Cari Artikel

Thursday, June 27, 2013

Gambar anak Kim Kardashian tersebar?


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Gambar, Anak, Kim Kardashian, Tersebar
Kim Kardashian

PENANTIAN Kim Kardashian dan Kanye West berakhir dengan kehadiran cahaya mata yang diberi nama North West.

Memanggil bayi itu dengan gelaran Nori, menurut sumber, pasangan ini sangat bahagia dengan fasa baru kehidupan mereka dan tidak sabar melihat puteri mereka itu membesar di depan mata.

"Sehingga kini, Kim dan Kanye masih belum sedia mendedahkan anak mereka kepada umum.

"Bila tiba masanya, mereka akan memperkenalkan puteri mereka itu," kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, sekeping foto yang didakwa anak kepada pasangan itu sudah tersebar di internet. Sejauh manakah kebenarannya, baik Kardashian mahupun West, enggan mengesahkan perkara tersebut.

Miley Cyrus tertekan


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Miley Cyrus, Tertekan
Miley Cyrus


SEJAK akhir-akhir ini, bintang terkenal, Miley Cyrus mengakui tertekan apabila sering menjadi buruan paparazi. Menurut Cyrus, kehidupannya terganggu dan dia sangat rimas dengan situasi tersebut.

"Saya tidak lagi bebas untuk melakukan apa yang saya suka. Setiap kali ke mana-mana pasti saya dikejar paparazi.

"Lebih menyakitkan apabila mereka bertanyakan soalan yang mengarut dan kurang sopan.

"Jika terus berlarutan, ia akan menjejaskan saya dan juga karier," kata Cyrus.

Umum sudah mengetahui, pertunangan Cyrus dan Liam Hemsworth sudah berakhir dan kerana itulah ramai paparazi memburu mereka.

Jenama fesyen Taylor Swift ditarik semula


Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Jenama, Fashion, Taylor Swift, Ditarik, Balik
Taylor Swift

SEBUAH syarikat fesyen terkenal terpaksa menarik balik jenama baju yang dibuat khas ke atas penyanyi jelita, Taylor Swift.

Menurut sumber, jenama baju yang diberi nama 'More boyfriends than t.s' dikatakan mempunyai persamaan kisah cinta pelantun lagu 'I Knew You Were Trouble' itu.

"Mereka tampil meminta maaf dan menarik balik jenama itu bagi menghormati Taylor Swift agar tidak tersinggung dengan apa yang berlaku," kata sumber tersebut.

Sementara itu, Swift seolah-olah menganggap tiada apa yang berlaku.

'Charlie’s Angels' Malaysia


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Charlie's Angels Malaysia
Barisan pelakon Dewi Lasak bersama pengarah dan David Teo,


MARINA SAHABUDIN
FOTO: ZULFADLI ZAKI
27 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Charlie's Angels Malaysia
Pierre Andre


BUKAN meniru atau mahu menciplak karya luar, namun ia sekadar mempelbagaikan genre drama yang ada dalam industri seni tempatan.

Diberi judul Dewi Lasak, drama bersiri sentuhan pelakon yang baru sahaja bergelar suami, Ahad lalu turut diterbitkan oleh MIG Production untuk memberi variasi kepada penonton.

Kata Pierre Andre, meskipun ia mengangkat genre aksi dan mempertaruhkan tiga gadis seperti filem Charlie's Angels, namun drama ini masih mempunyai 'originaliti'nya.

"Kalau kita tengok, ia seakan-akan sama dengan filem itu kerana mengangkat genre yang sama dan ada tiga gadis sebagai teraju utama.

"Tetapi di sebaliknya, ia lebih menjurus kepada kehidupan tiga gadis ini yang berhadapan dengan konflik keluarga, diri sendiri dan kehidupan di sekeliling mereka termasuklah cinta.

"Malah, perbezaan ketara antara drama ini dan filem box-office itu adalah mereka adik-beradik dan sebaliknya pula dalam Charlie's Angles," katanya.

Drama bersiri 13 episod ini disiarkan setiap Rabu pada jam 9 malam bagi mengisi slot Aksi di TV3.


Pernah berbelah bagi

Terkenal mengarahkan filem komedi, seram dan cinta, sebenarnya bukan mudah bagi Pierre merealisasikan pembikinan drama ini memandangkan ia percubaan pertamanya menghasilkan drama yang membabitkan elemen aksi.

Ujarnya, sewaktu menerima tawaran untuk mengarah drama ini, pada awalnya dia agak berbelah bahagi.

"Bagaimana pun, apabila membaca skripnya saya dapati ia satu karya yang menarik.

"Lagipun apa salahnya saya mencuba mengarahkan sesuatu berbeza dengan yang biasa saya lakukan," katanya dan memberitahu, pembikinan drama ini mengambil masa selama 40 hari.

Akui Pierre, dia lebih selesa menjadi pengarah dan jurukamera dalam masa yang sama ketika membikin drama ini.

"Sebagai pengarah, saya mahukan sesuatu yang lebih apabila menghasilkan sesebuah drama atau filem itu, di sinilah cara saya aplikasi kebolehan yang ada.

"Secara tidak langsung ia membuatkan saya lebih berpuas hati dengan setiap sudut penggambaran," jelasnya yang gembira dengan hasil penggambaran drama ini.


Yakin kemampuan Intan Ladyana

Membariskan pelakon popular tanah air iaitu Intan Ladyana sebagai teraju utama bukan masalah bagi Pierre memastikan watak Seri yang dimainkan Intan menjadi.

Malah dia amat yakin dengan kemampuan Intan sebagai Seri iaitu seorang wartawan jenayah yang pada masa sama perlu menangani kehidupan bersama dua lagi adiknya, Dewi lakonan Bella Dally dan Qistina lakonan Atikah Suhaime.

"Intan memang sudah terkenal dengan bakat lakonannya, lagipun dia sudah biasa melakonkan watak sebegini.

"Berikan apa sahaja peranan, dia akan melakukannya sebaik mungkin," katanya.

Bercakap mengenai Bella dan Atikah yang juga pelakon utama drama ini, akuinya, masih banyak yang perlu diberi tunjuk ajar memandangkan mereka masih 'hijau' dalam industri lakonan.

"Bagaimanapun, mereka tidak menghampakan saya, malah saya bangga dengan mereka kerana memberi komitmen yang baik sepanjang penggambaran dijalankan," katanya yang turut berhadapan masalah membentuk pelakonnya bagi menghidupkan adegan pertarungan.

Selain Intan, Bella dan Atikah, drama ini turut dibintangi Azwan Kombos, Bil Azali, Niezam Zaidi, Amran Ismail, Lokman Ghani dan Along Ezendy.

Sedikit mengenai Dewi Lasak, ia mengisahkan tentang tiga adik-beradik yang dibesarkan oleh bapa mereka.

Meskipun membesar bersama, namun ketiga-tiganya mempunyai personaliti dan penampilan berbeza.

Pada masa yang sama, mereka terperangkap dengan masalah sesama sendiri, cinta dan jenayah.

Yatt Hamzah kongsi rahsia 'awet muda'


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Yatt Hamzah, Kongsi, Rahsia, Awet Muda,
Yatt Hamzah


MARINA SAHABUDIN
27 Jun 2013

WAJAH manis dan personaliti menarik yang dimiliki wanita berusia 33 tahun ini membuatkan dirinya sentiasa disenangi orang sekeliling.

Bahkan keperibadiannya yang sederhana juga membuatkan dia terus diterima dalam industri seni meskipun sudah bergelar isteri dan seorang ibu.

Pun begitu, dalam kesibukannya bergelar pelakon, pengacara, isteri dan ibu, pelakon Impak Maksima ini tidak pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan dirinya.
Lihat sahaja penampilannya, meskipun bukan berstatus anak dara, tetapi dia tetap menawan.

Baginya, sebagai wanita yang juga public figure, penampilan haruslah diutamakan.

Atas alasan itu, empunya nama Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah ini turut dilantik sebagai duta kecantikan dan kesihatan bagi produk Felina.

Dalam pada itu, akui ibu kepada Suci Hanania Malika ini, dia turut mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam memelihara kesihatan tubuh badan.


Pengertian cantik bagi anda?

Cantik bukan bergantung kepada paras rupa dan fizikal semata. Ia perlu menyeluruh dan seimbang antara luaran dan dalaman. Bagi saya, kalau cantik dalaman, secara automatik, luaran kita juga akan nampak cantik.

Apakah pembabitan sebagai Duta Felina membantu anda lebih cantik dan sihat?

Sudah tentu, sebenarnya untuk menerima keputusan menjadi duta produk ini, saya akan pastikan ia berkesan terlebih dahulu. Lagipun, pengguna memberi kepercayaan kepada saya, oleh itu saya tidak boleh berbohong kepada mereka.


Boleh kongsi petua untuk kekal langsing seperti anda?

Sebenarnya tiada apa-apa petua, cuma saya memastikan air masak diminum dalam jumlah yang banyak setiap hari, selain penting untuk tubuh ia membantu mendapatkan kulit yang sihat dan segar.


Adakah anda seorang yang mengamalkan senaman?

Sebenarnya sebelum kahwin memang saya gila bersenam, setiap minggu pasti saya akan ke gim, bagaimanapun, sekarang masa saya agak terbatas. Tetapi saya akan tetap ke gim sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Lain-lain, saya rajin bergerak dan melakukan kerja-kerja rumah supaya peluh sentiasa keluar. Saya tidak akan sesekali duduk di depan laptop sahaja, bahkan bermain bersama anak juga membantu saya berpeluh.


Bagaimana pula dari sudut pemakanan?

Saya sebenarnya tidak mengamalkan diet ketat, malah saya juga makan nasi seperti biasa. Tetapi saya tetap kawal jumlah yang makanan yang dimakan. Saya akan dalam kadar sedikit tetapi kerap.

Misalnya, sehari lima kali. Selain itu, kalau dah makan terlampau banyak, saya akan mengurangkan makanan untuk menu seterusnya. Saya juga turut mengamalkan sunnah Nabi dengan mengunyah  makanan sebanyak 44 kali supaya makanan mudah hadam.


Buah-buahan sangat berkait rapat dengan kecantikan. Bagaimana dengan anda?

Saya juga sangat suka makan buah, setiap hari mesti makan. Saya juga akan sentiasa pastikan di dalam peti ais sentiasa ada buah-buahan.


Anda juga tampak muda dari usia, apa pula rahsianya ?

Perkara ini memang diamalkan oleh saya setiap hari, bukan susah pun, saya hanya mengikut sunnah dengan bangun dan mandi sebelum subuh. Selepas itu saya tidak akan tidur lagi, sebaliknya saya akan lakukan kerja rumah. Cara ini sangat berkesan untuk awet muda.


Anda juga selalu mengenakan solekan tebal, bagaimana rutin penjagaan wajah anda?

Biasanya selepas penggambaran, saya akan terus mencuci wajah sebersihnya dengan menggunakan air mineral atau air biasa sambil berselawat ke atas Nabi. Untuk menaikkan seri wajah pula, saya sentiasa ambil wuduk dan menjaganya agar tidak terbatal.


Sebagai wanita bertudung, bagaimana anda menjaga kesihatan rambut?

Saya lebih selesa mencuci rambut setiap hari. Ialah bila pakai tudung, kepala mudah berpeluh dan menyebabkan rambut berbau.


Aktiviti di masa lapang?

Biasanya jika ada kelapangan, saya lebih gemar menghabiskan masa di rumah untuk melayan anak dan suami.


Sedikit perkembangan terbaru anda...

Saya bakal muncul sebagai hos dengan program masakan islamik iaitu Sajian Sunnah di RTM. Dalam pada itu, saya juga sibuk dengan butik baru saya yang diberi nama 'Suci by Yatt Hamzah'.


PROFIL

Nama: Haryati Hamzah
Tarikh Lahir: 13 April 1980
Tempat Lahir: Muar, Johor
Suami: Abdul Mutalib Abdul Shukor
Anak: Suci Hanania Malika
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media.
Kerjaya: Model, Pengacara Dan Pelakon.
Drama: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella Dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot Lagenda Ular Emas
Filem: Impak Maksima Dan Kecoh Betul

Konsert ditunda kerana jerebu!


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Konsert, Ditunda, Kerana, Jerebu
Thunder In The East


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Jun 2013

KONSERT 'Thunder In The East 2013' yang dijangka berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ketika ini.

Penganjur konsert, Shamil Yusof berkata, pihaknya terpaksa akur dengan arahan kerajaan untuk menghentikan sebarang aktiviti luar setelah mengambil kira Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya.

Shamil berkata, pihaknya turut memandang serius faktor keselamatan artis yang terlibat, Loudness (Jepun); Search (Malaysia); Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia).

"Artis yang terlibat rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas dan kami risau mereka akan jatuh sakit ketika persembahan.

"Tarikh konsert akan diumumkan kemudian dan kemungkinan ia diadakan pada hujung tahun ini.

"Bagi mereka yang sudah membeli tiket tersebut, ia masih sah dan boleh digunakan pada konsert nanti," katanya.

Akui situasi jerebu ini memberi tamparan hebat kepada pihaknya, Shamil memberitahu, mereka terpaksa menanggung kerugian yang agak besar akibat penangguhan itu.

"Persiapan hampir 80 peratus sudah siap dan hanya tinggal peralatan teknikal sahaja belum dipasang.

"Pihak kami ingin memohon maaf terhadap perkara ini kerana terpaksa mengecewakan semua peminat," kata Shamil.

Sarah kehilangan ibu tercinta


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Sarah, Kehilangan, Ibu, Tercinta
Laman mikro Twitter Shuib.


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Sarah, Kehilangan, Ibu, Tercinta
Sarah sewaktu menjaga ibunya di hospital.


PENYANYI Nur Aini yang juga isteri kepada pelakon Raisuddin Hamzah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Berita sedih ini dikongsikan sendiri oleh suami Siti Sarah iaitu Shuib menerusi laman Twitter dan Instagramnya.

Menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan, Sarah memaklumkan keadaan arwah ibunya itu sudah serius sejak Oktober tahun lalu dan dia reda dengan pemergian arwah.

Allahyarhamah dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak selepas solat Zohor hari sama.

Misha Omar kahwin tahun depan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Misha Omar, Kahwin, Tahun, Depan
Misha Omar bersama tunangnya Firos Ezzwan.


NOR ATIEYAH YUSOFF
27 Jun 2013

AKHIRNYA penyanyi popular Misha Omar menamatkan spekulasi mengenai perkahwinannya apabila dia mengesahkan bakal bernikah dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 31, pada Februari tahun depan di Kota Bharu, Kelantan.

Walau bagaimanapun, Misha berkata, tarikh pernikahannya belum ditetapkan lagi kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Pun begitu, tarikh sebenar akan diputuskan selepas keluarga kedua-dua belah pihak berbincang dan ia akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi September lalu, akhirnya kami sepakat untuk memilih Februari 2014 ini. Kami memilih bulan tersebut sempena genap dua tahun mengikat tali pertunangan dan berharap semuanya berjalan lancar," katanya, semalam.

Ujar Misha, secara kebetulan mereka berdua lapang pada bulan itu dan tidak terikat dengan komitmen kerja.

Sebelum ini, Misha dan Firos, yang merupakan juruterbang syarikat penerbangan MAS telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, 20 Februari 2012.

Malah dia turut merancang untuk bernikah di rumah keluarganya manakala majlis resepsinya akan diadakan di Kuala Lumpur.


Bakal keluar album baru

Beralih mengenai perkembangan terkininya, Misha berkata, dia kini berasa lebih tenang dan seronok menjalani kehidupannya yang dilihat semakin produktif setelah 11 tahun bergelar anak seni.

"Kehidupan saya juga lebih produktif berbanding tahun lepas kerana jadual waktu yang padat dengan lakonan, nyanyian dan juga teater," kata Misha.

Pada masa yang sama, Misha berkata, dia bakal keluar dengan single terbaru dan album keempatnya tidak lama lagi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Angin Syurga ini baru sahaja selesai menjayakan teater Nyonya and The Gang yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini.


Dilantik duta cat

Sesuai dengan perwatakan Misha yang ceria, dia telah terpilih menjadi duta produk cat tempatan, Colourland yang pertama sejak cat tersebut dipasarkan.

Misha berkata, faktor dia menerima tawaran itu adalah kerana perjalanan hidupnya mempunyai persamaan dengan produk tersebut dan kolaborasi itu tepat menggambarkan warna-warna kehidupannya setelah bergelar penyanyi.

"Pada mulanya terdapat salah faham kerana sebutan yang hampir sama 'contact lens' dengan Colourland.

"Namun saya terima tawaran ini bagi menyokong produk tempatan," katanya yang mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat pengeluar cat tersebut.

Hafeez Mikail idam babak aksi


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Hafeez Mikail, Idam, Babak, Aksi
Hafeez Mikail tinggalkan MAS demi seni bela diri.
- FOTO SINAR HARIAN oleh Zulfadhli Zaki


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
27 Jun 2013

BAKAT pelakon muda, Hafeez Mikail bakal dinilai melalui kemunculannya dalam drama terbitan TV3 sempena bulan Ramadan ini yang berjudul Korban Kasih.

Hafeez akui tidak bimbang dibenci penonton ekoran watak jahat yang dibawanya dalam drama tersebut.

"Saya memegang watak seorang anak orang kaya yang manja dan berperangai teruk.

"Bagi saya, kalau orang benci saya dalam Korban Kasih, tak apa. Maksudnya saya dapat menyampaikan watak itu dengan baik," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini, Hafeez pernah muncul dalam beberapa drama dan drama pertama lakonannya adalah Blogger Boy.

Hafeez juga pernah muncul dalam iklan sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Kereta Buruk, arahan Yasmin Ahmad.

Meskipun berlakon hanya sebagai aktiviti sampingan, namun Hafeez tidak menolak untuk serius jika diberikan peluang.

Ekoran itu, pelakon muda ini ada menyimpan impian untuk berlakon dalam babak aksi.

"Buat masa sekarang berlakon ini adalah separuh masa saja. Saya bekerja dengan ayah saya sebagai pembantu ayah saya.

"Selain itu, saya mengajar silat dan ‘mix martial arts’.

"Dalam lakonan ini, saya ada menyimpan impian untuk berlakon dalam cerita aksi sebab realiti sebenar pun saya belajar dan mengajar seni itu, jadi, kalau dapat yang ada kena mengena dengan seni mempertahankan diri itu, bagus juga," katanya yang banyak dibantu pelakon, Addy Ashraf dalam dunia lakonan.

Hafeez juga pernah bekerja sebagai pramugara selama dua tahun namun sanggup meninggalkan pekerjaan itu demi dunia seni bela diri yang sudah sebati dengan dirinya.

"Sebelum ini saya pernah bekerja dengan MAS sebagai pramugara tapi selepas dua tahun saya berhenti.

"Saya berhenti sebab nak menyertai Malaysia Invasion. Saya dah tujuh tahun dalam dunia seni bela diri, jadi, bila dapat peluang seperti ini, saya rasa rugilah kalau saya tak ambil peluang ini," katanya.

Bercakap soal namanya, pemilik nama sebenar Muhammad Hafiz Muhammad Zaki ini akui nama pentas itu sudah melekat sejak zaman sekolah lagi.

"Nama ini kawan-kawan sekolah beri. Mereka panggil saya Hafiz Mikail. Ada seorang senior yang juga kawan saya bernama Mikail dan muka kami sama.

"Jadi, kawan-kawan panggil saya Hafeez Mikail. Sampailah ke hari ini nama itu melekat," katanya.

Syura bawa ibu Umrah dulu baru ke Paris


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Syura, Bawa, Ibu, Umrah, Dulu, Baru, Ke, Paris
Syura bersama suaminya, Mohd Fadhly Mohd Yassin.
- Foto SINAR HARIAN oleh ROSLI TALIB


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
26 Jun 2013

JUARA MasterChef Selebriti Malaysia (MCSM) musim ke-2, Syura bernazar untuk membawa ibunya, Samsiah Mohamad menunaikan umrah.

Namun, memandangkan keadaan ibunya yang masih belum mengizinkan, Syura akui perlu menanti sehingga kesihatan ibunya pulih.

“Sebelum ini, Syura ada berniat dalam hati nak bawa mak menunaikan umrah kalau menang MCSM ini. Alhamdulillah Syura menang.

“Menitis air mata mak apabila Syura beritahu Syura juara MCSM, tapi kena tunggu mak pulih. Perancangannya pertengahan hari raya nanti tapi kena tengok keadaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Akhir MCSM, semalam.

Syura memenangi wang tunai RM 60,500 yang disumbangkan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan dan dua tiket penerbangan kelas perniagaan ke Paris.

Dalam episod terakhir MCSM itu, Syura ada menyebut tentang berbulan madu sekali lagi.

“Bulan madu yang saya maksudkan adalah untuk menghabiskan masa berkualiti dengan suami, itu saja.

“Sebelum ini, kami ada berbulan madu juga tapi tidaklah sampai ke Paris. Kami ke Disneyland Hong Kong,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Namun, Syura akui perlu menunaikan nazar terhadap ibunya terlebih dahulu sebelum ke Paris.

“Saya perlu selesaikan nazar itu dulu dan ke Paris itu tengok keadaan tapi kalau boleh hujung tahun ini,” katanya.

Menurut Pengurus Siaran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli pihaknya kini sedang berbincang untuk siri MasterChef yang akan datang.

“Siri MasterChef berikutnya dalam perancangan tapi masih dalam perbincangan. Apa yang saya boleh kata, formatnya berlainan dari MCSM ataupun MasterChef Malaysia,” katanya.

Konsert Thunder In The East ditunda


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Konsert Thunder In The East, Ditunda


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Jun 2013

EKORAN masalah jerebu yang melanda negara , konsert Thunder In The East 2013 yang bakal menampilkan empat gergasi rock Asia, Ahad ini terpaksa ditunda.

Loudness (Jepun), Search (Malaysia), Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia) bakal bergabung di atas satu pentas yang sama untuk menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut jurucakap Clockwork Event, Shamir, pihaknya terpaksa akur dengan keadaan cuaca yang berada pada tahap tidak sihat.

“Pihak kami prihatin terhadap keadaan cuaca yang melanda negara kita ketika ini, apatah lagi ia berada di dalam situasi yang cukup ‘tidak sihat’.

“Lagipun ia turut melibatkan kesihatan pemuzik dan  peminat supaya tidak terjejas”,  katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya juga ada menerima panggilan daripada pihak Loudness berhubung situasi tersebut.

“Sebelum ini Loudness juga ada menghubungi kami dan menyatakan kekesalan dengan situasi yang melanda Malaysia.

“Malah, mereka juga cukup memahami perasaan peminat yang berkobar-kobar untuk menyaksikan persembahan mereka, namun kesihatan lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.

Tambahnya, “bagi peminat yang sudah memiliki tiket konsert, tidak perlu risau kerana ia masih boleh digunakan dan pihak kami akan memikirkan ‘sesuatu’ untuk diberikan kepada peminat yang sudah membeli tiket sebagai tanda ingatan kami terhadap mereka.”

Misha kahwin Februari depan


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Misha Omar, Kahwin, Februari, Depan
Misha Omar dan tunangnya


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Jun 2013

PENYANYI, Misha Omar akhirnya mengumumkan pernikahannya dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 31, bakal berlangsung Februari tahun depan selepas dua kali menangguhkan majlis tersebut sebelum ini.

Misha menulis di laman sosial Instagram miliknya, hari ini yang memaklumkan tentang perancangannya itu dan meminta peminat mendoakan semoga perancangannya itu dipermudahkan.

“Hanya Tuhan tahu betapa saya teruja mahu berkongsi berita ini bersama kalian. Kita dah nak kahwin awak!! Bulan Februari tahun depan.

“Awak doakan kita ya. Semoga semua perancangan dipermudahkan olehNya, amin,” tulisnya.

Pasangan ini bertunang pada Februari tahun lalu di Kelantan.

Norish Karman disamun, banyak 'job' terlepas


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Norish Karman, Disamun, Banyak, Job, Terlepas
Norish Karman


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
26 Jun 2013

PELAKON, Norish Karman memberitahu ekoran disamun dua bulan lalu, banyak tawaran baik seperti lakonan ataupun nyanyian terlepas.

Hal ini katanya berlaku apabila ramai pihak tidak dapat menghubunginya setelah kedua-dua telefon bimbit miliknya disamun dalam satu kejadian kira-kira dua bulan lalu.

“Apabila berjumpa mereka, ramai yang tanya saya tak sudi ke terima tawaran mereka sebab mereka cuba hubungi saya tetapi gagal.

“Ketika itu mereka tidak tahu tentang kejadian samun itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Akhir MasterChef Selebriti Malaysia, semalam.

Norish berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya sedang berada di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

“Saya sedang mencari kedai tapi apabila keluar dari lif, rupa-rupanya kami tiba di tingkat yang salah terus menuju ke kawasan letak kereta.

“Tiba-tiba ada orang pegang saya dari belakang dan letak sesuatu yang tajam di leher saya. Saya jangka ada tiga orang yang merompak itu.

"Mereka ambil telefon bimbit dan wang tunai yang saya letak dalam beg,” katanya yang kerugian hampir RM 10,000.

Akui tidak melawan demi keselamatan anak-anaknya, Norish hanya merelakan barang-barangnya diambil.

“Kalau saya sendiri, mungkin saya bergelut. Semua telefom bimbit saya yang menyimpan nombor-nombor penting turut diambil,” katanya.

Norish juga akui tidak membuat laporan polis atas kejadian itu.

“Saya ada lapor pada ‘mall’ itu saja. Tak guna rasanya nak lapor pada polis sebab mereka ada lagi banyak kes-kes besar.

“Saya cuma hilang dua telefon bimbit dan duit saja. Saya rasa tak perlulah,” katanya.

'Nyanyian Maut' sarat emosi


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nyanyian Maut, serat, emosi


NOR ATIEYAH YUSOFF
Foto: AZMI ARYANTO
26 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Nyanyian Maut, serat, emosi


TEATER Nyanyian Maut yang diangkat daripada karya Taufiq Al Hakim berlangsung dengan jayanya di Panggung Eksperimen, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), baru-baru ini.

Pementasan yang penuh dengan emosi ini diarahkan oleh Shariful Akma Abdullah sempena Penilaian Tahun Akhir (PeTA) bagi pelajar tahun akhir Diploma Teater.

Dibarisi Taufiq Izmir Tawaff, Afiq Azhar Ali, Sharifah Nordiana Maihan Syed Shaikh dan Puteri Noor Faten Farah Aroha Ibrahim, teater ini mengetengahkan kisah suka duka sebuah keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat perbalahan antara suku kaum Azizi dan Suweilam Tahawi di pinggir kota Kaherah, Mesir.

Sepanjang dua jam pementasan, teater ini sarat dengan emosi, terutamanya menerusi babak kedua- di mana pertemuan si ibu (Asakir) dan anak (Alwan) setelah 17 berpisah lamanya. Lakonan berkesan mereka benar-benar meruntun jiwa penonton sehingga ada yang menitiskan air mata.

Bagaimanapun, pertemuan mereka akhirnya mengundang beberapa tragedi. Alwan yang enggan mengikut adat suku kaumnya   dihalau dari rumah dan dibunuh atas arahan ibunya sendiri.

Babak ini jelas menunjukkan betapa sesetengah kaum sanggup mempertahankan adat seperti mana pepatah 'biar mati anak, jangan mati adat'.

Secara ironinya, teater ini memberi sindiran terhadap sesetengah kaum yang masih mengekalkan adat sehingga sanggup berbunuhan antara satu sama lain.

Beralih terhadap latar dan prop, meskipun tanpa penggunaan peralatan yang canggih, usaha mereka tetap harus dipuji. Memilih latar padang pasir berserta beberapa peralatan seperti batu, rumah kecil, cerek dan parang, ia sudah mampu menimbulkan penceritaan dan suasana masyarakat Arab.

Dengan peralatan secara minima, mereka juga mampu melakukan persembahan yang menarik ditambah pula dengan alunan muzik tradisional ala-ala padang pasir.

Lakonan pelajar boleh dikatakan setanding dengan persembahan teater yang dilakonkan golongan profesional.

Secara keseluruhannya, persembahan ini sangat menarik ditonton kerana sarat dengan pelbagai elemen sehinggakan penonton tidak berganjak dari tempat duduk sehingga ke akhir.

Lahir pelajar berkebolehan

Penilaian Tahun Akhir (PeTA) merupakan Festival Seni Aswara dan merupakan acara kemuncak pengajian bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di akademi tersebut.

PeTA melambangkan kemampuan dah keistimewaan pelajar-pelajar Aswara sebagai penuntut seni profesional dan melahirkan karya-karya seni.

Bagi Rektor Aswara, Profesor Dr Mohamad Hatta Azad Khan berkata, ia merupakan acara tahunan dan wajib dilaksanakan oleh pelajar akhir bagi Diploma dan Ijazah.

Katanya, ia adalah satu bentuk penilaian hasil pembelajaran Aswara sepanjang pengajian mereka dalam bidang seni, budaya dan warisan.

"Penilaian pula dilakukan oleh pemeriksa dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Indonesia bagi memastikan pelajar dinilai secara adil.

"Tujuan ia dibuat supaya dapat mencungkil bakat pelajar dan meluaskan prospek kerjaya mereka nanti," katanya.

Selain itu, ia juga sebagai platform pelajar untuk masa depan mereka kerana ramai penggiat seni akan menilai dan melihat sendiri persembahan pelajar.

Dalam masa yang sama, Aswara turut menandatangani MoU bersama pusat pengajian Indonesia iaitu Institut Kesenian Jakarta yang diwakili Rektornya, Dr Wagiono Sunarto.

Kerjasama dua hala itu, kata Dr Mohamad Hatta bagi program pertukaran pelajar, pensyarah dan maklumat antara dua negara serumpun.

Kontroversi buat Erin Malek semak


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kontroversi, Buat, Erin Malek, Semak


WALAUPUN umurnya baru sahaja menjangkau 19 tahun, namun pemilik nama, Erin Malek ini sering terpalit dengan kisah-kisah kontroversi.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kontroversi, Buat, Erin Malek, Semak


Erin atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bertindik lidah, mengambil ganja di lokasi penggambaran serta memuat naik gambar seksi di laman sosial.

Dan terbaru, pelakon kecil molek ini kembali menjadi bualan ramai ekoran imej dan pemakaian ketika percutian bersama adiknya, Afiqah Malek di Bali, Indonesia.

Menerusi gambar itu, perwatakan Erin dan adiknya yang baru sahaja mencatat kejayaan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu amat berbeza.

Erin dilihat lebih selesa mengenakan dress pendek berbanding adiknya yang berimej Muslimah.

Tanpa berselindung, Erin mengakui tindakan tersebut mungkin mengundang rasa tidak senang pada segelintir masyarakat.

"Saya memang sudah agak perkara ini akan menjadi isu dan saya sendiri bersedia untuk dikritik selepas adik saya membuat keputusan untuk berhijab.

"Malah, sejak adik-adik saya mula berhijrah, ramai yang mempersoalkan imej dan penampilan saya yang berbeza dengan mereka.

"Namun, saya puji tindakan adik-adik saya. Walaupun mereka sudah berhijab, namun mereka tidak pernah memaksa saya untuk bertudung.

"Tetapi, selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan mengenakan pakaian yang lebih sopan ketika keluar bersama mereka. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih bijak membawa diri," katanya yang cuba mengelak daripada sebarang kontroversi yang mendatang.

Enggan tua sebelum usia

Walaupun penglibatan seninya bermula sejak berusia 12 tahun, namun Erin lebih selektif untuk menggalas sesebuah watak.

Malah, dengan usia remajanya, tidak mungkin baginya untuk menjayakan watak wanita dewasa yang melebihi usia sebenar.

"Sebenarnya, banyak juga tawaran yang memerlukan saya menjadi wanita berkerjaya yang bekerja di pejabat.

"Selain daripada itu, saya perlu mengenakan mekap tebal dan mengenakan gaya rambut serta bulu mata palsu.

"Namun, saya lebih selesa dengan watak seusia dengan saya. Lagipun, masih ramai lagi pelakon wanita yang boleh menjayakan watak itu. Jadi, saya tidak perlu bersusah-payah untuk kelihatan lebih tua daripada usia sebenar," katanya yang bakal muncul menerusi filem kedua, Awak Nak Kahwin Dengan Saya?.

Selain itu, pelakon filem, Lari ini juga bakal muncul dalam drama, Tiga Nenek Tiga Dara, dan telemovie, Anak Sampah untuk slot Cerekarama di TV3.

Erin juga bakal muncul sebagai pengacara rancangan, Uni Challenge 1957, di saluran TVi.

Buang sikap tamak

Mengakui lebih banyak menerima watak komedi berbanding watak serius sejak akhir-akhir ini, Erin berkata, dia seronok dengan watak tersebut.

Pun begitu, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membolot semua tawaran tanpa memikirkan kesan dan kesibukan.

Menurut Erin, dia lebih selesa menguruskan tawaran secara satu persatu dan mengelak daripada bersikap tamak.

"Saya percaya pada rezeki, sekiranya ia bukan rezeki kita, terimalah seadanya. Prinsip yang saya pegang sehingga ke hari ini ialah jangan tamak dan sentiasa sabar.

"Saya tidak suka ambil tawaran banyak-banyak dalam satu masa. Biarlah ia diselesaikan satu persatu. Saya juga bukan jenis suka buat banyak kerja dalam satu masa dan saya akan fokus pada sesuatu perkara sahaja," jelas pelakon drama bersiri, Misiku Kuza ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan