Cari Artikel

Wednesday, July 17, 2013

Ashraf Muslim nikah Sakinah di Thai


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ashraf Muslim, nikah, Sakinah, di, Thai
Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Mohd Ashraf Muslim yang sebelum ini memfailkan permohonan berpoligami, menarik balik permohonan tersebut, di Mahkamah Tinggi, di sini.

Tindakan menarik semula permohonan tersebut dibuat ekoran mahkamah dimaklumkan, Ashraf telah pun bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi di Thailand, minggu lepas.

Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonan tersebut dan memerintahkan Ashraf membayar kos sebanyak RM8,000 kepada isteri pertamanya, Nordayana Mohd Lokman sebagai kos.mahkamah berjumlah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

Ashraf Muslim dan isterinya Noor Dayana Lokman di Mekah 


Menerusi laporan berlainan, Ashraf Muslim sebelum ini dikatakan telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membuat permohonan berpoligami bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi selepas dia bernikah dengan isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Makkah.

iskandarX: Mampu dan boleh melaksanakan tanggungjawab dengan adil, kahwin pi lah sampai empat sekalipun tadak sapa nak marah, tapi yang marahnya pi nikah kat Thailand tu apehal? Kat Malaysia belambak lagi Khadi yang lebih layak menikahkan.

Bintang Glee mati akibat heroin, alkohol


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Bintang, Glee, mati, akibat, heroin, alkohol
Monteith memegang watak sebagai Finn Hudson dalam Glee. Foto USA Today.

PELAKON Glee, Cory Monteith disahkan meninggal dunia akibat pengaruh heroin dan pengambilan alkohol berlebihan.

Pelakon dari Kanada yang berusi 31 tahun itu memegang watak sebagai Finn Hudson dalam siri Glee ditemui mati dalam sebuah bilik hotel, Sabtu lalu.

Monteith sebelum ini pernah menjalani rawatan pemulihan dadah pada tahun 2009.

Menurut kenyataan dari British Colombia, daripada bedah siasat yang dijalankan, terdapat keracunan akibat campuran melibatkan heroin dan alkohol yang berlebihan dan ia menjadi punca kematian pelakon itu.

Pelakon itu juga sebelum ini ada membuat pengakuan berhubung ketagihan dadah yang dialaminya sejak remaja lagi.

iskandarX: tudia laa dah terkenal, ada banyak duit, isap dadah, minum arak, Kufur Nikmat Allah Taala, bawak2 la taubat, masuk Islam. Takdak la mati katak dengan sia-sia.

Anjali bakal jadi tumpuan


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Anjali, bakal, jadi, tumpuan


MASIH ingatkah anda watak Anjali, anak perempuan Shah Rukh Khan menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai?

Jika ingat, sudah tentu anda terfikir bagaimanakah rupanya dan di manakah dia kini.

Menurut sumber, pelakon comel yang diberi nama Sana Saeed ini semakin meningkat dewasa dan turut mendapat jolokan antara pelakon yang paling hot di Bollywood.

"Walaupun dia masih belum muncul sebagai pelakon utama dalam mana-mana filem, namun dia bakal muncul dalam filem arahan Karan Johar tidak lama lagi.

"Saya yakin, kemunculannya itu bakal membuatkan dia menjadi tumpuan di sini," katanya mengenai pelakon berusia 24 tahun itu.

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Anjali, bakal, jadi, tumpuan
Sana Saeed

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Anjali, bakal, jadi, tumpuan

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Anjali, bakal, jadi, tumpuan

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Anjali, bakal, jadi, tumpuan

Korban karier demi anak


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Korban, karier, demi, anak
Marshanda bersama anaknya, Siena


SEJAK mempunyai cahaya mata, pelakon terkenal dengan drama Putri Yang Terbuang ini semakin jarang muncul di kaca televisyen.

Akui Marshanda, demi menjadi ibu yang baik kepada anaknya, Siena, dia sanggup mengorbankan kariernya.

"Anak dan keluarga menjadi keutamaan saya, bagi saya tiada apa yang lebih penting berbanding mereka.

"Lagipun saya sudah lama berada dalam industri seni, meskipun masih muda, saya tidak berasa rugi lebih-lebih lagi untuk mereka yang dicintai," katanya.

Emma Watson sedia akhiri zaman bujang


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang
Emma Watson

KISAH peribadi bintang Harry Porter ini jarang menjadi tumpuan, namun sebaliknya apabila dia mengeluarkan kenyataan ingin mengakhiri zaman bujang.

Menurut Emma Watson, jika diberi peluang, dia mahu berkahwin dengan kekasihnya, Will Adamowicz dalam jangka masa terdekat.

"Walaupun saya baru berusia 23 tahun, tetapi saya rasa hubungan kami perlu dibawa ke peringkat lebih serius.

"Lagipun kami sudah lama bercinta sejak zaman universiti lagi," katanya yang sudah mula merisik cincin perkahwinan mereka.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Emma Watson, sedia, akhiri, zaman, bujang

Suami curang, tambah anak!


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Suami, curang, tambah, anak
Khloe Kardashian


MESKIPUN khabar angin kecurangan Lamar Odom tersebar luas, namun isterinya, Khloe Kardashian tetap menyayangi pemain bola keranjang itu.

Akuinya, dia masih mencintai Odom dan mahu memiliki anak bersama suaminya itu.

"Memang kisah kecurangannya mengganggu saya, tetapi dia tetap insan yang penting dalam hidup saya.

"Lagipun, saya sentiasa mengimpikan keluarga yang mempunyai anak ramai dan saya yakin ia mampu membuatkan hubungan kami kembali pulih," katanya.


iskandarX: Mau tak curang, isteri sendiri dok tayang body merata, tayang bukan nya tayang saja la kat Hollywood nie.

Katie Holmes beralih angin


WARTAWAN SINAR HARIAN

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Katie Holmes, beralih, angin
Katie Holmes

PELAKON Katie Holmes dilaporkan sedang mencari rumah baru di Brooklyn.

Menurut sumber, dia berminat membeli rumah di sekitar Fort Greene.

"Jika sebelum ini dia dan anaknya, Suri menetap di Chelsea, tetapi dia ingin bertukar angin.

"Katanya, dia mahu mencari suasana baru yang lebih tenang berbanding tempat tinggalnya sekarang," katanya kawasan tersebut turut dihuni Anne Hathaway dan Michelle Williams.

Mengintai Teladan Melalui Keinsafan...


WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Mengintai, Teladan, Melalui, Keinsafan


“SEMAKIN berat kejahilan terpikul di bahu, semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup, kerap kakiku tersadung selirat akar, tubuhku tercalar duri pidana, pada samar kejauhan, ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsang aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna. Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan? Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala.”

Begitulah antara bait dalam sajak Mengintai Ruang Insaf nukilan Shukri Abdullah. Sajak ini membuka minda kita atas persoalan keinsafan yang ada di dalam setiap diri manusia dan TV3 telah mengembalikan program Insaf untuk musim kedua bersesuaian dengan bulan Ramadan ini, agar cerita keinsafan ini boleh dijadikan teladan.

Rancangan temu bual yang telus menyentuh nurani insan ini mengangkat empat kisah benar daripada kehidupan masa lampau empat individu terpilih. Tampil penuh debaran, rancangan 30 minit, 4 episod ini diolah secara segar dengan rekaan set dan penataan cahaya menghidupkan sesi penceritaan dari temu bual yang dihoskan oleh Ahmad Noor Sulaiman.

Bagaimana kesemua mereka kembali insaf dan menemui titik perubahan dalam kehidupan?


Jangan ketinggalan untuk menonton program ini setiap Khamis bermula 8 Julai 2013 sepanjang Ramadan, jam 5.30 petang di TV3.

iskandarX: perghh ada sajak la pulak sekarang nie, mungkin Insaf sekarang dah bertambah best kowt? hmm jom kita gi tengok?

Hayati Ramadan Di Indochina Dan Nepal


WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hayati, Ramadan, Di, Indochina, Dan, Nepal


PROGRAM travelog, Unsung Places yang membawa penonton TV3 menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa dengan tarikan tersembunyi kembali dengan paparan yang lebih menarik dan segar di bulan Ramadan ini.

Khusus buat tatapan penonton setia TV3, Unsung Places - Echoes of Ummah bakal menelusuri kisah penduduk minoriti Islam di Laos, Kemboja, Vietnam dan Nepal.

Unsung Places - Echoes of Ummah bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam selama lima episod bermula 13 Julai 2013 di TV3.

Ikuti pengembara muda, Fakhrul Radhi yang aktif dalam Tilawah al-Quran, seorang penceramah muda dan juga seorang vokalis kepada kumpulan nasyid, UNIC untuk mengetahui bagaimana komuniti minoriti mengekalkan identiti Muslim mereka di wilayah yang didominasi oleh agama bukan Islam.

Jurnal latar budaya dan agama masyarakat minoriti Islam dirakam sepenuhnya oleh Fakhrul. Hayati pengembaraan dan pengalaman beliau untuk mengenali semua lapisan masyarakat dari anak kecil, remaja, dewasa sehingga warga emas dan cara menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya hidup masyarakat Muslim sebagai ummah di jajahan asing yang majoriti kepimpinan bukan Islam.

Perjalanan mendekati saudara ummah yang mempunyai kelainan pada latar kehidupan dan corak amalan seharian telah memberi cabaran baru kepada Fakhrul untuk mencari ruang bicara dengan beberapa individu yang boleh memberi gambaran jelas tentang status ummah di lokasi terpencil. Sejauh mana profil lokasi mempengaruhi cara hidup mereka dan apakah persepsi yang bakal dikongsi?

Selain itu, episod akhir yang bakal bersiaran pada 10 Ogos depan memfokuskan kepada identiti ummah yang menceritakan makna hari kemenangan bagi seluruh masyarakat Islam dan bagaimana gema Islam mampu dirasai biarpun bergelar masyarakat minoriti.

Saksikan pengembaraan Fakhrul yang merentasi Asia Selatan ke Asia Tenggara untuk mendekati setiap individu, berkongsi amalan tempatan, mengetahui persiapan menjelang Aidilfitri dan momen yang menjadi kelaziman mereka. Pertemuan yang tidak dijangka telah mencetuskan pengalaman baru bagi kedua-dua pihak.


Hayati bacaan Al-Quran menerusi Qari junior


WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hayati, bacaan, Al-Quran, menerusi, Qari junior
Qari Junior Evolusi Huffaz, TV3, Pukul 6.30 petang


SEMPENA menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, Qari Junior: Evolusi Huffaz kembali untuk musim kedua.

Program 30 minit yang berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang di TV3 ini, menampilkan finalis Da’i, Mohammad Tajdid Hadhari Romli sebagai pengacara.

Bertujuan untuk mencungkil dan mengembangkan bakat kemahiran kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci al-Quran, program 19 episod ini, turut mengajak penonton mendekatkan diri dengan al-Quran.

Menurut Penerbitnya, Shukri Haji Ibrahim, kejayaan musim lalu memberi peluang kepada pihak produksi kembali dengan musim baru.

"Konsep dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini dan segala kekurangan pada musim lepas akan diperbaiki pada tahun ini. Malah  peserta diberi pendedahan baru dengan mengikuti kelas tajwid selama lima hari sebelum bertanding.

“Selain dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjadi Qari yang terunggul, kami yakin bakat yang ditonjolkan oleh peserta dan konsep program yang dibawa menerusi Qari Junior Evolusi Huffaz mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis Qari kelak”, kata Shukri.

Qari Junior Evolusi Huffaz menyaksikan persaingan antara peserta Muhammad Amnan Muhammad Sani (10 Tahun), Muhammad Danish Iman Mohamad Azizi (11 Tahun), Mohd Aribfuddin Mohd Ali Ridza (11 Tahun), Nadiyya Muhammad Lukman (12 Tahun), Muhammad Hafiz Muhammad Lukman (10 Tahun), Mohd Yusof Johari (12 Tahun), Saiful Hadi Baharin (11 Tahun), Durrani Afiqah Kamarazaman (10 Tahun), Tuan Muaz Uzair Tuan Mazlan (7 Tahun) dan Nasrin Afrina Nizam Amiza (12 Tahun).

Kesemua peserta akan dinilai juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Mohd Nazri Abdullah dan Ustazah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Juara akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 berserta trofi, sijil dan baucar penginapan di Sibu Island Resort Johor selama tiga hari dua malam.

Siti mahu peminat ubah persepsi


NINA FARZUIN MD SHAROM

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Siti, mahu, peminat, ubah, persepsi
Siti Nurhaliza - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


SEJAK kebelakangan ini, ramai artis dihimpit kontroversi hanya kerana memuat naik status dan gambar peribadi mereka menerusi Instagram, Facebook dan Twitter.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza juga tidak terlepas daripada perkara sama apabila gambar suaminya, Datuk K tanpa baju dengan keterangan gambar, ‘Dato K is ‘back’!!... yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, mengundang respons negatif daripada segelintir peminatnya.

Diminta mengulas mengenai kontroversi itu, Siti berkata, laman sosial kini menjadi medium utama untuknya berkongsi aktiviti harian dengan peminatnya. Namun sejauh mana penerimaannya, bergantung peminat itu sendiri.

“Saya sendiri pun banyak mahu berkongsi perkara yang peminat di luar tidak tahu apa yang saya lakukan setiap hari. Ada juga perkara yang agak peribadi saya kongsi bersama mereka, tapi pada masa yang sama saya tahu di mana batasnya.

“Memang pada asalnya apa yang kita kongsi tidak bermaksud lebih daripada yang kita fikir. Kita rasa ia tidak ada masalah, tapi mereka yang lihat mungkin lain.

“Bagi peminat yang boleh berfikir seperti kami, ia memang tidak ada masalah, tapi bagi mereka yang sebaliknya membuatkan situasi menjadi lebih rumit. Sebab itu saya harap peminat lebih berfikir positif,” katanya ketika ditemui pada sesi rakaman program Stailista Unplugged di TV9, baru-baru ini.

Tambah Siti, walaupun kontroversi itu turut menimpa dirinya, dia masih bersyukur kerana masih ada peminat yang memahami situasinya.

“Saya bersyukur kerana saya ada peminat yang memahami dan boleh bersuara. Dalam situasi ini  peminat saya yang ke depan dan itu adalah kelebihan seseorang artis yang ada peminat setia.

“Tapi ada apa yang perlu saya tegur, saya tegur secara general. Selebihnya terpulang pada mereka sendiri. Kalau fikir negatif jadi negatiflah,” tegasnya.

iskandarX: Datuk jangan dok heran, laman social tu kan tempat segala tok nenek wartawan dan kaki gossip cari bahan dorang? Setiap huruf yang di terbitkan oleh seorang artis tu adalah ramuan untuk gossip penawar atau pun gossip racun.

Syura bakal buka restoran


NOR RAIDAH AWANG
FOTO: SHARINIZAM OTHMAN
SOLEKAN: EMMA RAZILA

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Syura, bakal, buka, restoran
Syura Dengan Keluarganya


MESKIPUN dinobatkan menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27, terkilan dengan segelintir peminat yang sehingga kini masih mempertikaikan kemenangannya dalam program tersebut.

Bagi membuktikan bakatnya dalam bidang masakan, penyanyi yang terkenal dengan irama pop tradisional ini berusaha untuk membuka sebuah restoran.

"Memang agak sedih bila orang terus mempertikaikan kemenangan saya dalam MasterChef Selebriti.

"Namun, saya tidak akan berkecil hati. Setiap kritikan yang diterima, akan saya jadikan sebagai penguat semangat untuk terus berjaya," katanya yang berjaya mengalahkan 19 finalis, termasuk Celina dan Rozita Che Wan yang pernah disebut-sebut sebagai juara program realiti masakan itu.

Jelas Syura, dunia masakan sememangnya sudah sebati dengan dirinya. Malah impian untuk memiliki restoran sendiri juga sudah lama terbit di hati.

"Saya akui, untuk membuka sebuah restoran ianya bukan perkara yang mudah kerana memerlukan permulaan modal yang banyak.

"Insya-ALLAH saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.

Utama keluarga


Sempat berkongsi mengenai sambutan Ramadan tahun ini, Syura berkata, tidak seperti tahun lalu, dia banyak menerima jemputan untuk pelbagai program seni. Akui Syura, kemenangannya dalam MasterChef Selebriti 2 banyak memberi kesan positif terhadap karier seninya.

"Sebelum ini saya sibuk menguruskan butik perkahwinan di Johor, tapi kali ini saya sibuk dengan pelbagai program jemputan seni sepanjang Ramadan.

"Alhamdulillah... saya gembira kerana ramai yang mula mengenali saya sejak menyertai program MasterChef. Insya-ALLAH, saya akan cuba buat yang terbaik demi karier saya," kata penyanyi yang berasal dari Johor Bahru.

Walaupun sibuk dengan dengan pelbagai aktiviti seni, Syura berkata, keluarga tetap menjadi keutamaan. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea,4 dan Muhammad Irfan Aryan, 2, tidak sesekali diabaikan sementelah lagi dengan kehadiran bulan suci ini.

"Sebelum menghadiri mana-mana program, saya akan menyediakan dulu juadah berbuka untuk mereka.

"Mujurlah mereka sentiasa memahami saya. Malah saya sangat bersyukur kerana mereka sentiasa menyokong saya untuk terus berjaya," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yasin, sejak 2006.

Ditanya mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Syura berkata, sebelum Ramadan lagi dia sudah membuat persiapan, terutama untuk anak-anaknya.

"Tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Kempas Johor, segala persiapan beraya hampir siap.

"Untuk kuih tahun ini saya akan buat biskut raya dan juga tart nenas yang sering menjadi kuih utama keluarga saya," katanya.

Kembali menyanyi


Kali terakhir muncul dengan single Dejavu bersama sifu M Nasir, pemilik suara irama tradisional ini dilihat terus menyepi dari industri seni.

Setelah lima tahun tanpa sebarang karya, Syura sedia untuk kembali dengan single terbaru.

"Saya tidak pernah menyepi sebaliknya ingin memberi tumpuan sepenuh kepada rumah tangga yang dibina bersama suami dan  anak-anak yang kian membesar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai single terbarunya itu, kata Syura, dia masih dalam perbincangan dengan seorang komposer untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan vokalnya.

"Tentang tajuk lagu dan nama komposer, ia tidak dapat dedahkan lagi buat masa ini.

"Insya-ALLAH, bila segalanya dah siap, saya akan umumkan kepada semua," katanya yang turut berminat untuk berkecimpung dalam dunia lakonan.

iskandarX: Amboi mentang-mentang juara MasterChef kan terus nak buka Restoran, tapi bagus idea dan kehendak tu, sebab daripada Syura kembali ke dunia nyanyian, aurat perempuan tetap Syura tonjolkan iaitu suara. Yaaa Suara perempuan adalah aurat ok? Diharap Syura teruskan niat buka restoran, janagn buka satu, buka banyak2. 

Syakirin utama ilmu, pengalaman


NOR RAIDAH AWANG
FOTO: ZULFADLI ZAKI

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Syakirin, utama, ilmu, pengalaman
Nur Syakirin Husnal Az’

SIAPA sangka tuah menyebelahi perjalanan pengacara muda, Nur Syakirin Husnal Az’, 24, yang lebih selesa dengan panggilan Syakirin kini semakin bersinar dalam dunia seni hiburan.

Bakat yang ada dalam dirinya mula terserlah apabila menyertai rancangan realiti TV, On Air di bawah kelolaan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sejak itu jugalah bakat yang ada dalam dirinya mula dinilai dan kini dilamar menjadi pengacara.

Menurut Syakirin, minat yang mendalam terhadap bidang pengacara membuatkan dia semakin aktif dalam mengacarakan beberapa program seperti K-Popnya Raya, Fashion dan Lifestyle Hijabista.

"Selain daripada itu, saya juga pernah menerbitkan beberapa laporan khas untuk Buletin Awani, Trending dan Gala TV.

"Selepas tersingkir daripada On Air, saya diberi tawaran sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di Astro Awani," katanya yang amat meminati bidang ini sejak kecil.

Anak sulung daripada lima beradik ini juga mempunyai bakat tersendiri. Dia bukan sahaja boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, malah mempunyai kebolehan dalam menguasai bahasa Korea dengan fasih.

Tambah bekas graduan bidang Kejuruteraan Biokimia pengajian di Korea ini, dia tidak menyangka pengalaman belajar di Korea membuatkan dirinya mampu mengorak langkah dalam bidang ini.

"Atas semangat dan galakkan teman rapat dan keluarga juga saya memberanikan diri untuk terus menceburi bidang pengacaraan ini.

Tolak dunia kejuruteraan


Dalam menceburi bidang yang diminati pastinya anak kelahiran Kuantan, Pahang ini tiada halangan untuknya terus maju ke hadapan walaupun ada kalanya kenangan pahit manis mengusai diri.

Bagi Syakirin, pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan, walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan, ia bukan halangan untuknya menceburi bidang yang diminatinya sejak kecil.

“Walaupun penglibatan saya masih baru dalam bidang ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk terus mara dengan karier yang diceburi.

"Kenangan pahit yang paling sedih dalam hidup saya ketika tersingkir rancangan On Air, tapi saya tidak putus harapan bila dapat tawaran dari pihak Astro.

"Saya akui, sesungguhnya industri ini tidak mudah walaupun sudah setahun tapi belum sampai apa yang diimpikan kerana banyak lagi yang perlu saya pelajari," katanya.

Tambah Syakirin, mungkin segelintir masyarakat menganggap bidang pengacara ini glamor, tapi bagi gadis manis ini ia bukan apa yang disangka kerana persaingan dalam bidang ini semakin sengit.

"Bagi pendapat saya sendiri dalam bidang ini kita bukan hanya perlu cantik dan pandai bercakap, malah yang lebih penting adalah pengalaman dan banyakkan belajar untuk terus berjaya.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana minat dan impian saya telah termakbul. Selain daripada itu juga, tujuan saya menceburi bidang ini agar saya dapat berkhidmat dengan masyarakat," katanya.

Ingin program sendiri


Menyentuh mengenai perancangan dan impian pada masa akan datang, Syakirin memberitahu dia mempunyai sasaran untuk lima tahun akan datang.

Bagi Syakirin, jika diberi peluang dia ingin  mengacarakan program sendiri sama ada berbentuk bual bicara, majalah, dan travelog.

"Saya ingin menerbitkan dan menjadi pengacara dengan program yang padat dengan pengetahuan dan info isu semasa yang disampaikan dengan penuh santai.

"Bagi saya sendiri dengan cara ini juga ia mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat dan ingin melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan," katanya yang bercita-cita ingin menjadi ahli motivasi khususnya untuk remaja dan wanita.

Dalam perkembangan yang lain, Syakirin berkata, dia ingin mencuba pelbagai bidang dan jika diberi peluang untuk menjinakkan diri dalam bidang lakonan, dia akan terima.

"Saya ingin menceburi pelbagai bidang, dengan cara ini juga kita dapat menimba pengalaman dengan lebih banyak tambahan usia kita yang masih muda banyak lagi yang perlu dipelajari," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan