Cari Artikel

Thursday, July 25, 2013

Sanggup berhabis demi cinta


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Sanggup, berhabis, demi, cinta


DEMI cintanya terhadap Amber Heard, aktor tampan Johny Depp sanggup berhabis.

Menurut sumber, baru-baru ini, dia telah membelikan hadiah bernilai RM 127 ribu untuk kekasihnya itu.

"Sebenarnya Heard mengadu, Depp terlalu sibuk dengan promosi filem Lone Ranger dan membuatkan dia berasa tersisih.

"Jadi, untuk menambat kembali hati Heard, Depp membelikan dia sebentuk kerongsang platinum dan berlian," katanya.

Sebelum ini, Depp pernah membuat kenyataan ingin berkahwin dengan kekasih hatinya itu. Namun kesibukannya memenuhi tawaran lakonan membuatkan aktor Pirates Of The Caribbean, ini terpaksa menangguhkan hari bahagianya itu. Nampaknya, Heard perlu menunggu lebih lama untuk memiliki Depp sepenuhnya.

JLo berseronok


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, JLo, berseronok
Jennifer Lopez

BAGI bintang terkenal, Jennifer Lopez bukan mudah baginya mencuri masa untuk bergembira.

Oleh kerana itu, ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-44 baru-baru ini, JLo telah memanfaatkan masa tersebut dengan sebaik mungkin.

"Bukan sahaja dia menjemput kawan terbaiknya ke parti itu, malah dia juga mengadakan majlis yang cukup meriah.

"Rasanya dia berbelanja besar apabila mengadakan majlis tersebut diadakan di kawasan yang cukup hebat, Water Mill," katanya JLo turut mengundang ALicia Keys.

Tarik permohonan cerai


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Tarik, permohonan, cerai, Miley Cyrus


NAMPAKNYA bapa dan ibu kepada penyanyi remaja popular, Miley Cyrus menarik semula permohonan penceraian mereka.

Kata Billy Cyrus, dia membatalkan hasrat untuk bercerai dengan isterinya, Tish kerana masih sayangkan hubungan mereka.

"Saya rasa kami perlu beri peluang kepada hubungan ini, lagipun sudah 22 tahun kami bersama.

"Kami percaya mampu menggilap semula cinta ini dan menjadi keluarga yang bahagia," katanya.

Sementara itu, Cyrus sangat gembira dengan berita itu dan mengharapkan keluarganya akan bahagia seperti dulu.

Fear Factor bersama artis!


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Fear Factor, bersama, artis


ASTRO Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program.

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia, yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu, Fear Factor Malaysia, yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013.

Fear Factor Malaysia ialah sebuah program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa yang bakal menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta. Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, Astro Ria tidak pernah jemu untuk terus memperkukuhkan strategi dan formula yang ada bagi menawan hati pelanggan menerusi penawaran program-program hebat daripada genre yang berbeza.

“Melihat kepada kejayaan dan sambutan menggalakkan ke atas program Fear Factor Selebriti Malaysia yang telah pun disiarkan tidak lama dahulu, kami bawakan pula sebuah lagi program baru di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia untuk memenuhi permintaan penonton.

"Melihat kepada kekuatan dan tarikan yang ditawarkan, kami yakin Fear Factor Malaysia mampu memikat hati sekali gus mencipta fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air," katanya.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin membangun, sesi uji bakat akan dilakukan secara online, di mana orang ramai boleh menghantarkan video penyertaan ke laman sesawang rasmi untuk penilaian.

"Berdasarkan video yang dihantar, kami akan menyenaraikan pendek calon peserta yang layak untuk memasuki peringkat saringan yang seterusnya,” ujar Raqim.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon dikehendaki menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my. Juga untuk sebarang maklumat lanjut.

Mawi, Ekin jaga 'periuk nasi'


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, Ekin, Jaga, Periuk Nasi
Mawi dan Ekin - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SETELAH lapan bulan memperkenalkan produk kesihatan dan kecantikan Unequein, pasangan selebriti popular, Mawi dan Ekin kini melangkah setapak lagi.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Mawi, Ekin, Jaga, Periuk Nasi
Mawi dan Ekin bersama anak mereka Cahaya Malaika. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

Mencuba pasaran produk minuman, Mawi dan Ekin tampil memperkenalkan air minuman berkarbonat di bawah label Uniquein.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, dia turut menyasarkan 1,500 karton air dijual sehingga musim perayaan ini.

"Alhamdulillah, akhirnya produk terkini kami telah dipasarkan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan walaupun hanya menggunakan laman sosial sahaja untuk mempromosikan produk ini.

"Kami memiliki tujuh jenis air termasuk perisa anggur, buah-buahan, cola, soda, oren, strawberi dan sarsi. Memandangkan produk kami sememangnya mementingkan kesihatan, air berkarbonat ini juga kurang gula dan gas.

"Malah, dari segi harga juga, air berkarbonat kami di antara produk yang paling murah iaitu RM2.60 sebotol dan RM30 untuk satu karbon yang berisi 12 botol air," katanya ketika ditemui di pejabat urusannya di Bangi.

Fokus perniagaan

Walaupun Ekin pernah dikenali sebagai pelakon satu ketika dahulu, namun akui Ekin, jiwanya lebih menjurus kepada bidang perniagaan. Malah, dia sanggup kerja keras demi keluarga tercinta.

Tambah Ekin lagi, walaupun kurang setahun menguruskan perniagaan, namun penerimaan daripada masyarakat sangat memberangsangkan.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan sambutan daripada pelanggan. Sejak menguruskan perniagaan, saya memang fokus kepada bidang ini sahaja.

"Memang saya dah niat memang nak berhenti daripada berlakon dan sejak awal lagi minat saya berniaga.

"Jiwa saya lebih kepada perniagaan dan Uniquein adalah jiwa sebenar saya. Saya seronok dengan bidang ini dan kami akan memperkenalkan produk terbaru tidak lama lagi," kata ibu kepada seorang cahaya mata, Cahaya Malaika, 17 bulan.

Selesa dengan kanak-kanak

Bertanya mengenai perkembangan seni, Mawi memberitahu, dia akan terlibat dalam beberapa program di Astro Ceria.

Akui Mawi, sejak dipilih sebagai juri tetap program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar, dia sedar bahawa jiwanya lebih selesa berada di kalangan si kecil.

"Sepanjang Ramadan ini, saya akan mengendalikan rancangan Cerianya Ramadan, setiap hari jam 11.55 pagi, di mana saya akan ditugaskan untuk menjawab 30 soalan daripada kanak-kanak mengenai soalan remeh
berkenaan puasa.

"Mungkin ianya nampak mudah, namun saya akui kesukaran menerangkan perkara itu untuk pemahaman kanak-kanak bukanlah semudah disangka.

"Pun begitu, saya lebih selesa dengan kanak-kanak dan melayan karenah mereka," katanya yang bakal tampil dengan dua single hasil kolaborasi bersama Jeff A To Z dan Datuk AC Mizal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan