Cari Artikel

Wednesday, August 14, 2013

Rungutan artis tempatan Sabah akhirnya didengar


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Rungutan, artis tempatan, Sabah, akhirnya, didengar
Gambar Sekadar Hiasan


Rungutan artis tempatan Sabah akhirnya didengar


RUNGUTAN artis dan kumpulan pengibur tempatan di Sabah untuk diberi keutamaan di pusat hiburan untuk sekian lama akhirnya mendapat perhatian Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri.

Kumpulan penghibur tempatan memiliki bakat dan potensi untuk menjadi promoter industri pelancongan negeri dan persembahan mereka adalah setanding dengan artis yang dibawa masuk ke negeri itu khususnya dari negara-negara jiran.

Pembantu Menterinya Datuk Pang Yuk Ming berkata peluang yang dibuka untuk artis tempatan bukan sahaja akan memberi manfaat jangka panjang kepada golongan seni itu tetapi juga kepada industri pelancongan negeri.

Beliau berkata dengan lebih ramai penghibur tempatan diberi peluang di pusat-pusat hiburan di negeri itu, ia dapat membantu mengurangkan kos mengimport artis luar.

Pang mengakui persembahan artis tempatan telah bertambah baik berbanding sebelum ini dan mereka wajar diberi peluang mengembangkan bakat termasuk di kelab-kelab hiburan.

Menggesa pengusaha kelab-kelab hiburan untuk mengakses bakat artis tempatan, beliau berkata lebih banyak program dan acara membabitkan artis tempatan akan diadakan pada masa depan.

Artis dan kumpulan pemuzik tempatan mendakwa mereka dipinggirkan apabila pusat-pusat hiburan lebih gemar menggaji band Filipina yang di kenali 'Pinoy' sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan artis tempatan.

Pemuzik tempatan dan kumpulan band telah bersama-sama menggesa kerajaan untuk mengawal selia kemasukan artis luar negara yang telah lama mendominasi pentas hiburan di Sabah.

Mereka mendakwa kemasukan penghibur asing terutama dari Filipina telah menjejaskan teruk nasib mereka dan menjelaskan usul untuk mengawal golongan penghibur asing adalah cara terbaik untuk mengalakkan perlindungan yang sama kepada artis, pengurus dan penghibur di Sabah.

Presiden Persatuan Kelab Pemuzik Sabah, Azman Hairuddin memberitahu Bernama golongan penghibur tempatan setia membayar cukai berbanding artis asing dan oleh itu mereka wajar mendapat penghargaan dan perlindungan.

"Kami kesal kerana kebanyakan penghibur tempatan mendapat bayaran yang lebih rendah berbanding penghibur asing walaupun mampu menarik lebih ramai pelanggan," katanya.

Beliau berkata penghibur tempatan terpaksa bersaing dengan artis dan pemuzik Filipina dan pengusaha pusat hiburan di negeri ini menganatirikan artis tempatan.

Persatuan itu mencadangkan nisbah 70 peratus penghibur tempatan dan 30 peratus penghibur asing melakukan persembahan di pusat-pusat dan kelab hiburan di negeri itu.

Bagaimanapun, buat masa ini kurang 30 peratus penghibur tempatan diberi peluang membuat persembahan, kata Azman.

Beliau berkata band Filipina telah menguasai tempat-tempat hiburan lebih sedekad lalu dan keadaan itu meningkatkan kebimbangan kepada artis dan band tempatan. - Bernama

Sudah lali, beraya di konti


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Sudah, lali, beraya, di, konti
Zul dan Rina

Sudah lali, beraya di konti


HARI raya pasti tidak lengkap tanpa pulang ke kampung halaman serta meraikannya bersama sanak saudara.

Pun begitu, adakala kerana komitmen terhadap pekerjaan, ada di antara kita yang terpaksa menyambutnya sendirian sama ada di kota mahupun di luar negara.

Tidak terkecuali bagi dua penyampai Bernama Radio 24 ini, meskipun sudah lali bertugas pada hari lebaran tanpa keluarga di sisi, namun bagi mereka ia bukan satu bebanan.

Sebaliknya, pemilik nama Wan Syarina dan Zulkifli Bujang ini berkata, ia satu pengorbanan yang tidak terhingga baik kepada bidang yang diceburi mahupun rakan seperjuangan mereka.

Beralah dengan teman-teman

Bukan sekali atau dua kali, tetapi bagi wanita yang lebih mesra disapa Rina ini, dia sebenarnya sudah terbiasa beraya di konti.

Jelasnya, meskipun perasaan rindu terhadap keluarga dan desa menggamit hati, namun demi tanggungjawabnya terhadap tugas penyampai radio, dia perlu kuatkan hati.

Akuinya, sejak menceburi bidang ini 10 tahun lalu, semua itu sudah sebati dalam diri.

"Sebelum saya bersama Bernama Radio pun saya sering beraya di konti, lagipun bukan apa, saya masih belum berkahwin, jadi saya utamakan rakan-rakan yang ada keluarga terlebih dahulu.

"Jadi bila bertugas di sini, saya tetap melakukan perkara yang sama, bila ada yang hendak bercuti di hari raya, saya pasti beralah dengan mereka," katanya yang pulang beraya di Kuantan tahun ini.

Bercerita pengalaman beraya di konti katanya, pernah sekali apabila dia mendengar lagu Sepasang Kurung Biru yang ke udara, dia berasa begitu sebak.

"Ketika itu, tiba-tiba sahaja saya menyandar di belakang pintu dan mengalirkan air mata, saya tidak tahu mengapa namun lirik lagu tersebut benar-benar menyentuh jiwa," ujarnya yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta tahun lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, katanya, ia adalah pengalaman raya yang tidak mampu dikikis dari fikiran sampai bila-bila.

"Saya masih ingat waktu itu, arwah ayah telah terlantar di hospital selama tiga bulan kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

"Kebetulan pula tahun lalu saya perlu bertugas sehingga raya ketiga. Bagaimanapun, ketika pulang ke kampung, hanya beberapa hari sahaja ayah telah menghembuskan nafas terakhir," kata anak bongsu dalam keluarganya ini.

Dalam pada itu, tahun ini Rina juga tidak lupa menyediakan duit raya untuk anak buahnya.

Katanya, itu perkara wajib yang dilakukan setiap tahun.

"Memang seronok bila lihat mereka terima duit raya, lagipun anak buah saya hanya ada tujuh orang sahaja, jadi perlulah berkorban sedikit," katanya tidak sempurna hari raya tanpa hidangan nasi dagang setiap kali meraikan Aidilfitri.

Pertama kali beraya dengan isteri, anak

Berlainan dengan Rina, pengalaman raya tahun ini pastinya menjadi detik paling indah buat diri Zulkifli.

Katanya, selepas mendirikan rumah tangga September tahun lalu, dia telah menerima berita gembira bahawa isterinya berbadan dua.

"Jadi tahun ini, bukan sahaja meraikan Syawal buat kali pertama dengan isteri, malah dengan anak pertama kami," katanya teruja.

Tambahnya, persiapan tahun ini juga sangat berbeza dengan tahun sebelumnya.

"Dahulu masa beraya sendiri, memang saya tidak pernah terfikir nak beli baju macam mana, warna apa dan sebagainya.

"Tetapi bila dah beristeri ni, semuanya berubah, bahkan saya dan isteri memilih baju raya sedondon," ujarnya yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam bidang penyampai radio.

Dalam pada itu, tahun ini juga, Zulkifli telah pulang ke kampung tiga hari lebih awal.

"Kalau sebelum ni beraya di konti pun saya tak kisah, tetapi tahun ni, saya perlu bercuti lebih awal untuk isteri dan anak," katanya tidak penah melupakan pengalaman beraya di konti.

Berkongsi mengenai peristiwa itu, katanya, seperti biasa, mereka akan memainkan lagu raya dan cipta suasana hari raya di konti.

"Saya dan rakan-rakan biasanya akan cuba memeriahkan konti seperti beraya di rumah.

"Bukan apa, takdelah rasa sangat berjauhan dengan keluarga, cuma bila kawan-kawan tak bawa makanan, barulah saya sedih," katanya sambil ketawa.

Tambahnya, setiap tahun apabila raya bakal menjelma, pasti dia akan menghubungi keluarganya dan memberitahu mereka bahawa dia tidak dapat pulang beraya.

"Sebenarnya jadual tak keluar pun lagi, tapi sebab tak nak mereka berharap, saya telefon mak dan cakap yang saya tak dapat cuti," jelasnya memilih  juadah raya Ketupat dan Lontong.

Rabbani terkenang arwah Ustaz Asri


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Rabbani, terkenang, arwah, Ustaz Asri
Rabbani 

Rabbani terkenang arwah Ustaz Asri


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Rabbani, terkenang, arwah, Ustaz Asri
MOHD ASRI


AIDILFITRI tahun ini masih mengingatkan mereka tanpa kehadiran bekas ketua dan juga pelopor kumpulan Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, yang dianggap sebagai pemimpin yang berkaliber dan sentiasa memberi inspirasi kepada mereka.

Walaupun sudah empat tahun vokalis kumpulan nasyid Rabbani itu meninggal dunia namun kelapan-lapan ahli kumpulan itu ternyata masih merindui saat-saat indah bersama arwah.

Diketuai oleh Mohd Asri Baidul @ Ubaidullah bersama tujuh ahli lain iaitu Azadan Abu Aziz, Rahmat Syafie, Nazrul Azhar Tamrin,Lokman Abdul Aziz, Rithauddeen Yaakob, Zulkiflee Azman dan Muhammad Afandi Shabudin, akan tetap mengingati momen bersama arwah sebelum ini.

Malah bagi memperingati Allahyarham, setiap tahun,  mereka akan mengadakan majlis tahlil pada bulan Ramadan dan melawat kubur arwah.

Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia setelah rebah semasa raptai pada  sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), pada 13 Ogos 2009.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Rabbani, terkenang, arwah, Ustaz Asri


Seorang pemurah, pemaaf

Mengimbau momen bersama arwah, Mohd Asri Baidul  berkata, dia dan arwah rapat sejak di bangku sekolah lagi.

"Arwah sering mengeluarkan idea-idea yang bernas dan kreatif walaupun dia bukan seorang yang gemar bercakap banyak.

"Auranya masih terasa setiap kali kami melakukan persembahan," katanya yang kelihatan menahan sebak.

Menurutnya, arwah merupakan insan yang sangat pemurah, pemaaf, baik hati dan murah dengan senyuman. Malah sehingga kini dia terhutang budi dengan arwah kerana membawanya menyertai dunia hiburan, sekali gus bergelar penyanyi yang membawa lagu berunsur ketuhanan.

"Mungkin tanpa dia, saya tidak akan menceburi bidang muzik secara serius.

"Sikapnya  mudah bertolak ansur dan serasi menyebabkan kami mampu bertahan dalam dunia seni walaupun industri kita dibanjiri dengan pelbagai jenis genre muzik," kata Mohd Asri.

Menariknya mengenai arwah, Mohd Asri berkata, arwah tidak akan menolak sebarang permintaan orang lain selagi terdaya melakukannya.

"Beliau seorang yang patut dicontohi oleh generasi baru. Keperibadiannya membuatkan kita kagum dan senang dengannya," katanya.

Kekalkan tradisi ziarah      

Mungkin ramai yang kurang tahu, Rabbani merupakan kumpulan nasyid yang masih mengekalkan ahlinya sehingga kini. Meskipun ketiadaan Ustaz Asri, namun kumpulan ini masih mampu bertahan dengan ahli yang ada. Menurut Mohd Asri, sejak dulu, arwah sentiasa berpesan untuk menjaga antara satu sama lain. Setiap rezeki dikongsi sama rata, bahkan setiap masalah turut dileraikan bersama.

"Pendirian itulah yang membuatkan kami bertahan sehingga kini. Malah segala pesanan dan tunjuk ajar Utaz Asri ketika hayatnya bersama kami akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Insya-Allah kami akan terus mempertahankan hubungan dan ukhuwah antara ahli, serta Rabbani itu sendiri bagi meneruskan perjuangan asal kumpulan dalam memartabatkan muzik ketuhanan," katanya.

Mohd Asri memberitahu, Aidilfitri ini juga memberikan kesempatan untuk mereka menziarahi antara satu sama lain. Malah amalan tersebut sudah lama dipraktikkan sejak arwah masih ada dan ianya diteruskan sebagai satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.

"Kebiasaannya kami berkumpul bersama keluarga di satu tempat, kemudian kami akan memutuskan untuk melawat rumah ahli yang paling dekat lebih dahulu.

"Jika hari-hari biasa kami sukar untuk berkumpul sedemikian, dan hanya berkesempatan meluangkan masa pada masa tertentu sahaja," katanya yang turut bertugas menyusun jadual kumpulannya.

Dalam pada itu, selepas seminggu Syawal, mereka akan berkonvoi melawat rakan dan saudara yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan Seremban.

Aiman, Nelydia semakin popular


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aiman, Nelydia, semakin, popular
Aiman dan Nelydia

Aiman, Nelydia semakin popular


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aiman, Nelydia, semakin, popular
Aiman dan Nelydia


PELAKON remaja yang sedang meningkat naik ini bukanlah nama asing dalam industri seni tempatan, bahkan wajah mereka semakin kerap disiarkan di skrin-skrin televisyen.

Mengimbas sejenak penglibatan mereka dalam bidang seni, empunya nama Aiman Hakim Ridza dan Nelydia Senrose ini sebenarnya datang dari latar belakang yang berbeza.

Jika Aiman dikenali kerana program realiti Mentor, Nelydia pula menerusi drama bersiri Spa Q sejak berusia 13 tahun lagi.

Sebagai pendatang baru, mereka perlu bekerja keras supaya terus diterima dalam arena ini. Lebih bermakna, Syawal tahun ini turut di rai dengan penuh kegembiraan.

Beraya di UK

Bagi pelakon yang meningkat naik menerusi drama bersiri Vanila Coklat ini, beraya di luar negara bukan perkara asing untuknya.

Sama seperti tahun ini, dia bersama keluarga telah ke United Kingdom untuk meraikan Aidilfitri di sana.
"Kalau nak ikutkan waktu saya bermain bola dahulu lagi memang dah biasa raya di luar negara, saya juga pernah beraya sendiri di Jepun," katanya.

Tambah Aiman, dia dan keluarga mengambil keputusan ke UK memandangkan kakak dan adiknya turut berada di sana kerana menyambung pelajaran.

"Lagipun atuk dan nenek dah tiada, pada masa yang sama, saudara lain pun beraya di sebelah keluarga yang lagi satu, jadi kami sekeluarga memilih beraya sambil melawat mereka di sana sahaja," katanya bertolak ke UK pada pagi raya yang lalu.

Berkongsi pengalaman beraya di luar negara, kata Aiman, meskipun sambutannya amat berbeza dari berada di Kampung, namun kekurangan tersebut tidak terlalu dirasai kerana keluarga berada di sini.

"Kami pergi sekeluarga jadi tidaklah terasa sangat, lagipun, mak turut membawa juadah dari rumah untuk dimakan di sana," katanya berada selama tiga minggu di UK.

Ditanya juadah raya pilihannya, akui Aiman, sebelum neneknya meninggal dunia, dia amat menggemari Rendang dan Ayam Pudina hasil air tangan arwah neneknya itu.

"Tapi sekarang saya dah kurang makan rendang sejak nenek tiada, cuma saya akan makan lemang dan ketupat," katanya yang beraya di Johor atau Penang mengikut sebelah ibu dan ayahnya jika tidak ke luar negara.

Jadi Erra Fazira

Meskipun berjauhan dari saudara-mara tercinta, jelas Aiman, dia tidak pernah melupakan mereka.

"Keluarga saya besar, jadi setiap kali menyambut hari raya memang meriah. Ada sahaja program yang kami susun.

"Tapi yang tidak boleh saya lupakan ketika saya masih kecil, kami adakan pertandingan ratu cantik. Masa tu, saya jadi Erra Fazira, bayangkan yang lelaki jadi perempuan, yang perempuan jadi lelaki.

"Kami bersolek dan saya sendiri kena pakai dress, memang kelakar. Cuma, yang paling teruk bila kami dilelong, mati-mati saya ingat memang kena lelong betul-betul, apalagi, menangis-nangis la saya," katanya sambil ketawa mengingatkan kenangan lalu.

Ditanya adakah dia akan mengadakan majlis rumah terbuka setelah sampai di Malaysia, kata Aiman, dia tidak membuat rumah terbuka tahun ini.

"Saya di UK sahaja tiga minggu, jadi tak sempat nak buat rumah terbuka, bagaimanapun, kepada peminat, saya akan cuba buat satu majlis beraya bersama mereka nanti," katanya yang memilih untuk sederhana sahaja setiap kali beraya.

Dalam pada itu, pelakon Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini juga, tidak ketinggalan menyediakan duit raya buat anak buahnya.

"Alhamdulillah, ada rezeki lebih memang adalah bahagian untuk mereka," kata Aiman lebih selesa menyuruh emaknya membelikan baju raya untuknya.

Berkongsi perkembangan terbarunya pula, akui Aiman dia kembali sibuk selepas raya.

Pun begitu, meskipun tawaran lakonan diterima agak rancak, ujar Aiman, dia masih belum membuat sebarang keputusan.

"Begitu jugak untuk berlakon filem, memang ada terima tawaran, tetapi saya perlu pilih material yang sesuai.

Sebelum ini saya pernah buat silap kerana pilih watak yang kurang baik, jadi saya tidak mahu ulang kesilapan itu," katanya yang muncul menerusi cerekarama Raya Pak Pong pada hari raya pertama ini.

Kesihatan Nelydia terjejas

Berbeza pula dengan pelakon remaja yang berasal dari Kelantan ini, kerana komitmen terhadap kerja, dia terpaksa pulang ke kampung pada hari raya kedua.

"Tahun ini memang rezeki berlakon melimpah ruah, tapi tak sangka pula berlarutan sehingga hari raya.

"Lagipun sepanjang Ramadan ni, memang saya terikat dengan penggambaran sahaja, jadi walaupun habis sebelum raya pertama tetapi saya tidak pasti pukul berapa," kata empunya nama Nelydia Senrose ini.

Bicara pelakon berusia 19 tahun ini juga, dek kerana jadual kerjaya yang terlalu padat, kesihatannya turut terjejas.
"Sebelum ini saya tidak pernah menjalankan penggambaran secara berterusan di bulan Ramadan, bukan nak merungut tetapi tahun ni saya betul-betul penat sehingga deman," katanya berhadapan dengan dua penggambaran iaitu Syurga Tanpa Bidadari dan Setia Hujung Nyawa.

Ditanya bagaimana persiapan rayanya tahun ini, ujarnya, dia memberi sepenuh kepercayaannya kepada mamanya.

"Saya serahkan semuanya kepada mama, lagipun saya sibuk, memang tak sempat nak buat persiapan sendiri.

"Tapi mama faham apa yang saya nak dan saya pula jenis tak kisah, ikut jer pilihan dia," kata anak ketiga dari tujuh beradik ini.

Dalam pada itu, akui Nelydia, setiap kali Syawal menjelma, dia pasti terkenang memori lima tahun lalu di mana arwah

Penyanyi, Eydie Gorme meninggal dunia


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Penyanyi, Eydie Gorme, meninggal dunia
Eydie Gorme

Penyanyi, Eydie Gorme meninggal dunia


PENYANYI, Eydie Gorme meninggal dunia pada usia 84 tahun, semalam.

Gorme meninggal di Las Vegas dan punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.

Suaminya, Steve Lawrence, anak lelaki dan ahli keluarga lain turut berada disisinya ketika itu.

"Gorme telah menjadi pasangan saya di pentas dan dalam hidup lebih dari 55 tahun. Saya jatuh cinta dengannya pada saat saya melihatnya," kata Lawrence.

Tambahnya, "ketika saat kehilangannya, saya tidak dapat menggambarkan dunia saya dan dunia pula telah kehilangan seorang penyanyi pop yang terbaik."

Gorme mula menyanyi sebaik menamatkan sekolah tinggi tetapi kemunculan mula mendapat perhatian selepas menyertai uji bakat, "The Tonight Show" pada tahun 1953.

Taufik utamakan baju raya ibu


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Taufik Batisah, Utamakan, Baju Raya, Ibu
Taufik Batisah

Taufik utamakan baju raya ibu


SETIAP kali tiba musim perayaan, penyanyi, Taufik Batisah wajib menyediakan baju raya buat ibu tercinta, Normainah Bachok.

Keperluan sang ibu lebih diutamakan berbulan-bulan awal daripada tarikh perayaan itu sendiri.

Penyanyi berusia 32 tahun ini juga sering mengabaikan baju raya sendiri.

“Selalunya, sebelum raya, memang baju mak yang disiapkan dulu. Dah beli kain dan hantar untuk buat baju, selalunya sebulan sebelum puasa lagi dah buat semua.

“Memang semuanya persiapan untuk mak dulu. Untuk saya, kadang-kadang raya pun baju sendiri saya tak beli. Dah memang ‘habit’ saya dari dulu,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Taufik akui sering diingatkan ibunya untuk membeli baju raya baru.

 “Kalau mak tak ingatkan, memang tak beli. Bukan apa, tak kuasa (malas) nak beli baju baru,” katanya.

Persiapan raya di rumahnya pula sering dilakukan pada saat-saat akhir.

“Kalau di rumah pula, persiapan memang pada saat-saat akhir. Kuih raya atau perabot semua saat akhir,” katanya.

Menyentuh soal menu wajib yang mesti ada di atas meja pada pagi raya adalah masakan ibunya seperti lontong, sayur lemak lodeh, rendang, ayam goreng dan sambal.

Taufik bakal beraya dengan ibunya di Singapura.

Ning: ‘Saya bangga dengan dia’


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ning Baizura, Saya, Bangga, dengan, Dia
Ning dan Omar bersama permata hati mereka, Ryan Sky Dalton.

Ning: ‘Saya bangga dengan dia’


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ning Baizura, Saya, Bangga, dengan, Dia
Ning dan keluarga beraya di UK.
SETELAH melalui enam kali Ramadan, penyanyi Ning Baizura akui bangga dengan ‘pencapaian’ suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

Meskipun berpuasa, Omar tidak meninggalkan senaman untuk kecergasan badan setiap hari.

“Alhamdulillah, kali ini sudah tahun keenam suami saya berpuasa. Kalau bersahur, dia tak suka makanan yang berat-berat sangat. Lewat malam dia bersahur.

“Kemudian, dia akan tidur dan apabila bangun terus keluar untuk bersenam. Pukul lima pagi dia akan keluar untuk ‘jogging’ dan baru pergi kerja,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi, baru-baru ini.

Meskipun senaman itu membuatkan suaminya lemah pada waktu petang, namun ia tidak menghalang Omar untuk berpuasa.

“Tapi dia akan lembiklah. Tapi Alhamdulillah, saya bangga dengan dia,” kata Ning.

Menurut Ning, Omar juga tidak cerewet dalam pemakanan.

“Menu untuk dia berbuka puasa pula, dia tak kisah langsung apa-apa saja yang saya hidangkan. Saya memang dah ajar pembantu saya untuk memasak sikit-sikit tapi untuk suami selalunya saya sediakan sendiri.

“Cuma untuk keluarga, pembantu boleh tolong buat yang kecil-kecil seperti masak sayur. Kalau makanan utama, masih saya yang sediakan sebab dia dari Filipina, jadi, tak tahu lagi masakan Malaysia,” katanya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ning dan keluarga bakal menyambung puasa di kampung halaman Omar di Birmigham, United Kingdom.

“Kami akan sambung berpuasa di sana. Panjang tempoh berpuasa di sana. Antara sembilan hingga sebelas jam.

“Tahun lepas kami tak dapat pulang ke sana kerana saya hamil. Jadi, tahun ini kami akan beraya di sana bersama dengan penduduk Malaysia yang menetap di Birmigham,” katanya yang membawa semua ahli keluarganya bersama ke UK.

Shah Rukh Khan mahu teman lelaki anak sepertinya


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Shah Rukh Khan, mahu, teman, lelaki, anak, sepertinya
Shah Rukh Khan dan Anak perempuannya

Shah Rukh Khan mahu teman lelaki anak sepertinya


BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) ingin anak perempuannya untuk mendapatkan teman lelaki seperti dia.

Ketika ditanya mengenai daya tarikan beliau, SRK berkata, "Saya seorang lelaki yang baik untuk bercinta. Saya sangat baik, sangat penyayang dan sangat tinggi.

"Saya akan memberitahu anak saya jika dia benar-benar mahu mencari teman lelaki, selain daripada sedikit panas baran, dia perlu mencari orang seperti saya. Jika saya boleh katakan ini kepada anak saya, maka saya boleh katakan ini kepada mana-mana gadis di dunia," kata SRK .

Hero filem Badshah ini juga dikatakan mempunyai sikap yang sangat pelindung dan penyayang apabila bersama anak-anak beliau.

Selain itu, baru-baru ini, SRK melalui laman mikro Twitternya menulis, "bangun sekarang. Kita perlu dikelilingi diri dengan cinta... fikir dengan baik mengenai anak-anak kita dan selalulah memeluk mereka. Pelukan adalah selimut keselamatan yang terbaik."

Che Ta, Zain raya bersama


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Che Ta, Zain, raya, bersama
Rozita Che Wan dan Zain

Che Ta, Zain raya bersama


SEJAK mengakui percintaan mereka, pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi perhatian ramai dan rata-ratanya merestui hubungan mereka.

Justeru sambutan Aidilfitri kali ini turut diberi perhatian, apatah lagi pasangan dua sejoli ini dijangka bakal ke jinjang pelamin pada penghujung tahun.

Tidak berselindung, pelakon yang kini terkenal dengan watak guru bahasa Inggeris bernama Henry Middleton mengakui berkunjung ke rumah cinta hatinya itu.

"Saya belum berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan keluarganya, jadi sempena Lebaran kali ini saya memang merancang untuk bertemu dan sekali gus berhari raya dengannya di Alor Setar, Kedah.

"Bagaimanapun saya akan berhari raya bersama keluarga di Gombak terlebih dahulu dan mungkin akan menaiki penerbangan ke Kedah, itu pun kalau ada tiket," katanya.

Ditebak mengenai persiapan raya untuk ke sana, akui Zain, segala kelengkapan dan persiapannya pada lebaran kali ini banyak diuruskan oleh Che Ta.

"Saya agak sibuk ketika Ramadan kali ini dengan penggambaran drama dan sebagainya. Jadi masa agak terhad untuk saya membeli belah dan membuat persiapan sebagainya.

"Mujur Che Ta banyak membantu saya memilih baju dan sebagainya," ujarnya yang bercuti sejak 4 Ogos lalu.

Bagi Rozita Che Wan pula, dia sudah pulang ke Alor Setar sejak 5 Ogos lalu, bersedia untuk bertemu ibu Zain.

"Kalau ibunya atau Zain jemput saya, saya bersedia untuk berhari raya bersama mereka.

"Sekiranya ada masa terluang saya tidak keberatan untuk ke sana dan berhari raya bersama mereka," katanya yang beraya tanpa anak-anak di sisi tahun ini.

Menurut Rozita atau Che Ta, biarpun anak-anak beraya bersama bekas suaminya tahun ini, namun dia tidak berasa kesunyian kerana semua adik-beradiknya pulang ke Alor Setar kali ini.

"Tahun lepas mereka balik ke rumah mertua masing-masing dan kali ini berhari raya ke sini. Jadi meriahlah juga dengan kehadiran adik-beradik.

"Kami juga ada membuat rumah terbuka minggu ini dan saya turut menyediakan menu istimewa buat para tetamu," katanya yang menggayakan baju raya berwarna merah dan hijau kali ini.

Rezeki bertambah

Tidak bercuti lama, menurut Che Ta dia akan pulang ke Kuala Lumpur esok dan bakal mula bekerja sedikit hari lagi.

Katanya, rezeki dia dan Zain semakin murah sejak akhir-akhir ini dan tawaran juga tidak putus-putus hadir.

"Saya akan terlibat dengan penggambaran minggu depan untuk cerekarama dan juga program Primadona. Selain itu selepas ini saya akan terlibat sebagai juri untuk program Ratu Rania," katanya.

Menurutnya, biarpun jadualnya agak padat, namun dia merancang untuk membuat rumah terbuka di Kuala Lumpur pada minggu kedua Syawal.

Manakala Zain juga turut mengakui rezekinya semakin murah apatah lagi semenjak dia membintangi sitkom Oh My English.

"Ini adalah masa saya untuk mencari rezeki, mengumpul duit sebelum berkahwin dan Alhamdulillah rezeki saya memang semakin murah.

"Saya tak sangka sitkom Oh My English banyak membantu menaikkan nama saya dalam industri dan terbukti sitkom sebegini masih diterima," katanya.

Perancangan kahwin

Ditebak berkisar persiapan perkahwinan, keduanya mengakui akan mula berbincang hal berkenaan selepas hari raya nanti.

"Kita dahulukan sambutan hari raya, selepas ini barulah kita akan mula berbincang mengenai perkahwinan.

"Lagipun masih ada banyak masa lagi dan majlis pula dijangka berlangsung pada hujung tahun. Tapi buat masa ini tidak ada sebarang tarikh lagi yang dipersetujui.

"Tetapi dari segi tajaan sudah ramai yang menghubungi untuk memberi tajaan dan terlibat dengan majlis kami nanti," jelas Che Ta.

Pretty Ugly rindu kad raya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pretty Ugly, rindu, kad raya
Pretty Ugly beraya bersama.

Pretty Ugly rindu kad raya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pretty Ugly, rindu, kad raya
Pretty Ugly berkolaborasi dengan Altimet dalam single terbaru, #1.

JIKA kita imbas kembali 10 tahun lalu, kad raya boleh dikatakan menjadi satu kemestian yang menambah lagi kemeriahan perayaan Aidilfitri.

Bahkan koleksi kad raya ini akan menghiasi dinding-dinding sepanjang sambutan hari raya.

Band Pretty Ugly yang pernah popular dengan lagu Diari Seorang Lelaki juga tidak terkecuali dalam mengumpul kad raya.

Malah menurut mereka, ia menjadi satu perlumbaan antara mereka bagi melihat siapa menerima paling banyak kad raya.

“Zaman kita, kad raya memang menjadi suatu perkara yang memeriahkan lagi raya.

“Siap bandingkan siapa paling banyak. Bila dah dapat, gantung di dinding,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui dalam sesi fotografi sempena hari raya, baru-baru ini.

Akui perubahan masa membuatkan tradisi itu sudah semakin ditinggalkan, namun ia tetap memberi kenangan manis.

“Ada berlaku di mana saya dapat kad raya sedikit saja. Jadi, saya beli kad raya sendiri dan tulis. Kemudian minta kawan-kawan tandatangan,” kata Neves sambil tergelak kecil mengingat keletahnya ketika kecil.

Tambahnya, “zaman sekarang semua ‘post’di Facebook, Twitter dan Instagram. Lebih ringkas dan mudah. Tapi, mereka tak dapat rasa cara tradisional.”

Berkongsi suka duka Ramadan dan Syawal mereka, Neves dan Jay akui sambutan bulan mulia itu sedikit hambar sejak ketiadaan bapa mereka.

“Terasa juga terutama sekali pada bulan Ramadan sebab kami selalu sahur bersama. Kalau waktu berbuka itu, mungkin dia tak ada atau saya tak ada.

“Ada kuih-kuih kegemaran dia yang selalu dibeli. Jadi, sekarang apabila dia sudah tiada, apa yang kami buat adalah kami akan beli kuih itu untuk mengingat dia,” kata Neves yang bakal beraya di Ampang.

Tambahnya, “menjelang raya, dia selalu pergi ke Jalan TAR untuk beli kuih.”

Dalam perkembangan lain, Pretty Ugly sedang giat mempromosikan single terbaru mereka berjudul #1.

Mawi dan ketupat raya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, dan, ketupat, raya
Mawi dan Ekin kini bahagia bersama anak sulung mereka, Cahaya Malaika. Foto Sinar Harian Rosli Talib.

Mawi dan ketupat raya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, dan, ketupat, raya
Mawi dan Ekin pulang ke Johor untuk beraya. Foto Sinar Harian Rosli Talib.


SIAPA sangka, penyanyi Lagu Jiwa Lagu Cinta, Mawi hebat dalam menganyam ketupat.

Bukan semua orang boleh melakukannya kerana proses menganyam itu agak rumit.

Mawi memberitahu Sinar Harian Online bahawa dia mampu menganyam empat jenis ketupat iaitu ketupat katak, bawang, sate dan pasar.

“Ketupat itu saya anyam sendiri.  Mak saya boleh buat ketupat katak sahaja, bapa saya boleh buat ketupat bawang sahaja dan kakak saya pandai buat ketupat pasar dan ketupat sate.

“Jadi, saya belajar keempat-empat jenis,” katanya ketika ditemui dalam sesi fotografi sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Tidak terkecuali tahun ini, Mawi bakal menyediakan ketupatnya sendiri meskipun sibuk dengan perniagaannya.

“Tahun ini saya akan buat. Memang ketagih nak anyam ketupat. Setiap tahun saya mesti buat.

“Tahun lepas, ketupat sudah siap dianyam oleh mak dan kakak, tapi saya minta daun ketupat itu lagi untuk buat ketupat. Tak apa kalau tak dimasak, saya nak anyam juga,” katanya.

Dalam tempoh sehari, Mawi mampu menyediakan 200 hingga 300 biji ketupat.

Ketika menyentuh soal kenangan bersama arwah bapanya, Ani Ahmad, Mawi akui teringat rutin setiap tahunnya yang membonceng motosikal ayahnya di pagi raya untuk pergi ke masjid.

“Bukan hari raya saja saya kenang arwah bapa saya. Setiap hari saya ingat dia. Insya-ALLAH setiap kali saya balik Taib Andak saya akan pergi melawat kubur dia.

“Kenangan dengan dia di pagi raya untuk ke masjid, saya akan membonceng motosikal yang bapa saya bawa dan saya akan peluk bapa saya. Ini memang setiap pagi raya,” katanya.

Tambahnya, “tapi bila dah tak ada, saya nak peluk siapa ya? Tapi saya tetap bawa motosikal itu juga ke masjid tapi tak ada oranglah di belakang. Dalam perjalanan itu, saya akan terbayang kenangan dengan arwah.

Mawi juga memberitahu, bapanya akan membelikan martabak sardin untuk dirinya setiap hari.

“Kalau bulan puasa, setiap hari bapa saya akan belikan martabak untuk saya. Setiap hari. Mesti. Dulu saya suka sangat martabak sardi, jadi, setiap hari dia belikan untuk saya.

“Sekarang, kalau saya nak makan sardin, isteri saya, Ekin akan masakkan sambal sardin atau sardin masak kicap untuk saya,” katanya.

Berkongsi puasa mereka bersama Cahaya Malaika yang sudah berusia setahun setengah itu, Mawi dan Ekin akui seronok.

“Puasa sebelum ini kurang sedikit tapi kali ini, seronok sebab Cahaya dah pandai nak kuih, nak air. sebelum ini, bila bawa berjalan, dia tidur saja,” kata Ekin.

Mawi menambah, “saya sebagai bapa terlalu teruja sebab saya tak sabar nak bawa anak saya pergi beraya. Saya juga tak sabar nak pakaikan dia baju yang comel-comel untuk kami bawa dia beraya.”

Ceritera raya selebriti popular


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ceritera raya selebriti popular, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Akim, Fouziah Gous


Ceritera raya selebriti popular


KETIBAAN Syawal pastinya amat dinanti-nantikan bukan sahaja mereka yang beragama Islam di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

Tentu sekali, pada musim perayaan Aidilfitri inilah kita berpeluang untuk bertemu saudara mara dan mengeratkan silaturahim.

Malah, dalam sebulan berpuasa, tentunya ramai yang sudah mula membuat persiapan raya, seperti menempah atau membeli baju baru. Tidak kurang juga yang mula membuat kuih.

Tidak ketinggalan buat golongan selebriti terkenal yang mempunyai pelbagai cerita menarik menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma Khamis ini.

Ada yang teruja menjadi isteri, beraya bersama keluarga di kampung dan tidak kurang juga yang berduka kerana kehilangan insan tersayang. Ikuti cerita selebriti popular sempena Aidilfitri ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ceritera raya selebriti popular, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Akim, Fouziah Gous
Liyana Jasmay. - Foto ZULFADHLI ZAKI & IHSAN DARI FAISOL MUSTAFA


Teruja beraya dengan suami: Liyana Jasmay

Aktres kecil molek, Liyana Jasmay, 25, mengakui teraju menyambut Syawal buat pertama kalinya bersama suami tercinta, Fathuddin Mazlan, 29.

Menurut Liyana, dia dan suami tidak mempunyai masalah untuk beraya di mana terlebih dahulu kerana mereka berdua tinggal berjiran.

"Kalau bab beraya di mana dahulu memang tidak bergaduh kerana kami tinggal berjiran, jadi senang untuk kami berdua. Apatah lagi pada pagi raya kami sama-sama akan beraya di Taman Melawati terlebih dahulu.

"Pada sebelah tengah hari kami akan pulang ke Melaka bersama keluarga saya dan keesokannya pula akan pulang ke Kuala Pilah untuk beraya bersama keluarganya pula," ujarnya.

Liyana berkata, segala persiapan raya sudah dilakukan lebih awal dan mereka sepakat untuk mengenakan warna hitam pada hari pertama raya dan ungu pada raya kedua.

"Tahun ini saya tak sediakan banyak baju raya kerana tidak mahu membazir. Apatah lagi ada baju raya tahun lalu yang tidak sempat saya pakai," katanya.

Berkongsi pengalaman Ramadan pertama bersama suami, Liyana berkata, dia dan Fathuddin sempat bersama-sama menyambut bulan puasa di Sabah dan dia juga ada masakkan juadah bersahur dan berbuka buat suami tercinta.

"Suami saya tidak cerewet bab makan, asalkan makanan berasaskan sambal, itu memang kegemaran dia. Malah dia ada minta saya masak sambal sardin untuk makan bersahur.

"Memang seronok kehidupan berumah tangga, kerana ada orang yang boleh kita kongsi masalah dan menemani kita setiap masa. Malah walaupun sudah berkahwin, saya masih bersikap gila-gila seperti dahulu dan suami saya pula seorang yang suka membuat lawak. Tapi saya rasa bertuah kerana dia hanya bersikap sebegitu bila bersama saya," ujarnya yang akan bercuti sehingga September.

Dalam pada itu, Liyana akan muncul dalam sebuah rancangan berjudul Oh Kampungku bersama Liyana Jasmay yang akan ke udara pada hari raya nanti.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ceritera raya selebriti popular, Zizan Razak, Liyana Jasmay, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Akim, Fouziah Gous
Zizan. - Foto ZULFADHLI ZAKI & IHSAN DARI FAISOL MUSTAFA


Zizan teringat kenangan lama

Lain pula ceritanya dengan pelawak, penyanyi dan juga pelakon ini yang terkenangkan kisah rayanya semasa kecil.

Menurut Zizan, dek kenakalannya bermain mercun bersama kawan-kawan, jirannya pernah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Bagaimanapun, dia dan rakan-rakan lain bersyukur kerana mereka tidak ditahan kerana bapa kepada salah seorang rakannya itu juga adalah anggota polis.

"Kalau bercakap mengenai kenangan raya, kenangan ketika kecillah yang paling banyak. Cuma sekarang ini bezanya orang sudah kenal saya dan ke mana saya pergi orang akan tegur.

"Dulu saya dapat duit raya, kini saya pula beri duit raya dan orang yang datang ke rumah juga saban tahun semakin ramai," ujarnya.

Zizan berkata, selain berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, musim perayaan seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama Islam.

"Saya ada juga merancang untuk membuat rumah terbuka kali ini, tetapi tidak pasti pada hari raya ke berapa," katanya yang amat mementingkan kuih raya kerana baginya kuih raya adalah simbol pada hari raya.

Erra Fazira. - Foto ZULFADHLI ZAKI & IHSAN DARI FAISOL MUSTAFA


Erra terbang ke Eropah

Bagi pelakon, penyanyi, pengacara dan model terkenal, Erra Fazira, Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana, sama seperti tahun sebelumnya.

"Selalunya memang sederhana, tapi kali ini lebih sederhana sebab berkemungkinan besar raya ketiga atau keempat saya akan terbang ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa penggambaran drama bersiri dan telefilem.

"Ada antaranya yang saya terbitkan sendiri dan ada juga saya hanya sebagai pelakon sahaja. Ia juga melibatkan kerjasama dengan Umie Aida dan mungkin kami ada di sana lebih kurang dua minggu," ujarnya.

Erra berkata, segala persiapan sudah dilakukan lebih awal dan tumpuan lebih diberikan kepada puterinya, Engku Aleesya dan keluarga.

Dalam pada itu, Erra turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika musim perayaan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Apatah lagi, Erra yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini mengaku kesal dengan sikap lewa pemandu lain.

"Ketika kejadian saya berada di tengah-tengah kesesakan lalu lintas, tiba-tiba ada motor di belakang terus merempuh motor yang saya tunggang.

"Disebabkan motor saya menghalakan ke sebuah lori besar, saya terus mengambil keputusan untuk melepaskan motor saya, yang kemudiannya terperosok di bawah lori.

"Selepas kejadian penunggang tersebut memaklumkan kepada saya brek motornya tidak berfungsi. Saya agak kesal kerana kecuaian orang lain, saya yang jadi mangsa dan saya harap orang lain mengambil iktibar di atas kejadian seperti ini," katanya yang mengalami luka dan lebam di kaki dan tangan.

Beraya tanpa ayah: Dira

Ramadan dan Syawal tahun ini meninggalkan kenangan pahit buat pelakon dan pengacara, Dira Abu Zahar yang di duga dengan pemergian bapa tercinta, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang juga bekas Ketua Menteri Melaka.

Dira berkata, dia tidak dapat membayangkan suasana Aidilfitri yang mungkin akan disambut Khamis ini dan pastinya suasana akan banyak berbeza.

“Kemeriahan Aidilfitri tahun ini pasti jauh berubah berbanding sebelum ini kerana ketiadaan ayah. Ayah adalah segala-galanya bagi kami sekeluarga. Dialah ketua keluarga, dialah rakan dan dialah tempat kami mengadu.

“Kehilangannya satu kekurangan dalam keluarga kami. Namun, saya bersyukur kerana dia pergi dalam keadaan tenang, dalam bulan yang baik dan saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana meminjamkan kami seorang bapa yang baik dan sempurna di mata kami ini,” katanya.

Dira, anak bongsu keluarga berkenaan, turut bersyukur kerana diberi peluang untuk menjaga bapanya ketika terlantar sakit sejak lebih sebulan lalu.

“Memang niat saya hendak menjaga ayah sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah, ALLAH beri saya peluang itu dan kami sekeluarga berada di sisinya ketika dia dijemput Ilahi,” katanya.

Dira berkata, biarpun telah beberapa minggu bapanya pergi menemui Ilahi, namun dia masih terasa sedih dan kehilangan.

"Dia tempat saya mengadu dan saya juga amat rapat dengan arwah. Selepas ini fokus utama saya adalah untuk menjaga ibu, Datin Seri Khalijah Mohd Jedi dan saya juga sudah berjanji dengan arwah untuk menjaga emak," katanya.

Abu Zahar, 74, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir, Jasin, Melaka, kira-kira jam 5.45 petang, 12 Julai lalu akibat kencing manis dan masalah buah pinggang.

Kisah nakal Akim

Sementara itu, penyanyi yang kini terkenal dengan lagu Menunggu, Akim mengakui tatkala tiba Lebaran, dia teringat kisah nakal yang pernah dilakukannya ketika zaman persekolahan.

"Ketika itu saya masih kecillah. Kalau setiap kali raya, mesti ibu dan bapa kita ada sediakan duit RM1 untuk tetamu yang datangkan dan saya pula, setiap kali ke sekolah, saya akan ambil RM1.

"Bila diingat balik memang lucu dan kini saya pula mula memberi duit raya kepada tetamu yang datang terutamanya kanak-kanak," katanya.

Menurut Akim segala persiapan raya sudah pun siap dan dia tidak sabar untuk menanti Lebaran kerana ingin menikmati Burasak.

"Burasak adalah makanan orang Bugis, ia adalah pulut yang dimasak dengan santan dan pulut ini dibalut dengan daun pisang. Saya gemar menikmati Burasak yang dimasak oleh mak cik saya dan ia adalah Burasak yang paling sedap yang pernah saya makan," katanya yang akan muncul dalam telefilem Abang Long vs Kak Yong bersama Yana Samsudin pada Lebaran ini.

Ramadan terakhir bujang

Sambutan Syawal kali ini tentunya meninggalkan kenangan manis buat aktres cantik, Fouziah Gous yang sudah menjadi tunang kepada Zhafran Yusof sejak Jun lalu.

Apatah lagi, Ramadan dan Syawal kali ini adalah yang terakhir buat Fouziah dengan status anak dara.

"Insya-ALLAH ini Ramadan dan Syawal terakhir saya dengan gelaran tunangan orang. Rasa seronok juga apabila menyambut raya dengan gelaran tunangan orang.

"Bagaimanapun kami sebenarnya masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, tetapi yang pastinya akan dilangsungkan tahun ini juga. Bila segalanya sudah pasti, barulah saya akan maklumkan kepada media," katanya.

Menurut Fouziah, sepanjang Ramadan lalu, dia hanya membuat persiapan untuk berhari raya dan tidak sempat lagi membuat persiapan perkahwinan kerana sibuk dengan penggambaran.

"Saya membuat persiapan sesederhana mungkin kerana pada hari raya apa yang penting adalah bermaafan dan kunjung mengunjungi," katanya yang sudah melihat beberapa pakej perkahwinan dan akan menetapkan perkhidmatan mana selepas raya ini.

Soo Wincci teruja beri duit raya


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Soo Wincci, teruja, beri, duit raya
Soo Wincci

Soo Wincci teruja beri duit raya


PENYANYI antarabangsa, Soo Wincci berkongsi rasa terujanya buat pertama kali memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Berpuasa buat tahun kedua, Wincci seolah-olah sudah terbiasa dengan amalan itu.

“Tahun ini memang sangat istimewa. Banyak perkara berlaku. Walaupun saya perlu berlatih tarian ketika berpuasa, saya cuba bertahan.

“Tahun ini saya ada bagi duit raya. ‘Excited’ betul. Sekarang saya dah bagi tiga rumah kebajikan dan rancangannya saya akan beri lebih banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita tentang rancangannya itu, Wincci juga mahu ke rumah orang-orang tua bagi berkongsi kegembiraan di Aidilfitri.

Mengakui puasa buat tahun kedua ini lebih mudah baginya, Wincci turut mengajak pengurusnya yang juga berbangsa Cina untuk berpuasa sama.

“Tahun ini dan tahun lepas saya dapat rasa nikmat keistimewaan makanan ketika berbuka puasa. Memang lain.

“Saya turut ajak pengurus berpuasa sama-sama dengan saya dan ibu bapa saya belikan kurma untuk saya,” katanya yang mengeluarkan lagu Salam Aidilfitri sempena hari raya, tahun ini.

Wincci juga berazam untuk memakai baju kurung sepasang setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

“Tahun ini, saya berazam. Saya pakai baju kurung setiap hari. Sekurang-kurangnya sehelai sehari. Sebab sebelum ini, saya tak pernah pakai.

“Saya juga ada menerima kiriman baju kurung dan kuih raya dari peminat. Tapi saya tak galakkan sebab saya tak mahu mereka membazir duit,” katanya yang begitu terharu dengan kiriman peminat-peminatnya itu.

Bercakap tentang perancangan hari rayanya, Wincci berkata, dia mahu beraya sakan tahun ini.

“Tahun lepas saya tak dapat beraya. Jadi, tahun ini saya akan beraya ke rumah rakan-rakan artis lain. Itu pun selepas minggu pertama rayalah. Saya nak makan lemang, ketupat, rendang dan kuih raya.

“Ada yang dah jemput saya. Tapi saya kena cari waktu terluang sebab saya perlu hadiri kem tarian sebagai persiapan untuk konsert saya nanti,” katanya.

Aidilfitri Didie Alias tanpa ayah


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aidilfitri, Didie Alias, tanpa, ayah
Didie Alias

Aidilfitri Didie Alias tanpa ayah


KEHILANGAN insan tersayang sudah pasti menyentuh hati terutama apabila menjelang sambutan Aidilfitri.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias turut tidak terkecuali apabila ayah tercinta pergi menyambut seruan Illahi, tahun lalu.

Didie mengambil kesempatan untuk menemani ibunya di Melaka sempena Aidilfitri kali ini, sebelum pulang ke Negeri Sembilan.

 “Raya tahun ini tak berapa meriah sangat kerana ini tahun pertama saya beraya tanpa ayah.

“Tahun lepas, pada hari raya ayah saya meninggal dunia. Jadi, tahun ini kami hanya menemani ibu di Melaka. Kemudian, baru kami pulang ke Negeri Sembilan pula,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, kehilangan tersebut begitu dirasai pada malam terawih pertama.

“Memang perasaannya berlainan. Kita dapat rasa pada terawih yang pertama lagi. Malam itu mak telefon saya dan suara dia ‘low’ sangat. Iyalah orang tua kan, ke mana-mana mereka berdua.

“Masa itu dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas terawih, mak telefon. Ketika sedang berbual, tiba-tiba dia berhenti sekejap bercakap. Jadi, saya fahamlah. Sepatutnya, dia balik terawih mesti dengan arwah.

“Saya rasa bersalah dan saya terus balik kampung bawa anak-anak untuk berbuka bersama nenek mereka. Nampaklah mak gembira tapi kita tahu dalam hati dia macam mana sebab pemergian ayah masih baru lagi,” katanya dengan nada sebak.

Bercakap tentang tugasnya sebagai pelakon, isteri dan ibu, Didie akui mengutamakan keluarga pada bulan Ramadan kali ini.

“Untuk bulan puasa kali ini, memang saya kurangkan aktiviti seni. Banyak masa saya di rumah.

“Setiap kali sahur di rumah, sebagai isteri dan ibu, dah memang tanggungjawab saya mengejutkan mereka bangun sahur setiap hari,” katanya.

Didie juga memilih untuk memasak sendiri berbanding membeli juadah di bazaar Ramadan.

“Memang saya suka memasak berbanding beli di bazaar Ramadan. Kadang-kadang menu yang dijual tak memenuhi kehendak kita.

“Menu yang saya masak untuk keluarga macam-macam. Ada saja menu berlainan setiap hari. Anak-anak ‘order’ nak makan spageti, nak makan itu, nak makan ini. Saya masaklah. Saya kan chef mereka di rumah,” katanya berseloroh.

Hafiz cuti raya 2 minggu


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Hafiz, cuti, raya, 2, minggu
Hafiz

Hafiz cuti raya 2 minggu


PENYANYI Bahagiamu Deritaku, Hafiz Suip bakal bercuti selama dua minggu sempena perayaan Aidilfitri, tahun ini.

Hafiz baru saja melancarkan album ketiganya berjudul Hafiz Suip: Luahan Hati Anak Seni, Jun lalu.

Ketika artikel ini ditulis, Hafiz sudah pun berada di Bumi Kenyalang bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

“Ramadan kali ini, lebih kepada meluang masa bersama anak-anak yatim, warga tua dan berbuka puasa bersama peminat.

“Saya balik Kuching 31 Julai ini. Saya cuti raya selama dua minggu. Persiapan raya ada buat sikit-sikit. Tolong-tolong keluarga, maklumlah saya anak merantau,” katanya dengan nada bergurau kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Hafiz sempat berkongsi menu istimewa di tanah kelahirannya iaitu Bubur Pedas.

“Menu wajib di pagi raya semestinya saya suka rendang dan ketupat buatan nenek saya.

“Satu lagi yang saya nak kongsi, menu yang sudah nak cari di Semenanjung, Bubur Pedas,” katanya.

Penyanyi berusia 23 tahun ini turut menyediakan duit raya buat kanak-kanak yang bakal bertamu ke rumahnya.

“Saya ada sediakan juga duit raya untuk adik-adik yang datang ke rumah saya untuk beraya nanti,” katanya.

Aidilfitri peluang Najip jumpa teman lama


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Aidilfitri, peluang, Najip, jumpa, teman, lama
Najip Ali

Aidilfitri peluang Najip jumpa teman lama


AIDILFITRI menjadi medan pertemuan antara keluarga dan sanak saudara untuk mengeratkan tali silaturahim yang terjalin.

Berbeza dengan produser dan pengacara terkenal, Najip Ali yang mengambil peluang cuti hari raya ini untuk bertemu kawan-kawan lama yang senasib dengannya.

“Mak ayah saya dah lama tak ada. Adik-beradik pun sibuk dengan keluarga masing-masing di Singapura.

“Jadi, hari raya merupakan waktu rehat saya dan saya akan pergi berjumpa kawan-kawan lama yang senasib dengan saya... mungkin pergi Bali, Langkawi. Tahun ini, saya akan ke Bali, sekali lagi,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Najip, jika tidak bertemu kawan-kawannya pada hari raya pertama, dia akan bertemu anak-anak buahnya untuk diberikan duit raya.

“Jika tidak, saya akan beri duit raya pada anak-anak buah dan pada hari raya kedua saya akan pergi bercuti,” katanya yang menjalani ibadah puasa di Malaysia, tahun ini.

Bercakap tentang perkembangan seninya di Malaysia, anak kelahiran Singapura ini terlibat dalam penerbitan di Astro.

Mawi, Ekin raya sakan


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, Ekin raya, sakan
Mawi dan Ekin ulang alik Kulai-JB.

Mawi, Ekin raya sakan


SETIAP tahun, pertelingkahan untuk menentukan lokasi berhari raya sudah menjadi perkara biasa bagi pasangan suami isteri.

Mana tidaknya, jika suami di Kelantan dan isteri pula di Pulau Pinang, tentunya menjadi kesulitan untuk meraikan 1 Syawal bersama.

Tambahan pula, sekiranya suami tidak mengamalkan toleransi, sudah pasti si isteri berendam air mata untuk menyambut Syawal bersama keluarganya.

Namun, bagi pasangan selebriti popular, Mawi dan Ekin, perkara sebegini tidak akan terjadi dalam kehidupan mereka kerana berasal dari negeri yang sama.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 32, tidak perlu bertegang urat untuk pulang ke kampung halaman kerana mereka dapat meraikan 1 Syawal di dua lokasi.

"Alhamdulillah, syukur kerana kami berdua berasal dari Johor. Untuk tahun ini, giliran kami beraya di kampung halaman Ekin, Johor Bahru (JB).

"Namun, selepas itu, kami terus ke Kulai untuk beraya dengan keluarga saya. Lagipun, perjalanan dari JB ke Kulai tak sampai dua jam pun.

"Jadi, tidak pernah ada masalah bila pulang ke kampung kerana kami akan ulang alik dalam masa seminggu bercuti raya itu," kata anak jati Felda Taib Andak ini.

Mawi- Ekin


Sertai marhaban

Sambutan Aidilfitri di setiap tempat dan daerah pastinya berbeza, malah ada di kalangan kelompok masyarakat Melayu yang masih mengamalkan budaya marhaban.

Perkara ini turut diakui Mawi apabila kawasan tempat tinggalnya masih mengamalkan konsep marhaban.

Tidak pernah ketinggalan dalam menyertai kumpulan itu, menurut Mawi, dia mula menyertai marhaban sejak kecil lagi.

"Saya memang tak pernah ketinggalan untuk menyertainya. Selepas beraya di JB, saya akan segera balik ke Kulai agar tidak terlepas.

"Mungkin di tempat lain, sambutan ini sudah ditinggalkan, namun kami tetap mengamalkannya.

"Selepas sembahyang raya, kami sekumpulan akan mengunjungi setiap rumah yang ada di sepanjang blok rumah sehinggalah sampai waktu Zuhur.

"Pada petang pula, golongan wanita pula yang akan melakukannya. Begitulah suasana raya kami setiap tahun," kata Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini.

Tambah isterinya, Norashikin Rahmat atau Ekin, sebelum ini, dia tidak pernah menyaksikan kumpulan marhaban seperti itu.

"Ia pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini saya tidak pernah menyaksikan marhaban. Lagipun, suasana raya di Kulai sangat meriah," katanya yang kini sibuk dengan syarikat kecantikan dan kesihatan, Uniquien.

Buah hati Mawi dan Ekin, Cahaya.


Malaika penyeri Aidilfitri

Tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Aidilfitri bertiga dengan kehadiran puteri kesayangan, Cahaya Malaika, 18 bulan.

Walaupun tahun kedua, ia sama seperti tahun pertama malah, Aidilfitri tahun ini lebih bermakna apabila Cahaya kini semakin membesar dan petah berbicara.

"Pada hari raya tahun lalu, Cahaya masih kecil dan suasana tidak semeriah tahun ini.

"Dia adalah penyeri Aidilfitri kami pada tahun ini. Bukan sahaja dengan suara keluarga dan sanak saudara, malah suara Cahaya juga menghiasi suasana," katanya yang turut mengakui minatnya dalam mengumpul kasut kanak-kanak untuk Cahaya.

Bertanya mengenai pengalaman beraya di keluarga mertua, ia bukanlah perkara ganjil buat Mawi kerana ada di antara hidangan yang dirindui sekian lama.

Menurut Mawi, sebelum berkahwin dengan Ekin, dia tidak pernah menyentuh dan merasai hidangan Laksa Johor.

"Walaupun saya orang Johor, tapi saya tak makan Laksa Johor. Saya sendiri tidak pandai nak makan laksa itu kerana ia menggunakan spageti.

"Maklumlah, saya ni kan orang Felda, mana biasa dengan makanan seperti itu. Namun, setelah merasai hidangan yang dibuat ibu mertua, saya jadi gian nak makan.

"Setiap kali raya, ibu mertua saya akan buat Laksa Johor dan saya akan makan dengan cara saya sendiri. Saya akan gaul dengan kuah yang banyak dan makan menggunakan tangan. Fuhhh, memang sedap," katanya sambil ketawa.

Mawi dan Ekin teruja membawa Cahaya beraya buat pertama kali.


Gian nak anyam ketupat

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain memiliki suara yang lunak, Mawi juga mempunyai kemahiran membuat ketupat anyam.

Malah, setiap kali musim perayaan, perkara yang akan difikirkan terlebih dahulu ialah aktiviti anyam ketupat.

"Saya memang gian nak anyam ketupat. Jika saya sampai di rumah setelah ketupat siap dianyam, saya akan anyam juga untuk kepuasan diri.

"Selain dari ketupat bawang, saya juga mahir dalam membuat ketupat sate, katak dan pasar. Setiap satunya saya belajar daripada ibu, ayah dan kakak.

"Saya beruntung kerana saya belajar semua daripada mereka kerana mereka hanya pandai menganyam satu daripadanya sahaja," katanya.


Terkenang arwah bapa

Bertanya mengenai pengalaman raya dan puasa pasangan ini, Mawi turut mendedahkan kisah nakalnya sewaktu kecil di bulan puasa.

Katanya, ketika berusia sembilan tahun, ibu bapanya telah mendidik untuk berpuasa penuh dengan paksaan.

"Ketika itu, saya memang kena paksa puasa kerana saya tak rela bila melihat ramai di kalangan rakan-rakan masih tidak berpuasa dan ada juga yang separuh hari.
"Tapi, sebab takutkan mak dan ayah, saya kena puasa. Jadi, bila kena paksa tu, macam-macam perangai yang saya buat.

"Bila sampai waktu petang, saya mula membuat 'onar'. Saya akan guling-guling dan meraung kelaparan. Sepanjang bulan Ramadan, saya akan berperangai seperti itu.

"Tak tahan mendengar rengekan saya, mak terus memberi kebenaran untuk saya berbuka. Tapi, bila fikirkan balik, dua jam saja nak berbuka, saya tak makan.

Tunggu juga waktu berbuka sehingga cukup sebulan berpuasa," katanya yang turut merindui arwah bapanya, Ani Ahmad, yang meninggal dunia hampir tujuh tahun lalu.

Menurut Mawi, setiap kali Aidilfitri menjelma, rasa rindu itu semakin menebal sehingga membuatkannya sebak.

"Setiap kali raya, saya akan menemani arwah ayah ke masjid untuk sembahyang raya. Dia akan membawa motor dan saya memboncengnya.

"Namun, bila dia sudah tiada, saya pergi ke masjid seorang diri. Ketika dalam perjalanan di atas motor itu, air mata saya akan menitis mengenangkan ayah.

"Malah, saya turut membayangkan untuk membawa anak pula selepas ini untuk membonceng saya ke masjid di pagi raya," kata pelantun lagu Al Haq ini.


Padah main mercun

Jika Mawi dengan cara berguling-guling, Ekin pula memberitahu sewaktu usianya sembilan tahun, dia masih belum berjaya berpuasa penuh.

"Masa usia itu, saya masih lagi puasa 'yak yok'," katanya sambil ketawa.

Bertanya mengenai pengalaman raya yang sukar dilupakan, Ekin memberitahu, peristiwa itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Ketika itu, saya dan Aien, sedang main bunga api. Seperti pasangan kembar yang lain, kami juga gemar mengusik.

"Masa tengah seronok main, bunga api yang saya pegang terkena muka Aien. Dia terus menangis dan ibu terus membawanya ke klinik.

"Kecederaan di muka Aein agak teruk apabila kulit mukanya melecur dan berkudis.

"Saya memang rasa bersalah dengan Aien dan minta maaf. Tapi, Aien merajuk dan tak nak maafkan saya.

"Syukur Alhamdulillah, kesan melecur itu hilang bila meningkat remaja. Selepas insiden itu, kami dah fobia nak main bunga api," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan