Cari Artikel

Sunday, June 9, 2013

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia


Artis Malaysia, Artis Veteran, Dunia, Hiburan, Latifah omar, Malaysia, Meninggal, Selebriti, Seniwati Latifah Omar


KUALA LUMPUR, 9 JUN 2013: Baru sahaja kita dikejutkan dengan kematian pelawak veteran, Allahyarham S.Shamsuddin, Selasa lalu, dunia hiburan tanahair dikejutkan pula dengan berita kematian seniwati terkenal era yang sama, Latifah Omar yang meninggal dunia petang tadi.

Mengikut laporan mStar Online, seniwati Latifah Omar meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekitar jam 6.19 petang tadi. Berita tersebut disahkan oleh anak Allahyarhamah sendiri, Affendi Rahmat yang dihubungi mStar.

Allahyarhamah, 74, dikatakan meninggal akibat penyakit kanser ulser usus setelah dimasukan PPUKM seminggu yang lalu.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi esok Isnin.

Seniwati hebat ini sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

Bocik juara mingguan, tiada penyingkiran


Malaysia, Hiburan, Artis malaysia, Selebriti, Bintang Mencari bintang, Bocik, juara, Mingguan, tiada, Penyingkiran
Afdlin (tengah) bersama anak didiknya, Bocik. - Foto ihsan TV3


RAZIATUL HANUM A.RAJAK
9 Jun 2013

KONSERT separuh akhir kedua Bintang Mencari Bintang (BMB) yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan kelima-lima peserta terselamat apabila pihak penerbit mengumumkan tiada proses penyingkiran dijalankan.


Anak didik Afdlin Shauki, Bocik diumumkan juara mingguan dengan kutipan mata 80.2 peratus.


Kini, tinggal satu lagi konsert penetuan yang perlu dilalui peserta BMB sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, hujung bulan ini.


Persaingan semakin sengit, malah peserta yang beraksi malam ini bangkit dengan idea yang lebih menghiburkan berbanding minggu lalu.


Bocik yang dianggotai Muhamad Fadzlie dan Syed Umar Mokhtar bijak menggunakan idea guru disiplin dengan pelajar dan kemunculan mampu memecah perut penonton.


Gandingan mereka terus mantap setiap minggu dan kali ini, Bocik mendapat 19 markah dari juri awam.


Pentas dibuka dengan aksi anak didik Sabri Yunus, Titan yang kekal menggunakan lawak bijak tapi menghiburkan.


Fazlisham dan Azizul Ammar mengangkat idea tentang dua pemotong kayu yang sedang memikirkan cara untuk menghasilkan duit lebih banyak daripada sebatang kayu.

Persembahan tidak menghampakan itu dikatakan telah dibantu oleh pengalaman mereka di pentas teater dan menerima 17 markah dari juri awam.


Sementara anak didik Faizal Ismail (FBI), Tapaw pula bijak mengolah idea tentang kelawar.


Mendapat 19 markah dari juri awam, Tapaw juga dipuji juri.


"Barulah seronok nak menonton. Dengan 'punch line' yang comel-comel...ada sampai, ada rasa," kata Ogy.


Satu-satunya peserta solo, Achey kelihatan sedikit bangkit berbanding minggu lalu dengan idea orang gila.


Achey menerima 16 markah dari juri awam.


Seorang lagi anak didik Afdlin, Bowl terus menghiburkan penonton dengan aksi mencuit hati.


Bowl yang dianggotai Syed Ali dan Danial Lee pula terus bangkit dengan isu kaki pengampu di pejabat.


Masing-masing mendapat 19 dan 17 markah dari juri awam malah, aksi mereka mendapat pujian para juri profesional.


Menurut Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, dengan aksi pada malam ini, Bowl layak menempah tiket ke final.


"Tahniah. Watak anda hidup. Alhamdulillah anda sudah menemui kekuatan. Perkembangan yang hebat.


"Dengan persembahan sebaik ini, insya-ALLAH anda sudah menempah tiket ke final," katanya.


Kesemua peserta bakal bersaing minggu depan di pentas penentuan sebelum disahkan layak ke peringkat akhir.

Latifah Omar meninggal dunia


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti,Artis veteran, Latifah Omar, Meninggal, Dunia


KUALA LUMPUR 9 Jun - Pelakon veteran Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser pada kira-kira pukul 6 petang ini.


Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.


“Allahyarham menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di HUKM dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang tadi saya dimaklumkan beliau sudahpun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Melia tidak dendam


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Melia, Tidak, Dendam, Noor Melia Aimiellia Zaidi, Melia Bogel, Melia telanjang, Melia tetek, Melia seksi, Melia bikini, Melia isap kote, Melia Melancap, Melia Suka Lancap batang Kote


Oleh Hellinie Sina

Terlalu banyak kenangan pahit yang ingin dilupakan pelakon berusia 20 tahun ini. Zaman remaja yang sepatutnya ceria bertukar gerhana apabila berdepan kontroversi memalukan tatkala dia mencari tapak kukuh bergelar anak seni.


Bergenang air mata Melia atau nama sebenarnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi setiap kali terkenang kisah panas itu. Namun apakan daya, sejarah tidak mampu diubah.


Suka atau tidak, heroin filem Karipap-Karipap cinta ini terpaksa menelan pandangan sinis segelintir masyarakat meskipun kes penyebaran video separuh bogel yang didakwa mirip wajahnya sudah selesai.


Begitu juga dengan khabar angin kononnya dia pernah menggugurkan kandungan, di mana ia senyap begitu saja.


Pun begitu, kembara seni pelakon manis ini sekali lagi diuji apabila dia dituduh kaki hutang dan suka berdolak-dalih setiap kali diminta membayar kembali wang.


“Ada sebab saya berhutang. Mungkin orang ingat hasil lakonan lebih daripada cukup untuk sara hidup, tetapi kami juga manusia biasa yang berdepan masalah kewangan.


“Saya berhutang atas dasar ingin membantu beberapa rakan artis yang memerlukan wang. Saya tidak ada duit untuk dipinjamkan, tapi ada ramai sahabat yang dapat membantu.


“Dengan niat menolong dan menjaga nama baik mereka, saya sanggup meminjam dengan mengaku ada masalah kewangan.


“Masalah timbul apabila artis yang dibantu tidak mengembalikan wang pada waktu dijanjikan. Sudahnya, nama saya yang busuk.


“Apabila mereka pulangkan duit itu, bukan mudah saya berhubung dengan insan baik hati meminjamkan wang kerana mereka sudah bermasam muka dengan saya,” katanya.


Kadangkala terlintas di fikiran dia sering dipergunakan untuk kepentingan peribadi orang lain. Walaupun beberapa kali terperangkap dengan situasi itu, Melia tidak sampai hati membiarkan individu berkenaan tanpa menghulurkan pertolongan.


Walaupun rasa dikhianati, tetapi tidak sedikit pun ada rasa dendam dalam hati. Tegasnya, apa yang diluahkan bukan bertujuan meraih simpati mana-mana pihak, jauh sekali ingin memalukan mereka yang pernah memperalatkannya.


“Saya tidak berdendam tetapi terkilan dengan sikap mereka. Bila saya tolong, mereka tikam dari belakang. Ramai cakap saya bodoh kerana bersusah payah membantu orang lain sedangkan diri sendiri terkapai-kapai.


“Bantuan yang saya hulurkan itu ikhlas. Saya tolong setakat yang saya mampu, tidak sangka pula jadi begini.


“Saya dedahkan perkara ini bukan untuk tunjuk saya baik, tetapi mahu jelaskan kedudukan sebenar kepada mereka yang hanya tahu bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain,” katanya tegas.


Tambahnya dalam nada kecewa, baru-baru ini ada seorang wanita menggunakan nama Nadya Alyssa memaki-hamunnya di laman sosial Facebook (FB) miliknya. Tindakan individu itu menuduh dia merampas suaminya sungguh memalukan.


Tidak mahu cepat melatah, anak sulung daripada dua beradik ini cuba menghubungi wanita itu dengan menghantar mesej menerusi FB bagi bertanyakan identiti lelaki yang dikatakan ada hubungan dengannya, namun hampa apabila tidak mendapat kerjasama.


“Saya hantar mesej bertanya siapa suaminya, tapi dia hanya balas ‘malas nak layan’. Bukan itu saja, dia turut menyekat FB saya supaya saya tidak boleh menjejaki identitinya.


“Saya berkawan dengan semua orang, termasuk lelaki bergelar suami orang. Wanita itu cakap dia pernah bagi amaran jangan keluar dengan suaminya banyak kali, tetapi saya tidak pun pernah dapat apa-apa mesej seperti itu.


“Kalau dia isteri yang taat dan sempurna, suaminya tidak akan keluar dengan wanita lain. Lebih baik lihat diri sendiri dulu sebelum menuding jari pada orang lain.


“Saya sudah penat dengan kontroversi. Saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan kisah sensasi dan dilabel sebagai ratu kontroversi,” katanya.


Dihambat kontroversi berterusan, Melia bersyukur masih ada pihak memandang bakatnya dengan memberi laluan melakonkan watak penting dalam drama bersiri.


Bakal muncul dengan Cinta Puteri Salju yang bakal bersiaran menerusi saluran Astero Prima tidak lama lagi, Melia yang bergandingan dengan Zizan Nin berkata, dia tidak berdepan kesukaran menghidupkan watak Sofia.


“Watak itu tidak terlalu berat. Dia remaja yang berangan-angan jadi Snow White. Oleh kerana dia cantik, dia dicemburui ibu tirinya, lakonan Fazlina Ahmad Daud.


“Pelbagai cara cuba dilakukan ibu tirinya supaya dia mati, termasuk beri makan buah epal beracun. Walaupun tampak lurus, Sofia sebenarnya bijak. Dia cuma berpura-pura makan buah itu dan mati.


“Paling mencabar apabila perlu cium katak. Ketika menjayakan babak itu, saya minta gantikan katak itu dengan patung tetapi produksi cakap tak boleh. Walaupun geli, saya kena cium juga,” katanya.


Setakat ini Melia menerima banyak tawaran namun belum ada kata putus berikutan perlu meneliti watak, skrip dan masa terlebih dulu supaya tidak ada pertindihan jadual.


Seboleh mungkin, dia tidak akan menjayakan dua produksi dalam satu masa kerana bimbang akan mengganggu kelancaran kerja andai satu daripadanya ada masalah.

“Memang kita boleh atur jadual supaya tidak bertembung tetapi andai penggambaran pertama ada masalah, projek kedua pasti terganggu.


“Lagipun, sukar untuk saya bergerak dari lokasi pertama ke lokasi kedua kerana tiada kenderaan sendiri. Saya tidak mahu menyusahkan orang, jadi jalan terbaik elak buat dua kerja dalam satu masa.


“Apapun, saya tidak memilih watak. Susah untuk orang baru saya berkembang andai terlalu memilih. Justeru, mana datang dulu dan watak yang dibawa tidak keterlaluan hingga memalukan diri dan keluarga, saya terima,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Ainul sibuk berniaga


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ainul, Sibuk, berniaga, Ainul Aishah Azizun, Ainul A Cookies, Ainul Aishah Bogel, Ainul Aishah telanjang, Ainul Aishah tetek, Ainul Aishah seksi, Ainul Aishah bikini, Ainul Aishah isap kote


Oleh Hellinie Sina

Pelakon berkulit hitam manis ini tidak lekang dengan senyuman ketika menyusun bicara. Kehilangannya bukan disebabkan tidak tawaran, sebaliknya pemilik nama Ainul Aishah Azizun ini sibuk memberi tumpuan terhadap perniagaan yang diusahakan.


Terbaru, dia yang mesra membahasakan dirinya Ainul meluaskan empayar Ainul A Cookies yang diusahakan sejak dua tahun lalu.


Berkesempatan bertemu dengannya di majlis The Amazing Red Kurung And Kebaya di The Weld, Ainul berkata, dia terpaksa memperlahankan aktiviti seni buat sementara waktu. Walaupun rindu beraksi di lokasi penggambaran, dia tidak ralat kerana apa yang diusahakan membawa pulangan besar andai dilakukan bersungguh-sungguh.


“Tawaran berlakon ada tapi saya terpaksa pejam mata demi bisnes. Biarlah perniagaan kukuh dulu, baru saya kembali aktif berlakon.


“Rindu memang rindu tapi apa boleh buat, saya kena berkorban apabila keutamaan kini adalah perniagaan. Saya merancang untuk buka sebuah kafe.


“Bagi mengembangkan bisnes Ainul A Cookies, saya bekerjasama dengan pereka fesyen, Wanpa. Saya hantar biskut ke butiknya supaya pelanggannya dapat mencuba. Agak memberangsangkan juga kerana ramai buat tempahan,” menurut Ainul lagi.


Mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memulakan perniagaan, Ainul dan Wanpa menyuntik modal sebanyak RM50,000 untuk mengembangkannya.


Seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh, Ainul sedar kerjaya seni tidak menjamin pendapat tetap, justeru dia memerlukan sesuatu yang lebih menjamin masa depannya. “Pun begitu, tidak bermakna kerjaya seninya bernoktah kerana andai ada tawaran sesuai, dia akan melakukannya.


“Kita tidak tahu sampai bila kehadiran kita diperlukan dalam industri, apatah lagi kemunculan pelakon baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.


“Saya perlukan sumber rezeki yang kukuh dan bertahan lama. Saya mungkin kembali berlakon selepas sambutan Aidilfitri. Buat masa ini susah untuk saya bahagikan masa.


“Kalau terikat dengan penggambaran, siapa pula mahu tengokkan bisnes? Projek kali ini lebih mencabar kerana saya akan pasarkan produk dalam skala besar,” kata pelakon Pilot Cafe berkenaan ketika ditemui, baru-baru ini.


Ditanya mengapa dia bersetuju beraksi dalam filem Pilot Cafe, sambil tersenyum Ainul berkata, sudah lama dia teringin bekerja dengan sutradara Osman Ali.


Walaupun watak sampingan, anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak kisah asalkan dapat melihat cara kerja Osman dari dekat.


“Tidak dinafikan, ketika ditawarkan menjayakan filem itu saya sangat sibuk tetapi disebabkan pengarahnya adalah Osman, saya terima.


“Saya mengagumi karyanya dan pengalaman bekerja dengan pengarah hebat ini sangat berharga buat saya,” katanya yang teringin berlakon di samping bintang jelita, Fazura.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Latifah lebih seminggu di ICU kerana kanser usus


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Veteran, Artis Veteran, Latifah omar, Lebih, Seminggu, Di, ICU, Kerana, Kanser, Usus


Sekalipun menjalani pembedahan, seniwati terkenal, Latifah Omar, 74, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


Anaknya, Affendi Rahmat, 55, berkata, sejak dimasukkan ke ICU, pagi Jumaat minggu lalu, yang bermakna lebih seminggu ibunya masih tidak dipindahkan ke wad biasa, keadaan ini sedikit sebanyak merisaukan keluarga mereka.


Menurut Affendi, Khamis lalu, ibunya menjalani menjalani MRI (magnetic resonance imaging) ‘scan’ iaitu kaedah menghasilkan gambar organ dalaman.

“Saya difahamkan oleh doktor, emak dimasukkan ke dalam ‘terowong’ untuk tujuan ‘scan’ kerana kemungkinan ada komplikasi lain selepas pembedahan.


“Keadaan emak sangat lemah, cuma selepas dua hari menjalani pembedahan, dia beri tindak balas dan bertanya saya dia sakit apa.


“Saya tidak ceritakan keadaan sebenar, cuma berkata emak sakit perut biasa. Dia juga minta basahkan bibirnya dengan air kerana kering,” katanya.


Latifah yang menghidap ulser usus, menerima rawatan awal di Pusat Perubatan Kampung Baru sebelum dipindahkan ke HUKM dengan ambulans selepas mengadu sakit dan muntah selepas Subuh, pagi Jumaat. Pembedahan empat jam dijalankan di HUKM lewat tengah malam Jumaat.


Latifah mula menceburi lakonan pada usia 16 tahun melalui filem Panggilan Pulau pada 1954 di samping Tan Sri P Ramlee. Bakat semula jadi dan raut wajah keMelayuan asli ada padanya membolehkan Latifah terus menggilap nama sebagai primadona filem Melayu.


Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad ketika aktif membintangi sebanyak 23 filem, antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.


Menurut Affendi, sejak ibunya masuk ICU, antara artis yang menziarahinya ialah Datuk Rosnani Jamil, Datin Umi Kalthum, Aspapela Abdullah, Rozita Rohaizad dan Melissa Saila. Latifah hanya tersenyum bila diberitahu rakan artis melawatnya, sekalipun tidak berjumpa mereka.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

CAK: A Aida dihimpit VIP


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Pengarah, A.Aida, CAK, Dihimpit, VIP, A.Aida telanjang, A.Aida Bogel, A.Aida Tetek, A.Aida Seksi, A.Aida Bontot


Sudah banyak kali Sha terima ‘laporan’ daripada beberapa sumber yang ternampak penerbit dan pelakon, A Aida keluar makan dengan VIP di sekitar pusat beli-belah Pavilion. Yang menarik perhatian Sha, bukan VIP yang sama, sebaliknya ada beberapa.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pelakon, Pengarah, A.Aida, CAK, Dihimpit, VIP, A.Aida telanjang, A.Aida Bogel, A.Aida Tetek, A.Aida Seksi, A.Aida Bontot


Berdasarkan penampilan semua VIP itu, kata sumber, bukan calang-calang orangnya. Semuanya bekerjaya hebat dan ada status tinggi.


Tambah buat Sha ternganga apabila ada seorang teman bercerita, Aida kini jadi rebutan. Apa disampaikan itu beberapa hari lalu seakan-akan mengesahkan ‘laporan’ diterima sebelum ini.


Bagaimanapun, Sha pernah dimaklumkan seorang rakan, Aida memilih orangnya. Memang orangnya cepat mesra dan mudah didekati tetapi kalau nak buat kekasih, dia akan teliti semua aspek.


Teman tadi cakap, Aida mempunyai prinsip tersendiri di mana dia tidak akan sesekali melayan suami orang. Kalau benar begitu, Sha tabik dengan Aida.


Apapun, Sha tidak mahu terlalu cepat buat kesimpulan. Mungkin dia keluar minum dengan golongan kenamaan itu atas dasar bisnes.


Mana tahu, ada antara mereka berminat mahu melabur dalam projek terbaru terbitan syarikat produksinya. Tak mustahilkan? Pun begitu, kalau sedang mengenal hati budi, tak salah rasanya. Aida pun sudah kembali solo. Orangnya cantik dan peramah, siapa yang tidak jatuh hati. Tak gitu?


Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Transformasi Glam: Pierre sumber inspirasi Mikail


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Transformasi, Glam, Pierre, Sumber, inspirasi, Mikail, Pierre Andre, Mikail Andre
Pelakon Mikail Andre


Sekali pandang sudah tahu Mikail Andre adalah adik kepada pengarah serta pelakon popular, Pierre Andre. Ini kerana raut wajah, gaya serta percakapan dua anak dramatis hebat, Khatijah Tan ini tidak jauh berbeza.


Mewarisi darah Perancis daripada bapanya, Nazrul Andre, jejaka berusia 21 ini tidak kisah pembabitannya dalam dunia seni dibayangi Pierre, apatah lagi figura itulah yang menjadi sumber inspirasi serta rujukan sebagai pelakon.


Malah, hadirnya Mikail di persada seni adalah atas dorongan Pierre. Selepas tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Mikail teringin melihat cara pembikinan filem lalu mengikut abangnya ke lokasi penggambaran Al-Hijab.


Apabila ditawarkan watak kecil dalam Al-Hijab, Mikail menyahut cabaran itu. Dia bekerja sebagai kru produksi lebih setahun sebelum menjadikan lakonan kerjaya sepenuh masa.


Bernaung di bawah Metrowealth International Group (MIG), Mikail mendapat bimbingan ibunya untuk menjiwai watak yang dibawa.


Berpendapat pelakon harus mempunyai penampilan menarik, dia yang sebelum ini mempunyai berat 130 kilogram berjaya menurunkan berat badan menjadi 81 kilogram dalam masa enam bulan.


Setakat ini Mikail berlakon dalam enam filem, antaranya Hantu Dalam Botol Kicap, 1 Lawan Satu yang bakal menjengah pawagam seluruh negara pada 27 Jun ini dan Kisah Paling Gangster (masih menunggu tarikh tayangan tahun ini).


Pernah menjayakan drama Rawan, Mikail kini sibuk dengan penggambaran drama rantaian Dewi Lasak yang turut dibintangi Bella Daly, Intan Ladyana dan Atikah Suhaime.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Mohd Mikail Andre
TARIKH LAHIR: 17 Julai 1992
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
BERAT: 84 kilogram
HOBI: ‘Wall climbing’, melancong, menyukai seni lukis, muzik dan filem
Kurang menggemari makanan atau minuman yang terlalu manis dan bersusu

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

CAK: Selebriti bakal timang anak kedua


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, CAK, Bakal, Timang, Anak, Kedua


Ketika membelek senarai nama dalam telefon, terdetik di hati untuk bertanya khabar rakan artis ini. Maklumlah sejak menceburi bidang baru, jarang kami dapat bertemu. Kalau ada pun, ketika dia muncul dengan single baru. Itupun sudah lama.


Dalam rancak berbual, entah macam mana Sha gatal mulut bertanya bila mahu tambah ahli keluarga. Anaknya kini berusia dua tahun, tak salah kalau mahu tambah seorang lagi. Tanpa disangka, sambil ketawa dia cakap macam tahu-tahu saja dia hamil.


Tak sangka pula usikan Sha jadi kenyataan. Artis ini mengaku hamil anak kedua, namun memandangkan usia kandungan terlalu baru, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga dan peminat hinggalah melepasi tempoh tiga bulan pertama.


Dia minta Sha rahsiakan dulu identitinya kerana tidak mahu keluarganya kecil hati. Kalau boleh, dia mahu beri kejutan kepada ibu bapa dan mentuanya.


Menghormati permintaannya, Sha tak boleh cakap siapa orangnya dan hanya akan maklumkan di ruangan ini apabila dia maklumkan berita gembira itu kepada keluarganya.


Apapun, Sha tumpang gembira dengan perkembangan ini dan doakan ibu serta bayi dalam kandungan sihat. Tahniah!

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

After Earth gagal beri impak


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Selebriti, Filem, Movie, After Earth, gagal, beri, impak, Will Smith, Jaden Smith


Agak mengejutkan apabila rata-rata pengkritik filem antarabangsa memberi komen negatif mengenai filem terbaru lakonan Will Smith dan anaknya, Jaden.


Jika dilihat dari sudut genre filem, tidak dinafikan After Earth gagal memberi impak kepada peminat filem cereka sains yang mahukan lebih aksi. 


Apatah lagi, ia lebih banyak bermain dengan nilai sentimental dan elemen melankolik. Babak aksi pula sekadar 40 peratus daripada keseluruhan plot. 


Namun penulis melihat filem ini daripada sudut subjek utama, yakni kepentingan menjaga hubungan antara manusia dan bumi serta anak dan ayah.


Subjek filem ini lebih mendalam berbanding kehendak aksi yang diinginkan pihak yang ‘kurang sabar’ dengan sebuah karya.


Kemungkinan puncanya, M Night Shyamalan banyak menghasilkan filem yang subjeknya seperti Sixth Sense yang berjaya menarik perhatian banyak pihak. 


Atas alasan itu, semua filem M Night Shyamalan dianggap syok sendiri walhal dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk. Dan, untuk After Earth, penulis melihat ia ibarat seikat pisang yang masih boleh dinikmati. 


Melihat daripada sudut lakonan, Will banyak memberi ruang kepada anaknya meneraju isi cerita. Ini adalah cara Will untuk melihat kemampuan anaknya bermain dengan karakter. 

Cara itu hampir berkesan kerana Jaden boleh matang tanpa berada di bawah bayang-bayang ayahnya. Kematangan lakonan Jaden dapat dilihat selepas kali terakhir muncul dalam filem The Karate Kid (2010). 


Cuma beberapa babak dilihat berlebihan apabila dia cuba menonjolkan perasaan takut yang teramat sangat. Pun begitu, ia tidak mustahil kerana apa saja boleh berlaku pada manusia bila sendirian di tempat asing. 


Mengisahkan Cypher (Will Smith) dan Kitai (Jaden) terperangkap di bumi selepas kapal pengangkut mereka rosak hingga mendarat cemas lalu terhempas di bumi. 


Tempat itu terlalu asing buat mereka kerana ditinggalkan lebih seribu tahun akibat kerosakan yang berpunca daripada manusia. 


Akibat kecederaan serius dialami Cypher, Kitai perlu bergerak sendiri mendapatkan pertolongan berikutan masalah komunikasi kapal angkasa mereka. 


Bermula daripada situ, penonton akan terus melihat kesan hubungan ayah dan bapa daripada sudut yang unik. 


INFO 

ARAHAN: M Night Shyamalan 
PELAKON: Jaden Smith, Will Smith dan Sophie Okonedo 
GENRE: Cereka sains 
TAYANGAN: 6 Jun 2013 
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

CAK: Keroz, Ema tersipu malu ditanya pasal cinta


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, CAK, Keroz, Ema, tersipu, ditanya, pasal, cinta, Keroz Nazri, Ema AF8


Kata orang, kalau berada dalam bidang sama dan selalu berurusan, potensi untuk bercinta dan berkahwin sesama sendiri sangat tinggi. Yelah, pi mai pi mai, tang tu jumpa orang yang sama, tak mustahil ada yang tersangkut.


Tidak hairan mengapa ramai artis bercinta sesama artis. Ada juga bercinta dengan pemuzik, pengacara, orang belakang tabir, pengarah dan macam-macam lagi.


Tahun lalu, Sha pernah dengar penyanyi muda, Keroz Nazri yang popular dengan lagu Sedia Bercinta Lagi hangat bercinta dengan Ema AF8. Ala... kakak Adira tu.


Bagaimanapun, Keroz menafikan perkara itu dengan menyatakan mereka hanya kawan baik.


Beberapa bulan lalu, timbul pula desas-desus Keroz ada kekasih baru apabila dia dilihat mengunjungi sebuah butik pengantin dengan seorang wanita cantik. Dan, gambar dua figura itu hangat tersebar di Internet.


Terbaru, ada sumber menyampaikan, Ema datang ke majlis perkahwinan adik Keroz. Ketika itu, Keroz dan Ema jadi bahan usikan. Maklumlah, mereka nampak sangat mesra, sekali pandang macam pasangan kekasih.


Apabila diusik, kedua-duanya tersipu-sipu malu. Hmmm... setahu Sha kalau malu-malu kucing, maknanya ada rasa suka di hati. Keliru sekejap, apa kata Keroz tampil beri penjelasan siapa sebenarnya yang bertakhta di hatinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Liyana kini sudah matang


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Liyana, Kini, Sudah, Matang, Liyana Jasmay, Pelaon, Filem, Sindiket
LIYANA JASMAY masih meneruskan kerjaya seni meskipun bergelar isteri.


Oleh Shakilawati Abd Rahman

Bicaranya kian matang sejak berstatus isteri. Sepanjang perbualan, Liyana Jasmay tampak tenang, bahkan senyuman yang terukir di bibir menyerlahkan kebahagiaan dikecapi bersama suami tercinta, Fathuddin Mazlan.


Ketika majlis pelancaran filem Sindiket di restoran Rebung, minggu lalu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 dan Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2009 ini mengakui hari-hari dilaluinya lebih bermakna dengan adanya Fathuddin, bahkan dia terharu dengan kasih sayang tidak berbelah bagi daripada suami tercinta.


Meskipun menggalas komitmen sebagai suri hidup jejaka itu, dia masih boleh meneruskan karier seni seperti biasa. Sikap terbuka dan memahami suami membuatkan dia rasa disayangi.


Katanya yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah, andai ada penggambaran di Kuala Lumpur, Fathuddin akan bertemunya setiap minggu, bahkan kalau terlalu rindu, empat hari sekali mereka akan bertemu.


“Suami sokong kerjaya saya. Katanya, sementara belum ada anak, terima saja kalau ada tawaran. Sejak Mei lalu, saya terpaksa berjauhan dengannya kerana menjayakan penggambaran drama rantaian Sahabat terbitan Suhan Movies di Kuala Lumpur dan dia tidak pernah gagal bertemu saya setiap minggu.


“Sebagai isteri, tentu saya terharu kerana penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur ambil masa lebih dua jam dan dia sanggup berulang alik. Kalau rindu sangat, empat hari sekali dia datang. Begitulah rutin kami sejak dua bulan lalu.


“Syukur, penggambaran filem Sindiket arahan Bade Azmi nanti diadakan di Kundasang, Sabah. Perjalanan dari rumah kami ke Kundasang hanya 45 minit, bolehlah suami hantar dan ambil saya setiap hari,” katanya riang.


Tambah Liyana, meskipun mendapat lampu hijau meneruskan kerjaya seni, dia perlu peka dan menjaga batas ketika berlakon. Ini kerana sebagai isteri, dia perlu menjaga hati dan maruah suaminya.


Sebagai contoh, sebaik saja tahu perlu berpenampilan seksi dan menjayakan babak rogol dalam filem Sindiket terbitan Loyal Sutdio Sdn Bhd, perkara pertama dilakukan adalah menghubungi suaminya untuk bertanya pendapat wajarkah dia menerima tawaran itu.


“Saya kemudian menghubungi abang Bade bagi mendapatkan gambaran jelas babak itu dan lega apabila dimaklumkan tiada adegan sentuhan, malah seksi dimaksudkan bukan melampau. Ala-ala pakaian mahu ke kelab malam.


“Abang Bade kenal suami saya dan dia tidak akan buat benda yang memalukan pelakonnya. Kalau perasan, dari dulu lagi saya elak babak bersentuhan yang intim.


“Bagi saya, babak sensasi itu boleh digantikan dengan kaedah lain seperti helah kamera,” katanya yang menghormati prinsip Bade dalam menjaga maruah dan nama baik pelakon.


Mengulas lanjut filem terbaru lakonannya, Liyana berkata, sudah lama dia teringin menjayakan karya yang memaparkan isu pemerdagangan manusia. Kali pertama membaca skrip dihasilkan Bade itu, dia sudah jatuh cinta.


Lebih teruja apabila dapat bergandingan dengan Sharifah Amani, Sharnaaz Ahmad, Rashidi Ishak, Daphne Iking, Soo Wincci dan ramai lagi pelakon berbakat besar.


“Pemerdagangan manusia banyak berlaku di Sabah. Sebelum ini, saya pernah dengar di Indonesia, anak dalam kandungan dibeli untuk dijadikan pelacur. Perkara ini menyentuh hati saya.


“Menerusi filem ini, saya dan Amani memegang watak sebagai kawan. Ada 25 babak di mana ada permulaan, klimaks dan penamat. Ia bukan mudah dibuat, tetapi abang Bade mampu menggarap dengan baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Diugut kerana LARI!


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pengarah, Penerbit, Filem, Ahmad Idham Nazri, Diugut, Kerana, LARI
Penerbit dan Pengarah filem LARI, Ahmad Idham Nazri


Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI

Filem Lari lakonan Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Erin Malek baru ditayangkan seluruh Malaysia, 6 Jun lalu, tetapi tiba-tiba saja penerbit dan pengarah filem itu, Ahmad Idham Nazri didakwa menerima SMS ugutan.


SMS ugutan itu dipercayai datang daripada seorang wakil pemamer yang dipercayai tidak berpuas hati kerana filem itu ditayangkan dalam format digital.


Kebanyakan filem terbitan tempatan ditayangkan format filem 35mm manakala filem luar negara selalunya diberi peluang menggunakan format digital, sesuatu yang tidak adil pada penerbit filem tempatan.


Untuk pengetahuan, format digital menghasilkan kualiti gambar lebih terperinci dan cerah, manakala sistem audio (bunyi) lebih menyerlah berbanding format 35mm yang disifatkan ketinggalan.


Ahmad Idham ketika dihubungi SELEBRITI terkejut bagaimana ia boleh tersebar dan menyifatkan ugutan itu lebih berbentuk peribadi yang tidak sepatutnya diperbesarkan.


“Saya tidak mahu memberi komen berlebih-lebihan pasal SMS itu, tetapi saya akui terkilan dengan apa yang berlaku. Sebelum ini, saya tidak pernah ada masalah bila berurusan dengan pihak pengurusan pemamer.


“Malah, pegawai terdahulu daripada pemamer itu sentiasa membantu penerbit filem tempatan hingga banyak filem tempatan mendapat kutipan bagus,” katanya.


Ketika ditanya punca masalah, Ahmad Idham mendakwa ia mungkin berpunca daripada filem terbaru arahannya ditayangkan dalam format digital di bawah kendalian pemamer yang menjalankan operasi di Alamanda, Putrajaya.


Sedar atau tidak, dengan situasi begitu banyak filem luar ditayangkan menyebabkan filem tempatan sering dianaktirikan, terutama apabila membabitkan tayangan di panggung digital tempatan.


Masalah ini dilihat bukan setakat di peringkat pemamer, tetapi sepatutnya diperinci Perbadanan Filem Nasional (FINAS) selaku badan pemantau dipertanggungjawabkan dalam soal kemajuan filem tempatan.


Pengarah yang pernah muncul dengan filem pecah panggung seperti Hantu Bonceng, Mael Lambong dan Adnan Sempit ini berkata, Finas sepatutnya mengambil langkah tegas untuk menguatkuasakan peraturan ke atas pemamer, terutama memberi keutamaan kepada penerbit tempatan yang sering dianaktirikan dalam negara sendiri.


“Saya percaya kebanyakan penerbit mahu FINAS lebih tegas dan terus bertindak dalam menangani isu format tayangan filem tempatan supaya tidak berulang.


“Pasaran kita tidak sebesar manapun, penerbit tempatan terpaksa bersaing dan berebut tempat dengan filem luar negara,” katanya yang meminta Finas terus membantu penerbit filem tempatan melangkah jauh ke persada dunia, seperti ke Festival Filem Cannes, baru-baru ini.


Ditanya mengenai Lari yang mendapat peluang ditayangkan kepada pembeli filem di pasaran antarabangsa melalui Marche du Film bersempena Festival Filem Cannes, bulan lalu, Ahmad Idham masih menunggu maklum balas daripada pihak syarikat yang membawa karyanya ke sana dan difahamkan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat.


“Jika ada rezeki, kita akan ‘berlari’ ke luar negara. Biar pihak di sana selesaikan dulu segala urusan. Apabila bersedia, kami akan maklumkan,” kata Ahmad Idham yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru berjudul Cinderella dan super-telefilem raya berjudul Abang Long vs Kak Yong.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Saleha dah biasa tampil bertudung


Malaysia, Artis malaysia, Hiburan, Selebriti, Saleha, dah, biasa, tampil, bertudung, Siti Saleha


Oleh Rudy Imran Shamsudin

Tampil bertudung dalam filem mahu pun drama bukan sesuatu yang asing bagi pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha Mohd Baharum atau Saleha.


Sebelum ini, dia tampil bertudung dalam drama bersiri yang berjaya mengangkat namanya dalam industri penerbitan tempatan, iaitu Ustaz Amirul dan Syurgamu Ramadan. Dia turut tampil imej sama dalam filem, Pencinta.


Ramai memuji setiap kali dia muncul dengan watak wanita bertudung. Kata mereka, gadis kelahiran Basildon, England itu nampak manis dan ayu.


Sekali lagi, Saleha tampil bertudung dalam Memberku Hawa yang diterbitkan dengan kerjasama syarikat produk tuala wanita Kotex buat musim kedua.


Istimewanya, selain membintangi drama bersiri yang kini disiarkan di saluran Astro Ria setiap Rabu bermula Rabu lalu, jam 10 malam, Saleha turut dilantik menjadi duta produk terbabit bersama seorang lagi pelakon utama Memberku Hawa, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin.


Selaku jurucakap produk, Saleha turut terikat dengan pelbagai aktiviti, termasuk mengadakan promosi jelajah bertemu pelanggan dan peminat.


Drama bersiri Memberku Hawa punya ramai pengikut sejak ia ditayangkan pada musim pertama tahun lalu. Pastinya mereka sangat mengenali watak ditampilkan, malah apa dilakukan mereka pasti menjadi ikutan. Pada musim pertama, watak wanita bertudung dijayakan Faezah Elai.


Sebagai pelakon bagaimana Saleha berdepan situasi sedemikian, kerana tudung digunakan hanya untuk menjayakan watak Nur Hawa yang diwujudkan selepas Faezah tidak lagi terbabit.


Menjelaskan perkara itu, kata Saleha, setakat ini dia tidak menghadapi masalah dan kebanyakan penonton setia Nur Hawa faham dia bertudung bagi menjayakan watak.


“Nur Hawa seorang yang yakin dan positif. Sebagai gadis kampung dan hidup secara sederhana, dia harus mempelajari hakikat kehidupan dengan cepat dan pantas mengikut arus.


“Pengarah cuba menggambarkan perkara ini kerana banyak wanita muda di luar sana turut berdepan situasi serupa,” katanya.


Saleha juga yakin penampilannya yang jauh berbeza dengan watak Nur Hawa tidak akan menjadi isu atau mengelirukan penonton.


“Hakikatnya, mereka kenal saya. Apabila mengadakan promosi di luar bersama pengguna Kotex mahupun peminat, saya menjadi diri saya, tidak perlu tampil sebagai Nur Hawa.


“Setakat ini saya beberapa kali bertemu peminat dalam promosi jelajah yang diatur Kotex, termasuk di sebuah sekolah menengah baru-baru ini. Saya tidak bertudung seperti Nur Hawa.


“Maklum balas diberikan mereka sangat positif dan tidak pula ada pihak bertanya mengapa saya tidak bertudung apabila di luar atau menjadikannya isu,” katanya.


Jelas Saleha, yang penting selaku duta Kotex adalah dia menyampaikan mesej mengenai keyakinan diri dan memperkasa wanita muda memandangkan kualiti terbabit mampu membentuk persepsi mereka dalam masyarakat masa kini untuk bangkit berdepan cabaran harian.


Bercerita lanjut pembabitannya dalam Memberku Hawa, jelas Saleha, dia seronok apabila kali pertama digandingkan dengan Nad.


“Walaupun tidak pernah bekerjasama sebelum ini, mudah bagi kami mencari keserasian. Mungkin kerana masing-masing ada pengalaman dan bimbingan pengarah drama ini iaitu Bernard Chauly serta Lina Tan buat kami faham apa yang dimahukan dalam menggerakkan watak dibawa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Rossa temui peminat


Indonesia, Hiburan, Artis Indonesia, Selebriti, Rossa, Temui, Peminat
ROSSA jadi jurucakap Perbadanan Kebudayaan dan Pelancongan Jakarta.


Oleh Rudy Imran Shamsudin

Sekian lama tidak tampil dengan persembahan terbuka di Malaysia, penyanyi popular seberang, Rossa Roslaina Sri Handayani atau Rossa bakal menjayakan konsert Enjoy Jakarta, bakal berlangsung di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana pada 14 Jun ini.


Lebih menarik apabila penyanyi yang popular dengan lagu Tegar dan Ayat-Ayat Cinta itu akan bergandingan dengan kumpulan popular, Ungu.


Dalam satu kenyataan, Rossa berkata, konsert terbuka ini diadakan bagi menjayakan kempen promosi Perbadanan kebudayaan dan Pelancongan Jakarta (JTCO).


Ia sebahagian komitmennya sebagai jurucakap kepada JTCO. Penyanyi itu sekali lagi dipilih untuk menjadi duta sekali gus mempromosikan tempat percutian menarik di tanah kelahirannya, Indonesia.


“Kempen mempromosikan lokasi pelancongan menarik di Jakarta ini dibawakan khas oleh JTCO dengan kerjasama Explorer Tourism Network Sdn Bhd (ETN).


“Sebelum konsert berlangsung, satu majlis pelancaran mengenainya akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. “Pelbagai aktiviti diatur pihak penaja, bermula dengan sidang media dan seterusnya acara jamuan tengah hari istimewa bersama Rossa.


“Rakan media dan syarikat pelancongan tempatan turut dijemput untuk beramah mesra bersama saya mahupun rombongan daripada JTCO. Dalam erti kata lain, kita cuba membina jambatan untuk menjalin kerjasama,” katanya.


Kata Rossa, JTCO turut menganjurkan sesi dialog perniagaan bagi membuka peluang kepada syarikat pelancongan tempatan bertemu pembekal secara langsung yang diterbangkan daripada Jakarta seperti pihak hotel dan operator pelancongan.


Bercerita lanjut mengenai konsert bakal dijayakan, jelas Rossa ia bakal membuka peluang kepada peminatnya di sini untuk menyaksikan persembahannya bersama Ungu.


“Selalunya persembahan saya bersama Ungu hanya membabitkan konsert berbayar, tetapi kali ini kami akan muncul dalam persembahan khas dan percuma. Peluang ini pastinya tidak dilepaskan peminat setia. Ia akan bermula jam 7 malam.


“Konsert terbuka ini turut diwarnai dengan persembahan dari Denny Malik Dancers serta dikendalikan dua hos terkenal, Sara Sechan dan Heidi Yunus. Mereka diterbangkan khusus oleh JTCO dengan kerjasama beberapa penaja tempatan untuk menghiburkan pencinta muzik di sini,” katanya.


Penganjur juga akan membuat kejutan dengan menampilkan beberapa penyanyi tersohor tempatan yang pastinya akan merancakkan lagi konsert.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Sang Pencinta di Istana Budaya


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sang Pencipta, Di, Istana budaya, Datuk Mohamad Nasir Mohamad, M.Nasir, Konsert M Nasir Sang Pencinta


Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI

Dalam kembara nyanyiannya sejak 1979, Datuk Mohamad Nasir Mohamad atau M Nasir pernah beraksi dalam tiga konsert bertaraf mega. Pertama, Konsert Canggung di Stadium Negara (1994), Konsert Akar di PWTC (1995) dan kali terakhir, Konsert Alam Musik di Istana Budaya (2009).


Ibarat seekor Phoenix yang kembali bangkit dari abu, M Nasir kembali bertenaga untuk konsert besar pertama selepas empat tahun, Konsert M Nasir Sang Pencinta yang akan diadakan di Istana Budaya (IB) pada 28 sehingga 30 Jun ini.


Tolak ke tepi segala desas-desus yang ala canggung tersebar kononnya faktor isu kelembapan jualan tiket punca ia ditunda dari tarikh asal yakni 7 hingga 9 Jun lalu.


Sebaliknya, tumpuan kini ialah memberi yang terbaik kepada peminat tegar artis yang mendapat jolokan Sifu dek pencapaian mengagumkan dalam bidang seni.


Pertemuan dengan artis berasal dari Singapura itu di pejabatnya, Luncai Emas Sdn Bhd di Sungai Buloh, Rabu lalu menyingkap persiapan konsert kedua beliau di IB.


“Kali terakhir di IB empat tahun lalu dan saya kira kena buat juga, cuma masa dan bila saya akan tentukan. Kemudian saya didatangi Bombbay (Zamberi Shaari) yang menawarkan diri sebagai penerbit. Saya rasakan, inilah masanya.


“Bezanya konsert ini dengan konsert lalu adalah dari segi ‘mood’ penyampaian yang saya sifatkan ‘theaterical’. Bukan bermakna saya akan berlakon teater atas pentas IB,” katanya sambil perbetulkan laporan sebuah laman sesawang yang mendakwa beliau akan turut berlakon teater dalam konsert Sang Pencinta.


Katanya, teaterikal yang dimaksudkan ialah rekaan persembahan, termasuk muzik iringan, pencahayaan dan pemilihan lagu yang lebih besar dan dramatik.


Pada konsert itu, M Nasir akan menyampaikan 25 lagu baru dan lama, termasuk beberapa lagu ‘cover’ yang pernah dicipta untuk penyanyi popular tanah air dengan cara ‘unplugged’.


“Pemilihan lagu adalah difikirkan terbaik supaya ada kepuasan. Mungkin ada yang tidak biasa dengan beberapa lagu dipilih, ia sebagai memenuhi konsep persembahan yang perlukan ‘hype-up’ (tunjahan) tersendiri.


“Contohnya seperti lagu Dalam atau Bahtera Raudah, ada yang jarang didengar tapi bagi peminat tegar lagu nyanyian M Nasir, ia sebenarnya bonus buat mereka yang datang ke konsert itu,” kata Zamberi atau mesra disapa Bombbay selaku penerbit dan pengarah artistik konsert itu kelak.


Kata Bombbay, konsep itu (pemilihan lagu baru dan lama) bukan bertujuan menarik peminat muda ke IB melalui susunan elemen muzik ‘terkini’, sebaliknya biar keinginan itu datang dengan sendiri.


Bombbay akui walaupun tidak mendapat tajaan pihak luar, konsert ini tetap memberi kepuasan tersendiri. Pun begitu, Bombbay enggan mendedahkan kos keseluruhan konsert itu walaupun melihat dari segi persiapan, pemuzik iringan, pencahayaan dan props persembahan mampu menjangkau jutaan ringgit.


Melihat usia M Nasir yang menjangkau usia 55 tahun pada 4 Julai depan, mungkin ada beranggapan pada usia itu M Nasir ada ‘mentera’ tertentu supaya aktif di pentas.


Percaya atau tidak, satu-satunya ‘mentera’ buat M Nasir sentiasa aktif di pentas ialah alunan muzik dimainkan pemuzik yang rata-rata teman seperjuangannya dalam industri sedari dulu.


“Selain latihan berterusan, saya mendapat suntikan semangat daripada pemuzik yang saya kehendaki. Saya sudah terbiasa dengan mereka dan secara automatik tenaga itu akan datang bila beraksi di pentas.


“Pemuzik itu sebahagiannya daripada OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan daripada teman sendiri,” katanya ringkas.


Konsert M Nasir Sang Pencinta dibawakan oleh Bombbay Worldwide dengan kerjasama Red on Black dan Belbis serta sokongan Istana Budaya menampilkan Aznan Alias sebagai Pengarah Muzik dan Mohd Rafi Shafie pula sebagai Penyusun Alat Muzik ‘String’ Selain OSK, konsert itu akan disokong pemain gamelan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), sekali gus membawa pembaharuan terbaik selepas kejayaan Konsert Alam Muzik, empat tahun lalu.


Tiket Konsert M Nasir Sang Pencinta dijual pada harga serendah RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455.


Untuk mendapatkan tiket, sila layari www.ticket2u.biz atau hubungi ticket2u di talian 03-41478600.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Belasungkawa S.Samsuddin: Hilangnya seorang legenda


Malaysia, Hiburan, Artis malaysia, Artis veteran, Pelakon Lagenda, Belasungkawa, S. Shamsuddin, Hilangnya, Seorang, Lagenda
AZIZ Satar (kiri), Sudin dan P Ramlee dalam satu adegan filem lakonan mereka.


Oleh ADAM SALLEH

Kassim Baba: “Sekarang kamu boleh turunkan kamu punya tanda tangan.”

Ali Baba: “Ya kanda, ni surat pajak, ya kanda, apa orang kaya pun selalu masuk pajak gadai ke?”

Kassim Baba: “Apa kamu fikir orang kaya semua senang ke, kadang-kadang pun sesak la...”

Usahkan orang kaya, orang Melayu hakikatnya pada era filem Seniman Bujang Lapok ditayangkan di layar perak dulu tidak semewah sekarang.

Bukan saja sesak seperti apa dikata Kassim Baba, bahkan ramai orang Melayu ketika itu masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang, bahkan ada yang tahap papa kedana.


Namun segala keperitan hidup masyarakat Melayu yang baru setahun jagung menikmati kemerdekaan ketika itu bertukar ceria, gundah gulana yang mencengkam jiwa menjadi gembira tatkala melihat aksi S Samsuddin.

Watak Kassim Baba sindiran tajam terhadap orang Melayu yang mementingkan darjat dan harta benda. Dialog Kassim Baba yang memanggil Ali Baba “kamu” jelas menunjukkan, jika kita tiada harta, keluarga pun pandang sebelah mata, namun sebaik Ali Baba tiba-tiba menjadi kaya raya, keluarga jauh pun terus menjadi akrab.

Orang tamak selalu rugi diterjemahkan Kassim Baba dengan dialog: “Aduh, panas! Nasib baik kau panas, kalau kau tak panas, kau pun aku kebas.”

Bukan saja Kassim Baba, apa saja watak dibawa S Samsuddin atau Sudin, terutama sekuel Bujang Lapok, membuatkan kita sentiasa tidak kering gusi.

Lihat saja keletahnya dalam Bujang lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok, ada saja dialog Sudin yang menggeletek kita tanpa disedari terngiang-ngiang lalu membuat kita tersenyum sendiri.

Kehadiran Sudin sebenarnya menyuntik roh pada watak Ramlee dan Aziz untuk kita merasai warna sebenar masyarakat nusantara Melayu ketika itu.

Malah, pada hujung 1980-an, berlaku peristiwa menarik ketika rumah ibu penulis dijadikan lokasi filem usaha sama Malaysia dan Indonesia yang dibintangi Jenny Farida, Johan Saimima dan Abdullah chik.

Kebetulan RTM menayangkan filem Seniman Bujang Lapok. Agak mengejutkan tiba babak Ramlee, Aziz dan Sudin mahu diuji bakat oleh Ahmad Nesfu, tenaga produksi filem dari Indonesia itu berehat sebentar kerana mahu bergelak ketawa menyaksikan aksi menggelabah dan kalut Sudin ketika kali pertama melangkah ke studio Jalan Ampas.

Antara dialog yang dilafazkannya ketika itu adalah: “Hey apa punya lelaki pasal belacan pun kau nak pancung dia ke?” “Hey, apa shhhh, kau memang manusia durjana, sanggup kau guna kekerasan terhadap wanita, baik kau minta maaf, kalau kau tak minta maaf, lebam biji mata kau.”

Adegan ini menggeletek hero dan heroin pelakon Indonesia itu, dan menurut mereka filem P Ramlee, terutama Seniman Bujang Lapok, memberi gambaran sebenar di sebalik pahit getir menjadi orang filem.

Pertengahan 1990-an pula, ada sekeluarga orang berada dari Brunei mahu berjumpa Sudin. Kebetulan Sudin ketika itu berada di Kuala Lumpur dan atas bantuan Yusnor EF, dapatlah penulis menunaikan hasrat mereka berjumpa seniman tersohor itu di Kampung Atap.

Kini S Samsudin yang dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang tiada lagi. Seniman tersohor yang bermula sebagai pelakon tambahan menerusi filem Chempaka pada 1948 itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.56 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan, Singapura pada 4 Jun lalu akibat serangan jantung dan paru-paru berair.

Allahyarham berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan mempunyai tujuh anak serta 14 cucu. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang.

Berbanding dua lagi Bujang Lapok iaitu Ramlee dan Aziz, nasib Sudin tidak senikmat Aziz yang berstatus Datuk dan Ramlee yang bergelar Tan Sri.

Tiada anugerah tertinggi diberikan kepadanya, namun usah lupa, Sudin mengisi kekosongan jiwa kita dengan pelbagai aksi dan keletahnya yang membuatkan kita ceria sentiasa. Terima kasih Pak Sudin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Pilihan pakar bedah plastik


Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Pilihan, pakar, bedah, Plastik, Nichkhun, 2PM
Nichkhun, 2PM


Anggota kumpulan 2PM, Nichkhun diumumkan berada di tangga teratas 30 selebriti Korea Selatan yang mempunyai wajah sempurna dalam episod terbaru program hiburan Every1’s Star Photo saluran MBC.


Pengarah sebuah klinik bedah plastik, Kim Young Sung menunjukkan gambar 30 selebriti Korea yang bergiat dalam industri hiburan negara itu selepas 2000.


Bagi mendapatkan keputusan kedudukan, program itu mendapatkan pandangan kakitangan perubatan, pakar kecantikan dan penonton yang turut serta membuat penilaian berdasarkan visual disediakan.


Di kedudukan kedua ialah anggota kumpulan ZE:A iaitu Siwan yang dikatakan mempunyai imej seorang putera, manakala Kim Hyung Joong di kedudukan ketiga.


Siwon dari kumpulan Super Junior pula di kedudukan keempat diikuti Minho dari SHINee.


Kedudukan tertinggi wanita diberikan kepada YoonA daripada Girls’ Generation yang berada di tempat keenam, disusuli Suzy dari Miss A, Yonghwa dari CNBLUE. Hara (Kara) dan Dara (2NE1).


Untuk pengetahuan, pembedahan plastik dalam kalangan selebriti Korea bukan perkara asing tetapi kebanyakan mereka menafikan pernah melakukannya.

Rebacklink Dari iskandarX Society Ke iskandarx.com.my




Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog is yang setia serta sahabat2 sekaliannya. Hari nie is maklumkan is ada buka untuk backlink kat blog is nie setelah is redirectkan iskandarx-society.blogspot ke iskandarx.com.my.

Oleh kerana domain name nya telah diubah, so is rasa memang makan masa apabila nak tunggu Google PR Alogram updatekan Ranking is balik, so is nak buat link exchange semuala untuk blog ini.

Kepada korang yang pernah tukar link dengan is, korang perlulah rombak semua link korang tu, pastu komen url link blog korang di bawah entri ini beserta tempat kedudukan link is berada, is prefer front page blog korang, dan gunakan bloglist blogger.com sebagai list dan bukannya javascript Jquery link exchange tu, sebab Google Panda dan Google Penguin tak suka benda tu dorang abaikan.

Hahahaha memilih ker is nie? Harus lah, is beli .com.my kowt? Kena submit SSM business is tau kat Mynic masa nak beli pastu tunggu approve pulak, makna kata iskandarx.com.my adalah dibawah kawal selia Noorshah Network Enterprise Sepenuhnya, dan bukan blog ringan-ringan lagi ahak. is is serious lah pulak.

Kena Serius la kan? Sebab blog is kini dalam database GOV kalau silap apa2 Polis mai tangkap is wooorrr isk isk sik minta simpang la 44 Maalaikat ok?

Ok kalau korang nak tukar link dengan is tiada syarat berat2, just letak link is kat sidebar dalam bloglist korang, muka hadapan blog sahaja, lain-lain benda, nak like ker, follow ker itu suka hati korang nak ker tidak ok? is tak paksa, tapi lagi manis dan indah kalau korang follow dan like is kan??? (eh like like?? is dok bayang korang.... isk isk sik tak nak cakap censored***).

Ok terima kasih kerana sudi membaca blog is nie dan selamat bertukar-tukar link ok? Cya.


Ok pada yang baik hati tu kalau nak support is boleh Tekan :

Adobe
Amazon
Avon
AsianBeauties

Minat Stacy, bukan kekasih: Ijoy


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Minat, Stacy, Bukan Kekasih, Ijoy
Ijoy Dan Stacy
Minggu lalu, sebaik kita siarkan kenyataan Stacy mengenai gambarnya bersama seorang lelaki bernama Ijoy yang didakwa kekasih barunya tersebar di blog mahupun portal hiburan, Ijoy tampil memberi penjelasan.


Kata Ijoy atau nama sebenarnya, Mohd Norhafizol, 21, dia malu apabila apa yang kita tulis dakwanya seolah-oleh menggambarkan dirinya sengaja mencipta gosip terbabit.


Apatah lagi dia kini berjinak-jinak dengan lakonan, dan sebaik Stacy bersuara buat kali pertama membabitkan gambar dan gosip terbabit, ramai mencemuh dan mengatakan strategi dilakukan Ijoy untuk meraih populariti dengan mengedarkan gambarnya bersama Stacy berjaya.


Jelas Ijoy, memang benar dia peminat setia Stacy dan menjadikan penyanyi itu idola, tetapi mempermainkan nama penyanyi itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri bukan prinsip hidupnya.


Dia yang pernah membintangi drama bersiri 6 Progresif sebagai pelakon tambahan lebih rela dikenali atas bakat dan bukan gosip.


Cerita Ijoy lagi, pada asalnya gambar disebarkan itu sebenarnya sudah lama dan dimuat naik dalam laman sosial Facebook sebagai simpanan peribadi.


Dia tidak pasti bagaimana ia boleh terlepas ke tangan pihak lain, seterusnya tersebar di beberapa portal hiburan berserta gosip mengatakan dirinya kekasih terbaru Stacy.


Mendengarkan penjelasan Ijoy, timbul juga kesangsian dan kita tanya kepadanya, mengapa sewaktu gambar itu tersebar akhir tahun lalu dia tidak tampil memberi kenyataan dan menafikan apa yang dikatakan? Mengapa baru sekarang, selepas dia berjinak-jinak dengan dunia lakonan? Jelas Ijoy, pernah juga dia menegur sebuah portal berita hiburan yang menyiarkan gosip terbabit berdasarkan gambarnya bersama Stacy supaya selidik dulu.


Seperkara lagi, katanya, dia tidak mahu bersuara dengan harapan gosip yang cuba dibangkitkan itu reda dengan sendiri, tetapi tidak sangka pula kita menyiarkan kenyataan Stacy mengenainya sehingga menjadi kecoh dan diperkatakan ramai orang.


Kata Ijoy, sebelum dia menceburi bidang lakonan, gambar yang dimuat naik dalam Facebook itu tidak pernah menjadi isu, tetapi sekarang sebaliknya pula berlaku. Apatah lagi dia secara peribadi memang suka memuat naik apa saja aktiviti dilakukan, termasuk apabila berpeluang bertemu Stacy.


Tegas Ijoy, jika difikir secara logik, tidak mungkin dia sesuai menjadi kekasih Stacy, apatah lagi penyanyi itu dianggap sebagai kakak memandangkan perbezaan usia.


Ijoy tidak nafikan kemungkinan ada orang dengki dengan menjadikan gambarnya bersama Stacy sebagai bahan gosip yang boleh memburukkan namanya.


Ijoy juga tidak mahu disebabkan gosip itu hubungan baik dengan Stacy akan keruh dan merayu orang ramai tidak mudah terpengaruh kerana dia hanya peminat Stacy, tidak lebih daripada itu.


Kita sudah menyiarkan kenyataan Ijoy dan sekarang terpulang kepada awak semua untuk menilainya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Ji Hyo belanja piza


Korea, Hiburan, Artis Korea, Selebriti, Running Man, Ji Hyo, Belanja, Piza
Song Ji Hyo Running Man


Song Ji Hyo mengejutkan hampir 200 kakitangan dan kru penerbitan program realiti popular Running Man dengan menjamu mereka piza percuma.


Hadiah ‘makan-makan’ Ji Hyo diberi ketika penggambaran Running Man berlangsung di Gapyeong, Gyeongido, sebagai tanda terima kasihnya kepada semua kakitangan yang berpenat lelah.


Seorang kru berkata, Ji Hyo tidak fikirkan diri sendiri dan bekerja keras untuk memastikan kejayaan Running Man. Malah dia juga mewujudkan suasana kerja yang selesa.


“Pada masa itu, hujan lebat dan kebanyakan kru penat. Tiba-tiba Ji Hyo tiba dengan berkotak-kotak piza dan memberi kami semua makan,” kata kru itu dengan gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan