Cari Artikel

Friday, June 7, 2013

Foto Sekitar Pernikahan Zahid AF2 dan Sarah Julifa


Malayaia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Foto, Sekitar, Pernikahan, Zahid AF2, dan, Sarah Julifa


TELUK INTAN, 7 JUN 2013: Sekitar jam 3.30 petang tadi, bekas juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, secara sahnya bergelar suami kepada pasangannya, Sarah Julifa Isa.

Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan. Zahid mula mengenali isterinya itu setahun lalu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi laman sosial Twitter.

Dia pada mulanya langsung tidak mengetahui yang isterinya itu bekerja di bawah bumbung yang sama iaitu Astro.

Dalam satu kenyataan, Zahid memberitahu media yang dia memilih Sarah sebagai teman hidup kerana wanita itu telah berjaya membuat hidupnya kini lebih teratur dan ianya satu kualiti yang baik.

"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," kata penyampai radio Era ini lagi.

Khas buat anda, ini adalah sebahagian dari foto pernikahan Zahid dan Sarah di Teluk Intan, petang tadi.







Sah! Zahid Kini Suami Kepada Sarah Julifa


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sah, Zahid, Kini, Suami, Kepada, Sarah Julifa


FOTO & INFO dari Team ERA

TELUK INTAN, 7 JUN 2013: Hanya dengan sekali lafaz, Juara Akademi Fantasia Musim 2, Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 32, sah bergelar suami kepada kekasihnya Sarah Julifa Isa yang telah dikenalinya setahun lalu, selepas mereka selamat dijabkabulkan di Masjid Besar Teluk Intan, kira-kira jam 3.35 petang sebentar tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Tuan Hj Jaafar Hj Puteh bersaksikan Hj Abdullah Endut serta Hashim Mat Jain daripada keluarga belah pihak perempuan.
Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin RM101 beserta 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Mengenakan busana rekaan Cosry rona putih yang sedondon, upacara membatalkan air sembahyang, menyaksikan Zahid menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari manis suri hidupnya itu beserta gelang tangan.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan.

Pasangan ini mula berkenalan di laman Twitter dan kemudian memutuskan untuk berkahwin. Menariknya, sepanjang perkenalan Zahid yang kini menjadi penyampai radio Era sepenuh masa, tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

Dato` Fazley Dilantik Duta Institut Kulinari Perancis


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Dato' Fazley, Dilantik, Duta, Institut Kulinari Perancis


Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Sebuah lagi pencapaian diraih selebriti versatil, Dato' Fazley Yaacob yang kini dilihat menumpukan fokusnya dalam dunia masakan atau secara profesionallnya digelar seni kulinari sebaik sahaja menjadi juara dalam pertandingan realiti masakan MAsterchef Selebriti Malaysia yang pertama.

Kecintaannya dalam bidang masakan telah mendorong jejaka berusia 35 tahun ini untuk mendaftarkan diri di Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts, sekolah masakan terkenal daripada Perancis. Membuka pintunya di Sunway University College, Dato' Fazley telah mendaftar sebaik saja tamatnya program realiti Masterchef Selebriti Malaysia.

Kerana minat dan bakat yang dimiliki penyanyi yang digelar Abang Asmara satu ketika dahulu ini, akhirnya berjaya menempatkan dirinya sebagai pelajar terbaik di antara belasan pelajar lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara.

Menyedari kepakaran serta kapasiti Dato' Fazley sebagai selebriti terkenal, Le Cordon Bleu berbesar hati melantik chef selebriti itu sebagai duta bagi Sunway Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts. Ia bertujuan untuk mengajak lebih ramai mempelajari seni masakan yang ditawarkan institute yang berprestij ini.

"Mereka datang pada saya dan menawarkan untuk menjadi duta bagi sekolah kulinari yang sangat dikenali dan diyakini kualitinya, sebagai peminat dunia masakan yang mengenali nama Le Cordon Bleu sudah pastinya saya amat menghargai pengiktirafan ini.

"Tugas sebagai duta adalah mempromosikan lagi kursus yang satu-satunya ditawarkan di negara dan ia mengambil tempat di Sunway University College. Buat masa ini memang bilangan pelajar sedikit tetapi mereka mahu membuka peluang kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia agar dapat menceburkan diri dalam bidang seni kulinari.

"Sebentar tadi juga pihak Sunway Le Cordon Bleu telah mengumumkan berita baik bahawa pihak kolej menyediakan biasiswa penuh dan separa penuh bagi mereka yang layak. Ianya dibuka kepada rakyat Malaysia dan juga pelajar dari warga asing serta bekas penuntut sekolah ini,"ujar Dato' Fazley ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta untuk Sunway Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts di Sunway University College, Bandar Sunway.

Selami Kehidupan Celepets Di Telefon Bimbit


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Selami, Kehidupan, Celepets, Di, telefon Bimbit, Yasmin Hani, Sazzy Falak, Serena C, Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Aishah Sinclair, Daphne Iking


Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Tujuh selebriti popular yang menggelarkan diri mereka Celepets kini lahir dengan siri video realiti yang dapat ditonton terus oleh peminat mereka menerusi telefon pintar masing-masing.

Siri video realiti yang dikenali sebagai Celebrity Reel, mamaparkan kehidupan penuh glamor dalam dunia selebriti dan juga realiti yang ditunjangi Yasmin Hani, Sazzy Falak, Serena C, Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Aishah Sinclair dan Daphne Iking.

Celepets yang diambil daripada singkatan Celebrity With Pet Projects, telah menjalinkan persahabatan untuk untuk jangk awaktu yang lama, dan dihormati sebagai artis dalam kapasiti berlainan iaitu sebagai seorang model, penyanyi, hos, ahli perniagaan, DJ dan pelakon.

Disebalik kehidupan glamor sebagai selebriti, ketujuh-tujuh rakan baik itu juga melalui kehidupan normal sebagai wanita, ibu, isteri serta rakan.

Sebagai sekumpulan kawan yang mempunyai latar belakang yang berbeza, mereka sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam usaha untuk meningkatkan kerjaya masing-masing dan mengekalkan persahabatan serta kasih sayang sesama keluarga.

Yasmin Hani sebagai salah seorang ahli Celepets menerusi kenyataan medianya berkata, bukannya mudah untuk menjadi seorang ibu, ahli perniagaan dan selebriti pada masa yang sama.

"Oleh kerana itu, Celepets bersama-sama melalui kehidupan yang indah, malah berkongsi kesedihan bersama dan telah mewujudkan satu ikatan yang unik. Mungkin kita hanya dapat melihat Celepets melalui skrin TV dan tidak dapat merasakan kepayahan yang dilalui sebagai selebriti seperti tiadanya privasi, jadual pengambaran yang panjang, perjalanan ke penggambaran yang jauh dari ahli keluarga, khabar angin serta gosip yang mengguris hati," katanya.

Celebrity Reel adalah projek usaha sama antara artis Celepets, Blublack Productions dan Trylah Sdn Bhd yang telah dimulakan tayangannya menerusi telefon pintar pada Mei 27 lalu.


Kata Yasmin Hani, peminat Celepets kini boleh mendapatkan siri video eksklusif yang dihantar terus kepada telefon pintar mereka.

"Untuk pertama kalinya, peminat boleh mendalami kehidupan artis Celepets dari sudut yang unik dan tidak pernah dikongsi dari acara glamor karpet merah, melayan kerenah anak-anak serta keluarga di rumah dan waktu privasi bersama teman lelaki atau suami.

"Siri Video Realiti ini adalah yang pertama dan ramai peminat telah pun melanggan melalui Celebrity Reel berikutan pengumuman dari Celepets melalui akaun media sosial kami baru-baru ini.

"Celepets mempunyai jadual yang sibuk, dengan rancangan perjalanan peribadi, pengambaran televisyen, percutian bersama keluarga, kelas yoga, mengurus perniagaan dan lain-lain.

"Saya percaya, peminat pasti akan terhibur dengan siri video realiti yang unik, spontan serta menyeronokkan dan anda juga akan dapat mendalami kehidupan kami, mengenali nama samara kami, hobi, pendandan kegemaran dan banyak lagi daripada Celepets melalui siri video realiti ini," katanya.

Celebrity Reel adalah perkhidmatan berbayar di mana penonton yang berminat perlu melanggani perkhidmatan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook di www.facebook.com/celebrityreel (untuk melanggan, dan juga terma & syarat) atau ikuti Twitter di @CelebrityReel untuk maklumat terkini.

Propadi: Miss Propa Vs Mass Factorz. Siapa Lebih Hebat?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Propadi, Miss Propa, VS, Mass Factorz, Siapa, Lebih, Hebat


KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Sejak kebelakangan ini Miss Propa tak habis-habis tampil dengan idea unik untuk melahirkan video parodi, propadi khusus buat peminatnya di luar sana.

Selepas Bobo dengan video parodinya dengan lagu Sayang, Miss Propa nampaknya tertarik untuk memparodikan pula video Mass Factorz yang mempunyai ramai pengikut.

Mulanya Miss Propa tak percaya, tapi bila dipantau dalam kebanyakan video Mass Factorz di laman You Tube, aduhai terkejut beruk Miss Propa di buatnya kerana setiap satu video Mass Factorz telah ditonton oleh puluhan ribu peminat.

Dalam banyak-banyak video yang pernah dihasilkan Mass Factorz, nampaknya Miss Propa tertarik dengan dua video menarik ini. Iaitu video ucapan Selamat Hari Ibu dan juga lakonan berkesannya bersama Teddy Bear. Memang lucu.

Jadi Miss Propa tak mahu ketinggalan menghasilkan propadi dua video unik ciptaan Mass Factorz itu khusus untuk tatapan pembaca setia portal murai.com.my. Tiada niat lain, cuma hanya sebagai unsur hiburan semata-mata. Malah Miss Propa sangat kagum dengan keberanian Mass Factorz yang berjaya menghasilkan pelbagai riak wajah serta situasi dalam setiap video ciptaannya.

Apa yang boleh Miss Propa katakan di sini, Mass Factorz sangat unik lagi tersendiri. Maka tidak hairanlah setiap video yang dihasilkannya mendapat jumlah hits yang banyak.

Tahniah dan tabik spring Miss Propa tujukan buat Mass Factorz.




Raja Azmi Dedah Kes Tipu Adam Davin, Mahu Polis Bertindak


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Raja Azmi, Dedah, kes, Tipu, Adam davin, Mahu, polis, Bertindak


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Produser Raja Azmi Raja Sulaiman tidak menyangka bahawa Adam Davin sanggup membuat cerita bahawa kononnya dia telah memfitnah pendatang baru tersebut sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro, semalam.

Menyangkal dakwaan pendatang baru yang sepatutnya memegang watak utama dalam filem baru terbitannya iaitu Anak Ikan, Raja Azmi sebaliknya memberitahu, Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh S/O Gurchan Singh telah banyak menggunakan namanya untuk menipu banyak pihak termasuklah pihak Gulatis di Wangsa Maju serta pereka fesyen, Kos Serani.

Perbuatan melampau Adam Davin itu telah memaksa Raja Azmi untuk mengadakan satu sidang media khas yang diadakan di RK Recipes Cafe milik aktor Riezman Khuzaimi dan isterinya di , Melawati, Kuala Lumpur.


Turut hadir sama di dalam sidang media khas itu adalah wakil pihak Gulatis, wangsa Maju, Kos Serani serta mangsa-mangsa tipu lain daripada Pulau Pinang, Johor Bahru serta Kuala Lumpur.

Raja Azmi ditemui dalam satu sidang media khas yang diadakan di RK Recipes Cafe, Melawati, Kuala Lumpur. Turut hadir sama di dalam sidang media khas itu adalah wakil pihak Gulatis, wangsa Maju, Kos Serani serta mangsa-mangsa tipu lain daripada Pulau Pinang, Johor Bahru serta Kuala Lumpur.

Jelas Raja Azmi lagi, sebenarnya dia mengenali Adam Davin menerusi instagram.

"Dia beritahu saya dia berminat untuk mengenali saya dan berjumpa dengan saya. Dia kata dia ingin bincang pasal bisnes. Saya rasa tak salah kalau saya jumpa dia. Jadi, dia pun kasi nombor telefon bimbit dia dan saya pun hubungi dia.

"Dia perkenalkan diri sebagai anak taukeh Jakel dan dia beritahu bapa dia ingin melabur dalam filem saya. Saya yang bodoh ini pun percaya. Itulah bodohnya saya. '

"Kebetulan saya nak buat projek filem Anak Ikan. Saya pun fikir, kalau ada pihak yang hendak melabur dalam filem ini, why not. Setidak-tidaknya, kuranglah beban saya untuk buat filem ini.

"Masa itu saya berjumpa dengan dia bersama 2 orang aak perempuan saya iaitu Puteri Suaida, Puteri Suraya serta menanti saya, Shadan yang bakal mengarahkan filem Anak Ikan," katanya.

Dalam waktu yang sama, Raja Azmi memberitahu bahawa dia adalah pemilik Gulatis di Wangsa Maju dan bisnes itu diberikan oleh ibunya kepada dia.

"Dia juga pernah membawa saya dan dua orang anak saya di ke outlet Gulatis tersebut dan menyuruh kami memilih kain-kain yang ada di situ. Tapi, akhirnya baru saya tahu bahawa dia juga telah menipu pihak Gulatis dan memberitahu pihak Gulatis bahawa kain-kain itu akan dibayar oleh seorang datin.

"Apapun saya dan anak-anak saya akan memulangkan semula kain-kain yang kami pilih itu kepada pihak Gulatis semula," katanya.

Sambung Raja Azmi lagi, Adam Davin juga berjanji untuk memperkenalkan dia dengan bapanya, namun ada saja alasan yang diberikan setiap kali pertemuan diadakan. Malah, ianya juga terbatal pada saat-saat akhir.

"Selepas beberapa kali berhadapan dengan situasi seperti itu, saya sudah mula tidak percaya dengan dia lagi.

"Namun, sepanjang perkara ini berlaku, saya sudah berjanji membawa dia untuk menemani saya mealui red karpet Anugerah Bintang Populatr Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) bersama seorang lagi pendatang baru yang ingin saya perkenalkan iaitu Ahn.

"Tapi, selepas itu saya sedar bahawa gambar-gambar yang diambil pada anugerah itu telah digunakan untuk menipu orang," katanya.

Jelas Raja Azmi lagi, tujuan dia saya mengadakan sidang media ni adalah supaya Adam Davin berhenti daripada terus menggunakan namanya. dan mengaibkan saya serta membersihkan nama saya.

" Saya juga mahu dia berhenti menipu ramai orang lagi dan saya tidak sangka bahwa lebih ramai lagi orang yang ditipunya dan dia juga menjaja saya dengan menipu orang-orang ini.


"Tak cukup dengan tu, dia kata pula saya fitnah dia. Semalam, keluar di akhbar Harian Metro dan berita Awani juga bertubi-tubi keluar pasal Adam mendakwa saya yang memfitnah dan memalukanya.

"Seumur hidup saya, saya tidak pernah memfitnah orang", katanya dengan nada yang sebak.

Raja Azmi juga memberitahu bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang cukup bahawa Adam Davin telah menggunakan namanya untuk menipu banyak pihak.

"Hari ini, saya telah undang sendiri beberapa mangsa-magsa tipu untuk datang ke majlis sidang media ini. Kebanyakan mereka berhubung dengan saya melalui instagram dan mereka juga sama-sama mahu mendedahkan perbuatan Adam Davin.

Saya harap dengan adanya bukti-bukti ini, pihak polis akan segera menangkapnya. Sebenarnya, apa yang kami lakukan ini adalah untuk menyenangkan lagi tugas pihak polis," katanya lagi.

Mangsa Cerita Kisah Modus Operandi Penipuan Adam Davin


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Mangsa, Cerita, Kisah, Modus, Operandi, penipuan, Adam Davin


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Dengan menggunakan modus operandi yang sama, pelakon baru Adam Davin atau Davinder Singh Gurchran Singh, 25, telah mendekati banyak mangsanya dengan menjual Iphone 4S dengan harga semurah RM1500 sambil menyakini mereka dengan mengatakan bahawa dia berlakon dalam filem baru terbitan, RajaAzmi Raja Sulaiman berjudul Anak Ikan.

Atas sebab itu, dia tidak mungkin boleh melarikan wang yang didapati daripada kebanyakan mangsanya dengan begitu saja dan Iphone 4S itu pula kononnya diperolehi daripada abangnya yang bekerja di Maxis.

Namun, setelah memperolehi wang mereka, Adam Davin tiba-tiba lenyap dan tidak dapat dihubungi. Kalau ada pun ada yang berjaya menghubunginya, dia akan memberikan pelbagai alasan mengapa dia tidak dapat menghantar Iphone 4S tersebut. Tapi, sampai ke sudah, Iphone 4S itu langsung tidak kelihatan.

Bila mangsa menyedari bahawa mereka telah tertipu, mereka cuba untuk mencari atau menjejakinya. Kalau bernasib baik, dia akan bank ini duit yang diambilnya itu kepada mangsa semula. Jika tidak, bererti duit mangsa akan terus lenyap.

Bukan hanya setakat orang biasa, malahan rakan-rakan artis pun pernah menjadi mangsa Adam Davin. Malah, bukan hanya setakat Iphone 4S, modus operandi yang sama turut digunakan untuk produk lain seperti kolagen.

Menariknya, Adam Davin memilih mangsanya menerusi beberapa cara terutama di laman sosial seperti instagram dan setelah berkenalan dengan mereka di situ, akhirnya dia akan mendekati mangsa untk menipu mereka.

Dan menerusi laman sosial instagram ini juga, kebanyakan mangsa tipu Adam Davin telah berhubung dengan Raja Azmi untuk mendedahkan tentang penipuan Adam Davin dan bagaimana Adam Davin menggunakan nama Raja Azmi ketika membuat penipuan tersebut.

Terkejut dengan tindakan berani Adam Davin yang masih tidak serik-serik menggunakan namanya untuk menipu biar pun sebelum ini dia sudah pun membuat laporan
polis ke atas pemuda itu pada 1 Mei lalu, Raja Azmi akhirnya membuat keputusan untuk mengumpulkan semua mangsa-mangsa tersebut serta mengadakan satu sidang media khas.

Sidang media khas yang diadakan di RK Recipe & Cafe miliki pelakon Riezman Khuzaimi dan isterinya di Taman Melawati itu diadakan bukan semata-mata untuk
membersihkan nama dan imejnya semata-mata tetapi juga untuk memastikan bahawa Adam Davin tidak menghentikan sikapnya daripada terus menipu mangsa-mangsa yang lain.

Ternyata beberapa mangsa tipu Adam Davin turut hadir di majlis sidang media khas tersebut dan masing-masing telah bercerita mengenai cara mereka ditipu Adam
Davin. Antara yang hadir adalah pereka fesyen, Kos Serani yang ditipu kerana cuba mendapatkan pakaian tajaan untuk melalui red karpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada awal Jun lalu.

Adam Davin telah meminjam 3 baju daripada Kos Serani dengan mengatakan bahawa ianya adalah atas permintaan Raja Azmi sendiri, walhal Raja Azmi tidak tahu
menahu langsung tentang hal itu.

Baju-baju itu dipinjam setelah Adam Davin menipu Kos Serani dan rakannya, Edwin daripada Edwin Model & Management yang berpusat di Bandar Tasik Permaisuri
untuk menggunakan model serta premis agensi tersebut untuk mengadakan uji bakat Anak Ikan.

Uji bakat Anak Ikan itu dilakukan tanpa arahan dan pengetahuan Raja Azmi dan Raja Azmi hanya mengetahui setelah mangsa yang menghadiri uji bakat tersebut memaklumkan pekkara tersebut kepada kenalan rapat Raja Azmi.

Dan secara kebetulan, Kos Serani pula mencari Raja Azmi untuk meminta memulangkan semula baju yang dipinjam oleh Adam Davin dan dari situlah Raja Azmi mendapat tahu keseluruhan cerita tentang uji bakat Anak Ikan tersebut. Namun, pada 19 Mei yang lalu, Kos Serani sudah pun memperolehi kesemua baju-baju tersebut tanpa di dry clean.

Turut hadir sama di majlis sidang media itu adalah wakil pihak Gulatis yang berpusat di Wangsa Maju. Menurut mereka, Adam Davin telah mengambil beberapa kain yang bernilai lebih RM5,000 keseluruhannya dengan memberikan alasan bahawa kain-kain itu akan dibayar oleh seorang Datin.

Namun, kepada Raja Azmi dan anak-anaknya iaitu Puteri Suraya dan Puteri Suaida, Gulatis di Wangsa Maju itu kononnya adalah milik ibunya yang diberikan
kepadanya.

Berikutan itu, pihak Gulatis telah membuat laporan polis terhadap Adam Davin. Malahan, mereka mempunyai rakaman CCTV yang membuktikan bahawa Adam Davin ada menjejakkan kaki serta masuk ke premis mereka.

Turut bersama dalam majlis sidang media itu sama adalah mangsa tipu Iphone 4S dari Atie daripada Pulau Pinang, jiaanasir (Johor Bahru) serta Emma (Kuala Lumpur).

Sebenarnya, lebih ramai lagi mangsa tipu Adam Davin yang mahu tampil ke hadapan untuk mendedahkan tentang penipuan yang dilakukan oleh Adam Davin. Namun, ada yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mangsa bernama jiaanasir berkata, dia mengenali Adam Davin menerusi laman instagram dan dari situ Adam mendekatinya untuk menjual Iphone 4S dengan harga RM1200.

"Dia cakap dia sedang berlakon dengan produser Raja Azmi dan tidak mungkin dia akan lari dengan wang saya. Cara dia bercakap sungguh meyakinkan. Lagipun dia sendiri tunjuk gambar dia dengan Raja Azmi.

"Jadi, saya pun bank in RM700. Diikuti dengan RM500 untuk bank in kali kedua. Lepas bank in duit dia terus senyap sampailah ke hari ini dan dari situ saya cuba pula berhubung dengan Raja Azmi. Tapi, saya tak sangka ramai pual yang sudah jadi mangsa tipu Adam Davin," katanya kepada murai.com.my.

Emma pula berkata, dia mengenali Adam Davin melalui seorang rakan yang bekerja di Karangkraf.

"Dia beritahu abangnya bekerja di Maxis di bahagian media dan dia boleh dapatkan Iphone 4S dengan harga murah, RM1400. Siapa yang tak mahukan. Jadi, saya dengan empat lagi rakan-rakan memasukkan duit ke dalam akaunnya.

"Tapi, selepas 2 hari, dia diam saja. Kami mula rasa tak sedap hati. Memandangkan dia ada dalam group Whatsapp kami, maka saya dan rakan-rakan cuba menghubunginya setiap satu jam untuk bertanyakan tentang Iphone 4S kami.

"Macam-macam alasan yang diberikan akhirnya kami minta duit kami semula. Memang susahlah nak dapatkan duit kami. Sampaikan kami terpaksa hubungi ibu dia. Kisah dia menipu ini pun ada dimuatkan di dalam forum Lowyat.net

"Kemudian akhirnya dia masukkan duit dalam seorang rakan dan berikutnya pada seorang rakan yang lain dan yang lain dan yang lain. Cuma duit saya saja yang dia tak masukkan lagi. Saya memang geram sungguh dengan dia, sampaikan nama dia pun saya letakkan status conman.

"Bila saya dapat tahu Raja Azmi mahu buat sidang media ini, saya luangkan masa untuk datang. Sebab, saya sendiri sudah buat laporan polis ke atasnya dan saya tak mahu dia terus menipu orang lain dengan cara yang begini," katanya lagi.

Ketika Emma berada di sidang media tersebut, Adam Davin telah menghubunginya memberitahu bahawa dia akan memasukkan duit Emma. Namun, Emma berkata, dia tidak percaya selagi tidak ada slip yang membuktikan bahawa Adam Davin telah memasukkan duit tersebut.

Portal murai.com.my telah berkesempatan mendengar sendiri perbualan mereka setelah Emma membuka loud speaker.

Adam Davin bertanya: U kat mana sekarang?

Emma: I on my way pergi PC (sidang media).

Adam Davin: Aiyooo!!! (dengan nada suara gentar)

Emma: Kalau u bank in duit I, takkan pergi PC tu (namun Emma sebenarnya sudah berada di PC itu).

Peluang Menjadi Bintang Di Ujibakat AF 2013 Pulau Pinang


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Peluang, menjadi, bintang, Di, Ujibakat, AF 2013, Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Mengikut sejarah sembilan tahun penyiaran Akademi Fantasia (AF), negeri Pulau Pinang pernah menghasilkan juara bagi program ini apabila Norsyarmilla binti Jirin ataupun lebih kita kenali sebagai Mila, muncul juara bagi AF musim kelima.

Inginkah anda menjadi seperti Mila yang popular dengan lagu seperti Persis Mutiara, Mila Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu? Datanglah beramai-ramai ke ujibakat AF 2013 hujung minggu ini yang akan diadakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 8 & 9 Jun 2013.

Inilah peluang anda untuk menjadi bintang seterusnya mewarnai industri hiburan tanahair seperti mana yang dapat dilihat dari bintang-bintang AF yang kini masih menyinar dalam pelbagai cabang hiburan. Bukan sahaja dari Pulau Pinang, mereka-mereka yang berbakat dari negeri-negeri bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan utara Perak jugak digalakan hadir untuk menunjukan bakat anda.

Pastikan anda berumur 18-35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan dan anda boleh datang sebagai peserta solo atau pasangan duet. Anda boleh memilih untuk menyanyikan sebarang lagu secara acapella. Untuk memudahkan anda, boring penyertaan boleh didapati di laman www.akademifantasia.com.my

Berikut adalah tips-tips berguna untuk anda sekiranya anda berminat untuk menghadiri ujibakat AF 2013 di Pulau Pinang

i) Sila pilih lagu yang bersesuaian dengan vokal anda.
ii) Sediakan sekurang-kurangnya tiga buah lagu atau lebih dengan genre muzik yang berlainan.
iii) Anda tidak digalakkan untuk memilih atau menukar lagu selepas mendaftarkan diri di AF 2013 untuk mengelakkan dari masalah lupa lirik.
iv) Peralatan muzik seperti gitar dan alatan muzik yang lain tidak menjadi masalah jika ingin digunakan tetapi ini adalah sesi ujibakat nyanyian, sila fokus dengan vokal anda. Jika ada mempunyai masalah untuk fokus dengan nyanyian sambil bermain alatan muzik, lebih afdal jika anda fokus dengan nyanyian.
v) Kod pemakaian harus bersesuaian ketika menghadiri sesi ujibakat. Anggap seperti anda ingin menjalani sesi temuduga mencari kerja.
vi) Dilarang sama sekali memakai selipar.

Tips-tips berguna ini bagi memudahkan kepada mereka yang menghadir sesi ujibakat dapat berjalan dengan lancar untuk diberi peluang untuk ke peringkat yang seterusnya. Persiapan awal ketika menghadiri sesi ujibakat AF 2013 adalah markah bonus buat diri anda supaya para juri utama dapat menilai anda dengan mudah.

Kaunter pendaftaran akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Layari www.akademifantasia.com.my untuk sebarang maklumat lanjut tentang ujibakat AF 2013.

Senarai 10 Finalis Kategori Anugerah Blokbuster 2


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Senarai, 10, Finalis, Kategori, Anugerah Blockbuster 2


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Sebanyak 16 kategori termasuk 3 anugerah khas iaitu Anugerah PFM, Anugerah Astro First dan Anugerah Gempak WeChat dipertandingkan pada Anugerah Blokbuster 2.

Anugerah PFM diwujudkan bagi menghargai individu atau kelompok individu yang telah memberi jasa terhadap industri Filem Malaysia. Anugerah PFM akan diputuskan oleh panel juri yang dilantik oleh Persatuan Penerbit Filem (PFM)

Manakala, Anugerah Astro First Terhebat ditetapkan berdasarkan filem Malaysia paling banyak dilanggan yang telah disiarkan di Astro First dalam tempoh 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2012.

Menariknya bagi penganjuran kali ini, barisan artis yang bakal membuat persembahan pada Anugerah Blokbuster 2 yang akan berlangsung pada 15 Jun ini, berpeluang meraih trofi menerusi kategori Anugerah Gempak WeChat.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, anugerah tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada penyanyi-penyanyi yang menghiburkan acara pada majlis tersebut.

"Ia juga sebagai salah satu kelainan yang ditonjolkan dalam anugerah ini berbanding acara penganugerahan yang lain. Pihak kami mahu penyanyi-penyanyi yang terlibat turut dicalonkan menerusi kategori Anugerah Gempak WeChat.

"Para peminat boleh mengundi menerusi aplikasi telefon WeChat di bawah tajuk 'Astro WeChat vote' di mana undian sudah pun bermula 5 Jun," katanya pada sidang kedua Anugerah Blokbuster 2 di Hotel Best Western petang semalam.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan dalam acara itu ialah Adam, Stacy, Azlan And The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jacltn Victor, Aizat, DJ Fuzz, Roman dan Shae

Anugerah ini sekali lagi menggunakan sistem pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa untuk mengundi filem-filem dan artis kegemaran mereka memalui laman web www.anugerahblokbuster.com.my. Undian telah pun dibuka sejak 19 April lalu hingga 15 Jun ini.

Antara filem-filem yang layak bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.

Bertemakan gaya vintage kontemporari atau Hipster, selain Scha Al Yahya dan Dato' AC Mizal mengemudikan acara berprestij itu, Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila dan Hafizul turut muncul sebagai pengacara karpet merah pada Anugerah Blokbuster 2 itu nanti.

Acara itu akan diadakan di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Johor pukul 9.00 malam.

Berikut merupakan 10 pencalonan bagi 13 kategori yang dipertandingkan.

1) ANUGERAH FILEM TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- ISTANBUL AKU DATANG
- JIWA TAIKO
- ADNAN SEMPIT 2
- AKU TERIMA NIKAHNYA
- ADIK MANJA RETURNS
- AKU ADA, KAU ADA???
- MAEL LAMBONG
- BUJANG TERLAJAK
- 29 FEBRUARI

2) ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT CALON:

- GHAZ ABU BAKAR (HANTU KAPCAI)
- SYAMSUL YUSOF (JALAN KEMBALIBOHSIA 2)
- OSMAN ALI (JIWA TAIKO)
- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)
- BERNARD CHAULY (ISTANBUL AKU DATANG)
- RAHILA ALI (AKU ADA, KAU ADA???)
- ISMAIL BOB HASHIM (ADNAN SEMPIT 2)
- EYRA RAHMAN (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- EDRY ABDUL HALIM (29 FEBRUARI)
- SYAFIQ YUSOF (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))

3) ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT :

- GHAZ ABU BAKAR (HANTU KAPCAI)
- ROSIHAN ZAIN BAHARUDIN (CHOWKIT)
- SYAFIQ YUSOF (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)
- EYRA RAHMAN (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- RAHILA ALI (AKU ADA, KAU ADA???)
- ESMA DANIAL (ZAITON, CERITAKU)
- NAMAWEE (HANTU GANGSTER)
- ASRULHISYAM AHMAD (SESUATU YANG TERTINGGAL)
- NIZAM ZAKARIA (CINTA KURAKURA)

4) ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- 8 JAM
- JIWA TAIKO
- SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M)
- JALAN KEMBALI - BOHSIA 2
- BUDAK PAILANG
- PE3
- CHOWKIT
- TAIKUN

5) ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- ISTANBUL AKU DATANG
- NGORAT
- ADNAN SEMPIT 2
- MAEL LAMBONG
- ADIK MANJA RETURNS
- PONTIANAK VS ORANG MINYAK
- CINTA KURAKURA
- APA CELOP TOQQ
- STRAWBERI CINTA

6) ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT:

- SUMPAHAN KUM-KUM
- HANTU GANGSTER
- HANTU DALAM BOTOL KICAP
- HANTU AIR
- SESUATU YANG TERTINGGAL
- KERAMAT
- HALIM MUNAN

7) ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT:

- HOORE! HOORE!
- AKU ADA, KAU ADA???
- ISTANBUL AKU DATANG
- AKU TERIMA NIKAHNYA
- 29 FEBRUARI
- NGORAT
- HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
- 7 PETALA CINTA
- ZAITON, CERITAKU
- GERIMIS MENGUNDANG

8) ANUGERAH HERO TERHEBAT:

- ZIZAN RAZAK(HANTU KAPCAI)
- SHAHEIZY SAM (ADNAN SEMPIT 2)
- ADI PUTRA (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- AARON AZIZ (NGORAT)
- REMY ISHAK(JIWA TAIKO
- BETO KUSYAIRY(ISTANBUL AKU DATANG)
- JOHAN RAJA LAWAK(PONTIANAK VS ORANG MINYAK)
- KAMAL ADLI (SALAM CINTA)
- ZIZAN RAZAK(MAEL LAMBONG)
- HAZAMA(APA CELOP TOQQ)

9) ANUGERAH HEROIN TERHEBAT:

- YANA SAMSUDIN (3 TEMUJANJI)
- LISA SURIHANI (ISTANBUL AKU DATANG)
- NADIA NISA'A(JIWA TAIKO)
- JULIANA EVANS(MAEL LAMBONG)
- NORA DANISH (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- JULIANA EVANS(ADIK MANJA RETURNS)
- LISA SURIHANI(SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- NEELOFA (AZURA)
- INTAN LADYANA (ADNAN SEMPIT 2)
- TIZZ ZAQYAH(CINTA KURA-KURA)

10) ANUGERAH WATAK PENJAHAT TERHEBAT:

- SOFI JIKAN (JALAN KEMBALI - BOHSIA 2)
- JULIANA EVANS (ADIK MANJA RETURNS)
- BRONT PALARAE (JIWA TAIKO)
- REMY ISHAK (HANTU KAPCAI)
- AL EX YANZ (TAIKUN)
- KAMAL ADLI (AKU ADA, KAU ADA???)
- SITI FAZURINA (BAIK GILLER)
- AZAD JASMIN (APA CELOP TOQQ)
- TOMOK (ISTANBUL AKU DATANG)
- FARID KAMIL (PE3)

11) ANUGERAH LAGU TEMA TERHEBAT:

- BEGINILAH CARANYA (AKU ADA, KAU ADA???)
- TIADA KASIH TIADA CINTA (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- HARLEY (HANTU KAPCAI)
- BEBAS (JIWA TAIKO)
- ADIK MANJA RETURNS (ADIK MANJA RETURNS)
- AKU DATANG (ISTANBUL AKU DATANG)
- AKU MAHU DIA (APA CELOP TOQQ)
- JAGALAH DIRI (29 FEBRUARI)
- AJARI AKU (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- H.A.C.K.S (HANYA AKU CINTA KAU SEORANG)

12) ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT:

- IZZUE ISLAM (29 FEBRUARI)
- HAIRUL AZREEN (HANTU KAPCAI)
- SHAHRIZAL JASZLE (AZURA)
- JUSTIN FOO (BAIK GILER)
- RYKAL ISKANDAR (AJI BOY)
- IZZUE ISLAM (HANTU KAPCAI)
- KARL SHAFEK (ZAITON,CERITAKU)
- NIZAM ZAIDI (BUDAK PAILANG)
- HARRIS SHIDEE (AKU,KAU&DIA)
- AIZAT AMDAN (ISTANBUL AKU DATANG)

13) ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT:

- NEELOFA (HANTU KAPCAI)
- ANZALNA NASIR (KAHWIN 5)
- SITI MAIZATUL RAFIRA (JIWA TAIKO)
- MARIA TUNKU SABRI (ADIK MANJA RETURNS)
- JIHAN RAJA LAWAK (ADIK MANJA RETURNS)
- SHIMA ANUAR (7 PETALA CINTA)
- MON RYANTI (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- NUR SHAZWANA (HOORE! HOORE!)
- FARHANNA QISMINA (SESUATU YANG TERTINGGAL)
- JOJO GOH (29 BEBRUARI)

Impian Zhaf Lamar Bakal Isteri Di Awan Biru Tercapai


Malaysia, hiburan, artis malaysia, Selebriti, Impian, Zhaf, Lamar, Bakal, Isteri, Di, Awan, Biru, Tercapai


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Melihat kepada karakter yang dimiliki tunangan aktres Fouziah Gous iaitu Zhafran Yusof atau Zhaf, jelas teserlah gaya serta sifatnya yang romantik melalui tutur katanya ketika ditemubual selepas pasangan ini mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu.

Zhaf yang kini ahli perniagaan berkongsi cerita bahawa dia pernah menyimpan angan-angan untuk melamar wanita bertuah menjadi isterinya di atas kapal terbang yang dipandunya sendiri. Jejaka yang berasal dari Subang ini memiliki lesen memandu kapal terbang setelah menuntut di sebuah sekolah penerbangan yang terletak di pantai timur.

Menurut Zhaf lagi, pada asalnya rancangannya bukanlah sekadar melamar diatas kapal terbang dipandunya tetapi lebih hebat lagi dari yang itu. Selepas memikirkan beberapa perkara dia memilih untuk melakukannya dengan cara yang lebih mudah dan tidak keterlaluan.

"Itu adalah angan-angan yang saya simpan ketika belajar di flying school dulu. Biasalah masa belajar tu macam-macam yang saya nak buat dan salah satu daripadanya adalah melamar bakal isteri saya di atas kapal terbang yang saya pandu.

"Selepas itu saya akan terbangkan dia mengelilingi udara dan bawa dia ke suatu tempat untuk meraikan jika lamaran diterima.

"Sebenarnya idea saya lebih dahsyat lagi daripada ini tetapi memikirkan keselamatan wanita yang bakal saya kahwini, saya pilih untuk buat yang paling selamat," ujar Zhaf mengenai cara dia melamar Fouziah Gous cukup romantik dan membuatkan ramai yang makan hati dengan pelakon tersebut.

Jejaka ini telah dilaporkan melamar Fouziah pada 25 Mei lalu setelah dia ditemani rakan memandu sebuah kapal terbang dan membawa Fouziah bersama. Ketika di awan biru aktres itu telah dilamar dan perkara ini diketahui umum melalui gambar yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Selain daripada itu, Zhaf turut bercerita mengenai bagaimana bibit-bibit cinta di antara dia dan Fouziah bermula walhal mereka telah mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu apabila merancang untuk menjadi rakan kongsi untuk sebuah perniagaan. Walaupun singkat, bagi Zhaf keserasian yang ada pada itu lebih menjamin kebahgiaan berbanding tempoh masa yang lama dalam sesebuah perhubungan.

"Saya dah lama kenal Fouziah tetapi kami mula serius dan rapat baru tiga bulan ini iaitu sejak Mac. Saya tertarik dengan gaya dan perwatakkannya yang sangat ceria dan sentiasa gembira.

"Bila saya bersama dengannya yang saya perasan saya tidak akan cuba menjadi orang lain. Maksudnya saya selesa untuk berbuat apa sahaja dan berkongsi semua benda dengannya.

"Dengan dia saya lebih transparent dan kerana itu saya rasakan chemistry diantara kami amat kuat. Walaupun dalam tempoh singkat, saya tahu pilihan saya ini betul,"jawab Zhaf apabila ditanyakan mengenai perkenalan dia dan aktres berdarah kacukan ini dan mengapa Fouziah yang menjadi pilihan hatinya.

AC Mizal, Scha Teruja Mahu Kemudi Anugerah Blokbuster 2


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ac Mizal, Scha, Teruja, mahu, Kemudi, Anugerah Blockbuster 2


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Pengacara, Dato' AC Mizal dan Scha Al-Yahya telah diumumkan bakal mengemudikan Anugerah Blokbuster 2 yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru pada 15 Jun ini.

Pengurus Saluran Astro, Raqeem berkata pemilihan dua hos berkenaan untuk mengacarakan anugerah berprestij yang bermula jam 9 malam itu diharap dapat memberi kelainan apabila buat pertama kalinya mereka digandingkan di atas satu pentas.

"Pemilihan AC MIzal sudah tentu kerana dia sudah ada satu nama yang gah dalam industri hiburan tanah air serta telah biasa mengemudi rancangan serta program yang hebat di Astro.

"Malah dia seorang yang fun, exciting dan dalam masa bijak mengawal acara, jadi kami rasa sesuai dengan konsep kami yang urban. Manakala Scha pula kami pilih supaya gandingan mereka dapat memberi kelainan pada penonton pada malam berprestij itu nanti," katanya

Bertemakan gaya vintage kontemporari atau Hipster, Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila dan Hafizul turut muncul sebagai pengacara karpet merah pada Anugerah Blokbuster 2 itu nanti.

Dalam pada itu, AC Mizal turut memberitahu dia berasa sedikit gugup apabila digandingkan dengan Scha untuk mengemudi acara berprestij itu kerana sebelum ini sudah selesa mengacara seorang diri.

"Kami pernah digandingkan bersama tetapi sebelum ini hanya dalam acara kecil pada tahun lalu tetapi bukan rancangan televisyen. Saya tahu Scha memang punya komitmen yang bagus pada kerja tetapi saya akui sediikit gugup kerana selalunya saya mengacara seorang tetapi ini ada pasangan pula.

"Namun kami akan duduk bersama untuk memberikan yang terbaik pada malam itu nanti," katanya.

Sementara itu, Scha memberitahu dia amat teruja dan berbesar hati apabila Astro sudi memberi peluang kepadanya untuk mengemudi majlis anugerah sebesar itu.

"Sebenarnya ini pertama kali saya mengacarakan acara seperti anugerah sebegini dan saya amata berbesar hati apabila peluang ini diberikan kepada saya. Sebelum ini, memang ada tawaran untuk mengacarakan acara yang bersiaran langsung sebegini tetapi saya menolaknya kerana belum berani tetapi kali ini saya mencabar diri saya untuk mula lakukannya.

"Malah saya teruja apabila dapat digandingkan dengan AC Mizal kerana dia seorang yang senang untuk saya gel dan bijak untuk mengimbangkan keadaan lawak dan serius. Harap apa yang kami akan rancang nanti dapat menyenangkan ramai pihak," jelasnya

Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan dariapda penonton yang diberi kuasa untuk mengundi filem-filem dan artis kegemaran mereka memalui laman web www.anugerahblokbuster.com.my. Undian telah pun dibuka sejak 19 April lalu hingga 15 Jun ini.

Video Tribute Murai Buat Seniman S.Shamsuddin (1929-2013)


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Artis veteran, Video, Tribute, Murai, buat, Seniman, S. Shamsuddin, 1929-2013


KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Pemergian seniman veteran era akhir 50-an dan awal 60-an, Allahyarham S.Shamsuddin (1 January 1929 - 4 June 2013) yang disahkan meninggal dunia di Hospital Alexendra, Singapura pada jam 10.56 pagi semalam, bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat kita semua.

Pada usia yang telah pun mencecah 84 tahun berserta dengan keadaan yang semakin hari semakin uzur disebabkan oleh sakit tua serta jangkita paru-paru berair, memang sudah dapat dijangka bahawa hayatnya tidak akan lama di dunia yang fana ini.

Namun, biarpun menyedari hakikat serta realiti itu, pemergian Allahyarham S Shamsuddin atau lebih mesra digelar Pak Sudin nyata cukup memilukan serta mengusik jiwa.

Masakan tidak, sesiapa yang membesar dengan filem-filem lakonan dan arahan Tan Sri P Ramlee khususnya yang berunsur komedi dengan trademark Bujang Lapok, pasti tidak akan mampu menghapuskan aksi dan gelagat Pak Sudin dengan dialog-dialog yang mencuit hati bersama punching-punching line yang memburai jiwa.

Ya, seniman yang dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura hasil daripada perkahwinan Dali bin Kechik dari Melaka dengan Khatijah Haj Ahmad yang memang berasal dari Geylang, Singapura ini memang dikurniakan bakat melawak yang luar biasa.

Kebanyakan dialog-dialog yang digunakan di dalam filem lakonannya bersama Tan Sri P Ramlee dan Dato` Aziz Sattar dihamburkan secara bersahaja sewaktu berada di lokasi atau ketika duduk minum-minum bersama rakan-rakannya itu.

Apa saja yang dihamburkannya itu memang lawak dan lawak itu pula disampaikan secara bersahaja dengan gelagat-gelagat yang tidak dibuat-buat. Menjadikan S Shamsuddin seorang pelawak yang tiada tandingan dan berada di kelasnya sendiri, hinggakan legasinya tak mampu diteruskan oleh anaknya, Ariff Shamsuddin.

Bermula dengan filem Aloha arahan B S Rajhans terbitan di Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas pada 1950, Pak Sudin telah membintangi hampir 30 filem kesemuanya. Namun, dia lebih dikenali dengan filem-filem komedi yang dilakonkan bersama Aziz Sattar serta P Ramlee terutama sekali siri Bujang Lapok.

Antara filem lain yang pernah dibintangi Pak Sudin adalah Sejoli (1951), Panggilan Pulau (1954), abu Hassan Pencuri (1955), Hang Tuah (1956), Antara Dua Darjat (1960), Bidasari (1964), Siti Mulishat (1962) serta Dia Ibuku (1981).

Pak Sudin mengahwini Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mereka dikurniakan 7 anak beserta 14 cucu. Salah seorang anaknya itu adalah Arif Shamsuddin yang juga seorang aktor tv komedi di Singapura dan pernah menyertai program Maharaja Lawak Mega.

Sebagai tribute kepada Allahyarham Pak Sudin, portal murai.com.my ingin membawa anda menyingkap beberapa lakonannya yang cukup menjadi serta paling dingati oleh kita semua sampai saat ini iaitu Tiga Abdul, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapuk, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok serta Nasib Si Labu Labi dalam video khas ini. Selamat menonton: -



Aaron Sesak Nafas Bila Lari 5 Pusingan Larian Amal


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Aaron Aziz, Aaron, sesak, nafas, bila, lari, 5, pusingan, Larian Amal


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Hampir hendak pengsan dan sesak nafas jadinya Aaron Aziz sebaik saja dia menyahut cabaran Era untuk lari lima pusingan di balapan Stadium Nasional Bukit Jalil dalam larian amal yang diberi nama #LarianAmalAaronEra seawal jam 8 pagi, semalam.

#LarianAmalAaronEra yang mendapat kerjasama Radio ERA dan dan Yayasan AIDS Malaysia (Malaysian AIDS Council) diadakan untuk mengumpul dana untuk memberi bantuan kepada pesakit-pesakit AIDS di Malaysia.

Dalam waktu yang sama ianya juga diadakan bersempena mempromosikan filem terbaru berjudul Lari yang diarahkan oleh pengarah terkenal Ahmad Idham yang akan ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

"Saya menyahut cabaran geng Radio ERA yang mahukan saya membuat larian amal sebanyak lima pusingan pagi ini di Stadium Bukit Jalil demi memberi bantuan atau sumbangan kepada tabung Circle Of Friends (Yayasan AAIDS Malaysia) ini.

"Hasil dari larian saya pagi ini, Radio Era telah berjanji untuk membuat pengumuman mempromosikan filem Lari setiap jam bermula selepas tamat larian amal saya.

"Dalam pada itu larian ini juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan filem terbaru lakonan saya iaitu lari yang diarahkan Ahmad Idham yang mengisahkan masalah perdagangan manusia yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

"Sebenarnya, aya sememangnya tidak gemar dengan sukan lumba lari sejak dibangku sekolah lagi. Malah saya agak keletihan, hampir pengsan dan sesak nafas semasa membuat larian seawal pusingan kedua.

"Tetapi demi mempromosikan filem Lari dan bantuan dana Circle of Friends ini saya terima cabaran yang diberikan dan berjaya menghabiskan larian lima pusingan ," kata kepada murai.com.my.

Aaron Aziz yang juga duta Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia, Aaron Aziz berkata, program #LariAmalAaronERA bertujuan mengisi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia.

Bagi mereka yang berminat membantu boleh membuat sumbangan ikhlas se-minimum RM 1.00 kepada tabung Yayasan AIDS Malaysia, seperti yang tertera di bawah. Manakala bagi setiap sumbangan berjumlah RM50.00 akan disertakan dengan resit pengecualian cukai bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan.

Lepas Tasha, Giliran Akmar Tinggalkan Ceria Popstar


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Lepas, Tasha, Giliran, Akmar, Tinggalkan, Ceria Popstar


Kuala Lumpur, 5 Jun 2013: Selepas Tasha tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung pada 26 Mei yang lalu, seorang lagi peserta iaitu Akmar nampaknya turut mengikut jejak langkah yang sama.

Akmar menjadi peserta Ceria Popstar kedua yang tersingkir di dalam program ini biarpun dia telah memberikan sentuhan kreatif apabila mempersembahkan lagunya, '8 Hari Seminggu' dari Syuga.

Begitupun konsert minggu keempat program Ceria Popstar yang bersiaran pada hari Ahad, 2 Jun 2013 jam 11.30 pagi kali ini dilihat berbeza apabila penampilan dan gaya persembahan para peserta nyata berubah seiring dengan tema yang diketengahkan iaitu 'Ceria Rockstar'.

Yang mana kesemua tujuh Bintang Ceria Popstar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rock atau lagu-lagu yang telah diberi nafas rock.

Pentas Ceria Popstar dibuka oleh Hairul dan Leen yang menyanyikan lagu 'Ku Merindu' dari Ella. Diikuti oleh Razmil yang memberikan persembahan bertenaga melalui lagu 'Drama King' dari Meet Uncle Hussein.


Vision Mate membuatkan penonton dan juri tergamam apabila memberi nafas baru untuk lagu 'Itu Kamu' dari Estranged. Manakala, Trisya memberi gaya rock comel dengan menyanyikan lagu 'Price Tag' dari Jessie J.


Manakala Flower Queen pula membuktikan kebolehan vokal mereka melalui persembahan yang mantap dengan menyanyikan lagu 'Idola' dari Azlan & The Typewritter.


Pentas Ceria Popstar terus dihangatkan oleh Wafi yang berjaya memikat hati para juri dan penonton melalui gaya persembahannya apabila menyanyikan lagu 'Situasi' dari BUNKFACE.


Juri jemputan untuk minggu ini diterbangkan jauh dari Indonesia, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Sayang' iaitu Shae. Bukan itu sahaja, Shae turut menghiburkan para penonton dengan membuat 2 persembahan istimewa apabila menyanyikan lagu 'Sayang' dan 'Telefon' dalam episod kali ini.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Ceria POPSTAR pada setiap hari Ahad bermula 5 Mei 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria (saluran 611). Untuk Kita Aje!

Nik Amir Nafi Sindir Wartawan Dalam KIL


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Nik Amir, Nafi, Sindir, Wartawan, Dalam, KIL


Oleh: Cinemaonline.com

KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Filem pertamanya, "KIL" telah pun mula ditayangkan pada 30 Mei lalu, tetapi Nik Amir Mustapha sudah hampir selesai menjalani penggambaran filem kedua arahannya berjudul, Bikin Filem.

Pengarah muda ini enggan mendedahkan lebih lanjut butiran mengenai filem terbarunya itu, bagaimanapun berkongsi bahawa ia akan dibintangi barisan pelakon nama berbakat seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Siti Saleha dan juga Nadiya Nissa.

Sementara itu Nik Amir telah diminta mengulas berhubung beberapa babak yang seolah-olah kelihatan seperti menyindir segelintir wartawan hiburan tempatan dalam filem "KIL".

"Babak tersebut bukan satu bentuk serangan terhadap pihak wartawan. Malah, ia bukan juga tumpuan kepada jalan cerita "KIL". Namun ia hanyalah sekadar hiburan dan pemerhatian saya. Tiada niat untuk saya berperang dengan wartawan," jelas Nik Amir ketika ditemui di tayangan gala "KIL" baru-baru ini.

"Saya terkejut juga bila ada yang menyangka kami nak sindir wartawan menerusi babak itu. Tapi sebenarnya tidak. Sebaliknya kami ingin tujukan pada sesetengah pengarah yang bersikap terlalu obses dengan hasil filem mereka sendiri. Itu parodi untuk pengarah.

"Sebelum ini kebanyakan kami sering buat filem-filem indie. Jadi kami banyak bergaul dengan pengarah yang begitu. Niat kami sekadar nak 'mencuit' pengarah yang macam itu, bukan nak timbulkan apa-apa isu atau kontroversi dengan mana-mana pihak," jelasnya lagi.

Dalam babak tersebut, seorang wartawan hiburan (lakonan Aidil dari kumpulan Couple) telah menemuramah seorang pengarah terkenal (lakonan Hasnol Rahmat) yang gagal menarik penonton untuk menonton filem terbarunya. Karakter wartawan berkenaan yang gemar menyampuk serta dialog berbaur sindiran telah membuat media yang hadir ketika tayangan gala 'panas telinga'.

Pengarah berusia 28 tahun ini memohon maaf dan memberitahu dialog sindiran itu ditambah oleh Hasnol Rahmat sendiri serta turut mengakui kebebasan diberikan kepada barisan pelakon dari skrip.

"KIL" mengisahkan tentang Akil, seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri, tetapi setiap cubaannya sentiasa gagal sehinggalah dia bertemu satu cara 'penyelesaian' sempurna. Life Action Bureau (LAB) akan membantu sesiapa yang ingin membunuh diri. Namun di saat akhir, Akil berubah fikiran selepas bertemu dengan seorang gadis bernama Zara.

Diterajui oleh Redza Minhat dan Cristina Suzanne Stockstill, "KIL" turut menampilkan Harun Salim Bachik, Hasnol Rahmat dan Dira Abu Zahar.

"KIL" turut ditayangkan di anugerah Marche du Film bersempena Festival Filem Cannes 2013 di Perancis pada 20 Mei lalu.

KesSahNya: Yasmin Hani Hamil Tepis Isu Jimmy, Eira Syazira?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, KesSahNya, Yasmin Hani, Hamil, Tepis, Isu, Jimmy, Eira Syazira


KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Artikel mengenai pelakon dan pengacara, Yasmin Hani hamil anak pertama pada minggu lalu telah menjadi tumpuan pelayar murai.com.my sehingga ia berjaya berada di dalam senarai Top 3 Carta KesSahNya kali ini.

Namun kisah Yasmin Hani hamil anak pertama itu bersaing hebat dengan dua artikel lalin iaitu mengenai Jimmy Shanley mahu bekas isterinya dipenjarakan serta kisah ibu pelakon Eira Syaizra meninggal dunia.

Nampaknya 3 kisah ini bersaing sengit untuk menentukan artikel manakah yang paling mendapat perhatian membaca sehingga menerima jumlah pembaca tertinggi minggu lalu.

Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka pada minggu ini.

Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai penyanyi,Eira Syazira yang meluahkan rasa sayu dan sedih ketika saat-saat akhir bersama ibunya yang telah pun pergi meninggalkanya untuk selamaya.

Arikel tersebut telah mendapat perhatan seorang pembaca yang telah memberikan komen dengan turut bersimpati apabila akui pernah melalui pengalaman yang sama.

Jadi, tunggu apa lagi, saksikan espisod terkin KesSahNnya ini di bawah



MasterChef: Strategi Tidak Menjadi, Cat Farish Tersingkir


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Masterchef Selebriti, Strategi, tidak, menjadi, Cat Farish, Tersingkir


KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Strategi sajian berlainan yang disediakan oleh Cat Farish sewaktu bersaing dalam pusingan Penyingkiran MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) malam tadi akhirnya memakan diri apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Menyediakan sajian `Salji Putih` berasaskan telur, yang merupakan bahan tema untuk pusingan Penyingkiran kali ini, Cat gagal memikat juri berbanding dua lagi saingannya yang menyediakan sajian Pavlova. Dua lagi saingan Cat itu ialah Rozita Che Wan dan Syura.

Ketiga-tiga mereka terpaksa bersaing dalam pusingan Penyingkiran selepas pasukan Biru yang diwakili mereka tewas dalam Cabaran Sajian Luar sehari sebelumnya. Celina yang juga seorang lagi ahli kumpulan Biru bagaimanapun terselamat selepas berjaya dalam ujian Kemahiran.

Dengan penyingkiran ini, Cat Farish berjaya mengumpul RM7000 kepada MERCY Malaysia, sebuah badan bantuan kemanusiaan dan perubatan.

Sementara itu, pasukan Merah yang diketuai Syanie berjaya memenangi Cabaran Sajian Luar yang memerlukan mereka meniru juadah yang disediakan untuk sajian 25 orang. Selain Syanie, pasukan Merah turut dianggotai oleh Enot, Michael Ang dan Kenchana Dewi.

Kini tujuh selebriti sahaja lagi akan meneruskan cabaran mereka dalam MasterChef Selebriti Malaysia. Apakah cabaran yang akan mereka lalui minggu ini? Siapa pula yang akan tersingkir? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Sabtu, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134).

Konsert 3 Diva: Uji Rashid Kecewa Disangka Tarik Diri


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Konsert 3 Diva, Uji Rashid, kecewa, disangka, tarik, diri


KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Penyanyi, Uji Rashid akui kecewa dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa kononnya dia telah menarik diri daripada menjayakan Malam Amal Bersama Tiga Diva yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 12 Jun ini.

Uji Rashid berkata laporan itu sama sekali tidak benar , malah ianya secara tidak langsung telah mencalarkan reputasinya sebagai seorang penyanyi lama yang sudah berpengalaman luas di dalam industri hiburan tanah air.

"Terus-terang saya terkejut dan kecewa apabila ramai peminat dan rakan memberitahu mereka terbaca sebuah laporan yang mengatakan saya telah menarik diri dan tidak mahu bersama konsert ini berikutan ketidakhadiran saya pada sidang media yang pertama sebelum ini.

"Padahal pada hari tersebut, saya memang sudah mempunyai komitmen lain yang sudah dirancang awal sebelum saya mendapat tahu saya perlu ke sidang media itu sehari sebelumnya.

"Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu (tentang isu tarik diri). Hakikatnya saya sendiri masih mahu bersama konsert amal ini. Sehinggakan, peminat dan rakan saya beritahu jika benar saya tidak bersama konsert ini, mereka juga tidak akan membeli tiket untuk menyaksikan persembahan kami nanti," katanya kepada murai.com.my

Selain Uji Rashid Malam Amal Bersama Tiga Diva yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Kaizen Asia Sdn Bhd itu turut menampilkan dua nama besar dalam indusrti iaitu Datuk Sharifah Aini, dan Dato' Khadijah Ibrahim.

Lebih terkilan lagi, Uji memberitahu pihak penganjur tidak bertindak untuk memberi kenyataan balas mengenai laporan tersebut sehinggalah sidang media kedua diadakan pada petang semalam iaitu selepas beberapa minggu ianya berlaku.

"Saya sedih dan kecil hati apabila pihak pengannjur seolah tidak membela diri saya kerana sepatutnya perkara ini diselesaikan oleh pihak mereka. Malah pada hari sidang media pertama sepatutnya penganjur sudah menjelaskan kepada media dan tetamu mengapa saya tidak hadir.

"Saya rasa seperti diperkotak-katikan pula dan seolah-oleh ketakhadirian saya itu dilihat sengaja mahu mencari publisiti murahan," jelasnya lagi.

Uji Rashid memberitahu lagi, dia hampir merajuk dan tidak mahu meneruskan konsert tersebut, tetapi disebabkan konsert amal itu adalah untuk mengumpul dana bagi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, dia kemudian mengambil keputusan untuk meneruskan jua.

"Saya sudah merajuk sebenarnya apabila isu ini dibangkitkan dan saya sudah terfikir untuk membatalkan kontrak saya. Tapi saya teruskan juga, kerana tidak sampai hati apabila persatuan ibu tunggal sudah mengharapkan saya untuk bersama dan saya lakukan persembahan ini untuk melakukan kerja amal membantu mereka kerana saya juga ibu tunggal," luahnya lagi.

Persembahan yang bakal berlangsung selama dua jam bermula jam 8 malam itu akan menyaksikan setiap artis legenda berkenaan menyampaikan empat buah lagu dan persembahan duet

Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).

Turut diadakan pertunjukan fesyen dan Ratu Kebaya oleh ibu-ibu tunggal. Penjualan meja masih lagi berjalan dan dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat di www.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923

iskandarX: macam anti dengan Ujji Rashid jee?? Hari tu masa nak gantikan Yuna pun macam tu gak.

Selepas Butik, Nur Fazura Mahu Buka Restoran Turki Pula


Malaysia, Artis Malaysia, Hiburan, Selebriti, selepas, butik, Nur Fazura, mahu, buka, Restoran Turki, pula


Teks & foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

SUBANG, 5 JUN 2013: Selepas perniagan butik fesyen House of Doll miliknya mendapat sambutan memberangsangkan, pelakon yang bakal tampil dengan filem Manisnya Cinta, Nur Fazura merancang untuk membuka restorannya sendiri.

Bercakap kepada pihak media selepas majlis pelancaran Spa Lux Scentsational Lounge di sini pagi tadi, Nur Fazura berkata perancangan itu terdorong kerana kecenderungannya yang suka menikmati makanan.

"Ramai orang tak tahu yang sebenarnya saya memang suka makan. Jadi, saya rasa adalah baiknya saya melakukan perniagaan yang sesuai dengan minat saya. Sebagaimana juga minat saya terhadap fesyen yang memberi peluang saya untuk membuka House of Doll. Mungkin selepas ini perniagaan refleksologi atau spa. Mana kita tak tahu kan," katanya sambil diiringi senyuman menguntum.

Jelas Nur Fazura, dia merancang untuk membuka restoran makanan Turki dan idea itu tercetus selepas pulang dari negara berkenaan bagi menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Nur Fazura, ianya masih dalam perancangan dan masih belum pasti bilakah impiannya itu akan dapat direalisasikan.

"Tunggu saja kemunculannya. Semuanya perkara ini harus dibuat secara berperingkat-peringkat. Barulah Nampak hasilnya," katanya yang mengamalkan senaman 3 kali seminggu bagi mengawal diet pemakanannya.

Ditanya pihak media tidakkan dia mahu mendapatkan khidmat nasihat daripada Sam Shaheizy yang kebetulan baru saja membuka perniagaan restoran baru-baru ini, Nur Fazura bagaimanapun ada alasannya sendiri.

"Bagi saya, dia baru saja dalam bidang perniagaan. Tapi apa yang pasti kami sama-sama memang suka makan.Lagipun banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari untuk menceburi perniagaan makanan ini.

" Tapi apa yang pasti, restoran saya nanti akan menyediakan hidangan Turki yang tidak terlalu berat dan resipi istimewa daripada saya. Menu yang sangat ringkas," katanya bersungguh-sungguh.

Kata Nur Fazura, selain restoran tumpuannya juga turut menjurus kepada pembukaan beberapa cawangan butik House of Doll di Sabah dan juga Sarawak.

Katanya, kebanyakan peminatnya di dua negeri berkenaan ingin mendapatkan pakaian dari butiknya bagaimanapun atas masalah domestik dia merancang untuk membuka cawangan butik terbarunya di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan