Cari Artikel

Monday, July 8, 2013

Pencari Suaka: Pelan Penyelesaian Malaysia Perlu Dirunding Semula


Oleh Neville D'Cruz


Australia, BERNAMA, News, Pencari, Suaka, Pelan, Penyelesaian, Malaysia, Perlu, Dirunding, Semula,


MELBOURNE, 8 Julai (Bernama) -- Penyelesaian yang ditawarkan Malaysia untuk mengatasi masalah pencari suaka perlu dirunding semula kerana ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan yang ada sekarang, kata Menteri Imigresen baharu Australia Tony Burke pada Isnin.

Beliau berkata pakej serantau yang lebih meluas perlu disusun untuk memastikan keberkesanannya dalam menyekat kedatangan pencari suaka.

Pada Ogos 2011, Mahkamah Tinggi memberi tamparan hebat kepada dasar perlindungan sempadan Australia apabila ia menghalang rancangan penghantaran pulang 800 pencari suaka ke Malaysia sebagai tukaran bagi pengambilan 4,000 pelarian dari negara itu.

Burke berkata cadangan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono minggu lepas agar satu sidang kemuncak peringkat serantau diadakan, membuka peluang ke arah mewujudkan pelan penyelesaian baharu Malaysia berhubung isu itu.

Beliau juga membayangkan tentang kemungkinan satu pasukan pakar ditugaskan membuat penilaian tentang jumlah pencari suaka yang patut dihantar pulang di bawah sebarang persetujuan baharu yang dicapai untuk mewujudkan suatu langkah pencegahan yang lebih berkesan.

"Walau apapun, 800 tempat tidak akan mencukupi bagi skala masalah yang kita hadapi sekarang.

"Kita memerlukan penilaian oleh pakar tentang jumlah sebenar tempat yang diperlukan," kata Burke kepada saluran berita ABC 24.

Burke berkata beliau tidak meragui bahawa cara penyelesaian Malaysia akan berjaya ketika itu jika ia mendapat sokongan pemimpin pembangkang Tony Abbott.

Bagaimanapun, katanya kini, langkah pencegahan yang lebih berkesan perlu diwujudkan berikutan peningkatan jumlah ketibaan pencari suaka.

Dalam rundingan dengan Kevin Rudd minggu lepas, Yudhoyono mencadangkan agar satu sidang kemuncak "berorientasikan tindakan" diadakan, yang melibatkan negara seperti Iran dan Afghanistan, untuk mencari penyelesaian bagi kedatangan orang bot yang begitu ramai.

Kenyataan yang dikeluarkan selepas rundingan itu menegaskan tentang pentingnya tindakan bersifat unilateral tidak dilakukan kerana ia boleh merosakkan pendekatan serantau komprehensif sedia ada serta menimbulkan kesulitan daripada segi operasi dan masalah lain kepada mana-mana pihak.

Burke mengaku Rudd gagal menangani sepenuhnya krisis berkaitan sempadan ketika menjalankan tugas penting itu.

"Pada 2009, keadaan di seluruh dunia mula berubah dan kita perlu terus mengubah dasar kita, tapi kita tidak berbuat demikian," katanya kepada stesen radio 2GB.

-- BERNAMA

Syarat Baharu Pinjaman Beri Kebaikan Kepada Penjawat Awam - KSN


Malaysia, BERNAMA, Berita, News, Syarat, Baharu, Pinjaman, Beri, Kebaikan, Kepada, Penjawat Awam, KSN


PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Langkah baharu yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan memberikan syarat tambahan untuk pinjaman merupakan pendekatan positif khususnya, kepada keluarga penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata ini kerana jika sesebuah keluarga atau ketuanya membawa pulang pendapatan akhir yang kecil, ia pastinya akan menyebabkan perbelanjaan seharian mereka menjadi terhad.

"Perkara tersebut adalah langkah yang baik untuk kebaikan sesebuah keluarga, jika seseorang ketua keluarga mempunyai hutang yang tinggi dan tidak mampu untuk membayar akan memberikan kesan negatif kepada keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah baharu BNM mengenakan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan serta meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.

Ali bercakap kepada pemberita selepas Seminar Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 'Jom Sihat Puspanita' yang dirasmikan isterinya, Yang Dipertua Puspanita, Puan Sri Rohani Abdullah di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menyeru penjawat awam supaya terlibat dalam aktiviti kesukanan ringan seperti berjoging atau berjalan demi memastikan stamina serta fizikal yang sihat.

"Kita tahu cara sektor awam bekerja di dalam pejabat dan tidak banyak pergerakan. Oleh itu sekali-sekala perlu kesedaran untuk melakukan aktiviti sukan," katanya.

Ali berkata ketua setiap jabatan juga harus memastikan anak buah mereka menjadikan aktiviti bersukan sebagai rutin harian ditambah lagi dengan terdapatnya gymnasium di beberapa kementerian.

Terdahulu dalam ucapan, Rohani berkata, golongan wanita terutamanya penjawat awam boleh menggunakan perkhidmatan gymnasium setiap hari isnin di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya dengan bayaran RM4 sekali masuk.

"Terdapat tiga waktu operasi iaitu 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 1 petang hingga 2 petang dan 4.30 petang hingga 10 malam dengan dibantu jurulatih dari KBS," katanya.

-- BERNAMA

Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Pelajar Tajaan Mara Di Mesir - Shafie Apdal


Malaysia, BERNAMA, Berita, Belum, Ada, Keperluan, Bawa, Pulang, Pelajar, Tajaan, Mara, Di, Mesir


PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) -- Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sedang menuntut di Mesir berada dalam keadaan selamat dan setakat ini masih belum ada keperluan membawa mereka pulang ke tanah air.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan nasihat serta panduan mengenai keadaan di negara yang sedang bergolak itu.

Menurut beliau, setakat ini suasana persekitaran kawasan penempatan pelajar Mara di Mesir adalah terkawal dan mereka tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi di sana.

"Selagi mereka tidak terjerumus atau terlibat dalam sebarang demonstrasi, keadaan mereka terjamin," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakt (Kemas) di Dewan Serbaguna kementerian di sini Isnin.

Situasi politik di Mesir ketika ini tegang ekoran penggulingan Presiden Mohammed Morsi oleh pihak tentera negara itu pada Selasa dan sehingga semalam pertempuran antara penyokong Morsi dengan penentangnya di beberapa bandar raya negara itu, sudah meragut lebih 30 nyawa.

Sabtu lalu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh menasihati para pelajar Malaysia di Mesir yang selesai menghadapi musim peperiksaan dan tidak terlibat dengan program akademik seperti latihan praktikal atau 'summer course', supaya pulang bercuti memandangkan situasi politik negara itu yang kurang stabil.

Terdapat kira-kira 1,000 pelajar tajaan Mara menuntut di Mesir kini dengan kebanyakan mereka menetap berjauhan daripada kawasan konflik.

Sementara itu, Shafie berkata anggota Kemas perlu meneroka kaedah baharu dalam usaha mendekati dan mendapat akses lebih baik dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata selaras dengan ledakan teknologi maklumat (IT), mereka juga harus tahu menggunakan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya, bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Katanya anggota Kemas mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan setiap isu yang timbul berkaitan dasar kerajaan supaya tidak timbul kekeliruan.

"Apabila isu itu diputarbelitkan faktanya oleh pihak tertentu, ia hanya akan membawa kepada persepsi negatif," katanya.

Seramai 1,404 warga kerja Kemas tetap dan kontrak dari seluruh negara menerima anugerah perkhidmatan cemerlang kali ini.

-- BERNAMA

Adi Putra beralih angin


MARINA SAHABUDIN
FOTO : ZULFADHLI AHMAD ZAKI

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Adi Putra, beralih, angin
Adi Putra


WAJAH manis aktor terkenal tanah air ini sentiasa menghiasi skrin televisyen mahu pun di layar perak.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Adi Putra, beralih, angin
Adi Putra bersama isteri dan anaknya.


Berikan apa sahaja watak atau peranan, dia mampu melakonkannya dengan baik.

Namun tidak hanya tertumpu kepada bidang lakonan sahaja, bintang Aku Terima Nikahnya ini mula berjinak-jinak menjadi pengacara pula.

Semuanya bermula apabila dia dilamar pihak TV3 untuk menjadi duta bagi program Seindah Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan mulia itu.

Berkongsi mengenai penglibatannya sebagai pengacara atau hos, empunya nama Adi Putra ini berkata, dia sebenarnya tidak menduga akan menerima tawaran seperti ini.

“Saya seorang pelakon dan apa yang saya tahu adalah berlakon sahaja, malah orang juga mengenali saya sebagai pelakon.

“Jadi apabila diberitahu tentang perkara ini, pada awalnya saya agak terkejut, namun, apabila berfikir sejenak, mengapa saya harus menolaknya.

“Bagi saya, ia peluang yang hebat dan menarik sementelah lagi menjadi hos tidak pernah saya lakukan,” katanya yang sudah selesai menjalani rakaman bagi tugasan barunya itu.

Ujar pelakon berusia 32 tahun ini juga, dia sangat bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sedemikian.

“Ini adalah buku baru dalam kerjaya saya dan saya gembira melakukannya,” katanya.


Pengalaman berbeza

Berkongsi peranannya sebagai hos pula, akui Adi, ia sangat berbeza daripada menjadi seorang pelakon.

Katanya, sebagai Duta Seindah Ramadan sudah menjadi tanggungjawabnya menyampaikan maklumat dan informasi yang tepat kepada penonton.

“Saya dan Nora Danish akan muncul sebelum setiap drama atau apa-apa segmen itu bermula.

“Jadi, di sinilah peranan kami untuk memberitahu sedikit sebanyak tentang sesuatu program yang bakal muncul,” katanya.

Ditanya cabaran sepanjang menjalani penggambaran pula, kata Adi, meskipun sekadar rakaman, namun ia punya cabaran tersendiri.

“Kita nak beritahu sesuatu kepada penonton, jadi ia perlu ada isi dan info yang menarik.

“Gaya percakapan juga perlu diberi perhatian supaya penonton akan tunggu dan teruja untuk menonton program yang dikatakan,” katanya.


Serasi bersama Nora Danish

Dalam pada itu, Adi yang terkenal dengan pasangan dalam lakonannya, Nora ini memberitahu, dia juga tidak mempunyai masalah bekerja bersama pelakon cantik itu.

“Kami dan biasa berlakon bersama, jadi nak cari keserasian itu memang tidak susah.

“Rasanya masalah komunikasi sewaktu menjadi hos bersama memang tidak wujud," jelasnya.

Ditanya adakah dia selesa menjadi hos dan akan menerima tawaran seumpama itu lagi, ujar Adi, apa sahaja tawaran yang datang akan dilihat kesesuaiannya terlebih dahulu.

“Tengok pada keadaan juga, macam sekarang ini, saya terima kerana ia berkaitan dengan bulan Ramadan dan adalah sangat baik saya merebut peluang ini," katanya.

Bekerja sambil beramal

Selain itu, bagi memeriahkan lagi Seindah Ramadan, Adi bersama dua lagi duta program ini, Nora dan Fiza Sabjahan berpeluang mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu untuk memasak dan menjual juadah hidangan tersebut untuk berbuka puasa.

“Bazar Seindah Ramadan ini disertai kami bertiga dan ramai lagi artis.

“Bagi saya, ia satu pendekatan yang baik di bulan mulia ini yang mana selain beramal, kami juga lebih dekat dengan
peminat.

“Lagipun, kami buat ini untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan memandangkan wang hasil jualan akan disalurkan ke rumah anak yatim terpilih,” kata Adi yang turut berperanan menyampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal nanti.


Tolak penggambaran?

Sementara itu, sepanjang Ramadan juga, Adi menolak sebarang penggambaran sama ada untuk drama mahupun filem.

“Ini bukan bermakna saya berehat atau tidak melakukan pekerjaan pada bulan puasa.

“Lagipun bekerja itu satu ibadah dan tidak elok kita meninggalkannya lebih- lebih lagi besar pahalanya bekerja di bulan mulia ini.

“Saya tetap melakukan kerja lain, namun saya elak menjalani sebarang penggambaran sahaja,” katanya bakal
muncul menerusi drama Ijab dan Kabul yang disiarkan sempena hari raya nanti.


Kisah kantoi

Sempat berkongsi pengalaman puasanya di waktu kecil, jelas Adi, dia pernah kantoi minum air ketika berusia 5 tahun.

“Biasalah puasa budak-budak, mana boleh tahan, haus sangat, jadi saya buka peti ais dan minum air.

“Tapi saya tak makan, saya cuma minum sahaja," katanya yang belajar berpuasa bermula dengan setengah hari dahulu.

Ditanya menu pilihan sewaktu berbuka pula, kata Adi, dia seorang yang ringkas dan tidak kisah untuk makan apa juga hidangan sewaktu berbuka.

“Biasanya saya hanya makan kurma sahaja, selepas itu saya akan bertarawih, sesudah itu barulah saya akan makan,” katanya mengakhiri perbualan.


PROFIL

NAMA: Mohamed Hadi Putera

TARIKH LAHIR: 26 Februari 1981

TEMPAT LAHIR: Singapura

ADIK BERADIK: Anak bongsu daripada 3 adik-beradik

PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura

ISTERI: Aida Yusof

DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Akukah Tanggang?, Mat Jenin, Mya Zara, Kala Hati, Salam Terakhir, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Maharku Untukmu, Ijab dan Kabul

FILEM: Anak Halal, Akhirat, Histeria, Hanyut, KL Gangster 1 dan 2, Don2, Aku Terima Nikahnya, Ngorat, Langgar, Isyarat Cinta.









Lagu 'Genggam Jariku' raih lagu terbaik Ajaar


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Lagu, 'Genggam Jariku', raih, lagu, terbaik, Ajaar
Gabriel Fairuz Louis


SIBU - Lagu berjudul 'Genggam Jariku' ciptaan penyanyi yang sedang mencipta nama, Gabriel Fairuz Louis, muncul sebagai lagu terbaik pada Anugerah Juara Rentak Ruai (Ajaar) keenam malam tadi.

Gabriel, 27, yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, mengalahkan 11 peserta lain untuk meraih hadiah RM5,000 serta sebuah trofi pada majlis yang berlangsung di Dewan Suarah di sini.

Lagu ciptaannya juga diundi sebagai lagu ketiga paling popular pada pertandingan itu, yang bertujuan memberi penghargaan kepada penyanyi dan pemuzik Iban, di samping memajukan industri muzik Dayak.

Pertandingan tahunan ini dianjurkan stesen radio swasta tunggal di negeri ini, Cats FM bersama kumpulan penajanya.

Kemenangan itu menambah satu lagi rekod kejayaan bagi penyanyi berbakat besar ini.

Ketika mewakili Malaysia pada XXII Discovery International Pop Music Festival di Varna, Bulgaria dari 17 hingga 19 Mei, Gabriel memenangi Anugerah Diploma bagi kategori 'Best Country Hit' setelah menyanyikan lagu ciptaan sendiri berjudul 'Percaya'.

Tahun lepas, dia meraih hadiah 'Album Terbaik' pada Anugerah Muzik Dayak 2012 di Kuching dan diundi sebagai 'Artis Lelaki Terbaik' serta "Artis Lelaki Baru Terbaik'.

Presiden Persatuan Artis dan Pemuzik Dayak Sarawak Snowdown Lawan dan pengarah Cats FM Datin Hanifah Hajar Taib-Alsree menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang anugerah itu. - Bernama

Tiz Zaqyah ditegur


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur
Tiz Zaqyah


AKTRES Tiz Zaqyah, ditegur beberapa peminat perihal cara pelakon itu bergambar yang dikira tidak sesuai dengan adat timur.

Semuanya gara-gara keterbukaan Tiz berkongsi gambar percutiannya di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Namun kisahnya tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila wanita itu memprovokasi Tiz hingga menyebabkan pelakon Sebenarnya Saya Isteri Dia itu membalas komen.

Bagaiamanapun pertelingkahan itu sudah terhenti dan Tiz juga sudah memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan kata-katanya.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiz Zaqyah, ditegur

Ummi Nazeera bertudung?


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ummi Nazeera, bertudung
Ummi Nazeera


NAMA Ummi Nazeera barangkali agak tenggelam selepas kisah kontroversi pergaduhannya dengan bekas kekasih, Remy Ishak beberapa tahun lalu.

Apatah lagi semenjak itu, Ummi berhijrah ke luar negara untuk menyambung pengajiannya.

Bagaimanapun minggu ini industri dikejutkan dengan penghijrahan pelakon yang pernah membintangi filem Merong Mahawangsa ini.

Ummi dikatakan memuat naik sekeping gambarnya bertudung di laman Instagram dan turut memadam gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat sebelum ini.

Pengakuan Hanez Suraya


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pengakuan, Hanez Suraya


PELAKON  Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir.

Hanez, 28, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

“Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.

“Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal,” katanya yang turut menafikan kehadiran atau campur tangan orang ketiga dalam hubungan mereka.

Benjy oh Benjy


NOR ATIEYAH YUSOFF

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Benjy oh Benjy


ANAK kepada seniwati Azean Irdawaty iaitu Benjy mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke mahkamah majistret Selasa lalu atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, sebelum ini bersama lima rakannya ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini pada pukul 11.30 pagi, 26 Jun lalu.

Aktor ini juga dilaporkan bertidak kasar dengan menghalang jurugambar daripada merakamkan gambarnya ketika dia dibawa ke mahkamah majistret di sini sehari selepas kejadian untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat.

Nabila, Fouziah & Maria terus bersinar


NINA FARZUIN MD SHAROM
& ZULFADHLI ZAKI

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nabila, Fouziah, Maria, terus, bersinar


NAMA pelakon Nabila Huda, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, walaupun dia sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, namun bakat lakonannya bukanlah calang-calang.

Berilah apa sahaja watak kepadanya tidak kiralah baik atau jahat, pasti hasilnya tidak mengecewakan penonton.

Begitu juga dengan pelakon Fouziah Gous yang turut memiliki kelebihan yang sama. Kekuatannya dalam menghayati setiap karakter nyata mampu memberi impak yang kuat dalam setiap  lakonannya.

Berlainan pula dengan pelakon jelita, Maria Farida, usia kariernya sudah cukup mematangkan setiap lakonan yang ditampilkan.

Walaupun usia semakin meningkat, namun itu bukanlah penghalang buat dirinya untuk meneruskan minatnya terhadap bidang lakonan.

Menemui ketiga-tiga aktres ini pada majlis pelancaran koleksi terbaru barang kemas berjenama, Habib Jewels, Cherita di Pagi Raya sempena Aidilfitri, bertempat di Ampang, Rabu lalu, Zass sempat menemu bual mereka berkongsi perkembangan semasa mereka. Mari kita ikuti cerita mereka.

Nabila bersyukur

Bagi pengikut drama popular Teduhan Kasih yang telah pun melabuhkan tirai beberapa hari lalu, pasti anda sangat mengenali watak Ayu yang digalas pelakon Nabila Huda.

Ternyata, watak antagonis yang dimainkan Nabila memberi impak terhadap drama itu sehingga ada penonton terbawa-bawa perasaan benci terhadap dirinya.

Jelas Nabila, apa yang dilakukan  hanyalah sekadar lakonan semata-mata dan dia tidak ada sebab untuk membuat perangai seperti itu.

"Itu semua lakonan dan realitinya saya bukanlah seperti watak Ayu. Saya bawa watak itu berdasarkan imaginasi saya sendiri, sebab bagi saya ia lebih mudah dan saya juga tidak nafikan kadang-kadang kita lakukan sesuatu yang tak dijangka.

"Saya memang tidak suka perempuan jenis macam itu dan sebab itu jugalah saya memang tidak boleh lihat diri saya dalam karakter itu.

Tambah Nabila, dia bersyukur  bakat lakonannya mula mendapat perhatian dan diterima masyarakat.

"Saya gembira kerana penonton sekarang sudah boleh terima bakat saya seadanya tanpa mengaitkan kisah peribadi dan kerjaya saya.

"Dengan kepercayaan ini, saya akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan itu bukanlah semata-mata untuk raih populariti cuma saya mahu buktikan saya memang ada bakat untuk dikongsi bersama orang lain," katanya.

Berat tinggalkan anak

Berkongsi cerita mengenai perkembangan lain, Nabila memberitahu, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita di New Zealand.

Menurutnya, atas tuntutan kerja itu dia juga terpaksa berjauhan dengan puteri kesayangannya, Keisha Laila, 3.

"Saya akan berada di sana lebih kurang dua minggu. Sebenarnya saya dah biasa buat penggambaran di luar negara dan pada masa yang sama berjauhan dengan Keisha, tapi saya akui memang sedih untuk tinggalkan dia tapi situasi tidak sesuai dan saya terpaksa.

"Memandangkan dia masih kecil, saya memang tidak boleh bawa dia sekali. Tunggulah dia besar sedikit baru saya akan bawa dia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila turut akan ke Itali untuk penggambaran drama Sangkar pada sambutan Aidilfitri ke lima nanti.

Fouziah Gous belum tetap tarikh

Walaupun telah selamat mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan pada masa yang sama merancang untuk menamatkan zaman bujang pada akhir tahun ini, aktres Fouziah Gous sehingga hari ini masih belum punya tarikh tetap untuk melangsungkan pernikahannya bersama ahli perniagaan dan perunding kewangan, Md Zhafran.

Menjelaskan perkara itu, Fouziah memberitahu, tarikh sebenar majlis pernikahannya masih belum ditetap kerana tunggu kata putus abangnya.

"Memang kami akan langsungkan pernikahan tahun ini juga, tapi tarikh sebenar belum kami putuskan disebabkan abang saya akan berpindah sementara ke Amerika Syarikat atas urusan perniagaannya akhir tahun ini.

"Jadi, saya akan berkahwin sebelum dia pindah ke sana. Sekarang ni saya tengah tunggu jawapan dia, kalau semuanya 'okey' kami akan kahwin secepatnya. Apa yang penting saya mahu dia ada bersama pada majlis pernikahan kami nanti," jelasnya.

Berkongsi perasaannya bergelar tunangan orang, Fouziah akui dirinya lebih bahagia dan berasa bertuah kerana dipertemukan dengan jejaka yang amat memahami dirinya.

"Dari segi kerja tak banyak beza. Cuma sekarang lebih seronok sebab ada orang ambil tahu apa kita buat, mana kita pergi.

"Kalau saya mahu ke mana-mana akan beritahu dia terlebih dahulu berbeza ketika zaman solo, kita buat apa yang kita suka sendiri.

“Saya juga bersyukur kami satu kepala. Jadi apa-apa perkara kami senang berbincang, tapi kalau ada perkara yang kami tidak bersependapat, salah seorang akan mengalah," katanya sambil tersenyum.

Bahagi masa

Walaupun sibuk dengan perancangan perkahwinannya dan karier lakonannya, Fouziah turut memberi perhatian terhadap perniagaan sarang burungnya yang kini sedang berada dalam proses pengeluaran.

Katanya, dia bersyukur kerana tunangnya juga merupakan rakan kongsi perniagaan dijalankan.

"Bukan setakat urusan perkahwinan, Zafran turut uruskan perniagaan kami bersama. Dari situ beban kerja saya tidaklah terlalu berat.

"Tambahan pula dalam masa yang sama saya sibuk jalani penggambaran drama bersiri yang memang memerlukan masa panjang," katanya.

Maria menari dalam filem

Menyentuh mengenai perjalanan karier lakonannya, Maria Farida memberitahu, kini dia sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan filem.

Menurutnya, selepas tamat menjalani penggambaran drama fantasi Pujangga Budiman siaran TVi, dia akan menjayakan filem Showdown The Movie yang turut dilakonkan Izara Aishah.

"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai pemilik studio tarian dan pakar dalam tarian klasik bersama anak perempuan saya, yang dilakonkan oleh Izara Aishah.

"Lakonan kali ini mungkin berbeza daripada lakonan lain sebab saya perlu menari dan ia beri pengalaman berharga buat saya, "katanya.

Bersyukur dengan tawaran lakonan yang tidak putus-putus, Maria bagaimanapun terpaksa mengorbankan masanya untuk menyempurnakan tugasannya.

"Sepatutnya bulan puasa ini saya mahu berehat, tapi kebetulan tawaran lakonan ada, saya terpaksa lupakan hasrat itu.

"Mungkin selepas semuanya selesai, saya akan ambil masa untuk berehat sambil bercuti bersama keluarga," katanya.

Gilakan aksesori

Mengakui kepentingan barang kemas sebagai pelengkap gaya, pelakon jelita, Maria Farida mengatakan dia peminat tegar aksesori.

Malah baginya, reka bentuk menarik dan anggun antara pilihan yang tepat terhadap barang kemas yang ingin dibeli.

"Ya memang saya peminat barang kemas. Asalkan menarik dan kelihatan anggun, ia cukup buat saya tertarik," jelasnya.

Kahwin rahsia?, Tasha Shila beri penjelasan


AKMALIAH RAZAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kahwin rahsia, Tasha Shila, beri, penjelasan


TAHUN lalu merupakan tahun sukar buat aktres cantik ini apabila namanya sering dikaitkan dengan pelbagai kisah kontroversi yang kurang enak.

Bukan sahaja dituduh sebagai artis liar yang gemar berparti sana-sini, malah pelakon cantik, Tasha Shila, juga dikaitkan dengan kisah cinta bersama golongan VIP.

Di lembaran 2013, nama Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abd Razak, 26, dilihat mula reda dengan kisah-kisah kontroversi.

Hanya kisah cintanya bersama pemain sayap pertahanan kanan Malaysia dan juga Selangor, Mahali Jasuli yang menjadi perhatian umum.

Namun, enggan bercerita panjang mengenai kisah cintanya, Tasha hanya mengakui dia dan Mahali sedang mengenali hati budi dan masih berkawan seperti biasa.

Tidak terhenti di situ, kini nama Tasha sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi baru apabila dia dikatakan telah berkahwin, namun jejaka itu bukanlah Mahali ataupun Datuk J.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu, Tasha hanya mampu tergelak kecil dan terus memberi penjelasan sebenar.

"Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan.

"Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama.

"Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu," katanya dengan nada bergurau.

Enggan ambil tahu

Enggan ambil pusing mengenai kontroversi yang bertebaran, Tasha lebih selesa mengabaikan perkara itu.

Menganggap dengan cara itu sahaja boleh menyelamatkan keadaan, Tasha berkata, sebagai selebriti, dia tidak boleh mengambil jalan singkat untuk bertindak.

"Lumrah sebagai selebriti, memang segala tindakan kita akan jadi perhatian. Malah, jika perkara itu tidak benar sekalipun, saya hanya memekakkan telinga dan butakan mata.

"Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tak lakukan perkara itu. Lama-kelamaan, orang bosan juga nak bercerita lagi.

"Lagipun, saya tak pernah ambil tahu gosip-gosip sebegitu. Setahu saya, saya tak pernah bercakap mengenai perkahwinan," kata pelakon drama Bidadari Syurga ini.

Fokus pada karier

Menganggap pengalaman lalu banyak mengajarnya erti kehidupan sebagai selebriti, Tasha lebih berhati-hati dalam setiap perkara.

Katanya, bukan sahaja dari soal kehidupan peribadi, malah apa sahaja yang boleh menjejaskan kariernya perlu dihindari.

"Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit.

"Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada.

"Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama sempena Hari Raya Aidilfitri, Lebaran Kasih untuk tayangan TV3.

Katanya, pada bulan puasa nanti, dia tidak berkesempatan untuk berehat panjang kerana masih terikat dengan penggambaran dan rakaman raya.

Pengacara 'bergaduh' atas pentas


RAZIATUL HANUM A. RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pengacara, 'bergaduh', atas, pentas
Barisan peserta Kecoh Pengacara Beraya bersama AG. - Foto instagram Scha Al-Yahya


LAPAN pengacara popular ‘bergaduh’ atas pentas dalam sebuah program ‘gameshow’ terbaru TV3, Kecoh Pengacara Beraya.

Kumpulan pengacara wanita yang dianggotai Scha Al-Yahya, Fara Fauzana, Neelofa dan Amyza bertempur dengan kumpulan pengacara lelaki yang diwakili oleh Zizan Razak, Awal Ashaari, Kamal Adli dan Faizal Ismail (FBI).

Apa yang pasti, gelagat spontan dan celoteh mereka bakal menggeletek hati penonton.

Kedua-dua kumpulan ini diuji melalui tiga cabaran termasuk Mengulas Sukan, Teka Selebriti dan K-Pop Style.

Pasangan suami isteri, Awal dan Scha tidak ketinggalan menampilkan aksi manja mereka di pentas yang direka seperti gelanggang tinju itu.

Selepas sesi rakaman program tersebut melabuhkan tirai, Scha dan Awal akui terbit sedikit kebimbangan atas aksi mereka yang mungkin tidak disukai mana-mana pihak.

“Atas pentas itu kami jadi diri sendiri. Apa yang berlaku sebab spontan kan, buat saya risau juga. Tapi insya-ALLAH tak melebih-lebih,” kata Scha.

Sementara Awal berkata, “kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Tengok dari sudut positif, suami isteri perlu semai keceriaan. Selagi ia tidak melebihi batas, tak apa.”

Tambahnya, “jika ada yang tak suka itu, nak buat macam mana kan?” Sementara pelawak terkenal, Zizan terus menggeletek hati penonton dengan aksinya.

Selain mereka, pelawak BMB, Bocik turut hadir di pentas untuk menjadi juri.

Program ini tidak mempunyai pengacara sebaliknya, penyampai radio dan pengacara, AG  bertindak sebagai suara latar.

Wang kemenangan berjumlah RM 8,000 disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Sungai Klang dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

Program ini bakal memeriahkan Hari Raya Aidilfitri anda kelak di TV3.

Raja Ema selesa status solo


RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Raja Ema, selesa, status, solo
Raja Ema


PELAKON dan penyanyi terkenal pada era 80-an, Raja Ema kembali ke dunia seni selepas berpuluh tahun meninggalkannya.

Kemunculannya dalam Majalah Nona terbitan Kumpulan Media Karangkraf pada November tahun lalu, menjadikan pelakon berusia 45 tahun ini kembali menjadi tumpuan.

Namanya kembali melonjak naik apabila muncul dalam beberapa drama tempatan seperti Setia Hujung Nyawa dan Terlanjur Cinta.

Setelah beberapa bulan berlakon Raja Ema menyatakan hasratnya untuk kembali menyanyi sehingga lahirnya, Warna Hatiku ciptaan Nik Nizam.

Apabila kerjayanya dalam bidang seni dilihat semakin kukuh, perhatian beralih pula kepada kehidupan peribadinya.

Seperti semua sedia maklum, kedua-dua perkahwinan Raja Ema gagal sebelum ini.

Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang buat wanita ini untuk meneruskan hidup bersama dua cahaya matanya yang kini sudah meningkat dewasa.

Ditanya soal mencari pengganti, Raja Ema menyerahkan kepada Illahi.

“Apabila sudah berusia 45 tahun mi, kahwin tak apa, tak kahwin pun tak apa. Sendiri lebih baik tapi kalau ada jodoh, bagus juga.

“Tak adalah serik tapi sebab dah tahu pahit manisnya kan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Pertemuan Seribu Kenangan, semalam.

Mengulas lanjut soal itu, Raja Ema akui untuk mencari pasangan yang betul-betul bukan mudah.

“Kalau kahwin pun buat tambah masalah buat apa kan? Nak cari yang betul-betul itu bukan senang.

“Daripada cari penyakit, lebih baik berlakon dan menyanyi,” katanya.

Menurut Raja Ema, kedua-dua anak lelakinya menyedari perubahan dirinya yang lebih gembira selepas kembali berlakon.

Raja Ema baru selesai menjalani penggambaran bagi drama Jangan Biarkan Aku Menangis dan Kalau Dah Perempuan.

Album kompilasi Pertemuan Seribu Kenangan yang memuatkan single terbaru, Warna Hatiku dan 14 lagu lamanya kini sudah berada di pasaran.

Obsesi Keanu Reeves


WARTAWAN SINAR HARIAN

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Obsesi, Keanu Reeves
Man of Tai Chi

AKTOR kacak ini bukanlah asing di kalangan peminat seni mahupun pengarah tersohor Hollywood.

Malah boleh dikatakan, dia mempunyai pengikut setia dari seantero dunia termasuklah di Malaysia.

Sedikit mengenai pembabitan awalnya dalam bidang seni, jejaka ini mula berkecimpung dalam bidang seni ketika dia berusia 9 tahun lagi menerusi pementasan teater. Antara teater lakonannya adalah Romeo and Juliet.

Selepas itu, pelakon kelahiran Lebanon ini mendapat peluang besar apabila diberi kepercayaan membintangi sebuah drama bersiri komedi iaitu Hang In di Saluran CBC.

Bermula dari situ, kerjayanya semakin berkembang dan pemilik nama Keanu Charles Reeves atau lebih dikenali sebagai Keanu Reeves ini terus mencuri perhatian pengarah Hollywood apabila usianya mencecah ke angka 21 tahun.

Tidak perlu menunggu lama, dia mula muncul menerusi pelbagai filem seperti Letting Go, One Step Away, Youngblood, Under the Influence dan Act of Vengeance yang berjaya melonjakkan namanya di persada seni.

Menariknya, kerana auranya yang tersendiri, Reeves tidak menang tangan menerima tawaran yang datang kepadanya sehingga pernah melakonkan lebih lima filem dalam tahun yang sama.

Atasi Johny Depp

Meskipun pelbagai filem telah dibintangi, namun kemunculannya sebagai Thomas Anderson atau Neo menerusi filem 'berhantu', The Matrix sekitar 1999 masih diingati sehingga ke hari ini.

Masih terbayang di mata lakonan hebatnya yang memainkan peranan sebagai seorang computer programmer dalam filem itu.

Akui Reeves, filem itu meninggalkan impak yang besar sepanjang kariernya.

“Sehingga kini mereka masih ingat saya sebagai Neo walaupun filem itu ditayangkan 14 tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada pengarah dan produksi The Matrix kerana memilih saya sebagai teraju utama,” katanya.

Sedikit mengenai pemilihan pelakon, pada awalnya, Will Smith, Nicolas Cage, Brad Pitt dan Val Kilmer telah dipilih untuk memainkan peranan dalam filem itu, pun begitu mereka terpaksa menolaknya atas alasan tertentu.

Selepas itu barulah Reeves berjaya mendapatkan watak tersebut apabila mendapat lebih undian memegang peranan itu mengatasi aktor versatil, Johny Depp.

Lakonan, arahan terbaik

Meskipun sudah berusia 48 tahun, namun obsesinya terhadap bidang lakonan tidak pernah terpadam.

Bahkan bintang filem Speed ini terus hadir dengan buah tangan terbaru setiap tahun.

Terbaru, Reeves bakal muncul menerusi filem Man of Tai Chi.

Menariknya, selain menjadi salah seorang pelakon, Reeves juga bertindak sebagai pengarah untuk filem tersebut.

Memulakan penggambaran sekitar tahun 2008, filem ini mengangkat konsep seni mempertahankan diri masyarakat Cina dan Amerika.

Jelas Reeves, meskipun sudah biasa dengan filem aksi, namun filem itu satu kelainan baginya kerana dia menjadi pengarahnya.

“Saya mahukan yang terbaik untuk filem ini, sebab itulah selain saya sendiri, pelakon lain yang dipilih juga adalah mereka yang terbaik,” katanya yang menggunakan khidmat pelakon Tiger Chen, Karen Mok, Iko Uwais dan Simon Yam untuk filem itu.

Sedikit mengenai Man of Tai Chi, ia berkisarkan mengenai pengamal seni mempertahankan diri yang menggunakannya untuk perlawanan haram.

Filem kedua sentuhan Jay Chou


WARTAWAN SINAR HARIAN

Taiwan, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Taiwan, Filem, kedua, sentuhan, Jay Chou


SELEPAS kejayaannya mengarahkan filem pertama, Secret sekitar 2007, tahun ini penyanyi dan pelakon terkenal Taiwan ini sekali lagi mencuba nasib dengan buah tangan terbarunya.

Diberi judul The Rooftop, filem yang mendapat sentuhan Jay Chou ini mengangkat genre komedi, muzikal dan cinta.

Berkongsi mengenai filem kedua arahannya ini, kata Chou, sebagai pengarah yang masih berjinak-jinak dalam dunia perfileman, dia akui filem ini bukan mudah untuk dihasilkan.

“Selain membawa pelbagai genre dalam satu masa, saya juga harus memastikan filem ini disukai peminat.

“Lagipun, saya tidak mahu menghampakan mereka, bahkan saya juga adalah aktor utama untuk filem ini,” katanya yang menggunakan pelbagai kesan khas diselitkan dalam filem ini.

Dalam pada itu, sebagai penulis skrip The Rooftop, katanya, dia telah menambah pelbagai elemen seperti klasik dan fantasi supaya ia lebih menarik.

“Bayangkan saya juga telah menulis 10 lagu untuk filem ini, betapa terujanya saya untuk melancarkan dan menanti filem ini ditayangkan,” katanya yang turut menggunakan khidmat pelakon handalan seperti Alan Ko, Eric Tsang, Wang Xueqi, Xu Fan dan Kenny Bee untuk filem terbarunya ini.

Sedikit mengenai The Rooftop, ia merupakan sebuah filem muzikal seni mempertahankan diri di era fiksyen yang berlatarbelakangkan tahun 1970.

Ia menampilkan kehidupan sebenar dua orang sahabat baik.

Aksi robot dalam Pacific Rim


WARTAWAN SINAR HARIAN

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Aksi, robot, dalam, Pacific Rim


BAGI peminat filem berunsur robot, pasti filem ini dinantikan mereka.

Sedikit mengenai pembikinan filem ini, pengarahnya, Guillermo Del Toro berkata, Pacific Rim berjaya mencabarnya dari sudut penghasilan filem.

“Sebagai pengarah saya dapat rasakan filem ini dihasilkan dengan penuh perasaan.

“Secara jujurnya, saya telah memberi perhatian kepada filem ini lebih daripada filem yang pernah saya hasilkan.

“Misalnya, dari aspek visual, ia membuatkan saya menghasilkan sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Menurutnya, ia juga satu pengalaman yang paling berharga dan paling hebat sepanjang bergelar pengarah.

“Saya sangat enjoy ketika menjalankan penggambaran filem ini bersama semua krew yang terlibat,” katanya yang tidak menggunakan pelakon terkenal sebagai teraju filem ini.

Mengulas mengenai perkara itu, jelas Guillermo, dia sudah bekerja dengan ramai bintang Hollywood.

“Sudah tiba masanya saya beri muka kepada pelakon baru dan saya yakin mereka ini satu kumpulan yang hebat yang bakal menjadi bintang satu masa nanti,” katanya.

Sementara itu, pelakon utamanya, Charlie Hunnam berkata, menjadi Raleigh iaitu seorang lelaki ciptaan Guillermo, bukan sesuatu yang mudah.

“Saya perlu mencari semangat perjuangan dalam diri, dan apabila bertemu pelakon lain, saya dapat rasakan ia mula membara.

“Paling seronok, filem ini berjaya membuatkan saya menjadi orang baru,” katanya.

Selain Hunnam, filem ini turut dibintangi oleh Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day dan Ron Perlman.

Bakal ditayangkan bermula 11 Julai depan, filem ini berkisarkan perang antara robot gergasi yang muncul dari laut dan mengancam manusia.

Kegilaan Johnny Depp dalam The Lone Ranger


NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Kegilaan, Johnny Depp, dalam, The Lone Ranger


SETELAH memperoleh kutipan sebanyak RM10.8 bilion (AS$3.6 bilion) menerusi filem lanun – Pirates of the Caribbean, penerbit Jerry Bruckheimer dan studio produksi Disney yakin terhadap kekuatan Johnny Deep dalam mempengaruhi minat penonton untuk karya terbarunya.

Kali ini pelakon itu akan menggalas tugas sebagai pejuang Red Indian dalam sebuah filem aksi, The Lone Ranger.

Karya itu adalah diilhamkan daripada sebuah siri radio pada tahun 1933 sebelum bertukar menjadi satu siri televisyen popular di Amerika Syarikat pada tahun 1949-1957.

Dengan bajet kira-kira RM600 juta (AS$200 juta), filem ini menceritakan bagaimana seorang peguam bernama John Reid bertukar karakter dengan memakai topeng hitam serta bertopi koboi putih untuk menjadi seorang wira.

“Ramai yang membesar dengan siri itu dan saya percaya filem The Lone Ranger dapat menunjukkan kepada semua pihak bahawa kita sangat menghargai nostalgia itu,” kata Bruckheimer.

Bagaimanapun, jika anda pernah menonton siri televisyen sebelum ini, pasti perasan watak Tonto dipaparkan secara stereotaip sebagai seorang kaum peribumi Amerika Utara tanpa jiwa dan latar budaya - sekadar ditampilkan sebagai gandingan The Lone Ranger yang diangkat wira utama.

Enggan meletakkan karakter Tonto hanya sebagai pendamping karakter utama, Depp telah menyuntik elemen kelucuan, kebijaksanaan dan keramahan yang pernah diterapkan menerusi karakter-karakter lakonannya sebelum ini seperti Willie Wonka, Edward Scissorhands dan Jack Sparrow ke dalam karakter Tonto.

Malah hanya menerusi gerak isyarat pada wajah, kerdipan mata dan pergerakan badannya, misi dan visi Depp jelas sekali adalah sebagai usahanya untuk menarik minat penonton terhadap Tonto versi terkini itu.

Apa yang menarik, Tonto yang direalisasikan Depp itu masih mengekalkan sikap figura yang sudah sebati di mata penonton yang pernah menyaksikan naskhah The Lone Ranger sejak berdekad yang lalu.

Kekok bertutur dalam bahasa Inggeris dan sentiasa melagukan doa dalam bentuk yang sukar difahami. Itu dua ciri sinonim Tonto yang dikenali sekian lama di layar perak dan kaca TV tetapi dikekalkan oleh Depp dalam menghidupkan semula karakter tersebut.

“Saya fikir bodohlah diri ini jika tidak kembali menampilkan ciri-ciri yang pernah ada pada Tonto dan memaparkan kembali dirinya yang sudah biasa dikenali penonton,” jelasnya.

Pengembaraan menghiburkan

Bagi anda yang mengenali naskhah Bruckheimer, anda pasti sudah dapat mengagak perjalanan cerita dalam bentuk pengembaraan ini.

Setiap watak diperkenalkan dalam tempoh singkat dan perjalanan cerita bergerak dari satu bab ke satu bab tanpa lupa untuk membawa bersama watak-watak yang lain.

Apatah lagi, meletakkan Depp selaku teraju utamanya membuatkan jalan cerita berdurasi 2 jam 30 minit tidak terasa lamanya.

Pendek kata, apabila anda menonton filem ini, anda akan terasa betapa 'gilanya' Depp dalam menterjemahkan watak Tonto sehingga anda tidak akan kering gusi bersamanya.

Malah debaran serta rasa benci Reid dan Tonto dapat turut dirasai oleh penonton.

Namun misi demi misi yang dijayakan Tonto dan penjelasan mengenai siapakah Tonto yang sebenarnya akhirnya melepaskan segala persoalan apabila jalan cerita sudah sampai ke kemuncaknya.

Gandingan mantap

Bagaimanapun, mungkin dek pengalaman Depp yang lebih lama dalam bidang lakonan membuatkan Lone Ranger kali ini, iaitu Hammer kelihatan ada kalanya sedikit tenggelam berbanding Depp.

Namun gandingan mereka tetap mantap apatah lagi Hammer sebagai John Reid yang selama ini percaya kepada keadilan berasaskan undang-undang akhirnya terpaksa akur bahawa keadilan tidak semestinya berasaskan undang-undang.

Lebih melucukan apabila Tonto sering menegur caranya yang ada kalanya seperti tidak kena dan sering dipanggil Kimosabe.

Manakala dari segi sinematografi dan aksi yang dipamerkan, filem ini sememangnya cukup mantap dan cukup rencahnya.

Memang tidak rugi untuk meluangkan hari minggu anda dan berhibur bersama Depp dalam filem ini.

Phoema bawa nostalgia cinta remaja


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Phoema, bawa, nostalgia, cinta, remaja
Rama warisi bakat Charly. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Phoema, bawa, nostalgia, cinta, remaja
Phoema bawa cinta remaja dalam lagu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

MUNGKIN nama Phoema belum cukup dikenali seperti band-band hebat lain dari Indonesia. Namun, lima anak muda ini bertekad untuk terus berkarya dan menyebarkan muzik mereka di Malaysia dan Indonesia.

Bermula dari sekadar hobi bermain muzik, akhirnya pada tahun 2005, terbentuklah Phoema. Sejak lapan tahun dalam industri, ini merupakan pertama kali mereka terbang ke Malaysia dalam rangka mempromosikan single mereka, Cinta Butakanku.

Band dari Cirebon ini dianggotai M.Rully Ramadhan (Rama, vokalis), Hadzunda Laga (Aga, pemain gitar), Rifany Agung Suharto (Fany, pemain bass), Lugas Erdiansyah (Lugas, pemain keyboard) dan Muhammad Rizky Viansyah (Kiki, pemain drum).

Membawa konsep cinta remaja, Phoema yakin dapat menawan hati pendengar ekoran semua orang pernah mengalami cinta monyet terutama di bangku sekolah.

“Lagu Cinta Butakanku ini dicipta sepenuhnya oleh saya. Ia diinspirasi daripada kisah benar yang berlaku terhadap saya dan ahli Phoema yang lain,” kata Rama kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Rama yang juga adik kepada penyanyi dan pencipta lagu terkenal dari Indonesia, Charly dari Setia Band dilihat mewarisi bakat menyanyi dan mencipta lagu dari abangnya itu.

“Lagu ini diterbitkan oleh Charly tapi lirik dan lagunya saya cipta. Mungkin bakat dan latihan yang membawa kepada siapa saya hari ini,” katanya.

Untuk pengetahuan, nama Phoema diambil daripada nama setiap ahli kumpulan mereka selain menjadikan harimau Puma sebagai motivasi buat mereka terus berkarya dalam industri muzik.

Band ini juga sudah lali dikaitkan dengan Setia Band malah ada yang mengatakan mereka menumpang populariti band tersebut.

“Ada yang kata kami menumpang populariti tapi kami hanya anggap ia angin lalu. Tanpa usaha, tak mungkin kami boleh menjadi seperti hari ini.

“Kami sudah berada dalam industri lapan tahun, jadi jika dikatakan tumpang populariti, kenapa tidak dari dulu lagi saja?,” kata Fany dan Agas.

Apa yang menarik, kelima-lima anak muda yang berusia 17 tahun ini telah menyatukan ibu bapa masing-masing sehingga menjadi sahabat sama seperti mereka.

“Alhamdulillah kami mendapat sokongan dari keluarga. Memandangkan kami bersahabat, jadi, ibu bapa kami juga turut bersahabat seperti kami,” kata Fany.

Kelima-lima anak muda ini akui tidak dapat lari dari berbalah sesama sendiri dalam banyak hal.

Namun, ia dapat diselesaikan dengan cara baik kerana dalam tempoh lapan tahun itu, mereka sudah mengenali karakter setiap ahli mereka. Selain sibuk berkarya dalam dunia muzik, mereka turut menyimpan impian untuk mengejar cita-cita masing-masing.

Aga yang mempunyai minat melukis bercita-cita menjadi arkitek sementara Fany mahu menjadi doktor dan Rama pula mahu menjadi guru. Agak lain daripada lain apabila Kiki menyuarakan impian untuk menjadi pelayar agar dapat mengelilingi dunia dan Lugas pula mahu menjadi seorang ilmuan dalam hal keagamaan.

Album mini Phoema berjudul Sweet Seventeen yang mengandungi enam lagu hasil ciptaan sepenuhnya Rama itu bakal menemui peminatnya sekitar Ogos ini. Antaranya, Hampa, Bulan, Mengapa, Jangan Tinggalkan Aku dan Wanita Terindah.

Raja Ema kembali


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Raja Ema, Kembali

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SETELAH lebih 20 tahun meninggalkan dunia nyanyian,  penyanyi dan pelakon popular pada tahun 1980-an, Raja Ema melancarkan album terbarunya, hari ini.

Raja Ema, 45, berkongsi rasa lega selepas hasratnya kembali menyanyi tercapai dengan terhasilnya single terbaru berjudul Warna Hatiku yang dimuatkan dalam album kompilasi, Pertemuan Seribu Kenangan.

Terdapat 15 lagu lamanya dimuatkan dalam album tersebut termasuk lagu terbarunya yang dicipta Nik Nizam yang juga merupakan sepupunya.

Melalui lagu tersebut, Raja Ema bergandingan dengan rapper meningkat naik, RJ.

"Saya rasa lega selepas lagu ini terhasil. Pada awalnya, saya hanya rancangan untuk hasilkan single saja.

"Tapi, pihak Warner Music mahu mengkompilasikan semua lagu-lagu lama saya dalam sebuah album bersama lagu baru ini," katanya ketika ditemui pada majlis Pertemuan Seribu Kenangan, hari ini.

Sementara, Nik akui ada sedikit kerisauan dalam mencipta lagu buat Raja Ema.

"Sebelum buat lagu ini, saya risau walaupun kami ada ikatan kekeluargaan.

"Ini cabaran buat saya kerana lagu-lagu Raja Ema sebelum ini semua bagu-bagus," katanya yang menjalankan sedikit kajian terhadap lagu-lagu lama Raja Ema sebelum menghasilkan Warna Hatiku.

Lagu Warna Hatiku ini berkonsepkan 'pop dance' yang masih mengekalkan imej Raja Ema pada tahun 1980-an dahulu.

Bercakap soal kolaborasinya dengan RJ, Raja Ema akui keputusan itu diambil ekoran mengambil kira perkembangan semasa.

"Ema tak nak lari dari imej 80-an tapi Nik kata, kena ikut perkembangan muzik sekarang dan dia beri idea untuk berkolaborasi dengan seorang rapper.

"Saya memilih RJ selepas melihat persembahan RJ di YouTube dan saya rasa suara dia sesuai dengan saya," katanya.

Lirik lagu Warna Hatiku ditulis oleh isteri Nik berdasarkan kehidupan Raja Ema sementara RJ pula menulis lirik bagi bahagian rap.

"Lirik rap ini saya tribute untuk Raja Ema berdasarkan lagu-lagu lamanya.

"Saya karang berdasarkan perjalanan hidup Raja Ema di mana tajuk-tajuk lagu itu penting buat dia. Saya selitkan Mentari Korea, Titik Bermula dan beberapa tajuk lagi," kata RJ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan