Cari Artikel

Sunday, July 21, 2013

Putus tunang gara-gara Ashraf Muslim


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Putus, tunang, gara-gara, Ashraf Muslim
Bekas tunang(kiri) dan Wan Sakinah - Gambar hiasan

MASIH belum reda mulut orang berkata tentang majlis perkahwinan mengejut antara Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu, kini timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan.

Ini kerana, Ashraf bukan sahaja dikatakan kahwin kali kedua tanpa keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, malah turut didakwa punca berlakunya putus tunang antara Sakinah dengan bekas tunangnya.

Melalui rancangan Melodi di TV3, bekas tunang Sakinah, 29, yang tidak mahu dinamakan telah muncul memberitahu tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf, 32, menjalinkan hubungan dengannya.

Beliau turut mendakwa yang hubungan Ashraf dengan Sakinah terjalin sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada isteri pertamanya, Dayana.

“Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.

“Pada masa itu saya memang frust (kecewa), kerana saya sudah hampir berkahwin. Memang takdir telah menentukannya tapi macam mana takdir pun mesti ada sebab dan alasannya dan salah satu sebab pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf

“Dan pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, bekas tunang Sakinah itu tetap menarik nafas lega apabila apa yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah fitnah sebaliknya kenyataan.

“Alhamdulillah, apa yang Ashraf nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.

“Sebelum ini apa yang saya cakap tidak dipercayai orang lain kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz, tapi Alhamdulillah, akhirnya terbongkar,” ujarnya yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Dayana.

Tidak berdendam dengan Sakinah meskipun hubungan yang terjalin tidak ke jinjang pelamin, beliau tetap mendoakan kebahagiaan Ashraf dan Sakinah sehingga ke akhir hayat.

Namun, apa yang diharapkan oleh beliau agar Ashraf tidak lari dengan apa yang berlaku sebaliknya bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.

“Ashraf patut berterus terang dan sedia menghadapi pihak media dan orang ramai,” jelas beliau.

Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah mengemparkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.

Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011, namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Najwa, Shila bukan calang-calang!


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Najwa, Shila, bukan, calang-calang


BIARPUN usianya boleh dikatakan masih mentah, namun bakat yang dimiliki penyanyi remaja popular ini bukanlah calang-calang.

Kemunculannya beberapa tahun lalu pernah menjadi fenomena apabila video muzik nyanyiannya, 'Cinta Muka Buku' yang dimuat naik menerusi laman Youtube berjaya menarik perhatian jutaan peminat muzik tempatan.

Sejak itu, nama Najwa Latiff sering menjadi perbualan ramai tambahan pula setiap percubaan lagunya tidak pernah menghampakan sehinggalah ke hari ini.

Begitu juga dengan penyanyi, Shila Amzah, yang mula dikenali menerusi program realiti One In A Million (OIAM) ini bakatnya juga tidak menghampakan.

Kejayaannya dalam pertandingan nyanyian antarabangsa, 'Asia Wave 2012' telah membuktikan kehadirannya dalam industri bukanlah sekadar menempah kontroversi semata-mata.

Berkesempatan menemui kedua-dua penyanyi ini pada rakaman program Stailista Unplugged, TV9 baru-baru ini, Zass sempat menemu ramah berkongsi perkembangan dan perjalanan seni mereka.

Najwa seronok jadi pelajar


Baru tiga minggu menjalani pengajian di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) di peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun sudah cukup buat penyanyi 'Cinta Muka Buku' ini tertarik menjalani kehidupannya sebagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Setakat ini saya tidak pernah jangkakan suasana pembelajaran di universiti lebih santai seperti ini.

"Pensyarah dan rakan-rakan sekelas memang 'best'. Walaupun ada di kalangan mereka tahu saya penyanyi, namun mereka tidaklah bertindak seperti peminat-peminat lain. Mereka anggap saya seperti pelajar biasa dan itu membuatkan saya lebih selesa," katanya yang juga dilantik sebagai duta universiti tersebut.

Bertanyakan mengenai pembahagian waktu pelajarannya dengan karier seni, Najwa memberitahu ianya telah disusun dengan baik tanpa memberi masalah kepadanya setakat ini.

"Sama seperti waktu sekolah dahulu, semua jadual saya telah disusun dengan baik supaya kedua-dua bidang ini dapat berjalan dengan lancar.

"Pada setiap hari Isnin hingga Rabu dan Jumaat saya akan fokus pada kelas dan selebihnya saya akan luangkan masa dengan karier nyanyian saya," jelasnya.

Mahu turun berat badan


Ditanya mengenai berat badannya yang kini dilihat semakin bertambah, Najwa memberitahu sebenarnya dia telah pun mengurangkan berat badannya sebanyak 6 kilogram.

Menurutnya, kesedaran menurunkan berat badan mula timbul setelah satu kejadian yang membimbangkan telah berlaku kepada dirinya baru-baru ini.

"Ketika itu saya sedang membuat persembahan tiba-tiba kaki saya tidak boleh berjalan. Sejak itu saya berusaha untuk turunkan berat badan. Kalau boleh saya mahu turun sebanyak 20kg.

"Bukan saya malu dengan bentuk badan mahupun berat saya sebelum ini. Sebelum ini saya memang selesa dengan diri saya. Tapi kalau dah sampai tak boleh bergerak masa sedang menyanyi, itu bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan," ujarnya.

Bagaimanapun Najwa menafikan tuntutan kerjayanya dan tugas yang digalas sebagai pelajar bukan faktor utama penambahan berat badannya sebelum ini.

"Setakat ini saya cuba amalkan diet secara perlahan-lahan. Setiap pemakanan saya akan cuba seimbangkan.

"Tapi untuk lakukan senaman memang saya tidak sempat sebab jadual padat," katanya.

Shila lebih selesa di Shanghai?

Ketika ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Patah Seribu' ini sudah pun berada di Shanghai bagi meneruskan kariernya di sana.

Kata Shila, walaupun menjalani kehidupan jauh dari keluarga, namun dia masih gembira melihat perkembangan kariernya yang diterima baik masyarakat di sana.

"Sekarang ini, saya sangat bersyukur dan gembira. Walaupun jauh, saya masih selesa menjalani karier di sana.

"Di sana, boleh dikatakan saya lebih fokus terhadap kerjaya. Maklumlah, saya masih baru di sana dan perlu berusaha lebih kuat untuk membina nama di sana," ujarnya sambil tersenyum.

Tambah Shila lagi, keadaan yang berbeza di sana berbanding di negara sendiri membuatkan dirinya lebih selesa dan privasi.

"Di sana sudah ramai artis mereka yang jauh lebih popular. Berbeza dengan di sini, kalau keluar tu ada saja peminat yang kenal dan nak bergambar bersama. Dan apa yang kita buat semua orang akan ambil tahu.

“Di sana saya masih 'baby' lagi. Bebas sikit kalau mahu ke mana-mana sebab kalau terserempak dengan peminat pun, mereka akan amati saya dulu betul-betul. Dah lama sikit baru mereka datang dekati saya," katanya.

Kuasai bahasa Mandarin


Walaupun menjalani ibadah puasa, namun itu bukan penghalang buat penyanyi ini bergiat aktif menguruskan kerjayanya yang baru bermula di sana.

Menurutnya, jadual yang padat telah menanti sekembalinya dia di sana.

"Jadual saya di sana memang sangat padat. Sampai saja di sana, saya akan terus ikuti kelas bahasa Mandarin secara terus menerus selama sebulan sebelum tamat pengajian itu.

"Harap-harap saya akan berjaya menguasai bahasa ini dengan baik sebab saya terlibat dalam beberapa program TV di sana," katanya.

Persiapan raya serah pada ibu


Bercerita mengenai persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Shila memberitahu dia serahkan perkara itu kepada ibunya.

"Saya akan pulang semula ke sini dua hari sebelum ketibaan Syawal. Kalau saya sendiri buat persiapan memang tidak sempat dan sebab itu semuanya akan diuruskan ibu.

"Semua persiapan cuma biasa-biasa saja. Lagipun saya hanya akan ada di sini sampai hari raya ketiga sahaja, lepas itu saya akan kembali ke Shanghai untuk sambung pekerjaan saya di sana," katanya.

'Adrian Umar' pilihan Izreen


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Adrian Umar, pilihan, Izreen


TIDAK terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Izreen Azminda dan Muhamad Riza Baharudin yang dikurniakan bayi sulung pada Sabtu lalu kira-kira jam 1.30 pagi.

Nampaknya tahun ini sambutan raya Izreen dan suami bertambah meriah dengan kehadiran si kecil.

Difahamkan, bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan ini telah pun diberikan nama Muhammad Adrian Umar oleh pasangan itu.

Ternyata keduanya teruja dengan kehadiran bayi itu yang dilahirkan seberat 3.3 kilogram seawal 1.30 pagi.

Untuk makluman, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 30 Ogos tahun lalu dan memilih Jitra, Kedah sebagai lokasi persandingan.

Fasha bantu ibu di bazar


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Fasha, Bantu, Ibu, Di, Bazar


RAMAI yang memuji tindakan Fasha membawa anak kecilnya untuk membantu ibunya berniaga di bazar Ramadan yang terletak di Putrajaya.

Meskipun popular, siapa sangka Fasha rupanya memiliki sikap merendah diri. Malah difahamkan, ramai peminat turut memuji Fasha dan berpuas hati dengan layanannya.

Menerusi Instagramnya, Fasha berkata, ibunya memasak sendiri semua juadah yang dijual.

Laksa merupakan juadah utama selain beberapa hidangan istimewa yang lain.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, ternyata Fasha tidak kekok menguruskan bazar itu.

Lebih menyentuh perasaan, anak kecilnya itu turut digendong bersama.

iskandarX: Fasha memang best dari dulu lagi.

Radhi-Ayu kahwin tahun depan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Radhi OAG, Ayu, kahwin, tahun, depan
Radhi-Ayu

PERCINTAAN antara Radhi OAG dengan seorang gadis berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama panggilan Ayu bukan rahsia lagi.

Hubungan mereka sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu dan ketika itu Ayu atau nama sebenarnya Nur Shahira Ayu Zahiri baru berusia 15 tahun.

Antara faktor yang memikat Radhi untuk menjalinkan hubungan serius dengan gadis itu disebabkan kematangan Ayu tidak menggambarkan usianya masih lagi muda.

Baru-baru ini, Ayu mendedahkan bahawa hubungan mereka bakal berakhir ke gerbang perkahwinan tahun hadapan.

Ternyata pengorbanan yang dilakukan Ayu berbaloi apatah lagi Radhi pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Malah Ayu juga telah berubah untuk bertudung sejak Disember lalu selepas berniat untuk mengahwini kekasih hatinya itu.

Aaron maki peminat?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Aaron, Maki, Peminat
Aaron Aziz

PANAS baran! Itulah pengakuan Aaron Aziz terhadap Zass menerusi ruangan cepu emas sebelum ini. Maka tidak hairanlah, pelakon Ombak Rindu ini tiba-tiba naik angin sebaik saja peminat menegur gambar anak-anaknya yang dimuat naik menerusi Instagram.

Kejadian itu berlaku di saat berbuka puasa dan ketika itu ada peminat yang menegur cara anak perempuannya duduk. Menurut peminat itu, Aaron sepatutnya mengajar anaknya duduk secara sopan meskipun masih kecil.

'Bengang' dengan teguran itu, Aaron terus mempertahankan diri dengan perkataan yang agak kesat.

Ramai juga yang terkejut dengan 'rupa sebenar' Aaron kerana sebagai artis dia sepatutnya lebih profesional melayani peminatnya sendiri.

Kilafairy Tak hormat Ramadan?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, Tak, hormat, Ramadan
Kilafairy

NAMPAKNYA Ramadan menyebabkan masyarakat kita menjadi lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkara.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kilafairy, Tak, hormat, Ramadan
Kilafairy

Apatah lagi perbuatan tidak sopan atau mempersendakan bulan mulia ini akan membangkitkan kemarahan umat Islam.

Jika sebelum ini ada selebriti ditegur kerana sikap mereka yang menunjuk-nunjuk dalam beribadat, aktres dan penyanyi seksi Kilafairy turut terkena tempias.

Pelbagai kritikan dilemparkan kepada Kilafairy setelah dia berkongsi sebuah video di Intagram dengan hanya memakai baju besar paras peha dan tidak memakai seluar.

Ternyata ia menimbulkan kemarahan peminatnya seolah-olah pelakon yang terkenal dengan jolokan Angelina Jolie Malaysia itu tidak menghormati Ramadan.

Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaiannya, We Are Rack bersama dengan beberapa individu mengadakan penggambaran di studio.

Walaupun Kilafairy tidak membalas kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya itu, seharusnya dia patut berhati-hati ketika memuat naik sebarang video atau gambar ketika umat Islam meraikan kedatangan bulan mulia ini.

iskandarX: Memang la seksi tahu la awak tu seksi, tapi hormat la sikit bulan puasa walaupun profile awak tu peribadi punya, tapi ini Malaysia la.

'Ada pihak ambil kesempatan'


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ada, Pihak, Ambil, Kesempatan
Gambar perkahwinan kedua Ashraf yang tersebar.

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini.

Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu.

Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun.

Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury.

Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir.

Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29.

Meskipun dikatakan kahwin lari'di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan  pakaian sedondon berwarna coklat.

Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah.

Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik.

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat.

Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011.

Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.

Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan