Cari Artikel

Tuesday, June 18, 2013

Julia Perez Mohon Restu Presiden Indonesia Selepas Keluar Penjara


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Julia Perez, Mohon, Restu, Presiden Indonesia, Selepas, Keluar, Penjara


JAKARTA: Artis kontroversi Indonesia, Julia Perez yang dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan memohon restu daripada Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk menjadi individu yang lebih baik.

Detik Hot pada Selasa melaporkan, Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe yang dibebaskan pada Isnin dilaporkan menghantar mesej menerusi Twitter miliknya kepada Susilo sebaik keluar dari penjara.

“Apa khabar Tuan Presiden, Jupe sudah kembali. Mohon doa-Nya. Semoga Jupe menjadi lebih baik,” katanya.

Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan sejak awal Mac lalu selepas didapati bersalah kerana mencederakan penyanyi dangdut Dewi Perisik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Dharma Harun Sangkal Tuduhan Undi Diri Sendiri Untuk Menang Anugerah


Malaysia, Hiburan, Pengarah, Filem, Adik Manja The Return, Darma Harun Al Rashid, Sangkal, Tuduhan, Undi, Diri, Sendiri, Untuk, Menang, Anugerah, Anugerah Blockbuster 2,


Oleh FERIDE HIKMET ATAK
 (feride@thestar.com.my)

JOHOR BAHRU: Pengarah filem Adik Manja The Returns Dharma Harun Al Rashid menyangkal dakwaan beberapa pihak yang menganggap kemenangannya sebagai Direktor Baharu Terhebat, Anugerah Blokbuster 2012' pada Sabtu lalu kerana ‘mengundi diri sendiri.’

Dharma, 56, berkata, tidak mungkin dia mengundi dirinya sendiri memandangkan dia kurang berkemahiran dengan undian secara dalam talian menerusi laman web rasmi anugerah berkenaan iaitu di www.astrogempak.com.my/AnugerahBlokbuster2.

"Saya manalah reti nak berurusan secara online, menggunakan Internet apatah lagi mahu undi diri sendiri. Nak ikutkan saya tidak mahu datang ke acara anugerah itu kerana berasa tidak akan menang.

"Tetapi anak-anak yang minta saya pergi sebagai tanda menghargai pihak penganjur yang mencalonkan saya dalam kategori tersebut," katanya kepada mStar Online.

Pada Anugerah Blokbuster 2012 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) pada Sabtu lalu, Dharma turut bersaing dengan pengarah lain iaitu Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai), Rosihan Zain Baharudin (Chowkit), Syafiq Yusof (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M) dan Eyra Rahman (Aku Terima Nikahnya) menerusi kategori itu.

Selain itu, nama-nama pengarah seperti Rahila Ali (Aku Ada, Kau Ada???), Esma Danial (Zaiton, Ceritaku), Namawee (Hantu Gangster), Asrulhisyam Ahmad (Sesuatu Yang Tertinggal) dan Nizam Zakaria (Cinta Kurakura) turut dicalonkan.

Kemenangan Dharma dipertikaikan selepas filem arahannya itu mendapat kritikan hebat daripada ramai pihak selepas ia ditayangkan pada Disember 2012 selain tidak mencapai kutpan boxoffice apabila mengutip RM140,000 sahaja.

Bagaimanapun, Dharma menyifatkan kemenangannya itu mungkin kerana langganan yang dibuat penonton menerusi saluran Astro First.

"Alhamdulillah, walaupun filem itu gagal di pawagam, tetapi ia mempunyai langganan yang menggalakkan menerusi saluran Astro First.

"Mungkin kerana itu juga saya diangkat sebagai Direktor Baharu Terhebat. Entah, saya tidak pasti.

"Yang pastinya, tidak lama lagi saya akan menghasilkan filem baharu. Kemenangan ini menyuntik saya untuk menghasilkan sebuah filem yang lebih bagus demi memajukan lagi industri filem tempatan kita," ujarnya.

Adik Manja The Returns adalah kesinambungan filem Adik Manja arahan Othman Hafsham pada tahun 1979 yang membabitkan Dharma sebagai pelakon utama bersama Noor Kumalasari, Adibah Amin dan Noraini Hashim.

Ezany Beri Masa Tiga Hari Kepada Penerbit Penipu


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ezany, Beri, Masa, Tiga, Hari, Kepada, Penerbit, Penipu
Ezany Nizariff

Oleh FERIDE HIKMET ATAK 
(feride@thestar.com.my)

SERDANG: Pelakon Ezany Nizariff memberikan tempoh selama tiga hari kepada penerbit NR Network untuk menyelesaikan hutang tertunggak mereka kepadanya dan juga kru drama Titian Dua sebelum kes berkenaan dibawa ke stesen televisyen, RTM.

Ezany, 40, berkata, sekiranya pihak produksi tersebut tidak memberi sebarang respons, dia akan mengumpulkan semua laporan polis yang dibuatnya bersama enam kru drama terbabit untuk diserahkan kepada stesen berkenaan supaya tindakan boleh diambil.

"Saya memberi tempoh masa selama tiga hari bermula hari ini (Isnin) kepada NR Network. Jika tidak, saya akan mengambil tindakan seterusnya dengan mengumpulkan semua laporan polis untuk dibawa ke RTM dan meminta pihak mereka membekukan bayaran terhadap syarikat tersebut.

"Bukan itu sahaja, saya juga akan ke stesen televisyen lain meminta pihak mereka untuk memboikot produksi itu. Mereka bukan sahaja tidak membayar baki duit gaji kami, tetapi terdapat pelbagai masalah lain yang sudah berlaku.

"Ini ertinya syarikat tersebut mempunyai reputasi yang teruk. Mereka tidak layak menerima sebarang projek drama daripada mana-mana stesen televisyen," tegasnya.

Ezany ditemui selepas dia bersama enam orang kru produksi membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini pada petang Isnin bagi menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi NR Network yang tidak dibayar sejak empat bulan lalu.

Dia bersama kru tersebut nekad membuat laporan polis selepas penerbitnya yang dikenali sebagai Andy enggan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Ezany memberitahu baki bayaran yang perlu dijelaskan kepadanya adalah sebanyak RM3,500 manakala kru-kru produksi lain dianggarkan tidak mendapat upah mereka di antara RM20,000 hingga RM30,000 secara keseluruhan.

Tambah pelakon itu lagi, sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab memantau kes-kes syarikat produksi yang tidak membayar gaji kepada para pelakon dan kru di mana ia kerap kali berlaku dalam industri seni negara.

Jurey Latiff Rosli

"Perkara ini bukanlah satu benda yang baru. Sebelum ini saya sudah banyak kali menjadi mangsa tipu. Bukan saya sahaja, bahkan pelakon lain juga pernah mengalami situasi begini.

"Saya minta kepada mana-mana persatuan yang bertanggungjawab untuk lebih peka dengan perkara ini. Jika tidak, sampai bila pun industri seni kita hanya dipenuhi dengan masalah sahaja," katanya.

Kru yang membuat laporan ialah Mohamad Al Afiq Md Jamil, 26, Khairunisa Zainudin, 26, Fauziah Shamsuddin, 25, Intan Salwani Daud, 35, Emilia Samsudin, 35, dan Amiludin Daud, 39.

Sementara itu Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosli berkata pihaknya kesal apabila terdapat syarikat produksi yang gagal melunaskan upah kepada pekerja mereka yang terdiri daripada pelakon dan juga kru.

Katanya, pihak penerbit seharusnya bersifat majikan yang prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja dan bukan menindas mereka dengan mengelak untuk membuat pembayaran selepas tamat penggambaran.

“Saya benar-benar simpati dengan nasib yang menimpa pihak Ezany dan juga kru yang terlibat. Pihak PTVM akan menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut ini,” katanya dalam satu mesej kepada mStar Online melalui Facebook dari London pada Isnin.

Jurey berada di London selepas menyertai ‘Festival De Television de Monte Carlo’ yang berlangsung dari 9 hingga 13 Jun lalu.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkata, PTVM juga akan berbincang dengan stesen televisyen agar isu sebegini tidak lagi berlaku selain ingin memastikan penerbit yang diberi projek pembikinan drama tidak mempunyai masalah kewangan.

“PTVM berharap pada masa hadapan artis atau kru yang mempunyai sebarang masalah dengan penerbit dapat merujuk kes mereka kepada kami terlebih dahulu bagi membolehkan pihak kami berbincang dengan persatuan lain agar tiada pihak yang teraniaya,” katanya.

Penyanyi Indonesia, Shea Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu 'Sayang'


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Penyanyi Indonesia, Shae, Tidak, Anggap, Bobo, Burukkan, Lagu, 'Sayang'


Oleh KEMALIA OTHMAN

PUTRAJAYA: Penyanyi dari Indonesia, Shea tidak menganggap video parodi lagu popularnya iaitu Sayang yang dilakonkan oleh individu bernama Bobo dan tersebar melalui YouTube tidak memburukkan lagu tersebut.

Malah Shea, atau nama sebanar Sheryl Gething, 19, berkata, dia turut terhibur dengan gelagat Bobo yang secara tidak langsung mempopularkan lagu berkenaan di negara ini.

"Saya tidak marah kerana bagi saya dia buat parodi itu hanya untuk hiburan sahaja, ia tidak memburukkan lagu itu.

"Malah saya rasa parodi tersebut diterima oleh masyarakat. Saya gembira kerana dia pilih lagu saya," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya iaitu Shae The First, di sini, Isnin.

Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya.

"Dia sangat kelakar dan buat saya lebih terhibur ketika mengadakan persembahan," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kerjayanya di Malaysia, Shea berkata, dia menggunakan peluang dan tawaran yang diterimanya untuk mengembangkan bakat seni di negara ini.

"Saya ada berlakon beberapa telefilem untuk Astro namun masih lagi rahsia tajuknya.

"Saya akan terus mengambil peluang dan tawaran yang datang jika diterima masyarakat di sini," ujarnya.

Sementara itu, Shea yang melancarkan album pertamanya di Malaysia turut menampilkan lapan buah lagu termasuk Sayang.

Manakala, single kedua yang bakal dimainkan di radio adalah Cintaku Tlah Mati Untukmu.

Amy Mastura Pilih Rakam Lagu Lebih Ceria


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Amy Mastura, Pilih, Rakam, Lagu, Lebih, Ceria
Amy Mastura


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mengakui memilih lagu-lagu yang memberi inspirasi, bertenaga dan ceria bersesuaian dengan karakter sebenar dirinya.

Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi, 42, berkata, lagu-lagu seperti itu memberi warna dalam hidup beliau dan mudah untuk disampaikan.

"Saya kalau boleh ingin lagu-lagu yang bersesuaian dengan jiwa saya yang ceria. Saya suka orang yang dengar lagu saya berasa gembira.

"Macam lagu terbaru saya Tapi Itu Dulu, ia segar dan catchy, mudah untuk diingati oleh pendengar," katanya kepada mStar Online.

Tambah Amy, dia bakal melancarkan single keduanya pada Oktober depan yang turut menampilkan genre yang sama seperti lagu sebelum ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Amy Mastura, Pilih, Rakam, Lagu, Lebih, Ceria
Lakonan Amy Mastura, Fara Fauzana dan Misha Omar dalam teater Nyonya and The Gang.


Dalam pada itu penyanyi yang terlibat dalam pementasan teater Nyonya and The Gang ini turut menerima tawaran lakonan tersebut kerana watak Keponakan Anggun yang dilakonkannya bersifat komedi dan ceria.

"Saya suka watak ini, namun untuk menghafal skrip berbahasa Indonesia mengambil masa selama sebulan.

"Lagi pula sebelum ini saya hanya berlakon teater berkonsepkan kanak-kanak dan ini kali pertama saya berlakon teater dewasa. Setakat ini tiada masalah," katanya.

Bagaimanapun, dia menolak dakwaan lakonannya menenggelamkan karakter pelakon lain dalam teater tersebut.

"Saya lakukan yang terbaik untuk watak tersebut, jika penonton terhibur itu sudah memadai," katanya.

Teater Nyonya & The Gang dipentaskan bermula 14 hingga 20 Jun ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Pengarah Dedah Industri Filem Hollywood Alami Krisis


Amerika, Hiburan, Hollywood, Pengarah, Dedah, Industri Filem, Alami, Krisis
Steven Spielberg (kiri) dan George Lucas

INDUSTRI Filem Hollywood turut mengalami krisis apabila filem berskala kecil tidak dapat memasuki panggung.

Dua pengarah filem terkenal, Steven Spielberg dan George Lucas mengakui semakin sukar untuk menembusi pasaran filem Hollywood kerana pihak panggung hanya menerima filem-filem berbajet tinggi sahaja.

Spielberg berkata filem terbaharunya Lincoln banyak ditayangkan di stesen televisyen sahaja kerana kesukaran menembusi pasaran panggung.

"Saluran untuk memasuki tayangan panggung semakin mengecil," ujarnya seperti dipetik Hollywood Reporter.

Oleh itu, Spielberg mencadangkan agar ada peraturan dan prosedur harga tiket bagi setiap filem yang ditayangkan.

"Penonton seharusnya diberi pilihan untuk menonton mana-mana filem dengan kadar harga berbeza.

Sementara itu, George Lucas yang berjaya dengan filem Star Wars mencadangkan agar diwujudkan model penetapan harga panggung berdasarkan filem yang mendapat sambutan perlu dipanjangkan sehingga setahun tayangan.

Beliau turut mencadangkan agar harga tiket meningkat mengikut populariti filem tersebut.

Psy Bakal Bekerjasama Dengan Gitaris Queen


Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, PSY, Bakal, Bekerjasama, Dengan, Gitaris, Queen


PENYANYI yang menjadi kegilaan dunia, Psy, bakal bekerjasama dengan gitaris kumpulan Queen iaitu Brian May bagi menghasilkan sebuah lagu berkonsepkan 'remix'.

Menurut laporan The Sun, Brian tidak sangka lagu-lagu Queen memberi pengaruh kuat terhadap jiwa muzik penyanyi Korea tersebut.




"Sebenarnya saya cukup teruja untuk berjumpa dengan Psy. Dia telah berjaya membuatkan dunia menyukainya.

"Malah tidak sangka juga apabila Psy berkata dia berada dalam industri muzik ini kerana kumpulan kami. Ia adalah satu penghargaan yang besar buat Queen," katanya.

Salman, Katrina kembali bersama


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Salman, Katrina, Kembali, Bersama, Salman Khan, Katrina Kaif


MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui bahawa hubungan Salman Khan dan Katrina Kaif sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang mereka untuk bergandingan di layar perak.

Menurut sumber, Salman dan Katrina bakal kembali sebagai pasangan kekasih untuk sebuah filem tidak lama lagi.

"Judul filem itu masih belum didedahkan. Namun yang pasti mereka akan menjadi pasangan kekasih dan akan melakonkan beberapa babak romantis.

"Pasti ramai ingin melihat sejauh mana mereka boleh menjayakan adegan itu," kata sumber.

Pasha dimanjakan isteri


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Vokalis, Ungun, Pasha, Dimanjakan, Isteri


BAKAL menimang cahaya mata kedua, vokalis Ungu, Pasha mengakui tanggungjawabnya sebagai berat.

Namun dia bersyukur kerana isterinya, Adel, sangat memahami karier seninya.

"Dia sedang sarat hamil. Namun dia tak pernah merungut buat kerja rumah. 

"Dia juga tak pernah suruh saya buat kerja rumah dan dia tidak suka sekiranya saya mahu tolong dia sekalipun," kata Pasha.

Pun begitu, sebagai suami, Pasha tidak mahu Adel terlalu kerja kuat.

"Saya sering berpesan padanya agar jaga kandungannya, Risau juga kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini," kata Pasha yang sering membawa isteri dan anaknya bercuti di sekitar Indonesia.

iskandarX: is pun nak dimanjakan hehehehee.

Tak lupa tanggungjawab


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Hollywood, Nicole Kidman, Tak, Lupa, Tanggungjawab


DI saat usia yang mencecah separuh abad, pelakon Nicole Kidman berasa gembira berada di samping suami, Keith Urban dan anak perempuannya, Sunday Rose.

Bintang The Hours ini, merasakan kehidupannya semakin sempurna dengan memiliki keluarga yang sentiasa memberikan semangat untuknya meneruskan karier seni.

"Keith banyak membantu saya menguruskan urusan rumah tangga dan juga menjaga anak.

"Namun itu tidak bermakna saya mengabaikan mereka. Walau sibuk mana sekalipun, saya tetap menunaikan tanggungjawab saya  sebagai isteri dan ibu," katanya.

Bayar tip tinggi


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Brad Pitt, World War Z, bayar, Tip, Tinggi


LUMRAH bagi mereka yang berwang sanggup berbelanja besar untuk apa saja yang diingini. Begitu juga dengan aktor terkenal Brad Pitt, yang sanggup berhabis demi keluarga tersayang.

Malah aktor World War Z ini juga tidak berkira untuk melayangkan wang tip yang tinggi buat pelayan yang berkhidmat dengannya. 

Menurut sumber, ketika meraikan ulang tahun tunangnya, Angelina Jolie, aktor ini sanggup memberi wang tip yang tinggi terhadap pelayan di sebuah restoran.

"Jumlah tersebut bukan sedikit. Ia mencecah sehingga beratus dolar.

“Pelayan itu tidak jemu melayani karenah anak-anaknya dan kerana itulah dia memberi wang itu sebagai hadiah,” kata sumber.

Bakal jadi angkasawan?


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywod, Justin Bieber, Bakal, Jadi, Angkasawan


LUPAKAN seketika mengenai kisah cintanya, pelantun Never Say Never ini dikatakan mempunyai impian untuk bergelar angkasawan.

Menurut sumber, Justin Bieber, turut melancarkan kerjasama dengan badan khas bagi meneruskan cita-citanya itu.

“Dia (Bieber) amat serius dalam hal ini sehingga sanggup bertemu dengan 'orang kuat' seperti Richard Branson.

"Sudah lama dia teringin untuk menerokai alam semester. Mungkin tidak lama lagi impiannya itu akan tercapai,” kata sumber tersebut.

Nikmati hiburan digital!


Malaysia, Hiburan, Asian Broadcasting Network, Nikmati, digital


NOR RAIDAH AWANG
18 Jun 2013

PENGENDALI siaran kabel TV digital pertama di Malaysia, Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) telah melancarkan televisyen dan internet di bawah jenama ABNxcess, ABNxcess menawarkan pakej menarik yang boleh didapati dengan harga RM 158.99 sebulan untuk TV dan capaian Internet.

Terdapat lebih 50 siaran TV seluruh dunia, 10 siaran berdefinisi tinggi (HD) tanpa caj tambahan, lapan ‘free to air’ siaran TV tempatan dan tujuh siaran radio. Antara siaran TV antarabangsa yang terdapat dalam pakej ABNxcess adalah News Asia, Aljazeera dan Trace TV.

Menjanjikan siaran berterusan meskipun dalam cuaca hujan, ABNxcess menggunakan kabel gentian optik bukan satelit. Menurut Pegawai Eksekutif ABN Xcess, Sreedhar Subramaniam, Internet berkelajuan tinggi ini juga mampu dimiliki oleh semua golongan.

"Pihak kami sentiasa memastikan masyarakat dapat akses yang baik untuk semua rancangan pendidikan dan hiburan selaras dengan wawasan kerajaan untuk merapatkan jurang digital serta pengetahuan ekonomi yang kukuh.

"Dengan tawaran murah yang diberikan bakal mengubah Lanskap sosial, persekitaran dan ekonomi negara. Semua isi rumah juga boleh berhubung dengan mudah," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran tersebut.

Bertemakan 'ERA BARU' program tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Eksekutif ABN Media Group, Tan Sri K.K Eswaran dan Pengerusi ABN, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Menampilkan hos terkenal tanah air, Linda Onn dan Nabil, majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular tempatan dan juga luar negara seperti Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Soo Wincci, Najwa Latif, One Nation Emcee, Bob Tutupoly dan Somnur Monir Konal dari Bangladesh.

Empat peserta layak ke final!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, BMB, Bintang Mencari Bintang, Empat, Peserta, Layak, Ke, Final


NOR ATIEYAH YUSOFF
18 Jun 2013

SETELAH tiga bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya empat peserta saja berjaya melangkah ke Konsert Akhir BMB, yang akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada 23 Jun ini.

Tapaw, Achey, Titan dan Bocik diberi kepercayaan untuk berentap di gelanggang akhir. Bagaimanapun Kumpulan Bowl terpaksa akur dengan penyingkiran mereka di saat-saat akhir apabila memperoleh markah terendah iaitu 107.7. Siapakah yang bakal bergelar juara BMB musim pertama? Saksikanlah konsert terakhir BMB secara langsung di TV3 pada 23 Jun ini!  

Tapaw dapat pujian

Kejayaan Tapaw ternyata memberi kejutan kepada peminat dengan persembahan yang mantap dengan penuh kemeriahan sehingga mereka dinobatkan sebagai juara minggu ini dengan markah tertinggi 135.3 diikuti dengan Achey (133.7), Titan (126.4) dan Bocik (125.9).

Kejayaan julung kali bagi anak didik Faizal Ismail dengan mengetengahkan sketsa polis begitu mencuit hati dan kemeriahan persembahan mereka lebih terasa dengan tarian poco-poco bersama semua sifu BMB.

Malah persembahan mereka turut dipuji juri profesional Ogy Ahmad Daud dan AR Badul.

"Bukan senang untuk melihat saya menari dan mereka berjaya lakukannya," kata Ogy. Kumpulan yang dianggotai dua anak muda ini iaitu Mohd Shah Rizal Sulaiman, 23, dan Khairul Faiz Sulaiman, 22, turut menerima pujian daripada juru jemputan Jacyln Victor.

"Saya terkejut dengan persembahan mereka yang sangat serasi. Mereka memang layak ke final," katanya.

Bagi Faizal pula, dia sangat teruja dan gembira dengan persembahan yang dilakukan oleh anak didiknya itu.

"Bagi kami setiap konsert merupakan persembahan terakhir begitu juga malam ini. Insya-ALLAH, kami akan gandakan usaha sehingga 300 peratus untuk konsert akhir BMB," ujar Faizal.

Persaingan sengit

Menurut Penerbit Eksekutif BMB, Muhamad Sufian Isa, cabaran pada malam itu sangat getir kerana semua peserta menunjukkan kesungguhan yang tinggi bagi merebut tiket ke final.

Katanya, peserta perlu mempersembahkan dua bahan dalam konsert akhir secara solo dan sifu mereka dengan masa enam minit bagi setiap persembahan mereka.

"Jika sebelum ini, hanya satu sahaja persembahan mereka namun kami mahukan kelainan tetapi masih mengekalkan sistem pemarkahan.

"Juri tetap pula akan dikekalkan kerana saya sangat berpuas hati dengan cara pemarkahan mereka dan juri jemputan akan dipilih dari kalangan penyanyi untuk menilai markah nyanyian mereka," katanya.

Sistem pemarkahan peserta akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus, 30 peratus melalui undian dan selebihnya daripada juri awam.

Juara BMB akan menerima hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 manakala naib juara RM100,000 dan tempat ketiga menerima RM50,000.

Bagi tempat keempat, hadiah masih belum diputuskan kerana keputusan untuk empat peserta ke final dilakukan pada malam pentas separuh akhir.

Ain Nordin tak serik!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ain Nordin, Tak, Serik


NOR ATIEYAH YUSOFF 
FOTO: AZMI ARYANTO
18 Jun 2013

Nama Ain Nordin mungkin agak janggal bagi segelintir peminat. Namun siapa sangka di usia yang muda, gadis kelahiran Seri Kembangan, Selangor ini sudah berjaya bergelar pengarah.

Oh Mak Kau (OMK)! itulah filem pertama arahannya. Biarpun membariskan pelakon popular seperti Sepahtu, Didie Alias, Abon dan Syamsul Yusof, filemnya itu hanya mampu mencapai kutipan RM660,000.

Akui agak kecewa dengan kutipan itu, Ain bagaimanapun tidak akan berputus asa. Baginya ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit.
"Perasaan saya sekarang ini bercampur baur. Gembira, sedih pun ada.

"Walaupun kutipan tidak mencapai sasaran saya namun saya tidak akan berhenti untuk berkarya atau mengarah," katanya.

Filem terbitan syarikatnya, Star Scope Production itu kini sedang ditayangkan saluran Astro First selama sebulan sejak 7 Jun lalu.

"Bagi peminat yang tidak berkesempatan menonton filem ini di panggung, boleh menyaksikan filem ini di Astro First.

"Saya percaya anda akan terhibur bersama keluarga," kata pelakon Suatu Malam Kubur Berasap ini.



Martabat kaum wanita

Menurut Ain, matlamat utamanya dalam menghasilkan filem OMK adalah untuk memartabatkan kaum wanita agar pengorbanan dan jasa mereka tidak dipandang mudah.

"Dalam filem ini, saya banyak menaikkan peranan wanita agar mereka dilihat sebagai kaum yang lemah sebaliknya ada power dan tidak mudah mengalah. Walaupun anda gangster atau penjenayah sekalipun, mereka tetap menghormati ibu mereka kerana OMK lebih kepada kisah mengenai jasa mereka yang bergelar wanita," katanya yang memperuntukkan RM1.7 juta untuk filem tersebut.

Uniknya dalam filem ini, Ain turut menyumbangkan sebuah lagu soundtrack bertajuk Bersatu Cinta yang merupakan lagu pertama nyanyiannya.

Lupakan kontroversi lalu

Selain pernah digosipkan dengan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusoff, Ain juga pernah mencetuskan kontroversi dengan penampilan beraninya dalam filem Pernah suatu ketika dahulu.

Aksi berkemban yang terpampang dalam poster filem tersebut membuatkan pelakon kecil molek ini dikecam hebat masyarakat. Walaupun isu tersebut memberi kesan kepada kerjaya lakonan dan imejnya, namun Ain tidak mahu menyalahkan mana-mana  pihak. Sebaliknya dia kini semakin lebih berhati-hati mengatur langlah. 

"Saya belajar daripada kesilapan lalu dan kini lebih berhati-hati dalam setiap perkara agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Selepas isu gambar tersebut, saya mengambil keputusan untuk bermuhasabah selama enam bulan sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen," jelas Ain.

Semakin optimis meneruskan karier seninya, aktres berusia 25 tahun itu nekd untuk terus menerokai dunia pengarahan, penulisan skrip serta menerbitkan filem sendiri.

Selain itu, Ain juga melangkah setapak lagi sebagai pengacara program 13 episod, Alamak Kan Dah Kena, yang bersiaran di TV2.

Shae, Bobo impi kerjasama


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Shae, Bobo, Impi, Kerjasama


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Jun 2013

KEMUNCULAN pelantun Sayang, Shae sememangnya dinantikan peminat di Malaysia. Sementelah kehadirannya di majlis Anugerah Bintang Blokbuster 2013 Sabtu lalu, turut mencuri perhatian ramai. 

Lebih meriah apabila persembahan penyanyi cantik dari Seberang ini turut diiringi Bobo yang terkenal dengan gaya parodi tersendiri menerusi lagu Sayang.

Seakan menjadi fenomena, gandingan mereka di pentas Anugerah Bintang Blokbuster itu menggamatkan suasana sekali gus membuktikan pengaruh parodi turut merancakkan lagi industri seni negara.

Baik Shae mahupun Bobo, mengakui mereka bersedia untuk bekerjasama jika diberi peluang. Kata Shae, dia sebenarnya teruja apabila lagunya diparodikan oleh Bobo sehingga namanya menjadi sebutan di sini.

“Saya masih baru dalam industri dan masih mencari nama di negara ini, namun kerana parodi Bobo itu, saya semakin dikenali. Saya sangat senang jika dapat berkolaborasi dengan Bobo, lagipun saya yakin peminat pasti akan suka,” katanya.

Shae berkata, dia harap persembahan bersama Bobo malam itu menjadi kenangan manis buat peminat mereka.

“Saya cukup seronok apabila mendapat tahu akan melakukan persembahan bersamanya, lagipun ini kali pertama saya sebagai penyanyi asal bertemu dengan orang yang membuat parodi lagu saya dan sepentas dengannya,” katanya yang kini muncul dengan lagu terbaru, Cintaku Telah Mati Untukmu.

Bobo intai peluang

Berkongsi perasaan Bobo apabila diundang untuk menjayakan persembahan bersama Shae di majlis itu, dia sebenarnya tidak pernah menyangka akan menerima peluang keemasan itu.

"Saya di sini kerana lagu Sayang nyanyian Shae. Sudah tentu saya sangat gembira jika dapat melakukan kerjasama dengannya.

“Memang saya tidak menduga akan diberi penghargaan seperti ini dan saya sendiri masih terkejut dengan tawaran itu.

"Perasaan teruja tu memang tak dapat digambarkan dan saya sangat gementar untuk beraksi di hadapan khalayak," katanya yang kini bernaung di bawah produksi milik Datuk Mejar David Teo.

Syanie pertikai keputusan juri


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef, MasterChef Slebriti Malaysia 2, Syanie, Pertikai, Keputusan, Juri


WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Jun 2013

Setelah pengarah, Michael Ang disingkir pada minggu lalu, kini giliran pelakon Syanie pula meninggalkan empat rakannya di dapur Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2). Keputusan ini mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan seperjuangannya kerana Syanie merupakan peserta digeruni dan kemahiran memasaknya juga tidak perlu disangkal lagi.

Namun, hanya seorang sahaja yang layak untuk dinobatkan sebagai juara dan Syanie, 39, akur dengan keputusan juri yang juga chef. Syanie dan dua rakannya, Kenchana Devi serta Syura terpaksa melalui cabaran pusingan penyingkiran dan mereka dikehendaki menggunakan isi ketam untuk dibuat hidangan.

Walaupun hidangan Syanie, Ketam Bakar tidak menghampakan dan memenuhi piawaian rasa, namun atas kesilapan teknikal, ia menyebabkan Syanie disingkir. Menurut Syanie, dia tidak terfikir tindakannya yang menggunakan dua daripada tiga ketam yang diberi akan menyebabkan dirinya tersingkir.

"Sebenarnya, saya menggunakan semua ketam itu. Rancangan asal, saya nak hidangkan dua hidangan, ketam bakar dan sambal. Dua daripada ketam itu digunakan untuk ketam dan satu lagi untuk sambal.

"Namun, untuk hidangan sambal itu, saya tidak mengeluarkan isi ketam dan saya tidak tahu yang isi ketam itu perlu dikeluarkan semua. Jadi, saya tidak hidangkan sambal itu.

"Selepas saya disingkir, saya berjumpa dengan Chef Adu kerana kecewa dengan keputusan itu. Saya bukan nak tunjuk yang saya hebat, cuma saya tak boleh terima kerana ia hanyalah kesilapan teknikal. Kalau masakan saya tak sedap, saya terima.

Namun, keputusan juri sememangnya muktamad," katanya yang berjaya menyumbangkan RM8,500 kepada Autism Society of Malaysia.

Celina juara?

Penyingkiran Syanie sekali gus menyaksikan empat peserta layak ke saringan seterusnya iaitu Che Ta, Celina, Syura dan Kenchana Devi. Mereka bakal berentap untuk Cabaran Sajian Luar secara berkumpulan, setelah Celina memilih Che Ta sebagai rakan kumpulannya. Manakala Syura pula berpasangan dengan Kenchana.

Ketika ditanya mengenai siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara, Syanie memilih Celina atas beberapa faktor. "Masakan Celina sangat sedap dan dia mahir dalam masakan barat dan Cina. Ketika saya berada di dapur MSM 2, peserta paling saya geruni ialah Celina dan Michael Ang.

"Namun, Che Ta dan Syura juga tidak boleh diketepikan. Mereka memang hebat dalam masakan Melayu," katanya.

Kejutan buat peminat Aishwarya Rai


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Kejutan, Buat, Peminat, Aishwarya Rai

NOR ATIEYAH YUSOFF 
FOTO: ROSLI TALIB
18 Jun 2013


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Kejutan, Buat, Peminat, Aishwarya Rai


KEJELITAAN bekas Ratu Cantik dunia dan pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan usah dipertikaikan lagi. Selain memiliki rupa paras jelita, susuk badannya yang langsing turut menjadi idaman semua wanita.

Bagaimanapun, selepas melahirkan anak sulungnya, Aaradhya, pakej lengkap yang dimiliki isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu berubah sekelip mata sehingga mendapat kritikan hebat seluruh dunia.

Jelitawan yang dulunya menjadi ikon kecantikan itu bertukar sebaliknya. Secara lumrahnya, setiap wanita pastinya akan mengalami perubahan berat badan selepas proses kelahiran anak. Begitu juga dengan Aishwarya yang mengalami perubahan bentuk badan ketara.

Bagi aktres berusia 39 tahun ini, penampilannya itu bukan satu masalah kerana dia kini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya sebagai ibu. Bagaimanapun sebagai selebriti dan bekas ratu cantik, Aishwarya tidak seharusnya terus selesa dengan imej barunya itu.

Setelah dikritik teruk, pelakon Devdas ini akhirnya akur untuk kembali menurunkan berat badannya sedikit demi sedikit. Malah kehadiran ke Malaysia baru-baru ini mengejutkan semua peminat apabila dia berjaya mendapatkan bentuk badan lebih langsing berbanding sebelum ini.

Tampil jelita dengan fesyen Anarkali berwarna hijau, kehadirannya di negara ini bagi merasmikan butik jam pertama jenama Longines di Pavilion, Kuala Lumpur, berjaya mencuri tumpuan peminat.

"Saya gembira dapat hadir ke Malaysia dan saya sangat kagum dengan masyarakatnya yang sangat peramah. Cuaca di sini juga lebih baik berbanding di negara saya (India)," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran butik tersebut. 

Rindu berlakon

Mengambil keputusan berehat seketika dari bidang seni, Aishwarya bagaimanapun meluahkan kerinduannya untuk kembali berlakon. Sudah tiga tahun dia menolak tawaran seni demi memberi perhatian terhadap cahaya mata pertamanya itu.

"Bagi saya, setiap saat bersama Aaradhya sangat berharga dan mahu melihat dia membesar di depan mata. Walaupun rindu berlakon, tetapi keluarga merupakan tempat pertama di hati saya," katanya.

Ketika ditanya mengenai perubahan bentuk badannya yang dikritik bukan sahaja di India, tetapi media antarabangsa,  Aishwarya menegaskan tidak kisah dengan kritikan tersebut.

"Saya tidak pernah memikirkan kegemukan sebagai satu masalah, tidak semua wanita akan langsing selepas bersalin dan saya salah seorang daripada mereka. Sebaliknya, saya anggap ia sebagai tarikan bagi ibu yang baru bersalin," katanya yang bakal membintangi filem Sriram Raghavan’s Next yang akan memulakan penggambaran tahun depan.

Sejak 1997, Aishwarya membintangi hampir 40 filem. Antaranya, Raavan, Raavanan, Enthiran, Action Replayy dan Guzaarish.

Hampir jadi arkitek

Menyingkap perjalanan seninya, siapa sangka ia bermula secara tidak sengaja apabila gambarnya diambil oleh profesornya untuk dimuatkan dalam majalah fesyen ketika menuntut di Jai Hind College.

Ternyata, kejelitaannya menjadi buruan syarikat pengiklanan setelah melihat gambarnya dalam majalah tersebut. Pada 1991, Aishwarya memenangi pertandingan yang dianjurkan Ford dan wajahnya menghiasi majalah Vogue edisi Amerika.

Ketika itu dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai arkitek dan memutuskan untuk berhenti belajar demi mengejar kerjaya sepenuh masa sebagai model. Percaturannya ternyata berbaloi apabila kemunculannya dalam iklan Pepsi bersama aktor terkenal, Amir Khan pada 1993, mencuri tumpuan ramai.

Setahun kemudian, dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan Miss India dan kemudiannya berjaya merangkul gelaran Ratu Cantik Dunia (1994) yang diadakan di Sun City, South Asia.

Ucapan Hari Bapa artis tempatan


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
18 Jun 2013

BERIKUT adalah ucapan beberapa artis tempatan sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Penyanyi, Anuar Zain

"Banyak perkara yang saya kongsi dengan ayah semasa kecil. Bila dah besar pun kita kongsi banyak benda juga, tapi berbeza. Suka duka, gaduh, semua ada kan? Tapi saya ingat ketika usia saya 15 tahun pun, bila hendak berjalan, ayah saya akan pegang tangan. Tapi budak sekarang, bila berumur 12 tahun saja atau masuk 11 tahun terutama yang lelaki, apabila mak ayah nak pegang tangan atau cium, mereka tak nak.

"Bagi saya, ayah merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Keperluan anak-anak itu didahulukan. Saya baru faham apabila sudah dewasa.

"Kepada bapa-bapa di luar sana yang bekerja keras untuk menaikkan taraf hidup keluarga dan mencari rezeki untuk keluarga, saya hormati anda.

"Terima kasih kerana menjaga keluarga anda dan juga melahirkan anak-anak yang insya-ALLAH bakal menjadi orang yang beretika memimpin negara," katanya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Pengacara, Syakirin Husnal

"Saya ingin mengucapkan selamat Hari Bapa kepada abah saya, Husnal Azhari.

"Terima kasih kerana telah membesarkan saya dengan penuh tanggungjawab dan Alhamdulillah sudah berjaya sampai ke sini.

"Untuk ayah-ayah di luar sana, sayangilah anak-anak anda dan teruskan menjadi bapa yang‘best dan menjadi hero.

"Abah saya seorang yang gagah dan berani. Kenangan indah bersama abah terlalu banyak. Abah rajin melayan anak-anak dan sentiasa menyokong apa saja yang kami buat," katanya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Pelakon dan pengacara, Fara Fauzana

"Kepada semua bapa, datuk, bapa saudara sekalipun, saya Fara Fauzana ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Bapa.

"Semoga anda menjadi kebanggaan anak-anak yang sedang melihat bapa sebagai idolanya," katanya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Pelakon dan pengacara, Kiah Propa

"Kepada bapa-bapa, selamat Hari Bapa. Kalau tak ada bapa, kita pun tak ada," katanya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Pelakon, Taiyuddin Bakar

"Saya Taiyuddin Bakar aka Tai nak mengucapkan selamat Hari Bapa kepada pak cik, abang dan adik juga yang baru mendapat cahaya mata.

"Yang mana bergelar bapa, khususnya kepada bapa saya sendiri, Abu Bakar Abdul Rahman, saya sayang ayah OK.

"Terima kasih banyak-banyak kepada seluruh bapa yang mana telah menjadikan anak-anaknya menjadi orang berguna. Semuanya kerana anda. Terima kasih bapa," katanya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Penyanyi, Amy Mastura

"Hai saya anak allayarham Suhaimi Ramli, saya nak mengucapkan selamat Hari Bapa kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa.

"Selamat Hari Bapa semua," katanya.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ucapan, Hari Bapa, Artis Tempatan, Anuar Zain, Syakirin Husnat, Fara Fauzana, Kiah Propa, Taiyuddin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi

Pelakon, Mardiana Alwi

"Kepada bapa saya, Alwi Tahar, saya ingin mengucapkan selamat Hari Bapa dan juga kepada semua yang bergelar bapa. Terima kasih atas segala-galanya," katanya.


Adam Corrie cari guru agama


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Adam Corrie, Cari, Guru, Agama


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
18 Jun 2013

SETELAH memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lalu, pelakon, Adam Corrie Lee akui masih giat mendalami ilmu agama sehingga ke hari ini.

Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon filem KL Gangster ini kelihatan sangat bahagia bersama isterinya, Fazima Mohd Fuad meskipun belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya tak pernah putus mencari ilmu dan tak pernah berhenti belajar. Cuma, saya mencari seorang guru yang faham saya. Faham kelebihan dan kekurangan saya.

“Saya tak boleh belajar dengan orang yang panas baran, yang suka marah-marah. Jika orang itu endah tak endah pula, juga tak boleh dan saya lebih bimbang jika orang yang  terlalu lemah lembut,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Adam akui sehingga kini masih belum bertemu guru yang sesuai.

“Saya belum jumpa lagi tetapi salah seorang saya dah jumpa, isteri saya dan adik ipar saya.

“Ibu mertua saya pula selalu ingatkan saya agar jangan berhenti mencari dan jangan berhenti belajar. Saya ingat pesan dia dan saya tak pernah putus asa,” katanya.

Bercakap soal anak, Adam percaya Allah akan memberikannya yang terbaik.

“Kami dah berkahwin empat tahun lebih. Rezeki dari Allah, kami hanya berdoa dan tak pernah putus berdoa, kami akan berusaha dan ikhtiar.

“Saya tahu Allah akan beri kami yang terbaik. Cuma jangan putus asa, teruskan berdoa. Insya-Allah Allah akan kurniakan zuriat pada kami,” katanya.

Menyentuh kerjayanya sebagai pelakon, Adam berharap diberikan peluang untuk mencuba watak yang lain.

“Sebenarnya saya tak ada pilihan. Saya tak boleh memilih watak. Kalau saya memilih watak bermakna rezeki tak masuk. Nak tak nak, saya kena terima juga watak yang diberi. Cuma, saya harap mereka bagi saya peluang untuk membawa sesuatu watak yang belum pernah saya cuba.

“Supaya saya boleh mengembangkan watak dan orang luar boleh terima saya...yang Adam bukan hanya boleh bawa watak ‘gangster',” katanya

Menafikan dirinya bosan dengan watak samseng, Adam cuma mahukan kelainan.

“Saya bukan bosan bawa watak ini (samseng), cuma, saya nak cuba watak yang berlainan. Sebelum ini, ada beberapa produser yang sudah mula berani memberi saya watak-watak berlainan seperti mualaf. 

“Saya terharu dan dalam telemovie terbaru, Aida Aris memberi saya peluang dalam Aku Bukan Julaibib, itu salah satu watak yang berbeza buat saya,” katanya.

iskandarX: Kepada Adam Corrie, kalau benar nak cari guru agama, pastikan guru itu Guru Mursyik, iaitu guru yang meliputi seluruh alam, cara nak cari senang, solat taubat, solat tahajud, solat istikharah, dan masa solat istikharah tu niatkan untuk bertemu dengan guru mursyik, insyaallah.

Kelawak mula cipta nama


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, BMB, Bintang Mencari Bintang, Kelawak, mula, cipta, nama


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
17 Jun 2013

BEKAS peserta Bintang Mencari Bintang (BMB), Kelawak yang dianggotai Syed Atiq dan Muhd Maaruf sudah mula mengorak langkah pertama dalam dunia lakonan.

Atiq dan Maaruf tampil di pentas Teater Nyonya & The Gang yang mula dipentaskan bermula Jumaat lalu hingga Khamis ini.

Menurut Atiq, watak yang ditawarkan kepadanya berbeza selepas keluar daripada program realiti BMB.

“Saya bekas pelajar Aswara, jadi dah biasa dengan teater. Tapi, sebelum ini saya selalu bawa watak serius.

“Sekarang ini, saya seperti sudah dicop untuk bawa watak lawak,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Atiq memegang watak sebagai Sam, seorang yang alim tapi penuh muslihat, sementara Maaruf pula membawa watak Zack.

Keletah kedua-dua anak muda ini dapat disaksikan pada babak selingan di mana mereka bernyanyi dan menari bersama Don Dang Crew, Zeppo Youngsterz Crew dan Secrets Crew.

Akui Atiq, di pentas teater, dirinya lebih bebas berkarya mengikut acuannya sendiri.

“Saya lebih bebas berkarya di sini. Kalau dalam BMB, mungkin saya tak boleh terlalu bebas sebab saya perlu dengar dan hormati pendapat Raja Azura dan Maaruf,” katanya yang menyimpan impian untuk berlakon di samping pelakon terkenal, Stephen Chou.

Dalam perkembangan lain, Kelawak bakal tampil di pentas akhir BMB, Ahad ini.

iskandarX: Semoga Kelawak dapat menjadi kumpulan lawak yang mahsyur.

Julia Perez bebas


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Julia Parez, Bebas


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Jun 2013

PELAKON dan penyanyi dangdut Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe akhirnya dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan di Rumah Tahanan (Rutan) Pondok Bambu, Jakarta Timur.

Jupe keluar dari Rutan dengan berpenampilan serba merah seperti pramugari.

Katanya, pakaian itu sudah disiapkan seminggu lalu.

“Sekarang saya kembali lagi bersama kalian semua. Alhamdulillah saya sudah bebas,” katanya kepada pemberita, pagi tadi.

Menurut laporan media tempatan, kebebasan Jupe disambut ratusan penduduk setempat.

Setelah dibebaskan, Jupe terus singgah ke beberapa masjid untuk menunaikan nazarnya dengan menyampaikan sumbangan berupa Al-Quran.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan penyanyi dangdut Dewi Persik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Dewi Persik yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana terlibat dalam pergaduhan itu, belum lagi menjalani hukumannya.

iskandarX: Dorang berdua nie sebenarnya memang tak ngam, pastu kena pulak berlakon aksi gaduh, terus dua dua kena rasuk, is ada tengok cerita nie, dorang memang gaduh betul2 punya, ala biasa la kan lagi gempak cerita tu bila aksi tu real? tapi kena la cover2 sikit kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan