Cari Artikel

Tuesday, July 2, 2013

Kisah Datuk Bahaman dipentaskan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kisah, Datuk Bahaman, dipentaskan


HULU TERENGGANU - Kumpulan Teater Rimba dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu akan menampilkan persembahan sejarah Datuk Bahaman pada Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2013 Oktober ini.
   
Kumpulan teater yang menjuarai pertandingan peringkat negeri itu akan mewakili Terengganu pada pertandingan peringkat kebangsaan.
   
Ketua pegawai kebudayaan politeknik itu Normala Ahmad berkata kejayaan kumpulan itu adalah hasil usaha gigih mereka berlatih dalam tempoh sebulan lepas.
   
"Kami akan menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diperoleh untuk membeli beberapa peralatan dan kostum untuk pertandingan akhir itu nanti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Poziah Abdul Rahman di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini.
   
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Azizah Awang.
   
Tempat kedua dimenangi kumpulan Pawana Sang Arjuna dari Besut yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta sijil dan tempat ketiga ialah Kumpulan Tok Ayah Sedih Lagi dari Setiu yang membawa pulang RM800 beserta sijil.
   
Tiga kumpulan dari Kuala Terengganu, Kemaman dan Hulu Terengganu menerima hadiah saguhati yang masing-masing membawa pulang RM500 beserta sijil. - Bernama

Tuah JS belajar bahasa Melayu


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tuah, JS, belajar, Bahasa Melayu
JS akui suka Hanez Suraya tapi bukan cinta. -
Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
2 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tuah, JS, belajar, Bahasa Melayu
Hanez Suraya banyak bantu JS sepanjang penggambaran Autumn Di Hatiku. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

BELAJAR bahasa Melayu selama setahun nampaknya memberi tuah kepada pemuda asal Korea Selatan ini untuk membina kerjaya di Malaysia.

Kim Jin Sung atau lebih mesra dengan panggilan JS bakal tampil dalam drama bersiri terbaru berjudul Autumn Di Hatiku bergandingan dengan pelakon cantik, Hanez Suraya.

"Saya belajar bahasa Melayu selama setahun tapi saya hanya boleh berbahasa Melayu sedikit saja.

"Bagi saya, bahasa Melayu itu istimewa dan unik. Malaysia semakin lama semakin berkembang, jadi, saya pilih bahasa ibunda negara ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada  Majlis Pelancaran dan Sidang Media Drama Bersiri Autumn Di Hatiku.

JS menambah, "saya belajar bahasa Melayu bukan kerana mahu berlakon. Sebelum berlakon lagi, saya sudah belajar bahasa tersebut di universiti."

Kebolehan JS berbahasa Melayu menarik perhatian dua pengarah drama tersebut, MJ Woo dan Edmund Yeo yang ketika itu sedang mencari watak utama bagi drama bersiri tersebut.

JS akui mengalami kesukaran ketika mendalami skrip drama bersiri itu.

"Saya rasa susah untuk memahami karakter sebagai Autumn dan menghafal skrip sebab sebutan dalam bahasa Melayu.

"Saya juga mengalami kesukaran untuk menyesuaikan emosi mengikut skrip," katanya yang menerima tawaran berlakon itu kerana mahu mendapat pengalaman baru.

Setelah merasai sendiri pengalaman bekerja dengan produksi di tempatan, JS akui mahu berlakon lagi di Malaysia.

Selain berlakon, JS juga aktif dalam bidang peragaan.

Pemuda asal Busan, Korea Selatan ini sudah berada di negara ini selama dua bulan.

Drama genre romantik komedi ini bakal menemui penonton pada 3 Julai ini di portal video, Tonton pada jam 12 tengah hari.

Aamir Khan bersara?


India, Berita, Gossip, Selebriti, Artis India, Bollywood, Aamir Khan, bersara
Aamir Khan


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2013

PELAKON terkenal Bollywood, Aamir Khan menyatakan hasratnya untuk berehat seketika dari dunia lakonan.

Biarpun berita itu mengejutkan para peminatnya, pelakon yang terkenal menerusi filem Mann itu menjelaskan keputusan itu di buat bukannya kerana merajuk.

"Bergelar pengarah dan juga pelakon membuatkan saya tiada masa bersama keluarga.

"Atas sebab itu, saya bercadang untuk berehat selama sebulan dan memberi masa sepenuhnya kepada keluarga," katanya.

Anang bersyukur


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Indonesia, Anang, Bersyukur
Anang Hermansyah

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2013

IMPIAN dan penantian Anang Hermansyah dan keluarga untuk memiliki rumah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut sumber, Anang yang terkenal dengan lagu Separuh Jiwaku Pergi, telah mengadakan majlis kesyukuran di kediaman baru mereka baru-baru ini.

"Bagi Anang tinggal dalam rumah selesa dengan segala kemudahan yang disediakan akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

"Tiada yang lebih bahagia dalam dirinya, selain melihat isteri dan anak-anak gembira," katanya.

Avril-Chad berkahwin?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Avril Lavigne, Chad Kroeger, berkahwin
Avril-Chad

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2013

PENYANYI rock, Avril Lavigne dilaporkan telah melangsungkan perkahwinannya dengan Chad Kroeger, semalam.

Menurut sumber, pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan mereka di Cannes, Perancis.

"Majlis perkahwinan ini juga di lakukan secara tertutup, hanya untuk ahli keluarga sahaja yang dijemput," kata sumber.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini dilaporkan melangsungkan perkahwinan pada 29 Jun, namun keduanya menafikannya.

Kanye West ubah sikap


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Kanye West, ubah, sikap
Kanye West


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2013

SELEPAS menimang cahaya mata sulung, penyanyi Kanye West dikatakan mula mengubah sikapnya yang sebelum ini panas baran.

Menurut sumber, kekasih kepada bintang realiti televisyen Kim Kadarshian, dilihat lebih bertanggungjawab dan rajin terhadap keluarga.

"Sejak kebelakangan ini Kanye dilihat begitu ceria dan dia sudah mengubah sikapnya demi kebahagiaan North West," katanya.

Mischa kritik Emma Watson?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Mischa, kritik, Emma Watson


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2013

PELAKON Emma Watson menerima kritikan hebat daripada  pelakon terkenal Mischa Barton gara-gara lakonannya dalam filem The Bling Ring

Menurut Mischa, jalan cerita filem tersebut tidak memberi kesan terhadap penonton.

"Saya tidak memahami maksud yang ingin disampaikan dalam filem tersebut kerana ia terlalu membosankan.

"Saya akui, bukan senang menjayakan watak dari kisah sebenar, tapi biarlah nampak seperti lakonan itu 'hidup' dan menarik dari kisah sebenar," katanya.

Konsert M Nasir Sang Pencinta pukau penonton


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Konsert M Nasir, Sang Pencinta, pukau, penonton
Foto: IHSAN MEPORTAL.NET

NOR ATIEYAH YUSOFF 
2 Julai 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Konsert M Nasir, Sang Pencinta, pukau, penonton
M Nasir. Foto: IHSAN MEPORTAL.NET

SIAPA tidak mengenali figura bernama M Nasir, 34 tahun berkecimpung dalam industri seni, beliau cukup terkenal dengan seleksi lagu yang penuh puitis dan suara yang merdu.

Kehebatannya dalam mencipta lagu sememangnya tidak lagi boleh dipertikaikan dan gelaran sifu sememangnya sesuai untuknya.

Terbaru, setelah empat tahun tidak mengadakan konsert, M Nasir kembali menghiburkan peminat setianya di Panggung Sari, Istana Budaya menerusi konsertnya, M Nasir Sang Pencinta yang berlangsung dari 28 hingga 30 Jun lalu.

Ternyata, aura dan magisnya masih lagi utuh apabila konsert tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

Berkesempatan menonton sendiri konsert M Nasir, penulis dapat menggambarkan ia adalah sebuah persembahan penuh dengan magis tersendiri.

Penonton bagai diulit dengan nyanyian yang penuh dengan puitis seolah-olah terbang bersama ke dalam dunia magisnya.

Menariknya, tirai persembahan dimulakan dengan puisi-drama oleh sekumpulan anak muda yang mendeklamasikan puisi Aku, karya Chairil Anwar, dengan penuh keasyikan.

Kemudian, penonton dibawa bersama menelusuri pengembaraan muzik sepanjang M Nasir bergelar anak seni dengan 22 lagu yang disampaikan dengan penuh bertenaga.

Tidak dapat dinafikan, persembahan tersebut antara yang terbaik pernah ditonton sebelum ini.

Istimewanya, gabungan pemuzik -pemuzik handalan tanah air dengan iringan String dari Orkestra Simfoni Kebangsaan dan gamelan Orkestra Tradisional Malaysia telah menghasilkan muzik yang sangat indah.

Imbau zaman kegemilangan

Hampir tiga jam konsert tersebut berlangsung, penonton bagaikan tidak puas mendengar lagu-lagu yang disampaikan.

Menyampaikan seleksi lagu-lagu hitsnya seperti Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi, Rajawali dan Tanya Sama Itu Hud-Hud, M Nasir seolah membawa penonton mengimbau kembali zaman kegemilangannya.

Apatah lagi, penonton juga berpeluang mendengar lagu terbaru M Nasir yang bertajuk Aku Sudah Bilang buat kali pertama.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan beberapa lagu berentak rancak seperti Ada dan Sahabat Gua.

Malah, suasana panggung ketika itu gamat setelah M Nasir turun untuk menyanyi dan menari membuatkan penonton berdiri dan menari bersamanya.

Tidak ketinggalan, M Nasir turut mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan kumpulan Search iaitu Meniti Titian Usang dan Srikandi Cinta secara akustik, nyanyian asal kumpulan Bloodshed.

Tidak sekadar menyanyi dan menari, penonton turut disajikan dengan beberapa siaran visual sepanjang persembahannya dengan kesan grafik cukup menarik.

M Nasir terharu

Mengulas mengenai konsertnya itu, M Nasir sempat berkongsi rasa terharunya kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat dan penyokong industri muzik tempatan.

Katanya, sokongan tersebut membuktikan bahawa genre muzik yang dibawanya masih lagi diterima oleh masyarakat terutamanya golongan muda.

“Perasaan saya ketika ini sukar digambarkan kerana pelbagai perasaan bercampur baur,” katanya yang pernah menghiburkan peminatnya pada 2009 dalam Konsert Alam Muzik M Nasir di pentas Istana Budaya.

Luahnya, dalam tempoh empat tahun lalu dia bercita-cita untuk mengadakan konsert, namun sering tertangguh akibat perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Saya terharu dengan peluang diberikan Istana Budaya. Terima kasih juga di atas sokongan peminat, rakan-rakan dan media,” katanya.

Sukar pilih lagu

Menyentuh mengenai pemilihan lagunya, M Nasir berkata, dia berhadapan dengan kesukaran untuk memilih lagu untuk dinyanyikan kerana terdapat beberapa lagu yang jarang diperdengarkan kepada peminat.

Malah pemilihan lagu bagi konsert yang bertemakan seni muzikal itu melalui proses perbincangan yang agak panjang bersama penganjur.

“Mungkin peminat tidak kisah dengan lagu yang hendak disampaikan. Tetapi, saya mahu lagu yang dipilih bertepatan dengan tema konsert.

“Setiap lagu yang dinyanyikan mempunyai mesej tertentu dan sedap didengari penonton. Malah ada lagu yang jarang saya nyanyikan dipilih,” ujar M Nasir.

Tambahnya, lagu seperti Wali jarang diperdengarkan kepada umum, namun ia bertepatan dengan konsep konsert pada kali ini.

Malah lagu Bahtera Raudah turut dipilih kerana ia mengajak penonton bersama menghayati dan mengembara ke alam fantasi.

“Orang yang sudah biasa dengan lagu hits saya mungkin akan teragak-agak untuk mendengarnya.

“Tetapi, tidak salah jika kita ubah sedikit selera muzik kita dan berharap lagu tersebut sedap untuk didengari pendengar,” katanya.

Hanez Suraya Gagal Lupakan Awi Rafael


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hanez Suraya, Gagal, Lupakan, Awi Rafael
Hanes memberitahu dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian. Foto ZULKARNAIN ROSLAN.


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir.

Hanez, 28, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.

"Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.

"Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku, di sini, Isnin.

Dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hanez Suraya, Gagal, Lupakan, Awi Rafael
Awi Rafael.

"Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar.

"Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah," ujarnya.

Bagaimanapun, jelas Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.

"Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya," ujar Hanez.

Hanez bakal muncul dengan drama bersiri pertama terbitan laman Tonton iaitu Autumn Di Hatiku yang mula bersiaran Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.

Umie Aida Mahu Anak-Anak Faham Hidup Susah


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Umie Aida, Mahu, Anak-Anak, Faham, Hidup, Susah
Umie memberitahu dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Pelakon Umie Aida tidak mahu dua orang anak angkatnya sentiasa berada dalam kehidupan selesa sebaliknya perlu bersedia untuk melihat bagaimana kehidupan seseorang yang hidup susah.

Umie atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad Ali, 40, berkata, kerana itu dia mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anaknya iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19, agar mengenali cara kehidupan golongan yang tidak bernasib baik.

"Sebagai pelakon saya sering membawa pelbagai watak terutamanya sebagai orang susah dan pengalaman itu banyak mengajar saya erti bersyukur.

"Dan bagi mendidik anak-anak mengenal erti kesyukuran, saya sering berkongsi cerita mengenai apa yang saya lihat dan rasai.

"Malah ada kalanya jika mempunyai masa terluang, saya akan membawa mereka ke rumah-rumah kebajikan bagi merasai sendiri suasana kehidupan bersederhana. Saya tak mahu mereka hanya tahu hidup senang sahaja," katanya.

Bagaimanapun, tambah Umie, dia bersyukur dan gembira kerana anak-anaknya itu cukup faham erti hidup dalam kesederhanaan dan tidak membangga diri dengan kemewahan yang dimiliki.

Sementara itu, pengalaman menjalani kehidupan sebagai individu yang kurang bernasib baik juga turut dirasai Umie menerusi lakonannya dalam drama berjudul Ummi yang kini sudah pun bermula siarannya di TV3, setiap Ahad, pukul 9 malam.

Umie berkata, drama arahan Faisal Ishak itu benar-benar sukar untuk dia lakonkan terutama dalam usaha menjiwai watak seorang wanita yang ditinggalkan suami dan terpaksa menjaga tiga kanak-kanak yang tiada pertalian darah dengannya.

"Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan saya melakonkan watak-watak seorang wanita yang susah dan selalu menangis. Cuma cabarannya di sini adalah saya perlu memberi fokus pada emosi lakonan itu.

"Dalam drama itu, saya perlu mengutip sampah dan berpanas di bawah cahaya matahari. Apabila melakukan kerja-kerja itu, terdetik di hati saya, bagaimana kuatnya seseorang wanita yang melakukan kerja sebegini. Saya kagum dengan mereka. Alhamdulillah, saya dapat melakonkannya dengan baik," ujarnya.

Drama Ummi turut membariskan pelakon Khyreena Kemal (Chonel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish).

Deejay Suria FM, Lotter (AF4) Masih Ingin Menyanyi


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Deejay Suria FM, Lotter AF4, Masih, Ingin, Menyanyi
Lotter memberitahu bakal muncul dengan single terbaharunya bersama kumpulan The Divine Masters dalam masa terdekat.


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM di Sabah iaitu Lotter tidak pernah melupakan bidang nyanyian walaupun kini sibuk dengan tugasnya sebagai deejay stesen radio itu sejak tiga tahun lalu.

Lotter, 31, yang kini lebih dikenali dengan nama Dudu di kalangan pendengar radio itu di Sabah berkata, dia sentiasa rindu untuk kembali menyanyi dan bertemu dengan peminatnya di Semenanjung Malaysia.

"Saya masih seorang penyanyi cuma kini tumpuan banyak diberikan kepada kerjaya sebagai deejay radio.

"Saya akui sentiasa rindu untuk kembali ke Semenanjung Malaysia untuk mengadakan persembahan dan bertemu peminat," jelasnya yang ditemui di studio Suria FM Sabah di KK Times Square baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Lotter yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4) memberitahu, dia kini sedang menyiapkan single terbaharunya bersama kumpulan The Divine Masters.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Deejay Suria FM, Lotter AF4, Masih, Ingin, Menyanyi
Selain Lotter, Suria FM Sabah turut mempunyai dua orang lagi penyampai radio iaitu Ray (kiri) dan Obie (tengah).

Katanya, lagu berkenaan akan dilancarkan pada September depan dan berharap ia akan menaikkan semula namanya sebagai penyanyi.

"Sudah lama saya terlibat dalam proses rakaman lagu terbaharu ini tetapi tidak mahu terburu-buru menyiapkannya kerana ingin memberikan yang terbaik kepada peminat," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai tugasnya sebagai deejay, Lotter berkata, dia semakin selesa dengan tugas itu dan mengakui telah mempelajari banyak perkara sepanjang berkhidmat dengan Suria FM Sabah.

Tambahnya, walaupun sebelum ini tidak menyedari mempunyai bakat sebagai seorang penyampai radio namun dia bersyukur kerana mengambil keputusan untuk mencuba kerjaya dalam bidang tersebut.

"Saya sendiri tidak menyangka boleh menjadi seorang penyampai radio kerana tiada bakat namun saya berjaya mengatasi kelemahan diri dan semakin selesa dan menyukai kerjaya ini," jelasnya.

Lotter mengendalikan segmen Sampaikan Sabah setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Suria FM Sabah bersiaran bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang dari hari Isnin sehingga Jumaat dan turut mempunyai dua lagi deejay iaitu Obie dan Ray.

Siaran untuk segmen negeri Sabah boleh didengari menerusi frekuensi 105.9 FM dan pendengar di Semenanjung Malaysia boleh melayari laman web www.suriafm.com.my untuk mengikutinya.

Pada waktu lain, siaran itu dikendalikan di studio Suria FM, Petaling Jaya, di sini.

'Autumn Di Hatiku' Tidak Cedok Drama Korea


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 'Autumn Di Hatiku', Tidak, Cedok, Drama, Korea
Drama Autumn Di Hatiku lebih istimewa kerana
ia turut menampilkan pelakon Korea
Kim Jin Sungm (kanan) sebagai pelakon utama
disamping Hanez Suraya. Foto Zulkarnain Roslan.


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Drama Autumn Di Hatiku tidak ‘mencedok’ atau mengadaptasi mana-mana drama dari negara Korea popular yang ditayangkan di negara ini termasuk Autumn In My Heart.

Pengarahnya, MJ Woo berkata, drama komedi romantik ini mempunyai jalan cerita yang direka khas untuk masyarakat Malaysia yang meminati industri hiburan di negara Korea Selatan itu.

"Autumn Di Hatiku tiada kena mengena atau diambil daripada mana-mana drama Korea popular.

"Walaupun tajuk sahaja sama tapi jalan cerita lain, ini drama komedi bukan sedih seperti drama Korea itu.

"Kita pilih nama Autumn kerana ia sinonim dengan Korea," katanya pada sidang media pelancaran drama berkenaan di sini, Isnin.

Drama 28 episod ini akan disiarkan di portal Tonton bermula Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.

Tambah MJ Woo, lebih istimewa drama ini bakal memperkenalkan pelakon Korea Selatan iaitu Kim Jin Sung sebagai pelakon utama di samping Hanez Suraya dan Aiman Hakim.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 'Autumn Di Hatiku', Tidak, Cedok, Drama, Korea
Selain Jin Sung dan Hanes, drama Autumn Di Hatiku turut membariskan pelakon seperti
Ezzaty Abdulla (kiri) dan Anas Ridzuan (kanan).


"Pemilihan Kim Jin Sung melalui uji bakat video yang kita lakukan di Korea dan keistimewaan Kim Jin Sung adalah kerana dia boleh berbahasa Malaysia dengan baik.

"Dia merupakan model dan pelakon di sana dan pernah mengambil kursus bahasa Malaysia di universiti tempat dia belajar," katanya.

Ditanya tentang perbelanjaan drama web pertama ini, katanya ia melibatkan sejumlah kos yang berpatutan dan sesuai dengan kualiti video yang setanding dengan filem.

"Perbelanjaan pembikinan drama ini berpatutan dengan hasilnya yang setanding dengan kualiti sesebuah filem," ujarnya.

Drama ini mengisahkan seorang wanita bernama Nina lakonan Hanez Suraya yang meminati dunia K-Pop sehingga bertemu dengan seorang lelaki Korea bernama Park Au Tum.

Nina berusaha keras untuk mendapatkan cinta Au Tum dan terpaksa melalui pelbagai cabaran.

Autumn Di Hatiku akan bersiaran selama tiga hingga lima minit setiap hari, menerusi laman berkenaan.

8 Peserta Bakal Ke 'Konsert Boom Muzik Ekstra'


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 8, Peserta, Bakal, Ke, Konsert Boom Musik Ekstra
Para peserta 'Konsert Boom Muizk Ekstra'
bersama pihak penerbitan RTM.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

KUALA LUMPUR: Selepas 12 episod berentap dalam program pertandingan pencarian bakat Muzik Ekstra, seramai lapan peserta bakal beraksi pada pusingan akhir Konsert Boom Muzik Ekstra yang akan berlangsung pada 8 Julai depan.

Konsert terbitan RTM itu akan diadakan secara langsung di Auditorium Perdana Angkasapuri menerusi saluran TVi, pukul 8.30 malam.

Menurut Timbalan Pengarah Seksyen Produksi Bahagian Program TV, Norliza Mohd Ali, lapan peserta akhir yang dipilih itu berdasarkan 100 peratus pemilihan penonton menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.

"Bakat-bakat yang digilap dalam Muzik Ekstra adalah merupakan bekas peserta rancangan-rancangan terbitan RTM terdahulu yang gagal tetapi diberi peluang kedua dalam program ini.

"Memandangkan kebanyakan mereka sudah pun dikenali penonton, maka konsep undian di Facebook dan SMS lebih mudah selain ia juga mengikut trend generasi muda zaman kini.

"Tambahan pula penonton sudah bijak menilai peserta-peserta terbaik.

"Dan lapan barisan peserta masing-masing mempunyai kekuatan persembahan yang tersendiri," katanya pada sidang media konsert berkenaan di Restoran Istana Bambu di sini, Isnin.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 8, Peserta, Bakal, Ke, Konsert Boom Musik Ekstra
Norliza Mohd Ali (tengah) dalam sidang
media 'Konsert Boom Ekstra' pada Isnin.

Pertandingan berkenaan mengetengahkan bakat dan kreativiti peserta dalam vokal nyanyian, tarian, bermain alat muzik dan komedi.

Barisan peserta yang bakal beraksi pada peringkat akhir Muzik Ekstra ialah Sam Saiful, 4 Stars, Dila Suhaizat dan Mohd Faiz bagi kategori bawah vokal manakala Stop Reverse Crew dan Return Crew (tarian berkumpulan), Fariz Hilmi (silap mata) sementara Azrul Affandi akan menampilkan bakat bermain seruling bambu.

Dalam pada itu, tambah Norliza, bagi persembahan peringkat akhir nanti, para peserta akan diadili juri sebanyak 50 peratus manakala 50 peratus lagi adalah undian penonton di Facebook dan SMS.

"Walaupun program ini memberikan kuasa undian kepada penonton, namun pada hujung pertandingan pihak kami tetap akan masuk campur dalam pemilihan peserta yang terbaik," ujarnya.

Juara program tersebut bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, naib juara (RM15,000), ketiga (RM8,000) manakala lima peserta lain akan menerima wang sagu hati RM2,000.

Selain persembahan peserta, turut dijemput penyanyi Tomok, Azlan & The Typewriter, Erni, Aisha Sofea, Rehana dan DJ Fuzz bagi memeriahkan konsert tersebut.

Program ini akan dikendalikan oleh pengacara Hanis Zalikha yang akan ditemani oleh beberapa pengacara jemputan dan juga ikon-ikon TVi.

Jennifer Lopez Sudah Sedia Tamatkan Zaman Janda


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Jennifer Lopez, Sudah, Sedia, Tamatkan, Zaman, Janda
Jennifer dan Casper telah menjalinkan
hubungan cinta selama 18 bulan.

PENYANYI Jennifer Lopez dilaporkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, dalam masa terdekat ini.

Menurut laporan Daily Mail, Jennifer, 43, juga tidak akan membuat sebarang perjanjian pra-perkahwinan walaupun pernah mengalami sebanyak tiga penceraian sebelum ini.

"Percintaan mereka adalah benar dan Casper bukannya sekadar peneman Jennifer yang sunyi selepas bercerai dengan Marc sebelum ini. Bagi membuktikan cintanya kepada lelaki itu dia tidak mahu sebarang perjanjian pra-perkahwinan," jelas seorang kenalan rapat pasangan itu.

Penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Max dan Emme yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan bintang latin, Marc Anthony.

Jennifer dan Casper mula menjalinkan hubungan sejak 18 bulan lalu selepas lelaki itu bekerja untuknya sebagai penari latar.

"Ia kedengaran mengarut apabila Jennifer enggan membuat sebarang perjanjian perkahwinan namun dia tetap bertegas bahawa cinta mereka bukan kerana wang dan yakin Casper adalah cinta terakhirnya," katanya lagi.

Malah kata sumber itu, Jennifer turut merancang untuk memiliki cahaya mata bersama Casper selepas berkahwin nanti.

Ace Knute, Bayi Kelahiran Jessica Simpson


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Ace Knute, Bayi, Kelahiran, Jessica Simpson
Eric Johnson dan Jessica Simpson.
PENYANYI Jessica Simpson memberi nama Ace Knute kepada bayi lelaki yang selamat dilahirkannya pada Ahad lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Seperti dilaporkan Daily Mail, anak kedua penyanyi ini lahir kurang daripada 13 bulan selepas Jessica melahirkan anak pertama, Maxwell Drew Johnson.

"Anak kedua Ace Knute telah selamat lahir. Bayi dan Jessica dalam keadaan sihat," kata pengurusan penyanyi itu.

Bayi kedua turut dilahirkan melalui proses pembedahan.

Seperti kehamilan pertama, bayi kedua ini turut menjadi alasan Jessica menunda pernikahannya bersama Eric Johnson.

Natasha Hudson tukar nama anak


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Natasha Hudson, Tukar, Nama, Anak


AKMALIAH RAZAK
2 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Natasha Hudson, Tukar, Nama, Anak


UMUM mengetahui bahawa pelakon dan model Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu.

Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.

Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu.

Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.

"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.

"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.

"Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.

Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha.

Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan