Cari Artikel

Thursday, June 20, 2013

Ibu Shahz Jaszle: Anak Saya & Redzwani Puteri Belum Putus Tunang


Malaysia, Hiburan, Berita, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Ibu, Shahz Jaszle, Anak, Saya, Dan, Redzwani Puteri, Belum, Putus, Tunang


Seperti drama swasta hujung minggu tetapi berlaku in real-time. Ibu Shahz Jaszle tampil petang ini menafikan yang pertunangan antara anak lelakinya itu & Redzwani Puteri telah pun berakhir.

Sangat kontra dengan apa yang telah di’laporkan sebuah akhbar pagi tadi di’mana ada wakil keluarga Redzwani Puteri tampil memberikan kenyataan yang mereka sudah pun memulangkan cincin tunang pada 10 Jun.

“Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal”

“Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan hari ini”

“Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai,” jelas ibu Shahz Jaszle kepada mStar Online.

Scha al-Yahya & Awal Ashaari Bakal Tunai Umrah Bersama Ramadan Ini


Malaysia, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Berita, Gossip, Sca Al-Yahya, Dan Awal Ashaari, Bakal, tunai, Umrah, Bersama, Ramadhan, Ini

Baru sahaja rasanya awal bulan lalu Scha al-Yahya ada memberikan kenyataan bahawa beliau & suami, Awal Ashaari masih belum memikirkan soal anak secara serius dan nampaknya perkara itu kini berubah.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Scha al-Yahya & suaminya, Awal Ashaari merancang untuk mengerjakan ibadah umrah pada minggu kedua atau ketiga Ramadan ini & sudah pun mendaftar dengan agensi berkaitan.

“Kemungkinan kami akan berada di sana selama 10 hari. Keluarga saya dan Awal akan turut sama mengerjakan umrah — tidak dinafikan memang kami pergi ke sana untuk berdoa mendapat cahaya mata”

Scha al-Yahya juga berkata beliau sudah melakukan beberapa persiapan awal dengan merujuk buku buku panduan selain mengikuti kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu berkaitan mengerjakan umrah.

Bukan pertama kali untuk Awal Ashaari mengerjakan, pengacara Muzik Muzik ini juga berkata yang beliau berasa takut untuk mengerjakan umrah tetapi teruja dalam masa yang sama.

Yuna Enggan Komen Kisah Peribadi & Hubungan Dengan Julian Schratter


Malaysia, Berita, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Yuna, Enggan, Komen, Kisah, Peribadi, Dan, Hubungan, Dengan, Julian Schratter


Dan sebenarnya petang ini Yuna akan berhubungan secara langsung bersama para media di Malaysia menerusi Skype untuk satu sidang akhbar berkaitan konsert beliau di Istana Budaya selepas Aidilfitri nanti.

Menyedari yang kisah percintaan beliau & Julian Schratter telah sampai ke pengetahuan media juga para peminat, Yuna memberi gambaran awal yang beliau tidak akan menjawab sebarang soalan peribadi.

Menerusi akaun Twitter rasmi beliau, Yuna menulis beliau sudah belajar untuk berkata tidak kepada sebarang soalan peribadi dan berharap semua pihak bersedia untuk menerima jawapan beliau itu.

“I’ve learned how to say ‘So sorry, that’s a private matter. I can’t answer that’ to all private questions’ so well, I hope people are ready,” ujar Yuna.

Yuna turut menampilkan Julian Schratter dalam video muzik terbaru beliau, I Wanna Go yang merupakan single pertama sejak bernaung di bawah The Verve Music Group.






Pierre Andre, Nurhidayah Sah Bakal Bernikah 23 Jun Ini


Malaysia, Hiburan, Selebriti, Berita, Gossip, Artis Malaysia, Pierre Andre, Nurhidayah, Sah, Bakal, Bernikah, 23, Jun, Ini


Sekitar Mac 2013 yang lalu, Pierre Andre ada memberitahu yang beliau memang merancang untuk berkahwin sekitar bulan Jun & maklumat baru mengesahkan hajat pelakon itu bakal tercapai.

Berdasarkan gambar undangan perkahwinan Pierre Andre & Nurhidayah, pasangan ini bakal bernikah pada hujung minggu ini iaitu 23 Jun 2013 sekitar 1.00 petang di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati Selayang.

Pierre Andre dan Nurhidayah sebelum ini telah bertunang pada 9 Februari 2013 yang lalu di Johor dan pasangan ini akan menjemput pihak media juga rakan artis untuk memeriahkan majlis pernikahan mereka.

Tahniah di’dahulukan dari kami buat Pierre Andre & Nurhidayah serta seisi keluarga atas penyatuan dua hati ini.










Gossip: Shahz Jaszle Putus Tunang Dan Serang Pasangan Khalwat Di Bangsar?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Gossip, Berita, Selebriti, Shahz Jaszle, Putus, Tunang, Dan, Serang, Pasangan, Khalwat, Di, Bangsar


Ramai yang jangka hubungan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri bakal bergolak lagi selepas seorang wanita bernama Farah mendedahkan kisah percintaan singkat mereka.

Nyata jangkaan ramai yang memerhati agak mengena apabila sumber kami memberitahu yang Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka hari ini ekoran apa yang terjadi.

Mungkin kerana sakit hati & bengang dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khawalnya, Farah yang menjadi ‘punca’.

Sumber kami yang juga bekerja di bank sama dengan Farah berkata Shahz Jaszle memang benar benar melepaskan amarah beliau petang tadi dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Kami tidak menerima butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tadi tetapi yang pasti pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.

Shahz Jaszle & Redzwani Puteri gagal kami hubungi untuk dapatkan pengesahan lanjut.

UPDATE-1: Shahz Jaszle khabarnya turut membawa wartawan ke lokasi yang kami sebutkan di’atas untuk bersemuka dengan Farah — menurut sumber di forum Cari.

Ahmad Izham Omar Nafi Berita Faizal Tahir Kena Gam


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Gossip, Berita, Ahmad Izham Omar, Nafi, Faizal Tahir, Kena, Gam


Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad & tindakan gam ini khabarnya di’sebabkan oleh isu berkaitan politik.

Melalui GUA hari ini Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah di’gam oleh stesen televisyen di’bawah Media Prima.

“Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali”

“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di’gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini,” jelas Ahmad Izham Omar.

Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan & beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak.

Farah: Saya Bukan Perempuan Psiko, Shahz Jaszle Rancang Untuk Kahwin


Malaysia, Hiburan, Gossip, Berita, Selebriti, Artis Malaysia, Farah, Saya, Bukan, Perempuan, Psiko, Shah Jaszle, Rancang, Untuk, Kahwin


Ya, masih kita bercerita tentang isu khalwat Shahz Jaszle dan selepas munculnya seorang wanita di kaca televisyen membuat pengakuan sebagai pasangan khalwat pelakon itu, cerita jadi makin menarik.

Jika sebelum ini Shahz Jaszle mengatakan beliau & wanita yang di’tangkap itu tidak mempunyai apa apa hubungan, selepas wanita itu muncul pelakon itu mendakwa pula yang gadis itu seorang yang psiko.

Bercakap pada Harian Metro, wanita tersebut yang mahu di’kenali sebagai Farah menyangkal dakwaan Shahz Jaszle dan mendakwa itu hanya kenyataan untuk menyelamatkan diri & menutup sikap curang beliau.

“Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau & saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan,” kata Farah yang bekerja di sektor perbankan.

“Banyak kali dia mengatakan dia tidak bahagia dengan tunangnya yang diaturkan keluarga. Malah Shahz berjanji untuk meninggalkan tunangnya untuk bersama saya”

“Itulah alasan saya berani mengambil risiko untuk bersamanya & kami sudah menjalin hubungan lebih kurang sebulan. Selama itu juga Shahz bermalam di rumah saya — pihak Jabatan Agama Islam Selangir (JAIS) sendiri ada menyimpan rekod laporan tangkapan kami yang Shahz ada menyebut merancang mengahwini saya”

Farah juga menyebut yang beliau tidak teragak untuk membawa semua bukti & saksi yang mereka memang bercinta untuk membersihkan nama sendiri dan juga keluarganya selain mencabar Shahz Jaszle untuk bersemuka dengan media bersama sama jika kata kata pelakon itu benar.

Foto : Loque Perkenalkan Puteri Sulungnya di Majlis Aqiqah


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Berita, Selebriti, Foto, Logue, Perkenalkan, Puteri, Sulungnya, Di, Majlis, Aqiqah


Kredit Foto oleh Kadir Chan

Pada tanggal 15 Jun lalu, bertempat di kediaman ibu bapa isteri Loque, Dahlia Nadirah, telah berlangsungnya majlis cukur jambul buat anak sulung mereka. Bermula pada jam 9 pagi, majlis disertakan dengan nyanyian marhaban dan bacaan ayat suci Al-Quran.

Anak sulung pasangan Khairil Ridzwan atau lebih dikenali dengan nama popularnya Loque dan isteri, Dahlia Nadirah ini dilahirkan pada 17 April 2013, jam 3.36 petang secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bayi yang diberi nama Anggerik Dang Jelita Khairil Ridzwan ini seberat 2.78kg sewaktu dilahirkan.

“Saya berasa syukur dengan kelahiran anak sulung saya, Anggerik Dang Jelita, bagaikan tidak percaya yang saya kini seorang ayah. Saya juga anggap ini adalah rezeki berterusan oleh Allah S.W.T.. Sewaktu sibuk dengan Versus dan persembahan lain lagi, saya banyak membahagikan masa kerjaya dan bersama isteri dan anak saya. 

"Saya bagaikan tidak mahu melepaskan setiap masa yang saya ada bersama isteri dan anak saya. Ini pengalaman dan perjalanan baru dalam sisi hidup saya sejak berkecimpung dalam dunia seni sejak sekian lama,” kata Loque.

Majlis Aqiqah ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara-mara kedua-dua belah keluarga.

Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Berita, Selebriti, Foto, Logue, Perkenalkan, Puteri, Sulungnya, Di, Majlis, Aqiqah

Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Berita, Selebriti, Foto, Logue, Perkenalkan, Puteri, Sulungnya, Di, Majlis, Aqiqah

Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Berita, Selebriti, Foto, Logue, Perkenalkan, Puteri, Sulungnya, Di, Majlis, Aqiqah

Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Berita, Selebriti, Foto, Logue, Perkenalkan, Puteri, Sulungnya, Di, Majlis, Aqiqah

Sharnaaz Ahmad Terharu Dilayan Seperti Anak Raja di Singapura


Malaysia, Hiburan, Gossip, Berita, Artis Malaysia, Selebriti, Sharnaaz Ahmad, Terharu, Dilayan, Seperti, Anak, Raja, Di, Singapura


Kredit foto Faisol Mustafa

Ketika dirisik oleh sebuah produksi dari Singapura, Flipside Production, kira-kira setahun yang lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad pada mulanya menggangap ianya tidak serius, jauh sekali berfikir yang dia berpeluang bekerja dengan produksi di sana. Namun ternyata tawaran tersebut bukan main-main. Dan baru-baru ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran sebuah drama khas hari sempena Aidilfitri berjudul Cinta Ramadan, terbitan produksi berkenaan.

"Pihak produksi tersebut menghantar mesej kepada saya menerusi Facebook, kira-kira setahun yang lalu. Masa itu mereka kata nak booking saya daripada 10hb Jun hingga 17hb Jun 2013. Saya pun pelik juga pada mulanya sebab jadual yang mereka bagi nak shooting tu, lama lagi. Saya fikir, mungkin akan ada pertukaran dan sebagainya.

"Tapi masa awal Januari 2013, mereka dah ingatkan saya tentang penggambaran tu dan saya mula shooting sama dengan tarikh yang mereka bagi sebelum ini. Dan mereka dah siap-ipa tempahkan tiket kapal terbang untuk saya. Itu yang buat saya kagum dengan mereka", katanya kepada Malaysian Digest.com

Pertama kali menimba pengalaman bekerja dengan produksi luar negara, kata Sharnaaz dari segi cara produksi tidak jauh berbeza tetapi apa yang membuatkan dia cukup kagum adalah layanan yang diberikan kepada dirinya sepanjang tujuh hari menjalani penggambaran di sana.

"Sepanjang penggambaran di sana saya dapat satu pengalaman yang berbeza. Saya sangat terharu apabila di sana, saya dilayan dengan cukup baik oleh seluruh kru produksi. Daripada hari pertama saya dijemput sebaik tiba di lapangan terbang. Kemudian mereka tempatkan saya di hotel mewah.

"Di lokasi, mereka sangat menjaga kebajikan saya sampailah selesai shooting. Pendek kata saya dilayan macam Superstar lah. Rasa macam anak raja pun, ya. Walaupun hari-hari saya cakap terima kasih tetap rasa tak mencukupi untuk tunjukkan rasa perhargaan saya pada mereka", katanya yang pertama kali berlakon dengan produksi luar.

Bahkan Sharnaaz turut mengagumi dua pelakon Singapura, Nurul Nabila dan Fir Rahman yang turut menjayakan drama yang bakal bersiaran pada malam raya nanti, di saluran Suria TV.

"Pelakon-pelakon di sana juga hebat. Lakonan Nabila dan Fir sangat bagus. Terus terang saya katakan, lakonan mereka sangat baik daripada kebanyakan pelakon-pelakon kita. Tak hairanlah kenapa bila pelakon Singapura datang dan berlakon Malaysia, mereka sangat diterima ramai walaupun ada sesetengah pihak tak senang dengan kehadiran mereka", katanya.

Perkembangan lain, Sharnaaz ini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Sindiket arahan Bade Hj, Azmi. Filem yang menelan kos sebanyak RM3 juta itu kini sedang menjalani penggambaran di Sabah.


-mD

Shah Jaszle Putus Tunang, Serang Pasangan Khalwat di Bangsar?


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Shah Jaszle, Putus, Tunang, Serang, Pasangan, Khalwat, Di, Bangsar


Kisah kontroversi Shah Jaszle bersambung lagi hari ini. Pekembangan terkini, mungkin kerana sakit hati dan bengang dengan keputusan Redzwani Puteri yang mahu memutuskan pertunangan, Shah Jaszle dikatakan telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khalwatnya, Farah yang menjadi ‘punca’.

Dalam sebuah blog hiburan menyebut, aktor itu memang benar benar melepaskan amarahnya petang semalam dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Bagaimanapun tidak diketahui butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tetapi khabarnya pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.

'Putus Tunang Atau Tidak Selepas Kes Khalwat' - Ibu Shahrizal Jaszle


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Slebriti, Putus, Tunang, Atau, Tidak, Selepas, Kes, Khalwat, Ibu, Shahrizal Jaszle
Shahrizal Jaszle dan Redzwani Putri.
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Sama ada pertunangan di antara pelakon Shahrizal Jaszle, 25, dengan Redzwani Putri, 25, akan diteruskan atau tidak bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.

Ibu merangkap pengurus kepada pelakon lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 68, berkata, setakat ini pertunangan anaknya dengan Redzwani Putri masih belum putus.

Zaleha juga menepis laporan sebuah akhbar pada Khamis kononnya hubungan kedua-dua pasangan itu sudah berakhir adalah tidak benar.

"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan.

“Kedua-dua belah pihak juga sudah bersepakat untuk menentukan keputusan pertunangan mereka sama ada hendak diputuskan atau tidak selepas kes selesai," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Zaleha diminta mengulas laporan akhbar pada Khamis kononnya hubungan Shahrizal Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan Redzwani Puteri sudah diputuskan pada 10 Jun lalu.

Ia berikutan kes penangkapan khalwat Shahrizal dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Farah Nurizzati Salleh, 21, oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi, 16 Mei lalu.

Terdahulu dalam rancangan Melodi di TV3 Ahad lalu, Farah Nurizzati mendakwa penangkapan khalwat itu bukanlah satu perangkap manakala dia dan Shahrizal mempunyai hubungan istimewa.

Dalam pada itu Zaleha berkata, terpulanglah kepada masyarakat untuk mempercayai kenyataannya atau tidak tetapi apa yang penting pertunangan anaknya dengan Redzwani masih kekal seperti dahulu.

"Saya tidak mahu fikir apa yang orang lain fikir, tetapi saya bangga dengan sikap Redzwani yang sentiasa berada di sisi anak saya ketika kontroversi ini berlaku selain dia turut memberi sokongan moral kepada Shahrizal," katanya.

Sementara itu Zaleha berkata dalam satu pertemuan yang melibatkan Shahrizal, Redzwani dan Farah Nurizzati pada Rabu, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan dan kata sepakat.

Ujarnya, dalam perjumpaan itu Shahrizal memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Farah Nurizzati.

"Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak ketiga tampil untuk buat kenyataan yang merumitkan keadaan kerana ia secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri dan keluarga masing-masing," jelasnya.

Shahrizal Jaszle Putus Tunang


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Shahrizal Jaszle, Putus, Tunang


Published: Khamis Jun 20, 2013 MYT 10:51:00 AM
Updated: Khamis Jun 20, 2013 MYT 2:21:23 PM

PETALING JAYA: Pertunangan antara pelakon Sharizal Jaszle dengan pelajar jurusan perubatan Redzwani Puteri, 25, dilaporkan berakhir sejak 10 hari lalu.

Akhbar Berita Harian melaporkan perkara tersebut telah disahkan oleh saudara pihak perempuan bahawa keluarga Redzwani telah memutuskan hubungan tersebut pada 10 Jun lalu.

"Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

"Kami tidak mahu dia dikenali senagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir pada hujung minggu lalu," ujar wanita itu.

[Sila lihat berita terbaharu - 'Putus Tunang Atau Tidak Selepas Kes Khalwat' - Ibu Shahrizal Jaszle']

Perbincangan tersebut hanya melibatkan ibu bapa kedua-dua belah pihak sahaja tanpa disertai Sharizal dan Redzwani.

Pihak perempuan difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin pertunangan sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember lalu.

Sementara itu, wanita itu turut menolak dakwaan wanita yang merupakan pasangan khalwat Shahrizal mendakwa pertunangan tersebut diaturkan oleh keluarga.

"Perkara ini agak sensitif, kami tidak rasa pertunangan ini berlaku atas paksaan, sebaliknya mereka suka sama suka.

"Jika secara paksaan sudah tentu majlis tidak dilakukan secara besar-besaran," jelasnya.

Terdahulu, pada 16 Mei lalu Shahrizal telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, di sini, pada pukul 3.30 pagi.

Go Gerila Tidak Pertaruhkan Aizat Untuk Popular


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Go Gerila, Tidak, Pertaruhkan, Aizat, Untuk, Popular
Aizat (tiga dari kanan) bersama Go Gerila
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Vokalis Go Gerila iaitu Aizat Amdan tidak melihat penglibatannya dalam kumpulan tersebut memberikan apa-apa kelebihan untuk menarik peminat walaupun terlebih dahulu mencipta nama sebagai penyanyi solo.

Aizat berkata, pada tahap ini kesemua mereka dianggap masih baru dalam industri muzik tempatan dan perlu berusaha memperkenalkan muzik 'experimental rock' yang diketengahkan.

"Populariti sebagai artis solo tidak memberi kelebihan kerana tiada siapa yang lebih 'besar' dalam kumpulan ini.

"Kami perlu berusaha dari awal untuk menarik perhatian pendengar kerana muzik yang dibawa juga turut berlainan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertama mereka berjudul Blackbox di SS Two di sini, Rabu.

Selain Aizat, Go Gerila turut dianggotai oleh abangnya Anas Amdan, Amir Jahari, Ashroff Shariff, Ruviyamin Ruslan dan Mohamad Firdaus.

Dalam pada itu, Anas berkata, mereka menggabungkan semua elemen muzik yang ada pada setiap individu dalam kumpulan itu bagi mendapatkan bunyi yang segar.

Turut bertindak sebagai penerbit, Anas menjelaskan, mereka mengambil masa setahun untuk menyiapkan album tersebut bagi memastikan semua elemen dapat disatukan.

"Sebelum tertubuhnya Go Gerila, kami masing-masing ada kerjaya muzik sendiri selain pengaruh muzik dan minat berbeza.

"Bukan mudah untuk menggabungkan semua elemen yang ada pada setiap anggota namun cabaran itu membuatkan album ini istimewa dan berbeza daripada kumpulan lain," ujarnya.

Bagaimanapun kata Anas, dia optimis album tersebut akan mendapat perhatian peminat kerana kelainan muzik yang ditampilkan.

Album yang diterbitkan oleh Kasi Gegar Entertainment itu memuatkan tujuh buah lagu iaitu Perjalanan, Hadiah, Pemergian, #1 dan Blackout.

Mereka turut merakamkan semula dua buah lagu iaitu Bisa Bonar dan Cinta Kristal nyanyian asal Datuk Hattan dan Datuk M. Nasir.

Erin Malek Tolak Watak Orang Dewasa


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Erin Malek, Tolak, Watak, Orang, Dewasa
Erin Malik
Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Pelakon Erin Malik tidak akan menerima mana-mana watak wanita dewasa yang melebihi usia sebenarnya biarpun mendapat tawaran yang agak memberangsangkan.

Erin atau nama sebenarnya Nur’Arina Abdul Malek berkata dia lebih selesa membawa watak sebagai gadis remaja seiring dengan umurnya yang kini berusia 19 tahun.

"Banyak juga tawaran yang diberikan kepada saya untuk watak seorang wanita dewasa tetapi saya tolak kerana saya tidak mahu berpura-pura jadi wanita dewasa yang bekerja di pejabat dengan umur melebihi 25 tahun.

"Mereka suruh saya buat rambut 'kepuk-kepuk', pakai bulu mata palsu dan menggunakan mekap tebal untuk kelihatan dewasa tapi saya tidak mahu dan lebih suka watak gadis remaja macam usia saya," katanya.

Tambah Erin, watak tersebut lebih baik dilakonkan sendiri oleh pelakon wanita yang berusia dalam lingkungan orang dewasa.

"Kita ramai pelakon di Malaysia, tidak perlu jadi tua sebelum usia. Jika ada watak wanita dewasa, lebih baik beri peluang kepada pelakon yang dalam usia tersebut," jelasnya.

Erin yang bakal muncul dengan filem kedua Awak Nak Kahwin Dengan Saya berkata, ketika ini dia lebih banyak menerima watak komedi berbanding watak-watak serius.

"Buat masa ini tawaran yang datang semua watak-watak komedi baik filem atau drama.

"Namun saya tidak memilih yang penting saya suka apa yang saya lakukan," katanya.

Pelakon filem Lari ini juga mengakui mempunyai prinsip tersendiri untuk berada dalam industri hiburan.

"Prinsip hidup saya ialah jangan tamak dan perlu banyak sabar. Saya sentiasa percaya kepada rezeki.

"Sebab itu ketika belajar saya berhenti berlakon dan fokus pada pelajaran kerana bagi saya rezeki berlakon juga akan datang bila sampai masanya.

"Sekarang saya mula berlakon semula tapi saya tidak suka tamak dan ambil banyak tawaran, biarlah siapkan satu persatu," ujarnya.

Dalam pada itu, mengungkit kisah kontroversi dan dilabel sebagai artis berperangai sosial ketika remajanya, Erin berkata ia adalah satu proses pembelajaran yang mematangkan diri.

"Ketika saya bersekolah macam-macam juga kontroversi dan ramai anggap saya artis yang sosial tapi sebenarnya ia bukan seperti digambarkan.

"Bagi saya semua remaja sama sahaja cuma sebagai artis saya lebih diberi perhatian. Bagaimanapun ia banyak mengajar dan mematangkan diri saya untuk lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Kategori Baharu Diperkenalkan Dalam AIM 20


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Kategori, Baharu, Diperkenalkan, Dalam, AIM 20
Rosmin Hashim

Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) bakal memperkenalkan satu kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu pada penganjuran kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 20, Rosmin Hashim berkata, kategori ini diwujudkan bagi memberi pengiktirafan secara khusus kepada lagu-lagu yang dirakam secara duet ataupun melibatkan kolaborasi beberapa artis yang tidak membuat persembahan bersama secara kebiasaannya dalam sesebuah lagu.

"Sebelum ini lagu-lagu berbentuk sedemikian telah dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan) ataupun lain-lain kategori genre lagu yang wujud mengikut kesesuaian.

"Kumpulan yang mempunyai lebih daripada satu vokal dan tidak memainkan alat muzik seperti Rabbani atau Forteen layak dalam kategori ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Anugerah Industri Muzik edisi 20 (AIM20), di sini, Rabu.

Anugerah berprestij tersebut akan diadakan pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini dengan tema Meraikan Kemuncak Segala-Galanya.

Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Selebriti, Kategori, Baharu, Diperkenalkan, Dalam, AIM 20
Para artis dan karyawan terlibat bersama memotong kek sempena 20 tahun Anugerah Industri Muzik.
Dalam pada itu, satu syarat baru diubah dengan memberi kelonggaran kepada lagu bahasa campuran untuk layak dicalonkan dalam semua kategori yang dipertandingkan.

"Kita akan melonggarkan syarat kepada 60 peratus bahasa Malaysia dan 40 peratus bahasa lain pada semua lagu setiap kategori.

"Ia disebabkan trend muzik sekarang yang lebih banyak menghasilkan lagu-lagu bahasa campuran," katanya.

Selain itu, syarat kelayakan untuk penerbit album, terutamanya bagi kategori Album Terbaik telah ditambah untuk memberi ruang dan menerima pencalonan album yang diterbitkan oleh penerbit yang berasal dari luar negara tetapi berpangkalan di Malaysia.

Katanya, mana-mana penerbit yang mempunyai status pemastautin tetap dan telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah layak dicalonkan.

Tambah Rosmin, AIM 20 kali ini mempertandingkan sebanyak 20 kategori.

Pencalonan dibuka kepada Lagu atau Album dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris yang telah diterbitkan dalam Malaysia pada 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013.

Sementara itu, tempoh pencalonan dan pendaftaran dibuka bermula 19 Jun sehingga 31 Julai depan.

Anugerah Bukan Dikejar Sharifah Amani


Malaysia, Hiburan, Gossip, Artis Malaysia, Slebriti, Anugerah, Bukan, Dikejar, Sharifah Amani
Amani tidak mengejar anugerah atau pengiktirafan sebagai pelakon.


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Amani memberitahu tidak pernah mengejar sebarang anugerah atau penghargaan bagi mengiktiraf kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 27, berkata, apa juga peranan yang dibawanya sama ada di dalam filem atau pun drama dibuat dengan penuh minat dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

"Saya berlakon bukan untuk memenangi anugerah kerana jika perkara itu menjadi keutamaan maka pekerjaan yang dilakukan itu tidak ikhlas.

"Saya percaya jika kita jujur dan memberikan yang terbaik dalam melakukan kerja, penghargaan itu akan datang dengan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Amani sebelum ini telah diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Selagi Cinta Berzikir pada Anugerah Tribute P. Ramlee yang diadakan pada 8 Jun lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dalam pada itu, Amani berkata, sesuatu kemenangan yang diterimanya merupakan satu bonus selain menjadi peringatan agar dia dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada karya-karya lain selepas ini.

Jelas Amani, mendapat pengiktirafan tidak bererti seseorang artis itu boleh mendabik dada kerana ia tidak akan membawa karier seseorang itu ke tahap yang lebih tinggi.

"Menang atau kalah adalah adat pertandingan dan rezeki namun itu tidak bererti kita boleh bermegah atau berputus asa dengan apa yang kita lakukan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amani sedang sibuk di lokasi dengan filem terbaharunya berjudul Sindiket arahan Bade Azmi yang sedang menjalani penggambaran di Sabah.

"Saya sentiasa seronok dapat bekerjasama dengan Bade kerana beliau adalah seorang yang sangat berkaliber dan fokus terhadap apa yang dilakukannya," kata Amani.

Justin Bieber Terlanggar Jurugambar


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Gossip, Hollywood, Justin Bieber, Terlanggar, Jurugambar


PENYANYI Justin Bieber dilaporkan telah terlanggar seorang jurugambar yang mengekorinya di tempat letak kereta.

Seperti dipetik Dailymail.co.uk pada Rabu, jurugambar itu jatuh dan mengalami cedera ringan.

Dalam insiden itu penyanyi lagu Baby tersebut yang menyedari kejadian itu lantas meninggalkan lokasi berkenaan..

Sementara itu, jurugambar tersebut telah melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak berkuasa.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Bieber.

Anak Lelaki Britney Spears Malu Dicium


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Anak, Lelaki, Britney Spears, Malu, Dicium
Britney Spears.
DUA anak lelaki kepada penyanyi Britney Spears malu mencium ibu di hadapan kawan-kawan mereka.

Penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, Sean Preston, 7, dan Jayden James, 6, tidak suka dicium di hadapan kawan-kawan kerana merasakan perkara itu memalukan.

"Anak-anak saya sudah besar dan menganggap mencium mereka di hadapan rakan-rakan adalah perkara memalukan," katanya kepada contactmusic.com.

Britney baru sahaja muncul dengan single terbaharunya berjudul Ooh La La untuk filem Smurfs 2 dan memberitahu anak-anaknya peminat setia filem berkenaan.

Dia turut mengakui bersetuju menyanyikan lagu tema filem berkenaan kerana Sean dan Jayden sangat meminati filem itu.

Kedua-dua mereka juga akan muncul dalam muzik video lagu berkenaan.

Benarkah terlerai sudah cinta Shah Jazle?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Benarkah, Terlerai, Sudah, Cinta, Shah Jazle
Shah Jaszle dan Redzwani Puteri Ismail. - Foto ihsan The Photolicious

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Jun 2013

IKATAN pertunangan pelakon, Shah Jaszle dan Redzwani Puteri Ismail dikatakan telah berakhir pada 10 Jun lalu.

Namun, dalam kemas kini status laman mikro Twitter milik pelakon utama drama Iman Nabila itu dan Redzwani, khabar putus tunang itu seolah-olah tidak benar.

“Sayang Redzwani Puteri, belajar bersungguh-sungguh dan saya akan bekerja bersungguh-sungguh. Muah!,” tulis Shah kira-kira jam 10.53 pagi tadi.

Sementara Redzwani pula menulis dua minit sebelum itu, “dengan cinta, Shah Jaszle. Belajar kerja, belajar kerja.”

Melalui laporan akhbar tempatan, hari ini, wakil keluarga Redzwani membuat kenyataan bahawa ikatan pertunangan antara mereka sudah diputuskan oleh ibu Redzwani yang berkunjung ke rumah keluarga Shah, 10 Jun lalu.

Shah ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu di sebuah rumah yang terletak di Subang oleh pihak Jais pada jam 3.30 pagi.

Zahiril, Shera timang anak pertama


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Zahiril, Sheera, Timang, Anak, Pertama


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Jun 2013

PASANGAN selebriti, Zahiril Adzim dan Shera Ayob selamat menimang anak pertama mereka, petang semalam.

Zahiril berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak lelakinya itu di laman mikro Twitter.

“Syukur ya ALLAH. Alhamdulillah. Welcome to the world my boy. God job mummy, Shera Ayob. You did very well. I’m the happiest daddy in the world (Selamat datang ke dunia anak lelakiku. Kerja yang baik Mummy, Shera Ayob.

Awak buat dengan baik sekali. Saya ayah yang paling gembira di dunia),” tulisnya.

Pasangan ini menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya atas kelahiran itu.

Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga November, tahun lalu.


iskandarX: Dialog: awak nie mat rempit ker?
Dialog: tak lah, saya cuma tolong kicap je.

Tolak diet, Ramona Zamzam tetap langsing!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tolak, Diet, Ramona Zamzam, tetap, Langsing,


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Jun 2013

MUNGKIN nama gadis kelahiran Ipoh, Perak tidak sepopular rakan seperjuangannya seperti Neelofa dan Izara Aishah, namun kehadirannya sedikit sebanyak memeriahkan pentas industri seni tempatan.

Bermula dengan bidang peragaan sejak sembilan tahun lalu ketika berusia 12 tahun, dia kemudiannya terus mendapat tempat dalam bidang lakonan apabila muncul sebagai pelakon pembantu dalam filem Castelo.

Pun begitu, kerana masih belajar, dia terpaksa membatalkan niatnya untuk terus aktif sebagai pelakon.

Kemudian, finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini tidak menunggu lama, sebaliknya, apabila tamat sahaja zaman persekolahan, dia kembali berlakon dan membintangi beberapa filem seperti 2 Hati 1 Jiwa, Sitkom Nana Tanjung dan drama bersiri Otai.

Selepas itu, empunya nama Ros Ramona Qadira atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam ini mula mengorak langkah.

Kini, pelakon Cinta Jangan Pergi ini mengakui rezekinya semakin bertambah dan sudah mula mempunyai peminat tersendiri.

Apa pun, dalam kesibukannya sebagai pelakon dan model, pelakon berusia 23 tahun ini tidak pernah lupa menjaga kesihatan dan kecantikan yang dikurniakan kepadanya.

Akuinya, dia sangat suka manjakan dirinya  dan menjaganya dengan rutin tersendiri.

Pengertian cantik bagi anda?

Cantik bagi saya haruslah datang secara keseluruhan. Saya percaya dengan kecantikan dalaman kerana jika kita cantik dari dalam itulah yg akan membantu untuk cantik di luar juga. Satu lagi saya percaya pada keyakinan, apabila adanya keyakinan dalam diri, secara tidak langsung ia akan membantu diri kita tampak cantik secara automatik.

Anda mempunyai tubuh yang langsing, bagaimana anda mengawal berat badan?

Sebenarnya, saya tak kawal pun. Saya seorang perempuan yang langsung tak diet dan tak kawal berat badan sebab saya terlalu suka makan. Tapi tak dinafikan saya akan sedaya upaya untuk cuba makan makanan yang sesihat mungkin. Misalnya,  bangun pagi saya akan pastikan makan buah dulu dan minum air hanya selepas 30 minit selepas makan. Tapi, saya akan makan apa sahaja yang saya nak.

Cara pemakanan yang anda amalkan?

Saya makan banyak kali, kadang-kadang lima hingga enam kali sehari. Tetapi setiap hidangan diambil dalam jumlah kecil. Lagipun perut saya kecil jadi jumlah yang diambil pun sikit-sikit, cuma yang penting jangan tinggalkan sayuran.

Bagaimana dengan suplemen atau makanan tambahan lain untuk kecergasan tubuh?

Saya ada makan ubat ginseng cina untuk buang lebihan toksik dalam badan. Dalam pada itu, saya juga akan makan evening primrose oil jika berkesempatan. Saya juga mengamalkan minum air masak dengan banyak.

Adakah anda gemar bersenam?
Kalau waktu sibuk memang tak sempat nak bersenam, tetapi bila ada waktu lapang, saya akan senaman all out dan 'gila-gila'. Untuk sekarang saya hanya fokus pada badminton, berenang, yoga dan tarian zumba.

Bagaimana rutin penjagaan wajah?

Macam biasa saja. Cuma tip terbaik setakat ini yang saya lakukan adalah dengan mencuba tidak pakai makeup pada hari biasa. Sebab shooting dan selalu sangat bersolek tebal, jadi saya akan bagi kulit rehat supaya ia dapat bernafas dengan baik.

Bagaimana pula cara anda titik beratkan kesihatan rambut?

Pun biasa juga, saya hanya akan syampu, memakai pelembap rambut dan serum. That’s it!

Adakah anda gemar melakukan facial?

Oh, itu memang kerap, biasanya dalam dua hingga tiga kali setiap bulan.

Cara anda memanjakan diri?
Pergi spa dan lakukan manicure serta pedicure. Bila ada masa terluang juga, saya akan tidur lama-lama.

Aktiviti masa lapang?
Kalau free, saya lebih selesa keluar dengan keluarga dan kawan-kawan. Cuma, kalau ada extra free time, saya akan travel sebab saya memang kaki travel. Mungkin saya akan lari sekejap ke Port Dickson dan ke mana sahaja yang saya boleh buat getaway. Tapi, kalau ada masa panjang saya akan bercuti ke luar negara.

Sedikit mengenai perkembangan terbaru anda?
Kepada peminat saya, jangan lupa tonton drama terbaru saya Cinta Jangan Pergi yang disiarkan setiap Sabtu dan Ahad 8.30 malam di TV9. Selain itu, saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama Dendam Terindah.

Afghan sorok kisah cinta?


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Pop, Afghan, Sorok, Kisah, Cinta
Afghan

PENYANYI lelaki yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta, Afghansyah Reza, atau lebih popular dengan panggilan Afghan, 22, menafikan hubungan cintanya dengan pelakon baru, Maudy Ayunda.

Menurut Afgan, hubungannya bersama  Maudy hanyalah sebagai kawan biasa, meskipun mereka dilihat sering bersama.

"Saya akui memang kami berdua berkawan baik, namun dia tidak lebih apa yang disangka.

"Walaupun kami dilihat agak rapat, tidak semestinya kami bercinta

"Namun saya tidak nafikan Maudy seorang kawan yang baik dan saya senang berkongsi pandangan bersamanya," katanya.

Buat masa ini, Afgan menjelaskan, dia belum sedia untuk bercinta kerana tumpuan utamanya kini terhadap pelajaran dan juga nyanyian.

Shahrukh Khan puji Deepika


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Shahrukh Khan, puji, Deepika
Shahrukh Khan

HERO terkenal Bollywood,  Shahrukh Khan, melahirkan rasa puas hati ketika berlakon bersama aktres Deepika Padukone dalam filem terbarunya Chennai Express.

Menurut SRK, sejak awal penglibatan Deepika dalam dunia lakonan, Deepika dilihat memiliki bakat lakonan yang begitu memberangsangkan.

"Saya puji cara kerja yang di lakukannya, setiap apa juga watak yang diberikan kepadanya akan dilakukan dengan baik.

"Dia juga seorang yang ingin belajar dan tidak pernah mengalah. Tidak dinafikan suatu hari nanti Deepika mampu mengorak langkah untuk lebih jauh dalam industri ini," kata SRK.

Michelle Yeoh duta belia iM4U


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Artis Hong Kong, Selebriti, Tan Sri Michelle Yeoh, Duta, Belia, iM4U
Tan Sri Michelle Yeoh


NOR ATIEYAH YUSOFF
20 Jun 2013

SIAPA  yang tidak mengenali figura tersohor ini? Sejak membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies (1997) bersama aktor kacak, Pierce Brosnan, namanya menjadi sebutan di seluruh pelosok dunia.

Memoirs of a Geisha, The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor dan terbaru, The Lady sebagai Aung San Suu Kyi, berjaya meletakkan Tan Sri Michelle Yeoh sebagai bintang versatil dan amat dikagumi.

Bukan saja berbakat besar, aktres ini turut mendapat pengiktirafan 50 Most Beautiful People di dunia menerusi majalah People dan turut tercalon dalam BAFTA (2000) bagi kategori aktres terbaik untuk filem seni mempertahankan diri, Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Walaupun usianya kini sudah mencecah separuh abad namun anak kelahiran Ipoh, Perak, ini masih aktif menabur bakti kepada negara sendiri.

Malah atas jasanya dalam mengharumkan nama negara ke seluruh dunia, beliau dikurniakan pingat Panglima Setia Mahkota daripada DYMM Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, sempena hari keputeraan baginda pada 1 Jun lalu.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Artis Hong Kong, Selebriti, Tan Sri Michelle Yeoh, Duta, Belia, iM4U
Tan Sri Michelle Yeoh bersalam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Peka nasib wanita

Turut dilantik sebagai mentor pertama bagi 1Malaysia For Youth (iM4U) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata semangat cintakan tanah air sendiri masih menebal di hati Yeoh.

Bagi pelakon antarabangsa itu, pelantikan tersebut dilihat sebagai satu pengiktirafan dan pencapaian luar biasa dalam membantu negara.

Sebagai langkah pertama, beliau bekerjasama dengan iM4U bagi menentang aktiviti jenayah terutamanya kawasan hitam yang mendedahkan kaum hawa kepada bahaya.

Menurut Yeoh, kawasan seperti tempat meletak kenderaan, stesen LRT dan hentian bas sering menjadi tumpuan penjenayah yang menjadikan wanita sebagai mangsa.

"Saya terpanggil untuk membantu wanita setelah mendengar pelbagai berita mengenai keganasan terhadap wanita terutamanya kejadian ragut.

"Kami sedang mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat dan kami akan mengumumkan sebaik sahaja sedia untuk dilancarkan," katanya yang juga merupakan Duta Global Make Roads Safe.

Tambah Yeoh, jika sebelum ini dia banyak berkempen mengenai keselamatan jalan raya di seluruh dunia, kini tiba giliran untuknya melakukan sesuatu di negara kelahirannya sendiri.

Aktif berlakon selepas bercerai

Menyingkap kembali perjalanan seninya, seawal usia 21 tahun, Yeoh memenangi pertandingan Miss Malaysia (1983) dan mewakili negara ke Australia bagi Queen Of The Pacific dan Miss World di London.

Kemunculannya dalam iklan televisyen bersama Jackie Chan berjaya menarik perhatian sebuah produksi Hong Kong, D&B Films.

Sejak itu dia dilamar beraksi di layar perak dan percaturannya dalam filem aksi seperti Yes Madam (1985) berjaya membuahkan hasil.

Bagaimanapun, selepas membintangi filem Easy Money (1987), Yeoh mengambil keputusan untuk meninggalkan karier seninya. Keputusan itu dibuat setelah dia mengahwini penerbit dan juga 'tauke' produksi filem itu, Dickson Poon.

Beberapa tahun selepas itu, Yeoh berdepan konflik rumah tangga dan nekad bercerai pada 1992. Beliau kemudiannya kembali aktif berlakon dan rancak membintangi pelbagai filem di peringkat antarabangsa.

Sebati dengan dunia lakonan, Yeoh tetap menerima tawaran lakonan meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun. Malah beliau mengesahkan bakal membintangi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon 2.

“Saya teruja untuk membintangi filem ini saya sedang berusaha sedaya upaya agar penggambaran filem ini dapat dilakukan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios.

"Ianya lebih mudah untuk saya menjalankan tugas sebagai pelakon dan juga duta iM4U di sini,” katanya yang sudah membintangi hampir 40 filem.

Kes khalwat Shah Jazle tidak jejas 'Iman Nabila'


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kes, Khalwat, Shah Jazle, Tidak, Jejas, Iman Nabila


MARINA SAHABUDIN
20 Jun 2013

BARU sahaja disiarkan bermula 10 Jun lalu di Slot Azalea, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4 petang di TV3, drama bersiri Iman Nabila mempertaruhkan barisan pelakon popular dan handalan tanah air seperti Shahrizal Jazle, Mahmud Ali Basha, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Kuza sebagai teraju utama.

Mendapat sentuhan pengarah Suhaimi Lua, drama 16 episod ini mengetengahkan konflik kekeluargaan dan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.

Demi harta dan wasiat, neneknya sanggup membeli seorang bayi lelaki bagi mewarisi harta menantunya itu.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kes, Khalwat, Shah Jazle, Tidak, Jejas, Iman Nabila


Berkongsi lebih lanjut mengenai Iman Nabila, Suhaimi berkata, meskipun pada awalnya dia bimbang kontroversi penangkapan khalwat pelakon utamanya  Shahrizal, namun dia yakin perkara itu tidak menjejaskan karyanya itu.

“Penonton kini bijak membezakan hal peribadi dan kerja artis kesayangan mereka, walaupun Shahrizal berhadapan dengan perkara ini namun saya lihat dia mampu memberi komitmen terbaik sepanjang di set penggambaran.

“Walaupun saya tahu ia tetap memberi impak namun pihak kami melihatnya dari sudut positif,” katanya kepada Zass.

Akuinya, dia juga lega kerana pihak Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang merupakan penerbit drama ini tidak menukar   peranan yang dibawakan Shahrizal kepada pelakon lain.

“Bayangkan jika watak itu diserahkan kepada orang lain, pasti sukar bagi saya mencari penggantinya,” katanya memuji sikap Shahrizal yang profesional di set.

Yakin kemampuan Faeza

Selain nama-nama besar dipilih untuk membintangi drama ini, pelakon sedang meningkat naik, El Faeza Ul Haq juga diberi kepercayaan memegang peranan utama sebagai Nabila.

Ditanya pemilihan pelakon yang baru mencipta nama menerusi drama Adam dan Hawa serta Cinta Qaseh itu, Suhaimi berkata, bukan kerana tidak mempunyai pilihan lain,  sebaliknya dia yakin dengan kemampuan pelakon dari Singapura itu.

“Nabila di sini adalah seorang gadis yang hidup susah dan akhirnya dipilih memegang jawatan besar di sebuah syarikat, kita tidak boleh memilih pelakon yang terlalu nampak glamor dan terlalu kampung untuk watak ini, jadi Faeza adalah yang paling layak.

“Lagipun ketika penggambaran dijalankan, kami lihat dia berjaya membawa watak tersebut dengan baik,” jelasnya.

Tambah Suhaimi, pujian juga wajar diberikan kepada pelakon senior yang lain seperti Fazlina, Mahmud Ali Basha, Wan Shade, Aida Khalida dan Kuza kerana lakonan hebat mereka.

“Tidak perlu dipertikaikan lagi keupayaan mereka menjadi setiap watak yang dipegang, bahkan bantuan mereka kepada saya sebagai pengarah baru memudahkan lagi tugas saya sewaktu penggambaran dijalankan,” katanya.

Hadapi kekangan masa

Selain berhadapan kontroversi yang melanda Shahrizal, ujar Suhaimi dia dan pihak produksi juga menghadapi cabaran lain ketika pembikinan drama ini.

“Biasalah, apabila mahu melakukan sesuatu, ada sahaja yang tidak kena dan kami sendiri terpaksa sebenarnya tidak cukup masa dan agak terburu-buru di awal penggambaran.

“Bukan kerana tidak mendapat tarikh awal dari penerbit atau syarikat televisyen tetapi kerana rombakan skrip yang dilakukan.

“Skrip yang kurang baik perlu dimantapkan supaya jalan ceritanya tidak meleret dan membosankan, jadi kami ambil banyak masa untuk mendapatkan skrip yang terbaik,” katanya masih terdapat enam episod baki penggambaran drama ini.

Diajukan mengenai inti pati utama yang hendak disampaikan menerusi Iman Nabila, katanya, sudah pastilah elemen pilih kasih dalam keluarga ditonjolkan.

“Ini adalah kisahnya dan kami harap penonton dapat menilai sejauh mana pilih kasih berlaku dalam masyarakat dahulu dan kini.

“Gara-gara terlalu dimanjakan juga, watak Iman menjadi seorang yang sangat nakal,” katanya yang turut mewujudkan pelbagai konflik dalam drama ini.

Cinta baru Almy Nadia!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Cinta, Baru, Almy Nadia


MARINA SAHABUDIN
20 Jun 2013

MESKIPUN wajahnya kini jarang menghiasi kaca televisyen namun ia bukan alasan dia dilupakan dalam industri ini.

Biarpun beberapa bulan lalu dia menjadi tumpuan media gara-gara dikaitkan dengan pertunangan aktor Fizz Fairuz, namun semuanya ditepis secara baik oleh pelakon yang pernah popular dengan drama Cinta Buat Emelda ini.

Mengakui lebih selesa fokus terhadap karier, anak dan bidang lakonan, Almy Nadia yang ditemui di majlis Anugerah Bintang Blokbuster 2013 lalu berkata, dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

"Buat masa sekarang saya gembira begini dan apa yang berlaku tidak pernah membuatkan saya patah semangat," katanya yang kini jatuh cinta dengan bidang perniagaan.

Berkongsi mengenai cinta barunya itu, Almy berkata, idea itu lahir setelah sering menikmati karipap dan cucur badan hasil air tangan ibunya.

"Idea ini datang tiba-tiba sahaja, lagipun, karipap dan cucur badak ibu sangat sedap, rugilah jika saya tidak pasarkannya dengan lebih meluas.

"Jadi tanpa menunggu lebih lama, baik saya bertindak demi masa depan saya, anak dan keluarga," katanya tidak pernah merancang hendak berniaga sebelum ini.

Tambah pelakon berusia 27 tahun ini, buat masa sekarang dia hanya menyasarkan sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi perniagaan Karipap dan Cucur Badak 'frozen' itu.

"Ia masih di peringkat awal, insya-ALLAH, jika mendapat sambutan hebat, saya akan pasarkan di tempat lain juga," katanya tidak mengabaikan anak angkatnya Nur Afrina Darwisya, 4 tahun meskipun sibuk dengan penggambaran dan perniagaan.

Pengorbanan besar

Bercerita mengenai anaknya, kata Almy, dia tetap meluangkan masa untuk Afrina dan sudah menjadi kemestian baginya setiap minggu melihat anaknya itu. Malah dia terpaksa berulang alik setiap hujung minggu dan itulah pengorbanan paling besar buat anaknya.

"Walaupun anak tinggal dengan ibu, tetapi saya tetap kena balik untuk melihatnya. Walau sibuk mana sekalipun saya tetap akan curi masa bertemu dengannya," katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Roboh untuk RTM.

iskandarX: Almy Nadia lama tak balik kampung, round2 dalam flat is nie dah......

Shila Amzah didera?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Shila Amzah, Didera


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
19 Jun 2013

PENYANYI popular, Shila Amzah yang sedang giat membina kerjayanya di Shanghai mengibaratkan hidupnya di sana bagaikan di kem tentera.

Sinar Harian Online berpeluang menemui anak gadis ND Lala ini di Majlis Pelancaran Anugerah Industri Muzik ke-20, hari ini.

"Saya rasa macam kat kem tentera," katanya sambil ketawa apabila diminta berkongsi cerita kehidupannya di Shanghai.

Shila memberitahu, terdapat beberapa tugas yang perlu dilaksanakan olehnya termasuk menurunkan berat badan.

"Pihak pengurusan di sana sangat teliti. Bos beri saya tugas-tugas tertentu yang saya perlu buat. Antaranya, belajar bahasa Mandarin, belajar lagu baru untuk persembahan dan turunkan berat badan.

"Saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg). Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan 5 kg. Saya perlu ke gimnasium selalu," katanya yang tidak mengambil sebarang daging sepanjang tempoh itu.

Shila juga memberitahu, dirinya mengambil masa seminggu untuk belajar lagu opera berjudul Time To Say Goodbye.

"Lagu opera memang tak pernah buat, jadi, itu cabaran untuk saya. Lagu itu untuk persembahan di majlis anugerah dan setiap majlis anugerah, lagu yang diberi berlainan.

"Pasaran opera di sana agak besar. Ia seolah-olah pendedahan buat saya kepada golongan selain golongan muda," katanya.

Mengulas soal perkembangan bahasa Mandarin yang dipelajarinya, Shila mengakui ia masih belum mencapai tahap standard.

"Untuk perbualan harian, saya dah lepas tapi untuk bahasa standard masih belum lagi.

"Sekarang saya 'disimpan' dulu. Mereka beri saya dua bulan untuk pelajari bahasa Mandarin sebab mereka ada projek besar untuk saya," katanya.

Menurut  Shila jadual hariannya kini sangat padat.

"Dunia saya, rumah, kerja dan gimnasium. Kalau nak berseronok, saya dan kawan-kawan akan ke taman tema," katanya.

Penyanyi Patah Seribu ini juga tidak lari daripada tekanan kerja.

"Kadang-kadang saya tertekan sebab mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap saya. Mereka anggap saya boleh buat apa saja," katanya.

Bercakap soal perkembangan albumnya, Shila bakal melancarkan album Melayunya yang kelima dalam masa terdekat dan album Mandarinnya pada bulan Ramadan nanti.

AIM 20 ubah kriteria


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, AIM 20, Ubah, Kriteria


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
19 Jun 2013

KUALA LUMPUR - Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-20 tampil kelainan apabila mengubah kriteria pencalonan dan menambah satu kategori baru.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rosmin Hashim memberitahu media, kriteria yang digunapakai sebelum ini iaitu penggunaan 100 peratus bahasa Melayu dalam lagu telah diubah.

Katanya, kriteria sebelum ini yang mewajibkan penggunaan 100 peratus  telah diubah kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan bahasa Melayu.

"Jadi lagu yang digabungkan dengan Bahasa Inggeris boleh bertanding," katanya pada sidang media pelancaran AIM20, di sini, hari ini.

Menurutnya,, perubahan kriteria itu diambil dari usul yang diutarakan pada forum muzik tahun lalu.

"Kami ambil kira usul-usul sebelum ini dan memang tak dinafikan banyak lagu-lagu yang sedemikian (campur bahasa Melayu dan Inggeris).

"Kalau tak diubah, lagu-lagu seperti itu tak dapat diberi pengiktirafan," katanya.

Mengulas lanjut soal perubahan itu, Rosmin menegaskan ia bukan untuk membelakangkan Bahasa Melayu.

"Langkah yang diambil bukan hendak membelakangkan bahasa Melayu tetapi untuk mencerminkan penguasaan bahasa terutama bahasa Inggeris.

"Saya percaya ia akan disambut baik oleh pengkarya tempatan," katanya lagi.

Sementara satu kategori baru, Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam lagu ditambah menjadikan 20 kategori dipertandingkan bagi AIM kali ini.

Majlis anugerah AIM 20 bakal berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan