Cari Artikel

Monday, June 17, 2013

Yuna pulang sambut hari lahir


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Yuna, Pulang, Sambut, Hari, Lahir


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Jun 2013

SEMPENA menyambut ulang tahun kelahirannya November ini, penyanyi berbakat Yunalis Zarai merancang untuk kembali ke tanah air.

“Saya akan kembali jika saya boleh kerana hari jadi saya juga pada bulan November dan saya biasanya saya akan  pulang dan menyambut hari jadi saya.

"Saya juga mungkin akan pulang untuk menghadiri Shout Awards yang turut berlangsung pada November ini," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Yuna yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik penerbit muzik terkenal, David Foster iaitu Verve Records di Amerika Syarikat sedang sibuk dengan pembikinan album terbarunya.

Marsha cipta lagu


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Marsha Milan, Cipta, Lagu


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Jun 2013

TIDAK hanya berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan, Marsha turut memiliki kebolehan dalam mencipta lagu sendiri.

Menurut Marsha, single terbarunya berjudul 'Jujur Bilang Cinta' di cipta berdasarkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini.

"Saya percaya, semua orang pernah melalui alam percintaan dan lagu ini boleh dikatakan sebagai luahan hati saya tapi bukan untuk ditujukan pada sesiapa.

"Sebenarnya lagu ini saya mahu penyanyi lain yang bawa, tapi melihatkan keistimewaan lahu ini sendiri saya ambil keputusan untuk nyanyikannya sendiri," katanya.

JLo, Casper hampir berpisah kerana cemburu!


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, JLo, Casper Smart, Jennifer Lopez, Hampir, Berpisah, Kerana, Cemburu


HUBUNGAN cinta antara Jennifer Lopez dan Casper Smart bukanlah lagi rahsia.

Namun di sebalik keintiman mereka, tersebar pula berita hubungan mereka kini sedang bergolak.

Semuanya kerana gara-gara sikap Smart yang terlalu cemburu melihat kekasihnya, JLo rapat dengan mana-mana lelaki.

“Smart terlalu cemburu sehingga membuatkan JLo rimas. Malah, JLo pernah mengeluarkan perkataan untuk berpisah,” kata sumber

Jaden tak lupa bapa


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Hollywood, Jaden Smith, Tak, Lupa, Bapa, Will Smith


SAMBUTAN Hari Bapa yang disambut pada setiap 16 Jun, pastinya memberi seribu makna buat aktor remaja Jaden Smith yang membesar dalam keluarga seni.

Meskipun hubungannya dengan Will Smith pernah dilaporkan agak dingin, namun sebagai anak dia menganggap tiada yang lebih bermakna dalam hidupnya kerana memiliki seorang ayah yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

"Menceburi lakonan bukanlah mudah. Bermacam cabaran dan risiko yang perlu saya hadapi. Namun mujurlah bapa banyak memberikan semangat dan dorongan untuk saya pergi lebih jauh," katanya yang kini membintangi filem After Earth bersama bapanya sendiri.

Anugerah Blokbuster: Sofi Jikan penjahat terhebat!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Anugerah Blockbuster 2, ,Sofi Jikan, Penjahat, Terhebat
Sofi Jikan - Foto Sinar Harian oleh ZULKIFLI AHMAD ZAKI

MARINA SAHABUDIN
17 Jun 2013

KEMERIAHAN dan kehangatan Anugerah Bintang Blokbuster ke-2 anjuran Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), malam kelmarin masih dirasai meskipun malam kemuncaknya sudah berakhir.

Pun begitu, kepada mereka yang menang pada malam itu pastinya memberi impak besar terhadap karier mereka dalam industri seni.

Tidak terkecuali aktor yang cukup terkenal dengan watak antagonis ini.

Meskipun kemenangan bagi kategori Watak Penjahat Terhebat menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 berpihak kepadanya, namun ia bukan bererti dia boleh mendabik dada atau berbangga dengan apa yang dimiliki, sebaliknya menganggap ia sebagai satu pengiktirafan dari peminat.

Akui pelakon yang terkenal dengan nama layarnya, Sofi Jikan ini, dia sedar peminat memandang tinggi terhadapnya setelah diangkat sebagai pemenang kategori berkenaan.

“Semua ini hasil undian peminat dan mereka mempunyai hak menentukannya. Walaupun ibu saya sering berpesan supaya tidak menerima sebarang anugerah kerana watak jahat yang saya lakonkan, tetapi saya kata kepadanya, ia adalah sekadar untuk kerjaya semata-mata,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Jelasnya, walaupun mungkin dianggap jahat, dimaki, dicaci oleh penonton, namun semua itu membuktikan dia berjaya memberi sesuatu kepada mereka.

“Setiap watak yang saya terima, saya bina dan bentuk dengan baik. Saya mahu peranan antagonis yang dilakonkan diingat dan bernilai kepada penonton.

“Bukan bermaksud saya gemar menjadi jahat, tetapi inilah karakter yang sinonim dengan saya, lagipun penonton sudah biasa melihat saya di dalam filem sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, bersyukur dengan kemenangannya, Sofi berkata, tidak sekadar bergantung kepada peranan antagonis sahaja, dia juga mempunyai matlamat sendiri dalam bidang lakonan.

“Apabila menang kali ini memang peminat akan meletakkan harapan lebih tinggi terhadap lakonan saya.

“Sebab itulah, saya tidak pernah puas dengan mutu lakonan yang ada setakat ini.

“Saya sudah berlakon lebih 40 buah filem, namun kuantiti bukanlah apa yang saya mahu sebaliknya kualiti, jadi saya akan terus berusaha dan mendalami pelbagai watak selepas ini,” katanya mahukan watak yang lebih matang.

Mengulas mengenai perkara tersebut, kata Sofi, rata-rata filem yang dijayakannya lebih bersifat remaja.

“Saya harap dengan kemunculan filem baru nanti, penonton akan membuka mata terhadap watak yang saya lakonkan. Pasti mereka tidak sabar mahu melihat saya menjadi Inspektor Polis.

“Yang pasti, watak tersebut punya identiti tersendiri,” katanya bakal muncul sebagai teraju utama bagi beberapa filem dalam masa terdekat ini.

Zizan Razak - Foto Sinar Harian oleh ZULKIFLI AHMAD ZAKI

Zizan masih jadi pilihan

Lakonannya sebagai teraju utama dalam filem Hantu Kapcai berjaya mengangkat populariti jejaka kelahiran Terengganu ini dalam bidang seni tempatan.

Bahkan filem tersebut turut mendapat perhatian peminat seni kerana pelawak popular, Zizan Razak diberi kepercayaan mendukung watak utama.

Dek kerana itu, kemenangannya menerusi filem ini bagi kategori Hero Terhebat bagai sudah dijangka.

Berbicara mengenai perkara tersebut, akui Zizan, peminat kini sudah bijak memilih bukan kerana populariti semata-mata.

“Bagi saya apa yang penting adalah bakat, jika popular itu penting, sudah ramai pelakon yang lebih popular akan menang.

“Lagipun, peminat kini sudah pandai membezakan yang mana baik atau tidak,” katanya.

Berkongsi kemenangan kali kedua di anugerah yang sama tahun lalu, katanya, dia tidak menjangkakan akan beroleh kemenangan yang sama tahun ini.

“Semua ini di tangan peminat dan saya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan oleh mereka.

“Yang pasti, sokongan mereka membuatkan saya lebih berusaha untuk meningkatkan mutu lakonan,” katanya yang memasang impian melakonkan watak lebih serius, nakal dan jahat.

Persembahan Kaka dan Zizan mampu menghiburkan penonton. Foto Sinar Harian oleh ZULKIFLI AHMAD ZAKI

Tuah Izzue & Neelofa

Sementara itu, bagi pelakon sedang meningkat naik, Izzue Islam, lakonannya menerusi filem 29 Februari telah membawa  kenangan manis buatnya apabila dinobatkan sebagai Hero Baru Terhebat.

Berkongsi perasaan kemenangannya itu, pelakon berusia 23 tahun ini memberitahu, dia sangat teruja apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.

“Alhamdulillah, semua ini peminat yang beri kepada saya, tanpa mereka tidak mungkin saya memiliki semua ini.

“Apa pun, saya perlu memperbaiki prestasi lakonan selepas ini kerana yakin peminat mengharapkan yang terbaik dari saya.

“Penghargaan ini juga membuktikan saya semakin diterima dan saya tidak sesekali akan menghampakan mereka,” katanya yang akan muncul dengan drama berjudul Sahabat dalam masa terdekat ini.

Bagi pelakon cantik, Neelofa pula, dia sendiri tidak menduga terpilih sebagai Heroin Baru Terhebat menerusi filem Hantu Kapcai dalam Anugerah Bintang Blokbuster tahun ini.

Jelas Neelofa, dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk menang.

“Ini adalah anugerah pertama saya dan saya cukup berterima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.

“Kalau tiada mereka, semua ini tidak akan menjadi kenyataan,” katanya.

Ghaz Abu Bakar. - Foto Sinar Harian oleh ZULKIFLI AHMAD ZAKI

Hantu Kapcai menang besar

Sudah namanya Anugerah Bintang Blokbuster sudah tentulah mustahil jika tidak diumumkan filem mana yang menjadi pilihan penonton tahun ini.

Bagai sudah menepati ramalan, filem sentuhan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapchai telah diangkat sebagai filem terhebat dan menewaskan beberapa filem lain seperti Istanbul Aku Datang, Jiwa Taiko dan Adnan Sempit 2.

Ini sekali gus melayakkan Ghaz menerima wang tunai RM15,000 berserta trofi tajaan Astro.

Lebih menarik apabila Hantu Kapcai berjaya membolot empat lagi anugerah iaitu bagi kategori Anugerah Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat dan Heroin Baru Terhebat.

Berbicara mengenai perkara ini, kata Ghaz, sememangnya dia banyak mendengar ura-ura Hantu Kapcai akan menang.

“Bukanlah saya meletakkan harapan, saya juga 50-50 hendak mengatakan filem ini akan menang.

“Tetapi dengan kemenangan besar ini, saya sangat bersyukur dan rasanya, semua ini berlaku kerana Zizan,” katanya.

Ditanya apakah dia kesal kerana walaupun filemnya diangkat sebagai filem terhebat, tetapi dia tidak memenangi anugerah direktor terhebat, jelas Ghaz, ia tidak menjadi masalah baginya.

“Semua ini pilihan penonton dan peminat, lagipun saya puji serta bangga dengan abang Dharma Harun kerana memenangi kategori direktor baru terhebat,” katanya yang bakal mencipta kelainan bagi filem Hantu Kapcai 2 yang akan menjalankan penggambaran bermula tahun hadapan.


CORAT-CORET

- Anugerah Bintang Blokbuster tahun ini mengangkat tema vintage dan kotemporari, pun begitu rasanya tema kali ini kurang berjaya.

- Memilih gandingan pelakon dan pengacara popular, Scha Al Yahya serta Datuk AC Mizal sebagai hos, anugerah kali ini tampak hidup dengan keletah mereka.

- Artis undangan seperti Adam, Kristal, Spider, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor serta kolaborasi Zizan dan Kaka berjaya memanaskan pentas Anugerah Bintang Blokbuster 2013.

- Datuk Mejar David Teo menerima anugerah khas iaitu Anugerah Persatuan Penerbit Filem Malaysia kerana jasa dan baktinya dalam bidang seni tempatan.

- Persembahan kolaborasi penyanyi Indonesia, Shae bersama Bobo mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

- Stacy menerima anugerah khas We Chat menerusi persembahan pilihan penonton dan menerima wang tunai berjumlah RM10,000.

Najwa Latif terharu


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Najwa Latif, Terharu


WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Jun 2013

PENYANYI remaja, Najwa Latif akui terharu selepas menonton sekumpulan pelajar di Amerika Syarikat menyanyikan lagunya, Sahabat menerusi laman Youtube.

Menurut Najwa, perkara itu diketahui setelah beberapa peminat memaklumkan kepadanya menerusi Twitter.

"Saya tidak pernah sangka perkara seperti ini akan berlaku. Sudah tentu saya terharu dengan perkara ini.

"Saya lihat mereka sangat senang membawakan lagu itu dan ia nyata membuktikan lagu itu mudah diterima sesiapa sahaja.

"Secara jujurnya, melihatkan video itu, saya mula yakin untuk membawa muzik saya di Eropah. Kalau ada peluang saya tidak mahu menolaknya," katanya yang baru saja melancarkan single terbarunya I Love You.

Bowl tersingkir, Tapaw juara mingguan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Bintang Mencari Bintang, MBM, Bowl, Tersingkir, Tapaw, Juara, Mingguan


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
16 Jun 2013

ANAK didik Afdlin Shauki, Bowl gagal melangkah ke pentas akhir Bintang Mencari Bintang (BMB) apabila tersingkir di konsert semi final ketiga, malam tadi.

Bocik, Titan, Achey dan Tapaw bakal berentap di pentas akhir, Ahad ini.

Bowl yang dianggotai Syed Ali Mubarrak dan Danial Lee mendapat markah terendah berbanding peserta lain.

Meskipun tersingkir, juri tetap, Fauziah Ahmad Daud memuji kesungguhan Bowl yang berjaya menapak hingga ke peringkat separuh akhir.

"Saya sangat-sangat menghormati Bowl sebab mereka bermula dari kosong. Mereka berjaya sampai ke tahap ini.

"Itu yang saya cakap, bila anda ambil kritikan itu dari sudut positif, ia akan mendatangkan hasil," katanya.

Sementara, anak didik Faizal Ismail (FBI), Tapaw diumumkan sebagai juara mingguan buat pertama kali dengan markah 135.3 peratus.

Tapaw yang dianggotai Shah Rizal dan Khairul Faiz membuka tirai dengan persembahan yang menggegarkan pentas.

Membawa modal sekatan jalan raya, Tapaw mendapat 19 markah daripada juri awam.

Kemenangan tidak dijangka itu disifatkan Tapaw sebagai hasil kerja keras mereka berlatih pada waktu malam.

"Memang tak sangka langsung boleh menang sebab pesaing kami hebat-hebat belaka.

"Kami tak pernah menang sebelum ini, jadi, mungkin ini hasil kami berlatih sampai lewat malam," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Sementara, FBI akui setiap minggu dirinya perlu berusaha lebih daripada biasa untuk bersaing dengan pelawak-pelawak sedia ada.

"Setiap minggu saya kena meletakkan usaha 200 peratus sebab saya perlu menentang sifu-sifu lain yang otai.

"Untuk final ini, saya perlu guna 300 peratus...cakap pasal masa, mungkin ia akan menyebabkan saya perlu bercuti dari konti," katanya.

Anak didik Sabri Yunus, Titan pula memberitahu bahawa mereka sedikit kecewa dengan markah yang diperoleh minggu lalu serta meletakkan kesalahan pada diri sendiri.

"Minggu ini kami agak kecewa sedikit sebab dapat tahu Titan mendapat markah paling rendah.

"Apabila penonton tak faham apa yang kami sampaikan, kami salahkan diri sendiri sebab ada masalah dalam penyampaian," katanya.

Persembahan peserta solo, Achey menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding dua minggu sebelum ini.

Anak didik Harun Salim Bachik ini sekali lagi dinasihatkan agar mencari kembali taring yang ditonjolkan sejak minggu pertama pentas BMB bermula.

Finalis bakal membuat persembahan bersama sifu dan solo di pentas akhir kelak tanpa ada sebarang tema yang ditentukan.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM 200,000.

Fasha kembali berlakon


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Fasha Sandha, Kembali, Berlakon


NOR ATIEYAH YUSOFF
16 Jun 2013

SETELAH sekian lama menyepi dalam industri seni, aktres jelita, Fasha Sandha kini kembali menjalani penggambaran bagi drama terbaru berjudul Tentang Hati.

Baru sahaja melahirkan bayi pertamanya, Putra Rayfal, Fasha kelihatan lebih berseri dengan penampilan terbarunya itu.

Malah menerusi Twitternya, Fasha turut memuat naik gambarnya di lokasi penggambaran.

Menurut Fasha, dia telah memulakan penggambaran sejak 10 Jun lalu.

Kali ini pelakon berbakat itu bergandingan dengan dua hero kacak iaitu Aaron Aziz dan Rusdi Ramli dalam drama arahan pengarah terkenal, Feroz Kadir.

Black kena buatan orang?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Black, Kena, Buatan, Orang


NOR ATIEYAH YUSOFF
16 Jun 2013

TIDAK terlepas daripada dugaan, Black Mentor mengakui dia hampir putus tunang.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, Black berkata, sejak akhir-akhir ini dia dan tunangnya sering bergaduh dan semakin benci antara satu sama lain.

Setelah menyedari situasi pelik itu, Black bertindak bertemu dengan pakar rawatan alternatif.

"Daripada situ barulah kami sedar bahawa kami terkena buatan orang. Sebab itu jugalah saya sering menghilangkan diri," kata Black.

Bagaimanapun, Black bersyukur kerana hubungan mereka kembali pulih dan kini sedang sibuk melakukan persiapan kahwin.

"Persiapan sudah dibuat hampir 70 peratus dan kami akan melangsung majlis perkahwinan selepas Aidilfitri ini," kata Black.

Johan bakal bertunang


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Johan As'ari, Bakal, Bertunang
Johan As'ari


NOR ATIEYAH YUSOFF
16 Jun 2013

FASHA Sandha, Nabila Huda antara wanita yang pernah digosipkan dengan pelakon kacak, Johan As'ari. Namun hakikatnya hubungan mereka hanyalah sebagai rakan artis.

Terbaru, Johan membuat pengakuan bakal bertunang dengan gadis pilihannya pada penghujung tahun ini.Enggan mendedahkan siapa gerangan wanita yang sedang bertakhta di hatinya itu, kata Johan, dia harus merahsiakannya demi perjanjian mereka.

"Dia adalah seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah stesen televisyen. 

"Saya dah berjanji dengan keluarganya untuk tidak mendedahkannya lagi. 

"Saya jangka kami akan bertunang pada hujung tahun ini," kata pelakon Juvana dan Karlos itu.

Tak tahan dengan ibu mertua?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Faris Kamil, tak, tahan, dengan, ibu mertua, Norsiah Ramli


NOR ATIEYAH YUSOFF
16 Jun 2013

SELEPAS Afiq Muiz, kini Farid Kamil pula terlibat dengan masalah keluarga. Bukan dengan orang tuanya sendiri, tetapi dengan ibu mertuanya, Norsiah Ramli.

Menerusi Twitternya, Farid mendedahkan bahawa dia sudah empat tahun bersabar dengan mertuanya.

Malah ia turut mendapat pelbagai respons daripada peminatnya.

Bagaimanapun, ibu kepada pelakon cantik, Diana Danielle itu lebih bijak berdepan dengan situasi tersebut. Enggan memperbesarkan perkara itu,

Norsiah menerusi sebuah tabloid tempatan berkata: "Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan.”

Dalam pada itu, Farid dan Diana kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata mereka. Diana yang kini berada di Australia dijangka bersalin pada pertengahan Julai ini.

Fiza tunai hasrat


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Fiza, Elite, tunai, Hasrat


NOR ATIEYAH YUSOFF
16 Jun 2013

NAMPAKNYA semakin ramai aktres tempatan mengambil keputusan untuk bertudung dan kini giliran penyanyi dan pelakon, Fiza Elite.

Menurut Fiza, sejak setahun lalu dia sudah menyimpan hasrat untuk bertudung dan pada 6 Jun lalu memberikan permulaan yang baru untuknya.

"Berubah bukan setakat bertudung sahaja tetapi secara dalaman juga.

"Niat ini sudah bermain-main di fikiran sejak beberapa bulan ini, namun saya tidak mahu terburu-buru dan lakukannya seikhlas mungkin," kata Fiza.

Sisi berbeza Remy, Deanna & Beto


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sisi, Berbeza, Remy Ishak, Deanna Yusoff, Beto Kusyairy,


NINA FARZUIN MD SHAROM 
& FOTO: SUHAIZUL IZHAR
16 Jun 2013

Ketika majlis perlancaran filem CEO baru-baru ini.


NAMA Remy Ishak, Beto Kusyairy, Deanna Yusoff dalam industri hiburan tanah air sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Ketiga-tiga pelakon ini boleh dikatakan sudah memiliki platform yang tersendiri dalam lakonan mereka.

Seperti yang kita ketahui, kebolehan Remy dalam membawakan setiap watak yang digalas dengan baik telah membawa namanya setaraf dengan nama besar yang lain.

Begitu juga dengan Deanna, walaupun sudah lama tidak muncul dalam bidang lakonan, namun pastinya ramai yang sudah mengetahui kebolehan dan kualiti lakonannya.

Sementara Beto pula, kehadirannya dalam industri lakonan telah membuka mata pelbagai pihak bahawa bakat lebih penting daripada rupa.

Kelebihan yang dimiliki mereka telah membuktikan kemampuan mereka untuk bergelar pelakon versatil.

Kembali dengan watak yang lebih mencabar, ketiga-tiga pelakon ini bakal tampil dengan filem komedi bertajuk CEO arahan sutradara baru, Razaisyam Rashid yang baru sahaja memulakan penggambaran semalam.

Filem terbitan AraFilem itu mengisahkan tentang dua lelaki yang berlainan darjat, Adam (Remy) sebagai CEO dalam sebuah syarikat besar yang berjaya dan Sufian (Beto) seorang penghantar piza yang tiada cita-cita.

Bagaimanapun, kerana satu insiden, kehidupan kedua-dua lelaki tersebut berubah di mana Adam telah kehilangan jawatannya manakala Sufian pula mengambil alih tempat Adam.

Keliru dengan perubahan diri masing-masing, Adam dan Sufian mula menyiasat punca keadaan mereka berubah.

Berkesempatan menghadiri majlis pelancaran filem CEO yang dijalankan di Bora Ombak, Ampang, Selasa lalu, Zass sempat menemu ramah tiga pelakon CEO, Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Deanna Yusoff mengenai lakonan mereka.

Kembali watak komedi

Aktor kacak, Remy Ishak pernah memberi kenyataan bahawa dirinya tidak mahu lagi memegang watak komedi. Namun atas dasar skrip dan jalan cerita yang berbeza, dia sekali lagi setuju untuk kembali berlakon komedi menerusi filem ini.

Menurutnya, idea dan jalan cerita menarik yang cuba disampaikan pengarah telah berjaya menarik minatnya untuk turut serta dalam CEO.

"Ini bukan kali pertama saya bawa watak komedi, namun melihatkan kelainan konsep komedi kali ini yang jauh berbeza dengan lakonan saya sebelum ini, saya terima untuk menjayakannya.

"Sebelum ini saya keluarkan kenyataan seperti itu kerana saya lebih selesa dengan skrip yang lebih realistik berbanding komedi, tapi kalau skrip yang ditawarkan sesuatu yang menarik dan saya sendiri tidak pernah buat, saya akan cuba.

"Sebab saya memang jenis yang suka lakukan sesuatu perkara yang baru dalam karier dan pada masa yang sama akan pastikan setiap teknik dan produk yang saya hasilkan sentiasa berlainan setiap masa sebab itu salah satu cabaran buat saya sebagai pelakon," jelasnya.

Bertanyakan sejauh mana keyakinannya terhadap pengarah baru itu, Remy akui agak bimbang pada awalnya.

"Saya sudah ada dalam industri ini lebih kurang lapan tahun. Boleh dikatakan banyak juga pengalaman saya bekerja dengan pengarah baru dan ada beberapa perkara membuatkan saya rasa kurang senang.

"Tapi kali ini, walaupun saya pernah ada pengalaman yang mengatakan tidak semua pengarah baru berkebolehan, namun selepas berkali-kali bertemu dengan Razaisyam ketika sesi latihan, saya lebih yakin.

Sejak itu juga, saya mula nampak misi dan visinya sebagai pengarah dalam filem ini," katanya.

Menurutnya, sebagai pelakon, tidak salah sekiranya mereka menitik beratkan soal seperti itu.

"Tidak salah sebagai seorang pelakon menitik beratkan soal pengarahan daripada pengarah sebab pelakon hanya sebagai pemain dalam sesebuah naskhah, adunan sebenarnya datang daripada seorang pengarah," katanya.

Dalam pada itu, Remy memberitahu dia kini sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri bagi slot Akasia, Ku Cinta Kau Seorang yang mula ditayangkan bermula Julai depan.

Deanna tak merajuk

Kali terakhir muncul dalam lakonan tempatan ialah pada 2007 menerusi filem Chermin. Kini pelakon Deanna Yusoff kembali beraksi dalam CEO dengan memegang watak yang berbeza daripada lakonannya sebelum ini.

Menurutnya, atas faktor usia yang semakin meningkat, dia mengambil keputusan untuk memperlahankan aktiviti seninya.

"Saya sepi dalam bidang lakonan bukan sebab merajuk atau kecewa. Melihatkan usia saya yang semakin meningkat, saya mengambil keputusan untuk lebih mengutamakan kehidupan sendiri.

"Bidang lakonan bukan lagi keutamaan buat saya. Tapi kalau ada lakonan yang sesuai dan menepati cita rasa, saya tidak akan menolaknya," ujarnya.
Kata Deanna, dia dipertanggungjawabkan untuk memegang watak sebagai seorang peguam yang berperanan besar menerusi filem ini.

"Dalam CEO, saya berperanan sebagai seorang peguam yang selalu memanipulasikan orang lain tapi dia tidaklah jahat.
"Watak yang saya pegang ini memang berbeza dan saya tertarik membawanya sebab walaupun bukanlah watak utama namun ia satu watak penting.

"Saya harap lakonan kali ini bakal memberi satu pengalaman baru buat penonton," katanya.
Dalam perkembangan lain, Deanna memberitahu dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan coklat dari Switzerland, GrandJean Freres.

Risau dengan tanggungjawab diberi

Pernah membawa watak komedi menerusi filem pecah panggung, Istanbul aku Datang, pelakon Beto Kusyairy sekali lagi menggalas tanggungjawab yang sama menerusi CEO.

Menurutnya, walaupun kedua-dua filem tersebut mengangkat genre komedi, namun ianya masih memiliki perbezaan iaitu dari segi karakter.

"Watak yang saya bawa dalam Istanbul Aku Datang lebih kepada romantik, berbeza dengan CEO yang boleh saya katakan ianya bukanlah filem yang mengetengahkan genre komedi sepenuhnya.

"Bagi saya, CEO adalah sebuah filem yang memaparkan komedi yang bijak dari segi jalan cerita dan dialog, di samping menampilkan plot-plot yang menarik. Sebab itu jugalah saya tertarik untuk menerimanya.

Walaupun begitu, Beto tidak menolak bahawa dirinya berasa sedikit bimbang terhadap tanggungjawab yang diberikan kepadanya untuk menjayakan watak tersebut.

"Kerisauan saya cuma terletak pada tanggungjawab, sebab setiap naskhah yang diberikan, saya anggap sebagai satu tanggungjawab.

"Bila orang bagi tanggungjawab, kita perlu buat sehabis baik untuk menzahirkan karakter itu dan sampaikan mesej yang tersirat kepada masyarakat. Selain daripada itu, saya tidak nampak ianya sebagai satu kerisauan," katanya.

Tambahnya, keserasian bersama Remy sedikit sebanyak membantu dirinya dalam menjayakan watak yang digalas dengan baik.

"Sudah banyak kali kami kerja bersama dan sudah pasti gandingan kali ini akan lebih memudahkan kami," katanya.

Selain itu, Beto tidak lama lagi bakal tampil dengan filem Bravo 5 yang turut dilakonkan Remy Ishak.

Hubungan berakhir?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Nabila Huda, DJ, Nas T, Hubungan, Berakhir


AKMALIAH RAZAK
16 Jun 2013

HUBUNGAN cinta antara pelakon popular, Nabila Huda dengan pelakon serta DJ, Nas T, bukan lagi rahsia.

Sebelum ini, mereka pernah mengakui hubungan yang berteraskan sahabat itu mula memasuki fasa yang seterusnya dan mereka bahagia dalam melayari kehidupan sebagai pasangan kekasih.

Pun begitu, dalam usaha membawa hubungan itu ke tahap yang lebih serius, kenyataan Nabila atau lebih mesra disapa Abil di laman mikro Twitternya, baru-baru ini menimbulkan pelbagai bentuk spekulasi daripada peminat dan masyarakat.

Beberapa hari lalu, Abil mengepilkan sekeping gambar mereka bersama dengan luahan perasaannya dalam nada kecewa dan sedih apabila hubungan cinta itu gagal diteruskan.

Malah Abil berpendapat, hubungan cinta yang dibina lebih dua bulan lalu itu tidak akan menjejaskan persahabatan yang terjalin sebelum ini.

Enggan menjelaskan punca keretakan hubungan itu, anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini menganggap ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.

“Sebenarnya, tak ada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana.

“Kami masih lagi seperti biasa dan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan secara umum. Mungkin juga kerana saya rindukan dia kerana kami masing-masing sibuk.

“Saya juga rindukan hubungan persahabatan di satu ketika dahulu. Ianya sangat indah dan bila kami mula bercinta, ianya nampak sedikit pelik.

Mungkin kami lebih sesuai sebagai kawan,” katanya yang kini sedang menjalani drama, Sangkar untuk TV9.

Masih boleh keluar bersama

Menurut pelakon drama popular, Teduhan Kasih ini, sekiranya hubungan itu tidak dapat diteruskan lagi, dia masih memerlukan Nas T sebagai seorang sahabat baik seperti dahulu.

Sebelum ini, mereka pernah memberitahu bahawa hubungan persahabatan mereka bermula sejak di bangku sekolah lagi.
Ketika itu, masing-masing berada di sekolah menengah di Subang Jaya.

“Kami berkawan memang dah lama, Namun, apabila hubungan ini memasuki fasa cinta, saya rasa macam pelik.

“Jika hubungan kami selepas ini bukan lagi pasangan bercinta, kami akan tetap berkawan macam dulu.

“Dan jangan terkejut sekiranya kami masih boleh keluar dan makan bersama selepas ini,” katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon, Johan As'ari.

Nas T sayang Abil

Mengakui luahan Abil sebelum ini dipengaruhi emosi, pelakon filem Kami ini menafikan hubungan mereka telah berakhir.

Menurut Nas T, mereka juga tidak terlepas daripada bertikam lidah dan bergaduh biasa seperti pasangan kekasih yang lain.

Namun, hubungan itu masih berlangsung seperti biasa dan dia masih menyayangi kekasih hatinya itu.

“Saya masih sayangkan dia dan kalau boleh, tidak mahu hubungan ini berakhir begitu sahaja kerana perkara-perkara yang remeh.

“Saya akui, kami masing-masing sibuk dan jarang berjumpa. Saya sangat memahami perasaannya yang merindui detik-detik bersama.

“Mungkin selepas ini, bila keadaan dah kembali reda, kami akan berbincang mengenai perkara ini,” katanya yang kini sedang menjalani penggambaran telefilem, Anak Imam Argentina.

Izreen Azminda semakin berani


Malaysia, Hiburan, Artis Malsysia, Selebriti, Izreen Azminda, Semakin, Berani
Izreen Azminda


NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
16 Jun 2013

FIGURA bernama Izreen Azminda bukan lagi asing dalam bidang lakonan di Malaysia. Dia mula menyinar tatkala menjayakan wataknya sebagai Cikgu Zakiah dalam drama Juvana dan lebih diingati ketika membawa watak antagonis dalam drama Tentang Dhia.

Sejak itu, namanya mula menjadi sebutan lantaran lakonan yang berkesan ketika membawa watak antagonis hingga mengundang rasa benci penonton.

Namun kali ini, bukan lakonan antagonisnya yang menarik perhatian, sebaliknya keberaniannya menjayakan babak berkemban dalam filem terbaru, Pecah.

Apatah lagi dia kini sudah bergelar isteri dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Apa penjelasan Izreen berhubung perkara itu?

“Bagi saya ia bukan masalah besar kerana bukannya saya berbogel pun. Saya kata begitu sebab tahu apa yang saya buat ketika itu.

“Saya harap tiada pihak yang menjadikan isu atau cuba untuk memperbesar-besarkan perkara ini. Saya tahu orang akan mengata dan saya anggap ini lumrah,” jelasnya yang ditemui, baru-baru ini.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai babak berkenaan, Izreen berkata, dia hanya diberitahu mengenai perkara itu pada hari penggambaran berlangsung.

“Memang kekok pada mulanya apatah lagi bekerja dengan majoritinya kaum lelaki.

“Tapi saya bertuah kerana mereka semua sangat membantu,” ujarnya yang menjayakan sebagai Lydia, seorang jururawat di rumah orang tua dan memerlukan Izreen bermain dengan emosi, lebih-lebih lagi pada penghujung jalan cerita.

Ditanya mengenai penerimaan suaminya berhubung penampilan beraninya itu, Izreen berkata, suaminya masih belum menonton filem berkenaan.

“Saya pun tak tahu dia akan komen apa nanti. Saya harap dia bersikap positif kerana perkara ini berlaku sebelum kami berkahwin,” jelasnya.

Utamakan karier

Ditanya adakah dia bersedia menerima tawaran sebegini lagi selepas kembali aktif nanti, Izreen berkata: “Jika ditawarkan lagi aksi-aksi seperti ini selepas ini, saya tidak akan buat lagi kerana saya perlu lebih sensitif sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Bagaimanapun ujar bekas peserta Dewi Remaja ini, dia tetap akan menerima tawaran watak antagonis selepas bersalin nanti.

“Mungkin ada di antara pelakon yang lebih selesa menerima watak protagonis selepas berkeluarga tetapi tidak bagi saya.

“Cuma ada hadnya. Saya juga tidak merancang untuk memperlahankan karier selepas bersalin nanti. Bidang lakonan adalah cinta pertama saya.

“Saya sudah merancang untuk membawa anak dan pembantu ke lokasi nanti kerana lebih mudah untuk saya pantau dan jaga. Lagipun sekarang banyak kes berkaitan anak dan penjaga. Jadi saya agak risau,” katanya yang sudah bercuti semenjak kandungan berusia empat bulan.

Suami teruja

Berkongsi pengalaman hamil anak sulung, Izreen berkata, suaminya, Muhammad Riza Baharudin, 30, lebih teruja dalam membuat persiapan.

“Suami lebih teruja dan membeli banyak barang bayi. Izreen cuma beli apa yang patut saja. Buat apa membazir? Bayi cepat membesar,” katanya yang merahsiakan jantina anaknya itu.

Izreen berkata, dia mungkin akan berpantang di Kuala Lumpur dan bersedia berkongsi mengenai anaknya beberapa hari selepas bersalin.

Debaran Blockbuster 2 bermula


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Debaran, Anugerah Blockbuster 2, Bermula
Filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar menggondol lima anugerah di Anugerah Blockbuster 2 yang berlangsung di Stadium MPJB, malam tadi. FOTO SINAR HARIAN oleh ZULFADHLI ZAKI.


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Debaran, Anugerah Blockbuster 2, Bermula
Syamsul memeluk bapanya, Datuk Yusof Haslam selepas diumumkan sebagai Tuan Direktor Terhebat, malam tadi. FOTO SINAR HARIAN oleh ZULFADHLI ZAKI.


[DIKEMASKINI] SETELAH siri anugerah pertama berlangsung dengan meriah, Anugerah Blockbuster 2 diteruskan, malam ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Debaran, Anugerah Blockbuster 2, Bermula
Kumpulan Spider turut membuat persembahan di pentas Anugerah Blockbuster 2, malam tadi di MPJB. FOTO SINAR HARIAN oleh ZULFADHLI ZAKI.


Jika sebelum ini Anugerah Blockbuster  bersiaran dari Shah Alam, kali ini ia dibawakan bersiaran secara langsung dari Stadium Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB).

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Debaran, Anugerah Blockbuster 2, Bermula


Berikut senarai pemenang Anugerah Blockbuster 2 :

1.Filem Kelakar Terhebat - Hantu Kapcai

2.Filem Takut Terhebat - Sumpahan Kum Kum

3.Filem Aksi Terhebat - Hantu Kapcai

4.Anugerah  Watak Penjahat Terhebat - Sofi Jikan

5.Direktor Baru Terhebat - Dharma Harun Al Rashid

6.Anugerah Drama Muzikal Terhebat - Aku Ada Kau Ada???

7.Lagu Tema Terhebat - Beginilah Caranya (Filem Aku Ada Kau Ada???)

8.Anugerah Tuan Direktor Terhebat - Syamsul Yusof (Filem Jalan Kembali Bohsia 2)

9.Hero Terhebat - Zizan Razak (Hantu Kapcai)

10.Anugerah Heroin Terhebat - Yana Samsudin (3 Temujanji)

11.Hero Baru terhebat - Izzue Islam

12.Heroin Baru Terhebat - Neelofa

13. Filem Terhebat Astro First - Ombak Rindu

14. Anugerah Khas Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) - Mejar (K) David Teo

15. Filem Terhebat - Hantu Kapcai

Pengarah, pelakon Manivannan meninggal


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Pengarah, pelakon Manivannan, meninggal, Amaidhi Padai


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

PENGARAH, penulis skrip dan pelakon Tamil terkenal, R. Manivannan, 58, meninggal dunia hari ini kerana serangan jantung.

Menurut rakan keluarga mendiang, Manivannan meninggal dunia di kediamannya di Nesapakkam.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

"Saya tidak boleh percaya dia tidak ada lagi. Dia betul-betul kelihatan sihat apabila saya bertemunya baru-baru ini semasa pelancaran filem arahanya," kata rakan itu yang dipetik dari The New Indian Press.

Baru-baru ini, Manivannan telah melancarkan filem arahannya yang ke-50. Filem itu berkisar mengenai sindiran politik di India berjudul "Nagaraja Cholan MA, MLA", namun kurang mendapat sambutan.

Filem berkenaan merupakan sekuel filemnya terdahulu yang sangat berjaya, "Amaidhi Padai".

Pelakon Siddharth yang dipetik dari media sosial Twitternya berkata, beliau meminta peminat mendiang berkabung di atas pemergian seniman berbakat itu.

"Tuan Manivannan sudah tidak ada lagi. Banyak ‘kehidupan’ di pawagam yang ada pada hari ini adalah kerana dia. Penulis, pengarah, pelakon ... kamu pergi terlalu cepat," katanya.

Bagi peminat filem Tamil, watak yang dilakonkan oleh Manivannan berjaya memenangi hati berjuta-juta orang.

Mendiang sering membawa watak sebagai bapa ataupun bapa saudara kepada hero filem dalam kebanyakan filem seperti filem "Mudhalvan", "Sangamam" dan "Ullathai Allitha".

Ikon filem Tamil ini juga telah berlakon lebih 400 filem Tamil.

Filem lain yang diarahkannya termasuklah "Pudhu Manithan", "Chinna Thambi Periya Thambi" dan "Jalli Kattu".

Teater Putera Salang Ur akhinya dipentaskan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Teater, Putera Salang Ur, Akhirnya, Dipentaskan


SETELAH empat tahun menanti, hasrat kumpulan teater Suara Alam Selangor akhirnya tercapai apabila teater sulung mereka berjudul 'Putera Salang Ur' dipentaskan di Panggung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Teater bangsawan itu dipentaskan di bawah program Semarak Seni Bangsawan anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta DBKL selama tiga hari mulai semalam, pada pukul 8.30 malam.

Pengarahnya, Mohd Rosli Abd Wahab berkata beliau tidak menyangka percubaannya selama empat kali menghantar karyanya kepada JKKN akhirnya diterima pada tahun ini untuk dipentaskan.

"Tahun ini sangat bertuah kepada kami kerana akhirnya naskah bangsawan saya dapat dipersembahkan buat julung kalinya kepada orang ramai setelah empat tahun atau empat kali percubaan untuk menghantarnya dan ia merupakan satu penghargaan daripada pihak JKKN kepada kami.

"Kami telah mengambil masa dua bulan untuk membuat persiapan bagi pementasan ini dengan krew seramai 70 orang, termasuk pelakon dan petugas di sebalik tabir," katanya kepada Bernama.

Katanya, karya ini ditulis hasil olahan daripada cerita lisan rakyat yang berkaitan dengan asal-usul negeri Selangor.

"Saya yakin tidak ramai yang tahu siapa putera yang pertama di negeri Selangor, jadi saya petik kisah ini untuk dipersembahkan dalam bentuk teater kepada orang ramai.

"Jadi dengan cara persembahan teater itu dapat memberi pemahaman secara jelas kepada penonton tentang cerita lisan rakyat yang diolah secara unik itu," katanya.

Katanya, teater berbentuk bangsawan sudah jarang dipersembahkan kepada orang ramai kerana kebanyakan teater dipersembahkan dalam bentuk moden.

"Kebanyakan teater sekarang berbentuk moden, disebabkan teater bangsawan banyak menggunakan prop dan peralatan, jadi tidak ramai yang nak dimainkan.

"Teater bangsawan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada generasi muda tentang budaya bangsa Melayu," katanya.

Pementasan selama tiga hari itu antara lain mengisahkan perjalanan hidup putera Negeri Langkapura Tengku Daik yang membina negeri Salang Ur setelah dihalau oleh kekanda kembarnya, Tengku Muda akibat salah faham.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan teater bangsawan 'Putera Salang Ur' itu boleh mendapatkan tiket dengan harga RM5. - Bernama

Monsters University selit unsur komedi


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Hollywood, Animasi, Monsters University, Selit, Unsur, Komedi


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

FILEM yang merupakan sekuel Monster Inc ini pastinya dinantikan peminat filem animasi itu.

Menurut pengarahnya Dan Scanlon, ia dihasilkan kerana pelbagai idea mengenai karakter 'Monster' timbul di fikirannya.

Bagaimanapun, filem ini pastinya lebih menarik kerana pelbagai watak 'Monster' diwujudkan demi memberi kelainan.

"Kami sangat teruja untuk membikin filem ini, bukan kerana sambutan hebat untuk sekuel pertama tetapi kali ini kami menonjolkan watak yang lebih unik dan menarik.

"Selain itu, terdapat mesej yang hendak disampaikan seperti hubungan antara mereka," katanya menyelitkan unsur komedi dan pengembaraan bagi filem animasi ini.

Bercerita lanjut mengenai Monsters University, kata Scanlon, dia mempunyai sebab mengapa mengambil universiti atau kolej sebagai latar belakangnya.

"Awalnya memang saya membayangkan kewujudan sebuah kolej yang mempunyai pelajar terdiri dari 'Monster' dan ini sungguh hebat.

"Jadi di sinilah saya perlu mainkan peranan mewarnai plotnya dengan pelbagai jenaka, kisah sesama mereka serta sesuatu yang boleh menyentuh emosi.

"Pun begitu, ia perlu nampak nyata untuk menceritakan semua ini kepada penonton," katanya menggunakan suara bintang popular Hollywood seperti Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi, Helen Mirren, John Krasinski, Nathan Fillion, Charlie Day dan ramai lagi untuk watak yang dicipta.

Berkongsi mengenai watak dalam filem ini, kata Scanlon, dia sangat mengagumi semuanya.

"Saya sayang semua watak-watak ini dan saya harap penonton juga akan jatuh cinta dengan mereka," katanya ia akan ditayangkan dalam versi 2D dan 3D.

Perang Zombie


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Max Brooks, World War Z, Mare Foster, Perang Zombie


WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Jun 2013

FILEM yang menelan belanja sekitar RM391 juta bagi kos pembikinannya ini diadaptasi dari sebuah novel seram hasil penulisan Max Brooks.

Menggunakan judul sama, World War Z, filem sentuhan pengarah Marc Foster ini mengangkat elemen Zombie bagi plotnya.

Menurut Foster, karya terbarunya ini amat rumit untuk dihasilkan kerana dia mahu kelainan ditonjolkan berbeza dengan mana-mana filem Zombie yang pernah ditayangkan.

"Kami telah merombak skrip beberapa kali dan terpaksa melakukan penggambaran semula bagi beberapa babak untuk memastikannya lebih mantap.

"Misalnya, bagi pengakhiran cerita, kami menjadikannya lebih baik sehingga semua berpuas hati dengan keputusan ini," katanya filem ini perlu nampak realistik di mata penonton.

Dalam pada itu filem ini turut mengetengahkan aktor hebat Hollywood iaitu Brad Pitt sebagai teraju utamanya.

Mengulas mengenai Pitt, ujar Foster pada dasarnya, karakter Pitt adalah sebagai pekerja PBB dan sudah menjadi kepakarannya berhadapan dengan krisis global di merata tempat.

"Saya fikir di sinilah kesempatan untuknya menonjolkan peranan yang dipegang dengan menjadi seorang yang tepat dalam membantu menyelesaikan masalah yang diangkat dalam filem ini.

"Lagipun, tidak sukar bekerjasama dengan pelakon berbakat sepertinya, lakonannya sentiasa hidup dan menjadi," katanya.

Selain Pitt, filem yang mengangkat genre seram ini turut dibintangi Mireille Enos, James Badge Dale dan Lucy Aharish.

Sedikit tentang World War Z, ia berkisarkan seorang wakil U.N., Gerry Lane, yang mengembara seluruh dunia untuk menemu bual mangsa serangan Zombie.

Temu bual ini memberi gambaran tentang perang satu dekad dengan Zombie dari pandangan pelbagai masyarakat.

Sehingga dunia telah berubah dari segi agama, geopolitik dan alam sekitar.

Siapa Superman?


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Siapa, Superman, Henry Cavill, Amy Adams, Michael Shannon, Kevin Costner, Diane Lane


NUREZZATUL AQMAR
15 Jun 2013

FILEM Superman bukanlah asing lagi dalam sejarah perfileman. Biarpun cerita ini telah bermula lama dahulu, namun masih ada generasi muda kini yang mengenali siapa itu Superman.

Terbaru, Chris Nolan selaku penerbit bersama Zack Snyder  berganding bahu bersama-sama menghasilkan sebuah filem ‘reboot’ daripada siri-siri filem Superman.

Filem kali ini dibarisi oleh pelakon seperti Henry Cavill (Clark Kent/Superman/Kal-El), Amy Adams (Lois Lane), Michael Shannon (General Zod), Kevin Costner (Jonathan Kent), Diane Lane (Martha Kent), Laurence Fishburne (Perry White), Russel Crowe (Jor-El) dan Antje Traue (Faora).

Tentunya bagi yang mengenali cara garapan Snyder yang sebelum ini mengarahkan Sucker Punch (2011) dan 300 (2006) pasti memahami bagaimana bentuk jalan cerita filem ini diolah.

Jalan cerita Man Of Steel dihiasi dengan Clark Kent/Kal-El dalam mencari misi siapakah dirinya yang sebenar dan punca dia ‘dicampakkan’ ke bumi.

Namun Man Of Steel lari jauh dari tipikal filem superhero kerana ia memaparkan kisah peribadi Clack Kent.

Kisah hidup Clack Kent pula diiringi dengan emosi dan juga kisah hidup yang sebenarnya dalam bercerita tentang sisi dirinya. Snyder menghimpunkan kisah Kent dalam siri imbas semula dari masa ke semasa.

Emosi yang dimainkan juga akan membuatkan penonton akan melahirkan rasa simpati terhadap hidup Kent.

Tentunya, sejam pertama perjalanan filem ini dipenuhi dengan drama dan cerita-cerita yang tentunya dari idea Nolan seperti garapannya dalam filem Batman.

Ia tentu sekali tidak meninggalkan kesan besar kepada penonton dan membuatkan penonton sentiasa ternanti-nanti.



Kisah tipikal

Namun, dalam usaha mencari dirinya yang sebenar, dia perlu juga berdepan dengan musuh, General Zod yang mahu menakluki bumi.

Bagaimanapun, tidak keterlaluan penulis katakan, Man Of Steel adalah sebuah filem tipikal Hollywood yang masih memaparkan kisah makhluk asing yang mahu menakluki bumi.

Hanya bezanya di sini ialah, sejauh mana kemusnahan sesuatu tempat itu dapat ditunjukkan dalam sesebuah filem dan itulah yang berlaku dalam Man Of Steel.



Aksi tanpa henti

Bagaimanapun, aksi tanpa henti dalam satu jam 20 minit terakhir membuatkan ‘kebosanan’ sejam pertama tadi terasa berbayar.

Bayangkan hanya dengan kehadiran dua musuh, banyak kemusnahan berlaku berbanding dengan kehadiran ramai musuh dalam filem-filem Hollywood sebelum ini.

Malah kemusnahan yang berlaku dalam Man Of Steel lebih dahsyat dari kemusnahan yang berlaku dalam filem Transfomer 3 mahu pun Ironman 3.

Ada ketikanya juga, beberapa babak pertarungan dan kemusnahan dalam filem ini kelihatan tidak logik, namun jika anda menonton dari sudut hiburan semata-mata, maka tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan.

Keindahan sinematografi

Seperti biasa, Man Of Steel juga adalah sebuah filem sains fiksyen yang akan mengingatkan penonton kepada beberapa filem sains fiksyen lain seperti Prometheus.

Namun, keistimewaan filem ini adalah kecantikan sinematografi dari awal sehingga akhir.

Snyder juga berjaya memaparkan sudut kamera yang cantik dari segi babak aksi dan memberikan kepuasan tersendiri kepada penonton.

Kekeliruan Clark Hent

Man Of Steel mengisahkan Clark Kent/Kal-El (Henry Cavill) ialah seorang wartawan berumur 20-an yang keseorangan kerana kuasa luar biasanya.

Dulu, dia dihantar ke bumi dari Krypton, sebuah planet yang berteknologi tinggi dan jauh dari bumi.

Clark bergelut dengan soalan mutlak: “Kenapa dia di sini?” Dia dibentuk dari nilai yang diajar ibu bapa angkatnya, Martha (Diana Lane) dan Jonathan Kent (Kevin Costner).

Clark mengetahui kuasa luar biasanya akan memaksanya membuat keputusan yang sukar. Apabila dunia memerlukan kestabilan, ancaman yang lebih bahaya muncul.

Clark mesti menjadi Man Of Steel untuk melindungi orang yang disukai dan bersinar sebagai simbol harapan, Superman.

Sandra Bullock pelopori arena seni Hollywood


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Sandra Bullock, Pelopori, Arena, Seni, Hollywood


MARINA SAHABUDIN
15 Jun 2013

PERJALANAN wanita berusia 48 tahun ini selama 28 tahun dalam bidang lakonan berjaya meletakkan dirinya antara aktres tersohor di persada seni Hollywood.

Dilahirkan di Arlington, Virginia, kariernya bermula sewaktu berusia 21 tahun lagi.

Demi minat mendalam, dia telah mengambil kelas lakonan bersama cikgu lakonan dan aktor terkenal, Sanford Meisner untuk memantapkan lagi bakatnya dalam bidang ini.

Ketika itu, dia mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan menerusi pelbagai filem pendek arahan pelajar di sekolahnya dan dilamar sebuah produksi broadway untuk muncul dalam pementasan mereka iaitu No Time Flat.



Kerana kagum terhadap lakonannya, pengarah Alan J Levi telah melamarnya untuk muncul dalam drama bersiri popular The Six Million Dollar Man dan The Bionic Woman sekitar 1989.

Menariknya, meskipun pertama kali muncul di kaca televisyen, aktres mempunyai senyuman cantik ini, mendapat pujian ramai kerana keberkesanan peranan yang dimainkan.

Kemudian, dia mula muncul menerusi pelbagai drama siri seperti Working Girl.

Tidak perlu menunggu lama, namanya mula meniti di bibir penggiat seni dan pengarah Hollywood sehingga menjadi rebutan.

Antara filem yang berjaya melonjakkan namanya adalah seperti Love Potion No 9, The Thing Called Love dan Fire On The Amazon.

Selepas itu, pemilik nama Sandra Annette Bullock atau nama layarnya Sandra Bullock ini menemui zaman kegemilangannya apabila satu demi satu tawaran diterima bagi menjadi teraju utama.

Selain terkenal dengan filem Speed, dia juga sangat dikenali dalam filem While You Were Sleeping, A Time to Kill, Speed 2: Cruise Control dan 28 Days.

FBI, Ratu Cantik

Meskipun pelbagai filem lakonan hebatnya menjadikan pelakon The Proposal ini bintang di Hollywood, namun pasti peminat tidak melupakan lakonannya sebagai Gracie Hart iaitu seorang FBI yang ditugaskan menjadi ratu cantik semata-mata untuk menjalankan sebuah siasatan.

Menariknya dalam filem berjudul Miss Congeniality ini, dia terpaksa memainkan dua identiti iaitu seorang polis yang tegas dan ratu cantik yang menawan.

Masih terbayang setiap keletahnya dalam filem ini, pelbagai peristiwa lucu dan mencuit hati berlaku terhadapnya.

Sedikit mengenai lakonan Bullock, yang nyata ia telah menyentuh hati pengkritik filem Hollywood.

Kata mereka, dia berjaya membawa dua peranan dengan baik dalam masa yang sama.

"Sekejap sahaja dia menjadi seorang yang berbeza, tiba-tiba dia garang dan tegas, tetapi selepas itu dia menjadi seorang yang sangat mempesonakan," kata mereka.

Kesan lakonannya juga, filem ini telah mendapat kutipan tertinggi sepanjang ia ditayangkan.

Kerana itu, bagi sekuelnya, Miss Congeniality 2: Armed And Fabulous, aktres yang mendapat bayaran tertinggi di negara Hollywood ini terus diberi kepercayaan menjadi Gracie Hart.

Kembali dengan The Heat

Setelah setahun menyepikan diri dan hanya muncul menerusi filem terakhirnya iaitu Extremely Loud & Incredibly Close, kini pemilik anugerah Saturn bagi kategori Aktres Terbaik ini bakal mengubati kerinduan peminatnya.

Terbaru, dia bakal bergandingan bersama Melissa McCarthy bagi filem The Heat.

Bakal disiarkan bermula 27 Jun ini di pawagam seluruh Malaysia, The Heat memerlukan Bullock menjadi ejen khas, Sarah Ashburn.

Berkongsi wataknya dalam filem ini, Bullock berkata, dia sebenarnya teruja apabila dapat bergandingan bersama McCarthy.

Akuinya, keserasian antara mereka tercipta sebaik sahaja berada di set penggambaran.

"Tidak sukar bekerja dengannya kerana dia pelakon yang hebat, lagipun kami sudah ada banyak pengalaman memainkan peranan sebegini," katanya.

Tambah Bullock, menjadi pelakon filem ini juga satu pengalaman hebat kepadanya.

"Dalam usia ini mereka masih percaya kepada saya untuk menjadi teraju utama. Sudah tentu saya berikan yang terbaik buat mereka," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan