Cari Artikel

Friday, July 5, 2013

Sisi bahagia Irwansyah-Zaskia


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Sisi, bahagia, Irwansyah-Zaskia, Irwansyah, Zaskia Sungkar
Irwansyah-Zaskia

DUA tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Zaskia Sungkar berasa gembira menyambut Ramadan bersama suami tersayang Irwansyah.

Menurutnya, kenangan menyambut Ramadan buat kali pertama bersama suami dan ibu mertua tidak dapat dilupakannya.

"Tahun lalu saya dan Irwan tinggal bersama ibu mertua, setiap kali berbuka ibu akan masak makanan kegemaran Irwan dan juga saya.

"Mungkin Ramadan kali ini berbeza, kami berdua agak kesunyian kerana tidak lagi tinggal bersama ibu, tambahan pula Irwan akan merindui masakan ibunya," kata Zaskia.

Salman Khan bakal tamat zaman bujang?


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Salman Khan, bakal, tamat, zaman, bujang
Salman Khan

LAMA membujang, akhirnya aktor kacak, Salman Khan, membawa kekasihnya Lulia Vantur berjumpa dengan ibunya.

India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Salman Khan, bakal, tamat, zaman, bujang
Lulia Vantur

Menurut sumber, aktor Dabangg 2 itu tidak mahu lagi menjalinkan hubungan cinta terlalu lama seperti mana kekasih-kekasihnya sebelum ini.

"Sudah lama dia hidup sendirian dan sekarang sudah tiba masanya untuk dia berkahwin.

"Sebab itulah dia mengambil keputusan membawa Lulia berjumpa dengan ibunya.

"Itu adalah tanda baik dalam hubungan mereka dan mungkin selepas ini peminat akan mendapat berita lebih gembira," kata sumber.

Perkahwinan Beckham hampir musnah!


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Britain, London, England, Perkahwinan, Beckham, hampir, musnah
David Beckham dan Victoria

LUMRAH bagi pasangan suami isteri pastinya berdepan pelbagai dugaan sepanjang perkahwinan. Tidak terkecuali, pasangan popular, David Beckham dan Victoria,
Ternyata 15 tahun melayari alam rumah tangga memberikan pengalaman cukup berharga buat mereka.

Sebagai isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Victoria mengakui, dia sememangnya tidak boleh lari dari perasaan cemburu. Sementelah Beckham sering menjadi buruan peminat, terutamanya wanita.

"Pelbagai dugaan yang saya dan Beckham terpaksa hadapi. Malah banyak gosip dan kontroversi sering menghampiri suami saya.

"Namun demi mempertahankan rumah tangga dibina, saya harus sentiasa tabah dalam hadapi ujian," katanya.

Akui Victoria, isu skandal seks Beckham pada 1999 lalu hampir meruntuhkan rumah tangga mereka, tapi kini segalanya semakin pulih dengan adanya empat anak mereka, Brooklyn, Romeo, Cruz, dan Harper.

Menurut Victroria, anak-anaklah yang menjadi benteng pertahanan yang paling kuat buat dia dan suami dalam melayari perkahwinan.

Teman baru Harry Styles


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Teman, baru, Harry Styles
Harry Styles

SELEPAS hubungan cintanya dengan Taylor Swift berakhir, anggota One Direction ini dikatakan menjalin hubungan dengan beberapa wanita.

Terbaru, Harry Styles sering dilihat bersama model jelita, Kara Rose Marshall.

Menurut sumber, mereka sering menghabiskan masa bersama di sekitar bandar New York dan hubungan mereka sangat mesra. "Harry mengaku dia selesa bersama Kara kerana wanita itu sangat memahaminya.

"Jika tidak, masakan dia sanggup menghabiskan masa bersama Kara," katanya.

Jelas sumber itu lagi, hubungan mereka masih baru dan tidak mustahil mereka akan lebih intim selepas ini.

"Setakat ini, mereka masih kawan biasa. Namun Harry tidak akan menolak untuk lebih serius sekiranya hubungan mereka berjaya," kata sumber.

Wiz Khalifa sorok perkahwinan?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Wiz Khalifa, sorok, perkahwinan
Wiz Khalifa bersama Amber Rose

BARU-baru ini, tersebar berita mengenai penyanyi rap terkenal, Wiz Khalifa melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, Amber Rose.

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan ini masih belum tampil menjelaskan situasi sebenar perkahwinan mereka.

Menurut sumber, pasangan ini dilihat hadir bersama di sebuah pejabat bagi menjalani urusan rasmi perkahwinan mereka. "Mereka kelihatan sangat gembira. Namun, kenapa pula mereka mahu merahsiakan perkara itu dari umum?," sangkal sumber tersebut. 

iskandarX: Tudia dia punya Tattoo.... isk isk isk...

Hanez masih sayang Awi Rafael


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hanez, masih, sayang, Awi Rafael
Hanez Suraya

WARTAWAN SINAR HARIAN

MESKIPUN hubungan cinta yang dibina bersama penyanyi Awi Rafeal kecundang di tengah jalan, namun pelakon cantik ini mengakui masih sayangkan pelantun lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu.

“Tak dinafikan, mula-mula saya memang tak boleh terima tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, jadi saya lebih tenang dan sudah boleh menerima semua ini,” katanya yang menolak 'orang ketiga' sebagai punca perpisahan mereka. 

Menurut Hanez, perpisahan itu turut tidak menjejaskan keakraban antara kedua-dua belah keluarga mereka.

“Saya masih berhubung dengan keluarganya kerana itu memang tak dapat dipisahkan,” katanya.

Mengenai karier lakonannya, Hanez kini akan tampil dengan drama bersiri, Autumn Di Hatiku di samping pelakon popular Korea, Kim Jin Sung atau JS.

Nas-T: Bukan masa bersedih!


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nas-T, Bukan, masa, bersedih
Nas-T

NORATIEYAH YUSOFF

SETELAH sedaya upaya cuba menyelamatkan hubungan cinta, pasangan selebriti Nas-T dan Nabila Huda akhirnya terpaksa akur dengan perpisahan.

Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Nas-T berkata, ikatan persahabatan mereka masih lagi utuh walau pun hubungan cinta mereka tidak berjaya.

"Kami masih seperti dahulu, masih lagi berkawan. Cuma kini masing-masing sibuk dengan kerjaya membuatkan kami jarang keluar bersama," ujar Nas-T.

Tegas Nas-T, perpisahan tersebut telah mengajarnya supaya lebih berhati-hati ketika menjalinkan hubungan cinta kelak.

Bahkan dia tidak mahu terburu-buru dalam percintaan, sebaliknya lebih selesa untuk berkawan dan mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Pun begitu, ia tidak bermakna dia sudah serik untuk bercinta dengan golongan selebriti.

Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, tumpuan Nas-T kini adalah terhadap karier seninya. Akui semakin sibuk dengan penggambaran, Nas-T berkata, ia bukanlah masa untuknya bersedih atau memikirkan lagi perkara tersebut.

"Perkara lepas biarlah berlalu, usah dikenang lagi. Life must go on," katanya.

Dalam perkembangan terkininya, Nas-T baru sahaja selesai penggambaran telemovie berjudul Kemelut Rindu yang akan disiarkan Aidilfitri nanti.

Ramadan: Amy kurangkan aktiviti seni


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ramadan, Amy, kurangkan, aktiviti, seni
Amy Mastura

AKMALIAH RAZAK, FOTO: IHSAN MYDIN

BEBERAPA hari lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan mulia lagi penuh keberkatan.

Malah, di kesempatan ini, lebih ramai memilih untuk berehat sementara dan cuba memperbanyakkan amal ibadah.

Begitu juga dengan selebriti kecil molek, Amy Mastura. Ibu kepada dua puteri ini memilih untuk berehat daripada aktiviti seni sepanjang Ramadan.

Menurut Amy atau nama sebenarnya, Amy Mastura Suhaimi, 42, setelah berbulan-bulan bekerja, tiba masanya untuk dia berehat dan memberi keutamaan kepada keluarga.

"Sepanjang Ramadan ini, saya akan cuba mengurangkan aktiviti seni kerana kalau boleh, saya nak berehat sekejap.

"Insya-ALLAH, peluang yang ada ini akan digunakan untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah dan menghadiri majlis amal.

 "Kalau boleh, memang saya tak mahu menyanyi langsung pada bulan puasa. Saya hanya menghadiri majlis hiburan dan program amal ditetapkan.

"Namun, jika ada permintaan untuk saya menyanyi, saya akan pertimbangkan," kata pelakon filem Bintang Hati ini.

Latih anak-anak

Sebagai ibu, Amy juga tidak terlepas dari mempersiapkan mental demi anak-anak terutamanya dalam mengajar erti dan nikmat Ramadan.

Menurut Amy yang juga pelakon filem Trauma, Ramadan tahun ini diharapkan dapat memberi suasana yang meriah dan menyeronokkan untuk kedua puterinya.

"Tahun ini merupakan tahun kedua anak saya, Adalia, 8, mula berpuasa. Seperti tahun sebelumnya, saya berharap agar Adalia dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik mungkin.

"Anak sulung pula, Adriana, 12, memang dah lama berpuasa. Jadi, ia tidak menjadi masalah besar buatnya. Saya juga akan melatih mereka untuk menunaikan solat terawih bersama.

"Saya menggalakkan anak-anak untuk bangun bersahur agar mereka tak merasa lapar untuk menunggu waktu berbuka nanti," kata isteri kepada, Alvin Thamm Suffian ini.

Martabak menu pilihan

Setiap kali hadirnya Ramadan, Amy juga tidak ketinggalan untuk mengunjungi beberapa bazar yang dibuka di setiap kawasan.

Malah, menurut pelantun lagu Tapi Itu Dulu ini, dia sememangnya teruja untuk mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan makanan kegemarannya iaitu, martabak mini.

"Ramadan terdahulu, sayalah pengunjung setia bazar dan hampir setiap hari saya akan mencari martabak di bazar berdekatan. Ia sudah menjadi menu rutin keluarga kami.

"Untuk hidangan berbuka pula, saya lebih suka menghidangkan makanan yang serba ringkas. Saya akan masak dan selebihnya dibeli di bazar.

"Untuk makanan ketika bersahur pula, saya akan panaskan lauk-pauk yang sedia ada. Ada ketika saya akan masak satu lauk lagi," katanya yang mengakui kehidupan berkeluarga memberikan kepuasan di segenap segi.

Ratu iklan

Terkenal dengan gelaran ratu iklan, wajah Amy sering sahaja terpampang di poster gergasi dan kaca televisyen.

Malah, gelaran itu membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk Amy terus bersinar dan berdiri teguh di dalam industri.

Pernah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk antarabangsa termasuk Lifeboey, Quaker Oats, Takashima, Kose dan jam tangan Omega, rezeki Amy masih mencanak.

Terbaru, selebriti awet muda ini terus menjadi pilihan dan dilantik sebagai duta baru produk pencuci, Cif.

"Alhamdulillah, saya dipilih untuk produk ini dan mengikat kontrak selama setahun. Saya guna produk Cif ini selama enam bulan dan ternyata ia adalah produk yang berkesan.

"Selain Cif, saya turut gunakan Sunlight untuk mencuci pinggan mangkuk. Selain berkesan, ia sangat lembut pada tangan.

"Walaupun sibuk bekerja, saya masih lagi menitikberatkan soal penjagaan rumah. Sebelum ini, banyak produk yang saya guna, namun hasilnya kurang memuaskan.

"Bertepatan dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri nanti, ramai yang menggunakan dapur dan perkakas memasak untuk menyediakan hidangan raya. Cif dan Sunglight adalah pilihan terbaik!," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Cif dan Sunlight di Mydin Mall, Subang Jaya.

Selain majlis pelancaran produk, syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd turut mengumumkan kejayaan mereka dalam senarai Malaysia Book of Records setelah berjaya menghasilkan kuali serta kompor gas terbesar di Malaysia berukuran 3 meter, manakala kompor gas pula 4 meter.

Tampil single terbaru

Walaupun sibuk dengan program dan promosi yang disusun bersama syarikat produk yang diwakili, bukan bermakna karier seni Amy terhenti buat seketika.

Ditanya mengenai perkembangan terkini, Amy memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani teater, Nyonya and The Geng di Istana Budaya.

"Selain teater, saya juga akan muncul dalam beberapa drama dan telemovie yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Insya-ALLAH, jika tiada aral melintang, saya akan menghasilkan single terbaru selepas raya nanti.

"Buat masa terdekat ini, saya masih lagi mencari dan mengumpul material untuk single tersebut. Selepas raya, barulah saya akan mula proses rakaman dan promosi," katanya yang memiliki tujuh album di sepanjang penglibatannya dalam arena nyanyian.

Antara albumnya termasuk Amy Mastura (1994), Pujaanku (1996), Puteri (1997), Bintang Hati (2000), Akan Datang (2002), Lebih Baik (2005) dan Happy (2009).

Episod akhir Teduhan Kasih catat 4.1 juta penonton


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Episod, akhir, Teduhan Kasih, catat, 4.1, juta, penonton
Adi Putra dan Sherry.


WARTAWAN SINAR HARIAN

EPISOD terakhir drama bersiri, Teduhan Kasih yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra dan Sherry Ibrahim mencipta rekod dengan kadar tontotan 4.1 juta, Selasa lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, pihaknya terharu dengan sokongan yang diberikan penonton untuk drama tersebut.

“Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

“Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton  di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

Nuffnang CPUV Earnings Ke 17


Nuffnang, CPUV, Ke, 17, www.iskandarx.com.my


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog iskandarX Society. Kali nie is nak berterima kasih lah, kepada Nuffnang kerana sudi recomen is kepada Advertiser untuk Campaign CPUV tu.

Kalau tak silap is akaun Nuffnang utama is nie dah ke 17 tak campur dengan akaun pendua yang is create untuk percubaan dahulu tu, bukan atas niat nak earning lebih tapi is try cuba nak campur adukkan Nuffnang dengan PPC Network yang lain, tapi ternyata PPc Network yang lain memang hampeh.

Bagi yang tak dapat CPUv tu, jangan putus asa sebab apa tau? Sebab CPUv nie pun tetiba ja apprear eraningnya kat CPUV column is tu, tak perasan pun dia dok ada, perasan pun time nak check clicker CTR rate je.

Tapi ada gak is baca blog orang lain CPUV dorang berjalan dan masih lagi berjalan, untung kalau dapat macam tu betul tak? Maybe Advertiser tak berapa berani beli trafik kat iskandarX.com.my nie kowt? Entahlah kita buat je keja kita sebagai blogger, blogging, blogging dan blogging. Jangan berhenti selagi ada duit nak bayar bil elektrik dan bil Streamyx ok?

Kalau korang perasan blog2 yang famous2 PR sampai 9 tu semuanya korang boleh tengok tiada iklan pun sama ada daripada GA mahupun yang lain2 CPC atau pun eCPM. Kosong je, yang ada cuma iklan berbayar bulanan punya je.

Tapi nak jadi macam tu memang makan tahun, serius is cakap, nak dapat duit dengan blog review pun kena ada PR4 keatas dan berbahasa English sahaja, bahasa lain tak leh buat, orang xnak, eleh penampaq baru tau ngada-ngada kan? Tapi itu lah (dengan blogging review affiliate) yang buatkan Super Blogger like John Chow dan Jeremy Schoemaker boleh jadi billionaire dah pun (kalau tak tolak duit bil utility, maintainer dan bil hosting apa yellow semua memang billion la dorang dah cekau).

Ok is nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Nuffnang dan juga Advertiser Xaxis May - Women Channel, dan juga paling tak lupa jutaan terima kasih beribu-ribu lemon pada kesemua pengunjung dan pembaca setia blog is nie. Tanpa korang semua siapalah iskandarX kan? Terima kasih, jumpa lagi di entri yang lain, Assalammualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan