Cari Artikel

Thursday, July 4, 2013

JKKN Anjur Festival Muzik KL Percuma Bermula Sabtu Ini


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, JKKN, Anjur, Festival Muzik Kuala Lumpur, Percuma, Bermula, Sabtu, Ini
Datuk Norliza Rofli (duduk tengah) pada Sidang Media Festival Kuala Lumpur & Festival Muzik KL 2013

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

KUALA LUMPUR: Festival Muzik Kuala Lumpur 2013 (FMKL 2013) anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) tampil dengan kelainan pada kali ini di mana ia dilaksanakan secara percuma untuk orang ramai.

Penganjuran untuk tahun kesembilan ini akan diadakan dua hari berturut-turut pada 6 dan 7 Julai ini di Jalan Raja, berdekatan Dataran Merdeka, di sini.

Menurut Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli, festival percuma itu pasti akan memeriahkan lagi suasana berkenaan berbanding acara pada tahun sebelumnya.

"FMKL 2013 menggabungkan persembahan berbentuk hiburan dan bersempena dengan bulan Ramadan, persembahan berbentuk kerohanian dan keilmuan turut diadakan.

"Memandangkan tiada sebarang bayaran dikenakan, kami menyasarkan lebih daripada 3.1 juta yang akan hadir.

"Tambah pula festival ini berlangsung di kawasan popular bagi kalangan pelancong, ia pasti akan lebih meriah daripada biasa," katanya pada sidang media FMKL 2013 di Maju Junction Mall, di sini, pada Rabu.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, JKKN, Anjur, Festival Muzik Kuala Lumpur, Percuma, Bermula, Sabtu, Ini
Antara artis yang akan terlibat dalam Festival Muzik KL 2013.

FMKL 2013 akan mempunyai lima aktiviti utama iaitu bengkel keilmuan, pencungkilan bakat, penyerlahan bakat-bakat baru dan ekspo muzik.

Turut diadakan ialah konsert yang dikenali sebagai A Night With Life Record yang menampilkan artis-artis di bawah syarikat rakaman itu seperti Loka, XPDC, Subculture, Keroz, Awang (BPR), Dead Mushroom dan Projek Pistol.

"Pelajar luar negara juga berpeluang untuk bertanding dan menonjolkan bakat nyanyian dalam Bahasa Melayu menerusi lagu-lagu ciptaan komposer popular Malaysia.

"Di samping mencungkil bakat-bakat baharu, FMKL 2013 turut membawakan penyanyi-penyanyi 'indie' seperti Umagad, The Siblings Band dan Angklubh Seni mengadakan persembahan mereka,"ujarnya.

Tambah Norliza, festival tersebut turut mengetengahkan pelbagai aktiviti muzik lain berkonsepkan 'Kampung Muzik' selain pelbagai aktiviti pameran dan jualan diadakan.

Maklumat lanjut mengenai festival dan tiket boleh didapati dengan melayari laman www.klfestival.org.my.

Kamal Adli Terkejut TV9 Tamatkan Kontrak Mengacara Tanpa Sebab


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kamal Adli, Terkejut, TV9, Tamatkan, Kontrak, Mengacara, Tanpa, Sebab,
Kamal Adli


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (siaran TV9) yang mahu menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan tersebut.

Kamal, 26, berkata, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 23 Jun lalu tanpa sebarang notis awal.

"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.

"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan tentang penyingkiran saya," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Kamal berkata, dia enggan memperbesarkan hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi mengendalikan rancangan hiburan itu.

Malah katanya, sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama pelakon Miera Leyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai pengacara.

"Mungkin ini dikatakan bukan rezeki dan saya berterima kasih kerana diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan program tersebut," jelasnya.

Tambah Kamal, dia akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak disambung pihak saluran televisyen.

"Mungkin selepas ini saya akan mendapat tawaran untuk mengacarakan program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan," katanya.

Sementara itu, penerbit bersama Hip TV iaitu Engku Azmin Engku Zaini berkata, penyingkiran Kamal bukan kerana pelakon itu mempunyai masalah disiplin atau pun persembahannya tidak memuaskan tetapi pihak pengurusan ingin memberi kelainan kepada rancangan itu.

Jelas Engku Azmin, pertukaran pengacara adalah perkara biasa dan pihaknya gembira dengan pencapaian Kamal sepanjang mengendalikan program itu.

"Dia bukan tidak bagus atau mempunyai masalah disiplin tetapi ia adalah keputusan pihak pengurusan yang ingin memberikan pembaharuan kepada program itu," jelasnya.

Tambah Engku Azmin, pihak TV9 juga mungkin sedang merancang untuk menggunakan khidmat Kamal bagi program lain yang sesuai dengan personalitinya yang bersahaja dan lasak.

"Pada pandangan saya, Kamal seorang pengacara yang sesuai untuk program yang lebih lasak dan maskulin kerana kelebihannya ada di situ.

"Insya-Allah mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu yang lebih sesuai untuknya," kata beliau.

Hip TV yang bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 9.30 malam kini menampilkan Aidit Marcello dan Hunny Madu sebagai pengacara.

Amir Jahari Bakal Kahwin Wanita 6 Tahun Lebih Tua


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Amir Jahari, Bakal, Kahwin, Wanita, 6, Tahun, Lebih, Tua
Amir Jahari


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Penyanyi Amir Jahari telah memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya selepas memilih bulan Oktober depan untuk berumah tangga dengan wanita yang enam tahun tua daripadanya.

Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 21, berkata, dia telah mengikat tali pertunangan dengan wanita yang mahu dikenali sebagai Cik Amni, 27, pada Januari lalu dan kini sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami walaupun usianya masih lagi muda.

"Sebenarnya kami sudah lima tahun bercinta dan mungkin sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga.

"Walaupun usia saya muda, tetapi saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami selain berasa cukup matang untuk menempuh ke fasa baru ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Amir, dia yakin statusnya sebagai suami orang juga tidak akan mengganggu karier nyanyiannya malah akan lebih bersemangat untuk bekerja apabila mempunyai bakal isteri yang sentiasa memberi dorongan.

Sementara itu, beritahu Amir, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Ohsem Music Group (OMG) yang diterbitkan sempena bulan Ramadan. Ia merupakan kali pertama dia menyertai bidang lakonan.

"Saya melakonkan watak sebagai konduktor bas yang mempunyai sebuah kumpulan muzik.

"Seronok juga berlakon. Walaupun saya tidak mahu menyertai bidang ini, tetapi kerana ia merupakan drama muzikal, saya menerimanya. Apatah lagi teman-teman artis seperti Black dan Anas Redzuan turut membintangi OMG," ujarnya.

OMG mengisahkan tentang empat anak muda, Teng (vokalis), Bo (gitaris) Kem (bes) dan Bai (dram) yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Kumpulan itu dinamakan OMG.

Drama tersebut akan disiarkan bermula 13 Julai ini, setiap Sabtu (pukul 9 malam), di TV3.

Dalam perkembangan lain, Amir kini sedang mempromosikan lagu terbarunya berjudul Gelisah.

Selain itu, Amir juga sedang mencuba nasib menyertai salah sebuah syarikat rakaman di London, United Kingdom memandangkan muzik yang dibawakan Amir menjadi kegemaran masyarakat di negara itu.

Artis Veteran Mahu Jumpa Seniman Untuk Berdamai


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Artis Veteran, Mahu, Jumpa, Seniman, Untuk, Berdamai
Abu Bakar Omar


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Lima orang artis veteran berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan anggota ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan kemelut yang melanda mereka.

Wakilnya, Abu Bakar Omar, 64, berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada Ahad ini di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini bagi membincangkan masalah yang berlaku dalam persatuan itu sehingga mesyuarat agung tahunannya tidak boleh diadakan atas perintah mahkamah.

"Kami akan ada pertemuan beramai-ramai bersama semua ahli Seniman dan berharap Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi akan hadir.

"Kami mahu menjelaskan kepada ahli-ahli Seniman tentang permasalahan yang timbul dalam persatuan ini serta perkara-perkara berbangkit yang lain," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan sang ihsan artis veteran di Restoran Warisan Pak Engku, Dataran Merdeka di sini, Rabu.

Pada 13 Mei lalu, lima artis veteran yang terdiri daripada Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang berjaya mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-15 diadakan.

Pada 22 Februari lepas, kesemua artis veteran itu memfailkan saman terhadap Seniman berhubung mesyuarat agung persatuan yang diadakan sebelum ini didakwa tidak sah.

Tambah Abu Bakar, kemelut dalam Seniman sudah lama berlaku sehingga menyebabkan ahlinya berpuak-puak.

"Dalam perjumpaan itu juga kami akan menyuarakan rasa yang terpendam dan tidak puas hati terhadap persatuan.

"Kami juga ingin menjelaskan mengapa perintah mahkamah itu dibuat pada Mei lalu," katanya.

Abu Bakar turut menzahirkan rasa kesal apabila tindakan mereka mendapatkan perintah mahkamah itu didakwa menyekat aktiviti persatuan itu.

"Saya terkilan dan kesal apabila ada artis yang juga ahli Seniman mendakwa tindakan itu menghalang aktiviti Seniman dalam memberi bantuan kepada artis-artis yang memerlukan.

"Ramai yang melihat segelintir kami ini sebagai kambing hitam dan dalang dalam persatuan," katanya.

YA1M Bakal Anjur Konsert Bantu Artis


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, YA1M, Bakal, Anjur, Konsert, Bantu, Artis
Pelakon Baharuddin Omar (kiri) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Jailani Johari.


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) akan mengadakan konsert amal yang dikenali "Satu Suara Satu Matlamat" di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Oktober depan untuk mengumpul dana bagi membantu artis memerlukan.

Pengerusi yayasan itu, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, konsert tersebut adalah usaha YA1M untuk memastikan golongan artis terutamanya artis-artis veteran dapat terus menerima bantuan.

"Kami akan mengutip derma untuk mengisi tabung kebajikan yayasan dan objektif adalah untuk menghargai artis tanah air yang telah menyumbang dalam pembangunan industri hiburan tempatan.

"Ia juga sebagai titik tolak dan pemangkin dalam usaha YA1M untuk menjadi satu badan yang diurus selia secara profesional yang tidak mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak," katanya pada sidang media penganjuran konsert dan majlis penyampaian sumbangan wang ihsan kepada artis veteran, di Dataran Merdeka, di sini, Rabu.



Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, YA1M, Bakal, Anjur, Konsert, Bantu, Artis
DJ Dave (kiri) bersalaman dengan Jailani Johari sambil diperhatikan rakan-rakan artis pada majlis penyerahan wang ihsan kepada artis veteran, Rabu.


Tambahnya, seramai 10 orang artis popular yang terdiri daripada golongan baharu dan lama akan membuat persembahan istimewa untuk menghiburkan tetamu.

"Kami akan tampilkan lebih kurang 10 orang artis baru dan lama dalam tempoh lebih kurang sejam persembahan.

"Konsert ini akan diadakan dengan cara penjualan meja dan ia akan diuruskan oleh tenaga kerja YA1M sepenuhnya," kata DJ Dave.

Tambahnya, hasil kutipan konsert tersebut akan disalurkan kepada yayasan sebagai dana untuk keperluan artis.

Sementara itu pada majlis tersebut, YA1M turut menyampaikan sumbangan wang ihsan kepada 48 orang artis veteran yang berumur 60 tahun ke atas.

Antara artis yang menerima bantuan adalah Kismah Johari, Tawil, Datuk Baharuddin Omar (Anjang Aki), Razali Buyong, Z Lokman dan Abu Bakar Omar.

Turut hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Jailani Johari dan barisan ahli jawatankuasa YA1M yang terdiri daripada Datuk M Nasir, Datuk A.Rahman Hassan dan Nancie Foo.

Sammy Simorangkir Pertimbangkan Tawaran Berlakon Filem


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Sammy Simorangkir, Pertimbangkan, Tawaran, Berlakon, Filem
Penyanyi, Sammy Simorangkir

PENYANYI Sammy Simorangkir kini sedang mempertimbangkan tawaran sebuah filem yang dibuat khas mengikut jalan cerita hidupnya.

Bagaimanapun, jelas Sammy, dia belum memutuskan sama ada untuk menerima atau tidak berikutan tidak pernah terlibat dengan mana-mana lakonan filem sebelum ini.

"Saya ada mendapat tawaran daripada seorang produser untuk mengangkat cerita sebagai sebuah filem tapi dia mahu saya jadi pelakonnya.

"Saya belum pasti untuk terima atau tidak kerana saya tidak tahu tentang dunia filem ini," ujarnya.

Bekas vokalis Kerispatih ini, dia perlu mendalami terdahulu bidang lakonan dan perfileman sebelum menjejakkan kai ke dunia itu.

Sammy sebelum ini pernah dibuang dari kumpulan Indonesia popular Kerispatih setelah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Kristen Stewart Cari Ketenangan Di Paris


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Kristen Stewart, Cari, Ketenangan, Di, Paris
Kristen Stewart

SAAT Robert Pattinson dilihat keluar dengan seorang wanita yang tidak dikenali di Los Feliz, California, Amerika Syarikat, pada masa sama bekas kekasih aktor itu, Kristen Stewart pula membawa diri ke Paris, Perancis.

Ternyata pasangan yang diminati ramai itu sah berpisah selepas beberapa bulan gosip menyatakan tentang perpisahan mereka.

"Dia patah hati apabila hubungannya dengan Robert tidak seperti yang diharapkan. Sementara Kristen masih berharap untuk kembali kepada Robert, lelaki itu sudah keluar dengan wanita lain," kata sumber kepada portal E!Online.

Difahamkan wanita yang bersama dengan Robert adalah Riley Keough, namun ia masih belum dipastikan lagi kebenarannya.

Sejak peristiwa kecurangan Kristen dengan seorang pengarah, Rupert Sanders, hubungannya dengan Robert tidak lagi kelihatan mesra seperti dahulu. Pasangan itu kerap bergaduh dan kini mereka memilih untuk berpisah buat seketika.

Jennifer Aniston keracunan?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Jennifer Aniston, keracunan
Jennifer Aniston

WALAUPUN kebanyakan masyarakat kita lebih menggemari makanan segera, Mc Donald's, namun bagi aktres cantik, Jennifer Aniston, makanan itu boleh membunuhnya.

Menurut Aniston, sejak makanan segera itu diperkenalkan, dia baru sahaja merasai burger, Big Mac.

Namun, ternyata, perutnya tidak boleh menerima makanan itu dan mengakibatkan masalah penghadaman yang teruk.

"Saya bertindak memesan makanan segera itu kerana terlalu lapar dan tiada pilihan lain.

"Namun, makanan itu tidak sesuai dengan sistem penghadaman saya, begitu juga dengan jeruk.

"Selepas ini, saya tidak akan menyentuh makanan itu lagi," kata tunang kepada, Justin Theroux, ini.

Hyuna dibuang?


Korea, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Korea, K-Pop,  Hyuna, dibuang
Kim Hyun-a, 4 Minute


DI awal pembabitan bintang K Pop, Hyuna dalam kumpulan 4 Minute, namanya kurang diberi perhatian.

Sehinggalah penyanyi ini diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Psy menerusi lagu, Gangnam Style.

Sejak itu, nama Hyuna mula mendapat perhatian dan ini membuatkan Hyuna lebih berani mengorak langkah.

Malah, dia dilihat lebih selesa tampil di khalayak ramai dengan imej seksi berbanding sebelum ini.

Imej barunya itu membawa kesan buruk terhadap kariernya apabila kontrak Hyuna bersama syarikat pengurusan, JYP, telah ditamatkan.

Sehingga kini, Hyuna masih enggan memberikan sebarang penjelasan mengenai isu kontrak tersebut.

Pun begitu, rezeki masih memihak kepadanya apabila pihak pengurusan, Cube Entertainment berminat untuk membawa penyanyi ini bernaung di bawah syarikat mereka.

Nikita kahwin tahun depan


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Nikita, kahwin, tahun, depan
Nikita Mirzani


WALAUPUN dirinya berdepan dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, namun kehidupan aktres cantik, Nikita Mirzani, sama seperti wanita lain.

Serius dalam hubungannya bersama kekasih, Sajad Putera, Nikita mengakui bakal berkahwin pada tahun hadapan.

Menurut Nikita, setakat ini, mereka telah menyediakan beberapa persediaan agar tidak segala rancangannya berjalan lancar.

"Kami sepakat memilih tahun 2014 untuk melangsungkan perkahwinan. Namun, sehingga kini, tarikh yang tepat belum diputuskan lagi.

"Namun, ianya bukanlah majlis besar-besaran. Kemungkinan besar, saya hanya mengundang tetamu daripada kalangan saudara mara terdekat sahaja," katanya.

Makan nasi... Bella Daly tetap langsing


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Makan, Nasi, Bella Daly, Tetap, Lansing
Bella Daly


MARINA SAHABUDIN


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Makan, Nasi, Bella Daly, Tetap, Lansing
Bella Daly


MUNGKIN gadis cantik ini tidak sepopular pendatang baru yang lain, namun kemunculannya dalam industri seni sedikit sebanyak mencuri perhatian masyarakat.

Popular menerusi drama bersiri Natrah, pelakon kelahiran Kota Kinabalu ini bertuah kerana dianugerahkan paras rupa yang memikat.

Bahkan dia mengakui, sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Oleh kerana itu,  meskipun sibuk dengan penggambaran dan tugasan lain, pelakon yang juga seorang model ini tidak pernah mengabaikan kesihatan dan kecantikan dirinya.

Baginya, sebagai selebriti, penampilan perlu dijaga dan diberi keutamaan.

Menariknya, jelas pelakon berusia 22 tahun ini, dia sangat menitikberatkan hal- hal yang berkaitan kesihatan dan kecantikan.

Jom kita kongsi rutin dan amalan yang dilakukan empunya nama Bella Daly ini.

Pengertian cantik bagi anda?

Bagi saya cantik itu bukan sahaja dari sudut luaran tetapi juga dalaman. Sebenarnya cantik dalaman adalah lebih penting, sebaliknya cantik luaran adalah bonus. Contohnya, kalau seseorang itu kurang cantik rupa parasnya, tetapi mempunyai sifat yang baik, secara automatik dia akan tampak cantik.


Boleh kongsi rahsia anda kekal langsing?

Sebenarnya saya juga mempunyai masalah berat ketika sekolah menengah, tetapi saya berjaya menurunkan berat badan apabila nekad tidak mahu badan berisi dan sekarang, saya berjaya mendapatkan berat badan ideal.

Bagaimana anda mengawal berat badan?

Apabila pernah mengalami masalah berat badan, saya terpaksa memastikan badan saya tidak naik lagi, cukuplah sekali saya berisi, oleh itu, saya mengurangkan jumlah makanan yang diambil dan kerap melakukan senaman.

Terangkan lebih lanjut gaya pemakanan anda...

Saya tetap makan nasi setiap hari, tetapi untuk makan tengah hari sahaja sebab badan kita memerlukan tenaga, cuma ia diambil dalam kuantiti yang sedikit, manakala waktu malam pula, saya hanya makan sandwich dan makanan yang ringan sahaja.


Ada petua atau tip lain yang boleh anda kongsi?

Petua saya, kalau hendak turunkan berat badan atau diet, perlulah dijalankan dengan seimbang, jangan terus skip makan dan buat kita berlapar.

Apakah anda seorang yang sangat mementingkan senaman?

Memang saya seorang yang kuat bersenam, jika tidak sibuk saya akan bersenam sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, jika sebaliknya, saya akan tetap curi masa melakukan senaman di rumah dengan berpandukan video senaman di You Tube. Senaman yang paling saya suka pula, adalah cardio.


Bagaimana pula dengan penjagaan wajah?

Wajah sangat penting, kerana sebagai selebriti selain tubuh, wajah adalah aset utama. Jadi saya sering memakai masker sendiri di rumah selain mencuci wajah sebersihnya sebelum tidur. Selain itu, jika mendapati wajah saya kusam, saya akan melakukan facial.


Untuk rambut pula...

Selain mencuci sendiri di rumah, saya juga akan mendapatkan rawatan rambut supaya iainya kekal sihat.


Adakah anda mengambil sebarang suplemen?

Ya, saya juga mengambil suplemen, bagi saya ia sangat penting untuk tubuh kita.


Kongsikan sedikit aktiviti anda di masa lapang...

Jika saya berada di kampung halaman, Kota Kinabalu,  saya akan menghabiskan masa di pulau yang terdapat di sana, tetapi jika di sini, saya lebih senang duduk di rumah sahaja.


Perkembangan terbaru anda?

Sekarang ni, drama bersiri lakonan saya, Dewi Lasak sedang disiarkan di Tv3 dan juga Memberku Hawa di Astro.

Profil
NAMA SEBENAR: Nabilah Ali Dally
NAMA KOMERSIAL: Bella Dally
TARIKH LAHIR: 27 September 1991
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu-Pakistan) dan ibu (Pan Asian-Filipina)
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
PENDIDIKAN: SPM
KERJAYA: Pelakon dan model
PENCAPAIAN: Finalis Pilih Kasih musim pertama, 2009 (menduduki tempat keempat)
DRAMA: Qalisha 2, 6 Progresif, Serapah Darah Bulan Madu, Inspirasi Varsiti, Sehelai Rambut Dibelah Tujuh, Jangan Bunuh Matahariku dan Vanila Coklat.
FILEM: Seru dan Gila-Gila Remaja 2.

Faizal Ismail seronok berlakon


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Faizal Ismail, seronok, berlakon
Faizal Ismail Faizal F.B.I


NOR ATIEYAH YUSOFF

SETELAH muncul dengan filem pertama lakonannya, Mamat Cupcake, Faizal Ismail atau lebih dikenali FBI meluahkan rasa teruja apabila membawa watak antagonis di samping Shaheizy Sam dan Siti Saleha.

Sering tampil dengan imej botak, Faizal berkata, dia agak selesa menjadi watak jahat kerana ia dapat mencabar dirinya sendiri.

Pun begitu, dia mengakui bahawa masalah yang sering dihadapinya ketika berlakon adalah menghafal skrip dengan baik.

"Saya sering terlupa skrip lakonan kerana perlu membaca dengan sepintas lalu.

"Ketika berlakon, kita tidak boleh begitu dan ia perlukan penghayatan sepenuhnya," kata Faizal.

Apatah lagi, jadual sehariannya sangat padat dengan kerjaya sebagai penyampai radio dan pengacara.

"Sebenarnya saya sudah gian berlakon, tetapi terpaksa memilih tawaran agar sesuai dengan jadual kerja.

"Kekangan masa menyebabkan saya sukar untuk memenuhi komitmen sebagai pelakon," ujarnya.

Walaupun begitu, Faizal terpaksa mencuri masa untuk menjalani penggambaran bagi drama raya, Gangster Kampung Pisang.

Bina empayar sendiri

Dalam diam, Faizal mengambil selangkah ke hadapan untuk membina empayar perniagaannya sendiri.

Katanya, ia sebagai jaminan untuk masa depan dia dan keluarga apabila bersara nanti.

"Saya kini sedang mengusahakan event management sendiri walau sibuk dengan tugas lain.

"Lagipun kita bukannya sentiasa berada di hadapan skrin selama-lamanya. Cuba perkara baru agar apa yang kita dapat sekarang, kita juga harus memberi," katanya.

Dalam masa yang sama, Faizal juga mahu anak didiknya dalam program realiti Bintang Mencari Bintang bekerja dengannya nanti.

"Saya mahu Ajo dan Tapaw turut serta supaya dapat mempelajari selok belok dunia seni.

"Kalau ada tawaran berlakon atau menyanyi, bolehlah saya selitkan sekali dengan mereka," katanya sambil ketawa.

Otai masih diterima


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Otai, Masih, Diterima, Bloodshed, Satira, Chapters, dan, Jump-p
Mini Konsert Rock terima sambutan hangat


NOR RAIDAH AWANG
FOTO: SMY EVENT & PROMO
4 Julai 2013

LAMBAKAN pendatang-pendatang baru, tidak kira dari program realiti mahupun artis rakaman nampaknya masih belum menenggelamkan artis-artis otai sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Buktinya, Mini Konsert Rock yang diadakan pada Sabtu minggu lalu di Laman Santai Istana Budaya berjaya menarik perhatian lebih 200 peminat kumpulan Bloodshed, Satira, Chapters dan Jump-p, yang ternyata masih berbisa sehingga kini.

Mini konsert yang dianjurkan oleh SMY Event & Promo dengan kerjasama Istana Budaya turut disokong oleh Rock Selamba Fan Club dilihat memberi kehangatan tersendiri semenjak konsert bermula pada jam 9 malam.

Menurut Pengarah Urusan SMY Event, Sazli Hanaffi Mohd Yusuff berkata, siapa sangka kemunculan kumpulan yang terkenal era 80-an dan 90-an dahulu masih menjadi siulan peminat sehingga kini.

"Saya agak terkejut melihat kebanyakan peminat yang datang terdiri daripada golongan muda dan mungkin ada antara mereka masih belum dilahirkan atau masih kecil ketika kumpulan ini popular.

"Tetapi mereka mampu menyanyi dan mengingati lagu-lagu yang dinyanyikan dan ia sekali gus dapat mengimbau kembali lagu-lagu lama.

"Malah artis-artis otai yang terlibat juga memberikan persembahan yang cukup bertenaga," katanya.

Pada malam konsert itu juga, ia turut dipanaskan lagi dengan penampilan Yassin Senario dan dua kumpulan baru iaitu Heza dan X-Rock.

Dalam pada itu, Sazli berkata, pihaknya akan mengadakan konsert kedua, Break The Wall yang akan bertemu dengan peminat pada hari Ahad, 7 Julai, 9.00 malam ini.

"Pada konsert seterusnya kami akan bekerjasama dengan The Ship Bukit Bintang, di mana kami akan mempromosikan album Jum-p serta kumpulan Anthem dan diserikan dengan penampilan khas Chapters," katanya.

iskandarX: Yeeeahhh Otai sememnagnya power dan berbisa, tapi kalau boleh sampaikanlah lagu yang bermesej sikit, macam Kumpulan Amuk buat, lagu bermesej tak sedap didengar tapi bila di gubah jadi rockers memang best. Negara lain boleh buat lagu Patrioritik jadi lagu rock takkan kita tak boleh kan? Bukan nak menghina tapi nak menarik perhatian dan semanggat rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang kini hanyut dengan lagu2 dari negara lain.

Diana Danielle selamat bersalin


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Diana Danielle, selamat, bersalin
Farid memuat naik gambar putera sulungnya itu melalui laman sosial Instagram miliknya

AKMALIAH RAZAK
4 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Diana Danielle, selamat, bersalin
Twitter milik Farid Kamil

TAHNIAH buat pelakon popular, Farid Kamil  di atas kelahiran bayi sulungnya bersama pelakon cantik, Diana Danielle.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Diana Danielle, selamat, bersalin
Farid Kamil, Diana Danielle - Foto Bernama

Lebih awal dari tarikh jangkaan, bayi lelaki seberat 4.39 kilogram itu dilahirkan di Australia jam 4.30 petang, Selasa lalu.

Berita gembira ini dikongsi pelakon filem, Lagenda Budak Setan itu melalui laman sosial Instagram miliknya.

Farid, 31, juga turut memuat naik gambar putera sulungnya itu dengan kata-kata 'Welcome to the world my son".

Sebelum ini, Farid memaklumkan bahawa Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai depan, namun tidak menyangka proses kelahiran berlaku lebih awal.

Kelahiran bayi sulung pasangan ini sekali gus menepis dakwaan sebelum ini yang mengatakan Diana telah selamat melahirkan anak.

Malah, kontroversi gambar bayi yang dimuat naik Farid beberapa bulan lalu jelas membuktikan bayi tersebut bukanlah anak mereka.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake.

Selepas beberapa bulan berkahwin, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 22, berhijrah ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Tunggu kepulangan Farid: Fadzil

Walaupun Diana dan Farid menyambut kelahiran permata hati mereka di Australia, namun berita gembira itu sangat ditunggu-tunggu keluarganya di ibu kota.

Menurut adik Farid yang juga pelakon, Fadzil Zahari, mereka hanya berdoa dari jauh untuk keselamatan Diana dan bayinya.

"Alhamdulillah, bertambah seorang lagi ahli keluarga kami. Saya dimaklumkan oleh abang saya, isterinya bersalin secara normal.

"Diana dan bayinya juga dalam kondisi yang baik. Mungkin saya tidak berpeluang untuk melawat mereka di sana kerana kesibukan kerja.

"Keluarga saya juga mungkin merancang untuk ke sana. Sekiranya tak dapat pergi, kami sekeluarga akan menanti kepulangan mereka bertiga ke sini kerana abang saya memberitahu yang mereka akan pulang," katanya.

Kontroversi Shah Jaszle: Maria Farida tak terkejut


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kontroversi, Shah Jaszle, Maria Farida, tak, Terkejut,
Maria Farida

WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Julai 2013

PELAKON, Maria Farida akui tidak terkejut dengan kontroversi yang melanda pelakon, Shah Jaszle yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini.

"Saya tak terkejut pun perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels, hari ini.

Maria menegaskan sudah tidak mengambil tahu tentang Shah selepas kisah cinta mereka berakhir.

"Selepas dah tak ada apa-apa, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia.

"Tapi sebab orang bercerita, saya dapat tahu tentang kes tersebut," katanya.

Beberapa tahun lalu, kisah cinta Maria dan Shah menarik tumpuan.

Selepas berpisah, Shah bercinta pula dengan pelakon, Miera Liyana.

Hanez Suraya belum terlintas cari pengganti


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hanez Suraya, belum, terlintas, cari, pengganti
Hanez selesa fokus pada kerjaya. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
3 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hanez Suraya, belum, terlintas, cari, pengganti
Hanez akui memang mesra dengan JS. Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI.

BARU-baru ini, kisah cinta pasangan selebriti, Hanez Suraya dan Awi Rafael disahkan putus di tengah jalan. Sejak itu, Hanez mahupun Awi menjadi tumpuan umum sehingga ada yang mengaitkan berkahirnya hubungan cinta selama setahun itu kerana wujudnya orang ketiga.

Berpeluang menemui pelakon cantik ini di Majlis Pelancaran dan Sidang Media Drama Bersiri Autumn Di Hatiku, kelmarin, Hanez akui masih sayangkan Awi.

“Hanez memang masih sayangkan Awi. Mungkin sebab dulu, kami terlalu rapat. Tak dinafikan, mula-mula memang tak boleh terima tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, jadi, Hanez lebih tenang dan sudah boleh menerima semua ini,” katanya.

Menolak keputusan itu diambil kerana orang ketiga, Hanez menjelaskan keadaan tersebut.

“Kami dah lama renggang, bukan sebab orang ketiga. Sekarang ini yang penting, fokus saya hanya pada kerja. Hubungan kami putus kerana komitmen kerja masing-masing. Buat masa ini tak terlintas untuk Hanez terima cinta baru ataupun kembali kepada Awi semula,” katanya.

Meskipun hubungan cinta itu sudah tiada, namun Hanez memberitahu hubungan kekeluargaan dengan keluarga Awi masih baik.

“Hubungan kekeluargaan kami masih lagi baik. Saya juga masih berhubung dengan keluarganya kerana itu memang tidak dapat dipisahkan lagi.

“Cuma, sekarang ini kami membawa hati masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Hanez bakal tampil dengan drama bersiri terbaru berjudul Autumn Di Hatiku yang menggandingkannya dengan pelakon dari Korea Selatan, Kim Jin Sung atau JS.

Sinar Harian Online sempat bertanya pandangan Hanez tentang keperibadian JS di dalam dan di luar set penggambaran.

“Kami menjalani penggambaran selama lapan hari sahaja. JS seorang yang rajin bekerja dan tidak malu untuk bertanya. Saya ingat dia sombong tapi sebenarnya tidak.

“Sebenarnya JS seorang yang kelakar. Buli mesti buli...Apabila dia buli Hanez, Hanez buli dia balik,” katanya.

Hanez akui perbezaan berlakon bersama pelakon luar hanya dari segi budaya dan bahasa sahaja.

“Semua sama cuma budaya saja yang lain dan bahasa. Tapi untuk bawa dia keluar makan tak ada hal sebab dia suka makan. Tak sangka dia boleh makan nasi kerabu dan nasi dagang,” katanya.

Di dunia realiti, Hanez kelihatan mesra dengan JS baik dalam gambar mahupun di dalam siri-siri temu bual yang dihadiri mereka.

Katanya, “kami nampak mesra sebab kami berkawan. Kami cuma buat kerja sahaja.”

Autumn Di Hatiku bakal disiarkan bermula esok di portal video, Tonton pada jam 12 tengah hari.

Cinta Elfira, Zoey dihalang?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Cinta, Elfira, Zoey, dihalang


WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Julai 2013

KISAH cinta pelakon cantik, Elfira Loy dengan pelakon dan pengacara, Zoey Rahman nampaknya tidak seindah yang disangkakan.

Pepatah mengatakan restu keluarga amat penting dalam setiap jalinan cinta apatah lagi ke arah membina mahligai bahagia. Perhubungan mereka dikatakan tidak mendapat restu keluarga. Tapi ia hanya berlaku dalam drama bersiri terbaru, Demi Dia.

Demi Dia bakal menggantikan drama bersiri TV3 di slot Akasia, Teduhan Kasih yang baru saja melabuhkan tirai, semalam. Zoey memegang watak sebagai Zack yang merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari.

Perkahwinan Zack dengan Elfira sebagai Azura mendapat tentangan daripada bapa Zack, Tan Sri Puteh. Atas arahan Tan Sri Puteh, kakak tiri Zack, Wanda perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Percintaan mereka diduga apabila Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya.

Demi Dia bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam, bermula hari ini. Drama bersiri 24 episod ini merupakan hasil nukilan skrip dan arahan Aziz M Osman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan