Cari Artikel

Wednesday, June 12, 2013

Yuna Dilantik Duta Saluran TV Amerika Syarikat, Lifetime


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Yuna, Dilantik, Duta, Saluran, TV, Amerika Syarikat, Lifetime


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
Instagram:Stailista

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Penyanyi popular tempatan yang mencipta nama di luar negara , Yuna telah dilantik sebagai duta bagi memperkenalkan saluran TV utama wanita di Amerika Syarikat (AS), Lifetime (Astro saluran 709) yang buat pertama kalinya diperkenalkan di negara ini bermula Jumaat ini.

Majlis pelancaran Lifetime iaitu sebuah saluran yang hanya menyiarkan pelbagai program TV asli lagi terbaik di AS itu telah diadakan di Bangsar Village, di sini semalam.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi AETN All Asia Network, Hazel Yap berkata perlantikan Yuna itu hanya bagi menjayakan kempen pemasaran dan penjenamaan saluran berkenaan di peringkat Malaysia.

"Perlantikan Yuna hanya sebagai menunjukan kepada penonton kami erti sebenar Lifetime dalam kehidupan mereka. Dari situ Yuna berkongsi pandangan dan pendapat sepanjang kempen pemasaran serta penjenamaan saluran ini diadakan.

"Bukan sahaja Yuna malah terdapat beberapa nama penting lain lagi yang menyokong kempen Lifetime di Malaysia. Begitu juga di Singapura, kami ada barisan individu popular yang menyokong kempen ini," katanya kepada portal murai.com.my.

Majlis siding media dan pelancaran saluran Lifetime telah diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Kanan, Program dan Pemasaran Asia Pasifik A+E Networks, Michele Schofield dan tidak ketinggalan Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro, Agnes Rozario.

Pada majlis berkenaan, turut ditayangkan rakaman video Yuna yang berceritakan pendapatnya tentang pengisian kehidupan sebenar atau life time dalam inteprestasinya sendiri.

Sesuai dengan tema serta konsep saluran TV Lifetime yang memfokuskan program dari pelbagai aspek gaya hidup, maka beberapa indivudu yang mempunyai kekuatan dalam bidang masing-masing dilantik bagi menjayakan kempen berkenaan.

Mereka adalaha selebriti chef terbaik tempatan, Chef Kamarul; usahawan dan pengasas Nuffnag iaitu rangkaian blogging terbesar negara, Timothy Tiah dan juga pekerja sosial yang juga bekas finalis Miss Malaysia World, N Jecyrina.

Hazel berkata, kesemua individu berkenaan termasuk Yuna akan terlibat dalam memperkenalkan Lifetime menerusi laman facebook khas iaitu Lifetime Malaysia Facebook Page dan tidak ketinggalan aplikasi istimewa One Lifetime.

"Laman Facebook ini ditujukan khas untuk rakyat negara ini yang di dalamnya terkandung pelbagai informasi serta aktiviti saluran Lifietime dan istimewanya kerana ianya dalam Bahasa Malaysia.

"Sementara Yuna akan berkongsi foto-foto menariknya di aplikasi One Lifetime danh dalam masa yang sama terbuka kepada orang ramai untuk melakukan perkara sama bagi memenangi hadiah menarik,"jelasnya panjang lebar.

Sempena pelancaran saluran berkenaan pada 14 Jun ini, pelbagai program menarik telah disusun antaranya filem terhebat lakonan Lindsay Lohan dan Grant Bowler, Liz & Dick serta Ring of Fire yang dibintangi penyanyi /penulis lagu popular AS, Jewel.

Drama diminati ramai The Client List yang dibintangi Jennifer Love Hewitt turut ditayangkan, selain siaran perdama siri pertandingan masakan popular MasterChef Australia musim ke-4 dan tidak ketinggalan rancangan francais popular di AS, Dance Moms.

Dato` AC Mizal Labur Juta-Juta Beli Ruang Iklan Di AirAsia


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Dato' AC Mizal, Labur, Juta-Juta, Beli, Ruang, Iklan, Di, ArAsia


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Penyanyi dan pengacara, Dato' AC Mizal akui telah melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membeli ruang iklan di syarikat penerbangan terkenal, AirAsia bagi mengiklankan nama laman sosial miliknya iaitu Mface.

AC Mizal berkata, pihaknya telah membeli ruang iklan Mface di syarikat penerbangan AirAsia itu selama setahun dengan memuatkan logo besar milik laman sosial tersebut.

"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai," katanya kepada murai.com.my

Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran mengumumkan kerjasama yang =terjalin di antara syarikat laman sosial milik Dato` AC Mizal, Mface bersama syarikat penerbangan terkenal, AirAsia.

Menurut AC Mizal lagi, pelaburan yang dilakuan ini diharap dapat membuktikan kepada orang luar terutama rakyat Malaysia bertapa seriusnya dalam bidang perniagaan terutama perniagaan laman sosial tersebut.

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," jelasnya lagi.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.

iskandarX: Haaa inilah berkat dengan ketekunan Dato' selama ini menjual gelang dengan gigihnya. Tengok skang nie, gelaran Dato' dapat, jutawan dapat, kapal terbang lagi.. perrrghhh rugi laa saper yang tolak Dto' sebelum nie kan Dato' kan?

Awie: Saya bukan bengis


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Awie, Saya, Bukan, Bengis


MELIHAT dari segi penampilan dan imejnya, mungkin ramai yang beranggapan, penyanyi rock terkenal, Awie, seorang yang garang.

Namun, vokalis kumpulan Wings ini mengakui mungkin ia adalah tanggapan awal sebelum mengenali dirinya yang lebih suka berjenaka.

Mula membuat penghijrahan dari segi pengambilan watak menerusi filem komedi pertama, Baik Punya Cilok, kebolehan Awie dalam filem genre komedi semakin mendapat perhatian.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, individu yang berjaya mencungkil kebolehan berjenakanya ialah, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki dan Mamat Khalid.

"Saya sendiri tak tahu yang saya ni boleh berlakon watak komedi. Tapi, saya memang suka bergurau dengan kawan-kawan. Ramai yang menyangka saya ni bengis dan garang, tapi sebenarnya tidak pun. Kawan-kawan saya tahu perangai saya.

"Namun, bergurau dengan kawan-kawan tak sama dalam filem. Untuk membawakan watak-watak komedi juga bukanlah perkara senang kerana bukan mudah nak buat orang ketawa," katanya yang menampilkan lakonan berkesan menerusi filem, Zombie Kampung Pisang, Cuci, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.

Jika suatu ketika dahulu, Awie lebih sinonim dengan watak serius menerusi filem Sembilu, Tragedi Oktober dan Maria Mariana II.

Menurut Awie, watak serius lebih mudah dilakonkan berbanding watak komedi yang memerlukan mimik muka dan gerakan.

"Saya bukan berubah angin, namun sekadar mencuba pelbagaikan watak. Begitu juga dalam persembahan nyanyian, saya akan selitkan elemen-elemen komedi untuk berdialog dengan penonton agar mereka tidak bosan.

"Saya mahu digelar penghibur dan boleh menghiburkan penonton dalam setiap penampilan saya." katanya ketika ditemui di rakaman program kendaliannya, Tunggu Sekejap, baru-baru ini.

Manuel kebanggaan Once


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Manuel, Kebanggaan, Once


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
12 Jun 2013

BARU berusia enam tahun, anak lelaki penyanyi terkenal Indonesia, Once Mekel, Manuel Mikael sudah mula menunjukkan bakatnya dalam bidang yang diceburi ayahnya.

Meskipun baru belajar piano selama enam bulan, permata hati Once dan Rietma Dhanty Angelica Immaculata Tauchid ini sudah berkebolehan membawa lagu-lagu Queen.

Once memberitahu, pada waktu lapang, Manuel dan dirinya menghabiskan masa dengan bermain piano dan drum.

"Manuel belajar main piano dan drum. Saya suka main drum sambil nyanyi dan dia akan main paino. Setakat ini, dia sudah boleh memainkan 12 lagu.

"Malah, dia sudah boleh memainkan lagu Queen. Kord lagu Queen susah. Saya pun boleh memainkan lagu itu masa belajar sekolah menengah," katanya yang begitu teruja ketika berkongsi tentang kebolehan si kecil ketika ditemui baru-baru ini.

Once juga memberitahu, Manuel sering menjadi pengkritik nyanyian sesiapa sahaja termasuk dirinya.

"Dia juga boleh mengkritik kalau ada kesilapan dalam nyanyian. Dia juga sering mengkritik nyanyian saya.

"Kalau nyanyi silap kena hati-hati sebab kalau nyanyi tak sedap mesti dia kritik," katanya.

Tidak menggalakkan anaknya menjadi pemuzik, Once memberi kebebasan kepada anaknya untuk memilih.

"Boleh juga kalau dia nak aktif dalam muzik tapi dia bebas memilih yang lain sebenarnya. Saya mendorong dia menjadi jurutera atau angkasawan.

"Saya bimbang dia tak mahu belajar Matematik. Kalau saya mendorong dia menjadi pemuzik, pasti keputusan Matematik dia teruk," katanya sambil berseloroh.

Bercakap tentang perjalanan kerjaya solonya yang sudah masuk tahun ketiga, Once akui sedang menikmati keadaan itu.

"Saya sedang menikmatinya (bergerak solo)...dan bermain muzik bersama kawan-kawan, Wawan dan Popo. Saya sangat ‘enjoy’ membuat muzik bersama mereka. Boleh dikatakan band tapi band apa ya? Kami tak ada nama, hanya projek saya saja," katanya.

Menurut Once, keadaan kini lebih mudah baginya kerana ia berkaitan dengan pembahagian masa.

"Lebih mudah bergerak solo kerana saya lebih mudah membahagi masa. Dalam band banyak ‘kepala’ jadi, perlu susun masa dan juga selera.

"Dalam Dewa, terlalu ramai yang hebat berkarya. Saya juga mahu mencipta karya sendiri, jadi, saya keluar dari Dewa," katanya yang mula bergerak solo pada tahun 2011.

Baru-baru ini, Once melancarkan album solonya yang pertama berjudul 'Once' yang mengandungi 10 buah lagu termasuk single hit seperti Hati Naluri, I Still Love You dan Dealova.

Enam daripada 10 lagu itu adalah hasil ciptaan Once.

Once juga menyimpan hasrat untuk berduet dengan artis tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Too Phat.

Aaron Aziz hampir pengsan!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Aaron Aziz, Hampir, Pengsan, Lari Amal Aaron Aziz ERA< Malaysia AIDS Council


NOR RAIDAH AWANG 
& FOTO:SAFWAN MANSOR
12 Jun 2013

SIAPA yang tidak kenal dengan aktor popular, Aaron Aziz, yang semakin rancak mencipta nama dalam industri perfileman tempatan?

Walaupun kini sibuk dengan jadual seninya, namun aktor kacak ini masih sempat meluangkan masa untuk program amal, 'LariAmalAaronERA bagi membantu Malaysian AIDS Council dalam mengumpul dana.

Acara yang turut mendapat sokongan radio Era, itu juga turut direalisasikan sempena mempromosikan filem terbaru Aaron iaitu, Lari, arahan Ahmad Idham, yang kini rancak ditayangkan di pawagam     

Bertempat di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit  Jalil, Aaron, yang juga selaku duta selebriti sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia, memulakan larian amal itu seawal jam 7.30 pagi.  

Berjaya menyempurnakan lima pusingan larian di stadium itu,  aktor kesayangan ramai ini bagaimanapun hampir pengsan demi menjayakan program itu. 

"Saya akui memang tidak berminat dengan sukan larian. Kali terakhir saya sertai larian ketika di bangku sekolah. Namun ia membuatkan saya rasa sangat letih dan sejak itu saya tidak minat untuk mengikuti sukan larian lagi.

"Tapi kali ini saya menyahut cabaran untuk berlari sebanyak lima pusing di Kompleks Sukan Bukit  Jalil. Walaupun pada pusingan kedua saya rasa nak pengsan, namun saya kuatkan semangat untuk sempurnakan program ini," kata pelakon Ombak Rindu ini. 

Sumbangan minimum RM1.00

Turut dipancarkan secara langsung di radio Era, dana yang diperoleh dari larian amal itu akan disumbangkan menerusi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia.

“Bagi saya setiap jumlah wang yang disumbangkan merupakan langkah yang baik secara tidak langsung dapat menyelamatkan nyawa serta mengubah nasib mereka

"Hari ini kita dapat lihat wanita, remaja serta kanak-kanak terpinggir terpaksa melalui pengalaman hidup yang terlalu getir sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS, sekurang-kurangnya sumbangan sebegini dapat membantu memberi kehidupan baru buat mereka," kata Aaron. 

Sumbangan boleh dilakukan dengan seminimum RM1.00. Sementara bagi mereka yang memberi sumbangan sebanyak RM50.00 berhak mendapatkan rebet cukai pendapatan.

Dalam pada itu, Aaron memberitahu dia akan sentiasa membawa tabung sumbangan dana Yayasan AIDS Malaysia ke mana sahaja majlis yang melibatkan dirinya.

"Saya akan membawa tabung sumbangan ini kesemua majlis bagi mengumpul dana sebanyak yang mungkin,

"Saya tidak mengenakan sebarang sasaran untuk mengumpul dana tersebut, bila tabung berkenaan penuh saya akan menyerahkan kepada yayasan berkenaan.

"Saya juga berharap dengan cara ini saya dapat membantu golongan seperti ini, agar dapat memberi kehidupan baru buat mereka," katanya.
Untuk sumbangan juga boleh melalui akaun Yayasan AIDS Malaysia menerusi akaun Maybank- 5141-0542-1257.

Kejutan BMB, Siapa layak ke pusingan akhir?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kejutan, BMB, Siapa, Layak, Ke, Pusingan, Akhir, Bintang Mencari Bintang, Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey
Persembahan Bowl.

NOR ATIEYAH YUSOFF
11 Jun 2013

LIMA peserta yang berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey terselamat apabila  tiada penyingkiran dilakukan pada di saat akhir pengumuman markah, kelmarin.

Hanya markah juara mingguan bagi konsert separuh akhir kedua diumumkan iaitu Bocik sebanyak 68 sementara empat lagi peserta tidak diumumkan. Markah kesemua peserta akan dibawa ke minggu depan untuk memilih mereka benar-benar layak ke pusingan akhir BMB.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kejutan, BMB, Siapa, Layak, Ke, Pusingan, Akhir, Bintang Mencari Bintang, Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey
Persembahan Tapaw.


Afdlin tertekan?

Nampaknya kedua anak didik Afdlin Shauki iaitu Bocik dan Bowl berterusan memberikan persembahan yang menarik dan kreatif sehingga dipuji juri profesional iaitu Fauziah Ahmad Daud dan AR Badul.

Dalam setiap minggu, Bocik sentiasa menunjukkan kemajuan dalam sketsa mereka dan tidak pernah menghampakan penyokong dengan lawak yang menghiburkan. Bagi AR Badul, kumpulan Bocik ada pakej tersendiri yang mampu melayakkan mereka melangkah ke peringkat akhir nanti.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kejutan, BMB, Siapa, Layak, Ke, Pusingan, Akhir, Bintang Mencari Bintang, Titan, Bocik, Bowl, Tapaw dan Achey
Persembahan Titan.


“Kalau ada sesiapa yang mengatakan Bocik tidak layak ke final, maka orang tersebut gila. Mereka ada pakej jadi saya sokong mereka,” katanya.

Fauziah atau Ogy pula berpendapat bahawa persembahan mereka lebih baik dari minggu lepas dan sentiasa menunjukkan peningkatan setiap minggu.

Kumpulan Bowl juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menunjukkan peningkatan yang semakin baik. Dari tangga tercorot, Bowl mampu bertahan hingga ke hari ini.

Sementara Afdlin Shauki, mengakui agak tertekan namun dia menganggapnya sebagai satu cabaran.

Afdlin berkata, perkara paling penting adalah supaya anak didiknya dapat melakukan yang terbaik untuk menarik perharian penonton dan juri.

"Saya mahu mereka buat persembahan lebih lawak setiap minggu. Itu harapan saya. Saya berterima kasih kepada juri yang sering memberi panduan kepada kami.

“Setiap kelemahan dan kekurangan mereka dapat diperbaiki melalui komen dan kritikan daripada juri,” ujarnya.

Achey hilang taring

Jika sebelum ini persembahan Achey antara yang dinantikan dalam BMB, namun sejak akhir-akhir ini lawak anak didik Harun Salim Bachik dikatakan hambar. Mengetengahkan konsep pesakit mental yang lari daripada pusat rawatan ke tempat pembuangan sampah, nyata idea Achey sangat menarik.

Namun, penyampaian Achey agak celaru menyebabkan lawaknya kurang menjadi dan menerima pelbagai kritikan daripada juri. Bagi Ogy, persembahan malam tersebut menonjolkan sisi berbeza Achey dan dia layak bergelar pelakon.

“Saya lihat persembahan malam ini seperti ada sesuatu yang hilang. Saya mahu Achey mencari semula identitinya dan cuba melihat persembahan yang lalu agar dapat meneliti kelemahan yang ada," kata Ogy.

Sementara itu, AR Badul menyifatkan persembahan Achey berlainan daripada minggu lepas dan perbezaan itu sangat ketara.

“Kejayaan Achey sehingga dapat ke pusingan seterusnya adalah usaha sendiri yang tidak pernah berputus asa. Walaupun dia berjaya membuatkan penonton ketawa tetapi masih ada kelemahan yang perlu diteliti,” katanya.

Sementara itu, Harun berkata dia masih berbangga dengan pencapaian Achey pada malam itu walaupun menerima banyak komen pedas daripada juri.

Beri lebih peluang

Menurut Penerbit Eksekutif BMB, Muhamad Sufian Isa berkata, sepatutnya terdapat satu penyingkiran pada minggu ini seperti yang dijadualkan setiap konsert.

“Namun  tiada penyingkiran dibuat pada konsert separuh akhir kedua kerana semua anak didik mempunyai peluang yang sama rata untuk mara ke peringkat separuh akhir ketiga.

“Setelah berbincang dengan pihak juri, kami membuat keputusan untuk mengumpul markah setiap anak didik pada konsert separuh akhir kedua ini dan ketiga.

Katanya, tiga peserta yang berjaya mengumpul markah tertinggi sahaja yang akan layak mara ke peringkat akhir.

Di samping itu, katanya ia juga merupakan peluang buat anak didik untuk menyerlahkan lagi bakat masing-masing dalam mengejar impian mereka.

Peserta akan bersaing selama 4 minggu dalam pusingan pertama mengikut kumpulan masing-masing. Hanya tiga peserta yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan.

Manakala enam peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya kemudian akan berentap di pusingan kedua, separuh akhir dan konsert akhir untuk merangkul gelaran juara serta membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.

Mohon kes khalwat digugurkan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Beego, Linda Hashim, Mohon, Kes, Khalwat, Digugurkan


AKMALIAH RAZAK 
11 Jun 2013

SETELAH dua tahun menghadapi pertuduhan khalwat, Beego, 33, mengharapkan agar kes khalwatnya segera berakhir. 

Memandangkan dia sudah berkahwin, pelakon popular menerusi sitcom Puteri ini turut berharap agar kes tersebut dapat digugurkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Kes ini masih lagi berjalan dan sekarang saya pun sedang cari peguam yang dapat selesaikan kes ini dengan cepat," katanya mengulas perkembangan kes tersebut.

Terdahulu, Beego dan empat lagi rakannya ditahan oleh sekumpulan pegawai penguat kuasa agama di sebuah kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang, pada ada 23 Februari 2011, kira-kira jam 6 pagi.

Bertanyakan sama ada kes ini memberi kesan terhadap kehidupan bersama isterinya, Beego memberitahu, dia sangat bersyukur kerana Linda sangat memahami situasinya.

"Linda sudah hadapi kes ini sebelum kami berkahwin lagi. Saya sangat bertuah kerana dia seorang yang sangat memahami.

"Dia banyak bagi sokongan yang kuat kepada saya untuk terus berdepan dengan proses pengadilan di mahkamah," katanya.

Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, selamat diijabkabulkan dengan aktres, Norhazlinda Hashim, atau lebih dikenali sebagai Linda Hashim dengan sekali lafaz pada jam 9.26 malam, Jumaat lalu.


iskandarX: leave Them Alone Please....

Kesilapan terbesar Enot


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti 2, MSM2, Kesilapan, Terbesar, Enot


AKMALIAH RAZAK
11 Jun 2013

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti 2, MSM2, Kesilapan, Terbesar, Enot


SETELAH beberapa kali terselamat daripada disingkir, perjuangan Enot dalam MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2), berakhir Ahad lalu.

Untuk pusingan penyingkiran di episod ke-30, Enot dan tiga rakannya, Che Ta, Michael Ang serta Celina, dikehendaki menyediakan pemanis mulut atau desert menggunakan bahan herba seperti bunga kantan, serai, daun selasih dan daun limau purut.

Namun, hidangan Tiramisu Serai dan Limau Purut Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 35, gagal memikat hati juri yang juga chef.

Juri mengatakan bahawa hidangan Enot tidak menunjukkan rasa herba dan hasilnya seolah-olah memberi laluan untuk keluar.

Mengakui kesilapannya dalam menyediakan hidangan itu, Enot berkata, dia sepatutnya menggunakan peluang itu dengan menghasilkan pemanis mulut yang lebih dekat dengannya.

"Memang silap saya kerana memilih tiramisu kerana saya tahu, coklat adalah pembunuh utama dalam rasa. Ketika itu, saya terfikir kenapa saya tidak pilih karamel, kek cawan atau puding?

"Itulah kesilapan terbesar saya. Walaupun saya mahir dalam pembuatan dessert, akhirnya saya tewas dalam menghasilkan hidangan tersebut.

"Sebelum ini, saya pernah buat kek cawan menggunakan serai, namun ia tidak memberikan hasil yang menakjubkan. Mungkin dapur MSM 2, bukan rezeki saya," katanya yang memiliki perniagaan kek secara online.

Dituduh 'mengada-ngada'

Tambah Enot, dia merasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang terlalu senang membuat tanggapan buruk mengenainya dalam menyediakan makanan.

"Saya terbaca blog yang mengatakan, saya adalah satu-satunya wanita gemuk yang tak makan itu, tak makan ini. Saya bukan sengaja tak nak makan atau 'mengada-ngada'.

"Memang inilah saya. Saya memang tak makan banyak benda termasuk burung puyuh, durian, daging korban dan benda-benda yang cantik. Sayur pula, saya hanya makan kangkung dan bayam sahaja.

"Salah ke kalau saya tak makan? Memang sejak azali lagi saya tak makan dan jika saya buka restoran, makanan yang tak akan ada di kedai ialah burung puyuh," katanya yang berjaya menyumbangkan RM7,500 kepada
Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Kanak-Kanak.

Ketiadaan Enot menyaksikan tinggal enam peserta yang mara ke cabaran seterusnya iaitu Celina, Syura, Che Ta, Kenchana, Michael Ang dan Syanie.

Sedia kain kafan sendiri


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Artis Veteran, Lagenda, Sedia, Kain, Kafan, Sendiri, Latifah Omar


AKMALIAH RAZAK
11 Jun 2013

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Artis Veteran, Lagenda, Sedia, Kain, Kafan, Sendiri, Latifah Omar


“ALLAHYARHAMAH sudah membuat persediaan untuk 'pergi'. Dia menyediakan sendiri kain kafan dan sejumlah wang agar urusan mengebumikannya dapat dilakukan apabila dia meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Allahyarhamah kepada saya sebelum dia meninggal," ujar pelakon veteran Mariani Ismail, 80, ketika memberikan penghormatan terakhir buat rakan baiknya, Allahyarhamah Latifah Omar,74, yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar, pada jam 11 pagi, semalam.

Baru sahaja dikejutkan dengan berita kehilangan pelawak veteran, S Shamsuddin, pada 4 Jun lalu, kini pemergian seniwati Latifah Omar, atau nama sebenarnya Fatimah Omar, pada jam 6.19 petang, Ahad lalu, pastinya membawa kehilangan yang besar buat industri seni tanah air.

Sebelum ini, pelakon veteran ini dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit kanser usus di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Latifah, yang menghidap kanser usus, menerima rawatan awal di Pusat Perubatan Kampung Baru sebelum dipindahkan ke PPUKM selepas mengadu sakit dan muntah pada pagi Jumaat lalu.

Sementara itu, pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof, memberitahu ketika lawatannya pada Sabtu lalu, arwah sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, arwah yang turut menjalani pembedahan kedua pada 8 Jun lalu di PPUKM koma selepas pembedahan tersebut.

“Saya melawatnya pada jam 6 petang selepas pembedahan. Namun, dia sudah tak sedarkan diri. Pada petang Ahad, saya dimaklumkan beliau sudah tiada.

“Kali terakhir saya menemuinya ketika beliau menghadiri majlis anjuran pengarah veteran, Tan Sri L Krishnan di Kelab Tasik Perdana pada April lalu.

“Ketika itu, memang nampak dia kurang sihat kerana selain uzur, dia juga mengidap penyakit kencing manis,” katanya yang menyifatkan arwah sebagai bintang legenda yang sukar dicari ganti.

Ratu Cantik Singapura

Walaupun pembabitannya dalam industri berakhir pada 1973, menerusi filem Hati Batu, namun namanya bukanlah asing di kalangan masyarakat.

Selain berjaya mempamerkan lakonan berkesan, kejelitaan Latifah sememangnya menjadi igauan ramai sehinggakan beliau pernah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Singapura pada 1953.

Mula menceburi bidang lakonan pada 1954, menerusi filem pertamanya, Panggilan Pulau, beliau sering bergandingan bersama Allahyarham Seniman, Nordin Ahmad, termasuk dalam filem, Lanchang Kuning, Gurindam Jiwa dan Cucu Datuk Merah.

Pada usia 16 tahun, beliau telah diberi peluang berlakon di sisi pelakon hebat termasuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Normadiah, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Yusof Latif, A. Rahim, Saleh Kamil, S Shamsuddin, Siti Tanjung Perak, Omar Rojik, S Kandarisman dan Ibrahim Pendek.

Seterusnya, pada 1959, beliau diberi peranan sebagai Bawang Putih dalam filem, Bawang Putih Bawang Merah.

Sepanjang hayatnya, beliau telah membintangi lebih daripada 20 filem termasuk Merana, Serangan orang Minyak, Selendang Delima, Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Che Mamat Parang Tumpul, Putus Sudah Kasih
Sayang, Gurindam Jiwa, Naga Tasik Chini, Ikan Emas, Wan Perkasa, Cucu Datuk Merah, Laila Majnun, dan Hang Jebat.

Namun, setelah memiliki cahaya mata, beliau memilih bersara terus dari dunia lakonan.

Ketika ditemui Zass pada tahun lalu dalam majlis penyampaian sumbangan kepada artis veteran di ibu kota, Latifah memberitahu hajat sebenarnya hanyalah berehat sementara.

“Saya tidak pernah terlintas suntuk bersara ketika itu. Namun, setelah bertahun-tahun tak berlakon, saya jadi kekok untuk berlakon semula.

“Tidak dinafikan, saya menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama, tapi saya tolak. Saya dah tertutup hati untuk berlakon semula dan lebih selesa berada di rumah, melayan karenah cucu-cucu,” katanya yang kembali berlakon menerusi telefilem, 50/50 arahan Melissa Saila.

Once lancar album solo pertama


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Once, Lancar, Album, Solo, Pertama


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
10 Jun 2013

PENYANYI Indonesia, Once Mekil yang sebelum ini dikenali sebagai vokalis Dewa melancarkan album solo pertamanya di Malaysia, hari ini.

Pada masa sama, Once juga dalam rangka mempromosi single terbarunya, I Still Love You yang turut dimuatkan dalam album berjudul Once itu.

Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Once, Lancar, Album, Solo, Pertama


Meskipun sudah berada di pasaran hujung tahun lalu, Once hanya berkesempatan untuk melancarkannya hari ini.

Penyanyi berusia 43 tahun ini mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkan album solonya ini.

"Memang agak lama masa yang diambil untuk menyiapkan album ini. Mungkin kerana saya kurang berpengalaman dalam penciptaan lagu, jadi, ia mengambil masa sedikit.

"Tapi, untuk album akan datang, mungkin tempohnya akan lebih singkat," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya, hari ini.

Once mencipta enam daripada 10 lagu yang terdapat dalam album ini iaitu, Pasti Untukmu, Mystified, Hidup Ini, Hari Ini Juga, Satu Dari Sejuta dan Missing You.

Once meninggalkan band Dewa pada tahun 2011.

Black terkena buatan orang


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Black, Terkena, Buatan, Orang


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Jun 2013

SHAH ALAM - Penyanyi terkenal, Black Mentor yang selama ini menyimpan kisah peribadi termasuk hal pertunangannya mengakui ikatan yang dijalin hampir terputus kerana buatan orang.

Ujarnya, dugaan itu datang sebulan selepas dia mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang dikenali dengan nama Cira Khairi.  

Ketika itu katanya, perasaan bercampur-baur mula menyelubungi diri masing-masing. Waktu itu, pergaduhan dan pertikaman lidah mudah saja tercetus, walaupun dek kesilapan kecil.

Tidak tahu punca sebenar sehingga berlaku ‘perang besar’, Black bertindak menemui pakar rawatan alternatif.

Dari situ dia menyedari, mereka terkena buatan orang.

“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan? Tetapi saya diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali.

“Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya,” katanya.

Baru-baru ini, Black dan abangnya terlibat dalam satu kemalangan teruk di Behrang, Perak, ketika pulang daripada menjayakan acara di Kulim, Kedah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Mengakui dugaan orang yang bertunang itu amat berat, ditambah pula status dirinya seorang artis, Black bimbang berdepan ujian yang boleh menyebabkan ikatan mereka terlerai.

Ekoran itu jugalah penyanyi kelahiran program realiti ini enggan mendedahkan identiti tunangannya.

Bukan setakat enggan mendedahkan insan tersayang, Black turut merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan 26 Januari lalu.

Katanya, dia akan memanggil satu sidang media nanti untuk mengumumkan tarikh, tema dan lokasi majlis perkahwinannya.

Diana Danielle dijangka bersalin bulan depan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Diana Danielle, Dijangka, Bersalin, Bulan, Depan


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Jun 2013

SETELAH pelbagai spekulasi timbul mengenai isu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan sudah selamat bersalin, pelakon filem Farid Kamil akhirnya tampil dengan menafikan segala dakwaan tersebut.

Dalam sebuah video berdurasi 36 saat di Keek hari ini, Farid Kamil berkata yang Diana Danielle kini sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai akan datang.

“Diana kini sedang menjalani proses matang kandungan di sana. Dia dijangka lahir pada bulan tujuh (Julai) — Insya-ALLAH, 15 hari bulan.

"Apa pun, terima kasih atas semua sokongan dan doa yang diberikan kepada saya, 'in advance'," katanya.

Semalam, Farid Kamil mencuri tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram.

Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.

Sebelum Farid Kamil, adik kepada pelakon itu Fadzil turut menafikan dakwaan itu.

Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.

“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.

“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.

Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.

“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.

"Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.

Ku Hariz Takut Gagal Sebagai Pelakon


Malaysiam Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ku Hariz, Takut, Gagal, Sebagai, Pelakon, Pilih Kasih


Rabu Januari 2, 2013

PELAKON baru, Ku Hariz yang juga bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua berharap sebagai orang baru dia berharap pihak industri memberikan ruang kepadanya membuktikan bakat dan kemampuan di sebalik kekurangan pakej fizikal yang dimiliki.

“Sebelum ini, saya pernah dapat satu tawaran filem tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saiz fizikal.

“Beberapa pelakon bertubuh kecil dan rendah seperti Zahiril Adzim dan Rusdi Ramli atau di luar negara Tom Cruise boleh berjaya dan diterima.

“Maka, tidak mustahil saya juga boleh berjaya cuma saya memerlukan peluang daripada industri,” luahnya.

Mengakui faktor fizikal yang rendah, kecil dan berwajah ‘jambu’ memaksa dia membela misai agar kelihatan lebih dewasa seiring usianya yang mencecah 27 tahun.

Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berkata, dia terpaksa mengambil inisiatif itu bagi meyakinkan para penerbit dan pengarah yang sering menawarkan watak remaja kepadanya sejak bergelar pelakon kira-kira dua tahun lalu.

Mari kita ikuti kisah menarik pelakon yang sedang menyulam cinta dengan Jihan (Raja Lawak) ini.

APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG?

Macam mana hendak beraksi untuk sesi fotografi supaya nampak lebih baik.

SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI?

Kumpulan KRU.

APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI?

Gagal dalam bidang seni.

APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?

Tidak pasti tetapi saya suka bersaing.

APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?

Terlalu mudah menilai orang lain.

PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?

Hilang berat badan sebanyak 18 kilogram.

PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?

Tidak.

PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?

Tidak.

BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?

Berjaya memberi impak dalam bidang seni.

JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?

Terlibat dalam bidang lakonan lebih awal.

APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?

Tercalon dalam Anugerah Skrin 2012.

PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?

Kerja yang saya lakukan tidak dihargai.

KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?

Berlakon.

PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?

Kejujuran dan orang yang berpandangan jauh.

SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?

Guru saya.

SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?

Heith Ledger.

BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?

Diingati tentang kerjaya saya.

MOTTO KEHIDUPAN ANDA?

Make Believe!

Ainan Tasneem Kesal Dituduh Curi Lagu


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia< Selebriti, Ainan Tasneem, Kesal, Dituduh, Curi, lagu, 150 Juta
Ainan Tasneem


Published: Rabu Jun 12, 2013 MYT 11:05:00 AM
Updated: Rabu Jun 12, 2013 MYT 12:31:25 PM
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran YouTube, Ainan Tasneem mengakui agak keberatan untuk menyanyikan lagu dari ‘single’ keduanya 150 Juta selepas dia dituduh mencuri karya tersebut.

Ainan, 21, berkata dia kecewa dengan tuduhan itu dan menganggap gosip tersebut hanyalah sekadar salah faham.

"Ramai peminat salah faham dan anggap saya curi lagu itu daripada Fyn Jamal walhal kita ada perjanjian yang dibuat sebelum rakam lagu itu.

"Namun, saya bukan tidak mahu menyanyikan langsung lagu tersebut cuma jika penganjur tidak kisah tentang lagu, saya akan utamakan lagu-lagu ciptaan saya dahulu," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.

Ainan berkata demikian ketika mengulas dakwaan apabila dia dikatakan tidak profesional kerana enggan menyanyikan lagu 150 Juta di setiap persembahannya.

Tambah Ainan, pada awalnya lagu 150 Juta dirakam sebagai lagu pelengkap untuk dimuatkan dalam albumnya, namun atas kesilapan teknikal lagu tersebut dijadikan single keduanya selepas Aku Suka Dia.

"Saya kecewa sangat kerana ada kesilapan ketika menghantar lagu untuk single kedua di radio, namun tidak boleh ditarik balik kerana banyak permintaan.

"Sepatutnya lagu-lagu ciptaan saya sendiri yang dimainkan dahulu dan lagu itu pada asalnya hanya untuk dimuatkan dalam album sahaja," katanya.

Bagaimanapun, jelas Ainan, dia bersyukur ramai yang meminati lagu tersebut.

Sementara itu, Ainan berkata dia bakal melancarkan mini album pada Julai depan dan sudah selesai rakaman 10 buah lagu baru untuk album penuh yang akan dilancarkan tidak lama lagi.



Beto Kusyairy Kongsi Rahsia Jadi Maskot Rancangan 'Along'


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Beto Kusyairy, Kongsi, Rahsia, Jadi, Maskot, Rancangan, ALONG
Beto Kusyairi


Rabu Jun 12, 2013

KUALA LUMPUR: Pelakon Beto Kusyairi mendedahkan dia pernah menjadi maskot rancangan kanak-kanak popular, Along pada tahun 2001 ketika di awal pembabitannya dalam dunia seni hiburan tempatan.

Pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan,33, ini berkata, ia merupakan sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakannya meskipun melalui kesukaran melakukan kerja maskot itu.

"Saya ambil motivasi daripada pelakon Hollywood iaitu Brad Pitt di mana dia juga pernah menjadi maskot untuk sebuah restoran makanan segera.

"Dan hampir tiga tahun melakukan kerja itu, saya menimba pelbagai pengalaman dan ia antara cabaran yang memberi kenangan manis buat saya sebelum bergelar pelakon yang dikenali.

"Saya percaya, kerana pengalaman menjadi maskot itu juga membuatkan saya menjadi seperti hari ini," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran filem CEO di restoran Bora Ombak, di sini, Selasa.

Along merupakan rancangan kanak-kanak yang melibatkan tiga karakter iaitu Along sebagai peneraju utamanya, Achik dan Angah yang popular pada sekitar 1990-an sehingga tahun 2003.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Beto Kusyairy, Kongsi, Rahsia, Jadi, Maskot, Rancangan, ALONG
Antara maskot Along yang popular di TV1 tidak lama dulu.


Rancangan itu disiarkan menerusi TV1.

Tambah Beto yang mengimbas kembali kenangannya itu, setiap kali menyarung maskot tersebut, dia terpaksa bermandi peluh kerana terlalu panas, selain terpaksa memakainya selama beberapa jam mengikut proses penggambaran yang dilakukan.

Bagaimanapun dia tetap seronok menjalankan tugasnya itu kerana dapat melakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa orang tahu siapakah yang berada di dalam maskot berkenaan.

"Terlalu banyak pengalaman lucu sepanjang bekerja menjadi 'Along’. Kalau nak cakap fasal panas, ia memang tak terkira.

"Bagaimanapun rasa panas terus hilang apabila saya menyarung baju maskot itu. Ia seperti mempunyai magis yang membuatkan saya berubah karakter. Mungkin kerana orang tidak siapa di dalamnya membuatkan saya berperangai seperti kanak-kanak riang.

"Pernah sekali, ketika di sebuah majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, saya perlu membuat beberapa aksi. Tetapi kerana berpeluh, kepala maskot saya tercabut sehingga membuatkan beliau ketawa," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, Beto telah selesai penggambaran filem Balun serta Gila Baby dan bakal muncul dalam filem Bravo 5 yang akan ditayangkan pada hujung tahun ini.

Beto juga akan memulakan penggambaran CEO di bawah terbitan ARAfilm bersama-sama dengan barisan pelakon seperti Christina Suzanne, Remy Ishak dan Deanna Yusoff pada 15 Jun ini.

Farhan Terpaksa Tunda Tarikh Nikah


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Farhan, Terpaksa, Tunda, Tarikh, Nikah
Farhan Azizan


Rabu Jun 12, 2013

PETALING JAYA: Penyanyi Nur Farhan Azizan mengakui dia dan tunangnya Ahmad Rashdan Suhaimi, 29, terpaksa menunda majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini kepada hujung tahun depan.

Farhan, 29, berkata, keputusan itu terpaksa dibuat memandangkan dia dan tunangnya itu terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan yakin penghujung tahun depan adalah masa yang paling sesuai untuk mereka diijabkabulkan.

"Walaupun kurang tampil di televisyen, saya tetap sibuk dengan aktiviti nyanyian untuk pelbagai acara majlis manakala Rashdan pula sibuk dengan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas.

"Tambah pula sekarang ini saya di bawah pengurusan baru iaitu Aneka Teknik, maka banyak kerja yang perlu diuruskan.

"Insya-Allah, kami merancang untuk kahwin pada hujung tahun depan. Diharap segala perancangan dapat berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Farhan dan Rashdan telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun dan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 dalam satu majlis yang di adakan di Cafe Flora, AmWalk, Ampang dekat sini.

Tambah Farhan, dia turut mengakui keluarganya sedikit kurang senang apabila keputusan untuk berkahwin ditundakan kerana menganggap tidak elok bagi pasangan yang sudah bertunang melewatkan pernikahan mereka.

"Biasalah mak ayah pasti risau apabila anak perempuan mereka tidak kahwin-kahwin lagi walaupun perancangan asalnya dibuat pada hujung tahun ini.

"Mereka risau, pasangan yang melalui tempoh pertunangan akan menerima pelbagai cabaran dan dugaan. Takut jika perhubungan kami tidak jadi.

"Bagaimanapun, Alhamdulillah, selepas menerangkan sebab-sebabnya, mereka faham," ujarnya.

Beritahu Farhan, dia yakin kepercayaan masyarakat mengenai 'dugaan dalam pertunangan' lebih disifatkan sebagai pemikiran psikologi semata-mata.

Baginya, dugaan dalam sesebuah perhubungan yang dijalinkan boleh datang pada bila-bila masa tidak kira sama ada pasangan itu sudah bertunang atau belum.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu, dia bakal merakamkan ‘single’ lagu terbaharu tidak lama lagi selain bakal mengadakan persembahan mini selepas sambutan Aidilfitri nanti.

'CEO' Terbitan Syarikat Abdul Razak Baginda Tiada Kaitan Politik


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Movie, CEO, Terbitan, Syarikat, Abdul Razak Baginda, Tiada, Kaitan, Politik


Oleh FERIDE HIKMET ATAK

KUALA LUMPUR: Penghasilan filem CEO di bawah syarikat penganalisis politik Abdul Razak Baginda iaitu ARAfilm Sdn Bhd tidak akan membawa sebarang mesej berunsurkan politik.

Pengarah filem tersebut, Razaisham Rashid berkata, walaupun Razak merupakan penganalisis politik, plot cerita kisah CEO mengisahkan tentang kehidupan realiti masyarakat pada zaman kini.

"Tidak semestinya orang yang membabitkan diri dengan politik akan membuat filem tentang politik. Macam Razak, syarikatnya hanya melaburkan wang bagi menghasilkan sebuah filem semata-mata.

"Malah idea asal filem ini adalah daripada Razak sendiri. Saya harap tiada pihak yang memandang serong atas pembabitannya dalam industri perfileman tempatan ini," katanya.

Razaisham ditemui pada majlis pelancaran filem CEO di restoran Bora Ombak di sini pada Selasa bersama-sama dengan barisan pelakonnya iaitu Deanna Yusoff, Remy Ishak dan Beto Kusyairy.

Abdul Razak sebelum ini pernah dikaitkan mengenai kes kematian pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) mengisahkan tentang dua lelaki yang berlainan darjat iaitu Adam (Remy) sebagai CEO dalam sebuah syarikat besar yang berjaya dan Sufian (Beto) seorang penghantar piza yang tiada cita-cita.

Bagaimanapun, kerana satu insiden, kehidupan kedua-dua lelaki itu berubah di mana Adam telah kehilangan jawatannya manakala Sufian pula mengambil alih tempat Adam.

Keliru dengan perubahan diri masing-masing, Adam dan Sufian mula menyiasat punca-punca keadaan mereka berubah.

Tambah Razaisham, dia bersyukur kerana memiliki barisan pelakon yang bagus menerajui filem arahannya yang pertama itu.

"Mula-mula risau juga memikirkan bagaimana nak mengarah pelakon-pelakon yang sedia hebat ini. Adakah mereka akan lakukan seperti yang saya inginkan walaupun pertama kali mengarah filem?

"Mujurlah, pada latihan sebelum penggambaran, kami saling memberi kerjasama antara satu sama lain.

"Kami akan menjalani penggambaran selama 25 hari bermula 15 Jun ini. Harap-harap hasil filem ini dapat menarik perhatian ramai Insya-Allah," katanya.

Selain itu, filem CEO turut membabitkan pelakon Christina Suzanne dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Paris Jackson Dilaporkan Stabil


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Selebriti, Paris Jackson, Dilaporkan, Stabil


Rabu Jun 12, 2013

PARIS Jackson yang sebelum ini cuba membunuh diri pada minggu lalu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut laporan portal Dailymail percubaan membunuh diri berpunca daripada macam-macam perkara.

Salah satu sumber berkata Paris cukup tertekan apabila berada di sekolah dan kemurungannya itu juga disebabkan oleh kehilangan ayahnya Michael Jackson pada tahun 2009.

"Aku mahu hidup! Aku benar-benar mahu hidup! tetapi bukan hidup di sini. Aku harap ayah aku berada denganku," kata Paris kepada jururawat yang merawatnya.

Sementara itu, gara-gara kes buli yang dilalui Paris di sekolah membuatkan pihak keluarga memutuskan untuk menyekolahkan gadis berusia 15 tahun itu di rumah.

Mila Kunis & Ashton Kutcher Rancang Kahwin


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Mila Kunis, Dan, Ashton Kutcher, Rancang, Kahwin


MILA Kunis dan Ashton Kutcher dikhabarkan sedang ligat membuat perancangan pernikahan mereka tidak lama lagi.

Menurut laporan portal Contactmusic, sejak proses perceraian Ashton dan Demi Moore selesai, aktor tersebut segera berkunjung ke rumah Mila dan bertemu dengan kedua-dua orang tua aktres tersebut pada Mei lalu.

"Pasangan itu sudah pun memilih lokasi untuk melangsungkan perkahwinan mereka dan memandangkan Mila berasal dari England, berkemungkinan besar mereka akan berkahwin di kampung halaman Mila," kata sumber.

Difahamkan, Mila dan Ashton telah memilih Royal Pavillion di Brighton sebagai tempat acara pernikahan mereka.

Bagaimanapun pasangan itu hanya menjemput teman-teman rapat kerana mahukan majlis yang sederhana.

Guna Robot Sebenar, Planet Kiara Musim 2 Cecah Kos 3 Juta


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Filem, Drama, Guna, Robot, Sebenar, Planet Kiara, Musim 2, Cecah, Kos, RM, 3, Juta, Robot PSN1,


KUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan menerusi tayangan musim pertama yang lalu, drama bersiri Planet Kiara diteruskan untuk musim ke 2 bermula 12 Jun ini pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Penerbitnya yang juga pengarah kreatif Blue Nagas Productions, Amy Mazurah mendedahkan Robot PSN1 yang digunakan di dalam Planet Kiara musim lalu serta akan datang adalah robot sebenar yang diimport khas daripada Perancis bernilai RM300,000.

Malah, untuk musim baru ini, Amy Mazurah memberitahu jumlah kos keseluruhan mencecah RM3 Juta.

"Sebenarnya ramai tak tahu yang sebenarnya Robot PSN1 itu merupakan robot sebenar yang kami tempah khas daripada Perancis. Robot ini telah diprogram khas untuk drama bersiri ini.

"Robot berkenaan menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan sistem pemprosesan chip atom dengan kalajuan 1.5Ghz. Kami membelanjakan RM300, 000 untuk membeli robot yang diimport daripada Perancis ini kerana kami rasakan ianya sangat sesuai untuk drama ini selain bentuknya seperti orang dan mempunyai jari di tangan.

"Jadi untuk musim kedua ini sebenarnya kami sudah melabur hampir RM3 Juta dan sebenarnya ada lagi kos yang masih berjalan. Selain robot, kos-kos tersebut melibatkan pelakon, promosi, produksi dan sebagainya," katanya kepada sidang media Planet Kirara musim kedua di Pusat Sains Negara, petang semalam.

Robot humanoid yang pertama di Malaysia itu adalah berbentuk seperti manusia daripada Perancis dicipta khas untuk Planet Kiara.

Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian didalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara dan professor terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episode yang diaplikasikan di dalam setiap episode.

"Berbanding siri pertama, musim kedua ini kami menggunakan kes-kes sains yang lebih berguna pada stiap episod untuk memberi pelajaran kepada kanak-kanak yang menonton. Contohnya kami mengajar bagaimana hendak membuang kotoran di karpet iaitu dengan menuangkan cuka dan garam ke atas permukaannya.

"Kajian sains yang disediakan oleh pihak Pusat Sains Negara itu telah diolah supaya ianya sesuai untuk digarapkan dalam bentuk drama oleh pengarahnya Bade Hj Azmi," jelas May Mazurah lagi.

Selain menampilkan robot PSN1, drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Datuk Jalalludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica dan ramai lagi.

Aktor Razali Hussein Juga Selamat Bernikah 7 Jun Lalu


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Aktor, Pelakon, Razali Hussein, Juga< Selamat, Bernikah, 7 Jun, Lalu


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Tarikh Jumaat lalu iaitu 7 Jun 2013 nyata menjadi pilihan beberapa orang selebriti terkenal tanahair untuk mereka diijabkabulkan.

Terbaru, selain penyampai radio Zahid dan aktor Beego, seorang lagi aktor yang mengikat tali pernikahan pada hari tersebut ialah pelakon Razali Hussain yang mengesahkan dia selamat bernikah dengan seorang wanita bernama Nik Nor Azlina, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras.

Menerusi laporan mStar Online, Razali, 37, berkata, dengan sekali lafaz, dia sah bergelar suami kepada seorang guru dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000.

Majlis resepsi sebelah perempuan telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan manakala resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Pulau Pinang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Razali dalam kenyataannya kepada mStar berkata dia berharap agar mana-mana pihak yang tidak dijemput ke majlis pernikahan itu agar tidak berkecil hati memandangkan keluarga kedua-dua belah pihak inginkan sebuah majlis yang sederhana dengan kehadiran saudara-mara sahaja.

Ditanya apakah perasaannya selepas bergelar suami, Razali berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menemui jodoh pada usia yang agak lewat, namun dia gembira dipertemukan dengan seorang isteri yang cukup memahami.

Ada Apa Hanis Zalikha Dengan W.A.R.I.S?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon Baru, Blogger, Ada, Apa, dengan, Hanis Zalikha, Dengan, W.A.R.I.S


KL, 11 JUN 2013: Semua tahu akan populariti Hanis Zalikha yang kini semakin meningkat naik selepas membintangi filem Gangster Celop.

Dia sebalik segala populariti yang diraihnya, blogger jelita ini pernah berkata yang dia tidak mahu terlalu mendedahkan kisah peribadi yang baginya tidak semua harus dikongsi bersama umum.

Namun, apa kesnya bila dia dikaitkan dengan rapper baru yang semakin meningkat naik, iaitu W.A.R.I.S yang semakin popular dengan lagunya, Rembau Most Wanted.

Khabarnya, kedua-dua mereka telah diundang untuk menjayakan program temubual sensasi iaitu MeleTOP secara LIVE malam ini di Astro Ria. Apa agaknya yang bakal dikorek oleh pasangan pengacara MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad terhadap kedua-dua bakat baru ini?

Kalau ingin tahu, jangan lupa untuk menonton siaran langsung MeleTOP yang baka ke udara malam ini, Selasa, 10 malam di Astro Ria.

Once Tidak Gusar Single Terbaru Dibayangi Fenomena Dealova


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Once, Tidak, Gusar, Single, Terbaru, Dibayangi, Fenomena, Dealova


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Siapa yang masih ingar dengan lagu hits Dealova yangsatu ketika dahulu pernah melonjakkan nama seorang penyanyi daripada Indonesia bernama Once yang asalnya merupakan ahli kumpulan Dewa.

Walaupun namanya terus disebut-sebut kerana kekuatan lagu Dealova tetapi sebenarnya Once baru kini tampil dengan album solonya yang pertama, 'Once' menampilkan single I Still Love You sebagai taruhan pertamanya. Bagi bekas vokalis kumpulan Dewa ini, walaupun baru tampil dengan album pertama dia lebih mementingkan karya yang dihasilkan.

Malah, kekuatan Dealova yang pernah menjadi satu fenomena tidak menggusarkan Once atau nama sebenarnya, Elfonda Mekel jika mereka lebih mengingati lagu itu berbanding single terbarunya, I Still Love You. Namun, Dealova yang dahulu popular pada tahun 2006 turut dimasukkan ke dalam album solo pertamanya ini.

"Lagu Dealova dihasilkan sebagai single dan tidak pernah dimuatkan kemana-mana album. Jadi walaupun telah lama ia popular jadi ia merupakan lagu saya. Kerana itu saya masukkan sekali lagu ini kedalam album pertama saya.

"Saya tahu lagu tersebut menjadi fenomena dan mendapat perhatian hingga ke Malaysia tetapi saya tidak ada masalah jika orang terus meminati lagu itu berbanding single terbaru saya kerana itu adalah lagu saya juga.

"Lagu-lagu saya lebih banyak pengertiannya dimana saya ingin membawa pendengar melihat manusia daripada sisi lain dan untuk menemukan jawapan bagi setiap persoalan yang mereka sendiri ingin cari jawapannya,"ujar Once ketika ditemui di sidang media pelancaran album dan single terbarunya di Hard Rock Café, Kuala Lumpur, semalam.

Once dikenali dengan vokalnya yang unik dan merupakan kelainan yang membuatkan suaranya sering melekat dalam ingatan. Untuk album terbaru ini, Once tampil dengan 10 lagu dan ini merupakan album solonya yang pertama sejak mula bergerak solo setelah meninggalkan kumpulan Dewa.

Enam daripada lagu yang dimmuatkan ini adalah hasil ciptaan terbaru daripada Once sendiri manakala empat lagi adalah single yang pernah melonjakkan karier solo penyanyi daripada Indonesia ini antaranya Dealova.




Sekitar Majlis Resepsi Zahid dan Sarah Julifa


Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sekitar, Majlis Resepsi, Zahid, Dan, Sarah Julifa


TELUK INTAN, 11 JUN 2013: Tahniah kepada penyanyi dan penyampai radio ERA FM, Zahid Baharuddin yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan Sarah Julifa Jumaat lalu. Juara AF2 itu telah dinikahkan dengan kekasihnya, Sarah di Masjid Daerah Sultan Idris Shah, Teluk Intan.

Hanya dengan sekali lafaz, Zahid sah bergelar suami kepada Sarah. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Tuan Hj Jaafar Hj Puteh bersaksikan Hj Abdullah Endut serta Hashim Mat Jain daripada keluarga belah pihak perempuan.

Majlis resepsi pasangan ini kemudiannya telah diadakan pada hari berikutnya iaitu Sabtu (8 Julai 2013) , di rumah pengantin perempuan.

Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin RM101 beserta 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Berikut ialah sebahagian dari foto-foto majlis resepsi pasangan ini.


Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sekitar, Majlis Resepsi, Zahid, Dan, Sarah Julifa,

Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sekitar, Majlis Resepsi, Zahid, Dan, Sarah Julifa,

Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sekitar, Majlis Resepsi, Zahid, Dan, Sarah Julifa,

Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sekitar, Majlis Resepsi, Zahid, Dan, Sarah Julifa,


Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sekitar, Majlis Resepsi, Zahid, Dan, Sarah Julifa,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan