Cari Artikel

Tuesday, July 23, 2013

Pekin nafi putus cinta


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pekin, nafi, putus cinta
Pekin Ibrahim... 'lakonan skrin atau lakonan teater sama saja'. - Foto ihsan Iskandar Ibrahim

Pekin nafi putus cinta


“SAYA sudah bertunang dengan dia (Uqasha Sensrose), jadi macam mana timbul isu putus,” demikian reaksi pelakon Bunohan, Pekin Ibrahim ketika ditanya mengenai gosip hubungannya dengan Uqasha sudah menemui titik noktah.

Menafikan gosip putus cinta itu, Pekin sebaliknya menegaskan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka cinta masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah.

"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana gosip ini boleh disebarkan, sedangkan hubungan saya dan Uqasha baik sahaja. Malah saya mengambilnya di lokasi pengambaran untuk keluar makan bersama.

“Lagipun, kami baru sahaja mengikat ikatan pertunangan pada 6 Julai lalu dan keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk menyatukan kami dalam tempoh setahun lagi iaitu dijangkan tahun hadapan.

“Jadi, bagaimana timbul isu putus cinta. Setakat ini hubungan kami masih baik dan masih bersama,” kata Pekin ketika dipetik menerusi Murai.com.

Semalam, dalam portal hiburan mendakwa hubungan cinta antara Pekin dan Uqasha sudah berakhir apabila pelakon Anchoritu memuat naik status di Instagram yang mana mengundang tanda tanya di kalangan para peminat.

Menerusi laman sosialnya itu, Uqasha berkongsi sekeping puisi dengan tajuk Letting Him Go dan ini membuatkan para peminat berspekulasi mengatakan mereka sudah putus cinta.

Mengulas lanjut mengenai puisi itu, Pekin berkata: “Memang kebelakangan ini status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat.

"Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum nama Ashraf panas dengan isunya baru-baru ini, jadi dia (Uqasha) saja letak sajak itu.

“Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereka berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja,” jelas Pekin yang enggan bercerita lanjut mengenai pertunangannya itu.

Kareena, Priyanka bergaduh?


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Kareena Kapoor, dan, Priyanka Chopra, bergaduh
Kareena Kapoor

Kareena, Priyanka bergaduh?


HUBUNGAN dua aktres terkenal, Kareena Kapoor dengan Priyanka Chopra sememangnya amat rapat sebelum ini, lebih-lebih lagi ketika keduanya membintangi filem Aitraaz.

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Kareena Kapoor, dan, Priyanka Chopra, bergaduh
Priyanka Chopra


Bagaimanapun entah di mana silapnya, hubungan keduanya dikatakan mula dingin.

"Sejak kebelakangan ini, masing-masing menyindir antara satu sama lain tanpa sebarang alasan," kata sumber tersebut.

Jaminan Bieber


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Jaminan Justin Bieber, THE KEY, Purfume
Justin Bieber

Jaminan Bieber


PENYANYI muda, Justin Bieber memberi jaminan minyak wangi terbaru keluarannya, The Key mempunyai kelainan daripada jenama minyak wangi sedia ada.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Jaminan Justin Bieber, THE KEY, Purfume


Menurut Bieber, The Key mampu memberi inspirasi setiap si pemakai.

"Sebagai pengguna The Key, saya merasakan lebih yakin apabila berhadapan dengan peminat dan dapat memberi inspirasi kepada mereka," katanya.

Cinta Kendall Janner


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Cinta, Kendall Janner
 Kendall Janner
Cinta Kendall Janner

Kecantikan pengacara dan model terkenal, Kendall Janner, 17, membuatkan dia menjadi idaman ramai lelaki.

Namun ternyata tuah menyebelahi seorang pemain ragbi berusia 19 tahun, Julian Brooks yang dikatakan berjaya menambat hati Janner sejak mereka masih menuntut di bangku sekolah lagi.

"Hubungan mereka sudah terjalin sejak sekian lama. Malah kedua-duanya mengakui ini adalah cinta pertama mereka dan mereka saling mencintai antara satu sama lain," ujar teman rapat Janner.

Zayn selamatkan Harry


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Zayn, selamatkan, Harry
One Direction semakin digilai
Zayn selamatkan Harry

DEK kerana kesilapan teknikal, ahli kumpulan One Direction, Harry Styles hampir menemui ajal apabila salah satu alat untuk menyemburkan api, mengeluarkan api sendiri.

Keadaan cemas itu berlaku ketika Styles berdiri berhampiran alat tersebut dan api keluar daripada alat berkenaan secara tiba-tiba.

Bagaimanapun tindakan pantas rakan sekumpulan, Zayn Malik menarik tangan Harry Styles ke tengah pentas menyelamatkan nyawanya.

Universal Music ambil alih EMI


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Universal Music, ambil alih, EMI

Universal Music ambil alih EMI


BERMULA 1 September ini, syarikat Universal Music Malaysia (Universal) bakal mengambil alih syarikat rakaman, EMI Music (EMI) secara rasminya.

EMI pernah menaungi beberapa seniman dan legenda terkenal seperti Sudirman, P.Ramlee, Saloma Sharifah Aini, Ela dan ramai lagi.

Menurut wakil Universal, Mujahid Abd Wahab, pihaknya cuba mengembalikan nostalgia yang ada dengan mengekalkan syarikat rakaman tersebut.

"Secara globalnya, Universal sudah membeli EMI. Di beberapa negara seperi Taiwan, Hong Kong dan Malaysia, EMI itu ada sejarah.

"Jadi, pihak label sudah membuat keputusan untuk tidak menutup EMI sebaliknya kami akan  mengembangkannya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada majlis Iftar Ramadan bersama artis-artis Universal, malam tadi.

Tambahnya, "P.Ramlee dulu di bawah naungan EMI. Jadi, kami cuba untuk mengembalikan nostalgia yang ada."

Pada tahun 2008, EMI telah diambil alih oleh syarikat rakaman kumpulan Warner Music (WMG).

"Bermula 1 September ini, EMI akan menguruskan artis naungan di Malaysia yang sebelum ini dikendalikan Rumpun Malaysia (Rumpun)," katanya.

Beberapa artis yg dibawah naungan Rumpun sebelum ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Betty Benafe, 6ixth Sense dan Pretty Ugly.

Astro bakal sajikan 119 program raya


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Astro, bakal, sajikan, 119, program raya
Rafidah Ibrahim


Menjelang Aidilfitri, Astro menyajikan 119 program menarik termasuk 37 rancangan baru di 10 saluran Melayu Astro yang terpilih. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, perancangan rapi dibuat bagi menyediakan program terbaik mengikut selera penonton.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Astro, bakal, sajikan, 119, program raya
Arja Lee


"Selain itu, kami juga sajikan lapan telemovie baru seperti Hantu Telur, Janin Emas dan Opah Raya Style. Kami mahu menggunakan peluang ini untuk memenuhi program raya dengan produk terbaru dan belum pernah ditayang sebelum ini," katanya.

Menurut Khairul, dia berharap program-program yang akan disiarkan nanti dapat diterima dan memenuhi selera penonton sepanjang Ramadan dan Syawal. Bertepatan dengan tema kempen tahun ini iaitu Eratkan Jalinan - Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan, Astro menawarkan  pelbagai himpunan program daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem tempatan dan antarabangsa termasuklah dalam bentuk HD.

Sepuluh saluran bakal menyiarkan program terbaik itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).

Astro First Eksklusif

Bagi tahun ini juga, pelanggan-pelanggan Astro dapat berkongsi kisah tiga selebriti yang merupakan Artis Eksklusif Astro iaitu Johan, Nabil dan Hanis yang belum didedah kepada umum sebelum ini.

Selain itu, bersempena musim perayaan ini juga Astro turut melancarkan Astro First Eksklusif iaitu produk filem premium yang dihasilkan khas setanding dengan karya ditayang di pawagam.

“Kami percaya Astro First Eksklusif bakal diterima baik terutamanya oleh penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan persembahan karya lain daripada lain.

"Selain itu, penonton juga berpeluang menyelami dan mengetahui kisah pengalaman sebenar tiga selebriti tersebut mengenai memori sambutan hari raya dalam hidup mereka.

"Menariknya, kisah ini belum pernah dikongsi kepada umum dan ia akan disiarkan menerusi iklan komersial televisyen Astro sempena Raya," katanya.

Ujar Khairul, sejak Astro First dilancarkan pada 2011, saluran tersebut memberikan satu pengalaman yang berbeza dengan membawakan filem pawagam terbaru terus ke televisyen pelanggan.

Dengan kehadiran Astro First Eksklusif, beliau berkata, mereka terus melangkah ke hadapan dengan menerbitkan produk filem premium yang bermutu tinggi setanding dengan filem-filem di pawagam.

"Kami percaya saluran baru ini akan diterima baik terutamanya penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan karya yang berbeza di kaca TV mereka," katanya.

Pelbagai saluran pilihan

Tambahnya, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai program menarik menerusi 10 saluran itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Bagi meneruskan tradisi Astro dalam menyediakan hiburan yang berterusan meliputi setiap kelompok sasaran penonton yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat. Pihak kami merancang dengan rapi untuk meneruskan kesinambungan kemeriahan melalui pelbagai program hebat sepanjang Ramadan ini sempena sambutan Syawal kelak," jelas Khairul.

Menurutnya, sesuai dengan tahun ini, Astro telah melakukan penambah baikkan bagi memberi kepuasan kepada mereka yang membayar untuk menonton di saluran kami.

Antara program menarik bakal menemui penonton seperti Malam Raya (Astro Ria), Meletop Raya (Astro Ria), Primadona Khas Raya (Astro Prima), Tanah Kubur Istimewa Raya (Astro Oasis), Rabak Raya (Astro Warna), Lawak Ker Der 2 (Astro Warna) dan pelbagai lagi.

"Kami janjikan kelainan kali ini supaya penonton akan terus melekat di hadapan televisyen sepanjang hari. Seperti tahun lalu, penonton juga boleh tonton program kesukaan mereka menerusi perkhidmatan inovatif Astro On-The-Go ," kata Khairul.

Sementara itu, bagi aktiviti promosi jelajah atau on-ground, Astro  memulakan jelajah Eratkan Jalinan dan Marhaban NJOI di beberapa bazar Ramadan melibatkan bekas peserta Imam Muda, Akademi Fantasia serta Artis Ekslusif Astro.

Selebriti turun padang bagi sesi beramah mesra dengan masyarakat di lokasi terpilih.

Maduku..Kalut bakal gamatkan IB


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Maduku..Kalut, bakal, gamatkan, IB, Istana Budaya
Maduku..Kalut bakal gamatkan IB
Maduku..Kalut bakal gamatkan IB

KISAH suami berpoligami berahsia, barangkali bukan isu baru di kalangan masyarakat hari ni. Bukan untuk memerli mereka-mereka yang hidup bermadu, tetapi teater Maduku...Kalut bakal menggamatkan Istana Budaya (IB), September ini.

Mengangkat kisah kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat yang tersepit dengan penipuan yang diciptanya sendiri. Memandangkan dia terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjaya yang tidak menentu masa dan rahsia mengenai kehidupan rumah tangganya bersama dua orang isteri.

Apatah lagi, isteri pertama dan kedua tidak mengetahui bahawasanya mereka telah dimadukan. Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dan akhirnya rahsia itu terbongkar namun nasib Selamat diibaratkan seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila semua orang tidak mempercayainya lagi.

Naskhah teater itu diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman berdasarkan skrip Run For Your Wife karya Roy Cooney. Pementasan ini diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal selama 90 minit akan berlangsung pada 27 hingga 30 September, jam 8.30 malam.

Teater ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Izzue Islam, Jihan Raja Lawak, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nazurah Hanoom.

Izzue teruja

Pelakon dan juga penyanyi, Izzue Islam mengakui amat gementar dan dalam masa yang sama berasa teruja untuk menjayakan pementasan teater ini. Menurut Izzue, pementasan Maduku...Kalut adalah projek pertamanya dalam arena teater.

"Saya sangat teruja. Tidak sabar untuk berlakon teater namun saya berharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya yang memegang watak sebagai Selamat Johan, pemandu teksi yang berkahwin dua tanpa pengetahuan isteri pertama, Bibi dan turut merahsiakan perkara itu daripada isteri kedua, Mimi.

Bercerita mengenai wataknya dengan lebih lanjut, Izzue berkata kehidupannya menjadi kalut setelah rahsia kahwin dua terbongkar.

Namun akibat daripada satu insiden, dia berhadapan situasi sukar menyebabkan Selamat terpaksa meminta bantuan jirannya, Adam bagi bersemuka dengan pihak polis, wartawan dan kedua isterinya.

"Kekalutan demi kekalutan terus berlaku menyebabkan rahsia yang diikat kemas selama ini, akhirnya terbongkar jua. Di atas sebab itulah dia membuat pengakuan sebenar, malangnya semua orang tidak mempercayainya," kata Izzue.

Pun begitu, Izzue berkata watak tersebut juga memberikan cabaran buatnya kerana dia perlu menonjolkan pelbagai ekspresi muka setiap masa.

"Mungkin ia agak sukar jika sebelum ini saya lebih banyak bawa watak romantis, tapi dalam teater ini saya perlu mempelbagaikan mimik muka agar sesuai dengan karakter Selamat," katanya.

Jihan lari dari kebiasaan

Siapa yang tidak mengenali Ratu Parodi, Jihan Raja Lawak atau kini mahu dikenali sebagai Jihan Muse. Nama Jihan mungkin kurang dikenali di pentas teater, namun sebenarnya dia pernah terlibat dengan teater-teater indie seperti Lorong Blues yang baru sahaja menamatkan pementasannya beberapa minggu lalu.

"Sebelum ini, saya banyak melibatkan diri di belakang tirai namun tidak pernah berlakon di atas pentas sebesar Istana Budaya. Bila diberikan peluang untuk berlakon teater, saya terus menerima tawaran ini tanpa berfikir panjang," katanya.

Bercerita mengenai wataknya itu, dia memegang watak sebagai isteri pertama iaitu Bibi yang mempunyai perwatakan yang garang, suka memberontak dan bersikap kasar dengan suaminya.

Apatah lagi, setelah mengetahui suaminya berkahwin buat kali kedua tanpa pengetahuannya menyebabkan dia bertambah marah dengan perbuatan Selamat.

"Walaupun hanya membaca skrip sekali imbas kerana terlalu sibuk dengan penggambaran namun saya percaya teater ini akan menarik ramai penonton. Ia mempunyai kekuatannya tersendiri dan jika anda ingin melihat kegarangan saya, saksikan sendiri teater ini," katanya.

Sisi berbeza Nad Zainal

Sementara itu, berbeza pula dengan pelakon Kampung Girl, Nad Zainal yang memiliki pengalaman luas dalam dunia teater berbanding Izzue Islam dan Jihan. Anak kelahiran Kajang, Selangor itu mendapat pendidikan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Diploma Teater.

Menyingkap sejarah penglibatannya dalam dunia hiburan, Nad memulakan kerjaya sebagai pelakon pelbagai bidang seperti drama, iklan dan teater. Bertitik tolak daripada drama Sunsilk Impian, kerjayanya kian berkembang walaupun memegang watak pembantu dalam drama tersebut di samping pelakon hebat seperti Lydia Ibtisam, Wardina Safiyyah, Juliana Ibrahim dan Awal Ashaari.

Sejak dari itu, Nad menerima pelbagai tawaran berlakon dalam drama antaranya Putera Rayyan, Bukan Bidadari dan Memberku Hawa.

"Kerjaya saya bermula dengan teater namun tidak aktif apabila terlibat secara serius dalam bidang lakonan. Sudah dua tahun saya tidak terlibat dengan pementasan teater kerana kekangan masa.
"Tawaran lakonan yang agak banyak menyebabkan saya terpaksa melupakan dunia teater buat sementara," ujarnya.

Berbalik kepada watak lakonannya dalam teater tersebut, dia menceritakan bahawa watak Mimi sangat berbeza dengan watak yang pernah dibawa sebelum ini.

"Kebanyakan peranan yang saya bawa dalam drama atau filem sebagai gadis yang kasar dan perengus, namun kali ini ia berbeza sedikit. Watak Mimi yang manja, lemah lembut dan sopan santun merupakan percubaan pertama lakonan saya.

"Kali ini, anda akan melihat sisi berbeza saya dan lain dari yang lain," katanya.

Impian Intan Ladyana tercapai


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Impian, Intan Ladyana, tercapai
Intan Ladyana
Impian Intan Ladyana tercapai

Setelah tujuh tahun menjadi anak seni, pelakon cantik berdarah kacukan Melayu-Siam, Intan Ladyana kini boleh tersenyum riang apabila impiannya untuk bergelar penerbit akan menjadi kenyataan.

Menurut Intan, sebagai permulaan dia bakal menerbitkan sebuah telefilem dan bakal menjalani penggambaran hujung bulan ini.

“Saya ada projek istimewa ketika bulan puasa ini, yang terpaksa saya jalani penggambaran hujung bulan ini, kerana saya berharap ia akan ditayangkan selepas Aidilfitri nanti.

“Memandangkan ini projek pertama dan ‘first baby’ saya, saya sendiri akan berlakon dan ini pula projek kecil-kecilan. Ini merupakan projek kerjasama dengan rakan saya dan kami juga sudah beberapa bulan merancang tentang projek ini,” ujarnya yang ditemui baru-baru ini.

Menurut Intan, dia sudah lama memasang impian untuk menjadi penerbit dan setelah segala perancangan dilakukan, barulah dia bersedia berkongsi berita gembira ini.

“Saya memang dah lama mengimpikan untuk menjadi penerbit dan apabila saya dah dapat slot dari stesen TV, pelakon juga sudah ada dan hanya tinggal beberapa 20 ke 30 peratus yang perlu disiapkan, barulah saya berani berkongsi.

“Risau juga jika beritahu awal-awal dan perkara ini tak jadi, orang akan kata saya ini cakap tak serupa bikin pula,” katanya.

Intan berkata, selain akan memasuki set penggambaran, dia juga lebih menumpukan majlis-majlis berbuka puasa kali ini, kerana dengan cara ini dia dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Alhamdulillah, jadual saya hampir penuh dengan undangan berbuka dan pada bulan puasa inilah kita berpeluang mendekati anak yatim, golongan kurang bernasib baik dan memberi sumbangan kepada mereka,” katanya yang akan muncul dengan filem Adnan Sempit 3 pada hari raya Aidilfitri nanti.

Ashraf tampil mohon maaf


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ashraf, tampil, mohon maaf
Ketidakhadiran Ashraf dalam Program Bicara Cinta Anak Muda mengundang tanda tanya.

Ashraf tampil mohon maaf


BERIKUTAN ketidakhadiran Ashraf Muslim ke Program Bicara Cinta Anak muda anjuran Majalah I bersama Bank Muamalat Sabtu lalu, aktor terkenal itu menghubungi kami untuk beri penjelasan.

Menurutnya, faktor utama ketidakhadiran dirinya adalah disebabkan kesihatan dan bukan ingin elak dari media.

“Saya ingin memohon maaf lebih-lebih lagi kepada Majalah I sebagai pihak penganjur dan juga kepada penonton yang menantikan kehadiran saya. Saya tidak dapat hadir kerana kesihatan saya tidak berapa baik.

“Kalau saya sihat pada waktu itu, saya tidak akan hampakan semua pihak. Saya bukannya mahu lari dari media, tetapi memang pada masa itu saya tidak sihat dan saya telah jelaskannya kepada Editor Majalah I dan dia memahaminya,” katanya.

Bercerita mengenai kontroversinya yang berlaku pada dirinya baru-baru ini, Ashraf menjelaskan, belum tiba masanya untuk dia ceritakan perkara itu.

“Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita mengenai isu ini kerana ia bersifat peribadi. Saya tidak akan menceritakan kisah keluarga saya kepada mana-mana pihak. Lebih baik saya berdiam diri kerana kalau saya bercerita perkara sebenarnya pun, akan disalah ertikan.

“Sepatutnya di bulan yang baik ini, elok kalau kita kurangkan cerita perkara seperti ini kerana ia boleh kurangkan pahala.

“Akan tetapi kalau ia berkaitan dengan kerjaya saya, insya-Allah saya akan beri kerjasama dengan media. Namun, kalau ia berkaitan peribadi, saya tidak akan bercerita. Saya harap media dapat memahami situasi saya.

“Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah dan seharusnya kita tidak perlu jaga urusan orang,” katanya.

Sementara itu Editor Majalah I, Sarina Mohd Som berkata, beberapa kali  Asyraf hubunginya bagi memohon maaf atas kegagalan beliau hadir pada petang itu.

“Kami faham situasi beliau, malah tidak pernah serik untuk undang beliau sebagai salah seorang panel Forum Bicara Cinta Anak Muda pada masa akan datang," katanya.

Sasha Saidin kembali aktif


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Sasha Saidin, kembali, aktif
Sasha Saidin

Sasha Saidin kembali aktif


SETELAH beberapa tahun sepi dalam industri hiburan tempatan, kini bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin dilihat mula bergerak aktif dengan membintangi beberapa drama.

Menemuinya di program berbuka puasa anjuran program TV9 baru-baru ini, Sasha memberitahu, walaupun sudah lama tidak muncul di mana-mana kaca televisyen bukanlah menandakan dia akan terus meninggalkan industri ini.

Menurutnya, sibuk menguruskan hal peribadi adalah antara salah satu faktor mengapa dia terpaksa meninggalkan aktiviti seni buat sementara waktu.

"Memang sebelum ini saya sibuk uruskan anak dan tunggu kes penceraian saya reda. Tambahan pula saya bukan jenis yang suka ambil pembantu rumah untuk uruskan anak, sebab itu saya memang sibuk.

"Sekarang ini kalau saya ada kerja, mak saya yang akan bantu jaga anak saya. Tentang hak penjagaan pula tak ada masalah sebab dari dulu Arya memang dengan saya,” jelasnya.
Tambah Sasha, sejak kebelakangan ini, dia mula aktif dalam bidang lakonan memandangkan semuanya telah reda.

"Selain kembali aktif dalam bidang lakonan, saya turut kembali buat bidang peragaan. Terbaru saya ada ikuti majlis peragaan Islamic Fashion Festival.

"Saya pun baru balik dari Sydney mengikuti rombongan Yans Creation, butik yang banyak bekerja dengan saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sasha memberitahu, dia bakal memeriahkan kehangatan program raya TV9 menerusi drama Mimpi Fara yang akan disiarkan pada raya ketiga ini.

Belum serik

Menyentuh mengenai kegagalan rumah tangganya sebelum ini, Sasha menafikan dirinya akan serik untuk kembali bercinta dan berkeluarga.

Menurutnya, apa yang berlaku sebelum ini adalah ketentuan daripada tuhan yang tidak boleh dielakkan.

"Bagi saya, dalam dunia ini cuma ada dua perkara yang memang kita tidak boleh kawal iaitu jodoh dan ajal. Sekiranya selepas ini saya dijodohkan dengan lelaki lain, saya terima.

"Saya memang teringin nak kahwin sebab saya rindu nak dapat anak. Rindu nak pegang bayi dan bermanja dengannya. Kalau ada rezeki, saya nak anak perempuan,” ujarnya.

Ditanya ciri-ciri lelaki yang diminati, Sasha memberitahu, dia mahu seorang lelaki yang punyai pengetahuan agama yang cukup supaya dapat membimbing dirinya.

"Bila cakap lelaki yang beriman bukan maksudnya ustaz ataupun guru agama. Kadang-kadang luaran nampak biasa, tapi di dalam itu yang penting.

"Dia juga kenalah rajin dan kalau boleh, Sasha nak lelaki yang tinggi dan nampak matang," katanya sambil tersenyum.

Perkahwinan sebelum ini Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Salyo Priyanto pada 2007.

Namun, rumah tangga yang dibina selama lima tahun berakhir dengan perceraian pada 10 Julai 2012. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki iaitu Arya yang kini berusia empat tahun.

Ainan Tasneem kemalangan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ainan Tasneem, kemalangan
Ainan Tasneem

PENYANYI yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui Lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ainan Tasneem, kemalangan


Dipetik menerusi laman Facebooknya, Ainan Tasneem berkata, sewaktu kemalangan berlaku, beliau dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

“Kejadian semalam di lebuh raya NPE. 21 Julai kira-kira 2.30 pm. We were on our way to Bandar Tasik Selatan (kami tengah menuju ke Bandar Tasik Selatan). Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kami nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.

“Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar,  tayar kereta juga terkeluar dari tempat tayar , jadi besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah itu sahaja.

“Tapi, Alhamdulillah. Nothing happen to me and my best friend (tiada apa yang berlaku dalam diri saya dan kawan baik saya). Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat hentakan yang terlalu kuat,” katanya.

Mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut, Ainan bagaimanapun bersyukur apabila tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk.

“Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas. Dan kepada orang di luar sana, berhati-hati semasa memandu (To people out there, please.. Drive safely). Sayangi nyawa anda. Saya trauma kejap.

“Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Terima kasih Allah kerana masih bagi peluang untuk hidup,” ujarnya.

iskandarX: laa isk isk isk isk ganaznyerr Ainan drift tu lerr len kali datang kat is blaja drift dulu baru leh racing ok? hati-hati tau is risau kat awak.

Ashraf nafi punca Wan Sakinah putus tunang


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ashraf, nafi, punca, Wan Sakinah, putus tunang
Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim

PELAKON, Ashraf Muslim menafikan dakwaan menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan antara isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi dengan bekas tunangnya.

Semalam, seorang lelaki yang mengaku bekas tunang Sakinah tampil dalam rancangan Melodi memberitahu tentang Ashraf menjadi penyebab putusnya pertunangan mereka.

Ashraf menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Sakinah sewaktu wanita itu sedang dalam tempoh bertunang.

“Pembohong lelaki itu. Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya. Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya.

“Saya sedih apabila perkara sebegini timbul,” katanya dipetik dari Kosmo.

Ashraf juga meminta agar tidak diungkit cerita-cerita lama memandangkan dirinya sudah berkahwin dengan Sakinah.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua.

“Apabila terlalu ramai yang cuba ambil 'bahagian' dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih. Ini hal rumah tangga saya. Dengan rendah hati, saya harap semua pihak dapat menghormati saya dan tidak masuk campur dalam hal ini,” katanya.

Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.

Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Dayang rai anak-anak yatim


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Dayang Nurfaizah, rai, anak-anak yatim
Dayang Nurfaizah

SEJAK kedatangan Ramadan ini, ramai di kalangan golongan anak seni sibuk menunaikan pelbagai aktiviti kebajikan.

Tidak terlepas daripada melakukan perkara sama, penyanyi popular, Dayang Nurfaizah turut meluangkan masa meraikan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim daripada Persatuan Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKMM) dengan kerjasama Hotel Prince Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Saya bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk menjalani aktiviti kebajikan seperti ini. Saya amat berterima kasih dengan pihak hotel kerana sudi menjayakan majlis ini.

"Sebenarnya, setiap tahun saya mengadakan majlis berbuka puasa dengan persatuan ini. Bagi Dayang, mereka macam sebahagian daripada hidup Dayang.

"Mereka perlu diberi perhatian tambahan pula mereka adalah pelapis bangsa kita pada masa akan datang," ujarnya.

Kaka tampil solo


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kaka, tampil, solo
Kaka

SELEPAS tampil dengan lagu kolaborasi bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta dan Bawaku Pergi, penyanyi Kaka memberitahu dia bakal tampil dengan single solo pertamanya berjudul Terpulanglah.

Kaka atau nama penuhnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 24, berkata, single yang bakal keluar itu adalah merupakan lagu pertama yang dibawa secara solo.

"Untuk single baru ini Zizan tidak lagi terlibat seperti lagu-lagu kolaborasi kami sebelum ini. Boleh dikatakan ini adalah single solo pertama saya.

"Lebih kepada rentak Balada dan R&B dan ia bakal menguji vokal saya sepenuhnya. Saya harap dengan kehadiran lagu ini peminat akan lebih tahu saya juga berkemampuan membawa nyanyian solo dan bukannya duet saja," katanya.

Dalam pada itu, Kaka memberitahu single pertamanya yang akan dilancarkan selepas sambutan Aidilfitri itu adalah merupakan ciptaan komposer baru, Q.Z.

Neelofa bakal jadi duta LINE


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, bakal, jadi, duta, LINE
Neelofa

PELAKON cantik, Neelofa memberitahu bahawa dia bakal dilantik menjadi duta bagi aplikasi LINE yang kini sedang hangat digunakan oleh pemilik telefon pintar di seluruh dunia.

Difahamkan, pelantikan itu adalah kali pertama yang melibatkan selebriti tempatan di mana sebelum ini, aktor dan penyanyi bertaraf antarabangsa, Choi Siwon (Siwon) dipilih sebagai dutanya.

Bagaimanapun, majlis pelantikan ini dikhabarkan akan diadakan dalam masa terdekat dan pada masa yang sama iklan komersial yang menampilkan Neelofa untuk LINE akan disiarkan di televisyen, Billboard dan sebagainya.

Bagi perkembangan lain, Neelofa juga bakal muncul menerusi Kecoh Pengacara Beraya di mana ia turut menampilkan beberapa pengacara lain seperti Fara Fauzana, Scha Al-Yahya, Amyza Adnan, Zizan Razak, Awal Ashaari, Faizal Ismail serta Kamal Adli.

Kutipan filem merosot


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kutipan, filem, merosot
David Teo
FILEM Ngangkung, Hantu Dalam Botol Kicap, Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit ialah barisan filem yang cukup gah bagi syarikat penerbitan popular ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kutipan, filem, merosot
Berkongsi rezeki bersama anak yatim

Meskipun pelbagai spekulasi kedengaran mengenai kualiti filem yang diterbitkan oleh syarikat ini, namun ia tetap beroperasi dalam menghasilkan pelbagai genre filem.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kutipan, filem, merosot
David bersama isteri dan pelakon naungannya.

Sama ada berjaya menambat hati penonton atau tidak, pemilik syarikat Metrowealth International Group (MIG), Mejar David Teo berkata, bukan mudah untuk mencipta kejayaan dan ia memerlukan masa yang panjang.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kutipan, filem, merosot
David pada majlis berbuka puasa MIG.

"Meskipun tahun ini kutipan MIG kurang memberangsangkan, namun ia tidak pernah melemahkan semangat saya,

"Bagi saya, berniaga ini banyak aspek yang perlu difikirkan, misalnya berniaga filem, bukan dalam kuantiti yang sedikit dan kecil.

"Walaupun kurang menjadi tahun ini tetapi saya tidak akan mengalah," katanya yang  menegaskan untuk menjadi penerbit filem  berjaya, filem yang dihasilkan haruslah secara berterusan.

Jelas David, sekali tidak berjaya bukan bererti akan gagal selamanya.

"Saya tidak boleh rasa jatuh kerana perkara ini, lagipun penggambaran masih dijalankan seperti biasa walaupun kurang cemerlang tahun ini," katanya dan memberitahu pihak MIG sedang menjalankan pelbagai kajian demi meningkatkan mutu filem yang diterbitkan.

Menurutnya, ia termasuklah dari segi genre, penceritaan dan artis.

"Zaman berubah dan filem juga harus berubah, jadi kami sedang bekerja kuat mencari formula baru bermula hujung tahun ini sehingga tahun hadapan untuk yakinkan penonton," katanya yang cukup terkenal dengan trademark 'bukan janji, tapi pasti'.

100 filem jadi realiti

Masih dengan misinya untuk mencapai sasaran 100 filem menjelang tahun 2013, David berkata, dia tidak sangka impiannya itu akan menjadi kenyataan.

"Kalau hendak berjaya mesti ada matlamat dan inilah matlamat saya, menerbitkan 100 filem sebelum tamat tahun 2013.

"Pada awalnya saya menyasarkan pada tahun 2020, tapi sudah menjadi rezeki saya dan ia nampaknya bakal direalisasikan," katanya yang sudah merancang 10 tahun lalu mengenai idea 100 filem ini.

Ditanya apakah semua filem yang diterbitkan mempunyai kualiti seperti diharapkan penonton, kata David, tanpa kuantiti tidak akan lahir kualiti.

"Setiap filem yang dihasilkan pasti ada kekurangan, daripada kekurangan inilah kita akan hasilkan yang terbaik.

"Sama juga seperti pengarah dan pelakon yang berada di bawah MIG, semuanya perlu digilap untuk menjadikan mereka orang yang hebat dalam dunia seni," katanya dan memberitahu perlu berani berhadapan dengan kritikan masyarakat.

Tambahnya, apa pun yang dikatakan, dia tetap berdiri gagah dalam industri ini dan meneruskan usahanya seperti selalu.

"Industri akan berjalan seperti biasa walaupun pelbagai halangan dan cabaran terpaksa kita hadapi, jadi tak perlu fikirkan semua ini, yang penting komited terhadap kerja kita sahaja," katanya.

Berkongsi mengenai filem ke-100 yang akan ditayangkan nanti, kata David, filem tersebut dipilih daripada lima filem yang terbaik.

"Selepas siap penggambaran kelima-lima filem ini, barulah kita lakukan kajian untuk memilih yang mana paling hebat.

"Yang penting ianya benar-benar berkualiti dari segi penghasilan, komersial, penceritaan dan lakonan.

"Selain itu, filem ini datangnya dari pelbagai genre berbeza seperti komedi, seram dan aksi," katanya yang akan melancarkan filem ke-100 dalam majlis penuh gemilang.

Hero, heroin muka baru

Meskipun tahun ini kutipan filemnya jatuh, bagi David, ia bukan alasan mengapa dia harus berputus asa untuk melahirkan bakat-bakat baru.

Katanya, pembangunan modal insan di bawah syarikatnya telah bermula sejak tahun 2001 lagi.

"Jika dahulu kita ada Maya Karin, Irma Hasmie, Farid Kamil dan Waheeda, kali ini kita ada Shima Anuar, Diana Amir dan ramai lagi pelapis.

"Ini semua perlu kerana tiada bakat baru, siapa yang akan menggantikan bintang-bintang ini bagi sesetengah peranan itu.

"Kita tidak boleh meletakkan pelakon yang sudah berusia memainkan watak remaja," katanya bangga kerana telah melahirkan ramai bintang yang berjaya dalam industri seni tempatan.

Tambahnya, dia juga kini dalam usaha mencari hero dan heroin baru yang mempunyai paras rupa yang lebih versatil.

"Jika dahulu hero saya ada yang gemuk dan boleh dikategorikan muka pecah rumah, tetapi sekarang, saya mahu hero yang sasa dan segak, begitu juga untuk heroin," katanya dan memberitahu ia perlu kerana masyarakat punya selera berbeza.

Fokus Adnan Sempit

Berkongsi mengenai filem  yang bakal ditayangkan tahun ini pula, kata David, dia tidak sabar menantikan tayangan filem Adnan Sempit 3 yang sudah diisi bagi slot wajib tayang sempena hari raya ini.

"Saya sangat gembira kerana filem Adnan Sempit mendapat slot ini.

"Sudah lama saya tidak dapat slot wajib tayang untuk musim raya, lebih menarik ia turut ditayangkan selama dua minggu berbanding sebelum ini hanya seminggu sahaja," katanya Adnan Sempit 3 adalah filem ke-78 terbitan MIG.

Berkongsi mengenai sasarannya bagi Adnan Sempit 3, jelas David, jika mengikut kepada Adnan Sempit 1 (RM7.8 juta) dan Adnan Sempit 2 (RM9.5 juta termasuk kutipan Astro First), kedua-duanya meraih kejayaan yang cemerlang.

"Tidak mustahil Adnan Sempit 3 juga akan mengikut jejak sama, lagipun ia ditayangkan pada hari raya.

"Ketika ini seisi keluarga sedang bercuti dan mempunyai masa menontonnya, jadi RM10 juta tidak mustahil untuk dicapai," katanya dan menjelaskan ia sekadar harapan dan tidak semestinya menjadi kenyataan.

Ditanya adakah RM10 juta itu termasuk tayangan Astro First, ujar David, tidak, hanya untuk kutipan panggung sahaja.

"Tidak hairan jika ia dapat direalisasikan, lagipun ia ditayangkan di 80 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Dalam pada itu, akui David, pihaknya turut memberi fokus bagi Adnan Sempit 4 yang bakal menjalankan penggambaran selepas raya nanti.

"Kali ini 80 peratus penggambaran dijalankan di Bangkok, mengapa ia dilakukan di sana? Semua ini ada kaitan dengan gaya hidup Adnan yang telah berubah menjadi ahli korporat," katanya masih mengekalkan pelakon utama seperti Shahiezy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Along bagi Adnan Sempit 4.

Sementara itu, terdapat juga beberapa pelakon Thailand digunakan untuk filem ini.

Sering kongsi rezeki

Dalam pada itu, David yang juga dikenali dengan sifat pemurahnya, tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik setiap kali bulan Ramadan menjelma.

Walaupun datang daripada kaum yang berbeza agama dan budaya, namun bagi David, dia percaya dengan memberi dan berkongsi nikmat bersama insan lain mampu membuatkan rezekinya bertambah.

"Sebab itulah tahun ini, walaupun filem saya kurang untung, saya tetap memberi sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan golongan memerlukan.

"Malah setiap hari saya adakan majlis berbuka puasa di syarikat untuk kakitangan saya," katanya yang tidak menjalankan sebarang aktiviti penggambaran di bulan yang mulia ini.

Katanya, dia mengambil pendekatan begini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.

"Sepanjang tahun bekerja, bulan ini saya mahu mereka lakukan aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan pula.

"Lagipun, saya harus menghargai mereka yang telah banyak menyokong saya selama ini," katanya pada majlis berbuka puasa bersama media, baru-baru ini.

Ditanya mengenai bajet yang dikeluarkan untuk bulan Ramadan dan raya tahun ini, David tersenyum panjang.

"Cukuplah kalau saya kata bajet tersebut mampu membeli sebuah kereta Mercedes Benz," katanya.

Aziz M Osman nekad bersara


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Aziz M Osman, nekad, bersara
Aziz M Osman

Aziz M Osman nekad bersara


AZIZ M Osman, bukanlah nama picisan dalam industri tempatan. Malah, ilmu seninya tidak perlu diduga lagi.

Dilahirkan pada 2 Oktober 1962, anak kepada penyanyi era 90-an, M Osman ini mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sebelum bergelar pengarah dan penerbit.

Dalam dunia pengarah, Aziz berjaya mencipta fenomena tersendiri melalui beberapa filemnya termasuk, Fenomena, XX Ray, Leftenan Adnan, Puteri Impian, Senario The Movie, Gila-Gila Pengantin dan Trauma.

Malah drama terbitan syarikat produksinya, AceMotion Pictures Sdn Bhd seperti Misi XX Ray, Dunia Anita, Puteri, Fara, Bong, Viceversa dan Kisah Kaisara turut mempunyai peminat tersendiri.

Namun, sejak akhir-akhir ini ramai yang beranggap magis Aziz sudah hilang dan karya ciptaannya tidak lagi berbisa seperti dahulu.

Menerusi satu temu bual eksklusif, Aziz turut berkongsi pandangan dan perkembangan terbarunya di dalam bidang pengarah dan penerbitan.

Apa perkembangan terbaru anda?

Alhamdulillah, saya bersama kru produksi baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri untuk TV3 slot Akasia, Demi Dia. Kini, saya akan kembali fokus pada filem yang bakal menemui penonton tidak lama lagi, Penunggu. Kemungkinan besar, filem itu akan ditayangkan pada awal tahun depan.

Sepanjang drama Demi Dia ditayangkan, bagaimana pula sambutan daripada penonton?

Pada awalnya sambutan memang kurang memberangsangkan, namun kini saya lihat penerimaan semakin baik. Saya akui, memang drama ini kurang memberi kesan kepada penonton kalau nak dibandingkan dengan drama sebelum ini. Mungkin kerana penonton lebih suka dengan drama-drama genre berlainan. Namun, saya puas hati dengan Demi Dia walaupun idea ini datangnya daripada stesen televisyen.

Kiranya, Demi Dia bukanlah naskhah anda sendiri?

Bukan, ia adalah idea daripada stesen televisyen dan saya disarankan untuk menghasilkan kesinambungan kisah cinta Azura setelah berkahwin. Pun begitu, saya tidak menyalahkan stesen televisyen di atas perkara ini. Namun kalau boleh, saya lagi puas jika mengarahkan karya saya sendiri. Bagi pengarah yang sudah lama bertapak dalam industri, mungkin perkara ini menimbulkan rasa janggal dan langkah kami turut terbantut. Apa salahnya jika memberi kebebasan kepada kami kerana kami tidak perlu 'dipimpin' sebegini.

Ramai yang berpendapat, magis anda sudah hilang. Apa komen?

Perkara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan. Saya tidak kisah apa yang orang kata kerana bagi saya, generasi penonton telah berubah. Mungkin ini bukan era saya lagi. Selera penonton juga berubah dan saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyajikan karya yang boleh memenuhi selera penonton. 

Sebenarnya, Demi Dia adalah drama terakhir arahan saya dan saya akan bersara dalam bidang pengarahan. Saya akan menumpukan perhatian pada bidang penerbitan sahaja dan selain itu, saya akan membantu anak sulung saya, Puteri Nur Fatihah, 24, yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UITM), dalam bidang Animasi.

Adakah anda merajuk?

Bukan merajuk, cuma saya rasa, saya perlu undur diri dan memberi peluang kepada pengarah-pengarah baru untuk berkarya. Lagipun, saya sedar bahawa penonton sudah berubah dan generasi penonton sekarang tidak berpihak kepada karya saya lagi.

Kenapa tidak cuba untuk tampilkan kelainan?

Bukan saya tidak mahu tampilkan kelainan, namun saya sendiri tidak suka berkarya tanpa jiwa.

Selain itu, saya ada menyuarakan idea saya sendiri, namun stesen televisyen menolak dan alasan tidak mahu menanggung risiko sekiranya karya itu gagal. Saya pula tidak suka menghasilkan karya-karya yang mengangkat unsur kekecewaan yang melampau. Jadi, ia tidak kena dengan jiwa saya. Bukan saya sahaja malah, pengarah lain juga turut merasai perkara yang sama.

Akhir sekali, apa pandangan anda mengenai industri sekarang?

Tidak dinafikan, industri sekarang  berkembang positif dan melahirkan banyak karya hebat.

Namun, saya juga berharap agar pihak stesen televisyen mempercayai kredibiliti pengarah lama dan tidak meletakkan kami setanding dengan pengarah yang baru bertatih. Berikan kebebasan kepada kami berkarya dan tidak salah sekiranya kita mempelbagaikan genre karya. Pun begitu, saya tidak ada masalah dengan stesen televisyen kerana kita semua saling memerlukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan