Cari Artikel

Thursday, July 11, 2013

Sleeq bakal menetap di Malaysia


Sleeq bakal menetap di Malaysia

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Sleeq, bakal, menetap, di Malaysia
Sleeq

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

KUMPULAN Sleeq yang berasal dari Singapura bakal menetap di Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri ini.


“Sekarang ini, kiranya saya sudah 80 peratus di Malaysia, cuma Alyph sahaja yang berulang- alik Singapura Malaysia kerana dia masih dalam latihan khidmat negara,” ujar salah seorang anggotanya Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah.

Selepas Aidilfitri ini juga, Sleeq bakal mengeluarkan album mereka dan mengadakan jelajah ke universiti tempatan.

Selain itu, Sleeq bakal mula menjalani penggambaran Khamis ini bagi sebuah drama yang mengisahkan perjalanan hidup Sleeq berjudul Sleeq and Friends terbitan Excellent Pictures.

Sementara itu, Syarif turut berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya, tahun depan.

Syarif telah mengikat tali pertunangan dengan peserta Singapore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly, hujung tahun 2011.

“Insya-ALLAH tahun depan (berkahwin). Kami sudah mengikat tali pertunangan hampir dua tahun,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, semalam.

Menurut Syarif, Malaque merupakan gadis berasal dari Indonesia yang sudah menetap di Singapura.

Penyanyi berusia 24 tahun ini akui mengenali gadis berdarah Aceh itu melalui program Singapore Idol pada tahun 2009.

“Kami berkenalan ketika dia menyertai Singapore Idol dan Insya-ALLAH bila dah kahwin nanti, saya akan bawa isteri ke sini,” katanya.

Sementara itu, buat pertama kalinya, Syarif bakal tampil dalam drama tempatan berjudul Sahabat terbitan Suhan Movies.

Syarif akui gementar pada hari pertama penggambaran meskipun sudah hampir lima tahun menceburi bidang lakonan di  negara kelahirannya.

Sebelum membuat keputusan menerima tawaran itu, Syarif sempat meminta pendapat dari pelakon, Aaron Aziz yang juga pemilik syarikat yang menaunginya.

“Walaupun di Singapura saya sudah menceburi bidang lakonan sejak lima tahun lalu tapi saya tetap rasa gementar kerana cara bekerja produksi di Malaysia berbeza.

“Saya tanya Aaron, tak terlalu cepat ke untuk berlakon? Sebab saya nak kukuhkan diri sebagai pemuzik dulu tapi Aaron kata cuba saja. Jadi, saya pun cuba dan Alhamdulillah selepas ‘casting’ saya diterima berlakon,” katanya yang memegang watak sebagai Shaq, seorang remaja dari Singapura.

CCIG teruskan matlamat iktiraf pekerja seni


CCIG teruskan matlamat iktiraf pekerja seni

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, CCIG, teruskan, matlamat, iktiraf, pekerja, seni
Majlis tandatangan MoU bersama Ketua Pegawai Eksekutif PFM, Panchacharam P Nalliah dan wakil CCIG.


AKMALIAH RAZAK

DI saat industri hiburan mengalami lambakan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kewujudan Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG), mungkin dipandang enteng.

Malah sekali pandang, mungkin ramai di kalangan penggiat seni menganggap peranan CCIG juga lebih kurang sama dengan persatuan serta NGO lain.

Namun, sejak diperkenalkan pada 23 Ogos tahun lalu, CCIG semakin giat mendaki objektif asal dalam membantu golongan pekerja seni dari segi akar umbi.

Berbeza dengan matlamat persatuan dan NGO lain, CCIG tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bidang sahaja, malah kesemua kelompok tenaga kerja diberi perhatian sama rata.

Bukan sahaja di kalangan artis, malah CCIG turut memberi perhatian kepada setiap kelompok pekerja seni termasuk pekerja belakang tabir, kru, penulis skrip, pengusaha filem dan drama, serta penerbit.

Tidak kira siapa individu itu, malah setiap pekerjaan yang dilakukan dalam industri perlu diberi pengiktirafan.

Setelah menandatangani memorandum persefahaman bersama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM), CCIG semakin mengorak langkah dalam mendapatkan kerjasama ketiga, Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM).

Menurut Presiden CCIG, Jurey Latiff Rosli, kerjasama dua hala ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi peranan CCIG dalam usaha memberi pengiktirafan dalam bentuk sijil kepada setiap ahli.

Malah, kerjasama ini mampu meningkatkan tahap profesionalisme pengamal industri kreatif sekali gus mengiktiraf tenaga kerja profesional setaraf dengan sektor lain di negara kita.

"Sebelum ini, kesemua pekerja industri tidak pernah diberi sijil perakuan kerja sehinggakan mereka sukar untuk bekerja dan mendapatkan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja.

"CCIG amat komited dalam membantu dan penubuhan ini tentu tidak beri impak baik jika tidak mendapat kerjasama daripada persatuan yang ada.

"Kita amat memerlukan PFM kerana kuasanya sebagai 'majikan' setiap pekerja amat besar. Malah, dengan cara itu, PFM dapat mengenal pasti ahli berdaftar dan tahap kemahirannya telah diperakui," katanya yang turut mendapat kerjasama daripada kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


Pendaftaran ahli meningkat


Menurut Jurey, sejak ditubuhkan Ogos tahun lalu, CCIG kini mencatat peningkatan sehingga 3,700 ahli sehingga kini. Menyasarkan 15,000 ahli untuk tempoh tiga tahun pertama, Jurey memandang perkara ini dari sudut positif dan berharap agar bilangan itu akan bertambah dari masa ke semasa.

"Setelah diteliti, bilangan ahli itu terdiri daripada 80 peratus penggiat seni dan 20 peratus lagi golongan pelajar.

"CCIG tidak hanya untuk golongan pengamal industri hiburan semata-mata, ia turut mewakili cabang industri yang berkaitan seperti kraf, lukisan dan kerja-kerja seni yang diiktiraf.

"Malah kami juga turut mengalu-alukan pendaftaran daripada kalangan media dan syarikat organisasi. Sehingga kini, seramai 50 ahli telah memiliki sijil perakuan sah dari CCIG," katanya yang turut melantik beberapa Ahli Majlis

Kerja yang diberi tanggungjawab untuk menilai kelayakan dan pencapaian individu di kalangan ahli.

Selain itu, CCIG juga turut bekerjasama dengan universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam menyediakan kursus sesuai buat pekerja belakang tabir untuk mendapatkan sijil pengiktirafan itu.

Menurutnya, CCIG juga tidak mengecualikan mana-mana artis luar yang ingin menempa nama dalam industri tempatan kerana mereka boleh menjadi ahli bersekutu CCIG.


Mohon semua bersatu


Turut mengharapkan kerjasama daripada persatuan yang ada, Jurey berkata, penubuhan CCIG dilihat mampu menyatukan persatuan yang sedia ada.

"Industri hiburan tempatan bukanlah besar mana. Malah, tidak guna kita saling berperang untuk menegakkan matlamat dan objektif masing-masing.

"Saya harap, bukan hanya tiga persatuan ini sahaja yang tampil bekerjasama dengan CCIG kerana semakin ramai ahli dan persatuan, CCIG semakin teguh dan boleh melaksanakan beberapa usul lain lagi selepas ini.

"Malah, CCIG bukanlah persatuan saingan kepada yang sedia ada kerana matlamat kami hanyalah untuk membantu nasib pekerja seni dan memberikan sinar masa depan yang lebih cerah kepada mereka," katanya.

Pada tahun lalu, CCIG juga menerima suntikan dana dari kerajaan sebanyak RM2 juta untuk menjalankan aktiviti berkaitan terutamanya dalam mempromosikan pertubuhan NGO itu kepada masyarakat.

Backstreet Boys ubati penantian peminat


Backstreet Boys ubati penantian peminat

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Backstreet Boys, ubati, penantian, peminat
Backstreet Boys

JIKA kumpulan Westlife mengumumkan perpecahan mereka tahun lalu, lain pula ceritanya dengan kumpulan terkenal, Backstreet Boys.


Setelah 20 tahun menyepi daripada industri, kumpulan yang terdiri daripada Nick Carter, AJ McLean, Kevin Richardson, Howie Dorough dan Brian Littrell mengumumkan khabar gembira buat peminat setia yang sekian lama merindui mereka.

Menurut sumber, kumpulan ini dalam proses menyiapkan album terbaru mereka termasuk sebuah single yang akan dinyanyikan dalam versi 'acapella'.


"Single terbaru ini mereka pastinya mampu memberi kelainan dan juga mewarnai dunia muzik yang kian melonjak naik," kata sumber.

Kristen Stewart menyorok?


Kristen Stewart menyorok?

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Kristen Stewart, menyorok


KISAH Kristen Stewart membawa hati yang lara ke kota cinta, Paris, Perancis bukan lagi satu rahsia.


Justeru ramai peminat bintang Twilight yang terkenal dengan watak Bella Swan ini cuba untuk berjumpanya termasuk menantinya di pekarangan hotel penginapan.

Bagaimanapun semua yang menanti Stewart, akhirnya pulang hampa apabila Stewart enggan bertemu dengan alasan terlalu penat.

"Puluhan peminat berkumpul di pekarangan hotel di Paris untuk berjumpa dengan Kristen Stewart.

"Namun, kedatangan mereka hampa apabila Stewart dikatakan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa, dengan alasan penat," kata sumber.

Tuah pasangan serasi


Tuah pasangan serasi

NOR RAIDAH AWANG
FOTO: IHSAN ASTRO

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tuah, pasangan serasi, Ceria Popstar, Atilia, Hairul Asri Alis Sofjan, Nur Shazleen Natasha Kamaluddin

Antara peserta rancangan Ceria Popstar

SETELAH bersiaran selama 10 minggu, akhirnya rancangan Ceria Popstar melabuhkan tirainya malam Ahad lalu dengan menobatkan pasangan serasi, Hairul Asri Alis Sofjan, 14, dan Nur Shazleen Natasha Kamaluddin, 13, sebagai juara.

Atas kemenangan itu, anak didik kepada penyanyi Atilia ini menerima hadiah utama wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Memilih lagu Seiring dan Sejalan yang dipopularkan oleh pasangan Broery Marantika dan Sharifah Aini, ternyata dua sahabat dari Kuala Lumpur ini mampu meraih hati penonton dan juga juri.

"Kami tidak pernah menyangka menjadi juara, keserasian yang ada pada diri kami membuatkan kami mudah bekerjasama.

"Bagi kami untuk menjadi juara ianya bukan perkara mudah, tambahan pula peserta lain mempunyai vokal yang cukup hebat," kata Hairul.

Bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh, Leen berkata, jumlah wang tersebut akan dibahagikan dan disimpan untuk pendidikan mereka kelak. Malah mereka turut menyumbang RM1,000 kepada badan kebajikan di Selayang.

Atilia bangga


Sementara itu, Atilia meluahkan rasa bangga dengan kemenangan anak didiknya itu. Katanya, Hairul dan Leen sering menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan.

"Saya melihat mereka berdua bekerja kuat dan semangat yang ada dalam diri mereka berdua mampu untuk mengorak langkah dengan lebih jauh," kata Atilia yang turut berpuas hati dengan kemenangan seorang lagi anak
didiknya, Trisya, di tempat kedua.

Ternyata suara merdunya menerusi lagu Matahariku turut membawa tuah kepada Trisya apabila berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

Manakala anak didik, Cat Farish, Vasion Mate, berjaya menduduki tempat ketiga dan meraih wang tunai RM10,000. Dua lagi peserta, Razmil dan Flower Queen yang merupakan anak didik kepada Hazama turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana berjaya membawa pulang RM5,000.

Bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro, Ceria Popstar dihoskan pelawak popular, Nabil serta diadili tiga juri profesional terdiri daripada penyanyi Nurul Wahab, Mawi dan aktor popular, Aaron Aziz.

Liyana Jasmay teruja sedia juadah buat suami


Liyana Jasmay teruja sedia juadah buat suami

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Liyana Jasmay, teruja, sedia, juadah, buat, suami
Liyana Jasmay

Bersama Suami Kali Pertama Ramadhan


PELAKON dan penyanyi, Liyana Jasmay akui teruja untuk menyambut Ramadan pertama kali bersama suaminya.

Menurut  Liyana, dia sudah membayangkan resipi yang mahu dimasak buat suaminya untuk berbuka dan bersahur.

“Saya teruja untuk pertama kali menyambut Ramadan bersama suami. Saya nak masak untuk dia. Dia pun tak cerewet jadi saya dah tahu nak masak apa untuk dia.

“Suami suka sambal-sambal. Jadi, tak kisahlah sambal sardin, sambal sotong atau sambal ikan bilis. Tapi saya ada juga rancang nak masak nasi tomato dan ayam masak merah sempena pertama Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, semalam.

Liyana dan suami, Fathuddin Mazlan melangsungkan pernikahan pada 2 Februari lalu.


Akui menjalani penggambaran tanpa henti sejak Mei lalu, Liyana membuat keputusan mahu berehat sepanjang Ramadan ini.

“Saya telah mulakan penggambaran tanpa henti sejak Mei, jadi saya mungkin akan berehat sehingga Hari Raya.

“Selepas hari raya, akan ada shooting sikit-sikit, selepas itu dah tak ada kerja, saya nak berehat sekejap,” katanya yang bakal bercuti dengan suami ke Hong Kong pada hari raya ketiga.

Bercakap soal drama terbarunya, Liyana memegang watak sebagai Haneez dalam Sahabat yang bergandingan dengan barisan pelakon baru meningkat naik seperti Izzue Islam, Shukri Yahaya, Aedy Ashraf, Syarif Sleeq dan Iezah Diyana.

Drama 36 episod itu mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang baru tamat SPM yang dalam dilema sama ada akan terus bersama sebagai kawan atau tidak.

Cinta antara watak utama, lakonan Shukri dan Iezah serta kisah persahabatan antara mereka bertujuh membangkitkan konflik yang banyak menjadi pengajaran buat mereka.

Drama Sahabat terbitan Suhan Movies itu bakal menemui penonton dalam masa terdekat di saluran Astro Ria.

Alyah: Ramadan pembuka rezeki


Alyah: Ramadan pembuka rezeki

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, Ramadan, pembuka, rezeki


NOR ATIEYAH YUSOFF



Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, Ramadan, pembuka, rezeki


RAMADAN yang dinanti-nantikan kini menjelang lagi. Di bulan penuh keberkatan inilah umat Islam di seluruh dunia akan berlumba-lumba mengerjakan amal dan ibadah sebanyak mungkin.

Tidak terkecuali, buat pelantun lagu Kisah Hati, Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 29, yang baru sahaja berhijrah.

Teruja menjalani kehidupan baru selepas mengerjakan umrah tahun lalu, Alyah berkata, Ramadan tahun ini menjadi pembuka rezeki yang baik untuk karier seninya,

"Tahun lalu saya berpeluang menjalani umrah di bulan puasa. Tahun ini saya turut menyimpan hasrat sama, namun terpaksa menangguhkannya kerana banyak pula undangan seni yang diterima.

"Saya bersyukur kerana penampilan baru ini membuka pintu rezeki yang baik untuk saya.

"Pun begitu, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalani ibadah puasa yang penuh keberkatan ini," ujarnya.

Berkongsi mengenai penghijrahannya yang kini semakin manis bertudung, Alyah memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana telah membuka pintu hatinya untuk berubah ke arah kebaikan.

"Masa mula-mula saya bertudung, hampir semua orang tak dapat cam saya.

"Malah ada yang tidak percaya dengan perubahan saya, lagipun sebelum ini saya sering tampil dengan imej seksi.

"Namun saya bersyukur ramai yang memberikan maklum balas positif. Alhamdulillah," katanya.


Sorok perkahwinan?


Tidak dapat lari daripada kisah cintanya bersama komposer muzik terkenal, Datuk Ramli MS, sehingga kini Alyah masih ditanya persoalan itu.

Meskipun hubungannya bersama duda anak dua itu masih samar-samar, namun timbul pula spekulasi yang mengatakan mereka sudah berkahwin secara rahsia.

Enggan memperbesarkan isu itu, Alyah nampaknya lebih selesa memberikan jawapan yang selamat.

"Saya sudah serik untuk bercerita. Biarlah masa yang menentukan semuanya.

"Lagipun lain yang kita bercerita, lain pula yang keluar," ujar Alyah.

Akui kurang selesa berbicara tentang kisah peribadi, Alyah kini semakin berhati-hati agar tidak terlalu terbuka mengenai perkara itu.

"Sekarang saya harus lebih berhati-hati agar tidak terus menjadi mangsa kontroversi.

"Adalah lebih baik saya memberikan tumpuan terhadap karier berbanding kisah-kisah peribadi," katanya.


Urus sendiri kerjaya


Beralih mengenai karier seninya, Alyah kini sedang sibuk merakamkan lagu terbarunya berentak balada, Cinta Takkan Berakhir selepas single Permata yang dinyanyikan bersama Ben (Bintang Kecil) sering diputarkan di corong radio.

Katanya, lagu tersebut mendapat sentuhan daripada komposer terkenal dari seberang yang turut mencipta lagu Lelaki Ini dan penyanyi Indonesia, Afghan.

Menurut Alyah, single terbarunya itu akan dilancarkan selepas Aidilfitri dan berharap dapat menerima sambutan positif daripada peminat.

Pun begitu, dia kini sedang mengumpul lagu singlenya yang terdahulu seperti Kisah Hati untuk disatukan dalam satu album.

"Hampir enam tahun saya tiada album baru, jadi ia merupakan usaha saya bersama pihak pengurusan untuk mencari balik lagu yang hilang itu.

"Lagipun selepas kes pembantu peribadi saya sebelum ini menyebabkan album baru mengalami beberapa penangguhan akibat faktor tertentu dan masalah teknikal," katanya.

Tambahan pula, dia kini terpaksa melakukan semua perkara tanpa bantuan sesiapa selepas ditipu teman rapat menyebabkan Alyah tidak menang tangan untuk menguruskan aktiviti seninya.

"Saya sudah serik ambil pembantu. Lebih selesa menguruskan semuanya sendiri," tegas Alyah.

Drama Sahabat garap cinta remaja, persahabatan


RAZIATUL HANUM A.RAJAK

PASTI semua orang sudah melalui zaman remaja di mana ada pahit dan manisnya.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Drama Sahabat, garap, cinta remaja, persahabatan


Terbaru, drama terbitan Suhan Movies, Sahabat bakal mengembalikan nostalgia itu sebanyak 36 episod.

Menurut pengarahnya, Imri Nasution, ada persoalan yang dibangkitkan apabila menyentuh tentang drama Sahabat ini.

“Soalannya, berapa ramai kawan sekolah dulu yang masih kita berhubung sehingga hari ini?

“Sebenarnya, kita kena tanya balik pada diri sendiri. Kalau tanya pada diri sendiri pun, saya rasa bersalah,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai drama itu, beliau menjelaskan fasa cinta remaja dan persahabatan itu memang dilalui semua orang yang sudah melepasi usia remaja.

“Pada saya, siapa-siapa pun akan lalui saat-saat ini. Kita sendiri tak tahu, bagaimana hubungan persahabatan itu menjadi merenggang,” katanya.

Meskipun ada konflik yang berlaku ketika itu apabila difikirkan kembali bukan perkara besar, namun itulah yang berlaku pada usia remaja.

“Ada konflik-konflik yang kita lalui masa remaja, bila fikirkan balik tak konflik mana pun.

"Tapi, untuk budak-budak, pada masa itu perkara kecil adalah serius buat mereka,” katanya.

Sahabat mengisahkan tentang sekumpulan remaja baru tamat SPM yang dalam dilema sama ada akan terus bersama sebagai kawan atau tidak.

Sahabat dibintangi Shukri Yahaya, Iezah Diyana, Liyana Jasmay, Syarif Sleeq, Izzue Islam, Aedy Ashraff dan Sarah Hairi.

Cinta antara watak utama, lakonan Shukri  sebagai Bakri dan Iezah  sebagai Alia serta kisah persahabatan antara mereka bertujuh membangkitkan konflik yang banyak menjadi pengajaran.

Penggambaran drama ini sudah bermula pada awal Mei lalu di sekitar Kuang, Kuala Lumpur dan Rawang.

Drama ini bakal menemui penonton dalam masa terdekat di saluran Astro Ria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan