Cari Artikel

Saturday, June 8, 2013

Amerika Pilih Candice Glover Juara American Idol 12


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, American Idol, Pilih, Candice Glover, Juara American Idol 12


Susunan oleh Kheme Rosly
Sumber MTV

LOS ANGELES, 17 MEI 2013: Program realiti paling berpengaruh di seluruh dunia, American Idol menutup sirinya yang ke 12 dengan menyerahkan gelaran juara kepada penyanyi bersuara soul Candice Glover,23.

Bintang yang bakal menyusun langkah panjangnya di persada dunia muzik antarabangsa ini selepas diumumkan sebagai juara American Idol yang ke-12 pada result show yang diadakan secara langsung di seluruh dunia kira-kira beberapa jam lepas.

"I can't even..., oh my God (Saya tidak boleh, Oh Tuhan!) Tiga tahun saya nantikan!," reaksi Candice ketika diminta memeberikan ucapan selepas Ryan Seacrest menyebut namanya dan bukan pesaing Kree Harrison. Candice yang berasal daripada South Carolina ini pernah menyertai American Idol musim ke sembilan tetapi gagal menempatkan diri di antara finalis.

Yang menarik, Candice meletakkan dirinya sebaris Jordin Sparks, Fantasia Barrino serta Kelly Clarkson apabila menggungguli program realiti tersebut sebagai juara di mana yang terakhir menjadi milik Jordin pada 2007. Selepas Jordin, gelaran juara hanya berpihak kepada lelaki dan yang terakhir adalah Philipps Philipps.

Pada malam terakhir persembahan mereka pada musim ini, Candice telah menyanyikan lagu terbarunya, I Am Beautiful serta kolaborasi yang menyaksikan senior, Jennifer Hudson digandingkan bersamanya untuk lagu Natalie Cole, Inseparable. Rata-rata menyifatkan persembahan tersebut hebat dan mengujakan.

Antara lain Aretha Franklin, Ratu Soul juga ditampilkan melalui satelit dengan menyampaikan hits seperti (You Make Me Feel Like) A Natural Woman,I Never Loved a Man,Respect dan Think bersama finalis wanita musim ini.

Kate Middleton Bakal Bersalin Anak Sulung 13 Julai


England, Hiburan, London, Kate Middleton, Bakal, Bersalin, Anak, Sulung, 13, Julai


LONDON, 16 Mei 2013: Pasti ramai yang tidak sabar menanti kelahiran anak sulung kepada Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dengan Kate Middleton.

Apa yang pasti selepas 2 tahun mendirikan rumahtangga kepada pewaris empayar keluarga diRaja British itu, Kate Middleton dilaporkan bakal bersalin anal sulungnya itu pada 13 Julai ini.

Menariknya, tarikh itu juga dikatakan bersamaan dengan festival pertabalan Queen Elizabeth yang bakal diraikan selama 4 hari untuk menyambut hari ulang tahun pemerintahannya yang ke 60.


Tarikh 13 Julai itu telah dinyatakan sendiri oleh Putera William dan Kate Middleton sewaktu mereka menghadiri parti barbeku yang dianjurkan oleh rakan keluarga di tempat mereka baru-baru ini.

Ladies Code Berlatih Bersama Ajieb Untuk Single Kedua


Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Ladies Code, Berlatih, Bersama, Ajieb, Untuk, Single, Kedua


SEOUL, 21 MEI 2013: Selepas seminggu melancarkan single pertama berjudul Bad Girls di Korea Selatan iaitu pada awal Mach 2013, kumpulan dibawah payung Polaris Entertainment terus melonjak popular.

Malah, kumpulan yang dianggotai 5 gadis seksi iaitu Ashley, RiSe, Sojung, EunB dan Zuny mencipta kejutan kerana sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di program TV popular di Korea Selatan.

Memandangkan lagu nyanyian mereka laris di pasaran, Ladies Code sudah pun mula berlatih dan mempelajari teknik baru untuk lagu mereka yang terbaru.

Menurut sumber, Ladies Code kini sedang sibuk berlatih di M Academy bagi persediaan rakaman lagu terbaru mereka yang masih belum diketahui judul lagunya.

Tambah menarik, Ladies Code tatkala ini sedang berlatih bersama anak tempatan yang baru saja menandatangi kontrak pengurusan di Korea Selatan iaitu Ajieb Rosdi.

Pun begitu, ia bukanlah jawapan sama ada Ajieb bakal berkolaborasi dengan kumpulan ini atau pun tidak. Keputusan duet ini bakal dibuat tidak lama lagi oleh pihak pengurusan Ajieb di sini.

Sebaliknya, Ajieb yang sudah lebih sebulan menjalani pengajian dan latihan di akademi tersebut sememangnya menjalani latihan tarian bersama artis-artis di bawah pengurusan Polaris Entertainment.

Apapun, setiap kali Ladies Code hadir menjalani latihan di M Academy, suasana pusat pengajian tersebut sibuk kerana kebanyakan pelajar berebut untuk mengambil gambar dan tandatangan artis berkenaan.


Kim Kardashian: Saya Gusar Tapi Teruja Menjadi Ibu!


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Kim Kardashian, Saya, Gusar, Tapi, Teruja, Menjadi, Ibu


LOS ANGELES, 15 MEI 2013: Sosialis dan bintang realiti Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian yang bakal melahirkan anak pertama hasil hubungannya dengan teman lelakinya Kanye West pada awal Julai ini meluahkan perasaannya apabila dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Kim Kardashian meluahkan perasaan tersebut di dalam laman webnya sempena Hari Ibu yang jatuh pada hari Ahad lalu (12 Mei).

Luahan itu turut didedikasikannya buat neneknya, ibunya, Kris Jennifer serta kakaknya, Kourtney serta adiknya, Khloe. Dia menganggap bahawa mereka ini sangat penting di dalam hidupnya dan telah membantu dirinya membuat persediaan menjadi ibu.

Katanya, Hari Ibu adalah hari kegemarannya kerana ia adalah hari yang sangat istimewa untuk meraikan mereka yang telah menjadi role model serta rakan baiknya (merujuk kepada mereka).

Apapun, Kim Kardashian, 32, berkata, dia berasa gusar dan dalam waktu yang sama teruja apabila dia bakal melalui detik-detik sebagai seorang ibu nanti.

"Banyak benda yang saya pelajari. Terima kasih kepada ibu saya, Kris. Bagi saya, ibu adalah seorang wanita yang sangat menitik-beratkan keluarga dan dia tahu bagaimana menguruskan kerjaya dan anak-anaknya dalam waktu yang sama.

"Ibu juga seorang yang sangat tabah dan sangat bercita-cita tinggi di dalam kerjaya, namun di sebalik jadual kerjayanya yang padat dan dia mempunyai seribu perkara untuk dilakukan, namun dia masih mampu meletakkan keluarga di tangga yang pertama dan terus menjaga kami semua setiap hari.

"Saya berasa inilah adalah satu penghormatan buat saya untuk mengikut jekak langkahnya dan membuatkan dia berasa bangga apabila dapat menjadi sepertinya apabila saya bergelar seorang ibu kelak," katanya.

Kim Kardashian turut berterima kasih kepada neneknya, MJ yang turut menjadi salah seorang wanita yang menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan sehariannya. Dia juga menghargai usaha adik-beradik perempuannya yang sibuk memberikan tunjuk ajar sepanjang kehamilannya itu.

Drama Cerai JLO-Marc Anthony Dipaparkan Dalam Filem


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Drama, Cerai, JLO, Marc Anthony, Dipaparkan, Dalam, Filem


LOS ANGELES, 14 MEI 2013: Perceraian yang tercetus di antara penyanyi Jennifer Lopez dengan bekas suaminya, Marc Anthony bakal dipaparkan dalam filem konsert 3Dnya, Dance Again nanti.

Ketika bintang Latin ini sedang melalui detik-detik perpisahan dengan bekas suaminya yang juga seorang penyanyi terkenal, drama perceraiannya yang mencetuskan kontroversi turut dirakamkan pada waktu yang sama.

Dan sekarang ini, peminat JLO mahu pun Marc Antony akan berpeluang menyaksikan drama perceraian tersebut di dalam filem konsert 3D, Dance Again. Apa yang pasti, melalui filem ini nanti, peminat akan mengetahui sendiri apakah punca sebenar di sebalik perceraian itu berlaku.

"Saya telah melalui perubahan yang besar di dalam hidup saya ketika perceraian itu berlaku dan pada saat itu, saya terfikir mengapa tidak saya rakamkan saja detik-detik tersebut di dalam kamera," kata JLo yang kini sedang hangat bercinta dengan penarinya, Casper Smart.

Reese Witherspoon Jadi Bahan Lawak Selepas Ditangkap


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Reese Witherspoon, Jadi, Bahan, Lawak, Selepas, Ditangkap


LOS ANGELESE, 8 MEI 2013: Kalau sebelum ini pelakon Legally Blonde, Reese Witherspoon sering disanjung dan dipuja kerana bakat yang ada padanya serta kredibilitinya sebagai aktres gred A berstatus baik, namun segalanya berubah selepas insiden dia ditangkap memandu dalam keadaan mabuk bersama suami tercinta, Jim Toth di Atlanta Georgia pada pertengahan April lalu.

Perilaku ala Diva Reese Witherspoon terhadap anggota polis sewaktu malam tangkapan itu berlaku, nampaknya telah menjadi bahan jenaka di mana-mana sahaja ketika ini. Ia dek kerana soalan yang dikemukakan Reese Witherspoon terhadap salah seorang anggota polis yang berbunyi: "Do you know my name, sir?".

Malah disebabnya soalan tersebut serta helah Reese Witherspoon yang cuba digunakannya untuk mengelakkan diri daripada disumbat di dalam lokap, dia telah menyebabkan ramai peminat tidak berpuas hati sikapnya sebagai seorang seorang bintang filem yang menjadi role model terhadap masyarakat.

Namun apa yang pasti, status Reese Witherspoon sebagai pelakon kesayangan ramai di Hollywood langsung tidak membantu daripada menjadi mangsa tahanan pihak polis di Georgia, Atlanta.

Akibat memandu dalam keadaan mabuk, mereka berdua telah ditahan oleh pihak polis selain terpaksa membayar denda, sementara suaminya perlu menjalankan aktiviti khidmat masyarakat selama 40 jam kerana kecuaiannya memandu dalam keadaan mabuk..

Menerusi rakaman video pihak polis yang tersebar di internet juga mendapati, Reese Witherspoon telah menggunakan helah bahawa dia sedang hamil bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya dan suami.

Tapi apa yang pasti, semuanya sudah terlambat. Reputasi Reese Witherspoon telah tercalar atas kesilapannya sendiri.

Bagaimanapun bagi menjernihkan keadaan, pada 2 Mei lalu perangkul Anugerah Academy itu telah tampil secara berani menerusi rancangan bual bicara popular, Good Morning America bagi meminta maaf di atas tindakannya itu.

Namun kemaafannya tidak terhenti di situ sahaja, kerana ketika sampai di Lapangan Terbang Antabangsa Los Angeles pada 4 Mei lalu, pelakon berusia 37 tahun itu telah mencuri perhatian paparazzi dan peminat dengan penampilannya bersama topi polis yang digayakannya.

Ramai pula yang membuat spekulasi kurang senang terhadap topi yang dipakai aktres berkenaan kerana beranggapan topi itu telah diberi oleh pihak polis kepadanya.

Bagaimanapun sumber daripada pihak polis memberitahu, topi yang dipakai Reese Witherspoon itu bukanlah topi asli pihak polis dan pihak berkuasa di Atlanta tidak pernah memberikan topi itu kepadanya, meskipun sebagai hadiah.

Aktres Keire Knightly Kahwin Pemuzik 4.5.2013


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Aktres, Keire Knightly, Kahwin, Pemuzuk, 4.5.2013


LONDON, 7 MEI 2013: Datuk bandar Perancis, Aime Navello memberitahu bahawa actress Keira Knightley yang terkenal dengan wataknya dalam filem Pirate Of The Carribean telah pun mengahwini seorang rocker bernama James Righton dalam satu majlis kecil-kecilan di Selatan Perancis.

Aime Navello berkata, pasangan itu telah melaksanakan majlis perkahwinan mereka mengikut adat istiadat Perancis sewaktu dia mengahwinkan mereka di dewan Mazan pada Sabtu lalu. Majlis perkahwinan Keira Knightley dengan James Righton itu dihadiri kira-kira 10 orang tetamu.

Righton adalah seorang pemain keyboard untuk kumpulan rock, Klaxons. Dia dengan Knightley telah bertunang pada tahun lalu. Knightley mula meraih perhatian oleh peminat filem menerusi filem berkonsepkan bolasepak dan remaja iaitu Bend It Like Beckham.

Bintangnya mula bersinar selepas membintangi 3 filem Pirates of the Caribbean serta dicalonkan dalam Oscar sebagai Elizabeth Bennet dalam adaptasi Jane Austen, Pride and Prejudice.

Paris Hilton Nak Kahwin Dengan BF 21 Tahun


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Paris Hilton, Nak, kahwin, Dengan, BF, 21, tahun


LOS ANGELES, 8 MEI 2013: Sosialis Paris Hilton akui mahu berkahwin serta memiliki anak dengan teman lelakinya yang berasal dari Sepanyol dan berusia 21 tahun iaitu River Viiperi.

Menurut gadis yang berusia 32 tahun ini, dia bukan lagi seorang party girl seperti waktu dulu-dulu.

"Saya kini semakin dewasa dan sentiasa cuba mengelak untuk mencari masalah," katanya yang sebelum ini pernah dipenjarakan pada 2007 kerana didapati memandu sewaktu lesen memandunya digantung ketika berada dalam pemerhatian selepas memandu akibat dipengaruhi dadah.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk mempunyai keluarganya sendiri, Paris Hilton berkata, dia berasakan bahawa itu adalah impian setiap wanita.

"Saya rasa memiliki anak dan mempunyai keluarga sendiri memberikan makna yang cukup besar kepada semua wanita.

"Apapun saya sedang dilamun cinta dan saya bertuah kerana memiliki dia (River Viiperi). Dia seorang lelaki yang baik dan sangat setia.

"Malah, dia adalah lelaki paling setia yang pernah saya jumpa sepanjan

Gwyneth Paltrow Akui Sukar Berkahwin Dengan Pemuzik


London, Hiburan, Artis England, Gwyneth Paltrow, Akui, Sukar, Berkahwin, Dengan Pemuzik


LONDON, 6 MEI 2013: Aktres jelita Gwyneth Paltrow mengakui bahawa perkahwinannya selama 9 tahun dengan pemuzik dan vokalis Coldplay, Chris Martin bukanlah sesuatu yang indah.

"Sukar sebenarnya berkahwin. Ada masanya, anda akan mengecapi saat-sat yang indah dan manis. Ada ketikanya pula, saat-saat yang sukar," katanya kepada majalah Glamour.

Aktres berusia 40 tahun itu juga memberitahu bahawa dia pernah bertanya kepada bapanya bagaimana dia mampu mempertahankan institusi perkahwinannya selama 33 tahun dengan ibunya.

"Kata bapanya, ia adalah kerana mereka tidak pernah mahu bercerai pada waktu yang sama. Jadi, ia membuatkan saya terfikir, jika dua orang insan yang hidup bersama mencampakkan tuala mereka, pasti hubungan dan rumahtangga mereka tidak akan dapat diselamatkan.

"Tapi, seandainya salah seorang daripada mereka saja yang mencampakkan tuala tersebut, pasti tidak akan wujud perceraian tersebut," katanya.

Apapun, Gwyneth Paltrow berkata lagi, dia tidak pernah bertanya kepada Chris Martin di mana dia dan jam berapa dia harus pulang.

"Saya tidak pernah meletakkan sebarang demand ke atas dirinya kerana say a tahu dia adalah seorang lelaki yang sangat berbakat dan telah melakukan sesuattu yang cukup baik kepada dunia," katanya.

Megan Fox Bakal Bintangi Filem Bollywood


India, Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Bollywood, Megan Fox, Bakal, Bintangi, Filem Hollywood


MUMBAI, 3 MEI 2013: Dulu, Sylvester Stallone and Denise Richards dilihat pernah membintangi filem Akshay Kumar, Kambakkht Ishq pada 2008, manakala Samantha Fox pula membuta penampilan dalam filem Govinda, Rock Dancer (1995).

Kali ini, berkemungkinan ada seorang lagi pelakon Hollywood yang wajahnya bakal dilihat di dalam filem Hindi. Dia tidak lain tidak bukan adalah si seksi Megan Fox yang pertama kali ditampilkan dalam filem Transformer bersama Shia LaBeouf.

Pengarah filem Rajeev Jhaveri telah pun memaklumkan mengenai hal ini. Katanya, dia sendiri yang telah menawarkan Megan Fox untuk berlakon di bawah filem arahah pertamanya, Fever yang akan turut diarahkan bersama oleh Ravi Aggarwal dan Mahesh Balakundari.

"Melalui agensi Megan Fox iaitu ICMPartners, saya telah pun menawarkannya untuk berlakon dalam filem ini. Saya tak dapat nyatakan lagi jalan cerita filem ini secara sepenuhnya.

"Namun, Fever adalah sebuah filem yang berkonsepkan suspen thriller dan bakal menjalani penggambaran di Switzerland. Berdansarkan kepada skrip dan jalan ceritanya, ia memang memerlukan wajah pelakon antarabangsa," katanya.

Menurut Rajeev Jhaveri lagi, dia sendiri tidak tahu apakah Megan Fox akan bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut.

"Namun, apa yang saya tahu Megan serta teamnya agak berminat serta sedang serius mempertimbangkan tawaran tersebut. Malah, apa yang saya diberitahu juga, Megan nampaknya cukup teruja untuk menjadi sebahagian daripada produksi filem ini.

"Ianya terbukti apabila pihak agensinya telah meminta syarikat produksinya untuk memghantar surat tawaran rasmi kepada Megan serta teamnya," katanya lagi.

Jackie Chan Akui Anaknya, Jaycee Chan Mengecewakannya


Hong Kong, Hiburan, Artis Hong Kong, Jackie Chan, Akui, Anaknya, Jaycee Chan, Mengecewakannya


HONG KONG, 2 MEI 2013: Nampaknya aktor lagenda dan superstar filem Hong Kong, Jackie Chan cukup teruja dengan hasil bentuk badan Jay Chou hingga dia mahukan bintang Taiwan itu menggantikan tempatnya dalam filem seni mempertahankan diri iaitu Kungfu.

Sepertimana yang dilaporkan laman web Groove Asia, ketika itu bercakap dengan pihak media sempena Beijing International Film Festival, Jackie Chan turut memuji kebolehan Jay Chou mengarah filem dan berharap agar penyanyi yang kini menjadi pengarah itu akan dapat menghasilkan lebih banyak lagi filem berbentuk seni mempertahankan diri pada masa akan datang.

"Semakin saya dimamah usia, saya mendapati bahawa Siu Fong (Jaycee Chan) begitu mengecewakan. Jadi, saya kira saya akan serahkan legasi filem Kungfu kepada Jay dan bukannya dia," katanya.


Sementara itu, Jay Chou pula memberitahu bahawa minatnya mual timbul dalam bidang pengarahan adalah kerana dia mahu cuba mengawal orang lain yang bekerja di bawah produksinya.

Namun, pengarah Rooftop ini bagaimanapun menyatakan dia tidak akan sekali-kali berani mengawal Jacki Chan seandainya aktor lagenda itu membintangi filemnya.

Krisdayanti Jalani Umrah Kali Pertama Bersama Raul Lemos


Malaysia, Hiburan, Artis malaysia, Selebriti, Krisdayanti, Jalani, Umrah, Kali, Pertama, Bersama, Raul Lemos


Susunan dan Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2013: Setelah 9 hari berjauhan dengan putera dan puteri tersayang, diva popular dari seberang, Krisdayanti telah pun selamat pulang ke Jakarta daripada menunaikan umrah di tanah suci Mekah.

Pemergian Krisdayanti mengerjakan umrah kali ini adalah yang pertama bersama Raul Lemos setelah penyanyi itu menikahi jutawan dari Timor Leste itu pada 2011.

Menurut laporan portal hiburan Kapanlagi.com, antara perkara yang menjadi keberatan pada pelantun lagu Menghitung Hari itu adalah meninggalkan dua cahayamatanya yang masih kecil iaitu Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos dalam jagaan pembantu.

Walaupun pada asalnya dia mahu membawa mereka bersama, tetapi demi mahu kelancaran ketika mengerjakan umrah, Krisdayanti akur dan meletakkan niatnya untuk beribadat itu melebihi daripada segala-galanya.

"Ya pasti ada perasaan senang karena sudah panggilan dan merasa senang. Takjub yah, sebetulnya pengen bawa anak-anak cuma ini pengen suami khusyu," jelasnya.

Antara lain yang diucapkan penyanyi berstatus diva ini sebelum berlepas pergi 16 April lalu adalah mahu mengadap sang Pencipta, Allah SWT dan memohon ampun serta doa agar rumah tangganya kekal bahagia.

Tidak terlupa juga, Krisdayanti turut memanjatkan doa yang dikirim rakan-rakannya apabila mereka mengetahui tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah. Bercakap pada media ketika di Bandara Soekarno Hatta, Krisdayanti ada berseloroh mengenai kakaknya, Yuni Shara.

"Doa buat Yuni, pasti, jodoh kali ya,"jenaka penyanyi mesra disapa KD itu saat mahu berlepas ke Mekah pada 16 April lalu.

KD dan Raul Lemos bersama pembantunya Jamal Abbad telah selamat tiba di Jakarta pada 23 April,semalam.

Akademi K-Pop Jadi Rahsia Jo Kwon 2AM Terkenal


Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, Akademi K-Pop, Jadi, Rahsia, Jo Kwon, 2AM, Terkenal


SEOUL, 17 APRIL 2013:Sebelum bergelar bintang K-Pop, setiap artis perlu menjalani tempoh latihan dan pembelajaran di sebuah akademi khusus sebagai persediaan menjadi penyanyi atau pun pelakon secara profesional.

Difahamkan, tempoh paling kurang untuk menjalani latihan tersebut selama setahun atau 2 tahun.

Bagaimanapun, durasi latihan ini terletak pada individu itu sendiri. Seandainya cepat belajar dan berbakat besar, tempoh latihan boleh disingkatkan lagi.

Pun begitu, ada juga bintang K-Pop terpaksa menunggu masa yang lama dan mendapatkan keputusan dari pengurusan sama ada sudah bersedia untuk bersemuka dengan industri hiburan atau pun tidak.

Mungkin ramai tidak tahu, ahli kumpulan 2AM iaitu Jo Kwon,23, merupakan bintang K-Pop yang paling lama menjalani tempoh latihan.

Menurut pihak terdekat Jo Kwon, artis ini terpaksa mengambil masa hampir 8 tahun untuk bersedia jadi penyanyi dan diserapkan masuk dalam kumpulan 2AM.

Apa yang pasti, dalam tempoh latihan tersebut, Jo Kwon difahamkan hampir putus asa sehinggakan mahu menarik diri dari menjadi bintang K-Pop.

Bagaimanapun, penantian dan kesabaran Jo Kwon menimbulkan hasil lumayan apabila dia antara ahli 2AM yang paling popular dan dikenali ramai.

Malah, dia juga mampu membuktikan bahawa dia layak menjadi penyanyi dan artis terkenal sehingga berjaya menempatkan dirinya menjadi duta beberapa jenama terkenal dari Korea Selatan.

IU, Minah Artis K-Pop Yang Tak Buat Pembedahan Plastik


Korea, Hiburan, Artis Korea, K-POP, IU, Minah, Artis, Yang, Tak, Buat, Pembedahan, Plastik


SEOUL, 16 APRIL 2013: Jika menyebut wajah, kecantikan dan kekacakan bintang K-Pop, mesti ramai tahu majoriti daripada mereka tidak mempunyai wajah yang asli.

Dalam erti kata lain, baik perempuan mahupun lelaki, pembedahan plastik tidak boleh lari dari wajah mereka.

Namun, tidak semua bintang K-Pop mengambil jalan mudah untuk jadi cantik.

Portal murai.com.my difahamkan, bintang K-Pop yang popular iaitu IU antara bintang yang popular dengan hanya berbekalkan kecantikan aslinya.

Menurut sumber terdekat IU, pelakon drama You Are The Best, mencipta sejarah baru kerana popular dengan keunikan wajahnya.

Malah, dia mampu memikat hati penggemar hiburan Korea Selatan dengan wajah tanpa solekan.

Selain IU, seorang lagi bintang K-Pop yang tidak mengambil pembedahan plastik ialah Minah ahli kumpulan Girls Day.

Selain dikenali sebagai ahli Girls Day yang mempunyai vokal yang bagus, Minah juga telah menandatangani kontrak menjadi artis dengan bersyarat tidak boleh melakukan pembedahan plastik.

Difahamkan, ahli keluarga Minah yang membuat syarat sebegitu dan dipersetujui pihak pengurusan Girls Day.

Lindsay Lohan Buat Perangai Lagi


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Lindsay Lohan, Buat, Perangai, Lagi


Susunan oleh Haswari Ali

LOS ANGELES, 15 APRIL 2013: Pelakon popular bermasalah, Lindsay Lohan buat perangai lagi apabila dia didapati telah datang lewat ke majlis tayangan perdana filem terbaru lakonannya, Scary Movie 5 di Hollywood baru-baru ini.

Tiba lewat 20 minit selepas waktu yang sepatutnya bermula, dia terus meluru ke arah seorang lagi pelakon utama filem berkenaan, Charlie Sheen yang sudah bersedia berada di hadapan pihak media untuk dirakamkan gambarnya.

Ditanya pihak media mengapa dia tiba lewat ke majlis berkenaan, Lindsay Lohan dengan selamba berkata dia sibuk menguruskan dirinya.

Dia juga berkata, dia sedang sibuk membuat persediaan untuk menjalani rawatan di pusat pemulihan selama tiga bulan bermula bulan depan.

Walaupun tiba lewat, Lindsay Lohan bagaimanapun berjaya menarik perhatian puluhan lensa kamera dengan penampilannya yang seksi dan berani di dalam gaun kasual hitam.

Kata Lindsay Lohan kepada pihak media, persalinan yang sepatutnya dipakai untuk majlis berkenaan tertinggal di New York, jadi dia tiada pilihan menggayakan pakaian berkenaan.

Bukan sahaja pihak media dan jurukamera, malahan ratusan peminat menjerit memanggil namannya sebagai sokongan tak berbelah bagi kepada pelakon Mean Girls itu.

Bercakap tentang kemunculan beraninya menerusi program bual bicara terkenal di Amerika Syarikat, Late Show baru-baru ini, Lindsay Lohan sedikitpun tidak berkecil hati dengan lawak jenaka yang dibawakan oleh hos rancangan berkenaan terhadap dirinya.

"Saya langsung tak berkecil hati dengannya (David Letterman). Sudah menjadi tugasnya untuk membuat jenaka. Jadi ianya tak mengapa. Bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan saya sangat menghormatinya," katanya ringkas.

Sementara itu Charlie Sheen merupakan individu paling kuat yang menyokong untuk pelakon wanita berkenaan menjalani rawatan di pusat pemulihan.

"Saya seperti mendapat sokongan daripada ahli keluarga sendiri. Adik-beradik, kakak, dan ibu saya sememangnya sangat bermakna dalam hidup saya.

"Saya sangat terharu apabila mereka mengambil peduli tentang saya," katanya jujur.

Hubungan Justin Bieber Dengan Mally Sudah Berakhir?


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Hubungan, Justin Bieber, Dengan, Mally, Sudah Berakhir


LOS ANGELES, 30 APRIL 2013: Sebaik saja putus cinta dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez, hubungan Justin Bieber dengan seekor monyet jenis Capuchin bernama Mally juga nampaknya tidak mampu bertahan lama.

Haiwan yang comel itu telah diberikan kepada Bieber sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 oleh produser rekod, Jamal Rashid pada tahun lalu. Namun, ianya telah terpisah dengan Bieber selepas pop idol yang digilai ramai remaja wanita ini gagal membawa masuk monyet tersebut di Jerman tanpa sebarang dokumen yang sah.

Kini, Mally yang sebelum ini telah ditahan di lapangan terbang, Franz Josef Strauss telah dipindahkan ke sebuah tempat perlindungan di Munich.

Bieber yang masih lagi meneruskan konsert jelajah dunianya, masih lagi belum menghubungi pihak berkuasa di lapangan terbang Franz Josef Strauss untuk bertanyakan tentang situasi dan keadaan haiwan peliharaanya itu.

"Seandainya monyet itu tidak diambil, kami tidak agak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada pihak lain.

"Sehingga kini, kami sudah menerima beberapa pertanyaan daripada pelbagai zoo di UK dan Holland yang berminat untuk mengambil Mally. Kami tidak akan menyerah lagi Mally kepada orang perseorangan," kata Karl-Heinz Joachim iaitu pengarah di rumah perlindungan itu.

Apapun, Bieber kini dilihat asyik menghantar posting tweet mengenai hari ulangtahun kelahirannya ibunya, Pattie Mallette dan nominasinya di dalam Billboard untuk Milestone Award serta bagaimana hebatnya fansnya yang digelar Beliebers di Jerman. Namun, tidak sedikitpun, Bieber menyebut nama Mally.

Bintang Twilight Saga, Ashley Green Jiran Neraka!


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Bintang, Twilight Saga, Ashley Green, Jiran, Neraka


LOS ANGELES, 29 APRIL 2013: Biarpun masih bersedih apabila pangsapuri miliknya di West Hollywood hancur musnah akibat kebakaran yang dikatakan berpunca daripada cahaya api lilin yang marak, sehingga menyebabkan salah seekor anjing peliharaanya, Marlo mati, namun tiada seorang jiran pun yang mengasihani aktres Ashyley Green.

Sebaliknya, kebanyakan jiran-jirannya telah menggelarkan dia sebagai jiran yang datang daripada neraka. Jiran tetangga kepada bintang Twilight Saga itu juga menganggap bahawa kebakaran itu sebagai satu kejadian yang cukup tragik, namun malapetaka itu juga sememangnya diramalkan akan berlaku.

Pendek kata, jiran tetangga Ashley Green memang tidak terkejut apabila kebakaran itu berlaku sehingga memusnahkan kediaman milik aktres berusia 26 tahun itu.

Ini kerana Ashley Green sering mengajak rakan-rakannya datang melepak di rumahnya tanpa mengira masa sambil membuat bising, hingga ia menyukarkan segelintir jiran tetangga untuk tidur.

Dalam waktu yang sama juga, Ashley Green tidak pernah mengawal anjingnya daripada menyalak tidak kira masa.

Sebelum ini beberapa penghuni di pangsapuri itu pernah memfailkan aduan terhadap pemilik bangunan tentang kelakuan aktres tersebut, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap aktres itu.

Owh! No... Rob Kardashian Merompak Jurufoto Wanita?


Amerika, Hiburan, Artis Amerika, Hollywood, Rob Kardashian, Merompak, Jurufoto, Wanita


LOS ANGELES, 5 APRIL 2013: Bintang realiti TV, Rob Kardashian yang juga adik kepada Kim Kardashian dilaporkan sangar sensitif dengan bentuk fizikal badannya. Lebih-lebih lagi selepas dia membuat pengakuan bahawa berat badannya sudah naik sebanyak 40 pound setelah berpisah dengan kekasihnya, Rita Ora pada Disember lalu.

Dek kerana itu, Rob Kardashian khabarnya sanggup merampas kad memori milik seorang jurugambar selepas wanita itu mengambil gambarnya dalam keadaan separuh bogel.

Sebaik saja insiden itu berlaku, jurugambar itu telah membuat laporan kepada pihak polis dengan mendakwa bahawa pereka fesyen stoking berusia 26 tahun itu telah merompaknya.

Pihak OMG! telah menghubungi balai polis Los Angeles, Beverly Hills serta West Hollywood untuk mengesahkan tentang laporan tersebut.

Malangnya, tiada sebarang laporan dicatat berhubung hal itu, manakala jurucakap Kardashian pula tidak memberikan respon yang segera terhadap permintaan TMZ untuk memberikan sebarang komen.

Sebelum ini, Rob Kardashian dikatakan telah berusaha keras untuk menurunkan berat badannya setelah berpisah dengan Rita Ora.

Pada hari yang sama selepas dia merampas atau merompak memori kad jurugambar wanita itu, Rob Kardashian dilihat telah memuat naik beberapa foto dirinya sendiri menerusi Instagram yang mana ia dia dilihat sedang mengayuh basikal di gym bersama rakan-rakannya.

Katanya, matlamatnya adalah untuk menurunkan berat badannya sebanyak 40 pound.

Demi Deepika, Ranveer Singh Sanggup Tahan Sakit


India, Mumbai, Artis India, Hiburan, Bollywood, Demi, Deepika, Ranveer Singh, Sanggup, Tahan, Sakit


MUMBAI, 4 APRIL 2013: Sejak kebelakangan ini, aktor Ranveer Singh dengan aktres Deepika Padukone sering dikaitkan bersama. Terbaru, Ranveer Singh dilaporkan sanggup memandu dari Mumbai ke Wai untuk berjumpa dengan Deepika Padukone, biarpun pada ketika itu kakinya sedang mengalami kecederaan.

Sumber memberitahu bahawa sewaktu mengadakan adegan gusti bersama seorang lagi hero gandingannya, Arjun Kapoor dalam pembikinan filem Gunday, Ranveer Singh telah mendapat kecederaan tersebut.

Sementara itu pula, Deepika Padukone dilaporkan sedang menjalani penggambaran filen Chennai Express di Wai dan sebaik saja tiba di tempat itu, Ranveer dilihat telah berlegar-legar sebelum mendaftar di sebuah hotel.

Dia juga turut menghabiskan masa di dalam hotel tersebut sambil menanti Deepika Padukone selesai menjalani penggambaran.

Apapun, Deepika Padukone sebelum ini dilaporkan sangat menyenangi sikap dan perwatakan Ranveer Singh yang baginya bukan saja seorang jejaka yang unik tetapi juga istimewa.

Sanjay Dutt Akan Menyerah Diri, Belum Merayu Diampunkan


India, Mumbai, Hiburan, Jenayah, Artis India, Bollywood, Sanjay Dutt, Kan, Menyerah, Diri, Belum, Merayu, Diampunkan


MUMBAI, 3 APRIL 2013: Bintang Bollywood, Sanjay Dutt telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk menyambung kembali hukuman penjara yang perlu dilaksanakannya selama tempoh 5 tahun, berikutan kejadian pengeboman di Mumbai pada 1993.

Ketika ditemui sekumpulan pihak media, Sanjay Dutt yang berada di dalam situasi cukup emosional memberitahu bahawa dia akan menyerah diri mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Namun, sehingga kini, dia masih lagi belum membuat rayuan untuk mendapatkan pengampunan.


"Apa yang saya boleh katakan ialah saya masih belum merayu untuk mendapatkan pengampunan," katanya.

Sementara itu, walaupun ramai bintang selebriti Bollywood serta ahli politik yang menyuarakan pandangan bahawa Sanjay Dutt perlu diberikan pengampunan, ketua parti BJP, Uma Bharti pula berpendapat yang sebaliknya.

Malah, dia turut melabelkan Sanjay Dutt sebagai penjenayah serta pengkhianat. Katanya, Sanjay Dutt tidak seharusnya diampunkan kerana dia telah mengkhianati negara dengan isu pengeboman di Mumbai pada 1993.

MCA Ban Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan 5 Tahun


India, Mumbai, Bollywood, Hiburan, Sukan, Artis India, MCA, Ban, Superstar, Shah Rukh Khan, 5, Tahun


MUMBAI, 2 APRIL 2013: Satu demi satu perkara yang tidak diingini berlaku terhadap superstar Bollywood Dato` Shah Rukh Khan yang punya fans serta pengikut besar di seluruh dunia ini.

Terbaru, Mumbai Cricket Association atau MCA telah mengeluarkan hukuman penggantungan selama 5 tahun terhadap pemilik Kolkata Knight Riders (KKR) itu daripada terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan kelabnya.

Penggantungan selama 5 tahun itu termasuklah tidak membenarkan dia untuk menghadiri perlawanan IPL yang mana ia bakal menyaksikan kelabnya menentang Mumbai Indians di Stadium Wankhede pada 7 Mei nanti.


"Ada klausa di dalam perjanjian yang menyatakan bahawa sesiapapun yang telah dihukum gantung oleh persatuan, tidak akan dibenarkan di dalam premis milik persatuan. Secara spesifikasi, ianya tidak tertumpu pada mana-mana individu.

"Dan, kami sudah pun memaklumkan perkara ini kepada semua pihak yang berkaitan terutamanya pihak IPl serta pemilik kelab mengenai hukuman penggantungan tersebut dan keputusan telah pun dibuat," kata Setiausaha Bersama MCA, Nitin Dalal.

Seorang lagi Setiausaha Bersama MCA, PV Shetty pula enggan mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, namun dia menyatakan bahawa hukuman penggantungan itu tetap akan dilaksanakan.

Hukuman penggantungan selama 5 tahun terhadap Shah Rukh Khan itu melarang dia untuk menjejakkan kaki ke premis MCA dan ia termasuklah Stadium Wankhede dan ianya telah diputuskan sendiri Managing Committee persatuan itu yang telah dikepalai mendiang Vilasrao Deshmukh pada 18 Mei tahun lalu selepas Shah Rukh Khan bertindak kasar terhadap kakitangan keselamatan serta beberapa pegawai.

Insiden itu berlaku selepas kelab kriket milik Shah Rukh Khan memenangi perlawanan selepas menewaskan Mumbai Indian dua malam sebelumnya.

Shah Rukh Khan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa dia bertindak begitu setelah kakitangan keselamatan serta beberapa pegawai tidak melayan kanak-kanak secara baik termasullah anaknya sendiri di dalam stadium.

Jonghyun SHINee Kemalangan, Mungkin Patah Hidung


Korea, Seoul, Hiburan, K-POP, Artis Korea, Jonghyun SHINee, Kemalangan, Mungkin, Patah, Hidung


SEOUL, 2 APRIL 2013: Ahli kumpulan SHINee, Jonghyun dilaporkan telah mengalami kemalangan pagi semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke asramanya. Berita ini telah disahkan pihak pengurusan SHINee iatu SM Entertainment yang mengatakan jejaka ini sedang dirawat di wad kecemasan. Bagaimanapun, Jonghyun tidak mengalami kemalangan teruk dan hanya cedera ringan saja.

"Dia mengalami kemalangan di Jambatan Dongho pagi tadi. Kereta tersebut telah melanggar pagar berhampiran jambatan dan telah dihantar masuk ke wad kecemasan. Kemalangan ini juga telah dilaporkan tiada kena mengena dengan pengaruh mabuk atau dadah," kata wakil dari SM Entertainment.

Meneruskan penjelasan, wakil SM Entertainment memberitahu Jonghyun sebenarnya dalam perjalanan pulang ke asrama daripada rumah keluarganya.

"Sekarang ini, dia sedang diperiksa untuk mengenal pasti sama ada hidungnya patah atau tidak. Jika laporan mengatakan dia patah hidung, dia akan terus dirawat dihospital serta merta," ujarnya.

Dalam pada itu, aktiviti SHINee bakal terganggu seandainya Jonghyun cedera teruk. Oleh kerana itu, segala jadual persembahan SHINee tertakluk kepada kesihatan Jonghyun.

Kirsten Dunst Akui Cium Brad Pitt Menjijikkan Buatnya


Amerika, Hollywood, Artis Amerika, Hiburan, Kristen Dunst, Akui, Cium, Brad Pitt, Menjijikkan, Buatnya


LOS ANGELES, 29 MAC 2013: Tidak semua wanita atau perempuan menganggap bahawa bercumbuan dengan aktor kacak, Brad Pitt sebagai suatu mimpi yang menjadi kenyataan.

Sekurang-kurangnya, itulah yang dirasakan oleh aktres Kirsten Dunst yang turut membintang filem Spiderman apabila dia terpaksa menjayakan adegan bercumbuan dengan Brad Pitt dalam filem Interview with the Vampire pada 1994.

Dalam satu pendedahan yang dibuat kepada majalah Bullet, Kirsten Dunst berkata, ramai yang pada ketika itu menganggap bahawa dia seorang yang bertuah apabila berpeluang bercumbu dengan Brad Pitt.

"Tapi, percaya atau tidak, saya rasa ianya adalah satui perkara yang menjijikkan," katanya.

Pengakuan yang dibuat oleh Kirsten Dunst itu memang benar-benar memeranjatkan tapi, apa hendak buat, waktu adegan itu dibuat Kirsten Dunst baru saja berusia 11 tahun.

"Saya tidak pernah bercium dengan sesiapa sehinggalah saya berusia 16 tahun dan saya waktu diminta melalukan adegan itu, saya menciumnya dengan sekadar lalu saja dan cepat-cepat," katanya.

Bercerita tentang aktor superhot yang didampinginya dalam filem itu, Kirsten Dunst, Brad Pitt banyak menghabiskan masa menonton siri episod Real World.

"Rambutnya disimpang panjang. Dia seperti lelaki hippi yang cukup cool," katanya.

Ajay Devgan Rayu Sanjay Dutt Diberi Pengampunan


India, Bollywood, Artis India, Ajay Devgan, Rayu, Sanjay Dutt, Diberi, Pengampunan


MUMBAI, 29 MAC 2013: Ketika ini, penyokong Sanjay Dutt sedang melakukan apa yang termampu
untuk memastikan aktor Bollywood hebat itu untuk tidak menghabiskan tempoh tiga tahun di penjara. Salah seorang daripadanya ialah Ajay Devgan yang juga suami kepada Kajol.

Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menetapkan hukuman penjara selama 5 tahun buat Sanjay, namun dia telah pun menjalani hukuman tersebut selama 18 bulan sebelum ini. Hukuman tersebut dijatuhkan buat Sanjay Dutt selepas didapati bersalah kerana memiliki senjata haram yang mana ianya telah dibawa masuk ke India untuk beberapa siri pengeboman di Mumbai pada 1993.

"Dia adalah abang saya dan melihat dia akan menjalani semula baki hukuman penjara yang perlu dilaksanakannya membuatkan saya sedih. Macam-macam yang telah dilaluinya dan saya rasa apa yang dilaluinya itu sudah setimpal dengan apa yang dilakukannya itu.

"Sebagai ahli keluargam saya merayu supaya dia diberikan pengampunan. Lagipun, dia tidak pernah mengganggu masyarakat lagi. Dia seorang ahli masyrakat yang baik sekarang ini.

"Dia pernah melakukan kesilapan di dalam hidupnya dan dia terpaksa menjalani tuduhan selama 20 tahun dan kemudian akhirnya hukuman penjara selama 18 tahun," kata Ajay Devgan, 43.

Begitupun, ajay Devgan mengakui bahawa undang-undang adalah segalanya,

"Sebagai seorang ahli keluarga, saya hanya merayu. Anda di luar sana pastinya akan memahami keadaan ini sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga anda juga turut melalui perkara yang sama.

"Anda pasti tidak akan berdebat tentang hal-hal yang logik. Sebaliknya anda hanya mahu merayu an meminta supaya dia dilepaskan. Jika anda yang mahu berdebat dengan saya tentang hal yang berkaitan dengan undang-undang, saya tidak mahu kerana saya tahu undang-undang adalah undang-undang," katanya.

Ajay Devgan juga turut menyatakan sokongan terhadap Salman Khan yang kini sedang menjalani tuduhan berikutan kes langar-lari pada 2002.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkembangan itu. Kita tengok sajalah. Tapi, harap-harapnya semuanya akan berakhir dengan baik. Salman Khan juga seorang kawan. Malah, lebih daripada itu. Saya akan berikan sokongan saya terhadap dia selagi termampu," katanya,

Antara bintang Bollywood lain yang turut menyatakan sokongan terhadap Sanjay Dutt adalah Vidya Balan, Ranbir Kapoor, Salman Khan, Rajkumar Hirani, Sujoy Ghosh and Apoorva Lakhia.

Hakim yang telah bersara, Markandey Katju pula telah merayu supaya gabenor Maharashtra, K sankaranarayanan untuk mengampunkan Sanjay Dutt. Jaya Bachchan dan Ketua Menteri West Bengal, Mamata Banerjee juga turut menyatakan sokongan padu mereka.

Pementasan Teater Juta Juta Kini Dalam Bentuk 3D


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Pementasan, Teater, Juta-Juta, Kini, Dalam, Bentuk, 3D


KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Setelah sekian lama menyepi, kini teater yang pernah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik setelah dipentaskan di DBP (Dewan Bahasa & Pustaka)dan juga di Perbadanan Putrajaya pada tahun lalu, Teater Juta - Juta kini kembali ke Stor Teater DBP sekali lagi dengan pembawaan yang lebih menarik dan lebih segar dengan tajuk baru iaitu 'Teater Juta Juta 3D'.

Untuk kali ini, terdapat kelainan di mana teater Juta-Juta kini dipentaskan dalam 3D dan ini merupakan satu pendekatan baru untuk mendekatkan para penonton dengan mesej teater bergenre satira ini. MASK Team dan DBP telah berkolaborasi sekali lagi untuk mementaskan teater ini di Stor Teater DBP dari 5 Jun hingga 9 Jun 2013 jam 8.30 malam yang menampilkan aksi yang lebih Dungu, lebih Debar dan lebih Dekah .

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni Persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? Berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton?

Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya. Apa yang menariknya untuk pementasan ini, ianya membabitkan 3 orang pelakon sahaja yang bakal mendukung 12 watak kesemuanya.

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.

Menurut penerbit MASK Team, Mohd Amer Syafiq Khalip, teater Juta-Juta 3D ini boleh dikira sebagai pemanas badan setelah lama kumpulan ini tidak beraksi di pentas teater. Kumpulan teater ini juga akan memulakan produksi teater di Lambang Sari, Istana Budaya pada September nanti dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Teater bergenre satira berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Ridzuan.

Aloy Paradoks pula adalah aktivis teater dan seni indiependent tanah air yang sedang mencipta nama. Beliau kini sedang giat menyiapkan sebuah novel bertajuk Nurul Asyikin. Selain itu, beliau turut pernah mengarah dan menulis karya teater seperti Hegemoni, Merocok-rocok, Nautika, dan paling terkini iaitu Neo Romantik serta Gadis dan 2 Menara.

Selain itu, beliau juga terlibat dalam sebuah filem bertajuk Kontradiksi untuk tayangan 2012. Juga aktif menganjurkan acara seni sekitar Kuala Lumpur.Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur.

Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau muncul dengan sebuah buku himpunan puisi yang mendapat sambutan di ibu kota 'Seksi Ovari'

Anas Ridzuan adalah merupakan seorang penyanyi, bekas bintang realiti TV3, Mentor 6 dan juga seorang pelajar dari Fakulti teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM dalam bidang teater. Kini beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan samada di dalam dan juga luar kampus. Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan.

Pas pas masuk berharga RM30 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612 dan juga Ameera di talian 013-2102470. Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian Teater Juta Juta 3D dan Twitter #TeaterJutaJuta3D.

RL7: Boy Tersingkir, Tiada Lagi Peserta Solo


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, RL7, Boy, Tersingkir, Tiada, Lagi, Peserta, Solo


KUALA LUMPUR, 8 JUN 2013: Tersingkirnya satu-satu peserta solo yang tinggal dalam Raja Lawak 7 (RL7) iaitu Boy sebentar tadi menyaksikan kesemua baki lima peserta yang tinggal adalah berkumpulan untuk meneruskan cabaran di RL7.

Boy atau nama sebenarnya Terence Blantocas, 31, berasal dari Tambunan, Sabah, tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain. Dua lagi peserta yang mendapat undian terendah di atas Boy ialah kumpulan Gamat dan Sakan.

Pengumuman penyingkiran Boy dilakukan oleh salah seorang juri tetap iaitu Saiful Apek.

Gelanggang Raja Lawak 7 minggu kesembilan malam tadi bertemakan `Jurujual dan Radio`. Setiap peserta diminta membuatdua persembahan berdasarkan dua tema tersebut dan cabaran masih terbuka kepada semua peserta yang tinggal memandangkan masih belum ada peserta yang benar-benar mendominasi pentas.

Sementara itu, kejutan diumumkan malam tadi iaitu mulai minggu ke 10 dan ke 11 yang akan datang, kumpulan Jambu akan menggantikan Jozan buat sementara sebagai hos program ini.

Gelanggang RL7 minggu kesembilan telah bersiaran dari Studio FINAS, Hulu Klang dan dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Dato` AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif tampil sebagai juri tetap program ini.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda untuk menyaksikan mereka bakal beraksi di pentas akhir Gelanggang Raja Lawak 7 yang akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

Beego-Linda Hashim Sah Bergelar Suami Isteri


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Beego, Linda Hashim, Sah, Bergelar, Suami, Isteri


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Hanya dengan sekali lafaz, pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim selamat diijabkabulkan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, selepas solat Isyak sebentar tadi sekitar jam 9.25 malam.

Dalam majlis akad nikah tersebut, Linda Hashim, atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran sebanyak RM35,000.

Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam Wahab sambil disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hashim Ysuof.

Pihak perempuan telah menerima 7 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, sepasang kasut, seutas jam, sebentuk cincin, sepasang jubah, set minyak wangi dan tas tangan.

Manakala, pihak lelaki pula menerima 9 dulang hantaran yang mengandungi sirih junjung, seutas jam tangan, sepasang baju berjenama Polo, sepasang kasut, sepasang kaca mata hitam, sebentuk cincin, coklat, buah-buahan dan set penjagaan diri.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 3 November tahun lalu secara senyap tanpa pengetahuan umum.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang bermula pukul 8 malam.

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yang hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan