Cari Artikel

Wednesday, July 3, 2013

Gabrielle Union Starring in BET's Being Mary Jane After Losing Scandal Role to Kerry Washington


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Gabrielle Union, Starring, in, BET's, Being, Mary Jane, After, Losing, Scandal, Role, to, Kerry Washington


BET is giving Gabrielle Union her very own Scandal. The 40-year-old actress is starring in the new movie/TV series Being Mary Jane, which is set to premiere as a two-hour special on Tuesday, July 2 on BET -- and become a series in January 2014.

For Union, landing the lead role in the new BET show is a big career win. In an interview with The Associated Press, the Deliver Us From Eva actress revealed that she lost the lead role on ABC's Scandal to Kerry Washington. 

"I said to myself, 'Oh my God, these roles are out there.' It showed me that you don't have to settle. Luckily, the success of her and the show bred more work," she explained. "Just from the audition process, I knew that I couldn't go backward."

"I didn't get Scandal, but I got something better -- which is my own show," Union added. "It's all about building a legacy. This new opportunity is something I feel that can grow."

In her new show, Union plays Mary Jane Paul, a successful TV news anchor balancing work and relationships. "If you loved me for one thing and may not have liked me in something else, this role gives the audience a chance to see that I can do more than one thing," the Think Like a Man star said.


And Union hopes that her fans will support her by watching the premiere. "It's finally here! Do. Not. Miss," she tweeted. "Being Mary Jane TONIGHT on BET at 10:30 p.m.!"

Ashlee Simpson Dating Diana Ross' Son? Duo Spotted Looking Cozy in New Pics


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Ashlee Simpson, Dating, Diana Ross' Son, Duo, Spotted, Looking, Cozy, in, New Pics


Looks like Ashlee Simpson has a new man in her life!

The 28-year-old blond beauty was spotted in West Hollywood Monday, where she was snapped looking cozy with rumored new beau Evan Ross.

This is the second time the reported couple was spotted out and about on Monday. They were snapped leaving Teddy's Nightclub in Hollywood together later that night, and they were also seen in Cabo less than two weeks ago.

The twosome reportedly left Ross' house this morning before grabbing a bite to eat. They looked relaxed and content as they strolled side-by-side, clearly comfortable in each other's company.

Russell Crowe's Twitter Hacked, Hacker Sends Out Nude Pic


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Russell Crowe's, Twitter Hacked, Hacker, Sends, Out, Nude Pic
Dario Cantatore/Getty Images

Russell Crowe is currently visiting Los Angeles with his estranged wife, Danielle Spencer, and their two sons, Charles and Tennyson. And if a tweet sent from the actor's account on Tuesday morning is any indication, it's quite the vacation.
..
The tweet was of a woman's "pubic region" and was quickly deleted.

But it appears he was the latest victim of a hacking: "Hey, I don't know what that was," the Man of Steel star tweeted shortly after. "Just having a chat with Dani when the phone went ballistic. Sorry, gone."

NEWS: Hacked?! Beyoncé and more celebs' personal info posted online

As far as celebrity Twitter hackings go, Crowe got off fairly easily. The close-up nudey pic wasn't of him, after all. None of his personal information was plastered on the Internet. No feuds were started. No conspiracy theories were spread. 

But if Russell isn't ready to make light of the situation yet, others are: Comedian Wil Anderson later tweeted, "Russell Crowe's twitter hacked. Knew it wasn't him when groin shot didn't also include details of that day's gym workout..." 

In the last 24-hours alone, Crowe has tweeted, "Quick smash in the gym after the ride, super set 3 x 10 x bench,military press, goblet squats,farmers hold.  Separately lat/bi/tri" and "After ride, after gym, 10 gentle lengths in a 20m pool = no pain in the morning...now, where's that Piña Colada?"

NEWS: Sex & the City author Candace Bushnell hacked, new novel leaked

Later, Crowe clarified, "I'm not really having a Pina Colada...yet." But that was 22 hours ago. Perhaps the situation has chanced since then. Yo Russell, we need an update on Piña Colada-gate. That's what Twitter is for, after all.

Despite rumors that the two were splitting at the end of last year, Crowe and his wife, Danielle, seem to be enjoying their vacation. He's also tweeted a recommendation for Coffee + Food (an L.A. eatery that blends "a little bit of Australia with a little bit of L.A.," according to their website) and asked about Loma Vista, a city outside of Fresno, Calif.

The last time Crowe made headlines for his Twitter was when he claimed to have spotted a UFO.

Nabila Huda Mengaku Hidup Lebih Senang Tanpa Kekasih


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nabila Huda, Mengaku, Hidup, Lebih, Senang, Tanpa, Kekasih
Nabila Huda

Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengakui lebih gembira menjalani kehidupan secara bersendiri berbanding jika mempunyai kekasih.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata dia lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan daripada melibatkan hati dan perasaan.

"Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja.

"Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan," katanya ketika ditemui pada tayangan akhir drama Teduhan Kasih, di Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam Selasa.

Nabila berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan cintanya yang baharu sahaja putus dengan pelakon Nas T atau nama sebenar Muammar Zar Nasruddin awal bulan lalu.

Tambah Nabila, dia lebih bahagia menjalani hubungan sebagai teman baik berbanding menjadi kekasih kepada pelakon lelaki tersebut.

"Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya.

"Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan 'gila-gila' seperti waktu kami berkawan.

"Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula," katanya.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nabila Huda, Mengaku, Hidup, Lebih, Senang, Tanpa, Kekasih
Nabila Huda dan NasT

Sementara itu, Nabila yang sering dihimpit pelbagai kontroversi mengakui kejayaan drama-drama lakonannya sedikit sebanyak menutup kisah peribadi yang sering dikatakan bermasalah.

"Alhamdulillah saya sudah buktikan kepada masyarakat bahawa saya berada dalam industri ini bukan kerana hanya dikenali dengan masalah peribadi sahaja.

"Saya buktikan pada mereka dan keluarga saya bahawa saya benar-benar ada bakat dan untuk sampai ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang reaksi bapanya penyanyi terkenal Amy (Search) terhadap kontroversi yang sering melandanya, Nabila berkata mereka sering berbincang tentang perkara tertentu apabila bertemu.

"Setiap bulan kami sekeluarga ada perjumpaan dan di situlah kami berbincang tentang banyak perkara tapi kebiasaannya papa tidak banyak tahu tentang saya.

"Saya lebih suka simpan sahaja sendiri apa-apa masalah atau apa juga yang saya lalui kecuali ia betul- betul perlu dikongsi," katanya.

Produser Yakin Kemampuan Johnny Deep Dalam 'The Lone Ranger'


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Produser, Yakin, Kemampuan, Johnny Deep, Dalam, 'The Lone Ranger'
Johnny Deep bergambar pada karakternya dalam 'The Lone Ranger.'


LOS ANGELES: Setelah memperoleh kutipan sebanyak RM10.8 bilion (AS$3.6 bilion) menerusi filem lanun – Pirates of the Caribbean, penerbit Jerry Bruckheimer dan studio produksi Disney yakin terhadap kekuatan Johnny Deep dalam mempengaruhi minat penonton untuk karya terbaharunya.

Kali ini pelakon itu akan menggalas tugas sebagai pejuang bertopeng dalam The Lone Ranger, sebuah filem aksi pertaruhan ini.

Karya itu adalah satu diilhamkan dari sebuah siri radio pada tahun 1933 sebelum bertukar menjadi satu siri televisyen popular di Amerika Syarikat pada tahun 1949-1957, sebuah adaptasi mitos.

Deep yang memegang watak lanun Kapten Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean menegaskan teruja mengambil cabaran berkenaan terutama sekali watak Tonto selepas melihat gambaran pada ilustrasi dengan gagak bersayap sebagai topi.

Dengan bajet kira-kira RM600 juta (AS$200 juta), filem ini menceritakan bagaimana seorang peguam bernama John Reid bertukar karakter dengan memakai topeng hitam serta bertopi koboi putih untuk menjadi seorang wira.

“Ramai yang membesar dengan siri itu dan saya percaya The Lone Ranger dapat menunjukkan kepada semua pihak yang kita menghargai nostalgia itu,” kata Bruckheimer.

Selain Deep, filem ini turut dibintangi Armie Hammer, Tom Wilkinson, William Ficthner dan Barry Pepper. - AFP

Diana Danielle Selamat Bersalin Anak Lelaki


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Diana Danielle, Selamat, Bersalin, Anak, Lelaki
Gambar perkahwinan Farid dan Diana pada 3 November 2012

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.

Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) kepada mStar Online pada petang Selasa.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online.

David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Diana Danielle, Selamat, Bersalin, Anak, Lelaki
Inilah wajah anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.


Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia, anak lelaki ku).

Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kononnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

Sementara itu, ibu Diana iaitu Norsiah Ramli yang dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kelahiran cucu sulungnya itu.

Gelaran Datuk Jeffrydin Bukan Kurniaan Sultan Sulu


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Gelaran, Datuk Jeffrydin, Bukan, Kurniaan, Sultan Sulu
Datuk Jeffrydin


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Penyanyi veteran Datuk Jeffrydin menyifatkan individu yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterimanya sebagai tidak sah kerana mempunyai sifat iri hati.

Jeffrydin, 66, berkata, gelaran Datuk itu telah dikurniakan oleh kerajaan negeri Melaka pada tahun 2009 dan bukannya daripada Sultan Sulu di Filipina yang tidak diiktiraf oleh negara ini.

"Terserah kepada mereka bagi yang mahu menilai gelaran itu. Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang.

"Buat apa saya perlu kecil hati? Sedangkan sebelum ini lagi besar dugaan yang pernah saya lalui.

"Bagi saya mereka yang mempertikaikan kurniaan gelaran itu kerana ada perasaan iri hati," katanya.

Jeffrydin ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Debaran Rindu di Hotel Royale Bintang Damansara di sini pada Selasa.

Tambah Jeffrydin, dia sudah lali dengan pelbagai tuduhan itu kerana ia sering dipersoalkan sejak beliau menerima gelaran tersebut.

Sementara itu, selepas 10 tahun tidak mengeluarkan album, legenda muzik Pop Yeh Yeh ini yakin para peminat setianya akan menyukai himpunan karya lagu baharu itu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd.

Katanya, walaupun kekal dengan muzik Pop Yeh Yeh, Jeffrydin membawakan lagu-lagu dalam album itu dengan selitan unsur-unsur muzik kontemporari.

"Sudah lama saya merancang untuk menghasilkan album buat peminat-peminat."Alhamdulillah akhirnya ia sudah pun disiapkan dan saya yakin album ini akan mendapat penjualan yang baik.

"Menariknya, saya berikan kelainan dengan menampilkan kumpulan One Nation Emcees untuk berduet menerusi sebuah lagu berjudul Debaran Rindu.

"Kami merancang mahu berduet bersama sejak tahun 2008 lagi ketika kumpulan itu masih dalam program realiti GangStarz,"ujarnya.

Selain Debaran Rindu, sebanyak lima buah lagu dimuatkan dalam album baharu tersebut iaitu Pemburu Cinta, Lafu Dari Jiwa, Bing Bang Boom, Persoalanku dan sebuah lagu raya iaitu Syahdu Di Pagi Raya.

Lagu-lagu dalam album itu telah dihasilkan oleh tenaga kreatif komposer seperti Ad Samad, S.Amin Shahab, Tam Spider, Keon, Senibayan, Azmeer dan Datuk M.Nasir.

Debaran Rindu edaran FMC Music akan berada di pasaran bermula 8 Julai ini dan dijual dengan harga RM19.90. Ia juga boleh didapati menerusi iTunes.

Ainan Tasneem Enggan Bergambar Dengan Lelaki Elak Fitnah


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ainan Tasneem, Enggan, Bergambar, Dengan, Lelaki, Elak, Fitnah
Ainan Tasneem


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia iaitu Ainan Tasneem bertegas untuk tidak bergambar secara berdua-duaan dengan artis lelaki termasuklah untuk sesi fotografi media.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 21, berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah selain ingin menjaga nama baik keluarganya.

"Saya bertekad untuk tampil bersih dan tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi termasuk bergambar dengan artis lelaki kecuali secara beramai-ramai.

"Keputusan itu dibuat bagi menghargai kepercayaan dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga untuk saya bergiat aktif dalam bidang nyanyian," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Aku Suka Dia di Hotel Royal di sini, Selasa.

Album yang mengandungi lima buah lagu itu diterbitkan oleh syarikat MVM Productions.

Ainan berkata, album yang dilancarkan itu bagi memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya tentang perkara itu kepadanya.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Ainan Tasneem, Enggan, Bergambar, Dengan, Lelaki, Elak, Fitnah
Ainan Tasnem bersama ayahnya Dr Ridzuan Mohd Sagir.


Jelasnya, walaupun hanya memuatkan lima buah lagu dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar.

Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

Dalam perkembangan sama, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian.

Ini kerana katanya dia lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

"Lama saya mengambil masa untuk memberi keputusan namun melihat kepada penerimaan peminat dan yakin dia dapat menjadi contoh kepada remaja yang lain, saya benarkan.

"Pun begitu saya meletakkan beberapa syarat seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi," jelasnya.

Tambah Ridzuan, sejak di bangku sekolah rendah lagi anaknya itu memang gemar menyanyi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan negeri.

Pelakon Korea, Kim Jin Sung Belajar Bahasa Melayu


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pelakon Korea, Kim Jin Sung, Belajar, Bahasa Melayu,
Kim Jin Sung

Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Pelakon berasal dai Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung, mengakui tertarik dengan keunikan bahasa Melayu sehingga membuatkannya mengikuti kursus bahasa tersebut di sebuah universiti di negara berkenaan.

Kim Jin Sung, 27, atau lebih mesra dipanggil JS, berkata, dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam kursus tersebut yang diambil selama setahun.

"Saya mengambil kursus bahasa Melayu di Hungik Universiti kerana bagi saya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik dan ramai rakan saya yang mengambil kursus ini.

"Di universiti ramai pensyarah daripada negara ini dan saya juga pernah datang ke Indonesia beberapa kali untuk menyelesaikan projek akhir," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Autumn Di Hatiku, di sini, Selasa.

Tambah JS, dia mendalami bahasa Melayu melalui pembacaan dan pergaulan bersama rakan-rakan serta pensyarahnya.

Sementara itu, JS berkata, peluang berlakon di Malaysia dalam drama Autum Di Hatiku merupakan salah satu cara untuknya mengaplikasikan pembelajarannya selama ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pelakon Korea, Kim Jin Sung, Belajar, Bahasa Melayu,
Antara pelakon yang terlibat dalam drama Autumn Di Hatiku


"Ketika dibuka sesi uji bakat melalui sebuah produksi pencarian bakat di Korea bagi mencari pelakon untuk drama ini, saya mengambil peluang dengan menghantar video dan akhirnya diterima.

"Saya berharap dapat mengembangkan kerjaya dan mendapat tawaran berlakon lagi di negara ini," katanya.

Ujarnya, sejak empat bulan berada di negara ini, dia banyak mempelajari pelbagai budaya masyarakat tempatan.

"Saya belajar banyak tentang budaya Malaysia dan mendapat ramai kawan di sini. Daripada segi makanan saya tiada masalah kerana saya suka makanan pedas," katanya.

Dalam pada itu, ditanya soal kekasih, JS berkata, dia masih belum mempunyai teman wanita dan mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.

JS memegang watak Park Au Tum dalam drama bersiri berkenaan untuk siaran portal Tonton dan akan mula bersiaran pada Rabu (hari ini), pukul 12 tengah hari.

Autumn Di Hatiku turut dibintangi pelakon terkenal Hanez Suraya, Aiman Hakim, Anas Redzuan dan Ezzaty Abdullah.

3.2 Juta Tonton Drama 'Teduhan Kasih'


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 3.2, Juta, Tonton, Drama, 'Teduhan Kasih'
Para pelakon Teduhan Kasih. Dari kiri Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda dan Shah Iskandar. -Foto THE STAR SHAARI CHE MAT


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Drama bersiri Teduhan Kasih pernah mencatat 3.2 juta penonton sejak ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, ia merupakan antara karya yang mendapat sambutan baik berbanding drama-drama lain menerusi slot berkenaan.

"Drama ini mendapat sambutan sangat baik sehingga dia menjadi drama nombor satu menerima catatan tertinggi. Purata tontonannya adalah 2.7 juta dan pada suatu ketika ia pernah mencatat sehingga 3.2 juta orang.

"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton setia drama ini, TV3 mengadakan tayangan eksklusif episod akhir bersama pelakon-pelakonnya," kata beliau pada sidang media tayangan eksklusif episod akhir drama itu di Restoran Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini petang Selasa.

Dianggarkan kira-kira dua ribu penonton hadir bagi menyaksikan episod kemuncak itu.

Slot Akasia bersiaran dari hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 3.2, Juta, Tonton, Drama, 'Teduhan Kasih'
Peminat drama siri ini mengambil peluang untuk bergambar dengan pelakon-pelakon Teduhan Kasih.


Sementara itu, pelakon utamanya Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang mengalak untuk drama tersebut.

"Saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga nama saya juga kini lebih dikenali sebagai Ehsan berbanding Adi Putra.

"Bagaimanapun, bukan kerana saya sahaja tetapi pelakon-pelakon lain juga berlakon dengan baik dan mampu menarik perhatian penonton," ujarnya.

Selain Adi Putera, antara barisan pelakon yang hadir bersama-sama menyaksikan episod terakhir itu ialah Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, dan Shah Iskandar.

Pada majlis tersebut juga penonton diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon.

Drama 28 episod yang diangkat daripada naskhah novel Teduhan Kasih ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ehsan lakonan Adi Putra yang berkahwin dengan wanita bernama Iffa (Sherry Ibrahim).

Pelbagai rintangan dilalui pasangan ini demi mengekalkan kehidupan rumah tangga biarpun sering diganggu oleh Ayu (Nabila Huda).Sementara itu drama Demi Dia arahan Aziz M Osman dan dilakonkan oleh Zoey Rahman serta Elfira Loy akan mengambil alih slot berkenaan bermula Rabu.

Neelofa Nafi Minta Hutang Daripada Shahrizal Jaszle


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Nafi, Minta, Hutang, Daripada, Shahrizal Jaszle
Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon dan model Neelofa menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi meminta hutang sebanyak RM5,000 kepada pelakon Shahrizal Jaszle.

Berita Harian melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24,berkata, dia tidak pernah berbuat demikian, malah tidak mempunyai nombor telefon pelakon lelaki tersebut.

"Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan akhbar kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shahz, kami sudah lama tidak berhubung.

"Apa yang Lofa ingat, Lofa ada minta duit itu sekitar dua tahun lalu dan Lofa tidak tahu mengapa dia mengaitkan Lofa dalam perkara ini," katanya.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Neelofa, Nafi, Minta, Hutang, Daripada, Shahrizal Jaszle
Shahrizal Jaszle dan Neelofa pernah
bergandingan dalam filem Azura 2012

Insiden itu dikatakan berlaku ketika Shahrizal menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh di tempat kerja dan pada masa yang sama, Neelofa kononnya telah menghantar SMS tersebut.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia sudah mengambil keputusan untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut bagi mengelakkan dirinya terus dikaitkan dengan pelakon filem Azura 2012 itu.

"Ada banyak lagi perkara Lofa kena fikir. Sebelum kepala bertambah pening baik saya halalkan sahaja hutang itu.

"Bukan kerana wang itu tidak penting cuma malas untuk panjangkan cerita," ujarnya.

Hugh Jackman Kecewa Dituduh Gay


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Hollywood, Hugh Jackman, Kecewa, Dituduh, Gay
Hugh Jackman.

PELAKON Hugh Jackman mengakui kecewa dengan tuduhan yang mengatakan dirinya seorang pengamal homoseksual kerana gosip itu turut memberi kesan kepada isterinya, Deborra-Lee Furness.

Dalam satu temu bual dengan program 60 Minutes baru-baru ini, bintang filem Wolverine itu memberitahu, berita berkenaan adalah perkara yang sangat memalukan yang boleh berlaku kepada mana-mana individu.

Furness, 57, yang turut berada ketika temu bual tersebut menegaskan khabar angin itu adalah penipuan besar yang berlaku kepada suaminya.

Malah dia turut berasa marah apabila sering kali diajukan pertanyaan tersebut.

Soonam jaga penampilan


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Soonam, jaga, penampilan
Soonam Kapoor


BINTANG filem Bollywood, Soonam Kapoor memberitahu, dia sangat gemar berfesyen. Katanya, dia mahu kelihatan cantik ke mana sahaja dia pergi.

“Saya sangat obses dengan perkara yang melibatkan fesyen. “Asal saya nampak cantik dan bergaya dengan sesuatu fesyen itu, saya tidak kisah memakainya.

“Lagipun sebagai selebriti, saya harus menjaga penampilan,” kata pelakon I Hate Love Story ini.

Five Vi: Sopan di bulan puasa


Indonesia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Five Vi, Sopan, di, bulan puasa
Five Vi

PELAKON seksi Five Vi mengakui akan memakai pakaian lebih sopan dan menutup aurat sepanjang menjalankan ibadah puasa nanti.

Katanya, Ramadan yang datang setahun sekali perlu dihormati.

“Saya juga tidak mahu menyebabkan diri saya dan orang lain kurang pahala puasa.

“Biarlah bulan yang mulia ini membantu saya menjadi wanita lebih baik. Siapa tahu, saya akan terus menutup aurat selepas ini,” kata aktres berusia 32 tahun ini.

Jump-p punya tarikan di luar negara


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Jump-p, punya, tarikan, di, luar negara
Jump-p

NOR RAIDAH AWANG
3 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Jump-p, punya, tarikan, di, luar negara
Jump-p

LAMBAKAN bakat-bakat baru tidak menghalang Jump-p untuk meneruskan perjuangan mereka dalam muzik rock tanah air.

Yakin muzik itu masih punya pengikut tersendiri, grup yang dianggotai lima pemuzik rock, Oney (vokalis), Yan (gitaris), BoyRazak (keyboardist), Bard (bass) dan Lee (dram) rancak mengatur strategi untuk terus memperjuangkan karya mereka di tahap lebih tinggi.

Ditubuhkan sejak 2003 oleh bekas vokalis kumpulan May, Mohd Redzuan Abd Aziz atau Oney, Jump-p sebenarnya lahir daripada beberapa kumpulan rock yang popular di era 1980-an dan 1990. Pernah menyertai kumpulan seperti May, Lipanbara, Handy Black, Scandal, EYE dan AXL’s, Jump-p bukanlah pemuzik picisan dalam industri muzik tanah air.

Berbekalkan pengalaman yang ada, band yang bernaung di bawah pengurusan SMY Event & Promo ini mampu mengorak langkah lebih jauh.

Sungguhpun pernah kecundang menerusi album pertama, Halusinasi, yang membawa konsep pop rock pada 2006, namun ia bukanlah penghalang untuk Jump-p meneruskan perjuangan. Muncul dengan album kedua, Wujud,
album ini juga sebagai usaha untuk mengetengahkan kumpulan ini di kalangan pendengar.

"Walaupun kami pernah kecundang untuk album pertama, naumn kami tidak pernah berputus asa.

"Bukannya lagu-lagu kami tidak kuat, sebaliknya kekangan promosi untuk album pertama itu membuatkan kami tidak berjaya mencapai sasaran ketika itu," kata Oney yang pernah berduet dengan penyanyi Safura menerusi lagu Jangan Menangis Sayang.

Lamaran dari Rusia

Turut memberi kelainan, Oney memberitahu, album tersebut digarap dengan kombinasi unik di mana muzik simfoni rock barat dan muzik tempatan telah digabungkan.

"Kami cuba mengetengahkan muzik bergenre power metal, simfonik metal dan etnik rock yang sesuai didengar oleh semua peminat muzik rock dan setakat ini kami menerima sambutan yang baik di kalangan peminat," katanya.

Memuatkan sepuluh lagu seperti Wujud, Moga Sempurna, Mitos Saka, Sangkala Awal Sangkala Akhir dan Power Of Nature, Oney berkata, album ini turut mendapat sambutan di luar negara sebaik saja dimuat naik menerusi
laman sosial.

"Dengan adanya laman sosial, lagu-lagu kami turut mendapat tempat di Mexico, Brazil dan Rusia," kata Oney.

Bukan sekadar omongan kosong, Jump-p turut menerima tawaran daripada pemuzik di Rusia untuk menghasilkan kolaborasi dalam nyanyian.

"Kami diberi tawaran untuk menyanyikan lagu rock dalam bahasa mereka, dalam pada masa sama mereka juga berminat untuk menyanyikan lagu-lagu kami.

"Kami tidak menyangka sejauh ini kami diterima dan ia membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan karier seni," katanya.

Single baru menyusul

Menyentuh mengenai perancangan terbaru, Oney memberitahu, selain mempromosikan album kedua, Jump-p juga dalam perancangan membuat single terbaru.

"Kalau tiada halangan Insya-ALLAH kami akan mengeluarkan lagu seterusnya pada awal tahun depan.

"Kami mahu ketengahkan lagi muzik kami seiring dengan perkembangan muzik dan menarik lebih ramai pendengar dalam menghayati muzik rock," katanya.

Idham 'rujuk' dengan Astro First?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Idham, 'rujuk', dengan, Astro First
Ahmad Idham

NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
3 Julai 2013

JIKA sebelum ini, penerbit dan pengarah prolifik terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak bersetuju dengan penayangan filem di Astro First kerana menganggap ia akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.

Dek kerana situasi itu, Idham juga mengambil langkah kembali ke ‘konsep lama’, di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.

Malah syarikat produksi beliau, Excellent Pictures sudah bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun bermula awal Mac tahun lalu.

Namun, ramai pula hairan apabila filem terbaru arahan Idham, Lari lakonan Aaron Aziz, Erin Malik dan Dira Abu Zahar mula ditayangkan ke Astro Fisrt.

Justeru, ramai tertanya-tanya, adakah Idham sudah 'rujuk' dengan Astro First dan bagaimana pula dengan tayangan eksklusif untuk saluran TV3?

"Sejujurnya, tiada isu rujuk atau kembali ke Astro Fisrt kerana ia sebenarnya melibatkan perjanjian yang telah dimeterai lebih awal.

"Aaron adalah artis eksklusif Astro, jadi jika saya mahukan Aaron, secara tak langsung filem itu juga perlu ke Astro First. Saya anggap ini sebagai perniagaan dan saya tidak kisah untuk bertolak-ansur mengenai perkara ini.

"Tapi filem-filem lain terbitan Excellent yang tidak melibatkan Aaron seperti Gangster Celop yang ditayangkan sebelum ini, tetap tidak ditayangkan di Astro First," jelasnya kepada Zass.

Lari, sebuah filem yang ditayangkan di Festival Filem Cannes dan bertaraf antarabangsa ini menampilkan turut dianggap sebagai Die Hard versi Malaysia ini menceritakan Khaliff (Aaron Aziz) yang berhadapan dengan konflik
apabila adiknya Ina (Erin Malik) dilarikan oleh sindiket pemerdagangan manusia dan ayahnya dibunuh kejam.

Konflik berterusan apabila Khaliff mengesyaki KJ (Erry Putra) terlibat dalam kejadian tersebut. Sementara itu, kekasihnya dahulu iaitu Maya (Dira Abu Zahar) ingin membantu Khaliff menyelesaikan misinya.

Idham berkata, dia berharap perkara sebegini tidak menjadi pertikaian dan isu kerana perkara yang lebih mustahak adalah sokongan masyarakat kepada filem tempatan.

Katanya, jika melihat senario sambutan filem kini, ia seakan ada naik dan turun dan penonton lebih gemar menonton filem luar.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi filem Lari ke Astro First bukan kerana tidak laku. Lari mendapat kutipan lebih RM 1 juta dan jika kita lihat kini, susah untuk sesebuah filem mengutip RM1 juta dalam tempoh tayangan.

"Paling penting adalah sokongan penonton terhadap industri perfileman tempatan kerana tanpa sokongan anda, industri perfileman kita akan malap," katanya.

 Produk baru

Berkongsi perkembangan terkininya, Idham berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Cinderella yang sudah di beri nafas baru.

Idham berkata, filem lakonan Fizo Omar dan Nellydia Senrose itu bukan kesinambungan daripada drama Cinderella yang pernah dijayakannya bersama Haliza Misbun pada 1998.

"Filem Cinderella kini sedang melalui proses post production dan saya harap ia akan menemui penonton pada hujung tahun ini.

"Selepas ini, saya akan memulakan penggambaran filem seram komedi, Soffi Nan Sempit lakonan Hazama dan Sofi Jikan. Saya pilih untuk menerbitkan semula filem komedi seram kerana sambutan penonton kini lebih kepada
genre sebegitu," ujarnya.

Cahaya mata: Lisa serah pada Ilahi


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Cahaya mata, Lisa, serah, pada, Ilahi
Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim

NOR RAIDAH AWANG 
FOTO: KMK & IHSAN NURAIZAN AIDA
3 Julai 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Cahaya mata, Lisa, serah, pada, Ilahi
Lisa Surihani

SETIAP pasangan yang berumah tangga, pasti mengimpikan kelahiran zuriat. Begitulah dirasai aktres, Lisa Surihani, 27.

Menganggap zuriat tersebut adalah rezeki dari ALLAH SWT, Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim hanya mampu berserah kepada takdir Yang Esa.

"Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua.

"Kalau merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua. Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang dan ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya.

"Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya,"
katanya yang ditemui ketika majlis Ramah Mesra bersama Garnier dan Lisa Surihani.

Mengakui agak sepi tanpa tangisan kanak-kanak, pelakon filem 'Istanbul Aku Datang' ini berkata, dia amat sukakan kanak-kanak apabila melihat mereka membesar dan juga cara pemikiran mereka.

"Pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan hati saya sentiasa gembira apabila melihat gelagat mereka yang comel.

"Bila ada masa terluang saya akan bersama anak buah Arian Saif yang sentiasa membuatkan saya ketawa," katanya.

Impian terlaksana

Berkongsi perihal perkembangan terkininya, Lisa berkata, impiannya untuk berlakon di bawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim akhirnya menjadi kenyataan.

Katanya, walaupun berlakon di bawah arahan suami sendiri dia tetap menjalani sesi uji bakat seperti pelakon lain.

"Saya akui, ketika menjalani sesi uji bakat, saya agak ragu-ragu sama ada boleh lakukan atau tidak untuk filem terbaru ini.

"Bagi meneruskan impian sebelum ini, saya pandang pada sudut profesional untuk lakukan yang terbaik," katanya yang enggan mendedahkan tajuk filem tersebut.

Tidak bercakap atas dasar hubungan suami isteri, Lisa mengakui dia amat mengagumi hasil kerja Yusry.

"Saya melihat dia seorang yang profesional ketika mengarah apa jua filem yang dihasilkan.

"Setiap idea yang dikeluarkan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

Toleransi bersama pelakon juga tiada masalah," ujarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Manisnya cinta di Cappadocia.

Menanti Ramadan

Sementara itu, berkongsi mengenai sambutan bulan Ramadan yang akan menjelma beberapa hari lagi, Lisa berkata, dia berada teruja untuk menyambut Ramadan kali ini bersama Yusry.

Malah dia juga bersyukur kerana tidak akan terlibat dengan sebarang penggambaran, melainkan majlis-majlis berbuka sahaja.

"Saya gembira kerana tidak akan terlibat dengan apa-apa penggambaran melainkan sesi fotografi dan majlis berbuka sahaja.

"Yusry pula lebih suka berbuka di rumah berbanding di luar dan kami akan bergilir-gilir berbuka di rumah keluarga masing-masing.

"Selain itu, dapat juga kami solat berjemaah dan terawih bersama," katanya.

Isu tuntut hutang: Neelofa enggan pening kepala


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Isu, tuntut, hutang, Neelofa, enggan, pening, kepala
Neelofa


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
2 Julai 2013

NAMA pelakon dan pengacara, Neelofa tiba-tiba dikaitkan dengan pelakon, Shah Jaszle beberapa minggu lalu.

Neelofa dikatakan menuntut hutang dari Shah sebanyak RM5,000.

Berpeluang menemui Neelofa di rakaman Kecoh Pengacara Beraya di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi, Neelofa memberi maklum balas berhubung situasi itu.

“Memang saya ada menghantar SMS pada dia minta jelaskan hutang tetapi ia adalah dua tahun lalu. Saya terkejut apabila isu ini timbul.

“Sedangkan saya memang dah lama tak menghubungi Shah dan saya tak ada nombor telefon dia sekarang,” katanya.

Shah dikatakan meminjam RM5,000 daripada Neelofa dua tahun lalu, ketika berlakon bersama untuk filem Azura 2011.

Pengacara Nona ini akui tidak pasti apa tujuan sebenar Shah mendedahkan perkara tersebut kepada media.

Sebelum ini, Shah menunjukkan mesej yang diterima dari Neelofa kepada media dalam pertemuan dengan pasangan yang ditangkap khalwat bersamanya di Bangsar, baru-baru ini.

“Saya tak tahu apa tujuan dia dan saya tak mahu komen banyak tentang hal ini,” katanya.

Ekoran tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara itu, Neelofa akui sudah menghalalkan hutang tersebut.

“Saya dah halalkan...bukan soal pemurah ke apa tapi saya tak mahu peningkan kepala.

“Tapi kalau dia nak bayar, saya terima sebab itu duit saya,” katanya.

Autumn di Hatiku, pengarah janjikan kejutan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Autumn di Hatiku, pengarah, janjikan, kejutan
Barisan produksi Autumn Di Hatiku di majlis pelancaran drama itu, semalam- Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
2 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Autumn di Hatiku, pengarah, janjikan, kejutan
Hanez bergandingan dengan JS - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI


FENOMENA K-Pop yang sudah melanda seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan tercetusnya drama bersiri Autumn di Hatiku, lakonan Hanez Suraya dan Kim Jin Sung (JS).

Buat julung kalinya, pelakon cantik ini bakal tampil dalam drama genre komedi romantik di samping aktor dari Korea Selatan, JS.

Menurut Pengarah Jenama Tonton, Shahida Azad Jamaluddin, Autumn Di Hatiku merupakan drama bersiri sulung terbitan pihaknya yang bakal disiarkan di portal video, Tonton.

Pihaknya juga masih mempertimbangkan untuk menyiarkan drama tersebut di salah satu stesen televisyen (TV) milik mereka.

“Buat masa ini, Autumn di Hatiku memang eksklusif ditayangkan hanya di Tonton tetapi akan tayang di TV nanti.

“Cuma, setakat ini, kami masih belum buat keputusan lagi tayang di TV mana...masih dalam perbincangan,” katanya kepada sidang media Majlis Pelancaran Drama Bersiri Autumn Di Hatiku, semalam.

Sementara itu, dua pengarah yang bertanggungjawab dalam pembikinan drama ini, MJ Woo dan Edmund Yeo akui pemilihan Hanez sebagai pelakon utama ekoran percaya pelakon itu mampu membawa karakter Nina dengan baik.

Nina merupakan seorang gadis ceria yang menggilai K-Pop dan bekerja di kedai kek di mana berusaha untuk memikat hati jejaka Korea Selatan yang bertandang ke kedai tempatnya bekerja.

“Kami sebenarnya peminat Hanez tapi kebanyakan drama yang dilakonkan dia serius. Kami yakin Hanez mempunyai potensi untuk melakukan sesuatu kelainan.

“Karakter ini sesuatu yang berbeza untuk Hanez dan ia tepat untuk Hanez walaupun kami tak pernah melihat dia memegang karakter seperti ini sebelumnya,” kata MJ Woo.

 Mereka turut menjanjikan kejutan dalam drama tersebut.

“Drama ini mempunyai banyak kejutan.  Jadi, saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak. Apa yang saya boleh janjikan ialah drama ini memang fantastik,” kata Edmund.

Tambah Shahida, “ada babak tangkap nangis. Ia bukan sekadar drama romantik komedi tapi anda juga boleh melihat beberapa babak yang saya jamin anda akan menangis.”

Ketika dibangkitkan kemungkinan drama Autumn di Hatiku ini secara kebetulan meniru tajuk drama Korea popular sebelum ini, Autmn In My Heart, Shahida menolak perkara tersebut.

“Bukan kebetulan...Kami tahu ada Autumn In My Heart tapi sebab nama watak utama dalam drama ini Park Au Tum yang dipanggil Autumn oleh Nina.

Jadi, tajuk ini diambil daripada pandangan Nina di mana sesuai jika dijadikan tajuk itu Autumn di Hatiku. Tak tiru dan tak terjemah,” katanya.

Autumn Di Hatiku ini turut dibintangi Aiman Hakim , Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan