Cari Artikel

Thursday, June 13, 2013

Sam Jawab Gosip Keluar Bersama, Berpegangan Tangan Dengan Fazura


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Sam, Jawab, Gosip, Keluar, Bersama, Berpegangan, Tangan, Dengan, Fazura


Ini bukan pertama kali timbul cerita dia dan Fazura bercinta. Namun spekulasi mengatakan dia dan aktres cantik itu sedang hangat  bercinta dikuatkan lagi dengan dakwaan kononnya semalam, seorang peminat ternampak mereka keluar bersama dan berpegangan tangan di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Shaheizy Sam menyatakan dia sudah lali dengan gossip tersebut. Malah Sam mengakui memang rapat dengan Fazura tetapi menegaskan yang hubungan mereka tidak lebh dari sekadar kawan.

“Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan. Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan,” jelas Shaheizy Sam yang mengenali Fazura sejak 2008.

Sementara berkenaan peminat ternampak mereka berdua berpimpinan tangan, Sam menjelaskan yang wanita tersebut adalah ibunya dan bukan Fazura. Katanya, peminat mungkin keliru kerana wajah ibunya dan Fazura kelihatan hampir sama.

“Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis,” tambah Sam lagi.

iskandarX: Aaah, kelabu asap betul la Sam nie, kenapa pegi try Fazura? is riki punya dok par dah lama dah nie, isk isk isk sik

Che Tah Menangis Sebab Micheal Ang, Patah Semangat Bila Kerap Dikutuk


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Che Ta, Menagis, Sebab, Micheal Ang, Patah, Semangat, bila, Kerap, Dikutuk, MasterChef Selebriti 2


Selama ini, kalau apa saja kritikan atau cemuhan daripada sesetengah pihak mengenai dirinya, beliau sekadar mendengar dan tidak telalu ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Namun Rozita Che Wan atau Che Tah baru-baru ini terkesan dengan pandangan serong mahupun kata-kata sinis yang sering dilemparkan kepadanya sejak dia menyertai program realiti MasterChef. Hingga membuatkan aktres jelita lagi kontroversi ini berasa patah semangat.

"Masa mula-mula saya masuk MasterChef, ramai yang kutuk saya. Ada yang cakap saya ni harap pakai bulu mata aje, tapi tak pandai masak. Ada yang kata saya tak sedar diri sebab pakai skirt pendek. Macam-macam lagi lah. Jadi kawan-kawan kat dalam Masterchef tu pun selalu bagi tahu saya yang ramai orang kutuk-kutuk saya. Saya rasa patah semangat bila dengar semua tu.

"Mujur ada Michael Ang (Mic). Kami berdua kawan baik masa dalam Masterchef ni. Tapi bila minggu lalu dia tersingkir, saya menangis. Sebenarnya sepanjang MasterChef, itu kali pertama saya menangis. Saya tak rapat dengan yang lain-lain. Kalau sebelum ni sesiapa terkeluar saya tak menangis sebab saya ni memang jenis susah nak nangis. Zain keluar pun saya tak nangis. 

Tapi bila Mic keluar, saya sedih sebab lepas ni saya tak ada kawan. Saya nangis sebab saya pun nak ikut sama keluar tapi Astro tak bagi saya keluar", ujarnya ketika diminta mengulas mengenai insiden dia menangis dalam siaran program MasterChef Selebriti musim kedua, baru-baru ini.

.
Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Che Ta, Menagis, Sebab, Micheal Ang, Patah, Semangat, bila, Kerap, Dikutuk, MasterChef Selebriti 2


Che Tah ditemui pada majlis pelantikkan dirinya sebagai duta produk makanan tambahan anti penuaan, Longevite, bertempat di PWTC, malam tadi.

Begitupun, selepas insiden tersebut, Che Tah menerima banyak respon positif daripada para peminat dan penonton. Justeru walaupun kini sahabat baiknya sudah terkeluar, dia akur dengan keputusan Astro dan meneruskan perjuangannya menempuh cabaran dalam minggu-minggu akan datang. 

"Bila orang kutuk-kutuk saya dulu, saya berazam nak capai sekurang-kurangnya dalam Top 10. Tapi sekarang Allhamdulillah, orang dok kutuk-kutuk saya pun, sekarang saya dah di Top 5. Saya tak harap nak menang pun sebab saya ni pelakon, bukan tukang masak

"Satu lagi, lepas saya nangis hari tu, banyak pula respon positif yang saya dapat dari orang ramai. Sejujurnya saya memang menangis betul keran sedih Mic terkeluar. Bukan drama, drama tau", katanya.

Dalam pada itu, Che Tah menyifatkan pemilihannya sebagai duta makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan Longevite, satu pengiktirafan memandangkan beliau mementingkan aspek penjagaan kecantikan dalaman dan luaran sejak remaja lagi.

Malah peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2, mengakui dirinya bukan seorang pengamal makanan tambahan dalam rutin hariannya. Tetapi selepas mencuba Longevite, dia mula menyukainya dan merasakan perbezaan ketara pada kulit, rambut dan tahap kesihatan dalaman dan luaran secara total.

.
Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Che Ta, Menagis, Sebab, Micheal Ang, Patah, Semangat, bila, Kerap, Dikutuk, MasterChef Selebriti 2


"Sebelum ni saya tak pernah ambil apa-apa pil tambahan sebab saya ni memang jenis nak makan ubat. Masuk jer pil fdalam mulut, terus saya akan muntah. Tapi bila saya cuba produk ni sejak April lalu, saya terus jadi suka. Ia buat saya rasa lebih bertenaga, kulit jad cantik dan paling penting, ia memberi kesihatan dalaman pada diri kita", katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Tah baru saja selesai menjalani penggambaran drama Klon. Sekarang beliau sibuk dengan rakaman program Primadona Raya dan di set penggambaran drama bersiri Biarkan Aku Menangis untuk saluran RTM 1.


- mD

Hafiz Teguk Kicap Campur Limau Nipis Sebelum Rakam Lagu


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Hafiz, Teguk, Kicap, Campur, Limau Nipis, Sebelum, Rakam, Lagu

- Kredit foo-foto Faisol Mustafa
- mD

Demi mahu menghasilkan yang terbaik sekaligus memberi kepuasan seratus peratus kepada sesiapa yang mendengar albumnya, penyanyi Hafiz Suip memberitahu ada beberapa cabaran besar yang terpaksa dilaluinya sepanjang tempoh rakaman albumnya yang diberi judul, Hafiz Suip 'Luahan Hati Anak Seni'.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Hafiz, Teguk, Kicap, Campur, Limau Nipis, Sebelum, Rakam, Lagu



Terutamanya untuk memperdengarkan vokal yang kekal lunak dalam albumnya itu, Hafiz berkata dia terpaksa meminum kicap yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Pengalaman tersebut dilalui sewaktu menjalani proses rakaman tiga buah lagu yang di jalankan di Indonesia.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Hafiz, Teguk, Kicap, Campur, Limau Nipis, Sebelum, Rakam, Lagu


"Semasa proses rakaman di Indonesia, cuaca di sana sangat panas dan saya demam. Masa tu saya memang risau sangat, takut tak boleh nyanyi dengan baik. Mujur masa saya datang ke studio, salah seorang kru di studio tu suruh saya minum kicap bangau (kicap pekat) di campur dengan limau nipis. Allhamdulillah, berkesan dan saya dapat lakukan proses rakaman dengan lancar. Di sana, saya rakamkan tiga lagu iaitu Bahagiamu Deritaku dan video klipnya, single Patah Hati dan Hanya Ingin Kau Cinta, katanya kepada Malaysian Digest.com

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Hafiz, Teguk, Kicap, Campur, Limau Nipis, Sebelum, Rakam, Lagu


Hafiz ditemui pada majlis pelancaran album, Hafiz Suip 'Luahan Hati Anak Seni' bertempat di Wisma Bentley Music, The Curve, Damansara, petang semalam.

Dengan konsep 'mini magazine', mempertaruhkan sembilan lagu, menarik, album tersebut turut menapilkaan ramai komposer dan penulis lirik terkenal tanah aar dan Indonesia. Antaranya LY dan Baiduri, Kuncidemak, Ajai, Satriyaa Anggun serta Ajai.

Selain itu, Hafiz sendiri terlibat dalam penghasilan dua buah lagu iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah. Malah dia mengaku kedua-dua lagu ciptaannya itu ada kaitan dengan pengalaman hidup dan kisah cintanya.

"Saya akui konsep album ini sikit sebanyak diinspirasikan dari majalah Glam Lelaki. Album ni mengandungi lagu-lagu tentang cinta dan sebenarnya adalah luahan hati saya sendiri tentang pengalaman hidup dan pengalaman pahit saya dalam bercinta.

"Dengan kemunculan album ini saya sekarang mahu dikenali sebagai Hafiz Suip. Selama empat tahun ini, banyak cabaran juga dengan beberapa kejayaan saya kecapi.

"Allhamdulillah apa yang saya dah capai setakat ini bukan lah kejayaan saya seorang malah banyak pihak yang memantu dan sentiasa menyokong termasuklah keluarga saya. Jadi saya gunakan nama Hafiz Suip kerana saya mahu bawa keluarga saya sekali sama-sama menikmati kejayaan saya", tutur anak kelahiran Kuching, Sarawak ini.

Impresif, sehingga hari ini bintang yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia (AF7) ini telah meraih 14 anugerah di persada muzik tanah air dan antarabangsa termasuk anugerah vokal terbaik tiga kali berturut-turut.

Miera Liyana Jatuh Cinta Dengan Drifter Dari Miami?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Miera Liyana, Jatuh, Hati, Dengan, Drifter, dari, Miami


Sejak putus cinta dengan Shahrizal Jazsle kira-kira dua tahun lalu, tidak terdengar pula Miera Liyana bertemu pengganti. Malah beberapa kali terserempak dengannya di acara hiburan tempatan, gadis berusia 21 tahun ini tegas mengatakan yang dia masih solo - masih belum jumpa yang betul-betul sesuai, katanya.

Namun baru-baru ini dalam diam rupanya pelakon filem Pecah ini dikatakan bertemu cinta baru, di Miami. Oh, jauhnya.

"Sebenarnya baru-baru ni saya ke Miami. Saya berkesempatan saksikan perlumbaan kereta (drift) di sana. Jadi saya semakin jatuh cinta dengan sukan tu. Baru jer feeling-feeling nak cuba.  Saya memang dah lama minat dengan sukan lasak sebegini. Macam sebelum ni, saya ada juga keinginan nak bawa motor besar", jelasnya yang turut mengulangi kenyataan seperti sebelum sebelum ni bahwa dirinya masih belum berpunya.

Dirogol, Lahirkan Anak Luar Nikah

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Miera Liyana, Jatuh, Hati, Dengan, Drifter, dari, Miami


Menyentuh perkembangan kerjaya, terbaru, Miera yang juga duta Drive M7, tampil menerusi lakonan dalam filem Pecah. Karya yang diadaptasi dari novel fiksi terlaris dengan judul yang sama, Pecah, ini diarahkan oleh Asrulhisyam Ahmad (Black). Filem tersebut ditayangkan mulai 13 Jun (hari ini).

Memengang watak sebagai Sarah, cabaran besar yang perlu dihadapi Miera kali ini ialah apabila dirinya dirogol bapa sendiri iaitu Bakar (lakonan Zain Ruffedge). Lebih sengsara, Sarah hamil anak luar nikah.

"Walaupun sebelum ini saya pernah bawa watak gadis dirogol, tapi saya akui babak itu memang mencabar. Lebih-lebih lagi, penggambaran dijalankan sekitar jam 3, 4 pagi. Jadi memang nak tak nak, saya kena pastikan saya ada tenaga dalam waktu-waktu begiu, dengan nak menahan mengantuk lagi masa tu.

"Tetapi paling mencabar ialah babak saya bersalin. Saya tiada pengalaman dalam situasi tu, jadi pada mula ia memang agak susah untuk saya lakukan. Mujur dengan bantuan pengarah, abang Black, saya dapat lakonkan babak itu. Sehari selepas shooting tu, suara saya terus hilang akibat banyak menjerit", katanya.

Selain itu Miera bakal sibuk di set penggambaran drama bersiri Rumah Usang yang akan ditayangkan sepanjang Ramadan nanti, di saluran TV3.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Miera Liyana, Jatuh, Hati, Dengan, Drifter, dari, Miami


- kredit foto-foto Faisol Mustafa
- mD

Shah Iskandar Tak Nak Cari Pasal Dengan Kekasih Nad Zainal


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Shah Iskandar, Tak, Nak, Cari, Pasal, Dengan, Kekasih, Nad Zainal


Walaupun masing-masing tidak mempunyai nombor telefon antara satu sama lain tetapi laman sosial seperti Twitter dan WeChat jadi penghubung komunikasi antara pelakon Shah Iskandar dan Nad Zainal.

Lantas baru-baru ini timbul pula gosip kononnya aktor yang membintangi drama bersiri Teduhan Kasih ini punya hubungan rapatnya dengan gadis itu - seperti pasangan kekasih.

Bercakap kepada sebuah portal, Shah menganggap hubungannya dengan Nad hanya sekadar rakan artis semata-mata dan tidak lebih daripada itu. Bahkan pelakon kelahiran Singapura ini mengakui dia mengenali teman lelaki Nad.

"Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja.

"Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya.

Shah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Rozita Che Wan itu tidak mahu gosip tersebut menjadikan hubungan Nad dan kekasihnya mengalami masalah.

"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya.

Ujar Shah, dia dan Nad mula mengenali ketika bekerjasama dalam sebuah drama bersiri Seindah Sabar yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

"Saya dan Nad bergandingan dalam drama bersiri itu dan saya anggap dia seorang pelakon yang berbakat besar", katanya.

Model Mengaku Pernah Tidur Dengan Kanye West


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Penyanyi, Model, Mengaku, Pernah, Tidur, Dengan, Kanye West, Leyla Ghobadi, Kim Kardashian,


Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja penyanyi dan penerbit muzik, Kanye West dihimpit isu berlaku curang terhadap kekasihnya, Kim Kardashian.

Seorang model kelahiran Kanada, Leyla Ghobadi, 24, mengaku pernah tidur dengan Kanye West di sebuah hotel.

Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Penyanyi, Model, Mengaku, Pernah, Tidur, Dengan, Kanye West, Leyla Ghobadi, Kim Kardashian,


Leyla membuat pengakuan tersebut kepada US Magazine dengan turut memberitahu bahwa mereka bertemu saat Kanye mengadakan konsert. Apa yang mengejutkan, ketika Kanye dan Leyla berkenalan, Kim Kardashian juga turut ada bersama.

Malah model itu mendedahkan hubungan mereka kekal terjalin meskipun Kim Kardashian sudah mengumumkan mengenai kehamilannya pada umum. Leyla menyatakan, Kanye menganggap hubungannya dengan Kim hanya untuk publisiti dan tidak ada yang serius walaupun Kim sudah hamil.

Sementara itu wakil Kim Kardashian enggan memberi sebarang komen mengenai pengakuan model berkenaan. Kanye yang diminta untuk mengulas turut enggan memberikan sebarang pernyataan.

Che Ta Nafi Propa Dalam MasterChef Selebriti 2


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Che Ta, Nafi, Propa, Dalam, MasterChef 2, SEKSI, Rozita Che Wan, Tetak besar, simbol seks


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Sedutan yang menunjukan pelakon seksi Rozita Che Wan,41 atau Che Ta menangis dalam episod terbaru program MasterChef Selebriti Malaysia 2 baru-baru ini nampaknya telah menimbulkan tanda tanya.

Beberapa pihak menyifatkan tindakan Che Ta itu hanya lakonan semata-mata atau propa dalam satu strategi untuk meraih simpati, apatah lagi untuk meningkatkan rating rancangan kegemaran ramai berkenaan.

Ditemui portal murai.com.my sempena majlis perlantikannya sebagai duta makanan tambahan untuk lebih cantik dan sihat, Longevite di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi, Che Ta bagaimanapun menafikan bahawa tindakannya itu adalah sebahagian daripada lakonan.

"Saya tak drama mahu pun propa. Saya memang betul-betul menangis kali ini sebab hajat saya memang mahu keluar dari program berkenaan tidak kesampaian kerana nama saya masih kekal berada di situ.

"Ramai juga yang pelik, sedangkan waku Zain terkeluar dulu, saya sedikitpun tidak menangis, tapi kali ini lain pula jadinya. Terus terang saya memang seorang yang susah untuk nangis. Tapi dalam episod itu saya memang tertekan dan mahu saja keluar. Bagaimanpun hajat saya itu tidak kesampaian dan oleh kerana itu saya menangis.

"Saya tak mahu orang kata saya suka melihat Zain serta peserta lain terkeluar, sebab itu saya tak menangis. Bukan macam itu. Kerana pada awal pertandingan saya mahu membuktikan kepada orang ramai yang saya boleh memasak dan sekurang-kurangnya kekal ke peringkat top 10. Tapi tak sangka pula sampai ke peringkat top 5 dan apabila sampai di tahap itu saya menjadi lebih tertekan," katanya berterus terang.

Tambah Rozita Che Wan, meskipun rancangan berkenaan berbentuk rakaman, tetapi segala apa yang berlaku di dapur MasterChef Selebriti adalah berkaitan dengan dirinya sebenar , apatah lagi untuk memalsukan atau melakonkan segala gerak geri mahupun perilakunya.

Jelas Rozita Che Wan lagi, dia cukup sedih apabila ramai pihak yang mempertikaikan kewibawaannnya memasak walaupun hakikatnya dia memang seorang individu yang memang suka memasak.

Oleh kerana itu, dia telah menyahut cabaran ramai untuk mengekalkan namanya sehingga ke peringkat tertinggi bagaimanapun tidak menyangka cabaran yang menanti nampaknya semakin sengit.

"Ketika cabaran untuk membuat Bubur Lambuk saya dan Micheal Ang sudah bersepakat untuk terkeluar. Sayangnya hidangan saya masih diterima oleh pihak juri, saya dikekalkan dalam rancangan itu dan Micheal Ang pula terkeluar.

"Bagi saya, selebriti seperti Syura dan Celina merupakan dua peserta yang begitu komited untuk menang dan mereka buat banyak penyelidikan atau kerja rumah untuk mencapai ke sasaran itu. Tapi tidak buat saya," katanya.

Bagaimanapun menurut Che Ta, MasterChef Selebriti Malaysia 2 telah berjaya memberikan publisiti meluas buat dirinya dari segala sudut. Malah sedutan dia menangis berkenaan telah merubah persepsi orang ramai untuk lebih memahami isi hatinya yang sebenarnya tertekan.

"Apa yang saya suka lihat, ketika awal rancangan ramai yang kurang senang dengan saya. Tetapi selepas saya menangis ramai pula yang bersimpati dengan saya," katanya sambil tersenyum gembira.



Transisi Diri Hafiz Suip Dalam Luahan Hati Anak Seni


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Transisi, Diri, Hafiz Suip, Dalam, Luahan Hati Anak Seni


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Langkah yang diatur oleh Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 23,dilihat semakin menyinar dengan beberapa pencapaian yang diraihnya semenjak bergelar juara bagi pertandingan realiti Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009.

Dalam jangka waktu yang boleh dianggap singkat, Hafiz telah berjaya menerima beberapa pengiktirafan yang tinggi melalui acara hiburan berbentuk anugerah mahupun pertandingan.

Juara untuk program ala All-Star untuk penyanyi tempatan iaitu Mania ini juga berjaya mencipta hatrik apabila membawa pulang Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut di pentas Anugerah Juara Lagu.

Tidak pernah berhenti atau merasa erti penat, Hafiz kini tampil lebih segar dan hip dengan album terbarunya iaitu Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni yang dilancarkan di Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara bersama Astro dan Warner Music Malaysia.

Hafiz yang ditemui selepas berakhirnya pelancaran album keduanya itu telah menzahirkan perasaannya yang sangat berpuas hati dengan keseluruhan hasil karya terbaru daripadanya ini. Berkonsepkan ala mini magazine, Hafiz menyatakan bahawa konsep tersebut dipilih kerana ia mahu dijadikan sebagai kenang-kenangan buat peminat kesayangannya.

"Album terbaru saya ini memang istimewa kerana idea ini dipilih agar ia boleh dijadikan collectible item dengan pendekatan konsep mini magazine. Sekaligus ia membawa anda membaca apakah yang terkandung di dalam Luahan Hati Anak Seni itu.

"Idea menghasilkan album ini mengambil inspirasi majalah Glam Lelaki iaitu majalah khas untuk jejaka yang sentiasa up-tp-date dengan fesyen dan trend dan ianya dianggap sebagai transisi imej saya juga yang mahu kelihatan lebih kemas.

"Konsep lagu secara keseluruhannya adalah baladayang menyampaikan mesej yang pelbagai dan single Bahagiamu Deritaku kini mendapat sambutan hingga ke Indonesia dan saya juga turut menyumbangkan hasil tulisan lirik untuk Mungkinkah dan Deklamasiku.

"Lagu-lagu lain seperti Matahari, Hanya Ingin Kau Cinta, Kesimpulan dan termasuklah Muara Hati turut dimuatkan di dalam Luahan Hati Anak Seni,"cerita Penyanyi Lelaki Paling Popular 2012 ini mengenai album keduanya yang kini berada di pasaran hasil edaran Warner Music Malaysia.

Pada majlis perlancaran yang mengambil tempat di Auditorium Wisma Bentley itu, , Naib Presiden Bahagian Remaja Astro, Pueteri Yasmin Megat Zaharuddin yang mewakili Astro telah merasmikan album terbaru Hafiz Suip itu. Hadirin yang hadir turut dihiburkan dengan dendangan lima buah lagu daripada album terbaru ini termasuklah single yang kini meletop di carta radio, Bahagiamu Deritaku.

Acara ini turut disaksikan ahli keluarga, rakan media, wakil daripada Warner Music Malaysia dan para peminat yang dijemput bagi meraikan kejayaan Hafiz dengan album keduanya itu.

Suhu Badan Adira Tinggi, Pengsan Akibat Demam Panas


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Suhu, Badan, Adira, Tinggi, Pengsan, Akibat, Demam, Panas


KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Semenjak dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Adira Suhaimi atau Adira sukar dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi yang berlaku terhadap dirinya itu sepertimana yang dilaporkan di dalam ruangan Murai Batu pada awal minggu ini.

Dalam ruangan tersebut, Murai Batu ada bercerita mengenai video Keek yang dimuatnaik sendiri oleh Adira menerusi akaunnya di laman sosial tersebut. Penyanyi yang kini menarik perhatian ramai dek kerana keputihannya itu kelihatan lemah dan tidak bermaya namun sempat berjenaka di dalam video itu.

Beberapa kali dihubungi, pihak Murai dimaklumkan oleh pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Jimmy bahawa telah Adira disahkan demam panas yang kuat dan telah dinasihatkan supaya berehat dengan banyak. Dia kini lebih banyak tidur dan hanya bangun untuk makan dan mengambil ubat.

"Saya memohon maaf bagi pihak Adira sebab memang dia dinasihatkan doktor untuk banyak berehat. Tadi pun dia bangun sekejap untuk makan dan ambil ubat, kemudian dia kembali tidur. Adira tidak mempunyai banyak tenaga walaupun selepas discaj pada petang Ahad yang lalu.

"Pada malam Jumaat lepas, kami pergi ke butik Hatta Dolmat kerana ada sesi fitting busana yang ditempah untuk persembahan Adira nanti. Sebaik pulang dari Shah Alam dia mengadu rasa tidak sihat dan pitam di dalam kereta seketika.

"Sebelum itu memang dia ada mengadu rasa macam demam atau sakit kepala tetapi mengenali Adira, dia memang tidak suka jumpa doktor. Jadi saya cuma sediakan ubat seperti Panadol untuknya kerana tidak tahu ia akan menjadi serius seperti ini.

"Syukur tiada apa-apa yang serius cuma dia dinasihati berehat kerana ketika dimasukkan ke Damansara Specialist Centre suhu badannya sangat tinggi mencecah 43 darjah celcius. Doktor menyatakan bahawa ini disebabkan dia tidak berehat dengan cukup dan menyebabkan sistem badannya tidak stabil,"cerita pembantu Adira tersebut ketika dihubungi.

Perkhabaran daripada pembantu Adira ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan keadaan sebenar penyanyi kecil molek itu yang sebelum ini tidak diketahui punca dan status sebenar kesihatannya. Selepas keluar daripada pusat perubatan itu, Adira kini dijaga oleh kakaknya.

Pembantunya itu turut memberitahu bahawa akhir-akhir ini memang mereka amat sibuk dengan persiapan untuk album baru. Daripada proses rakaman hinggalah penggambaran kulit album dan pelbagai lagi.

Diharapkan dengan info ini dapat menjawab persoalan yang timbul bila keadaan Adira yang dikaitkan dengan kondisi kulitnya itu. Dek kerana terlalu kuat bekerja telah membuatkan Adira kini terpaksa berehat lebih lama untuk kembali bekerja. Mewakili semua pembaca Murai, kami doakan agar Adira cepat sembuh. Amin.


iskandarX: itulah Adira, Asyik keje je, kan dah pengsan, jangan minum air mineral dengan drinking water tapis tu banyak sangat, buat badan panas je, minum air masak banyak2 lagi bagus percaya lah cakap is nie.

MyEkspresi Cabar Azhar Sulaiman Sebagai Pengacara


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, MyEkspresi, Cabar, Azhar Sulaiman, Sebagai, Pengacara


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Biarpun lebih dikenali sebagai pelakon, namun itu tidak menghalang buat aktor popular sekitar 90-an, Azhar Sulaiman untuk menyahut cabaran sebagai pengacara sebuah rancangan tari menari, MyEkspresi.

Ditayangkan di TV2 yang disiarkan pada setiap Sabtu jam 9 malam, MyEkspresi merupakan sebuah program khusus untuk mencari pereka tari muda yang diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan stesen TV RTM.

Penerbit Eksekutif rancangan berkenaan, Ezlina Alias berkata, pemilihan Azhar Sulaiman dilihat bertepatan dengan konsep program itu yang boleh dikatakan serius kerana mencari pereka tari dan dalam masa masa yang sama dapat memberikan hiburan kepada penonton.

"Memang pada asalnya di peringkat uji bakat, Anding Indrawani sepatutnya menggalas peranan sebagai pengacara. Namun kerana komitmennya untuk pementasan teater Chow Kit Road, dia terpaksa melepaskannya tanggungjawabnya itu.

"Sebelum Azhar Sulaiman, kita juga ada melihat calon lain seperti pelakon Zulhuzaimy untuk diberi mandat penting ini. Namun akhirnya rezeki berpihak kepada Azhar Sulaiman. Apa yang pasti, dia bukan asing dalam dunia pengacaraan biarpun lebih dikenali sebagai pelakon.

"Kami merasakan karisma dan kredibiliti Azhar Sulaiman menjadi batu loncatan untuk beliau menjadi hos rancangan ini. Malah kami di JKKN dan RTM juga berbangga kerana menjadi yang pertama menghasilkan program pencarian pereka tari kerana selama ini lebih banyak pertandingan mencari penari. Tambahan pula tak ramai di luar sana mengetahui skop tugas seorang pereka tari berbanding penari" kata Ezlina.

MyEkspresi memberi ruang kepada insan kreatif untuk mengembangkan bakat dalam seni mereka cipta karya tari kreatif mengikut acuan tempatan selain kreativiti dalam pelbagai cabang seni tari lainnya.

Pertandingan peringkat suku akhir pertama dan kedua sudahpun berlangsung baru-baru ini dan telah menyaksikan dua penyingkiran. Uji bakat awal memperlihatkan 70 peserta diserap dan dikecilkan menjadi 40 orang. Ia kemudiannya digenapkan menjadi hanya 16 peserta.

Peminat boleh mengikuti perkembangan program berkenaan menerusi laman sosial Facebook 'fanpage' JKKN dan peringkat akhir MyEkspresi akan berlangsung pada 22 Jun ini.

Demi Nyonya & The Gang, Fafau Cuma Tidur Sejam


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Demi, Nyonya And The Gang, Fafau, Cuma Tidur, Sejam, Farah Fauzana


Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2013: Bukan mudah untuk mengekalkan populariti selari dengan hasil kerja yang bagus. Biarpun terpaksa berkompromi dengan masa yang terhad serta keadaan diri yang penat, namun adajalanya selebriti versatil Farah Fauzana terpaksa akur dengan situasi tersebut, demi kerjaya serta komitmen yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

Terbaru ketika ditemui di sidang akhbar bagi pementasan teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, deejay radio Hot.FM ini telah berkongsi cerita mengenai kondisi dirinya yang ketika itu sangat penat.

"Sebenarnya saya hari ini 'rabak' dah. Tunggu masa sahaja ini. Daripada semalam hingga ke hari ini saya baru dapat melelapkan mata lebih kurang satu jam sahaja. Semalam saya terlibat dengan program latihan anjuran NSTP di Putrajaya dan ia berakhir pada lewat malam.

"Masuk semula ke konti untuk segmen pagi saya di radio seperti dan habis semua saya kena berada disini untuk bersama sidang media Nyonya & The Gang. Saya cuba untuk penuhi setiap komitmen yang telah saya terima ini walaupun sangat penat. Tetapi rasanya lepas ini nak pergi main badminton pula,"ujarnya sambil berseloroh sebaik sahaja ditemui selepas sidang akhbar pementasa tersebut di Istana Budaya, semalam.

Biarpun hanya berpeluang melelapkan mata cuma untuk satu jam pada hari tersebut, dia mengaku ada mengambil ubat-ubatan berbentuk vitamin untuk terus kekal bertenaga.

Pengacara dan deejay radio lulusan bidang komunikasi ini sekian lama menunjukkan minat dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem Jin Notti serta pementasan Nyonya yang sebelumnya.

Menurut Farah, dia sekadar mahu melengkapkan portfolionya serta mencabar kebolehannya sendiri biarpun terpaksa berdepan dengan kekangan masa yang dilihat boleh memudaratkan dirinya.

"Saya mengamalkan pengambilan makanan tambahan sejak dari bangku sekolah lagi dan saya masih mengambilnya sehingga kini. Saya bertahan dengan vitamin untuk terus kekal bertenaga. Mujur ia membantu saya untuk memenuhi jadual saya yang sentiasa padat itu.

"Sebenarnya saya memang menggemari teater dan seringkali datang menonton jika ada sebarang pementasan di sini. Untuk Nyonya & The Gang, saya pernah beraksi untuk teater ini dahulu tetapi untuk watak nyonya. Kali ini saya bergabung bersama Misha Omar dan Amy Mastura menjadi 'keponakan' dan ia memberikan saya cabaran baru iaitu menyanyi.

"Selain itu, Hot.FM telah menjadi stesen radio rasmi Nyonya & The Gang dan saya turut menggunakan kesempatan ini untuk turut mempromosikan teater ini,"cerita Farah yang bakal menyarungkan kebaya hasilan Cosry pada pementasan teresebut bermula 13-21 Jun ini di Istana Budaya.

Teater yang menggabungkan Nyonya arahan Rosminah Mohd Tahir dan The Gang oleh Siti Rohaya Atan akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 13 Jun ini turut dibarisi oleh Kiah Propa, Taiyudin Bakar, Amy Mastura, Mardiana Alwi dan Misha Omar. Ia juga akan menampilkan penyanyi, Anuar Zain pada dua malam terpilih iaitu 19 dan 20 Jun ini.

Ibu Diana Danielle Enggan Komen Sindiran Farid Kamil


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Pengarah, Penerbit, Ibu, Diana Danielle, Enggan, Komen, Sindiran, Farid Kamil


KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelakon Diana Danielle iaitu Norsiah Ramli, 50 mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen mengenai luahan terbuka menantunya Farid Kamil yang berbaur sindiran di laman sosial Twitter, Isnin lalu.

Menurut laporan akhbar Harian Metro pada Khamis, dia menerima kenyataan Farid itu dengan hati terbuka walaupun kenyataan Farid menerusi akaun Twitter miliknya itu kelihatan agak melampau dan seakan mengiyakan desas-desus mendakwa hubungan mereka berantakan sebelum ini..

“Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.

Farid turut membuat kenyataan dia sudah bersabar selama empat tahun dan ia dipercayai merujuk kepada kehidupannya dengan ibu mentuanya itu. Norsiah berkata, pada awalnya dia langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga dimaklumkan.

“Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja,” katanya.

Terdahulu, pada Ahad lalu, industri hiburan digemparkan dengan gambar memperlihatkan Farid mengucup bayi yang baru dilahirkan sehingga menimbulkan salah faham.

Dalam kenyataan balas, Farid menjelaskan bayi dalam gambar itu adalah anak saudaranya yang baru dilahirkan dan bukannya anaknya bersama Diana.

Album Terbaharu Hafiz Suip Hasil Campuran 'Limau, Kicap'


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Album, Terbaharu, Hafiz Suip, Hasil, Campuran, 'Limau, Kicap'
Hafiz Suip


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip mengaku pernah mencuba petua untuk sedapkan suara ketika proses rakaman lagu di Indonesia dengan mencampurkan kicap dan perahan limau.

Hafiz, 23, berkata petua tersebut diberi oleh seorang rakan di negara itu selepas melihat keadaan dirinya yang tidak sihat dan tidak mampu menyanyi dengan baik.

"Ketika itu proses rakaman dilakukan di Indonesia dan saya demam sebab cuaca di Indonesia terlalu panas.

"Ada seorang rakan di sana menasihatkan saya untuk mencuba petua tersebut yang biasa digunakan oleh artis-artis di Indonesia," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya Hafiz Suip, Luahan Hati Anak Seni, di sini, pada Rabu.

Kata Hafiz, selepas mencuba petua tersebut, dia mampu melakukan proses rakaman dengan lancar.

Tiga lagu iaitu Deritamu Bahagiaku, Patah Hati dan Hanya Ingin Kau Cinta dirakamkan di Indonesia.

Selain itu, Hafiz sempat melakukan penggambaran untuk video klip lagu Bahagiamu Deritaku di Bandung, Indonesia.

Sementara itu, bercerita tentang karya dalam album berkenaan, Hafiz mengakui dua buah lagu yang ditulis sendiri iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah mempunyai makna tersendiri dalam hidupnya.

"Sudah tentu saya menggunakan pengalaman hidup sebagai inspirasi membuat lagu ini. Ia ada kena mengena dengan pengalaman percintaan saya," katanya.

Album Luahan Hati Anak Seni ini memuatkan sembilan buah lagu termasuk Muara Hati nyanyian bersama Datuk Siti Nurhaliza.


Konsert Linkin Park Di Kuala Lumpur Ogos Depan


Amerika, Malaysia, Artis Amerika, Hiburan, Selebriti, Band, Konsert, Linkin Park, Di, Kuala Lumpur, Ogos, Depan
Linkin Park


Published: Khamis Jun 13, 2013 MYT 4:50:00 PM
Updated: Khamis Jun 13, 2013 MYT 5:03:13 PM

PETALING JAYA: Bintang rock dari Amerika Syarikat, Linkin Park dijadualkan akan mengadakan persembahan mereka di ibu negara pertengahan Ogos depan.

Seperti dilaporkan portal redcarpet.net, syarikat pengurusan acara iaitu The Wonderland dan Sevent Media dikatakan bertanggungjawab untuk menguruskan kumpulan berkenaan.

“Buat masa ini segala butiran lengkap mengenai konsert berkenaan tidak dapat didedahkan buat sementara waktu sehinggalah pihak berkenaan mendapat satu keputusan muktamad mengenai penjualan tiket dan sebagainya.

“Satu pengumuman berhubung konsert itu akan dilakukan tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

Kumpulan yang aktif sejak tahun 1996 itu mencatat kejayaan luar biasa apabila alum mereka berjudul Hybrid Theory terjual melebihi 10 juta unit pada tahun 2000 diikuti dengan Meteora yang terjual empat juta unit.

Linkin Park dianggotai oleh Chester Bennington, Rob Bourdon, Brad Delson, Dave Farrell, Joe Hahn dan Mike Shinoda.


Lakonan Bukan Lagi Keutamaan Deanna Yusoff


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Lakonan, Bukan, Lagi, Keutamaan, Dieanna Yusoff
Deanna Yusoff. Foto RICKY LAI


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

KUALA LUMPUR: Pelakon Deanna Yusoff nafi kecewa dengan industri seni tempatan sehingga membuatkan dia menyepikan diri daripada sebarang kerja lakonan sejak menjayakan filem Chermin pada tahun 2007.

Deanna, 46, berkata, dia tidak pernah berasa kecewa mahupun serik dengan bidang yang diminatinya itu, namun karier lakonan kini bukan lagi menjadi keutamaannya.

"Saya tak boleh nak cakap kecewa dengan industri kita cuma ia tidak lagi menjadi keutamaan selepas 20 tahun berada dalam dunia seni.

"Kalau boleh saya tak mahu bekerja keras seperti dahulu mengambil apa sahaja tawaran lakonan yang diterima. Cara itu sudah tidak seronok lagi bagi usia saya yang semakin meningkat ini.

"Dengan suasana kerja yang begitu mendesak, lebih baik saya memilih kerja yang sesuai dengan keadaan saya sekarang," katanya.

Tambah Deanna, dia juga kini sibuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif, Artisanal Asia Sdn. Bhd., iaitu syarikat pengedar eksklusif bagi jenama coklat dari Switzerland, GrandJean Freres.

Bagaimanapun pelakon kacukan Melayu-Swizerland ini akan menerima tawaran berlakon sekiranya watak yang ditawarkan menepati cita rasanya.

Terbaharu, Deanna bakal beraksi menerusi filem CEO terbitan ARAfilm bersama-sama dengan pelakon Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Christina Suzanne.

"Alhamdulillah, selepas meneliti skrip di mana saya perlu menggalas tanggungjawab sebagai peguam yang cuba memanipulasikan orang.

"Agak menarik penceritaannya dan saya percaya filem ini akan memberi kelainan buat para penonton," ujarnya.

CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) mengisahkan tentang dua lelaki yang berlainan darjat iaitu Adam (Remy) sebagai CEO dalam sebuah syarikat besar yang berjaya dan Sufian (Beto) seorang penghantar piza yang tiada cita-cita.

Bagaimanapun, kerana satu insiden, kehidupan kedua-dua lelaki itu berubah di mana Adam telah kehilangan jawatannya manakala Sufian pula mengambil alih tempat Adam.

Keliru dengan perubahan diri masing-masing, Adam dan Sufian mula menyiasat punca-punca keadaan mereka berubah.

Dalam perkembangan lain, Deanna memberitahu, sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian dan serta sebagai pengacara majlis.

Najwa Latif Terharu 'Sahabat' Dinyanyikan Pelajar AS


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Najwa Latif, Terharu, 'Sahabat', Dinyanyikan, Oleh, Pelajar, AS, CHS Chorus
Najwa Latif


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan lagunya berjudul Sahabat dalam Bahasa Malaysia.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter.

"Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube.

"Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya.

"Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Najwa Latif, Terharu, 'Sahabat', Dinyanyikan, Oleh, Pelajar, AS, CHS Chorus
Nyanyian lagu 'Sahabat' oleh pelajar-pelajar muzik di Amerika Syarikat telah dimuat naik di 'YouTube'.

Sebuah video menerusi laman YouTube yang memaparkan sekumpulan pelajar muzik di Amerika Syarikat menyanyikan lagu Sahabat telah dimuat naik baru-baru ini.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata.

Tambah Najwa, dia menyifatkan lagu itu mempunyai kelebihan sendiri mungkin kerana ia mudah diterima ramai di samping mempunyai mesej berguna kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Beritahu Najwa, keadaan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam mencipta pelbagai lagu pada masa hadapan.

“Jujur dikatakan saya sendiri tidak terfikir bahawa ada pihak di negara luar yang mahu membawakan lagu Sahabat.

"Namun, apabila melihat video tersebut membuatkan saya yakin untuk memperkenalkan muzik saya di Eropah. Mana tahu, kalau diberi peluang, apa salahnya, " tutur Najwa.

Dalam perkembangan lain, Najwa baru sahaja melancarkan single lagu terbaharunya berjudul I Love You.

Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan.


Shah Iskandar, Nad Zainal Tiada Hubungan Istimewa


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Shah Iskandar, Nad Zainal, Tiada, Hubungan, Istimewa, Shah Iskandar Mahfuz,
Shah Iskandar


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar menganggap hubungannya dengan pelakon Nad Zainal hanya sekadar rakan artis semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Malah Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz,31, berkata, dia turut mengenali teman lelaki kepada wanita itu.

"Saya tidak ada pun nombor telefon Nad dan kami hanya berkomunikasi melalui laman sosial Twitter dan WeChat sahaja.

"Lagi pula saya kenal teman lelaki dia kerana Nad pernah membawanya ke lokasi dan lelaki itu seorang yang baik dan agak pendiam," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Shah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapatnya dengan wanita itu.

Pelakon berasal dari Singapura yang pernah dikaitkan dengan pelakon Rozita Che Wan itu tidak mahu gosip tersebut menjadikan hubungan Nad dan kekasihnya mengalami masalah.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Shah Iskandar, Nad Zainal, Tiada, Hubungan, Istimewa, Shah Iskandar Mahfuz,
Nad Zainal


"Cukuplah cerita dahulu, saya tidak mahu ada masalah dengan teman lelaki dia, nanti tidak pasal-pasal kami bermasam muka pula," katanya.

Ujar Shah, dia dan Nad mula mengenali ketika bekerjasama dalam sebuah drama bersiri Seindah Sabar yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi.

"Saya dan Nad bergandingan dalam drama bersiri itu dan saya anggap dia seorang pelakon yang berbakat besar.

"Dia ada asas dan belajar dalam bidang ini di Aswara dan berlakon dengan dia memang tiada masalah," katanya.

Bercerita tentang kerjaya lakonan yang semakin menyinar, Shah berkata, dia tidak terlalu memilih daripada segi pemilihan watak.

"Saya tidak kisah apa pun watak tapi kalau boleh ia pelbagai dan tidak hanya satu karakter sahaja.

"Biarpun bukan pelakon utama namun saya lebih suka jika diberi peluang watak-watak berbeza," katanya yang bakal membawakan watak lelaki lembut dalam drama Merah Bukan Jambuterbitan RTM.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya di Singapura, Shah mengakui dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan dan pengacaraan daripada produksi dan stesen televisyen negara itu.

"Sehingga kini masih ada lagi tawaran untuk jadi pengacara dan berlakon di sana, tapi agak susah untuk ulang alik kerana saya sudah menetap di sini.

"Lagi pun saya nekad untuk membina kerjaya di negara ini," katanya.

iskandarX: Betul nie takder apa-apa hubungan istimewa? Karang is dah try karang jangan menyesal hahahahahaa.

Remy Ishak Enggan Tiru Rakan Artis Buka Perniagaan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Remy Ishak, Enggan, Tiru, Rakan, Artis, Buka, Perniagaan
Remy Ishak


Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Langkah artis-artis tempatan yang giat membuka perniagaan sebagai aset untuk masa depan tidak mendorong pelakon Remy Ishak untuk mengikut jejak itu.

Sebaliknya Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 31, berkata, dia yakin karier lakonan yang dipilihnya mampu menjana pendapatan untuk masa depannya.

"Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tetapi saya lebih percaya kerja lakonan adalah rezeki saya dan Insya-Allah ia boleh menjana pendapatan untuk kehidupan saya.

"Jika individu itu telah meletakkan tempoh masa selama lima tahun sahaja mahu berada dalam industri ini, maka lima tahun sahajalah dia berada di bidang ini.

"Walaupun ada yang kurang yakin dengan kerja seni yang mereka buat, tetapi saya pula percaya, selagi ada hayat, saya akan jadikan kerja lakonan sebagai punca pendapatan untuk periuk nasi saya," katanya.

Tambah Remy, dia juga mahu namanya pada satu hari nanti akan menjadi legenda seperti Seniman Tan Sri P.Ramlee di mana masyarakat tetap akan mengingatinya selepas meninggal dunia.

Dalam pada itu, Remy berkata, teman-teman artis juga sering menasihatinya agar melakukan apa-apa perniagaan yang bersesuaian sebagai persiapan seandainya dia tidak lagi popular suatu hari nanti.

"Seperti yang saya katakan, selagi kita ada fokus dan hala tuju dalam satu-satu perkara yang dilakukan, Insya-Allah kita akan menuju ke landasan yang betul.

"Apabila ada misi, barulah kita boleh berjaya. Ramai juga yang menasihatkan saya untuk buka perniagaan. Tetapi apabila difikirkan ada baik dan buruknya, biarlah usaha saya hanya fokus dalam bidang ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Remy kini sibuk dengan penggambaran drama berjudul Ku Cinta Kau Seorang bagi slot Lestari di TV3 selain akan memulakan penggambaran filem CEO terbitan ARAfilm pada 15 Jun ini.

Cut Tari Muncul Selepas Kontroversi


Indonesia, Hiburan, Jakarta, Artis Indonesia, Selebriti, Pengacara, Cut Tari, Muncul, Selepas, Kontroversi, Video, Porno, Lucah, Peterpan, Ariel


JAKARTA: Pengacara Cut Tari yang terlibat dengan kes video porno bersama vokalis kumpulan Peterpan iaitu Ariel, tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Dia yang baru kembali ke industri hiburan Indonesia ingin terus aktif seperti sebelum ini.

"Apa juga yang sudah terjadi dahulu saya sudah lupakan dan saya akan terus pandang ke hadapan," katanya seperti dipetik detik.com.

Biarpun tidak mempunyai sebarang masalah untuk kembali dalam dunia hiburan, namun Cut menganggap dia perlu banyak belajar.

Beliau tetap optimis untuk berjaya dalam industri hiburan biarpun lama menyepi.

Kanye West Tertekan Dengan Populariti


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Hollywood, Kanye West, Tertekan, Dengan, populariti


SEJAK akhir-akhir ini, Kanye West dilihat seperti tertekan setiap kali keluar ke mana sahaja sedangkan dia sepatutnya gembira menantikan detik bahagia kerana bakal menimang anak tidak lama lagi.

Malah penyanyi itu baru sahaja meraikan hari lahirnya yang ke 36.

Menurut laporan Dailymail, Kanye tertekan dengan publisiti yang diterimanya sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Kim Kardashian setahun lalu.

"Walaupun dia seorang penyanyi terkenal, kehidupan peribadi Kanye jarang dipaparkan media. Hanya karya muziknya yang diberitakan.

"Lain pula sekarang ini, ke mana-mana sahaja dia pergi, tingkah lakunya menjadi berita umum hampir setiap hari dan dia tidak menyukainya," kata sumber.

Kerana populariti yang diterima itu, Kanye kurang bermesra dengan pihak media gara-gara rimas dengan gangguan paparazi yang terpaksa dihadapinya setiap hari.

Daphne Iking jadi polis


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Sindiket, Arahan, Ahmad Idham, Sabah, Daphne Iking, Jadi, Polis
Daphne Iking


NINA FARZUIN MD SHAROM
13 Jun 2013

SUDAH lama tidak beraksi menerusi lakonan layar perak, pengacara, Daphne Iking bakal tampil dengan filem terbarunya tidak lama lagi berjudul Sindiket yang baru sahaja memulakan penggambaran di Sabah.

Menurut Daphne, ini adalah kali pertama dia bekerja di bawah pengarah berbakat, Bade Azmi dan juga bergandingan dengan hero filem tersebut, Sharnaaz Ahmad.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Sindiket, Arahan, Ahmad Idham, Sabah, Daphne Iking, Jadi, Polis
Majlis pelancaran filem Sindiket


"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai seorang polis bernama Sabrina.

"Saya memang teruja memandangkan karakter yang saya bawa berlainan daripada lakonan saya sebelum ini. Tambahan pula saya menggunakan dialek orang Sabah, yang mana saya memang cukup selesa lakukannya.

Mengulas lanjut mengenai karakternya, Daphne memberitahu, ia juga merupakan kali pertama dia terlibat dalam lakonan filem aksi.

"Mujur ayah saya merupakan seorang bekas anggota polis. Untuk jayakan karakter ini saya ambil inspirasi daripada ayah saya sendiri. Ini sudah cukup membantu saya.

"Filem kali ini bagi saya, memang mencabar dan sebagai seorang pelakon, saya akan cuba lakukan yang terbaik dan mengharapkan peminat akan berpuas hati dengan hasilnya nanti," jelasnya.

Amal diet ketat?

Melihat keadaan beberapa teman dan ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik, sudah cukup memberi kesedaran buat Daphne untuk tidak mengabaikan kesihatan dirinya.

"Sebenarnya, sejak tahun lalu lagi saya telah amalkan diet di mana saya tidak mengambil pemakanan yang bergula tapi setakat ini ianya belum konsisten. Memang orang nampak saya kurus, tapi sebenarnya tidak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Sindiket, baru-baru ini.

Menurutnya, selain mengamalkan pengambilan makanan yang tidak bergula, dia juga sering melakukan pelbagai aktiviti sihat supaya dietnya seimbang.

"Dari segi pemakanan pula, ada kawan yang beri cadangan supaya mengambil beras perang tapi masalahnya tekak saya tidak berselera dengan rasanya.

"Bagi saya, untuk menjaga kesihatan ia bukan hanya dari segi pemakanan, namun ia juga memerlukan aktiviti senaman. Kalau ada masa lapang saya akan buat yoga," katanya.

Tunjuk mewah, punca artis kena samun?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly


NOR RAIDAH AWANG
13 Jun 2013

KES artis kena samun bukanlah perkara baru yang berlaku di negara ini.

Selain bintang terkenal, Nasha Aziz yang kerugian hampir RM40,000 apabila disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat tidak lama dahulu, beberapa artis lain seperti Mizz Nina dan ND Lala turut mengalami nasib yang sama ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing.

Malah juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi atau Asmawi Ani turut kerugian RM10,000 apabila banglonya yang terletak di Bangi dimasuki perompak.  

Kes jenayah seperti ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak, termasuklah golongan selebriti.

Kehidupan mereka yang mewah membuatkan mereka mudah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagi mengelak kes ini berulang lagi, maka mereka harus sentiasa berwaspada!

Pandangan artis mengenai isu ini




Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly
AWIE

Kejadian samun boleh berlaku di mana-mana. Dalam perkara ini banyak yang perlu kita titik beratkan. Harus lebih berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa. Sebagai artis, jangan terlalu  menunjuk-nunjuk dengan
kemewahan yang ada kerana ia akan mendorong berlakunya jenayah seperti ini. Selain itu, lengkapkanlah diri dengan ilmu mempertahankan diri seperti silat atau sebagainya."  - Awie


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly
Sharifah Shahira


Saya pernah mengalami kejadian sebegini pada tahun lalu apabila rumah saya dipecah masuk dan mengalami kerugianhampir RM2,000. Kejadian ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara. Saya akui, walaupun kita terlalu berhati-hati tapi ia tetap berlaku. Nasihat saya, kalau boleh sediakan alatan untuk keselamatan diri kerana kejadian sebegini boleh berlaku di mana sahaja."  - Sharifah Shahira


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly
Nash

Kita sebenarnya tidak dapat mengelakkan kes jenayah sebegini kerana ia sering berlaku di mana-mana. Paling ketara bagi mereka yang baru membuat pengeluaran wang yang banyak dari bank. Faktor itu membuatkan mereka
mudah menjadi mangsa. Bagi kes sebegini, mereka harus ada peneman atau bodyguard bagi  mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Dan jangan pandang mudah terhadap kes sebegini.” - Nash


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly
Fouziah Gous

Saya pernah mengalami kejadian kena samun, ketika berjalan seorang diri tiba-tiba dua lelaki yang menaiki motosikal cuba menarik beg tangan saya. Namun Alhamdulillah ketika itu mereka tidak sempat mengambil beg tersebut kerana saya cepat-cepat duduk ketika kejadian berlaku. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, jangan mudah panik. Kalau boleh elakkan jalan seorang diri di waktu malam kerana ketika itulah jenayah sering menghampiri
kita. Saya juga berharap pihak berkuasa beri kelonggaran untuk artis menggunakan cermin gelap pada kenderaan atas faktor keselamatan."  - Fouziah Gous


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly
Ako Mustapa 

Bagi mengelakkan kes  pecah kenderaan dan samun, jangan simpan barangan berharga dalam kenderaan kerana ia merupakan antara penyebab yang mengundangnya kes sebegini berlaku. Artis juga jangan terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan yang mereka ada. Selain itu, cuba elakkan keluar seorang diri pada waktu malam terutamanya wanita." - Ako Mustapa 


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Tunjuk, Mewah, Punca, Artis, Kena, Samun, Awie, Sharifah Shahira, Nash, Fouziah Gous, Ako Mustapa, Iqram Dinzly
Iqram Dinzly

Saya bersyukur kerana tidak pernah berdepan kes sebegini. Biasanya, sebelum keluar rumah saya banyakkan berdoa dan bertawakal kepada ALLAH supaya sentiasa melindungi saya daripada sebarang kecelakaan yang tidak diingini. Selain itu, kita juga harus sentiasa berwaspada. Saya juga menyokong cadangan cermin gelap pada kenderaan bagi keselamatan artis." - Iqram Dinzly

Scha cabar diri!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Scha, Scha Al Yahya, Cabar, Diri
Scha Al-Yahya


NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
FOTO : SAFWAN MANSOR & KMK
13 Jun 2013

PELAKON dan juga pengacara, Scha Al-Yahya mengakui mencabar dirinya sendiri untuk mengacarakan majlis anugerah berprestij, Anugerah Blockbuster 2, yang akan diadakan di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, 15 Jun ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Scha, Scha Al Yahya, Cabar, Diri
Scha menerima sebuah vespa daripada suami tercinta, Awal Ashaari sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini


Menurut Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, dia juga akhirnya mengalah dan menerima tawaran dari Astro setelah beberapa kali menolak untuk mengacarakan majlis berskala besar.

“Sebelum ini, Astro memang ada tawarkan saya untuk mengacara majlis anugerah seperti ini, tetapi saya tolak kerana merasakan belum bersedia untuk mengacarakan program berskala besar.

“Tetapi seorang individu yang rapat dengan saya pernah berkata, selagi saya tidak mencuba, bagaimana saya tahu perkara itu susah atau senang. Jadi akhirnya saya cabar diri untuk mengacarakan Anugerah Blockbuster 2 ini dan harapnya segalanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Blockbuster 2, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai gandingannya bersama Datuk AC Mizal, Scha berkata, biarpun gementar, namun dia bertuah kerana pernah bekerja dengan AC sebelum ini.

“Tidak susah bekerja bersama beliau dan dia juga ada berkata akan berbincang mengenai cara pengacaraan kami nanti.

“Bagusnya AC kerana walaupun dia berlawak, tapi dia masih ada input-input yang diberikan kepada penonton. Bagaimanapun rasa gementar masih ada sebab ini adalah program terbesar saya,” katanya.

Scha berkata, biarpun dia pernah mengacarakan program Sehati Berdansa sebelum ini, namun masih banyak persediaan persediaan yang perlu dilakukan.

“Saya akui masih lemah dan banyak lagi ilmu pengacaraan yang perlu saya pelajari. Dari segi teknik pernafasan dan ada ketika saya 'blank', tiba-tiba tak tahu nak cakap apa. Frasa kata saya dalam Bahasa Melayu pun masih
tak banyak lagi. Mengacara ni sebenarnya kena petah bercakap.

“Masa mengacara Muzik-Muzik dengan AG, dia banyak juga bantu saya. Awal pun ada bagi nasihat dan tip pada saya,” katanya.

Jadi artis berdisiplin

Berkongsi mengenai sikapnya dalam bekerja, Scha berkata, dia melatih dirinya agar sentiasa berdisiplin dalam setiap kerja yang dilakukan supaya prestasi kerjanya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Malah, Scha turut menyifatkan individu yang mempunyai disiplin kerja yang baik mampu memberikan kejayaan tidak kiralah apa sahaja bidang yang diceburi.

“Sejak mula-mula berkecimpung dalam bidang seni lagi saya sudah melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin.

“Ada kalanya, saya terlewat juga ke set, tapi kita ambil hati pengarah dan pastikan kita hafal skrip dan sentiasa beri yang terbaik dalam lakonan,” jelasnya.

Berkongsi perkembangan terkininya, Scha berkata, dia baru saja selesai menjalani penggambaran Bila Hati Perempuan Menjerit. Drama 24 episod itu turut dibarisi seperti pelakon Kamal Adli dan Noorkhiriah itu akan disiarkan di Astro Prima.

Scha juga bakal menjalani penggambaran telemovie berjudul Baran.

Hadiah vespa

Dalam pada itu, Scha sempat berkongsi kegembiraannya apabila menerima sebuah vespa daripada suami tercinta, Awal Ashaari sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Scha berkata, dia tidak sangka Awal masih mengingati permintaannya itu, kerana ia dibuat sebelum mereka berkahwin.

“Saya pernah cakap dengan dia yang saya teringin nak vespa setelah berlakon dalam sebuah drama. Tapi dah lama saya cakap dengan dia, setahun setengah lalu. Tak sangka pula yang dia masih ingat.

“Saya memang ada lesen, B2. Bila dah ada vespa senanglah untuk berulang-alik, nak hantar barang ke butik. Malah kadang-kadang saya yang bawa dia. Dia pun pandai bawa motor cuma dia memang lagi suka kalau saya yang bawa dia,” katanya yang turut menerima sebiji kek yang turut diubah suai mengikut permintaannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan