Cari Artikel

Tuesday, July 16, 2013

Lebih Baik Jadi Seperti Mak Jah


Oleh NIEZAM ABDULLAH

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Lebih, Baik, Jadi, Seperti, Mak Jah
Mak Jah atau Maimunah Ahmad


TERJOJOL biji mata saya apabila membaca kenyataan daripada seorang artis yang akhirnya mengaku sudah berkahwin.

Artis ini memohon maaf kerana mengambil langkah menyembunyikan rahsia perkahwinannya sehinggalah mendapat seorang anak.

Alasan yang diberikannya kerana takut hilang peminat selain enggan perkahwinannya itu diheboh-hebohkan.

Dua alasan ini cukup tak masuk akal. Patutlah artis ini tak beberapa nak laku sebab jawapan itu cukup menggambarkan mentalitinya.

Peminat sekarang bukan macam peminat zaman dulu-dulu. Saya teringat cerita Datuk A Rahman Hassan.

Pada zaman mudanya, ada peminat sanggup datang ke rumah untuk menggodanya sehinggalah dia berkahwin, peminat itu jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Peminat dulu-dulu memang fanatik. Kerana mereka susah untuk berjumpa dengan artis. Sebab itulah artis-artis lama disanjung tinggi berbanding artis-artis zaman sekarang yang segelintir rendah moralnya,.

Alasan takut hilang peminat itu memang tidak masuk akal. Siti Nurhaliza telah lama berkahwin tetapi peminatnya masih lagi ramai.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Lebih, Baik, Jadi, Seperti, Mak Jah
Mak Jah tetap popular walaupun hanya membawa watak sebagai orang gaji.


Sebabnya Siti mempunyai pakej yang baik. Ada suara, ada paras rupa dan juga mempunyai bakat yang tinggi.

Artis di Hollywood pun sama. Kahwin cerai itu perkara biasa tetapi mereka tetap mendapat sokongan kerana hasil kerja yang disumbangkan.

Hero-hero filem Hollywood juga ramai yang tua tetapi mereka masih menjadi hero. Kenapa? Kerana bakat semula jadi.

Pada masa ini persoalan kehilangan peminat kerana berkahwin adalah satu contoh yang bodoh dan sangat-sangat bodoh. Saya harap mana-mana artis dan sesiapa sahaja jangan lagi beri alasan macam itu lagi. Buat malu!

Peminat hari ini menilai seseorang artis dengan bakat. Peminat lebih suka dengan artis yang baik pekertinya, tinggi budi bahasa selain berilmu.

Peminat sudah meluat membaca kisah-kisah artis bergaduh di kelab, mabuk sana-sini, jadi mat gian, kahwin sorok-sorok dan macam-macam lagi.

Saya begitu kagum dengan pelakon Maimunah Ahmad atau Mak Jah.

Mah Jah taklah seglamor Erra Fazira atau mana-mana artis gred 1 lain tetapi Mak Jah seorang yang sangat merendah diri.

Bayangkanlah pada usia 66 tahun dia masih dapat banyak tawaran berlakon drama. Dia juga berlakon lebih daripada lima buah filem.

Walaupun Mak Jah tidak sehebat orang lain tetapi dia berjaya memasarkan dirinya untuk berada lama dalam dunia seni.

Antara petua Mak Jah yang saya baca ialah menjaga disiplin diri. Sebab itulah kalau ada tawaran pada saat-saat akhir dia masih boleh terima dan akan sampai ke lokasi tepat pada masanya.

Dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang. Dia juga tidak malu untuk memberitahu tinggal di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Malah Mak Jah juga memandu kenderaannya sendiri untuk ke lokasi penggambaran walaupun ke Kedah jauhnya tanpa perlu memasang PA ataupun pemandu.

Saya bandingkan Mak Jah dengan artis yang mahu menyembunyikan perkahwinan itu.

Antara mereka ternyata Mak jah lebih popular.

Saya percaya, walaupun Mak Jah tidak pernah mendapat ruang untuk menjadi penghias muka depan majalah hiburan berbanding artis yang saya perkatakan itu, saya percaya, peluang untuk Mak Jah untuk berada lama dalam industri hiburan lebih cerah.

Sebab itulah saya katakan tadi lebih baik menjadi seperti Mak Jah yang tidak perlu untuk menyembunyikan itu dan ini tetapi masih menjadi rebutan untuk syarikat produksi memberikan tawaran.

Ayu & Radhi (OAG) Rancang Kahwin Tahun Depan


Oleh NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ayu, dan, Radhi (OAG), Rancang, Kahwin, Tahun, Depan
Sepadan... Ayu bersama Radhi.

KUALA LUPUR: Kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan bakal menamatkan zaman solo dengan pemuda itu pada tahun hadapan.

Nur Shahira Ayu atau lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, pada Selasa.

Ayu berkata, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.

Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” ujar Ayu.

Jelas gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belalah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.

Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun.

Zed Zaidi Anggap Ezany Tidak Kenang Budi


Oleh NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Zed Zaidi, Anggap, Ezany, Tidak, Kenang, Budi
Gambar fail menunjukkan Ezany (kiri) bertemu Zed Zaidi untuk membuat laporan masalahnya pada April lalu.

PETALING JAYA: Tuduhan pelakon Ezany Nizariff kononnya Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak bertindak terhadap dua laporannya adalah satu kenyataan yang dianggap tidak mengenang budi.

Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, 33, berkata, pihaknya telah berusaha untuk membantu Ezany, 40, tetapi perkara itu mestilah mengikut peraturan tertentu termasuklah mempunyai surat dengan pihak-pihak berkenaan.

“Kami sudah mendapat surat jawapan daripada pihak-pihak berkenaan untuk diaturkan temu janji bagi menyelesaikan masalah Ezany tetapi pada saat-saat akhir Ezany tidak memberi respons kepada kami sama ada untuk menyertai pertemuan itu atau pun tidak.

“Sebaliknya Ezany memberi kami pilihan untuk melantik sebuah persatuan seni lain sebagai pemerhati dalam pertemuan itu. Mana boleh macam tu? Persatuan mana yang dia nak minta tolong sekarang ini?” soal Zed Zaidi ketika menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Ezany dalam mStar Online pada Selasa yang kesal dengan tindakan Seniman kerana gagal bertindak selepas dia membuat dua laporan pada April lalu berhubung isu tunggakan hutang syarikat produksi terhadapnya dan kes kononnya dia digam oleh RTM.

Bagaimanapun maslah Ezany itu selesai apabila dia menerima semula baki hutang sebanyak RM3,500 untuk penggambaran drama Titian Dua terbitan NR Network selain salah fahamnya dengan pihak RTM juga dapat diselesaikan selepas meminta bantuan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.

Zed berkata, dalam kes Ezany pihaknya enggan terlalu gelojoh kerana setiap pertemuan ataupun sesuatu urusan itu perlu dibuat selepas mendapat ‘balck & white’ kerana segala urusan surat-menyurat itu akan disimpan sebagai rekod untuk mengelak apa-apa tindakan saman.

Katanya, perbuatan Ezany yang menuduh Seniman ‘tidak buat kerja’ itu benar-benar tidak profesional kerana dalam masa yang sama dia merujuk kes berkenaan kepada persatuan lain untuk meminta bantuan.

“Kami buat kerja ikut peraturan. Bukan ikut cara cowboy. Kami berniat nak bantu Ezany tetapi akhirnya dia kutuk kami balik. Dia tuduh kami tak buat kerja tetapi bila kami nak tolong, muncul pula persatuan lain yang nak tunjuk hero,” katanya.

Ditanya kenapa Seniman mengambil masa hampir tiga bulan untuk selesaikan masalah Ezany sedangkan Karyawan mengambil masa yang singkat ujar Zed, pihaknya perlu memikirkan banyak perkara agar tindakan yang hendak mereka lakukan itu tidak menyalahi undang-undang.

Malah katanya, Seniman juga perlu menyiasat terlebih dahulu pihak mana yang bersalah termasuk kontrak lakonan sebelum beberapa keputusan lain diambil dengan surat-menyurat diperlukan sebagai bukti agar tiada masalah kemudian hari.

“Salahkah kami kalau kami buat kerja ikut peraturan? Semua pihak harus faham perkara berkaitan teknikal. Kami pun takut kena saman jadi setiap tindakan itu hendaklah dengan cara yang betul. Barulah persatuan Seniman itu nampak profesional dan bukan dengan cara gelojoh,” katanya.

Jelas Zed Zaidi, selama ini sudah banyak kes melibatkan artis berjaya di selesaikan termasuklah isu pergaduhan Anzalna dan Neelofa yang antara bukti persatuan itu tidak duduk diam.

Pertunangan Fouziah Gous Buat Iqram Dinzly Terkilan


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pertunangan, Fouziah Gous, Buat, Iqram Dinzly, Terkilan
Iqram Dinzly


PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly mengakui terkejut apabila mendapat tahu teman karibnya iaitu Fouziah Gous bertunang kerana tidak pernah mengetahui aktres itu sebenarnya mempunyai kekasih hati.

Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, berkata, dia lebih terkilan apabila berita pertunangan itu diketahui menerusi laporan media selain hanya dimaklumkan kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung.

"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya.

"Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah.

"Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pertunangan, Fouziah Gous, Buat, Iqram Dinzly, Terkilan
Fouziah dan Zhafran bertunang pada 1 Jun lalu.


Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, dekat sini pada 1 Jun lalu.

Tambah Iqram, sejak pertunangan itu, dia dan Fouziah tidak lagi berhubung.

Bagaimanapun Iqram berharap, kenyataannya itu tidak memberi persepsi negatif kononnya dia tidak gembira dengan pertunangan aktres itu.

"Saya tengok, majlis pertunangan mereka sangat meriah. Jadi saya harap perhubungan suami-isteri yang bakal disatukan nanti juga akan meriah dan kekal sehingga akhir hayat.

"Apa yang telah berlaku ini juga membuatkan saya berasa syukur, Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam pada itu, Iqram turut menafikan dakwaan yang kononnya dia makan hati dengan pertunangan Fouziah sehingga membuatkan berat badannya turun mendadak.

"Rasa nak tergelak pun ada apabila orang cakap begitu. Mana ada, berat saya susut sebab terlalu sibuk bekerja.

"Pada Februari lalu, selama dua bulan saya menjalani penggambaran drama berjudul Kes 253 di Singapura. Mungkin kerana itu juga membuatkan berat saya turun," tuturnya.

Minta Izin Jika Guna Lagu Opick


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Minta, Izin, Jika, Guna, Lagu, Opick
Opick

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu-lagu ketuhanan dari Indonesia iaitu Opick berharap pihak penerbit atau televisyen yang menggunakan lagu nyanyiannya hendaklah meminta keizinannya terlebih dahulu sebelum menggunakan karya berkenaan.

Opick atau nama sebenar Aunur Rofiq Lik Firdaus, 39, berkata ia adalah untuk makluman dan perhatiannya sahaja sebagai pencipta lagu tersebut.

"Seharusnya mereka perlu meminta izin daripada saya sebagai pencipta lagu tapi setakat ini belum pernah ada yang berbuat demikian.

"Tapi itu tidak menjadi masalah selagi tidak menimbulkan apa-apa kesalahan atau mungkin juga mereka ada beritahu pada orang lain tetapi tidak disampaikan kepada saya," katanya ketika pada majlis pelancaran album Ya Maulana, di sini, Isnin.

Antara lagu nyanyiannya seperti Rapuh, Bila Waktu Telah Berakhir dan Ketika Cinta Memanggil sering dijadikan lagu tema dalam filem dan drama tempatan.

Tambah Opick, dia juga kurang jelas dengan pembahagian royalti yang sepatutnya diterima jika lagu diputarkan di stesen radio di negara ini.

"Saya tidak tahu bagaimana prosesnya tetapi saya yakin ada bahagian yang telah diuruskan oleh pihak pengurusan kepada saya.

"Saya yakin apa pun hak saya akan diberi Allah dengan pelbagai caranya," ujarnya.

Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Minta, Izin, Jika, Guna, Lagu, Opick
Album Ya Maulana mengandungi 10 buah lagu baru ciptaan Opick sepenuhnya.


Dalam pada itu, Opick turut bersyukur lagu-lagu keagamaan yang diciptanya mendapat tempat di kalangan masyarakat di negara ini.

"Saya bersyukur lagu saya diminati dan disukai, ini bermakna satu bonus buat saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain dalam memuji keagungan Allah," ujarnya.

Selain pelancaran album kesembilan, Opick hadir ke Malaysia bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke 11 tahun dengan Dian Rosita.

"Alhamdulillah rezeki saya bertambah sejak membuat lagu-lagu keimanan, malah keluarga saya lebih bahagia dan hari ini kami sebenarnya dalam percutian menyambut ulang tahun perkahwinan kesebelas kami.

"Oleh kerana waktu agak terhad jadi terpaksa menyelitkan jadual pelancaran album pada waktu percutian ini," katanya.

Album Ya Maulana ini mengandungi 10 buah lagu yang diciptanya sendiri.

Antara lagu dalam album ini termasuklah Ku Tak Pernah, Berapa Jarak, Ajari Aku dan Aku Percaya.

Album berkenaan sudah berada di pasaran seluruh Malaysia dengan harga RM25.90.

TV9 Siarkan 30 Program Terbaik Sempena Sambutan Aidilfitri


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, TV9, Siarkan, 30, Program, Terbaik, Sempena, Sambutan, Aidilfitri
Antara artis yang hadir pada majlis pelancaran program sempena Aidilfitri 5 Malam 4 Hari, Selasa. -foto THE STAR/Shahrul Fazry Ismail

TV9 Siarkan 30 Program Terbaik Sempena Sambutan Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Aidilfitri Pada Bulan Ogos tidak lama lagi, stesen televisyen TV9 memperkenalkan tema 5 Malam 4 Hari dengan memaparkan sebanyak 30 program terbaik.

Menurut pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, program-program tersebut akan disiarkan sepanjang lima hari pertama Aidilfitri bermula 7 Ogos depan (malam Raya pertama).

"Pelbagai rancangan hiburan dan drama-drama terbaik bakal disajikan bermula malam Raya.

"Menerusi 5 Malam 4 Hari, ia turut menampilkan kolaborasi erat antara TV9 dan Hot FM di mana Hot FM turut mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ini ke udara seperti Mimpi Fara, Geng Kampung Pisang dan Hot TV Raya," katanya.

Sherina ditemui pada majlis pelancaran program sempena Aidilfitri 5 Malam 4 Hari di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), di sini pada Selasa.

Bermula pada malam Raya, penonton akan dihiburkan dengan program Hip TV yang menampilkan Hani Hatim dan Aidid Marcello.

Pada keesokan hari, nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latiff akan menghibutkan para penonton menerusi program Stailista Unplugged pada 8 Ogos, pukul 10 pagi.

Persembahan hebat lagenda rock Amy (Search), Azlam (The Typewriter) dan Black pula akan dipaparkan menerusi muzikal hebat Rockesta pada raya pertama, pukul 8.30 malam.

Antara telefilem-telefilem yang bakal disiarkan ialah Sweet Lola, Mana Kuali Opah? dan Oh Kampungku!. Menerusi slot Bananana TV9 pula, program kanak-kanak seperti Seringgit Kashorga, I Heart Kurma, BanananaSquad VS Idola Kecil dan Cokelat Maraton turut dipaparkan.

Dalam pada itu, TV9 turut menyiarkan filem animasi yang mendapat sambutan hebat di pawagam iaitu Bola Kampung The Movie.

Selain itu, TV9 turut menyediakan rancangan berbentuk gameshow seperti Ada Bran? 2013, Kidnap, Mini Busking, Bintang Mencari Pasal Raya dan Switch Off Raya.

Paris Hilton Nafi Kekasih Cemburu


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Paris Hilton, Nafi, Kekasih, Cemburu
Paris Hilton dan kekasihnya River Viiperi.

Paris Hilton Nafi Kekasih Cemburu


SOSIALIT dan model Paris Hilton nafi kekasihnya, River Viiperi cemburu dan tergugat dengan kejayaannya dalam karier peragaan dan perniagaan.

Menurut laporan portal femalefirst.co.uk, sebaliknya River yang juga merupakan seorang model sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan wanita itu yang kini cukup sukses dengan jenama minyak wangi dan beg tangan serta memiliki sebuah kelab malam sendiri

"River selalu kata yang dia cukup bangga dengan kejayaan yang saya miliki dan kenyataannya cukup menggembirakan hati saya.

"Dia juga sentiasa menemani saya berjalan hampir ke seluruh dunia bersama. Saya suka apabila ada orang yang sentiasa berada di sisi ke mana-mana sahaja saya pergi.

"Malah dia seorang yang cukup memahami dan sering memberikan kata-kata semangat buat saya. Malah dia bukan lelaki yang cemburu buta dan tak pernah asa tergugat dengan kejayaan yang dimiliki," katanya.

David Beckham Cadangkan Namanya Untuk Bayi Putera Raja Britain


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, David Beckham, Cadangkan, Namanya, Untuk, Bayi, Putera Raja Britain
David Beckham (kanak) bersama anak lelakinya Brooklyn.

David Beckham Cadangkan Namanya Untuk Bayi Putera Raja Britain


KETERUJAAN menjelang kelahiran anak pertama pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton turut dirasai oleh bintang bola sepak David Beckham.

Suami kepada penyanyi Victoria Beckham mengusulkan namanya sebagai nama bayi pasangan pewaris kerajaan Britain tersebut.

"Kalau anak lelaki, beri dia nama David. David bukan nama yang buruk bukan?," usulnya seperti dipetik daripada majalah People, Selasa.

Khabar angin tentang kelahiran bayi pasangan itu sudah tersebar sejak minggu lalu, namun sehingga kini masih belum ada khabar berita yang sah daripada pihak istana Britain.

Selain menanti kelahiran tersebut, ramai yang sudah tertanya-tanya tentang jantina bayi itu. Namun David berkata, apa juga jantina, dia berharap pasangan diraja ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.

"Sejak William kecil hingga kini, saya banyak mengikuti perkembangannya, dia akan jadi ayah yang baik bagi anaknya kelak," katanya.

Lisa Surihani jadi badak air


RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Lisa Surihani, jadi, badak air
Lisa Surihani

Lisa Surihani jadi badak air


BARISAN selebriti terkenal dari Malaysia, Singapura dan Brunei bakal memeriahkan hari raya Aidilfitri pertama melalui filem animasi popular, Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang telah dialih suara kepada Bahasa Melayu.

Antara selebriti terlibat adalah Hafiz Suip (Alex the Lion), Lisa Surihani (Gloria the Hippo), Fahrin Ahmad (Melman the Giraffe), Taufik Batisah (Marty the Zebra) dan Najip Ali (Julien the Lemur).

Selain itu, beberapa artis lain turut memeriahkan Madagascar 3 seperti Jazz Hassan, Hazama, Didi Alias, Zahid, Ray, Adifashla, Farish Aziz dan Nabila Huda.

Madagascar 3 akan bersiaran di HBO saluran 411 atau HBO HD saluran 431 pada jam 8 malam.

Selebriti-selebriti terlibat mengakui teruja ketika dilamar untuk membawakan karakter tersebut.

"Saya teruja sebab saya suka Madagascar. Saya menonton filem itu berkali-kali untuk memahami jalan cerita sepenuhnya.

"Saya juga cuba untuk tidak meniru watak itu supaya bunyinya itu nanti sangat Malaysia dan tidak terlalu Inggeris," katanya pada sidang media, hari ini.

Ketika ditanya soal pemilihannya dalam watak itu, Lisa berkata, watak Gloria sinonim dengan dirinya.

"Mungkin kerana...sebenarnya saya dengan Gloria sama. Walaupun saiz tak sama tapi perwatakan sama. Dalaman saya selalu Gloria," katanya.

Bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut, satu siri jelajah HBO Presents DreamWorks's Madagascar 3 akan diadakan di Sunway Piramid bermula 26 hingga 28 Julai ini.

Beberapa artis yang terlibat juga bakal memeriahkan siri jelajah itu.

Madagascar 3 mengisahkan tentang empat sekawan terkenal Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo cuba untuk pulang ke rumah di New York.

Perjalanan itu membawa mereka ke Eropah di mana mereka berhadapan dengan ugutan Pegawai Kawalan Haiwan Perancis, Kapten Chantel DuBois.

Dalam usaha melarikan diri dari pegawai tersebut, empat sekawan ini menyertai sarkas jalanan yang bermasalah.

Ikuti pengembaraan mereka dalam Madagscar 3: Europe's Most Wanted pada 8 Ogos ini.

Alyah rindu nak berniaga


RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, rindu, nak, berniaga
Alyah yang semakin manis berhijab bekerja keras untuk mencapai kejayaan pada hari ini. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Alyah rindu nak berniaga


RAMADAN enam tahun lalu meninggalkan kenangan manis buat penyanyi Tak Mungkin Kerana Sayang, Alyah.

Menurut Alyah, ketika itu dia begitu bekerja keras untuk berjaya.

“Saya teringat kenangan berniaga di bazar Ramadan, enam tahun lalu. Saya buat kuih dan adik saya jual di bazar Ramadan.

“Pagi saya buat karipap, tengah hari beri anak saya yang baru berusia setahun makan, petang pula bersiap-siap untuk majlis buka puasa,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Alyah, memori kesibukan dan keterujaan itu masih melekat dalam ingatannya sehingga terbit rasa rindu.

“Memang saya bekerja keras masa itu. Setiap hari jadual saya begitulah. Saya rindu sangat kenangan waktu itu,” katanya.

Bercakap soal perancangan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Alyah berharap dapat bercuti lebih lama bagi menemani ibunya di kampung.

“Raya tahun ini saya akan pulang ke kampung di Gelang Patah, Johor kerana tahun ini ibu saya tinggal seorang.

“Adik-beradik semua dah berkahwin dan mereka akan balik ke kampung mertua masing-masing,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Alyah merancang untuk menziarahi saudara maranya di sana.

“Saya harap tahun ini dapat cuti lama sedikit kerana saya sudah terlalu sibuk sebelum ini sehingga tiada masa untuk mengunjungi saudara mara di kampung.

“Mereka mesti merajuk dengan saya sebab majlis-majlis penting mereka, saya selalu tak dapat hadiri,” katanya.

'Cekak dan Hanafi' tonjol aksi tanpa dialog


WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 'Cekak dan Hanafi', tonjol, aksi, tanpa, dialog
Teater Silat dan Pahlawan bertajuk Cekak dan Hanafi

Teater Silat dan Pahlawan bertajuk Cekak dan Hanafi


UNIK, itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap Mini Teater Silat dan Pahlawan bertajuk Cekak dan Hanafi yang diadakan di Kompleks Taman Budaya, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Julai lalu.

Menariknya, persembahan selama 40 minit tanpa henti itu tidak menggunakan sebarang dialog, namun masih mampu menarik kira-kira 500 penonton selama dua hari persembahan berlangsung.

Apatah lagi, tiada barisan artis atau selebriti popular, bagaimanapun nyata mini teater itu mempunyai nilai estetika tersendiri dengan persembahan mengasyikkan.

Dibarisi 51 pesilat yang juga merupakan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, teater tersebut mempamerkan ketangkasan dan kelincahan pelakon ketika bertempur.

Ternyata pihak penganjur berani mempertaruhkan karya yang dianggap lain daripada yang lain ini.

Kisah hidup pengasas seni mempertahankan diri itu diungkap dalam dimensi berbeza iaitu melalui aksi dan gerakan silat yang penuh seni itu.

Pelbagai rencah kehidupan, suka duka arwah Ustaz Hanafi dipentaskan dalam aksi penuh debar dengan adegan bertarung, namun beliau berjaya mengharungi dugaan mendatang dengan penuh sabar.

Biarpun menempuhi empat zaman atau babak berbeza, beliau tetap tenang menghadapinya demi mempertahankan agama, budaya dan negara ini daripada anasir jahat.

Malah setiap gerakan itu mempunyai maksud tertentu, bukan sahaja mempertahankan diri daripada ancaman bahaya tetapi ia sebagai amanah kepada pesilat untuk bertanggungjawab dalam semua perlakuan mereka.

Paling mengujakan apabila watak utama diserang secara bertubi-tubi namun masih teguh berdiri menahan serangan.

Debarannya kian terasa apabila penyerang turut menggunakan senjata seperti parang dan pisau dalam beberapa babak tersebut.

Begitulah keistimewaan teater ini, walaupun dipersembahkan tanpa sepatah perkataan namun tetap diminati dan mempunyai pengikut sendiri.

Dimensi baru persilatan


Bagi Penasihat Kehormat, Syeikh Dr Mohd Radzi Hanafi yang merupakan anak keempat Ustaz Hanafi, menceritakan mengenai babak-babak yang dipentaskan bermula dari zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin, Panglima Ismail, Panglima Tok Rashid, Ustaz Hanafi hingga generasi sekarang.

Berdasarkan seni gerak silat tersebut, penonton mungkin tidak faham apa yang dipersembahkan namun mereka dibekalkan dengan sinopsis penceritaan teater tersebut.

Melalui naskhah yang diberikan, pada babak pertama persembahan dimulakan ketika era pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin di mana silat Cekak hanya diperkenalkan di kalangan panglima dan pembesar Kedah sahaja.

Ketika itu, Panglima Ismail mengetuai sepasukan pahlawan untuk memerangi ancaman musuh daripada kaum Batak sehinggalah seni silat itu semakin berkembang di seluruh negara.

Berbalik kepada Mohd Radzi, dia berkata, pementasan tersebut bukan sekadar perkara baru tetapi mahu menghidupkan semula seni silat yang kini kian dilupakan.

“Generasi muda kurang meminati seni mempertahankan diri kerana kurang pendedahan yang diberikan pihak berwajib.

“Atas dasar itulah, kami menganjurkan teater ini agar warisan Melayu ini tidak pupus ditelan zaman,” tegasnya.

Tambahnya, dengan menggunakan kaedah baru itu golongan muda berminat menyertai seni silat sekali gus mempertahankan warisan negara.

“Masyarakat mungkin keliru dengan pementasan ini kerana tiada dialog, tetapi penerimaan yang terima setakat ini sangat membanggakan,” katanya.

Promosi ke luar negara


Turut menjayakan pementasan tersebut, pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Nawi yang telah menyumbangkan pengalaman dan tenaga bagi melengkapkan persembahan itu.

Lebih dikenali dengan panggilan Ibu, nyata usaha pelakon veteran itu tidak boleh dipandang enteng walaupun memiliki sekelumit pengetahuan atau asas dalam seni mempertahankan diri.

Menurutnya, Fauziah membantu kru pementasan dari segi muzikal dan teknikal agar segala persiapan berjalan dengan lancar.

“Saya menguruskan nota muzik agar aksi pesilat serasi dengan muzik yang dimainkan oleh pemuzik.

“Kami menggunakan elemen muzik tradisional agar suasana pertarungan lebih real dan menarik,” katanya.

Walaupun tiada pengalaman mengendalikan teater seperti itu, Fauziah menyatakan harapannya agar pementasan tersebut dapat dipromosikan ke luar negara seperti Paris dan Korea.

Baginya, silat cekak mempunyai prinsip-prinsip yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seperti berpegang pada janji dan menghormati orang lain.

Astro Tutor TV UPSR perkenal program baru


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Astro Tutor TV UPSR, perkenal, program, baru


ASTRO Tutor TV UPSR kini memperkenalkan sebuah rancangan kuiz terbaru iaitu ZOOM UPSR yang disiarkan setiap Ahad pada jam 11 pagi, bermula 14 Julai di Saluran 601.

Sempena pelancaran rancangan ini, penonton berpeluang untuk menyaksikan episod khas ZOOM UPSR pada 7 Julai lalu yang memaparkan sesi uji bakat para peserta serta rakaman di sebalik tabir.

Ketua Bahagian Pendidikan Astro, Ravi Gopal berkata, rancangan tersebut menggabungkan hiburan dan pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran UPSR seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Tambahnya, program kuiz itu menjanjikan keseronokan serta memberikan peluang kepada para pelajar Tahun 6 untuk menguji persediaan mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

“Astro terus komited dalam menawarkan program-program pendidikan berkualiti tinggi dengan pembelajaran menyeronokkan untuk memperkaya ilmu kanak-kanak di Malaysia.

“Dengan pengenalan program kuiz baru ini, kami berharap ia dapat membantu para pelajar dalam mempersiapkan diri mereka untuk peperiksaan UPSR dengan cara yang menyeronokkan dan menarik,” katanya.

Lapan pasukan bertanding


Menurut Ravi, program sebegitu mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan ibu bapa dan pelajar ketika ia mula diadakan di sekolah-sekolah bagi mempromosi program Astro Tutor TV UPSR.

“Idea untuk membentuk satu program seperti kuiz diketengahkan setelah mendapat maklum balas positif daripada semua pihak.

“Ketika itu, program ini diadakan secara kecil-kecilan, namun sambutan hangat yang diterima menyebabkan pihaknya bersetuju untuk menjadikan program tersebut pada skala yang lebih besar,” katanya.

Ujarnya, pemilihan sekolah pula bergantung kepada keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menentukan sekolah layak untuk menyertai program tersebut.

“Selepas itu, KPM telah mengesyorkan 10 buah sekolah dari Selangor terpilih berdasarkan keputusan pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012.

“Namun, daripada 10 sekolah yang menyertai uji bakat, hanya lapan sekolah dipilih bertanding merebut gelaran juara dalam program ini,” kata Ravi.

Tambahnya, dalam uji bakat tersebut, pelajar melalui beberapa proses penilaian seperti kuiz dan temu ramah untuk melihat ketangkasan mereka menjawab soalan yang diutarakan.

Dalam setiap pasukan, terdiri daripada empat pelajar, iaitu tiga pemain dan satu peserta simpanan bertanding dalam lapan episod, yang mana dua pasukan akan bertanding setiap minggu.

Walau bagaimanapun, pasukan yang kalah mati tidak akan pulang dengan tangan kosong, sebaliknya mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Rebut hadiah wang tunai RM5,000


Para penonton boleh menyertai hos, Azrul Raja Lawak dalam rancangan ZOOM UPSR bersama dengan para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang mewakili sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Selangor.

Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong, Shah Alam; SK Meru Klang; SK Seksyen 9, Shah Alam; SK USJ12 Subang Jaya; SK Seri Selangor; SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi; SK Sri Petaling; dan SK Lembah Beringin Hulu Selangor.

Menurut Ravi, peserta bertanding dalam tiga segmen yang menyeronokkan, iaitu; Segmen 1: Cari Kata; Segmen 2: Roda Minda dan Segmen 3: Zoom Ekspres.

Pasukan pemenang layak ke pusingan seterusnya, dan menuju matlamat utama iaitu menjadi juara ZOOM UPSR 2013 dengan hadiah wang tunai RM 5000.

Menariknya program ini, peserta tidak sendirian kerana ZOOM UPSR turut mengundang selebriti-selebriti tanah air sebagai mentor untuk menghibur dan menyokong mereka.

“Bukan itu sahaja, selebriti mentor juga akan menjadi ‘mangsa’ jika pasukannya beri jawapan yang salah.

“Kita akan melihat aksi-aksi lucu selebriti menerima hukuman seperti disimbah cecair lendir dan air berwarna,” ujarnya.

Barisan selebriti terkenal yang terlibat termasuklah pelakon Oh My English! seperti Akhmal Nazri (Jibam), Zhafir Muzani (Mazlee), Hafizul Kamal (pemenang On Air), Hefny Sahad (On Air), Haziq (Tom Tom Bak) dan ramai lagi yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod ZOOM UPSR.

Karya istimewa sempena Ramadan


RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Karya, istimewa, sempena, Ramadan
Buah tangan terbaru 6ixth Sense, Bukan Milik Kita. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI, Tajaan pakaian dan lokasi : BUTIK OMAR ALI

BAND yang terkenal dengan lagu Tanpa, 6ixth Sense kembali lagi dengan single terbaru mereka sempena bulan Ramadan ini berjudul Bukan Milik Kita.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Karya, istimewa, sempena, Ramadan
6ixth Sense tembusi pasaran Indonesia. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh vokalis mereka sendiri, Adi itu dikatakan berkisar tentang keikhlasan.

Kini, kumpulan yang dianggotai Adi, Gjie, Wan, Ayoy dan Athan sedang giat mempromosikan lagu tersebut.

“Kami dalam rangka mempromosikan single terbaru kami berjudul Bukan Milik Kita. Lagu itu sudah mula disiarkan di radio dan video muziknya sudah ada di YouTube.

“Lagu ini berkonsep ketuhanan dan merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Adi dan kami keluarkan bersempena dengan bulan Ramadan ini,” kata 6ixth Sense kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi hari raya di Butik Omar Ali, Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

Mengulas lanjut soal lagu ciptaannya itu, menurut Adi, dia mendapat inspirasi berdasarkan kehidupan yang kita lalui sehari-hari.

“Ia tentang keikhlasan. Pada lirik lagu itu, saya sentuh tentang semua perkara yang ada di dunia ini tidak abadi.

“Saya dapat inspirasi untuk menghasilkan lagu itu melalui keadaan kehidupan di sekeliling kita,” katanya yang turut pernah mencipta beberapa lagu 6ixth Sense sebelum ini.

Ketika ditanya soal kecenderungan band tersebut menghasilkan lagu-lagu ketuhanan, Adi menjawab, “saya sendiri lebih suka lirik-lirik lagu ke arah itu. Sebab kita menyanyi mengguna jiwa dan apabila ia sampai kepada pendengar, ia membawa kesan positif, bukannya negatif,” katanya.

Pada masa sama, 6ixth Sense turut sedang mempromosikan album kompilasi yang menggabungkan lagu-lagu terbaik mereka di Indonesia.

“Kami juga sedang mempromosikan album The Best 6ixth Sense ke Indonesia. Di mana semua lagu-lagu terbaik kami dari album pertama sehingga ketiga akan dikeluarkan di sana,” katanya.

Meskipun mempunyai vokalis dari Indonesia, namun 6ixth Sense masih belum bertapak dengan kukuh di sana.

Akui masih baru di sana, 6ixth Sense kini sedang giat menjalankan promosi di negara jiran itu.

“Kami di Indonesia masih baru lagi. Kami pernah masuk ke pasaran Indonesia sebelum ini tapi tak pernah buat promosi seperti ini.

“Kalau nak cakap tentang peminat, masih belum tahu lagi tapi setakat ini penerimaan terhadap kami baik. Kalau peminat Indonesia yang tinggal di Malaysia mungkin kami sudah tidak asing lagi. Tapi di Indonesia sendiri, kami masih baru,” kata Adi.

Akim tidak tolak jodoh dengan Stacy


NINA FARZUIN MD SHAROM

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Akim, tidak, tolak, jodoh, dengan, Stacy
Akim dan Stacy

Akim tidak tolak jodoh dengan Stacy


BIARPUN telah menafikan hubungan cinta seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak sejak beberapa tahun lalu, namun sehingga kini penyanyi Akim Ahmad dan Stacy Anam masih lagi tidak terlepas daripada kontroversi itu.

Baru-baru ini, Akim kerap dilihat memuat naik beberapa keping gambar mesra bersama anak angkat Stacy, Bella Valentina menerusi laman Instagram miliknya sekali gus mengukuhkan lagi gosip yang tersebar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Akim masih lagi menegaskan bahawa hubungan yang terjalin bersama penyanyi wanita itu hanyalah sekadar teman rapat.

“Kami kawan. Memang kami rapat. Sebenarnya perkara ini sudah lama, cuma sekarang ia jadi lebih besar sebab ramai orang sudah tengok di Instagram saya.

“Bagi saya semua gambar-gambar yang saya muat naik itu hanyalah sekadar suka-suka, tambahan pula kami berdua memang satu kepala,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Kampung Girl, baru-baru ini.

Kata Akim, dia juga tidak sangka beberapa keping gambar yang dimuat naik telah menimbulkan beberapa perkara di luar jangkaannya.

“Salah satu gambar yang ada ketika itu saya main game dengan Bella di rumah Stacy. Tidak sangka pula ada orang ingat saya seorang di rumah Stacy.

“Sebenarnya pada masa itu, saya tolong dia pindah rumah dan ketika itu juga keluarga dia pun turut ada sama.

“Bila ada kawan lain pindah pun, kalau saya ada masa lapang, saya akan tolong. Hari tu Hafiz Suip pindah pun saya tolong. Bezanya mungkin sebab Stacy perempuan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Akim turut akui jika jodohnya sudah ditentukan bersama penyanyi itu, dia tidak akan menolak.

“Ajal, maut dan jodoh semuanya di tangan ALLAH. Andai kata ada jodoh saya dengan Stacy, saya tak menolak,” katanya.

Nora Danish sering dikritik


MARINA SAHABUDIN
FOTO: IHSAN TV3

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nora Danish, sering, dikritik


TIDAK sukar menyelami isi hati pelakon cantik berdarah kacukan Melayu - Myanmar ini.

Meskipun wajahnya menampakkan dia seorang yang ceria, namun jauh di sudut hatinya, masih ada sesuatu yang dipendam.

Akui ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal ini, dia tidak tahu mengapa masih ada segelintir masyarakat yang sering memandang negatif kepadanya.

Ini terbukti apabila gambarnya melakukan solat Tarawih yang dimuat turun di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini mendapat kritikan.

“Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu.

“Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja,” luah empunya nama Nora Danish Haniff, 31, ketika ditemui di program Bazar Seindah Ramadan, baru-baru ini.

Tambahnya, dia antara selebriti yang suka memuat turun pelbagai gambar di Instagram.

“Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

“Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya,” katanya.

Ditanya adakah dia membalas kritikan 'insan' tersebut, jelas Nora, dia tidak perlu melakukan semua itu.

“Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang 'dia'.

“Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya,” akuinya pelik kerana berbuat baik turut menjadi isu.

Permintaan Nora


Dalam pada itu, bintang Aku Terima Nikahnya ini sempat bercerita mengenai hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha.

Tidak lari daripada pelbagai umpat keji orang sekeliling, ujar Nora, dia berharap mereka berhenti membandingkan dia dengan pelakon Anak Halal itu.

“Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua.

“Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula.

“Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa,” katanya dan memberitahu ada bertemu Fasha di rumah bekas ibu mertuanya selepas melawat kelahiran Rayfal dahulu.

Fokus ibadah


Sementara itu, berkongsi pengalaman sepanjang bulan puasa ini, katanya, dia juga lebih selesa menolak untuk melakukan penggambaran di bulan Ramadan.

“Setiap hari saya menjalankan rutin tersebut, jadi saya rasa tidak ada salahnya di bulan mulia ini saya fokuskan diri kepada perkara ibadah pula.

“Waktu inilah saya harus lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan bersama keluarga,” katanya yang tidak ketinggalan ke bazar Ramadan apabila berkesempatan.

Ujar Nora, sudah menjadi pilihannya berbuka dengan menu ayam bakar.

“Saya paling suka ayam, jadi kalau berbuka mesti ada ayam, dan kuih tepung pelita wajib ada,” katanya yang lebih suka bersederhana di bulan puasa, baik ketika berbuka mahupun bersahur.

Raja Azmi nikah 15 September


WARTAWAN SINAR HARIAN


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Raja Azmi, nikah, 15, September
Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. - Foto Media Hiburan

PENERBIT filem, Raja Azmi Raja Sulaiman selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Mohd Eddie Ghazali, di kediamannya yang terletak di Ampang, hari ini.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Raja Azmi, nikah, 15, September
Raja Azmi bersama ketiga-tiga anaknya. - Foto Media Hiburan

Raja Azmi menerima tiga dulang hantaran berbalas lima kepada pihak lelaki.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Raja Azmi, nikah, 15, September
Raja Azmi ketika menanti rombongan pihak lelaki tiba di rumahnya. - Foto Media Hiburan

Kedua-dua pihak diwakili oleh anak masing-masing iaitu Muhammad Daniel Mohd Eddie, 21 dan Puteri Suraya Jailani, 28.

Hasil perbincangan, majlis pernikahan Raja Azmi dan Eddie ditentukan pada 15 September ini dengan hantaran senaskah al-Quran.

Cincin disarung ke jari Raja Azmi oleh ibu Eddie.

Sebelum ini, Raja Azmi telah bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek setelah 28 tahun berkahwin.

Selebriti bantu anak yatim


MARINA SAHABUDIN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Selebriti, bantu, anak yatim
Barisan artis dan anak-anak yatim yang dirai bergambar kenangan di atas pentas. - Foto : Ihsan TV3


MESKIPUN kehidupan mereka penuh popular, namun siapa sangka mereka sanggup bermandi peluh sempena Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 dan TV9 yang berlangsung di Padang A, Angsana Johor Bahru, kelmarin.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Selebriti, bantu, anak yatim
Adi dan Nora gembira dengan hasil jualan mereka. - Foto : Ihsan TV3


Menariknya, bukan sahaja berniaga malah selebriti popular tanah air ini juga turut menunjukkan kebolehan masing-masing dengan memasak sendiri jualan mereka.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Selebriti, bantu, anak yatim
Adi Putra menyerahkan hasil jualan kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghrifah. - Foto : Ihsan TV3


Ia bertujuan mengumpul sumbangan yang akan didermakan kepada Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghrifah.

Antara selebriti terlibat termasuk Nora Danish, Adi Putra, Zoey Rahman, Elfira Loy, Aiman Hakim, Nelydia Senrose, Zamarul Hisham, Ezany, Sasha Saidin, Amir Jahari, Anas Redzuan, Nina Baharun, Kiah Propa dan Kumpulan Oh Chentaku.

Pengurus Besar Penjenamaan TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, dia tidak menyangka penganjuran pertama kali pihaknya dan TV9 mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Walaupun di sini bukanlah tapak bazar yang sebenarnya, tetapi sambutan amat hebat dan tidak mengecewakan.

“Bahkan makanan-makanan yang diniagakan berjaya dijual semuanya,” katanya.

Ditanya dari mana timbulnya idea untuk mengadakan Bazar Seindah Ramadan ini, Nurlisia berkata, pihaknya memang mencari kelainan memandangkan pelbagai aktiviti sudah dilakukan.

“Program ini sangat istimewa kerana terdapat barisan selebriti popular yang memasak dan berniaga.

“Pasti peminat tidak mahu melepaskan peluang bertemu mereka, bahkan hasil jualan juga disumbangkan kepada anak yatim dan ini menjadikan ia lebih bermakna,” jelasnya.

Lebih menarik, setiap menu jualan turut diberikan nama-nama drama yang disiarkan oleh stesen televisyen terbabit seperti Roti John Rumah Kedai, Ayam Percik OMG, Kebab Kidnap, Nasi Kukus dan Nasi Dagang Skrin Raya serta Briyani Gam Ramadan Yang Hilang.

Ibadah yang dituntut: Adi Putra


Sebagai duta Seindah Ramadan, aktor Teduhan Kasih ini mengakui sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang disusun sempena program tersebut.

Pun begitu baginya, perkara sebegini sangat dialu-alukan penganjurannya lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini.

“Kehadiran kami di sini adalah untuk mengumpul dana bagi golongan memerlukan.

“Lagipun sebagai umat Islam adalah dituntut oleh agama untuk kita sentiasa melakukan ibadah,” katanya.

Tambah Adi, dia juga sangat berterima kasih kepada pihak TV3 dan TV9 kerana menganjurkan program ini.

“Harapan saya, ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Sementelah lagi program ini pertama kali diadakan dan saya dapati ia tidak sama dengan mana-mana program yang pernah dijalankan sebelum ini.

“Walaupun kami sekadar mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung, tetapi ia tidak sama kerana pengunjung yang hadir berpeluang bersama dengan kami,” katanya yang turut menjual Roti John bersama Nora Danish.

Elfira teruja


Menurut pelakon genit Elfira Loy pula, dia sememangnya sukakan program sebegini.

Lebih-lebih lagi katanya, ia melibatkan golongan yang kurang bernasib baik.

“Memang seronok dapat turun padang melakukan aktiviti kebajikan.

“Saya teruja sangat, lagipun inilah peluang kami menarik golongan masyarakat untuk berbelanja sambil beramal.

“Lagipun lebih elok lakukan dengan cara begini, bukan sekadar meminta derma semata-mata.

“Apabila kami menjual dan pihak yang satu lagi membeli, maksudnya kedua-dua pihak mendapat kebaikan,” katanya.

Jelas Elfira, pada awalnya, dia tidak dapat menyertai program tersebut.

“Sebenarnya saya ada penggambaran, bagaimanapun apabila penggambaran tersebut dibatalkan, saya terus datang ke sini,” katanya gembira kuih-muih tradisional jualannya laris.

Kuih Zoey laris


Bagi pelakon yang sedang popular dengan drama bersiri Demi Dia, Zoey Rahman, dia dapat merasakan pendekatan yang dijalankan pihak stesen televisyen terbabit amat berguna.

“Ini adalah usaha yang terbaik untuk mengajak masyarakat menderma.

“Bayangkan, apabila kuih yang dijual dengan harga RM3 dapat dijual dengan harga RM5 kerana kami katakan ia untuk disumbangkan kepada anak yatim.

“Malah, apabila kuih sudah habis, mereka tidak kisah bergambar dengan kami sambil menghulurkan sumbangan,” katanya.

Ujar Zoey juga, jika diberikan peluang, dia ingin menyertai program seumpama ini lagi.

“Setahun sekali sahaja kita berpeluang mengimarahkan bulan yang mulia ini.

“Jadi jika ada program yang istimewa begini, seharusnya golongan selebriti tidak mensia-siakannya,” katanya.

Nora Danish masak roti john


Turut dilantik sebagai duta Seindah Ramadan adalah aktres cantik, Nora Danish.

Berkongsi kisahnya pula, kata Nora, peluang berniaga di bazar ini merupakan satu pengalaman berharga baginya.

“Kali ini lebih bermakna kerana saya berpeluang memasak sendiri roti john dan menjualnya kepada pengunjung.

“Memang saya tak pernah berniaga, jadi saya mahu rasa kesusahan tersebut dan berkongsi nikmatnya bersama orang yang memerlukan,” katanya yang bakal muncul menerusi drama Ijab dan Kabul raya nanti.

Tambahnya, program kebajikan sebegini juga perlu diadakan selalu terutamanya pada Ramadan.

“Bukanlah fokus kepada bulan ini sahaja, tetapi ia boleh diperbanyakkan lagi dan diadakan secara berterusan selepas ini.

“Apa yang saya lihat, ia mendapat sambutan hebat bukan sahaja dari penduduk berdekatan tetapi dari luar juga,” katanya.

Pelakon Glee, Cory Monteith meninggal


RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Pelakon, Glee, Cory Monteith, meninggal
Monteith memegang watak sebagai
Finn Hudson dalam Glee. Foto USA Today.


PELAKON drama bersiri Glee yang memegang watak sebagai Finn Hudson, Cory Monteith ditemui mati di Pacific Rim Hotel, Vancouver, Kanada, semalam.

Dipetik BBC, punca kematian pelakon berusia 31 tahun itu masih belum diketahui.

Monteith pernah terlibat dalam masalah penagihan dadah dan menerima rawatan pada April lalu.

Mayatnya ditemui oleh pekerja hotel tersebut selepas Monteith terlewat untuk mendaftar keluar pada tengah hari, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug Lepard, Monteith telah mati beberapa jam sebelum ditemui.

Pelakon itu dikatakan telah kembali ke bilik hotelnya seorang diri pada awal pagi Sabtu.

Ketika ditanya sama ada Monteith mati kerana pengambilan dadah berlebihan, beliau menjawab bahawa dia tidak dapat membincangkan apa-apa saja yang mungkin ditemui dalam bilik hotel itu, pada masa ini.

Koroner, Lisa Lapointe berkata, “kami tidak mempunyai maklumat tentang punca kematian.” Pembedahan dijangka dijalankan esok.

Betty Benafe, suami teruja menanti anak pertama


RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Betty Benafe, suami, teruja, menanti, anak, pertama
Betty kini hamil empat bulan. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI, Tajaan pakaian & lokasi : BUTIK OMAR ALI

Disahkan Hamil


PENYANYI dan pelakon kacukan Arab, Betty Benafe mengesahkan dirinya telah hamil empat bulan.

Tidak kisah jantina bayinya itu, Betty dan suaminya, Bruce Darghous tetap bersyukur apabila mendapat tahu berita tersebut.

“Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan.

"Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi di Butik Omar Ali, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Betty dan Dargous selamat menikah pada 8 Disember tahun lalu.

“Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami.

“Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang. Tak kisah mana satu (lelaki atau perempuan) yang dapat dulu,” kata Darghous yang sedikit protektif terhadap Betty semenjak disahkan hamil.

Sementara Betty akui tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam sebarang makanan buat masa ini.

“Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak ada selera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu.

“Tapi di awal-awal kehamilan, saya rasa panas sampai saya potong rambut pendek. Saya sedar saya hamil apabila kehamilan saya sudah dua minggu,” katanya.

Bayi pertama mereka itu dijangka lahir pada bulan sama dengan kelahiran Darghous iaitu Disember.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan