Cari Artikel

Monday, July 1, 2013

Johnny Depp, Amber Heard masih bersama


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Depp, Amber Heard, masih, bersama
Johnny Depp, Amber Heard


DESAS desus mengenai perpisahan pasangan Johnny Depp dan Amber Heard mula menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun, menurut sumber terdekat pasangan ini, berita perpisahan tersebut hanya khabar palsu kerana Depp dan Amber masih bahagia bersama.

“Mereka sebenarnya tidak suka terlalu menonjolkan diri di depan umum dan baru-baru ini, Amber ada meluangkan masa berjumpa Depp di Moscow biarpun Amber agak sibuk dengan penggambaran,” ujarnya.

Stacy azam kurus


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Stacy, Azam, Kurus
Stacy

WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Julai 2013

DEK kerana menerima banyak teguran berikutan berat badannya yang sedikit berisi sebelum ini, penyanyi lincah, Stacy berazam untuk menurunkan berat badannya.


Kata Stacy, untuk mendapatkan bentuk badan asalnya, dia banyak melakukan aktiviti lasak seperti sukan futsal pada waktu terluang.


"Sebelum ini, ramai yang tegur badan saya sudah berisi dan ketika itu berat badan saya 53 kilogram. Sejak itu saya cuba untuk kuruskan badan dengan lakukan aktiviti yang saya suka.


"Selain daripada melakukan aktiviti sukan, saya juga cuba menjaga pemakanan yang sihat supaya azam untuk turunkan berat badan dapat dilakukan dengan cepat," jelasnya yang baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu

dengan kumpulan Smash dari Indonesia.

Tambah Stacy, penambahan berat badannya sebelum ini mungkin juga berpunca daripada kekurangan menjalani latihan tarian sebelum ini.

Najwa Latif duta Unitar


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Najwa Latif, Duta, Unitar
Najwa Latif


WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Julai 2013

DIA bukan sahaja berjaya dalam karier nyanyiannya, malah penyanyi remaja, Najwa Latif turut cemerlang dalam bidang pengajiannya dan tidak hairanlah dia dilantik sebagai duta Universiti Antarabangsa Unitar.

Menurut Najwa, pelantikan itu secara tidak langsung membolehkannya menerima tajaan biasiswa penuh daripada institusi tersebut untuk melanjutkan pengajian peringkat asasi dalam bidang Pengurusan selama setahun.

"Alhamdulillah, saya anggap ianya sebagai satu rezeki. Tapi pada masa yang sama saya harus memikul tanggungjawab yang besar untuk membantu pihak Unitar mempromosikan bidang pendidikannya.

"Di atas kepercayaan yang diberikan, saya akan pastikan tanggungjawab ini dapat saya laksanakan dengan baik," katanya yang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Masih relevankah AF10?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Masih, Relevankah, AF10
AF10

AKMALIAH RAZAK
1 Julai 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Masih, Relevankah, AF10
Khairul Anwar Salleh

MULA membuka tirai pada Mei 2003, penganjuran rancangan realiti, Akademi Fantasia (AF) berjaya memberi impak dan fenomena tersendiri dalam industri tempatan.

Malah, elemen kejutan dan drama di sebalik rancangan itu menjadikan AF sebagai program hiburan yang paling popular di Astro Ria.

Kemunculan bintang realiti seperti juara AF1, Vince, Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6), Hafiz (AF7), Shahir (AF8) dan Hazama (AF9) menambahkan warna dan rencah dalam industri yang semakin meriah.

Namun, pada 2011, pihak stesen televisyen berbayar, Astro, mengumumkan untuk menghentikan rancangan hiburan tersebut yang hanya bersiaran sehingga musim ke sembilan (AF9) sahaja.

Tindakan Astro itu menimbulkan pelbagai spekulasi, malah ada pihak membuat andaian ia berpunca daripada sambutan penonton yang kurang memuaskan.

Tidak kurang juga yang menganggap AF bukan lagi menjadi tarikan penonton, malah lambakan program hiburan lain menutup ruang rancangan ini untuk terus menjadi rancangan yang diminati.

Ada juga berpendapat, Astro tidak berusaha untuk menampilkan konsep yang berlainan apabila penganjuran AF1 hingga AF9, tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Begitu juga dengan bakat-bakat yang dicungkil, kebanyakannya tidak berupaya membawa nama ke tahap yang memberangsangkan. Yang mampu bertahan hanyalah segelintir sahaja.

Mungkin ingin membuktikan aura AF masih lagi hebat, Astro kini menarik balik keputusan untuk menghentikan rancangan itu dengan memperkenalkan AF10.

Melihat pada dasar pelaksanaan, AF10 akan menyaksikan pelbagai pembaharuan dan berkemungkinan ia mampu mengembalikan kegemilangan AF di satu ketika dahulu.

Untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai AF10, Zass mendapatkan reaksi Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Setakat ini, sejauh manakah proses penganjuran AF10?

Alhamdulillah, sesi uji bakat yang bermula pada 1 Jun berjalan dengan lancar dan berakhir pada 30 Jun lalu. Sesi uji bakat itu bermula di Johor Bahru dan berakhir di Shah Alam, Selangor. Kemungkinan besar, konsert pertama
akan mula diadakan pada September depan, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Astro mengumumkan untuk menghentikan rancangan ini, namun ternyata Astro menarik balik keputusan itu.

Atas desakan masyarakat dan peminat rancangan tersebut, kami terpaksa mengembalikan semula kegemilangan AF. Setelah melalui beberapa perbincangan, kami rasa AF perlu diteruskan mengikut kehendak penonton.

Menjadi satu kerugian besar sekiranya kita menghampakan harapan penonton yang menantikan rancangan sebegini.

Pada pandangan anda, adakah AF masih relevan sedangkan stesen televisyen tempatan lain giat menampilkan pelbagai rancangan realiti yang kian mendapat tumpuan penonton kini?

Jangan risau mengenai perkara itu kerana kami sudah merangka strategi dan format efektif untuk menambah baik penganjuran ini demi kepuasan maksimum penonton. AF 2013 tidak akan dibayangi AF sebelum ini kerana kami
mengubah dasar dan formatnya secara 100 peratus. Apa sahaja yang sama, kami tukar dan tukar.

Seinci pun tidak akan sama dengan rancangan sebelum ini kerana lebih banyak kejutan dan program yang disusun agar ia terus relevan. Selepas ini, akan ada lagi beberapa sesi sidang media untuk mengumumkan beberapa perkara penting dalam pelaksanaan AF 2013 yang berwajah baru ini.

Apakah pembaharuan yang terdapat dalam AF10?

Setelah mengkaji beberapa perkara, kami memutuskan untuk membuat pembaharuan besar dalam AF. Kami memperkenalkannya sebagai AF 2013 dan beberapa konsep akan diubah mengikut cita rasa penonton seiring dengan peredaran zaman.

Selain daripada perubahan wajah menerusi logo yang menggunakan eleman futuristik dan susunan baru lagu tema, kami juga akan menampilkan kelainan menerusi penukaran format dengan membenarkan penyertaan secara duo. Walaupun masih terikat dengan kontrak idea asal, La Academia, kami diberi kelonggaran untuk mengubah struktur program agar terus relevan.

Peserta juga dibenarkan untuk berinteraksi secara terus dengan peminat melalui laman mikro, Twitter, Keek, Facebook dan Instagram walaupun mereka dikuarantin semasa pengajian. Dengan cara itu, mereka akan lebih dekat dengan peminat.

Mungkinkah AF 2013 bakal mengembalikan kegemilangan AF yang sebelum ini?

Insya-ALLAH, itulah harapan kami untuk melaksanakan AF 2013. Malah, kami berharap AF 2013 bukan sahaja mengulangi fenomena seperti satu ketika dahulu malah lebih berjaya dan menjadi saingan sengit kepada rancangan realiti lain. Kami percaya, dengan komitmen yang tidak berbelah bagi, AF 2013 mampu membawa sejarah kebangkitan bintang sebenar.

Niat Rabbani bantu Gaza dipertikai


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Niat, Rabbani, Bantu, GAZA, Dipertikai
Rabbani

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
30 Jun 2013

NIAT murni kumpulan nasyid terkenal Rabbani menghulurkan bantuan ke bumi Palestin selama ini nampaknya sudah disalah anggap oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan usaha tersebut.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Rabbani untuk terus membantu umat Islam di sana sehabis daya.

Usaha mereka bersama Mapim untuk mengadakan Majlis Minum Petang Amal, Rebuild Gaza For A Nation semalam turut dipertikaikan pihak tertentu.

"Memang hasrat untuk mengadakan Majlis Minum Petang Amal 'Rebuild Gaza For A Nation' ini juga ada insan-insan yang pertikai.

Mereka kata, 'sudah-sudahlah Rabbani. Jangan buat lagi. Entah duit itu sampai ke tidak'. Tapi hari ini bukti, acara ini berjalan dengan lancarnya," kata salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz.

Azadan meyakinkan bahawa usaha mereka telus tiada penipuan.

"Insya-ALLAH, saya yakin dengan usaha-usaha Mapim ini dan apa yang kami buat bukan tipu. Kami pun tak mampu nak makan duit haram... tidak ada yang bocor-bocor. Kita pun tahu makan duit haram itu memang haram.

"Kenapa kita perlu bersangka buruk? Sedangkan orang yang mengata itu tidak mengeluarkan satu sen pun," katanya.

Tambahnya, "orang kata biarlah menderma dan tutup mulut."

Azadan berkata pihak Mapim ada memanggil pihaknya bermesyuarat sekali dua setiap bulan bagi membentangkan pelaksanaan bantuan kemanusiaan di Gaza itu.

"Alhamdulillah kami dah buktikan isu Gaza ini bukan bermusim. Kami akan pastikan isu itu dikongsikan rakyat Malaysia dan tidak bermusim.

"Mapim selalu memanggil kami bermesyuarat sebulan sekali atau dua kli a ntuk menunjukkan perancangan-perancangan dan projek-perojek yang mereka telah lakukan," katanya.

Rabbani telah dilantik menjadi duta Rebuild Gaza Mapim.

Rabbani juga merancang untuk ke Gaza pada Hari Raya Haji nanti

Siti rancang ambil anak angkat


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Siti Nurhaliza, Rancang, Ambil, Anak Angkat
Siti Nurhaliza - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
30 Jun 2013

PENYANYI tersohor, Datuk Siti Nurhaliza mengakui berhasrat untuk mengambil anak angkat dari Gaza.

Namun, hasrat murni itu terhalang dek aturan di Gaza yang mana anak-anak tidak dibenarkan keluar dari bumi itu.

Berpeluang menemuinya di Majlis Minum Petang Amal, 'Rebuild For A Gaza Nation' anjuran Mapim dengan kerjasama Rabbani Production, semalam, penyanyi berusia 34 tahun ini berkongsi tentang perkara tersebut.

"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana," katanya kepada pemberita.

Terdapat 18,000 kanak-kanak di Gaza yang kehilangan ibu bapa dan hanya 500 daripadanya menerima cukup biaya.

Setakat ini, seramai 200 kanak-kanak Gaza sudah mempunyai keluarga angkat dari Malaysia.

Difahamkan, keluarga angkat ini menaja kanak-kanak yatim piatu di bumi tersebut.

"Saya pernah diberitahu pihak Mapim di mana saya boleh menaja mana-mana anak-anak di bumi Gaza.

"Insya-ALLAH. Itu saya rasa, satu usaha yang boleh saya bantu. Saya harus berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya.

Dalam pada itu, Siti mengajak umat Islam di negara ini agar turut sama-sama membantu kanak-kanak tersebut.

"... bukan saya saja. Saya nak uar-uarkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar sama-sama turut membantu," katanya.

Sebelum itu, Siti sempat melahirkan sekali lagi hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza jika diizinkan Tuhan.

"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," katanya.

Pihak Mapim turut mengalu-alukan hasrat Siti untuk menaja anak-anak di Gaza.

"Memang pihak Mapim ada beritahu beliau bahawa mereka sangat keberatan jika anak-anak mereka dibawa keluar.

"Maka, kami sangat mengalu-alukan Datuk Siti untuk memikirkan pembiayaan untuk seorang atau dua kerana ini akan memberikan contoh kepada artis lain," kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Tambahnya, "kerana masa depan Gaza itu bergantung kepada kanak-kanak. 52 peratus populasi di Gaza adalah kanak-kanak. Jika tidak diselamatkan, Gaza tak ada masa depan."

Siti Fazurina jumpa ibu


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Siti Fazurina, Jumpa, Ibu
Siti Fazurina


NOR ATIEYAH YUSOFF
30 Jun 2013

TAHUN lalu, kita dikecohkan apabila pelakon Dunia Anita, Siti Fazurina berkahwin secara senyap-senyap tanpa restu ibunya.

Malah hubungan keduanya dikhabarkan masih lagi keruh kerana ibunya masih terasa dengan perbuatan Fazurina itu.

Walaupun perkahwinan bersama Hykal Zulkifli tidak sah, ibu Fazurina tetap membenarkan anaknya bernikah untuk kali kedua pada 20 Mac lalu.

Fazurina berkata, dia nekad untuk memohon kemaafan atas kesilapannya itu dan mahu menjernihkan kembali hubungan mereka.

“Sempena Ramadan ini, saya mahu bertemu dengannya agar kami berbaik semula,” katanya.

Nelydia, Qi Razali hadiri kursus kahwin


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nelydia, Qi Razali, Hadiri, Kursus, Kahwin
Nelydia Senrose dan Qi Razali


NOR ATIEYAH YUSOFF
30 Jun 2013

HUBUNGAN Nelydia Senrose dan Qi Razali bukan lagi satu rahsia dan keduanya mengakui merancang untuk membawa hubungan tersebut ke gerbang perkahwinan.

Bagaimanapun, timbul desas-desus yang mengatakan Nelydia dan Qi sudah menghadiri kursus perkahwinan setelah sekeping gambar menunjukkan Qi yang bersongkok dan Nelydia bertudung manis.

Menerusi akhbar tempatan, Nelydia tampil menjelaskan supaya tiada salah faham berlaku akibat gambar yang dimuat naik di Instagram itu.

“Gambar tersebut tiada kena mengena dengan kursus kahwin. Sebenarnya kami perlu berpakaian sopan ketika di undang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3,” jelasnya.

Dilabel artis murahan Arja Lee buka buku baru


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Dilabel, Artis, Murahan, Arja Lee, Buka, Buku, Baru
Antara babak lakonan beliau.


AKMALIAH RAZAK 
30 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Dilabel, Artis, Murahan, Arja Lee, Buka, Buku, Baru
Arja Lee


SATU  ketika dahulu, namanya pernah dikecam teruk berikutan watak kontroversi sebagai pondan yang mengamalkan kehidupan homoseksual menerusi filem, ...Dalam Botol.

Bukan sahaja menerima kritikan hebat, malah nama pelakon, Arja Lee turut dikaitkan dengan kehidupan sebagai gay.

Enggan berpaling ke belakang dengan mencari punca kesilapan lalu, Arja atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli, 30, kini lebih terbuka dan tidak mahu lagi dilabel sebagai artis yang menempa nama menerusi kontroversi
murahan.

Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, pengalaman lalu cukup membuatkan dirinya lebih berhati-hati dalam memilih watak yang bersesuaian.

"Kontroversi lalu banyak mengajar saya untuk membawa diri dalam industri seni. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi mengulangi perkara yang boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terhadap saya.

"Cukuplah dengan kontroversi itu. Inilah masa untuk saya bangkit semula dan mengatur kehidupan serta karier yang lebih bermutu.

"Pun begitu, saya tidaklah terlalu selektif dalam memilih watak. Saya akan menerima apa jua watak yang bersesuaian mengikut kelancaran jadual karier.

"Tapi, jika watak itu meragukan, mungkin saya akan tolak dengan cara yang baik. Alhamdulillah, walaupun pernah diterjah dengan kontroversi hebat, namun masyarakat masih memberi peluang kepada saya untuk mewarnai
industri hiburan tempatan," katanya yang tampil sebagai Doktor Aaron menerusi drama bersiri, Misiku Kuza di Astro Ria.

Selain Arja, drama itu turut menampilkan barisan pelakon termasuk Erin Malek dan Hairul Azreen.

Bukan sekadar rupa

Sebelum ini, Arja pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian termasuk Akademi Fantasia (AF) dan Gangstarz.

Pun begitu, rezeki Arja lebih menyerlah dalam bidang lakonan apatah lagi, empunya diri ini memiliki pakej lengkap sebagai selebriti.

Bersyukur dengan rezeki yang diterima, akui Arja, bukan mudah untuk dirinya berada di tahap ini. Malah, dua tahun kebelakangan ini, barulah dia merasai nikmat dalam dunia lakonan yang sebenar.

"Alhamdulillah, rezeki saya dalam lakonan semakin mencurah-curah. Mungkin kerana usaha yang tidak pernah kenal erti lelah dan mengalah membuatkan saya lebih kuat untuk terus berada dalam industri.

"Saya bersyukur kerana diberi bakat dan juga sedikit rupa. Namun, bagi saya, rupa tanpa bakat tidak akan ke mana. Jadi, saya perlu buktikan perkara itu.

"Ada suara-suara kecil mengatakan rupa saya mirip pelakon hebat, Aaron Aziz dan Shahz Jazle. Namun, saya tak kisah jika ada yang mengatakan saya menumpang populariti mereka kerana ianya bukanlah satu kesalahan.

"Saya masih baru dalam industri dan mereka adalah selebriti berbakat yang boleh dijadikan contoh," katanya yang bakal muncul dalam beberapa drama termasuk Ramadan Yang Hilang, Firdausi Cinta dan Kasih Fitrah.


Jaga ibu sakit

Dalam usia yang menjangkau 30 tahun, sudah pastinya terdetik di hati Arja untuk memiliki pasangan hidup dan melengkapkan kehidupannya sebagai suami.

Namun, akui Arja, dia masih lagi berkeseorangan dan mencari calon sesuai dijadikan isteri.

Bukan senang untuk mencari teman sehidup semati ditambah pula keadaan ibunya, Salmah Aziz, 60, yang kini menderita penyakit kanser lelangit.

"Saya tidak mahu wanita yang hanya inginkan saya sehingga saya perlu mengabaikan tanggungjawab saya terhadap ibu. Sejujurnya, saya ada berkawan dengan beberapa wanita, namun mereka hanyalah kawan sahaja.

"Saya inginkan wanita yang boleh menerima saya dan keluarga. Jika mereka hanya mahukan saya, dia silap untuk mendampingi saya. Sebagai anak bongsu yang belum berumah tangga, saya bertanggungjawab menjaga ibu
saya.

"Selagi dia ada, saya akan menjaganya hingga ke hujung nafas saya. Inilah masanya untuk saya membalas jasa ibu yang membesarkan saya. Buat masa ini, keadaannya sangat lemah dan turut menjalani rawatan kimoterapi serta radioterapi di Hospital Selayang.

"Saya sangat kagum dengan semangat dan kekuatan ibu melawan penyakit kanser yang dihidapinya sejak 13 tahun lalu. Malah, doktor juga turut mengakuinya," katanya yang turut memberi cadangan agar penderitaan ibunya itu dikongsi dalam bentuk dokumentari.

Tiga ibu teruja menanti Ramadan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Ibu, Teruja, Menanti, Ramadhan
Nora Danish, Dynaz Mokhtar, Eira Syazira teruja
menanti Ramadan - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

NINA FARZUIN MD SHAROM
30 Jun 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Ibu, Teruja, Menanti, Ramadhan
Eira Syazira - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

SEDAR atau tidak lebih kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Ramadan.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Ibu, Teruja, Menanti, Ramadhan
Dynaz Mokhtar - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Pastinya, kedatangan Ramadan kali ini memberi erti dan keistimewaan di mana pelbagai persiapan dan perancangan telah diatur.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Tiga, Ibu, Teruja, Menanti, Ramadhan
Nora Danish - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

Sama seperti tahun lalu, aktres Nora Danish akan mengisi masa sepanjang Ramadan ini dengan aktiviti kebajikan tanpa menjalani sebarang penggambaran filem mahupun drama.

Begitu juga dengan Dynaz Mokhtar, yang akan tumpu sepenuhnya terhadap perniagaan labelnya, Dynas Nursing Attire (DNA), untuk mempromosikan produk khas untuk sambutan Aidilfitri.

Sementara Eira Syazira pula, kali pertama menyambut Ramadan bersama cahaya pertamanya, Amarra Sofea Rose memberi kebahagiaan buat rumah tangga yang dibina bersama suaminya, Azad Jazmin.

Berkesempatan hadir pada majlis sidang media Seindah Ramadan TV3 2013 di Restoran Al Rawsha baru-baru ini, Zass sempat menemu bual ketiga-tiga selebriti ini berkongsi sambutan Ramadan mereka tahun ini.

Nora berniaga

Sepanjang bulan puasa tahun ini, Nora memberitahu, dia akan memenuhi masanya dengan melakukan pelbagai aktiviti kebajikan.

Menurut Nora, dia yang dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3 bersama aktor, Adi Putra dan pengacara, Fiza Sabjahan akan menjelajah ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu menjalani aktiviti kebajikan di sana.

"Dalam program ini, kami akan memasak beberapa menu dan menjual juadah itu di bazar di Johor dan Terengganu. Kemudiannya hasil kutipan akan disalurkan ke rumah anak yatim terpilih.

"Selain kami bertiga, program ini jaga akan disertai beberapa selebriti lain yang turut memeriahkan Ramadan tahun ini," katanya.

Kata Nora lagi, selain mengikuti program itu, dia turut mengisi masa dengan memenuhi undangan majlis berbuka puasa yang dianjurkan sepanjang Ramadan ini.

"Sejak dua tahun lalu, memang saya tidak akan ambil mana-mana tawaran lakonan pada bulan puasa kerana saya mahu lakukan aktiviti seperti ini.

"Kalau boleh, bulan puasa ini juga saya mahu luangkan masa bersama keluarga dan masa selebihnya saya akan gunakan untuk hadir pada majlis-majlis buka puasa," katanya.

Hanya berkawan dengan Nadeem

Bagaikan sudah lali dengan kehidupan sebagai anak seni yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Nora sedikit pun tidak melatah, malah menjawab dengan tenang mengenai khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadeem.

"Saya ni memang suka berkawan dengan ramai orang dan saya pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul, mungkin juga sebab dia anak menteri.

"Saya kenal dia sudah lama, sebelum saya berkahwin lagi dan kami cuma berkawan dan tidak lebih dari itu. Khabar angin itu memang tidak benar," jelasnya.

Tambah Nora lagi, sepuluh tahun berada dalam industri hiburan membuatkannya bersedia menghadapi pelbagai cabaran seperti ini.

"Terus-terang, masa mula-mula bergelar pelakon, saya memang agak kecewa dengan perkara seperti ini. Tapi lama-kelamaan saya bersedia dengan asam garam bergelar selebriti.

"Sebenarnya sudah lama saya bersedia untuk bercinta dan berkahwin sekali lagi. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. Insya-ALLAH, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua," katanya.

Keterujaan Eira

Dalam pada itu, ternyata sambutan Ramadan tahun ini sedikit sebanyak memberi kelainan dan keistimewaan buat pasangan pelakon Eira dan Azad yang baru dikurniakan puteri sulung mereka enam bulan lalu.

Menurut Eira, jika tahun lalu bulan puasa disambut berdua, kali ini ia lebih meriah dengan kehadiran anak pertama mereka.

"Saya bersyukur dan bahagia dengan kehadiran anak pertama kami. Boleh dikatakan selepas Amarra dilahirkan, segala perkara berkaitan dengannya diutamakan terlebih dahulu.

"Walaupun Ramadan belum tiba, oleh kerana terlalu teruja, saya sudah menyediakan baju raya fesyen 'peplum' Amarra untuk sambutan Aidilfitri nanti," katanya sambil tertawa.

Dalam pada itu, Eira juga memberitahu, hasratnya untuk berehat sepanjang Ramadan ini tidak kesampaian apabila rezeki lakonannya semakin bertambah.

"Tapi, walaupun sibuk dengan lakonan, saya tetap akan beri keutamaan buat anak dan suami. Kalau saya tidak ada penggambaran, macam biasa saya akan masak untuk suami untuk berbuka sebab dia memang tidak suka
makan di luar.

"Sebolehnya saya mahu seimbangkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan kerjaya saya. Kalau diikutkan memang 24 jam tidak cukup untuk saya, tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk mereka," katanya yang turut
terlibat dalam lakonan drama Ramadan Yang hilang yang disiarkan sepanjang Ramadan di saluran TV3.

Dynaz promosi butik

Bagi Dynaz yang menjalankan perniagaan fesyen, ketibaan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

Menurut Dynaz, sepanjang Ramadan, dia akan fokus terhadap perniagaannya selain menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Safi Rania yang akan disiarkan di saluran Astro Prima.

"Sebelum Ramdan, saya selesai penggambaran drama Demi Dia yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi dan selepas itu saya akan beri fokus pada promosi produk terbaru DNA.

"Untuk raya tahun ini, kami ada menjual beberapa koleksi baju raya yang menarik untuk seisi keluarga. Semua baju itu adalah rekaan saya sendiri.

"Pada 7 Julai ini, saya akan mengadakan jamuan petang sempena mempromosikan koleksi baju raya DNA. Boleh dikatakan Ramadan tahun ini saya agak sibuk menguruskan perniagaan sahaja," katanya.

Selain itu, Dynaz turut memberitahu dia yang merupakan duta kepada lampin pakai buang, Pet Pet turut akan sibuk memenuhi jemputan untuk majlis berbuka puasa.

"Itu adalah antara aktiviti yang saya lakukan setiap tahun pada Ramadan. Bila ada masa lapang pula saya akan luangkan bersama keluarga," ujarnya.

Menyentuh mengenai perjalanan kariernya, Dynaz memberitahu, faktor utama dia menerima tawaran berlakon menerusi drama Demi Dia adalah kerana watak antagonis yang ditawarkan.

"Sudah lama saya tidak bawa watak seperti itu. Saya rasa cukup selesa membawa watak antagonis kerana ianya sedikit sebanyak dapat beri cabaran buat lakonan saya.

"Untuk drama ini, saya bawa watak sebagai Wanda. Dia seorang perempuan yang boleh dikatakan sangat mengutamakan keluarganya sehingga sanggup berbuat apa sahaja asalkan apa yang diinginkan untuk kebaikan keluarganya tercapai," jelasnya.

Yana Samsudin disunting anak VVIP?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Yana Samsudin, Disunting, Anak, VVIP


NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
30 Jun 2013

BERGELAR selebriti terkenal barangkali menjadi momen yang diidamkan.Apatah lagi sering mendapat perhatian apabila pergi ke mana sahaja dan juga peminat yang sentiasa setia di sisi.

Biarpun nampak manis luarannya, namun hakikatnya apabila bergelar seorang artis atau selebriti, mahu atau tidak, tiada lagi istilah kehidupan peribadi kerana semuanya akan menjadi perhatian.

Inilah yang harus dilalui aktres dan juga pengarah, Yana Samsudin yang terpaksa mengorbankan waktu peribadinya.

Tidak sekadar itu, ke mana sahaja dia pergi dan apa sahaja yang dibuatnya pasti menjadi perhatian, termasuklah kehadiran Yana ke sebuah majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam.

Semuanya gara-gara sekeping gambar Yana di sisi lelaki berkulit putih yang juga anak seorang tokoh korporat. Lebih menarik perhatian, apabila mereka berdua dikatakan sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini.

“Pertama kali mengetahui gosip ini bertebaran, saya hanya ketawa dan bersangka baik dan mengatakan ini semua perhatian mereka yang mengambil berat mengenai saya.

“Mungkin juga mereka mahu mengetahui cerita terbaru mengenai saya dan tidak hanya cerita karier semata-mata dan ada juga sesetengah orang di sini sememangnya lebih gemar membaca cerita mengenai gossip,” ujarnya tenang kepada Zass.

Bukan pertama kali dikaitkan dengan jejaka dalam hidupnya, Yana mengakui dia sudah lali apatah lagi pengalaman selama 10 tahun berada dalam industri seni banyak mematangkannya.

“Saya tidak mahu cepat melenting. Tapi dari sudut kurang baiknya pula, perkara sebegini boleh menimbulkan salah faham. Ia juga melibatkan maruah saya dan keluarga.

“Saya tak mahu ada yang berkecil hati dengan saya dan menganggap saya tidak mengundang pihak-pihak tertentu ke majlis pertunangan saya, walhal saya tidak pernah dirisik, jauh sekali bertunang,” jelasnya.

Ditebak mengenai status dirinya, Yana berkata, “Seperti biasa, saya masih lagi single. Apabila tiba masanya, jika benar saya dirisik dan akan bertunang, saya pasti akan berkongsi khabar gembira ini kepada semua.

“Namun, buat masa ini saya harap peminat dan pihak lain bersabar dan janganlah buat spekulasi bukan-bukan mengenai diri saya,” katanya.

Yana Super Cookish

Dalam pada itu, ditebak mengenai aktivitinya menjelang Ramadan ini, Yana berkata, dia kini mula sibuk dengan perniagaan biskut raya di bawah jenama Yana Super Cookish.

Katanya, biarpun ada yang merasakan dia jarang muncul di kaca televisyen, dia masih aktif dalam bidang lain.

“Resipi ini sememangnya dari saya dan apabila saya sibuk, pekerja saya yang akan buat biskut ini. Antara biskut yang saya jual adalah Choco Kak Yong, Super Star Berry, Hazel Ball dan lima lagi seleksi pilihan,” katanya.

Yana berkata, buat masa ini dia sudah merancang untuk membuka sebuah booth di USJ 1, Subang Jaya ketika Ramadan ini, namun segalanya masih dalam perancangan.

“Kalau ikut perancangan memang di situlah, tapi saya takut ada perubahan. Selain booth, saya juga turut melantik ejen di seluruh Malaysia untuk menjual biskut saya dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan melalui agen saya termasuk di Singapura dan Brunei.

“Saya juga bersyukur kerana belum pun puasa, sudah ada tempahan yang dibuat dan ia adalah perniagaan yang saya sudah mulakan sejak tahun lalu,” katanya.

Tahun bonus

Dalam pada itu, Yana sempat berkongsi kegembiraannya apabila mengukir kemenangan berganda di Anugerah Blockbuster selepas memenangi trofi Heroin terhebat dan trofi Pelakon Wanita Filem Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

“Alhamdulillah, bagi saya ini adalah tahun bonus buat saya kerana ALLAH SWT mengurniakan rezeki dengan trofi kemenangan itu kepada saya.

“Sejak mula berkecimpung dalam bidang seni, saya memang tidak pernah target untuk menang sebarang anugerah. Tapi kerana ia sudah tertulis dan saya bersyukur.

“Saya anggap segala kemenangan saya sebelum ini adalah pendorong buat saya bekerja dengan lebih keras dan kuat kerana bukan selamanya kita sentiasa berada di atas,” katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Abang Long vs Kak Long dan Malaikat Di Pintu yang ditayang di TV3, Ramadan dan Syawal ini.

Aizat: 'Saya sedang bereksperimen'


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Aizat, Saya, Sedang, Bereksperimen
Aizat Amdan

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
29 Jun 2013

PENYANYI, Aizat Amdan yang kini sedang menyiapkan album solo ketiganya berkongsi rahsia bahawa dia sedang bereksperimen dalam album tersebut.

“Setakat ini, konsep atau ‘sound’ apa yang saya akan pakai untuk album ketiga ini masih belum jelas.

“Tapi bila saya tengok album pertama dan album kedua, saya rasa saya nak buat eksperimen dengan cara saya sendiri,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Aizat berkolaborasi dengan nama-nama besar dalam industri muzik seperti Yuna, Azlan and The Typewriter  dan Zee Avi untuk album solo ketiganya ini.

“Untuk lagu ciptaan saya yang berkolaborasi dengan Zee Avi itu sebenarnya, saya buat untuk saya sendiri tapi apabila Zee Avi dengar dia kata sedap, jadi, kami kolaborasilah,” katanya.

Menyentuh soal kisah cintanya, penyanyi berusia 24 tahun ini mengakui hatinya masih belum dimiliki.

“Apabila orang bercakap tentang muzik saya, lagi saya suka sebab itu yang saya nak buat pada awalnya.

“Hubungan itu suatu perkara yang...tak tahulah. Untuk sekarang ini, sudah tentulah ‘seeing people, meeting people’ nak tengok serasi ke tidak,” katanya.

Tambahnya, "saya masih ‘single’ lagi. Dengan Zee Avi hanya kawan. Saya selesa kerja dengan dia. Dia profesional dan nyanyi pun sedap," menjawab gosip yang bertebaran mengaitkan mereka berdua. 

Satu Lawan Satu pertaruhan terbaru Pierre


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Satu Lawan Satu, Pertaruhan, Terbaru, Pierre
Babak dalam filem Satu Lawan Satu

NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
29 Jun 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Satu Lawan Satu, Pertaruhan, Terbaru, Pierre
Babak dalam filem Satu Lawan Satu


FILEM seram sudah, komedi sudah, romantik juga sudah, kini, Pierre Andre kembali pula dengan sebuah filem aksi.

Menariknya, filem 1 Lawan Satu yang memaparkan pelbagai jenis seni mempertahankan diri ini mempertaruhkan ramai muka baru, termasuk adik Pierre, Mikail Andre yang turut membawakan watak utama.

Bukan filem eksperimen sebaliknya, setiap aksi yang dipaparkan dalam filem ini adalah kepuasan dari Pierre sendiri dalam aspek pengarahan.

Malah, dia juga sudah lama mengimpikan untuk mengarah sebuah filem aksi. Maka berdasarkan beberapa penyelidikan yang dibuat, Pierre seterusnya menghasilkan skrip, sebelum ke kerusi pengarah.

Mempertaruhkan adiknya sendiri sebagai teraju utama, Pierre berharap tidak ada pihak yang mempertikaikan pilihannya dan ia bukan kerana pilih bulu, tetapi sebaliknya mahu memberi peluang kepada penonton.

Sebagai pelakon baru, ternyata darah seni yang mengalir dalam tubuh Mikail membuatkan dia berjaya membawakan watak Radhi dengan baik.

Tidak banyak dialog yang dilontarkan, sebaliknya Mikail banyak bermain dengan emosi dan watak.

Kurang dialog, sarat aksi

Bagi mereka yang benar-benar dahagakan sebuah filem sarat dengan aksi, anda wajib menonton filem ini.

Boleh penulis katakan, sepanjang 83 minit filem ini berjalan, hampir 70 peratus di latari dengan babak-babak pertarungan berbanding dialog.

Bagaimanapun, ia bukannya babak pertarungan semata-mata, sebaliknya ia disesuaikan dengan keadaan dan jalan cerita yang bergerak seiring.

Teknik kamera juga banyak membantu mencantikkan filem ini, sehingga ada kalanya ia membuatkan penonton terasa debaran dalam setiap pertarungan.

Antara Saleh dan Radhi

Setiap pejuang mempunyai kisah-kisah mereka tersendiri, begitu juga Saleh dan Radhi, dua pejuang yang telah bertemu di arena untuk memperjuangkan maruah dan cinta mereka.

Saleh datang dari keluarga yang mengajar beliau untuk memperjuangkan dan melindungi maruah keluarga, manakala Radhi berjuang demi kehidupan adiknya. Saleh datang ke bandar untuk mencari adiknya yang hilang, Saleha.

Namun, beliau mendapat tahu bahawa Saleha telah ditangkap oleh Oman. Dengan Nora di sisinya, Saleh cuba mencari jalan untuk menyelamatkan Saleha.

Lain pula bagi Radhi, Oman adalah seseorang yang membayar dia untuk berlawan.

Radhi menjadi mainan Oman untuk mendapatkan keuntungan dan nasib membawanya serta Saleh menyertai arena pejuang Super Malaysia 2012.

Siapakah yang akan memenangi pertandingan ini? Adakah Saleh akan menang dan menyelamatkan Saleha? Atau Radhi akan menang dan menyelamatkan insan yang dicintainya?

Saksikanlah kesudahan filem ini di pawagam berdekatan anda!

20 pembaca bertuah sertai Laser War Zone


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 20, Pembaca, Bertuah, Sertai, Laser War Zone
Juara disandang oleh pasukan Ong.


NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
29 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 20, Pembaca, Bertuah, Sertai, Laser War Zone
Peserta bergambar kenangan selepas tamat permainan anjuran Laser War Zone
dan RAM Entertainment serta dibarakan oleh Sinar Harian.

SEMPENA  tayangan filem Badges Of Fury yang mula dipertontonkan semenjak 27 Jun lalu, pihak pengedar filem, RAM Entertainment Sdn Bhd dan Sinar Harian menganjurkan acara Laser War Zone.

Acara yang diadakan pada 25 Jun lalu di aras satu, pusat membeli belah e@Curve, Mutiara Damansara bersama 20 pembaca bertuah Sinar Harian.

Menariknya, acara yang dirancang oleh RAM Entertainment Sdn Bhd ini bertujuan memberi peluang kepada pembaca bertuah merasai sendiri debaran bersaing di dalam gelap.

Menurut Eksekutif Penjenamaan Sinar Harian, Khairil Fithry Mustapha AlBakri, acara yang bermula pada jam 6 petang itu menyaksikan 20 pembaca tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan.

Katanya, acara tersebut hanya berakhir pada jam 8 malam dan kesemua yang terlibat berpuas hati sepanjang berada dalam permainan ini.

"Permainan ini ala-ala Paintball, cuma bezanya ia tidak sakit dan permainan berlangsung dalam keadaan gelap dengan menggunakan laser.

"Menariknya, sesiapa yang terkena laser akan dikira mati untuk beberapa minit sahaja dan dia boleh kembali bermain selepas itu.

"Markah keseluruhan pula akan dikira berdasarkan kumpulan mana yang berjaya menepis tembakan dan kemenangan akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi," katanya kepada Zass.

Fithry berkata, acara seperti ini secara tidak langsung menyuntik semangat peserta yang bertuah untuk menonton filem Badges of Fury yang dipertontonkan lebih awal.

150 sertai sesi pratonton

Sementara itu, kira-kira 150 orang pembaca memenuhi ruang legar Cathay Cinneplax, e@Curve untuk menonton filem Badges Of Fury.

Menurut Fithry, sambutan daripada pembaca sememangnya luar biasa, apatah lagi iklan mengenai tayangan tersebut dibuat dalam masa beberapa hari sahaja.

"Wakil RAM sememangnya berpuas hati dengan kedatangan pembaca dan rata-ratanya memberi komen positif terhadap filem ini.

"Ada juga di antara pembaca yang hadir berharap Sinar Harian akan lebih kerap mengadakan sesi pratonton sebegini kepada pembaca.

"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak RAM Entertainment Sdn Bhd dan Laser War Zone, serta Cathay Cinneplax kerana memberi peluang kepada Sinar Harian dan pembaca
setia mengikuti hari yang baik," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pembaca yang hadir pada sesi tayangan Badges Of Fury berpuas hati dengan perjalanan jalan cerita yang dipaparkan.

Menurut salah seorang pembaca, Nurul Fadhillah, 30, filem ini amat sesuai ditonton seisi keluarga kerana ia memaparkan jalan cerita yang santai dan menghiburkan.

"Walaupun ia sebuah filem aksi, tetapi kebijaksanaan pengarah menyelitkan babak komedi akan membuatkan penonton rasa lebih santai, sepanjang menonton filem ini," katanya.

Jet Li kembali


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Jet Li, Kembali
Babak dalam filem Badges Of Fury


NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
29 Jun 2013

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Jet Li, Kembali
Babak dalam filem Badges Of Fury


NAMA Jet Li dan filem aksi seakan-akan tidak boleh dipisahkan. Sejak awal kemunculannya lagi, Jet Li sering mengagumkan peminat dan penonton dengan aksi-aksi pertarungan yang menarik.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Jet Li, Kembali
Babak dalam filem Badges Of Fury


Jika sebelum ini dia lebih terkenal sebagai watak lelaki berkepala separa botak, dengan tocang panjang hingga ke pinggang, kini dalam versi yang lebih moden, Jet Li kembali membawakan watak polis yang lebih segak, tetapi pandai berkungfu.

Tentunya, kehadiran Jet Li dalam filem Badges Of Fury arahan Wang Zi Ming sebagai pegawai polis bernama Huang dapat mengubat kerinduan peminat terhadap Jet Li.

Tidak hanya mempertaruhkan aksi-aksi kung fu dan seni mempertahankan diri semata-mata, Zi Ming turut menyelitkan beberapa babak komedi dalam filem ini.

Pendek kata, dalam keadaan tegang antara pihak polis menentang penjenayah, ada sahaja peristiwa lucu yang terjadi dan ada kalanya mengundang rasa nakal di mata penonton.

Filem ini mengisahkan tentang dua rakan polis Hong Kong, Wang dan Huang yang penuh dengan konflik. Huang muak dengan perangai Wang yang berperwatakan tidak matang dan sentiasa membawa masalah kepada mereka.

Mereka kemudian berhadapan dengan satu kes pembunuhan bersiri. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati kesemua mangsa bunuh merupakan bekas teman lelaki Liu.

Bagi menangkap pembunuh tersebut, salah seorang daripada mereka perlu menyamar untuk menjadi teman lelaki Lui.

Aksi menarik

Tidak hanya memaparkan aksi pertarungan semata-mata, Zi Ming turut menyelitkan beberapa Imej Janaan Berkomputer (CGI) untuk beberapa babak.

Biarpun ada ketikanya kelihatan babak tersebut agak pelik, namun pada pendapat penulis, kebanyakan filem Hong Kong sememangnya mempunyai babak sebegitu, dan ia bersesuaian dengan jalan cerita.

Justeru, jangan berfikir mengenai logik melihat seseorang boleh 'terbang' dan melompat dengan tinggi kerana ia adalah filem kung fu dan ia adalah sebahagian dari kemahiran orang yang pandai berkungfu.

Malah, ada ketikanya pula, babak yang menyelitkan CGI membuatkan ia kelihatan lebih menarik dan melengkapkan jalan cerita.

Misteri senyuman

Perkara menarik yang berlaku dalam filem ini adalah kematian misteri ke semua teman lelaki Liu yang di temui dalam keadaan senyum.

Malah, dari awal filem lagi, penonton akan di selubungi dengan tanda tanya mengenai siapakah pembunuh dan mengapakah mereka ditemui dalam keadaan senyum.

Namun, semua itu akan mula terjawab sedikit demi sedikit dan ada ketikanya, penonton akan mula mengesyaki orang lain sebelum akhir, Wang dan Huang mula merungkai misteri satu per satu.

Bagi mengetahui siapakah pembunuhnya dan mengapakah dia membunuh semua teman lelaki Liu, jangan lupakan saksikan filem bergenre aksi komedi ini di pawagam.

Johnny Depp terus diminati


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Deep, Terus, Diminati


MARINA SAHABUDIN
29 Jun 2013

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Deep, Terus, Diminati


SIAPA yang tidak kenal dengan aktor tampan yang sinonim dengan pelbagai karakter unik dalam setiap filem yang diterajuinya ini.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Deep, Terus, Diminati


Berikan sahaja apa watak, pasti dia mampu merealisasikan dengan baik.

Sedikit mengenai perjalanan karier pelakon kelahiran Kentucky ini, ia bermula ketika dia berusia 26 tahun.

Menariknya, meskipun masih 'hijau' dalam bidang seni, namun pelakon kesayangan ramai ini diberi kepercayaan untuk menjadi teraju utama dalam drama bersiri 21 Jump Street.

Satu alasannya menerima tawaran berlakon drama tersebut hanyalah kerana dia akan digandingkan dengan pelakon legenda, Frederic Forrest, yang menjadi idolanya untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Selepas itu, empunya nama John Christopher Depp ini mula menjadi perhatian apabila drama itu berjaya menyerlahkan bakat lakonannya.

Dalam sekelip mata, pelakon yang lebih dikenali sebagai Johnny Depp ini menemui era kegemilangannya di Hollywood.

Sehinggakan ada sahaja lamaran  pengarah yang mahukan dia membintangi filem mereka untuk watak utama.

Pun begitu, Depp punya pendirian tetap, hanya memilih karya yang mampu memberi kepuasan kepadanya sahaja.

Antara filem lakonan hebatnya sekitar tahun 1980 adalah seperti Nightmare on Elm Street, Private Resort, Slow Burn, Platoon dan Cry-Baby.

Kemunculan lelaki gunting

Mungkin wajah tampan Depp ketika menjadi lelaki gunting atau Edward Scissorhands masih terbayang di mata peminat filem sehingga ke hari ini.

Mengangkat judul sama, Edward Scissorhands, filem tersebut nyata memberi impak bukan sahaja kepada Depp sebaliknya juga buat industri seni kerana lakonan mantapnya.

Sehingga kini jika filem ini dibikin semula, rasanya tiada siapa mampu menggantikan tempat pelakon yang sudah berusia 50 tahun ini.

Mengakui tidak pernah melupakan momen indah kejayaan filem 'berhantu' itu, Depp meluahkan rasa bangganya kerana pengarah Tim Burton memberi kepercayaan kepadanya menjadi Edward.

"Filem ini benar-benar membuka mata peminat akan kehadiran saya, malah orang-orang industri juga semakin sedar kemampuan saya ketika itu," katanya.

Jadi Orang Asli

Dalam pada itu, pemilik Anugerah Akademi bagi kategori Aktor Terbaik sebanyak tiga kali ini terus mencuri tumpuan peminat sehingga ke hari ini.

Walaupun umurnya sudah mencecah ke separuh abad namun pelakon yang terkenal dengan sekuel Pirates of the Caribbean ini sentiasa muncul dengan buah tangan terbaru.

Jika tahun lalu dia menghantui fikiran penonton menerusi filem Dark Shadows sebagai Barnabas Collins, kali ini, Depp akan menjadi Tonto, iaitu orang Asli Amerika yang bertanggungjawab menuntut keadilan atas kemusnahan kampungnya.

Ujar Depp, menjadi Tonto tidak pernah dibayanginya sebelum ini.

"Saya sudah biasa memainkan peranan dan karakter yang tersendiri, dan kali ini saya mahu penonton nampak perbezaan dalam diri Tonto pula," katanya yang pernah terjatuh dari kuda dan tercedera ketika pembikinan filem ini dijalankan.

Wala juara Raja Lawak 7


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Wala, Juara, Raja Lawak 7


RAZIATUL HANUM A.RAJAK 
29 Jun 2013

KUMPULAN Wala diumumkan juara Raja Lawak musim ketujuh, malam tadi dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM 100,000.

Peserta dari Sabah yang dianggotai Wan Mustapha Muntek dan Walawd Parman itu menampilkan persembahan yang konsisten di Gelanggang Raja Lawak Akhir, malam tadi.

Tempat kedua milik Sakan yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Sementara tempat ketiga dimenangi peserta dari Singapura, Bora dan tempat keempat milik Gamat.

Masing-masing finalis membawakan dua sketsa komedi yang bertemakan bebas dan komedi muzikal.

Menurut juri tetap, Datuk AC Mizal, persembahan Wala bersama artis jemputan, Rahim R2 adalah persembahan yang sepatutnya berada di pentas akhir.

"Akhirnya, inilah sepatutnya persembahan untuk final Raja Lawak. Tak perlu slapstik," katanya

Sementara Saiful Apek berkata persembahan kedua Wala yang mengangkat idea pawang antara yang terbaik pada malam itu.

"Apabila anda buat terlampau bagus, tak tahu dah nak buat apa lagi supaya bagus. Ini persembahan terbaik malam ini," katanya.

Saingan sengit diberikan oleh Sakan yang turut menampilkan persembahan yang disifatkan layak berada di pentas akhir oleh AC Mizal.

"Tak perlu saya pertikaikan persembahan anda di pentas akhir ini. Bagi saya, anda sudah boleh berjuang dalam industri selepas ini," katanya.

Format pemarkahan masih dikekalkan di mana ia ditentukan sepenuhnya oleh undian SMS.

Gelanggang Raja Lawak Akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA menyaksikan Johan dan Zizan yang bertindak sebagai pengacara yang menggamatkan pentas dengan keletah mereka.

5 juta tonton BMB akhir


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 5, Juta, Tonton, BMB, Akhir
Bintang Mencari Bintang


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

BAGAIKAN mencipta sejarah tersendiri apabila program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama yang bersiaran secara langsung Ahad lalu ditonton lima juta penonton.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin, pihaknya teruja dengan sambutan yang diterima terhadap program tersebut.

"Kami teruja dengan sambutan positif yang diterima daripada penonton apabila rating konsert BMB Akhir mencecah hampir 5 juta penonton sewaktu bersiaran.

"BMB bukan sahaja membuka peluang kepada sifu-sifu untuk mencari pelapis tetapi ia juga merupakan platform terbaik bagi anak-anak didik untuk menimba ilmu dan pengalaman serta menggilap bakat bagi meneruskan legasi sifu mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BMB juga mencipta fenomena menerusi laman web rasminya, di mana hampir 256,000 penonton melayari laman web tersebut.

"Kelainan yang dibawakan oleh laman web rasmi BMB ialah para peminat boleh menjadi sebahagian daripada program ini dengan adanya skala bintang yang membolehkan mereka mengundi persembahan anak didik.

"Lebih menarik, tontonan video telah mencecah hampir 560,000 termasuk tontonan video eksklusif di sebalik tabir menerusi komputer, telefon pintar dan tablet dimana sebanyak 400,000 tontonan video menyumbang kepada Live TV di Tonton sepanjang BMB bersiaran," katanya.

Ahad lalu, pentas akhir BMB menyaksikan anak didik Harun Salim Bachik, Achey muncul juara yang membawa pulang RM200,000 beserta trofi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan