Cari Artikel

Monday, June 10, 2013

Dato` AC Mizal Beli Pesawat Komersial?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Dato' AC Mizal, Beli, Pesawat, Komersial


KL, 10 JUN 2013: Terkejut beruk juga apabila Murai Batu dikhabarkan bahawa pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Dato' AC Mizal khabarnya bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun tiada yang mustahil dalam hidup ini. Kerana daripada pemerhatian Murai Batu terhadap Dato' AC Mizal, dia sememangnya seorang individu yang berwawasan tinggi dan berpandangan ke depan.

Bayangkan daripada hanya dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan rap terkenal sekitar 90-an, kini pelbagai pencapaian demi pencapaian telah dikecapi oleh Dato' AC Mizal seperti tauke gelang dan juga pengerusi sebuah syarikat laman sosial.

Murai Batu sememangnya bangga dengan semangat yang ada pada personaliti TV bumiputra itu, jadi tak hairanlah impian untuk Dato' AC Mizal untuk memiliki sebuah pesawat komersial.

Tetapi persoalan yang Murai Batu ingin ketengahkan sekarang, mengapa pesawat komersial? Mungkin kalau Dato AC Mizal untuk memiliki pesawat peribadinya sendiri itu tidak mustahil. Tapi pesawat komersial? Ermm....

Mungkin juga Dato' AC Mizal ada alasannya sendiri mengapa pesawat komersial menjadi pilihan. Jadi selepas ini semakin ramai peminat yang akan menaiki penerbangan komersial milik Dato' AC Mizal ke destinasi pilihan.

Tak sabar juga Murai Batu ingin mengetahui destinasi yang akan dijelajahi serta perkhidmatan yang ditawarkan pesawat komersial Dato' AC Mizal.

Bagaimanapun, sejauh mana sahihnya khabar angin ini, itu Murai Batu dan pasukan portal murai.com.my akan siasat. Pastinya pembaca setia murai.com.my akan menjadi orang pertama untuk mengetahui hal ini.

Murai Batu: Tak sabar Murai Batu nak bermain dengan kapal terbang kertas buatan sendiri.

iskandarX: Melayu Boleh!!!! Hidup Dato' AC Mizal!!! Hidup Dato' AC Mizal!!! Hidup Dato' AC Mizal!!!

Adira Masuk Hospital Sebab Putih Sangat?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Adira, Masuk, hospital, Sebab, Putih, Sangat


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Senyap seketika cerita mengenai penyanyi Adira Suhaimi atau Adira yang sebelum ini mendapat perhatian apabila ramai yang memperkatakan tentang tona kulitnya yang terlalu putih hingga ada yang menyamainya dengan Micheal Jackson.

Ini berita yang Murai terima daripada teman Murai Batu yang mendakwa Adira telah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas. Betulkah apa yang teman Murai Batu sampaikan ni? Ada juga Murai Batu belek-belek di ruangan berita lain atau surat khabar seperti tiada pula.

Kata sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas. Malah, ada yang terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia Musim 8 ini dan melihat dia seperti dalam keadaan kurang sihat.

Tapi, dua hari lepas penyanyi berasal daripada Sabah ini ada memuatnaik dua video di Keek miliknya dan dia berada diatas kerusi roda dan ditolak oleh seorang teman dan memang kelihatan lemah. Ditangannya juga ada jarum yang biasa kita lihat di tangan pesakit yang dirawat di hospital.

Antara ungkapan yang keluar dari mulutnya "Kita tak larat macam nak demam. Kita duduk sini untuk makan ais krim". Tetapi sekali lagi melihat video Keeknya itu, temannya seakan bergurau dengan penyanyi itu. Hmmmm.

Murai Batu akan cuba sahihkan apakah yang berlaku kepada gadis yang berkulit putih melepak ini, sama ada dia sakit atau mungkin ada penceritaan lain disebalik video itu.

Adakah disebabkan kulitnya yang terlalu putih tersebut menjadikan dia lemah atau tidak boleh terkena cahaya panas seperti Micheal Jackson juga? Kalau disebabkan kulitnya yang terlalu putih itu memudaratkan diri Adira, Murai Batu rasa Adira harus mendapatkan rawatan lanjut.

Manalah tahu di kemudian hari sakit lain pula yang datang. Minta dijauhkanlah hendaknya. Jika benar Adira berada dalam keadaan tidak sihat, Murai Batu mewakili semua pembaca mendoakan Adira cepat sembuh.

MURAI BATU: Kalau betul sebab putih boleh sakit, Murai Batu rela jadi hitam. Tetapi biar kulit sahaja hitam. Hati suci bersih seputih dan sebersih kulit Adira. Ooops!





Alami Dunia Astro Di Karnival Planet Gempak


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Alami, Dunia, Astro, Di, Karnival Planet Gempak


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Buat julung kalinya, Astro Planet Gempak bakal menggegarkan kawasan yang dilawati dengan membawakan kandungan serta program yang selalunya hanya ditonton di kaca televisyen, kini dibawa terus kepada peminat-peminat melalui aktiviti dan gerai pameran menarik yang bakal dipersembahkan kepada para pengunjung.

Dengan lokasi pertama yang bertempat di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang, Planet Gempak bakal menjelajah ke empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk memberikan satu pengalaman luar biasa kepada orang awam terutamanya para pelanggan Astro.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, penganjuran Planet Gempak merupakan antara usaha kami turun padang untuk lebih mengenali para pelanggan kami, dan ia platform terbaik bagi Astro sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan selama ini.

"Andalah inspirasi yang membakar semangat kami di Astro untuk terus menyediakan perkhidmatan dan program terbaik lagi segar, apatah lagi terdapat banyak permintaan untuk mengadakan program yang lebih interaktif dan dekat dengan kehidupan para pelanggan kami.

"Melalui pelbagai platform eksklusif serta aktiviti yang kami rangka semasa karnival ini nanti, para pengunjung beserta ahli keluarga berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman berada di set program terbitan kami, beramah mesra bersama artis pujaan mereka dan berhibur sambil merapatkan lagi ikatan kekeluargaan".

"Stadium Batu Kawan, Seberang Perai yang menjadi tapak pembuka tirai bagi karnival Planet Gempak bakal menyaksikan saluran dan program yang bersiaran di Astro menggempakkan warga Pulau Pinang. Selain daripada saluran dan program di bawah payung penjenamaan Astro, Planet Gempak turut dimeriahkan oleh rakan-rakan saluran antarabangsa lain," katanya.

Selain itu, para pengunjung Planet Gempak turut berpeluang untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan lebih dekat bersama barisan selebriti daripada program-program utama Astro seperti Fear Factor Selebriti Malaysia, Masterchef Malaysia, Kilauan Emas, Raja Lawak dan Akademi Fantasia di samping karektor-karektor dari filem dan animasi terkenal yang juga akan membuat penampilan khas.

"Kami berharap agar penganjuran Planet Gempak ini akan mendapat sambutan yang hebat daripada setiap lapisan masyarakat. Kami juga menyimpan hasrat untuk menjadikan karnival ini sebagai karnival tahunan supaya sentiasa ada hubungan yang erat antara Astro dan rakyat Malaysia, khususnya para pelanggan yang kami hargai", tambah Khairul lagi.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Planet Gempak anjuran Astro di lokasi-lokasi persinggahannya bermula dari 29 dan 30 Jun 2013, bertempat di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Nana AF1 Umum Hamil Anak Kedua!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Nana AF1, Umum, Hamil, Anak, Kedua


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia pertama (AF1), Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan yang baru sahaja mengumumkan yang dia kini hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Mohamed Raqeem Brian.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Instagram milik Nana sendiri. Menerusi status di Instagram miliknya, Nana memberitahu dia bersyukur setelah setahun tahun berusaha untuk hamil kali kali kedua akhirnya dia dikurniakan rezeki berkenaan dalam kandungannya yang berusia 12 minggu 6 hari.

Berikut adalah status yang dimuat naik Nana di Instagram miliknya:

Syukur, I'm pregnant! Alhamdulilah, selepas setahun mencuba dan beribu kali orang tanya, akhirnya Allah kurniakan rezeki untuk saya dan MRB (Mohamed Raqeem Brian). Hari ini saya 12 minggu 6 hari, baru lepas check up tadi dan baby alhamdulilah sihat dan membesar bagai Johan...aik?! Hehehe..InysAllah EDD 17 Disember 2013. Terima kasih utk semua yang doakan saya dan MRB sebelum ini, niat dihati nak kongsi lebih awal, tapi rasanya lebih sesuai bila dah 3 bulankan...oklah, doakan yang terbaik ye..kami happy sngt..:')

Dalam laman Instagaram itu Nana turut berkongsi gambar Sonogram yang menunjukan bayi dalam kandungannya. Dari portal Murai, tahniah kami ucapkan. Nana dan Brian yang bernikah pada 6 Jun 2009 lalu telah dikurniakan seorang cahaya mata Althea yang berusia 3 tahun.

Kes Khalwat: Linda Hashim Percaya Beego Dianiaya


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kes, Khalwat, Linda Hashim, Percaya, Beego, Diainaya


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Pelakon, Linda Hashim akui kes khalwat yang dihadapi oleh pelakon Beego yang kini sudah menjadi suaminya yang sah tidak menjejaskan niatnya untuk berkahwin dengan jejaka tersebut.

Malah, Linda Hashim berkata dia percaya Beego ditangkap khalwat kerana telah dianiaya.

"Masa dia dikhabarkan ditangkap khalwat kami belum menjalin hubungan cinta dan saya hanya dengar begitu sahaja dan tidak pula mengambil kisah dengan bertanyakan kepada sesiapa.

"Bila kami sudah berkenalan, saya hanya fikirkan yang positif dan tidak fikir benda buruk kerana saya ada dengar dariapda orang produksi yang Beego sudah terkena atau teranaiya.

"Saya kecewalah mengapa benda ni boleh jadi kepada dia dan dalam masa yang sama turut bersimpati selepas Beego sendiri menceritakan perkara sebenar," katanya kepada murai.com.my selepas mereka diijabkabulkan.

Linda sah menjadi milik Beego dengan hanya sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, Jumaaat lalu.

Pada 23 Februari tahun lalu, Beego bersama dua rakan lelaki dan dua kenalan wanita mereka telah ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kondominium Okleaf Park, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Beego bersyukur kerana Linda sentiasa bersamanya dan menyokong walaupun kes khalwat itu masih berjalan.

"Sebenarnya, kalau mengikut kata peguam-peguam yang saya berjumpa sebelum-sebelum ini, mereka berkata kes saya sebenarnya tidak boleh wujud atau timbul, tiada apa yang boleh sabitkan saya melakukan kesalahan tersebut kerana tidak ada saksi-saksi yang membolehkan saya didakwa.

"Saya pun tak tahu nak buat bagaimana kerana saya seolah-oleh seperti dianiayai dan saya percaya ramai selebriti lain pun sudah terkena seperti saya. Bagaimana pun, saya berharap dengan penjelasan saya ini, pihak media dapat gambaran jelas mengenai kes saya yang kelihatan samar dan tidak kukuh ini.

"Apa-apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya Linda Hashim kerana mempercayai saya, menyokong saya sentiasa dan terbuktinya kami bernikah pada hari ini,"jelasnya.

Kes khalwat Beego bagaimanapun masih lagi belum selesai dan masih dibicarakan di mahkamah.

Setelah diijabkabulkan pada 7 Jun lalu, pasangan ini kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada keesokan malamnya.

Berkongsi mengenai perancangan bulan madu, mereka bakal ke Bali tidak lama lagi sebelum ke destinasi kedua di Taiwan dijangka 1 Julai ini.

MasterChef Selebriti: Perjuangan Enot Berakhir


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef Selebriti, Perjuangan, Enot, Berakhir


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Siri MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) semakin menghampiri kemuncak dengan kini hanya tinggal enam selebriti yang tinggal untuk bersaing selepas Enot tersingkir malam tadi.

Bertanding dalam pusingan Penyingkiran, Enot yang terpaksa bersaing bersama Rozita Che Wan, Celina, dan Michael Ang gagal memuaskan hati juri dengan sajiannya yang bertemakan `Pemanis Mulut` menyebabkan dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Penyingkiran Enot itu bagaimanapun membolehkannya menyumbang RM7,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Kanak-Kanak.

Sementara itu, baki enam peserta yang tinggal pula akan meneruskan perjuangan hari ini untuk Cabaran Sajian Luar. Pembahagian kumpulan telah pun berlangsung semalam dan kumpulan Merah diwakili oleh Celina, Syanie dan Syura manakala pasukan Biru dianggotai oleh Michael Ang, Kenchana dan Rozita Che Wan.

Apakah cabaran yang harus mereka hadapi malam ini? Ke mana pula lokasi mereka kali ini? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Isnin, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

Itu anak saudara Farid Kamil?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Itu, Anak Saudara, Farid kamil, Cium, Seorang, Bayi, Di, Laman, Social, Instagram, Semalam, Diana Danielle
Farid Kamil


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
10 Jun 2013

PELAKON, Farid Kamil menjadi tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram, semalam.

Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.

Sehingga kini, Farid mahupun Diana belum tampil menafikan perkara tersebut.

Namun, adik kepada pelakon itu, Fadzil menafikan dakwaan itu.

Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.

“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.

“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.

Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.

“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.

"Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.

Anuar Zain : ‘Saya tak buat duit’


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Anuar Zain, Saya, Tidak, Tak, Buat, Duit, Mengutamakan, Mementingkan, kebahagiaan, Peminatnya, Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Musik, Cinta, dan, Sanubari
Anuar Zain


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
10 Jun 2013

PENYANYI terkenal, Anuar Zain memberitahu dirinya tidak mengejar keuntungan semata-mata dalam setiap persembahan, sebaliknya mementingkan kebahagiaan peminatnya.

Penyanyi berusia 43 tahun ini akui sentiasa mengutamakan peminatnya dan mengibaratkan peminatnya itu sebagai selebriti.

Baru-baru ini, Anuar Zain melaksanakan Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari sempena tiga puluh tahun dirinya berada dalam industri seni.

Beliau akui, tidak mendapat keuntungan daripada konsert yang berlangsung di Shah Alam itu dan hanya memberi pulangan modal.

Menurutnya, hasil jualan tiket hanya balik modal meskipun konsert tersebut dihadiri lebih kurang 6,000 peminat.

“Kalau ia sebab duit, saya dah lama kaya raya. Saya berpegang pada prinsip yang begitu kuat. Apabila saya membuat persembahan, penonton perlu didahulukan.

“Peranan saya di sini untuk membawakan kebahagiaan untuk mereka. Pada saya, setiap kali saya naik pentas, saya bukan selebriti tetapi peminat itu adalah selebriti,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan di Bukit Jalil.

Tidak menafikan kepentingan duit dalam kehidupan sehari-hari, namun jejaka kelahiran Merlimau, Melaka ini tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi.

“Sudah tentu kita perlukan duit. Macam saya buat persembahan ini, memang nak cari duit. Jangan cakap saya tak perlu duit pula. Siapa nak bayar duit kereta dan sebagainya kan?

“Duit datang apabila saya buat kerja yang menghasilkan pendapatan, tapi untuk konsert itu, jika dapat beri keuntungan, baguslah tapi jika hanya pulang modal, pun Alhamdulillah,” katanya.

Bercerita tentang perkongsian pentas dengan penyanyi, Dayang Nurfaizah, Anuar juga akui perkongsian tersebut bukan disebabkan wang ringgit.

“Sebenarnya, apabila saya buat sesuatu dengan kawan saya, buat persembahan ke, ia bukan tentang ‘wah! Mesti kita boleh dapat duit banyak’. Tidak! Macam dengan Dayang, ia sesuatu yang kami nak kongsi.

“Kami tak buat duit langsung tetapi gabungan saya atas pentas dengan Dayang itu menunjukkan keserasian dan persahabatan kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, beliau sedang mengumpul material untuk album terbarunya yang dijangka keluar tahun hadapan.

Izzue bawa peminat ke Hong Kong


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Izzue, Bawa, Peminat, Ke, Hong Kong, Disneyland, Macau, Safir Go Travel


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Jun 2013

WALAUPUN masih berada dalam mood pengantin baru, pelakon Izzue Islam masih lagi tidak melepaskan peluang untuk mengikuti percutian bersama peminatnya ke Disneyland, Hong Kong dan Macau tajaan Safir Go Travel.

Menurut Izzue, percutian selama 6 hari 5 malam ini akan diadakan pada 15 hingga 20 Disember 2013.

"Ini kali pertama saya ikuti percutian seperti ini. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya untuk mengenali peminat saya dengan lebih dekat.

"Selain daripada itu, saya juga berpeluang melawat destinasi yang sebelum ini saya belum pernah pergi. Pelbagai aktiviti telah diatur dan saya amat teruja untuk ke sana," katanya.

Fazura buka restoran


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Fazura, Buka, Restoran, Nur Fazura, House Of Doll,
Nur Fazura


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Jun 2013

SETELAH lebih kurang setahun mengendalikan butik fesyen, House Of Doll, pelakon jelita, Fazura menyampaikan hasratnya untuk membuka sebuah restoran bagi mengembangkan lagi bidang perniagaannya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk membuka sebuah restoran kerana selain fesyen, makanan juga adalah antara sesuatu yang disukainya.

"Insya-ALLAH, saya memang ada keinginan untuk membuka sebuah restoran dan kini sedang merancang untuk merealisasikannya.

"Bagi saya kalau mahu buat perniagaan, kita harus memilih perniagaan yang kita suka. Fesyen dan makanan adalah kesukaan saya," ujarnya yang juga berhasrat mengembangkan perniagaan fesyennya di Sabah dan Sarawak.

Datuk Fazley duta masakan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, MasterChef, Datuk Fazley, Duta, Masakan
Datuk Fazley Yaacob


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Jun 2013

NAMPAKNYA, kemenangan Datuk Fazley Yaacob menerusi pertandingan realiti masakan MasterChef Selebriti Malaysia pertama tidak disia-siakan begitu sahaja.

Gelaran juara yang disandang itu dikatakan telah mendorong Datuk Fazley untuk lebih serius dalam bidang masakan dengan mendaftarkan diri di Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts, di Sunway University College.

Siapa sangka kecemerlangannya dalam bidang itu telah menempatkan dirinya sebagai pelajar terbaik di antara belasan pelajar lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara sekali gus dilantik sebagai duta bagi fakulti itu.

"Ini adalah satu pengiktirafan yang besar dan saya amat menghargainya tambahan pula ini adalah institusi yang dikenali dan diyakini kualitinya.

“Tugas sebagai duta adalah mempromosikan lagi kursus yang satu-satunya ditawarkan di negara dan ia mengambil tempat di Sunway University College.

"Buat masa ini memang bilangan pelajar sedikit tetapi mereka mahu membuka peluang kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia agar dapat menceburkan diri dalam bidang seni kulinari," katanya.

Uji Rashid teruskan Malam Amal bersama 3 Diva


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Uji Rashid, Teruskan, Malam, Amal, Bersama, 3, Diva
Uji Rashid, Sharfah Aini, Khadijah Ibrahim


MARINA SAHABUDIN
FOTO: ROSLI TALIB
10 Jun 2013

PENYANYI terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini mengakui terkilan dengan laporan mengenai dirinya yang dikatakan menarik diri daripada menjayakan Malam Amal bersama 3 Diva yang akan diadakan 12 Jun ini.

Menurut Uji Rashid, ia menjatuhkan reputasinya sebagai penyanyi.

"Perkara ini ini tidak patut berlaku dan saya benar-benar kecewa.

"Saya akui agak terganggu dengan berita itu, lebih-lebih lagi saya tidak tahu apa-apa pada sidang media pertama malam amal yang diadakan sebelum ini," katanya tidak menghadirkan diri pada sidang media pertama yang diadakan pada 8 Mei lalu kerana mempunyai komitmen lain.

Jelas Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al Rashid, dia bukan sengaja tidak datang ke sidang media berkenaan.

"Saya sudah memberitahu pihak penganjur yang berkemungkinan tidak dapat hadir ke majlis itu.

"Tetapi dari mana timbulnya isu ini saya tidak tahu, lebih mengecewakan, saya hanya dapat tahu dari rakan-rakan sahaja," katanya.

Tambah Uji, tidak hadir di majlis itu bukan bererti dia tidak dapat terlibat dengan malam amal itu.

"Ia dua perkara yang berbeza, saya seorang yang berpegang pada janji, jika saya kata saya buat, saya akan buat, begitu juga sebaliknya," bicaranya kesal kerana tidak dihubungi terlebih dahulu untuk mengesahkan perkara itu.


Gimik penganjur?

Dalam pada itu, Uji yang ditemui pada sidang media kedua ini berkata, kejadian itu membuatnya terasa seperti seolah-olah sengaja mencari publisiti.

"Bayangkan apabila rakan menelefon dan bertanya, betul ke saya tak sertai malam amal itu dan mereka tidak jadi membeli meja, memang saya terkejut.

"Jadi apabila mengetahui perkara sebenar, saya akui kesal dan benar-benar merajuk dengan mereka," katanya mengingatkan perkara itu adalah gimik oleh pihak penganjur.
Jelas Uji juga, dia sudah lama berada dalam industri dan bukan caranya sengaja menimbulkan masalah.

"Ia perkara yang sangat memalukan saya, saya harap peminat atau sesiapa tidak salah faham lagi selepas ini," katanya turut membuat persembahan bersama Datuk Sharifah Aini dan Datuk Khadijah Ibrahim pada malam itu.

Bakal diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam, penonton akan dipersembahkan dengan pelbagai lagu popular dari tiga penyanyi tersohor ini.

Mengulas mengenai persembahan malam tersebut pula, kata Uji, dia amat teruja untuk bersatu di pentas itu bersama Sharifah Aini dan Khadijah Ibrahim.

"Saya memang tidak sabar hendak melakukan persembahan bersama mereka nanti.

"Meskipun pernah bekerjasama sebelum ini namun ianya lain kerana ini kali pertama kami bertemu bagi program kebajikan.

"Saya harap, tujuan dan mesej kami mengadakan malam amal ini tercapai, apa yang utama adalah niat kami hendak membantu golongan memerlukan," katanya.


Berhibur sambil beramal

Tidak ketinggalan hadir pada sidang media kedua, biduanita negara ini sempat berkongsi perasaannya apabila dilamar untuk menyertai Malam Amal Bersama 3 Diva.

Akui Sharifah Aini, dia juga sama seperti rakan lain yang tidak sabar untuk membuat persembahan pada malam itu.

"Saya harap peminat dapat hadir bersama-sama memeriahkan majlis amal ini.

"Bukan sekadar dapat berhibur dan bersama kami sebaliknya dapat menghulur bantuan kepada golongan ibu tunggal terlibat," katanya.

Sementara itu, Khadijah berkata, mereka sudah memulakan persiapan bagi malam amal itu.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk persembahan pada malam tersebut.

"Pelbagai persembahan menarik dilakukan termasuklah medley antara kami bertiga," katanya.

Ditanya lebih mendalam mengenai persembahan malam itu, Khadijah bagaimanapun, lebih selesa merahsiakannya.

"Tunggu sahaja malam nanti, kalau tidak tiadalah kejutan dari kami," katanya.


Sukar, tetapi mudah

Mengulas mengenai gandingan Uji, Sharifah dan Khadijah pula, jelas pengarah eksekutif Kaizen, Sulaiman Ngah Dimin yang merupakan penganjur kepada malam amal ini memberitahu, bukan mudah menyatukan mereka dalam sebuah persembahan.

"Mereka mempunyai tugas dan komitmen tersendiri, malah mereka juga nama besar dalam industri.

"Meskipun sukar tetapi sebenarnya agak mudah mendapatkan kerjasama dari mereka.

"Apabila diberitahu mengenai malam amal ini, mereka bersetuju sahaja dengannya," katanya.

Bercerita sambutan malam amal ini, Sulaiman berkata, setakat ini pihaknya telah berjaya menjual 80 peratus daripada 100 buah meja yang disediakan untuk persembahan pada malam itu nanti.

"Saya gembira dengan perkembangan ini, meskipun ada perkara yang kurang enak berlaku, namun ia masih membantu jualan meja untuk malam itu nanti.

"Bagaimanapun, saya harap bakinya  dijual sebelum persembahan berlangsung dan kami sangat mengalu-alukan bantuan mereka demi membantu golongan ibu tunggal memperbaiki kehidupan mereka tanpa bergantung kepada orang lain,” katanya.

Tambah Sulaiman, persembahan tersebut juga akan dirakamkan dalam bentuk cakera padat (CD) untuk peminat.

"Selain mengeluarkan CD, pihak kami juga telah berbincang dengan stesen televisyen yang berminat untuk menayangkan persembahan itu," katanya.

Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).

Di samping itu, pertunjukan fesyen dan ratu kebaya oleh ibu-ibu tunggal turut diadakan.

Latifah Omar dalam kenangan


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Lagenda, Artis Veteran, Latifah Omar, Dalam, Kenangan
Latifah Omar

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Lagenda, Artis Veteran, Latifah Omar, Dalam, Kenangan
Antara babak yang dilakonkan oleh Allahyarhamah Latifah Omar.


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
10 Jun 2013

EBUTIR demi sebutir bintang pergi meninggalkan kita.

Namun, apa yang pasti, tiada siapa mampu menggantikan tempat mereka dihati peminat.

Setelah dikejutkan dengan pemergian pelawak veteran, S.Shamsudin, Selasa lalu, kita dikejutkan pula dengan berita pemergian pelakon veteran, Latifah Omar, semalam.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 6.19 petang semalam di HUKM akibat penyakit ulser.

Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital.

Jenazah bakal disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar, pada jam 11 pagi ini.

Nama Latifah Omar mula dikenali selepas menceburkan diri dalam dunia lakonan pada era 1950-an.

Pada tahun 1953, beliau dinobat sebagai Ratu Cantik Singapura dan sejak itu beliau mula mencipta nama dalam dunia lakonan.

Filem Panggilan Pulau merupakan filem pertama lakonannya.

Latifah sering dilihat bergandingan dengan seniman Nordin Ahmad dalam pelbagai filem, antaranya, Lanchang Kuning dan Gurindam Jiwa.

Pada tahun 1959, Latifah terus dikenali dengan penampilannya sebagai Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

Bukan sahaja memiliki rupa paras jelita, malah setiap lakonannya amat berkesan.

Beliau sentiasa berjaya membawakan wataknya dengan berkesan hingga membuatkan penonton menitiskan air mata.

Selepas memiliki anak, allahyarham memilih untuk bersama keluarga dan bersara dari dunia lakonan.

“Lakonan terakhir saya ialah filem, Hati Batu pada 1973. Ketika itu, saya membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana memiliki anak kecil. Jika saya terus berlakon, saya tidak dapat beri perhatian penuh kepada anak.

“Memang niat saya ketika itu bukanlah untuk berhenti terus, tetapi bila bertahun-tahun tidak berlakon, saya jadi kekok untuk memulakannya semula. Jadi, saya ambil keputusan untuk terus bersara.

“Tidak dinafikan, saya menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama, tapi saya tolak. Saya dah tertutup hati untuk berlakon semula dan lebih selesa berada di rumah, melayan karenah cucu-cucu,” katanya dalam satu temu bual bersama Sinar Harian, tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan