Cari Artikel

Monday, July 15, 2013

Nabila rindu anak


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nabila, Rindu, Anak, Nabila Huda
Nabila Huda

Murah rezeki Nabila Huda


SELEPAS membintangi drama popular Teduhan Kasih, nampaknya rezeki Nabila Huda semakin mencurah-curah.

Apatah lagi Nabila berpeluang untuk menjalani penggambaran di luar negara bagi drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita sejak seminggu yang lalu.

Dek tuntutan kerja, Nabila terpaksa menyambut dan menjalankan ibadah puasa jauh dari bumi Malaysia di New Zealand selama dua minggu.

Nabila Huda Merindui Anaknya Dan Tanahair sendiri


Akuinya, walaupun seronok merasai pengalaman berpuasa di perantauan namun dia tetap merindui tanah air terutamanya anaknya.

Pada hari raya kelima pula, Nabila akan terbang ke Venice dan Milan, Itali untuk menjayakan penggambaran drama Sangkar arahan Eirma Fatima.

Qi-Nelydia sah bercinta


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Qi, Nelydia, Sah, Bercinta, Qi Razali, Nelydia Senrose
Qi Razali Dan Nelydia Senrose

Qi Razali Dan Nelydia Senrose Confirm Bercinta


JIKA sebelum ini, Qi Razali dan Nelydia Senrose sering kali menepis dakwaan bahawa mereka bercinta, akhirnya Qi sendiri membuka mulut mengenai perkara itu.

Terbaru, Qi mengakui hubungan mereka berdua bukan lagi sekadar teman rapat tetapi telah bertukar menjadi pasangan kekasih.

Menerusi portal online, Qi berkata, dia tidak mahu terlalu tergesa-gesa dalam percintaan kerana tidak mahu peristiwa lama berulang lagi.

Qi berkata, pada mulanya hubungan mereka memang hanya sebagai rakan, namun sifat matang dan kelakar Nelydia berjaya menambat hatinya.

Bagaimanapun, masih awal untuk mereka memikirkan hal perkahwinan buat masa ini kerana mahu berjaya dalam karier terlebih dahulu.

Akim, Nad tak pernah putus asa


NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO : ZAID ZAHAR

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Akim, Nad, tak, pernah, putus asa


LAMA atau baru, itu bukanlah kayu pengukur bagi individu yang bergelar anak seni untuk berjaya dalam karier yang mereka ceburi.

Kesungguhan dan minat yang mendalam seseorang artis dalam menjalani karier mereka merupakan perkara penting dalam memastikan ianya terus berkembang dengan baik.

Bagi bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim Ahmad biarpun bakatnya mula diasah menerusi bidang nyanyian namun itu bukan penghalang buat dirinya mencuba nasib dalam bidang lain dalam industri hiburan tanah air.

Turut memiliki bakat dalam bidang lakonan, Akim juga memberitahu dirinya kini mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.

Berlainan pula dengan pelakon genit, Nad Zainal yang akui penantiannya selama lima tahun dalam industri lakonan kini amat berbaloi setelah lakonannya mula diterima ramai.

Malah gandingannya bersama Akim menerusi drama terbaru Kampung Girl di slot Zehra, TV3, bakal mencuri tumpuan ramai sempena Ramadan ini.

Berada dalam zon selesa: Nad


Berkongsi pengalaman bergandingan dengan Akim menerusi drama tersebut, Nad memberitahu kerjasama sebelum ini membuatkan mereka mudah mencapai keserasian.

"Akim seorang yang senang untuk bekerjasama. Walaupun pada awal-awal penggambaran dia agak pemalu, tapi semuanya berubah setelah kami mendapat keserasian mendalami karakter masing-masing.

"Memandangkan drama ini mengetengahkan elemen romantik komedi, banyak momen kelakar yang kami lalui bersama dan bagi saya drama ini tidak banyak cabarannya," katanya.

Bertanyakan mengenai tawaran lakonan, aktres yang mula dikenali menerusi drama 'Memberku Hawa' bersyukur kerana semakin rancak menerima tawaran.

Menurut Nad, lima tahun berada dalam industri pelbagai cabaran telah dilaluinya sebelum dia berada di zon selesa sekarang.

"Kalau mahu cakap pasal tawaran yang tidak putus, ianya berlaku baru-baru ini sahaja. Sebelum ini saya memang berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.

"Saya bersyukur kerana penantian saya amat berbaloi dan selagi termampu saya akan lakukan yang terbaik supaya tidak mengecewakan peminat yang selama ini menyokong kerjaya saya," ujarnya.

Akim mahu lebih versatil


Melihat perjalanan seninya, boleh dikatakan Akim kini semakin rancak menceburi bidang lakonan.

Selain terlibat dalam Kampung Girl, dia juga bakal tampil dengan sebuah drama, Abang Long Vs Kak Yong lakonan bersama Yana Samsudin pada sambutan Aidilfitri ini.

"Alhamdulillah, bila rezeki datang pada saya, kenapa tidak saya ambilnya. Lagi pun secara tidak langsung bidang lakonan turut bantu mempromosikan bakat saya untuk kebaikan saya dan juga peminat.

"Saya mahu menjadi lebih versatil dengan bakat yang ada. Sebagai seorang penggiat seni, kalau boleh saya mahu mengembangkan karier dengan pelbagai bidang," katanya yang kini bergelar pengacara untuk program Mencari Ramli, TV3.

Menyentuh mengenai perkembangan karier nyanyiannya, Akim gembira kerana percubaan pertamanya dalam menghasilkan lagu tulisan sendiri berjaya mencuri tumpuan pendengar tempatan.

"Lagu kembali duet antara saya dan Stacy setakat ini sambutannya amat menggalakkan. Ia juga berjaya mendapat tempat di beberapa carta lagu tempatan.

"Boleh dikatakan ini satu platform baru buat saya untuk terus kembangkan karier nyanyian saya selepas ini," katanya.

Raksasa dari lautan Pasifik


ARNEY SYEMA ANUA

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Raksasa, dari, lautan, Pasifik, Pasific Rim
Antara babak dalam filem Pacific Rim

MENGAMBIL mitos dari lautan Pasifik, makhluk asing atau raksasa bernama Kaiju mula keluar dari laut dan mengancam seluruh kehidupan manusia.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Raksasa, dari, lautan, Pasifik, Pasific Rim
Antara babak dalam filem Pacific Rim

Kekerapan Kaiju dan saiznya mula berubah tahun demi tahun sehingga meragut jutaan nyawa sekali gus memberi kesan terhadap populasi manusia.

Untuk memerangi raksasa itu, maka The Driff ditubuhkan. Badan itu bertanggungjawab menghasilkan robot-robot besar yang di picu sendiri oleh manusia atau 'Jaeger' yang terpilih.

Setanding saiz raksasa, robot-robot itu harus dikendalikan oleh dua Jaeger yang berkongsi neuron atau minda. Malah kewujudan 'Jagger' ini berjaya menghapuskan Kaiju dengan mudah.

Bagaimanapun, ia bukanlah petanda peperangan robot dan raksasa itu sudah berakhir kerana Jaeger semakin lemah dengan kekuatan Kaiju yang semakin luar biasa.

Itulah filem terbaru dari pembikin filem terkenal, Guillermo del Toro, yang memperuntukkan kos keseluruhan sehingga AS$220 million.  Mengangkat genre sains fiksyen, filem yang mengambil latar 2020 ini dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day, Rob Kazinsky, Max Martini dan Ron Perlman.

Sarat dengan elemen kesan khas penjanaan komputer, terutamanya apabila melibatkan pertarungan raksasa dan robot, Pacific Rim, boleh disifatkan filem yang hampir sempurna.

Umum sedia maklum, bukan mudah untuk menghasilkan filem sebegini, lebih-lebih lagi melibatkan gambaran raksasa. Jika tersilap langkah, ia boleh merosakkan keseluruhan cerita, bahkan 'mood' penonton sekalipun.

Raksasa atau 'Kaiju' dalam Pasific Rim ini dicipta sangat teliti dan agak realistik di mata penonton. Dari rupa bentuk, pergerakan sehinggalah perkara yang sekecil-kecilnya diberi perhatian oleh pengarahnya, del Toro.

Malah  itulah kekuatan del Toro yang cukup terkenal menghasilkan filem-filem alien dan raksasa seperti mana filem arahannya sebelum ini, Blade II dan Hellboy.

Bagaimanapun, jangan membayangkan kehebatan robot-robot ini seperti mana Transformer mahupun Ironman yang begitu tangkas melawan musuh.

Mengambil kira saiz, bebanan serta limit manusia sebagai pengendalinya, maka pergerakan robot-robot itu agak terhad. Mengapa? Kerana itulah unsur realistik yang ingin dihasilkan del Toro menerusi robot-robot ciptaannya sekali gus membezakannya dengan karakter robotik sedia ada di layar perak.

Dari segi naratif penceritaan, Pasific Rim, diolah dengan pelbagai plot yang mampu menarik perhatian penonton untuk terus setia hingga ke akhir cerita.

Namun tidak keterlaluan juga dikatakan, terdapat beberapa scene seperti pertarungan di dalam air serta kemusnahan bangunan-bangunan pencakar langit pastinya mengingatkan kita sedikit terhadap babak klise 'Ultraman'.

Sementelah lagi, Pacific Rim turut mengangkat raksasa sebagai unsur utama. Namun jangan mudah membuat kesimpulan kerana terlalu jauh 'tarafnya' untuk dibandingkan dengan kisah yang dipetik dari mangga popular itu.

Kemanusiaan, konflik


Tidak hanya menumpukan pada aksi pertarungan robot-raksasa semata-mata, del Toro turut memuatkan elemen kemanusiaan dan konflik yang mampu memberi impak yang besar terhadap penceritaan filem ini. Malah itulah tindakan bijak del Toro bagi mengelak rasa bosan penonton sekiranya aksi pertarungan itu sering diulang kali.

Selain konflik watak utama Raleigh Becket, (Charlie Hunnam), yang pernah tewas di medan perang, del Toro turut mengetengahkan konflik di antara ketua The Driff, Stacker Pentecost, (Idris Elba) dan gadis dari Jepun, Mori (Rinko Kikuchi).

Pentecost cuba menghalang Mori dari melakukan tugas sebagai Jaeger, sedangkan Mori sudah lama teringin menduduki tempat itu. Namun ketakutan besar yang terselit dalam memorinya membuatkan dia sukar untuk dipilih sebagai Jaegar.

Konflik antara saintis yang berbeza ideologi, Dr. Newton Geizler (Charlie Day) dan Dr. Hermann Gottlieb (Burn Gorman), turut mengundang klimaks sehingga hujung penceritaan filem ini.

Malah kemunculan Ron Perlman sebagai Hannibal Chau, yang mengetuai pasaran gelap bagi memproses dan menjual organ-organ Kaiju juga mampu menarik perhatian penonton.

Bukan pelakon kelas A


Melihat barisan pelakon Pacific Rim, Charlie Hunnam- Idris Elba- Rinko Kikuchi, mereka bukanlah pelakon kelas A di Hollywood. Malah penulis percaya, ramai yang tidak kenal akan wajah mereka.

Bagaimanapun, del Toro punya jawapan tersendiri mengapa filem arahannya dibintangi nama-nama di atas. Menurut del Toro, plot utama Pasific Rim adalah tentang robot dan keutamaannya adalah terhadap penghasilan robot tersebut, bukan menjual pelakon semata-mata.

"Pertama kali memikirkan filem ini, saya sedaya upaya mahu menghasilkan robot yang realistik di mata penonton.

"Pemilihan Charlie Hunnam  sebagai Jaeger utama juga dilihat bertepatan dengan kehendak filem ini.

"Dia masih muda dan mampu membawa wataknya dengan sangat baik. Lagipun ini bukan kali pertama kami bekerjasama dan saya memang mengagumi bakat yang ada padanya," kata del Toro.

Bukan sekadar omongan kosong, bintang Hellboy II dan The Golden Army itu sememangnya telah melakonkan wataknya dengan baik. Sebagai Jaeger, dia bukan sahaja berani dan pandai berlawan, tetapi juga memiliki sikap baik hati seorang pahlawan.

Dalam pada itu, barisan pelakon lain juga wajar diberi pujian. Walaupun bukan kategori pelakon kelas A, namun mereka sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk filem ini.  

Robot mewakili negara


Sepertimana Transformer, Pacific Rim turut mempunyai variasi dan jenis robot. Masing-masing punya kekuatan dan kelebihan tersendiri. Gipsy Danger yang mewakili AS dihasilkan dengan penuh unik.

Ia memperlihatkan ciri-ciri yang gah dan menyerupai jet pejuang Perang Dunia Kedua. Malah warna dan cat turut mewakili bendera AS.

'Rusia Cherno Alpha' pula merupakan Jaeger T-siri dengan reaktor nuklear besar. Otot yang luar biasa membentuk gaya berjalan yang lebih berat dan namun pergerakannya agak lambat. Malah ia merupakan Jaeger paling berat.

Satu-satunya Jaeger dengan tiga senjata ialah 'Typhoon Crimson China' yang diterajui pasangan  yang  sangat mahir dengan seni mempertahankan diri

Sementara model baru, Australia Striker Eureka dicipta dengan cukup hebat. Sebagai generasi kelima Jaeger, ia mempunyai kelajuan yang lebih cepat dan pergerakan lebih baik.

PASIFIC RIM


PENGARAH: Guillermo del Toro
PELAKON: Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day, Rob Kazinsky, Max Martini dan Ron Perlman
GENRE: Aksi/Sains Fiksyen/pengembaraan
TERBITAN: Warner Bros Pictures
DURASI: 132 minit
TAYANGAN: 11 JULAI 2013
BINTANG: **** BESTLAH!

Penangan lelaki serigala


MARINA SAHABUDIN

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Penangan, lelaki, serigala, Wolverine, Hugh Jackman
Hugh Jackman sebagai Wolverine

DI kalangan peminat seni, nama aktor kelahiran Sydney ini bukanlah asing.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Penangan, lelaki, serigala, Wolverine, Hugh Jackman
Hugh Jackman

Bahkan dia sudah sebaris dengan pelakon hebat seperti Tom Cruise, Johny Depp mahupun Vin Diesel.

Memulakan karier sekitar 1994, siapa sangka kewujudannya dalam bidang ini amat mudah sekali.

Ketika di akhir pengajiannya dia telah menerima panggilan telefon yang menawarkannya untuk berlakon dalam drama bersiri Correlli sebagai Kevin Jones.

Menariknya, kerana drama itu, dia juga berjumpa dengan isterinya kini, aktres Deborra-Lee Furness.

Dalam pada itu, selain terkenal menerusi dalam bersiri Correlli, pelakon berusia 44 tahun ini semakin mendapat tempat di hati pengarah.

Satu demi satu tawaran berlakon ditawarkan kepadanya sehinggalah dia menjadi sebutan di Hollywood.

Antara filem yang berjaya menaikkan namanya ketika itu adalah Erskineville Kings dan Paperback Hero.

Tidak hanya tertumpu kepada filem dan drama, empunya nama Hugh Michael Jackman atau nama layarnya, Hugh Jackman ini juga amat terkenal sebagai pelakon teater.

Kemunculan X-Men


Tidak perlu menunggu lama, kerana personaliti menarik dan karisma yang dimilikinya, Jackman telah ditawarkan memainkan peranan Logan atau Wolverine menerusi filem X-Men pada 2000.

Meskipun pada awal uji bakat, Jackman telah digesa Furness untuk menolak watak itu, namun siapa sangka itulah permulaan yang baik untuk karier seninya.

Kerana X-Men, nama pelakon yang pernah mendapat jolokan lelaki terseksi di dunia ini melonjak naik dan bertemu era kegemilangannya.

Akui Jackman, dia tidak sangka menjadi Wolverine membuatkan dia disukai dan mempunyai semakin ramai pengikut.

"Watak ini sangat kompleks, bukan mudah menggilap peranan atau karakter yang di luar jangkaan, namun sehingga kini, saya semakin selesa menjadinya," katanya menerima anugerah Saturn bagi kategori aktor terbaik pada tahun sama kerana watak ini.

Dek kerana keberkesanan wataknya, dia terus diberi kepercayaan menjadi Wolverine bagi empat sekuelnya iaitu X-Men: The Last Stand, X-Men Origins: Wolverine, X-Men: First Class dan terbaru X-Men: Days of Future Past.

Sementara itu, filem lain lakonan hebatnya termasuklah Van Helsing, Real Steel dan Les Miserables.

Di sebalik peranannya sebagai hero, suaranya juga sering digunakan bagi filem-filem animasi seperti Happy Feet, Flushed Away dan Rise Of The Guardians.

Wolverine kembali

Siapa sangka kemunculannya sebagai lelaki serigala (Wolverine) menerusi sekuel X-Men telah membuka mata pengarah untuk menghasilkan filem khas The Wolverine .

Lebih hebat, filem sentuhan pengarah James Mangold ini mengangkat kisah pengembaraan Wolverine semata-mata.

Jelas Jackman, dia sebenarnya sangat gembira kerana watak superhero ini mempunyai filemnya sendiri.

"Jika sebelum ini Wolverine hanya muncul dalam filem X-Men, tetapi kali ini, filem ini menceritakan kisahnya sahaja.

"Jadi, tumpuan penonton juga diberikan sepenuhnya kepada dia dan cabaran menjadi Wolverine kali ini juga adalah lebih besar.

"Saya yakin pasti penonton tidak sabar hendak melihat Wolverine beraksi sendiri," katanya.

Sedikit mengenai filem ini, ia berkisarkan Wolverine yang mengembara ke Jepun dan terpaksa berhadapan dengan musuh yang kejam.

Peluang kedua dalam 'Ramadan Jangan Ambil Nyawaku'


WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Peluang, kedua, dalam, 'Ramadan Jangan Ambil Nyawaku'
Tasha pegang watak anak angkat Fadilah Mansor

Gandingan Amar Bahrin Dan Tasha Shila


PELAKON, Amar Bahrin dan Tasha Shila bakal bergandingan dalam drama terbitan RTM terbaru sempena bulan Ramadan ini berjudul Ramadan Jangan Ambil Nyawaku.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Peluang, kedua, dalam, 'Ramadan Jangan Ambil Nyawaku'
Amar dan Tasha berkahwin tanpa cinta

Drama ini menimbulkan persoalan tentang peluang kedua untuk bertaubat.


Berlatarkan situasi yang berlaku dalam bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan, drama ini berkongsi plot kisah watak kewibawaan Johari lakonan Amar dalam korporat memang tak dinafikan lagi.

Walaupun masih dalam usia masih muda, Johari sudah berdiri sebaris dengan tokoh korporat terkenal lain.

Disebabkan nikmat diulit kemewahan jugalah menyebabkan Johari tidak tahan dengan perkahwinannya dan bercerai.

Namun satu hari, semua kemewahan duniawi itu bagaikan terbang menghilang apabila Johari disahkan menghidap tumor otak peringkat kritikal.

Johari mula menyesal kerana melarang bekas isterinya dulu ingin mengandung, jika tidak, pasti dia sudah mempunyai zuriat untuk mewarisi segala hartanya.

Akhirnya, Johari bertaubat dan berkahwin dengan Lili lakonan Tasha dan mereka jatuh cinta selepas perkahwinan itu.

Berita mengejutkan buat Johari apabila doktor mengesahkan berlaku kesilapan ketika pemeriksaan dibuat kerana berlaku kerosakan pada mesin pengimbas.

Malangnya, pegangan Johari mengamalkan ajaran Islam tergugat dengan kehadiran Rizal mengajaknya kembali berpoya-poya.

Johari mula mengabaikan Lili dan akhirnya Lili meninggalkan rumah Johari dengan pulang ke kampung.

Ikuti perjalanan Ramadan Jangan Ambil Nyawaku yang bakal bersiaran di saluran TV1 bermula Jumaat depan pada jam 10.30 pagi.

Ia turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Fadilah Mansor, Khairil Anwar, Allana Amir dan Afiq Hussain.

Hrithik semakin pulih


WARTAWAN SINAR HARIAN

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Hrithik, semakin, pulih
Hrithik Roshan

Hrithik Roshan Semakin Pulih


BINTANG Bollywood, Hrithik Roshan, kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

Aktor Kaho Naa Pyaar Hai itu, disahkan mengalami kecederaan kronik di kepala ketika menjalani penggambaran filem Bang Bang di Phuket.

Menerusi laman sosialnya, Hrithik bersyukur dengan pembedahan dijalankan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan saya.

"saya berharap dapat segera kembali pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa," kata Hriktik.

Sementara itu, menurut sumber pihak hospital menasihatkan supaya Hrithik banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat.

Puasa melatih Cinta Laura


WARTAWAN SINAR HARIAN

Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Puasa, melatih, Cinta Laura
Cinta Laura

Kelebihan Keberkatan Buat Cinta Laura


AKTRES yang terkenal menerusi Sinetron Upik Abu dan Laura, Cinta Laura menganggap kedatangan Ramadan memberi pelbagai kebaikan buat dirinya.

Menurutnya, sebelum ini dia terlalu bersikap dingin dalam setiap masalah yang dihadapi. Malah sering gagal kemarahan.

"Ramadan kali ini dapat mengajar saya untuk menjadi manusia yang sentiasa bersabar dan beriman kepada Allah SWT.

"Malah bulan ini sangat dinantikan saya kerana inilah peluang untuk saya memperbanyakkan ibadah," katanya.

Kim, Kanye khuatir bercerai lagi


WARTAWAN SINAR HARIAN

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Kim, Kanye, khuatir, bercerai, lagi, Kanye West, Kim Kardashian
Kanye West, Kim Kardashian

North West, Kim Kardashian Belum Kahwin

SELEPAS melahirkan anak mereka North West, pasangan Kim Kardashian dan Kanye West dikatakan ingin melangsungkan perkahwinan mereka.

Bagaimanapun niat mereka itu dihalang ibu Kim, Kris Jenner atas alasan perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Menurut sumber, Jenner sangat khuatir jika anaknya itu bercerai lagi.

"Sebelum ini perkahwinan Kim bersama Kris Humphries pernah gagal. Malah pernah mendapat kritikan ramai kerana hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.

"Sebab itu, Jenner merasakan perkahwinan itu tidak akan berjaya," kata sumber.

Sisi bahagia Kerr-Bloom


WARTAWAN SINAR HARIAN

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Sisi, bahagia, Kerr-Bloom


KEHADIRAN cahaya mata, pastinya melengkapkan lagi kehidupan seorang wanita.

Begitulah yang dialami bekas model terkenal, Victoria’s Secret selepas kelahiran cahaya mata pertamanya, Flynn Bloom. Menurut sumber, bayi itu telah memberi kebahagiaan buat Miranda Kerr dan suaminya, Orlando Bloom.

"Setiap gelak tawa yang diberikan Flynn mampu memberi Miranda hilang penat seharian bekerja.

"Flynn suka tersenyum dan ketawa jika ada sesiapa yang melihatnya," kata sumber.

Putera William tak lupa tanggungjawab


WARTAWAN SINAR HARIAN

Britain, England, London, Putera William, tak, lupa, tanggungjawab
Putera William Dan Isteri, Kate Middleton

Putera William Tidak Lupa Tanggungjawab


WALAUPUN sudah memiliki kemewahan, Putera William tetap komited menjalankan tanggungjawabnya sebagai juruterbang penyelamat di Royal Air Force.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna William mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri tercinta, Kate Middleton, yang kini menunggu masa untuk melahirkan anak pertama mereka.

Menurut sumber, William sering menghubungi isterinya untuk bertanya khabar.

“Jika William bekerja, dia akan memastikan Kate selamat dan ditemani oleh keluarganya.

"Namun sekiranya bercuti dia akan menghabiskan masa bersama isterinya itu," kata sumber.

Fouziah Gous tetap jaga batasan dengan tunang


AKMALIAH RAZAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Fouziah Gous, tetap, jaga, batasan, dengan, tunang
Nor Fouziah Mohd Gous - Fouziah Gous

Fouziah Gous Jaga Ikatan Pertunangan


SEJAK mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu, pasangan bahagia ini sering dilihat menghabiskan masa bersama.

Dalam melayari perjalanan menuju hari bahagia, pelakon cantik, Fouziah Gous, tidak ketinggalan untuk membawa kenangan baru dalam hidupnya sebagai tunangan orang.

Malah, momen indah menyambut kedatangan Ramadan turut dikongsi bersama tunangnya, Zhafran Yusof atau lebih mesra disapa Zhaf.

Lembaran puasa yang bermula Rabu lalu disambut dengan penuh erti apabila pasangan ini memilih untuk menunaikan Tarawih bersama.

Menerusi laman sosial Twitter milik pasangan ini, masing-masing melahirkan rasa syukur kerana dapat menyambut Ramadan bersama.

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous, 31, selain menunaikan Tarawih bersama, Zhaf juga turut mengajarnya mengaji al-Quran.

"Syukur Alhamdulillah, tahun ini, saya dapat tunaikan Tarawih pertama bersama tunang dan keluarganya. Saya turut bersyukur kerana Zhaf diberi kelebihan mengajar saya mengaji al-Quran.

"Selain kami, keluarga juga turut menyertai solat Tarawih itu. Ini adalah persediaan kami untuk ke fasa yang seterusnya.

"Pun begitu, kami perlu menitikberatkan pelbagai perkara agar tidak melanggar batas-batas agama kerana ikatan ini tidak semestinya kami bebas melakukan aktiviti bersama kerana kami bukan mahram. Ianya masih tidak sama seperti pasangan yang berkahwin," kata bekas pramugari penerbangan Malaysia (MAS) ini.

Tarawih pertama itu juga, Fouziah turut menerima pemberian telekung daripada bakal mertuanya, Normah Ali dan sejambak bunga daisi daripada Zhaf.

Ziarah kubur bapa


Dalam pada itu, Fouziah juga turut berkongsi rasa pilunya di saat menyambut kedatangan Ramadan tanpa bapa di sisi.

Walaupun bapanya, Mohd Gous Ghulam, 77, sudah meninggalkan mereka sekeluarga genap setahun (semalam), namun rasa rindu Fouziah terhadap bapanya masih menebal.

"Saya sentiasa merindui arwah dan tidak pernah melupakannya. Setiap kali solat, saya akan sedekahkan bacaan Yasin dan doa agar arwah aman di sana.

"Ini adalah Ramadan kedua tanpanya. Tahun lalu, kami sempat menunaikan ibadah puasa bersama dan arwah sangat ceria. Kami juga sempat merakam video bersama.

"Walaupun kehilangannya sangat dirasai kami sekeluarga, namun saya bersyukur kerana arwah pergi pada bulan mulia. Sebagai anak, saya bertanggungjawab untuk mendoakannya," katanya yang turut menziarahi kubur bapanya, semalam.

Arwah bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos tahun lalu kerana mengidap beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Belum tetap tarikh


Walaupun sebelum ini baik Zhaf mahupun Fouziah masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun keintiman mereka menjadikan masyarakat tidak sabar untuk melihat pasangan ini disatukan.

Namun, menurut Fouziah, sehingga kini mereka masih belum memilih tarikh sesuai berikutan beberapa perkara perlu diuruskan.

Selain daripada kesibukan jadual kerjaya seni dan perniagaan sarang burung yang diusahakan berdua, mereka juga perlu mencari tarikh yang sesuai agar kesemua keluarga dapat berkumpul di hari mulia itu.

"Insya-ALLAH, kalau tiada halangan, tahun ini juga kami akan berkahwin. Lagi cepat, lagi bagus. Kalau boleh, kami memang nak kahwin pada September.

"Namun, saya kena tunggu abang saya yang kini sibuk menguruskan perniagaan produk kamera litar tertutup (CCTV). Dia terpaksa berulang-alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

"Zhaf pun kena tunggu musim cuti adiknya yang kini melanjutkan pengajian di luar negara. Sebab itulah kami masih menunggu waktu sesuai," katanya yang kini dalam persiapan terakhir untuk memasarkan produk sarang burung, My Walet.

Ainan Tasneem penuhi permintaan peminat


NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO: MOHD FAIS LASIM

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ainan Tasneem, penuhi, permintaan, peminat
Ainan Tasneem Bersama Bapanya

Perjalanan Sebagai Anak Seni - Ainan Tasneem 


MULA dikenali dalam industri muzik tempatan dengan single hitnya, Aku Suka Dia, penyanyi kelahiran Youtube, Ainan Tasneem kini tampil dengan album mini pertamanya.

Pemilik nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan, 21, berkata, album mini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang tertunggu-tunggu kehadiran buah tangannya itu.

Ainan Tasneem Penuhi Permintaan Peminat


"Kenapa saya tampil dengan album mini ini kerana sudah ramai peminat yang bertanya mengenai album saya dan dalam masa yang singkat kami tidak sempat untuk keluarkan album penuh.

"Tapi dalam perancangan saya akan tampil album penuh pada akhir tahun. Setakat ini dua lagu telah siap dirakam dan kami cuma menunggu untuk tiga lagu lagi untuk siapkan album itu.

"Mungkin untuk album penuh itu, saya cuba pelbagaikan genre yang lebih menarik," jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran album Aku Suka Dia di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai album mininya itu, Ainan memberitahu, selain memuatkan single hitsnya, Aku Suka Dia yang menerima lebih 1 juta tontonan di Youtube, album terbitan syarikat MVM Productions itu turut memuatkan beberapa lagu ciptaannya.

"Dalam lima lagu yang dimuatkan dalam album ini, empat darinya ciptaan saya sendiri iaitu Aku Suka Dia, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

"Satu lagi lagu ciptaan penyanyi Fynn Jamal, 150 juta yang merupakan single kedua saya dalam album ini.

"Dengan lagu yang ada, saya harap peminat sudah lama menantikan kemunculan album ini terhibur," ujarnya.

Bapa letak syarat


Menyentuh mengenai perjalanan kariernya, Ainan memberitahu, selain menghasilkan lagu lebih berkualiti pada masa akan datang, dia turut berhasrat menyanyikan lagu dari komposer lain.

"Saya akui lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini memiliki lirik yang terlalu ringkas. Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu ini saya cipta sejak saya berada di bangku sekolah lagi.

"Mungkin selepas ini Ainan akan menghasilkan karya-karya yang lebih matang dan pada masa yang sama akan menerima lagu-lagu daripada komposer lain untuk tampil berlainan.

"Kalau boleh, saya mahu menjadi lebih versatil dengan menyanyi lagu-lagu yang berlainan," katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu akui pada awalnya dia keberatan untuk memberi kebenaran terhadap anaknya untuk terlibat secara serius dalam nyanyian.

Sejarah Pelajaran Ainan Tasneem


Katanya, sebelum ini dia lebih selesa melihat anaknya memberi sepenuh perhatian terhadap pengajian dalam bidang Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis.

"Pada awalnya, memang saya melarang Ainan untuk melibatkan diri dalam bidang muzik, tapi setelah melihat penerimaan peminat, saya yakin Ainan akan menjadi contoh remaja yang baik, jadi saya benarkan dia terus berkecimpung dalam bidang ini.

"Bagaimanapun, saya masih meletakkan syarat supaya Ainan sentiasa menjaga maruahnya, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi,” jelasnya.

Ifa Raziah manja dengan ibu mertua


AKMALIAH RAZAK
FOTO: ZULFADHLI ZAKI

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ifa Raziah, manja, dengan, ibu mertua
Ifa Raziah Bersama ibu Mertuanya, Khizan Zain


TAHUN ini, merupakan tahun ketiga pelakon dan penyanyi terkenal, Ifa Raziah menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri tanpa ibu tersayang, Maimunah Ahmad, 59.

Akui Ifa, walaupun peristiwa itu sudah tiga tahun berlalu, namun kerinduan Ifa pada arwah ibu tetap menebal.

Pun begitu, rasa rindu terhadap ibu terubat kerana Ifa dikurniakan ibu mertua, Khizan Zain, 64, yang cukup penyayang dan menganggapnya tak ubah seperti anak sendiri.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sejak pemergian ibu, ibu mertualah menjadi tempat dia menumpang kasih dan bermanja.

"Dulu, ketika emak masih ada, kami sekeluarga akan bergilir-gilir berbuka puasa bersama, begitu juga dengan Hari Raya.

"Namun, kini tempat saya hanyalah umah ibu mertua. Saya bersyukur sangat dapat ibu mertua yang baik. Mak akan masak apa sahaja makanan yang kami suka.

"Anak juga rapat dengan mak dan sangat menggemari masakan mak. Sekurang-kurangnya rasa rindu terhadap masakan ibu terubat dengan air tangan mak mertua," katanya ketika ditemui pada program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) di Sri Pentas, baru-baru ini.

Menurut Ifa, ibu mertuanya juga memiliki restoran, Restoran Khizan, di Damansara Perdana yang menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk.

"Saya memang suka makan masakan mak. Masa mula-mula kahwin dulu, saya memang terus terang dengan mak yang saya tak pandai masak.

"Selepas kahwin, barulah saya belajar sikit-sikit ilmu masakan daripada mak. Pun begitu, kalau saya teringin nak makan apa-apa, saya akan minta mak yang buat.

"Walaupun mak sibuk menguruskan restorannya, namun dia tidak pernah menghampakan permintaan kami," kata ibu kepada Muhammad Shakir Aqili, 8, hasil perkahwinan bersama, Ahmad Yani Abd Rahman.

Ifa Raziah Sudah Lapan tahun Berniaga


Tahun ini merupakan tahun kelapan Ifa bergiat aktif dalam menceburi perniagaan kuih, kek dan biskut raya, Serifa Cookies by Ifa Raziah.

Sama seperti tahun sebelumnya, Ifa memilih beberapa tujuh jenis biskut raya yang menjadi pilihan pelanggan.

"Tahun ini, saya memang fokus kepada penjualan biskut raya sahaja. Tujuh jenis biskut itu termasuk Tart Gulung, Almond London, Apple Crunchy, Golden Coconut, Cappucino.

"Saya juga turut menyediakan tempahan bagi dua biskut raya istimewa, tart buah-buahan dan tart bunga. Harganya pula sangat berbaloi, serendah RM30 dan ke atas sahaja.

"Setiap tahun, saya akan mendapatkan lima pekerja untuk membantu saya dalam menyediakan tempahan tersebut. Walaupun saya fokus pada biskut sahaja, namun saya masih menerima tempahan hamper.

"Sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Selain jual secara online menerusi laman sosial, saya juga mempunyai beberapa ejen tetap yang memasarkan jenama biskut saya," katanya yang masih membuka tempahan sehingga hujung minggu ini.

Badan Ifa Raziah Makin langsing


Satu ketika dahulu, Ifa pernah disingkirkan serta merta daripada stesen televisyen untuk menggalas watak penting kerana dituduh gemuk dan tidak sesuai dengan watak tersebut.

Namun, menganggap semua itu sebagai satu cabaran untuknya kembali langsing dan mendapatkan bentuk badan ideal, kini Ifa berpuas hati dengan usaha kerasnya.

Tambah Ifa, pengorbanannya selama ini dengan melakukan beberapa aktiviti untuk menurunkan berat badan akhirnya berbaloi setelah memperoleh berat badan 55 kilogram (kg).

"Alhamdulillah, akhirnya saya dapat bentuk badan ini. Selama tujuh bulan saya menyertai kelas tarian zumba setipa minggu untuk menurunkan berat badan yang ketika itu 65 kg.

"Sekarang, saya sudah mula mendapat tawaran lakonan dan nyanyian. Saya sangat berpuas hati kerana usaha saya nyata bukan sia-sia.

"Jadi, selepas ini saya kena berhati-hati untuk makan dan berat badan saya mungkin akan naik sekiranya saya tidak menjaga pemakanan. Maklum lah, bila mak mertua masak, memang rugi kalau tak menjamah.

"Hilang terus niat diet bila tengok masakannya," kata Ifa sambil ketawa kecil.

Bertanya mengenai perkembangan terkininya, Ifa memberitahu dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Horey-Horey Raya bersama Tomok untuk siaran RTM 1 dan beberapa drama sempena hari raya nanti.

Selain itu, Ifa juga masih aktif dalam bidang nyanyian dan turut menerima undangan nyanyian serta persembahan secara tertutup.

The Fabulous Cats kembali dengan Sebulatnya


NINA FARZUIN MD SHAROM
FOTO: MOHD FAIS LASIM

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, The Fabulous Cats, kembali, dengan, Sebulatnya
The Fabulous Cats

The Fabulous Cats Kembali


SELEPAS hampir dua tahun menyepi, kini kumpulan hip hop popular, The Fabulous Cats (TFC) kembali mewarnai persada muzik tanah air dengan single terbarunya, Sebulatnya.

Menurut Cat Farish, sekembalinya dalam dunia muzik ini, bukan saja bersama Zizie TFC, tetapi juga dengan barisan anggota baru iaitu Afif peserta Akademi Fantasia musim ke-9 dan Hairool bakat yang menyerlah dari Youtube.

"TFC merupakan platform terbaik untuk artis-artis baru yang menyertainya mempamerkan bakat nyanyian mereka.

"Walaupun bersama dalam sebuah kumpulan, setiap ahli yang menganggotai kumpulan TFC diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan hala tuju masing-masing.

"Saya gembira jika mereka merasakan penglibatan mereka di dalam kumpulan ini terbaik untuk kerjaya mereka, tetapi jika ada antara anggota TFC yang mempunyai visi yang lain atau lebih selesa bergerak secara solo di masa hadapan, saya tetap akan memberi sokongan dan tidak akan menghalang”, jelasnya.

Difahamkan, single baru ini telah mula mendapat kejayaan awal di radio apabila berjaya menembusi carta Suria 30, Cats Top 30 dan beberapa carta lagu lain.

Lagu ini juga melatari drama bersiri popular kini, Epilog Cinta Khirana yang bersiaran dalam slot Samarinda TV3 sebagai lagu tema.

iskandarX: Kalau lah The Fabulous Cats boleh kembali beserta dengan penyanyi awek-awek cun yang dahulu kan best, yang macam yang nyanyi lagu Papa Jahat tu, Cun aper.... naper gi buang?

Pengarah Star Wars terima medal


WARTAWAN SINAR HARIAN


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Pengarah, Star Wars, terima, medal
Lucas terima pujian Obama. - Foto Ihsan: Agence France-Presse

PENGARAH filem fiksyen, Star Wars, George Lucas menerima National Medal of Arts dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam satu majlis keraian di White House.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Pengarah, Star Wars, terima, medal
Lucas terima pujian Obama.

Sementara itu, penulis skrip filem Lincoln, Tony Kushner dan penyanyi soprano, Renee Fleming juga antara 23 penerima penghormatan atas sumbangan kebudayaan mereka terhadap AS.

Obama memuji kebolehan mereka dengan berkata, “untuk membuka minda dan menyuburkan jiwa.”

“Membantu kita memahami apa itu makna menjadi manusia dan apa itu makna menjadi orang AS.

“Penghormatan hari ini merupakan pencapaian seumur hidup artis-artis ini dan mengingatkan kita bahawa imaginasi manusia masih lagi merupakan alat paling berkuasa yang kita miliki sebagai manusia,” katanya kepada para penerima.

Obama sempat memuji Lucas tentang filem arahannya. “Saya masih ingat apabila pertama kali menonton Star Wars.

“Terdapat seluruh generasi yang berfikir kesan khas sentiasa kelihatan seperti apa yang mereka lakukan hari ini. Tapi ia pernah menjadi untuk anda melihat rentetan model kapal angkasa,” katanya.

Ashraf Muslim susah bangun sahur


RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ashraf Muslim, susah, bangun, sahur
Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim

Pernah Ponteng Puasa - Ashraf Muslim


SEMPENA bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ramai antara kita yang mempunyai kenangan indah mahupun mencuit hati ketika menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya.

Tidak terkecuali buat pelakon filem Aku Masih Dara, Ashraf Muslim yang mengaku pernah ponteng puasa sebelum ini.

“Saya selalu puasa penuh masa kecil-kecil tapi masa sekolah menengah saya banyak ponteng puasa. Ketika itu saya terikut kawan-kawan.

Puasa Penuh Semasa Kecil


“Semasa kecil, saya boleh berpuasa penuh kerana mak ayah pantau tetapi bila sudah sekolah, lain jadinya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Pelakon berusia 32 tahun ini turut berkongsi kenangan mencuit hati di mana ketika bersahur, dia tidak sedar telah menghabiskan nasi dan lauk.

“Sahur selalunya makan ringkas-ringkas saja, masak mana yang sempat. Nasi putih dengan ikan goreng atau telur dengan kicap pun jadi.

“Saya paling susah nak bangun sahur masa dulu,” katanya.

Bercakap soal raya, perkara paling menggembirakan kanak-kanak pastinya mengumpul duit raya dari rumah ke rumah.

Ashraf juga tidak terlepas merasai pengalaman itu ketika di kampung asalnya, Melaka.

“Kalau cakap tentang duit raya, dapat 20 sen atau 50 sen pun dah gembira masa itu. Satu hari itu, kalau dapat kutip RM 30 kira paling banyaklah.

“Memang seronok masa raya. Rumah tak kenal pun kita masuk,” katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengimbau kembali memori lama.

Ramadan: TV3 saji 5 program masakan


WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ramadhan, TV3, Saji, 5, Program, Masakan
Nik Michael dan Neelofa sedang berkongsi tip
masakan dalam Dapur Panas. - Foto ihsan TV3

TV3 saji 5 program masakan


SEMPENA bulan Ramadan yang baru tiba, TV3 menyajikan lima program masakan khas buat penontonnya.

Program tersebut dilihat akan membantu penontonnya dalam menyediakan sajian berbuka puasa yang seimbang di sepanjang bulan Ramadan.

Selera, Sarapan, Moreh, Dapur Panas dan Ini Caranya bakal bersiaran bermula Sabtu ini hingga 5 Ogos nanti.

Program masakan, Selera yang dihoskan oleh Lya Uzir bakal menemui penonton setiap Sabtu pada jam 9 pagi.

Lya akan berkongsi resipi dan tip dalam menyediakan juadah khas sempena Ramadan serta Aidilfitri nanti.

Antaranya Magical Melty Cheese Nachos, Lemon & Blueberry Duets, Magic Wishing Wands, Crispy Almond Cookies dan banyak lagi.

Sementara itu, program Sarapan yang bersiaran setiap Ahad pada jam 9 pagi pula bakal membawa penonton melihat demo masakan dan gaya hidup pada bulan puasa.

Rancangan yang dihoskan oleh Hisham Hamzah ini juga akan membawa menayangkan beberapa aktiviti menarik seperti menangkap ikan menggunakan jaring hanyut, cara pemprosesan buah kopi serta tip membuat sarung cempedak.

Danny Anwa pula akan mengacarakan program Moreh yang bersiaran pada jam 5 petang, setiap Ahad.

Penonton akan dibawa meninjau hidangan kuih-muih dari negeri-negeri seperti Terengganu dan Perak.

Selain itu, program Dapur Panas yang menampilkan Neelofa dan Chef Nik Michael akan menunjukkan resipi untuk hidangan pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.

Bersiaran pada jam 6.30 petang hari yang sama, penonton turut diajar petua memasak menggunakan bahan masakan mengikut kesesuaian dalam masakan.

Program Ini Caranya pula akan dihoskan oleh chef terkenal, Chef Ismail setiap Isnin pada jam 5 petang di mana beliau cuba tampil dengan kelainan apabila cuba mengetengahkan konsep ‘Take Home Chef’.

Chef Ismail akan memilih orang awam secara spontan untuk bersama-sama menyumbang idea memasak dan resipi di dapur rumah individu tersebut.

Turut diselitkan tip-tip pemilihan bahan makanan yang baik dan sihat oleh Chef Ismail bersama tetamunya sebelum memulakan demo masakan.

Luna Maya capai cita-cita


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Luna Maya, capai, cita-cita
Luna Maya

Luna Maya Ingin Menjadi pengarah


MINAT mendalam dalam dunia seni lakonan, membuatkan aktres Luna Maya terus melebarkan sayapnya untuk menjadi pengarah terkenal.

Menurut sumber, walaupun bukan mudah untuknya bergelar pengarah, namun dengan semangat yang tinggi dia mampu lakukannya.

"Memang ada pihak yang mempertikai kemampuannya namun bagi Luna ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan impiannya itu.

"Malah dia kini juga banyak belajar dan mendalami ilmu sebagai pengarah. Dengan pengalaman yang ada, saya percaya dia mampu pergi lebih jauh," kata sumber.

Dalam pada itu, filem pertama arahannya, Pintu Harmonika, mendapat sambutan yang baik di kalangan peminatnya.

Usia bukan penghalang Amitabh Bachchan


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Usia, bukan, penghalang, Amitabh Bachchan
Amitabh Bachchan

Amitabh Bachchan Bahagia Di Samping Keluarga


MESKIPUN usianya semakin meningkat, aktor legenda Bollywood, Amitabh Bachchan, meluahkan rasa bahagia di samping keluarga tersayang.

Menurut Amitabh, mempunyai isteri Jaya Bachchan, dan anak-anak yang sentiasa di sisinya membuatkan dirinya begitu gembira.

"Walaupun usia saya semakin meningkat tapi sedikit pun merasa sunyi, kehadiran cucu penambah penyeri dalam keluarga saya," kata bintang Khabi Khushi Khabi Gham ini.

Lagi kekasih baru Harry Styles?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Lagi, kekasih, baru, Harry Styles


SELEPAS putus dengan Taylor Swift, anggota One Direction, ini dikatakan menjalinkan hubungan dengan ramai wanita.

Terbaru, dia dikaitkan dengan model jelita, Kara Rose Marshall.

Menurut sumber, mereka sering dilihat bersama dan semakin intim hari demi hari.

Bagaimanapun, Harry Styles, menafikan dakwaan tersebut kononnya pertemuan mereka hanyalah secara kebetulan.

"Ia tidaklah seperti yang disangka. Tiada apa yang berlaku antara kami," kata Styles yang pernah dicop 'playboy' oleh media Hollywood.

Beyonce: 'Tak penting pun'


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Beyonce, 'Tak, penting, pun'
Beyonce


PELANTUN terkenal menerusi album I Am Sasha ini, dikatakan sengaja tidak menghadiri majlis perkahwinan bapa kandungnya, Mathew Knowles.

Menurut sumber, Beyonce dan adiknya, Solange, sepakat memberi alasan bahawa perkahwinan bapa mereka itu tidak penting bagi mereka.

"Hubungan Beyonce dengan ayahnya semakin renggang sejak bapanya itu bercerai dengan ibu mereka. Sebab itulah mereka tidak mahu hadir ke majlis perkahwinan itu," kata sumber.

Paris Jackson takut balik rumah


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Paris Jackson, takut, balik, rumah
Paris Jackson

SETELAH terlibat dengan kes bunuh diri pada 5 Jun lalu, Paris Jackson dikatakan takut pulang ke rumah. Oleh kerana itu, dia akan dimasukkan ke sekolah asrama khas.

Menurut sumber, Paris memilih Diamond Ranch Academy di AS. Malah nenek dan ibunya, Katherine Jackson dan Debbie Rowe, turut menyokong keputusannya itu.

"Keluarganya sangat mengharapkan Paris dapat sembuh sepenuhnya. Mereka percaya keadaan Paris akan bertambah baik sekiranya menetap di asrama tersebut.

"Lagipun asrama tersebut mempunyai pantauan dan sistem keselamatan yang sangat baik. Maka, itulah yang terbaik untuk masa depan Paris," kata sumber.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan