Cari Artikel

Wednesday, June 19, 2013

Seniman Tunggu Laporan Bertulis Ezany Sebelum Bertindak


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Seniman, Tunggu, Laporan, Bertulis, Ezany, Sebelum, Bertindak, Zed Zaidi
Zed masih menanti laporan lengkap bertulis daripada Ezany sebelum mengambil sebarang tindakan.


Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) masih menunggu laporan lengkap daripada pelakon Ezany Nizariff ekoran laporan polis pelakon itu yang mendakwa tidak menerima baki bayaran tertunggak daripada syarikat produksi NR Network menerusi drama Titian Dua.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan sekiranya Ezany gagal menghantar laporan tersebut kepada Biro Aduan dan Perundangan persatuan itu kerana pihaknya perlu meneliti fakta kes berkenaan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

"Saya mengetahui masalah tersebut ketika Ezany memberitahu saya secara lisan sebelum ini tetapi Seniman perlukan satu laporan bertulis tentang masalah yang berlaku.

"Pihak biro perlu meneliti terlebih dahulu kontrak, masalah yang wujud berserta dokumen-dokumen berkaitan sebelum membuat sebarang tindakan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Seniman, Tunggu, Laporan, Bertulis, Ezany, Sebelum, Bertindak, Zed Zaidi
Ezany mendakwa telah menghantar dua laporan bertulis kepada Seniman berhubung masalah yang dihadapinya.

Ezany bersama enam orang kru produksi pada Isnin lalu membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar sejak empat bulan lalu.

Ezany bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi masalah berkenaan.

Dalam pada itu, Zed berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera selepas menerima laporan tersebut dan meminta Ezany menyerahkan segera maklumat berkenaan kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman secepat mungkin.

"Seperti mana kes-kes lain, kita akan mengambil tindakan segera dan tidak terkecuali kes Ezany cuma kami perlukan laporan bertulis daripadanya," jelas Zed.

Sementara itu, Ezany yang dihubungi berkata, dia telah menghantar dua laporan bertulis kepada Seniman beberapa bulan lalu ketika dia dilanda isu disenaraihitamkan oleh sebuah stesen televisyen tanpa sebarang sebab munasabah.

Bagaimanapun kata Ezany, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh pihak persatuan sehingga menyebabkan dia membuat laporan kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) untuk meminta bantuan.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Seniman, Tunggu, Laporan, Bertulis, Ezany, Sebelum, Bertindak, Zed Zaidi
Ezany bersama kru-kru produksi yang membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Serdang pada Isnin lalu.

"Saya sudah menghantar dua laporan bertulis termasuk isu tidak dibayar oleh NR Network kepada Seniman ketika berjumpa pihak mereka sebelum ini bagi berbincang mengenai isu saya disenaraihitamkan oleh sebuah stesen TV namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Malah saya masih ada menyimpan salinan laporan berkenaan di rumah," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan, Ezany berkata, buat masa ini dia masih belum menerima haknya namun berharap ia dapat diselesaikan dengan baik dalam masa terdekat.

Jelas Ezany, dia tidak berniat untuk memperbesarkan kes itu cuma ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan haknya sebagai pelakon.

"Sebelum ini saya telefon dan SMS tidak dilayan dan pihak produksi enggan berbincang dan terpaksa membuat laporan polis kerana dengan cara itu sahaja untuk mendapatkan hak saya," jelasnya.

Tunang Serah Kepada Shahrizal Jaszle Untuk Selesaikan Masalah


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunang, Serah, Kepada, Shahrizal Jaezle, Untuk, Selesaikan, Masalah, Redzwani Puteri,
Redzwani Putri dan Shahrizal Jaszle


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle iaitu Redzwani Puteri, 25, menyerahkan segala-galanya kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan pasangan khalwatnya dalam program Melodi, Ahad lalu.

Redzwani, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.

Pada Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap

Malah wanita itu berkata, Shahrizal, 25, yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut.

Dia turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.

Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.

"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," katanya.

Syamsul Yusof Kecewa Laporan Kontroversi Media


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Syamsul Yusof, Kecewa, Laporan, Kontroversi, Media
Syamsul Yusof


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

PETALING JAYA: Pengarah muda Syamsul Yusof melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak media yang gemar melaporkan kontroversi mengenai dirinya secara berlebihan.

Syamsul, 29, berkata, selama ini dia sering bertolak ansur dengan pihak media yang ingin menemu bualnya namun terdapat individu yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasikan kenyataan yang diberi agar menjadi lebih sensasi.

"Saya hormat semua pihak media kerana saya faham masing-masing mempunyai tujuan kerja yang dilakukan. Antara media dan artis kita saling memerlukan.

"Tetapi kadang-kala saya kecewa dengan gaya penulisan yang disampaikan dalam berita yang dipaparkan.

"Malah ada yang tidak patut ditulis pun mereka tulis. Saya tak kata semua. Tetapi adalah individu yang berbuat demikian," katanya kepada mStar Online.

Tambah Syamsul, lebih pelik lagi ketika dia berada di Bangkok , Thailand bagi menyelesaikan tugasan suntingan filem KL Gangster 2, namanya tetap dikaitkan dengan pelbagai laporan kontroversi.

Bagaimanapun keadaan itu membuatkan Syamsul lebih berhati-hati dalam memberikan sebarang kenyataan selepas ini dan akan menggunakan medium laman sosial sekiranya ingin membuat sebarang penjelasan kepada umum.

"Sekarang ini saya mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap kenyataan yang diberi. Ataupun saya hanya perlu membuat kenyataan di laman sosial agar memudahkan kerja semua pihak selain tidak perlu menjawab pertanyaan sama berulang kali," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, dia bersyukur apabila suntingan filem KL Gangster 2 telah pun siap sepenuhnya dan berkemungkinan bakal ditayangkan pada Oktober depan.

"Alhamdulillah, selepas melalui proses penapisan di LPF (Lembaga Penapis Filem), hanya 10 peratus sahaja yang dipotong. Tak banyak pun.

"Semoga penantian filem ini memberi kepuasan kepada semua selepas menyaksikannya nanti," kata Syamsul.

Pengarah Faisal Ishak Gaduh Dengan Isteri Kerana Drama


Malaysia, Hiburan, Pengarah, Selebriti, Filem, Faizal Ishak, Umi Isa, Gaduh, Dengan, Isteri, Kerana, Drama
Faisal Ishak dan isterinya, Umie Isa.

PETALING JAYA: Pengarah filem Faisal Ishak mengakui bukan mudah untuk bekerjasama dengan isteri sendiri, iaitu penulis skrip Umie Isa apatah lagi jika mereka terlibat dalam sebuah produksi yang sama.

Faisal berkata, berdasarkan pengalamannya, pertelingkahan akan berlaku apabila masing-masing mempunyai perbezaan pendapat dan ketegangan itu boleh berlarutan sehingga di luar waktu kerja.

"Kerja dengan isteri sendiri buatkan diri masing-masing menjadi tertekan. Lebih teruk lagi apabila pergaduhan itu dibawa sampai ke rumah. Mungkin kerana masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing," selorohnya.

Faisal ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Ummi di Sri Pentas TV3 di sini pada Selasa.

Sebelum ini Faisal dan isterinya pernah bekerjasama menerusi drama Impak Minima lima tahun lalu.

Tambah Faisal kerana pengalaman itu dia mengambil pendekatan untuk bekerja dengan isterinya menerusi drama Ummi.

"Kami memiliki pemikiran yang sangat berbeza. Memandangkan pengarah dan penulis skrip saling memerlukan dalam memberi visual cerita, keserasian amat diperlukan.

"Bagaimanapun Alhamdulillah, kali ini saya dan isteri telah jumpa satu titik keserasian dalam mengembangkan idea dalam drama Ummi," ujarnya.

Selain Ummi, drama terbitan Filmacape Sdn Bhd itu turut mendapat sentuhan skrip Amrul Hadi.

Ia membariskan pelakon Umie Aida sebagai watak Ummi, Khyreena Kemal (Chonel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish).

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Ummi yang telah ditinggalkan suami selain terpaksa menjaga tiga kanak-kanak iaitu Comel, Danish dan Amir yang tiada pertalian darah dengannya.

Ummi, bakal disiarkan setiap Ahad di TV3 bermula 30 Jun ini, pukul 9 malam.

Noniswara Dakwa Cedera Ditolak Suami


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Noniswara, Dakwa, Cedera, Ditolak, Suami
Noniswara mendakwa pernah cedera kerana ditolak suaminya.


PETALING JAYA: Dramatis Noniswara Baharuddin mendakwa pernah cedera sehingga berdarah akibat ditolak oleh suaminya, Datuk Rosman Ridzwan di atas jalan raya ketika memujuk ahli perniagaan itu pulang ke rumah.

Akhbar Kosmo melaporkan Noniswara, 44, memberitahu ekoran kejadian itu dia ada membuat laporan polis bagi melindungi dirinya.

Pelakon itu berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa semasa disoal peguam syarie, Datuk Amli Embong ketika perbicaraan permohonan cerai taklik terhadap Rosman, 56.

Noniswara selaku plaintif membuat permohonan tersebut memberi keterangan secara sebelah pihak selepas Rosman tidak pernah memberi kerjasama terhadap permohonan cerai yang difailkan olehnya sebelum ini.

Permohonan cerai taklik itu difailkan pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes didengar dihadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Dalam pada itu, Noniswara berkata, tindakan suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah adalah selari dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan pada hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.

Pada prosiding tersebut, Noniswara turut mengemukakan tiga orang saksi iaitu adik lelaki, pembantu peribadi dan bekas pembantu peribadinya dan mereka mengesahkan keterangan pelakon itu.

Mahkamah menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan permohonan tersebut.

Najib Ali Dilantik Konsultan AF 2013


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Najib Ali, Dilantik, Konsultan, AF 2013


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Pemilihan personaliti televisyen berasal dari Singapura, Najib Ali sebagai konsultan untuk program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) bakal memberi kelainan dan secara tidak langsung mengangkat program realiti tersebut lebih bertaraf global.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Najib mempunyai pengalaman yang luas dalam industri hiburan di rantau Asia dan mampu memberi pembaharuan dalam AF 2013 kali ini.

"Dia seorang personaliti yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini di peringkat Asia, kehadiran dia secara tidak langsung membuatkan AF berbau global.

"Kita lihat kemampuannya melihat format program itu di luar produksi dan memberi nafas baru dalam industri hiburan," katanya ketika ditemui pada taklimat program dan saluran baharu Astro, di sini, Selasa.



Tambah Khairul, bekas pengacara Asia Bagus itu juga mempunyai pengalaman mengendalikan rancangan realiti AF di Indonesia selama tiga musim.

"Dia ada wawasan dan matlamat tersendiri dan tahu apa kelainan yang kita inginkan bagi musim terbaru ini," katanya.

Jelasnya, AF kali ini telah membuat beberapa perubahan terhadap format program tersebut yang tidak lagi sesuai dengan situasi semasa.

Bagaimanapun, Khairul enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai program berkenaan dan akan mengadakan satu lagi sidang media bagi memperkenalkan konsep, tenaga pengajar dan hos.

Sementara itu uji bakat sedang diadakan di lima buah negeri sejak 1 Jun sehingga 30 Jun ini.

Adele Pasang Tingkap Kalis Peluru


London, Hiburan, Artis Britain, Selebriti, Adele, Pasang, Tingkap, Kalis, Peluru
Adele


PENYANYI Adele mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang alat perlindungan khas di rumahnya.

Menurut laporan Dailymail, wanita berusia 25 tahun itu telah memasang kaca tingkap kalis peluru di kediamannya di Kensington, London Barat demi keselamatan dia sekeluarga.

"Dia telah berpindah sejak beberapa bulan lalu dan telah mengubah suai hampir keseluruhan bahagian rumah.

"Malah dia telah memasang tingkap berkaca kalis peluru," kata sumber.

Sejak kelahiran anak sulungnya iaitu Angelo, Adele semakin berjaga-jaga terhadap keadaan di sekelilingnya.

Kekasih kepada Simon Koneccki itu tidak mahu sebarang lemparan batu mahupun penyusup yang menyerang rumahnya nanti.

Sebelum berpindah, Adele telah menetap di Tottenham, London.

Astro Perkenal 5 Pakej Baharu, 11 Saluran Tambahan


Malaysia, Hiburan, Astro, Perkenal, 5, Pakej, Baharu, 11, Saluran, Tambahan
Henry Tan


Oleh KEMALIA OTHMAN

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro akan menawarkan lebih banyak kandungan dan pelbagai pilihan pakej bagi memenuhi kehendak mengikut kemampuan penonton.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, sebanyak 11 saluran baharu dengan lima pakej diperkenalkan dengan format Definasi Tinggi(HD).

"Kami memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih daripada lebih 20 pakej untuk disesuaikan dengan keperluan tontonan dan bajet mereka.

"Kami juga menawarkan pelbagai pakej pengisian yang merangkumi pelbagai genre dan kami percaya pakej-pakej ini mampu memenuhi cita rasa kesemua segmen pelanggan sama ada di kawasan bandar dan kuar bandar," katanya pada sidang taklimat program baharu dan pakej menarik Astro, di sini, Selasa.

Pek baru Family HD dengan 40 saluran SD dan 11 saluran HD diperkenalkan pada harga RM49.95.

Selain itu, Astro turut memperkenalkan Value Pack yang terdiri daripada Pek Nilai, Pek Naama dan Pek Wah dalam format HD dengan harga RM75 setiap satu.

Pelanggan Value Pack juga boleh menambah saluran genre yang lain ke dalam pek Nilai mereka seperti Sukan dan Filem dengan bayaran tambahan sebanyak RM25 setiap satu ataupun Pek Mini dengan bayaran tambahan sebanyak RM12 setiap satu.

"Dalam pada itu, Astro turut membekalkan saluran-saluran dengan genre yang pelbagai dan tahun ini kami melancarkan 11 saluran baru dan lebih banyak lagi yang akan muncul.

Malaysia, Hiburan, Astro, Perkenal, 5, Pakej, Baharu, 11, Saluran, Tambahan
Pelancaran Lifestyle Centre di Midvalley

"11 saluran baru tersebut adalah Astro Maya HD, Astro Maya HD, Astro Hua Hee Dai HD, Astro On Demand HD, Astro Quan Jia HD, Raj TV, Kalaignar TV, Jaya TV, Vijay TV dalam Pakej Chakravathy, Astro Supersport 3 HD, Astro SuperSport 4 dan Lifetime HD menjadikan keseluruhan saluran Astro kini 174 saluran," katanya.

Sementara itu, pelanggan perkhidmatan bebas langganan, NJOI akan dapat menikmati tiga lagi saluran tambahan iaitu NTV7, 8TV, dan TV AlHijrah bermula Selasa (semalam).

Judika sibuk promosi album


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Judika, Sibuk, Promosi, Album, Terbaru, Mencari Cinta,


BARU sahaja melancarkan album terbarunya, Mencari Cinta, pelantun Aku Yang Tersakiti ini sedang sibuk menjalankan promosi di Indonesia.

Menurut sumber, Judika tidak duduk diam malah sentiasa mempunyai aktiviti untuk album itu.

“Terbaru, dia baru sahaja ke Utara Pulau Jawa selama 5 hari untuk memperkenalkan album itu kepada peminat di sana.

“Dalam masa yang sama, dia tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bertemu peminatnya,” katanya Mencari Cinta mendapat sambutan hebat.

Hrithik Roshan komited pada Krrish


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Hrithik Roshan, Komited, Pada, Krrish


WARTAWAN SINAR HARIAN
19 Jun 2013

BINTANG filem Bollywood, Hritik Roshan tidak melepaskan peluang mengikuti promosi filem terbarunya Krrish 3 selama sebulan.

Menurutnya, filem yang akan ditayangkan bermula November tahun ini sangat bermakna baginya.

“Filem ini memberi impak besar terhadap karier lakonan saya.

“Sebab itulah saya perlu memberi komitmen kepadanya.

“Saya harap lakonan saya kali ini berhasil dan menjadikan filem ini meletup,” kata hero Kaha Na Pyar Hai ini.

Sofi Jikan meninggal dunia hanya khabar angin


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sofi Jikan, Meninggal Dunia, Hanya, Khabar, Angin


NOR ATIEYAH YUSOFF
19 Jun 2013

BERITA kematian Sofi Jikan yang tersebar di laman sosial Twitter dan Facebook pagi semalam, ternyata hanya satu khabar angin dan salah faham.

Menurut rakan terdekat pelakon itu, Sofi masih ditahan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Subang Jaya kerana demam denggi dan individu yang meninggal dunia itu adalah adik Sofi.

Sebelum ini, Sofi telah memenangi anugerah Watak Penyangak Terhebat menerusi lakonan beliau dalam filem Jalan Kembali Bohsia 2 di malam anugerah BlockBuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Sabtu lalu.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sofi Jikan, Meninggal Dunia, Hanya, Khabar, Angin

Faizal Tahir digam stesen TV?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Faizal Tahir, digam, Stesen, TV


NOR ATIEYAH YUSOFF
19 Jun 2013

JIKA sebelum ini, Faizal Tahir pernah di gam stesen televisyen gara-gara tindakannya membuka baju ketika persembahan, kali ini timbul pula desas desus bahawa pelantun yang terkenal dengan lagu Biar ini digam lagi oleh stesen televisyen swasta.

Ia gara-gara status Faizal mengenai politik yang dikeluarkan ketika musim pilihan raya baru-baru ini.

Menerusi laman sosial Twitternya, Faizal turut memberi gambaran bahawa dia benar-benar digam dan ia bukan lagi spekulasi liar.

Antara status yang dimuat naiknya adalah: "Saya sedang memikir judul album terbaru Faizal Tahir The Banned. Ia sangat sesuai dengan saya," katanya.

Menjadi spekulasi hangat di media sosial, pengurus Faizal, Dolly Lee tampil menjelaskan isu tersebut dan menegaskan ia sekadar khabar angin semata-mata.

Katanya, sekira perkara itu benar, pihak pengurus Faizal akan diberitahu terlebih dahulu.

"Kami tidak menerima sebarang kenyataan daripada pihak terbabit menyatakan Faizal telah digam.

"Jika perkara ini betul, pihak kami akan menyiasat terlebih dahulu kesahihannya," ujar Dolly.

Dolly turut meluahkan kekesalan terhadap individu yang menyebarkan perkara tersebut tanpa mengetahui sama ada ia palsu atau benar.

Berbalik kepada status Faizal mengenai isu digam, Dolly menegaskan bahawa penyanyi lagu Gemuruh itu sekadar main-main dan tiada kena mengena dengan spekulasi tersebut.

Katanya, Faizal kini berehat di rumah selepas pulang dari Kuching, Sarawak sebaik selesai persembahan di sana.

"Buat masa ini, dia hanya menghabiskan masa di rumah sahaja untuk berehat bersama keluarga," katanya.

Tangguh niat berhijab, Rossa dikritik


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Tangguh, Niat, Berhijab, Rossa, Dikritik


NOR RAIDAH AWANG
19 Jun 2013

KEPUTUSAN Rossa hanya mengenakan tudung dalam tempoh 40 hari setelah kembalinya dari menunaikan haji hujung tahun lalu, nyata mengundang kritikan banyak pihak.

Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ayat-Ayat Cinta ini tidak sedikit pun melatah, apatah lagi mahu menyalahkan pihak yang mengkritiknya.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35, ini menyifatkan setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya sekadar tanda prihatin terhadap dirinya.



"Saya akui semenjak pulang dari Makkah, hati saya cukup berat untuk membuka tudung, apatah lagi saya sudah bertudung sejak beberapa minggu selepas berlepas ke Tanah Suci.

"Bukan saya tidak mahu bertudung sepenuhnya, tetapi sebelum saya menunaikan haji, saya ada perjanjian dengan pelbagai pihak dan ia membuatkan saya belum boleh memakai tudung.

"Saya juga berharap masyarakat dapat menilai dari sudut positif, saya akui sememangnya setiap orang yang menjalani ibadah haji sepatutnya melakukan perubahan ke arah kebaikan," katanya yang ditemui pada konsert Jakarta 2013 bersama Pasha Ungu, baru-baru ini.

Rossa berkata, biarpun tidak mengenakan hijab sepenuhnya, namun dia kini tampil dengan imej lebih sopan berbanding dahulu.

"Saya tidak kecewa dengan kritikan yang mereka berikan kepada saya kerana setiap kritikan yang diterima, saya anggap sebagai nasihat kerana mereka sayangkan saya.

"Saya juga berharap dapat berhijab sepenuhnya selepas ini nanti, Insya-ALLAH," katanya.

Ubat rindu peminat

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan seninya, penyanyi yang mempunyai mirip Datuk Siti Nurhaliza ini sempat berkongsi khabar gembira buat peminat setianya.

Rossa berkata, dia akan tampil dengan single terbaru, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang telah lama menantikan lagu baru daripadanya.

"Buat masa ini, saya sedang menyiapkan lagu terbaru. Kalau tiada halangan Insya-ALLAH pada hujung tahun ini saya akan mengeluarkan lagu tersebut.

"Konsep lagu tersebut masih dalam persiapan, bila segalanya siap saya akan umumkan nanti.

"Dalam pembikinan lagu baru ada menyelitkan lagu duet saya dengan artis Indonesia yang namanya tidak boleh diumumkan lagi," ujarnya yang sebelum ini pernah menggondol trofi Penyanyi Pop Solo Wanita Terbaik AMI Awards 2001, 2005 dan 2008,

Menurut Rossa, selepas berakhirnya program X Factor Indonesia, dia banyak menerima undangan pelbagai pihak.

"Saya rasa bersyukur tawaran nyanyian juga banyak yang diterima, apa masa sekarang saya akan meningkatkan lagi prestasi dalam bidang ini," katanya.

Soal kahwin

Tidak lengkap rasanya andai tidak menyentuh mengenai kisah peribadinya. Selepas rumah tangga yang dibina bersama pemain drum kumpulan Padi, Yoyo terkandas di tengah jalan, Rossa kini dikatakan sudah pun menemui pengganti.

Bagaimanapun ujar Rossa, dia masih belum bersedia untuk kembali berumah tangga biarpun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal.

"Saya tidak tahu bila akan berkahwin, soal jodoh saya serahkan kepada ALLAH, kalau ada jodoh saya bersamanya saya akan terima.

"Apa yang saya fikirkan buat masa ini adalah fokus utama kepada karier nyanyian terlebih dahulu, saya juga akui dia seorang lelaki yang baik," katanya.

Di sebalik misai A.Galak


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Di, Sebalik, Misai, A. Galak
A.Galak disangka polis sebenar - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
18 Jun 2013

MISAI melentik memang sudah sinonim dengan pelakon veteran, A.Galak. Imej tersebut membuatkan beliau tampak garang dan bengis.

Namun hakikatnya, pelakon berusia 72 tahun ini seorang yang pemalu tetapi mudah mesra.

Malah, watak yang dibawanya sebagai Sarjan Mejar Hashim dalam drama bersiri Gerak Khas terbitan Skop Production selama 13 tahun ini membuatkan ramai yang beranggapan, A.Galak sebagai polis sebenar di dunia realiti.

Aura polis yang dipegangnya selama itu masih terserlah meskipun sudah dimamah usia.

Darah Seni

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Online baru-baru ini, A.Galak sempat berkongsi perjalanan kisah hidupnya sepanjang bergelar anak seni.

A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad mula menapak dalam dunia seni pada usia 20 tahun di mana beliau mengikut ibu dan ayahnya bekerja di Studio Jalan Ampas.

Ibunya, Rokiah Jaafar merupakan seorang pelakon seangkatan dengan Siput Sarawak dan Latifah Omar manakala ayahnya, Jaafar Abdullah pula merupakan orang kuat bagi produksi filem.

Beliau berpeluang bekerja dengan nama-nama besar seperti Tan Sri P.Ramlee, Aziz Jaafar, Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, S.Samsudin dan ramai lagi.

A.Galak bekerja di belakang tabir sebagai pembantu jurusolek dan pelakon pembantu bagi beberapa filem.

“Saya membesar di Jalan Ampas. Ketika itu, ibu saya seorang bintang filem. Antaranya, filem Putus Harapan, Sejoli dan Yatim Piatu.

“Saya pernah menjadi pelakon pembantu untuk filem Ali Baba Bujang Lapok. Saya menjadi salah seorang penyamunnya,” katanya.

Studio Jalan Ampas tutup, bawa diri ke Malaysia

Setelah Studio Jalan Ampas ditutup sekitar tahun 1960-an, A.Galak mengorak langkah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.

Takdir membawanya bertemu Datuk Aziz Satar dan Datuk Yusof Haslam yang membuka peluang untuk A.Galak menapak dalam industri seni tanah air.

“Rezeki yang membawa saya ke sini dan Aziz Satar serta Yusof Haslam memberi jalan untuk saya mengorak langkah dalam industri ini.

“Walaupun hanya bermula sebagai pelakon tambahan dan kemudian pelakon pembantu, saya tetap bersyukur,” katanya

A.Galak melahirkan penghargaan tidak terhingga kepada Yusof Haslam dan isteri atas peluang yang diberikan kepadanya selama ini.

 Diikat 13 tahun

Tidak semua pelakon mampu bertahan di bawah satu syarikat produksi selama 13 tahun lamanya. Namun, pemilik Skop Production ini telah mengikat A.Galak selama 13 tahun bagi drama bersiri arahannya, Gerak Khas.

“Saya ada kontrak dengan Datuk Yusof untuk drama Gerak Khas selama 13 tahun. 13 tahun bukan 13 episod.

“Dalam tempoh itu, kami menjadi kawan. Beliau seorang pengarah yang hebat,” katanya yang pernah diberi kepercayaan mengarah drama Debu-Debu Kota Raya dan Remang-Remang Kota Raya.

Disuruh bela misai

Tuntutan watak dalam Roda-Roda Kota Raya menyebabkan A.Galak diminta menyimpan misai melentik.

Ketika itu, Yusof Haslam mahu A.Galak mengikut imej sebenar seorang anggota polis trafik Jalan Bandar yang mempunyai misai melentik bernama Sarjan Senin.

“Sarjan Senin itu watak hidup, jadi, Datuk mahu saya menyimpan misai seperti polis trafik itu.

“Saya turutkan saja ketika itu, lama-lama saya dah terbiasa dengan imej bermisai seperti ini,” katanya yang mengakui misai itu menjadi sumber rezeki baginya.

Disangka polis sebenar

Ketika ditanya peristiwa menarik yang berlaku ekoran imejnya itu, A.Galak akui tidak menyangka dirinya dianggap polis sebenar di dunia realiti.

“Apabila saya berada di luar Kuala Lumpur, orang jumpa saya, mereka tabik saya. Mereka ingat saya polis.

“Kalau dalam sekatan jalan raya, ada juga polis yang angkat tabik hormat pada saya. Apabila kita berlakon jadi polis, orang ingat kita,” katanya.

Bekerja isi masa lapang

Jika sebelum ini, A.Galak menyara keluarga dengan hasil titik peluhnya berlakon, kini, beliau tidak perlu bekerja keras seperti dulu lagi ekoran kelima-lima anaknya sudah dewasa.

“Sekarang bukan kerja macam dulu. kerja untuk diri sendiri sahaja sebab anak-anak dah besar. Kerja untuk keperluan sendiri dan untuk cucu-cucu.

“Tawaran pun dah kurang sekarang, jadi, saya banyak habiskan masa di kampung,” katanya yang mempunyai tiga belas cucu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan