yang dititikberatkan olehnya itu adalah untuk menjaga production value atau mutu penghasilan karya terbarunya yang telah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur serta Pulau Pemanggil, Johor itu.

"Jika melihat daripada sudut pengkarya filem, Psiko Pencuri Hati adalah sebuah nukilan istimewa yang berlatarbelakangkan jalan cerita menarik serta tidak klise. Maksud saya tidak klise bukan sahaja bererti mahu tampil berbeza daripada filem-filem sedia ada, sebaliknya ia juga tertumpu pada aspek lain.

"Seperti kekuatan jalan cerita yang jarang diketengahkan, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan umum apa yang saya rasa mengenai garapan dan pengkisahan sebuah cerita yang mempunyai makna tersendiri dalam hidup saya.

"Pada masa yang sama, filem ini mahu mencuba pasaran dan memberikan variasi kepada dunia perfileman tempatan yang kini semakin kurang dari segi kepelbagaian genre. Melihat kepada gaya penonton kini, mereka lebih suka menonton filem berdasarkan genre yang diminati dan jarang untuk mencuba sesuatu yang baru.

"Kerana itu saya cuba menjaga kualiti semampu boleh untuk menarik mereka datang ke panggung," cerita Nam Ron mengenai strategi serta keterujaannya untuk berkongsi naskhah miliknya itu di layar perak.

Dalam masa yang tinggal kurang daripada sebulan sebelum tayangan Psiko Pencuri Hati di seluruh negara, filem ini seperti kurang dari segi promosi. Di awal minggu ini hashtag #psikopencurihati mula kelihatan di laman sosial Twitter setelah para pelakon dan pengarah sendiri telah memuatnaik status tentang filem ini.

Tetapi bila melihat kepada Facebook Psiko Pencuri Hati ia sebenarnya telah lama diaktifkan. Malah berita seperti kejayaan filem ini mendapat perhatian pembikin dan pengusaha filem antarabangsa seperti di Hong Kong malah telah ke Cannes terdapat di laman itu. Nam Ron menjawab perkara ini atas kapasitinya sebagai seorang pengarah.

"Filem ini telah menjalani penggambaran pada tahun lalu dan selepas semuanya siap memang pihak penerbit, FilmMecca telah mengaktifkan Facebook untuk salah satu langkah mempromosikan Psiko Pencuri Hati. Tetapi setelah mendapat tarikh tayangan, kami memutuskan untuk kembali aktif apabila menjelangnya tarikh tayangan filem ini di pawagam.

"Memang benar ada orang luar yang buka mata dan tidak kurang yang berminat dengan filem ini. Tetapi kami tidak terlalu mahu menguar-uarkan kerana tarikh tayangan yang masih jauh. Ini merupakan salah satu langkah strategi kami bila mana hampir tiba tarikh tayangan barulah kita bercakap mengenainya.

"Sebagai produksi baru dengan filem pertama, fokus bajet dilebihkan untuk melancarkan perjalanan sepanjang penggambaran. Peruntukkan untuk promosi masih ada cuma tidaklah terlalu besar. Antara langkah lain kami memanfaatkan media sosial untuk turut sama mempromosikan filem ini.

"Diharapkan umum memahami situasi kami dan terus menyokong serta boleh mendapatkan sebarang info dan berita mengenai Psiko Pencuri Hati di laman Facebook rasmi filem ini,"bicara Nam Ron yang dilihat berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan produksi filem pertama arahannya yang ditayangkan di layar perak itu.

Filem yang dibintangi oleh Bront Palarae, Syed Hussein, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Aiyob, Julia Ziegler, Yusmal Ghazali dan Suhaimi Yusof ini bergenre seram psikologi dan telah diklasifikasikan 18. Jom kita lihat trailer yang telah dihasilkan untuk Psiko Pencuri Hati di sini


YA1M Bantu Yazid Search Yang Terlantar Di Hospital


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, YA1M, Bantu, Yazid Search, Yang, Terlantar, Di, Hospital
Yazid Search

YA1M Bantu Yazid Search Yang Terlantar Di Hospital


KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2013: Anggota kumpulan Search, Yazid atau nama sebenarnya Yazit Ahmad, 51, kini terlantar di wad Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu lalu setelah mengadu penat dan sukar bernafas ketika pulang berhari raya di kampung halamanya di Johor Bahru.

Pemain drum yang juga pengasas kumpulan rock tersohor Search itu, telah menerima kunjungan daripada Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) iaitu Datuk DJ Dave.

Maklumat mengenai penyakit yang menimpa Yazid itu telah disampaikan oleh Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ahmad Abdullah.

Karyawan yang bertindak sebagai perantara bagi kunjungan tersebut, berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Yazid yang kini telah kehilangan kedua-dua buah pinggangnya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya mewakili Datuk Freddie Fernandez dan Karyawan khususnya terpanggil untuk memberi tahu perkara ini agar dapat membantu pihak Yazid.

"Ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung pemain drum terkenal daripada kumpulan rock Search ini.

"Sudah tentunya tanggungjawab Karyawan dalam berhadapan perkara ini apabila Yazid sendiri telah menghubungi saya Ahad lepas selepas dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang.

"Diharapkan kunjungan pihak Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dapat mengurangkan kesakitan Yazid yang sekian lama menderita penyakit ini,"ujar Ahmad Abdullah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur, tengahari tadi.

Kunjungan yang turut menghulurkan bantuan berupa sumbangan wang tunai itu telah disampaikan sendiri oleh Datuk DJ Dave kepada Yazid yang turut diziarahi teman seperjuangan seperti Nash daripada Lefthanded, Mas Omar, Aznan Ismail dan rakan pemuzik lain.

Difahamkan Yazid telah dibawa oleh ahli keluarganya ke klinik setelah mengadu sakit sebelum diminta merujuk di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Akibat tiada kekosongan di Johor Bharu, Yazid telah diminta ke Hospital Kluang, bagaimanapun berdepan dengan situasi yang sama sebelum mengambil keputusan untuk terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan segera.

Galaksi Raya Ubati Rindu Reza Kepada Propaganza


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Galaksi Raya, Ubati, Rindu, Reza, Kepada, Propaganza
Reza Mohamed

Galaksi Raya Ubati Rindu Reza Kepada Propaganza


KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2013: Rindu pengacara berbakat besar, Reza Mohamed, 35, untuk mengacarakan program gosip dan hiburan popular, Propaganza akhirnya terubat apabila dia diundang sebagai pengacara jemputan untuk satu lagi program hiburan, Galaksi Raya terbitan TV9 pada Syawal kedua yang lalu.

Bercakap kepada portal murai.com.my, penyampai radio Suria FM itu berkata dia sangat terharu apabila diundang oleh pihak Galaksi Raya untuk bergandingan dengan dua lagi pengacara rancangan itu iaitu Kiah Propa dan Amyza Aznan.

" Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan produksi Galaksi, tapi bukan pertama kali dengan program terbitan Media Prima. Malah, ini juga bukanlah pertama kali saya bekerjasama dengan Kiah Propa atau Kak Rock kerana saya telah mengenalinya sejak sekian lama," katanya yang cukup seronok mengendalikan program berkenaan bersama-sama dengan Kiah Propa dan Amyza Aznan.

Selain Propaganza dan Galaksi Raya, anak kelahiran Sibu, Sarawak itu pernah mendukung peranan sebagai pengacara utama untuk program Kata Kau, Kelab Pop, Diari AF7 Ekstra dan Pilih Kasih untuk musim pertama hingga ketiga.

Tambah Reza Mohamed lagi, program Galaksi Raya memberi peluang kepadanya untuk bercerita mengenai perkembangan dunia hiburan dan gosip artis terkini yang dirakamkan di dalam satu kereta, di mana dia memegang peranan sebagai Abang Seman Bling Bling.

Meskipun hanya bertindak sebagai pengacara jemputan, kata Reza Mohamed peluang itu digunakan sebaik mungkin bagi membuktikan kewibawaannya sebagai seorang pengacara yang berkebolehan.

Jelas Reza Mohamed lagi, tidak adacbanyak bezanya antara program Galaksi Raya dengan Propaganza yang pernah diacarakan tidak lama dulu.

Bagaimanapun kata Reza Mohamed, memandangkan ianya sebuah program hiburan yang diterbitkan untuk hari raya, maka mood serta pendekatan yang digunakan ternyata sangat berbeza.

"Tak banyak bezanya dengan Propaganza, cuma proses rakaman Galaksi Raya sangat cepat. Saya hanya berpandukan point yang diberikan dan selebihnya ianya mengikut kreativiti kami untuk menjadikannya lebih menarik.

"Saya sangat bersyukur dengan tawaran ini. InsyaAllah, jika dikurniakan rezeki Tuhan, mana tahu akanada lebih banyak tawaran pengacaraan yang datang kepada saya," katanya.

Selebriti berbintang Virgo itu, bakal mempersembahkan dua teater dan sebuah pementasan tari dari Patung Studio yang diterbitkan syarikat pengurusan acara miliknya sendiri, RezakeyMGT tidak lama lagi.

Selepas lebih enam tahun berkhidmat denga stesen radio Era FM, suara Reza Mohamed kini semakin diminati di corong radio Suria FM.

Bagi mereka merindui celoteh bintang Akademi Fantasia 3 itu, boleh mendengarkan Suria FM menerusi slot Ceria Suria dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan tidak ketinggalan segmen Suria Baik Bangat pada hari Ahad, jam 10 pagi hingga 1 petang.

2 Syawal, Ezuwan Ismail Sah Jadi Suami Zahida


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, 2 Syawal, Ezuwan Ismail, Sah, Jadi, Suami, Zahida
Ezuwan Ali Dan Zahida Omar

2 Syawal, Ezuwan Ismail Sah Jadi Suami Zahida


KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2013: Pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail, 31, sah menjadi suami kepada Nor Zahida Omar, 28, pada hari raya kedua (9 Ogos 2013) jam 10.03 malam selepas melaksanakan tiga kali lafaz nikah.

Majlis pernikahan tersebut telah diadakan di kediaman rumah pengantin perempuan di Machang, Kelantan. Pengantin perempuan menerima wang hantaran berserta mas kahwin sebanyak RM10,000 dengan dulang hantaran sembilan berbalas Sembilan.

Majlis bersanding telah diadakan pada hari raya ketiga di rumah pengantin perempuan disusuli majlis bertandang di rumah pengantin lelaki pada hari raya keempat di Melur, Kelantan.

"Kali pertama saya berjumpa dengan isteri saya ketika saya menunaikan umrah pada Julai 2012. Selepas dari itu, saya jatuh cinta dengan dia dan terus berkawan. Kami telah membuat keputusan untuk bernikah pada raya tahun ini ketika majlis merisik tahun lalu lagi. Kami tidak bertunang. Isteri saya buat family business.

"Kami bakal berbulan madu di Mekah. Namun, tidak tahu lagi bila. Mungkin selepas raya haji nanti," katanya.

Pada majlis bertandang di rumah Ezuwan Ismail, ramai selebriti popular tempatan telah hadir iaitu Irma Hasmie dan suami, Foziah Ghous dan tunang, Khairul Fahmi dan Leuniey serta Misha Omar.

Ezuwan telah mengenakan baju rekaannya sendiri. Namun, Ezuwan telah mengenakan baju dari Atiqah Songket ketika majlis bersanding di rumah pengantin perempuan.

"Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan. Namun, tarikh masih lagi belum ada. Tapi saya akan buat sekali dengan open house. Selepas ini, isteri saya akan menetap di Kuala Lumpur bersama dengan saya. Saya juga masih lagi terus dengan karier saya. Isteri saya akan menjadi pembantu saya.

"Tambahan pula, saya akan membuka butik saya sendiri tidak lama lagi di Dagang Evenue," jelasnya.

Ketiadaan Cham, Bukan Bermakna Along Musuhi Azrul


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ketiadaan, Cham, Bukan, Bermakna, Along, Musuhi, Azrul
Along Cham dan isteri Zila Seeron dan anak mereka

Ketiadaan Cham, Bukan Bermakna Along Musuhi Azrul


KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2013: Finalis Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) dalam Anugerah Lawak Warna, Along Cham menafikan bahawa dirinya merajuk dengan media tempatan.

Malah, suami kepada Zila Seeron turut menolak dakwaan bahawa dia cemburu dengan Angah Raja Lawak yang lebih diberi perhatian lebih berbanding dirinya yang mana mereka berdua sering saja bergandingan dalam filem tempatan bersama.

"Mana ada saya merajuk. Memanglah saya jarang keluar majalah dan akbar tempatan. Kini, saya lebih menggunakan pendekatan baru . Saya lebih kerap mengemas kini tentang karier dan kehidupan saya di laman instagram milik saya.

"Setakat ini, ia berhasil dan mendapat respon yang bagus. Peminat pun dapat tahu tentang saya dan keluarga di sini. Alamat instagram saya ialah Along Raja Lawak. Tentang Angah tu, saya tidak rasa apa-apa yang perlu dijelaskan lebih lanjut kerana saya dengan dia berkawan baik.

"Allah berikan rezeki masing-masing. Saya tidak merajuk dengan Angah. Saya dengan dia berkawan rapat. Apa yang diperolehinya adalah ketentuan Allah. Apapun, saya selesa dengan rezeki yang dikurniakan dari Allah untuk saya," kata Along yang bakal berpindah di rumah baru.

Menjelaskan mengenai hubungannya dengan Azrul, Along mengatakan kumpulan yang disertai mereka berdua akan wujud seandainya ada permintaan dari peminat. Sekiranya tiada, mereka berdua lebih banyak bergerak secara solo.

"Saya dan Azrul masih lagi berbaik. Saya tidak pernah bergaduh dengan dia. Kami masih lagi berhubung. Malah, saya seronok lihat karier Azrul. Kalau buka je Astro Ceria, sana-sini muka dia saja.

"Tentang kumpulan Cham, saya rasa ianya masih lagi relevan. Antara satu sebab adalah kerana saya masih lagi dikenali dengan nama Along Cham. Apapun, pengalaman mematangkan kami berdua. Saya rasa tidak perlu wujud pertikaian sebegini. Yang penting,kekerapan keluar di kaca TV bukan bermakna selebriti itu lebih popular atau disukai masyarakat," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Along merasakan kumpulan Cham berjaya kerana dirinya dan Azrul kini semakin mendapat tempatan di mata masyarakat tempatan.

"Untuk kategori yang mempertandingkan nama saya ini, saya merasakan Shaheizy Sam lebih berpeluang cerah. Apapun, saya bersyukur kerana saya tercalon dalam kategori ini. Alhamdulillah, selepas lebih 3 tahun bersama MIG, kini saya sudah mampu miliki rumah sendiri. Insya-Allah, saya akan berpindah ke rumah tersebut lepas raya ini," ujarnya.

Atilia Kongsi Lagu Bob Marley Dengan Arwah Bekas Suami


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Atilia, Kongsi, Lagu, Bob Marley, Dengan, Arwah, Bekas, Suami


Atilia Kongsi Lagu Bob Marley Dengan Arwah Bekas Suami


KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Sehari sebelum menjelangnya Syawal, penyanyi Atilia Haron telah dikejutkan dengan berita sedih pemergian Allahyarham bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil yang menghidap kanser hati.

Berita sedih itu telah diratapi keluarga Atilia sendiri termasuk ibu tersayang iaitu penyanyi evergreen Salamiah Hassan yang telah sama-sama menghadiri upacara pengkebumian Allayarham pada Rabu lalu.

Dihubungi sendiri portal murai.com.my, Atilia berkata sudah pasti dia merasakan kehilangan yang ketara kerana masing-masing merupakan teman karib walaupun memilih untuk tidak hidup sebagai pasangan suami isteri.

"Saya memang berasa sedih kerana kami merupakan kawan baik. Apatah lagi saya masih rapat dengan keluarganya.

"Kehilangannya amat dirasai kerana Allahyarham pergi selepas 4 bulan kami diberi tahu tentang penyakit yang dialaminya," katanya.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia.

Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara pada 7 Ogos lalu.

Kata Atilia, aalaupun sukar untuknya berkongsi lebih lanjut berkenaan kehilangan tersebut kerana beranggapan ianya sesuatu yang amat menyakitkan untuk diingati, namun dia percaya dengan rahmat atas pemergian bekas suaminya itu.

Malah sebulan lalu, mereka sempat merakamkan gambar bersama-sama dan telah dikongsikan di laman Instagram penyanyi berkenan sebagai lambang kenang-kenangan.

"Sebenarnya saya agak keberatan untuk bercerita tentang hal ini buat masa sekarang. Tapi apa yang pasti hubungan kami sangat baik.

"Apatah lagi, saya masih menyimpan IPod miliknya dan ianya memberikan peluang untuk saya mendengar lagu-lagu kesukaannya setiap hari," katanya.

Atilia menambah, muzik nyanyian Bob Marley merupakan melodi yang sering menjadi kegemaran Allahyarham suaminya itu dan dirinya.

Oleh yang demikian Atilia akan sering mendengar lagu daripada lagenda muzik global berkenaan sebagai lambang kasih dan sayang mereka berdua.

Semoga roh Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil di tempatkan pada orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan Adalah Palsu


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berita, Majlis Tunang Rozita Che Wan, Adalah, Palsu
Rozita Che Wan (Che Ta)

Berita Majlis Tunang Rozita Che Wan Adalah Palsu


KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Syawal ketiga yang lalu, kecoh sana-sini mengatakan pelakon sensasi Rozita Che Wan (Che Ta) telah mengadakan majlis pertunangan bersama aktor Zain Saidin di kediaman keluarga aktres berkenaan di Alor Setar, Kedah.

Ianya berikutan apabila ada pihak yang telah menyebarkan berita palsu berkenaan majlis berkenaan di laman Instagram, sedangkan majlis yang dimaksudkan adalah majlis rumah terbuka hari raya keluarga Che Ta.

Pihak pengurusan Che Ta iaitu Afeeq Iqnarcio berkata, ramai yang tersalah anggap berkenaan majlis itu selepas tersebarnya gambar-gambar di laman Instagram seorang peminat baru-baru ini.

Kata Afeeq, memang tidak dinafikan pada majlis rumah terbuka itu Zain Saidin turut datang dengan pakaian serba hijau sedondon dengan Che Ta, semata-mata bagi memenuhi warna tema acara berkenaan.

"Sebenarnya saya juga agak pelik apabila ramai pihak media yang bertanyakan tentang majlis berkenaan. Sedangkan setahu saya, itu adalah majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh keluarga Che Ta di Alor Setar.

"Kehadiran Zain Saidin ke sana hanyalah sebagai memenuhi undangan Che Ta dan oleh kerana itu jugalah ramai pihak yang tersalah faham dengn menganggap itu adalah majlis pertunangan mereka berdua. Tidak sama sekali.

"Harus saya nyatakan di sini, pihak pengurusan Che Ta akan memaklumkan majlis hari bahagia dia bersama Zain dan tentunya pihak media serta peminat sama sekali tidak akan dilupakan,"kata Afeeq sebagai menjawab spekulasi yang timbul.

Tambah Afeeq lagi, pihak Che Ta telah memilih untuk tidak mengadakan sebarang majlis pertunangan sebaliknya akan dilaksanakan terus dengan sebuah majlis pernikahan serta resepsi khusus buat peminat tersayang.

Jelas pihak pengurusan Che Ta itu lagi, pihaknya sangat sedih apabila berita tidak benar seperti itu tersebar dengan cepat sehingga mewujudkan spekulasi yang dapat menjatuhkan air muka kedua-dua belah keluarga pasangan bercinta itu.

"Acara rumah terbuka adalah salah satu acara yang sering dilaksanakan Che Ta sekeluarga. Tak sangka pula ada individu yang telah memberikan informasi berbeza di laman sosial.

"Bagaimanapun menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskan apa yang kurang tepat," katanya yang memberi tahu Che Ta akan tampil sebagai penyampai anugerah pada majlis Anugerah Lawak Warna pada 16 Ogos ini.

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Cuma Beraya Di KL


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Vanidah Imran, dan, Rashidi Ishak, Cuma, Beraya, Di, KL
Vanida Imran Dan Suami, Rashidi Ishak serta anak-anak

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak Cuma Beraya Di KL


KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2013: Dalam pada ramai orang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman meraikan lebaran, pasangan selebriti bahagia, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak nampaknya tidak payah terlalu kalut untuk berbuat demikian.

Ini kerana, Syawal tahun ini hanya diraikan di ibu negara bersama-sama keluarganya dan mertua yang kebetulan memilih untuk meraikan di kota metropolitan.

Dihubungi portal murai.com.my, Vanidah Imran berkata, ini adalah kali pertama dia sekeluarga berhari raya di ibu negara, memandangkan keluarga sebelah suaminya di Ipoh, Perak telah memutuskan untuk berkumpul di kediaman keluarga aktres berkenaan di sini.

"Selalunya kami akan pulang berhari raya ke kampung halaman suami saya di Ipoh. Tetapi entah mengapa, tahun ini mereka memilih untuk berhari raya di sini pula.

"Bagi saya, ianya satu kelainan. Tapi agak pelik juga sebab suasana balik kampung tidak akan kami rasai tahun ini. Sebaliknya saya akan berhadapan dengan suasana biasa masyarakat bandar di sini," katanya yang akan berkumpul di kediaman keluarganya di Taman Manluri.

Kata Vanidah lagi, pelbagai agenda direncanakan oleh keluarga sebelah suaminya itu sepanjang meraikan lebaran di ibu kota, antaranya memilih untuk menonton wayang bersama-sama.

Katanya, meskipun sambutan hari raya tahun ini agak ganjil, bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana masih berpeluang meraikannya dengan keluarganya dan mertuanya pada hari raya pertama.

"Memamg kalau nak ikutkan kemeriahannya tak terasa atau tak sama sebagaimana kami pulang ke kampung di Ipoh. Tetapi apabila semua keluarga akan berhimpun, saya pasti kenikmatannya akan dirasai juga.

"Selain berhari raya bersama keluarga saya di Taman Manluri dan saudara di Taman Dagang, saya juga akan ke Kelang.InsyaAllah.

"Kami sekeluarga tidak akan ke mana-mana tahun ini, tambahan pula anak lelaki saya akan mula dengan kelas tambahannya sebagai persiapan untuk menduduki UPSR tahun ini. Jadi ini sajalah cara kami meraikan hari raya tahun ini," katanya bersyukur.

Menyedari dia sekeluarga merupakan seorang yang ringkas apabila membuat persiapan hari raya, kata Vanidah Imran, tahun ini cukup istimewa kerana berpeluang menggayakan pakaian baru bersama seisi keluarga.

Seboleh-bolehnya, dia mahu mengelak daripada melakukan sebarang pembaziran setiap kali tibanya Syawal dan oleh kerana itu dua tahun lalu mereka sekeluarga tidak pernah menyediakan persalinan baju Melayu atau kurung yang baru.

"Memang cara kami sekeluarga macam itu. Kami tidaklah beriya-iya berganti itu dan ini apabila tibanya Syawal. Apa yang elok dan masih boleh dipakai, kami pakai saja.

"Ini kerana, kami tak mahu membazir. Tambahan pula pakaian baju Melayu dan kurung hanya di pakai bila tibanya raya, selepas itu tidak lagi. Jadi kami berjimat untuk memakai pakaian yang sama saja.

"Cuma tahun ini, anak saya telah meminta untuk mengganti baju Melayu yang baru, jadi kami sekeluarga memutuskan untuk mengganti baju raya bersama-sama," katanya merendah diri.

Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Bekas, Suami, Atilia, Meninggal Dunia, Akibat, Kanser Hati
Atilia

Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati


KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.


Kata Salamiah Hassan kepada portal Murai, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga.

"Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu," katanya.

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan.

"Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat.

"Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi," katanya lagi.

Sepanjang hayatnya, arwah Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia. Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga.

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti.

iskandarX: Takziah buat Atilia sekeluarga beserta keluarga Ariff Johan di atas pemergian arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Sibuk Uruskan Butik, Abby Abadi Beraya Di KL-Kelantan


Abby Abadi dengan Suami  Mohammad Noor Farhan Che Bakar dan anak-anak.

Sibuk Uruskan Butik, Abby Abadi Beraya Di KL-Kelantan


KL, 8 OGOS 2013: Kesibukan Abby Abadi menguruskan butik miliknya iaitu Syuhada Kasih Abadi di Taman Melawati membuatkan persiapannya untuk berhari raya pada tahun ini tidaklah semeriah mana, malah dua sekadar mendahulukan yang mana perlu.

Walaupun telah menerima orang baru dalam kehidupannya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan yang berkahwin dengan Mohammad Noor Farhan Che Bakar baru-baru ini mengaku tidak terlalu memikirkan soal persiapan raya walaupun telah kembali bergelar isteri kepada seorang suami.

Pasangan pengantin baru ini juga akan menyambut Aidilfitri yang pertama di rumah keluarga Abby Abadi di Ulu Kelang sebelum berangkat ke Kelantan untuk bersama-sama ahli keluarga Farhan selama dua hari. Abby juga bakal ditemani anak-anaknya hasil perkahwinan terdahulu dengan aktor, Norman Hakim.

"Sejujurnya saya tak sempat nak berfikir pasal soal nak pakai yang macam mana, warna apa fesyen yang mana satu. Lagipun kesibukan menguruskan butik membuatkan saya terlupa. Tetapi saya tidak terlalu risau kerana butik saya pun ada menjual pakaian-pakaian seperti jubbah dan sebagainya.

"Sebelum ramadan melabuhkan tirai saya akan pastikan anak-anak akan dapat pakaian baru dan sedikit persiapan sederhana sahaja. Memang orang tanya dah bersuami sekarang nak bersiap lebih, saya cuma jawab saya tak sempat berfikir pasal itu kerana terlalu sibuk.

"Insya Allah ada juga rezeki kami menyambut bulan mulia ini,"cerita Abby Abadi yang ketika dihubungi sedang sibuk berniaga pada saat ramadan masih berbaki satu hari sahaja lagi.

Mengenai perniagaanya itu, Abby bersyukur kerana Ramadan lalu dia dan keluarga dikurniakan rezeki yang murah daripada Allah SWT. Keputusan beraya di Kelantan menjadikan ia pengalaman baru buat Abby yang beraya buat pertama kali bersama keluarga mertua.

"Bila dah berkahwin saya harus fikir pelbagai perkara. Sebab itu saya kata tiada masa untuk fikirkan perkara remeh. Lebih baik saya fokus pada perniagaan saya yang Alhamdulillah mendapat sambutan baik.

"Selain itu tahun ini merupakan kali pertama saya menyambut raya di Kelantan bersama mertua jadi rasa juga keseronokkan walaupun cuma dua hari. Tiga orang anak-anak saya juga akan mengikuti saya ke Kelantan untuk beraya disana,"ujar bekas anggota Elite yang turut popular dengan drama kepolisian Gerak Khas satu ketika dulu.

Hwajing Tawar Pakej Cuti Mesra Muslim Star Cruises


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Hwajing, Tawar, Pakej Cuti, Mesra Muslim Star Cruises


Hwajing Tawar Pakej Cuti Mesra Muslim Star Cruises


KUALA LUMPUR, 15 OGOS 2013: Melancong dan bercuti merupakan dua perkara yang sebenarnya mempunyai pengertian yang berbeza walaupun pengalaman yang diraih mungkin sama atau mungkin juga tidak.

Tetapi bukan dua maksud ini yang ingin dikupaskan di Murai, portal hiburan dan gaya hidup versatil ini mahu berkongsi pengalaman melalui editor Murai yang telah mengikuti sebuah percutian yang mungkin jarang-jarang diceritakan kepada pembaca-pembaca sekalian.

Percutian diatas kapal persiaran mewah masih boleh dikatakan perkara yang asing buat sesetengah golongan diatas sebab-sebab tertentu. Kaum Melayu khususnya masih lagi menyimpan stigma dan persepsi mengenai status pelbagai aspek terutama sekali dari segi kebersihan dan penyediaan makanan.

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh sebuah agensi pelancongan, Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd yang juga agen jualan utama percutian mewah ini dengan memperkenalkan pelbagai pakej serta jaminan status halal khususnya bagi menarik pelanggan dari kalangan orang Islam untuk sama-sama menikmati percutian yang amat mengujakan ini.

Bercakap bagi pihak Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd, Pengarah Urusan En Kenny Cheong Ken Lee menyeru semua masyarakat dan khususnya yang beragama Islam supaya tidak lagi takut atau meragui kebersihan serta status halal makanan yang tersedia di dalam Superstar Libra.

Khas buat komuniti yang beragama Islam mereka telah berjaya mendapat sijil Halal daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang termasuklah untuk restoran makanan Melayu yang baru dibuka di dek 10 iaitu Spices.

"Lebih daripada separuh penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Kami di Hwajing amat peka dengan ketelitian pelanggan beragama Islam dimana makanan haruslah disediakan mengikut piawaian yang betul. Kini di atas Superstar Libra, satu-satunya kapal persiaran yang mempunyai restoran 100% Halal iaitu Spices yang menyajikan makanan Melayu.

"Pada hari ini juga saya mewakili Hwajing ingin menjemput para media serta tetamu istimewa iaitu juara Masterchef musim pertama, Dr Ezani Farhana untuk mengadakan sesi 'food tasting' di restoran Spices ini.

"Kini, kepada mereka yang ragu-ragu tentang status Halal makanan yang disajikan di atas Superstar Libra, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah memberikan kami surat rasmi mengatakan Spices diiktiraf 100% Halal dan satu-satunya yang ada di rantau ini,"ujarnya mengenai Spices yang menawarkan masakan Melayu tradisi serta peranakan.

Turut menyertai sesi memperkenalkan restoran halal pertama di atas kapal perssiaran mewah tersebut iaitu Dr Ezani daripada program realiti Masterchef Malaysia yang mengetuai sesi food tasting tersebut.

"Tidak pernah terbayangkan saya akan berada di dalam Superstar Libra ini tanpa kesudian Hwajing menjemput saya bersama. Memang benar jika dikatakan komuniti Islam tidak tahu mengenai apa yang ada di dalam kapal mewah ini.

"Saya juga tidak sangka bahawa mereka tetap menjaga sensitiviti komuniti Islam dan sentiasa mahu terus mengajak komuniti ini bercuti di atas kapal mewah ini.

"Saya juga ingin syorkan kepada semua pembaca Murai untuk mencuba percutian baru ini kerana ia lebih rileks dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan serta anda dibawa ke dua destinasi menarik iaitu Krabi dan Phuket,"ujar Dr Ezani Farhana yang nyata teruja menyertai pelayaran istimewa itu dan dia ditemani pengurus serta ibu yang juga pertama kali bercuti dengan kapal persiaran mewah.

Peluang menghabiskan masa 4 hari 3 malam berlayar bersama Superstar Libra, kapal persiaran mewah milik Star Cruises/ Norwegian Cruise Line yang merupakan pengendali kapal persiaran ketiga terbesar di dunia satu pengalaman baru. Kapal setinggi 10 tingkat atau dek ini dengan gah membelah Laut Andaman daripada Swettenham Port, Pulau Pinang ke destinasi peranginan tersohor di Negara Thai iaitu Krabi dan Phuket.

iskandarX: Orang Islam bukan takut makanan tidak bersih atau bahan tidak halal akan tetapi tukang masak serta penyedia makanan tu orang Islam kah? Itu sahaja.

Dira Abu Zahar Buat Tahlil Malam Raya Ketiga


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Dira Abu Zahar, Buat, Tahlil, Malam Raya Ketiga
Dira Abu Zahar

Dira Abu Zahar Buat Tahlil Malam Raya Ketiga


KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2013: Pemergian bapa tercinta Dato' Seri Hj Abu Zahar Ithnin adalah kehilangan yang amat besar kepada aktres dan bakal pengarah, Dira Abu Zahar, apabila tokoh politik ternama yang juga bekas Ketua Menteri Melaka ke-8 itu menghembuskan nafas terakhir pada 12 Julai lalu di usia 74 tahun.

Menurut Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar itu memberitahu bahawa Syawal kali ini memang sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Kemeriahan kala menjelang Syawal yang selama ini menjadi kewajipan keluarga terus hilang apabila bapanya telah dijemput oleh Allah SWT.

Menggantikan sambutan Aidilfitri bagi keluarga Dira tahun ini adalah majlis tahlil yang telah pun diadakan pada malam Syawal ketiga yang akan diadakan di kediaman keluarga Dira di Merlimau Melaka.

"Tahun ini Syawal saya dan keluarga tidak seperti selalu. Tiada kemeriahan kerana tiadanya lagi insan yang bernama ayah. Kehilangannya tiada ganti dan kami memilih untuk mengadakan majlis tahlil selepas pemergiannya pada 12 Julai lalu.

"Percaya atau tidak, meriahnya sambutan raya keluarga saya memang sama sepertimana yang sering digambarkan di kaca televisyen atau iklan-iklan, begitulah meriahnya keluarga saya. Kami akan memasak dodol, bakar lemang dan segala macam benda akan dibuat pada malam raya.

"Tetapi orang yang menjadi penggerak dan ketua keluarga telah tiada jadi kami sekeluarga memutuskan untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil pada malam raya ketiga ini,"jawab Dira apabila ditanya mengenai Syawalnya tahun ini tanpa ayah tersayang.

Anak bongsu kepada tokoh politik Melaka ini mengakui bahawa dia seorang yang mendahulukan keluarga (family-oriented) cukup terpukul diatas kehilangan ini. Tiada sebarang persiapan raya buat Dira pada tahun ini,cuma sedikit untuk anak Anggun Deandra.

Isteri kepada pengarah Bikers Kental, Helmi Yusof ini juga memberitahu bahawa dia tidak dibebani giliran untuk berhari raya kerana keluarga mertuanya tinggal tidak jauh di negeri bersebelahan iaitu di Negeri Sembilan.

Usai Aidilfitri Izara Aishah Terbang Ke Eropah, New York


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Usai, Aidilfitri, Izara Aishah, Terbang, Ke, Eropah, New York
Izara Aishah


Usai Aidilfitri Izara Aishah Terbang Ke Eropah, New York


KL, 13 OGOS 2013: Biarpun Syawal masih lagi terasa kemeriahannya, namun bagi Izara Aishah, cuti sempena Aidilfitri pada tahun ini boleh dikira sebagai waktu rehat baginya untuk melapangkan diri bersama keluarga sebelum kembali bekerja sehingga hujung tahun tanpa henti.

Walaupun jadualnya yang padat sehingga tahun hadapan, siapa menyangka rupanya anak gadis ini sudah sekian lama menguruskan jadualnya dengan sendiri tanpa bantuan daripada pengurus yang khas. Ini kerana Izara lebih selesa mengatur perjalanan kariernya sendiri tanpa campurtangan orang lain.

Bercerita mengenai cuti Aidilfitri serta persiapannya sebelum menjelangnya sambutan terbesar bagi orang Islam di negara kita ini, Izara menceritakan bahawa Syawalnya tidaklah semeriah yang disangkakan. Dia memilih untuk bersederhana dan memanfaatkan cutinya yang sekejap ini dengan berehat sambil beraya ke rumah saudara mara.

"Raya tahun ini Izara pulang ke kampung di Johor. Persiapan Izara berhari raya pun simple sahaja dan tiada apa yang sangat istimewa. Baju raya pun Izara beli ketika malam raya, itupun baju yang dah siap. Tiada menempah di mana-mana butik atau pereka fesyen.

"Masa inilah Izara nak berehat dalam masa yang sama nak berjumpa saudara-mara yang jarang berpeluang untuk berjumpa. Lepas raya Izara akan sibuk sampailah hujung tahun ini,"cerita gadis kacukan yang gemar menyanyi lagu Hindi ini.

Menurut Izara, selepas berhari raya, sekitar awal September depan dia akan berlepas ke sebuah lokasi di benua Eropah untuk memenuhi permintaan sebuah majalah yang ingin memotretkan wajah jelitanya itu menjadi penghias kulit majalah berkenaan.

"Kalau tiada aral melintang, Izara akan berlepas ke sebuah kota di Eropah yang popular dengan fesyen dan cinta untuk merakamkan gambar bagi kulit muka hadapan sebuah majalah terkenal. Majalah apa terpaksa dirahsiakan dahulu dan peminat kena nantikan.

"Selepas pulang daripada Eropah, Izara kena bersiap untuk menjelajah kota New York bagi penggambaran untuk sambungan Oh My English yang akan menjalani penggambaran disana. Memang teruja dapat peluang keemasan sebegini kerana dapat bekerja sambil melancong ke tempat orang.

"Tetapi memang tidak dapat dinafikan, walaupun berjalan kesana-sini ia tetap memenatkan dan Izara cuba untuk memanfaatkan cuti-cuti yang Izara ada seperti cuti hari raya ini,"ujarnya yang gembira untuk terbang ke luar negara namun masih tetap memikirkan penat yang terpaksa dilaluinya nanti.

Neelofa Raya Di Kedah dengan Lemak Kampung Santan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Raya, Di, Kedah, dengan, Lemak Kampung Santan
Noor Neelofa

Neelofa Raya Di Kedah dengan Lemak Kampung Santan


KL 13 OGOS 2013: Semenjak mengenal erti Syawal, anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang, Noor Neelofa Mohd Noor tidak pernah meraikan perayaan terbesar umat Islam tersebut di luar daripada tanah tumpah darahnya, Kelantan.

Peredaran masa dan juga kitaran hidup manusia sekaligus mengajak Neelofa mengambil peluang yang tiba setahun sekali ini dengan menyambut pagi hening 1 Syawal di lokasi lain buat pertama kali dalam hidup pengacara ini iaitu di Alor Star, Kedah Darul Aman.

Negeri yang mendapat jolokan jelapang padi ini merupakan kampung kelahiran daddy Neelofa dan menurut pelakon yang pernah menuntut di sebuah boarding school di negeri itu, keputusan ini dibuat berikutan ramai adik beradiknya yang kini telah berumah tangga dan tidak pulang beraya di Kelantan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Seingat saya, sebelum ini saya tidak pernah merayakan Aidilfitri luar daripada Kelantan. Rasa teruja juga beraya di tempat lain dan semua family telah sebulat suara memilih untuk pulang berhari raya di Alor Star iaitu kampung daddy saya.

"Adik beradik yang berkahwin semua pulang beraya di rumah mertua jadi family saya memilih untuk menukar lokasi dan membawa yang masih bujang seperti saya pulang berhari raya di Alor Star. Teruja juga untuk merasakan sendiri kesyahduan pagi raya di tempat lain,"ceritanya yang telah pulang ke Alor Star dua hari sebelum menjelangnya Syawal.

Persiapan Syawal juga hanya ala kadar buat jelitawan Dewi Remaja itu.

"Persiapan saya sederhana sahaja, baju kurung kain kapas untuk memudahkan pergerakan dan sesuai dengan cuaca yang sangat panas sekarang. Ada beberapa pasang dan saya ada menempah sepasang baju raya untuk pagi Syawal dan itu daripada Syaiful Baharim," katanya.

Neelofa juga turut melakar satu lagi catatan dalam perjalananan karier sebagai pelakon pada 8 Ogos lalu.

"8 Ogos bukan sahaja merupakan tarikh semua umat Islam menyambut Aidilfitri. Ia juga tarikh buat filem Lemak Kampung Santan ditayangkan di pawagam seluruh negara. Cakap pasal perasaan, sukar untuk digambarkan kerana rasa macam teruja untuk mengetahui sambutan penonton filem tempatan terhadap filem itu.

"Dalam masa yang sama takut juga kerana biasalah tidak semua yang kita buat orang suka. Tetapi saya boleh jamin Lemak Kampung Santan menampilkan jalan cerita dan penyampaian yang berbeza daripada filem-filem yang sering dibuat di negara ini.

"Diharapkan Syawal kali ini rezeki saya terutamanya untuk Lemak Kampung Santan dipermudahkan oleh Allah SWT, amin,"ucap Neelofa mengakhiri perbualan.

Dek kerana Tembus, Fazura Hanya Beraya Sehari Di Pekan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Dek, kerana, Tembus, Fazura, Hanya, Beraya, Sehari, Di, Pekan
Nur Fazura


Dek kerana Tembus, Fazura Hanya Beraya Sehari Di Pekan


KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2013: Seperti mana dirinya yang sentiasa terlihat sopan serta sering tampil serba ringkas, begitulah juga sambutan Aidilfitri yang diraikan Nur Fazura Sharifuddin, 29, atau Fazura saban tahun.

Dia yang diangkat menjadi wajah wakilan himpunan eksklusif Aidilfitri duo pereka fesyen popular kegemarannya, Rizman Ruzaini juga hanya menempah sepasang sahaja baju daripada label tersebut.

Malah, tahun ini juga Fazura hanya akan menyambut hari raya selama satu hari saja di kampung halamannya di Bandar Di-raja negeri Pahang iaitu Pekan. Ketika dihubungi, dia yang sedang membuat persiapan terakhir sebelum pulang ke tempat kelahirannya memberitahu, dia akan pulang bersama ahli keluarganya dan berada di sana pada hari raya pertama.

"Hari raya Faz biasa sahaja, meriah macam biasa cuma tahun ini Faz pulang ke kampung untuk satu hari sahaja. Semenjak kembali berlakon, Faz terpaksa sesuaikan waktu kerja dan rehat yang baru supaya teratur.

"Baju raya pun hanya sepasang sahaja Faz tempah daripada pereka kegemaran Rizman Ruzaini, terima kasih kepada mereka,"ujarnya yang dihubungi pada Selasa lalu.

Kepulangannya ke kampung halamannya yang agak singkat itu juga disebabkan oleh komitmennya dengan pengarah dan penerbit terkenal Ahmad Idham. Fazura akan menjadi salah seorang pelakon bagi filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Tembus yang akan memulakan penggambaran pertengahan Ogos ini.

"Faz balik sekejap kerana harus pulang ke Kuala Lumpur untuk membuat persediaan sebelum memasuki set bagi filem yang akan diarahkan oleh Ahmad Idham. Insya Allah filem yang berjudul Tembus ini akan memulakan penggambaran pada 20 Ogos ini,"tambahnya lagi.


Tamu Yok Sahur Ramadan 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Tamu Yok Sahur Ramadan 2013


Tamu Yok Sahur Ramadan 2013


KUALA LUMPUR, 6 OGOS 2013: Majlis amal Tamu Yok Sahur Ramadan 2013 anjuran Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi (Srikandi Malaysia) dengan kerjasama portal Murai telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Jalan Masjid India pada 27 Julai lalu.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk 80 orang anak yatim bersama selebriti-selebriti yang hadir seperti Amy Search, Fauziah Latiff, Awi Rafael, Amber Chia, Sazzy Falak, Forteen, Kieran, Amir Jahari, Asmidar, Siti Nordiana, Arja Lee, Fabulous Cat, Amylea, Roman dan ramai lagi.

Menerusi sesi pertama persembahan, artis yang mengadakan persembahan nyanyian adalah Awi Rafael, Amran Ismail , Hazami dan Amir Jahari. Selepas itu, disululi dengan permaianan yang melibatkan artis dan anak-anak yatim.

Tidak cukup dengan itu, bagi sesi kedua persembahan yang diadakan kira-kira jam 2.30 pagi pula, tetamu dan anak-anak yatim akan dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada artis sperti kumpulan Forteen, Roman, Amylea dan Arja Lee.

Anak-anak yatim bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan, malah permainan yang cukup mengujakan yang melibatkan artis-artis yang hadir sama. Antara permainan yang diadakan adalah menari tarian Gangnam Style, Stailista ala-ala Lady Gaga dan pertandingan makan cup cakes.

Selain menerima sumbangan duit raya, anak-anak yatim ini turut menerima sumbangan cenderahati berbentuk kelengkapan sekolah serta barangan keperluan harian lain sumbangan pihak penaja dan tetamu yang hadir pada malam tersebut.

Kejutan turut diberikan kepada salah seorang selebriti yang hadir iaitu Amy Search di mana dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 55 pada 28 Julai ini.

Majlis akan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan yang akan `turun padang` untuk beramah mesra bersama peniaga-peniaga di sekitar Jalan Masjid India ini.

Ingin melihat gelagat selebriti dan anak-anak yatim dan apa yang berlaku sepanjang majlis Tamu Yok Sahur Ramadan 2013? Saksikan liputan video eksklusif Murai bersama pengacara, Ieka di bawah ini.


KesSahNya Raya - Zain Nangis, Tasha Shila Tebar Roti Canai


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, KesSahNya Raya, Zain Nangis, Tasha Shila, Tebar, Roti Canai


KesSahNya Raya - Zain Nangis, Tasha Shila Tebar Roti Canai


KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2013: Setiap selebriti pasti ada cerita atau pengalaman ketika kecil mereka sendiri yang tidak dapat dilupakan.

Sempena hari raya ini, episod khas KesSahNnya iaitu KesSahNya Raya membongkar cerita beberapa selebriti popular yang pastinya ramai tidak tahu.

Terdapat 6 cerita berbeza daripada selebriti tempatan di dalam KesSahNnya Raya iaitu Zain Saidin, Asmidar, Syafie Naswip, Tasha Shila, Nabila Huda dan Fizz Fairuz.

Namun kisah pagi raya artis manakah yang paling menarik? Apatah lagi setiap kisah memiliki cerita berbeza. Ada yang lucu dan tidak ketinggalan juga cerita sedih.

KesSahNya Raya dimulakan dengan cerita pelakon, Zain Saidin yang bakal membongkar tragedi hari raya pertama ketika dia berumur 10 tahun.

Zain memberitahu, dia telah kehilangan sesuatu benda yang berharga di pagi Syawal yang akhirnya telah membuatkan dia sangat sedih dan menangis.

Berbeza pula dengan pelakon Tasha Shila. Dia memberitahu ada perkara yang tidak dapat dilakukannya dan paling dirindui pada 1 Syawal iaitu menebar tibai roti canai bersama-sama saudaranya. Tapi mengapa pula Tasha Shila perlu menebar roti canai pula? KesSahNya Raya ada jawapannya.

Manakala aktor, Fizz Fairuz pula berkongsi cerita yang agak lucu dan sedih dalam satu kejadian ketika dia dan bapanya bersama-sama mengecat rumah ketika waktu kecil dahulu.

Fizz Fairuz memberitahu, itu adalah pengalaman yang tidak dilupakan setiap kali hari Raya, lebih-lebih lagi bapanya sudah pun kembali ke Rahmatullah.

Berlainan pula dengan penyanyi Asmidar. Dia memberitahu, pernah suatu ketika dahulu, satu kejadian berlaku ketika dia sedang asik main bunga api di malam raya.

Kejadian itu telah membuatkan dia tidak dapat beraya langsung di pagi Syawal dan hanya tidur sepanjang hari.

Pelakon filem Mukhsin, Syafie Naswip pula ada cerita tersendiri, katanya semasa sekolah menengah dia pernah merempit tanpa memakai helmet ke rumah -rumah orang untuk berhari raya.

Katanya banyak rumah yang telah dikunjunginya sehingga pulang waktu malam.

Kisah pelakon terakhir pula, adalah mengenai pelakon Nabila Huda.

Nabila memberitahu, aktivti paling dirinduinya ketika kecil apabila menjelang hari raya ialah bermain mercun.

Hebatkah Nabila bermain mercun dan adakah Nbila akan mengulangi kenangan itu pada Raya kali ini?

Semuanya terjawab dengan menyaksikan KesSahNya Raya bersama Ieka dan tidak ketinggalan hos bersama, Miss Propa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan