Cari Artikel

Saturday, August 10, 2013

Ibu Kepada Arja Lee, Misiku Kuza, meninggal dunia


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ibu, Kepada, Arja Lee, Misiku Kuza, meninggal dunia
Arja bersama arwah ibunya. - Foto Instagram Arja Lee

Ibu Kepada Arja Lee, Misiku Kuza, meninggal dunia


IBU kepada pelakon Misiku Kuza, Arja Lee, Salmah Aziz, 60 telah kembali ke rahmatullah awal pagi.

Berita itu disampaikan Arja sendiri melalui laman mikro Twitter miliknya.

"Assalamualaikum, ibu baru saja kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi.

"Tuhanku, Kau lebih menyayanginya berbanding kami," tulisnya.

Menurutnya juga, jenazah sudah selamat dimandikan dan bakal disembahyangkan sebelum solat Jumaat.

"Alhamdulillah, jenazah ibu saya sudah selamat dimandikan.

"Akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1, Bandar Mahkota Cheras, sebelum solat Jumaat," tulisnya lagi.

Arwah menderita kanser lelangit sejak 13 tahun lalu dan dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang pada Disember lalu.

Difahamkan, keadaan ibunya semakin teruk sejak awal Julai lalu.

iskandarX: al-Fatihah kepada si Arwah.

Ayu Raudhah, Suami Semakin Sayang


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ayu Raudhah, Suami, Semakin, Sayang, Zaquan Adha
Ayu Raudhah dan Suami Zaquan Adha
Ayu Raudhah, Suami Semakin Sayang


SEJAK melahirkan putera sulungnya, memang agak jarang kita mendengar kisah pelakon jelita, Ayu Raudhah tambahan pula karier lakonannya juga agak sepi.

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen tempatan, sebenarnya Ayu kini sedang meniti kebahagiaan bersama putera kesayangan, Muhammad Aisy Qaiser dan suami tercintanya, Zaquan Adha.

Menurut Ayu, dia mengambil keputusan untuk berehat dari bidang lakonan sementara usia anaknya yang masih kecil.

"Memang sepanjang bulan puasa ini Ayu rehat di rumah jaga Aisy. Sebelum ini Ayu ada ambil satu tawaran tapi sepanjang sesi penggambaran kepala asyik teringatkan dia.

"Kesian sebab masih kecil sudah ditinggalkan. Tunggulah dia besar sedikit sampai lima atau enam bulan baru saya akan kembali aktif berlakon," ujarnya.

Tambah Ayu bukan sahaja dirinya merasai perkara itu, malah suaminya juga turut menunjukkan perubahan sepertinya.

"Sekarang ini apa sahaja saya dan suami lakukan mesti ada berbezaan sejak ada Aisy dalam hidup kami. Suami pun kalau keluar akan selalu telefon dan buat panggilan video bertanyakan tentang anak kami. Padahal setiap hari sudah jumpa.

"Saya boleh lihat perubahan itu, suami semakin menyayangi dan lebih mengambil berat," katanya.

Raya lebih meriah


Menyentuh mengenai persiapan raya yang tinggal kurang seminggu saja lagi, Ayu akui semuanya telah disediakan awal-awal lagi.

Menurutnya, walaupun segala persiapan sambutan Aidilfitri kali ini dilakukan secara sederhana, namun kemeriahannya masih terasa.

"Semuanya saya sudah sediakan awal-awal sebab takut kelam kabut. Maklumlah sekarang kami sudah bertiga.

"Untuk saya dan suami memang biasa-biasa sahaja tapi untuk Aisy memang kami utamakan. Setiap kali keluar beli barang-barang mesti akan beli baju dia. Memang kami tidak sabar sambut raya dengannya," kata Ayu teruja.

Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan hari raya, Ayu memberitahu tahun ini dia akan beraya di kampung halamannya di Kedah.

"Hari raya pertama saya akan berada di Kedah sampai hari raya ketiga dan selepas itu baru balik ke Seremban.

"Tahun ini juga kami ada merancang untuk buat rumah terbuka. Tapi mungkin selepas dua minggu beraya," tambahnya.

Kongsi kenangan lucu


Pelakon jelita ini turut tidak ketinggalan berkongsi memori lucu ketika pertama kali menyambut hari raya bersama suami yang sehingga kini masih lagi segar dalam ingatannya.

"Bila cerita pasal raya, Ayu memang tidak boleh lupa kisah lucu kami berdua semasa sambut hari raya dua tahun lalu.

"Masa itu saya memang sudah siapkan persiapan baju raya kami awal-awal. Lepas tempahan siap kami terus hantar baju-baju itu untuk dicuci di dobi.

"Bila pagi raya, baju suami saya nampak senteng dan kecil berbanding sebelumnya. Masa kami cuba pakai semasa tempahan siap memang kami tidak ada masalah dengan ukurannya.

"Mujurlah ketika itu kami ada baju lain. Memang itulah memori kelakar saya bersama suami ketika pertama kali sambut raya," katanya sambil tertawa.

Dalam perkembangan lain, Ayu bakal tampil dengan telemovie raya 'Tiba Masanya' untuk siaran TV Alhijrah pada hari raya kedua nanti.

Peluang Baik nie Soo Wincci tak tolak jodoh lelaki Melayu..Yahoo..!!!


Soo Wincci

Soo Wincci tak tolak jodoh lelaki Melayu


SOAL jodoh pernah menjadi satu kerisauan buat penyanyi terkenal berdarah Tionghua, Soo Wincci.

Pernah dibadai kekecewaan sebelum ini, sedikit sebanyak membuatkan penyanyi berusia 28 tahun ini putus asa untuk menjalin cinta.

"Saya pernah cuba menjalin hubungan cinta sebelum ini tapi tak menjadi. Ada saja masalah.

"Memang ada rasa putus asa. Jadi, saya ambil keputusan untuk fokus pada karier," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Wincci menyumbangkan sepasang kasut kepada pihak media yang membantunya selama ini.

Ketika ditanya soal kemungkinan jodohnya dengan lelaki Melayu, Wincci tidak menolak.

"Saya tak tolak kalau pasangan saya Melayu.

"Kerjaya saya boleh pilih nak itu nak ini tapi kalau jodoh tak boleh pilih," katanya yang belum pernah menjalin cinta dengan jejaka Melayu.

Tambahnya, "kalau orang itu bukan untuk kita, usaha macam mana pun, tetap tak jadi punya."

Kehidupan seharian Wincci terlalu sibuk sehinggakan Wincci hanya mempunyai waktu tidur yang terlalu singkat.

Ekoran terlalu sibuk, ayah Wincci pernah merajuk gara-gara terlalu susah untuk bertemu.

"Ayah saya marah sebab nak jumpa saya kena buat temujanji.

"Tapi sekarang dia dah faham," katanya sambil ketawa kecil.

Dalam perkembangan lain, Wincci baru saja mengeluarkan lagu terbaru sempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Salam Aidilfitri.

Wincci bakal kembali ke Taiwan pada November nanti untuk meneruskan urusannya di sana.

Selain itu, Wincci juga bakal muncul dalam program TV terbaru yang bakal menjalani penggambaran selama tiga bulan.

Betul Ker Benjy sah bercerai kali kedua Nie?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Betul, Ker, Benjy, Sah, Bercerai, Kali Kedua, Nie
Benjy

Betul Ker Benjy sah bercerai kali kedua Nie?


KUALA LUMPUR - Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sah bercerai talak satu dengan isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Penceraian itu adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu.

Lafaz cerai disebut Benjy pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor.

Permohonan cerai dikemukakan Safiya mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudian mengesahkan jatuh takla satu ke atas Safiya dan memerintahkan Safiya menjalani edah sebanyak tiga kali suci.

Dalam pada itu, sebelum melafazkan cerai, hakim meminta mereka bersalaman dan bermaafan, antara mereka sebagai pasangan suami isteri sebelum bercerai.

Seketika, suasana diselubungi pilu apabila Benjy dilihat mencium dahi isterinya buat kali terakhir, sambil memohon maaf, manakala Safiya bersalaman dan mencium tangan Benjy.

Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Benjy, iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk berpisah dengan baik.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan peguam syarie, Hazirah Othman yang mewakili Safiya, 30, kedua-dua pasangan itu bernikah pada 9 Februari 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Firdaus Juan Benjamin, 7.

"Mereka pernah bercerai talak satu pada Julai 2008 dan rujuk semula pada hari yang sama,"katanya.

Peguam itu turut memaklumkan, Benjy dan Safiya sudah tinggal berasingan sejak 2010.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, pelakon yang mencetus kontrovesi kerana pernah didakwa sekali lagi berhubung kes dadah pada 2 Julai lalu itu bersyukur kerana semuanya berjalan aman.

"Hubungan kami baik dan kami masih lagi berkawan," katanya.

Menurutnya, mereka berdua telah bersetuju untuk menjaga anaknya, Firdaus secara bergilir-gilir.

"Soal raya tiada masalah kerana kami berdua akan beraya bersama Firdaus di Kuala Lumpur," katanya.

Mawi dipaksa berpuasa?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, Dipaksa, Berpuasa
Kapsyen: Mawi dan Ekin kini bahagia bersama anak sulung mereka, Cahaya Malaika. Foto Sinar Harian Rosli Talib.

Mawi dipaksa berpuasa?


MACAM-macam kerenah anak kecil dalam bulan Ramadan. Bagi penyanyi yang pernah menjadi fenomena sebelum ini, Asmawi Ani atau Mawi, dia pernah berpuasa tanpa kerelaan hati.

Menurut Mawi, ketika disuruh berpuasa, dia merengek dan berguling-guling di lantai tanda protes mahu berbuka. Ketika itu usianya baru mencecah sembilan tahun.

“Masa kanak-kanak, saya masih ingat. Apabila berpuasa, saya dipaksa berpuasa.Puasa bukan sebab kerelaan hati saya. Mak saya paksa saya puasa. Dia kata sebab saya dah besar. Kena belajar puasa.

“Apabila saya pergi sekolah, kawan-kawan ada yang cakap puasa setengah hari. Jadi, balik rumah saya tanya mak saya, boleh tak saya nak berbuka tengah hari ini tapi mak tak bagi,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi sempena hari raya, baru-baru ini.

Menurutnya, sesi merengek dan berguling itu berlaku sepanjang bulan Ramadan pada jam 5 hingga 7 petang.

“Apa yang saya tak boleh lupa, pukul 5 hingga 7 petang, saya akan merengek dan berguling-guling di lantai nak makan.

“Setiap hari, sepanjang bulan Ramadan saya begitu. Apabila mak dah bosan dengan rengekan saya, mak bagi saya makan tapi saya tak makan sebab apabila fikir balik, saya pula rasa sayang nak berbuka,” katanya.

Meskipun dipaksa, namun puasanya itu cukup sebulan. Kenangan itu membuatkan pelantun lagu Al-Haq ini tersenyum apabila teringat kembali gelagatnya itu.

Sementara itu, sejak kecil Mawi telah menyertai kumpulan marhaban di kawasan tempat tinggalnya. Oleh itu, setiap tahun Mawi akan pulang ke kampungnya di Kulai untuk menyertai marhaban tersebut.

“Di tempat saya, mereka akan buat marhaban setiap tahun. Kami kena habiskan kesemua rumah yang ada dalam blok kami pada hari raya pertama iaitu selepas sembahyang raya sampai waktu Zuhur.

“Saya memang menyertai Marhaban itu dari dulu sampai sekarang. Saya tak boleh terlepas, saya mesti balik,” katanya.

Isterinya, Norashikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin pula menyifatkan marhaban tersebut sesuatu pengalaman baru untuknya.

“ Itu pengalaman baru buat saya. Pagi raya di kampung memang meriah sebab mereka datang dari rumah ke rumah untuk marhaban.

“Saya tak pernah ada pengalaman macam itu. Seronok tengok sebab saya memang tak pernah tengok sebelum ini,” katanya.

Tahun ini, Mawi sekeluarga bakal pulang ke Johor untuk menyambut Aidilfitri.

Julia Robert Runsing sikap anak buah


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Julia Robert, Runsing, sikap, anak, buah, Emma Robert
Julia Robert dan Anak Buahnya, Emma Robert

Julia Robert Runsing sikap anak buah


Aktres jelita ini mengakui bimbang terhadap kehidupan Emma Roberts yang semakin tidak tentu arah.

Menurut Julia Roberts, kebimbangannya itu semakin kuat apabila anak buahnya itu sudah tidak mampu dikawal.

"Dia baru sahaja berusia 22 tahun, namun sikapnya bersama teman lelaki sangat merunsingkan saya dan keluarga. Kami bimbang dia akan mengikuti jejak langkah Lindsay Lohan.

"Kami tidak tahu mengapa dia jadi begitu sedangkan kariernya sedang meningkat kini.

"Kerana itu, saya terpaksa mengadakan perjumpaan dengan ahli keluarga dalam masa terdekat," kata pelakon Mirror Mirror ini.

Kenapa Selena Gomez lindungi Justin Bieber?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Kenapa, Salena Gomez, Lindungi, Justin Bieber
Salena Gomez

Kenapa Selena Gomez lindungi Justin Bieber?


Bintang remaja, Selena Gomez memberitahu, dia tidak akan sesekali memburukkan Justin Bieber.

Akuinya, dia dan Bieber pernah mempunyai sejarah bersama.

"Saya sentiasa mengambil berat terhadapnya, malah saya juga akan cuba melindunginya jika ada sesiapa yang cuba menyakiti dia.

"Walaupun kami bukan pasangan kekasih lagi, tetapi saya tidak mahu bermusuh dengannya," kata pelantun lagu Who Says ini.

Aik...? Johnny Depp sedia bersara?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Johnny Deep, Sedia, Bersara
Johnny Deep

Aik...? Johnny Depp sedia bersara?


Pasti peminat aktor versatil ini terkejut mendengar berita dia akan berhenti berlakon tidak lama lagi.

Menurut bintang Lone Ranger ini, sudah tiba masanya dia berehat dari bidang lakonan setelah lebih 29 tahun menjadi pelakon.

"Rasanya sudah terlalu lama saya bekerja sehingga saya lupa untuk menjalankan kehidupan seperti orang lain.

"Bayangkan, setiap hari hidup saya hanya dihabiskan dengan membaca skrip sahaja," katanya.

Inilah Rahsia kecantikan Linda Hashim


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Inilah, Rahsia, kecantikan, Linda Hashim
Beego dan Linda Hashim

Inilah Rahsia kecantikan Linda Hashim


MESKIPUN lebih 10 tahun berada dalam industri seni, namun kelibat wanita manis ini bagai tidak disedari segelintir peminat seni. Mengakui bukan mengejar populariti sebaliknya mencari rezeki, pelakon berusia 29 tahun ini berkata, dia tidak kisah walaupun tidak ramai mengenalinya.

Baginya, cukuplah sekadar dapat memuaskan hati menjadi pelakon, itu sudah memadai. Walhal, bukan satu atau dua, namun wajahnya sentiasa terpapar di kaca skrin. Malah kerana kekerapannya muncul dalam pelbagai drama, dia juga pernah digelar ratu telenovela, namun semua itu masih belum membuktikan dirinya cukup popular dan dikenali.

Bagaimanapun, di sebalik semua itu, pasti ramai perasan sesuatu yang menarik mengenai isteri kepada pelakon Beego ini. Selain mempunyai kulit yang cantik, bentuk tubuhnya sentiasa maintain dari dulu hingga kini.

Tidak kisah berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan yang menjadi amalannya sehingga hari ini, akui pemilik nama Linda Hashim ini, dia sememangnya cukup obses dan mementingkan penjagaan diri.

Pengertian cantik bagi anda?


Kecantikan dalaman adalah lebih penting berbanding kecantikan luaran. Cantik luaran ini boleh wujud dari segi bersolek, cara kita berpakaian dan sebagainya. Namun cantik dalaman hanya akan wujud jika diri seseorang itu ikhlas dan bersih hatinya. Malah, jika wajah mereka tidak sesempurna mana pun, kecantikan itu tetap akan terserlah kerana kecantikan hatinya.

Dari dulu sehingga ke hari ini anda masih maintain cantik, apa rahsia anda?


Saya boleh dikategorikan sebagai vegetarian. Saya sangat gemar makan sayur dan setiap hari sayur adalah menu utama saya. Sebenarnya itulah rahsia saya kekal langsing sehingga ke hari ini.

Bagaimana pula anda mengawal pemakanan anda?


Seperti yang saya katakan, makan sayur tidak akan memberikan sebarang kesan kepada kenaikan berat badan, bahkan ia membantu kita mendapat tubuh yang sihat dan kulit yang cantik juga.

Makanlah banyak mana yang kita nak, badan pasti takkan naik. Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak makan nasi, saya tetap makan tetapi boleh dikira. Misalnya sekali atau dua kali seminggu sahaja, itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Berapa berat anda kini?


Sekarang berat saya 48 kilogram, saya tidak kisah berat saya naik namun ia tidak akan sesekali lebih 50 kilogram. Lagipun, saya rasa ini berat ideal bagi saya.

Boleh beri tip kepada mereka yang ingin tampil langsing seperti anda?


Tiada sebarang tip atau petua, cuma jika anda benar-benar hendak mendapat berat yang ideal, eloklah mulakan dengan menggantikan makanan yang berat dengan sayur atau buah.

Seperti yang saya lakukan, saya meninggalkan makanan berminyak dan santan. Malah suami turut menyokong cara saya. Lebih menarik, kami akan berbincang menu apa  hendak dimakan. Yang pasti, hanya makanan yang sihat dan mempunyai nutrien akan diambil.

Di bulan Ramadan ini, adakah anda turut tidak mengambil makanan berat?


Terpulang kepada keadaan, jika badan lemah dan perlukan tenaga, saya lebih senang makan daging. Namun, ia tetap perlu dikawal.

Adakah anda gemar bersenam?


Saya memang jarang bersenam sebab tidak mempunyai masalah berat badan, kalau dah berpeluh pun kira okey untuk badan. Cuma kalau nak turunkan berat barulah dicadangkan untuk makan sayur dan mengamalkan senaman. Tetapi bukan makan ulam, kerana ulam tidak mengenyangkan sebaliknya untuk awet muda dan ubat.

Dari segi penjagaan wajah pula bagaimana?


Setiap kali pulang ke rumah selepas shooting, saya akan pastikan muka dicuci sebersihnya. Lagipun, siang hari muka tidak dapat bernafas kerana ditutup alat solek, jadi malamlah masa ia berehat.

Rajin lakukan facial?


Ya, memang perlu, biasanya kalau tak sibuk saya akan mendapatkan rawatan facial yang lengkap, tetapi kalau sibuk saya melakukan sendiri mask, toner dan scrub di rumah.

Adakah anda mengambil sebarang suplemen?


Suplemen dan vitamin amat penting untuk kulit dan kesihatan kita. Sebab itu setiap hari saya akan ambil vitamin C dan E, pun begitu, saya juga ada makan makanan tambahan yang lain.

Aktiviti masa lapang?


Susah nak cari masa lapang saya, tetapi kalau ada saya hanya akan berada di rumah sahaja, sama ada mengemas rumah atau masak itulah aktiviti saya. Sekarang ni dah bersuami, lagilah saya luangkan masa dengan dia.

Sedikit perkembangan terbaru anda?


Sekarang ni saya dan suami ada uruskan sebuah produksi. Selain itu, saya akan terlibat dengan penggambaran drama selepas hari raya ini.

Seni tradisional kurang pelapis


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Seni, tradisional, kurang, pelapis
Seni tradisional kurang pelapis. - Gambar Hiasan

Seni tradisional kurang pelapis


PELAPIS baru dalam bidang warisan tradisional seperti teater, mak yong, kuda kepang dan sebagainya kurang mendapat perhatian generasi muda.

Apatah lagi, golongan tersebut cenderung memilih bidang nyanyian dan lakonan kerana ia dilihat mempunyai nilai komersial tinggi berbanding muzik asli atau teater.

Selaku Ketua Pengarah Istana Budaya (IB), Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, bagi menghidupkan warisan tradisional, pihaknya menubuhkan program Generasi Y.

“Kami memberi peluang kepada golongan muda agar berkarya di pentas Istana Budaya supaya mereka dapat menarik generasi muda untuk sama-sama memperjuangkan warisan kita.

“Malah saya juga galakkan tenaga muda seperti kru produksi, pengarah, pelakon atau penyanyi melibatkan diri secara aktif dalam teater.

“Demi mereka, kami berusaha sebanyak mungkin agar mereka dapat terus berkarya dengan menyediakan kemudahan teknikal seperti penari, pelakon tambahan dan orkestra,” katanya.

Mendapat sokongan sepenuhnya oleh pihak IB dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Juhari berkata, yuran yang dikenakan juga berpatutan agar penyertaan tidak dibebani dengan masalah kewangan.

“Sebab itulah, pentas mereka sentiasa penuh kerana kami sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk memajukan lagi industri seni.

“Apatah lagi ramai penggiat seni muda di luar sana mempunyai bakat lakonan atau nyanyian namun tidak dikomersialkan.

“Di IB, kami boleh melatih mereka dan mengasah lagi bakat yang sedia ada," katanya yang ditemui ketika sidang media teater Maduku...Kalut, baru-baru ini.

Nadiya gementar!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Nadiya, Gementar
Nadiya Nisaa

Nadiya gementar!


SEBUT sahaja watak Ain Hawani, pasti ramai peminat novel dan drama siri popular Adam & Hawa teringatkan kehebatan pelakon Nadiya Nisaa menjayakan karakter itu.

Lebih menarik, drama yang mendapat sambutan hangat daripada penonton itu bakal difilemkan dan pelakon yang sama turut terlibat dalam penggambarannya.

Bertanyakan mengenai lakonannya menerusi filem terbitan Global Station itu, Nadiya memberitahu penggambaran filem itu bakal dijalankan bermula 1 September ini.

"Filem ini adalah sekuel kepada drama Adam & Hawa. Watak yang saya pegang masih sama iaitu Ain Hawani dan mungkin karakter dan jalan cerita ada sedikit perbezaan memandangkan ia adalah sambungan kisah Adam & Hawa dalam drama.

"Jadual saya dan Aaron agak padat sehingga akhir tahun ini dan kami akan mula menjalani penggambaran pada September di sekitar Kuala Lumpur dan juga New Zealand," katanya.

Menyentuh mengenai persiapan Nadiya dalam menjayakan karakter yang sama, dia akui agak gementar untuk kembali memegang watak tersebut memandangkan ia sudah lama ditinggalkan.

"Secara jujurnya memang saya sangat-sangat gementar untuk lakonkan semula watak ini. Lagi pun sudah lama saya tinggalkan watak itu dan untuk mulakan sekali lagi bukanlah sesuatu yang mudah.

"Tambahan pula lakonan drama dan filem agak berlainan. Dari segi persiapan apa yang boleh saya buat setakat ini hanya menonton semula 80 episod drama sebelum ini sebagai rujukan.

"Saya amat berharap penonton tidak terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi memandangkan filem ini juga diadaptasi daripada novel Adam & Hawa ke-2 ,"jelasnya.

Dalam perkembangan lain, lakonan Nadiya menerusi drama bersiri Anugerah Dendam Terindah bersama Aaron Aziz, Amar Baharin dan Elfaeza Ul Haq kini sedang ditayangkan menerusi saluran Astro First.

Pendirian Neelofa...enggan bermadu!


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pendirian, Neelofa, Enggan, Bermadu
Nor Neelofa Mohd Nor

Pendirian Neelofa...enggan bermadu!


KISAH rumah tangga Ashraf Muslim yang heboh diperkatakan minggu lalu, turut menarik perhatian pengacara dan pelakon berbakat besar, Nor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa.

Menurut Neelofa, biarpun jodoh merupakan ketetapan ALLAH SWT, namun sebagai seorang wanita dia mengharapkan tidak akan hidup bermadu apabila berumah tangga kelak.

"Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

"Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri," kata bekas juara Dewi Remaja 2010.

Bagaimanapun Neelofa berkata, kebanyakan wanita tidak suka hidup bermadu dan lebih rela bercerai supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah," kata Neelofa yang lebih selesa mendampingi lelaki seusianya.

Turut menyimpan hasrat untuk berumah tangga, ia bagaimanapun belum menjadi keutamaan buat pengacara Nona yang sedang digosipkan dengan aktor kacak, Hans Isaac. Ini kerana fokusnya kini lebih terhadap kerjaya seninya.

Nasi Lemak Kampung Santan


Berkongsi kerjayanya, Neelofa berkata, sepanjang Ramadan dia masih memenuhi tugasnya sebagai pengacara. Lebih bermakna, filem terbarunya, Nasi Lemak Kampung Santan di samping Hans, bakal menemui penonton pada Aidilfitri ini.

"Kemungkinan saya cuti raya tak lama sebab saya perlu menjayakan promosi filem ini. Tambahan pula saya akan turut serta dengan jelajah promosi di seluruh negara bermula 12 Ogos ini," kata bintang Azura ini.

Sementara itu, dua lagi filem lakonannya, Pilot Cafe dan Gangters Superstar bakal menemui penonton pawagam mulai tahun hadapan.

Ternyata rezeki yang diterima anak jati Pasir Mas, Kelantan ini semakin melimpah ruah apabila dia ditawarkan pula membintangi filem sekuel, Hantu Kapcai 2.

"Mungkin masyarakat lihat saya lebih banyak mengacara kerana sering keluar televisyen. Hakikatnya bidang lakonan tetap diteruskan kerana banyak tawaran yang diterima.

"Alhamdulillah... rezeki saya masih belum putus. Ada sahaja tawaran berlakon filem dan drama. Namun buat masa ini tumpuan saya lebih kepada filem kerana lebih senang untuk mengatur jadual kerja," kata Neelofa yang banyak berguru dengan Farah Fauzana dan Nabil untuk memantapkan diri dalam dunia pengacaraan.


Kali pertama beraya di Kedah


Menyentuh mengenai Aidilfitri yang bakal tiba, Neelofa berkata, tahun ini dia tidak dapat beraya di kampung kelahirannya kerana mengikuti bapanya beraya di Alor Setar, Kedah.

Jelas Neelofa, ia juga merupakan kali pertama dia beraya di sana.

"Hanya tinggal saya dan adik-adik yang masih bujang sahaja dapat ikut ibu bapa pulang ke sana.

"Tahun ini, ramai adik beradik saya tidak dapat pulang bersama kerana giliran beraya di kampung pasangan masing-masing.

"Agak sedih juga kerana raya tahun ini pastinya kurang meriah berbanding sebelum ini," ujarnya.

Amat menggemari juadah nasi dagang setiap pagi raya, Neelofa berkata, tahun ini dia terpaksa melupakan juadah kegemarannya itu.

"Nampaknya saya tidak berpeluang untuk menikmati nasi dagang di pagi raya. Tetapi saya berharap akan dapat menikmati juadah popular 'Orang Utara'," katanya yang turut menggemari biskut Almond London dan Cornflakes.

Iklan raya Astro Gamat dengan 3 selebriti popular


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Iklan, raya, Astro, Gamat, dengan, 3, selebriti, popular, Erra Fazira, Datuk Aznil Nawwi, Aaron Aziz


Iklan raya Astro Gamat dengan 3 selebriti popular


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Iklan, raya, Astro, Gamat, dengan, 3, selebriti, popular, Erra Fazira, Datuk Aznil Nawwi, Aaron Aziz


PADA Aidilfitri tahun lalu, stesen televisyen swasta, Astro menampilkan tiga kisah selebriti terkenal iaitu Erra Fazira, Datuk Aznil Nawawi dan Aaron Aziz.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Iklan, raya, Astro, Gamat, dengan, 3, selebriti, popular, Erra Fazira, Datuk Aznil Nawwi, Aaron Aziz


Tampil dengan tiga lagi kisah selebriti popular pada tahun ini, Astro sememangnya tidak kering idea dalam menyediakan iklan raya yang menghiburkan.

Malah, setiap kisah yang dikongsi tiga selebriti popular iaitu Johan, Nabil dan Hanis Zalikha, memberi seribu satu makna buat penonton.

Dengan tema 'Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan', tugas pengarahan diberikan kepada pengarah, Abid Hussain yang sebelum ini pernah diberi tanggungjawab menghasilkan iklan raya Astro 2012.

Melihat kepada cara pengolahan idea, ternyata Abid bukanlah calang-calang pengarah. Walaupun kisah yang dikongsi hampir sama, namun cara pengolahan tetap berbeza.

Menurut Abid, penggambaran kisah tiga artis popular itu mengambil masa selama dua minggu.

"Walaupun tahun lalu saya diberi peranan menghasilkan kisah raya yang sama, namun pengalaman bersama setiap artis amat berbeza.

"Selama dua minggu saya dan pihak produksi bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk iklan tahun ini.

"Saya berharap agar iklan raya ini memberi seribu makna buat masyarakat dan penonton," katanya.

Tiga cerita itu merangkumi kisah Nabil yang mempunyai seorang kawan rapat dan kini mereka bersatu dalam sebuah keluarga apabila rakannya itu mengahwini kakak kepada isterinya.

Johan pula tampil berkongsi ikatan kekeluargaannya yang berdarah kacukan Cina dan menikmati kelompok budaya yang berbeza.

Si cantik, Hanis Zalikha turut berkongsi pengalamannya beraya di dua kampung halaman (Johor dan Kedah) yang mengambil masa hampir tujuh jam untuk sampai destinasi.

Bawa tema 'happy'


Bertanya mengenai idea, Abid memberitahu bukan senang  mendapatkan hak eksklusif setiap artis untuk berkongsi kisah mereka.

Jelas Abid, kerja pengarahan juga bukan mudah kerana kita perlu membayangkan zaman mereka yang masih kecil dan ditambah dengan penyampaian yang sama dengan apa mereka ceritakan.

"Dari segi idea, pihak Astro hanya menetapkan garis panduan dan tahun ini, tema iklan ini adalah kegembiraan.

"Kami perlu menggambarkan kisah itu dalam bentuk ceria dan diselangi dengan gelak ketawa, berbeza daripada konsep tahun lalu.

"Pun begitu, saya sangat berpuas hati dengan penghasilan iklan itu dan ia sangat memenuhi cita rasa," jelasnya.

Puji Johan, Nabil & Hanis


Walaupun sering bekerjasama dengan selebriti popular, namun akui Abid, dia tidak mempunyai sebarang masalah kerja dengan mereka.

Malah, Abid turut memuji komitmen yang diberikan oleh selebriti itu untuk menjayakan iklan tersebut.

"Saya seronok bekerja dengan Hanis, Nabil dan Johan. Di set, kami sering gelak besar dengan komedi serta lawak Johan dan Nabil.

"Malah, mereka sangat komited dalam kerja dan turut berkongsi idea dalam menjadikan iklan itu lebih menarik.

"Saya pula tidak keberatan untuk mengguna pakai idea orang lain asalkan ianya menarik dan memenuhi selera. Mereka bukan sahaja popular, malah mereka adalah pelakon yang hebat," katanya.

Jehan kembali bujang?


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Jehan Miskin, Kembali, Bujang
Jehan Miskin

Jehan kembali bujang?


BIARPUN sudah mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu, namun kehidupan pelakon dan pengarah, Jehan Miskin tidak ubah seperti orang bujang.

Menurut Jehan, sejak hari pertama menyambut Ramadan, dia terpaksa menguruskan segala kelengkapan hariannya sendiri memandangkan isterinya, Julie Camelia Rhee tinggal berjauhan dengannya.

"Setakat ini semuanya berjalan seperti biasa cuma saya agak sedih dan sunyi kerana isteri tidak ada bersama saya buat masa ini. Dia sekarang ada di Jepun kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

"Jadi terpaksalah saya berpuasa sendiri, buka sendiri, macam orang bujang," katanya sambil tertawa.

Tambah Jehan, kesibukan bekerja sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak mengurangkan kesunyiannya dalam menjalani rutin hariannya secara berseorangan.

"Saya baru selesai menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan, memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi.

"Mujur juga ada kerja, sekurang-kurangnya tidaklah saya berseorangan. Mungkin dalam masa beberapa hari isteri saya akan pulang dan saya memang tidak sabar mahu berpuasa bersamanya," jelas Jehan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri pertama arahan Jehan, What If, kini sedang rancak ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di saluran 8TV.

Wawa enggan dedah hubungan cinta bersama Aeril


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Wawa Zainal, enggan, dedah, hubungan, cinta, bersama, Aeril Zafril
Wawa Zainal dan Aeril Zafril

Wawa enggan dedah hubungan cinta bersama Aeril


"SEBENARNYA tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah lama berkawan rapat dan dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya kini," jelas aktres Wawa Zainal mengenai hubungannya dengan Aeril Zafril.

Menurut Wawa, dia tidak mahu mengklasifikasikan hubungan mereka kini berada di tahap seperti pasangan bercinta kerana tidak mahu kelak mereka yang mendapat malu.

"Saya tak mahu uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat malu. Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan dengannya," ujarnya.

Kisah pasangan selebriti ini bercinta bukanlah satu kisah baru untuk diperkatakan. Apatah lagi Wawa dan Aeril dikatakan mula rapat ketika membintangi filem 99 Kali Rindu.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah mahu bercerita lanjut dan meletakkan status mereka sekadar teman sekerja sahaja sebelum ini.

Sementara itu, Wawa yang sedang bercuti semenjak hujung Jun lalu mengakui kesihatannya semakin pulih setelah dia menderita akibat buatan orang.

Menurut Wawa, setelah beberapa kali menjalani rawatan tradisional, dia kini semakin pulih dan kini hanya berehat di rumahnya di Sabah.

"Alhamdulillah, sebelum ini badan saya memang kurus dan sekarang badan saya dah kembali berisi seperti sedia kala.

"Saya akan bercuti sehingga minggu ketiga Syawal dan akan kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja," katanya.

Fida teruskan pendirian sertai AF


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Fida, teruskan, pendirian, sertai, AF, Rafidah Ibrahim
Rafidah Ibrahim, Fida

Fida teruskan pendirian sertai AF


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Fida, teruskan, pendirian, sertai, AF, Rafidah Ibrahim
Rafidah Ibrahim, Fida


JIKA sebelum ini, Rafidah Ibrahim, 27, atau lebih dikenali sebagai Fida, berdepan dengan isu dikatakan 'merampas' Zalif Sidek daripada teman wanita aktor itu, kini aktres cantik ini terpalit pula dengan kontroversi baru apabila menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia (AF).

Penyertaan Fida dalam AF musim baru itu bukan saja mengundang tidak puas hati di kalangan peminat, bahkan turut mendapat bantahan dari seorang juri AF, Syafizawati Sharif atau Cikgu Syafi.

Menurut Cikgu Syafi, penyanyi yang popular dengan lagu Apa Kono Eh Jang itu sudah pun mempunyai nama dalam bidang muzik.

Bagaimanapun, Fida tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan penyertaannya dalam program realiti popular itu.

"Apa saja komen diberikan Cikgu Syafi, saya anggap sebagai semangat untuk meneruskan perjuangan dan tidak akan sesekali berundur setelah memutuskan menyertai program itu.

"Saya sedar vokal saya tidak sehebat penyanyi lain. Itulah antara faktor saya memilih AF kerana ia sebagai medium untuk mempelajari teknik-teknik nyanyian," kata Fida apabila namanya berjaya di senarai pendek untuk menyertai program tersebut.

Tak kejar glamor


Tegas Fida, bukan niatnya untuk mengejar sebarang populariti jika diterima menyertai AF, sebaliknya dia ingin mengutip ilmu dalam kelas nyanyian bagi memperkuatkan lagi vokalnya.

"Inilah peluang untuk saya meneruskan karier nyanyian yang lebih baik untuk masa akan datang.

"Walaupun dah bergelar penyanyi, namun saya sebenarnya masih belum mahir dan kurang pengalaman.

"Maka dengan penyertaan ini, ia dapat menambah ilmu untuk saya menerokai bidang muzik," kata Fida yang minat menyanyi sejak kecil lagi.

Menurutnya, kerjaya dalam dunia seni ada pasang surutnya dan jika dia tidak mempelajari perkara baru, berkemungkinan namanya akan tenggelam suatu hari nanti.

"Saya tak kisah apa jua komen-komen negatif yang saya terima sejak berkecimpung sebagai penyanyi. Saya anggap itu sebagai peniup semangat untuk lebih berjaya," katanya yang baru sahaja selesai merakamkan single terbaru bersama Datuk AC Mizal dan Qalam Band bagi projek terbaru mereka.

Beralih mengenai kisah peribadinya, Fida menegaskan dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi meskipun hubungan dengan Mamat Sepah dan Zalif Sidek pernah menemui kegagalan.

"Buat masa ini, soal cinta saya tolak tepi dulu demi menumpukan perhatian kepada kerjaya.

"Fokus utama saya adalah nyanyian selain daripada penggambaran drama dan filem," katanya yang turut menjayakan telemovie raya, Besan-besanku Gangster.

Masakan ibu menu wajib


Berkongsi mengenai persiapan raya, Fida berkata, dia akan menyambut 1 Syawal bersama keluarga tercinta, namun belum memutuskan di mana mereka akan beraya kali ini.

"Kebiasaannya kami akan beraya di Kampung Baru, Kuala Lumpur namun saya tinggal berdekatan dengan Kemensah.

"Jaraknya tidak jauh, kami masih belum buat keputusan tempat untuk berkumpul bersama keluarga," katanya.

Ditanya mengenai menu wajib ketika raya, Fida berkata, rendang daging hasil air tangan ibunya merupakan menu utama setiap kali menjelang Aidilfitri. Bagaimanapun, sejak ibunya jatuh sakit, dia tidak lagi dapat menikmati juadah kegemarannya itu.

"Setiap kali raya pasti ibu akan masak rendang daging, tidak pernah miss tetapi apabila masakan itu tiada, raya dirasakan tidak lengkap.

"Pernah sekali kakak membawa rendang untuk kami adik beradik, namun ia tidak sama.

"Alhamdulillah... tahun ini, mak sudah sihat dan kami dapat menikmati masakannya lagi," ujarnya.

Fida berkata, tahun ini dia turut memperuntukkan duit raya sehingga RM3,000 untuk anak buah dan saudara maranya yang berkunjung ke rumahnya nanti.

"Tahun lalu saya bajet dalam RM5,000. Tahun ini mungkin kurang sedikit kerana duit raya tahun lalu masih lagi berbaki," jelasnya.

iskandarX: Nama elok-elok Rafidah jadi Fida pulak isk isk isk cuba kekalkan keaslian nama tu mesti lagi menarik. Tapi ok apa kalau dia masuk AF walaupun dah ada nama? Baru kualiti menyerlah daripada quantiti kan Fida kan?

Taufik Batisah pilih artis Malaysia


Singapura, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Singapura, Taufik Batisah, pilih, artis, Malaysia, Juara, Singapore Idol
JUARA Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah

Taufik Batisah pilih artis Malaysia


JUARA Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah bakal tampil dengan album terbarunya pada penghujung tahun ini.

Apa yang menarik, Taufik telah bekerjasama dengan artis Malaysia, namun penyanyi berusia 32 tahun ini memilih untuk terus merahsiakan identiti penyanyi tersebut kerana mahu membuat kejutan.

Taufik percaya kolaborasi tersebut bakal menggembirakan peminat-peminat di Malaysia.

“Sekarang saya dalam proses menyiapkan album terbaru dan insya-ALLAH akan diedarkan pada penghujung tahun ini. Dalam album kali ini juga, saya ada berkolaborasi dengan artis dari Malaysia.

“Ia satu kejutan dan saya tak boleh beritahu siapa artis itu tapi Taufik pasti, peminat-peminat di Malaysia akan gembira dengan kolaborasi ini,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas sidang media Madagascar 3 : Europe’s Most Wanted versi Bahasa Melayu, baru-baru ini.

Sementara itu, Taufik bersama barisan selebriti popular lain bakal memeriahkan malam hari raya pertama pada 8 Ogos nanti dengan filem animasi terkenal, Madagascar 3 yang telah dialih kepada Bahasa Melayu.

Mengulas lanjut mengenai proses pembikinan album terbarunya itu, Taufik akui selesa menulis dan menyusun lagu sendiri.

“Album ini saya tulis sendiri liriknya manakala kebanyakan muziknya, saya juga susun sendiri.

"Saya suka menulis dan menyusun lagu-lagu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Taufik juga menolak ketika dikatakan dirinya tidak mempercayai komposer lain.

“Mungkin sedikit sebanyak ada fobia tapi memang saya sendiri suka mencuba untuk membuat lagu-lagu sendiri dan bukannya tak percaya komposer lain.

"Memang banyak penulis-penulis lain yang luar biasa di luar sana tetapi saya mahu mengasah baka sendiri.

"Mungkin perasaan gembira tak terkira apabila lagu saya itu diterima peminat atau pendengar, itu sesuatu yang sangat nantikan,” katanya.

Christian Sugiono Tak sabar jadi ayah


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Christian Sugiono, Tak, sabar, jadi, ayah, Titi kamal
Christian Sugiono dan Isterinya, Titi Kamal

Christian Sugiono Tak sabar jadi ayah


KEHADIRAN cahaya mata pastinya saat yang paling bahagia buat pasangan suami isteri dalam menjadi kehidupan berumah tangga lebih bahagia.

Bagi aktor Sinetron,  Christian Sugiono dan pasangan, Titi Kamal sentiasa tidak sabar menanti kelahiran kandungannya yang kini mencecah enam bulan.

Menurut sumber, walaupun ada kalanya sibuk dengan penggambaran, Christian Sugiono sentiasa menjaga kesihatan isteri dan bayinya.

"Bila waktu tidur Titi juga mengakui dia mahukan suami Christian sentiasa berada di sisinya ketika waktu malam," kata sumber.

Penampilan khas Salman Khan


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Penampilan, Khas, Salman Khan, Phata Poster Nikhla Hero
Penampilan khas Salman Khan

Penampilan khas Salman Khan


FILEM terbaru arahan pengarah filem terkenal Rajkumar Santoshi, 'Phata Poster Nikhla Hero' bakal dihangatkan lagi dengan penampilan aktor Salman Khan dalam filem tersebut.

Menurut sumber, Salman yang sememangnya terkenal dengan lakonan romantik, turut diberi watak sedemikian menerusi filem ini.

"Meskipun sebagai pembantu, penglibatan Salman dijangka akan memberi impak yang terhadap filem ini," kata sumber.

Sumber turut memberitahu, aktor utama filem itu, Shahid Kapoor, turut menyambut baik penampilan Salman.

"Dia sememangnya kagum dengan lakonan Salman malah sering menjadikan aktor berbadan sasa itu sebagai idola," kata sumber itu lagi.

Easy A, Amanda Bynes Di Denda kerana merokok!


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Easy A, Amanda Bynes, Di, Denda, kerana, merokok
Easy A, Amanda Bynes Di Denda kerana merokok!

Easy A, Amanda Bynes Di Denda kerana merokok!


AKTRES filem komedi Easy A, Amanda Bynes telah ditahan oleh pengawal sebuah hotel atas kesalahan merokok.

Menurut sumber, Amanda turut dikenakan denda sehingga RM4,000.

"Sebelum ini pihak hotel telah menetapkan syarat tidak boleh merokok di sesetengah kawasan.

"Namun Amanda tetap tidak menghiraukan syarat tersebut dan harus didenda meskipun dia seorang selebriti," kata sumber.

Sementara itu, Bynes sehingga kini enggan mengulas kejadian tersebut.

iskandarX: Kantoi!!! tu dia lah orang dah kata tak boleh merokok janagn ketegaq tau? Kena dah kena denda?

Jennifer-Theroux kahwin rahsia?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Jennifer Aniston, Justin Theroux, Kahwin, Rahsia
Jennifer Aniston, Justin Theroux

Jennifer-Theroux kahwin rahsia?


HEBOH diperkatakan, aktres Jennifer Aniston telah berkahwin dengan pasangannya, Justin Theroux baru-baru ini.

Menurut sumber, pasangan ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Pippin Hills Farm, Charlottesville, Virginia.

Sumber menjelaskan bahawa, bekas isteri kepada aktor Brad Pitt ini juga mengadakan majlis perkahwinan mereka secara tertutup.

Namun sejauh manakah kebenaran perkara itu, baik Aniston mahupun Theroux masih belum sedia mengulas.

iskandarX: La tak kahwin-kahwin lagi ka rupanya selama nie? isk isk isk is ingat kan lepas dorang belakon dalam drama siri Friends tu dulu dorang dah kahwin. SIkit punya lama daaaa.

The Rock tukar imej


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, The Rock, Tukar, Imej, Dwayne Johnson
Dwayne Johnson, The Rock

The Rock tukar imej


JIKA sebelum ini, The Rock, sangat serasi dengan imej botak, namun kali ini pemilik nama sebenar, Dwayne Johnson, ini tampil dengan imej baru dalam filem legenda Hercules, The Thracian Wars.

Menurut sumber, filem arahan Brett Ratner ini turut memberi kelainan terhadap karakter Johnson.

"Imej baru itu bertujuan memberi kelainan dalam lakonannya agar nampak lebih menarik.

"Malah peminat pastinya teruja dengan penampilannya kali ini," kata sumber itu.

Turut dibintangi Aksel Hennie, Ian McShane, Joseph Fiennes, John Hurt dan Rebecca Ferguson, filem ini bakal menemui penonton pada tahun depan.

Ustaz Asri terus diingati


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ustaz Asri, terus, diingati, Rabbani
Rabbani ketika membuat persembahan di Ndah Mahligai, Shah Alam.Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Ustaz Asri terus diingati


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Ustaz Asri, terus, diingati, Rabbani
Rabbani kekal dengan lapan anggota sehingga kini.Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

SUDAH hampir empat tahun, penyanyi utama kumpulan Rabbani, Ustaz Asri atau nama sebenarnya Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia.

Namun, kumpulan asalnya, Rabbani tetap memperingati dan mendoakan beliau sehingga ke hari ini.

Sempena bulan Ramadan kali ini, Rabbani sekali lagi telah mengadakan majlis tahlil, Majlis Tribute Arwah Ustaz Asri Ibrahim dan kali ini ia dijalankan di Ndah Mahligai, Shah Alam.

Pada majlis sama, seramai 30 orang penghuni dari Yayasan Penyayang turut diraikan.

Selain berbuka puasa bersama-sama, penghuni Yayasan Penyayang ini juga turut digembirakan dengan penyampaian duit raya.

Ketika ditanya tentang kenangan bersama arwah Ustaz Asri yang masih diingati, salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz dilihat sebak.

"Apabila disebut sekarang, yang paling saya tak dapat lupakan adalah memakaikan dia butang baju Melayu.

"Hampir setiap tahun, kami bersama di pagi raya. Butang terakhir itu selalunya, saya yang akan pakaikan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Allahyarham Ustaz Asri juga disifatkan sebagai pemaaf dan pemurah.

"Beliau sangat baik, pemaaf dan suka meraikan kawan-kawan," kata Azadan lagi.

Pelbagai kenangan tersimpan rapi dalam hati setiap anggota Rabbani dah setiap peminatnya.

Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 13 Ogos 2009.

Turut hadir anggota kumpulan nasyid yang lain seperti In-Team, Mastica, Wildan, Amrian, R-if dan Abadi serta pelakon, Didie Alias.

'Saya bukan ibu tunggal!'


Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Saya, bukan, ibu, tunggal, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya, Leya
Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya

'Saya bukan ibu tunggal!'


BAGI sesetengah wanita, status ibu tunggal bukanlah satu status yang mudah dipikul. Apatah lagi apabila terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil sendirian.

Namun bagi pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya atau Leya, sejak bercerai dengan Muhammad Ashraf Aasimudin tahun lalu, dia tidak merasakan dirinya adalah ibu tunggal.

“Saya masih ada ibu dan ayah, serta adik-beradik dan kawan-kawan yang sentiasa bersama-sama saya membesarkan anak saya dan saya tidak rasa kesusahannya.

“Harus akui, saya antara wanita yang bertuah berbanding kebanyakan ibu tunggal lain kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami. Anak-anak juga tidak pernah kekurangan kasih sayang kerana bapa mereka sentiasa di samping bahkan disayangi setiap orang di sekeliling kami,” ujar Aleya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa anjuran TV9 baru-baru ini.

Anak-anak bukan bebanan


Berbicara mengenai anak kembarnya itu, Aza Ameena dan Asha Ameena, 4 tahun, dia tidak pernah merasakan membesarkan anaknya itu sebagai satu bebanan.

“Anak-anak adalah sebahagian daripada diri saya dan menjadi rutin saya untuk menjaga mereka.

“Lagipun, saya perlu ingat ada orang yang lebih susah dan besar cabarannya dalam membesarkan anak-anak,” katanya.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak kembar, Leya berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

“Kalau berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu dipersoalkan bila mereka besar nanti.

“Contohnya jika mereka lihat gambar masa kecil, salah seorang pasti akan terasa hati jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak. Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang,” katanya.

Ingin berkahwin lagi


Terlanjur berbicara tentang kehidupan peribadi, Leya tidak terlepas daripada ditanya mengenai teman pengganti untuk menjadi ayah kepada anak-anaknya.

“Anak-anak saya tetap mendapat kasih-sayang seorang ayah, walaupun kami telah berpisah. Ashraf sering datang melawat dan menghabiskan masa dengan anak-anak.

“Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi cerita tentang jejaka yang berada di dalam hati ini. Cukuplah saya katakan, keluarga dan kawan-kawan sudah maklum tentang kami. Sebagai seorang wanita, tidak mungkin saya tidak ingin berkahwin dan dapatkan anak lagi,” jelasnya.

Sempena Aidilfitri nanti, wajah Leya juga boleh disaksikan menerusi program Akustika Raya Datuk Siti Nurhaliza siaran Hot TV.

“Setiap kali dapat menemu bual Datuk Siti, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya selalu buat cerita sedih tidak pernah dapat menemu bualnya walaupun sebenarnya sudah selalu juga,” katanya yang mengajukan soalan mengenai ponteng puasa kepada Siti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan