Cari Artikel

Friday, June 28, 2013

Rumah Almy Nadia terbakar


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Rumah Almy Nadia, Terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

RUMAH pelakon, Almy Nadia di kampung terbakar dalam satu kejadian minggu lalu dan ibunya, Roshida Hashim, 45 pula dikhabarkan patah tulang rusuk kanan akibat jatuh dari bilik air.

Ibu Almy dikatakan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dipetik dari Mstar, Almy memberitahu dia tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

"Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain," katanya.

16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

"Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.

iskandarX: hmmm naper la Nadia pindah ke Pondok Upih? Kampung is tak best ker? Rasanya peminat Nadia lagi ramai kat sini.

Pelakon terbabit kes dadah pukul jurugambar


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pelakon, Terbabit, Kes, Dadah, Pukul, Jurugambar


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

PELAKON lelaki yang ditahan sekali lagi membabitkan kes dadah dilaporkan bertindak kasar terhadap juru gambar bagi mengelak gambarnya dirakam, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, anak kepada pelakon veteran ini mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa juru gambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Dia menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera juru gambar lain.

Ketika itu, dia sedang dibawa anggota polis di bangunan Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan, kelmarin.

Pelakon terbabit dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta pelokon terbabit direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

"(Dia) bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya. Kami difahamkan dia ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri (pelakon itu), dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman. Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan pelakon itu dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka.

SRK puji Kajol


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, SRK, Puji, Kajol, Shah Rukh Khan


LAKONAN hebat Shah Rukh Khan bersama Kajol sejak era 90-an sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Seiring dengan jolokan 'couple' paling serasi, banyak filem-filem lakonan mereka mencapai box-office.

Antaranya Diwale Dulhania La Jayange, Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhi Gam.

Menurut SRK, dia juga masih berharap agar mereka dapat digandingkan lagi. Malah dia percaya ramai yang menantikan kemunculan mereka di layar perak.  

"Saya sangat kagum dengan Kajol. Dia sangat bijak menjiwai watak yang diberikan.

"Jika diberi tawaran untuk digandingkan bersama, sememangnya saya tidak akan menolak," kata SRK.

Theroux, Aniston berbeza selera!


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Therous, Aniston, Berbeza, Selera


BILA lagi agaknya pasangan, Justin Theroux dan Jennifer Aniston akan melangsungkan perkahwinan mereka?

Nampaknya peminat perlu menunggu lebih lama apabila pasangan ini masih menangguhkan perkara itu hanya kerana belum mencapai kata sepakat untuk menetap di mana selepas berkahwin.

Menurut sumber, Aniston ingin menetap di Los Angelas, manakala Theroux memilih kota New York.

"Jennifer enggan menetap di New York kerana tidak mahu diburu paparazi. Berbeza pula dengan Theroux yang sangat menyenangi kota yang agresif itu.

"Hampir setiap hari mereka berdebat tentang perkara ini. Masing-masing punya cita rasa tersendiri. Oleh kerana itulah perkahwinan mereka masih tertangguh," kata sumber.

Chris Brown terlibat langgar lari?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Chris Brown, Terlibat, Langgar, Lari


PENYANYI kontroversi, Chris Brown, kini berdepan dengan tuduhan langgar lari.

Pelantun Don’t Wake Me Up itu dikatakan melakukan kesalahan itu pada Mei lalu.

Bagaimanapun, menurut sumber, bekas kekasih Rihanna itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

"Chris menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai kemalangan yang berlaku itu.

"Dia rasa ada pihak yang sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan kariernya," kata sumber itu.

Sementara, Brown menerusi Twiternya turut menafikan perkara itu. Katanya, tuduhan itu sangat keterlaluan dan sengaja ingin menjejaskan reputasinya sebagai artis.

Alyah tutup Instagram pula


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Alyah, Tutup, Instagram, Pula


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
28 Jun 2013

SETELAH menutup akaun laman sosial, Twitter sebelum ini, penyanyi Alyah memberitahu bakal menutup laman sosial, Instagram pula dalam masa terdekat ini.

Keputusan itu katanya diambil kerana mahu memberi fokus kepada proses pembikinan album terbarunya.

"Saya akan tutup Instagram buat sementara sebab saya perlu fokus pada album terbaru saya.

"Bukan saya tak hargai peminat tapi saya lebih suka peminat terima saya seadanya. Lebih baik saya ada seorang peminat yang begitu daripada ramai peminat tapi menghentam saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut soal itu, penyanyi berusia 32 tahun ini mengakui tertekan apabila membaca komen-komen berbaur hentaman yang ditulis pengikutnya di Instagram itu.

"Saya suka baca komen-komen itu tapi apabila dah terbaca, saya tertekan," ujarnya berterus-terang.

Alyah berharap album terbarunya itu dapat disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Seperti yang diketahui umum, penyanyi Kisah Hati ini sudah berhijrah sejak menunaikan umrah baru-baru ini.

Bercakap soal penghijrahan itu, Alyah memberitahu dia sering mengingatkan peminatnya agar tidak mengaitkan penghijrahan itu dengan kariernya.

"Ada yang kata, apabila saya sudah bertudung, saya dah insaf. Saya tertanya juga, apa yang saya buat sebelum ini? Saya cuma cuba jadi lebih baik.

"Saya selalu ingatkan peminat, jangan campurkan karier saya dengan penghijrahan saya," katanya.

Merasakan kehidupannya lebih baik selepas berhijab, Alyah masih terus belajar.

"Saya rasa kehidupan saya sudah sempurna. Tapi, banyak perkara yang saya masih dalam proses belajar lagi," katanya.

Ketika kisah cintanya disentuh, Alyah lebih memilih untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Saya ikut arus, kalau memaksa sangat....sebab saya pernah lalui putus tunang sebelum ini," katanya yang meluahkan sebenarnya sudah sedia untuk mendirikan rumah tangga sejak berusia 26 tahun lagi.

Menurut Alyah, meskipun orang luar melihatnya tabah, namun dirinya tetap manusia biasa.

"Orang kata saya 'iron lady', kebal dan macam-macam lagi tapi saya ini orang biasa.

"Bila ada gosip, saya tetap menangis," katanya.

iskandarX: Asyik tutup akaun je macam nak menyepi je? Ini masalah orang Malaysia, alasan nak focus, kenapa? tak boleh ker biarkan sahaja akaun tu? Dah jadi terkenal, famous pun, upah lah sorang untuk updatekan news sendiri kat micro social network tu, baru senang orang tahu apa cerita terbaru, dan lebih meluas.

Siapa juara Raja Lawak 7?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Siapa, Juara, Raja Lawak 7


AKMALIAH RAZAK
28 Jun 2013

SELAMA 11 minggu bersiaran, akhirnya rancangan realiti, Raja Lawak 7, bakal melabuhkan tirainya.

Hari ini, empat kumpulan iaitu, Gamat, Bora, Sakan dan Wala akan berentap meraih gelaran juara musim ketujuh ini.

Bertepatan dengan slogan musim ini, Takkan Lawak Hilang Di Dunia, pentas akhir Raja Lawak 7 akan membawakan tema Bebas dan Komedi Muzikal dan turut menampilkan persembahan pelawak terkenal bersama peserta.

Raja Lawak 7 juga masih mengekalkan format terdahulu di mana sistem pemarkahan peserta ditentukan sepenuhnya kepada undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sebelum ini, setiap persembahan peserta akan dikritik oleh pengkritik yang terdiri daripada Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Aliff.

Bersiaran secara langsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada jam 10 malam, rancangan ini juga dibawakan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD.

Juara Raja Lawak 7 bakal membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 dan naib juara pula akan membawa pulang RM50,000.

Untuk tempat ketiga pula, mereka bakal meraih hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Rancangan lawak yang diminati ramai ini juga bakal menampilkan duo hebat, Johan dan Zizan sebagai pengacara.

Linkin Park kembali ke Malaysia


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Linkin Park, Kembali, Ke, Malaysia


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

SELEPAS hampir sedekad mengadakan konsert di Malaysia, kumpulan metal, Linkin Park bakal kembali beraksi di sini sempena konsert jelajah dunia ‘Living Things’ yang bakal diadakan pada 19 Ogos depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Konsert yang dijangka bermula pada jam 8 malam bakal membawakan kesemua anggota kumpulan ini iaitu vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Kumpulan yang berasal dari California, Amerika Syarikat pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah platinum ini turut berjaya menjual album mereka lebih 50 juta unit di seluruh dunia dan menjadi kumpulan muzik terbesar di Facebook apabila berjaya mengumpul seramai 53 juta peminat.

Ketika melancarkan album pertama berjudul Hybrid Theory 13 tahun lalu, Linkin Park mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radio Alternatif di Amerika Syarikat.

Kini dengan terhasilnya album terbaru berjudul Living Things (Machine Shop Recordings /Warner Bros), Linkin Park sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain abad ini, apabila album terbaru itu menduduki carta jualan nombor satu di lebih 20 buah negara.

Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara dan tidak akan ke Thailand, Singapura, dan Indonesia kerana kesuntukan masa.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 'Living Things' ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat band ini boleh mendapat tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas, tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP.

Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka.

Peminat yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau www.facebook.com/thewonderlandplus untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pasangan baru Jaclyn Victor


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pasangan, Baru, Jaclyn Victor


NINA FARZUIN MD SHAROM 
FOTO: ADAM SULAIMAN
28 Jun 2013

KEHEBATAN suaranya bukanlah calang-calang, malah bakat yang dimiliki bekas juara program realiti Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor ini sememangnya tiada tandingan.

Bukan sahaja berjaya meraih pelbagai kejayaan dalam industri muzik tempatan, malah penyanyi berusia 35 tahun ini turut mengharumkan namanya di persada antarabangsa.

Sepanjang sembilan tahun pembabitan dalam industri muzik, Jaclyn telah melahirkan empat album seperti Gemilang, Inilah Jac, Jaclyn Victor 3 dan 3 Suara.

Bagi meneruskan perjuangannya, Jac kini sekali lagi tampil dengan album terbarunya, Ikut Rentakku di mana ia juga album pertamanya di bawah naungan syarikat rakaman KRU Muzik.

Apa yang membanggakan mengenai album ini, ia turut menyelitkan sebuah lagu kolaborasi bersama sebuah kumpulan antarabangsa popular pada 90-an, Az Yet berjudul Magical Moment yang diilhamkan oleh Edry Abdul Halim dan Shawn Rivera.

"Sejak awal diumumkan pihak KRU mengenai kolaborasi ini, saya seakan tidak percaya dengan apa yang mereka rancang untuk album ini.

"Sehinggalah proses rakaman dijalankan, saya rasa sangat tidak percaya dan boleh kata speechless dengan apa yang berlaku.

"Maklumlah, Az Yet terkenal di seluruh dunia, memang saya terasa sangat kerdil ketika itu. Ini adalah antara pengalaman yang paling berharga buat saya untuk melangkah lebih jauh," jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai album tersebut, Jac memberitahu, album terbarunya itu memiliki keistimewaannya yang tersendiri begitu juga dengan album-album sebelumnya.

"Setiap album yang saya keluarkan memang dekat dengan hati saya kerana ia dihasilkan dengan usaha keras saya sendiri.

"Untuk album ini, saya dan Edry selalu membuat perbincangan dan saya gembira kerana dia amat memahami kehendak dan cita rasa saya. Apa yang boleh dilihat menerusi album kali ini adalah kematangan saya daripada pelbagai aspek," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Ikut Rentakku di Zouk, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ikut Rentakku memuatkan lapan lagu iaitu Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri (runut bunyi filem 29 Februari), Ikut Rentakku, Magical Moment, senafas Baru, Bersama Kamu, Hilang dan rakaman istimewa Sedetik Lebih.


Kerjasama berbaloi

Menyentuh mengenai perjalanan kariernya di bawah naungan KRU Muzik, Jac akui dia bersyukur kerana kerjasama itu membuahkan hasil yang baik.

"Setelah hampir dua tahun bekerja dengan pihak KRU Muzik, saya sangat gembira kerana setiap produk yang dikeluarkan semuanya berjaya menambat hati pendengar.

"Itu sudah cukup buat saya gembira dan berpuas hati. Saya amat harap kerjasama ini dapat diteruskan memandangkan ia memberi kesan positif terhadap kerjaya saya," katanya.

Pada perkembangan lain, Jac memberitahu, pihak KRU Muzik telah merancang untuk menghasilkan muzik video Ikut Rentakku dan mengatakan proses penggambaran dijadualkan dalam masa terdekat.

Catriona Ross: Ramadan tanpa ibu


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Catriona Ross, Ramadhan, Tanpa, Ibu


AKMALIAH RAZAK
28 Jun 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Catriona Ross, Ramadhan, Tanpa, Ibu


SEBAGAI manusia, tiada dugaan dan cabaran yang paling besar selain kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata.

Namun, yang pergi tetap akan pergi dan sebagai khalifah yang masih bernyawa, kita perlu meneruskan perjalanan hidup.

Diduga dengan kehilangan ibunda tercinta dalam nahas jalan raya pada Februari lalu, siapa yang mampu menduga gejolak di jiwa pelakon, Catriona Ross.

Reda dengan ketentuan Ilahi, Catriona atau nama sebenarnya, Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, mengakui ia bukanlah situasi yang mudah untuk dipulihkan.

Menurut Catriona yang lebih mesra disapa Cat, walaupun insiden itu empat bulan berlalu, namun rasa rindu terhadap ibunya masih menebal.

"Tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati saya. Kehilangan ibu memberi tamparan hebat buat saya kerana dia bukan sahaja ibu, malah teman baik, sahabat dan juga tempat saya mencurahkan segalanya.

"Paling saya ralat, anak kedua saya, Jammal Raess Ross’iddin, 11 bulan, tidak dapat mengenali neneknya seperti anak sulung saya, Sephia Rania Ross’iddin, 3.

"Namun, saya berusaha agar anak-anak sentiasa mengingatinya dengan menunjukkan gambar arwah setiap hari. Namun, saya bersyukur kerana ketika tempoh berpantang anak kedua, saya dapat meluangkan masa secara eksklusif dengannya di Kota Bharu, Kelantan," katanya dalam keadaan sebak.

Pada 13 Februari lalu, ibu Cat, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, bersama tiga yang lain, terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, apabila kenderaan yang mereka naiki gagal memotong dan dirempuh bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.

Dalam kejadian itu, Zawiyah dan dua yang lain, maut manakala pemandu pula cedera.


Rasa rindu masih menebal

Kurang sebulan lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Pun begitu, Ramadan pertama tanpa ibu semestinya meninggalkan kesan yang mendalam buat Cat sekeluarga.

Katanya, sehingga kini, dia enggan memikirkan perkara itu kerana tidak mahu dirinya dirundung rasa sedih yang masih menebal.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Diri ini terasa sangat kosong dan ralat dengan apa yang berlaku. Setiap saat, setiap ketika, saya merindui arwah.

"Malah, ketika arwah masih ada, dia sering mengunjungi rumah saya. Setiap kali, dia akan berehat di sofa khas untuknya sambil menikmati kopi panas ketika menonton televisyen. Tiap kali saya menonton rancangan penyiasatan dan seram, saya akan teringat padanya kerana itulah rancangan kegemarannya.

"Mungkin sehari sebelum puasa, saya dan dua beradik yang lain akan berkumpul. Namun, sejujurnya, tiada persiapan seperti sebelum ini untuk menyambut puasa dan raya. Saya akan menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja.

"Tahun ini, saya akan beraya di rumah keluarga mertua. Saya bersyukur kerana masih mempunyai keluarga mertua dan ipar duai yang baik," katanya yang mengambil kesempatan yang ada untuk menghasilkan buku kedua mengenai kisah hidupnya.

Menurut Cat, ramai yang bertanya kepadanya, bagaimana dia boleh mengharungi cabaran dengan tenang dan sekuat ini.

"Semuanya akan terjawab dalam buku itu. Siapa kita untuk melawan takdir dari Allah SWT. Namun, kita kena kuat dan saya turut mengamalkan beberapa teori dan cara untuk menangani masalah yang hadir.

"Insya-Allah, saya akan berkongsi cara dan teori itu bersama pembaca. Setakat ini, buku itu baru 10 peratus siap. Azam saya untuk menyiapkan buku ini juga adalah dorongan arwah ibu sebelum ini," katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri slot Azalea, Hujan, tidak lama lagi.


Luang masa bersama keluarga

Bergelar isteri dan ibu kepada dua cahaya mata bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi dalam masa yang sama, dirinya perlu menguruskan jadual kariernya.

Menurut Cat, walaupun masa sering mencemburuinya untuk terus berada bersama keluarga, namun Cat seboleh-bolehnya cuba memberikan waktu yang berkualiti untuk anak-anak dan suami.

"Masa yang terluang tidak akan saya sia-siakan. Selalunya, saya dan suami akan membawa anak-anak keluar bersiar-siar dan menemani mereka untuk melakukan aktiviti lain seperti melukis dan mewarna.

"Saya pula memang suka memasak di rumah. Rania tidak suka makan nasi dan saya akan sediakan makanan mengikut kehendaknya seperti pasta dan mi.

"Kalau saya bekerja, saya akan hantar anak-anak ke rumah keluarga mertua. Jadi, jika saya perlu ke luar daerah, suami akan menjenguk anak dan tidur di sana," katanya yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat bersama, Shaharuddin Mokhtaruddin, 34, beberapa hari lalu.

Tambah Cat, dia sememangnya berhasrat untuk memiliki tiga atau empat anak, Namun, buat masa terdekat ini, fikirannya masih membatasi perkara itu.

"Saya memang suka anak ramai, namun saya sangat terkilan kerana kehadiran anak saya yang akan datang mungkin tidak mengenali arwah ibu.

"Namun, saya menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Jika diberi rezeki, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya mengakhiri perbualan.

Elfira, Zoey bercinta?


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Elfira, Zoey, Bercinta


NINA FARZUIN MD SHAROM
28 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Elfira, Zoey, Bercinta


DI sebalik pengakuan aktor Baim Wong bahawa dia menyukai pelakon bertubuh genit, Elfira Loy, 19, timbul pula desas desus yang mengatakan Elfira sebenarnya menjalinkan hubungan cinta dengan aktor, Zoey Rahman, 28.

Semuanya gara-gara beberapa keping gambar mesra yang dimuat naik Elfira menerusi laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, kedua pelakon ini menafikan khabar angin tersebut dan mengakui hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa.

Jelas Elfira, beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama terbarunya berjudul 'Demi Dia' arahan Aziz M Osman di Munich, Jerman, baru-baru ini.

"Saya tidak sangka perkara seperti ini boleh timbul. Kalau diikutkan setiap kali saya kenal dengan seseorang lelaki atau pun rapat dengan mana-mana hero dalam drama, pasti cerita seperti ini akan tersebar.

"Saya dan Zoey sudah lama berkawan. Kami memang rapat tambahan pula Zoey kenal dengan keluarga saya dan kami memang tidak akan bercinta sebabnya saya sudah anggap dia seperti abang saya sendiri. Kalau bercinta saya rasa macam 'sumbang mahram'," seloroh Elfira.

Memandang positif terhadap isu tersebut, Elfira berkata, ia sedikit sebanyak membantu dram lakonannya.

"Bagi saya bila orang fikir kami bercinta maknanya keserasian saya dan Zoey dalam drama tersebut menjadi.

"Memang pada awalnya kami agak bimbang kalau-kalau lakonan kami tidak mendapat keserasian. Tapi saya sedikit lega apabila khabar angin ini timbul," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Seindah Ramadan TV3, di Restoran Al Rawsha, kelmarin.

Selain Elfira dan Zoey, Demi Dia turut dibarisi pelakon Dynas Mokhtar, Erma Fatima Amar Baharin dan Usop Wilcha. Drama 24 episod ini akan mula ditayangkan menerusi slot Akasia mulai 3 Julai, jam 7 malam di TV3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan